Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat Dimulakan Pada Pukul 10.00 Pagi DOA [Tuan Yang Di-Pertua Mempengerusikan Mesyuarat]

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat Dimulakan Pada Pukul 10.00 Pagi DOA [Tuan Yang Di-Pertua Mempengerusikan Mesyuarat] Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Khamis 10 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.45 (Halaman 23) Kepala B.46 (Halaman 52) Kepala B.47 (Halaman 101) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.45 (Halaman 23) Kepala P.46 (Halaman 52) Kepala P.47 (Halaman 101) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 57(2) – Mengurangkan RM45 juta Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 82) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 83) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Mengurangkan RM85,549,200 Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 102) DR. 10.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit, saya ada masalah di kawasan saya. Dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai ingin sampaikan masalah-masalah rakyat di kawasan, terutama sekali PKPD telah dilanjutkan di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Sedeli Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar. Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu. Kini, penduduk setempat berhadapan dengan beberapa masalah seperti bantuan makanan seperti susu untuk kanak-kanak, pampers dan lain-lain keperluan asas dan urusan pembelian makanan juga dihadkan. Ada pasar tani yang dibuka di kawasan PKPD. Namun, saya mendapat aduan bahawa penjual mengambil kesempatan dengan menjual barangan dengan harga yang mahal. Oleh sebab PKPD dimulakan pada 27 November 2020, ramai pekerja swasta tidak dapat pergi ke bank untuk mengeluarkan wang gaji bagi membeli barangan keperluan kerana bayaran gaji hanya dibuat pada hujung bulan tersebut. Saya memohon agar kementerian yang berkenaan bertindak dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Saya juga mohon agar bantuan RM300 diberi kepada setiap keluarga yang tinggal di kawasan berkenaan. Oleh sebab rakyat tidak boleh keluar. Rakyat susah. Kanak-kanak terseksa di situ. Saya minta, saya rayu, saya minta tolong pada kerajaan. Bantulah di kawasan saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dewan bersimpati dengan semua kesulitan yang dialami. Saya harap Yang Berhormat Padang Serai boleh berjumpa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dan saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih. DR. 10.12.2020 2 Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang– Tuan Setiausaha, sekarang Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri kah? Setiap pertanyaan oleh Yang Berhormat akan diperuntukkan masa selama satu minit dan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri diperuntukkan selama dua minit dengan tiada sebarang pertanyaan tambahan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli. 1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan strategi jangka pendek kementerian bagi memastikan aktiviti pelancongan domestik dapat dioptimumkan semula sepenuhnya dalam fasa ini susulan kebenaran rentas negeri dan daerah oleh MKN. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismilahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan keputusan kerajaan memperkenalkan gelembung perjalanan domestik zon hijau serta kebenaran rentas daerah dan negeri baru-baru ini, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara. Pertama, yang paling utama kita mahu bina keyakinan di kalangan rakyat kita iaitu bahawa adalah selamat untuk melancong di dalam Malaysia. MOTAC sentiasa bekerjasama rapat dengan penggiat industri pelancongan dalam berbincang mengenai SOP-SOP yang perlu kita amalkan pada waktu ini dan kepentingan untuk memastikan pematuhannya. Oleh sebab itulah kita yakin bahawa penggiat industri pelancongan kita telah pun bersedia dalam aspek ini dari awal dan terus bergerak sepenuhnya sebaik sahaja aktiviti pelancongan dibenarkan. Apabila rakyat melihat semua langkah berjaga- jaga dilaksanakan, mereka akan berasa selamat untuk melancong. Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita beri galakan untuk rakyat kita melancong. Untuk ini, kita tawarkan kepada rakyat insentif dan promosi dalam bentuk baucar rebat, e-baucar, cash back dalam bentuk e-wallet dan diskaun untuk tempahan pakej pelancongan penginapan dan pengangkutan. Dalam erti kata lainnya, kerajaan memberikan bantuan kewangan atau membayar sebahagian atau, dengan izin, certain portion dalam perbelanjaan untuk rakyat kita melancong dalam negara. Ini sekali gus akan membantu industri perhotelan dan lain-lain yang berada dalam rantaian industri pelancongan seperti pengangkutan dan F&B. Ketiga, kita di MOTAC teruskan kerjasama dengan penggiat-penggiat industri dan semua kerajaan negeri dalam membangun dan menawarkan pakej-pakej pelancongan baharu yang DR. 10.12.2020 3 menarik melalui platform digital. Kita perkenalkan dan promosikan destinasi pelancongan di luar bandar atau hidden gems kerana pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, MOTAC akan teruskan siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik. Kita akan pergi ke seluruh negara lagi sekali untuk mempromosikan pelancongan domestik, memperkenalkan produk baharu pelancongan dan juga memberi nafas baharu kepada produk sedia ada. Pada masa yang sama, dilaksanakan juga promosi melalui pelbagai slot pengiklanan media massa sama ada fizikal mahupun digital, termasuklah saluran radio, TV dan media sosial. ■1010 MOTAC akan meneruskan kesinambungan fokus-fokus jangka pendek ini. Antaranya termasuklah memperuntukkan sebahagian besar peruntukan di bawah Belanjawan 2021 menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan seperti yang telah saya jelaskan semasa sesi penggulungan. Di samping itu, penekanan kepada agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat diberikan menerusi pemerkasaan industri kraf negara dengan tema Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat bermula tahun 2021. Semua inisiatif ini diyakini dapat merangsang dan menyuntik perbelanjaan domestik secara konsisten dan seterusnya, mewujudkan kesan gandaan ekonomi, khususnya yang berantaian dengan sektor pelancongan, seni dan budaya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita semua mahu ekonomi ini dapat berterusan secara mampan, kita perlu menjadi pelancong yang bertanggungjawab. Sama-sama kita menjaga kita, diri sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim. 2. