25 Ogos 2020, Pukul 10.00 Pagi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 25 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1432-MQT0978 Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberi Pegawai Perubatan Kontrak kemudahan yang setara dengan Pegawai Perubatan Tetap memandangkan mereka juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada masyarakat di Malaysia. 2. PR-1432-MQT0981 Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan inisiatif-inisiatif dan rancangan-rancangan Kementerian baharu ini untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 3. PR-1432-MQT0977 Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah harga siling pelitup muka 3 lapis pada RM1 yang berkuat kuasa pada ketika ini akan diturunkan lagi secara berperingkat pada masa akan datang memandangkan bekalan pelitup muka adalah mencukupi dan harga pasaran semasa adalah jauh lebih murah daripada harga siling ini. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 25 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L09700 Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan lebih banyak program perumahan rakyat di Sabah dan apakah status permohonan rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik di Sabah. 2. PR-1432-L09108 Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menjamin bekalan air yang secukup untuk negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi pada musim kemarau serta dalam jangka masa yang panjang. 3. PR-1432-L09662 Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mekanisme yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional untuk memastikan inisiatif-inisiatif dalam PENJANA akan memberi manfaat kepada pihak yang layak secara menyeluruh. AUM DR 25/8/2020 2 4. PR-1432-L08841 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak ada kewarganegaraan (stateless) di Malaysia. Nyatakan kriteria atau syarat-syarat lain yang telah ditentukan oleh Kerajaan untuk mereka ini mendapat kewarganegaraan selepas mereka telah memenuhi syarat-syarat mandatori yang telah ditentukan di bawah Perlembagaan Malaysia. 5. PR-1432-L09808 Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah bantuan-bantuan yang telah disalurkan kepada golongan penjaja dan peniaga industri kecil dan sederhana. Berapakah jumlah peniaga yang telah mendapat manfaat dari bantuan-bantuan ini. 6. PR-1432-L09091 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah yang telah dirancang untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah terutamanya di kawasan yang jauh daripada sumber air sungai bersih seperti di pulau dan kawasan pedalaman. 7. PR-1432-L08970 Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah amaun penjimatan oleh Kerajaan dengan penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo Sarawak. Dan bilakah jangkaan Projek Pan Borneo Sarawak akan siap sepenuhnya. 8. PR-1432-L09009 Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rasional memberi peluang berkali-kali kepada PATI untuk diputihkan (rehiring) dan bekerja secara sah di Malaysia seperti 'moving goal post' sedangkan kadar pengangguran di Malaysia kian meningkat. 9. PR-1432-L08789 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :- (a) Usaha-usaha Kementerian dalam membantu usahawan luar bandar yang terkesan akibat pandemik COVID-19; dan 3 AUM DR 25/8/2020 (b) langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar secara atas talian. 10. PR-1432-L09252 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kementerian untuk memastikan pasaran sewa rumah kediaman berada dalam kemampuan kebanyakan rakyat. 11. PR-1432-L09909 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk melebarkan jalan raya Persekutuan di Bintulu dalam masa terdekat ini memandangkan Bintulu pesat membangun dan jalan sudah tidak dapat menampung keperluan penduduk Bintulu; dan (b) berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak untuk tahun 2020 bagi tujuan penyelenggaraan jalan kampung di luar bandar terutamanya di Bintulu. 12. PR-1432-L09855 Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan persediaan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk beroperasi semula. Bagaimana Kementerian memastikan pembelajaran pelajar di Tabika KEMAS tidak terjejas sepanjang tempoh tidak bersekolah kerana COVID-19. 13. PR-1432-L08721 Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan di bahagian manakah jumlah tangkapan penyalahgunaan dadah yang tertinggi di negeri Sarawak. 14. PR-1432-L09351 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- (a) jumlah pekerja yang dilindungi oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan telah dilatih pada masa sekarang jika dibandingkan dengan tahun 2019; dan AUM DR 25/8/2020 4 (b) berapa anggaran pekerja yang akan dilatih oleh HRDF dari tahun 2020 hingga 2023 dan nyatakan anggaran tersebut mengikut tahunan. 15. PR-1432-L09137 Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan rancangan Kementerian bagi menghadapi cuaca ekstrem akibat daripada pemanasan global yang telah menyebabkan penyusutan sumber air negara sehingga terpaksa dicatu seperti yang berlaku di Melaka awal tahun ini. 16. PR-1432-L08859 Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan program mewajibkan anggota polis lulus ujian indeks jisim badan (BMI) dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat telah pun dilancarkan oleh PDRM kerana masalah obesiti akan menjejaskan imej pasukan polis negara:- (a) kenapa sejumlah melebihi 10,000 pegawai dan anggota polis masih dikategorikan gemuk atau obes; dan (b) apa ketinggian dan berat ideal wajib pada anggota polis. 17. PR-1432-L09914 Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status semasa pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar. 18. PR-1432-L09014 Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rasional pemilikan rumah oleh warga asing diturunkan daripada RM1 juta kepada RM600 ribu sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rumah. 19. PR-1432-L08796 Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah ada cadangan untuk mewujudkan pondok polis di Meligan/Long Pasia, Sipitang sebagai persiapan negara kita menghadapi cabaran isu keselamatan, apabila Kalimantan dijadikan sebagai ibu kota baharu Indonesia. 5 AUM DR 25/8/2020 20. PR-1432-L10005 Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan terkini penyelenggaraan jalan-jalan raya kerana kelihatan di sana-sini jalan-jalan raya tidak terurus, rumput dan pokok panjang di median jalan. Ini jelas kelihatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR@) walaupun ianya terletak di dalam kota raya Kuala Lumpur. 21. PR-1432-L09784 Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- (a) unjuran jumlah pekerja-pekerja warganegara, pekerja asing mengikut sektor industri yang akan hilang pekerjaan dari tempoh Jun sehingga Disember 2020 mengikut industri; dan (b) berapa jumlah yang telah hilang pekerjaan sejak dari bulan mac hingga sekarang mengikut warganegara, pekerja asing dan mengikut sektor industri. 22. PR-1432-L09561 Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkah untuk mengembangkan atau menaik taraf keupayaan teknologi, 'internet of things' dan mendokong keperluan infrastruktur teknologi industri 4.0 bagi meningkatkan keupayaan usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seiring dengan perubahan ekosistem perniagaan pasca COVID-19 . 23. PR-1432-L09723 Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai mekanisme khusus dalam memastikan golongan belia khususnya graduan mendapat lebih manfaat menerusi Program Latihan Penjana Kerjaya. 24. PR-1432-L09742 Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) apakah status penggubalan Rang Undang-Undang IPCMC dan reformasi utama yang akan dicadangkan; dan (b) bilakah ia akan dibentangkan. AUM DR 25/8/2020 6 25. PR-1432-L10061 Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) berapa banyak rumah PPR (disewa) yang telah dibina di Sabah sejak