PERALIHAN KUASA Che Det.Blog.Cc November 14, 2008 Posted by Dr. Mahathir Mohamad 1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO Dan UMNO

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

PERALIHAN KUASA Che Det.Blog.Cc November 14, 2008 Posted by Dr. Mahathir Mohamad 1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO Dan UMNO PERALIHAN KUASA Che det.blog.cc November 14, 2008 Posted by Dr. Mahathir Mohamad 1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO dan UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden supaya peralihan kuasa diadakan pada Mac 2009. 2. Tiga bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang tetapi dalam politik UMNO dan negara sekarang banyaklah kerja-kerja pemulihan parti yang akan terganggu kerana penangguhan yang tidak berasas ini. 3. Sebabnya ialah kerosakan yang dilakukan oleh Abdullah kepada UMNO begitu teruk sehingga tiap saat usaha pemulihan dilewatkan mungkin boleh membawa kesan yang buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional. Selagi Abdullah berada sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri maka Dato Seri Najib akan terganggu dalam usaha memulih semula segala-gala yang perlu dipulih sebelum Pilihanraya Umum ke 13. 4. Sesungguhnya UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponen Barisan Nasional sudah rosak teruk dalam masa lima tahun Abdullah memimpin pertubuhan-pertubuhan ini. Mungkin ada mereka-mereka yang akan pertahan prestasi Abdullah dengan berkata kerosakan ini sudah lama berlaku dan Abdullah cuma mewarisi kerosakan ini. 5. Benarkah? Jika benar kenapakah UMNO dan Barisan Nasional diberi kemenangan 2/3 tiap Pilihanraya sejak 1974 lagi. Tidak sekali pun Barisan Nasional menang kurang dari 2/3 dalam Dewan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak pernah gagal menguasai Kerajaan di Kedah, Perak dan Selangor. Pulau Pinang juga, sejak Gerakan menyertai Barisan Nasional tidak pernah kalah kepada parti lawan, terutama DAP. 6. Dalam Pilihanraya 1999, di waktu mana ramai pengundi Melayu kurang senang dengan kepimpinan UMNO; Barisan Nasional masih menang 2/3 dalam Dewan Rakyat. 7. Jika parti UMNO dan Barisan Nasional yang diserah kepada pimpinan Abdullah pada Oktober 2003 sudah rosak apakah mungkin Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa pada 2004 dengan mendapat 90% dari kerusi Dewan Rakyat, mendapat balik kuasa di Terengganu dan hanya kalah sedikit sahaja di Kelantan, kubu PAS. Semua tanda-tanda menunjuk bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang diterima oleh Abdullah pada Oktober 2003 berada dalam keadaan amat sihat dan kuat. Jika tidak mungkinkah BN capai kemenangan luar biasa pada Pilihanraya ke-11 pada tahun 2004, hanya 5 bulan selepas peralihan kuasa. 8. Jika kemenangan ini hanya kerana kepimpinan baik oleh Abdullah, tentulah kemenangan yang lebih baik akan diperolehi setelah Kerajaan dan Parti dipimpin olehnya selama empat tahun selepas Pilihanraya umum ke-11. Tetapi prestasi parti dalam Pilihanyara ke-12 tahun 2008 adalah begitu buruk sekali. 9. Jika ini tidak mencukupi untuk membuktikan kerosakan Barisan Nasional dan UMNO di bawah pimpinan Abdullah sejak 2004, pilihanraya kecil di Permatang Pauh jelas membukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO sudah jadi parti kerdil yang begitu takut kepada parti lawan sehingga ahli-ahli tidak berani pakai lencana dan baju UMNO atau BN. 10. Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 ialah ramai ahli dan penyokong biasa UMNO dan Barisan Nasional telah undi parti lawan. Apakah ini di sebabkan mereka tertarik dengan perjuangan parti PAS, DAP dan Keadilan. Soal selidik menunjuk bahawa mereka tidak terpikat dengan Negara Islam PAS atau Malaysian Malaysia DAP atau reformasi Keadilan. Mereka dengan hati yang berat telah undi parti-parti lawan kerana kecewa dengan kepimpinan Abdullah, tindak-tanduk dan sikap Jemaah Menteri yang tidak tahu kenang budi barang sedikitpun. 