<<

KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN SOSIAL

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

NOTIS TAWARAN

RUANG KOMERSIAL BAGI GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

DI KAFETERIA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN,

NO. 2, MENARA 1, JALAN P5/6, 62200 PUTRAJAYA, WP PUTRAJAYA

Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 19 April, 2016

1

NOTIS TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada penggerai-penggerai warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan gerai makanan dan minuman yang halal di Kafeteria Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) bertempat di Aras Bawah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200, W.P. Putrajaya mulai pada 1 Jun 2016 hingga 31 Mei, 2018.

2. Cadangan Dokumen Tawaran Harga hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat dan ditulis di penjuru kiri sampul surat tersebut “Tawaran Harga Ruang Komersial Bagi Gerai Makanan Di Kafeteria KPK”. Dokumen Tawaran Harga tersebut hendaklah mengandungi Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal dan dihantar dan dialamatkan secara jelas kepada:

“Urus Setia Jawatankuasa Ruang Komersial Kafeteria KPK” Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial d/a Bahagian Pentadbiran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Tingkat 12, No. 2, Menara 1 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya WP PUTRAJAYA

2

3. Cadangan Tawaran Harga yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebelum atau pada 29 April, 2016 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

4. Keterangan lanjut berhubung perkara ini boleh didapati daripada pegawai-pegawai berikut:-

a) Puan Nurasyimah binti Ibrahim Bahagian Pentadbiran No. Telefon: 03 8891 7110

b) Puan Yuswahiza binti Yusri Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan No. Telefon: 03 88917535

5. Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS), KPK tidak terikat untuk menerima Tawaran Harga yang terendah atau mana-mana Tawaran Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Tawaran Harga. Keputusan Jawatankuasa Ruang Komersil Kafeteria KPK, KSKS adalah muktamad.

6. Satu taklimat kepada penender akan diadakan pada 21 April, 2016 (Hari Khamis) pada jam 11.30 pagi di bilik mesyuarat Bahagian Pentadbiran, Aras 12, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 19 April, 2016

3

ARAHAN KEPADA PENGGERAI

1. Penggerai hendaklah mengemukakan dokumen tawaran untuk menjalankan perniagaan bagi gerai makanan dan minuman di Kafeteria, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK).

2. Penggerai hendaklah mengemukakan tawaran menggunakan Borang Tawaran Harga yang boleh dimuat turun daripada laman web KPK di http://www.motac.gov.my/images/attachstore/dokumen_tender_k sks.pdf atau diambil daripada Bahagian Pentadbiran, KPK. Sebarang pindaan format borang akan menyebabkan tawaran tersebut tidak akan dinilai kecuali dinyatakan dalam borang tersebut. Dokumen Tawaran hendaklah ditandatangani dan dokumen-dokumen lain hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran.

3. Penggerai adalah diingatkan akan perkara-perkara berikut:-

a. Dokumen Tawaran Harga hendaklah dihantar ke alamat seperti yang disebutkan di mukasurat 2 Notis Tawaran sebelum atau pada 29 April, 2016 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

b. Jika dokumen tawaran tersebut tidak dihantar sendiri, Penggerai hendaklah memastikan supaya dokumen berkenaan jika dikirimkan melalui pos berdaftar adalah

4

lengkap dan sampai pada waktu dan tempat yang ditetapkan; dan

c. Dokumen tawaran yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan akan ditolak.

4. Tawaran Harga hendaklah sah laku selama tempoh 90 hari daripada tarikh penyerahan Dokumen Tawaran Harga seperti ditetapkan di dalam surat Tawaran Harga dan Penggerai tidak boleh menarik balik Tawaran Harganya dalam tempoh tersebut.

5. Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, KPK tidak terikat untuk menerima Tawaran Harga yang tertinggi, terendah atau mana- mana Tawaran Harga.

6. Penggerai yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat dalam tempoh masa 30 hari dan Tawaran Harga hendaklah sah dalam tempoh tersebut. Penggerai yang berjaya dipilih mestilah menandatangani Surat Setuju Terima dan mengemukakan deposit sewaan bersamaan dengan satu (1) bulan sewa berserta bayaran sewa bulan pertama dalam masa yang ditetapkan di dalam borang Tawaran Harga iaitu jumlah keseluruhan RM4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja).

7. Penggerai hendaklah mematuhi Spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditetapkan.

5

8. Keengganan/Kegagalan Penggerai mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan Spesifikasi Perkhidmatan akan menyebabkan Tawaran Harganya ditolak.

9. Penggerai boleh memberikan maklumat tambahan yang difikirkan bersesuaian untuk menyokong lagi tawaran yang dibuat.

10. Penggerai hendaklah memastikan semua maklumat termasuk harga tawaran hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tiada bercanggah dengan maklumat / tawaran harga dalam mana-mana bahagian tawaran harga.

11. Borang Tawaran Harga hendaklah lengkap diisi serta ditandatangani.

12. Sebarang pertanyaan berhubung dengan cara penyertaan Tawaran Harga ini boleh berhubung dengan pegawai-pegawai KPK sepertimana dinyatakan di muka surat 3 dalam dokumen ini.

