Penyakit Misteri Dan Kronik Disebabkan Oleh Amalan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 3: No. 11 (January 2019) page 37-44 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 PENYAKIT MISTERI DAN KRONIK DISEBABKAN OLEH AMALAN ILMU GHAIB HITAM DAN SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU: MENURUT PAKAR PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM (Mysterious and Chronic Diseases Caused by Black Magic and Witchcraft in Malay Community: From Spiritual Healers’ Experience) Abu Bakar Sedek Abdul Jamak*, Azelin Md Noor* dan Noor Awanis Muslim [email protected] Department of Management and Humanities Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)* Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Abstrak: Ilmu ghaib hitam dan putih merujuk kepada penggunaan kuasa negatif dan kuasa jahat dalam dunia kedukunan Melayu oleh pengamal-pengamal ilmu ghaib atau bomoh pada zaman sekarang. Ilmu ghaib hitam dan putih dipercayai telah berada dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya sejak zaman berzaman lagi. Ianya akan tetap berada dalam masyarakat Melayu selagimana khidmat bomoh masih diperlukan bagi kerja-kerja mewujudkan kerosakan dan konflik ke atas individu serta sosial. Impak sihir ke atas mangsa akan menyebabkan fenomena luar biasa seperti menghidapi penyakit berbahaya contohnya tumor dan kanser, berkelakuan aneh, hilang akal, lumpuh, bisa-bisa, keguguran dan pelbagai lagi kerosakan dalam diri mangsa yang akan dihuraikan. Kajian ini akan membentangkan bagaimana pengalaman beberapa orang pengamal perubatan alternatif secara Islam supaya dapat membantu mendidik dan memberi peringatan tentang kerosakan dan bahaya sihir yang mendatangkan pelbagai penyakit misteri dan kronik keatas kesejahteraan individu, sosial serta institusi masyarakat Melayu khasnya. Kegagalan kebanyakan Masyarakat Melayu memahami modus operandi pengamal-pengamal sihir menyebabkan mereka merujuk segala kesakitan kepada doktor perubatan sahaja sehingga mengakibatkan penderitaan seumur hidup dan membawa kepada kematian. Kertas ini membentang bagaimana pengamal-pengamal sihir boleh menyebabkan pelbagai jenis-jenis penyakit serta modus operandi yang digunakan yang menyebabkan penderitaan yang membawa kepada kematian secara halus. Kini dalam dunia kedukunan, sihir merupakan satu seni halus yang diperniagakan dan mendatangkan keuntungan dengan bayaran yang lumayan serta memberi sara hidup kepada pengamal-pengamal sihir. Secara tidak langsung, amalan sihir semakin berleluasa dikalangan masyarakat Melayu dan pastinya ia akan membawa dan menambahkan kerosakan ke atas kesejahteraan sosial dan masyarakat Melayu selagi wujudnya perasaan iri hati, dendam kesumat, kegusaran, cemburu dan hasad dengki serta ingin menganiayai sesama sendiri. Kata kunci: Ilmu ghaib hitam, Sihir, Masyarakat Melayu, Modus Operandi, Penyakit 37 Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 3: No. 11 (January 2019) page 37-44 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 Abstract: Occult black and white refers to the use of negative powers and forces of evil in the Malay world of psychic by witchcraft practitioners or shaman today. Occult black and white is believed to have been presence since the earliest human cultures and continues their role as long as their services are required to do evil black or white magic causes. It will stay in service as long as the Shaman is still needed to work on creating damage and conflict upon individuals and society. The impact of this evil practice may cause unusual phenomena such as dangerous illnesses like tumors and cancers that lead to death, behaving oddly, insanity, physical deformed, unbearable pains, blooded and internal organ disorders, loss mindedness, miscarriage, blindness and many other damages that will be revealed in this article. Witchcraft can be used to harm or hurt people by performing rituals any parts of the world. Due to increase of jealousy, frustration, greedy, selfishness and refuse to accept others happiness and growth, the use of witchcraft has become the easiest way to harm, hurt people and cause unnatural death. This study will reveal based on the experience of Islamic specialists for alternative medicine so that to help educate and warn the danger of evil crafting on community’s wellbeing. Most Malays lack of knowledge in modus operandi of the evil spirit played by witchcraft on a person as such that any evil effects will be referred to the medical doctor or kept to themselves and this will prolong their sufferings due to chronic diseases until they die. Black magic and witchcraft are rampantly practiced and tolerated in Malaysia because the shamans (or Bomohs in Malay language) are not being executed and convicted or faced consequences by their evil murderous act in the society and destroying the wellbeing of the people. Nowadays, witchcraft is a