11. Untuk memperbaiki kerosakan ini masa yang panjang dan usaha yang gigih perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang tercemar imej mereka. Mereka perlu turun padang untuk berjumpa dengan seberapa ramai ahli UMNO dan pengundi-pengundi supaya dapat mendengar rintihan mereka. Banyaklah kesalahan-kesalahan Kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Dato Seri Najib dan pasukannya. Tindakan yang berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah ini. 12. Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan Kerajaan perlu dihentikan. 13. Kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan. 14. Kerosakan besar yang kedua yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Dato Abdullah ialah rasuah dikalangan pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat. Ini menjadi-jadi kerana Dato Abdullah sendiri dilihat sebagai Perdana Menteri yang mengguna kedudukan dan kuasanya untuk menjayakan perniagaan anak dan menantunya, serta lain-lain kaum kerabatnya. 15. Kemunculan Scomi, ECM Libra, dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh syarikat-syarikat ini yang di ketahui dimiliki oleh anak dan menantu PM seolah-oleh mengizin dan menggalak amalan rasuah. 16. Dalam bidang politik, secara langsung atau tidak langsung Abdullah terlibat dengan beberapa kes sogokan. Semua tahu bahawa wang sebanyak RM 200/- diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi saya untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agong UMNO pada tahun 2006. Seorang Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah lapur kepada Ibu Pejabat UMNO yang Dato Abdullah telah beri sebanyak RM 200/-, kain pelekat dan sejadah kepada ahli cawangan-cawangan UMNO yang dibawa di Kuala Lumpur, diberi makan dan penginapan di hotel mewah dan disuruh sokong peralihan kuasa olehnya pada 2010. Seorang pemimpin veteran UMNO telah buat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah berkenaan perkara yang sama. 17. Kata pepatah Melayu "Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari." Dan sebenarnyalah apabila pemimpin dilihat mengamalkan rasuah maka pengikut akan amalkannya lebih-lebih lagi. 18. Untuk mendapat sokongan pemimpin tertentu diperingkat bahagian kontrak bermillion diberi kepada mereka, walaupun mereka tidak punyai kebolehan untuk melaksanakan kontrak tersebut. 19. Semasa pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu, ramai yang ingin dicalonkan mengguna wang untuk mendapat pencalonan. 20. Setelah diketahui bahawa ada calon yang sanggup menghulur wang sogokan supaya mereka dicalonkan maka ahli-ahli dan perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah mula meminta wang sogokan jika sokongan mereka dihendaki. 21. Amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli UMNO disemua peringkat. Apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri. Apabila ini berlaku maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri. Dengan ini akan rosaklah negara. 22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak. 23. Jika UMNO pimpinan Dato Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya. 24. Jika tidak pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. UMNO dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi "preview" jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan. 658 Comments By esye on November 14, 2008 1:00 PM tahniah Tun.. semoga tun sihat sokmo.. By atukbaruAuthor Profile Page on November 14, 2008 1:03 PM I hope Najib Tun Razak will be a better PM. Regardless, perjuangan belum selesai