ILMU KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA

ABD. RAHMAN BIN ISMAIL

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

2015

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

8 Julai 2015 ABD. RAHMAN BIN ISMAIL P 49262

iii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Emeritius Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abd. Rahman atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga kepada penyelia-penyelia yang pernah membimbing saya sebelum ini iaitu dari Universiti Sains Malaysia Prof. Madya Dr. Nuriah Taslim, Prof. Dr. Haron Daud, Prof. Madya Dr. Jelani Haron dan dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Syukri Yeoh Abdullah dengan kepakaran masing-masing yang banyak membantu menguatkan lagi semangat saya untuk menyiapkan kajian ini. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Mohd Faisal, Dr. Zuliskandar dan pegawai-pegawai lain dari ATMA yang sentiasa dengan mesra membantu saya apabila menghadapi masalah.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di perpustakaan-perpustakaan berikut yang telah melayan saya dengan sabar dan penuh dedikasi semasa saya membuat penyelidikan di sana. Perpustakaan tersebut adalah Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan ATMA di Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Tun Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan British, Perpustakaan Asiatik di London, National Bibliotique Paris, France dan Perpustakaan Universiti Leiden, Holland. Sekalung penghurmatan kepada Tuan Muhamad Raban dari Federasi Seni Gayung Fatani Perancis kerana memberi maklumat dan bantuan semasa membuat penyelidikan di Paris, Peranchis. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Anuar Abd. Wahab, Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Makaysia, Guru-Guru Tua PSGFM Mansor bin Ismail, Embong bin Abdullan, Tuan Hj. Mohd. Isa dan Jurulatih PSGFM seperti Dharma Mulya, Ramli bin Yusof, Abd. Wahab bin Yahaya, Yazid bin Arifin, Roslan bin Salam, Norazam bin Baharuddin, Masliza bt Abu Bakar, Suhaimi bin Ishak dan lain-lain lagi yang telah memberikan kerjasama sewaktu ditemubual. Terima kasih yang istimewa untuk Fahmi bin Domil kerana menghadiahkan terus buku Hikayat Hang Tuah yang pada mulanya dipinjamkan selama 20 tahun.

Kejayaan menyiapkan tesis ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dan sokongan moral daripada keluarga tersayang terutama isteri Salmah bte Rosli yang turut membantu dalam penggunaan komputer, anak-anak Muhammad Ali dan Ahmad Syukri yang kebanyakan masa terpaksa menyiapkan kerja masing-masing bersendirian kerana kesuntukan masa. Terima kasih kepada abang saya Kamaruddin bin Ismail kerana sentiasa sedia memberi bantuan kewangan bila diperlukan. Sahabat seperjuangan Khamis bin Mohamad, Rajiv Ramankutty yang membantu penulisan abstrak serta rakan senasib iaitu Fairozah dan Rosli. Terima kasih kepada guru-guru serta pengetua SMK USJ 8, Subang Jaya dan SMK YAM Tuan Radin. Terima Kasih tidak terhingga kepada Dr. Hiltrud Theresia Cordes, dari Universiti Koln kerana beliaulah yang banyak memberi bahan bacaan serta motivasi diperingkat awal dan Prof. Dr. Mohd Khalid Taib dari USM memberikan pengalaman beliau dalam bidang penyelidikan. iv

ABSTRAK

Ilmu kependekaran Melayu ialah ilmu yang diamalkan untuk membentuk seorang pahlawan atau pendekar. Ia merupakan ilmu pertahanan diri orang Melayu yang telah melahirkan ramai pahlawan Melayu yang berwibawa seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh dan lain-lain lagi. Ilmu kependekaran Melayu telah dipelihara dan diwariskan dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Permasalahan kajian ialah cuba menjelaskan isi kandungan ilmu kependekaran Melayu dan keberkesanan ilmu tersebut sebagai ilmu perang. Ilmu kependekaran Melayu merangkumi ilmu kebatinan, teknik dan taktik seni Melayu, adat istiadat kependekaran Melayu dan penggunaan senjata tradisional Melayu. Kajian turut meninjau penggunaan ilmu kebatinan, taktik dan teknik seni silat dan adat istiadat ilmu kependekaran Melayu dalam permainan silat tradisional. Ilmu kebatinan silat meliputi ilmu tasawuf yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Anggapan masyarakat tentang ilmu kebatinan silat dipenuhi oleh unsur-unsur kurafat, teknik permainan silat tradisional tidak berkesan sebagai ilmu beladiri dan anggapan ilmu kependekaran Melayu tidak lagi sesuai diamalkan untuk zaman ini, boleh menyebabkan ilmu warisan ini akan pupus satu hari nanti. Hilangnya amalan adat istiadat kependekaran Melayu serta pengetahuan tentang teknik menggunakan senjata tradisional Melayu, bermakna hilanglah sebahagian daripada jatidiri Melayu. Kajian ini dilakukan secara penyelidikan diperpustakaan, terutamanya kajian manuskrip di perpustakaan Universiti Leiden, perpustakaan London dan perpustakaan Paris. Selain dari itu diadakan sessi temubual dengan pakar-pakar silat dan ikut serta dalam aktiviti silat di gelanggang silat yang terdapat di Malaysia dan Eropah. Penyelidikan diadakan di kelab-kelab silat di Eropah untuk melihat sambutan masyarakat barat terhadap seni silat dan potensi permainan silat tradisional dijadikan sukan popular di peringkat antarabangsa. Para pendekar Melayu telah menggantikan amalan kebatinan tradisional dengan amalan agama Islam seperti ilmu tasawuf dan tarekat. Untuk mengelakkan kerosakan akidah dengan percampuran pengamalan ilmu kebatinan tradisi, ilmu kebatinan kependekaran Melayu diperkukuhkan dengan pemahaman ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Berpegang kepada adat istiadat kependekaran Melayu, para pendekar masih menganggap Hang Tuah sebagai wira Melayu dan bukan Hang Jebat. Teknik permainan silat tradisional amat berkesan sebagai ilmu beladiri dan berpotensi menjadi sukan tempur yang popular di peringkat antarabangsa. Ini disebabkan permainan Silat Tradisional mempunyai teknik dan taktik yang berkesan untuk menjaga keselamatan peserta. Sebagai kesimpulannya, ilmu kependekaran Melayu yang terdiri daripada adat istiadat kependekaran Melayu, teknik dan taktik fizikal seni silat dan ilmu kebatinan kependekaran Melayu masih sesuai dan berkesan untuk diamalkan pada zaman ini.

v

ABSTRACT

Knowledge of Malay self-defense is the knowledge practised by Malay warriors or ‘pendekar’. It is a Malay knowledge about protecting oneself that produced many legendry Malay warriors such as Hang Tuah, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh and others. The knowledge was preserved and passed down from generations to generations until today. The research problem is to try to elaborate the contents of the Malay self defense’s knowledge and the effectiveness of the Malay self defence’s knowledge as an art of war. Malay self defense’s knowledge includes the spiritual knowledge, the techniques and tactics of the Malay art of silat, the law and customs of a Malay warrior and the usage of Malay traditional weapons. The spiritual knowledge of Malay self defence includes the mystic (tasawuf) knowledge which practised the full teachings of Islam. The Malay society assumes that Malay self defense knowledge is full of elements which are against the teachings of Islam, the techniques of Traditional Silat are not effective as a self-defence tactic and also the assumptions that a Malay self defense’s knowledge is not suitable anymore in this modern time. This may lead to the knowledge to become extinct.The lost of the practise of Malay warrior and the loss of the knowledge of the usage of Malay traditional weapons, means the loss in part of the Malay identity. This study is conducted through research, especially the manuscript research in the libraries in Leiden, London and Paris. Also by conducting interviews with silat experts and participate in silat activities in silat clubs that exist in Malaysia and Europe. Research done in European silat clubs is meant to view the response of the European societies on silat and also to look at the potential of the traditional silat game as a popular sport at international level. Research findings show that the influence of anamisms and Islam do exist in the Malay self defense’s knowledge. The Malay warriors had succeeded to replace the practice of traditional spiritual knowledge with the practice of Islamic religion such as the mysticism and tarekat knowledge. In avoiding the Islamic akidah from becoming a mixture of the practices of traditional spiritual knowledge, the spiritual knowledge is strengthened with the understanding of the Sareat, Tarekat, Hakikat and Makrifat knowledge. By holding to the Malay warriors’ customs, the Malay warriors still regard Hang Tuah as a Malay hero, but not Hang Jebat. The Traditional Silat techniques are effective as a self-defense knowledge and also has the potential to become a popular combat sport at the international level. This is due to the fact that the Traditional Silat has the effective techniques and tactics to guard the safety of the participants. In conclusion, the Malay self defense’s knowledge consists of the spiritual knowledge, the techniques and tactic of the Malay art of silat , the law and customs of the Malay warrior and the usage of traditional weapons still relevant and effective to be practised in this modern time.

vi

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Definisi Operational 2 1.3 Permasalahan Kajian 11 1.4 Tujuan Kajian 12 1.5 Kajian Lepas 13 1.6 Skop/Batasan Kajian 19 1.7 Metodologi Kajian 20

1.7.1 Kaedah Kepustakaan atau Dokumentasi 20 1.7.2 Kaedah Pemerhatian atau Observasi 21 1.7.3 Kaedah Soal Selidik 22

BAB II ADAT ISTIADAT YANG DIAMALKAN DALAM KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA

2.1 Pengenalan 23 2.2 Kesan Tidak Mematuhi Adat Istiadat Kependekaran 23 2.3 Taat Setia 27 2.4 Istiadat Penurunan Ilmu 54

vii

2.4.1 Pendidikan Silat Tradisi 64 2.4.2 Pendidikan Silat Moden 73

2.5 Disiplin Dalam Beramal 75

2.5.1 Amalan Seni Silat Melayu 76 2.5.2 Amalan Ilmu Kebatinan 85

2.6 Semangat Patriotisme Pendekar Melayu 90 2.7 Pakaian dan Muzik 93

2.7.1 Pakaian Pendekar 94 2.7.2 Muzik Silat (Gendang Perang) 99

2.8 Kesimpulan 102

BAB III TEKNIK ASAS SENI SILAT MELAYU SEBAGAI TEKNIK FIZIKAL ILMU KEPENDEKARAN MELAYU SERTA SENJATANYA

3.1 Pengenalan 103 3.2 Teknik Fizikal Ilmu Kependekaran Melayu 103

3.2.1 Teknik Asas Beladiri dalam Silat Melayu 116 3.2.2 Teknik Langkah 127

3.3 Aspek Persenjataan Ilmu Kependekaran Melayu 132

3.3.1 Keris 135 3.3.2 Pedang 137 3.3.3 Keris Sundang 138 3.3.4 Tumbuk Lada 138 3.3.5 138 3.3.6 Kelewang 139 3.3.7 Tekpi 139 3.3.8 Sewar 140 3.3.9 140 3.3.10 Lawi Ayam 140 3.3.11 Lembing 141 3.3.12 Meriam 141 viii

3.3.13 Rentaka 142 3.3.14 Ekor Lotong 142

3.4 Sukatan Pelajaran 143

3.4.1 Bunga Silat 143 3.4.2 Jurus Silat 144 3.4.3 Belebat Silat 144 3.4.4 Buah Pukulan 144 3.4.5 Tempur Silat 145 3.4.6 Permainan Silat Tradisional 145 3.4.7 Ilmu Kebatinan 146

3.5 Kesimpulan 146

BAB IV CIRI-CIRI AMALAN ILMU KEBATINAN DALAM KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA

4.1 Pengenalan 147 4.2 Definisi Ilmu Kebatinan 147 4.3 Ciri-ciri Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu 154 4.4 Ciri-ciri Amalan Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu: 170 Doa-Doa, Zikir, Wirid, Jampi Serapah, Mantera dan Azimat

4.4.1 Ilmu Pendinding 170 4.4.2 Ilmu Penggagah 175 4.4.3 Ilmu Kebal 183 4.4.4 Ilmu Pencepat(Penderas) 191 4.4.5 Ilmu Ghaib 194 4.4.6 Ilmu Penggerun/Penunduk 196 4.4.7 Ilmu Membangkitkan Semangat Keberanian 202 4.4.8 Ilmu Pelindung Diri dari Senjata Sewaktu 205 Berperang 4.4.9 Ilmu Firasat 208 4.4.10 Ilmu Tasawuf 211 4.4.11 Buah Peturun 221

4.5 Kesimpulan 223

ix

BAB V MANIFESTASI ADAT ISTIADAT, TEKNIK SILAT DAN AMALAN ILMU KEBATINAN KEPENDEKARAN MELAYU DALAM PERMAINAN SILAT TRADISIONAL.

5.1 Pengenalan 224 5.2 Permainan Silat Tradisional 224 5.3 Format Permainan Silat Tradisional 231 5.4 Teknik dan Taktik Silat Dalam Permainan Silat 241 Tradisional

5.4.1 Buah Sambut Tikam 241 5.4.2 Buah Sambut 246 5.4.3 Buah Sambut Tetak 250 5.4.4 Buah Belah 254 5.4.5 Analisis Teknik dan Taktik Asas 257 Permainan Silat Tradisional

5.5 Amalan Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu 258 Dalam Permainan Silat Tradisional 5.6 Pengamalan Adat Istiadat Kependekaran Melayu Dalam 265 Permainan Silat Tradisional 5.7 Permainan Silat Tradisional Sebagai Sukan Beladiri 270

5.7.1 Aktiviti Permainan Silat Tradisional di Malaysia 270 5.7.2 Pengembangan Permainan Silat Tradisional 272 di Peringkat Antarabangsa 5.7.3 Teknik dan Taktik Permainan Silat Tradisional 284 dalam Silat Olahraga 5.7.4 Potensi Permainan Silat Tradisional Sebagai 289 Sukan Seni Beladiri Bertaraf Antarabangsa.

5.8 Kesimpulan 298

BAB VI RUMUSAN DAN KESIMPULAN 299

x

RUJUKAN 305

LAMPIRAN

A Surat dari Persatuan Harimau Bongkot Austria kepada 315 SGFM untuk memperkenalkan Seni Silat Malaysia atau Silat Pulut kepada peminat silat di Vienna, Austria

B Surat jemputan daripada Persatuan Pencak Silat Koln, Jerman Barat 316 kepada PSGFM untuk menghantar jurulatih bagi memberikan kursus Silat Pulut.

C Surat jemputan daripada Kelab Silat Switzerland kepada PSGFM 317 supaya menghantar jurulatih untuk mengadakan kursus Permainan Silat Tradisional kepada ahli- ahli kelab mereka.

D Surat permohonan daripada Pengerusi Kelab Bushido Austria 318 memohon untuk menjadi ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

E Contoh iklan seminar silat yang telah diadakan di Paris, Perancis 319

F Gambar-gambar senjata tradisional Melayu yang digunakan dalam 320 ilmu kependekaran Melayu.

G Surat maklumbalas daripada Persatuan Pencak Silat Jerman yang 323 mengatakan Pertandingan Permainan Silat Tradisional boleh menggantikan Pertandingan Silat Olahraga sebagai sukan beladiri yang popular.

H Aplikasi Ilmu Kependekaran Melayu Di Malaysia Masa Kini 324

xi

No Jadual Halaman

5.1 Kunjungan ke Eropah untuk mengadakan seminar dan 297 latihan silat 5.2 Kunjungan Pesilat Eropah ke Gelanggang Pusat PSGFM 297 Kuala Lumpur

xii

SENARAI ILUSTRASI

No Rajah Halaman

2.1 Gelanggang Bangsal Silat 66 2.2 Pelan gelanggang bangsal silat dan medan laga 66 2.3 Doa Buka Gelanggang 67 2.4 Upacara Mandi Limau 70 2.5 Gelanggang Silat Moden 73 2.6 Persembahan Silat 82 2.7 Bermain Silat Tradisional 83 2.8 Pertandingan Silat Olahraga 84 2.9 Pakaian Pendekar 97 2.10 Alatan Muzik Silat Baku Malaysia 101 3.1 Rajah teknik serangan asas seni silat Melayu 106 3.2 Teknik sambut serangan tikam 107 3.3 Serangan “Amuak” 114 3.4 Serangan Rambah 114 3.5 Serangan “Kebuh” 115 3.6 Serangan “Pakuak” / Tinju 115 3.7 Kedudukan tapak kaki langkah satu 128 3.8 Kedudukan tapak kaki langkah dua 129 3.9 Kedudukan tapak kaki dalam langkah tiga 129 3.10 Simbol langkah tiga 129 3.11 Pergerakan menggunakan langkah empat 130 3.12 Penggunaan langkah lima 131 4.1 Ayat Azimat Pendinding Badan 175 4.2 Ayat Ilmu Penggagah 181 4.3 Ayat Kebal 189 4.4 Ayat Tahan (Kebal) ditembak 190 4.5 Ayat Penangkis Peluru 190 4.6 Ayat Pencepat Gerakgeri 191 xiii

4.7 Ayat Pelias (Gerak Cepat) 192 4.8 Ayat Lawan Tidak Boleh Menentang 199 4.9 Ayat Tampar orang tiada melawan 200 4.10 Ayat Doa Penunduk Musuh 201 4.11 Ayat Tidak boleh kena senjata 205 4.12 Ayat Ilmu Hakikat 1 208 4.13 Ayat Ilmu Hakikat 2 209 4.14 Rajah Telek Jasad 209 4.15 Ayat Dibakar tiada hagus 210 4.16 Ayat Doa membuka ikatan/ tangan 211 4.17 Ayat Marifah Allah Taala 1 216 4.18 Ayat Marifah Allah Taala II 216 4.19 Ayat Wirid Tarekat Qadariah 217 4.20 Ayat Wirid Tarekat Ahmad Muhammad 218 4.21 Ayat Buah Peturun 221 5.1 Sikap Pasang Langkah Tiga 232 5.2 Sikap Pasang Kaki Gantung 232 5.3 Teknik Tangkapan Serang Tikam 233 5.4 Teknik Tangkapan Serangan Tetak 233 5.5 Sikap Pasang Langkah Tiga 234 5.6 Tangkap Serangan Tikam 235 5.7 Tangkap Serangan Tikam 235 5.8 Teknik Tangkapan Sepak Layang 235 5.9 Teknik Kunci Kilas Belakang 236 5.10 Sambut Serangan Tikam (Sambut Hujung) 236 5.11 Sambut Serangan Tikam (Sambut Pangkal) 237 5.12 Sambut Serangan Parang (Sambut Hujung) 237 5.13 Sambut Serangan Parang (Sambut Pangkal) 237 5.14 Kedudukan Bersagang 238 5.15 Menghampiri Lawan 238 5.16 Memerangkap Lawan 238 5.17 Menjatuhkan Lawan Guna Teknik Belah 239 5.18 Sambut Serangan Tikam, buang luar hujung 240 xiv

5.19 Sambut Serangan Parang, Buang Dalam Hujung 240 5.20 Sikap Pasang Menanti Serangan Tikam 243 5.21 Menangkis Serangan Tikam Di Pergelangan Tangan 243 5.22 Tangkapan Serangan Tikam Oleh Pesilat Pembela 243 5.23 Teknik Kedu Oleh Pesilat Penyerang 244 5.24 Teknik Kedu Mencegah Dari Dipatahkan 244 5.25 Teknik Sisip Membuka Tangkapan 244 5.26 Tangan Kiri Sisip Tangan Kanan Lawan Ke Atas 245 5.27 Teknik Sisip Melepaskan Tangkapan Lawan 245 5.28 Teknik Bersagang Apabila Berapat Dengan Lawan 245 5.29 Teknik Kisaran Badan Serta Tukar Arah Untuk 246 Membuang Serangan Lawan 5.30 Teknik Menjauhkan Diri Dari Lawan Dengan 246 Merapatkan Kaki 5.31 Sikap Pasang Menanti Serangan Parang 248 5.32 Tangkis Serangan Parang Dengan Tangan Kiri 248 5.33 Pesilat Pembela Menangkap Di Pergelangan Tangan Dan 248 Siku 5.34 Pesilat Penyerang Membuka Tangkapan, Menyisip Ke 249 Bawah 5.35 Kedudukan Bersagang 249 5.36 Mengisar Badan Dan Arah, Menggelek Serangan 249 5.37 Merapatkan Kedua Kaki, Jauh Dari Lawan 250 5.38 Pesilat Pembela Menunggu Serangan Dengan Kuda- 251 Kuda Langkah Tiga 5.39 Pesilat Pembela Menangkis Serangan Dan Mengelakkan 251 Badan Ke Kiri 5.40 Pesilat Pembela Memikul Tangan Kanan Pesilat 252 Penyerang 5.41 Pesilat Penyerang Mengedukan Siku Kanan Dan Menolak 252 Bahu Kiri Lawan 5.42 Pesilat Penyerang Menyisip Tangan Kanan Pesilat 252 Pembela 5.43 Kedudukan Bersagang, Kedudukan Kaki Bentuk Tiga 253 Segi 5.44 Menangkis Serangan Lutut Dengan Mengelak badan Dan 253 Alihkan Langkah 5.45 Jauhkan Diri Dari Lawan Dengan Merapatkan Kaki Jauh 253 Dari Lawan 5.46 Kedua Pesilat Dalam Keadaan Bersagang 255 5.47 Pesilat Penyerang Memerangkap Kaki Kanan Pesilat 255 xv

Pembela dan Menolak Dadanya Dengan Kedua Tangan 5.48 Teknik Kaki Dan Tangan Untuk Melakukan Buah Belah 255 5.49 Lawan Jatuh Terlentang Setelah Kena Belah 256 5.50 Pesilat Pembela Mengait Kaki Kiri Pesilat Penyerang 256 5.51 Pesilat Penyerang Jatuh Dan Kaki Terkunci 256 5.52 Ayat Wirid Tarekat Ahmad Muhammaddiah 259 5.53 Doa Buka Gelanggang 261 5.54 Ayat Buah Peturun 262 5.55 Ayat Pelias(Gerak Cepat) 262 5.56 Ayat Penggerun 263 5.57 Temubual Dengan Haji Mohd. Isa@ Awang Pendekar 271 5.58 Gunakan Teknik Belah Silat Pulut Untuk Menjatuhkan 273 Lawan 5.59 Temubual Dengan Robert Reinberger dari Vienna, 274 Austria 5.60 Persembahan Silat Tradisional Di Kejuaraan Silat Se 275 Dunia III di Vienna, Austria 5.61 Jurulatih PSGFM Bermain Silat Tradisional Dengan 276 Robert Reinberger 5.62 Arif Suryana Bersama Dua Orang Pelajar Silatnya 277 5.63 Jurulatih PSGFM Bermain Silat Tradisional dengan 278 Tuan Raban 5.64 Hiltrud Bermaun Silat Tradisional Bersama Muridnya 279 5.65 Johannes Kotzian (kiri) dan Eduard Linhart dari Austria 280 5.66 Olav Bendiksby Bermain Silat Tradisional Bersama 281 Jurulatih 5.67 Andree Zala Sedang Mengambil Ujian Kenaikan 282 Bengkong 5.68 Vestina Sedang Melatih di Gelanggang Silatnya di Zurich 283 5.69 Ujian Kenaikan Bengkong Di Gelanggang Kepunyaan 284 Eduard Linhart di Vienna, Austria 5.70 Ujian Kenaikan Bengkong Ahli SGF Cawangan Paris 284 5.71 Latihan Silat Olahraga Di Batu Kurau, Perak 286 5.72 Teknik Melilit Dalam Silat Olahraga 286 5.73 Kejuaraan Silat Olahraga Sedunia Di Jakarta, 287 5.74 Ulla Maria Berlatih Silat Pulut Di Kuala Lumpur Sebagai 288 Persiapan 5.75 Pasukan Austria Di Kejuaraan Silat Sedunia Tahun 2000 288 5.76 Ulla Maria Menang Pingat Perak Dalam Kategori Silat 289 Seni Di Kejuaraan Silat Sedunia 2000 di Jakarta xvi

5.77 Pertandingan Silat Tradisional Peringkat Kebangsaan di 291 Pasar Seni Pada Tahun 1995, Menghiburkan Dan Menguji Kemahiran 5.78 Pertandingan Silat Tradisional Memberikan Ruang 291 Kepada Warga Emas 5.79 Olav Bendiksby Dari Norway Menentang Mahadi Dari 292 Malaysia 5.80 Olav Bendiksby Menang Bergaya 292 5.81 Pegawai Dan Pesilat Yang Berangkat Ke Vienna Untuk 293 Menjalankan Pertandingan Permainan Silat Tradisional Yang Pertama Di Eropah, Sept. 1997 5.82 Pertandingan Silat Pulut Antara Austria Dan Switzerland 294 5.83 Silat Tradisional Adalah Permainan Tradisi Rakyat Di 295 Persembahkan Di Hadapan Pengantin Di Dalam Masyarakat Melayu Yang Tinggal Jauh Di Desa-Desa 5.84 Ilmu Permainan Silat Tradisional Kini Di Pelajari Dengan 295 Tekun Oleh Peminat-Peminat Sukan Beladiri Di Kajyn Club, Paris 5.85 Membuat Penyelidikan Manuskrip Di Perpustakaan 296 Universiti Leiden, Holland

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Ilmu kependekaran Melayu ialah ilmu perang atau ilmu kepahlawanan bangsa Melayu. Ia telah diciptakan oleh orang Melayu untuk mempertahankan bangsa dan kerajaan Melayu. Ilmu ini telah dipelihara dan diperturunkan kepada jenerasi pewaris hinggalah ke hari ini. Kajian ini akan cuba menerangkan apakah isi kandungan ilmu kependekaran Melayu yang terdiri daripada adat istiadat ilmu kependekaran Melayu, teknik dan taktik fizikal seni silat Melayu, senjata-senjata yang digunakan dalam kependekaran Melayu, ilmu kebatinan kependekaran Melayu dan permainan silat tradisional sebagai wadah tempat menguji ilmu kependekaran Melayu.

Sumber rujukan yang digunakan dalam membuat kajian ini ialah teks-teks Malayu klasik, manuskrip Melayu, pemerhatian dan ikut serta dalam aktiviti-aktiviti persilatan di gelanggang-gelanggan silat dan temu bual dengan pakar dan pengamal ilmu kependekaran Melayu. Aktiviti persilatan seperti seminar dan kejuaraan seni silat akan banyak memberikan maklumat tentang perkembangan ilmu kependekaran Melayu masakini di samping majalah Seni Beladiri yang banyak mendedahkan tentang aktiviti seni silat Melayu di Malaysia pada hari ini. Hasil kajian mendapati ilmu kependekaran Melayu adalah gabongan teknik fizikal seni silat, ilmu kebatinan dan adat istiadat kependekaran Melayu dan semua komponen ini digunapakai dalam permainan silat tradisional.

2

1.2 DEFINISI OPERATIONAL

Definisi operational ialah definisi kita sendiri, yang hendak difahami mengikut cara kita, yang menggambarkan kajian kita. Di sini akan dijelaskan istilah-istilah yang akan menjadi asas premis serta ruang lingkup, garis atau hala tuju perbincangan ini. Beberapa istilah yang digunakan dalam tesis ini akan dijelaskan mengikut kesesuaian dengan tajuk tesis ini.

Istilah ilmu dalam kajian ini bermaksud ilmu kebatinan. Apabila dikatakan, orang itu berilmu, ia bermaksud orang itu mengamalkan ilmu kebatinan dan mampu menghubungi alam ghaib untuk menghasilkan satu kejadian luar biasa dalam melakukan sesuatu, contohnya tidak lut apabila ditetak dengan senjata tajam.

Dalam percakapan sehari-hari orang Embau yang memiliki jenis mantera dan benda yang dipercayai memiliki kuasa magi (magik) disebut “orang berilmu”. (Hermansyah 2010: 47)

Petikan ini mengatakan, orang berilmu bermaksud, orang yang mengamalkan mantera atau memiliki benda yang mampu menghasilkan kuasa magik.

“in popular speech, ilmu is used with a special suggestion of magic; examples ilmu panas (black magic), membaca ilmu (to recite magical formulae). (Wilkinson 1959)

Dalam petikan ini mengatakan, ilmu dikaitkan dengan magik. Ini bermaksud tanpa memiliki ilmu kebatinan yang boleh menghasilkan kejadian luar biasa, seseorang itu dianggap kosong dan tidak berilmu. Sekiranya, mempunyai ilmu kebatinan, dia dianggap berilmu atau berisi.(Temu bual Roslan bin Salam, 1.5.2007) Mahir dalam teknik fizikal seni silat tetapi tidak mengamalkan ilmu kebatinan, maka dia dikatakan tidak berilmu atau tidak berisi. Dalam ilmu persilatan, seseorang itu hanya mendapat gelaran pendekar sekiranya dia mengamalkan ilmu kebatinan. Maka Laksamana pun membaca pustaka-nya. Maka segala pintu itu pun habis terbuka, dan sakalian-nya orang bertunggu itu pun habis tidur terlalu chendera-nya. (Hikayat Hang Tuah 1971) 3

Dalam petikan ini menunjukkan satu contoh, apabila ilmu dibaca, terjadi kejadian luar biasa iaitu pintu terbuka dan pengawal semuanya tertidur. Ilmu atau pustaka di sini menghasilkan kejadian luar biasa. Justru, sepanjang kajian ini, ilmu bermaksud ilmu kebatinan dan seorang pesilat akan bergelar pendekar apabila dia sudah mempunyai atau mengamalkan ilmu kebatinan.

Kependekaran bermaksud perihal atau sifat pendekar dan menunjukkan kependekarannya bermaksud menunjukkan sifat pendekarnya. Pendekar ialah gelaran yang diberikan kepada orang yang menguasai seni silat Melayu dan mengamalkan ilmu kebatinan. Kalau mahir dalam seni silat tetapi tidak mengamalkan ilmu kebatinan, belum boleh lagi digelar sebagai pendekar. Pengamal seni beladiri asing seperti karate, Tae Kwon Do atau tomoi tidak boleh dianggap sebagai seorang pendekar kerana tidak mengamalkan seni silat dan tidak ada ilmu kebatinan.

Pendekar adalah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat betul demi kebenaran dan keamanan. (Anuar Abd. Wahab 2008)

Kependekaran seseorang ditentukan samaada dia menguasai seni silat Melayu dan mengamalkan ilmu kebatinan serta mematuhi adat istiadat ilmu kependekaran Melayu bersensikan syarak. Ini bermakna kalau di Malaysia, seorang pendekar itu, selain dari mengamalkan seni silat dan ilmu kebatinan dia mestilah mengikut ajaran Islam atau mestilah beragama Islam.

Asal usul perkataan Melayu secara jelas, belumlah diketahui. Dalam epik Ramayana yang dihasilkan pada abad pertama Masehi, ada menyebut tempat Malaydvipa yang membawa erti Semenanjung Melayu. Tulisan Ptolemy abad 2 Masehi menyebut tempat bernama Maleoukolon (Teluk Melayu). I Ching 671 Masihi ada menulis beliau singgah di Mo-lo-yu dan Chieh-cha (Kedah) dalam perjalanannya ke India. Semasa pulang ke China beliau singgah di Mo-lo-yu sekali lagi. Dalam bahasa Jawa dan Mandailing ‘Melayu’ bermakna ‘lari’ dan Tanah Melayu bermakna 4

‘tanah untuk pelarian.’ Mengikut satu lagi pendapat, perkataan Melayu, bererti ‘bukit’atau tanah tinggi.(Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman et al. 2011)

Berdasarkan latar geografi, orang Melayu terdapat di Campa, Laos, Kemboja, Thailand, Filifina, Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan, Jawa, Pulau Sulawesi, Irian Jaya, Hawaii, Fiji, Samoa, New Zealand, Australia, Sri Lanka, Taiwan, dan Madagaskar. Kawasan ini dikenali sebagai Austronesia.

Dengan demikian, dalam pengertian luas, Dunia Melayu diperluas dari bahagian pedalaman Republik Malagasi hingga ke Kepulauan Filifina, ke pergunungan Taiwan dan Polinesia, jauh ke timur hingga ke Samoa dan Hawaii. (Eric Crystal 1995)

Orang Melayu menduduki kawasan yang luas yang dipanggil dunia Melayu atau alam Melayu. Kumpulan orang Melayu yang banyak ini dikenali juga sebagai rumpun Melayu dan dipercayai berasal daripada satu tempat dan nenek moyang yang sama. Tentang asal usul orang Melayu pula, ada banyak pendapat. Pertama dari Yunan, kedua dari Taiwan, ketiga dari Jawa, ke empat dari Borneo dan kelima dari Walisa, Timur Indonesia. Namun kita berasal dari alam Melayu dan berkembang ke Taiwan melalui jalan perdagangan apabila berlaku ‘effective sea-fearing’ iaitu berlaku perkembangan dalam teknologi perkapalan. (Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman et al. 2011). Dalam kajian ini Melayu bermaksud suku bangsa Melayu yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filifina dan Vietnam yang membentuk rumpun Melayu. Sebagai contohnya Melayu Semenanjung, Melayu Patani, Jawa, Mandailing, Minangkabau, Bugis, Banjar, Bawean, Madura, Melayu Moro, Melayu Campa dan Melayu Kemboja. Di Malaysia pula, takrif Melayu terdapat dalam perlembagaan Malaysia, perkara 160(2) yang merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Jadi orang Melayu di Malaysia terdiri daripada campuran banyak suku kaum Melayu yang datang dari 5

Semenanjung,Thailand, Indonesia, Filifina dan Vietnam (Campa, Kemboja). Oleh sebab di Malaysia orang Melayu terdiri dari campuran berbagai-bagai suku kaum Melayu yang berasal dari berbagai daerah di nusantara, maka istilah Melayu dalam perbincangan ini bermaksud rumpun Melayu tetapi yang bermaustatin di Malaysia. Jadi ilmu kependekaran Melayu bermaksud ilmu-ilmu yang diamalkan oleh pendekar- pendekar rumpun Melayu yang tinggal di Malaysia.

Ilmu kebatinan dalam kajian ini merujuk kepada ilmu yang berhubungan dengan alam ghaib untuk memohon pertolongan dan keselamatan samaada di bunia mau pun di akhirat. Amalan ilmu kebatinan mendatangkan kesan yang luar biasa yang tidak boleh diterangkan secara saintifik. Sebagai contohnya tidak lut ditetak senjata tajam, dapat menghilangkan diri dari penglihatan musuh, mempunyai kekuatan yang luar biasa, mengubat penyakit hanya dengan membaca doa atau mantera sahaja dan lain-lain. Dalam ilmu kebatinan, pertolongan dipohon kepada Allah atau pun kepada makhluk Allah seperti jin, malaikat, iblis, roh-roh orang telah meninggal dunia atau makhluk ghaib yang lain mengikut kepercayaan anamisma, Buddha dan Hindu.

Maka sebelum kelahiran kerajaan Melayu Melaka Islam, telah pun wujud kerajaan Melayu yang mengamalkan agama Buddha dan Hindu yang diamalkan oleh raja-raja Melayu sebelum Islam, dijadikan agama raja dan rakyat di alam Melayu amnya dan Malaysia khususnya. Kerajaan Melayu telah wujud di Kelantan, Terengganu, Pekan, Pahang, Kedah Tua, Johor dan Temasik sebelum Melaka. (Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman et al. 2011)

Petikan ini menggambarkan, sebelum kedatangan Islam, agama Buddha dan Hindu menjadi anutan raja-raja dan rakyat. Jadi, dalam ilmu kebatinan kependekaran Melayu memang terdapat pengaruh agama Buddha dan Hindu selain dari pengaruh anamisma dan Islam.

Setelah kedatangan agama Islam, terdapat pengubahsuaian dalam amalan ilmu kebatinan supaya tidak merosakkan akidah pengamal. Terdapat juga penggantian amalan ilmu kebatinan tradisi dengan ilmu kebatinan Islam sepenuhnya terutamanya pengamalan ilmu tasawuf. Pengamalan ilmu tasawuf yang terdapat unsur karamah dan 6

muknah telah menarik pengamal ilmu kebatinan tradisi untuk memeluk agama Islam dan mengamalkan agama Tauhid.(Taib Osman 1989). Sebagai contohnya penyebaran agama Islam di Jawa oleh Wali Songo. Ilmu kebatinan Islam merapatkan hubungan pengamal dengan Allah kerana ilmu mengenal Allah adalah syarat utama untuk mengamalkan ilmu kebatinan Islam. Ini menghasilkan penyuburan ajaran Islam di gelanggang silat.

“Pesilat diwajibkan memulakan dengan perlakuan Islam, malah konsep mengenal tubuh manusia (anggota gerak silat) juga saling berkaitan dengan perlakuan solat. Begitu juga dengan kumpulan Silat Gayung Fatani, dengan guru tuanya bernama Tuan Imam Mansur Ismail, turut manarik dan mengumpul pemuda untuk mengakarkan agama di suraunya dengan mengajar Al Quran, Hadis, Fiqh, Sirah dan diakhiri dengan kegiatan di gelanggang silat.” (Anwar Din 2008)

Petikan ini menggambarkan peranan guru silat telah menjadi sebagai seorang pendakwah apabila ilmu kebatinan tradisi dalam persilatan telah ditukarkan dengan ilmu kebatinan Islam sepenuhnya. Disebabkan mengamalkan ilmu kebatinan Islam guru silat ditambah peranan sebagai guru agama atau Imam, seperti yang dilakukan oleh Tuan Imam Mansor, guru tua Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Seni Silat dalam kontek kajian ini, merupakan ilmu perang bangsa Melayu kerana ia digunakan pada zaman dahulu sebagai ilmu untuk pergi berperang dengan menggunakan senjata. Seni silat diciptakan bukan untuk tujuan sukan seperti kebanyakan seni beladiri moden, seperti tinju, tae kwon do, karate, tomoi dan judo. Keberkesanan ilmu persilatan telah diuji dalam peperangan yang dihadapi oleh kerajaan Melayu dalam mempertahankan bumi Melayu.Dalam teks Melayu klasik tidak ada menyebut silat sebagai ilmu perang tetapi dipanggil dengan nama lain yang menggambarkan fungsi yang sama iaitu ilmu untuk berperang. Dalam Sulalatus Salatin silat dinamakan ilmu hulubalang. Adapun Hang Tuah selama di Melaka, tiada lain kerja-nya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya. (Sulalatus Salatin 1996) 7

Dalam petikan di atas Hang Tuah kerjanya hanya berguru ilmu hulubalang, ini bermakna, ilmu hulubalang itu ialah ilmu seni silat. Ada sahaja terdengar orang yang pandai bersilat, Hang Tuah akan pergi belajar dengannya.

Dalam Hikayat Hang Tuah ilmu seni silat dipanggil ‘ilmu isharat hulubalang.’

Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun di-ajar-nya-lah oleh Aria Putera, bagai2 ilmu isharat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit, tetapi lebih juga Hang Tuah di-ajar-nya barang ilmu dan isharat. (Hikayat Hang Tuah 1971)

Selain dari belajar seni silat Hang Tuah belajar ilmu firasat iaitu ilmu meramal sesuatu yang akan datang dengan melihat keadaan yang ada dihadapan mata ketika itu. Ilmu penjurit ialah ilmu pejuang. Dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina ilmu seni silat disebut ilmu gagah berani.

Tidaklah hamba banyak berperi, Pergilah sudah keduanya putri, Diam bersama tuannya putri, Belajar ilmu berhari-hari.

Beberapa ilmu gagah berani, Menyebut asma’ Tuhan sejati, Diajarkan oleh Sheikh dengan yakini, Terlalu suka usul yang seni.

(Syair Siti Zubaidah Perang Cina 1964)

Selepas belajar ilmu gagah berani tersebut, Siti Zubaidah pergi berperang dengan Dai Vet (Vietnam) untuk menyelamatkan suaminya. Ini menggambarkan ilmu gagah berani tersebut merupakan ilmu perang iaitu seni silat.

Syair Siti Zubaidah Perang Cina menggambarkan peperangan orang-orang Campa menentang Dai Viet(Vietnam) dipimpin oleh seorang tokoh bernama Sultan Zainal Abidin bersama beberapa orang panglima. Tokoh Sultan Zainal Abidin ini dapat 8

dikesan dan disesuaikan dengan sejarah peperangan Campa dengan Dai Viet pada T.M 1360 - 1390. Dalam sejarah tokoh ini dikenal dengan nama Che-Bo-Nga atau Binasour. (Abd. Rahman al-Ahmadi 1982)

Petikan ini mengaitkan Siti Zubaidah berperang dengan Dai Viet dalam usaha untuk menyelamatkan suaminya Sultan Zainal Abidin yang ditawan oleh Dai Viet. Kejadian ini memang benar-benar wujud dalam sejarah peperangan orang Campa dengan Vietnam.

Sejarah kewujudan seni silat masih kabur seperti bilakah bermulanya dan dimanakah tempat mula dicipta. Sejarah yang ada merupakan cerita-cerita lagenda yang susah untuk dibuktikan secara sejarah. Kewujudan kerajaan Melayu Campa sebagai kerajaan Melayu yang paling awal, iaitu pada abad ke-2 Masehi, bolehlah dibuat andaian seni silat dicipta di sana pada abad ke-2 masehi atau lebih awal sedikit sebagai ilmu perang kerajaan Melayu Campa. Ini disokong oleh beberapa bukti lain seperti Campa sentiasa mendapat penghormatan dari kerajaan Melayu yang lain. Misalnya pada zaman Sultan Mansor Syah memerentah Melaka, seorang anak raja Campa yang lari berlindung ke Melaka dilantik menjadi menteri.

Maka Syah Indera Berma dan isterinya, Kernia Mesra, sangat dipermulia baginda. Maka sekalian-nya disuruhnya masuk Islam akan Syah Indera Berma dijadikan baginda menteri, lalu sangat di-kasehi baginda. Dan merekalah asal segala Campa di Melaka. (Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini hanya satu bukti menunjukkan penghormatan kerajaan Melayu yang lain terhadap raja Campa. Dalam kajian tentang seni silat, didapati silat Minangkabau banyak dipengaruhi oleh seni silat yang berasal dari Campa.(Mid. Jamal 1986: 26). Kegagahan Pahlawan Campa ada digambarkan dalam Syair Mangkasar.

Seri Amar Diraja hulubalang Campa, Lapur seorang panglima petapa, sungguh orangnya tiada seberapa, melihat musuh terus diterpa.