Peringatan Murni:

a. Penggerai dikehendaki melengkapi Jadual-jadual di dalam dokumen ini dengan menyatakan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

b. Tawaran yang tidak lengkap boleh mengakibatkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan dan akan ditolak.

6

c. Penggerai juga dikehendaki memastikan kiraan harga setiap hidangan makanan dan minuman yang ditawarkan adalah betul. Kiraan harga yang silap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. d. Penggerai hendaklah menyertakan Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan terkini. Penggerai yang gagal berbuat demikian tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN HARGA

1. AM

Tawaran Harga ini adalah bersifat terbuka dan dibuka kepada Penggerai Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan di ruang komersial bagi gerai makanan dan minuman di Kafeteria KPK.

1.1 Tawaran Harga yang tidak dibuat dengan menggunakan Borang Tawaran Harga rasmi yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

1.2 Penggerai dikehendaki mengisi harga makanan dan minuman yang dicadangkan untuk jualan di Jadual Kadar Harga Makanan dan Minuman di Borang T1(A)-(C) dan Borang T4(A) – (K).

7

1.3 Keengganan/Kegagalan Penggerai mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan Tawaran Harganya ditolak.

1.4 “Penggerai yang diterima” bermakna Penggerai yang diluluskan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Tawaran Harga mengikuti semua syarat Tawaran Harga.

1.5 “Penggerai” dalam syarat ini dimaksudkan sebagai termasuk seorang atau lebih daripada seorang ataupun badan korporat.

2. TARIKH TUTUP Tawaran Harga ditutup pada jam 12.00 tengah hari 29 April 2016 (Jumaat)

8

DOKUMEN TAWARAN HARGA

3.1 Dokumen yang perlu adalah seperti yang berikut:-

1. Borang T1(A) – (C) – Jadual Harga Cadangan Makanan dan Minuman (WAJIB) Teknikal [Sila pastikan setiap 2. Borang T2 – Senarai Peralatan dan helaian dokumen Kelengkapan Yang Disediakan Untuk cadangan teknikal Perkhidmatan Yang Ditawarkan tidak ada catatan (WAJIB) nama penggerai / pemilik, nama/cap 3. Lampiran T3 – Surat Pengesahan syarikat dan harga Suntikan ditawarkan] 4. Lampiran T4 (A) – (K) :Penetapan Harga Jualan Bagi Makanan dan Minuman (WAJIB)

9

1. Borang K1 – Borang Akuan Sebut Harga (WAJIB) 2. Borang K2 – Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (Wajib) 3. Borang K3 – Kerja-kerja yang berkaitan dan Telah Dijalankan [

Perkhidmatan Kafeteria/Penyediaan

Makanan Halal / Perkhidmatan Cadangan Katering / Penjualan Makanan dan Kewangan Minuman Gerai – Sila sertakan salinan Surat Setuju Terima dan Salinan LO] (JIKA ADA) 4. Borang K4 – Kerja-kerja Yang dijalankan [Perkhidmatan Kafeteria / Penyediaan Makanan Halal / Perkhidmatan Katering / Penjualan Makanan dan Minuman Gerai – Sila Sertakan Salinan Surat Setuju Terima dan Salinan LO] (JIKA ADA) 5. BORANG K5 – Senarai Nama Pengurus, Penyelia, Pelayan dan Lain- lain Yang akan Menjalankan Perkhidmatan Gerai (WAJIB)

10

6. Profil Penggerai Yang Terkini dan Salinan Kad Pengenalan (WAJIB) 7. Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan- SSM (JIKA ADA) 8. Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera Dengan Kementerian Kewangan (JIKA ADA) CADANGAN 9. Penyata Kewangan terkini Penggerai / KEWANGAN Syarikat yang Diaudit (JIKA ADA) (SAMBUNG) 10. Salinan Sijil / Surat Penghargaan (Testimonial) Daripada Sekurang- kurangnya Dua (2) Jabatan / Agensi Kerajaan Atau Swasta termasuk pelanggan Dalam Tempoh 18 bulan Dari Tarikh Tutup. (JIKA ADA)

4. PENYERAHAN TAWARAN HARGA

4.1 Cadangan Dokumen Tawaran Harga yang hendak dihantar hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat dan ditulis di penjuru kiri sampul surat tersebut “Tawaran Harga Ruang Bagi Gerai Makanan Di Kafeteria KPK”. Dokumen Tawaran Harga tersebut hendaklah mengandungi

11

Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal di dihantar dan dialamatkan secara jelas kepada:

“Urus Setia Jawatankuasa Ruang Komersial Kafeteria KPK” Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial d/a Bahagian Pentadbiran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Tingkat 12, No. 2, Menara 1 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya WP PUTRAJAYA

4.2 Hanya penggerai yang layak sahaja akan dipilih dan diberi tawaran setelah dibuat penapisan oleh Panel Penapisan Pemilihan.

4.3 Pihak Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, KPK tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung jika berlaku kelewatan, kehilangan atau kesulitan lain semasa Dokumen Tawaran tersebut dihantar. Dokumen Tawaran Harga yang diterima selepas daripada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

5. SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA

12

5.1 Spesifikasi dan skop perkhidmatan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Spesifikasi Perkhidmatan.

5.2 Borang Dokumen Tawaran Harga yang tidak kemas, dipinda- pinda atau penentuan yang diberi dibatalkan , tidak akan diterima.