my soon to be completed article - money politics in UMNO current article - Khairy Jamaluddin - Can we write him off? http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/ By esye on November 14, 2008 1:07 PM tahniah Tun.. semoga Tun dpt memberikan pendapat & semoga sihat sokmo .. By JJJ on November 14, 2008 1:08 PM salam Tun, sekali lagi saya cabar semua perwakilan UMNO supaya menandatangani surat AKUJANJI tidak mahu memberi atau menerima sogokan wang. Dan kepada mereka yang terlibat dalam politik wang...JANGAN PAKAI BAJU MELAYU DAN SONGKOK KE PAU NANTI KERANA ANDA MENJATUHKAN MARTABAT BANGSA ANDA SENDIRI. Wassallam Jeng3 By asmah omar on November 14, 2008 1:08 PM SALAM BUAT TUN.SEMEMANGNYA PERALIHAN KUASA PERLU DILAKSANANKAN DENGAN SEGERA.ORANG MELAYU KHUSUSNYA WAJIB BEKERJA KERAS MEMULIHKAN UMNO SEMULA DEMI MASA DEPAN KETUANAN MELAYU ITU SENDIRI. SAMPAI BILA ORG MELAYU TERUS LUPA DAN ALPA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. HARAP NTR AKAN LANTIK TUN SEBAGAI PENASIHAT KHAS BELIAU. RAKYAT MEMBERI SOKONGAN PADU SEKIRANYA TUN DILANTIK SEBAGAI PANASIHAT. HARAP TUN TIDAK JEMU & LELAH MEMBERI IDEA DAN PENDAPAT BERNAS DEMI UNTUK KESTABILAN POLITIK NEGARA... TQ TUN.SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK. By modzaini on November 14, 2008 1:09 PM Ini yang susah ni...Nak buat susah...Tak buat pun susah...Serba salah jadinya pemimpin kita...JADI SEMUA SEREBA SALAH... By supersaint on November 14, 2008 1:13 PM Dear Mr Mahathir, There is also a saying that patience is a virtue. What is the difference it would make if BN have elections now or 3 months later? People are beginning to get fed up with BN since you took over and accelerated their anger and frustrations after
Recommended publications
  • Baju Kurung Sebagai Pakaian Adat Suku Melayu Di Malaysia
    Foreign Case Study 2018 Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta BAJU KURUNG SEBAGAI PAKAIAN ADAT SUKU MELAYU DI MALAYSIA Selfa Nur Insani 1702732 Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta Abstract : Makalah ini merupakan hasil laporan Foreign Case Study untuk syarat publikasi ilmiah di Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta dengan Judul Baju Kurung Sebagai Pakaian Adat Suku Melayu di Malaysia. 1. PENDAHULUAN Penulis adalah seorang mahasiswi Sekolah Tinggi Pariwisata Ambarrukmo Yogyakarta (STIPRAM) semester VII jenjang Strata I jurusan Hospitality (ilmu kepariwisataan). Tujuan penulis berkunjung ke Malaysia adalah mengikuti Internship Program yang dilakukan oleh STIPRAM dengan Hotel The Royal Bintang Seremban Malaysia yang dimulai pada 15 September 2015 sampai dengan 11 Maret 2016 [1]. Selain bertujuan untuk Internship Program, penulis juga telah melakukan Program Foreign Case Study (FCS) selama berada di negari itu.Program FCS merupakan salah program wajib untuk mahasiswa Strata 1 sebagai standar kualifikasi menjadi sarjana pariwisata. Program ini meliputi kunjungan kebeberapa atau salah satu negara untuk mengkomparasi potensi wisata yang ada di luar negeri baik itu potensi alam ataupun budaya dengan potensi yang ada di Indoensia. Berbagai kunjungan daya tarik dan potensi budaya negeri malaysia telah penulis amati dan pelajari seperti Batu Cave, China Town, KLCC, Putra Jaya, Genting Highland, Pantai di Port Dikson Negeri Sembilan, Seremban, Arena Bermain I-City Shah Alam, pantai cempedak Kuantan pahang serta mempelajari kuliner khas negeri malaysia yaitu kue cara berlauk dan pakaian tradisional malasyia yaitu baju kurung. Malaysia adalah sebuah negara federasi yang terdiri dari tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara dengan luas 329.847 km persegi. Ibu kotanya adalah Kuala Lumpur, sedangkan Putrajaya menjadi pusat pemerintahan persekutuan.
