<<

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 307

Nama : ______Tradisional / Klasik Genre Prosa Cerpen Moden

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Permulaan Perkembangan Plot Kemuncak / Klimaks Penurunan Peleraian Pengakhiran

Pemerian / Penceritaan Monolog Monolog dalaman Teknik Plot Dialog Analisis Prosa Imbas muka Imbas kembali

Latar tempat Latar Latar masa Latar masyarakat

Ayat Diksi Kata ganda Repitisi Edubest Singkatan : ku, mu, nak Sinkope

Gaya Bahasa terbalik : akan kuambil Inversi Melayu Bunga : wanita Perlambangan bersifat manusia PersonifikasiBahasa Melebih-lebihkan Hiperbola

NilaiProgram

Pengajaran

Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet Pemahaman Prosa Tradisional Sinopsis – “Bahagia Sesudah Derita”

Prosa tradisional ini mengisahkan sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Orang ramai yang melihat pasangan suami isteri memakai pakaian carik telah melemparkan kayu dan batu ke arah mereka sehingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini menyebabkan pasangan suami isteri itu melarikan diri ke dalam hutan dan tinggal di situ.

Pada keesokan harinya mereka keluar untuk mencari rezeki. Namun demikian, Si Miskin telah dihalau oleh penduduk kampung dengan menggunakan kayu. Mereka meneruskan perjalanan ke pasar, tetapi menerima nasib yang sama apabila dilempar dengan batu dan kayu. Badan mereka bengkak-bengkak dan luka. Mereka menangis kerana berasa sangat lapar dan dahaga.

Dalam perjalanan pulang, pasangan miskin itu terjumpa tempat pembuangan sampah. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti sambil mencari-cari makanan yang boleh dimakan. Mereka terjumpa sebiji basi dan buku tebu lalu memakannya. Pasangan miskin ini membuat keputusan untuk tidur di situ. Pada hari yang berikutnya, pasangan suamiEdubest isteri yang miskin itu mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih menerima layanan buruk daripada penduduk kampung. IsteriMelayu Si Miskin mengatakan bahawa dia sudah tidak berdaya untuk meneruskan usaha mereka kerana badannya sakit. Suaminya menangis dan memujuk isterinya supaya bersabar. Bahasa Sebenarnya, Si Miskin berasal daripada raja keinderaan. Mereka telah disumpah oleh Betara Guru kerana turun ke dunia dengan membawa isteri tanpa memberitahunya. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 1 Tidak lama selepas itu, isteri Si Miskin telah hamil. Pasangan miskin itu telah makan ketupat dan buku tebu itu selama tiga bulan. Rupa-rupanya ketupat dan buku tebu yang mereka makan itu ialah anak Betara Karma Jaya dari kayangan. Anak lelaki Betara Karma Jaya telah dijadikan ketupat manakala anak perempuannya dijadikan buku tebu lalu diturunkan ke tempat pembuangan sampah. Tindakan Betara Karma Jaya menjadikan anak-anaknya sebagai ketupat dan buku tebu adalah kerana tidak mahu mereka berpisah setelah turun ke bumi.

Isteri Si Miskin yang hamil mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin berjanji untuk mencari buah mangga itu lalu pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan. Si Miskin meminta sebiji buah mangga yang telah dibuang daripada peniaga buah itu. Peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan akan Si Miskin lalu memberikan pelbagai jenis buah, juadah, nasi, dan kain. Si Miskin berasa amat hairan kerana sebelum ini dia sudah pasti akan dilempar batu dan kayu apabila meminta sesuatu daripada mereka. Semua pemberian peniaga itu dibawa pulang untuk isterinya. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia mahukan buah manga yang ditanam dalam taman raja.

Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa dan menyatakan hasratnya untuk meminta sebiji buah mangga yang gugur dalam taman raja itu. Setelah mendengar permintaan tersebut, baginda menitahkan orangnya agar memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin. BuahEdubest mangga itu dibawa pulang dan diberikan kepada isterinya. Tiga hari kemudian, isteri Si Miskin mengidam lagi hendak makan buah nangka Melayu di dalam taman raja. Si Miskin berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa sekali lagi untuk meminta sehelai daun nangka yang gugur dalam taman raja. Baginda telah memberikan Bahasa sebiji buah nangka kepada Si Miskin itu.