6. PENAMATAN PERKHIDMATAN

Jika Penggerai yang berjaya dan didapati gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan / atau melanggar / gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berhak memberi notis penamatan secara bertulis dalam masa 30 hari (tanpa apa-apa pampasan) atau notis 24 jam dengan pengecualian sewa bagi bulan notis dikeluarkan.

7. PENYELESAIAN PERTIKAIAN KSKS, KPK dan penggerai hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Kontrak melalui proses rundingan.

8. DEPOSIT CAGARAN

Penggerai yang berjaya dikehendaki memberi deposit 1 (SATU) bulan kadar sewaan premis gerai dan bayaran sewa untuk bulan

13

pertama secara tunai atau melalui bank draf atau kiriman wang yang dibayar atas nama “Bendahari, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan”.

9. POLISI INSURANS

Penggerai yang berjaya adalah dinasihatkan untuk mengambil satu polisi insurans dengan perbelanjaan sendiri daripada syarikat insurans yang diperakui iaitu Polisi Insurans Ganti Rugi Pekerja dengan Endorsement A dan B (Workmen’s Compensation Insurance with Endorsement ‘A’ dan ‘B’) dan Polisi Insurans Tanggungan Awam dan lain-lain insurans yang berkaitan.

10. AKTA-AKTA YANG BERKAITAN

Penggerai adalah diingatkan supaya memberi perhatian mengenai Akta-akta berikut:-

i) Peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Buruh) 1960 (Pindaan) 1976; ii) Akta Pekerjaan 1955; iii) Akta Imigresen 1959/63; iv) Akta Pasport 1966; v) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan ) 1983; vi) Akta Dadah Berbahaya 1952; vii) Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas 1982;

14

viii) Akta Makanan 1983 – Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009; ix) Akta Makanan 1983 – Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009; x) Undang-undang Kecil Establishment Makanan (Perbadanan Putrajaya) 1999; xi) Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (WP Putrajaya) 2003; xii) Akta Perihal Dagangan 1972 dan Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975; xiii) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan; xiv) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 – Penandaan Makanan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri; xv) Akta Cap Dagangan 1976; dan xvi) Dan lain-lain Akta, Undang-undang dan Peraturan yang berkaitan dan berkuat kuasa.

11. PEKERJA

Penggerai hendaklah menyatakan dalam Borang K5 jumlah pekerja-pekerja yang akan digunakan termasuk pembahagian pekerja lelaki dan wanita bagi mengendalikan gerai ini. Jumlah hendaklah berpadanan dengan bebanan kerja yang akan dijalankan.

15

11. KONTRAK

Penggerai yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan membayar ganti rugi jika tidak mematuhi kontrak. Sebarang tuntutan kepada syarat Tawaran Harga hendaklah dibuat semasa mengemukakan Dokumen Tawaran Harga ini. Syarat Tawaran Harga ini dan Spesifikasi Perkhidmatan adalah saling mengikat Kontraktor yang berjaya sementara menunggu kontrak rasmi ditandatangani.

12. JADUAL KADAR HARGA MAKANAN DAN MINUMAN – SYARAT MANDATORI

12.1 Penggerai DIKEHENDAKI MENYENARAIKAN harga makanan dan minuman yang dicadangkan pada Jadual Kadar Harga Makanan dan Minuman (Borang T1(A)-(C) dan Borang T4(A)-(K)) yang dilampirkan. Kontraktor yang tidak mematuhi syarat ini tidak akan dipertimbangkan;

12.2 Harga yang dicadangkan oleh Penggerai adalah terpakai sekiranya Penggerai berjaya. Sebarang perubahan/pindaan berhubung dengan kadar harga makanan dan minuman hendaklah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak Penggerai dan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, KPK.

16

13. KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA

Setiap Penggerai dikehendaki mengisi Borang Permohonan Ruang Komersial dan borang ini hendaklah dikembalikan bersama Dokumen Tawaran Harga.

14. SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Ruang Bagi Gerai Menyediakan Makanan dan Minuman Di Kafeteria Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan(KPK).

i. Peranan dan Tanggungjawab

1.1 Pihak Penggerai dikehendaki menyediakan perkhidmatan gerai di Kafeteria KPK yang bermutu tinggi lagi memuaskan dalam semua aspek hidangan makanan dan minuman / katering. Pihak KSKS akan hanya memilih Penggerai yang dapat menawarkan pakej terbaik menerusi penilaian daripada aspek- aspek berikut:-

17

i) Penawaran harga makanan dan minuman yang munasabah;

ii) Kepelbagaian mutu dan jenis makanan; iii) Mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang cepat dan menjaga kebersihan gerai dan ruang kafeteria bersama;

iv) Mempunyai peralatan dan kelengkapan sendiri iaitu termasuk segala peralatan memasak, pinggan mangkuk dan kelengkapan lain yang difikirkan perlu, termasuk kegunaan ‘cash register’ dan sebagainya;

v) Kesediaan menyediakan perkhidmatan katering untuk mesyuarat / majlis-majlis anjuran Jabatan yang terletak di blok bangunan yang sama;

vi) Kedudukan kewangan yang munasabah; dan

vii) Boleh beroperasi mulai pada 1 Jun, 2016 mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

1.2 Operasi Gerai di Kafeteria

18

i) Setiap gerai mesti dibuka dan memulakan operasi pada hari bekerja kecuali Cuti Awam ataupun Arahan Kerajaan / Kementerian mulai jam 7 pagi hingga 4 petang. Lanjutan masa operasi dibenarkan sehingga jam 6 petang. ii) Penggerai yang berjaya perlu sentiasa bertanggungjawab memastikan serta mengekalkan premis gerai dan kafeteria ini berkeadaan kemas, bersih dan baik setiap masa untuk penggunaan serta keselesaan para pelanggannya.