    [Show full text]
  • Understanding Intangible Culture Heritage Preservation Via Analyzing Inhabitants' Garments of Early 19Th Century in Weld Quay
    sustainability Article Understanding Intangible Culture Heritage Preservation via Analyzing Inhabitants’ Garments of Early 19th Century in Weld Quay, Malaysia Chen Kim Lim 1,*, Minhaz Farid Ahmed 1 , Mazlin Bin Mokhtar 1, Kian Lam Tan 2, Muhammad Zaffwan Idris 3 and Yi Chee Chan 3 1 Institute for Environment & Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Malaysia; [email protected] (M.F.A.); [email protected] (M.B.M.) 2 School of Digital Technology, Wawasan Open University, 54, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town 10050, Malaysia; [email protected] 3 Faculty of Art, Computing & Creative Industry, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim 35900, Malaysia; [email protected] (M.Z.I.); [email protected] (Y.C.C.) * Correspondence: [email protected] Abstract: This qualitative study describes the procedures undertaken to explore the Intangible Culture Heritage (ICH) preservation, especially focusing on the inhabitants’ garments of different ethnic groups in Weld Quay, Penang, which was a multi-cultural trading port during the 19th century in Malaysia. Social life and occupational activities of the different ethnic groups formed the two main spines of how different the inhabitants’ garments would be. This study developed and demonstrated a step-by-step conceptual framework of narrative analysis. Therefore, the procedures used in this study are adequate to serve as a guide for novice researchers who are interested in undertaking Citation: Lim, C.K.; Ahmed, M.F.; a narrative analysis study. Hence, the investigation of the material culture has been exemplified Mokhtar, M.B.; Tan, K.L.; Idris, M.Z.; by proposing a novel conceptual framework of narrative analysis.
    [Show full text]
  • Panduan Pengurusan Asrama
    1. PERATURAN PAKAIAN 1.1 PELAJAR LELAKI a. Baju Kemeja/Baju T i. Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek dibenarkan. Lain-lain jenis baju seperti baju T berkolar, baju T sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. Baju T TIDAK BERKOLAR TIDAK DIBENARKAN. ii. Baju hendaklah disisipkan ke dalam seluar. iii. Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan tidak dibenarkan dilipat. iv. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu saja. b. Seluar i. Kain seluar slack yang dibenarkan ialah daripada jenis cotton dan synthetic material (PVC atau Polyster). ii. Selain daripada jenis kain di atas TIDAK DIBENARKAN. iii. Fesyen seluar slack hendaklah tidak terlalu longgar baggy, slim fit, terlalu ketat dan berkaki singkat tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit seluar di antara 36cm – 45cm / 14 inci - 18 inci. (adakah ulur lilit ini terpakai untuk semua tingkatan dan saiz pelajar) c. Tali Pinggang i. Tali pinggang hendaklah dari jenis kulit atau PVC. ii. Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5cm – 3.0cm dan berwarna hitam atau coklat tua. Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan. iii. Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar (3cm x 3.5cm) dan tidak berlambang seperti lambang binatang, lambang keagamaan atau tulisan yang tidak sesuai dan tidak bermoral. d. Kasut dan Stoking i. Kasut sekolah hendaklah dari jenis kulit atau PVC berwarna hitam. ii. Pemakaian kasut bersama stoking adalah DIWAJIBKAN. Stoking hendaklah melepasi buku lali. iii. Stoking hendaklah berwarna HITAM SAHAJA.
    [Show full text]
  • Cabang-Katalog-Inventaris-Cabang
    0 DAFTAR ISI Daftar Isi ..................................................................................................................................................................... 1 Kata Pengantar Ketua Umum PPI Tiongkok 2018/2020 ......................................................................... 2 Region Selatan Changsha ..................................................................................................................................................................... 4 Chongqing .................................................................................................................................................................. 5 Guangzhou ................................................................................................................................................................. 12 Guilin ............................................................................................................................................................................ 21 Nanning ....................................................................................................................................................................... 25 Wuhan .......................................................................................................................................................................... 28 Xiamen ........................................................................................................................................................................