fine art that has been traded for profitable gains and provide subsistence to the black magic practitioners. Indirectly, the practice of magic is rampant among the Malay community and certainly it will add more damage to the social welfare of the community and as long as there is jealousy, hatred and jealousy that lead to mistreatment each other. Keywords: Witchcraft, Mysterious and Chronic Disease, Malay Community, Shaman, Modus Operandi 2019 JHLCB Pengenalan Kita seringkali mendengar akan kehadiran penyakit misteri terutama penyakit kanser yang sukar dirungkai oleh pakar perubatan moden. Pelbagai usaha dan carian diikhtiar demi mencari jawapan kepada penyakit yang tiada ubatnya itu. Hakikatnya, pencarian mereka itu sebenarnya adalah pencarian yang tiada pengakhiran, dan seterusnya mereka terjebak dengan pembiayaan kos perubatan yang tinggi dan kebanyakannya berakhir dengan kematian. Penyakit yang tidak boleh didiagnos oleh pakar perubatan itu sering dikaitkan dengan sihir. Sihir sudah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu, walaupun Islam adalah pegangan agama masyarakat Melayu di Malaysia. Islam mengharamkan kegiatan sihir sama ada ianya ilmu putih atau ilmu hitam demikian menurut kata pakar perunding perubatan alternatif Islam. Sihir menyebabkan si pelaku dan pengupah memperoleh dosa yang paling besar. Khalifah Umar Al Khatab (yang memerintah antara 634 - 644 MS) telah menetapkan satu hukuman ke atas pengamal sihir iaitu dipenggal kepala (Abdul Basir 1999). Kerajaan Arab Saudi telah mengisytiharkan bahawa ilmu sihir adalah satu kesalahan dan menetapkan hukuman mati bagi pengamalnya (Mahyuddin 2015). Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu hitam dan sihir itu wujud. Nabi Muhammad s.a.w pernah menjadi 38 Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 3: No. 11 (January 2019) page 37-44 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 mangsa sihir. Sarjana berprestij Qāḍī'Iyāḍ ibn Musa merujuk sihir sebagai suatu bentuk penyakit, suatu keadaan di mana orang memperlihatkan gejala fizikal atau mental yang sakit. Pelbagai kerosakan yang dibawa oleh amalan ilmu hitam dan bertindak untuk menghuraikan amalan masyarakat mengenai sihir zaman purba atas dasar kebenaran. Pengamal- pengamal sihir dengan kuasa mistik dipercayai mengawal semangat jahat seperti jin untuk melakukan perbuatan buruk atas permintaan mereka. Amalan sihir ini adalah keadaan yang menjadi kebiasaan di kalangan orang Melayu. Pengamal sihir atau bomoh adalah merupakan pakar dalam ilmu ghaib hitam (black magic) dan ilmu ghaib putih (white magic). Lazimnya mangsa yang disasarkan tidak curiga atau sedar bahawa beliau diserang. Mangsa diserang dalam pelbagai aspek iaitu secara fizikal, mental dan emosi. Bentuk serangan ini menyasarkan kehidupan sosial dan peribadi mereka, kehidupan cinta, hubungan keluarga, kekayaan, pekerjaan, perniagaan dan kesihatan. Kalau di Malaysia, selain bomoh, pengamal ilmu ghaib ini juga dikenali sebagai Pawang dan juga Dukun. Ilmu Ghaib Hitam (Black Magic) dan Putih (White Magic) Ilmu ghaib putih adalah seperti ilmu hitam juga menggunakan makhluk halus (Jin dan Iblis) sebagai perantaraan bagi mencapai maksud tertentu oleh pengupah. Contoh ilmu ghaib putih yang diamalkan oleh bomoh seperti pelaris jualan kedai, ilmu kebal oleh pesilat, memakai susuk kecantikan badan, pendinding rumah dan bangunan, memagar dengan pasakan dari musibah, memberi kekuatan tenaga fizikal, penggerun, penunduk, pemanis, pemikat dan pembenci. Ilmu putih juga digunapakai bagi merawat penyakit jasmani, kerasukan, memulihkan semangat dalaman dan membantu kerja-kerja menjadi lebih ringan. Sementara ilmu ghaib hitam (black magic) atau lebih dikenali SIHIR. Bahkan kini dalam dunia kedukunan, sihir merupakan satu seni halus dalam alam maya untuk diperniagakan yang mendatangkan keuntungan dengan bayaran lumayan serta memberi sara hidup kepada ahli-ahli sihir. Dengan tidak secara langsung menambahkan kesengsaraan sosial dan masyarakat Melayu selagi mereka mempunyai perasaan iri hati, berdendam kesumat dan menganiayai sesama sendiri. Sihir boleh menyebabkan Pelbagai Penyakit Misteri dan Kronik Kesan kuasa mistik yang digunakan oleh bomoh dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja terutama dalam masyarakat Melayu (Werner 1986). Bomoh merupakan rakan subahat yang dibayar oleh pelanggan atau pengupah. Pelanggan akan memberikan maklumat seperti nama penuh sasaran, alamat rumah, alamat kerja, gambar sasaran yang dicadangkan, DNA peribadi seperti rambut dan kuku, barang peribadi seperti pakaian, pakaian, bahkan suara atau apa-apa objek lain yang dapat dikenali oleh jin (Kenyatta 1965). Kuasa jin sihir misteri boleh menyebabkan kecelaruan dalaman tubuh badan manusia yang sebabkan kerosakan organ dalaman dan aliran darah yang kronik Nyabwari & Kagema 2014). Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian mendadak