1.3 Peralatan Dan Kelengkapan

i) Pihak Penggerai dikehendaki menyediakan segala peralatan memasak, pinggan mangkuk dan kelengkapan lain dan yang difikirkan sesuai dengan perbelanjaan sendiri;

ii) Menyediakan peralatan sajian yang mencukupi dan sesuai bagi memudahkan dan menyenangkan para pelanggan kafeteria;

iii) Menyediakan sajian menggunakan bahan/peralatan ‘pakai-buang’ bagi kemudahan pelanggan yang ingin membawa pulang makanan dan minuman yang dibeli di kafeteria. Bahan/peralatan ‘pakai-buang’ yang mesra persekitaran adalah amat digalakkan; dan

19

iv) Pihak Penggerai dibenarkan membawa peralatan baru/tambahan secara sendiri dengan syarat mendapatkan kelulusan pihak KSKS terlebih dahulu. 1.4 Katering untuk Majlis

i) Menerima tempahan dan menyediakan pelbagai hidangan bagi memenuhi permintaan semua bentuk keraian, persidangan, seminar, majlis rasmi serta hidangan untuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di Bangunan KPK;

ii) Kemampuan menyediakan pelbagai jenis hidangan yang ditempah, peralatan/kemudahan termasuk kakitangan penyediaan dan pramusaji bagi jamuan-jamuan tertentu; dan

iii) Penggerai dikenakan royalti sebanyak 5% (Lima Peratus) ke atas jumlah besar setiap tempahan katering yang diterima daripada KPK.

1.5 Pekerja

Pihak Penggerai dikehendaki:

20

i. Mengambil pekerja yang berkebolehan, berdisiplin, bersih, cekap serta mampu mengendalikan operasi sajian dengan lancar serta memuaskan para pelanggannya terutama warga KPK, TM dan ITC; ii. Melantik pekerja-pekerja yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja. Pelantikan pekerja bukan warganegara untuk bekerja di mana–mana perkarangan Bangunan KPK adalah tidak dibenarkan sama sekali; iii. Menyediakan jumlah kakitangan yang mencukupi dan terlatih bagi operasi gerai terutamanya pada waktu puncak dan begitu juga bagi perkhidmatan katering; iv. Menjamin perkhidmatan yang diberikan berbentuk profesional, berpakaian kemas dan bersih, tingkah laku sopan dan mesra pelanggan;

v. Menjamin tahap kesihatan pekerja yang baik dan telah lulus pemeriksaan kesihatan Kerajaan dan disahkan sihat dengan mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah sebelum berkhidmat; vi. Memastikan kakitangan sentiasa mempamerkan pas keselamatan semasa berada di kawasan dan

21

dalam Bangunan ini serta mematuhi segala prosedur serta peraturan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak KSKS dan KPK.

vii. Mengemukakan senarai lengkap mengenai kesemua pekerjanya kepada pihak KSKS apabila berlaku pertukaran pekerja dari semasa ke semasa apabila diminta berserta dengan segala kelayakan masing-masing; dan

viii. Menyediakan pakaian yang seragam, bersih, sesuai dan wajar serta seboleh-bolehnya lengkap dengan tutup kepala, apron serta tanda nama bagi para pekerjanya.

1.6 Hidangan

i. Memastikan bahawa makanan disediakan, dimasak dengan sempurna dan disajikan dengan mengambil kira aspek kesihatan dan kebersihan sebagaimana prosedur-prosedur serta peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti kod amalan kebersihan makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain pihak Berkuasa Berwajib yang lain;

22

ii. Memberi jaminan makanan yang disajikan terdiri daripada jenis yang halal, pelbagai, berkhasiat serta mempunyai ‘nilai-tambah’ supaya makanan dan minuman terhidang secara menarik dan menyelerakan; iii. Kadar harga bagi setiap hidangan makanan dan minuman perlulah berpatutan serta dipersetujui oleh KSKS. Senarai Harga bagi setiap makanan serta minuman yang telah dipersetujui oleh KSKS hendaklah dipamerkan di tempat yang terang, jelas dan mudah dilihat untuk pengetahuan serta kemudahan pengguna;

iv. Kos dan sebarang bayaran yang dikenakan akan disemak bersama antara pihak Penggerai dan KSKS daripada masa ke semasa. Sebarang perubahan pada kadar harga hendaklah dimaklumkan serta dipersetujui secara bertulis oleh pihak KSKS; dan

v. Bekerjasama di dalam membantu pihak KSKS merealisasikan sebarang perancangan, usaha atau kempen bagi membantu meringankan beban pengguna.