    [Show full text]
  • Module 2 (Week 2): Characteristics of Southeast Asian Arts and Crafts
    8 Arts Quarter 1 – Module 2 (Week 2): Characteristics of Southeast Asian Arts and Crafts Arts – Grade 8 Alternative Delivery Mode Quarter 1 – Module 2 (Week 2): Characteristics of Southeast Asian Arts First Edition, 2020 Republic Act 8293, section 176 states that: No copyright shall subsist in any work of the Government of the Philippines. However, prior approval of the government agency or office wherein the work is created shall be necessary for exploitation of such work for profit. Such agency or office may, among other things, impose as a condition the payment of royalties. Borrowed materials (i.e., songs, stories, poems, pictures, photos, brand names, trademarks, etc.) included in this module are owned by their respective copyright holders. Every effort has been exerted to locate and seek permission to use these materials from their respective copyright owners. The publisher and authors do not represent nor claim ownership over them. Published by the Department of Education Secretary: Leonor Magtolis Briones Undersecretary: Diosdado M. San Antonio Development Team of the Module Writers: Rodjie L. Canada Content Editor/s: Nenita G. Jaralve Evelyn G. Patiño Ralph Anthony P. Panique Language Editor: Fanny Y. Inumerables Illustrator: (Name) Layout Artist: (Name) Layout Editor: Charmaine L. Juvahib QA Evaluator: (For Secondary) MUSIC: Milanie M. Panique ARTS: Archie S. Gallego P.E.: Leonicel D. Caliguid & Mildred A. Coralat HEALTH: Tom Saldua & Arniel Jimena Villamente Moderator: Milanie M. Panique Management Team: Marilyn S. Andales, Ed.D., CESO V – Schools Division Superintendent Leah B. Apao, Ed.D., CESE – Asst. Schools Division Superintendent Ester A. Futalan, Ed.D. – Asst.
    [Show full text]
  • Traditional Costumes
    MALAY TRADITIONAL COSTUMES BAJU KURUNC Baju kurung is used to refer to both the male and #1 female outfit. It is the traditional costume for the Malay community. Wore for formal occasions or as an everyday wear. #2 During Hari Raya Puasa, Malay families wear the baju kurung when visiting their relatives and friends. #3 2 popular styles: Telok Belangah & Cekak Musang 1 Telok Cekak Belangah Musang style style Photograph courtesy of Nuraini Othman BAJU WRUNG (Female) A loose-fitting blouse with long sleeves and is paired with a waistcloth known as a sarong Photograph of a lady wearing baju kurung telok belangah. Ministry of Information and the Arts Collection, courtesy of the National Archives of Singapore TUDUNC Headscarf worn by Muslim women Photograph of a lady wearing a tudung.Courtesy of National Archives of Singapore BAJU KURUNC/BAJU MELAYU(MALE) Men wear the baju kurung as a shirt top with pants, and a kain samping that can be worn over the trousers Example of a baju melayu. Photograph courtesy of Jamal Mohammed SONCKOK A traditional headgear worn by Malay males Photograph from the Arthur B Reich Collection, courtesy of National Archives of Singapore KAIN SONCKET 1 1/111 A woven cloth that is often decorated with either gold or silver threads Photo adapted from flickr TIME! Instructions: - Colour / decorate the picture of the mosque below after you are done with your paper dolls - Stick your paper dolls on this colouring template after you are done DONE BY: TASHLYN, REESE, WEN XIN, MATTHEW,JOSHUA, LEROY FROM RIVER VALLEY HIGH SCHOOL Pg4.