9

Encik Jabar menantu Seri Amar Diraja, bukanlah hamba yang disengaja, jikalau dititahkan kepada barang kerja, haramlah ia memaling durja. (Skinner 1963)

Kalau kita lihat watak Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah dan watak dua orang panglima dalam syair di atas yang gagah berani, memang tidak mustahil, seni silat diasaskan di Campa kira-kira 2000 tahun yang lampau atau lebih awal lagi tetapi sekurang-kurangnya pada waktu itu. Ini disokong dengan penemuan keris-keris yang berusia 2000 tahun di Vietnam, di mana keris menggambarkan kewujudan seni silat sebagai ilmu beladirinya.(Shahrom Yub 1967).

Seni silat Melayu mementingkan struktur langkah sebagai strategi dalam usaha mempertahankan diri. Jenis-jenis langkah adalah seperti langkah satu, langkah dua, langkah tiga, langkah empat dan langkah lima. Selain dari langkah seni silat mementingkan kuda-kuda dan sikap pasang, iaitu kedudukan badan ketika menanti serangan. Langkah ini bila dilembutkan maka jadilah ia tari silat. Langkah tari silat yang lembut serta teknik silat dilembutkan untuk tujuan bermain silat, maka terciptalah Permainan Silat Tradisional, iaitu sejenis permainan yang melagakan dua orang pesilat untuk berlawan silat. Dengan perkembangan sukan beladiri moden, seni silat telah disesuaikan untuk dipertandingkan dengan peraturan-peraturan yang bertulis maka wujudlah Silat Olahraga yang telah dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Sukan SUKMA, Sukan SEA, Kejuaraan Silat Terbuka Eropah dan Kejuaraan Silat Sedunia.

Permainan Silat Tradisional pula merupakan permainan tradisional orang Melayu yang sedang diusahakan untuk dijadikan sukan beladiri di peringkat antarabangsa. Dengan aktiviti yang disebutkan di atas, maka silat boleh dibahagikan kepada silat sebagai ilmu perang, silat sebagai wadah seni budaya Melayu dan silat sebagai sukan. Dengan demikian, aktiviti seni silat mampu menarik pelancong dari luar negara untuk datang melancong ke Malaysia samaada untuk belajar silat, menyertai festival silat atau pun menyertai kejuaraan Silat Olahraga atau pun pertandingan Permainan Silat Tradisional. 10

Seorang pendekar mesti patuh kepada adat istiadat ilmu kependekaran Melayu untuk menentukan kejayaannya sebagai seorang pendekar selain dari memiliki kemahiran bersilat serta mengamalkan ilmu kebatinan. Adat istiadat atau pantang-larang akan menguji seorang pendekar dari segi kesabaran, komitmen, kesungguhan, disiplin dan kekuatan yang akan menentukan keberkesanan ilmu yang diamalkan. Adat istiadat akan menentukan perhubungan seorang pendekar dengan manusia lain, dengan makhluk di alam ghaib dan dengan Tuhannya dalam keadaan seimbang.

Perkara ini sangat penting untuk menentukan keberkesanan ilmu kebatinan yang diamalkan kerana seorang pendekar memohon pertolongan daripada makhluk di alam ghaib atau memohon terus kepada Allah s.w.t. Seorang pendekar tidak boleh derhaka terhadap gurunya, sekiranya dia derhaka, keberkesanan ilmunya akan hilang. Keberkatan doa guru terhadap muridnya sangat diperlukan oleh seorang murid selain dari semangat setiakawan terhadap rakan seperguruan. Menunjukkan sifat marah dan bertindak agresif terhadap rakan seperguruan, adalah satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan meninggalkan perguruan tersebut. (Razha Rashid 1990).

Taat setia kepada raja adalah sumpah seorang pendekar yang bertanggungjawab mempertahankan kerajaan dan negara. Silat sebagai ilmu perang yang diciptakan diistana sudah tentu dilengkapi dengan adat istiadat istana yang berpaksikan sifat taat setia kepada raja. Pada keseluruhannya, adat istiadat menentukan seorang pendekar itu mematuhi perjanjian dengan alam ghaib dan memelihara kesejahteraan di alam nyata.

Keseluruhan paparan sejarah latarbelakang tersebut mewarnai ilmu kependekaran Melayu, terutama sekali di Malaysia hari ini. Pertumbuhan Organisasi Silat berbentuk NGO berkembang pesat pasca penjajah oleh sebilangan masyarakat Melayu adalah tujuan mengekal silat sebagai seni budaya warisan pada generasi mendatang. Tumbuh pelbagai NGO silat seperti Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia, Persatuan Silat Lincah Malaysia, Persatuan Silat Cekak Malaysia, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan lain-lain.

11

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini akan memperkatakan tentang apakah isi kandungan dalam ilmu kependekaran Melayu di Malaysia. Secara lebih terperinci, kajian ini memberi fokus terhadap persoalan-persoalan berikut:

(i) Apakah adat istiadat yang diamalkan dalam kependekaran Melayu di Malaysia.

(ii) Apakah teknik asas dalam seni silat Melayu sebagai teknik fizikal ilmu kependekaran Melayu di Malaysia dan apakah jenis-jenis senjata yang digunakan.

(iii) Apakah ciri-ciri amalan ilmu kebatinan dalam kependekaran Melayu di Malaysia.

(iv) Bagaimanakah adat istiadat, teknik silat dan amalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu dimanifestasikan dalam permainan silat tradisional di Malaysia.

12

1.4 TUJUAN KAJIAN

( i ) Mengenalpasti adat istiadat yang diamalkan dalam kependekaran Melayu di Malaysia.

( ii ) Mengenalpasti teknik asas dalam seni silat Melayu sebagai teknik fizikal ilmu kependekaran Melayu di Malaysia dan jenis-jenis senjata yang digunakan.

( iii ) Mengenalpasti ciri-ciri amalan ilmu kebatinan dalam kependekaran Melayu di Malaysia.

( iv ) Mengkaji manifestasi pengamalan adat istiadat, teknik dan taktik silat serta ilmu kebatinan kependekaran Melayu dalam permainan silat tradisional di Malaysia.

( v ) Mengkaji potensi permainan silat tradisional untuk dijadikan satu jenis sukan bertaraf antarabangsa.

( vi ) Untuk mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat umum terhadap ilmu kependekaran Melayu di Malaysia.

13

1.5 KAJIAN LEPAS

Kajian terhadap Silat Melayu terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang bersifat zahir dan bersifat batin. Kajian terhadap aspek zahir Silat Melayu telah dikaji oleh beberapa orang sarjana yang mula menyedari tentang budaya kepahlawanan yang masih dipertahankan dan menjadi warisan bangsa Melayu. Antara pengkaji tersebut ialah Anuar bin Abd. Wahab, Tuan Ismail bin Tuan Soh dan Hiltrud Theresea Cordes. Para sarjana ini cuba menonjolkan bahawa seni silat bukan sekadar warisan budaya tapi masih relevan. Kependekaran Melayu bukanlah satu tajuk yang popular di mana ramai pengkaji membuat kajian mengenainya. Kajian tentang silat, ilmu kebatinan dan senjata Melayu adalah termasuk dalam ruang lingkup kajian kependekaran Melayu.

Menurut Dr. Hiltrud Teresia Cordes, dalam tesis PhDnya, yang bertajuk Pencak Silat: Die Kampfkunst der Menangkabau und ihr Kulkurelles Umfeld (Pencak Silat: Seni Beladiri Minangkabau dan bidang budayanya.)yang diterbitkan oleh Universiti Koln pada tahun 1990, ”Silat umpama sebuah lombong emas yang belum diteroka. Ada banyak bahan yang boleh diselidik tentang seni silat.” Namun terdapat beberapa orang pengkaji sahaja yang telah membuat penyelidikan tentang seni silat untuk tesis peringkat sarjana dan PhD.

Ia membincangkan teknik permainan seni silat Minangkabau, adat istiadatnya dan ilmu kebatinan dalam silat Minangkabau. Dari segi teknik beliau mengkaji teknik asas silat Minangkabau dan penglibatan silat Minangkabau dalam Kejuaraan Silat Sedunia ke 3 di Vienna, Austria pada tahun 1986. Dalam ilmu kebatinan pula beliau mendedahkan kebanyakan ilmu kebatinan silat Minangkabau selain mengamalkan ilmu kebatinan berunsur anamisma ia juga mengamalkan ilmu tarekat. Beliau membuat temuramah dengan guru-guru silat yang mengamalkan ilmu tarekat.

Walter William Skate telah menulis buku Malay Magic dan telah diterbitkan oleh Macmillan and Co. Ltd pada tahun 1900. Beliau adalah seorang Orientalis Barat berbangsa Inggeris dan telah tinggal di Tanah Melayu (Selangor) pada penghujung abad ke 19. Walaupun tujuan tulisannya untuk menunjukkan betapa mundur dan tak bertamadunnya bangsa Melayu, yang di gelarnya savage tetapi maklumat yang 14

dikumpulkannya hasil dari pemerhatian dan ikut serta, telah dapat merakamkan secara terperinci tentang pengamalan ilmu kebatinan Melayu terutamanya yang berunsur anamisma dan Hindu.

Beliau telah menggambarkan ritual yang telah dilakukan oleh orang Melayu yang bersangkutan dengan kehidupan mereka serta jampi serapah dan manteranya sekali. Setiap perkara yang bersangkutan dengan kehidupan ada semangat atau makhluk ghaib yang mesti dihubungi untuk memohon keselamatan dan kejayaan. Ia meliputi persekitaran seperti api, angin, tanah dan air serta kehidupan seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Misalnya bagi manusia, kelahiran, keremajaan, perkahwinan, kematian, perubatan, peperangan, permainan hiburan dan permainan ilmu hitam semuanya ada jampi serapah dan mantera serta pantang larang. Cuma kajian ini tadak menumpu kepada ilmu kebatinan kependekaran Melayu dan tidak membincangkan ilmu kebatinan Islam iaitu ilmu tasawuf yang diamalkan oleh pendekar Melayu.

Sebuah tesis PhD yang membincangkan ilmu kebatinan aliran sufi telah ditulis oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas bertajuk The Mysticism of Hamzah Fansuri telah diluluskan oleh Universiti Malaya pada tahun 1970. Tesis ini menerangkan pemikiran aliran tarekat Wahdat al-wujud. Tarekat ini banyak diamalkan oleh guru-guru silat di nusantara. Ia menerangkan akan kekuasaan Allah sehingga makhluk tidak wujud kerana berbanding Allah makhluk tidak wujud sebenarnya, kerana Makhluk akan binasa. Seperti wujud laut dan ombak. Ombak tak wujud sebenarnya, yang wujud hanya laut. Sehinggalah ke tahap penyatuan makhluk dengan Tuhan. Teori ini banyak dipegang oleh pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Namun tesis ini tidak menghubungkan ilmu tarekat ini dengan kependekaran Melayu. Metodologi kajian adalah secara kepustakaan dan kajian lapangan.

Satu dokumen yang tidak boleh diabaikan dalam membuat kajian tentang kependekaran Melayu ialah Hikayat Hang Tuah. Ia merakamkan teknik silat secara aplikasi dan jenis ilmu kebatinan kependekaan Melayu serta pengamalan dan kesan yang terhasil. Cuma dalam hikayat ini tidak dijelaskan bacaan-bacaan yang diamalkan. Namun maklumat mengenai kependekaran Melayu dalam Hikayat Hang Tuah ini dilengkapkan oleh Kitab Mat Kilau yang mengandungi ayat-ayat dan doa 15

yang diamalkan oleh Mat Kilau. Kesan ilmu tersebut boleh kita dapati dari kisah-kisah perjuangan Mat Kilau menentang Inggeris. Kalau kisah-kisah dalam Hikayat Hang Tuah nampak seperti satu ilusi tetapi apa yang berlaku kepada Mat Kilau nampak lebih real. Doa dan mantera dalam Kitab Mat Kilau ini, akan lebih lengkap dengan tambahan bahan ilmu kependekaran Melayu yang didapati dari perpustakaan Leiden, London dan Paris pada tahun 2008, semasa membuat penyelidikkan di sana.

Mubin Sheppard dalam bukunya yang bertajuk Taman Indera: Malay Decorative Arts and Pastimes ada membincangkan tentang senjata tradisional Melayu dan seni silat Melayu. Senjata-senjata yang dibincangkan ialah keris, badek, sundang, tumbuk lada, kerambit, pedang, lembing, tombak, lela dan ekor lotong. Ada dibincangkan sejarah, jenis-jenis keris dan bentuk setiap senjata. Dalam bahagian seni silat pula ia membincangkan sejarah bagaimana silat bermula melalui cerita lagenda bagaimana sekumtum bunga tidak musnah apabila dihanyutkan oleh pusaran air sungai.

Berpunca dari peristiwa ini telah mengilhamkan kepada pemerhati tersebut untuk mencipta silat. Diterangkan juga terdapat dua bahagian silat iaitu Silat Buah dan Silat Medan atau Silat Pulut. Silat Buah untuk beladiri dan Silat Pulut untuk persembahan. Silat juga dikatakan sebagai hiburan golongan istana dengan menemukan dua pendekar handalan untuk bertarung. Digambarkan pertarungan seperti ini boleh membawa perbalahan di luar gelanggang. Terakhirnya dibincangkan sukatan pelajaran silat dan pengajaran silat secara professional. Buku ini diterbitkan pada tahun 1972 oleh Oxford University Press dan pengkajian dibuat secara gerak kerja lapangan. Makalah ini tidak menyentuh aspek kebatinan silat Melayu.

Seorang penulis dari Sumatera, Mid Jamal, menulis sebuah buku bertajuk Filsafat dan Silsilah Aliran-aliran Silat Minangkabau menulis tentang sejarah silat Minangkabau serta sukatan pelajaran silat yang dicipta pada abad ke 12. Turut dibincangkan ialah pengaruh yang terdapat dalam ilmu kebatinan silat Minangkabau. Penulis tidak membincangkan teknik beladiri dalam silat dan juga konsep asas ilmu kebatinan silat. Beliau menerangkan silat Minangkabau menerima pengaruh dari silat yang terdapat di dataran Asia Tenggara seperti Siam, Campa, Kemboja dan Persia. Beliau ada menerangkan ajaran tarekat yang menjadi amalan kebatinan dalam 16

perguruan silat selain dari pengaruh lain seperti anamisma, Hindu, Buddha dan Rom termasuk pengaruh Plato, Aristotle, Socrates dan Cartes. Metodologi kajian beliau ialah secara kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini telah diterbitkan oleh Tropic Offset Printing, Bukit Tinggi pada tahun 1986.

Kajian sarjana, Tuan Ismail Tuan Soh, dari UKM pada tahun 1987 yang bertajuk Seni Silat Melayu dengan Tumpuan Kepada Seni Silat Sekebun yang telah menyentuh teknik dan budaya dalam permainan seni silat Melayu dan kajian ini dibuat secara penyelidikan di lapangan. Kajian ini adalah mengenai format silat Melayu terutamanya kaedah permainan silat secara tradisional. Banyak menggunakan ilustrasi untuk menunjukkan gerak silat dan kepelbagaian kaedah menggunakan tangan kosong teknik bermain silat secara seni. Membincang secara sepintas lalu tentang sejarah silat menurut cerita legenda, pakaian silat, muzik silat dan sedikit tentang ilmu kebatinan serta tokoh-tokoh legenda dalam seni silat sekebun.

Anuar Abd. Wahab (Tesis telah diluluskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1987) membuat kajian di peringkat sarjana bertajuk Teknik Dalam Seni Silat Melayu. Kajian ini menumpukan kepada teknik beladiri secara fizikal dalam seni silat Melayu. Permasalahan kajiannya ialah untuk mengenali sifat- sifat teknik seni silat Melayu dan kajian dilakukan secara penyelidikan di lapangan. Hasil kajian ini telah dapat menemukan perbezaan teknik silat Melayu yang berbeza daripada teknik seni beladiri asing dari negara lain. Ia tidak menyentuh aspek ilmu kebatinan tetapi lebih menumpukan kepada kaedah elakkan, tangkisan, tangkapan dan kuncian dalam seni silat, juga tidak dibuat kajian menggunakan teks Melayu klasik.

Satu buku silat khas membincangkan tentang sukan silat yang bertajuk Silat Olahraga, diterbitkan oleh DBP pada tahun 1987 dan ditulis oleh Anuar Wahab. Buku ini membincangkan konsep sukan silat yang baru diperkenalkan oleh Persekutuan Silat Antarabangsa(PERSILAT), teknik-teknik silat olahraga dan peraturan pertandingan silat olahraga. Selain dari penerangan, buku ini dipenuhi gambarajah teknik-teknik silat dan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan sukan silat. Pengalaman beliau yang lama mengajar silat dan terlibat secara langsung sebagai jurulatih kebangsaan silat olahraga memberi kemudahan kepada beliau untuk menulis 17

buku ini. Metodologi kajian beliau ialah secara lapangan dengan turun secara langsung ke tengah gelanggang persilatan. Dalam buku ini tidak ada dibincangkan silat dalam kontek ilmu perang dan ilmu kebatinan silat.

Sebuah makalah yang agak menyeluruh, tentang silat, telah ditulis oleh Razha Rashid berjudul Martial Arts and The Malay Superman. Makalah ini menerangkan tentang silat dari kaca mata seorang ahli sosiologi. Menulis budaya silat terutama yang berkaitan dengan ritual dan sumbangan silat kepada masyarakat. Ia tidak membincangkan ilmu persilatan tetapi menerangkan fenomena-fenomena yang berlaku dalam silat.Beliau membuat kajian secara temubual dan ikut serta dalam aktiviti. Makalah ini telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1990.

Kajian terhadap kebatinan seni beladiri Melayu juga di kait dengan kajian sebilangan sarjana, antaranya termasuk: Satu tesis peringkat PhD yang membincangkan ilmu kebatinan Melayu bertajuk Mantera Melayu: Analisis Pemikiran telah ditulis oleh Haron Daud. Tesis ini telah diluluskan oleh Universiti Malaya pada tahun 1996 membincangkan mantera yang menggambarkan pemikiran masyarakat Melayu. Ia membincangkan konsep ilmu kebatinan Melayu tetapi tidak menumpukan kepada ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Perbincangan ilmu kebatinan tidak termasuk ilmu tasawuf. Ia lebih tertumpu kepada ilmu kebatinan pengaruh anamisma, Hindu dan Islam(popular Islam).

Di Pulau Jawa, terdapat seorang penulis, O’ong Maryono, bekas juara dunia silat olahraga yang telah lama berkecimpung dalam arena persilatan dan juga jurulatih professional pencak silat, telah pergi ke seluruh kepulauan Indonesia untuk membuat kajian tentang pencak silat. Kajian ini lebih kepada penerangan mengenai sejarah, silat olahraga, silat seni, aspek spiritual dan aspek sosial silat. Buku ini tidak menerangkan teknik beladiri dan amalan-amalan kebatinan. Buku ini yang berjudul Pencak Silat Perentang Waktu banyak memberi gambaran tentang silat yang terdapat di Indonesia. Beliau ada menulis tentang pengaruh ilmu kebatinan silat seperti pengaruh anamisma, Hindu, Buddha dan Islam tetapi tidak ada menunjukkan contoh amalan kebatinan. Beliau telah membuat kajian secara temubual dan ikut serta. Kajian ini telah diterbitkan oleh Malang Press, Jakarta pada tahun 2002. 18

Sebuah tesis PhD oleh Hermansyah yang bertajuk Ilmu Ghaib di Kalimantan Barat telah diluluskan oleh ATMA, UKM pada tahun 2006 dan diterbitkan oleh PT Gramedia, Jakarta, Indonesia. Metodologi kajian ialah kaedah kepustakaan dan kajian lapangan. Bentuk kajian hampir menyamai kajian Malay Magic oleh Willian Skate, cuma ilmu kebatinan yang dibincangkan tidak meliputi bidang yang luas seperti kajian Skate. Hermansyah menerangkan ilmu kebatinan yang digunakan oleh orang Melayu Embau, di Kalimantan Barat dalam menghadapi kehidupan seharian mereka seperti berkaitan kelahiran, pengurusan diri, mencari rezeki, pertahanan diri, keterampilan diri, perkahwinan, hubungan suami isteri dan perubatan. Ia tidak membincangkan ilmu tasawuf sebagai ilmu kebatinan dan tidak menumpu kepada ilmu kebatinan kependekaran Melayu.

Kajian Anuar bin Abd. Wahab tentang sukatan pelajaran silat dan menulis buku Silat: Seni Gayung Fatani yang menerangkan sejarah perkembangan kurikulum silat Malaysia moden. Buku ini menceritakan sejarah perkembangan silat Gayung Fatani, sukatan pelajaran silat dan perkembangan ilmu kebatinan. Memaparkan kurikulum amalan kebatinan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Menerangkan transformasi ilmu kebatinan dari yang berunsur anamisma, Hindu dan Buddha sehingga kepada pengaruh Islam sepenuhnya.

Ia menerangkan istilah-istilah dan teknik yang terdapat dalam kurikulum silat Melayu. Ilmu kebatinan yang dibincangkan hanya yang berunsur Islam sahaja tetapi tidak membincangka pegangan kebatinan secara teori terutamanya tentang kewujudan Allah. Ia hanya membincangkan kaedah-kaedah beramal dan ayat-ayat yang diamalkan. Beliau membuat kajian secara kepustakaan dan kajian lapangan terutamanya kaedah ikut serta dalam aktiviti. Kajian ini telah dibukukan pada tahun 2008 dan diterbitkan oleh Seni Gayung Fatani Malaysia.

Sebuah lagi kajian tentang ilmu kebatinan Melayu telah dilakukan oleh Amran Kasimin yang menulis buku bertajuk Sihir: Suatu Amalan Kebatinan, diterbitkan oleh UKM pada tahun 2009. Buku ini menerangkan cara beramal ilmu kebatinan dan kuasa yang dihubungi. Kajian ini ada dikaitkan dengan ilmu kebatinan yang digunakan 19

dalam persilatan dan memberi pandangan dari kacamata Islam. Kebanyakan ilmu kebatinan itu dianggap sihir dan kajian ini tidak membincangkan teknik zahir seni silat Melayu. Ia tidak membincangkan konsep ilmu kebatinan dari kaca mata pengamal ilmu kependekaran Melayu. Hampir semua ilmu dianggap salah dari segi Islam. Kaedah kajian beliau adalah kajian lapangan dan kepustakaan.

Sebagai kesimpulan, daripada enam belas tajuk kajian yang telah pengkaji ulas di atas, tidak ada yang membuat kajian seperti yang pengkaji kehendaki iaitu mengkaji teknik beladiri silat, amalan ilmu kebatinan serta penggunaan senjata dan aspek sukan dalam silat. Buku Teknik Silat Melayu(Anuar Abd. Wahab 1992) hanya membincangkan teknik zahir seni silat, sedangkan buku Mantera Melayu(Haron Daud 2001)hanya membincangkan ilmu kebatinan sahaja, tidak termasuk seni silat. Pengkaji percaya ada ruang yang boleh dilengkapkan lagi dalam kajian yang akan dijalankan dan akan dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi apa yang dipanggil ilmu kependekaran Melayu. Penjelasan yang berjaya akan menarik minat lebih ramai lagi orang Melayu untuk belajar dan mengamalkan ilmu kependekaran Melaka.

1.6 SKOP/BATASAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada tujuan untuk mengkaji apakah dia ilmu kependekaran Melayu di Malaysia. Dalam mengkaji seni silat kita tumpukan kepada teknik asas yang digunakan dalam seni silat untuk mempertahankan diri. Dalam silat ada banyak teknik jadi kita tumpukan kepada teknik dan taktik yang utama yang digunakan dalam mempertahankan diri. Tentang ilmu kebatinan pula kita tumpukan kepada apakah doa atau mantera yang diamalkan dan cara beramal. Perpustakaan di luar negara seperti di Leiden, London dan Paris akan dikunjungi untuk mendapatkan manuskrip ilmu kebatinan. Tumpuan akan diberikan kepada pegangan asas seorang pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu serta adat istiadat dalam belajar dan bermain silat. Dalam amalan bersilat akan ditumpukan kepada bagaimana teknik dan taktik silat, adat istiadat dan ilmu kebatinan digunakan dalam permainan silat tradisional. Kajian hanya terbatas untuk silat di Malaysia dan kajian ke Eropah untuk melihat sambutan masyarakat Barat terhadap permainan silat tradisional. Informan yang akan ditemubual terdiri daripada pesilat-pesilat dan guru silat yang terdapat di Malaysia dan 20

Eropah. Dalam kajian permainan silat tradisional tumpuan diberikan kepada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Kelompok masyarakat yang diperhatikan ialah bekas pelajar persatuan silat sekolah dan orang kampong yang aktif mengajar silat serta pesilat-pesilat di Eropah. Kajian akan dibuat digelanggang-gelanggang silat pertubuhan tersebut untuk dibuat pemerhatian dan terhad kepada pengamal seni silat Melayu.

1.7 METODOLOGI KAJIAN.

Kajian ini mengguna dua kaedah, iaitu penyelidikan kepustakaan dan penyelidikan lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, kita menggunakan manuskrip-manuskrip sebagai sumber primer dan bahan sekunder seperti teks Melayu klasik sebagai perbandingan dan analisis, termasuk kajian-kajian yang telah dibuat oleh pengkaji- pengkaji Barat. Dalam kerja lapangan kaedah yang digunakan adalah pemerhatian, temubual, fotografi dan dokumen-dokumen organisasi seperti perlembagaan pertubuhan, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi.

1.7.1 Kaedah Kepustakaan dan Dokumentasi

Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengkaji ciri dan kesan penggunaan ilmu kebatinan dengan mengkaji gambaran yang terkandung dalam teks Melayu klasik. Teks Melayu klasik dapat memberi gambaran kepada kita tentang ilmu kebatinan kependekaran Melayu seperti yang digunakan pada zaman dahulu. Manakala novel, makalah dan lapuran penyelidikan tentang ilmu kebatinan dapat memberikan maklumat tentang ilmu kebatinan yang digunakan pada hari ini. Teks Melayu klasik seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Patani, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Cindur Mata, Hikayat Siak, Tuhfat Al-Nafis dan Syair Perang Makasar merakamkan banyak gambaran tentang ilmu kebatinan yang digunakan pada zaman dahulu. Teks-teks Melayu klasik ini akan digunakan dalam kajian ini. Sebuah novel bercorak sejarah, Panglima Salleh Selempang Merah yangditulis oleh Zaharah Nawawi(1995) merakamkan banyak gambaran tentang ilmu kebatinan yang digunakan oleh orang-orang Melayu sewaktu menentang komunis di Batu Pahat, Johor pada zaman darurat di Tanah Melayu. Laporan penyelidikan tentang seni silat 21

oleh Dr. Razha Rasyid. memberi gambaran tentang kependekaran Melayu yang digunakan oleh orang Melayu sewaktu berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku Kitab Mat Kilau, Mantera Melayu: Satu Analisis Pemikiran Melayu, Mantera Melayu dan Sihir: Satu Amalan Kebatinan mengandungi banyak petua-petua dan mantera-mantera yang diamalkan oleh orang Melayu termasuklah ilmu kebatinan yang bertujuan membentuk sifat-sifat kependekaran. Kajian manuskrip akan dibuat di perpustakaan Universiti Leiden, Perpustakaan London dan Perpustakaan Paris untuk mendapatkan bahan-bahan dari manuskrip lama tentang ilmu kebatinan kependekaran Melayu. (Kajian telah pun dibuat di perpustakaan tersebut pada bulan Jun, 2008).

Selain dari buku teks klasik, laporan penyelidikan dan manuskrip lama, majalah dan maklumat dari internet adalah sumber rujukan seterusnya. Di Malaysia, majalah Seni Beladiri adalah sumber maklumat yang terkini tentang ilmu kependekaran Melayu pada hari ini. Setiap keluaran majalah Seni Beladiri banyak memberi maklumat tentang perguruan silat, seminar, pertandingan dan isu-isu yang berkaitan aktiviti persilatan di Malaysia dan luar Negara. Lapuran dari internet mengenai ilmu kebatinan silat Melayu dan berita bergambar tentang perkembangan silat di serata dunia dapat dibuat rujukan. Sesungguhnya, kaedah dokumentasi ini banyak menolong pengkaji membuat penyelidikan tentang ilmu kependekaran Melayu.

1.7.2 Kaedah Pemerhatian atau Observasi

Pengkaji sentiasa mengikuti aktiviti latihan silat dan persembahan silat bersama ahli- ahli silat yang lain di dalam satu-satu perguruan silat yang menjadi sasaran kajian. Pengkaji merasai sendiri susah payah belajar untuk mendapatkan ilmu tersebut dan benar-benar merasai kesan sesuatu teknik dan taktik silat dalam mempertahankan diri. Setelah selesai semua aktiviti, dan balik ke tempat penginapan, pengkaji mencatatkan semua aktiviti yang telah dilalui. Dengan cara ini pengkaji dapat merasai keberkesanan sesuatu teknik dan taktik yang diperhatikan dalam usaha mempertahankan diri. Pengkaji cuba menggunakan sesuatu teknik yang dipelajari dalam menangkis serangan bersenjata dan mendapati ada teknik sesuai digunakan 22

untuk menangkis serangan bersenjata dan ada teknik sesuai digunakan untuk menangkis serangan senjata lain. Ini bermakna, teknik tertentu sesuai digunakan untuk senjata tertentu. Begitulah kaedahnya, membuat kajian secara observasi dan ikut serta. Pengkaji juga mencuba berbagai struktur tapak dan langkah dalam menanti serangan. Kaedah ini memudahkan pengkaji membuat kajian tentang teknik fizikal silat Melayu.

1.7.3 Kaedah Soal Selidik.

Kaedah temubual ini digunakan untuk menyelidiki responden yang telah mengalami situasi pertempuran di mana keberkesanan ilmu kebatinan telah menjadi kenyataan, seperti tubuh tidak luka apabila ditetak senjata tajam. Responden mestilah telah membuat persiapan beramal seperti berwirid sebelum pertempuran berlaku sebagai rutin setelah menjangkakan sesuatu yang luarbiasa akan berlaku. Apabila pertempuran sebenarnya berlaku, memang apa yang diharapkan itu berlaku. Antara perkara yang akan disoal ialah kaedah beramal dan ayat-ayat atau doa yang diamalkan. Akhirnya akan ditentukan apakah ilmu kebatinan itu berunsur Islam sepenuhnya atau campuran Anamisma dan Islam. Pemilihan responden adalah dari kalangan individu-individu yang berpengalaman dalam ilmu kependekaran Melayu terutamanya jurulatih dan guru silat. Responden yang telah mengalami pertempuran sebenar akan diberi keutamaan.

Sebagai kesimpulannya, untuk menyelidiki ilmu kependekaran Melayu, memerlukan kaedah yang berbeza untuk perkara yang berbeza. Setiap perkara yang dikaji mempunyai kaedah yang sesuai bergantung kepada bentuk bahan yang dikaji dan maklumat yang dikehendakki. Kaedah ini dapat menjelaskan apakah dia ilmu kependekaran Melayu yang terdiri dari teknik fizikal seni silat, ilmu kebatinan kependekaran Melayu, senjata tradisional Melayu dan adat istiadat kependekaran Melayu.

BAB II

ADAT ISTIADAT YANG DIAMALKAN DALAM KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA

2.1 PENGENALAN

Adat istiadat ialah peraturan yang mesti diikut oleh seorang pendekar untuk menentukan ilmu kependekaran yang diamalkan memberi kesan kepada pengamal. Ilmu kependekaran Melayu mempunyai kaitan dengan alam ghaib, justru kegagalan mematuhi perjanjian atau sumpah akan mendatangkan kesan secara ghaib. Sifat taat setia kepada guru dan kepada raja adalah adat istiadat utama pendekar Melayu. Sifat taat setia ini telah ditunjukkan oleh Hang Tuah seperti yang tergambar dalam karya epik Melayu Hikayat Hang Tuah. Perkaitan dengan alam ghaib ini telah tergambar dalam adat istiadat menuntut ilmu persilatan seperti adat membuka gelanggang, adat di dalam gelanggang dan adat istiadat tamat latihan silat. Proses memperturunkan ilmu kependekaran adalah bersifat kolektif, di mana masyarakat sekitar membantu guru silat dalam proses membentuk pendekar muda. Di samping itu pakaian, senjata dan muzik silat berperanan dalam melengkapkan kependekaran seorang pendekar.

2.2 KESAN TIDAK MEMATUHI ADAT ISTIADAT KEPENDEKARAN.

Adat istiadat kependekaran ialah peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh seorang pendekar untuk menjamin kejayaannya sebagai seorang pendekar dan kejayaan ini bergantung kepada keberkesanan ilmu yang diamalkan oleh seorang pendekar. Adat istiadat ini merangkumi aspek jasmani dan aspek rohani atau aspek fizikal dan aspek spiritual. Aspek jasmani termasuklah patuh kepada undang-undang negara, norma- norma masyarakat, penjagaan kesihatan dan aspek keselamatan dari ancaman musuh. Aspek rohani atau spiritual adalah kepatuhan dalam beramal ilmu kebatinan samada 24

ilmu dunia mau pun ilmu akhirat. Adat istiadat yang mesti dipatuhi oleh seorang pendekar, menuntut seorang pendekar itu menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Seandainya dia gagal mematuhi adat istiadat tersebut, dia akan gagal sebagai seorang pendekar.

Dalam Hikayat Hang Tuah ada menceritakan tentang seorang penjurit di Majapahit yang amat kepetangan (bijak; banyak mempunyai akal buruk) dan saktinya, bernama Sang Winara Semantara. Kesaktiannya ialah dia boleh menjelmakan dirinya menjadi berbagai-bagai rupa seperti menjadi harimau, anjing dan kucing. Keberkesanan ilmunya ialah dia mesti bertapa selama tujuh tahun tidak makan, tidak minum dan tidak tidur. Betara Majapahit telah memanggil Sang Winara untuk diperintahkannya membunuh Hang Tuah, pahlawan Raja Melaka. Sang Winara telah tewas di tangan Hang Tuah kerana dia tidak mengikut peraturan supaya menghabiskan pertapaan selama tujuh tahun.

“Hatta maka di-panggil pula; Sang Winara pun menyahut. Maka pertapaan-nya pun tiada-sampai, jadi bantutlah; sebab itu-lah maka ia tiada dapat membunoh Laksamana itu.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini, Sang Winara telah menyahut panggilan dan perbuatan ini telah membatalkan pertapaannya. Kerana pertapaan itu kurang tujuh hari, maka ilmu yang dituntut tidak memberikan kesan dan ini menyebabkan dia tidak dapat mengalahkan Hang Tuah.

Satu kisah yang pernah berlaku di Lenggeng, Negeri Sembilan apabila seorang murid silat telah melanggar pantang iaitu dia tidak boleh bertemu gurunya selama 44 hari setelah mengambil ‘keputusan’ (ujian) silat Semulajadi, sejenis silat yang berasal dari Sumatera. Apabila mendengar berita yang gurunya, Pak Nawi, terlantar sakit teruk, dia telah pergi berziarah ke rumah gurunya. Demi terpandang wajah muridnya, Pak Nawi yang terbaring lemah, tiba-tiba menjadi bertenaga dan menerkam muridnya. Berlaku pertarungan silat yang sangat hebat antara keduanya. Akhirnya murid tersebut telah kalah dengan teruknya tetapi telah dapat diselamatkan oleh kawan-kawannya yang turut hadir. (Temubual Hashim Ismail 1983). 25

Dua kejadian yang diceritakan di atas, menggambarkan betapa pentingnya mematuhi adat istiadat dalam ilmu persilatan. Kegagalan mematuhi peraturan mengakibatkan ilmu kebatinan yang diamalkan tidak mendatangkan kesan apabila diperlukan. Ini adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh setiap pengamal ilmu persilatan di mana keberkesanan ilmu kebatinannya tidak berkesan ketika pertarungan sebenar. Contohnya, kalau dia yakin dia seorang yang kebal setelah mengamalkan amalan tertentu, tiba-tiba dia telah hilang kekebalannya dan mengalami kecederaan yang teruk. Setelah diselidiki dia didapati telah melanggar pantang larang yang ditentukan.

Oleh itu amat penting bagi seorang pendekar mengikuti adat istiadat dan pantang larang yang dikenakan terutamanya yang bersangkutan dengan ilmu kebatinan. Dalam ilmu kebatinan, manusia berhubungan dengan makhluk ghaib atau dengan Allah, dan keberkesanan ilmu bergantung kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh agama Islam atau makhluk ghaib yang terlibat. Selain daripada itu, pendekar merupakan orang yang berilmu, sekiranya dia tidak dikawal dengan pantang larang, ditakuti dia akan menyalahgunakan ilmu tersebut. Ini adalah sangat bahaya. Pahlawan merupakan golongan yang ketiga dalam susunan sosial masyarakat Melayu tradisional di mana di atasnya terdapat raja dan pembesar.

“Orang Melayu telah mencipta dan mengamalkan silat sejak sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu. Mereka berupaya membentuk tamadun dan mewujudkann hiraki dalam sosio budayanya iaitu golongan pahlawan berada di bawah golongan bangsawan seperti Laksamana, Temenggong, Syahbandar dan Bendahara di mana raja dan putera puterinya berada di hiraki tertinggi selaku waris pemerintah. Golongan pahlawan adalah bersifat terbuka kerana sesiapa sahaja memiliki kemahiran silat atau ilmu seni perang boleh menjadi pahlawan. Dari kedudukan tersebut mereka berpeluang mengubah taraf hidup dengan berkhidmat dan dikurniakan gelaran serta kuasa oleh raja.”

(Anuar Abd. Wahab 2008)

Petikan ini mengatakan penciptaan seni silat oleh bangsa Melayu menggambarkan ketinggian tamadun Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang memiliki ilmu kepahlawanan mempunyai taraf hidup yang tinggi di bawah golongan bangsawan dan kemahiran seni silat adalah tangga untuk mencapai 26

kedudukan tersebut. Pahlawanlah yang menentukan kekuatan seseorang raja atau sesuatu kerajaan. Kita ambil contoh kerajaan Melayu Melaka. Kekuatan dan kehebatan kerajaan Melayu Melaka bergantung kepada pahlawannya yang handal iaitu Hang Tuah. Tanpa Hang Tuah Melaka dengan mudah dapat dikalahkan oleh Majapahit. Ini dinyatakan oleh Bendahara kepada raja Melaka kenapa dia tidak mahu membunuh Hang Tuah apabila dititahkan oleh raja.

Semasa dalam proses belajar ilmu persilatan, seorang pahlawan itu telah diterapkan berbagai pantang larang.

“Pantang Larang procedures systematically attempt to harness a person’s psychological development towards endurance, stamina and discipline through a type of training where codes of conduct and behaviour are able to improve consistently with every new phase of learning of the silat form.”

(Razha Rashid 1990)

Pantang larang adalah bertujuan untuk membentuk minda secara sistematik ke arah pembentukan ketahanan, stamina dan disiplin melalui latihan di mana akan membantu pelajar menguasai ilmu persilatan dan menjadi seorang pahlawan yang berjaya. Seorang pendekar yang melanggar adat istiadat kependekaran Melayu atau melanggar pantang larang seorang pendekar, pendekar itu akan mengalami kehancuran. Sekiranya dia melanggar pantang larang yang berkaitan dengan ilmu kebatinan yang ada kaitannya dengan makhluk ghaib, mungkin dia akan mendapat penyakit gangguan mental yang disebabkan melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan makhluk tersebut.

Sekiranya ilmu kebatinan tersebut memohon pertolongan terus kepada Allah tanpa perantaraan mungkin dia akan mendapat pembalasan daripada Allah sebagai orang yang ingkar dengan ajaran Islam. Dalam kedua-dua jenis ilmu kebatinan ini, sekiranya melanggar pantang besar kemungkinan, jika tidak ada hukuman lain, keberkesanan ilmu kebatinan tersebut akan hilang. Maknanya, dia tidak akan mendapat pertolongan daripada alam ghaib. 27

Bagi ilmu kebatinan yang memohon pertolongan kepada Allah semata-mata, syaratnya mereka mestilah mendekatkan diri kepada Allah, dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh agama Islam dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, ditambah dengan membuat amalan yang lebih seperti mengamalkan amalan-amalan tarekat. Sebagai kesimpulannya, adat istiadat kependekaran Melayu bertujuan menjaga hubungan yang baik antara seorang pendekar dengan institusi atau masyarakat di mana dia mencurahkan khidmat baktinya sebagai seorang pendekar yang menjaga keselamatan dan institusi tersebut dari ancaman musuh.

Adat istiadat kependekaran Melayu juga menjaga hubungan yang baik antara seorang pendekar dengan kuasa-kuasa alam ghaib yang memberi bantuan kepada pendekar tersebut dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pendekar. Tanpa bantuan dari alam ghaib, pendekar tersebut tidak akan mendapat kebolehan luarbiasa atau kesaktian atau karramah yang amat diperlukan ketika berhadapan dengan musuh- musuhnya. Alam ghaib disini bermaksud hubungan dengan Allah SWT atau pun makhluk ghaib yang dijadikan Allah SWT seperti malaikat, iblis, syaitan, jin, semangat, roh-roh, hantu, dewa-dewa, orang bunian dan bermacam-macam lagi makhluk ghaib yang boleh dihubungi oleh seorang pendekar melalui ilmu kebatinannya. Dalam lain perkataan, adat istiadat kependekaran Melayu menentukan hubungan yang baik antara pendekar dengan alam zahir dan alam batin yang disebut juga alam fizikal dan alam spiritual.