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 2 Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu menamakan anaknya itu Marakarma. Mereka memelihara anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Pasangan ini akhirnya mahu berpindah ke sebuah pondok. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah, dia telah terjumpa tajau yang banyak mengandungi emas. Emas itu dijual kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak, saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi kepada saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, perisai kecil, keris, pelana kuda, dan kain.

Si Miskin pulang ke rumah lalu . Selepas itu, Si Miskin memangku anaknya sambil menyeru sekiranya anaknya itu ialah dewa, dia mahu sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang, dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, terbinalah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura, iaitu Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa bersifat pemurah dan memerintah negeri Puspa Sari dengan adil. Setelah beberapa lama menjadi pemerintah, anakandanya, iaitu Maharaja Marakarma menjadi dewasa. Tidak lama selepas itu, Tuan Puteri Edubest Ratna Dewi telah hamil. Apabila sudah cukup bulan, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar-besar telahMelayu diadakan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.

Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 3 Tema

Ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Anta Beranta. Hal ini digambarkan melalui peristiwa pasangan suami isteri yang miskin berusaha untuk mendapatkan makanan daripada penduduk dan juga Maharaja Indera Dewa. Mereka telah dilemparkan kayu dan batu sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh mereka. Selain itu, ketabahan pasangan ini diuji lagi apabila mereka terpaksa tinggal di kawasan pembuangan sampah dan hanya makan ketupat basi dan buku tebu. Penemuan tajau emas telah mengubah kehidupan pasangan suami isteri yang dahulunya miskin kini menjadi kaya-raya.

Persoalan

(a) Kecekalan hati dalam menghadapi cabaran. Contohnya, pasangan suami isteri yang miskin telah diketawakan, diusir, dan dilemparkan kayu serta batu oleh para pembesar di istana semasa mereka mahu berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa.

(b) Sikap memandang hina terhadap orang miskin. Contohnya, penduduk kampung telah mengusir pasangan miskin semasa mereka mencari rezeki. Edubest (c) Kasih sayang seorang suami terhadap isteri. Contohnya, si suami sanggup berusaha untuk menunaikan permintaan isterinya yang sedang hamil dengan meminta buah mangga dan nangka daripadaMelayu Maharaja Indera Dewa walaupun dia mengetahui perkara itu sukar untuk dicapai.

(d) Kesetiaan isteri terhadap suami. Contohnya,Bahasa isteri Si Miskin sentiasa berada di sisi suaminya pada waktu susah dan senang. Dia sanggup lari ke

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 4 dalam hutan dan tinggal di kawasan pembuangan sampah bersama-sama dengan suaminya.

(e) Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin. Contohnya, si suami pergi ke pasar untuk meminta buah yang telah buruk dan dibuang oleh peniaga di sana. Namun, atas dasar simpati mereka telah memberikan pelbagai jenis buah, juadah, nasi dan kain kepadanya.

(f) Kehebatan kuasa seorang dewa. Contohnya, Si Miskin telah menyeru sekiranya Marakarma ialah seorang anak dewa, dia mahu didirikan sebuah kota yang lengkap dengan istana serta menteri-menteri, hulubalang, dan rakyat. Permintaan itu akhirnya termakbul.

Watak dan Perwatakan

Maharaja Indera Angkasa

(a) Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.

(b) Berasal daripada raja keinderaan.

(c) Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isteri ke bumi tanpa memberitahunya. Edubest (d) Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja.

(e) Seorang yang tabah mengharungi dugaan dalamMelayu hidup apabila dia sanggup meminta sedekah daripada Maharaja Indera Dewa dan penduduk kampung walaupun sering diusir serta dilemparkan dengan batu dan kayu. Bahasa (f) Seorang yang sayang akan isteri apabila dia sanggup ke istana untuk meminta buah mangga dan nangka dari taman Maharaja Indera Dewa semasa isterinya mengidam. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 5 (g) Seorang yang bijak apabila dia hanya meminta buah yang buruk daripada peniaga hingga menyebabkan peniaga itu belas kasihan kepadanya.

Tuan Puteri Ratna Dewi

(a) Isteri Maharaja Indera Angkasa.

(b) Berasal daripada raja keinderaan.

(c) Disumpah oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya ke bumi.

(d) Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang permaisuri.

(e) Seorang yang tabah mengharungi dugaan apabila dia sanggup hidup dalam kemiskinan bersama-sama dengan suaminya.

(f) Seorang yang setia akan suaminya kerana dia sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah bersama-sama dengan suaminya setelah dihalau oleh penduduk kampung.