1.7 Pembersihan dan Pembuangan

23

i. Memastikan sisa dan bahan buangan dilupuskan secara berkesan dan selamat. Meja hidangan hendaklah dibersihkan daripada pinggan/mangkuk/cawan dan lain-lain yang telah digunakan dengan kadar segera terutamanya ketika waktu puncak;

ii. Memastikan keadaan premis gerai / kafeteria sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan higenik;

iii. Memastikan semua peralatan kafeteria, termasuk pinggan mangkuk, kutleri dan sebagainya dicuci segera dan berada dalam keadaan bersih dan selamat;

iv. Memastikan kawasan penerimaan bahan mentah / makanan berkeadaan bersih, tidak terhalang dan terbuka untuk pandangan luar; dan

v. Memastikan bahawa semua bahan buangan dan sampah sarap dibawa dari kawasan gerai / kafeteria dan dapur berkaitan ke tempat yang ditentukan dan dibenarkan untuk proses pembuangan.

1.8 Latihan Pekerja

24

i. Penggerai dikehendaki melatih pekerja operasi bagi jenis-jenis servis yang akan dijalankan, termasuk pengendalian peralatan terbabit; dan ii. Hendaklah sentiasa memberi latihan serta kursus yang mencukupi kepada para pekerjanya terutama mengenai etika perkhidmatan layanan yang sempurna, cekap dan menyenangkan terhadap para pelanggannya.

1.9 Pematuhan Undang-Undang

Penggerai perlu mematuhi semua akta, undang- undang kecil (by-laws) dan peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan operasi servis makanan dan sebagainya. Ini termasuk syarat-syarat yang ditetapkan oleh KSKS, KPK.

1.10 Sekatan ke atas Penggerai

i. Penjualan rokok, cerut, tembakau, rokok elektronik, vape atau yang berkaitan adalah tidak dibenarkan. Penyediaan kawasan merokok, menghisap rokok atau membenarkan orang lain merokok dan sebagainya di dalam atau berdekatan ruang gerai / kafeteria juga adalah

25

dilarang sama sekali. Penjualan minuman keras serta makanan yang haram di sisi agama Islam juga adalah dilarang sama sekali;

ii. Penggerai tidak dibenarkan membawa orang luar kecuali pekerja bagi menjalankan operasi. Lawatan dari luar hendaklah dengan persetujuan pihak KSKS, KPK.

iii. Penggerai tidak dibenarkan menggunakan premis atau membiarkan digunakan mana-mana bahagiannya bagi maksud lain daripada perniagaannya seperti ditetapkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak KSKS, KPK. iv. Penggerai tidak dibenarkan untuk mencacatkan, menconteng, memotong atau merosakkan mana- mana bahagian dinding atau lantai urus niaga dan membuat apa-apa perubahan mengenai susunan dalaman atau mengenai bentuk luar ruang niaga tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada pihak KSKS, KPK.

v. Sebarang penutupan premis perniagaan/gerai atau pelanjutan masa operasi atau beroperasi pada hari-hari yang selain daripada hari bekerja

26

atau hari cuti am dan sebagainya hendaklah mendapat kebenaran KSKS, KPK terlebih dahulu.

1.11 Spesifikasi Umum

i. Kehadiran Mesyuarat

Penggerai adalah dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat tertentu seperti mana diarahkan oleh pihak KSKS ataupun Bahagian Pentadbiran, KPK berkaitan perkhidmatan gerai / katering yang dijalankan.

ii. Harga Sewaan

Sewaan ini adalah termasuk bayaran air, elektrik, cukai tanah dan cukai pintu. Bayaran sewaan perlu dijelaskan SETIAP 1 HARI BULAN PADA TIAP-TIAP BULAN. Kelewatan membayar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan boleh menyumbang kepada penilaian prestasi yang buruk bagi perkhidmatan penggerai. Kegagalan membayar sewa selama tiga(3) bulan berturut-turut boleh

27

menyebabkan kontrak perkhidmatan ditamatkan.

Apabila berjaya, penggerai perlu menjelaskan wang deposit sewaan bersama satu (1) bulan kadar sewaan dan satu bulan bayaran sewa. Penggerai dikehendaki membayar nilai sewaan gerai sehingga bulan terakhir operasi dan bukan dengan anggapan boleh menggunakan wang deposit yang telah dibayar untuk membayar sewaan di bulan-bulan terakhir mengoperasinya.