2.3 TAAT SETIA

Adat istiadat utama pendekar Melayu yang mesti dipatuhi ialah mempunyai sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja khasnya atau kepada ketua amnya. Isu sifat taat setia yang tidak berbelah bagi, bagi seorang pahlawan Melayu terhadap rajanya ada dirakamkan dalam epik Melayu yang terkenal iaitu dalam Hikayat Hang Tuah. “Alhamdulillah! Si-Tuah tiada bertuan dua tiga dan Si-Tuah tiada mau derhaka kepada tuan-nya. Segera-lah dato’ kerjakan titah yang maha mulia itu.” (Hikayat Hang Tuah 1971) 28

Petikan di atas menggambarkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi Hang Tuah terhadap raja Melaka. Apabila Hang Tuah dihukum bunuh oleh raja Melaka buat kali pertama, dia meminta Bendahara menyegerakan menjalankan hukuman tersebut iaitu membunuhnya dengan cara menikam dengan keris. Dalam dialog Hang Tuah dengan Bendahara, jelas Hang Tuah tidak mahu derhaka kepada raja Melaka dengan cara melawan perintah tersebut. Atas kebijaksanaan Bendahara, beliau mengarahkan Hang Tuah berundur buat sementara waktu ke Inderapura. Semasa berada dalam buangan di Inderapura, Hang Tuah memberitahu raja Inderapura, bahawa taat setianya hanya pada raja Melaka sahaja.

“Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku shah alam, apa-tah salahnya patek jadi hamba ka-bawah Duli Yang Di-Pertuan? Tetapi Si-Tuah tiada mau bertuan lain daripada anak chuchu raja di-Bukit Siguntang.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dialog dalam petikan di atas antara Hang Tuah dengan raja Inderapura dimana setelah mengetahui Hang Tuah dalam buangan, raja Inderapura menawarkan Hang Tuah berkhidmat di istana Inderapura. Tawaran itu ditolak oleh Hang Tuah kerana taat setianya hanya kepada raja Melaka sahaja yang dalam petikan di atas disebut sebagai anak cucu raja di Bukit Siguntang. Hang Tuah ada sebab yang kukuh kenapa tidak mahu menderhaka kepada raja Melaka, bukanlah semata-mata disebabkan oleh etika politik feudalisma yang wujud ketika itu demi mempertahankan kedudukan raja di dalam sistem tersebut. Raja adalah sangat penting bagi sebuah negara sebagai simbol perpaduan dan kekuatan kerajaan Melaka. Satu negeri mesti ada satu ketua sahaja yang memberi arahan. Kalau ada lebih dari satu ketua, rakyat akan berpecah belah.

Sebab itu, dalam sejarah kerajaan Melayu Melaka ada raja yang sudah terlalu tua dan uzur dan ada raja yang masih budak lagi. Untuk kekuatan ada Laksamana dan Temenggung, untuk ekonomi ada penghulu Bendahari dan untuk kebijaksanaan ada Bendahara. Merekalah penasihat yang memberikan pemikiran dan kekuatan kepada raja. Arahan dari raja hanya sebagai satu formaliti sahaja. Hukuman bunuh terhadap Hang Tuah bukan pemikiran asal dari sultan tetapi atas hasutan pembesar jua. Hang 29

Tuah sebagai pahlawan raja telah berjaya membina kerajaan Melaka sehingga menjadi luas jajahan takluknya dan rakyat hidup aman makmur. Kalau dia menderhaka, kerajaan Melaka akan hancur, kerana rakyat akan berpecah belah sedangkan musuh Melaka ada banyak termasuk Majapahit.

Hang Tuah sanggup berkorban demi Melaka bukan kerana sultan Melaka tetapi sayangkan kerajaan dan seluruh rakyat negeri Melaka. Sebenarnya Hang Tuah secara peribadi sangat marah apabila raja Melaka menjatuhkan hukuman yang tidak adil. Kemarahan ini ditunjukkan kepada Bendahara yang tidak mahu menjalankan hukuman tersebut.

Maka sahut Laksamana, “Di-perhamba chari pun dengan benar-nya di-perhamba. Baik juga dato’ kerjakan seperti titah yang maha mulia itu, kerana titah suroh buangkan kepada dato’. Maka dato’ tiada kerjakan sa-olah2 jadi kadam dato’ melalui titah pula; kerana nyawa di-perhamba ini persembahkan ka-bawah duli sa-suka hati di-perhamba.” Maka daripada geram Laksamana itu, maka balai Bendahara pun bergonchang saperti di-tiup taufan memberi dahshat dan hebat.

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini, Hang Tuah sangat marah kepada Bendahara yang tidak mahu membunuhnya seperti yang dititahkan oleh raja Melaka. Hang Tuah tidak mahu bersubahat melawan titah raja dengan menyetujui cadangan Bendahara tersebut. Taat setia adalah adat istiadat utama seorang pendekar yang mesti dipatuhi sebagai kunci kejayaan sebarang misi yang dijalankan.Kalau kita teliti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin, raja Melaka selalu mengikut kata Hang Tuah dan ada kalanya Hang Tuah membantah arahan sultan. Sultan tidak pula murka kepada Hang Tuah kerana bagi sultan pandangan dan nasihat Hang Tuah itu, ada kebenarannya. Misalnya, apabila Sultan Mansor baru berkahwin dengan Tun Teja, dia asyik tidur di rumah Tun Teja sahaja dengan mengabaikan isteri pertamanya, Radin Emas Ayu. Hang Tuah menginggatkan raja supaya menggilirkan isterinya dengan adil, takut nanti murka pula Betara Majapahit yang boleh menjatuhkan nama baik raja Melaka.

30

Maka sembah Laksamana,”Daulat Tuanku Shah Alam, pada bichara patek hamba yang hina ini, baik juga Duli Yang Di-Pertuan beradu di-istana besar dengan paduka anakanda itu sa-puloh hari dan di-istana kechil tujoh hari, supaya jangan tergerak hati paduka adinda itu.” Maka raja pun beradu di-istana besar dengan Raden Emas Ayu sa-puloh hari baginda beradu dengan Tun Teja tujoh hari.

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Raja telah menerima nasihat tersebut dengan sukacitanya dan menggilirkan isterinya dengan adil. Hang Tuah tidak hanya menurut membuta tuli segala perintah raja tetapi bertindak rasional untuk kebaikan kerajaan Melayu Melaka. Setelah mendengar nasihat Bendahara, Hang Tuah bersetuju untuk tidak menurut perintah raja, iaitu mengelak menjalani hukuman bunuh.

Satelah Hang Jebat, Hang Kasturi kembali itu, maka Laksamana pun berkata, “Wah, sayang-nya negeri Melaka!” Maka kata Bendahara,”Sekarang apa bichara orang kaya?” Maka sembah Laksamana,”Mana sabda dato’di-perhamba junjong.” Maka kata Bendahara, “Jika demikian, baik-lah orangkaya berlepas supaya kita lihat main Hang Jebat jadi orang tua dalam istana.”Maka kata Laksamana, “Baik-lah, sabda dato’ sahaya turut, tetapi tiada lama si-Tuah terbuang.” (Hikayat Hang Tuah1971)

Hang Tuah amat kesal sekali apabila Hang Jebat meminta keris Taming Sari daripada Hang Tuah atas arahan sultan. Hang Tuah dan Bendahara sudah ada firasat akan tindak tanduk Hang Jebat untuk menderhaka, seolah-olah Hang Jebat ada kepentingan sendiri dengan ketiadaan Hang Tuah, seperti kata Bendahara, “Baik-lah orangkaya berlepas supaya kita melihat main Hang Jebat jadi orang tua dalam istana.” Apabila raja menganugerahkan keris Taming Sari kepada Hang Jebat, beliau sangat gembira dan berfikir dia akan menjadi Laksamana.

Maka titah raja,”Pakai-lah keris itu, Tun Jebat.” Maka di-dengar Hang Jebat titah demikian itu, maka ia pun terlalu sukachita sebab beroleh keris itu, dalam hati-nya:’Aku pula rupa-nya menjadi Laksamana!” (Hikayat Hang Tuah 1971)

31

Dari petikan ini, Hang Jebat seolah-olah telah lama menginginkan untuk menjadi Laksamana menggantikan tempat Hang Tuah. Seolah-olah dia gembira dengan apa yang telah terjadi kepada Hang Tuah. Ada satu perkara lagi, Hang Tuah tidak mengikut perintah raja, iaitu apabila raja memerintahkan Hang Tuah membuang anak Hang Jebat hasil dari permukahannya dengan Dang Baru, ke dalam laut. Hang Tuah merasakan hukuman itu tidak adil, kerana kanak-kanak itu tidak bersalah sebab yang menderhaka bapanya, Hang Jebat. Lalu tanpa pengetahuan raja, Hang Tuah telah menghantar Hang Kadim ke Inderapura dengan persetujuan Tun Teja.

Maka di-persembahkan orang-lah kapada raja, “Bahawa Si-Jebat mati itu di-mukah-nya Dang Baru bunting tujoh bulan. “ Sa-telah Raja mendengar sembah orang itu, maka titah raja, “Laksamana, suroh di-buangkan ka-laut budak itu.”Maka Laksamana pun masok mengadap Tun Teja, pohon kurnia dengan nama Tun Teja, hantarkan budak itu kepada Bendahara Seri Buana Inderapura. Maka Tun Teja pun berkenan-lah (Hikayat Hang Tuah)

Dalam hal ini, Hang Tuah dan Tun Teja, tidak menurut perintah raja Melaka. Dua kali Hang Tuah menderhaka kepada raja, tetapi tidak mengancam raja dan kerajaan Melayu Melaka, malahan untuk penambah baikan. Bendahara dan Tun Teja juga melanggar perintah raja tetapi tidak seperti Hang Jebat, penderhakaan yang membawa keburukan dan dipenuhi maksiat (bermukah).Hang Jebat pula telah melanggar adat istiadat pahlawan Melayu, iaitu derhaka kepada raja.

Dalam Sulalatus-Salatin ada menceritakan perjanjian antara Seri Teri Buana yang mewakili golongan raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili golongan rakyat, iaitu rakyat tidak dibenarkan derhaka kepada raja walau bagaimana zalimnya raja itu kepada rakyat. Kalau raja terlalu zalim, rakyat hendaklah mengundurkan diri dari negeri tersebut.

Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah oleh segala anak chuchu hamba, jikalau ada salah-nya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darah-nya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.” (Sulalatus Salatin 1996)

32

Sedangkan pihak raja tidak boleh memalukan atau menista golongan rakyat. Jika ia bersalah mengikut hukum syarak, raja boleh membunuhnya tetapi tidak boleh menghina rakyat.

“Seperkara lagi, perjanjian patik pohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosa nya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak, bunuh, jangan duli tuanku aibi.” (Sulalatus Salatin 1996).

Tetapi, sekiranya golongan raja tidak mematuhi perjanjian ini, iaitu menghina golongan rakyat, maka alamat negeri itu akan binasa. Jika rakyat derhaka kepada raja, maka akan dibalikkan Allah rumahnya, bumbung ke bawah dan kaki ke atas.

“Maka sembah Demang Lebar Daun,”Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku. Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.” Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun,” Titah baginda,”Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, jikalau sebesar mana sekalipun dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya.Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.”

(Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini menggambakan persetiaan antara raja dan rakyat. Penderhakaan kepada raja adalah dilarang. Jika rakyat derhaka kepada raja, maka akan dibalikkan Allah rumahnya, bumbung ke bawah dan kaki ke atas. Golongan pahlawan atau pendekar adalah juga golongan rakyat jelata dan golongan ini juga tertakluk kepada perjanjian ini. Maknanya, perbuatan Hang Jebat derhaka kepada raja secara agresif itu adalah satu kesalahan besar kerana, raja tidak pernah memberi aib kepadanya. Raja juga tidak ada memberi aib kepada Hang Tuah. Perbuatan Hang Tuah berundur ke Hulu Melaka, adalah mengikut perjanjian ini, iaitu dia berhak meninggalkan negeri sekiranya dia berasa akan dicederakan. 33

Kalau kita perhatikan isi perjanjian di atas, terdapat ruang di mana golongan rakyat dibenarkan menderhaka kepada raja sekiranya raja memberi aib kepada rakyat. Ini dinyatakan dengan ayat, “.....tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.” Ini bermaksud, kalau rakyat dahulu tidak derhaka, tetapi apabila raja mungkir janji, rakyat tidak lagi terikat dengan perjanjian tidak boleh derhaka. Kalau raja terlalu zalim, rakyat boleh meninggalkan negeri tersebut. Tetapi kedua-dua ini jika berlaku akan menghancurkan kerajaan tersebut. Penderhakaan Hang Jebat secara bersenjata akan membinasakan kerajaan Melaka. Hang Jebat dianggap sebagai derhaka kerana menghalau sultan dari istana, mengambil alih istana dan bermukah dengan gundik-gundik istana.

Di sini kita lihat betapa pentingnya hubungan yang baik antara pahlawan dengan rajanya bagi menentukan kerajaan yang telah terbina terus wujud. Perbuatan Bendahara tidak mengikut arahan sultan Melaka supaya membunuh Hang Tuah adalah satu penderhakaan apabila Bendahara menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Ini diakui sendiri oleh Bendahara.

Satelah Bendahara mendengar titah raja demikian itu, maka Bendahara pun terlalu kasehan akan raja; maka sembah-nya, “Daulat tuanku, patek mohonkan ampun dan kurnia, patek persembahkan nyawa patek anak beranak ka-bawah Duli Shah Alam, kerana patek derhaka. Maka patek tahani Laksamana itu; patek lihat dia tiada berdosa. Sa-perkara, sayang patek akan Laksamana itu, di-mana tuanku mencari hulubalang saperti Laksamana itu?

(Hikayat Hang Tuah1971)

Dalam petikan ini, jelas sekali Bandahara mengakui dia telah derhaka kepada raja kerana tidak menurut perintah supaya membunuh Hang Tuah. Ini dinyatakan oleh Bendahara melalui ayat; “.....patek persembahkan nyawa patek anak beranak ka- bawah Duli Shah Alam, kerana patek derhaka.” Tetapi penderhakaan ini untuk kebaikan Melaka kerana tidak ada orang boleh menggantikan tempat Laksamana sebagai pahlawan yang gagah berani dan bijaksana. Penderhakaan yang membina kerajaan Melaka, bukan memusnahkan kerajaan tersebut, diterima oleh raja Melaka 34

dengan rasa besar hati dan sangat berterima kasih kepada Bendahara atas kebijaksanaannya itu.

Sa-telah raja mendengar sembah Bendahara demikian itu, maka raja pun terlalu sukachita lalu bangkit memelok mencium Bendahara, serta bertitah,”Ya mamak Bendahara, mamak Bendahara-lah yang menghidupkan kita di-dunia akhirat. Demi Allah! Tidak ada sir chita kita hendak membunoh Laksamana itu lagi.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Tindakan Bendahara walaupun menderhaka tetapi kena pada tempatnya, telah mendapat pujian raja dan menyedarkan raja akan kesilapannya. Daripada peristiwa ini, tindakan yang rasional adalah sangat penting. Tindakan Hang Jebat yang emosional melakukan penderhakaan bersenjata yang boleh memusnahkan kerajaan Melayu Melaka adalah tidak boleh diterima. Tindakan Hang Tuah adalah sederhana. Mula- mula dia bertindak emosional, iaitu dia mahu mati dibunuh oleh Bendahara kerana taatkan perintah sultan. Tetapi apabila Bendahara memberikan pendapat yang rasional kepada nya supaya tidak perlu patuh kepada arahan sultan, dia menerima, dan bersetuju untuk berundur ke Hulu Melaka. Petikan berikut menggambarkan kenapa Bendahara engan menurut perintah raja membunuh Hang Tuah.

Maka Bendahara pun menangis lalu sujud meniarap pada kaki raja, sembahnya, “Daulat tuanku, patek mohonkan ampun beribu-ribu ampun. Sayang, tuanku, Laksamana itu dibuangkan. Sukar tuanku mencari hamba saperti patek itu Laksamana. Kerana ia tiada berdosa; lagi pun kita berseteru dengan Majapahit, kalau2 kemudian kelak Duli Yang Di-Pertuan menyesal.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Daripada petikan ini kita dapat mengetahui kenapa Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dan engkar kepada perintah raja Melaka. Pertamanya, dia tidak berdosa dan menjadi mangsa fitnah pembesar Melaka. Keduanya, sukar untuk mencari ganti pahlawan segagah dia yang dapat menjamin kekuatan kerajaan Melaka. Ketiganya, Melaka berseteru dengan Majapahit, siapakah nanti yang akan dapat menghadapi Majapahit kalau dia tiada. Dengan itu, Hang Tuah juga sebenarnya telah menderhaka kepada raja Melaka, kerana bersetuju untuk tidak menjalani hukuman bunuh seperti 35

yang diperintahkan oleh raja Melaka. Tetapi penderhakaan Hang Tuah ini, sama dengan penderhakaan Bendahara, iaitu derhaka yang membina dan bukan memusnahkan kerajaan Melaka atau mengambil alih tempat raja Melaka. Mereka mempunyai sifat patriotisme yang tinggi sanggup berbuat apa sahaja demi keselamatan Melaka.

Penderhakaan secara agresif terhadap raja atau pemerintah dan perbuatan raja memalukan rakyat akan menjatuhkan raja dan menghancurkan kerajaan. Sama ada penderhakaan itu dibenarkan oleh waadat (perjanjian kontrak sosial antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun) atau tidak, kedua-duanya akan menjatuhkan kerajaan Melayu.

Dalam Sulalatus Salatin ada menggambarkan raja Singapura iaitu Raja Iskandar Syah telah memalukan Sang Rajuna Tapa, yang merupakan bendahari raja Singapura. Raja telah menyula anak perempuan Sang Rajuna Tapa di hujung pasar kerana dituduh berlaku curang terhadap raja. Sang Rajuna Tapa telah sakit hati dan membalas dendam dengan membantu Majapahit menawan Singapura manakala Sang Rajuna Tapa laki bini telah menjadi batu kerana penderhakaan itu.

“Maka Raja Iskandar Syah pun terlalu sangat murka, lalu disuruh baginda percanggikan (sulakan) di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya, “Jika sungguh sekali pun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah lah ia; mengapa diberi malu demikian?”

(Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini, menggambarkan perlanggaran waadat oleh golongan raja dengan memalukan rakyat. Ini membawa kepada penderhakaan Sang Rajuna Tapa dengan membantu Majapahit untuk menakluki Singapura. Dalam Tuhfat al-Nafis penderhakaan Megat Seri Rama terhadap Sultan Mahmud di Johor, menyebabkan sultan terbunuh dan berakhirnya pemerintahan negeri Johor oleh golongan raja setelah diambil alih oleh golongan Bendahara.

36

Megat Seri Rama telah berasa sakit hati dengan sultan kerana sultan telah membelah perut isterinya yang sedang mengandung disebabkan isterinya telah memakan seulas nangka raja tanpa pengetahuan baginda. Megat Seri Rama telah menikam sultan ketika berada di atas usungan dan Megat Seri Rama telah mati terkena keris sultan.

“Maka apabila sampai kabar itu kepada suaminya, Megat Seri Rama, maka ia pun menangis serta hilang akalnya, terbakar sebab marahnya, maka ia pun mendapatkan Dato’ Bendahara, maka di-perma’alumkan nya yang ia hendak membalas kematian isteri-nya itu, seraya kata-nya, “Jikalau Dato’ hendak menjadi raja, ini-lah ketika-nya! Yang di-perhamba hendak menderhaka tiada boleh tiada”.

(Tuhfat Al-Nafis 1965)

Menurut petikan ini, Megat Seri Rama memang hendak menderhaka kapada sultan kerana membalas dendam terhadap sultan yang telah membunuh isterinya dengan cara yang memalukan, iaitu membelah perutnya. walaupun Megat Seri Rama terkenal kebal, kerana penderhakaannya, mungkin kerana daulat sultan, keris sultan yang dibalingkan kepadanya telah melukainya.

Seperti yang terdapat dalam waadat perjanjian antara raja dengan rakyat, kalau raja memalukan rakyat, kerajaannya akan binasa. Penderhakaan Megat Seri Rama menyebabkan berakhirnya pemerintah berketurunan raja di Johor dan bermulanya pemerintah berketurunan Bendahara. Hang Tuah dan Bendahara telah mengambil tindakan yang bijak dengan tidak melakukan penderhakaan yang agresif seperti Sang Rajuna Tapa dan Megat Seri Rama tetapi juga telah menyelamatkan dirinya yang akhirnya telah menyedarkan raja dan dapat menyelamatkan Kerajaan Melayu Melaka.

Mengikut adat istiadat seorang pendekar, penderhakaan bersenjata terhadap raja yang boleh membawa kemusnahan terhadap kerajaan tersebut adalah satu kesalahan yang tidak boleh diampunkan. Ini dinyatakan oleh Hang Tuah kepada Hang Jebat sewaktu dia datang untuk bertikam dengan Hang Jebat. Jika Hang Jebat melakukan kesalahan lain daripada menderhaka kepada sultan, Hang Tuah berkata, sedaya upaya dia akan berusaha menyelamatkan Hang Jebat. Tetapi kesalahan menderhaka kepada sultan tidak boleh diampunkan. 37

Maka kata Laksamana, “Sungguh saperti kata-mu itu, pada hati ku pun demikian-lah. Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya daya-ku pun ku perlepaskan juga engkau daripada mati.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Hang Tuah berkata Hang Jebat telah berdosa dan kesalahan menderhaka dengan mengangkat senjata kepada sultan mesti dihukum. Jika kesalahan yang lain, Hang Tuah akan cuba menyalamatkan nyawa Hang Jebat. Rasionalnya penderhaka yang boleh mengancam keselamatan negara mesti dihapuskan ialah ia boleh menghancurkan negara disamping Hang Jebat merupakan orang yang tidak boleh dipercayai, pembelot dan tidak ada rasa tanggung jawab kepada negara. Dalam tindak tanduknya, dia mementingkan diri sendiri seperti untuk kemasyuran dan memuaskan hawa nafsu. Perkara ini ada disebut oleh Hang Tuah dan Hang Kasturi.

Maka kata Tun Kasturi,”Aku tiada percaya akan engkau, kerana engkau tiada tegoh setia-mu dengan tuan-mu, istimewa aku sahabat pada-mu.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Maka kata Hang Jebat,”Hei Tuah! Demikiankah lelaki menikam curi dan mengubah waadnya? Engkau dua tiga kali lekat keris mu, aku suruh engkau tanggalkan; aku sekali lekat kerisku, engkau tikam. Maka sahut Hang Tuah,”Siapa bersetia dengan engkau orang derhaka”. (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dua petikan di atas menggambarkan, orang yang derhaka tidak boleh dipercayai dan tidak ada sebarang perjanjian yang boleh dibuat dengannya. Penderhaka dianggap sebagai pengkhianat yang bila-bila masa boleh mengenakan seseorang. sebab itulah Hang Tuah dan Hang Kasturi tidak mempercayai Hang Jebat. Hang Jebat menyatakan dia melakukan penderhakaan itu kerana rasa sakit hati dan membalas dendam atas kematian Hang Tuah yang dihukum bunuh tanpa usul periksa oleh sultan Melaka.

Dia memberitahu Hang Tuah sedangkan Hang Tuah yang banyak berbakti kepada sultan dikenakan hukuman bunuh, apa lagi dia yang hanya pahlawan biasa sahaja, sudah tentu akhirnya akan dibunuh juga. Justeru, Hang Jebat tidak mengamalkan sikap taat setia seperti yang lazimnya diamalkan oleh seorang pendekar. 38

Hang Jebat berpegang kepada konsep, alang-alang berbuat jahat biarlah berbuat jahat dan derhaka bersungguh-,sungguh supaya masyurlah namanya dengan kejahatan itu.

“Sebab pun-ku perbuat demikian ini, sa-pala2 nama jahat jangan kepalang, saperti pantun Melayu, rosak bawang di timpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dia memberitahu Hang Tuah sedangkan Hang Tuah yang banyak berbakti kepada sultan dikenakan hukuman bunuh, apa lagi dia yang hanya pahlawan biasa sahaja, sudah tentu akhirnya akan dibunuh juga. Justeru, Hang Jebat tidak mengamalkan sikap taat setia seperti yang lazimnya diamalkan oleh seorang pendekar. Hang Jebat berpegang kepada konsep, alang-alang berbuat jahat biarlah berbuat jahat dan derhaka bersungguh-,sungguh supaya masyurlah namanya dengan kejahatan itu.

“Sebab pun-ku perbuat demikian ini, sa-pala2 nama jahat jangan kepalang, saperti pantun Melayu, rosak bawang di timpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Tetapi, Hang Tuah yang berpegang kepada adat istiadat pahlawan Melayu mengatakan, sebagai pahlawan raja, sesuatu yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan dengan semasak-masaknya supaya kita mati dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat agar di akhirat nanti masuk ke syurga.

“Maka kata Laksamana,”Sungguh saperti kata mu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini, hendak-lah pada sa-suatu barang pekerjaan itu dibicarakan sangat-sangat2, saperti kata orang tua2: ‘Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat; supaya masuk shurga jemah.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Hang Tuah berpegang kepada peribahasa Melayu yang berbunyi ‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ini adalah pegangan pendekar Melayu yang bertanggung jawab menjaga bangsa dan Allah sebagai pelindung, sudah tentulah berbuat jahat itu berdosa yang bertentangan dengan ajaran Islam. 39

Agama Islam adalah latarbelakang ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Hang Jebat bukan sahaja menderhaka kepada raja tetapi juga menderhaka kepada Allah dengan melakukan zina dan membunuh orang ramai yang tidak berdosa. Dengan hujah ini, demi masa depan negara, Hang Jebat, tidak boleh sama sekali dianggap sebagai seorang wira bangsa kerana dia bukan sahaja derhaka kepada raja, tetapi juga derhaka kepada Allah dan tidak setia kepada sahabat yang juga merupakan gurunya iaitu Hang Tuah. Satelah Pateh Kerma Wijaya mendengar kata segala pegawai itu maka Pateh Kerma Wijaya pun tundok fikir dalam hati-nya, “Bahwa Si-Jebat ini, ada juga sa-suatu permainan-nya, kerana ia sangat berkaseh dengan Laksamana itu; masakan Si-Jebat itu tiada di-ajar-nya.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan di atas membayangkan Hang Jebat ada belajar ilmu kebatinan daripada Hang Tuah. Itulah sebabnya, apabila Hang Tuah tiada, Hang Jebat tidak dapat di tewaskan oleh sesiapa pun. Mungkin ada banyak pantang larang yang diajarkan oleh Hang Tuah kepada Hang Jebat. Antaranya ialah Hang Tuah telah berpesan kepada Hang Jebat supaya jangan menerima gelaran Paduka Raja kerana gelaran itu hanya untuk Bendahara, tetapi sepeninggalan Hang Tuah, dia telah menerima gelaran itu daripada raja tanpa pengetahuan Bendahara.

Maka titah raja pada Tun Lekir,” Hai benderang kanan, segeralah panggil Bendahara dan Temenggong, kita hendak menggelar bentara kita Paduka Raja.” Sa-telah Hang Jebat mendengar titah demikian itu, maka sembah Hang Jebat,”Jikalau Duli Yang Di pertuan hendak mengurnia nama akan patek, janganlah Bendahara dan Temenggong, di-suroh panggil, tuanku, kerana segala pegawai dan pertuanan pun ada mengadap. Jika tiada Bendahara dan Temenggong pun masakan tiada sah mengurniakan nama akan patek.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dari petikan di atas, Hang Jebat cuba menerima gelaran itu, tanpa pengetahuan Bendahara. Dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah kerana Hang Tuah telah berpesan. Kalau Hang Jebat benar-benar hendak menderhaka untuk membela Hang Tuah, tak perlu dia menerima gelaran dan kurniaan, terus sahaja mencari siapa yang membuat fitnah kepada Hang Tuah itu dan membunuhnya. 40

Di sini kita lihat seolah-olah Hang Jebat ada kepentingan sendiri untuk memuaskan nafsu dan menjadi masyur. Isu taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap raja oleh pahlawan Melayu seperti yang ditunjukkan oleh Hang Tuah terhadap raja Melaka telah menjadi satu isu yang hangat dibincangkan di Malaysia terutamanya antara tahun 1960an hingga 1970an. Golongan pendekar adalah pahlawan raja yang menganut etika politik feudalisma. Bangsa Melayu yang telah membina tamadun melalui sistem pemerintahan beraja telah berpengalaman dalam pentadbiran negara melalui kewujudan banyak kerajaan Melayu dan di antara yang terbesar ialah kerajaan Melayu Melaka di mana para pendekar berperanan membina kerajaan tersebut. Pegangan yang mereka amalkan seperti taat setia kepada raja telah berjaya membina kerajaan tersebut.

Jadi, Hikayat Hang Tuah yang menggambarkan ciri-ciri pendekar Melayu melalui watak Hang Tuah adalah satu dokumentasi yang berharga untuk pewaris ilmu persilatan Melayu. Tetapi perkembangan pada tahun-tahun 1960-an, melalui segelintir penganut fahaman realisma sosialis dan Marxis telah mengangkat Hang Jebat yang berwatak revolusioner sebagai wira Melayu, dan bukan Hang Tuah. Mereka mengenepikan realiti bahawa pahlawan-pahlawan dan raja-raja telah berjaya membina karajaan dan tamadun Melayu melalui etika politik feudalisma tersebut. Ali Aziz, bekas mahasiswa Universiti Malaya Singapura dalam jurusan sosiologi telah menulis drama Hang Jebat Menderhaka pada tahun 1960. Melalui drama ini, Ali Aziz sependapat dengan Kassim Ahmad, mewirakan Hang Jebat. Kassim Ahmad merupakan seorang pengembang fahaman realisma sosialis, telah mengkaji watak Hang Jebat melalui tesis sarjananya Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah.

Kassim Ahmad menyukai watak-watak revolusioner yang menentang ketidakadilan dalam masyarakat. Pada tahun 1961, seorang lagi penulis yang berfahaman sosialis, iaitu Usman Awang, telah menulis drama Matinya Seorang Pahlawan, yang menganggap Hang Jebat sebagai pahlawan yang berjasa. Pada tahun 1979, Dinsman menulis drama Jebat, yang menganggap Jebat sebagai pembela rakyat golongan bawahan, yang berjuang menegakkan keadilan sosial. Ali Aziz mengatakan perjuangan Hang Jebat tidak mengikut hawa nafsu, ingin membela keadilan dan mengorbankan jiwa raga untuk tanah air yang selaras dengan syiar Islam. 41

“Ali Aziz ingin membuktikan bahawa Hang Jebat menderhaka bukan kerana didorong oleh hawa nafsu yang liar untuk mencipta nama, sebaliknya Hang Jebat bertindak untuk menegakkan kebenaran, membela kawan dan menghapuskan kezaliman, sejajar dengan tuntut syiar Ialam.” (Umar Junus 1993)

Muhammad Haji Salleh pernah menyatakan bahawa Hang Jebat ialah lambang kebangsaan dan budaya orang-orang Melayu. Tindakan Hang Jebat ialah manifestasi seorang manusia Melayu yang pintar. (Mana Sikana 1993). Mana Sikana menganggap Ali Aziz melalui dramanya, telah berjaya merombak dan merubah tradisi pemikiran para khalayak dengan mengetepikan Hang Tuah dan menggantikannya dengan kewiraan Hang Jebat. Khalid Taib pula menganggap, Hang Tuah menurut perintah dan arahan sultan secara membabi buta terutamanya kerana sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri atas perintah sultan. Hang Tuah dianggap mengutamakan kepentingan istana dan dinasti yang memerintah, bukan kepentingan rakyat jelata.(Khalid Taib 1993).

Penulis-penulis yang disebutkan di atas tadi menolak Hang Tuah yang mempunyai sifat taat setia yang tinggi sebagai contoh wira Melayu dan mengangkat Hang Jebat yang penderhaka dan pembelot sebagai contoh wira Melayu hanya kerana Hang Jebat bersifat revolusioner yang agresif terhadap pemerintah. Ini memang gagasan pendokong fahaman realisma sosialis yang dipegang masyarakat Barat terutamanya yang condong kepada penganut fahaman Karl Marx.

Pada tahun 1961, dalam ceramah yang diadakan pada Kongres Orientalis di Moscow, seorang sarjana Rusia, Parnickel, mengatakan Hang Tuah pada asalnya seorang pahlawan rakyat yang hendak membebaskan golongan kelas menengah dari kemunduran ekonomi kerana kelalaian golongan feudal. Hikayat ini telah diubah oleh pujangga istana dan menyesuaikan perwatakan Hang Tuah sesuai dengan sistem feudal.(A.Teeu 1992). Namun, kita mesti juga menilai watak-watak Hang Tuah dan Hang Jebat dari aspek adat istiadat ilmu kependekaran Melayu, kerana mereka adalah dua orang pendekar Melayu yang mempunyai disiplin yang tersendiri.

42

Banyak perkara yang menyangsikan tentang keikhlasan Hang Jebat menderhaka kepada raja sebagai menuntut bela atas kematian Hang Tuah dan kerasionalan penderhakaan tersebut tidak dapat dimaafkan oleh Hang Tuah dan juga rakyat negeri Melaka ketika itu. Pertama, dia sangat gembira apabila raja menganugerahkan keris Taming Sari kepunyaan Hang Tuah kepadanya dan terbayang dia akan menjadi Laksamana, pada hal Hang Tuah baru sahaja dihukum bunuh.

Kedua dia mengambil kesempatan untuk mengadakan hubungan sulit dengan dayang-dayang, perwara dan gudik raja, kerana rupanya yang kacak dan bakat seni suara yang ada padanya. Skandal Hang Jebat makin menjadi-jadi apabila tiada orang berani menegurnya. Perbuatannya yang teragak-agak melakukan zina ini, menunjukkan ia berlaku tanpa dirancang, sebaliknya merujuk kepada peluang yang ada. Mungkin ketiadaan Hang Tuah, memberi motivasi kepadanya untuk hanyut dengan hasutan iblis.

“Maka Hang Jebat pun bermukah dengan segala dayang2; maka di-lihat-nya sa-orang pun tiada berani menegor dia. Maka ia pun bermukah pula dengan biduan raja yang hampir; itu pun sa-orang pun tiada berani segala pegawai menegor dia. Maka Hang Jebat pun bermukah pula dengan gundek raja yang di-kasehi raja; itu tiada berani orang berkata akan dia. Maka Hang Jebat pun dudok makan minum dengan tepok tari-nya.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini Hang Jebat melakukan zina bermula dengan dayang-dayang, biduan raja dan seterusnya gundek raja apabila setiap kali melakukan tidak ada orang yang berani menegurnya. Dia terus melakukan kejahatan memenuhi keinginannya mengikut peluang yang ada.

Hang Jebat melakukan kejahatan untuk dirinya sendiri kerana tidak pernah sekali pun dia ada meluahkan isi hatinya kepada sesiapa untuk membela apa yang telah berlaku kepada Hang Tuah. Ini memunkinkan kebenaran andaian bahawa Hang Jebat melakukan zina kerana peluang untuk melakukannya terbuka dengan ketiadaan Hang Tuah.

43

“Maka oleh Hang Lekir sireh masak dan telepa berisi bau2an itu pun di-persembahkan-nya pada Bendahara. Maka Bendahara pun terlalu amarah akan Hang Jebat, seraya berkata,”Di-lihat-nya bapa-nya Laksamana tiada, itu-lah maka ia berani melakukan diri-nya demikian itu!”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini, Hang Jebat menerima pemberian daripada perempuan istana yang berupa sireh masak dan telepa bau-bauan sebelum melakukan hubungan sulit. Kelakuan Hang Jebat menggoda perempuan istana dapat dikesan oleh sahabat- sahabatnya. Apabila Hang Lekir memberitahu kepada Bendahara, Bendahara sangat marah dan menganggap semua ini berlaku kerana ketiadaan orang yang berani menegurnya. Kalau benar Hang Jebat hendak membela Hang Tuah kenapa mesti melakukan zina dengan ramai perempuan, bukan itu bertentangan dengan etika seorang pahlawan.

Melakukan zina bukan sifat seorang pendekar, kerana ia melanggar ajaran Islam. Hang Tuah tidak melakukan zina, malahan semasa dalam persembunyian di Hulu Melaka beliau meneruskan menuntut ilmu tasawuf di bawah bimbingan Syeikh Mansor. Hang Jebat juga sangat teruja untuk menerima gelaran Paduka Raja dari raja. Ini menunjukkan dia tamakkan pangkat dan kemasyuran sehingga dia tidak mendengar nasihat Hang Tuah supaya tidak menerima gelaran itu.

Dia tidak menghurmati Bendahara, kalau pun benar dia hendak menderhaka kepada raja, sepatutnya dia masih menghurmati Bendahara. Kalau benar dia menderhaka untuk membela Hang Tuah, dia tak perlukan gelaran itu. Memang Hang Jebat ada berkata kepada Hang Kasturi, dia melakukan penderhakaan itu kerana untuk membela darah Hang Tuah. Menurut ilmu kependekaran, apa yang dibuatnya itu, juga derhaka kepada Allah dengan melakukan dosa zina dan pembunuhan orang yang tidak berdosa sedangkan orang yang membuat fitnah tidak pergi dicarinya. Hang Jebat sedar tiada siapa pun yang dapat membunuhnya selain Hang Tuah, dan Hang Tuah telah tiada.

“Ada pun nama laki2 yang berani itu tiada demikian, sa-hingga mati sudah-lah; tetapi Si-Jebat tiada mati di-dalam istana ini, 44

tiada dapat barang2 hulubalang membunoh Si-Jebat ini. Tetapi Si-Jebat tiada menyesal pada barang pekerjaannya,”seraya tersenyum, kata-nya,”Sa-hingga luput nyawa sudah-lah Si-Jebat, tetapi, akan kata orang yang tahu, jika berhimpun segala ra’yat dalam negeri itu pun di-titahkan membunoh Si-Jebat, tiada aku mati. Akan sekarang Laksamana tiada-lah dalam dunia ini: betapa aku mati?” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dialog dalam petikan ini berlaku di istana antara Hang Jebat dengan Hang Kasturi sewaktu Hang Kasturi datang untuk membunuh Hang Jebat. Dari kata-kata Hang Jebat jelas menggambarkan Hang Kasturi tidak mengetahui Hang Jebat mempunyai ilmu kebatinan yang begitu hebat, jelaslah Hang Tuah yang mengajarnya. Hang Jebat sedar tiada siapa pun yang dapat membunuhnya, melainkan Hang Tuah, gurunya. Sebab itu, Hang Jebat berani berbuat sesuka hatinya di istana dengan alasan untuk membela Hang Tuah.

Tidak hairanlah Hang Tuah terlalu marah apabila mengetahui Hang Jebat telah menyalah gunakan ilmu yang dituntut darinya.Apa yang dilakukan oleh Hang Jebat seolah-olah dia menderhaka untuk kepuasan peribadi dengan membelakangkan ajaran Islam dan masa depan kerajaan Melaka. Sepatutnya, apabila bertemu Hang Tuah semula, dia menghentikan keganasannya, kerana orang yang hendak dibelanya masih hidup, dan dia sedia menerima hukuman dari Hang Tuah.

Tetapi ini tidak berlaku, malahan dia berusaha untuk membunuh Hang Tuah dan meneruskan niatnya untuk melakukan dosa dengan membunuh rakyat Melaka seramai mungkin supaya masyur namanya di kemudian hari.

“Akan sekarang engkau hendak membunoh orang yang tiada berdosa pula berpuloh2 ribu itu; benar-kah bicara-mu itu? Maka kata Hang Jebat,”Apa-tah daya-ku? Sakalian itu dengan kehendak-nya juga; tiada kuasa-ku perbuat itu, supaya nama-ku mashor pada segala negeri.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Percakapan dalam petikan di atas adalah antara Hang Jebat dengan Hang Tuah apabila Hang Tuah pulang ke Melaka untuk membunuh Hang Jebat atas perintah raja. Hang 45

Jebat tahu ajalnya sudah sampai tetapi dia beeertekat akan membunoh rakyat sebanyak mungkin sebelum mati supaya namanya masyur dikemudian hari. Dalam perancangan Hang Jebat untuk menuntut bela atas kematian Hang Tuah, tidak ada langsung perancangan untuk membina masa depan negeri dan rakyat Melaka.Ini amat berbeza dengan penderhakaan Megat Seri Rama terhadap sultan Johor.

Megat Seri Rama mengetahui bahawa rakyat lebih suka kepada Bendahara daripada Sultan Mahmud. Megat Seri Rama memberitahu Bendahara bahawa dia hendak menderhaka terhadap Sultan Mahmud dan kalau Bendahara ingin mengambil takhta kerajaan negeri Johor ketika itulah masanya. Bendahara merancang pembunuhan Panglima Setia Wangsa, pengawal peribadi Sultan Mahmud. Setelah Sultan Mahmud mangkat, takhta kerajaan Johor telah jatuh kepada Bendahara. Bendahara telah menjadi raja Johor dan memerintah dengan jayanya.

Dalam kisah rampasan kuasa Raja Kasim terhadap Raja Rekan, perancangan dibuat oleh Maulana Jalaluddin dan Seri Nara Diraja dengan tersusun sekali. Mereka telah menipu Bendahara sehingga pengikut Bendahara telah menyokong Raja Kasim. Rampasan kuasa berlaku dengan mudah dan Raja Kasim memerintah Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Dalam dua kes penderhakaan terhadap raja di atas, mereka membunuh raja dan terus mengambil alih takhta kerajaan tanpa melakukan sebarang aktiviti untuk memuaskan nafsu atau mendapatkan nama untuk diri sendiri.

Dalam peristiwa rampasan kuasa tersebut, kebajikan rakyat dijaga untuk mengurangkan banyak kehilangan nyawa. Penderhakaan Hang Jebat tidak terancang, lebih kepada membalas dendam dan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu sendiri serta mendapatkan pangkat serta nama supaya menjadi terkenal dengan mengorbankan ramai rakyat yang tidak berdosa. Penderhakaan Hang Tuah dan Bendahara terhadap raja Melaka amat terancang dan telah berjaya menyedarkan raja akan kesilapan baginda.

Kerajaan Melaka terus berkembang maju dengan khidmat yang terus dicurahkan oleh Hang Tuah terhadap raja Melaka. Hang Tuah tidak pernah mengambil peluang untuk kepentingan diri sendiri dan sentiasa mengikut ajaran 46

Islam. Hang Jebat melakukan penderhakaan secara tidak terancang dan bertujuan untuk membalas dendam sambil memuaskan nafsu sendiri tanpa menghargai nyawa orang yang tidak bersalah serta membelakangkan ajaran Islam.

Dari segi ilmu kebatinan Hang Tuah sentiasa menjaga, amalannya sedangkan Hang Jebat melakukan dosa, sudah tentulah ilmunya kurang menjadi. Sebab itu dia akan kalah bila berhadapan dengan Hang Tuah. Di samping beramal Hang Tuah mendapat berkat dari gurunya Syeikh Mansor selain dari ilmunya yang memang banyak.