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya kepada YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia akan dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ Takiyuddin bin Hassan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan terpelajar saya, Yang Berhormat Pasir Gudang, seorang peguam kanan, tentang soalan mengenai usul undi tidak percaya dan usul undi percaya kepada Yang Amat Berhormat Pagoh. DR. 10.12.2020 4 Tuan Yang di-Pertua, suka saya menarik Dewan yang mulia ini bahawa di dalam Perlembagaan Negara kita, berdasarkan kepada Perkara 43, particularly Perkara 43, fasal (2)(a) menjelaskan bagaimana seorang Perdana Menteri dilantik. Saya mohon izin untuk membaca. “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan peruntukan Perlembagaan ini lah, Perkara 43, fasal (2)(a) ini lah Perdana Menteri di Malaysia dilantik. Antaranya, Perdana Menteri ke-7, Yang Berhormat Langkawi telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018. Setelah parti Pakatan Harapan telah mendapat 135 kerusi daripada 222 kerusi. Namun demikian, pada 24 Februari 2020, Yang Berhormat Langkawi telah meletakkan jawatan. Berdasarkan pada satu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri bertarikh 24 Februari, saya mohon izin untuk membaca, “Tun Dr. Mahathir Muhammad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini, 24 Februari 2020.” Ekoran daripada itu lah, pada 1 Mac 2020, Yang Amat Berhormat Pagoh yang telah mendapat sebanyak 114, melebihi daripada 111 iaitu 114 sokongan Ahli Dewan Rakyat telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Ekoran daripada itu, Yang Berhormat Port Dickson telah mendakwa bahawa beliau telah mempunyai sokongan yang cukup untuk menjadi seorang Perdana Menteri
Recommended publications
  • ELECTIONS ACT 1958 an Act Providing for Elections to the Dewan Rakyat and to the Legislative Assemblies of the States
    ELECTIONS ACT 1958 An Act providing for elections to the Dewan Rakyat and to the Legislative Assemblies of the States. [Peninsular Malaysia, Federal Territory of Putrajaya - 28 August 1958;L.N.250/1958;. Sabah- Federal Territory of Labuan - l August 1965; P.U.176/1966. Sarawak-l November 1966, P.U.227/1967] PART 1PRELIMINARY Short title 1. This Act may be cited as the Elections Act 1958. Interpretation 2. In this Act, unless the context otherwise requires- "Adjudicating Officer" means the Adjudicating Officer appointed under section 8; "candidate" means a person who is nominated in accordance with any regulations made under this Act as a candidate for an election; "Chief Registrar ", "Deputy Chief Registrar", " Registrar", "Deputy Registrar " and "Assistant Registrar" mean respectively the Chief Registrar of Electors, Deputy Chief Registrar of Electors, Registrar of Electors, Deputy Registrar of Electors and Assistant Registrar of Electors appointed under section 8; "constituency" means a Parliamentary constituency or a State constituency, as the case may be; "Constitution" means the Federal Constitution; "election" means a Parliamentary election or a State election, as the case may be; "election officer" means an officer appointed under section 3 or 8 or any officer appointed for the purpose of conducting or assisting. in the conduct of any election, or registering or assisting in the registration of electors, underany regulations made under this Act; "elector" means a citizen who is entitled to vote in an election by virtue of Article
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 35 Khamis 12 November 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Halaman 22) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 (Halaman 22) DR. 12.11.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 12 November 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum semua, selamat sejahtera dan selamat pagi. Sebelum kita mula pada hari ini, saya ada sedikit makluman mengenai ujian COVID-19. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah mendapat permohonan daripada ramai juga di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar pegawai-pegawai pengiring Ahli-ahli Yang Berhormat turut membuat ujian COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR di Parlimen Malaysia. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Parlimen Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju menyediakan kemudahan saringan ujian COVID-19 kepada pegawai-pegawai pengiring Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia pada hari ini, jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Untuk tujuan ini, hanya seramai tiga orang pegawai pengiring setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat ujian COVID-19 tersebut. Sekian, terima kasih. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua: Saya. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mencadangkan pada masa-masa akan datang, panjangkan cuti sedikit untuk Deepavali.
