Terhadap Kebangkitan Islam Di Malaysia C
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 88-110 ANALISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MUSLIM DI MALAYSIA PASCA MERDEKA (1960-1990) TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA CRITICAL ANALYSIS OF MUSLIM INTELLECTUAL DEVELOPMENTS IN MALAYSIA POST-INDEPENDENCE (1960- 1990) TO ISLAMIC RESURGENCE IN MALAYSIA Ibrahim Majdi Bin Mohamad Kamil¹*, Dr Mariam Binti Abdul Majid² ¹Sarjana Sains Sosial (Antropologi & Sosiologi), Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]. ²Professor Madya, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Selangor, [email protected]. * Penulis Penghubung Artikel diterima :21 April 17 Selepas Pembetulan:18 Dis 17 Diterima untuk diterbit :18 Dis 17 Abstrak Kajian ini cuba menghurai dan menganalisis perkembangan intelektual perkembangan aliran pemikiran Islam khusus kepada aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda, terma yang dicetuskan oleh William R. Roff khusus pada era pasca merdeka (1960an-1990an). Kajian ini mengguna pakai kaedah kualitatif. Kajian ini mengguna pakai metodologi pengumpulan data perpustakaan yang sebahagian besarnya bergantung kepada sumber primer dan sebahagianya lagi adalah sumber sekunder. Dalam metodologi penganalisan data, umumnya kajian ini menggunakan kaedah pensejarahan dan analisis kritikal bagi menganalisis data mengenai pandangan perkembangan aliran pemikiran Islam terutamanya melalui aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda. Kaedah perbandingan pula diaplikasikan terhadap perkembangan aliran pemikiran Islam sejak dari era abad ke 19 dan 20 sehingga kepada kemuncak perkembanganya pada tahun 1960an sehingga 1990an. Manakala kaedah analisis kandungan pula digunakan secara umumnya pada hampir keseluruhan data yang dikutip. Penemuan dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa perkembangan aliran pemikran Islam kaum tua dan kaum muda pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 terus relevan semasa era pasca merdeka (1960an-1990an). Perkembangan aliran pemikiran Islam kaum tua dan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 88 kaum muda muncul dalam gerakan sosial baharu seperti ABIM, JIM, Jamaat Tabligh, Darul Arqam dan parti-parti politik. Kata Kunci Pemikiran Islam, pasca merdeka, kaum tua, kaum muda, gerakan sosial Abstract This study attempts to analyze the intellectual development of the dynamic of Islamic schools of thought, ‘kaum muda’ and ‘kaum tua’ termed by William R. Roff in the post-independence era (1960s-1990s). This study uses qualitative methods. This study uses a library data collection methodology that is largely dependent on primary sources and the other is secondary sources. In the data analysis methodology, this study generally uses a method of analysis and critical analysis for analyzing data on the views of the development of the Islamic thought through the ‘kaum muda’ and ‘kaum tua’ schools of thought. Comparative method applied to the development of Islamic thought since the era of the 19th century and 20 so to kemuncak development in the 1960s to the 1990s. Analysis content method also used generally in almost all data cited. The findings of this study conclude that the development of early and early twentieth- century Islamic divisions in the 19th and early 20th centuries continued to be relevant during the post-independence era (1960s-1990s). The development of Islamic schools of thought among the elderly and youth emerged in new social movements such as ABIM, JIM, Jamaat Tabligh, Darul Arqam and political parties. Keywords Islamic school of thought, post-independence, social movements. 1. Pendahuluan Artikel ini akan membincangkan mengenai transisi dan dinamika ideologi- ideologi aliran pemikiran kumpulan reformis dan konservatif dalam perkembangan kemunculan banyak gerakan-gerakan Islam yang muncul di zaman pasca merdeka. Semasa era pra merdeka, aliran pemikiran Islam terdiri daripada aliran kaum tua dan kaum muda seperti yang telah dibincangkan oleh William R. Roff dalam kajianya melalui karya The Origins of Malay Nationalism. Dalam karyanya, William Roff membincangkan mengenai bagaimana tercetusnya semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya pada akhir abad yang ke-19 dan awal abad yang ke-20. William Roff membahagikan nasionalisma Melayu kepada tiga golongan yang berbeza. Tiga golongan ini menurut William Roff adalah berbeza mengikut persekitaran sosial mereka yang berbeza, orientasi pendidikan yang berbeza, budaya, dan gaya politik yang berbeza. Tiga golongan ini adalah kumpulan Kaum Muda, JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 89 kumpulan elit Melayu dan kumpulan anak tani dan nelayan yang dibincangkan secara terperinci oleh Roff di dalam bukunya. 