Walau apa pun andaian yang hendak dibuat tentang persoalan penderhakaan Hang Jebat terhadap raja, seperti yang terakam di dalam Hikayat Hang Tuah, kita hendaklah menghayati epik ini dengan teliti dengan mengambil kira adat istiadat pahlawan Melayu, kerana Hang Tuah dan Hang Jebat adalah dua orang pahlawan Melayu yang sama hebat.

Maka kata orang banyak itu,”Marilah kita melihat temasha Laksamana bertikam dengan Si-Jebat itu. Sa-kali ini, baharu lah Si-Jebat beroleh lawan, sama berani dan sama tahu, kerana Laksamana pun banyak tahu-nya.” Maka kata seorang pula, “Si-Jebat pun banyak tahu maka ia tiada dapat di-lawan orang.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan, barang-barang orang, di- bawah Hang Tuah dialah yang terbilang.

(Sulalatus Salatin 1966)

Dua petikan di atas menggambarkan kehandalan Hang Tuah dan Hang Jebat. Kedua-duanya sama-sama handal, sama ada Hang Tuah atau Hang Jebat, tidak ada siapa yang dapat mengalahkan mereka. Dalam menilai tindakan Hang Tuah menikam Hang Jebat, kita mestilah juga ingat, golongan pahlawan telah diasuh dan dilatih dengan semangat patriotisma yang tinggi terhadap raja,bangsa dan negara.

Dalam menuntut ilmu kependekaran terutamanya ilmu kebatinan, seorang penuntut itu tidak boleh derhaka terhadap gurunya. Malahan murid akan sentiasa mengharapkan 47

gurunya sentiasa mendoakan agar segala ilmu yang dituntut dari gurunya menjadi atau berkesan. Barulah dikatakan segala ilmu yang dituntut telah mendapat ‘berkat guru’. Kalau sudah mendapat berkat guru, baharulah ilmu yang dituntut tadi, mendatangkan berkat kepada pengamalnya.

“Maka sembah Laksamana,”Ya tuanku, hamba-mu pohonkan satu alamat daripada tuanku tanda menjadi hamba ka-bawah kadam tuanku.” Maka Sheikh Mansor itu pun mengambil mastulnya yang burok itu lalu diberikan pada Laksamana. Maka kata sheikh, “Ya anak ku Laksamana ada pun mastul-ku ini jika engkau hendak berperang pakai oleh mu.” Maka Laksamana pun tererlalu sukacita kerana beroleh mastul itu. Maka hari pun sianglah.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini menunjukkan Hang Tuah sentiasa mengamalkan sifat memohon doa restu dari gurunya, apabila hendak berbuat sesuatu walaupun dia sudah mempunyai ilmu yang tinggi yang dipelajari daripada guru-gurunya yang terdahulu. Hang Tuah sebagai orang yang telah lama berkecimpung dalam bidang ilmu kebatinan memahami inilah rahsia kejayaan sesuatu ilmu, restu dari guru atau berkat guru. Ilmu yang tidak berkat, akan sentiasa mendatangkan kesusahan kepada pengamalnya. Malahan ada ilmu yang boleh dicabut semula oleh guru, sekiranya murid itu derhaka terhadap gurunya. Istilah yang digunakan dalam hal ini ialah proses ‘cabut ilmu’. (Temubual Anuar Abd. Wahab 3.6.2004).

Seseorang murid yang telah dicabut ilmunya, tidak akan mendapat kesan yang luar biasa lagi kalau terus mengamalkan ilmu tersebut. Contohnya, kalau sebelumnya dia seorang yang kebal, setelah dicabut ilmunya, dia tidak lagi mempunyai sifat kebal. Dalam hubungan dengan raja, seorang pendekar percaya raja mempunyai daulat. Kalau seorang pendekar, menderhaka kepada raja, dia ditakuti akan kena ‘daulat’ raja. Dalam peperangan sekali pun, jika seseorang raja ditawan, dia masih lagi dihurmati oleh panglima perang sebagai seorang raja.

“Adapun Maharaja Dewa Sura ditangkap oleh Seri Bija Diraja tiada dipasungnya, dan tiada diikatnya, ditaruhnya seperti adat raja juga. Setelah datang kepada Bendahara Paduka Raja 48

demikian juga, ditaruhnya seperti adat raja juga.”

(Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini menggambarkan bagaimana layanan terhadap raja yang telah manjadi tawanan perang. Panglima perang Melaka, Seri Bija Diraja tetap menghurmati Maharaja Dewa Sura walaupun baginda sudah menjadi tawanan perang. Semasa Seri Bija Diraja dari Melaka menangkap raja Indera Pura iaitu Maharaja Dewa Sura, Seri Bija Diraja amat menghurmati raja tersebut dengan tidak mengikat atau memasung seperti tawanan perang yang lain. Bendahara Paduka Raja juga tidak, mengikat Maharaja Dewa Sura apabila diserahkan kepadanya.

Pada tahun 1950an, seorang pemuda dari Lenggeng, telah pengsan apabila melintas di hadapan Tengku Menawir, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, sewaktu diadakan satu keramaian di Seremban, Negeri Sembilan. Memet dianggap oleh orang ramai telah terkena daulat raja, kerana melintas dihadapan tuanku tanpa meminta izin.(Temubual Bedah Bt. Chapek 14.2.1994) Ini adalah akibat tidak menghurmati raja dan kesannya menjadi pengsan terkena daulat raja.

Akhirnya, marilah kita tinjau kerasionalan kenapa Hang Tuah tidak dapat memaafkan Hang Jebat atas sebab menderhaka kepada raja dari sudut pandangan ilmu kebatinan. Penilaian penganut fahaman realisma sosialis seperti yang digambarkan sebelum ini, hanya berdasarkan alam fizikal sedangkan pendekar Melayu hidup dalam dua alam iaitu alam fizikal dan alam spiritual atau alam ilmu kebatinan. Segala tindak tanduk bergantung juga kepada amalan ilmu kebatinan atau permasalahan Metafizik dan jangan hanya bergantung kepada Falsafah Etika, seperti yang dilakukan oleh pengkritik-pengkritik yang menganut fahaman realisma sosialis.

Hang Tuah menuntut ilmu seni silat dari Sang Adi Putera ketika berumur sepuluh tahun dan memperdalami ilmu kebatinan dari Sang Persanta Nala di Pulau Jawa ketika berumur dua puluh tiga tahun. Dari Sang Persanta Nala dia memperdalami ilmu penjurit dan ilmu hulubalang atau ilmu dunia sesuai dengan hasratnya untuk menjadi pahlawan atau hulubalang.

49

“Maka kata Sang Persanta Nala,”Ada pun ilmu penjurit dan ilmu hulubalang habis-lah sudah; yang ada kapada-ku ini hanya-lah ilmu orang bertapa dan kesaktian juga. Dalam pada itu pun lamun anak-ku berkehendak akan dia, ku-beri juga.Maka sembah Laksamana,”Ya tuanku, yang kurnia tuanku itu hamba-mu junjong di-atas kepala hamba-mu, tetapi pada zaman ini tiada hamba menanggong ilmu kesaktian itu; pada ajar2 juga, kerana hamba ini hendak menjadi hulubalang juga.” (Kassim Ahmad (pnyt.) 1996)

Petikan di atas menerangkan perbezaan antara ilmu penjurit dan ilmu hulubalang dengan ilmu kesaktian. Hang Tuah menolak untuk mempelajari ilmu kesaktian daripada gurunya Sang Persanta Nala, sebaliknya mempelajari ilmu tasawuf daripada Syeikh Mansor apabila telah meninggalkan tugas sebagai pahlawan atau hulubalang.

“Ada pun di atas Bukit Jugra itu-lah di-perbuat-nya dukuh tempat berkhalwat. Maka Laksamana pun dudok-lah di-bukit itu dua orang dengan guru-nya. Ada pun guru Laksamana itu orang peranakan Gujerat; maka ia pergi Haji. Turun dari Haji maka lalu ia ke-bandar Acheh, maka datang ia ka-Melaka; maka ia pun bermuridkan Laksamana. Di-Bukit Jugara, Laksamana mengerjakan amal Allah siang malam, terlalu keras tiada-lah lagi Laksamana ingatkan pekerjaan dunia, melainkan shuhud-nya pada Allah Taala sa-mata2.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan di atas, menerangkan perjalanan ilmu kebatinan Hang Tuah, apabila sudah tua dan meninggalkan tugas keduniaan, Hang Tuah menghabiskan usia tuanya beramal ilmu sufi di Tanjung Jugera bersama gurunya yang berasal dari Gujerat, India. Ilmu yang diamalkan ini adalah ilmu sufi untuk menyediakan bekalan alam akhirat, dan sudah tentulah dari ajaran Islam sepenuhnya. Kemunkinan Hang Tuah menolak ilmu kesaktian daripada guru ilmu kebatinannya, Sang Persanta Nala dari tanah Jawa, ialah ilmu itu mengandungi unsur ilmu kejawen, yang pesat berkembang di Majapahit ketika itu. Hang Tuah memilih ilmu tasawuf untuk bekalan di alam akhiratnya. “Maka kata Laksamana,”Hai Si-Jebat, apa-tah daya-ku, kerana aku di-titahkan raja membuangkan engkau. Dalam pada itu pun, jika engkau berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga ku pohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu 50

ini bukan-lah sahabat lagi pada-ku, penaka saudara-ku-lah. Sukar aku berkata.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan Hang Tuah boleh membantu Hang Jebat untuk menyelamatkan Hang Jebat dari di hukum bunoh, kerana Hang Tuah sangat sayangkan Hang Jebat sebagai saudaranya sendiri. Tetapi kesilapan Hang Jebat menderhaka dan menyalah gunakan ilmu kebatinannya, adalah melanggar adat istiadat ilmu kependekaran Melayu dan mesti dibunuh, kalau tidak ia akan membahayakan negara. Hang Tuah mengorbankan perasaan peribadinya, demi sebuah kerajaan Melayu yang dibinanya.

Dari segi ilmu kebatinan, Hang Jebat banyak belajar dari Hang Tuah, kerana Hang Tuah suka menuntut ilmu dari ramai guru dan mampu memahami dan mengamalkan ilmu yang tidak mampu dibawa oleh orang lain.

“Maka kata Sang Persanya Nala,”Ada pun kehendak hati anak-ku semua-nya habis ku -ketahui; tetapi kelima-nya pun ku-ajarkan. Tetapi dalam anak-ku kelima ini, yang lebih hanya-lah Laksamana, kerana sudah bahagian Laksamana sa-orang. Ada pun yang lain tiada dapat menurut dia; tetapi yang ku-ajarkan ini sama juga.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan, Hang Jebat tidak mampu menerima ilmu kebatinan yang tinggi daripada Sang Persanta Nala, yang mampu menerima ilmu tersebut hanyalah Hang Tuah. Tetapi Hang Jebat mampu memiliki ilmu tersebut yang tidak ada pada Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Jadi daripada siapa Hang Jebat menerima ilmu tersebut kalau bukan dari Hang Tuah. Kerana melanggar sumpahlah, Hang Tuah terpaksa membunuh Hang Jebat.

Kesalahan derhaka ialah yang tersurat, tetapi kesalahan yang tersirat ialah menyalah gunakan ilmu kebatinan, kerana tanpa ilmu kebatinan, mungkin Hang Jebat tidak berani untuk menderhaka, kerana ia akan mudah dibunuh oleh panglima raja yang lebih ramai. Penderhakaan bersenjata terhadap raja adalah satu perlanggaran sumpah ilmu kependekaran, yang sepatutnya menumpahkan taat setia kepada raja. 51

Bagi Hang Tuah, orang berilmu yang tidak patuh kepada sumpah adalah sangat bahaya dan tidak boleh dipercayai.

“Maka kata Laksamana, “Si-Jebat orang yang tiada tegoh setia-nya! Sunggoh-lah kamu orang yang hina. Mana-tah kata-mu tiada menyesal dan berani mati?” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Sebab itu Hang Tuah terpaksa membunuh Hang Jebat. Hang Jebat pernah berkata kepada Hang Kasturi, bagi orang yang tahu, mereka akan nampak tidak ada siapa yang boleh mengalahkan Hang Jebat melainkan Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah menikam Hang Jebat hanya sekali.

Maka sembah Bentara,”Daulat tuanku, jangankan pergi ka-rumah Laksamana itu tiada patek pergi; jika di-titahkan membuang Si-Jebat sa-kali pun patek pergi, tetapi tikam Laksamana tikam membunoh, kerana Laksamana menikam tiada pernah dua kali. Jika patek bertemu dengan Si-Jebat itu patek lari, kerana ada pesan patek itu Laksamana.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan Hang Tuah tahu akan rahsia kelemahan atau sumpah ilmu kebatinan Hang Jebat. Jadi andaian Hang Jebat menuntut ilmu kebatinan dari Hang Tuah adalah berasas. Apa yang dinyatakan dalam petikan ini adalah syarat ilmu kebatinan yang perlu dipatuhi oleh Hang Tuah kalau hendak membunuh Hang Jebat. Hang Tuah ada berpesan pada Hang Kasturi, selepas Hang Jebat di tikam sekali jangan hampiri lagi dia. Selepas menikam Hang Jebat sekali, Hang Tuah terus berjalan tanpa menoleh kebelakang, walaupun Hang Jebat menikam Hang Tuah dari belakang, Hang Tuah tidak mengendahkannya, dan tikaman itu mengenai belakang Hang Tuah tetapi tidak lut.

Selepas Hang Tuah menikam Hang Jebat sekali Hang Tuah balik ke rumah dan berkhalwat selama tiga hari. Dalam masa tiga hari itu, Hang Jebat mengamok membunuh berpuluh ribu rakyat jelata yang tidak bersalah. Hang Tuah tidak pergi membunuh Hang Jebat selepas menikam sekali, kerana itulah syarat ilmu kebatinannya. Sebagai guru kepada Hang Jebat tentulah Hang Tuah kecewa kerana Hang Jebat tidak mengikut katanya dan sebagai ahli sufi, Hang Tuah mendapati Hang 52

Jebat telah banyak melanggar pantang ilmu kebatinannya dengan melakukan dosa zina dan membunuh. Atas sebab-sebab ini dan keselamatan negeri Melaka Hang Tuah terpaksa membunuh Hang Jebat.

Kalau kita amat-amati, pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat adalah masalah peribadi antara guru dengan murid yang tidak mematuhi syarat adat istiadat menuntut ilmu iaitu taat setia. Dalam istilah ilmu kebatinan Hang Jebat telah ‘salah bawa ilmu’ atau gila isim. Orang yang gila isim akan menlakukan ‘amok’. Amok hanya berlaku pada bangsa Melayu sahaja sebab itu istilah ‘amok’ dalam kamus dunia menggunakan bahasa Melayu.

Tindakan Hang Jebat tidak boleh dianggap sebagai melambangkan budaya orang Melayu seperti yang didakwa oleh Muhammad Haji Salleh. Orang Melayu mempunyai perasaan yang halus dan tidak kurang ajar apa lagi kepada raja. Kalau hendak membantah pun akan dilakukan secara berhemah, seperti yang selalu dilakukan oleh Hang Tuah. Menentang pihak yang berkuasa untuk menuntut keadilan secara revolusioner seperti yang dilakukan oleh Hang Jebat adalah kurang bijak.

Hang Jebat melakukan bersendirian tanpa perancangan, sukar untuk mendapat kejayaan. Pengamok bertindak agresif untuk meluahkan perasaan marahnya tetapi akhirnya dia akan mati, kerana menentang pihak yang ramai dan berkuasa. Kebijaksanaan Bendahara menyembunyikan Hang Tuah, menewaskan Hang Jebat. Penentangan kezaliman dan ketidakadilan raja secara berhemah dan terancang seperti yang dilakukan oleh Bendahara dan Hang Tuah telah mendapat kejayaan. Di sini kebijaksanaan mengambil peranan yang sangat penting, rasional mengatasi emosional.

Dalam apa tindakan pun, kita mestilah jangan membelakangkan ajaran Islam. Cara Hang Jebat menderhaka tidak mengikut ajaran Islam. Memuaskan nafsu dengan melakukan zina dan membunuh dayang-dayang adalah satu perbuatan yang sadis yang bertentangan dengan ajaran Islam. Membunuh orang ramai yang tidak berdosa hanya untuk melepaskan geram dan mendapat kemasyuran nama, adalah di laknat oleh Allah.

53

Maka Hang Jebat pun menghunus keris-nya, maka di-tikam-nya perempuan isi istana yang tujoh ratus itu, sa-orang pun tiada tinggal. Maka darah pun saperti hujan yang lebat turun ka-bawah istana. Maka Laksamana pun berseru2 kata-nya,”Hai Si-Jebat pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alang-kah dosa-nya.?” Maka sahut Hang Jebat,”Ini-lah pekerjaan yang sempurna. Sa-pala2 jahat jangan kepalang, saperti pantun Melayu, rosak bawang di-timpa jambak-nya.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan Hang Jebat terus melakukan kezaliman dengan membunuh dayang istana dan tidak langsung terniat untuk memberhentikan penderhakaan itu walaupun orang yang hendak dibelanya, iaitu Hang Tuah masih hidup. Malahan Hang Jebat bertekat untuk meneruskan melakukan dosa kerana pegangannya alang-alang berbuat jahat, biarlah buat bersungguh-sungguh, seperti kata pantun Melayu rosak bawang di-timpa jambak-nya.

Hang Tuah pernah mengingatkan Hang Jebat, sebagai pahlawan, segala tindakan mestilah difikirkan masak-masak supaya mati dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat dan perbuatan membunuh orang yang tidak berdosa akan memasukkan diri ke dalam neraka. Sesungguhnya, Hang Tuah melambangkan sifat-sifat pendekar Melayu yang berpandukan ajaran Islam.

Bagi orang yang berilmu, akan sentiasa memelihara hubungan dengan kuasa ghaib(Allah), agar ilmu kebatinannya memberi kesan. Perbuatan Hang Jebat yang menentang pemerintah secara revolusioner yang boleh meruntuhkan kerajaan Melayu Melaka adalah satu perbuatan yang tidak patriotik dan sebagai pemimpin, Hang Jebat adalah pemimpin yang emosional dan berfikiran pendek, tidak memandang jauh ke depan. Hang Tuah memiliki sifat berpandangan jauh, sebab itulah sebagai wira Melayu yang unggul dia tidak mati dan terus berkhidmat kepada raja Melaka, yang berjaya memperkenalkan negeri Melaka ke arena antarabangsa sepereti Cina, India, Turki, Arab Saudi dan Rom.

Kalau kita perhatikan sinario politik di negara kita, ada pemimpin yang dipecat oleh kerajaan, akan mengundurkan diri dari arena politik buat sementara waktu dan masih memberikan taat setia kepada kerajaan. Bila keadaan sesuai, dia akan bergiat semula 54

dalam politik dan akhirnya diterima semula oleh kerajaan. Ini adalah cara Hang Tuah. Ada orang, apabila dipecat oleh kerajaan, terus masuk parti pembangkang dan menentang kerajaan secara habis-habisan, seperti harimau luka. Tidak ada langsung sifat taat setia kepada kerajaan. Ia lebih suka kerajaan itu ditumbangkan dan diganti dengan kerajaan baru. Ini adalah trend fahaman Hang Jebat.

Walaubagaimana pun, pendekar Melayu di Malaysia, masih mengamalkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan pemerintah. Ini tergambar dalam insiden apabila ada pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, pengerusi Persekutuan Silat Kebangsaan mengingatkan pihak terbabit, pendekar-pendekar silat di seluruh negara akan bertindak kalau raja disentuh. Jadi, sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan pemerintah masih lagi diamalkan oleh pendekar silat pada hari ini dan masih lagi sesuai untuk diamalkan oleh orang ramai.

Sebagai kesimpulannya, sifat taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap raja atau pemerintah seperti yang diamalkan oleh golongan pendekar Melayu adalah masih relevan hingga ke hari ini, tidak kira apa jenis sistem politik yang diamalkan sama ada sistem feudal, sistem demokrasi, sistem sosialis, sistem kominis atau pun sistem Islam. Sifat yang revolusioner dan memusnahkan tetapi bukan menambahbaikkan, akan memusnahkan sesuatu kerajaan.

2.4 ISTIADAT PENURUNAN ILMU

Istiadat penurunan ilmu adalah satu budaya dalam kalangan pengamal ilmu persilatan di mana guru silat selaku pembawa tradisi yang aktif (active carriers of tradition) akan mengajarkan ilmu seni silat kepada pewaris ilmu tersebut iaitu anak murid yang datang belajar silat kepadanya. (Mohd. Taib Osman 1976).

Ada ramai orang yang akan datang belajar silat kepadanya, tetapi untuk rahsia- rahsia ilmu silat peringkat tinggi beliau akan memilih beberapa orang yang taat dan setia serta berdisiplin tinggi untuk diwariskan ilmu tersebut. Biasanya, ilmu silat 55

peringkat tinggi ini akan diturunkan kepada ahli keluarga terdekat seperti anak atau yang ada hubungan kekeluargaan. Namun, sekiranya tidak ada dalam kalangan ahli keluarga yang layak mengamalkan ilmu tersebut, dia akan memilih di kalangan anak muridnya yang mampu membawa ilmu tersebut sebagai pewaris.

“Orang tua-tua di-Minangkabau belum akan mengajak anak asuh ke gelanggang atau sasaran silat sebelum anak sasian mempunyai pandangan yang dalam dan tajam serta tidak akan menurunkan kepandaian/ilmu yang dikatakan “nan sapinjik”(ilmu peringkat tinggi). Pandangan yang tajam mengandungi unsur-unsur kesabaran, ketabahan atau kemampuan mengendalikan diri di samping memiliki kecerdasan.” (Mid Jamal 1986)

Guru silat akan mengajarkan silat kepada individu yang mempunyai kualiti tertentu supaya ilmu peringkat tinggi yang akan diajarkan tidak disalah gunakan yang boleh mengganggu ketenteraman masyarakat. Kualiti yang diperlukan seperti kesabaran, ketabahan dan kecerdasan otak untuk menerima ilmu. Sebagai contohnya, Hang Tuah lima bersaudara belajar silat dari Sang Persata Nala, tetapi Hang Tuah sahaja yang mampu memahami dan dapat mengamalkan ilmu peringkat tinggi dan kepada Hang Tuahlah Sang Persata Nala mewariskan ilmu tersebut.

“Maka kata Sang Persanta Nala,”Tetapi dalam anak-ku kelima ini, yang lebeh hanya-lah Laksamana, kerana sudah bahagian Laksamana seorang. Ada pun yang lain tiada dapat menurut dia; tetapi yang ku ajarkan ini sama juga.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Maksud petikan ini, kelima-lima mereka diajarkan benda yang sama tetapi hanya Hang Tuah yang mampu memahami dan mangamalkan ilmu tersebut, ini bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang. Perkara ini juga dinyatakan oleh Mid. Jamal(1986) dalam bukunya Filsafat dan Silsilah: Aliran-aliran Silat Minangkabau.

56

“Pada kenyataannya, ilmu kebatinan itu tidak dapat diterima oleh setiap atau sebarang orang, kerana tergantung pada tingkat kecerdasan serta keyakinan peribadi masing-masing.” (Mid Jamal 1986)

Petikan ini menyatakan bukan semua orang boleh menerima ilmu kebatinan, hanya orang yang mempunyai tingkat kecerdasan dan keyakinan peribadi yang tinggi sahaja yang boleh menerima ilmu tersebut. Sebagai contohnya, di antara Hang Tuah lima bersaudara, hanya Hang Tuah yang mampu menerima ilmu kebatinan peringkat tinggi daripada Sang Persanta Nala, yang lain itu tidak memiliki kemampuan yang diperlukan, walaupun guru yang mengajar dan ilmu yang diajarkan itu sama.

Dalam pengajaran ilmu pula, bagi seorang guru, ada ilmu yang dipelajarinya tidak boleh diajarkan kepada orang lain. Ilmu tersebut dipelajari hanya untuk kegunaan guru itu sahaja. Sekiranya diajarkan kepada orang lain, keberkesanan ilmu tersebut akan berkurang. Maknanya, ada orang lain nanti yang dapat mengatasinya. Semasa Hang Tuah berguru dengan Sang Persata Nala, Hang Tuah bersumpah tidak akan mengajarkan ilmu peringkat tinggi ( ilmu nan sapinjik) yang diajarkan kepadanya, walau pun kepada raja sekali pun. Di sini kita lihat Hang Tuah bukanlah seorang yang taat setia secara membuta tuli, seperti yang didakwa oleh Khalid Taib.

“Kata Sang Persanta Nala.”Ada pun ilmu yang ku-ajarkan kapada-mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anak-mu pun sa-kali jangan kau ajarkan. Jikalau di-ajarkan, neschaya datang-lah kebinasaan di-atas diri-mu.” (Hikayat Hang Tuah 1971

Dalam petikan ini kita difahamkan sekiranya ilmu yang dipelajari itu diajarkan kepada orang lain termasuklah juga anak sendiri, akan mendatangkan kebinasaan kepada pengamalnya iaitu Hang Tuah. Dan Hang Tuah amat patuh tentang disiplin ini. Katanya, walaupun raja Melaka sekali pun ingin belajar dengannya, dia tidak akan mengajarkannya.Proses penurunan ilmu ini atau ‘Peturun Buah’ dilakukan dengan adat istiadat tertentu yang dilakukan oleh guru itu sendiri. Kita tidak boleh menerima ilmu tersebut dengan membaca buku tanpa belajar ilmu tersebut secara lisan dari pemilik ilmu. “Dalam Kitab Mat Kilau ada memberi peringatan supaya sesiapa yang ingin mengamalkan salah satu dari doa yang terdapat dalam 57

kitab tersebut, supaya datang berjumpa pewaris kitab tersebut iaitu Ustaz Wan Halim bin Wan Hassan. Beliau merupakan pewaris ilmu tersebut.”

(Kitab Mat Kilau 1970)

Petikan di atas merupakan arahan dari kitab tersebut yang memberitahu kepada sesiapa dari kalangan pembaca yang ingin mengamalkan doa tertentu dari kitab tersebut mestilah berjumpa dan berguru dengan pewaris kitab iaitu Ustaz Wan Halim bin Wan Hassan. Mewariskan ilmu kepada jenerasi seterusnya, merupakan tanggung jawab sosial guru-guru silat sebagai sumbangan mereka untuk menjaga bangsa, negara dan agama. Guru silat sejak dari zaman dahulu, mengajarkan silat sebagai satu kewajipan dan sedekah. (Temubual Zubir Ali 25.3.2003).

Oleh sebab ia bukan bersifat materialistik untuk mendapatkan kekayaan kewangan, tetapi atas dasar tanggung jawab kepada agama dan dianggap sebagai kerja sunat dengan ganjaran pahala, maka ilmu kependekaran Melayu terus berkembang dari jenerasi ke jenerasi hingga ke hari ini.Kepada siapakah ilmu kependekaran Melayu diwariskan? Mengikut falsafah bangsa Melayu, ilmu kependekaran Melayu berfungsi sebagai ilmu perang yang bertanggung jawab menjaga bangsa Melayu, hanya diajarkan kepada orang Melayu sahaja. Mengajarkan ilmu kependekaran Melayu kepada bangsa lain, samalah seperti memberi senjata kepada musuh.

“To open up the discipline to non-Malays is seen by many to be equivalent to ‘training the enemy’.The secrecy in all art forms dealing with weaponry ensures group safety and to teach non Malays about combat and weaponry would be like placing the into the hands of the enemy.(seolah-olah memberikan senjata ke tangan musuh). Another reason related to the secrecy is that some of the rituals are integrated with Iskamic prayers and that only a Muslim can sincerely commit himself to learning them.” (Razha Rashid 1990)

Menurut petikan ini, ilmu kependekaran Melayu tidak diajarkan kepada bangsa asing kerana mengajarkan ilmu ini kepada bangsa asing samalah seperti melatih musuh dan sebab kedua unsur-unsur agama Islam yang terdapat dalam ilmu 58

kependekaran Melayu tidak akan dapat dihayati oleh orang bukan Islam. Ini bermaksud kalau ilmu kependekaran Melayu diajarkan kepada bangsa lain, ditakuti nanti ilmu itu akan digunakan oleh bangsa lain untuk menentang orang Melayu seperti kata pepatah Melayu ‘senjata makan tuan’.

Sebab yang lain kenapa ilmu kependekaran Melayu tidak diajarkan kepada bangsa lain ialah kerana ilmu kebatinannya adalah mengikut ajaran Islam, jadi amat merumitkan kepada orang yang bukan menganut ajaran Islam untuk mengikut syarat- syarat pengamalan ilmu persilatan. Menurut Ahmad Rejab, Guru Tua Seni Silat Sepelet dari Kangar, Perlis, seni tomoi Siam itu asalnya diciptakan oleh seorang guru silat yang melarikan diri ke Bangkok kerana melakukan kesalahan jenayah di Kedah. Apabila orang Thai meminta dia mengajarkan silat, dia telah mengubah sukatan pelajaran silat dan hanya mengajarkan teknik mudah untuk tujuan kesukanan dengan menyembunyikan teknik kuncian dan lapis dalam buah pukul, maka jadilah permainan tomoi seperti yang ada sekarang. Ini bersesuaian dengan larangan mengajarkan ilmu kependekaran kepada bangsa lain. (Temubual Ahmad Rejab 26.8.1997).

Dalam bangsa Melayu sendiri ada banyak etnik seperti Jawa, Melayu, Bugis, Minangkabau, Banjar dan lain-lain. Di antara etnik-etnik ini pun ada sekatan dalam pengajaran silat. Misalnya, silat Jawa hanya di ajarkan kepada orang Jawa sahaja. Perkara ini ada disebutkan dalam Hikayat Hang Tuah, di mana Sang Persata Nala akan mengajarkan ilmu hulubalang hanya kepada orang Jawa sahaja.

“Maka kata segala ajar2 itu,”Ada pun Sang Persanta Nala itu bertapa di-gunong ini-lah, tetapi tuan hamba sakalian ini betapa? Tuan-hamba ini orang Melayu, betapa tuan hamba hendak berguru pada baginda itu? Bukan mudah orang berguru kapada baginda itu. Ada pun murid-nya anak raja2 tujoh puloh orang berhambakan diri-nya kapada baginda itu, lagi tiada di-ajar-nya. Akan tuan hamba ini Melayu, di-manakan di-ajar-nya.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan pengajaran ilmu kependekaran hanya diajarkan kepada sesama suku kaum sahaja. Tetapi, dengan berlakunya perubahan keadaan dan perhubungan yang baik dalam kalangan orang Melayu, ilmu silat diajarkan secara 59

bebas dalam kalangan etnik-etnik kaum Melayu. Malahan, Sang Persata Nala sendiri, mengajarkan ilmu hulubalang kepada Hang Tuah yang berbangsa Melayu.

Pengajaran silat merupakan sistem pendidikan yang terawal bagi orang Melayu selepas pendidikan agama. Sebab itulah nama tempat belajar silat dipanggil perguruan silat. Ilmu kependekaran Melayu dipelajari secara berguru dari seorang guru yang telah mendapat latihan dari segi zahir dan batin daripada guru-guru silat yang terdahulu. Tempat perguruan silat juga menjadi tempat penyebaran agama kerana dalam mempelajari ilmu kebatinan, mereka mengkaji ajaran dan amalan agama. Di Pulau Jawa, tempat pengajian agama Islam dikenali sebagai’pesantren’ dan pencak silat merupakan aktiviti riadah di waktu lapang bagi para pelajar. Kemahiran bersilat akan menanamkan sifat berani kepada para pelajar. (Temubual Hassan Langgalung 24.6..2000) .

Kalau kita perhatikan di negeri Cina, Jepun dan India kuil-kuil agama selain menjadi tempat pengajian agama, juga menjadi tempat mempelajari seni beladiri. Contohnya, seni beladiri Showlin diajarkan dikuil-kuil Buddha yang dikenali sebagai Showlin Temple atau kuil showlin. Ini disebabkan seni beladiri merupakan aktiviti zahir dan batin. Zahirnya ialah pergerakan jasmani dan batinnya ialah ajaran agama, kerana dalam memohon pertolongan pengamal seni beladiri akan memohon kepada kuasa ghaib dan mengamalkan falsafah-falsafah yang terdapat dalam agama. Di Malaysia, seni beladiri Silambam bagi kaum India juga diajarkan di kuil-kuil Hindu. Dari zaman tradisi, aktiviti seni beladiri memang selari dengan aktiviti keagamaan.

Di Batu Kurau, Imam Mansor, mempunyai gelanggang silat Gayung Fatani bersebelahan dengan surau di mana dia juga bertugas sebagai imam di surau tersebut. Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ada menggambarkan sistem pendidikan seorang anak raja. Bila berumur sepuluh tahun dia akan diserahkan untuk belajar membaca Al-Quran, kemudian belajar ilmu Fekah dan Tauhid, di ikuti belajar silat dan akhir sekali belajar ilmu apung dan kebal atau dipanggil ilmu dunia.

“Maka pada suatu hari, bertitah Tuanku Datuk Batin Alam kepada Awang Sulung Merah Muda,”Hai anakku, sekarang sudahlah

60

dapat mengaji kitab dan merawi, tinggallah lagi pencak dengan silat, apung dengan kebal.”

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1985)

Petikan ini menggambarkan sistem pendidikan seorang anak raja yang dimulai dengan belajar ilmu agama (mengaji kitab dan merawi), diikuti dengan mempelajari ilmu perang menggunakan senjata (pencak dengan silat) dan diakhiri dengan belajar ilmu kebatinan (apung dengan kebal) untuk kegunaan keduniaan yang dipanggil ilmu dunia. Ilmu agama dipanggil ilmu akhirat, kerana mempersiapkan diri untuk bekalan alam akhirat. Dalam ilmu dunia ini, terdapatnya unsur sinkretisma dari ajaran agama terdahulu seperti agama anamisma.

Dalam budaya menuntut ilmu kependekaran, anak murid akan pergi mencari guru dan bukan sebaliknya. Di istana-istana raja, guru silat akan dijemput datang ke istana untuk mengajar ilmu kependekaran kepada anak-anak raja dan pembesar. Segala perbelanjaan akan dibiayaai oleh raja.

“Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya, serta dititahkan baginda segala Anak Tuan-tuan berguru kepada Maharaja Dewa Sura itu akan ilmu gajah, kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai senjata, istimewa tahu akan ilmu hulubalang, maka segala anak Tuan-tuan sekalian disuruh baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi mereka itu.” (Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini menggambarkan Sultan Mansur Syah sangat mengambil beral tentang ilmu perang. Guru-guru yang mahir tentang ilmu gajah dan kuda serta ilmu bermain senjata dijemput tinggal diistana dan anak raja serta anak pembesar disuruh belajar. Ini sesuai dengan konsep istana menjadi pusat perkembangan ilmu, bukan sahaja ilmu kependekaran tetapi juga ilmu sastera dan agama. Sebab itulah istana menjadi tempat penyebaran agama Islam dan sastera.

Karya Agung seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin ditulis oleh pembesar istana. Biasanya anak raja yang akan menjadi raja, ilmu kependekaran akan diajar oleh ahli keluarga diraja atau pembesar istana seperti Ayahanda raja tersebut, 61

Bendahara, Temenggong atau panglima handalan. Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Awang Sulung belajar ilmu kependekaran daripada bapanya sendiri iaitu Tengku Batin Alam. Dalam Hikayat Raja Pasai, anak raja belajar ilmu kependekaran daripada Bendahara.

“Adapun anak raja yang bernama Sultan Malikul Mahmud itu diserahkan nenekandanya baginda kepada Sayid Ali Ghiathuddin disuruhkan baginda belajar segala ilmu dan bermain senjata dan menaiki gajah dan memacu kuda. Hatta beberapa lamanya maka Sultan Malikul Mahmud pun besarlah, maka dirajakan di negeri Pasai.” (Hikayat Raja Pasai 1987)

Dalam petikan ini, Sultan Malikul Mahmud anak raja Pasai berguru ilmu perang daripada Bendahara Pasai, Sayid Ali Ghiathuddin. Bagi orang kebanyakkan mereka akan pergi mencari guru- guru silat yang biasanya merupakan orang pertapaan dan tinggal di tempat yang terpencil seperti di atas bukit atau di dalam gua. Hang Tuah pada asalnya, pergi mencari guru di Bukit Panchalusa untuk belajar ilmu kependekaran.

“Maka Hang Tuah pun berkata pada Hang Kasturi dan segala sahabat-nya,”Hai saudara-ku keempat, baik-lah, kita kelima mari kita pergi berguru. Ada sa-orang di-bukit ini; ia bertapa Aria Putera nama-nya. Ada pun kita ini pada firasat orang tua-tua akan menjadi hulubalang di-Tanah Melayu.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini, menggambarkan Hang Tuah mengajak kawan-kawannya pergi berguru ilmu kependekaran di dalam sebuah gua di Bukit Panchalisa dari seorang petapa yang bernama Aria Putera. Konsep melanjutkan pelajaran (further studies) telah wujud dalam pendidikan ilmu kependekaran. Setelah Hang Tuah tamat belajar dengan Aria Putera, guru itu berpesan pada Hang Tuah supaya melanjutkan pelajaran ilmu kependekarannya ke Tanah Jawa, kepada abang nya Sang Persata Nala, kerana abangnya lebih tinggi ilmunya.

62

“Sa-telah sudah, maka Aria Putera pun berpesan pada Hang Tuah, “Hai chuchu-ku, jika engkau pergi ke Majapahit kelak, jangan tidak engkau berguru pada saudara-ku yang bernama Sang Persata Nala itu, terlalu banyak tahu-nya daripada aku. Ia menjadi ajar2 tiada ia merasai dunia. Bermula aku pun belajar pada-nya sadikit banyak.” Maka sembah Hang Tuah,”Baik-lah tuanku.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menunjukkan Aria Putera berpesan kepada Hang Tuah supaya pergi menyambung pelajaran yang lebih tinggi kepada abangnya Sang Persanta Nala di tanah Jawa. Hang Tuah sangat rajin menuntut ilmu, di mana sahaja ia mendengar ada guru, dia akan pergi belajar. Konsep belajar sepanjang hayat atau learning to be seperti yang diperkenalkan oleh UNESCO, telah diamalkan oleh Hang Tuah. Sehingga apabila Hang Tuah telah bersara daripada tugas-tugas istana dia masih lagi berminat untuk menuntut ilmu sambil beramal, terutamanya ilmu tasawuf.

“Ada pun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerjanya hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya, dimasukinya, adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang, orang muda sebagainya.” (Sulalatus Salatin 1996)

Petikan ini menggambarkan kerajinan Hang Tuah menuntut ilmu hulubalang, pantang mendengar ada orang yang tahu ilmu hulubalang, pasti dia akan pergi belajar. Sehingga dikatakan tidak ada orang muda sepertinya pada zaman itu. Apabila sudah tua, Hang Tuah rajin pula menuntut dan beramal ilmu akhirat. Ilmu hulubalang untuk digunakan menjalankan tugasnya sebagai pahlawan raja, sebagai melakukan tugas- tugas dunia. Ilmu akhirat pula dituntut untuk persiapan hari akhirat, apabila sudah meninggalkan tugas-tugas keduniaan.

“Ada pun di-atas Bukit Jugara itu-lah di-perbuat-nya suatu dukuh tempat berkhalwat. Maka Laksamana pun dudok-lah di-bukit itu dua orang dengan guru-nya. Maka tuan sheikh itu-lah bersama2 dengan Laksamana mengerjakan amal Allah siang malam, terlalu keras, tiada-lah lagi Laksamana ingatkan pekerjaan dunia, melainkan shuhud-nya pada Allah Taala sa-mata-mata.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

63

Petikan ini menggambarkan ketekunan Hang Tuah belajar dan beramal ilmu tasawuf bersama gurunya, untuk persiapan bekalan akhirat. Semua tugas dunia dilupakan dan memfokuskan kepada amalan akhirat sahaja. Sesungguhnya, perjalanan ilmu kependekaran yang ditunjukkan oleh Hang Tuah, menggambarkan perjalanan hidup seorang pahlawan Islam yang mengamalkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Semasa muda ilmu akhirat tetap diamalkan tetapi tidaklah sebanyak semasa sudah tua setelah meninggalkan tugas-tugas keduniaan.

.Pada zaman dahulu, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada murid yang datang untuk belajar ilmu kependekaran. Konsep yang digunakan ialah murid tinggal, bersama guru, dan murid akan menolong kerja harian gurunya, rezeki yang didapati akan dimakan bersama.

“Guru Tua Seni Gayung Fatani Malaysia, Pak Long Mat Aji, telah tinggal bersama gurunya, Tok Ya Ramli di Pendang, Kedah selama tiga tahun pada tahun 1940an untuk belajar silat. Selama tinggal di rumah gurunya dan belajar, dia tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi menolong kerja harian gurunya, seperti bekerja di sawah padi dan berkebun.”

(Temubual Anuar Abd. Wahab 10.11.2008)

Menurut Anuar, setelah tamat latihan, , murid dimestikan menyediakan pengeras untuk bertamat latihan seperti limau purut, kain putih, keris dan sebagainya mengikut adat di perguruan masing-masing. Kalau ada duit pun tidaklah banyak seperti RM3.25 sen atau RM 5.25.

Sebagai kesimpulannya, konsep penurunan ilmu kependekaran Melayu bukan berbentuk komersial tetapi lebih kepada tugas sosial. Guru berasa bertanggung jawab untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada murid supaya dapat berbakti kepada bangsa dan agama. Pada hari ini, kebanyakan guru ilmu kependekaran Melayu, masih berpegang kepada konsep ini, kalau ada yang mengenakan yuran hanya sekadar dapat digunakan untuk menampong kos pengangkutan dan makan semasa dalam perjalanan. Guru akan berasa puas hati melihat ilmu itu terus diamalkan oleh pewarisnya, iaitu dalam kalangan jenerasi muda.