(g) Seorang yang mementingkan diri sendiri kerana semasa hamil, dia mengidam hendak makan buah mangga dan nangka dalam taman Maharaja Indera Dewa sedangkan perkara itu adalah mustahil dilakukan oleh suaminya.

Edubest Maharaja Indera Dewa Melayu (a) Raja di negeri Anta Beranta.

(b) Seorang yang berhati mulia kerana telah mengarahkan orangnya agar Bahasa memberikan setangkai buah mangga dan sebiji nangka kepada Si Miskin.

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 6 Betara Angkasa Indera Dewa

(a) Salah seorang raja di negeri Anta Beranta.

(b) Seorang yang tidak berperikemanusiaan kerana baginda telah menyuruh pembantunya menghalau pasangan miskin semasa mereka ingin berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa.

Latar

Latar Tempat

(a) Negeri Anta Beranta. Contohnya, pasangan suami isteri yang miskin mencari rezeki dan meminta simpati orang ramai di negeri Anta Beranta.

(b) Hutan. Contohnya, setelah diusir dari istana serta dilempar dengan batu dan kayu, pasangan miskin ini telah melarikan diri ke dalam hutan setelah badan mereka bengkak dan berdarah.

(c) Tempat pembuangan sampah. Contohnya, pasangan miskin ini mencari makanan yang terbuang di tempat pembuangan sampah dan terjumpaEdubest ketupat basi dan buku tebu.

(d) Kayangan. Contohnya, Betara Karma Jaya telah menjadikanMelayu anak lelakinya sebagai ketupat dan anak perempuannya dijadikan buku tebu.

(e) Kedai menjual buah. Contohnya, SiBahasa Miskin telah pergi ke kedai buah- buahan untuk meminta buah yang buruk, tetapi telah diberikan dengan pelbagai barang seperti buah, nasi dan kain. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 7 (f) Taman Maharaja Indera Dewa. Contohnya, si suami telah pergi ke taman raja sebanyak dua kali untuk meminta buah mangga dan buah nangka kerana isterinya mengidam hendak makan buah tersebut.

(g) Tapak pondok. Contohnya, pasangan suami isteri yang miskin telah menemukan tajau berisi emas semasa si suami menggali lubang untuk mendirikan tiang pondok.

(h) Puspa Sari. Contohnya, Maharaja Indera Angkasa menjadi pemerintah di negeri Puspa Sari setelah menyeru kesaktian anaknya, Marakarma.

Latar Masa

(a) Waktu malam. Contohnya, pasangan miskin mengambil keputusan untuk tidur di dalam hutan setelah diusir serta dilemparkan batu dan kayu oleh orang- orang istana.

(b) Waktu siang. Contohnya, pasangan miskin masuk ke negeri Anta Beranta pada waktu siang untuk meminta simpati penduduk kampung, namun mereka mendapat layanan buruk daripada penduduk kampung itu.

(c) Waktu petang. Contohnya, setelah terjumpa tempat pembuangan sampah dan menemukan ketupat basi serta buku tebu, pasangan ini telah makan dan Edubest tidur di situ.

(d) Tiga bulan. Contohnya, pasangan suami isteri yang miskin tinggal di Melayu tempat pembuangan sampah selama tiga bulan.

(e) Selang tiga hari. Contohnya, setelahBahasa mendapat buah mangga, sekali lagi isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah nangka di taman Maharaja Indera Dewa. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 8 (f) Malam empat belas haribulan. Contohnya, isteri Si Miskin telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Marakarma pada malam empat belas haribulan.

(g) Tujuh tahun. Contohnya, saudagar di negeri Anta Beranta meminta tempoh selama tujuh tahun bagi memenuhi permintaan Si Miskin.

(h) Empat puluh hari empat puluh malam. Contohnya, majlis sambutan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma telah diadakan oleh Maharaja Indera Angkasa selama empat puluh hari empat puluh malam.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin. Contohnya, penduduk kampung dan orang-orang istana telah melemparkan kayu dan batu kepada pasangan miskin semasa mereka meminta simpati orang ramai.

(b) Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang. Contohnya, Si Miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa semata-mata untuk menunaikan permintaan isterinya yang mengidam hendak makan buah mangga dan buah nangka.

(c) Masyarakat yang setia terhadap pasangan. Contohnya, isteri Si Miskin Edubest sanggup mengikut suaminya ke mana-mana sahaja termasuklah tidur didalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah. Melayu (d) Masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan. Contohnya, para peniaga di pasar telah memberikan buah-buahan, juadah, nasi, dan kain kerana kasihan akan nasib pasangan miskin itu. Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 9 (e) Masyarakat yang percaya akan kuasa sakti. Contohnya, Si Miskin telah menyeru kekuasaan anaknya agar menjadikan sebuah negeri yang lengkap dengan kota, istana, menteri, hulubalang, dan rakyat.