Wang deposit tersebut akan dipulangkan sama ada secara penuh, atau secara potongan atau tidak akan dikembalikan selepas kontrak tamat setelah mengambil kira kos-kos kerosakan yang perlu dibayar dan prestasi perkhidmatan yang dijalankan. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau bank draf atas nama “Bendahari, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.” Resit rasmi akan dikeluarkan sebagai bukti bayaran. iii. Tempoh Perkhidmatan

28

Tempoh perkhidmatan gerai adalah tertakluk kepada dan kelulusan pindaan pihak KSKS / Bahagian Pentadbiran, KPK. 2 (Dua) tahun tempoh sewaan adalah membawa maksud hari beroperasi dan hari tidak beroperasi iaitu hari cuti/cuti am serta penutupan sementara melalui arahan daripada pihak yang berkuasa atau yang berkaitan atas sebab pembaikan / pengubahsuaian yang mana arahan-arahan tersebut diperakukan oleh KSKS / Bahagian Pentadbiran, KPK). iv. Penetapan Harga

Penggerai perlu mengikut harga tawaran yang dinyatakan di dalam borang Sebut Harga. Harga makanan wajib dipamerkan bagi kemudahan pelanggan. Sebarang perubahan harga oleh pihak penggerai hendaklah dikemukakan kepada KSKS, KPK untuk kelulusan. v. Lesen Perniagaan Penggerai dimestikan memohon lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain lesen sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Berkuasa Berwajib yang

29

lain sebelum menjalankan perniagaan sebaik sahaja ditawarkan.

vi. Bidang Perniagaan

Bidang perniagaan adalah menjual makanan dan minuman sahaja. Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran secara bertulis daripada pihak KSKS, KPK.

vii. Penambahan Syarat Sewaan dari Semasa ke Semasa

Pihak KSKS, KPK dan Bahagian Pentadbiran KPK serta lain-lain pihak Berkuasa Berwajib yang lain dari semasa ke semasa boleh menambah atau meminda syarat-syarat perkhidmatan mengikut keperluan dan peraturan/udang-undang semasa sekiranya terdapat keperluan mengenainya.

15. Tanggungjawab Penggerai

15.1 Penggerai bertanggungjawab menyediakan Penyelia yang cekap dan mahir bagi penyeliaan semua aktiviti operasi yang

30

dijalankan, setiap masa. Beliau mempunyai kuasa untuk menerima dan mematuhi arahan daripada pihak KSKS, KPK / Bahagian Pentadbiran, KPK;

15.2 Penyewaan kepada pihak ketiga adalah tidak dibenarkan;

15.3 Penyelenggaraan/Pemeriksaan Kafeteria/Premis Gerai

Pihak Penggerai hendaklah bekerjasama dengan Bahagian Pentadbiran, KPK sekiranya terdapat syarikat / pihak Berkuasa yang ingin menjalankan ataupun mengatur jadual pemeriksaan servis, aktiviti-aktiviti tertentu dalam usaha mencegah berlaku kerosakan peralatan serta keselamatan. Pihak Penggerai perlu hadir sama ketika aktiviti pemeriksaan, servis dan sebagainya dijalankan.

15.4 Penyediaan dan Sajian Makanan:

i. Bahan-bahan mentah untuk masakan mestilah telah disediakan sebelum dibawa ke gerai/kafeteria (penyediaan bahan-bahan basah seperti ikan dan sebagainya di gerai/kafeteria adalah tidak dibenarkan)

ii. Semua masakan perlu di tempat yang ditetapkan iaitu di bawah penyedut asap (hood) bagi menggelakkan kafeteria kotor dan berbau.

31

15.5 Pihak Penggerai adalah dikehendaki:

i. Memastikan bahawa makanan yang dijual telah dimasak dengan sempurna dan disajikan dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kebersihan seperti mana terdapat pada peraturan-peraturan serta kod amalan Kebersihan Makanan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan;

ii. Memastikan bahawa nilai estetik diambil kira dalam penyediaan dan sajian makanan supaya terhidang secara menarik dan menyelerakan.

iii. Menjamin perkhidmatan yang diberikan adalah berbentuk profesional, pekerja yang berpakaian kemas, bertingkah laku sopan dan sentiasa mesra.

iv. Menjamin makanan yang disajikan terdiri daripada pelbagai jenis, berkhasiat dan dengan kadar harga yang ditetapkan di dalam dokumen sebut harga ini;

v. Mengambil kakitangan yang berkebolehan dan mampu menjalankan operasi sajian dengan cemerlang; dan

32 vi. Menentukan bahawa jumlah kakitangan adalah mencukupi bagi menjalankan tugas, terutamanya semasa waktu puncak.

BORANG TEKNIKAL

33

Borang T1(A)

JADUAL HARGA MENU MAKANAN DAN MINUMAN SARAPAN PAGI

MENU MASAKAN KUANTITI / SAIZ HARGA (RM)

34

Borang T1(B)

JADUAL HARGA MENU MAKANAN DAN MINUMAN TENGHARI

MENU MASAKAN KUANTITI / SAIZ HARGA (RM)

35

Borang T1(C)

JADUAL HARGA MENU MAKANAN DAN MINUMAN PETANG

MENU MASAKAN KUANTITI / SAIZ HARGA (RM)

36

Borang T2

SENARAI PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PERKHIDMATAN GERAI DI KAFETERIA KPK INI SAHAJA i) Peralatan Asas – Pinggan/Mangkuk/Cawan/Gelas/Sudu/Garpu dan lain-lain yang berkaitan sila nyatakan:

Bil. Peralatan/Kelengkapan Jumlah (Bil/Unit/Set) 1. Pinggan 2. Mangkuk 3. Cawan 4. Gelas 5. Sudu dan garpu 6. Chopsticks 6. Tisu

37

Nota: sila nyatakan bahan peralatan seperti cawan kaca / sudu plastik / pinggan melanin

ii) Peralatan/Kelengkapan Tambahan – Pakaian Seragam/Topi/Apron/Troli dan lain-lain yang berkaitan sila nyatakan:

Bil. Peralatan/Kelengkapan Jumlah (Bil/Unit/Set) 1. Pakaian Seragam 2. Topi 3. Apron 4. Troli 5. Sarung tangan

38

Nota : Gunakan kertas tambahan sekiranya ruang tidak mencukupi.