64

2.4.1 Pendidikan Silat Tradisi

Pada hari ini kaedah pengajaran silat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaedah pendidikan silat secara tradisi dan kaedah pendidikan silat secara moden. Kaedah pendidikan silat secara tradisi atau pendidikan silat tradisi dikenali juga sebagai pendidikan silat gelanggang bangsal. Kaedah pendidikan silat gelanggang bangsal ini masih diamalkan di kampung-kampung disebabkan pengajaran silat dilakukan didalam bangsal yang beratap tetapi tidak berdinding. Dengan adanya bangsal ini latihan dapat diteruskan walaupun hari hujan.

Di kampung-kampung latihan silat biasanya diadakan pada waktu malam selepas waktu Isya hinggalah jam 1 pagi. Latihan silat akan berjalan selama 3 bulan 10 hari atau 100 hari setiap malam melainkan malam Jumaat. Dengan adanya bangsal ini dapat melindungkan diri dari kesejukan embun malam. Pendidikan silat gelanggang bangsal menggunakan pendekatan penurunan ilmu dari tangan ke tangan di mana guru akan menunjuk ajar setiap murid secara individu seorang lepas seorang sehingga setiap murid dapat menerima pelajaran pada malam tersebut. Gelanggang silat berbentuk empat persegi bujur berukuran 7 x 5 langkah(meter).

Pembukaan gelanggang silat biasanya dimulakan dengan permuafakatan para ibu-bapa di kampong tersebut yang ingin menghantar anak-anak mereka untuk belajar silat kepada guru silat. Satu pertemuan tidak resmi diantara wakil-wakil ibu-bapa tersebut dengan guru silat telah diadakan untuk mendapatkan persetujuan daripada guru bagi mengajar anak-anak mereka bersilat. Setelah mendapat persetujuan, mereka terus berbincang untuk menentukan hari bagi membina bangsal silat secara bergotong royong. Masing-masing menghulurkan bantuan setakat yang termampu untuk membina bangsal silat tersebut.

Lokasi gelanggang adalah berhampiran rumah guru silat itu sendiri dan biasanya di atas tanah milik guru silat tersebut. Semua orang dalam kampong berasa bertanggung jawab untuk melahirkan pendekar-pendekar muda di kampong itu dan gelanggang silat tersebut dianggap sebagai gelanggang silat kampong berkenaan. Di 65

situlah nanti, selama 100 malam anak-anak muda berkumpul akan menerima ilmu berlatarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak. (Temubual Mansor bin Ismail 25.3.1989). a) Bangsal Silat

Bangsal silat tidak dibina di depan atau di belakang rumah supaya tidak mengganggu ketenteraman rumahtangga penduduk sekeliling. Ukuran bangsal ialah 3 meter tinggi, 9 meter panjang dan 7 meter lebar. Atap diperbuat daripada daun nipah, rumbia, lalang, bertam, kelubi atau serdang yang disusun atau dianyam. Tiang diperbuat daripada kayu, nibung, batang pinang atau buluh dan rotan digunakan untuk mengikat. Kebersihan bangsal dipelihara kerana guru dan murid akan solat maghrib dan isyak berjemaah sebelum memulakan latihan selepas waktu isyak. Waktu antara solat digunakan oleh guru silat untuk menyampaikan ilmu kerohanian yang merupakan aspek kebatinan bagi silat.

Dibahagian hadapan bangsal terdapat pelantar atau tapang untuk tempat guru dan kumpulan gendang silat duduk dan dibahagian belakang bangsal terdapat pelantar untuk tempat duduk murid. Gelanggang silat berbentuk empat persegi bujur berukuran 7 x 5 langkah(meter) dan medan laga berukuran 5 x 5 langkah(meter).

Buluh penghadang gelanggang bergaris pusat 3 cm. 2 potong buluh sepanjang 6 meter, 2 buluh sepanjang 3 meter dan 2 buluh sepanjang 1 meter. 4 lubang bergaris pusat 2 cm dibuat pada bulu sepanjang 6 meter, 2 lubang pada buluh 3 meter dan 2 lubang pada buluh 1 meter bagi memasukkan kepala tongkat gelanggang.

Tongkat ini dipacakkan kedalam tanah. Terdapat dua pintu masuk ke gelanggang, satu untuk guru masuk dan satu untuk murid masuk. Di atas pintu masuk pesilat terdapat ayat gelanggang yang dibaca sebagai doa setiap kali masuk gelanggang untuk berlatih silat.

Bangsal silat tradisi tidak didindingkan bagi membolehkan masyarakat melihat latihan silat pada saban malam. Bagi mengelakkan dimasuki atau dicemari binatang 66

ternakan diadakan pagar daripada daun, buluh, kayu atau sebagainya disekeliling bangsal.(Temubual Mansor bin Ismail 25.3.1989)

Rajah: 2.1 Gelanggang Bangsal Silat

Rajah:2.2Pelan Gelanggang Bangsal Silat dan Medan Laga 67

Rajah: 2.3 Doa Buka Gelanggang Silat Sumber : (Anuar Abd. Wahab 2008)

b) Istiadat Buka Gelanggang Silat

Pada hari pembukaan gelanggang silat akan diadakan khenduri membaca doa selamat dan jamuan makan untuk para hadirin yang terdiri daripada ibu-bapa pesilat serta penduduk kampong yang berhampiran dengan gelanggang silat, ahli-ahli silat dari gelanggang lain yang terdapat di kampong tersebut, yang dijemput untuk membuat persembahan silat, ahli-ahli silat senior yang telah lama tamat, jurulatih, guru silat dan guru tua perguruan tersebut.

Tokoh-tokoh penduduk seperti ketua kampong, Tok Penghulu atau wakil rakyat dijemput sebagai tetamu kehormat atau VIP. Istiadat akan dimulakan dengan upacara “meminang guru” dimana guru akan duduk di tengah gelanggang dan murid-murid yang hendak belajar silat akan masuk berjumpa guru dan menyerahkan sirih pinang sepiak dan pengeras yang berupa sedikit wang tidak lebih dari RM5.00. Murid berjumpa guru memohon supaya guru bersetuju untuk mengajar silat. Apabila sirih dan pengeras sudah diterima bermakna guru telah berjanji setia untuk menurunkan ilmu silat kepada murid sehingga tamat. Pengeras menunjukkan 68

keikhlasan murid untuk belajar silat dan sebagai menghargai penat lelah guru meluangkan masa untuk mengajar. Tidak ada yuran bulanan dikenakan kerana guru menunaikan tanggungjawab sosial dengan ikhlas.

Upacara buka gelanggang dimulakan dengan guru tua masuk ke gelanggang untuk melakukan istiadat tepung tawar. Beliau akan membacakan doa buka gelanggang dan melakukan Bunga Sembah dan Tapak Empat dengan diiringi oleh paluan gendang silat. Selepas itu pasangan guru tua akan dijemput untuk membuat persembahan silat buka gelanggang diikuti dengan persembahan daripada pesilat jemputan. Ahli-ahli senior dari gelanggang tersebut akan dijemput untuk memperlihatkan tari silat masing-masing. Selesai persembahan silat, akan diadakan pula upacara ‘menarik murid’.

Dalam istiadat ini, murid-murid baru yang hendak belajar silat akan masuk ketengah gelanggang, yang kebiasaannya tidak melebihi 20 orang. Mereka berdiri dalam barisan dan guru berada di hadapan sekali. Untuk pertama kalinya, murid dikehendakki mengikut sahaja pergerakan bunga sembah yang dilakukan oleh guru. Tidak ada pembetulan atau tegoran sekiranya murid tersilap langkah. Setelah tamat membuat bunga sembah, tamatlah upacara ‘menarik murid’ selepas itu proses pengajaran dan pembelajaran pun bermula.

Biasanya, untuk malam pertama, mereka akan belajar bunga sembah, dan ramai ahli senior akan membantu guru mengajar. Begitulah setiap malam selama seratus malam bermula dengan bunga sembah diikuti dengan tapak empat, sambut tikam, parang dan tetak, kedu, sisip, hambat, sagang, lilit, sambut, tangkap, kunci, elak, tangkis, pukul dan tempur tangan kosong, sehingga tamat permainan peringkat asas. Guru akan menunjukkan pelajaran baru di tengah-tengah gelanggang bersama jurulatih sambil diperhati oleh murid-murid lain yang duduk di tapang tempat murid duduk.

Selepas itu barulah murid masuk seorang demi seorang untuk dibuat bersama guru sehinggalah habis semua murid menerima pelajaran tersebut dari guru. murid-murid yang telah menerima pelajaran dari guru bolehlah berlatih dengan pasangan disatu 69

bahagian disudut gelanggang atau di kawasan lapang di luar gelanggang. Dalam masa yang sama bimbingan kerohanian dan amalan doa diperturunkan sebagai melengkapkan aspek kebatinan di waktu yang terluang antara solat maghrib dan isyak. Cukup 100 hari, mereka pun sampailah ke tahap ‘tamat kaji’. Tamat kaji bermaksud telah dapat menguasai peringkat asas seni silat. (Temubual Anuar bin Wahab 1.6.1989)

Semasa menjalani latihan di dalam gelanggang, ada beberapa peraturan yang mesti dipatuhi oleh penuntut silat. Latihan akan dimulakan dengan membuat bunga sembah buka gelanggang dan diakhiri dengan membuat bunga sembah tutup gelanggang. Sebolehnya, pelajar hendaklah sentiasa dalam keadaan berwuduk. Dilarang sama sekali bergurau dan ketawa-ketawa semasa belajar. Teknik dan taktik yang tidak diajarkan oleh guru tidak dibenarkan melakukannya di dalam gelanggang. Tidak dibenarkan bercakap atau berhubungan dengan orang lain yang berada di luar gelanggang.

Pelajar tidak dibenarkan berpaut atau meletakkan apa-apa benda di atas buluh gelanggang. Adalah dilarang sama sekali, pelajar yang sedang belajar silat itu, belajar digelanggang lain atau perguruan lain secara serentak. Selagi pelajar belum menamatkan pelajaran selama seratus hari tersebut, dia tidak dibenarkan bermain silat pecah regu dengan mana-mana pesilat atau pendekar. Masa belajar tersebut merupakan masa dalam pantang. Mereka yang telah tamat kaji, akan meneruskan hubungan baik dengan guru dan diasuh menjadi guru atau pewaris perguruan. Perbelanjaan membeli barangan tersebut adalah derma ikhlas sesama ahli, dari penduduk kampong atau dari guru silat sendiri. (Temubual Mansor bin Ismail 25.3.1989).

70

c) Upacara Mandi Limau

Rajah 2.4Upacara Mandi Limau

Setelah genap 100 hari belajar silat, pesilat akan ditamatkan pengajiannya. Sekali lagi ibu-bapa, guru-guru silat, pesilat jemputan, penduduk kampong dan tetamu kehormat berkumpul untuk meraikan kejayaan pesilat menamatkan latihan dan selesainya tugas guru menunaikan janji untuk mengajar silat sehingga selesai tugas. Satu khenduri diadakan untuk menjamu selera semua yang hadir dan diiringi bacaan doa selamat supaya semua yang diusahakan itu akan diberkati Allah.

Upacara tamat latihan ini dikenali sebagai ‘upacara mandi limau’ kerana pelajar yang baru tamat latihan silat itu akan dimandikan secara beramai-ramai oleh para jurulatih dan guru-guru silat dengan air yang telah dicampur dengan limau purut. Setiap pelajar yang telah menamatkan latihan dikehendakki membawa sebiji limau purut, kain putih sepanjang lima hasta(2.5m), duit RM5.25 sebagai pengeras dan buyung yang diperbuat daripada tanah. Pada zaman dahulu pesilat juga menghadiahkan sebilah keris kepada guru apabila bertamat silat. Limau purut yang akan digunakan untuk upacara mandi limau dipotong tiga oleh guru yang mengetuai upacara mandi limau dan dimasukkan ke dalam buyung 71

tanah yang telah diisi air, dan ia akan menghasilkan bau yang wangi. Air limau yang berasid akan membantu menyucikan kulit. Secara rasionalnya memandikan pelajar secara beramai-ramai sebagai sokongan motivasi merayakan kejayaan mereka yang telah berjaya menamatkan latihan dengan penuh disiplin, dan menunjukkan kasih guru memandikan murid yang telah saban malam selama seratus hari bergelumang tanah belajar silat. Secara batinnya, selain dari mensucikan tubuh yang fizikal dari kotoran, ia diharapkan mensucikan hati murid untuk menggunakan ilmu yang telah dituntut kejalan yang baik.

Pada zaman dahulu, buyung yang banyak itu, boleh digunakan untuk tujuan memasak makanan oleh murid yang kemudian. Senjata seperti keris, sebagai persediaan, sekira berlaku peperangan, senjata yang ada banyak di rumah guru, boleh digunakan sebagai alatan perang dan kain putih sepanjang lima hasta boleh digunakan sebagai kain kafan bagi pejuang yang telah gugur. Duit RM5.25 sebagai pengeras pula, adalah hadiah kepada guru untuk membantu membeli barang keperluannya. Seterusnya pelajar membawa dua helai daun kelapa muda sebagai pelepas semasa upacara mandi limau.

Acara dimulakan dengan istiadat membuka gelanggang, yang dilakukan oleh dua orang guru tua yang membuat tari sembah, tapak empat dan seterusnya bermain silat secara pecah regu. Permainan silat ini didahului dengan bacaan doa gelanggang oleh guru tua tersebut memohon keberkatan dan terhindar dari perkara yang tidak diingini sepanjang acara yang berjalan pada hari tersebut. Selesai acara buka gelanggang, acara persembahan silat dari pesilat jemputan.

Selesai persembahan silat, guru silat dan murid yang akan bertamat masuk kedalam gelanggang. Murid-murid akan duduk berbaris di tepi gelanggang dan guru silat masuk ke tengah gelanggang membuat bunga sembah buka gelanggang. Ahli silat yang telah tamat akan memilih seorang pelajar yang akan bertamat untuk bermain silat dengannya. Selepas itu setiap murid yang akan bertamat akan diuji oleh ahli silat yang senior atau jurulatih dari gelanggang lain dengan bermain secara pecah regu. Acara didahului dengan melakukan bunga sembah, tapak empat, melilit, galah panjang dan menyambut serangan tikam, parang dan tetak. Inilah saat yang meriah selain dari pesilat yang baru dibuli oleh pendekar senior tidak kurang pula pesilat 72

senior atau jurulatih yang kecundang, jatuh tunggang langgang tercampak keluar gelanggang. Pesilat yang mahir mampu mengunci lawannya tanpa dapat dibuka. Setelah ujian ini resmilah pesilat yang baru tamat diterima sebagai pendekar. Selesai sessi ujian bermain pecah regu, guru masuk ke tengah gelanggang melakukan bunga sembah tutup gelanggang diikuti bersama oleh semua murid-murid. Maka resmilah upacara tutup gelanggang pada hari tersebut.

Acara terakhir ialah upacara mandi limau. Semua murid yang akan bertamat berbaris duduk melutut mengadap kiblat atau arah kepala gelanggang. Guru silat dan jurulatih- jurulatih berbaris memegang buyung tanah berisi air limau siap untuk dijiruskan kekepala setiap pesilat. Guru mengingatkan pelajar supaya menyimpan didalam mulut air jirusan yang pertama. Setelah semua air di dalam buyung habis di jiruskan kepada pesilat, tibalah saat untuk acara melepas murid.

Guru silat akan berdiri disebelah kanan baris hadapan sambil memegang daun kelapa yang disimpulkan. Guru mengingatkan murid supaya memasang niat di dalam hati memohon kepada Allah satu permintaan. Guru berdoa didalam hati supaya ilmu silat yang dituntut diberkati Allah dan memberi manfaat kepada murid-muridnya. Selepas itu, guru mengira tiga kali, kiraan ketiga, guru akan menarik terbuka simpulan daun pelepas dan serentak dengan itu, semua pesilat akan meniup keluar air yang disimpan didalam mulut. Air yang dihembuskan keluar melepaskan keluar kejahatan yang ada didalam hati. terurai daun pelepas, bermakna lepaslah tugas dan tanggungan guru terhadap murid.

Guru memandikan murid melambangkan kasih guru kepada murid agar pulang dengan ilmu dan bersih pada zahir dan batin. Selepas mandi limau murid tidak dibenarkan mandi pada malam tersebut dan tidak dibenarkan bersilat selama tujuh hari. Tetapi sekiranya diserang boleh menggunakan silat untuk membela diri. Acara di akhiri dengan bacaan doa selamat dan bersalaman dengan guru dan sesama rakan dan jurulatih. Buyung tanah ditelangkupkan di tengah gelanggang silat, buluh gelanggang diturunkan dan bilah tongkat buluh gelanggang dicabut diletakkan bersama di tengah gelanggang. Gelanggang tidak digunakan selama tujuh hari.Buyung tanah ditelangkupkan di tengah gelanggang silat, buluh gelanggang diturunkan dan bilah 73

tongkat buluh gelanggang dicabut diletakkan bersama di tengah gelanggang. Gelanggang tidak digunakan selama tujuh hari. (Temubual Embong Abdullah, 10.9.1989).

2.4.2Pendidikan Silat Moden

Rajah: 2.5 Gelanggang Silat Moden

Pendidikan silat moden tidak menggunakan gelanggang bangsal sebagai tempat latihan. Kaedah pendidikan silat moden ini biasanya dijalamkan di bandar-bandar besar yang mempunyai kemudahan dewan serbaguna sebagai tempat latihan atau pun di dewan sekolah atau institusi pengajian tinggi yang mempunyai ahli sehingga seratus orang dalam satu sessi latihan. Faktor pekerjaan penduduk bandar yang kebanyakannya makan gaji, tidak memunkinkan mereka menjalani latihan 100 malam berturut-turut seperti yang dilakukan di gelanggang bangsal.

Pendidikan silat moden diadakan sakali atau dua kali seminggu dan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad disebelah pagi atau pun petang selama dua jam setiap sessi latihan. Yuran bulanan dikenakan biasanya dikenakan antara RM10.00 - RM20.00 sebulan. Sekiranya dewan tempat latihan disewa dengan bayaran yang mahal, yuran boleh mencecah sehingga RM50.00 sebulan. Pelajar yang baru menjadi ahli dikehendakki mengisi borang keahlian dan membayar wang pendaftaran sebanyak RM15.00 setahun. Pertubuhan silat mesti berdaftar dengan pejabat 74

pendaftaran pertubuhan, sekiranya tidak berdaftar, tidak dibenarkan mengadakan aktiviti persilatan.

Selepas menjadi ahli pertubuhan yang sah baharulah dibenarkan belajar silat. Jurulatih menggunakan sukatan pelajaran silat yang telah disusun begitu rupa supaya memudahkan sistem pengajaran. Oleh sebab ahli yang ramai, guru tidak mungkin dapat mengajar dari tangan ke tangan seperti kaedah mengajar di gelanggang bangsar. Guru atau jurulatih akan membuat pergerakan di hadapan dan murid-murid mengikut dengan berdiri di dalam barisan.

Kaedah latih tubi digunakan, supaya semua murid dapat mengikuti pengajaran. Cara ini memang lambat ditambah pula kelas diadakan sekali seminggu atau pun dua kali. Selepas habis satu-satu tajuk, akan diadakan ujian kenaikan bengkong dan bayaran dikenakan untuk ujian tersebut. Dengan selalu diadakan ujian, banyaklah duit dapat dikumpulkan oleh jurulatih. Memang sistem pendidikan moden ini bersifat komersial, kerana semua perkara memerlukan wang. Sehinggakan ada jurulatih yang menjadikan mengajar silat sebagai pekerjaan untuk menyara hidup.

Pengikhtirafan murid adalah dengan memberi sijil dan pertukaran warna bengkong yang dipakai mengikut pencapaian dalam ujian dan tingkat ilmu yang dipelajari. Pelajar yang berprestasi tinggi akan disalurkan ke bidang kejurulatihan dengan mengikuti kursus yang khas dan sekiranya lulus akan diberi permit untuk mengajar dan membuka gelanggang sendiri. Warna-warna bengkong bermula dari putih, biru, coklat, kuning, hijau, merah dan hitam. Bengkong merah adalah jurulatih dan bengkong hitam adalah guru.

Sukatan pelajaran adalah setara di semua gelanggang kerana telah diselaraskan oleh pertubuhan. Bayaran ujian adalah berbeza mengikut warna bengkong, dan ujian silat akan dijalankan oleh jurulatih penilai dari pertubuhan, dimana bayaran bermula dengan RM20.00 untuk bengkong biru. Dalam sistem pendidikan silat moden tidak ada upacara mandi limau apabila tamat latihan. Sistem pendidikan silat moden membuka keahlian kepada pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam. 75

Pelajaran silat telah dimasukkan ke dalam aktiviti unit uniform di sekolah rendah dan menengah sebagai aktiviti kokurikulum. Di institusi pengajian tinggi juga aktiviti silat telah dimasukkan sebagai subjek pilihan yang membawa satu atau dua kredit hour dalam mengumpul unit untuk pengijazahan. Dengan perkembangan ini, pelajaran silat telah berkembang ditambah pula bidang silat telah disukankan seperti pertandingan silat seni dan silat olahraga yang dimasukkan dalam kalender sukan sekolah-sekolah Malaysia dan sukan antara universiti-universiti sehingga ke peringkat Asean.

Ramainya pelajar yang belajar silat, memerlukan ramai jurulatih silat dan sukatan pelajaran yang lebih mantap. Keprihatinan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan memberi ruang kepada seni silat untuk berkembang patutlah dipuji. Kemuncak dari semua itu, seni silat telah diikhtiraf sebagai seni beladiri resmi negara di Konvension Silat Malaysia di Port Dickson pada tahun 2006. Melalui sistem pendidikan silat moden, pencapaian seperti hari ini telah dapat dilakukan. (Temubual Roslan bin Salam 1.5.2007)

Sebagai kesimpulannya istiadat penurunan ilmu dilakukan melalui dua kaedah iaitu Kaedah Pendidikan Tradisi (Gelanggang Bangsal) dan Kaedah Pendidikan Moden. Kaedah Pendidikan Tradisi mengandungi banyak adat istiadat dan disiplin yang ketat serta terturup sifatnya. Kaedah Pendidikan Moden bersifat komersial dan lebih terbuka sifatnya. Kedua-dua kaedah ini masih diamalkan pada hari ini mengikut kesesuaian tempat dan keadaan.

2.5 DISIPLIN DALAM BERAMAL

Ilmu kependekaran Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori dan amali. Teori di sini bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang sesuatu perkara. Amali ialah mengamalkan ilmu atau pengetahuan yang telah dikuasai atau pelajari untuk mendapatkan kesan atau kemahiran yang dapat membantu pengamal. Ilmu yang telah dipelajari tetapi tidak diamalkan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pemilik ilmu. Sebagai contohnya untuk mengelakkan sakit jantung kita hendaklah berjoging selama tiga puluh minit sekali jogging dan dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Ini merupakan satu teori atau ilmu. Tetapi setelah mengetahuinya, kita tidak melakukan 76

aktiviti jogging tersebut atau tidak mengamalkan teori yang telah diketahui. Maka kita akan tetap dapat sakit jantung, seperti juga orang yang tidak mengetahui teori tersebut. Ini menunjukkan, tanpa amal, ilmu yang telah dipelajari tidak memberi apa-apa kesan kepada kita.

Beramal adalah penting untuk mendapatkan kesan daripada sesuatu ilmu.Disiplin adalah sangat penting apabila mengamalkan sesuatu ilmu supaya mendapat kesan yang dihajati. Pengamal mestilah patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa beramal. Dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, pengamal akan dapat melakukannya dengan jaya, serta mendapat kemahiran dan kesan yang diharapkan dari ilmu tersebut. Ilmu tanpa amal tidak akan mendatangkan kesan dan amal tanpa ilmu boleh mendatangkan keburukan. Sebagai contohnya, mengamalkan angkat berat tanpa ilmu angkat berat boleh merosakkan penglihatan kita.

Dalam membincangkan disiplin dalam beramal ilmu kependekaran Melayu, kita bahagikan kepada amalan jasmani dan amalan rohani. Amalan jasmani ialah amalan seni silat Melayu dan amalan rohani ialah amalan ilmu kebatinan. Seorang pendekar adalah seorang yang sentiasa mengamalkan ilmunya untuk menentukan ilmu yang dituntut memberikan manfaat kepada tugasnya sebagai seorang pendekar dan kepada kehidupannya sebagai manusia yang merupakan khalifah di muka bumi.

2.5.1 Amalan Seni Silat Melayu

Amalan asas seni silat Melayu banyak terdapat dalam aktiviti harian masyarakat Melayu terutamanya dalam pekerjaan seharian dan dalam permainan tradisional. Pekerjaan seperti menebang pokok, menebas lalang, mendayung perahu, menimba air dan membaling buah kelapa dapat membentuk kekuatan tangan dan kelenturan otot badan dan tangan yang merupakan asas dalam seni silat yang diperlukan ketika menangkis dan mengelakkan serangan lawan. Pekerjaan seperti menjala ikan dan menganjam ketupat dapat membentuk kelenturan sendi-sendi tangan yang merupakan asas seni silat yang digunakan semasa melepaskan tangkapan atau pegangan lawan. 77

Permainan tradisional Melayu juga menyumbang dalam membentuk kemahiran asas seni silat. Contoh-contoh permainan tradisional yang dapat membentuk asas seni silat ialah permainan galah panjang, gasing, laga ayam, sepak raga dan tarian Melayu.

Permainan galah panjang membentuk kemahiran menggunakan langkah, menganggar jarak dan ketangkasan untuk bertindak. Dalam permainan galah panjang, pemain akan bergerak dalam satu garis lurus dengan menggunakan langkah mengereng dan tangan yang didepakan untuk menyentuh lawan. Dalam permainan gasing, akan membentuk kelenturan otot dan sendi tangan. Kekuatan otot tangan, kepantasan dan konsentrasi diperlukan ketika melepaskan gasing untuk memangkah gasing lawan.

Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam seni silat. Dalam permainan laga ayam pula, kedua-dua pemain akan berdiri di atas satu kaki dan kaki yang satu lagi dibengkokkan untuk menyondol lawan. Di samping membentuk kekuatan otot kaki, permainan ini akan membentuk keseimbangan badan yang sangat diperlukan ketika berlawan silat. Permainan sepak raga akan membentuk kemahiran menggunakan kaki untuk menyepak dan menampan. Ini diperlukan dalam silat untuk menyepak dan menangkis serangan lawan.

Dalam tarian Melayu seperti tarian zapin banyak menggunakan langkah silat. Seorang penari akan dengan mudah dapat menguasai seni silat Melayu kerana kemahirannya menggunakan langkah. Ini adalah sebahagian kecil contoh-contoh bagaimana pengamalan aktiviti aktiviti harian dalam kehidupan masyarakat Melayu membantu dalam pembentukan kemahiran asas yang diperlukan oleh seni silat Melayu.

Ilmu mesti diamalkan, kalau tidak diamalkan ilmu itu tidak akan memberikan faedah kepada pemiliknya dan akhirnya ia akan hilang atau pemiliknya tidak akan dapat mengekalkan kemahiran yang sangat diperlukan apabila tiba masa untuk menggunakannya. Dalam Hikayat Hang Tuah ada menceritakan bagaimana Hang Tuah telah hilang kemahiran bersilat kerana tidak mengamalkan bersilat 78

sepanjang persembunyiannya di Hulu Melaka selama empat bulan. Ini disebabkan dia menuntut dan mengamalkan ilmu tasawuf dari Syeikh Mansor.

“Maka Laksamana pun mohon pada raja lalu turun ka tanah. Maka ia pun menyembah pula lalu menghunus keris panjang-nya. Maka Laksamana pun bermain keris panjang-nya dua tiga lompat di-rasai nya tuboh-nya tiada saperti dahulu. Maka sudah bermain keris itu, maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, pada hari ini tiada dapat patek bertikam dengan Si-Jebat derhaka itu, kerana patek rasai tuboh patek berat, tiada saperti dahulu, kerana empat bulan-lah patek tiada memegang keris dan pedang.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan kecergasan badan Hang Tuah telah menurun kerana kurang melakukan gerak fizikal seperti berlatih atau berlawan dengan musuh semasa menjalankan tugas selama empat bulan. Kecergasan badan perlu ditingkatkan kembali sebelun pergi bertikam dengan Hang Jebat. Hang Tuah terpaksa mengambil masa empat lima hari untuk berlatih kemahiran dan berurut untuk mengembalikan kecergasan fizikalnya. Selama dalam buangan di Hulu Melaka Hang Tuah hanya beramal ilmu kebatinan tetapi tidak mengamalkan seni silat. Itulah sebabnya, kemahiran bersilat dan kecergasan fizikalnya telah berkurangan.

Bagaimanakah caranya untuk mengamalkan seni silat. Ada banyak cara mengamalkan seni silat tetapi ia mestilah dilakukan dengan penuh disiplin. Tanpa disiplin diri yang kuat kita tidak akan dapat melakukannya. Perkara ini ada digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah bagaimana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi beramal sebagai persediaan untuk berlawan dengan Megat Panji Alam. Sepanjang malam Hang Tuah berjaga mengamalkan ilmu kebatinannya manakala Hang Jebat dan Hang Kasturi mengamalkan berdiri kaki tunggal untuk meningkatkan kecergasan fizikalnya.

“Maka pada malam itu juga Laksamana pun berjaga membaca pustaka-nya; maka Hang Jebat, Hang Kasturi pun beramal berdiri kaki tunggal datang siang.”

(Hikayat Hang Tuah 1971) 79

Dalam petikan ini Hang Jebat dan Hang Kasturi berdiri sepanjang malam dengan berdiri atas satu kaki dalam usaha untuk membentuk ketahanan otot kaki dan keseimbangan badan di samping mengamalkan ilmu kebatinan. Bagaimanakah cara untuk mengamalkan seni silat supaya dapat meningkatkan kemahiran dalam bersilat?

a. Latihan persendirian. b. Pekerjaan yang memerlukan penggunaan seni silat. c. Aktiviti persembahan silat (Performance Art) d. Bermain silat pulut. (Pecah Regu) e. Mengambil bahagian dalam pertandingan seni silat. f. Mengajar silat.

Enam aktiviti yang disebutkan di atas adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengamalkan seni silat Melayu. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut kita akan selalu mengamalkan seni silat dan di samping kita tidak lupa akan teknik-teknik yang telah dipelajari, kita akan mendapat kemahiran dalam aplikasi teknik dan taktik seni silat. Apabila tiba masa kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita mempertahankan diri dari serangan musuh, kita dapat menggunakan ilmu tersebut dengan berkesan kerana kita sentiasa mengamalkannya. a) Latihan Persendirian

Latihan silat secara bersendirian dilakukan pada waktu pagi atau pun petang. Latihan waktu pagi diadakan selepas sembahyang subuh sebelum terbit matahari dan sebaiknya diadakan dikawasan lapang diluar rumah di tempat terbuka. Latihan yang boleh dilakukan bersendirian ialah seperti latihan bunga sembah atau tari silat, jurus silat dan belebat. Latihan bunga atau tari silat akan memantapkan pergerakan silat dan sistem pernafasan. Latihan berulang kali akan membentuk kelenturan atau regangan otot. Latihan jurus silat dan belebat silat akan membentuk ketahanan otot, kekuatan otot dan ketangkasan.

Mengamalkan selalu latihan ini akan membuatkan kita mahir dalam menggunakan teknik silat yang telah dipelajari dan membuatkan kita tidak lupa akan 80

pelajaran yang telah dipelajari sehingga kita akan mengingatinya sepanjang hayat. Latihan ini semakin berguna sekiranya kita akan menghadapi lawan untuk bertempur. Megat Panji Alam membuat latihan jurus dan belebat sebagai persiapan untuk berlawan dengan Hang Tuah.

“Maka Megat Panji Alam pun menyurohkan orangnya memalu bunyi-bunyian. Maka gendang perang pun di-palu orang-lah. Maka Megat Terengganu melompat saperti rajawali tangkas-nya bermain lembing dan perisai itu terlalu hebat laku-nya dan sikap-nya saperti singa yang galak laku-nya itu, tiada membilang lawan-nya. Sa-telah dua tiga langkah Megat Terengganu bermain lembing perisai itu, Megat Terengganu pun memekis, lalu di-champakkan-nya perisai-nya ka-bumi.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan Megat Terengganu berlatih silat bersendirian dengan diiringi oleh gendang perang. Dia berlatih belebat silat menggunakan lembing dan perisai. Latihan dilakukan dengan penghayatan yang tinggi sehingga dia memekis iaitu menjerit dan mencampakkan perisai ke bumi menggambarkan emosi yang marah.

Latihan persendirian juga boleh dilakukan selepas solat subuh, selama 30 minit setiap latihan dan empat kali seminggu. Latihan selepas solat subuh lebih kepada latihan pernafasan dan gerak seperti latihan tari silat dan jurus silat.(Temubual Anuar Abd. Wahab 20.6.1997). Mengamalkan silat secara persendirian ini memerlukan motivasi diri dan disiplin yang tinggi secara konsisten. b) Pekerjaan yang memerlukan penggunaan seni silat.

Pekerjaan seperti anggota polis, penguat kuasa majlis perbandaran dan pengawal keselamatan adalah pekerjaan yang memerlukan kita menggunakan teknik dan taktik seni silat. Orang yang terlibat dalam pekerjaan ini akan terdedah kepada serangan daripada penjenayah yang tidak mahu mengikut arahan. Mereka terpaksa berlawan dahulu sebelum dapat menangkap penjenayah atau menghadapi serangan dari orang yang tidak berpuas hati ketika menjalankan tugas. 81

Lebih kerap mereka berlawan lebih keraplah pula mereka dapat mengamalkan seni silat. Pekerjaan seperti doktor tidak memberi ruang untuk seseorang itu menggunakan seni silat. Oleh itu, jenis pekerjaan akan menentukan peluang untuk kita mengamalkan seni silat. Yazid bin Arifin,40 tahun, seorang Pegawai Penguatkuasa DBKL, selalu menggunakan seni silat untuk mempertahankan diri dari serangan samseng-samseng semasa menjalankan tugas untuk membanteras penjaja-penjaja haram. Ini membuatkan dia bertambah mahir bersilat kerana selalu menggunakannya untuk berlawan. (Temubual Yazid bin Arifin 28.10.2008). Biasanya, samseng- samseng yang datang menyerang menggunakan senjata seperti kayu, parang dan besi. c). Aktiviti Persembahan Silat (Performance Arts) Membuat persembahan seni silat di majlis-majlis resmi seperti persembahan silat pengantin, persembahan silat menyambut ketibaan tetamu kehormat (VIP) atau membuat demonstrasi silat sempena hari sukan atau majlis pembukaan gelanggang silat adalah merupakan satu aktiviti yang menarik. Aktiviti persembahan silat dapat memberikan sedikit wang kepada pesilat di samping dapat berjalan-jalan ka-merata tempat dan bertemu ramai kenalan baru.

Persembahan silat pengantin dilakukan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di malis perkahwinan. Ia merupakan satu adat istiadat perkahwinan Melayu. Persembahan seni silat menjadi satu daya tarikan di majlis persandingan tersebut. Silat Sambut dilakukan di hadapan tetamu kehormat yang datang untuk merasmikan sesuatu majlis rasmi seperti mesyuarat agong, seminar, majlis penganugerahan, majlis peresmian bangunan atau festival dan lain-lain lagi.

Tetamu-tetamu kehormat adalah seperti raja, menteri, ketua masyarakat, pegawai tinggi kerajaan, atau pun tokoh-tokoh yang terkenal dalam masyarakat. Menyambut tetamu dengan paluan kompang, bunga manggar dan persembahan seni silat adalah satu penghormatan untuk tetamu.

Satu lagi aktiviti persembahan silat ialah membuat demonstrasi silat di hari sukan atau majlis pembukaan gelanggang silat. Sebagai persediaan, pesilat-pesilat akan mengadakan latihan yang intensif. Ini menyebabkan pesilat sentiasa berlatih 82

silat. Secara tidak langsong aktiviti persembahan ini merupakan satu lagi tempat di mana pesilat boleh mengamalkan seni silat. (Temubual Norazam Baharudin 24.7.2010).

Rajah: 2.6 Persembahan Silat d). Bermain Silat (Pecah Regu)

Bermain silat adalah satu aktiviti yang paling berkesan untuk mengamalkan seni silat. Bermain silat sebenarnya merupakan perlawanan silat antara dua orang pendekar tetapi permainan silat tersebut terkawal oleh peraturan untuk mengelakkan berlakunya kecederaan. Pecah regu bermakna bermain silat tanpa perancangan teknik yang telah dilatih terlebih dahulu antara dua orang pendekar seperti yang dilakukan dalam persembahan silat. Kebiasaannya kedua orang pesilat itu tidak pernah berjumpa atau berlatih bersama. Mereka bersilat untuk menguji kecekapan lawan mempertahankan diri. Permainan silat benar-benar menguji kemahiran dan kecekapan pemain dalam mempertahankan diri. Amalan bermain silat akan melatih kemahiran ke arah perlawanan sebenar.

83

Rajah: 2.7 Bermain Silat

Peraturannya ialah setiap pukulan atau teknik yang dilakukan tidak akan mencederakan lawan. Misalnya tumbukan atau sepakan bila sampai kesasaran hendaklah diperlahankan atau pun diisyaratkan sahaja untuk mengelakkan rasa sakit. Permainan adalah dalam bentuk seni yang menampakkan ciri-ciri pergerakan seni silat Melayu yang biasanya diiringi oleh muzik silat. Kejayaan menjatuhkan lawan atau melakukan teknik kuncian yang gagal dilepaskan oleh lawan adalah penentu kemenangan. Perlawanan ini dilakukan penuh dengan rasa persahabatan dan biasanya selepas permainan silat ini, kedua-dua pesilat akan menjadi sahabat yang baik. e). Menyertai Pertandingan Silat

Mengambil bahagian dalam pertandingan memerlukan disiplin yang tinggi. Kegagalan mematuhi peraturan pertandingan akan menyebabkan seseorang itu mengalami kekalahan. Keinginan untuk menang menyebabkan pesilat selalu berlatih. Kekerapan latihan bermakna kerapnya pesilat mengamalkan seni silat. Amalan ini akan membentuk kemahiran pesilat. Pertandingan silat seni terbahagi kepada acara perseorangan, acara regu tempur silat dan acara jurus berkumpulan. Pertandingan ini merupakan pertunjukkan kemahiran pesilat menggunakan teknik silat. Segala yang dilakukan telah dirancang terlebih dahulu. 84

Rajah: 2.8 Pertandingan Silat Olahraga

Pertandingan Silat olahraga sama konsepnya seperti bermain silat iaitu perlawanan antara dua orang pendekar. Bezanya, dalam silat olahraga pukulan dilepaskan dengan kekuatan yang maksimum. Untuk mengelakkan kecederaan kedua pesilat memakai alat pelindung badan, alat pelindung kemaluan dan lantai dilapik dengan tilam getah untuk mengelakkan kecederaan ketika dijatuhkan lawan. Bermain silat olahraga lebih menghampiri perlawanan sebenar dalam usaha mempertahankan diri kerana kedua-dua pesilat menggunakan kekuatan sepenuhnya cuma dikawal oleh peraturan untuk mengelakkan kecederaan yang serius. Amalan bermain silat olahraga, dapat mengukur kemampuan pesilat sekiranya menghadapi lawan yang sebenar dalam pergaduhan. (Temubual Basiron Hj. Hamit 23.4.2007). f). Mengajar Silat

Mengajar silat merupakan aktiviti mengamalkan seni silat yang bukan sahaja memberikan kemahiran kepada pengamal tetapi memberikan ganjaran material yang berupa wang ringgit. Mengajar silat dapat membantu orang ramai mempertahankan diri sekiranya diserang dengan menggunakan ilmu seni silat yang diajarkan. Aktiviti mengajar silat akan menambahkan ilmu seni silat kepada jurulatih kerana aktiviti ini mendedahkan dia kepada mengkaji dan menemui sesuatu yang baharu. Apabila mengajar, jurulatih akan diajukan pelbagai soalan dan menghadapi berbagai masalah 85

yang berkaitan dengan silat dan setiap penyelesaian yang dilakukan akan menambahkan ilmu baru kepada beliau.

Faedah yang paling besar didapati daripada aktiviti mengajar silat ialah ganjaran pahala yang berterusan apabila jurulatih itu telah meninggal dunia. Mengikut ajaran Islam, ada tiga perkara yang dapat membantu seseorang itu apabila dia telah meninggal dunia iaitu doa anak yang saleh, sedekah jariah dan ilmu yang baik yang diajarkan kepada orang lain. Bagi seorang guru, apabila dia telah meninggal dunia, selagi muridnya mengamalkan ilmu yang diajarkannya kearah kebaikan, selagi itulah dia akan menerima pahalanya.

Sebagai jurulatih atau guru silat, seseorang itulah mestilah mempunyai disiplin yang tinggi kerana tanpa disiplin ilmu tidak akan dapat disampaikan kepada murid. Jadi kaedah mengamalkan seni silat yang paling berkesan ialah dengan mengajarkan ilmu itu kepada orang lain kerana kesannya merangkumi dunia dan akhirat.

2.5.2 Amalan Ilmu Kebatinan

Beramal merupakan rutin utama seorang pendekar. Kalau pendekar tidak mengamalkan ilmunya, maka ilmunya tidak akan menjadi. Ini bermakna, ilmunya tidak akan memberi kesan apabila diperlukan ketika diserang oleh musuh.

Sikap Pendekar “Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesateriaan yang luhur.” (Anuar Wahab 2008)

Menurut petikan di atas, pendekar ialah orang yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam silat zahir dan batin. Jadi salah satu sifat pendekar ialah mengamalkan ilmu batin yang berteraskan budaya Melayu dan agama Islam. Kerana 86

berteraskan budaya Melayu ilmu kebatinan pendekar Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Ilmu kebatinan berdasarkan kepercayaan tradisi

ii) Ilmu kebatinan berdasarkan campuran kepercayaan tradisi dan Islam.

iii) Ilmu kebatinan berdasarkan ajaran Islam sepenuhnya.