    [Show full text]
  • Soalan No : 93 Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Pertanyaan : Bukan
    SOALAN NO : 93 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : TUAN CHA KEE CHIN [RASAH] SOALAN TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai jumlah pesakit positif COVID-19 dan kematian akibat jangkitan COVID-19 di Negeri Sembilan mengikut daerah dan mukim. JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga 29 November 2020, kumulatif kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah sebanyak 64,485 kes. Daripada jumlah tersebut, Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 4,774 kes (7.4% daripada keseluruhan kes di Malaysia). Di Negeri Sembilan, kebanyakan kes dilaporkan dari daerah Seremban dan mukim Ampangan. Perincian jumlah kes mengikut daerah dan mukim Negeri Sembilan adalah Seremban (3,973 kes), Rembau (416 kes), Port Dickson (275 kes), Kuala Pilah (34 kes), Tampin (33 kes), Jempol (27 kes) dan Jelebu (16 kes). 2. Pecahan mengikut mukim bagi daerah Seremban adalah seperti berikut: i. Ampangan 1,432 kes; ii. Labu 1,133 kes; iii. Seremban 600 kes; iv. Rantau 358 kes; v. Rasah 277 kes; vi. Setul 151 kes; SOALAN NO : 93 vii. Lenggeng 22 kes; dan viii. Pantai 0 kes. 3. Pecahan mengikut mukim bagi daerah Port Dickson adalah seperti berikut: i. Jimah 110 kes; ii. Si Rusa 135 kes; iii. Port Dickson 19 kes; iv. Linggi 7 kes; dan v. Pasir Panjang 4 kes. 4. Pecahan mengikut mukim bagi daerah Jempol adalah seperti berikut: i. Rompin 8 kes; ii. Kuala jempol 6 kes; iii. Serting Ilir 6 kes; iv. Jelai 5 kes; dan v. Serting ulu 2 kes.
    [Show full text]
  • Politik Dimalaysia Cidaip Banyak, Dan Disini Sangkat Empat Partai Politik
    122 mUah Vol. 1, No.I Agustus 2001 POLITICO-ISLAMIC ISSUES IN MALAYSIA IN 1999 By;Ibrahim Abu Bakar Abstrak Tulisan ini merupakan kajian singkat seJdtar isu politik Islam di Malaysia tahun 1999. Pada Nopember 1999, Malaysia menyelenggarakan pemilihan Federal dan Negara Bagian yang ke-10. Titik berat tulisan ini ada pada beberapa isupolitik Islamyang dipublikasikandi koran-koran Malaysia yang dilihat dari perspektifpartai-partaipolitik serta para pendukmgnya. Partai politik diMalaysia cidaip banyak, dan disini Sangkat empat partai politik yaitu: Organisasi Nasional Malaysia Bersatu (UMNO), Asosiasi Cina Ma laysia (MCA), Partai Islam Se-Malaysia (PMIP atau PAS) dan Partai Aksi Demokratis (DAP). UMNO dan MCA adalah partai yang berperan dalam Barisan Nasional (BA) atau FromNasional (NF). PASdan DAP adalah partai oposisipadaBarisanAltematif(BA) atau FromAltemattf(AF). PAS, UMNO, DAP dan MCA memilikipandangan tersendiri temang isu-isu politik Islam. Adanya isu-isu politik Islam itu pada dasamya tidak bisa dilepaskan dari latar belakang sosio-religius dan historis politik masyarakat Malaysia. ^ ^ ^ ^ ^ ^^ ^ <•'«oJla 1^*- 4 ^ AjtLtiLl jS"y Smi]?jJI 1.^1 j yLl J J ,5j^I 'jiil tJ Vjillli J 01^. -71 i- -L-Jl cyUiLLl ^ JS3 i^LwSr1/i VjJ V^j' 0' V oljjlj-l PoUtico-Islnndc Issues bi Malays bi 1999 123 A. Preface This paper is a short discussion on politico-Islamic issues in Malaysia in 1999. In November 1999 Malaysia held her tenth federal and state elections. The paper focuses on some of the politico-Islamic issues which were pub lished in the Malaysian newsp^>ers from the perspectives of the political parties and their leaders or supporters.