Borang T3

Surat Pengesahan Suntikan Typhoid dan Tibi (T.B) daripada Pegawai Perubatan (jika ada). Jika tiada, perlu disertakan sebelum operasi gerai bagi semua penyelia / kakitangan terlibat. Semua pekerja juga dikehendaki menjalani Ujian Air Kencing sebelum bermula bekerja di Gerai Kafeteria KPK.

39

Borang T4(A)

PENETAPAN HARGA JUALAN BAGI MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK JUALAN DI GERAI KAFETERIA KPK

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan ikan, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Masakan Ikan Saiz dan Harga (RM) Catatan Kecil Sederhana Besar 1. Kembong 2. Selar 3. Keli 4. Talapia 5. Cencaru 6. Bawal Hitam 7. Tongkol 8. Tenggiri 9. Merah 10. Kerapu 11. Siakap 12. Gelama 13. Sardin 14. Kerisi

Nota: Boleh masukkan jenis ikan lain

40

Borang T4(B)

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan sayur-sayuran, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Masakan Sayur- Satu Catatan, jika ada sayuran senduk besar (RM) 1. Kangkung 2. Bayam 3. Kacang Panjang 4. Kacang Buncis 5. Kubis + Karot 6. Terung 7. Petola 8. Bendi 9. Labu 10. Cendawan 11. Rebung 12. Nangka 13. Pucuk Paku 14. Tauge 15. Tauge kasar 16. Kailan 17. Pak Choy 18. Peria 19. Pucuk Manis 20. Sawi 21. Pucuk ubi

Nota: Sila nyatakan jika terdapat sayur-sayuran lain.

41

Borang T4(C)

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan ayam, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Masakan Ayam Saiz Sederhana Besar Catatan (RM) (RM) 1. Goreng 2. Masak merah 3. Kicap 4. Kurma 5. Kari 6. Lemak Cili Api 7. 8. Tom Yam Berkuah 9. Paprik 10. Briyani 11. 12. Sup 13. Tiga Rasa 14. Bakar Lemon 15. Pandan

Nota: Sila nyatakan jika terdapat lain-lain jenis masakan ayam Saiz sederhana merujuk kepada potongan 16 dan saiz besar kepada potongan 8 bagi ayam yang sekurang-kurangnya 1.5 kg berat

42

Borang T4(D)

Sila nyatakan harga jualan bagi Masakan Daging, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil Masakan Daging Senduk Sederhana Besar Catatan (RM) (RM) 1. Kari 2. Masak lemak 3. Masak Kicap 4. Goreng Kunyit 5. Rendang 6. Kurma 7. 8. Sup 9. Masak hitam 10. Salai Cili Api 11. Tetel 12. Briyani

Nota: Sila nyatakan jika terdapat lain-lain masakan daging

43

Borang T4(E)

Sila nyatakan harga jualan bagi Masakan Makanan Laut, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Masakan Makanan Laut Senduk Sederhana Besar Catatan 1. Kerang sambal 2. Kerang rendang 3. Sotong goreng kunyit 4. Sambal tumis sotong 5. Sotong masak lemak kuning 6. Sotong kicap 7. Sambal udang 8. Udang masak lemak 9. Ketam masak lemak 10. Ketam goreng sambal 11. Ketam masam manis 12. Ikan kari 13. Ikan masak lemak 14. Ikan sup 15. 16. Ikan masam manis 17. Ikan kuah lada 18. Ikan asam pedas 19. Ikan singgang 20. Ikan taucu 21. Ikan kicap

Nota: Sila nyatakan jika terdapat jenis masakan makanan laut yang lain.

44

Borang T4(F)

Sila nyatakan harga jualan bagi Masakan Nasi/Sup, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Masakan Nasi / Sup Saiz Hidangan (RM)

Satu Satu Set Satu Pinggan Mangkuk Untuk hidangan Sup

1. Nasi putih 2. Nasi Tomato 3. Nasi Hujan Panas 4. Nasi Beriani 5. Nasi Ayam 6. 7. Nasi Jagung 8. Nasi Arab 9. Nasi 10. 11. 12. Nasi Daging 13. 14. Sup Tulang 15. Sup Ayam 16. 17. Sup Ikan 18. Sup Sayur 19. Sup Tom Yam

Nota: Sila nyatakan, sekiranya terdapat jenis masakan nasi / sup yang lain untuk dihidangkan.

