Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 50 Selasa 18 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.27 (Halaman 37) Maksud B.60 (Halaman 64) Maksud B.29 (Halaman 108) Maksud B.47 (Halaman 162) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2015 Jawatankuasa:- Maksud P.27 (Halaman 37) Maksud P.60 (Halaman 64) Maksud P.29 (Halaman 108) Maksud P.47 (Halaman 162) DR.18.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 18 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya cuma ingin ingatkan, sesuailah kita kemukakan soalan tambahan mengikut peraturan mesyuarat yang dibuat secara ringkas dan padat. Elok jugalah jawapan-jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dilakukan secara ringkas juga. Terima kasih. 1. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah rancangan dan perkembangan proses pembentukan Economic Cooperation Agreement (ECA) untuk pelabur-pelabur dan pengusaha-pengusaha antara Malaysia dan Taiwan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Sri Mustapa Mohamed]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Soalan ini adalah berkaitan dengan hubungan dagangan antara Malaysia dengan Taiwan, khususnya cadangan untuk ditandatangani suatu perjanjian perdagangan antara Malaysia dengan Taiwan. Sehubungan dengan itu, untuk makluman Yang Berhormat, Taiwan adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk kira-kira 23 juta orang. Ia berdasarkan pendapatan per kapita. Ia merupakan sebuah negara maju. Hampir kira-kira USD40,000 pendapatan per kapita Taiwan berbanding Malaysia kira-kira USD10,000 – USD11,000. Jadi Taiwan adalah satu kawasan yang maju dan asas ekonominya adalah pembuatan khususnya bidang electrical dan elektronik. Itu sedikit latar belakang berkaitan dengan negara Taiwan. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, hubungan Malaysia dan Taiwan dalam bidang ekonomi dan perdagangan adalah baik dan boleh dikatakan amat baik. Taiwan merupakan rakan dagangan Malaysia yang kelapan terbesar pada tahun lalu. Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia – Taiwan meningkat dengan ketara dalam tempoh empat ke lima tahun yang lalu DR.18.11.2014 2 iaitu kira-kira RM33 bilion pada tahun 2009 meningkat kepada RM53 bilion pada tahun 2013, peningkatan 60%. Jadi Taiwan merupakan rakan dagangan yang kelapan terbesar. Sebuah negara yang penting dan hubungan antara Malaysia – Taiwan adalah baik. Yang ketiganya dari segi pelaburan. Setakat ini jumlah pelaburan Taiwan di Malaysia bernilai kira-kira USD5.4 bilion. Jadi sama ada perdagangan ataupun pelaburan, hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Taiwan adalah baik. Kerajaan sedia maklum bahawa beberapa buah negara telah pun menandatangani perjanjian perdagangan bebas antara Taiwan dengan Singapura dan New Zealand umpamanya telah tandatangan perjanjian, dipanggil ASTEP, tidak dipanggil FTA. Sebagai contoh dengan Singapura dipanggil Agreement between Singapore and the Separate Customs Territory of Taiwan, Penghu, Kinmen and Matsu (ASTEP) namanya. Begitu jugalah negara New Zealand telah tandatangan pada tahun lalu. Satu Perjanjian ASTEP juga namanya. Jadi beberapa kerajaan sedia maklum bahawa beberapa buah negara telah pun tandatangan perjanjian dengan Taiwan. Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani isu ini, kerajaan berpandukan kepada dasar semasa. Dasar kita ialah dasar dengan izin dipanggil 1China Policy di mana kita menghormati dasar China iaitu Taiwan adalah sebahagian daripada PRC, People’s Republic of China. Maka apa jua yang kita lakukan adalah berasaskan kepada dasar negara iaitu menghormati dasar negara China dan pihak MITI sentiasa berbincang dan merunding dengan pihak Wisma Putra sebelum apa-apa tindakan diambil. Jadi antara sebab kenapa kita berhati-hati dalam perkara ini ialah kerana kita ada satu 1China Policy. Dalam pada itu saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Bintulu bahawa kita terbuka dan sentiasa mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkan hubungan dagangan dan pelaburan dengan Taiwan ini tanpa kita menjejaskan 1China Policy. Jadi ini pendekatan yang diambil oleh kerajaan. Sekarang ini kita belum membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Bintulu. Selain daripada dasar dengan izin, 1China Policy sebelum kita tandatangan satu-satu perjanjian, sudah pasti kita kena buat kajian. Semua itu, satu kajian telah pun dibuat oleh pihak ASLI dan Chung-Hua Institution for Economic Research dan kajian ini sudah pun ada hasilnya. Akan tetapi yang lebih penting ialah kita menghormati dasar 1China Policy yang diamalkan oleh kerajaan buat masa ini. Mengenai FTA, kita mempunyai sikap terbuka. Kita telah tandatangan 13 buah FTA setakat ini, yang terkini dengan negara Turki. Jadi Malaysia mempunyai pendekatan yang terbuka dalam isu FTA kerana kita merupakan sebuah negara yang bergantung banyak kepada perdagangan luar. Terima kasih. