Selasa 10 Mac 2020

MALAYSIA

MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH AHLI DI LUAR HARI PERSIDANGAN

PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA MMS 10.3.2020 i

AHLI DEWAN NEGARA Kemaskini 10 Mac 2020

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran (Tuan Yang di-Pertua) (Dilantik) 2. “ Datuk Seri Haji Abd Halim bin Abd Samad (Timbalan Yang di-Pertua) (Dilantik) 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 4. “ Tuan Adrian Lasimbang (Dilantik) 5. “ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah () 6. “ Dato' Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad (Dilantik) [Timbalan Menteri Alam Sekitar] 7. “ Tuan Sie Kiong (Dilantik) 8. “ Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram (Kedah) 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 11. “ Dato` Chai Kim Sen (Dilantik) 12. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 13. “ Dato' Husain bin Awang () 14. “ Datuk Haji Husam bin Musa (Dilantik) 15. “ Tan Sri Dato` Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 16. “ Dato' Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 17. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 18. “ Tuan Ismail bin Yusop () 19. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 20. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 21. “ Dato' Kesavadas A/L A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 22. “ Datuk Lee Tian Sing (Melaka) 23. “ Tuan (Dilantik) 24. “ Datuk (Dilantik) [Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri] 25. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 26. “ Datuk Lim Pay Hen (Johor) 27. “ Dato' Dr. (Dilantik) [Timbalan Menteri Pendidikan I] 28. “ Tuan Manolan Bin Mohamad (Dilantik) 29. “ Datuk Wira Marzuki bin Yahya (Dilantik) MMS 10.3.2020 ii

30. Yang Berhormat Ir. Md Nasir bin Hashim (Dilantik) 31. “ Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (Dilantik) 32. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 33. “ Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin (Dilantik) [Menteri Kanan – Menteri Pendidikan] 34. “ Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 35. “ Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 36. “ Tuan Haji Muhamad bin Mustafa (Kelantan) 37. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 38. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 39. “ Dr. Nuing Jeluing () 40. “ Hajah Nuridah binti Mohd Salleh (Terengganu) 41. “ Datuk Paul Igai (Dilantik) 42. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 43. “ Puan Raj Munni binti Sabu (Dilantik) 44. “ Dato' Shah ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah (Dilantik) 45. “ Datuk Razali bin Idris (Dilantik) 46. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 47. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya () 48. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 49. “ Tuan Suresh Singh Rashpal Singh () 50. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 51. “ Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik) 52. “ Dato' Sri (Pahang) 53. “ Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Dilantik) [Timbalan Menteri Belia dan Sukan] 54. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy (Dilantik) 55. “ Dr. Yaakob bin Sapari (Selangor) 56. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik) 57. “ Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Dilantik) [Menteri Kewangan] 58. “ Dato' Zahari bin Sarip (Johor) 59. “ Tuan Zaiedi Suhaili (Sarawak) 60. “ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Dilantik) [Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam)] Rekod - 60 orang MMS 10.3.2020 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 10 Mac 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

LANTIKAN BAHARU

1. Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri; 2. Yang Berhormat Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz; 3. Yang Berhormat Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal; 4. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Ban Hong; 5. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon; dan, 6. Yang Berhormat Senator Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad.

[Upacara Mengangkat Sumpah tamat]

MMS 10.3.2020 2

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua: Selamat pagi dan salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, dan Dewan yang mulia ini mengalu- alukan pelantikan enam orang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi iaitu: 1. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; 2. Yang Berhormat Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz; 3. Yang Berhormat Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal; 4. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Ban Hong; 5. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon; dan, 6. Yang Berhormat Senator Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad.

Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang akan memberi peluang baharu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk menabur khidmat bakti, dan sumbangan kepada bangsa dan negara di peringkat badan legislatif yang tertinggi di negara ini. Adalah menjadi harapan saya agar Ahli-ahli Berhormat Senator akan mematuhi ikrar taat setia sepertimana yang dilafazkan tadi. Terutamanya kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara, yang menekankan antara lain keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keperibadian mulia yang menjiwai amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Selanjutnya, saya juga percaya bahawa pelantikan Yang Berhormat pada pagi ini sebagai ahli badan legislatif tertinggi negara akan membantu ke arah memperkasakan kebolehan Dewan Negara untuk memainkan peranan semak dan imbang. Saya sering mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat supaya perbahasan haruslah menekankan kepada isu-isu berkepentingan rakyat, sama sekali mengetepikan fahaman politik berasaskan parti dengan memastikan perbahasan yang berkualiti yang boleh menyumbang kepada proses pembinaan negara.

MMS 10.3.2020 3

Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memainkan peranan yang aktif dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini demi kepentingan masyarakat dan negara dan dalam lingkungan tuntutan ikrar taat setia, Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat serta prinsip-prinsip universal Rukun Negara. Demokrasi adalah konsep yang indah dengan syarat ia terbina atas landasan-landasan yang kukuh iaitu tingkah laku yang beradab dan bersopan, pemikiran yang terbuka dan rasional serta keperibadian yang tinggi dan mulia. Sesungguhnya landasan inilah yang menjiwai ketamadunan manusia. Selain daripada itu, sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di kaca mata masyarakat, Ahli-ahli Yang Berhormat perlulah berusaha gigih ke arah menambahkan ilmu untuk mempertingkatkan lagi mutu perdebatan di Dewan yang mulia ini. Sifat- sifat yang mulia inilah saja yang tentu akan memperkasakan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa. Akhir sekali, saya mendoakan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan terus mendukung visi rakyat ke arah membina sebuah negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan. Dengan kata-kata itu maka selesailah Majlis Mengangkat Sumpah pada hari ini.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.22 pagi]