    [Show full text]
  • BERNAMA.COM :: General Election 2013
    JOHOR | KEDAH | KELANTAN | MELAKA | NEGERI SEMBILAN | PAHANG | PULAU PINANG | PERAK | PERLIS | SELANGOR | TERENGGANU | SABAH | SARAWAK | W.P. KUALA LUMPUR | W.P. LABUAN | W.P. PUTRAJAYA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2013 - JOHOR GENERAL ELECTION 2013 RESULTS - JOHOR KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN PERATUS UNDI NAMA-NAMA CALON DAN PARTI UNDI YANG STATUS MAJORITI & DEWAN UNDANGAN NEGERI UNDI DITOLAK DIPEROLEHI Names Of Candidates And Party Status Majority Parliament & State Constituencies Voting Votes Votes Polled Percentage Rejected 1. SUBRAMANIAM A/L K.V P140SEGAMAT 84.9 950 20037 MNG 1217 SATHASIVAM (BN) 2. DATO CHUA JUI MENG (PKR) 18820 KLH N14001 - BULOH KASAP 85.5 497 1. FIRDAUS BIN MASOD (PAS) 6078 KLH 2. NORSHIDA BINTI IBRAHIM (BN) 9448 MNG 3370 N14002 - JEMENTAH 84.4 428 1. LEE HONG TEE (BN) 10585 KLH 2. TAN CHEN CHOON (DAP) 12781 MNG 2196 P141 SEKIJANG 87.1 587 1. JULAILEY BIN JEMADI (PKR) 16927 KLH 2. ANUAR BIN ABD. MANAP (BN) 19934 MNG 3007 N14103 - PEMANIS 87 365 1. LAU CHIN HOON (BN) 10305 MNG 1329 2. NORMALA BINTI SUDIRMAN 8976 KLH (PAS) N14104 - KEMELAH 87.2 229 1. NATRAH BINTI ISMAIL (PKR) 7657 KLH 2. AYUB BIN RAHMAT (BN) 9917 MNG 2260 1. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH P142LABIS 84.9 689 15468 KLH (DAP) 2. CHUA TEE YONG (BN) 15821 MNG 353 1. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM N14205 - TENANG 86.3 337 7921 MNG 1586 (BN) 2. MD ZIN BIN JOHAR (PAS) 6335 KLH N14206 - BEKOK 83.8 298 1. TAN CHONG (BN) 7842 KLH 2. LIM ENG GUAN (DAP) 9243 MNG 1401 P143PAGOH 86.8 809 1.
