Fail Internet: Disimpan dalam bentuk fail.

Fail Internet: Disimpan dalam bentuk artikel asal dan masih mengandungi fitur web.

Melayu

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya . Sehubungan itu, dari segi etimologi , perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [1] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. [1]

Pelancongan

Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang . Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia , iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong . Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popula di seluruh dunia. Pada 2004, terdapat lebih 763 juta ketibaan pelancong [1] . Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu .

Pantun Melayu

Sirih kuning gagang layu, Hentam panas sembilan bulan; Sirih kuning hajat aku, Hendak bertemu dengan tuan. © 1999 Hak Cipta Tatang puan tatang cerana, Terpelihara Sirih puan depan tangga, Tatang duduk Seri Rama; Edisi 2001 Menyambung datang Datang tuan datanglah nyawa, Perpustakaan orang merhaban; Datang duduk bersama-sama. Negara Tanya puan dijawab duka, sp-pantun22.htm Bunga di jambangan telah Tebas ladang tanamkan kobis, Sirih Pinang kepunyaan. Tanam sirih buatkan para; Kisah Bersirih Berapa tenang hati terhiris, Sejunjung Sirih Sirih tidak pinang tidak, Murung sedih terimbas juga. Pinang Pinang muda dalam bilik; Kelat Gambir Sepalit Kapur Kasih tidak kenang tidak, Makan sirih berpinang tidak, Saja hamba berulang-alik. Narwastu Bunga Pinang ada di atas batu; Cengkih Sudah dipilih dipinang tidak, Demang Lebar Tanam pinang tanam maklumlah saya dagang piatu. Daun kelapa, Sirih Puan Cerana Tanam selasih lumpur liat; Kayu Bercerai tungng tidak Cembul Bermadah mengapa, Gobek Bercerai kasih jangan Bekas Sirih dibuat. Celepa Berlian Kacip Melayu Dara Pingitan Pantun Melayu

Rangkaian Senjata Keris-Muzium Negara Malaysia

Keris-Muzium Negara Paul's Keris Page Petikan diambil dari laman web Kerises Indonesian Myth http://www.museum.gov.my/senjata/keris.htm Indonesian Antiques The Javanese Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Javanese Kris Melayu yang digunakan sejak lebih daripada 600 The Keris tahun dahulu. Ia digunakan untuk Traditional Malay Weapons mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran Keris:The Heirloom diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian Lading Cekak Hanafi dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya Parang Lading Cekak Malaysia boleh membunuh dengan menikam bekas tapak House of Keris kaki musuh berkenaan. Silat Home Page

Scott Morrow's Kris Photographs Keris terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, Tourism Malaysia hulu dan sarung. Jenis-jenis keris dibezakan The Tuah Legend dengan ciri-ciri tersebut dan mempunyai nama Laci Szabo-kerambit yang unik mengikut ciri-ciri dan juga asal usulnya. Traditional Malay Weapons Pedang Sebilah keris yang dijumpai pada dinding candi Borobodor, Indonesia Primitive Destinations International mungkin menunjukkan bahawa asal usul keris adalah dari Jawa. Keris Keris yang tertua sekali adalah dipercayai Keris Majapahit.(gambar di sebelah Kerises (Laman Keris terbesar!) kanan atas) Keris

Keris boleh dikenali jenisnya pada bahagian Hulu, Sarung dan Mata ataupun ketiga-tiganya sekali. Namun demikian jenis keris jarang dikenali mengikut ketiga-tiga bahagiannya, kebiasaannya hanya 2 bahagian sahaja dirujuk.

Antara jenis-jenis keris yang dipamerkan ialah Keris Jawa/Bentuk Wayang, Keris Madura, (gambar bawah kiri) Keris Panjang (gambar kiri) dan Keris Bugis.(gambar kiri)

Karya seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata keris lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif pada hulu dan sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk seperti lidah api, dan sarung serta hulunya yang mempunyai bentuk dan rekacorak yang harmonis menunjukkan gabungan seni ukiran, seni pahat dan seni patung yang kaya mutunya. Kesemua hasil seni ini memerlukan seni ketukangan yang tinggi dan kepakaran yang mendalam. Antara keris- keris yang dipamerkan ialah Keris Semenanjung dan Keris Pekaka.

Senjata-senjata yang dipamerkan merupakan senjata kegunaan harian masyarakat Malaysia. Antaranya ialah pisau kait kelapa dan pinang, pisau raut, parang puting, parang tapeh, parang tebu, sembelih lembu, golok potong keropok, golok rembau dan sadap daun gambir. Lembing diperbuat daripada kayu lurus berukuran 6 kaki panjang dan dipasang dengan mata lembing seperti pisau di satu pangkal. Mata lembing ini dimasukkan ke dalam batang kayu dan diperkuatkan dengan ikatan rotan atau simpai logam. Lembing yang terdapat di Malaysia kebanyakan bermata tajam yang diperbuat daripada kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat samada daripada kuprum atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Kini lembing hanya digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat diraja sahaja.

Senjata di alam Melayu merupakan antara senjata dunia yang paling misteri. Sebilah keris di mata orang Melayu tidak sama dengan mata orang asing. Setiap senjata Melayu mempunyai adat dan adab penggunaannya, dari ukurannya kepada pantang larangnya. Untuk menceritakan perihal senjata melalu bacaan atau Internet bukanlah cara terbaik mengenali senjata seperti keris, parang, tembung, lading, tombak, tumbuk lada dan lain-lain. Ia perlu berguru.