Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 27 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1432-MQT1021 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah penganjuran MAHA 2020 akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM di mana kita masih berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 serta apakah hasil pulangan ekonomi yang dapat dijana melalui penganjuran MAHA 2020 pada tahun ini. 2. PR-1432-MQT1001 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rasional cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk laksanakan cukai pengosongan atau 'vacancy tax' kepada pemaju perumahan yang tidak dapat menjual rumah yang sudah siap. 3. PR-1432-MQT1014 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebabnya perkhidmatan feri di Pulau Pinang terhenti dan apakah usaha jangka pendek untuk menyambung perkhidmatan feri dan pelan jangka panjang untuk naik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 27 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L08779 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meluas atau melanjutkan perintah berkurung ESSCOM ke laut terbuka memandangkan kes penculikan kru bot telah beralih ke laut terbuka. 2. PR-1432-L09588 Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pelupusan harga siling beras tempatan dan penetapan harga siling beras import. 3. PR-1432-L09774 Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapa jumlah penduduk Orang Asli di negeri Pahang dan berapakah anggaran pendapatan isi rumah Orang Asli di seluruh negara. 4. PR-1432-L09186 Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon yang telah berjaya menebus e-Tunai RM50 sehingga 30 Jun 2020. AUM DR 27/8/2020 2 5. PR-1432-L08724 Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk membina baru atau menaik taraf klinik kesihatan di Data Kakus, Tatau, Bintulu dan naik taraf di Sg. Asap Belaga. 6. PR-1432-L09089 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan di bawah Kerajaan yang baru ini apakah status dan berapa jumlah projek pembinaan atau menaiktarafkan sekolah–sekolah tidak selamat atau sekolah-sekolah daif di Sabah. Dapatkah Kementerian membina sebuah sekolah menengah baru di kawasan Kemabong Tenom bagi mengatasi masalah kesesakan dan pembelajaran dua sesi di SMK Kemabong Tenom. 7. PR-1432-L09341 Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah perancangan untuk membina sebuah pondok polis di Pulau Bruit kerana balai polis terdekat hanya ada di Bandar Baru Tanjong Manis dan Daro yang agak jauh dari Pulau Bruit. 8. PR-1432-L08783 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pelan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU-14 dalam menyelesaikan isu doktor-doktor muda atau 'houseman' yang terpaksa menunggu terlalu lama untuk 'posting'. 9. PR-1432-L08768 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh FAMA untuk mengatasi masalah terputusnya rantaian pemasaran hasil tani akibat wabak COVID-19. 10. PR-1432-L09765 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan penstrukturan semula Syarikat Lebuhraya Utara Selatan, sama ada perjanjian penstrukturan telah dimuktamadkan. Apakah anggaran penjimatan yang akan dinikmati oleh pihak pengguna lebuh raya dan pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan untuk setiap tahun sehingga penamatan konsesi. 3 AUM DR 27/8/2020 11. PR-1432-L09716 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bilakah projek Jambatan Pasir Kelang akan dimulakan dan apakah halangan yang menyebabkan kelewatan projek ini. 12. PR-1432-L09119 Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam merancakkan pemulihan sektor penerbangan yang terjejas teruk pasca COVID-19. 13. PR-1432-L09448 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendekatan terkini Kerajaan menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengangguran khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 14. PR-1432-L08732 Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah status pelaksanaan Jalan Balau - Banting di Parlimen Sri Aman. 15. PR-1432-L08801 Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah ada cadangan membina Sekolah Menengah di Mendulong, Sipitang bagi menampung keperluan pelajar dari kawasan pedalaman termasuk Long Pasia yang paling jauh terpencil dan juga apakah status berhubung cadangan pembinaan SK Pekan Sipitang yang masih berkeadaan daif pada masa ini. 16. PR-1432-L08834 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman bank dan institusi kewangan yang berakhir pada September 2020 memandangkan pemulihan ekonomi negara sekarang terlalu perlahan dan kewangan rakyat masih terjejas teruk untuk membayar balik pinjaman. 17. PR-1432-L09361 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah status Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) tahun 2019 dan peruntukan LJK 2020 bagi Parlimen Sibuti. AUM DR 27/8/2020 4 18. PR-1432-L09199 Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembaikan semua sekolah-sekolah daif di Sarawak sebab-sebab tertangguhnya sesetengah projek selepas bayaran RM350 juta untuk fasa pertama 'contra-loan' yang dipersetujui antara Kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. 19. PR-1432-L09738 Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan menyatakan sambutan permohonan Geran Agropreneur Muda dalam kalangan anak muda dan usaha yang dilakukan bagi meningkatkan penglibatan anak-anak muda. 20. PR-1432-L09008 Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah yang setiap tahun mengalami masalah yang sama. 21. PR-1432-L09327 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji keberkesanan GST dan SST. Pada pendapat Menteri Kewangan sebagai pakar korporat dan ekonomi apakah yang lebih sesuai untuk negara. 22. PR-1432-L09851 Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu para pelajar agar sesi pembelajaran di rumah melalui platform dalam talian, terutamanya mereka yang tidak memiliki komputer atau komputer riba di rumah. 23. PR-1432-L09047 Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan teruskan usaha memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. 24. PR-1432-L09445 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan PH akan diteruskan dan sekiranya tidak nyatakan secara terperinci butiran projek pembangunan dan program termasuk nilainya, yang akan dibatalkan atau ditangguhkan serta rasionalnya. 5 AUM DR 27/8/2020 25. PR-1432-L09020 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah akan diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang 4 perkara iaitu 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan MARA. Adakah Kerajaan bercadang untuk membentang RUU mengenai dana/derma politik dan RUU mengenai perlu dibatalkan kemenangan mana-mana parti politik jika manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dalam masa yang tertentu selepas sesuatu PRU. 26. PR-1432-L09214 Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan masih komited membawa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan negara kita kehilangan berbilion ringgit akibat skandal 1MDB ke muka keadilan berserta dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai matlamat ini. 27. PR-1432-L08856 Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) apakah langkah berkesan telah diambil untuk menghalang pengganas menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dan perincian jumlah tahanan telah dibuat oleh pihak berkuasa dan negara asalnya setakat 31 Mei 2020; dan (b) bilakah Kerajaan akan mengkaji semula ‘free visa travel agreements’ dengan negara Timur Tengah dan Afrika atau dasar keperluan visa imigresen memandangkan ramai pengganas masuk Malaysia dari negara Timur Tengah dan Afrika yang tidak memerlukan visa. 28. PR-1432-L09663 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah terkini Kementerian untuk memastikan keselamatan makanan (food security) terjamin khususnya dalam menghadapi situasi luar jangka pada masa hadapan seperti wabak COVID-19. 29. PR-1432-L09756