(Hermansyah 2010)

Kaedah mengamalkan tiga jenis ilmu kebatinan ini ada sedikit perbezaan kerana ia dipengaruhi oleh dasar agama yang menunjangi ilmu kebatinan berkenaan. Di sini akan dibincangkan disiplin dalam mengamalkan ilmu kebatinan ajaran Islam sepenuhnya. Disiplin pengamalan ilmu kebatinan yang lain akan dibincangkan dalam bab 4 apabila kita akan melihat dengan lebih terperinci kepada ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Beramal merupakan rutin atau kerja harian seorang pendekar Melayu yang dilakukan secara konsisten. Seorang pendekar bersifat pro-aktif dalam mengamalkan ilmu kebatinan. Berdoa memohon perlindungan kepada Allah bukanlah sewaktu musuh telah muncul di dadapan mata.

Musuh pula bukanlah manusia dan haiwan sahaja, tetapi makhluk-makhluk ghaib seperti iblis, jin dan syaitan yang datang menyerang tanpa disedari. Seorang pendekar Melayu akan menjaga solatnya, yang merupakan asas hubungan makhluk dengan Tuhannya. Doa-doa dan wirid ilmu kebatinan biasanya diamalkan selepas solat subuh dan solat maghrib. Rasionalnya ialah, beramal selepas solat subuh untuk memohon perlindungan daripada Allah sepanjang hari siang di mana pengamal biasanya keluar bekerja mencari rezeki.

Beramal selepas solat Maghrib ialah untuk memohon perlindungan sepanjang malam iaitu ketika pengamal tidur untuk berehat setelah penat bekerja. Ini menunjukkan seorang pendekar Melayu sentiasa beringat dan menyerahkan diri kepada Allah untuk dilindungi. Namun demikian beramal sepanjang masa atau selepas solat fardu yang lain juga tidak menjadi kesalahan. Beramal juga mempunyai disiplin yang ketat. Setiap doa dan ayat Al-Quran yang diamalkan mempunyai peraturan 87

terutamanya berapa kalikah dibaca atau diulang ketika berwirid dan untuk berapa lama, sebelum dianggap telah sebati dengan badan atau kekatakan telah menjadi darah daging. Selepas waktu ini, pengamal itu biasanya diberi rehat contohnya satu hari. Selepas waktu itu, dia bolehlah mengamalkan dengan angka bilangan wirid yang lebih sedikit dan terus mengamalkan sehingga ke akhir hayat. Di bawah diberi contoh kaedah mengamalkan ayat empat.

Ayat Empat untuk pelindung diri

1. Lailahailla anta subhanaka...... ( 33 kali) 2. Wallahhu ghalibun...... ( 33 kali) 3. Yazaljala...... ( 33 kali) 4. Ya haiyum, ya qayyum...... ( 33 kali)

# Peringatan jangan amalkan tanpa ijazah guru. Ayat di atas tidak lengkap.

Selepas diijazahkan oleh guru, diamalkan selama 21 hari selepas solat subuh dan maghrib. Sekiranya tertinggal satu hari, hendaklah diulang semula dari awal. Setelah lengkap mengamalkan selama 21 hari, hendaklah berehat satu hari dan selepas itu bolehlah mengamalkan semula dan bilangan wirid boleh dikurangkan misalnya sebanyak 13 kali sahaja. Selepas 21 hari dianggap ilmu itu telah menjadi darah daging kepada pengamal. Perlu diingatkan di sini, setiap ayat di atas tidak lengkap. Jadi dilarang mengamalkan. Sekiranya, ingin mengamalkan hendaklah berguru dengan orang yang tahu dan mengambil ijazah. (Temubual Anuar Abd. Wahab 19.7.1990).

Mengamalkan ilmu yang tidak diijazahkan oleh guru, tidak dijamin keberkesanannya kerana tidak ada penerangan yang lengkap dari guru. Ilmu yang tidak diijazahkan atau diturunkan (peturun buah) jika diamalkan boleh mendatangkan kesan yang buruk seperti mendapat gangguan mental kerana telah’ salah bawa ilmu.’ Ilmu kebatinan peringkat tinggi bagi seorang pendekar Melayu ialah mengamalkan ilmu tarekat. Dalam ilmu kebatinan kependekaran Melayu mengamalkan ilmu tarekat adalah jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Ia diamalkan bukanlah untuk 88

tujuan tertentu seperti hendakkan kuat, kebal atau menggerunkan musuh seperti yang selalu digunakan untuk mempertahankan diri, tetapi dengan menghampirkan diri kepada Allah, diharapkan Allah akan selalu melindungi dari sebarang serangan musuh dan yang penting mendapat keselamatan didunia dan akhirat.

Mengamalkan ilmu tarekat bukan sahaja mendapat perlindungan dari Allah di dunia ini, tetapi mendapat pahala untuk bekalan di akhirat. Amalan wirid dalam satu satu tarekat adalah bersanad dan berpunca daripada Nabi Muhammad SAW. Wirid amalan tarekat lebih panjang daripada doa-doa biasa. Amalan tarekat diharapkan dapat meningkatkan maqam seseorang. Contoh aliran tarekat yang diamalkan oleh pendekar Melayu ialah tarekat Muhammadiah, tarekat Nakhshahbandiah, tarekat Syatariyah dan tarekat Qadariah. Aliran Silat Minangkabau di Sumatera Barat mengamalkan tarekat Syatariyah. (Hiltrud T. Cordes 1990).

Wirid-wirid tarekat biasanya diamalkan selepas sembahyang subuh dan maghrib. Lama masa yang diambil ialah lebih kurang tiga puluh minit.Amalan tarekat boleh membentuk pesilat menjadi insan yang sempurna, yang sentiasa kasih sayang pada ahli kumpulan, bertanggung jawab, yakin dan menjadi pendekar yang zuhud serta reda kepada Allah. Adalah diharapkan amalan mendapat keredaan Allah agar semua usaha dan pekerjaan menjadi mudah, jiwa menjadi tenang, disamping semangat yang kuat. Dalam ilmu kebatinan pendekar Melayu dari ajaran Islam sepenuhnya, akhirnya akan menjadikan seorang pendekar itu seorang sufi yang mengarah untuk mencapai maqam wali. Hang Tuah sebagai seorang pendekar Melayu ada digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah di mana akhirnya dia menjadi seorang ahli sufi.

“Shahadan maka Bendahara dan Temenggong dan Laksamana pun bermohon-lah pada raja pergi berbuat tempat dudok berkhalwat. Ada pun Laksamana dudok di-Tanjong Jugara. Ada pun di-atas Bukit Jugara itu-lah di-perbuat-nya suatu dukuh tempat berkhalwat.” (Kassim Ahmad (pnyt.) 1971)

Dalam petikan di atas, ketiga-tiga pembesar istana kerajaan Melayu Melaka menjalani kehidupan ahli sufi setelah tua dan tidak lagi menjalankan tugas keduniaan 89

di istana raja Melaka. Mereka beramal siang dan malam untuk persiapan di alam akhirat tanpa mengingatkan lagi pekerjaan dunia, melainkan shuhud pada Allah semata-mata. Para ulama telah mewujudkan latihan riadah kerohanian yang dapat membina kekuatan rohani untuk melakukan asas amalan syariat dan membuka hijab kenikmatan keimanan kepada Allah.

Pelajaran kerohanian silat memperkukuhkan amalan syariat dari ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasawuf agar pesilat dapat mengenal diri dan Allah yang disembahnya. Lantaran pendidikan kerohanian Islam, pesilat dapat mempertahankan dan membebaskan diri daripada kejahatan dunia dan tipu daya nafsu dan syaitan. Pelajaran dan amalan kerohanian Islam telah diperturunkan dan membebaskan diri daripada kejahatan dunia dan tipu daya nafsu dan syaitan.

Pelajaran dan amalan kerohanian Islam telah diperturunkan kepada para guru silat untuk disampaikan kepada pesilat di bawah pimpinannya. Masyarakat Melayu telah menerima perkembangan berbagai aliran tarekat yang muktabar yang berkembang di kalangan msyarakat Melayu Nusantara. Asuhan tarekat tersebut telah mengukuhkan Islam, Iman dan Ihsan. Tarekat yang menjadi pilihan di kalangan orang Melayu ialah daripada aliran Sunnah Wal Jamaah dari mazhab Imam Shafie. Ramai golongan ulama Melayu mempelajari dan mengamalkan dengan tekun tanpa ragu.

Namun ilmu tasawuf dan tarekat-tarekat yang telah diamalkan adalah bersanad, bersalah-silah atau jalur sambung bersambung dengan para ulama shalihin, salafus Shalihin hingga sampai kepada para Tabi’in sahabat Radiahiyallahu ‘anhum dan Rasullulah S.A.W. sendiri, adalah satu jalan yang benar. Sebagai contohnya, dalam Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, amalan kerohanian silat telah diturunkan daripada Guru Tua Tuan Haji Ramli Abd. Rahman kepada Guru Utama Tuan Hj. Anuar Wahab untuk disampaikan kepada ahli perguruan PSGFM. Tuan. Hj. Ramli berpesan kepada Tuan. Hj. Anuar katanya, ‘sekiranya ada yang layak, mu perturunkan mengikut upayanya’.

Beberapa amalan kerohanian silat seperti amalan wirid yang bersandar pada Tarekat Ahmadiah dan Muhammadiah serta Qadariah dan Naqsabandiah telah 90

diturunkan kepada Tuan. Hj. Anuar. Tarekat Ahmadiah Muhammadiah adalah mengikut jalur baiah daripada Tuan. Hj. Ramli Abd. Rahman daripada Tuan. Syeikh Abd. Rahman Tohir daripada Syeikh Muhyiddin Hujjatul Muhaqqiqin ‘Afiallah’anhu daripada Saiyidi Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi daripada Saiyidi Ibrahim Rasyidi daripada Waliyul Quthub Saiyidi Ahmad bin Idris R.A. daripada Sayidina Khidir’ Alaihis Salam Quthubul ‘Alam daripada Saidina Ambia ‘wal Mursalin Habibu Rabbil Alamin Saiyidina Muhammad S.A.W. Guru Tua Tuan. Syeikh Abd. Rahman Tohir telah menurunkan warisan mutiara amal wirid dan zikir untuk mengisi kerohanian silat PSGFM yang mengandungi ayat al-Quran, zikir, puji, selawat, istihfar dan doa sebagai salah satu jalan latihan riadah kerohanian silat Melayu. (Temubual Anuar Abd. Wahab 5.7.2008).

Keberkesanan ilmu kebatinan silat khususnya jalan ilmu tarekat telah dibuktikan oleh pahlawan Melayu, Mat Kilau, yang terkenal handal semasa menentang Penjajah Inggeris sekitar TM 1895. Jadi amalan tarekat adalah pelengkap amalan kebatinan ilmu kependekaran Melayu dan diamalkan bersungguh-sungguh apabila umur sudah terlalu tua untuk menguruskan kerja-kerja keduniaan.

2.6 SEMANGAT PATRIOTISME PENDEKAR MELAYU

Ilmu silat bukan merupakan ilmu yang menjadikan seseorang egoistis, melainkan sebaliknya membawa orang untuk berbuat kebajikan sosial yang utuh. Dalam epik Melayu Hikayat Hang Tuah digambarkan Hang Tuah sebagai seorang pendekar raja Melaka yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Semasa dalam buangan di Inderapura, raja Inderapura telah menawarkan jawatan dalam istana raja Inderapura, tetapi Hang Tuah telah menolak. Hang Tuah berkata hanya bertuankan raja Melaka sahaja.(Kasim Ahmad (pnyt.) 1971). Walaupun Hang Tuah ketika itu telah dihukum bunuh oleh raja Melaka, dia masih menumpahkan taat setia kepada raja Melaka. Begitu juga semasa di Majapahit, Betara Majapahit telah merancang bersama perdana menterinya Pateh Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah. Tetapi Hang Tuah lima bersaudara telah dengan beraninya mempertahankan nama baik raja Melaka dan menewaskan pendekar-pendekar Jawa yang cuba membunuh Hang Tuah dan sahabat- sahabatnya. 91

Hang Tuah sanggup mati untuk mempertahankan maruah raja Melaka. Ke mana sahaja Hang Tuah pergi, seperti ke negeri Siam, India, Cina, Brunei dan Turki, dia sentiasa mempertahankan maruah dan nama raja Melaka. Hang Tuah tidak pernah belot, walaupun pada satu ketika, Hang Jebat mengajak Hang Tuah supaya menderhaka kepada raja Melaka. Hang Tuah tidak mahu derhaka malahan dia telah membunuh Hang Jebat kerana menderhaka kepada raja Melaka. Hang Tuah telah menunjukkan sikap seorang pendekar Melayu, untuk dicontohi oleh pendekar- pendekar Melayu selepasnya. Di mana pun tempatnya, begitulah perwatakan seorang pendekar Melayu mengamalkan sikap taat setia dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 M, Tanah Melayu terus dijajah oleh kuasa asing sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Selepas dijajah oleh Portugis, Melaka jatuh pula ke tangan Belanda pada tahun 1641M, pada tahun 1824M Singapura jatuh pula ketangan Inggeris. Pada tahun 1942M Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun dan dalam tahun 1945M Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Komunis selama dua minggu sebelum diambil semula oleh Inggeris. Pada tahun 1957M Inggeris telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sepanjang zaman penjajahan, pahlawan-pahlawan Melayu yang berbekalkan ilmu kependekaran Melayu telah menentang habis-habisan untuk mengusir penjajah keluar dari Tanah Melayu. Mereka berjuang berbekalkan semangat patriotik yang sangat tinggi tanpa mengharapkan imbuhan yang berbentuk material. Para pendekar Melayu merasakan tanggung jawab mereka untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.

Semasa penjajahan Belanda di Melaka, Raja Haji al-Shahid Fi Sabillillah dan angkatan perangnya yang berpengkalan di Riau, telah menyerang Melaka yang menyebabkan Belanda sangat tertekan berlindung di dalam kubu La Famosa tinggalan tentera Portugis. Di zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu, terdapat ramai pendekar Melayu yang memberi tentangan hebat. Antara yang terkenal ialah Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Gajah di Pahang, Dato’ Maharaja Lela dan Tok Sagor di Perak, 92

Tok Janggut di Kelantan, Abd. Rahman Limbong atau Tok Kenali di Terengganu dan Dol Said di Naning, Melaka.

Di zaman penjajahan Jepun, muncul Leftenen Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan Bukit Candu di Singapura dan semasa komunis bermaharaja lela di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun di tangan tentera berikat, muncul pula Panglima Salleh atau Kiai Salleh dengan tentera parang panjangnya menentang pengganas komunis di Batu Pahat, Johor. Semua pahlawan- pahlawan yang berjuang menentang penjajah adalah merupakan pendekar Melayu yang berjuang dengan semangat Patriotisme yang tinggi.

Pengembangan ilmu kependekaran masih berjalan dengan lebih tersusun dan ditambah pula oleh pengikhtirafan di peringkat antarabangsa dengan tertubuhnya Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT). PERSILAT ditubuhkan untuk mengendalikan aktiviti persatuan silat di seluruh dunia terutamanya aktiviti pertandingan ‘silat olahraga’ di peringkat antarabangsa. Silat olahraga telah menjadi sukan beladiri yang diminati di seluruh dunia. Di Malaysia, sukan silat olahraga di pertandingkan di Sukan SUKMA dan juga kejuaraan silat di peringkat kebangsaan. Di peringkat antarabangsa silat olahraga dipertandingkan di Sukan SEA, Kejuaraan Silat Sedunia yang diadakan setiap dua tahun sekali dan Kejuaraan Silat Terbuka Eropah.

Di setiap pertandingan peringkat antarabangsa, atlet Malaysia telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi untuk menaikkan nama negara. Pasukan negara tidak pernah gagal untuk mendapatkan pingat emas dalam Kejuaraan Silat Sedunia, Sukan SEA dan Kejuaraan Terbuka Eropah. Guru-guru silat dari Malaysia telah berjaya mengembangkan silat Malaysia ke Eropah, Amerika, Afrika dan negara-negara Timur Tengah termasuk Palestin. Mengamalkan seni silat dan mengembangkan silat sehingga ke peringkat antarabangsa menggambarkan pendekar- pendekar Malaysia hari ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Terdapat juga kekacauan yang boleh mengancam keselamatan negara telah mendapat kerjasama dari para pendekar untuk menenteramkan keadaan. Pada 2 93

Oktober tahun 2010 M, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan ahli-ahli persatuan silat sebagai tentera nombor tiga negara selepas ATM, Polis dan Askar Wataniah. (Berita Minggu 3.10.2010). Pengikhtirafan ini menggambarkan peranan para pendekar selama ini memang telah memberi sumbangan yang besar terhadap keamanan dan kemerdekaan negara. Para pendekar yang berdisiplin dan sentiasa cintakan negara telah menjalankan tugas masing-masing dengan jujur dan bertanggung jawab dalam apa juga bidang pekerjaan yang mereka ceburi, telah membantu kerajaan membangunkan negara ini.

Ilmu kependekaran Melayu juga menyumbangkan modal insan yang mantap kepada bangsa Melayu dengan menjadi rakyat Malaysia yang taat setia dan berwawasan. Semangat patriotisme pendekar Melayu yang telah ditanamkan oleh guru-guru silat semasa mempelajari ilmu kependekaran telah membantu para pendekar menggunakan ilmunya di tempat yang benar. Rasa tanggung jawab terhadap negara adalah sangat penting untuk menjamin kemerdekaan negara akan terus dinikmati. Inilah sumbangan yang diberikan oleh ilmu kependekaran Melayu untuk menentukan bangsa Melayu dan negara Melayu terus wujud sesuai dengan kata-kata Hang Tuah ‘Tak akan Melayu hilang di dunia’.

2.7 PAKAIAN DAN MUZIK

Para pendekar mempunyai pakaian dan muzik yang tersendiri yang melengkapkan lagi sifat kependekarannya. Pakaian yang dipakai oleh seorang pendekar bersesuaian dengan tugas seorang pendekar iaitu berlawan dan muzik atau lebih dikenali sebagai gendang perang bertujuan untuk menaikkan semangat juang seorang pendekar untuk turun ke medan perang. Pakaian dan muzik termasuk ke dalam adat istiadat seorang pendekar.

94

2.7.1 Pakaian Pendekar

Pakaian silat ialah pakaian yang dipakai oleh seorang pendekar. Pakaian seorang pendekar ialah pakaian yang dipakai oleh seorang lelaki Melayu di zaman tradisi. Dalam Hikayat Hang Tuah ada digambarkan pakaian yang dianugerahkan oleh raja kepada Hang Tuah sewaktu dia hendak pergi bertikam dengan Hang Jebat. Pakaian tersebut terdiri daripada seluar beledu hijau sampai ke lututnya, samping hijau yang bertepi emas dipahat bersirat, ikat pinggang atau bengkong, berbaju kesumba , mastul atau tengkolok yang ringkas dan Keris Parong Sari.

Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja seraya memakai di hadapan raja: pertama di-pakai-nya seluar beledu hijau sampai ke-lutut-nya, sudah itu maka berkain hijau yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan di-ikat pinggang khalifah tujuh belit bersurat ayat Quran dan berbaju kesumba murup bersurat doa besar-besar dan memakai keris Parong Sari. Maka mastul pemberian Sheikh Mansor itu dipakainya.

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan pakaian Hang Tuah ketika hendak pergi bertikam dengan Hang Jebat. Pakaian ini dipakai oleh Hang Tuah ketika hendak berlawan, maka tidak syak lagi inilah pakaian pendekar. Pakaian silat ialah pakaian yang dipakai oleh seorang pendekar. Pakaian seorang pendekar ialah pakaian yang dipakai oleh seorang lelaki Melayu di zaman tradisi. Oleh sebab pakaian ini digunakan untuk pertarungan, terdapat beberapa ciri fizikal dan spiritual dilakukan sebagai persiapan untuk membantu pemakainya mencapai kemenangan.

Antaranya seluar singkat paras lutut untuk memudahkan pergerakan, ikat pinggang yang sepanjang tujuh belit boleh menjadi perisai daripada tusukan keris lawan, ayat al-Quran yang ditulis di bengkung sebagai azimat, mastul pemberian daripada guru yang keramat mempunyai hikmat dan keris dipakai dengan sampir keluar di hadapan menunjukkan pemakai mencari lawan dan mudah untuk dicabut daripada sarungnya. Keadaan ini menunjukkan baju Melayu memang sesuai dipakai untuk bersilat. Hikayat Awang Sulung Merah Muda menggambarkan pakaian Awang Sulung seperti berikut: 95

Seluar panjut panjang kaki, Meratus cermin di kaki, Bajunya baldu ainul-banat, Dicabik sikit dijerumat, Harganya lima keti juga, Dikena ikat pinggangnya, Anak cindai, anak serasah, Kainnya kain Bugis Kembayat, Bukan Kembayat zaman ini, Kembayat zaman dahulu, Tengkolok kampuh pelangi, Bukan pelangi zaman ini, Pelangi zaman dahulu Kerisnya sempena ganja iras, Sebulan dagang menggalas, Jejak ditikam mati juga, Pedang Jenawi lantai balai, Diam di dalam cembol gading, Minyak bernama silompat pagar, Sebulan dagang menggalas, Baunya ada tercium juga. (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1995)

Talibun ini menggambarkan, pakaian pendekar Melayu terdiri daripada seluar panjang, baju Melayu, bengkong atau ikat pinggang, tengkolok, keris, pedang dan minyak wangi. Seperti pakaian Hang Tuah, pakaian Awang Sulung juga telah di sertakan dengan hikmat atau diisi dengan ilmu kebatinan. Bengkongnya diperbuat daripada kain cindai, sejenis kain yang kuat, boleh digunakan untuk membuat ikatan, kerisnya telah diisi dengan bisa, walaupun musuh telah sebulan lari, dengan hanya menikam jejaknya, musuh itu akan mati. Sarung pedangnya diperbuat daripada gading. Minyak wanginya, baunya boleh tahan sampai sebulan. Sebagai pendekar, bukan sahaja dia beramal, tetapi pakaian pun telah dipasang dengan ilmu hikmat sebagai persiapan untuk mempertahankan diri. Seluar labuh sampai keting, Itu pakaian raja-raja, Atau datuk dan panglima, Atau orang patut-patut, Atau orang berbangsa, Yang duduk di helat jamu, Atau majlis di balai besar. (Tenas Effendi 1989)

96

Seluar yang dipakai oleh raja-raja atau pembesar seperti yang berpangkat datuk atau panglima, seluarnya labuh sampai ke keting. Seluar yang dipakai oleh panglima yang hendak pergi bertarung, panjangnya paras lutut sahaja, seperti yang dipakai oleh Hang Tuah ketika hendak pergi bertikam dengan Hang Jebat. Walau apa pun fesyennya, terdapat dua ciri utama pada baju dan seluar pendekar iaitu saiz yang sangat longgar dan terdapatnya pesak. Pada baju pesak terdapat di bahagian bawah ketiak dan pada seluar pesak terdapat di bahagian bawah cawat.(Tuan Ismail Tuan Soh 1991) Kalau memakai keris, Keris tersisip sebelah kiri, Kalau memakai keris terlentang, Itu tanda mencari lawan Kalau keris sampir terlungkup, Keris tidak mencari lawan, Yang dipakai dalam jamuan, Yang dipakai pergi bertandang.

(Tenas Effendi 1989).

Cara memakai keris ialah dengan menyisipkan di pinggang sebelah kiri. Kalau keris dipakai dengan sampir telentang bermakna pemakainya mencari lawan untuk bertikam. Kalau memakai keris sampirnya terlungkup, bermakna tidak mencari lawan dan datang untuk berdamai. Kalau keadaan mencurigakan, pendekar biasanya akan mengalihkan kedudukan sampir keris, dari terlungkup ditukar kepada kedudukan terlentang, supaya senang dicabut apabila hendak digunakan untuk bertikam dengan lawan. “Maka di-lihat oleh Pateh Kerma Wijaya dan Tun Tuah orang mengamuk itu terlalu huru hara bunyi-nya. Maka Tun Tuah pun segera menyelak pendua-nya dan menyinsing tangan baju-nya serta memegang hulu keris panjang-nya serta memekis,”Cheh, bukan orang-nya yang hendak dichuba-chuba itu!” Maka segala Melayu pun menyelak pendua-nya dan memegang hulu keris panjang-nya beringat.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan sikap waspada seorang pendekar yang di- tunjukkan melalui tindakannya membetulkan kedudukan keris pendek atau pendua. Dalam keadaan yang mencurigakan, seorang pendekar bersikap pro-aktif, bersedia 97

lebih awal dengan segala kemunkinan diserang.Menyelak pendua bererti menentukan tidak ada benda yang menghalang untuk mencabut keris pendek.

Rajah: 2.9 Pakaian pendekar terdiri daripada tengkolok, baju, seluar, samping, bengkong dan baju layang.

Baju layang (tengah) ialah baju tambahan yang dipakai di lapis luar baju Melayu. Keris adalah pelengkap pakaian pendekar tersisip di pinggang kiri.

Pakaian pendekar adalah pakaian harian bagi orang Melayu dalam zaman keagongan kesultanan Melayu. Walau bagaimanapun terdapat beberapa larangan yang membezakan pakaian rakyat biasa daripada pakaian orang kenamaan negeri. Contohnya dalam zaman Melaka diperintah oleh Sultan Muhammadn(1424 – 1444), Sultan Melaka yang ketiga, orang kebanyakan dilarang memakai tengkolok dan berkain samping kecuali setelah dianugerah atau diizinkan oleh Sultan. (Buyong Adil 1973). Pada umumnya pakaian pendekar itu terdiri daripada baju, seluar, tengkolok, samping dan bengkong. Keris yang merupakan senjata adalah sebagai pelengkap pakaian seorang pendekar. Pada zaman dahulu berpakaian bagi seorang lelaki tanpa berkeris seolah-olah seperti bertelanjang.

Ini bermakna, tanpa keris pakaian adalah tidak lengkap. Hal yang sama dapat dilihat dalam catatan sejarah Johor, pada tahun 1824 semasa Dr. Crawfurd, Residen Singapura, menyuarakan pendapat untuk mengharamkan penggunaan senjata tajam. 98

Cadangan itu di tolak oleh Sultan dan Temenggong kerana merasa telanjang tanpa keris di pinggang. (Hanizah Jonoh 1997). Merasa telanjang kalau tidak memakai keris ialah merasa janggal. Tanpa senjata, seorang pendekar itu berasa terdedah kepada bahaya dan kurang keyakinan diri. Dalam talibun tentang pakaian lelaki Melayu di atas, keris termasuk dalam set pakaian Melayu. Kehadiran keris bukan sahaja sebagai senjata, tetapi untuk menambahkan kesegakan dan maruah seorang lelaki. Ini bermakna setiap orang lelaki Melayu mesti tahu bersilat. Membawa senjata tanpa menguasai ilmu bermain senjata adalah sangat membahayakan pemilik senjata tersebut. Musuh boleh merampas senjata tersebut dan menikam tuannya. Inilah dinamakan senjata makan tuan.

“Pada zaman dahulu (sebelum abad ke-20) seni silat merupakan ilmu yang mesti dimiliki oleh seseorang lelaki untuk mempertahankan diri, bangsa dan negara. Sejak kecil lagi selain dihantar berguru untuk mempelajari Al-Quran, anak lelaki diwajibkan mempelajari seni silat. Mereka yang selesai pengajian digelar pendekar dan layak dipanggil untuk mempertahankan negeri apabila adanya peperangan. Seseorang lelaki dianggap lengkap berpakaian apabila menyelitkan keris dipinggangnya. Elemen senjata bagi seorang lelaki atau pendekar bukan sahaja sebagai alat untuk mempertahankan diri tetapi tetapi berkaitan dengan soal maruah dan prinsip.” (Hanizah Jonoh 1997)

Daripada petikan di atas, kita dapat melihat kepentingan senjata bagi seorang pendekar bukan hanya sebagai senjata untuk mempertahankan diri tetapi ia melibatkan soal maruah dan prinsip. Tanpa senjata, seseorang itu akan mudah dikalahkan, dan ini amat memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Setiap komponen pakaian pendekar itu ada fungsinya yang dapat membantu pemakainya apabila keadaan memerlukan, sesuai dengan tugasnya sebagai seorang pendekar. Tengkolok memastikan rambut orang yang sedang bertarung terikat rapi.

Dengan itu orang yang sedang bertarung tidak terganggu penglihatannya. Selain itu tengkolok juga boleh juga digunakan untuk membalut luka atau dibuat anduk sekiranya tangan terseliuh atau patah. Belitan bengkung di sekeliling pinggang berfungsi menyelamatkan perut seseorang daripada ditembusi oleh senjata tajam dengan mudah, menambahkan keselesaan dan kekemasan sewaktu melakukan gerak 99

silat, dijadikan tali untuk mengikat musuh yang tertangkap dan untuk membalut atau mengikat anggota yang tercedera. Kain samping boleh digunakan sebagai pengikat tangan yang terseliuh ataupun patah. (mengendong lengan).

Kain samping juga boleh digunakan sebagai alat untuk menangkis sebarang senjata yang dilemparkan atau menangkap sebarang tikaman yang dilancarkan. Baju dan seluar Melayu sengaja dilonggarkan supaya tidak mudah terkoyak ketika dipakai sewaktu berlawan atau bersilat dan dapat bergerak dengan bebas tanpa gangguan disebabkan seluar atau baju yang ketat. (Tuan Ismail Tuan Soh 1991). Daripada penjelasan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pakaian pendekar bukan sahaja memenuhi nilai estatik, malah berfungsi sebagai alat yang penting untuk menyelamatkan diri pada saat-saat genting dalam pertarungan.

2.7.2 Muzik Silat (Gendang Perang)

Muzik silat ialah bunyi-bunyian yang mengiringi aktiviti bersilat. Muzik silat bukan sahaja mengiringi persembahan silat untuk hiburan malahan ia amat diperlukan untuk menaikkan semangat pendekar yang sedang bersilat. Dalam Hikayat Hang Tuah muzik silat dinamakan ‘gendang perang’. Dalam peristiwa pertikaman antara Hang Tuah dengan Megat Panji Alam di Inderapura, Megat Panji Alam mengarahkan gendang perang dibunyikan untuk mengiringi beliau berlatih silat sebagai persediaan untuk bertikam dengan Hang Tuah.

‘Maka Megat Panji Alam pun menyuruhkan orangnya memalu bunyi-bunyian. Maka gendang perang pun di-palu orang-lah. Maka Megat Panji Alam pun mengambil lembing perisai-nya lalu turun ke-tanah, serta memekis, kata-nya,”Cheh, raja Melaka! Mati engkau oleh ku!” serta melompat seperti Rajawali tangkas-nya bermain lembing dan perisai, seperti singa yang galak lakunya, tiada membilang lawan-nya.’ (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini memperlihatkan peranan gendang silat dalam menaikkan semangat untuk berlatih silat. Dalam latihan ini Megat Panji Alam melakukan belebat dan jurus silat yang pantas menggunakan lembing dan perisai. Setiap latihan silat mesti diiringi oleh gendang perang, baru dapat menaikkan semangat orang yang berlatih dan yang 100

menonton. Muzik silat bukan sahaja berperanan untuk mengiringi latihan , tetapi digunakan untuk mengiringi peperangan yang sebenar, itulah sebabnya muzik silat dinamakan gendang perang.

“Pergendangan silat Melayu adalah berasal daripada gendang perang kerajaan Melayu tradisi. Boleh dikatakan semua jenis angkatan perang berbagai bangsa dan negara tradisi dan moden mempunyai pasukan Pancaragam Tentera atau Gendang Perang dan di waktu aman digunakan sebagai hiburan tentera.” (Anuar Abd. Wahab 2008)

Menurut petikan ini, gendang perang ini wujud bukan sahaja di zaman tradisi tetapi di zaman moden ini pun, setiap tentera ada pancaragam tentera atau gendang perang. Dalam buku sejarah China, Ling Shu ada menyebutkan, antara tahun 530-535M, peperangan yang berlaku di Kelantan diiringi oleh tiupan serunai dan paluan gendang.

“Negeri Dan Dan (Kelantan) terkenal pada zaman Dinasti Shui. Nama raja Sri Linga, memerintah lebih 20,000 keluarga. Kalau berpergian, dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika berperang orang meniup serunai dan memalu gendering. Hukumannya keras, pencuri tak pandang dosanya, besar kecil semua dibunuh.” (Liang Liji 1996)

Dalam petikan di atas, perkara yang penting dicatatkan ialah di Kelantan peperangan diiringi oleh gendang perang yang terdiri daripada serunai dan gendang. Maknanya, muzik silat mempunyai peranan yang penting dalam menaikkan semangat pendekar untuk berjuang di medan perang, bukan sekadar mengiringi permainan silat pulut sahaja. Di sini dicatatkan dua alat penting dalam muzik gendang perang iaitu serunai dan gendang. Pada hari ini muzik silat dari aliran perguruan yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu seperti Seni Gayung Fatani Malaysia memakai alatan muzik yang terdiri daripada serunai, gong, gendang anak dan gendang ibu.

Silat jenis ini dikenali sebagai silat tari kerana gerak seni silat ini mengikut alunan serunai yang kelihatan seolah-olah menari kerana geraknya yang lembut. Perguruan Silat Seni Gayung Fatani merupakan silat Melayu yang mewarisi dan mengekalkan penggunaan pergendangan silat Melayu. Pancaragam pergendangan silat Melayu dimainkan oleh empat orang yang menggunakan peralatan yang telah 101

disebutkan di atas. Pergendangan Silat masih terdapat nama Lagu Fatani. Lagu Fatani terdapat dua rentak yang berbeza iaitu rentak irama Silat Tari dan rentak irama Silat Tempur. Lagu Tari berirama lambat sesuai untuk mengiringi pesilat melakukan Bunga Silat dan Tapak Empat, manakala Lagu Tempur berirama pantas, keras dan bersemangat bagi mengiringi tempur silat yang bergerak pantas. Terdapat nama-nama lagu dan irama yang lain seperti Lagu Berjalan, Lagu Kedah, Kerbau Berambat, Lagu Layang-Layang Mas, Bujang Terlajak dan sebagainya. Pada tahun 1995 pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu telah berusaha memartabatkan pergendangan silat Melayu dengan mengadakan Kursus dan Bengkel Pergendangan Silat Melayu tempatan dinamakan sebagai Muzik Silat Baku Malaysia. Tugas menotasikan lagu-lagu silat Melayu telah dilakukan oleh En. Nik Mustapha Nil Salleh. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia terus mengekalkan penggunaan muzik silat baku Malaysia. (Anuar Abd. Wahab 2008). Secara resminya, Muzik Silat Baku ini akan mengiringi persembahan silat Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini disebabkan terdapat muzik silat yang berasal dari Indonesia Ini disebabkan terdapat muzik silat yang berasal dari Indonesia seperti peralatan Muzik Caklempong yang mengiringi silat-silat yang berasal dari Sumatera dan peralatan Muzik Gamelan yang mengiringi silat-silat yang berasal dari Pulau Jawa. (Abd. Rahman Ismail 2008).

Rajah: 2.10 Alatan Muzik Silat Baku Malaysia

102

2.8 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya dalam ilmu kependekaran Melayu di Malaysia, pengamal amat mematuhi adat istiadat dalam ilmu kependekaran. Pengamal yakin Allah atau makhluk ghaib yang didampingi tahu apa yang dia lakukan dan pelanggaran adat istiadat akan mendatangkan kesan. Taat setia kepada raja adalah adat istiadat utama pendekar Melayu. Pendekar Melayu tetap menganggap Hang Tuah yang taat setia kepada raja sebagai wira bangsa Melayu. Adat istiadat dalam kependekaran Melayu menentukan para pendekar dapat menerima ilmu dan berdisiplin dalam semua tindakan. Bagi guru silat pula, mengajar silat merupakan tanggung jawab sosial demi menjaga bangsa dan agama. Dalam permainan silat Melayu asli, adat istiadat memelihara keharmonian dan menjamin keselamatan para pendekar. Pelanggaran adat istiadat menyebabkan ilmu tidak menjadi dan boleh mendatangkan musibah kepada pengamal.

BAB III

TEKNIK ASAS SENI SILAT MELAYU SEBAGAI TEKNIK FIZIKAL ILMU KEPENDEKARAN MELAYU SERTA SENJATANYA.

3.1 PENGENALAN

Ilmu kependekaran Melayu menggunakan seni silat sebagai teknik fizikal dan senjata senjata tradisional sebagai alat bantu. Teknik asas seni silat Melayu ialah cara-cara menangkis serangan tikam, parang dan tetak. Sesuai dengan status sebagai ilmu perang, teknik asas seni silat Melayu dicipta sesuai untuk menangkis serangan bersenjata. Senjata-senjata tradisional Melayu pula terbahagi kepada senjata pendek, senjata panjang dan senjata yang dilancarkan dari jarak jauh, termasuklah senjata api. Sebagai ilmu perang, teknik fizikal dilengkapi dengan pengamalan ilmu kebatinan, terutamanya ilmu kebal. Seni Silat Melayu mempunyai cirri-ciri yang tersendiri dan pengajarannya berpandukan sukatan pelajaran yang tidak bertulis untuk menjamin kerahsiaannya. Secara umumnya pelajaran silat terdiri dari bunga silat, jurus silat, belebat silat, buah pukul, tempur silat dan permainan seni silat tradisional.

3.2 TEKNIK FIZIKAL ILMU KEPENDEKARAN MELAYU.

Teknik fizikal ilmu kependekaran Melayu merujuk kepada teknik fizikal yang terdapat dalam seni silat Melayu. Seorang pendekar mestilah menguasai ilmu persilatan Melayu di mana ilmu kebatinannya merujuk kepada kepercayaan tradisi (anamisma) dan Islam (Hermansyah 2010) manakala aspek fizikalnya merujuk kepada teknik- teknik seni silat Melayu.

Seseorang yang mengamalkan ilmu kebatinan sahaja, tanpa menguasai teknik fizikal seni silat Melayu tidak boleh digelar sebagai pendekar. Atau mengamalkan ilmu kebatinan tetapi teknik fizikalnya mengamalkan seni beladiri dari luar negara

104

seperti karate, tae kwon do, tomoi atau wushu, tidak boleh digelar pendekar, kerana gelaran pendekar hanya diberikan kepada orang yang menguasai teknik fizikal seni silat Melayu dan menguasai ilmu kebatinan. Sebagai contoh, Hang Tuah seorang wira Melayu dalam karya epik Melayu Hikayat Hang Tuah merupakan seorang pendekar yang menguasai seni silat Melayu dan ilmu kebatinan.

Maka titah Seri Betara,”Hai Pateh Gajah Mada, ada pun ku lihat Laksamana itu bukan barang2 orang dan bukan barang2 hulubalang dengan berani-nya dan bijaksana; shahadan tahu-nya pada ilmu firasat dan ilmu penjurit dan tahu pada bermain senjata jangan di-kata lagi; sukar-lah kita mengenai.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan ilmu yang dimiliki oleh Hang Tuah yang terdiri daripada ilmu firasat iaitu ilmu yang dapat meramalkan tentang sesuatu yang akan berlaku, ilmu penjurit iaitu ilmu pejuang yang menumpukan kepada strategi peperangan dari aspek zahir dan batin. Bermain senjata merujuk kepada teknik fizikal seni silat. Ilmu bermain senjata dirujuk juga sebagai ilmu hulubalang. (Hikayat Hang Tuah, 1971, 493-495).

Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun di-ajar oleh Sang Persanta Nala akan akan ilmu segala penjurit dan hulubalang, tetapi terlebeh juga Laksamana; di-ajar-nya pelbagai ilmu dan syarat hulubalang dan ilmu penjurit itu. (Hikayat Hang Tuah1971)

Ilmu hulubalang dalam petikan ini merujuk kepada ilmu seni silat yang terdiri daripada teknik fizikal dan ilmu kebatinan. Dalam Sulalatus Salatinada menyebut akan kegemaran Hang Tuah menuntut ilmu hulubalang semasa berada di negeri Melaka.

Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerja-nya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang -orang muda sebagainya. (Sulalatus Salatin 1996)

105

Sebagai perbandingan tentang ilmu seni silat yang terdapat di Malaysia, kita tinjau ilmu persilatan yang terdapat di Sumatera yang ada dirakamkan dalam sebuah karya epik yang berjudul Hikayat Cindur Mato.

Bundo Kandueng selaku raja Alam Minangkabau dengan sifat keibuannya tidak menbedakan kasih-sayang antara anak kandung dengan para pendekar lain. Seluruh ilmu diturunkan kepada mereka terutama yang menyangkut ilmu kebatinan yang memberi bobot dalam ilmu silat, hanya dapat dimiliki oleh Sutan Rumandueng dan Cindue Mato. (Mid-Jamal 1986)

Apa yang penting dalam petikan ini ialah Cindue Mato merupakan seorang pendekar yang menguasai ilmu kebatinan selain dari teknik fizikal seni silat. Cindue Mato yang mahir dalam seni silat dapat menguasai ilmu kebatinan yang diturunkan oleh Bundo Kandueng, yang dinyatakan oleh ayat ‘Seluruh ilmu diturunkan kepada mereka(para pendekar) terutama yang menyangkut ilmu kebatinan yang memberi bobot dalam ilmu silat, hanya dimiliki oleh Sutan Rumandueng dan Cindue Mato’.

Cindue Mato merupakan seorang wira dalan karya epik Minangkabau yang bertajuk Hikayat Cindur Mato.Seni silat marupakan ilmu perang bangsa Melayu. Sebagai ilmu perang, teknik-teknik yang digunakan dalam seni silat Melayu adalah teknik untuk mempertahankan diri dari serangan bersenjata.

Tidak ada istilah beladiri tangan kosong dalam silat Melayu kerana tidak ada peperangan yang berlaku tanpa menggunakan senjata. Jadi semua teknik dalam silat Melayu boleh menangkis serangan bersenjata dan menyerang dengan senjata. Senjata- senjata yang digunakan dalam silat Melayu ada yang panjang dan ada yang pendek dan ada senjata yang dilancarkan dari jarak yang jauh. Senjata pendek seperti keris pendek, kerambit, lawi ayam, tumbuk lada, badik, rencong Aceh dan pisau.