(f) Masyarakat yang suka berhibur. Contohnya, setelah Tuan Puteri Nila Kesuma dilahirkan, Maharaja Indera Angkasa telah mengadakan majlis keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam.

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, Si Miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka kerana isterinya mengidam hendak makan buah tersebut.

(b) Kegigihan. Contohnya, pasangan miskin telah pergi ke merata-rata tempat untuk meminta simpati daripada penduduk negeri Anta Beranta.

(c) Baik hati. Contohnya, peniaga di pasar telah memberikan buah, juadah, nasi, dan kain kepada Si Miskin.

(d) Ketaatan. Contohnya, isteri Si Miskin taat kepada suaminya apabila sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah.

(e) Berdikari. Contohnya, si suami masuk ke dalam hutan untukEdubest mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan setelah mereka dihalau oleh penduduk kampung. Melayu (f) Belas kasihan. Contohnya, Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin yang meminta buah mangga dan buahBahasa nangka di taman istananya.

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 10 Pengajaran

(a) Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu. Contohnya, pasangan miskin sanggup pergi ke sekeliling negeri untuk meminta makanan walaupun telah banyak kali diusir oleh penduduk kampung.

(b) Kita hendaklah taat akan suami walaupun hidup dalam kesukaran. Contohnya, isteri Si Miskin sanggup mengikut suaminya tinggal di dalam hutan dan kawasan pembuangan sampah kerana mereka tiada tempat tinggal.

(c) Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain. Contohnya, para peniaga di pasar berasa kasihan kepada Si Miskin lalu memberikan buah-buahan, juadah, nasi, dan kain.

(d) Kita mestilah sayang akan isteri. Contohnya, Si Miskin sanggup pergi ke istana dan berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka yang diidamkan oleh isterinya.

(e) Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain. Contohnya, penduduk kampung telah mengusir serta melemparkan kayu dan batu apabila melihat pasangan miskin itu.

Latihan Edubest

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatMelayu anda sendiri.

Bahasa Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun berjalan hendak masukProgram ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 11 sampailah dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing-masing melempari dengan batu, dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun larilah dan tubuhnya pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.

Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.

Dipetik daripada “Bahagia Sesudah Derita” antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Edubest (i) Apakah yang dilakukan oleh Si Miskin semasa berada di tempat orang membuang sampah? [3 markah]

______Melayu

______Bahasa ______

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 12 (ii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut. [3 markah]

______

______

______

______

(iii) Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh Si Miskin untuk mencari sumber rezeki? (KBAT) [4 markah]

______

______

______

______Edubest__

( /10) Melayu

Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 13 Pemahaman Prosa Moden – Cerpen Sinopsis – “Legasi Ubi”

Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia Edubest mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafanMelayu daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Bahasa Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Program Parjo. Bagi Dr, Parjo, kejayaannya itu ialah hasil

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 14 inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser. Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian yang diarahkan oleh Profesor Haidar bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan serangan kanser. Setelah kajian demi kajian dilakukan, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dan hubungannya dengan pencegahan kanser sehinggalah kajiannya mendapat pengiktirafan universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Setelah bergelar Dr. Parjo, dia menjadi pensyarah perubatan dan masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai penyakit terutamanya kanser.

Edubest

Persoalan Melayu (a) Ketaatan seorang anak kepada ibu dan bapanya. Contohnya, setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah. Bahasa Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar, warung- warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 15 (b) Ketelitian semasa melakukan sesuatu. Contohnya, emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai.

(c) Kanser yang boleh mengakibatkan kematian. Contohnya, bilangan pesakit kanser semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346 kes kanser payudara dan 372 965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia.

(d) Pengorbanan ibu dan bapa untuk menyekolahkan anak-anak. Contohnya, Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi.

(e) Membalas jasa ibu dan bapa. Contohnya, Dr. Parjo telah berusaha mengembangkan perniagaan tapai ubi emak dan bapanya. Sebuah bangunan kilang bernama Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo.

(f) Menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan. Contohnya, Dr. Parjo mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampungnya. Edubest

(g) Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan. Contohnya, Wak Salikon bercadang untuk mempergiat perusahaan tapaiMelayu ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.