    [Show full text]
  • Growth and Inclusion 25 – 26 September 2015, Penang, Malaysia
    Draft Program Progressive Alliance Seminar: Growth and Inclusion 25 – 26 September 2015, Penang, Malaysia Friday, 25 September 2015 Venue: Rasa Sayang Resort & Spa, Penang Batu Ferringhi Beach, Penang 11100, Malaysia 08:00 hrs Registration 09:00 hrs Steering Committee Venue: Room Sayang 1 & 2 Interested parties can send a delegate to the Steering Committee. The Steering Committee prepares and discusses the conference and resolutions as well as the upcoming activities of the Progressive Alliance. Chaired by Konstantin Woinoff, Coordinator, Progressive Alliance 10:00 hrs Coffee Break Page 2 10:30 hrs Parallel Workshops Workshop 1: Progressive Campaigning Venue: Room Sayang 1 & 2 . Margiyono Darsasumarja, NASDEM Party Indonesia . Marije Laffeber, Deputy Secretary General, Party of European Socialists (PES) . Chan Foong Hin, State Legislative Assemblyperson, Democratic Action Party (DAP), Malaysia Moderator: Howard Lee, State Legislative Assemblyperson, Democratic Action Party (DAP), Malaysia Workshop 2: Developing Situation in Asian Countries Venue: Ballroom . Amuda Shrestha, Nepali Women Association, Nepal: Nepal after the earthquake . Park Ae Joo, Chief of International Relations Bureau, New Politics Alliance for Democracy, South Korea: The Challenges Ahead of Korean Parliamentary Elections in 2015 . Hiroyasu Higuchi, General Manager of international Department, Democratic Party, Japan: Recent Developments in Japanese politics . Jose Teixeira, MP, FRETILIN, East-Timor: Challenges for the center left in East Timor Moderator: Machris Cabreros,
    [Show full text]
  • The Taib Timber Mafia
    The Taib Timber Mafia Facts and Figures on Politically Exposed Persons (PEPs) from Sarawak, Malaysia 20 September 2012 Bruno Manser Fund - The Taib Timber Mafia Contents Sarawak, an environmental crime hotspot ................................................................................. 4 1. The “Stop Timber Corruption” Campaign ............................................................................... 5 2. The aim of this report .............................................................................................................. 5 3. Sources used for this report .................................................................................................... 6 4. Acknowledgements ................................................................................................................. 6 5. What is a “PEP”? ....................................................................................................................... 7 6. Specific due diligence requirements for financial service providers when dealing with PEPs ...................................................................................................................................................... 7 7. The Taib Family ....................................................................................................................... 9 8. Taib’s modus operandi ............................................................................................................ 9 9. Portraits of individual Taib family members ........................................................................
    [Show full text]
  • Bagaimana Muhyiddin Perkukuh Kuasa Melalui Lantikan GLC
    Bagaimana Muhyiddin perkukuh kuasa melalui lantikan GLC Malaysiakini 11 April 2020 Terence Gomez ULASAN | Telah lebih sebulan sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa, namun skala serta skop perubahan di kalangan pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) cukup membingungkan. Kadar perubahan pantas lebih mengejutkan memandangkan lantikan ini dibuat PN yang diketuai oleh perdana menteri dan menteri-menteri kanan yang sebelum ini berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Satu dimensi teras dunia GLC yang luas di Malaysia ialah menteri kabinet mengawasi pelbagai macam syarikat. Oleh kerana ahli politik yang dilantik untuk jawatan kabinet utama mempunyai pengaruh yang besar terhadap sektor korporat, perlu dijelaskan taklimat sejarah penguasaan GLC baru-baru ini. Kementerian di dalam perniagaan Sebelum pilihan raya umum 2018 yang menempa sejarah itu, PH di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, telah berjanji untuk mereformasikan GLC. Ikrar ini penting kerana perdana menteri ketika itu, Najib Razak, dalam tugasannya sebagai menteri kewangan mempunyai kawalan efektif terhadap GLC utama di Malaysia. Penumpuan kuasa politik dan korporat di tangan menteri perdana menteri yang menjadi menteri kewangan itu didakwa menyumbang kepada penyalahgunaan serius terhadap institusi berasaskan perniagaan, termasuk 1MDB, Tabung Haji dan Mara. Di bawah pentadbiran Najib, empat kementerian utama mempunyai pengaruh korporat yang besar - Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Apabila PH mengambil alih kuasa, perdana menteri Dr Mahathir ketika itu telah mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. GLC berasaskan bumiputera yang penting telah dipindahkan ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, memberi menterinya, pemimpin PKR pada waktu itu, Azmin Ali pengaruh besar ke atas segmen sektor korporat ini.
    [Show full text]
  • Vote Buying Will Be Rampant, Says Sarawak PKR Malaysiakini.Com April 4, 2013 by Dukau Papau
    Vote buying will be rampant, says Sarawak PKR MalaysiaKini.com April 4, 2013 By Dukau Papau Sarawak PKR expects millions of ringgit to be poured in certain constituencies where its candidates are popular, to influence voters against them. "I anticipate a lot of cash will be distributed not only in Saratok, Lubok Antu, Baram, but also in Limbang and other constituencies where we are very strong," said Baru Bian, state PKR chairperson after a state PKR committee meeting. Bian (right), the Ba'Kelalan state assemblyperson, alleged this was his experience in the last state election in his constituency. "They came in the middle of the night and offered RM1,000 to RM2,000 to each voter to go for a BN candidate. "This time around, BN will definitely pour millions of ringgit to ensure our candidates are defeated." PKR is particularly strong in Saratok, Baram, Lubok Antu, Limbang and Selangau. Bian will contest in Limbang. "PKR has no financial resources and we depend on good Samaritans. "What we can offer to the people is our policy which is contained in our manifesto. Our policy will give people hope." He urged them to compare and review BN's policies in the last 50 years and look at the Pakatan manifesto and policies, as well as assess states run by Pakatan in the last five years. "I believe the people will make a wise decision," Bian added. Not bought over Meanwhile, Bian strongly denied that PKR potential candidates Antu Nicholas Bawin for Lubok, and Joshua Jabeng for Selangau, have been bought over by Sarawak Workers Party (SWK).