    [Show full text]
  • Motif Dan Warna Dalam Budaya Cina Peranakan: Kajian Kes Ke Atas Kasut Manik Tradisional
    MOTIF DAN WARNA DALAM BUDAYA CINA PERANAKAN: KAJIAN KES KE ATAS KASUT MANIK TRADISIONAL SITI KHADIJAH FARHAH SULAIMAN PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA UniversityKUALA LUMPUR of Malaya 2019 MOTIF DAN WARNA DALAM BUDAYA CINA PERANAKAN: KAJIAN KES KE ATAS KASUT MANIK TRADISIONAL SITI KHADIJAH FARHAH SULAIMAN DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI SARJANA KESENIAN (SENI RUPA) PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA UniversityKUALA LUMPUR of Malaya 2019 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: SITI KHADIJAH FARHAH SULAIMAN No. Matrik: RGB130006 Nama Ijazah: SARJANA KESENIAN (SENI RUPA) Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): MOTIF DAN WARNA DALAM BUDAYA CINA PERANAKAN: KAJIAN KES KE ATAS KASUT MANIK TRADISIONAL Bidang Penyelidikan: Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa- apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang
    [Show full text]
  • Photo Gallery
    I00 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea reetings from the Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU), G the Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Archaeology and Fine Arts (SEAMEO SPAFA) and the Southeast Asian Ministers of Education Organization Secretariat (SEAMEO Secretariat). Our three organizations, which strive to develop education, mutual understanding and intercultural appreciation throughout the Southeast Asian and Asia-Pacific region, are pleased to collaborate once again on this exciting new project, “100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea”, which was developed within the framework of the “SEAMEO-APCEIU Collaboration on Educational Material Development for Cultural Understanding”. Since 2005, our organizations have collaborated on various projects related to multicultural education, including the educational card game “O’oh”, the digital game “SEA Journey”, as well as reading and audio-visual materials on folktales from Southeast Asia and Korea (the latter can be accessed at http://asianfolktales.unescoapceiu.org). Last year, we developed an educational book representing paintings from Southeast Asia and Korea that depict some of the local festivities and rituals shaped by our ancestors over centuries of cultural and historical development (the digital publication is available for download from the organizers’ respective websites: www.unescoapceiu.org, www.seameo-spafa.org and www.seameo.org). This year, thanks to the support of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) and the Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Korea, we sought the expertise of museum professionals and anthropology researchers to collect ‘everyday objects’ from Southeast Asia and Korea with the aim of developing an educational reference book that presents information on objects used in our homes and communities for our everyday lives.
    [Show full text]
  • Marine Corps Intelligence Activity Cultural Intelligence for Military Operations Malaysia Cultural Field Guide
    UNCLASSIFIED//FOR OFFICIAL USE ONLY Marine Corps Intelligence Activity Cultural Intelligence for Military Operations Malaysia Cultural Field Guide Summary • Malaysia’s population consists of 58 percent ethnic Malays, 24 percent ethnic Chinese, 8 percent ethnic Indian, and 10 percent other groups. • The three main ethnic groups (i.e., Malays, Chinese, and Indians) can be differentiated by their appearance, language, religion, and customs, though there is significant variation within each ethnic group. • Malays are predominantly Muslim, and as a result, the country is strongly influenced by Islam. Most Malaysian Muslims are moderate in their views. They do not want Malaysia to become an Islamic state, and regard Islam primarily as a religion, not a lifestyle. Some of Malaysia’s smaller religious and ethnic groups are concerned about what they perceive as the increasingly Islamic nature of Malaysian society. • Racial polarization is common in Malaysia, as there is little ethnic mixing or integration in either urban or rural areas. Malays living in rural areas rarely come across non-Malays, and Malays in the city tend to live around other Malays. Ethnic segregation is especially apparent in the separate school systems for each ethnic group. • The three main ethnic groups generally coexist peacefully, but there is an undercurrent of tension, especially between the Malays and the Chinese. Inter-ethnic violence has occurred several times over the last several decades; the Chinese are occasionally targeted as scapegoats for the country's problems. • Malaysians place strong emphasis on social order and deference to superiors rather than on individual achievement or personal initiative. Age, rank, social standing, wealth, and education are all used to determine superior-inferior relationships between individuals.