Senjata panjang seperti parang panjang, keris panjang, pedang, keris sundang dan tombak. Senjata yang dilancarkan dari jauh seperti panah, sumpitan, lembing, , ekor lotong, senapang dan meriam. Dalam silat Melayu terdapat banyak teknik bukan setakat ratusan malahan sampaian puluhan ribu, tetapi konsep asasnya ada tiga sahaja iaitu untuk menangkis serangan tikam, serangan parang dan serangan

106

tetak, kerana serangan yang datang pada asasnya ada tiga sahaja iaitu serangan tikam, parang dan tetak. Jadi dalam pelajaran silat Melayu, setiap pesilat dilatih untuk mempunyai kemahiran bagi menangkis serangan tikam, parang dan tetak. Gambarajah dibawah menunjukkan serangan tikam,parang dan tetak.

Rajah 3.1 Teknik Serangan Asas Dalam Seni Silat Melayu.

Dalam pelajaran seni silat gayung fatani, hanya terdapat tiga buah sahaja, iaitu buah tikam, buah parang dan buah tetak. Pelajar dilatih untuk menyambut tiga jenis serangan ini dan latihan serangan yang asas ialah latihan tikam, parang dan tetak.

107

Disebabkan perkara ini terlalu penting, dalam permainan tradisi silat fatani, kedua-dua pemain silat diwajibkan membuat serangan dan menyambut tiga jenis serangan ini. Ini telah diamalkan oleh ahli-ahli perguruan ini sejak baratus-ratus dan mungkin beribu- ribu tahun yang lampau. Di bawah ini dipaparkan rentetan sambutan serangan tikam dan teknik melepaskan tangkapan tikam.

Rajah 3.2 Teknik Sambut Serangan Tikam.

Dalam pelajaran Seni Silat Semulajadi, menurut En. Hashim bin Ismail, seorang guru kanan perguruan tersebut, setiap pelajar diajarkan tiga jenis sambut untuk menyambut tiga jenis serangan tersebut. Untuk menyambut serangan tikam, tekniknya dinamakan sambuik jantan (sambut jantan), untuk menyambut serangan parang, tekniknya dinamakan sambuik gado bacang dan untuk menyambut serangan tetak, tekniknya dinamakan sambuik antak. Setiap sambut ini disudahi dengan menghempaskan lawan kebumi.(Temu bual diadakan dalam tahun 1973) Ketiga-tiga teknik ini diajarkan semasa pelajar mempelajari buah pukulan. Buah-buah ini digunakan semasa mempertahankan diri dalam pertarungan sebenar dan tidak dipertuntunkan kepada umum dalam demonstrasi kerana ia merupakan rahsia perguruan.

Tetapi dalam perguruan seni silat fatani, ketiga-tiga teknik ini diajarkan dalam kaedah permainan seni supaya teknik ini selalu digunakan bagi mendatangkan kemahiran kepada pesilat, demikian menurut pendapat guru utama pertubuhan, Tuan

108

Haji Anuar Abd. Wahab.(Temu bual diadakan pada tahun 1983). Dalam pelajaran Silek Rimau Sompo, tiga jenis teknik dilakukan dalam permainan seni silat sembah pengantin, iaitu demonstrasi silat yang selalu dilakukan dihadapan pasangan pengantin semasa upacara persandingan. (Temu bual dengan guru silat tersebut, En. Adnan Bagindo Nazar,1987). Teknik-teknik tersebut ialah menyambut serangan tikam, menyambut serangan parang dan menyambut serangan tetak.

Dalam pelajaran seni silat Melayu yang asal, tidak banyak menggunakan serangan kaki tetapi banyak menggunakan kaedah elakkan, tangkisan dan tangkapan yang menggunakan tangan dan mengalihkan kedudukan badan. Teknik ini banyak digunakan dalam melakukan bunga sembah silat. Ini mungkin disebabkan, seni silat merupakan ilmu perang yang digunakan dalam perlawanan bersenjata dan dalam keadaan perlawanan yang ramai. Menyerang dengan kaki adalah bahaya kerana akan dicantas oleh musuh dengan parang atau pedang. Sebab itu, pesilat sering menggunakan perisai sewaktu berlawan untuk menangkis ketiga-tiga jenis serangan tersebut. Penggunaan perisai ini ada digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah.

“Maka Laksamana pun amarah lalu mengambil pedang perisai keluar. Maka Laksamana pun menyembah lalu turun berhadapan dengan pahlawan itu. Sa-telah pahlawan itu melihat Laksamana sudah turun maka segera diparangnya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkiskan parang-nya itu, kerana memarang dengan dua belah tangan-nya.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini Hang Tuah menangkis serangan pedang itu dengan menggunakan perisai. Serangan yang ditangkis oleh Hang Tuah mungkin serangan tetak atau serangan parang. Dalam peperangan di mana perlawanan menghadapi musuh yang ramai dan menggunakan senjata panjang seperti pedang, teknik tangkapan jarangdigunakan. Hanya teknik elakkan dan tangkisan yang banyak digunakan.

Anuar Wahab, Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia menerangkan, menurut Tuan Haji Ramli( Tok Ya Ramli, Guru Tua PSGFM) sewaktu membuat persiapanuntuk berperang dengan Siam, perajurit Patani berdiri bersaf-saf seperti dalam sembahyang dan berlatih serangan tikam, parang dan tetak di ikuti

109

dengan latihan teknik tangkisan serangan tikam, parang dan tetak dengan menggunakan pedang atau parang panjang. Dalam silat Melayu jarang sekali menggunakan perisai atau baju besi sebagai persiapan untuk menghadapi peperangan. Dalam hal untuk mengelakkan kecederaan, para pendekar silat bergantung kepada ilmu kebatinan seperti ilmu kebal, ilmu tidak kena oleh serangan atau musuh tidak nampak sasaran untuk diserang. Penggunaan ilmu kebatinan seperti ini banyak digambarkan dalam teks-teks Melayu kelasik.

“Hatta, dengan demikian maka dipersembahkan orang pada ke bawah duli Phra Cau mengatakan, “Bendahara itu duduk menghimpunkan segala menteri hulubalang dan rakyat hendak durhaka ke bawah duli tuanku dan orang yang minum air kebal di atas Bukit Sai ada empat puluh yang tiada dimakan oleh senjata”. (Hikayat Patani1992)

Dalam petikan ini, hulubalang-hulubalang yang akan pergi berperang, membuat persiapan untuk menjadi kebal dengan meminum air kebal. Ini akan dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk pergi berperang tanpa berasa was-was akan keselamatan mereka.

“Maka titah raja Siam, “Apa sebab Melaka diserang Siam, tiada alah?” Maka Tun Telanai pun menyuruh memanggil orang Suir, seorang tua, lagi untut kedua kakinya. Maka di-suruh oleh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunya. Maka orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, maka ditahan kannya belakangnya; maka lembing itu jatuh ke atas belakangnya mengantul jatuh ke tanah, sedikit pun tiada garis belakangnya. Maka sembah Tun Telanai,”Inilah sebabnya maka Melaka diserang tiada alah, kerana semuanya orang Melaka demikian belaka.”

(Sulalatus Salatin 1986)

Petikan ini menggambarkan salah satu kekuatan tentera Melaka yang menyebabkan mereka tidak dapat dikalahkan oleh bala tentera Siam ialah mereka memiliki dan mengamalkan ilmu kebal. Kalau sudah kebal mereka tidak memerlukan baju besi untuk mempertahankan diri.

“Maka segala Feringgi itu pun amarah lalu memasang meriam terlalu gempita. Maka Dong Suala pun berbedil-bedilan dengan Maharaja

110

Setia. Maharaja Setia pun mengambil istingar, maka di--nya kena pada Dong Suala; Dong Suala pun rebah terdudok. Maka di- bedil-nya oleh seldadu di-mitar-nya di-tuju-nya akan Laksamana, kena, lalu di-bawa-nya oleh peluru itu sa-puloh depa terpelanting. Maka Laksamana pun jatoh ka-ayer, tetapi suatu pun tiada luka.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan ini menggambarkan, ilmu seni silat bukan hanya digunakan untuk berlawan dengan senjata tradisional seperti keris dan pedang tetapi juga mampu untuk melawan senjata api seperti istingar dan meriam. Kerasionalnnya ialah ilmu silat dilengkapi dengan ilmu kebatinan, dan dalam petikan ini, Hang Tuah telah terkena bedilan senjata api tetapi tidak luka kerana Hang Tuah memiliki ilmu kebal, jadi tidak luka oleh besi walaupun telah dibawa oleh peluru sejauh sepuluh depa. Penggunaan ilmu kebatinan adalah sebagai pelengkap kepada teknik-teknik fizikal seni silat dan inilah yang menjadikan seni silat itu lengkap sebagai ilmu perang.

Sarjana-sarjana Barat seperti R.O Winstedt, Wilkinson, Maxwell dan lain-lain lagi mengatakan pengarang Melayu sengaja mengada-adakan unsur-unsur luarbiasa seperti kebal dan serangan musuh tidak mengenai sasaran dengan tujuan untuk membesar-besarkan wira sehingga karya itu dipenuhi unsur dongeng yang jauh dari kebenaran dan tidak berfaedah untuk dibaca. Unsur ilmu kebal ini terdapat hampir dalam semua kisah perang bangsa Melayu. Dalam epik Minangkabau, Hikayat Tjindur Mata, terdapat watak yang kebal seperti digambarkan dalam petikan berikut.

“Setelah bertemu Tiang Bungkuk, lalu berperang keduanya, ganti pantjung-memantjung, ganti tikam menikam, tetapi seorang pun tak jang luka, djangankan luka gores pun tidak. Bagai memakuk batu keras, bordering pedang tiba didjangat, begitulah keras kulit Tiang Bungkuk; berapa banyak pedang yang patah, berapa pula banjak jang sumbing.”

(Hikayat Tjindur Mata1964)

Dalam petikan ini, kedua-dua pendekar Tiang Bungkuk dan Tjindur Mata memiliki ilmu kebal dan kedua-duanya tidak lut oleh besi. Kalau dalam karya epik kita anggap unsur kebal ini sengaja diada-adakan, tetapi kalau unsur kebal ini terdapat dalam karya sastera sejarah seperti Tuhfat Al-Nafis mungkin ada kebenarannya.

111

Panglima Minangkabau terlompat-lompat, memecahkan silat langkah empat, dengan Bugis sama berapat, mencencang jenawi sangatlah cepat. Kenalah Bugis pada bahunya, tiadalah lut pada badannya, dengan Bugis sama berapat, Bugis pun segera menghunuskan kerisnya. (Tuhfat Al-Nafis 1965)

Dalam petikan ini menggambarkan peperangan antara tentera Minangkabau di bawah pimpinan Raja Kecik, menentang tentera Bugis di bawah pimpinan Opun Daeng Parani lima bersaudara. Jelas menunjukkan panglima Minangkabau menggunaka pencak silat dan panglima Bugis menggunakan ilmu kebal tidak lut ditetak . Sekarang mari pula kita tinjau pendapat sarjana tempatan tentang ilmu kebal ini.

“Hang Tuah is said to have achieved this state: hence he could not be killed by weapons. This concept is still operative in Malaysian societies today. At the beginning of BMA period several ‘invulnerable groups’sprang up to lead the Malays fight Chinese terrorists gangs. Panglima Salleh of Batu Pahat who is still living, was a leader of one of the groups.”

(Kassim Ahmad 1966:7).

Petikan ini cuba menggambarkan akan kebenaran kewujudan unsur kebal dalam ilmu kebatinan silat Melayu. Hang Tuah yang dikatakan telah mencapai tahap kekebalan tidak dapat dibunuh dengan senjata. Panglima Salleh yang masih hidup sewaktu makalah di atas di tulis menunjukkan peristiwa itu masih baru berlaku dan saksi yang melihat kejadian itu di depan mata masih lagi hidup kerana pertempuran itu berlaku sekitar tahun 1945. Salah seorang saksi yang hidup sezaman dengan Kiai Salleh dan menyaksikan kehebatan Kiai Salleh dan pengikutnya ialah penulis novel Sejarah,Zaharah Nawawi. Dalam sebuah rencana Berita Minggu, bertarikh 2 Disember, 2007, m.s 11, Zaharah menyatakan:

“Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja,” katanya. “Antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai

112

pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.”

(Nasron Sira Rahim Berita Minggu.12.2007)

Dalam petikan di atas, adalah kenyataan saksi yang hidup sezaman dengan Kiai Salleh. Antara kesan ilmu kebatinan Kiai Salleh ialah tidak kena oleh tembakan senapang musuh, musuh melihatnya besar seperti gergasi, parang milik Kiai Salleh boleh terbang mencari musuh, boleh menghilangkan diri dari pandangan musuh dan boleh melentur besi disamping kebal dan tidak dimakan besi. Kiai Salleh merupakan tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor. Kisah pahlawan Melayu yang memiliki ilmu kebatinan dan ilmu kebal ini juga hebat diperkatakan ketika orang Melayu bangun menentang penjajahan Inggeris pada abad ke19. Orang- orang yang mengetuai penentangan terhadap Inggeris ini merupakan pendekar- pendekar silat seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Bahaman di Pahang, Dato’ Maharaja Lela dan Tok Sagor di Perak, Abd. Rahman Limbung atau Tok Kenali di Terengganu dan Tok Janggut di Kelantan.

“The Kelantan uprising against the British in 1915 was organised by Haji Mat Hassan bin Panglima Munah, more commonly known as Tok Janggut, the son of a Kelantan Panglima also an expert in many forms of silat and renowed for his mastery ofilmu kebal.”

(Razha Rashid 1990: 86)

Dalam petikan ini, menyatakan Tok Janggut, yang memimpin pemberontakan di Kelantan mahir dalam beberapa jenis silat dan mengamalkan ilmu kebal. Jadi tidak ada senjata yang boleh mencederakannya. Tok Janggut dan pengikutnya, tidak gentar berperang dengan tentera Inggeris walaupun tentera Inggeris menggunakan senjata api seperti senapang dan meriam. Kita tahu akhirnya, Tok Janggut telah terbunuh oleh senjata api Inggeris, tetapi ini tidak bermakna ilmu kebal itu dongeng. Mat Kilau telah membuktikan seni silat Melayu adalah ilmu perang yang berkesan dan ilmu kebatinan bukanlah perkara dongeng. Mat Kilau belajar silat dari bapa mertuanya, Imam Daud dan kemudian meneruskan pelajaran silat dengan bapanya Imam Rasu atau Tok Gajah. Guru ilmu kebatinannya ialah Haji Muntuk, seorang Mufti Pahang yang

113

dihormati dan bersama-sama dengan Syeikh Abd. Rahman b. Tohir, Ramli Abd. Rahman dan lain-lain berguru ilmu tarekat dari Syeikh Muhyiddin di Patani.

“Mat Kilau was very good at silat and learnt after he got married at the age of 20 from his father in law Imam Daud. Mat Kilau’s father Imam Rasu, also known as Tok Gajah, helped him further hone his silat skill. On the spiritual side, Mat Kilau studied under the well-respected Pahang Mufti, Haji Muntuk. According to legends, in his quest to gain more spiritual knowledge and to learn the art of invisibility Mat Kilau spent a lot of time in transcendental meditation in a cave called Gua Kota Gelangi.”

(New Straits Times 14.5.2012: 10)

Seperti yang tercatat dalam petikan di atas, antara kebolehan Mat Kilau ialah kebal dan boleh menghilangkan diri dari pandangan musuh. Mat Kilau menggunakan banyak masanya bertapa di Gua Gelangi bagi mendapatkan kebolehan luar biasa tersebut. Mat Kilau telah terkena tembak oleh Inggeris, tetapi peluru tersebut melekat di tulang dadanya, tidak dapat menembusi kulitnya. Ini bermakna, semuanya bergantung kepada kehendak Allah Subhanahu Wataala, kita sekadar berikhtiar sebagai persediaan untuk berperang. Dari contoh-contoh yang telah diberikan di atas, sejak dari zaman tradisi hinggalah ke zaman darurat 1945, memang ilmu kebatinan, khasnya ilmu kebal digunakan dalam ilmu persilatan Melayu.

Teknik asas seni silat yang terdiri daripada menangkis serangan tikam, parang dan tetak bukan sahaja terdapat di dalam seni silat yang terdapat di Malaysia malahan di Sumatera juga.Silat Tradisional Batu Mandi yang berasal dari Pariaman, dan tersebar luas di Kecamatan Tilatang Kamang, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, dalam sukatan pelajarannya, pelajar dilatih untuk menangkis tiga jenis serangan iaitu serangan tikam, serangan parang dan serangan tetak. Dalam dialek Sumatera tikam dipanggil amuak, parang dipanggil rambah dan tetak dipanggil pakuak.

114

Atas : Rajah 3.3 Serangan Amuak Bawah: Rajah 3.4 Serangan Rambah (Suwirman 1987)

115

Atas : Rajah 3.5 Serangan Kebuh Bawah: Rajah 3.6 Serangan Pakuak/Tinju (Suwirman 1987)

116

i. Amuak, merupakan serangan tangan lurus dari depan ke arah dada atau perut lawan.(serangan tikam). ii. Rambah, merupakan serangan tangan lurus dari arah samping(parang),dari kiri ke kanan. iii. Pakuak/tinju merupakan serangan tangan dari atas (tetak) iv. Kepoh, merupakan serangan tangan dari arah samping (parang) dari kiri ke kanan.

Perguruan ini juga sama seperti perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia, Perguruan Seni Silat Semulajadi dan Perguruan Silek Rimau Sompo, mengajarkan pelajar- pelajarnya teknik-teknik untuk menangkis serangan tikam, parang dan tetak.

3.2.1Teknik-Teknik Asas Beladiri Dalam Silat Melayu.

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam silat Melayu untuk mempertahankan diri adalah kaedah elakkan, tangkisan, tangkapan dan kuncian. Penggunaan teknik-teknik ini bergantung kepada keadaan perlawanan dan sama ada bersenjata atau tanpa senjata. a) Teknik Elakkan

Teknik elakkan ialah mengelakkan diri dari serangan lawan tanpa menyentuh anggota badan lawan. Pesilat akan cuba menjauhkan diri dari serangan lawan terutamanya kalau lawan bersenjata. Selepas mengelakkan diri dari serangan lawan, pesilat akan cuba menyerang balas untuk menghentikan serangan lawan atau pun membunuh lawan dengan senjata.

Teknik ini digunakan dalam perlawanan atau peperangan di mana pesilat menghadapi musuh yang ramai dan serangan boleh datang dari berbagai arah. Pesilat seboleh mungkin membebaskan diri dari bersentuhan dengan lawan dan membunuh lawan secepat mungkin dengan serangan balas. Teknik elakkan ini banyak digunakan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat sewaktu mereka bertikam seperti digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah.

117

“Maka Laksamana pun terdiri duduk di-atas ibu tangga itu; maka Hang Jebat pun melompat, maka di-tikam-nya dada Laksamana. Maka di-salahkan-nya sadikit tikam Hang Jebat; maka Laksamana pun melompat masok ka-dalam pintu istana itu lima depa jauhnya daripada pintu itu. Sa-telah di-lihat oleh Hang Jebat salah tikam-nya itu, maka ia berpaling di-pertubi-tubinya tikam. Maka Laksamana pun melompat ka-kiri dan ka-kanan menyalahkan tikam Hang Jebat itu, saperti tiada berjijak rupa-nya, kerana tikam Hang Jebat tikam orang berani, terlalu deras datangnya, saperti baling-baling. Maka Laksamana pun sa-bagai melompat undor. Maka di-lihat oleh Laksamana Si-Jebat berupa lelah. Maka Laksamana pun berdiri serta di-tikam-nya dada Hang Jebat; serta di-lompatkan oleh Hang Jebat, salah tikam Laksamana itu.” (Hikayat Hang Tuah1971: 317)

Dalam petikan ini serangan yang datang dengan pantas dielakkan dengan mengalihkan sasaran lawan seperti melompat kekiri dan kekanan tanpa menyentuh anggota lawan atau pun melompat berundur kebelakang. Perkara ini dinyatakan dalam petikan di atas ‘Maka di-salahkan-nya sadikit tikam Hang Jebat....’. Disalahkan dalam ayat ini bermaksud memindahkan kedudukan badan dari sasaran lawan.

Untuk mengelakkan diri dari sasaran lawan Hang Tuah melompat ke kiri dan ke kanan atau pun berundur ke belakang. Pergerakan ini dilakukan dengan pantas dengan cara melakukan lompatan. Hang Jebat pun melakukan lompatan untuk mengelak dari terkena tikaman Hang Tuah...’serta di-lompatkan oleh Hang Jebat, salah tikaman Laksamana itu’. Teknik elakkan digunakan selain dari untuk mengelakkan diri dari terkena senjata musuh, ia membolehkan kita membuat serangan balas kesasaran dengan pantas dan menyelamatkan diri dari serangan lain terutamanya dalam pertempuran yang menghadapi musuh lebih dari seorang seperti dalam peperangan. Kalau kita meneliti dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah banyak menggunakan teknik elakkan apabila dia diserang dengan menggunakan senjata. Cuba perhatikan dalam petikan di bawah yang menggambarkan pertikaman Hang Tuah dengan seorang perajurit Majapahit sewaktu berada di tanah Jawa mengiringi sultan Melaka untuk meminang puteri Betara Majapahit.

118

“Sa-telah penjurit itu mendengar kata Tun Tuah demikian itu, maka ia pun terlalu amarah, saperti api bernyala-nyala muka-nya, serta di-kisar-nya tombak-nya lalu di-tikam-nya kapada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta di-hunus keris panjang-nya lalu di-parang-nya mata tombak itu lalu putus. Penjurit itu pun segera menghunus keris-nya lalu di-tikam-nya pada dada-nya Tun Tuah. Maka Tun Tuah pun segera melompat menyalah kan tikam penjurit itu sambil ia menyarongkan keris panjang-nya.”

(Hikayat Hang Tuah1971)

Hang Tuah melompat mengelakkan serangan tikam dengan tombak, setelah dapat mengelak menghadapi serangan tersebut, Hang Tuah menghunus dengan pantas keris panjangnya lalu menyerang balas dengan memarang mata tombak tersebut sehingga putus. Apabila penjurit itu menikam Hang Tuah dengan kerisnya, sekali lagi Hang Tuah melompat mengelakkan tikaman tersebut, setelah dapat mengelak, Hang Tuah menyarungkan kerisnya. Sepatutnya Hang Tuah menyerang balas tikaman tersebut, tetapi kerana Hang Tuah ingin menunjukkan kemahirannya berlawan dia tidaklah sampai membunuh.

“Mendengar kata Tjindur Mata, makin marah Datuk Gempa Tjina, lalu diambilnya lembing tataran gading, ditikamnya kepada Tjindur Mata, sudah ditikam ditohokkan. Adapun akan Tjindur Mata, tikaman penghulu orang penjamun, rasa rendah dilompati, rasa tinggi diseluduki, lembing lepas dia melompat, kena banir kayu ara, habis putus oleh lembing.” (Tjindur Mata 1964)

Petikan ini menggambarkan, teknik elakkan yang digunakan oleh Tjindur mata dalam menghadapi musuh yang ramai dan bersenjata. Sekiranya serangan rendah, dia mengelakkan dengan melompat ke atas, sekiranya serangan tinggi di bahagian kepala, maka dielakkan dengan menunduk atau menyusup ke bawah. Selepas dielak, dia melompat menjauhkan diri dari senjata tersebut. Semua serangan ini adalah serangan bersenjata dan oleh sebab kuatnya serang tersebut, kena batang kayu habis putus- putus.Hang Jebat dan Hang Kasturi juga menggunakan teknik elakkan dan lompatan dalam pertikamannya dengan Megat Kembar Ali dari Terengganu sewaktu pertarungan mereka di tangga balairong raja Inderapura.

119

“Maka Megat Kembar Ali pun memekis, kata-nya, “Cheh, Megat Kembar Ali tiada menumangkan!” serta di-hunus keris-nya, lalu berlari-lari di-usir -nya akan Hang Jebat. Maka di-tikam-nya akan Hang Jebat, maka Hang Jebat pun melompat menyalahkan tikam Megat Kembar Ali itu. Maka oleh Megat Kembar Ali di-pertubi-tubi-nya di-tikam akan Hang Jebat itu. Maka Hang Kasturi pun segera melompat, maka di-tikam-nya belikat Megat Kembar Ali terus terbayang-bayang ka-dada.”

(Hikayat Hang Tuah1971)

Hang Jebat melompat untuk mengelakkan tikaman Megat Kembar Ali. Kalau melompat sudah tentu jarak dari sasaran itu agak jauh. Kalau teknik gelekkan badan, elakkan itu tidak jauh dari sasaran. Hang Kasturi pula melompat dari jauh dengan pantas untuk menikam belikat (belakang) Megat Kembar Ali terus tembus ke dadanya. Penembusan keris dari belakang hingga ke dada menunjukkan tikaman itu pantas dan bertenaga. Teknik lompatan digemari dalam membuat elakkan dan serangan kerana pergerakan ini sangat pantas, seperti yang digambarkan dalam petikkan-petikkan di atas. Dalam petikan di bawah kita dapat lihat kebenaran hujah ini.

“Demi di-dengar oleh orang empat itu kata Hang Tuah demikian, maka ia pun terlalu amarah, serta di-usir-nya akan Hang Tuahdan Hang Jebat, di-tikam-nya berturut-turut. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat ke-kiri dan ke-kanan menyalahkan tikaman orang itu. Sa- telah lalu, di-tikam-nya orang itu: maka melompat Hang Tuah dan Hang Jebat, di-tikam-nya sa-orang; itu pun rebah lalu mati. Maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu di-tikam-nya, rebah pula lalu mati.” (Hikayat Hang Tuah1971)

Dalam petikkan ini kita lihat Hang Tuah dan Hang Jebat mengelakkan tikaman orang yang mengamuk itu dengan melompat kekiri dan kekanan, setelah tikaman itu dielakkan, kedua-duanya melompat pula dengan pantas menyerang balas tikaman tersebut, kena lalu mati. Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu melompat serentak, menikam sasaran yang sama, menyebabkan seorang lagi pengamuk mati. Di sini kita lihat keberkesanan teknik lompatan semasa mengelak dan menyerang, serta menyerang balas selepas mengelak. Teknik elakkan adalah teknik berisiko rendah. Ini bermaksud kita dapat mengelakkan diri dari terkena senjata atau pun dapat mengelakkan diri dari mengalami kecederaan terkena alat serangan lawan. Dalam

120

pertandingan silat olahraga, teknik elakkan paling selamat digunakan untuk berlawan. Ia mengurangkan risiko dari mendapat kecederaan.

Seorang bekas atlit Negara dalam acara silat olahraga, Masliza Abu Bakar, dari Kuala Lumpur menceritakan dalam pemilihan pasukan kebangsaan pada tahun 1987, jari tangannya telah patah ketika cuba menangkis serangan tendangan. Tangkisan bermakna terdapat kontak secara langsung dalam cubaan untuk menahan serangan lawan daripada mengenai tubuh kita. Sejak dari peristiwa tersebut, beliau telah menggunakan teknik elakkan ketika mempertahankan diri dari serangan lawan terutamanya serangan tendangan. Alhamdulillah, katanya, kecederaan tangan jarang dialaminya dengan menggunakan teknik elakkan.

Teknik elakkan ini boleh kita gunakan dalam kehidupan, sebagai contohnya, mengelakkan diri daripada terkena penyakit adalah lebih baik daripada mengubati penyakit, kerana kalau sudah kena penyakit adalah berisiko berbanding dengan kita mengelakkan diri daripada terkena penyakit. Mengelakkan diri daripada bergaduh adalah lebih baik daripada bergaduh, kerana kalau bergaduh paling sedikit pun mesti kita terkena pukulan musuh dalam pergaduhan tersebut. Justeru itu, teknik elakkan adalah teknik yang terbaik berbanding dengan teknik-teknik lain. b) Teknik Tangkisan.

Tangkisan bermaksud menggunakan anggota badan atau alat tambahan untuk melindungi diri daripada serangan musuh dan terdapat sentuhan dengan anggota tubuh atau senjata musuh. Teknik tangkisan dilakukan bila jarak yang rapat dengan lawan. Teknik tangkisan adalah teknik yang memintas serangan lawan daripada sampai ke sasaran iaitu anggota tubuh badan kita. Dalam menyekat serangan lawan ini terdapat kontak atau persentuhan anggota badan atau alat yang kita pegang dengan anggota badan lawan atau alat yang dipegang oleh lawan. Teknik ini menyebabkan kita berada hampir dengan lawan. Risiko untuk mendapat kecederaan semasa membuat tangkisan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan risiko kalau menggunakan teknik elakkan.

121

“Tangkisan tangan dalam seni silat merupakan usaha khusus untuk menyelamatkan diri dari sebarang serangan lawan sama ada dengan menepis, menahan, menguak, menolak, membuang, menampan, menyangga, mengibas, menepuk dan sebagainya. Seluruh bahagian tangan dapat digunakan untuk menangkis segala bentuk serangan lawan.” (Anuar Abd. Wahab 1992)

Dalam Hikayat Hang Tuah ada menggambarkan Hang Tuah menggunakan teknik tangkisan sewaktu berlawan dengan pahlawan Samurai Jepun di hadapan Maharaja Siam sewaktu mengunjungi negeri Siam. Hang Tuah menggunakan perisai untuk menangkis serangan pedang dari pahlawan tersebut.

“Maka Laksamana pun amarah lalu mengambil pedang perisai keluar. Setelah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun maka maka segera diparangnya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parangnya itu, kerana memarang dengan kedua belah tangannya.” (Hikayat Hang Tuah1971)

Hang Tuah melompat dan memintas serangan pedang pahlawan tersebut dengan perisai. Serangan tersebut terhenti oleh tangkisan perisai sebelum sampai ke sasarannya, iaitu kepala atau badan Hang Tuah. Hang Tuah melompat kerana gerakan tersebut pantas untuk menyekat serangan pedang yang datang dari atas kerana pahlawan tersebut membuat serangan tetak dengan kedua belah tangan yang menyebabkan serangan itu amat pantas dan kuat. Untuk menangkis, Hang Tuah kena bergerak pantas dan menahan tangkisan dengan kuat.

Selain dari menggunakan perisai untuk menangkis serangan lawan, sarung keris pun boleh digunakan untuk menangkis. Hang Tuah pernah menggunakan sarung keris untuk menangkis serangan tombak, semasa bertarung dengan empat puluh orang pahlawan Jawa sewaktu berada di Majapahit.

“Lalu ditikamnya pada Laksamana dengan tombak-nya. Maka di-tangkis oleh Laksamana dengan sarung kerisnya itu seraya dihunusnya keris panjang-nya seraya bertinggung ke-sungai. Maka perajurit empat puluh itu pun itu pun datang pula mendapatkan Laksamana, serta di-tikam- nya bertubi-tubi. Maka di-tangkiskan oleh Laksamana tikam perajurit itu. Maka mata tombaknya itu pun putus-putus di-parang oleh Laksamana.”

(Hikayat Hang Tuah1971)

122

Dalam peristiwa itu, dua kali Hang Tuah membuat tangkisan, pertama menangkis dengan sarung keris dan setelah itu dia memarang mata tombak tersebut dengan keris panjangnya. Perbuatan memarang mata tombak tersebut, juga merupakan tangkisan.. Serangan tombak tersebut terhenti apabila mata tombak tersebut sudah putus. Terdapat kontak terus antara Hang Tuah dengan perajurit Majapahit sewaktu menangkis dengan sarung keris dan sewakti memancung mata tombak tersebut.

Teknik tangkisan tidak bermakna kita menunggu lawan menyerang baru kita memintas atau menangkis serangan tersebut untuk mencegah serangan tersebut dari mengenai sasarannya. Ada juga pakar silat menamakan teknik ini sebagai ‘buah potong’ atau ‘lintasan’ yang bermaksud mencegah pukulan itu dari mengenai sasaran atau mencapai sasaran. Kalau kita telah mendapat isyarat dengan membaca gerak lawan, kita boleh mencegah dari awal dengan menyerang lawan terlebih dahulu sebelum lawan menyerang kita, untuk menghalang serangan tersebut. Perkara ini ada dinyatakan oleh seorang pakar silat, En. Awang Daud dalam satu demonstrasi teknik silat di rancangan Majalah 3, yang keudara melalui stesyen TV 3 pada bulan Feb, 2011. Ini juga dinamakan tangkisan, walaupun secara pandangan mata kasar kita adalah penyerang, tetapi pada hakikatnya kita merupakan orang yang cuba menangkis serangan, dengan bertindak pro-aktif. Keadaan ini boleh kita lihat dalam petikan di bawah.

“Maka kata seorang lagi, “Hai budak-budak, baik engkau menyembah menyerahkan diri-mu supaya engkau tiada ku bunoh.” Maka kata Hang Jebat sambil menangkiskan seligi dan anak damak yang saperti hujan datang-nya itu dengan sa-ketika pada tangan-nya itu, kata-nya “Cheh, mengapa aku menyembah? Engkau-engkau sakalian menyembah akan kami, supaya ku-ampuni dosa-mu,” serta di-tikam-nya oleh Hang Tuah dan Hang Jebat kelima-nya. Maka kena pula lima orang musoh itu, lalu rebah terdudok tiada boleh bangkit lagi.”

(Hikayat Hang Tuah1971)

Dalam petikan di atas, Hang Tuah lima bersahabat menyerang terlebih dahulu sebelum lanun-lanun itu bertindak menyerang mereka kerana mereka tahu musuh- musuh itu ingin menyerang mereka. Tindakan ini merupakan tangkisan sebagai mempertahankan diri dari serangan yang sudah pasti akan dilakukan oleh pihak lawan.

123

Sebagai kesimpulannya, tangkisan merupakan teknik mempertahankan diri dari serangan musuh, sama ada mengadang serangan lawan sebelum serangan itu sampai kesasarannya atau menyerang lawan terlebih dahulu apabila mengetahui lawan ingin melakukan serangan. Dalam kedua-dua tindakan ini terdapat kontak atau persentuhan anggota tubuh di antara kedua-dua penyerang dan penangkis. c) Tangkapan dan Kuncian.

Tangkapan adalah memegang anggota badan lawan terutamanya anggota badan yang dijadikan alat serangan seperti tumbukkan atau pun tendangan. Tangkap dimulakan dengan sikap pasang dan apabila serangan datang diikuti dengan sambutan. Setelah disambut, maka dijadikan tangkapan seperti menangkap serangan tangan atau tendangan. Biasanya daripada tangkapan boleh diteruskan dengan menjatuhkan lawan atau membanting lawan.

Selain dari menjatuhkan lawan, daripada tangkapan boleh dijadikan kuncian. Tangkapan dilakukan apabila lawan terlalu hampir dan tiada ruang untuk membuat elakkan atau tangkisan dan lawan bersenjata. Setelah tangan, kaki atau badan lawan ditangkap, terus di jatuhkan seperti membentes kaki lawan, menghempas atau membantingkan lawan ke tanah. Tujuannya adalah untuk membinasakan lawan dan lawan tidak dapat meneruskan serangan.

Sekiranya, selepas membuat tangkapan, lawan terus dikunci, tujuannya, untuk memberhentikan lawan dari menyerang kita tetapi tidak mahu mencederakan lawan. Semakin lawan bergerak kuncian dikuatkan sehingga lawan berhenti dari meronta atau cuba untuk melepaskan diri. Kuncian biasanya digunakan untuk menangkap lawan dan tidak mencederakannya. Sebagai contohnya menangkap pencuri atau menangkap orang tidak siuman, maka teknik kuncian digunakan.

Kalau kita baca Hikayat Hang Tuah, tidak ada teknik kuncian digunakan. Teknik tangkapan ada digunakan tetapi tidak banyak. Dalam permainan silat antara dua orang pendekar, teknik kuncian selalu cuba digunakan kerana orang yang kena

124

kunci dan tidak dapat melepaskan diri akan dikira kalah. Dan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya seorang pendekar kena kunci dan tidak dapat melepaskan diri.

Sa-telah di-lihat oleh Hang Jebat salah tikam-nya itu, maka ia berpaling di-pertubi2-nya tikam. Maka Laksamana pun melompat ka-kiri dan ka-kanan menyalahkan tikam Hang Jebat itu, saperti tiada berjijak rupa-nya, kerana tikam Hang Jebat itu tikam orang berani, terlalu deras datang-nya. (Hikayat Hang Tuah, 1971)

Petikan ini menyokong hujah di atas, yang mengatakan teknik tangkapan dan kuncian tidak sesuai digunakan dalam pergaduhan atau peperangan yang menghadapi lawan yang ramai dan bersenjata. Untuk peperangan yang berdepan dengan musuh yang ramai teknik elakan adalah paling sesuai. Dalam Hikayat Hang Tuah yang setebal 500 muka surat itu, hanya terdapat satu peristiwa di mana teknik tangkapan digunakan, iaitu semasa Hang Jebat dan Hang Kasturi cuba menikam Megat Panji Alam di istana Sultan Inderapura.

“Maka Hang Kasturi pun menghunus kerisnya, lalu ditikamnya rusuk Megat Panji Alam terus terbayang-bayang kesebelah kanan. Maka Megat Panji Alam pun memandang ke-kiri, maka dilihatnya muka Hang Kasturi yang menikam itu, lalu ditangkapnya tangan Hang Kasturi. Maka ditikam pula oleh Hang Jebat belikat Megat Panji Alam, terus kesebelah dada-nya. Maka Megat Panji Alam pun melepaskan tangan Hang Kasturi lalu berpaling serta ditangkapnya pula tangan Hang Jebat dengan tangan kanan, tangan kiri menghunus kerisnya; baru sekerat terhunus maka ditikam pula Hang Kasturi dada Megat Panji Alam.” (Hikayat Hang Tuah1971)

Dalam petikan di atas, kita melihat betapa tidak berkesannya menggunakan teknik tangkapan dalam menghadapi musuh yang lebih dari seorang. Apabila Megat Panji Alam menangkap tangan Hang Kasturi dia tidak dapat menangkis tikaman Hang Jebat. Apabila dia terpaksa , Hang Kasturi berpeluang pula untuk menikam Megat Panji Alam tanpa dapat ditangkis oleh Megat Panji Alam.Hang Jebat pula tidak dapat melepaskan tangkapan Megat Panji Alam, kerana telah terkunci, dan Megat Panji Alam cuba menghunuskan kerisnya untuk menikam Hang Jebat. Hang Jebat tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah terkunci, tetapi telah diselamatkan oleh Hang

125

Kasturi di mana Hang Kasturi dengan pantas menikam dada Megat Panji Alam.Dalam Tuhfat al-Nafis ada menggambarkan penggunaan teknik tangkapan yang dilakukan oleh Sultan Abdul Jalil apabila baginda diserang oleh orang-orang Minangkabau yang diketuai oleh Laksamana Nakhoda Sekam, sewaktu baginda sedang berwirid selepas sembahyang Subuh.

“Maka ketika Minangkabau datang mengamuk itu, baginda lagi ditikar sembahyang baharu lepas sembahyang Subuh, tengah membawa wirid. Maka seketika lagi, lalu diparangnya hulu baginda itu. Maka baginda pun terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu- maka dapatlah lalu baginda itu diperanginya panglima-panglima itu, banyaklah yang mati. Lapan orang panglima telah mati dibunuh baginda.”

(Tuhfat Al-Nafis1965)

Sultan Abdul Jalil tengah duduk berwirid apabila baginda diserang oleh panglima-panglima Minangkabau. Ketika ditetak dengan pedang baginda telah terkejut, menangkap dengan pantas tangan yang memegang pedang serta merampas pedan dari tangan panglima tersebut. Setelah mendapat pedang, lalu baginda melawan dan menyerang balas serangan panglima-panglima tersebut, di mana lapan orang panglima Manangkabau telah terbunuh di tangan baginda. Kerana ramainya yang menyerang baginda, baginda juga telah luka parah dan meninggal dunia.Teknik merampas senjata lawan ini, didahului dengan menangkap tangan yang memegang senjata itu, dan kemudian merampas senjata tersebut.

Peristiwa seperti ini pernah berlaku kepada seorang Guru Tua Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia yang dikenali dengan nama Awang Pendekar atau nama sebenarnya Tuan Haji Mat Isa, berasal dari Pendang, Kedah. Temubual dengan beliau telah diadakan di Pusat Sukan Kampong Pandan pada 16.4.2000. Peristiwa berlaku pada tahun 1946, bertempat di sebuah rumah di Batu Kurau, Perak, di mana majlis kenduri kahwin sedang berjalan.

Sewaktu majlis bersanding sedang berjalan, beliau telah diadukan untuk bermain silat pulut dengan seorang guru silat yang mashyur di tempat tersebut. Ramai murid beliau telah hadir untuk menyaksikan permainan silat dari kedua guru itu. Dalam permainan itu, guru silat tersebut telah dijatuhkan oleh Awang Pendekar.

126

Kerana tidak puas hati, Awang Pendekar telah diserang secara beramai-ramai oleh tiga puluh orang pengikut guru tersebut yang menggunakan senjata seperti parang. badek dan kerambit. Awang Pendekar ditemani oleh dua orang muridnya, seorang telah lari dan tinggal seorang yang membantu beliau menghadapi lawan yang ramai.

Beliau telah dapat merampas sebilah badek dari penyerang, dan menyerang balas. Menurut orang yang memerhati kejadian tersebut, Awang Pendekar bertindak terlalu pantas, sehingga ada kalanya beliau melompat ke atas bahu penyerang dan menikam dari atas. Menurut beliau, kerana teraniaya, beliau telah dilindungi oleh Allah. Beliau dan muridnya, sedikit pun tidak cedera. Pehak lawan ramai yang luka parah dan peristiwa itu telah menjadi kes polis. Atas sebab aspek mempertahankan diri, beliau telah dibebaskan. Dari kejadian tersebutlah, beliau telah mendapat gelaran ‘Pendekar’ dari penduduk kampong Batu Kurau.