2. Gerakan Kebangkitan Islam Sebagai Satu Fenomena Sosial Sekitar tahun 1970an sehingga 1980an, telah belakunya suatu fenomena kebangkitan Islam yang berlaku di Negara-negara timur tengah seperti di Mesir, Iraq, Syria, dan Negara-negara luar dari timur tengah seperti Pakistan, Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia. Ada beberapa faktor dan pandangan mengenai gerakan kebangkitan Islam di dunia dan secara khususnya di Malaysia. Menurut Mashitah Sulaiman (2003), fenomena kebangkitan agama ini adalah satu gelombang kesedaran bagi membawa masyarakat Islam untuk kembali kepada ajaran agama Islam dengan mewujudkan satu Islam yang dominan dan mewujudkan kuasa politik yang dikuasai oleh orang Islam. Gelombang kebangkitan Islam ini juga bersifat holistik iaitu merangkumi setiap genap aspek kehidupan. Kebangkitan Islam bukan hanya dari sudut kehidupan keagamaan sahaja, tetapi juga aspek-aspek lain seperti ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan serta aspek sosial dan kemasyarakatan. Penulis merasakan pengertian ini sangat jelas dalam menjelaskan matlamat fenomena kebangkitan kesedaran agama yang wujud sekitar tahun 1960an sehingga 1990an. Kedatangan penjajah terutamanya semasa perang dunia memberi kesan yang besar kepada masyarakat Islam. Perkembangan ini telah banyak mempengaruhi dan menjadi faktor asas bagi menimbulkan satu kesedaran bersama oleh masyarakat Islam di beberapa buah Negara sehingga mewujudkan satu fenomena sosial iaitu kesedaran dan kebangkitan Islam khususnya pada era 1960an sehingga 1990an, dalam bab ini, penulis akan membincangkan mengenai perkembangan kesedaran Islam sehingga mewujudkan gerakan-gerakan agama di serata dunia dan memberi pengaruh yang besar kepada gerakan kebangkitan Islam di Malaysia khusus sekitar tahun 1970an sehingga tahun 1980an. Kebangkitan kesedaran masyarakat Islam yang berlaku sekitar tahun 1960an hingga tahun 1990an adalah kesinambungan daripada gerakan reformis yang berlaku sejak akhir abad ke-19 dan awal abad yang ke-20 yang diwakili oleh gerakan kaum muda. Ini bermakna gerakan yang mula- mula dibawa oleh Jamaluddin Afghani, Shekyh Mohd Abduh dan Rashid Rida tidak pernah terhenti gerakanya. Bezanya, gerakan ini terus didokong tetapi dalam struktur yang berbeza. Ideologi ini terus didokong oleh tokoh- tokoh reformis yang lebih baharu dengan membentuk satu gerakan agama dalam memperjuangkan matlamat dan tujuan ideologi reformis. Menurut Peter Mandaville, gerakan sosial yang paling penting yang mengandungi visi baru dan membawa politik Islam bermula di Negara Mesir yang dipelopori oleh Hassan al-Bana. Hassan al-Bana telah menubuhkan satu gerakan sosial iaitu Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Ikhwan Muslimin kemudian berkembang ke Negara-negara lain termasuk di Malaysia. Kebanyakan gerakan Islam ini menjadi gerakan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 88-110 90 pembangkang di Negara mereka(2007:104). Gerakan Islam adalah sebuah gerakan agama. Gerakan agama bukan hanya diaplikasikan ke atas agama Islam sahaja, tetapi boleh juga diguna pakai ke atas agama- agama yang lain. Untuk memahami lebih lanjut mengenai gerakan agama, perlu difahami apa yang mendorong wujud suatu gerakan agama. Menurut H. Dadang Kahmad, gerakan agama berlaku akibat timbulnya rasa tidak puas hati kepada penguasa atau pemimpin Negara. Rasa tidak puas hati timbul apabila mereka melihat berlakunya kesenangan penguasa, konflik yang berlaku akibat ketidakpuasan sosial dan agama kerana pihak yang terbabit terlalu mengawal kehidupan manusia. Tambah beliau lagi, apabila berlakunya konflik sebegini, wakil agama tertentu akan memberi dorongan dan sokongan kepada pengikutnya untuk melakukan proses perubahan. Tambahan lagi, peranan ahli dan tokoh-tokoh agama dalam memberi dokongan dan sokongan juga memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan agama(1999:67-68). Dari keterangan tersebut, gerakan agama memberi kesan kepada masyarakat meskipun ada gerakan agama hanya dianggotai oleh sekumpulan kecil masyarakat sahaja. Gerakan agama dilihat sebagai satu kumpulan untuk melakukan atau mendorong perubahan sosial di dalam sesebuah masyarakat. Terma gerakan Islam pula menurut Shiozaki Yuki, adalah satu usaha yang dianjurkan untuk menegakkan Islam ke atas individu dan juga sebagai norma sosial khususnya kepada masyarakat Muslim moden(2007:106). Kembali kepada gerakan kebangkitan Islam dunia, beberapa peristiwa penting boleh dilihat dalam kebangkitan ini. Antara faktor yang mendorong gerakan kebangkitan Islam adalah bagi mengembalikan warisan kebudayaan Islam, tidak puas hati dengan sistem politik yang secular, dan berlakunya revolusi Iran pada tahun 1979. Di Asia Tenggara pula, konflik yang berlaku seperti konflik dengan komunis di Indonesia, serta konflik etnik yang berlaku di Malaysia juga menjadi salah satu dorongan kepada gerakan kebangkitan Islam(Kersten 2009:90). Salah satu dinamika penting yang berlaku