Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 27 MEI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 16 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1211-L11715 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk membantu Syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sering menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, baik dari Bank Pertanian, Bank SME atau bank komersial. Apakah kaedah bagi memudahkan pinjaman terutama dalam sektor baru yang belum teruji seperti bio-teknologi, marin, farmaseutikal dan herba. 2. PR-1211-L12335 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kedudukan universiti awam dalam ranking universiti dunia. 3. PR-1211-L11259 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status pembelian helikopter bagi menggantikan Nuri serta jenis dan harganya. 4. PR-1211-L11389 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah untuk membawa reformasi terhadap Badan Kehakiman. 2 AUM DR 27/5/2008 5. PR-1211-L11324 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) bilakah pihak Kementerian akan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat atau Perumahan Kos Rendah yang telah diluluskan di negeri Sarawak bagi tujuan membasmi setinggan; dan (b) bilakah Projek Perumahan Rakyat sebanyak 1000 unit yang telah diluluskan ini akan dibina di bahagian Bintulu. 6. PR-1211-L11590 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan status tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif memandangkan kenaikan harga minyak yang terus melambung naik. Apakah polisi Kerajaan berkenaan sumber tenaga nuklear. 7. PR-1211-L12168 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah drastik Kerajaan dalam membantu membaiki taraf hidup masyarakat luar bandar bagi menjamin sokongan kumpulan ini kepada Kerajaan yang dianggap semakin terhakis. 8. PR-1211-L12129 Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori- kategori orang yang berkelayakan menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah yang diberikan kepada orang- orang berkenaan. 9. PR-1211-L11631 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana skim pinjaman kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia dilaksanakan bagi mengatasi masalah kemiskinan terutama di kawasan luar bandar di negara ini dan adakah ia berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. 10. PR-1211-L12546 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada peruntukan akan diberi kepada Kerajaan-kerajaan Tempatan supaya dapat mengambil alih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah memandangkan ramai antara mereka menghadapi masalah pengurusan. 3 AUM DR 27/5/2008 11. PR-1211-L11349 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah dasar "Sistem Kuota" pengambilan pelajar ke IPTA. Berapakah jumlah atau peratusan pelajar yang mempunyai cukup syarat untuk masuk ke IPTA tetapi gagal atau tidak dapat tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka oleh sebab sistem kuota di IPTA. 12. PR-1211-L11940 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terbaru mengenai Projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), memandangkan pada dua tahun yang lalu tiada tanda-tanda pembangunan. 13. PR-1211-L11902 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan yang IPTS-IPTS dalam negara tidak lari dari dasar- dasar pendidikan negara. 14. PR-1211-L12485 Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah beras yang diedarkan oleh pemborong-pemborong yang menjadi ejen BERNAS dan jumlah beras yang diedarkan oleh pemborong-pemborong yang tidak menjadi ejen BERNAS. 15. PR-1211-L12319 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi memastikan hubungan internet meliputi seluruh kawasan di negeri Sarawak. 16. PR-1211-L11407 Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai jumlah keuntungan atau kerugian Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. bagi tahun-tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan beri sebab-sebabnya, prestasi yang naik atau menurun. 17. PR-1211-L11969 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan senarai terperinci sekolah-sekolah SJK (C) dan Sekolah Rendah Kebangsaan di Sarawak yang menerima dana pembangunan dalam tahun 2003,2004, 2005, 2006 dan 2007. 4 AUM DR 27/5/2008 18. PR-1211-L11572 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pencapaian positif yang berjaya dicapai ketika Malaysia menjadi pengerusi OIC kepada negara-negara umat Islam di seluruh dunia. 19. PR-1211-L12051 Dato’ Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah dasar pembangunan infrastruktur di perkampungan Orang Asli. 20. PR-1211-L12337 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pengeluaran gula seluruh negara mengikut tahun semenjak 2005 dan berapakah kekurangan pada setiap tahun tersebut berserta nilainya. 21. PR-1211-L11424 Dato’ Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bilakah Kementerian merancang untuk mengkaji semula viabiliti pembinaan landasan pelancaran satelit di Tawau. 22. PR-1211-L11849 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah lesen perkhidmatan telekomunikasi akses jalur lebar tanpa wayar 2.3 Gigahertz (GHz) atau WiMAX dan senaraikan syarikat yang berjaya memperolehi lesen berkenaan. 23. PR-1211-L12125 Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :- (a) jumlah projek-projek swasta dan Kerajaan yang terbengkalai di Wilayah Persekutuan. Apakah sebab projek tersebut terbengkalai dan apakah tindakan yang diambil bagi menyelesaikan masalah ini; dan (b) apakah peruntukan yang boleh digunakan bagi Kerajaan mengambil alih projek ini atau mengenakan tindakan mahkamah serta membaik pulih projek ini. 24. PR-1211-L11742 Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan sedar akan kekurangan kemudahan asas di kuarters-kuarters pekerja estet. Apakah perancangan untuk membaik pulih kemudahan tersebut. 5 AUM DR 27/5/2008 25. PR-1211-L12085 Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah tender untuk projek pembinaan "Double Tracking' KTM daripada Ipoh ke Padang Besar ditawarkan kepada Syarikat JV MMC - GAMUDA dan kenapa syarikat itu sahaja yang dipelawa dan tidak dibuka pada syarikat lain. 26. PR-1211-L12727 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kanak-kanak hilang pada tahun 2007- 2008 yang telah berjaya diselesaikan. 27. PR-1211-L12587 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah dasar serta asas pelaburan luar negara bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) serta jumlah pelaburan tersebut sejak empat tahun lalu hingga hari ini. 28. PR-1211-L11990 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek yang telah dilaksanakan setakat ini atau akan dilaksanakan dalam tahun 2008 untuk membangunkan Koridor Ekonomi yang baru dilancarkan di Sarawak tahun lalu. Berapa jumlah tiap-tiap projek serta nama-nama pihak yang terlibat. 29. PR-1211-L12122 Dato' Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) agensi manakah yang mengawal 'stockpile' beras negara dan adakah 'stockpile' ini mencukupi dan untuk tempoh berapa bulan, dan siapakah yang menanggung kos penyelenggaraannya; dan (b) dalam kes projek padi di MADA berapakah purata hasil padi yang diperoleh bagi semusim. 30. PR-1211-L12644 Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah suatu siasatan yang menyeluruh telah dibuat mengenai rangkaian kes-kes kemalangan udara yang melibatkan pesawat-pesawat udara TUDM, jika ya, apakah hasil siasatan tersebut dan apakah tindakan susulan yang dibuat oleh Kementerian terhadap perakuan yang dibuat oleh badan penyiasatan. 31. PR-1211-L11833 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sejauh mana peranan BERNAMA TV dalam membantu agenda pembangunan negara sejak diwujudkan di bawah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). 6 AUM DR 27/5/2008 32. PR-1211-L11578 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :- (a) jumlah perbelanjaan keseluruhan di dalam usaha menukar bahasa pengajaran Sains dan Matematik dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris; dan (b) tahap pencapaian positif murid hasil dari perubahan tersebut yang telah diukur setakat ini dan kaedah ukuran yang digunakan. 33. PR-1211-L11294 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab-sebab Kementerian enggan mengakui dan menerima lebih kurang 200 orang pelajar