Borang T4(G)

45

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan lain, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Lain-lain Saiz senduk Sederhana Besar Catatan 1. Sambal belacan 2. Sambal cencaluk 3. 4. Sambal 5. Air asam tomato 6. Sambal kicap 7. Telur masin (setengah biji) 8. Ikan masin 9. -ulam 10. Telor sebiji 11. Sambal ikan bilis 12. Tosai 13. canai 14. Capati 15. 16. Roti telur 17. Roti pisang 18. Roti tisu 19. 20. 21. Roti bom 22. Roti tisu 23. 24. mee 25. 26. Dim sum 27. basah 28. Popiah kering 29. Roti bakar

Nota: Kalau percuma, nyatakan. Sila nyatakan jika terdapat jenis masakan lain

Borang T4(H)

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan mee/mee hoon/ kueteow dan sebagainya, yang digunakan dalam menu masakan gerai.

46

Bil. Masakan Goreng / Sup Saiz Hidangan (RM) [mee/meehoon/keow teow/ Pinggan Mangkok Catatan yee mee, dan sebagainya] 1. Goreng 2. Sup 3. Lakna 4. Kungfu 5. Hailam 6. 7. Rebus 8. Kari 9. Mee Kicap 10.

Nota: Sila nyatakan, jika terdapat jenis masakan lain

Borang T4(I)

Sila nyatakan harga jualan bagi masakan bubur / pengat / Lain-lain, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai nanti.

Bil. Jenis Bubur / Pengat / Saiz Hidangan (Mangkuk)/ Bilangan Lain-lain Sederhana Besar Catatan (RM) (RM)

47

1. 2. Kacang Merah 3. Pulut Hitam 4. Jagung 5. Gandum 6. Pengat Pisang 7. Pengat keladi 8. Bubur Chacha 9. 10. Keladi goreng 11. Keledek goreng 12. Sukun goreng 13. Cendawan goreng 14. Cempedak goreng 15. Jemput pisang 16. Cucur udang 17. ABC 18.

Nota: Sila nyatakan sekiranya terdapat lain-lain bubur/pengat

Borang T4(J)

Sila nyatakan harga jualan bagi -muih / pencuci mulut / Lain-lain, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai.

Bil. Jenis Kuih-muih / Pencuci Saiz Hidangan (RM) Mulut / Lain-lain Satu Bilangan Catatan

1. Karipap kentang 2. Karipap Sardin 3. Cucur badak

48

4. Keria 5. kemboja 6. Popia goreng 7. Kuih kacang 8. Sardin rol 9. Talam ubi/keladi 10. Talam beras 11. Cara manis 12. Cara berlauk 13. Seri muka 14. Agar-agar 15. Puding 16. Jeli 17. Rojak buah

Nota: Sila nyatakan, sekiranya terdapat jenis kuih-muih / pencuci mulut yang ingin dihidangkan di gerai.

Borang T4(K)

Sila nyatakan harga jualan bagi minuman panas / sejuk / jus buah-buahan, jika akan digunakan dalam menu masakan gerai.

Bil. Jenis Minuman Panas / Saiz hidangan – Sejuk dan Jus Buah- gelas / cawan Buahan Satu Cawan Satu Catatan Gelas 1. O 2. Teh O 3. 4. Teh 5. Nescafe 6. Kopi 49

7. 8. Horlicks 9. Ovaltine 10. Ice lemon tea 11. Jus Epal 12. Jus Oren 13. Jus Karot 14. Jus Nenas 15. Jus Belimbing 16. Air Jambu 17. Air Asamboi

Nota: Sila nyatakan, jika terdapat lain-lain jenis minuman panas / sejuk / jus buah-buahan untuk dihidangkan

BORANG KEWANGAN

50

BORANG K1

Borang Akuan Sebut Harga (WAJIB)

51

BORANG K2

Penyata Akaun Bank Tiga Bulan Terakhir /Terkini (WAJIB)

52

BORANG K3

Kerja-Kerja Yang Berkaitan dan Telah Dijalankan [Perkhidmatan Kafeteria / Penyediaan Makanan Halal / Perkhidmatan Katering / Penjualan Makanan dan Minuman Gerai – Sila Sertakan salinan Surat Setuju Terima dan Salinan LO] (JIKA ADA)

53

BORANG K4

Kerja-Kerja Yang Dijalankan [Perkhidmatan Kafeteria / Penyediaan Makanan Bermasak Halal / Perkhidmatan Katering / Penjualan Makanan dan dan Minuman Gerai - Sila Sertakan salinan Surat Setuju Terima dan Salinan LO] (JIKA ADA)

54

BORANG K5

Senarai Nama Pengurus, Penyelia, Pelayan dan Lain-Lain Yang Akan Menjalankan Perkhidmatan Gerai (WAJIB)

55

Profil Penggerai Yang Terkini dan Salinan Kad Pengenalan (WAJIB)

56

Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan - SSM (JIKA ADA)

57

Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan - SSM (JIKA ADA)

58

Penyata Kewangan Penggerai / Syarikat Yang Diaudit (JIKA ADA)

59

Salinan Sijil / Surat Penghargaan (Testimonial) Daripada Sekurang- kurangnya Dua(2) Jabatan / Agensi Kerajaan Atau Swasta Termasuk Pelanggan Dalam Tempoh 18 Bulan Dari Tarikh Tutup (JIKA ADA)

60

INPUT / MAKLUMAT / CADANGAN LAIN, JIKA ADA SILA NYATAKAN.

------

61