    [Show full text]
  • Aturan Urusan Mesyuarat
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 27 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1432-MQT1021 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah penganjuran MAHA 2020 akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM di mana kita masih berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 serta apakah hasil pulangan ekonomi yang dapat dijana melalui penganjuran MAHA 2020 pada tahun ini. 2. PR-1432-MQT1001 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rasional cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk laksanakan cukai pengosongan atau 'vacancy tax' kepada pemaju perumahan yang tidak dapat menjual rumah yang sudah siap. 3. PR-1432-MQT1014 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebabnya perkhidmatan feri di Pulau Pinang terhenti dan apakah usaha jangka pendek untuk menyambung perkhidmatan feri dan pelan jangka panjang untuk naik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 27 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L08779 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meluas atau melanjutkan perintah berkurung ESSCOM ke laut terbuka memandangkan kes penculikan kru bot telah beralih ke laut terbuka. 2. PR-1432-L09588 Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pelupusan harga siling beras tempatan dan penetapan harga siling beras import.
    [Show full text]
  • CVIEW-Annualreport2008
    Country View Berhad (78320-K) Contents 2 Corporate Information 3 Group Structure 4 Notice Of 26th Annual General Meeting 5 Chairman’s Statement 7 Profile of Directors 10 Corporate Governance Statement 15 Corporate Social Responsibility Statement 17 Additional Compliance Information 18 Audit Committee Report 22 Statement on Internal Control 24 Five Years Financial Highlights 25 Analysis of Shareholdings 27 Group Properties 28 Statement of Directors’ Responsibilities 29 Financial Statements 83 Proxy Form CORPORATE INFORMATION BOARD OF DIRECTORS SECRETARIES Executive Chairman Lee Wee Hee (MAICSA 0773340) Datuk Ir. Mohamed Al Amin Bin Abdul Majid JP Hung Siow Ping (MAICSA 7039825) Executive Directors REGISTERED OFFICE Law Kit Tat Wong Chee Sean @ Wong Sean Suite 5.11 & 5.12 Wong Joon Chin 5th Floor Menara TJB 9 Jalan Syed Mohd. Mufti Non Independent Non Executive Director 80000 Johor Bahru, Johor Law Kee Kong Tel : 07 - 224 2823 Fax: 07 - 223 0229 Senior Independent Non Executive Director Choong Shiau Yoon SHARE REGISTRAR Independent Non Executive Director ShareWorks Sdn. Bhd. (229948-U) Azhar Bin Azizan @ Harun No. 10-1, Jalan Sri Hartamas 8 Sri Hartamas AUDIT COMMITTEE 50480 Kuala Lumpur Tel : 03 - 6201 1120 Chairman Fax: 03 - 6201 3121 Choong Shiau Yoon AUDTORS Members Azhar Bin Azizan @ Harun K. S Chua & Co. (AF 0255) Law Kee Kong Unit 5.10, Level 5 Plaza DNP REMUNERATION COMMITTEE No. 59, Jalan Dato' Abdullah Tahir 80250 Johor Bahru, Johor Chairman Azhar Bin Azizan @ Harun PRINCIPAL PLACE OF BUSINESS Members Unit 26-01, Mail Box 261
    [Show full text]
  • Detained Without Trial Abuse of Internal Security Act Detainees in Malaysia
    Human Rights Watch September 2005 Vol. 17, No. 9(C) Detained Without Trial Abuse of Internal Security Act Detainees in Malaysia I. Summary ..................................................................................................................................... 1 Methodology.............................................................................................................................. 4 II. Background............................................................................................................................... 5 III. Current Detainees .................................................................................................................. 7 IV. Physical Abuse and Ill-Treatment of ISA Detainees in Kamunting Detention Center......................................................................................................................... 10 The December 2004 Incident at Kamunting......................................................................11 The Raid at Cell Block T2B ..............................................................................................13 The Raid on Cell Block T4................................................................................................15 Denial of Immediate Medical Assistance and Access to Counsel...............................20 Punishment..........................................................................................................................21 Restrictions on Family Visits Reimposed............................................................................21
    [Show full text]