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan kita hari ini tak berapa sihat, pun datang jawab ini soalan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kita faham dalam isu ini tujuan ECA adalah memudahcarakan perdagangan dan ekonomi dua hala Malaysia dan Taiwan. DR.18.11.2014 3 ■1010 Pengecualian cukai menarik pelabur ke Malaysia ataupun Malaysia ke Taiwan. Meningkatkan kerjasama ekonomi Malaysia-Taiwan. Malaysia, kita memang faham. Kita One China Policy. Saya rasa, kalau boleh negara kita mesti mahu sampaikan mesej kepada negara China. Kita bersama Taiwan bukan hendak bercerita mengenai ECA berkaitan dengan politik. Ini tidak kena-mengena dengan politik. Ini kena-mengena dengan ekonomi. Rakyat kita melabur di Taiwan, ataupun Taiwan melabur di Malaysia. Kita mesti mahu ingat, rakyat kita sekarang macam pelajar kita akan lebih kurang 18,000 orang. Pelajar dari Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di Taiwan. Saya pernah berbincang bersama mahasiswa dan mahasiswi, mereka kata mereka belajar di sana. Apabila mereka balik, hendak berniaga dengan siapa? Mereka memang ada connection dengan Taiwan. Inilah, kalau kita tidak lihat, kita tidak sampai ke negara China, rakyat ini apabila balik besok, semua marah dengan kita. Ini lah kita bagi peluang. Semua mahasiswa dan mahasiswi balik akan undi pada pembangkang. Tidak bagi peluang tetapi negara China lain. Dia tidak payah undi, dia orang angkat tangan tetapi kita mesti mahu melihat perkara ini. Kalau tengok sampai hari ini, ramai mahasiswa dan mahasiswi balik dari Taiwan dia orang marah sama kita. Kita tidak menjaga kepentingan mahasiswa dan mahasiswi ataupun generasi yang muda ini. Saya di sini ingin memberitahu kita ada perjanjian yang ditandatangani Malaysia dengan Taiwan; 1993 - Investment Politician Agreement; 1996- Double Taxation Avoidance Agreement. Kita pun ada sign. Apa masalah kalau kita seriously pertimbangkan ECA ini untuk rakyat Malaysia, terutama sekali rakyat Malaysia kita. Saya hendak tanya soalan. Bolehkah kementerian ambil inisiatif berbincang dengan negara China. Kalau negara China langsung tidak setuju, kenapa bising dengan negara China sekarang, sebab China pun sekarang berbincang dengan Taiwan. Ada perjanjian juga atas economy cooperation bersama. Kita Cuma hendak selesaikan kepentingan rakyat. Bagi tahu dengan dia, kalau boleh kementerian tolong, bolehkah kementerian mengambil satu inisiatif berbincang dengan Kementerian Luar Negeri dan negara China. Bukan bersama Ambassador tetapi bersama Negara China - macam mana kita boleh win-win situation menyelesaikan masalah ini. Sekian terima kasih. Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu atas cadangan supaya kita adakan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan. Seperti yang saya maklumkan, isu utamanya ialah kita ada satu dasar dan kita hormati dasar ini. Dalam pada itu, kita tidak tutup pada perbincangan. Seperti yang saya sebut dalam jawapan saya tadi, kita telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, bagaimana kita boleh tangani masalah ini dengan mengambil kira sensitiviti berkaitan dengan One China Policy, dengan izin. Itulah kaedah yang kita telah mulakan, malahan kita telah berbincang dan bermula 2011 lagi, sudah tiga tahun. Belum ada kaedah dan kita ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu atas cadangan tersebut. Memang benar pelajar kita ramai di sana, tetapi seperti yang saya maklum tadi hubungan kita amat baik dengan Taiwan- perdagangan dan pelaburan. Memang benar kalau ada perjanjian perdagangan bebas di mana- DR.18.11.2014 4 mana kawasan negara di dunia, ini akan memberi kesan yang baik kepada perdagangan dan pelaburan. Itu memang jelas daripada pengalaman kita - 13 perjanjian telah kita tangani hasilnya baik. Akan tetapi dalam kes Taiwan ini, kita harus menghormati negara China yang merupakan rakan dagangan kita yang pertama antara Malaysia dan China. Jadi kita akan cuba cari satu penyelesaian yang berbentuk win-win. Terima kasih. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dengan