    [Show full text]
  • Baju Kurung Refleksi Budaya Masyarakat Melayu Malaysia
    Foreign Case Study 2018 Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta BAJU KURUNG REFLEKSI BUDAYA MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA Titi Dwi Yuni Lestari 152218 Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta Abstract : Makalah ini merupakan hasil laporan Foreign Case Study untuk syarat publikasi ilmiah di Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo Yogyakarta dengan Judul Baju Kurung Refleksi Budaya Masyarakat Melayu Malaysia. 1. PENDAHULUAN B. Latar Belakang Pariwisata di Indonesia merupakan sektor ekonomi penting di Indonesia. Pada tahun 2009, pariwisata menempati urutan ketiga dalam hal penerimaan devisa setelah komoditi minyak dan gas bumi serta minyak kelapa sawit. Secara kumulatif (Januari - Oktober) 2017, jumlah kunjungan wisman ke Indonesia mencapai 11,62 juta kunjungan atau naik 23,55 persen dibandingkan dengan jumlah kunjungan wisman pada periode yang sama tahun sebelumnya yang berjumlah 9,40 juta kunjungan. Kekayaan alam dan budaya merupakan komponen penting dalam pariwisata di Indonesia. Alam Indonesia memiliki kombinasi iklim tropis, 17.508 pulau yang 6.000 di antaranya tidak dihuni, serta garis pantai terpanjang ketiga di dunia setelah Kanada dan Uni Eropa. Indonesia juga merupakan negara kepulauan terbesar dan berpenduduk terbanyak di dunia. Tempat-tempat wisata itu didukung dengan warisan budaya yang kaya yang mencerminkan sejarah dan keberagaman etnis Indonesia yang dinamis dengan 719 bahasa daerah yang dituturkan di seluruh kepulauan tersebut. Hingga 2010, terdapat 7 lokasi di Indonesia yang telah ditetapkan oleh UNESCO yang masuk
    [Show full text]
  • Who's Your Neighbour?
    FRONT COVER WHO DO YOU SEE WHEN YOU STEP OUT OF YOUR DOOR? WHAT DO YOU DO OR SAY WHEN YOU MEET THE PEOPLE WHO LIVE NEXT TO YOU? This handbook offers a quick guide to the roots of Singapore's multicultural heritage as well as an introduction to life amid neighbours with diverse origins and beliefs. Through brief insights into the com- For many Singaporeans, the world beyond their door- munities who call Singapore home steps is a community of neighbours, a high-rise village and their respective ways of life, we of people of different origins, traditions and mother hope this handbook will help you tongues who have learned to live together in harmony. to explore and reacquaint yourself We no longer live in kampongs (villages) or shophous- with the many customs and tradi- es, but life in modern Singapore retains much of the tions that make up Singapore, and kampong spirit of old, when children of different races in doing so, even pick up a few new and religions grew up together and learnt to give and nuggets of information and engage take as they marked life’s milestones, performed rites your neighbours with sensitivity and of passage and celebrated moments of festivity. confidence. Walk down the corridors, landings and void decks of HDB flats across the island and you will find neigh- We begin by recalling Singapore's bours who are happy to greet you with a smile, offer history in a nutshell and the rise of a hand in friendship and play a part in making one the public flats that most Singapo- another feel at home.
    [Show full text]
  • Baju Kurung Design in the Context of Cultural Changes in Modern Malaysia
    A Study on the Development of Baju Kurung Design in the Context of Cultural Changes in Modern Malaysia Hanisa Hassan Bandung Institute of Technology (ITB), Faculty of Art and Design (FSRD-S3), Jl Ganeca 10, 40132 Bandung, Jawa Barat, INDONESIA. [email protected] Published online: 15 November 2016 To cite this article: Hanisa Hassan. 2016. A study on the development of baju kurung design in the context of cultural changes in modern Malaysia. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 15: 63–94. http://dx.doi.org/10.21315/ws2016.15.3 To link to this article: http://dx.doi.org/10.21315/ws2016.15.3 ABSTRACT The baju kurung is a type of traditional dress used by Malay descendants in the Nusantara. The baju kurung is prevalent in countries such as Malaysia and Indonesia (Jambi, Riau, Padang, Bentan). Although these countries might refer to the style using different names, the baju kurung is defined by its similar cut and pattern. The advancement of current fashion has changed the concept and understanding of the baju kurung, which is closely related to changes in Malay cultural phenomena. This study examines modifications to baju kurung designs to determine if the style still represents the identity of Malay women. This study takes a qualitative approach by applying the aesthetic morphology analysis method to understand how design developments correspond to the cultural changes in modern Malaysia. This study focuses on the current development of baju kurung designs by using several samples of baju kurung designs by local Malay designers as the primary data. Historical references of baju kurung are used to identify variables that may have changed in modern designs.
    [Show full text]