Bahasa

Watak dan Perwatakan Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 16 Parjo

(a) Parjo merupakan anak sulung kepada Wak Salikon.

(b) Dia merupakan penerima Ijazah Kedoktoran.

(c) Dia seorang pensyarah universiti.

(d) Seorang yang taat akan emak dan bapanya kerana sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah arahan bapanya.

(e) Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu apabila Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

(f) Seorang yang mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading. Parjo juga membantu membesarkan perusahaan tapai orang tuanya.

(g) Seorang yang teliti apabila proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.

Edubest Wak Salikon

(a) Wak Salikon ialah bapa Parjo. Melayu (b) Seorang yang gigih melakukan pekerjaan kerana dia telah menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 17 (c) Wak Salikon seorang yang mementingkan pendidikan anak-anak apabila dia menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi.

(d) Seorang yang bercita-cita tinggi apabila Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya.

(e) Seorang yang teliti ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.

Emak

(a) Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon.

(b) Seorang yang gigih membantu suami apabila emak membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi.

(c) Seorang yang teliti melakukan kerja apabila emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi.

(d) Seorang yang prihatin terhadap anak kerana mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.

Edubest

Profesor Haidar Melayu (a) Profesor Haidar merupakan pensyarah Parjo semasa di universiti.

(b) Beliau mempunyai jambang yang lebat.Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 18 (c) Seorang yang berpandangan jauh apabila Profesor Haidar ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

Latar

Latar Masa

(a) Waktu pagi. Contohnya, bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.

(b) Selepas sembahyang isyak. Contohnya, emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.

(c) Permulaan semester. Contohnya, Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.

(d) Enam puluh hari. Contohnya, Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celsius selama enam puluh hari. Edubest

Latar Tempat Melayu (a) Kampung Wak Salikon. Contohnya, tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedaiBahasa kampung. (b) Kantin sekolah. Contohnya, Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 19 (c) Rumah Wak Salikon. Contohnya, tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti.

(d) Fakulti perubatan di universiti. Contohnya, tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

(e) Amerika Syarikat. Contohnya, tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan kaum wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.

(f) Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Contohnya, emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Contohnya, Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar. Edubest

(b) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki. Contohnya, Wak Salikon dan isterinya gigih membuat tapai ubi pada setiapMelayu hari.

(c) Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja. Contohnya, Wak Bahasa Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 20 (d) Masyarakat yang berpandangan jauh. Contohnya, Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

(e) Masyarakat yang mengenang jasa ibu dan bapa. Contohnya, semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.

(f) Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan. Contohnya, sebuah kilang didirikan, iaitu Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon untuk meningkatkan pengeluaran tapai ubi disebabkan permintaan terhadap tapai ubi Wak Salikon yang semakin bertambah.

Nilai

(a) Kegigihan. Contohnya, Parjo bersungguh-sungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu mengurangkan serangan kanser.

(b) Kerajinan. Contohnya, pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana- mana sahaja jika ada tempahan. Edubest (c) Kesyukuran. Contohnya, semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi. Melayu

(d) Kasih sayang. Contohnya, Parjo mengajak emak dan bapanya untuk Bahasa menyaksikan dia menerima ijazah kedoktoran di universiti.

(e) Kerjasama. Contohnya, Parjo dan rakan-rakannya telah bekerjasama untuk membuat kajian di makmal. Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 21 Pengajaran

(a) Kita hendaklah tabah dalam mengharungi susah payah dalam kehidupan. Contohnya, sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

(b) Kita haruslah rajin mencari rezeki. Contohnya, pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya memotong ubi tersebut.

(c) Kita perlulah bersungguh-sungguh semasa membuat sesuatu tugas. Contohnya, Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya.

(d) Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan. Contohnya, sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat.

(e) Kita haruslah menghargai jasa ibu dan bapa. Contohnya, setelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilangEdubest itu. (f) Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain. Contohnya, rakan- rakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilanMelayu ‘Parjo Tapai’ kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah.

Bahasa

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 22 Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tapai! Tapai! Tapai!”

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!

"Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah Edubest gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki. Melayu

(Dipetik daripada cerpen "Legasi Tapai Ubi" oleh Ghazali Lateh, Bahasaantologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn.Bhd.)

Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 23 (i) Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon? [3 markah]

______

______

______

(ii) Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah]

______

______

______

______

(iii) Parjo seorang yang gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? (KBAT) Edubest [4 markah] ______

______Melayu ______

______Bahasa ______

( /10) Program

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM307 24

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my