“Maka terbongkar tanah merah, oleh kaki orang banjak, rotan dan manau putus-putus, kaju dan banir tumbang-tumbang, kena senjata orang penjamun. Sesetengah memantjung dengan pedang, setengah menohok dengan galah, setengah menikam dengan lembing, ada pula mengumban dengan batu. Bermatjam-matjam perbuatan orang penjamun. Adapun akan Tjindur Mata, melihat laku orang penjamun, ia bermain mengelakkan. Dengan kehendak Allah Taala, sebuah pun tak singgah pada tubuhnya, bahkan orang penjamun djuga jang banjak mati, sebab berperang awak sama awak”

(Tjindur Mata1964)

Dalam petikan ini, selain dari menggambarkan tiga jenis serangan yang digunakan iaitu memancung atau memarang, menohok atau menetak dan menikam, tidak satu pun dari serangan musuh mengenai tubuh Tjindur Mata. Kejadian ini sama dengan kejadian yang menimpa Awang Pendekar. Malah musuh-musuh Tjindur Mata telah berperang sesama sendiri. Ini adalah kesan dari penggunaan ilmu kebatinan di mana serangan tidak mengenai sasaran. Ini diakui sendiri oleh Awang Pendekar:’

Dengan izin Allah Taala, seulas beras pun senjata lawan tidak mengenai tubuh saya’. Ini bermaksud, serangan senjata musuh tidak sampai ke tubuhnya. Satu lagi kesan ilmu kebatinan ialah, musuh berlawan sesama sendiri, ini disebabkan musuh

127

tersebut nampak wajah kawannya seperti wajah Tjindur Mata. Kawan disangka musuh, sebab itulah mereka berlawan sesama sendiri.

Dalam kejadian yang menimpa Megat Panji Alam, Sultan Abdul Jalil dan Awang Pendekar, ketiga-tiga mereka telah diserang oleh pendekar-pendekar handalan yang berilmu. Mereka semua telah melawan dan mempertahankan diri. Mungkin doa dan amalan Awang Pendekar telah dimakbulkan Allah dan ajal belum sampai, sedangkan Megat Panji Alam dan Sultan Abdul Jalil telah sampai ajal atau pun amalan kebatinan penyerang mereka lebih tinggi.

Sebagai kesimpulannya, teknik tangkapan dan kuncian tidak begitu berkesan untuk menghadapi musuh yang ramai, tatapi menangkap dan merampas senjata musuh adalah satu kemahiran yang boleh membantu. Namun pertolongan dari Allah akan menentukan segala-galanya. Dalam kejadian-kejadian yang di paparkan di atas, kejadian yang menimpa Awang Pendekar adalah lebih hebat dan susah untuk dipercayai, tetapi kejadian tersebut mempunyai saksi yang ramai dan telah menjadi kes polis sebagai bukti kesahihannya. Ini boleh menjadi gambaran kepada kita, bahawa apa yang digambarkan dalam teks-teks kelasik tentang kejadian-kejadian luar biasa yang dihadapi oleh wira bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku. Dengan izin Allah, semua perkara boleh berlaku. Anggapan sarjana-sarjana Barat tentang semua kejadian luar biasa itu bertujuan untuk membesar-besarkan wira dan dongeng belaka adalah kurang tepat.

3.2.2 Teknik Langkah.

Dalam seni silat langkah memainkan peranan yang penting. Langkah dalam seni silat membawa dua makna. Yang pertama langkah bermakna cara kita melangkah untuk bergerak dengan menggunakan kaki. Makna yang kedua langkah membawa pengertian falsafah lebih menjurus kepada tindakan yang kita lakukan dalam membuat sesuatu perkara. Misalnya dalam peribahasa Melayu ada satu peribahasa yang melibatkan langkah iaitu, ‘langkah kanan’. Langkah kanan di sini bukanlah bermaksud kita melangkahkan kaki yang kanan, tetapi bermaksud kita sampai pada sesuatu tempat pada waktu yang sangat elok keadaannya misalnya kita sampai pada

128

waktu orang tengah makan. Jadi bolehlah kita makan sekali bersama mereka. Dalam seni silat, cara kita melangkah atau jenis langkah yang kita gunakan boleh menentukan keberkesanan sesuatu elakkan, tangkisan, tangkapan dan juga kuncian. Dalam seni silat terdapat lima jenis langkah iaitu langkah satu, langkah dua, langkah tiga, langkah empat dan langkah lima. (Anuar Wahab, temu bual pada 29.10.1976). a) Langkah Satu.

Langkah satu ialah langkah yang kita gunakan semasa menangkis atau menyerang tanpa menggerakkan kaki. Ia merupakan langkah yang kita gunakan semasa berdiri. Contohnya seperti keadaan langkah semasa kita bersembahyang, di mana kedua-dua kaki kita rapat. Apabila kita membuang atau menangkis serangan lawan kita hanya menggelekkan badan kita kekiri atau kekanan tanpa menggerakkan kaki.

Rajah 3.7 Kedudukan tapak kaki langkah satu.

b) Langkah Dua.

Langkah dua ialah kedudukan langkah apabila menyerang atau menangkis, kita menggerakkan kaki kakan atau kaki kiri kehadapan atau kebelakang dalam kedudukan satu baris. Langkah ini sesuai digunakan untuk bertempur di atas titi, lorong atau pelantar yang sempit. Serangan boleh dihindarkan dengan melangkahkan kaki kehadapan atau mundur selangkah kebelakang.

129

Rajah 3.8 Menunjukkan kedudukan tapak kaki langkah dua. c) Langkah Tiga.

Rajah 3.9 Menunjukkan kedudukan tapak kaki dalam langkah tiga. (Langkah tiga ialah kedudukan tapak kaki apabila menyerang atau menangkis serangan kita melangkah dalam bentuk tiga segi atau melangkah dengan sudut 45).

Dalam ilmu kebatinan silat, langkah tiga diberikan symbol berikut.

Rajah 3.10 Simbol bagi langkah tiga.

130

d) Langkah Empat.

Langkah empat ialah langkah apabila kita menyerang atau menangkis serangan, kita akan melangkah kekiri atau kekanan dan kehadapan atau kebelakang dalam bentuk empat persegi. Sudut pergerakan ialah 90 .

Simbol langkah empat

Rajah 3.11 Pergerakan menggunakan langkah empat.

e) Langkah Lima.

Dalam penggunaan langkah lima, yang dikenali juga sebagai langkah harimau, satu kaki akan berada ditengah-tengah dan kaki yang satu lagi akan menerkam kehadapan samaada menangkis atau pun menyerang kearah empat penjuru. Kuda-kuda yang digunakan ialah kuda-kuda rendah.

131

Rajah 3.12 Penggunaan langkah lima

Langkah lima kebiasaannya digunakan untuk menanti serangan lawan. Dengan menggunakan langkah yang besar dan kekuda rendah, pesilat apabila mengelak serangan lawan dan dapat menjauhkan diri dari serangan serta mampu membuat serangan balas yang mantap kesasaran setelah melakukan elakan. Peninju lagenda, Muhammad Ali dari Amerika Syarikat, selalu menggunakan konsep langkah lima ini apabila menanti serangan lawan. Dia akan berdiri dengan langkah yang besar, kaki kiri di hadapan dan kaki kanan dibelakang.

Apabila lawan menumbuk dia akan mengelak dengan mengundurkan kaki kiri ke belakang dan melangkahkan semula kaki kiri ke hadapan serta membalas tumbukan dengan tangan kanan. Inilah teknik yang digunakannya untuk menjatuhkan George Foreman dalam perlawanan yang penuh komtrovesi pada tahun 1974 di Madison Square Garden. George Foreman tidak dapat menerima hakikat dia dapat dijatuhkan. Di sini kita lihat betapa pentingnya langkah dalam menanti serangan lawan.

Ada banyak aktiviti yang dilakukan dalam latihan silat untuk memahirkan penggunaan langkah ini. Misalnya, dalam permainan silat, kedua-dua pesilat akan membuat bunga sembah dan tapak empat terlebih dahulu sebelum memulakan pertempuran silat. Salah satu tujuannya ialah untuk memahirkan penggunaan langkah silat kerana langkah silat

132

itu merupakan satu unsur yang penting dalam teknik mengelak dan menangkis serangan lawan.

Dalam seni persembahan Seni Silat Randai, ada aktiviti yang dinamakan Permainan Gelombang Duabelas. Dalam aktiviti ini, pesilat melakukan satu gerakan yang menggabungkan langkah tiga, langkah empat dan langkah lima yang merupakan gerak tari silat yang sangat menarik untuk ditonton oleh audien. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, pesilat dapat membina kemahiran menggunakan langkah-langkah silat tadi dan apabila tiba masa berhadapan musuh, pesilat dapat mengelak, menangkis dan menangkap dengan mantap.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan langkah sangat penting dalam teknik beladiri seni silat Melayu. Ia digunakan untuk menghampiri lawan dan menjadi kuda- kuda sewaktu menanti serangan lawan. Ia bukan sahaja dapat mengelak atau menangkis serangan lawan tetapi dapat membalas serangan dengan mantap. Ketidakfahaman dalam menggunakan langkah silat, menyebabkan ramai pesilat menganggap langkah tidak penting dalam teknik beladiri dan hanya sesuai untuk pertunjukkan seni silat. Inilah sebabnya, kenapa dalam pertandingan sukan silat olahraga, tidak terdapat penggunaan langkah silat serta kekuda silat yang menjadikan pertandingan silat olahraga hilang bentuk silatnya dan membosankan penonton.

3.3 ASPEK PERSENJATAAN ILMU KEPENDEKARAN MELAYU.

Ilmu kependekaran Melayu, sebagai ilmu peperangan bukan sahaja bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik fizikal seni silat Melayu dan ilmu kebatinan, tetapi ia meliputi aspek persenjataan. Dalam peperangan penggunaan senjata adalah satu kemestian sebagai satu strategi untuk mempertahankan diri dan seterusnya mengalahkan musuh. Senjata merupakan peralatan yang direka dengan tujuan utama untuk mempertahankan diri dari serangan musuh atau menyerang musuh. Walaubagaimanapun terdapat jenis senjata yang turut digunakan sebagai peralatan dalam kehidupan seharian, umpamanya parang panjang boleh digunakan untuk menebas lalang.

133

“Walaubagaimanapun terdapat jenis senjata yang turut digunakan sebagai peralatan dalam kehidupan seharian, umpamanya kapak yang dapat digunakan untuk bertukang dan bertani.”

(Hanizah Jonoh 1997)

Pada dasarnya, senjata yang digunakan oleh pendekar Melayu adalah senjata yang sesuai dengan teknik seni silat Melayu seperti keris, pedang, badik, kelewang, tumbuk lada, lembing, panah, tekpi, perisai, rencong Aceh, , sundang, kerambit, lawi ayam, jambiar, parang panjang, parang lading, beladau, tombak, jenawi bertumit dan sumpitan. Namun dengan kemajuan teknologi persenjataan terutamanya pengaruh dari Cina dan Eropah, pendekar Melayu turut menggunakan senjata api. Senjata api ialah senjata yang menggunakan ubat peledak seperti senapang, pemuras, lela-lentaka, ekor lotong dan meriam. Ada banyak bukti yang menunjukkan ilmu kependekaran Melayu mampu menggunakan dan menghadapi serangan senjata api. Kalau perlawanan jarak dekat mereka menggunakan senjata tradisional seperti keris, pedang, lembing dan kelewang, manakala untuk serangan jarak jauh mereka menggunakan senapang, pemuras dan meriam.

Dalam Tuhfat al-Nafis ada menggambarkan peperangan antara tentera Bugis dengan tentera Raja Kecik dari Minangkabau. Tentera Bugis membedil tentera Raja Kecik dengan meriam, rentaka dan senapang pemurasnya.

“Maka diikut oleh Bugis sambil di-bedil-nya dengan meriam dan rentakanya. Maka lari-lah segala kelengkapan raja Kechil itu membawa diri-nya ka-Pulau Bayan, dan mana-mana yang tenggelam tinggal-lah ia sepanjang laut itu berhanyutan.”

(Tuhfat Al-Nafis 1965)

Dalam petikan di atas, orang Bugis menembak angkatan raja Kecil dengan meriam dan rentaka, sejenis senjata api. Menurut Alfonso de Albuquerque dalam bukunya Caesar Timur, Perang Melaka dimulakan oleh tembakan meriam dari panglima- panglima Melaka yang menembak dari kubu di atas jembatan.

“Orang Islam mula menembak orang-orang kita dengan meriam yang diletakkan di dalam kubu dan tembakan mereka telah

134

mencederakan beberapa orang. Apabila letupan senjata api yang pertama berakhir, Alfonso de Albuquerque mengarahkan supaya tiupan trompet dan dengan laungan Saint James mereka menuju kea rah kubu di atas jembatan tempat pasukan itu berada.” (Caesar Timur 1995)

Petikan di atas menunjukkan dalam perang Melaka, pahlawan Melaka telah memulakan peperangan dengan menembak tentera Portugis dengan meriam yang telah berjaya mencederakan beberapa orang askar Portugis. Temenggong Seri Udani pahlawan Melaka berperang dengan Portugis menggunakan meriam. Beliau bertembak-tembakan dengan Portugis sehingga kehabisan peluru.

“Hatta maka Peringgi pun masuklah, setelah berpandangan, maka berperanglah Temenggong Seri Udani dengan Peringgi, terlalu azamat bertembak-tembakan; bunyi meriam seperti halilintar membelah bumi, bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati pun terlalu banyak sebelah menyebelah. Maka ubat bedil pun habis, maka Seri Udani menyuruh memohon ubat bedil serta bantu” (Sulalatus Salatin 1996)

Dalam petikan ini, dari Sulalatus Salatin, menggambarkan, pahlawan Melaka yang diketuai oleh Temenggong Seri Udani berperang menggunakan meriam sehingga kehabisan ubat bedil. Ini menunjukkan pahlawan Melaka memang mahir menggunakan meriam sebagai strategi serangan jarak jauh. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah membedil Kapitan Gebernador dengan senapang dan Maharaja Setia membedil Dong Suala dengan istinggar ketika angkatan Melaka berperang dengan angkatan Portugis di laut. Hang Tuah pula ditembak dengan meriam oleh seldadu Portugis, kena tercampak ke dalam laut tetapi tidak lut.

“Maka segala Feringgi itu pun amarah lalu memasang meriam terlalu gempita. Maka Dong Suala pun berbedil2an dengan Maharaja Setia. Maharaja Setia pun mengambil istingar, maka dibedilnya pada Dong Suala: Dong Suala pun rebah terduduk. Maka di-bedil-nya oleh seridadu di-mitar-nya, di-tuju-nya akan Laksamana, kena, lalu di-bawa-nya oleh peluru sa-puloh depa terpelanting. Maka Laksamana pun jatoh ka-ayer, tetapi suatu pun tiada luka.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

135

Dalam petikan di atas, Hang Tuah menggunakan senapang dan Maharaja Setia menggunakan istingar. Hang Tuah pula terkena peluru Portugis tetapi tiada lut. Petikan ini menggambarkan ilmu kependekaran Melayu mampu menggunakan dan menghadapi senjata api di mana Hang Tuah dengan menggunakan ilmu kebal tidak lut terkena peluru Portugis. Dalam beberapa gambaran yang berikan di atas, berdasarkan karya teks Melayu klasik dan sebuah buku tulisan orang Portugis sendiri, Caesar Timur, tidak dapat disangkal, senjata api termasuk dalam persenjataan kependekaran Melayu.

3.3.1 Keris

Keris merupakan senjata tikam. Selain dari menikam ia boleh juga dilibaskan ke kiri ke kanan.Namun keberkesanannya ialah dengan menikam ke arah perut, ke arah dada dan ke arah rusuk. Tikaman yang kuat mampu menembusi dada dari depan ke belakang atau dari rusuk kiri tembus ke rusuk kanan. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat menikam rusuk kanan Megat Panji Alam dengan keris pendeknya dan tembus ke rusuk kirinya.

“Maka Megat Panji Alam pun baharu hendak basoh kaki melangkah anak tangga satu lagi, maka Hang Jebat pun menghunus keris pendua-nya, lalu di-tikam -nya rusuk Megat Panji Alam sa-belah kanan terus ka-sabelah berbayang-bayang.”

(Hikayat Hang Tuah)

Pendekar silat akan memakai dua keris, keris panjang dipegang dengan tangan dan keris pendek yang dinamakan pendua diselit di pinggang sepertin yang ditulis dalam petikan di atas. Sekiranya keris panjang, terjatuh atau ditangkap, keris pendua iaitu keris pendek akan digunakan.Keris panjang bermata lurus tidak berlok. Keris panjang boleh digunakan untuk melibas. Hang Tuah menggunakan keris panjang untuk memancung mata tombak penjurit Majapahit sehingga putus.

“Sa-telah penjurit itu mendengar kata Tun Tuah demikian itu, maka ia pun terlalu amarah, saperti api bernyala2 muka-nya, serta di-kisar tombak-nya lalu di-tikan-nya kapada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta di-hunus keris panjang-nya lalu di-parang-nya mata tombak itu lalu putus.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

136

Dalam petikan di atas menunjukkan Hang Tuah menghunus keris panjangnya dan memarang mata tombak penjurit itu sehingga putus. Keris pendek mempunyai lok. Bilangan lok pula angka ganjil seperti 3, 5,7,9,13 dan 19. Pahlawan Melayu memang memilih keris sebagai senjata utama. Pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat juga menggunakan keris. Raja Melayu juga menggunakan keris sebagai senjata resmi yang diselit di pinggang. Pengantin Melayu pula memakai keris bagi melengkapkan busana yang dipakai. Keris yang telah diisi dengan menggunakan ilmu kebatinan mempunyai kesaktian dan kadang-kadang dianggap keramat. Ia mempunyai semangat atau makhluk halus yang mampu memberi perlindungan kepada tuan keris tersebut. Contohnya, Keris Taming Sari, mampu memberikan kekebalan kepada si pemakai keris tersebut. Taming Sari, pemilik asal keris tersebut, tidak lut apabila ditikam oleh Hang Tuah.

“Maka Hang Tuah pun melompat serta di-parang-nya dengan keris panjang-nya, kena tuboh-nya rebah tersungkur, tiada lut. Maka Tameng Sari pun berbangkit bangun menari berdiri serta di-tikam-nya dada Tun Tuah; di-pertubi2-nya. Maka Tun Tuah pun melompat ka kanan dan ka-kiri menyalahkan tikam Tameng Sari itu.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan ini, digambarkan Taming Sari tidak lut apabila diparang olrh Hang Tuah dengan keris panjangnya. Taming Sari tersungkur kerana serangan parang Hang Tuah itu terlalu kuat. Setelah kena parang, Taming Sari bangun dan bergerak dalam langkah silat seperti di gambarkan ‘berbangkit bangun menari berdiri’ menari di sini bermaksuk bergerak dalam langkah dan kekuda silat. Apabila Keris Taming Sari jatuh ke tangan Hang Jebat, beliau tidak dapat di kalahkan. Apabila Hang Jebat mengamuk, orang ramai nampak seolah-olah ada beribu-ribu orang mengamuk bersama Hang Jebat. Jadi, mereka tidak dapat membunuh Hang Jebat. malahan menentang mata Hang Jebat pun mereka tak dapat seperti digambarkan dalam petikan di bawah.

“Sa-telah di-lihat oleh Pateh Karma Wijaya segala pegawai lari itu, maka kata Pateh Karma Wijaya,” Mengapa kamu sakalian lari? “. Maka kata segala pegawai itu,” Demi Si-Jebat mengamok

137

itu, pada penglihatan hamba sekalian, saperti orang beribu2 mengamok serta Si-Jebat itu. Pada hati hamba, jangan-kan di-bunoh dan ditangkap, menentang mata-nya pun tiada dapat.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

3.3.2 Pedang

Pedang yang bermata panjang adalah senjata yang menjadi pilihan pendekar Melayu selepas keris. Ia amat sesuai untuk pertempuran jarak sederhana dan teknik penggunaannya ialah dengan memarang dan menetak. Biasanya, pedang digunakan dengan perisai. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah menggunakan pedang dan perisai sewaktu menentang pahlawan Ninja dari Jepun, di istana Maharaja Siam.

“Maka Laksamana pun amarah lalu mengambil pedang perisai keluar. Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkiskan parang-nya itu, kerana memarang dengan dua belah tangan-nya. Satelah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parang-nya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Petikan di atas menggambarkan kemahiran Hang Tuah menggunakan pedang dengan tepat apabila dia berjaya memarang telinga pahlawan tersebut sehingga putus dan terpelanting ka tanah. Pedang digunakan untuk mempertahankan diri di samping, untuk memancung orang yang bersalah dan juga sebagai alat kebesaran raja. Sewaktu angkatan Megat Terengganu hendak pergi berperang dengan angkatan Hang Tuah dari Melaka mereka dilengkapi dengan senjata lembing, perisai dan pedang.

“Apabila ia bertemu dengan kampong orangkaya2 sana, Megat Terengganu berhentikan gajah-nya dan menyuruhkan segala hulubalang bermain lembing perisai; ada yang bermain pedang, terlalu ramai. Maka segala hulubalang itu pun semua-nya memekis, kata-nya,” Cheh! Laksamana Melaka. Mati engkau oleh-ku!” (Hikayat Hang Tuah 197)

138

Petikan di atas menunjukkan antara senjata yang digunakan oleh angkatan perang Megat Terengganu ialah lembing dan pedang. Sebelum menghadapi peperangan sebenar, mereka mengadakan latihan untuk meningkatkan kemahiran.

3.3.3 Keris Sundang.

Sundang merupakan senjata terbesar dalam keluarga keris. Ianya dipercayai berasal dari Sulawesi dan mula diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 17. Ia digunakan sebagai senjata untuk menetak dan melibas atau memarang. Panjangnya antara 18 hingga 24 inci. Keris Sundang mempunyai dua lok atau tiada. 3.3.4 Tumbuk Lada.

Tumbuk lada diambil nama daripada bentuk ulunya yang menyerupai alat untuk menumbuk lada. Tumbuk lada merupakan senjata khas untuk menikam. Mata tumbuk lada berkelok tebal, tajam dan runcing. Di percayai berasal dari Sumatera, Di Negeri Sembilan, tumbuk lada merupakan senjata utama majlis adat dan pelengkap pakaian rasmi diraja. Pada zaman Kesultanan Melayu Johor, tumbok lada digunakan secara meluas sebagai alat untuk mempertahankan diri dan senjata peperangan.

“Pada zaman Kesultanan Melayu Johor tumbuk lada secara meluas digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri dan senjata peperangan. Hal ini dapat dibuktikan dalam cacatan sejarah peperangan Johor.” (Hanizah bte Jonoh 1997)

Senjata pendek yang mempunyai bentuk mata yang sama seperti tumbok lada adalah Sawar dan Rencong Aceh.

3.3.5 Badik

Badik adalah sejenis senjata pendek tradisional Melayu yang digunakan sebagai senjata beladiri atau kegunaan seharian seperti menyembelih, memotong daging dan bawang. Mata badik ditempa daripada besi waja agar tahan lama. Manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk dan seringkali dihiasi dengan salutan perak, emas atau tembaga berukir. Untuk membawa kemana-mana badik biasanya

139

disisipkan ke pinggang. Badik dikatakan sebagai senjata pendek kegemaran masyarakat Melayu berasal dari negeri-negeri di kepulauan Sumatera dan Jawa.

“Badik dikatakan sebagai senjata pendek kegemaran masyarakat Melayu berasal dari negeri-negeri di kepulauan Sumatera dan Jawa.”

(Hanizah Jonoh 1997)

3.3.6 Kelewang

Kelewang dikatakan berasal dari Indonesia dan kawasan yang dikenalpasti menggunakannya ialah Sumatera Barat, Aceh dan Bali. Panjangnya adalah kira-kira dua kaki. Hulunya diperbuat agar ia boleh dikendalikan dengan sebelah atau kedua- dua belah tangan. Matanya lurus hanya pada sebelah tepinya sahaja dan bertambah besar dan berat bila meruncing ke depan. Di Eropah ianya dikenali sebagai “bastard sword”. Di semenanjung Tanah Melayu , kelewang paling popular di pantai timur. Di Kelantan ianya dikenali serupa juga sebagai Golok Jambu atau Kelewang Kelantan.

“Di semenanjong Malaysia, kelewang paling popular di pantai Timur. Di Kelantan ianya dikenali juga sebagai Golok Jambu atau Kelewang Kelantan.” (Hanizah Jonoh 1997)

3.3.7Tekpi

Tekpi merupakan senjata Melayu yang biasa terdapat di Malaysia. Bentuk senjata tekpi banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu yang telah lama bertapak sebagai kerajaan awal di Tanah Melayu. Fungsi utama tekpi dicipta adalah untuk menahan serangan senjata tajam. Tekpi digunakan dengan menggenggam hulu senjata dan matanya adalah selari dengan siku tangan. Tekpi dipegang untuk menghadang dan menikam dengan kedua belah tangan secara menghunus ke depan mangsa. Kebiasaannya tekpi dipakai sepasang di kedua dua belah kiri dan kanan, diselitkan di pinggang.

140

3.3.8 Sewar

Sewar mempunyai mata yang serupa bentuknya dengan mata tumbuk lada tetapi sarong dan ulunya sangat-sangat berbeza. Ia berasal daripada Sumatera, merupakan senjata tikam, bersarong dan berulukan gading. Pada sarongnya mempunyai tiga salutan perak pahatan bunga awan timbul, satu di tengah dan dua pada kedua-dua bahagian hujung.Bentuk mata sewar, tumbuk lada dan rencong aceh seakan-akan serupa. Sewar mempunyai mata yang serupa bentuknya dengan mata tumbuk lada tetapi sarong dan ulunya sangat berbeza. Ia berasal dari Sumatera, merupakan senjata tikam, bersarong dan berulukan gading. (Shahrom Yub 1967)

3.3.9 Rencong Aceh.

Rencong Aceh berasal daripada Sumatera dan menjadi pelengkap pakaian lelaki Aceh. Rencong Aceh merupakan senjata tikam. Bahagian tengah di kedua belah mata rencong Aceh lazimnya bertatah dengan tulisan tembaga, “Allah hu Akbar”, dan berhampiran dengan hujungnya bertatah dengan rajah yang bergarisan bujur panjang. Sarong rencong Aceh lazimnya diperbuat daripada kayu yang berwarna hitam dan ulunya daripada kayu atau pun tanduk yang berbentuk bengkok. Kedua-dua hujung sarong dihiasi dengan kepingan-kepingan gading dan batang sarongnya dihiasi simpai tembaga yang berbunga-bunga. Pada zaman dahulu rencong Aceh juga dipakai oleh wanita yeng menyembunyikannya di dalam sanggol rambutnya.

Pada zaman dahulu rencong Aceh juga dipakai oleh wanita yang menyembunyikannya di-dalam sanggol rambutnya. Apabila perlu ia digunakan untuk mempertahankan diri.

(Shahrom Yub 1967) 3.3.10 Lawi Ayam.

Lawi ayam dikenali juga dengan nama kuku ayam, rambai ayam, kerambit atau pun kurambi, ialah senjata yang berbentuk berkelok dan mempunyai mata tajam sabelah atau kedua-dua belah sakali. Biasanya berulukan kayu, atau pun tanduk yang berlubang. Kadang kala terdapat lawi ayam yang berulu melengkong dihujungnya.

141

Lazimnya sarong lawi ayam diperbuat daripada kayu dan dikemaskan dengan simpai rotan atau pun cincin logam ysng ditempatkan dengan jarak perantaraan yang sama.

3.3.11 Lembing

Lembing merupakan senjata panjang yang digunakan untuk menikam dalam pertempuran jarak agak jauh dari lawan. Kalau jarak lebih jauh lagi ia digunakan dengan cara membaling dari jarak jauh. Apabila dibaling ia akan terbang diudara dan menjunam ke sasaran seperti satu tikaman. Lembing yang digunakan dalam perarakan resmi atau dipakai sebagai senjata mengawal raja atau orang kebesaran dinamakan tombak. Tombak akan dihias supaya kelihatan lebih cantik. Dalam Hikayat Hang Tuah ramai perajurit Majapahit menggunakan senjata tombak. Pernah Pateh Gajah Mata mengarahkan seribu perajurit bertombak untuk menikam Hang Tuah lima bersaudara. Seorang perajurit Majapahit yang pakar bermain tombak telah menunjukkan kemahirannya bermain tombak semasa rombongan raja Melaka berada di Majapahit.

3.3.12 Meriam

Pendekar Melayu juga menggunakan senjata api dalam pertempuran jarak jauh. Penggunaan senjata api adalah pengaruh dari luar seperti pengaruh Portugis, Belanda, Inggeris, negeri Cina dan juga Turki. Dalam Hikayat Hang Tuah ada menceritakan Hang Tuah telah di utus oleh Sultan Melaka untuk pergi ke Turki membeli meriam. Meriam Melayu yang terbesar dibuat oleh orang Patani sekitar tahun 1600 Masehi dan telah dirampas oleh orang Thai pada tahun 1785 dan sekarang ada diletakkan di hadapan Kementerian Pertahanan Thai di Bangkok.

Penggunaan meriam banyak digambarkam dalam karya-karya sastera sejarah seperti Sejarah Melayu, Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Siak dan Hikayat Hang Tuah.Meriam merupakan senjata yang besar dan berat serta diperbuat dari besi. Meriam Patani sepanjang 20 kaki adalah meriam yang terbesar yang pernah dibuat oleh bangsa Melayu.

142

“Meriam merupakan senjata yang besar dan berat serta diperbuat daripada besi. Meriam Patani yang masyur itu sepanjang 20 kaki.”

(Mubin Shepard 1972)

3.3.13 Lela Rentaka

Lela seperti meriam tetapi diperbuat dari tembaga dan mempunyai kepanjangan 6 kaki, manakala rentaka lebih pendek dari lela. Rentaka diperbuat dari besi. Lela dan rentaka ini boleh dipikul di atas bahu dan mudah untuk dibawa-bawa. Senjata ini dibawa hampir kepada musuh dan menembak dalam jarak yang dekat. Lela boleh menembak untuk jarak 500 meter. Peluru lela adalah seberat 3 paun.

“Lela seperti meriam, diperbuat dari tembaga dan mempunyai kepanjangan 6 kaki, manakala rentaka lebih pendek dari ulah.”

(Mubin Shepard 1972)

Dalam petikan ini menyatakan lela diperbuat dari tembaga dan mempunyai kepanjangan 6 kaki manakala rentaka lebih pendek daripada itu. Dalam teks Melayu klasik ada banyak menggambarkan penggunaan lela rentaka ini.

3.3.14 Ekor Lotong.

Ekor Lotong lebih pendek dari lela dan rentaka. Ekor lotong diperbuat daripada besi dan bezanya dari lela rentaka ialah mempunyai pemegang yang melengkong dibelakangnya sebab itu ia dinamakan ekor lotong. Ekor lotong senang dibawa dan tidak ada kaki untuk diletakkan. Penggunaan senjata api menggambarkan ilmu kependekaran Melayu mampu digunakan untuk berhadapan dengan senjata api.

“Ekor lotong lebih pendek dari lela dan rentaka. Ekor lotong diperbuat daripada besi dan bezanya dari lela rentaka ialah mempunyai pemegang yang melengkong di belakangnya sebab itu ia dinamakan ekor lotong. Ekor lotong senang dibawa dan tidak ada kaki untuk diletakkan.”

(Mubin Shepard 1972)

143

Sebagai kesimpulannya, senjata-senjata yang digunakan dalam seni silat Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah senjata- senjata yang digunakan dalam pertempuran jarak dekat atau berapat seperti kerambit, lawi ayam, rencong Aceh, keris pendek, badek dan pisau tumbuk lada. Kumpulan yang kedua ialah senjata-senjata yang digunakan untuk pertempuran yang agak renggang seperti pedang, parang panjang, keris panjang, keris sundang dan lembing. Kumpulan yang ketiga ialah senjata yang digunakan untuk pertempuran jarak jauh seperti panah, sumpitan, dan senjata api seperti pistol, senapang, istingar, senapang, lela rentaka dan meriam. Teknik yang digunakan untuk menghadapi senjata-senjata tersebut juga ada perbezaan kerana jarak yang berlainan memerlukan teknik yang berbeza.

3.4. SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran mengandungi bahan-bahan yang akan diajar dalam satu pengajaran di mana ia disusun secara sistematik supaya semua isi pelajaran dapat disampaikan secara berkesan dan mengandungi semua isi pelajaran yang diperlukan. Pelajaran seni silat disimpan oleh guru-guru silat dan disampaikan secara lisan kepada pewaris yang dipercayai. Ia tidak dibukukan atau ditulis untuk menjaga kerahsiaannya. Hasil dari pemerhatian kepada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dapatlah diringkaskan sukatan pelajaran pertubuhan tersebut adalah seperti berikut. (Temubual Anuar Abd. Wahab 25.4.2007).

3.4.1 Bunga Silat.

Bunga silat dikenali juga sebagai tari silat. Biasanya pelajaran silat dimulakan dengan pelajaran Bunga Sembah atau Tari Sembah. Pelajaran bunga silat menekankan aspek kuda-kuda silat, kedudukan tangan dan jenis-jenis langkah atau tapak silat. Langkah silat seperti langkah satu, langkah dua, langkah tiga, langkah empat dan langkah lima. Latihan langkah silat berkait rapat dengan factor graviti dan keseimbangan badan. Bunga silat juga menyimpan rahsia teknik beladiri yang terdapat dalam perguruan tersebut dan menjadi identiti perguruan silat berkenaan.

144

3.4.2 Jurus Silat

Jurus silat melatih pesilat asas-asas menyerang dan membela diri. Selain dari membina kekuatan otot, ketangkasan, kelenturan dan kecepatan ia juga melatih aksi reflek atau tindak balas spontan, terutamanya apabila serangan berlaku diluar dugaan secara tiba-tiba. Dalam latihan jurus pelajar dilatih secara latih tubi iaitu latihan menumbuk, menyepak, mengelak, menangkis, menyusup, berguling dan sebagainya yang perlu dikuasai oleh pelajar supaya dapat melakukan teknik menyerang dan beladiri dengan berkesan. Latihan jurus dilakukan secara individu dan bukan berpasangan.

3.4.3 Belebat Silat.

Belebat silat ialah latihan untuk memantapkan kemahiran individu dalam melakukan teknik beladiri silat. Belebat berbeza daripada jurus silat dari segi teknik. Jurus melatih satu-satu gerak seperti jurus tumbuk melatih menumbuk dan jurus sepak melatih menyepak. Manakala belebat merupakan satu gabungan beberapa teknik yang kalau dilakukan dengan berpasangan ia akan menjadi satu buah pukulan yang digunakan untuk mempertahankan diri. Misalnya gerakan belebat dimulakan dengan berundur kebelakang sambil menangkis dengan tangan, selepas itu kaki yang undur tadi menendang ke hadapan dan disudahi dengan berdiri berkuda-kuda. Kalau dilakukan berpasangan, apabila lawan menumbuk, kita berundur kebelakang selangkah sambil tangan kita menangkis. Selepas itu kita menyerang balas dengan kaki yang undur tadi dengan menyepak perut lawan dan berdiri berkuda-kuda. Latihan belebat dilakukan secara individu.

3.4.4 Buah Pukulan

Buah pukulan ialah teknik beladiri silat yang dilakukan secara berpasangan. Ini merupakan rahsia sesuatu perguruan. Ia digunakan untuk mempertahankan diri.

145

Rahsia-rahsia pukulan yang boleh melemahkan musuh diajarkan. Pelajar akan lebih mudah memahami dan melakukan pukulan sekiranya dia telah dilatih belebat sebelum melatih pukulan itu terlebih dahulu. Dalam melakukan buah pukulan ini pelajar akan menggunakan teknik langkah, tumbuk, sepak, elak, tangkis, tangkap, sapu dan kunci yang telah dipelajari semasa belajar bunga, jurus dan belebat. Semua jenis silat mengandungi pelajaran buah pukulan yang merupakan teknik untuk mempertahankan diri.

3.4.5 Tempur Silat

Tempur silat ialah latihan berlawan bagi dua orang pesilat. Kalau latihan buah atau pukulan penyerang adalah dianggap tidak pandai berlawan. Apabila penyerang menyerang, pesilat akan mengelak atau menangkis serangan dan seterusnya melakukan serangan balas kepada penyerang di mana penyerang akan tewas. Tetapi dalam pelajaran tempur silat kedua-dua pelajar dianggap pandai bersilat dan tidak ada yang tewas. Kedua-dua pesilat dapat mengelak semua serangan dan sering berbalas- balas serangan. Dalam latihan tempur silat, kemahiran menggunakan langkah sangat penting, samaada untuk menghampiri lawan atau menjauhi lawan. Semasa melangkah pesilat akan melakukan kuda-kuda dan semasa menanti serangan pesilat melakukan sikap pasang menanti serangan. Dalam tempur silat semua pergerakan pantas dan bertenaga.

3.4.6 Permainan Silat Tradisional atau Main Seni Tapak Empat

Permainan Silat Tradisional atau Main Seni ialah kaedah perlawanan silat secara pecah regu atau free saprring antara dua orang pesilat yang tidak pernah merancang terlebih dahulu teknik-teknik yang akan digunakan atau mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan mungkin juga dari perguruan silat yang berbeza. Tujuan permainan ini ialah untuk menguji kemahiran silat masing-masing. Mereka akan cuba menjatuhkan lawan atau mengunci lawan disamping serangan tangan dan kaki. Untuk mengatasi kecederaan, telah termaktub peraturan yang sedia difahami oleh kedua pesilat secara tradisi. Peraturannya ialah tidak akan mencederakan lawan. Untuk melakukan ini kedua-dua pesilat mengawal pukulan

146

supaya bila sampai kesasaran, gerakan diperlahankan atau tendangan ditarik semula dari mengenai sasaran dan teknik kuncian tidak mematahkan. Namun dalam situasi tertentu mereka berlawan menggunakan tenaga sepenuhnya. Dalam pertandingan silat olahraga, pukulan dilepaskan sepenuh tenaga tetapi mereka menggunakan alat pelindung badan atau body protector. Dalam permainan silat tradisional, pesilat mestilah telah mendalami seni silat sepenuhnya.

3.4.7 Ilmu Kebatinan

Ilmu kebatinan adalah sesuatu yang penting dalam silat. Belajar silat tanpa mengamalkan ilmu kebatinan, dianggap ‘kosong’ atau ‘tidak berisi’. Seperti yang telah dibincangkan, belajar ilmu kebatinan adalah sebenarnya menghampirkan diri dengan Tuhan dan juga makhluk-makhluk ghaib. Ilmu kebatinan yang berasaskan Tasawuf dan tarekat adalah memimpin pesilat kearah hidup beragama yang mementingkan kemantapan akidah supaya tidak melakukan kerja-kerja syirik. Mengamalkan ilmu kebatinan membimbing pesilat kearah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Ilmu Mengenal Diri dan Mengenali Allah melalui pelajaran Sifat Dua Puluh dan amalan tarekat akan membimbing pesilat menjadi pendekar yang zuhud dengan berlakunya peningkatan maqam melalui amalan.

3.5 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, teknik asas seni silat Melayu ialah kemahiran menangkis serangan tikam, serangan parang dan serangan tetak, samaada bersenjata atau tanpa senjata. Kemahiran menangkis serangan secara fizikal dilengkapkan dengan pengamalan ilmu kebatinan untuk mendapat kebolehan yang luar biasa. Permainan seni silat tradisional membantu pesilat mendapat kemahiran untuk menangkis serangan tikam, parang dan tetak. Teknik fizikal seni silat dilengkapkan dengan penggunaan senjata tradisional yang bersesuaian dengan teknik seni silat. Senjata- senjata tersebut terdiri dari senjata pendek, senjata panjang dan senjata yang dicancarkan dari jarak jauh termasuklah senjata api seperti meriam dan istingar. Sukatan pelajaran seni silat dapat dirangka dengan meneliti isi kandungan pelajaran sesuatu silat.

BAB IV

CIRI-CIRI AMALAN ILMU KEBATINAN DALAM KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA

4.1 PENGENALAN

Ilmu kebatinan adalah ilmu yang mana pengamal berhubung dengan Allah atau makhluk di alam ghaib untuk memohon pertolongan. Untuk memahami ciri-ciri amalan ilmu kebatinan dalam kependekaran Melayu di Malaysia, akan dicari bukti daripada teks-teks Melayu klasik, teks-teks sejarah, kajian akademik, manuskrip dan temu bual dengan responden yang pernah mengalami kesan luar biasa dari pengamalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Untuk mengkaji kaedah pengamalan dan pengaruh kepercayaan diberikan contoh-contoh mantera, jampi- serapah dan doa-doa yang diamalkan dalam ilmu kebatinan kependekaran Melayu.

4.2 DEFINISI ILMU KEBATINAN

Aspek kebatinan adalah satu unsur yang penting dalam ilmu kependekaran Melayu. Seorang pendekar, selain mempunyai kemahiran dalam seni silat mesti juga mengamalkan ilmu kebatinan.Ini disebabkan ilmu kebatinan merupakan aspek spiritual sedangkan seni silat merupakan aspek teknik fizikal dalam usaha mempertahankan diri. Namun keduanya perlu bersatu kerana masing-masing sering melengkapi antara satu sama lain. “Senantiasa dimana-mana silat dihubungkan dengan mistik, tasawuf, ilmu sihir dan lain-lain ilmu batin. Umum dianggap seorang guru silat pentjak terkenal, mempunyai ilmu sihir sehingga silat yang dimilikinya bukan semata-mata terdiri dari silat lahir sadja tetapi diperkuat oleh ilmu kebatinan luar biasa. Di dalam dunia materials moden ini, masih tetap dianggap satu silat belum sempurna kalau tidak disertai ilmu, di mana kebatinan masih diakui.”

(Mohammad Djoemali 1958)

148

Dalam petikan di atas mengatakan ilmu kebatinan adalah sangat penting dalam ilmu persilatan. Silat yang tidak disertai dengan amalan ilmu kebatinan dianggap sebagai masih tidak lengkap. Ilmu kebatinan silat dikenali sebagai ilmu sihir, ilmu tasawuf, ilmu mistik dan ilmu batin.Ilmu sihir memohon pertolongan kepada kuasa- kuasa ghaib selain Allah adalah ilmu yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Dalam persilatan ilmu ghaib masih diamalkan.

Manakala Anuar Abd. Wahab, Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, mengatakan ilmu kerohanian atau ilmu kebatinan bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam ghaib. Alam ghaib di sini bermaksud Tuhan atau pun makhluk ghaib yang telah dijadikan oleh Allah seperti malaikat, jin, iblis, syaitan, semangat-semangat, roh-roh nenek moyang, orang bunian, penunggu-penunggu, hantu-hantu dan sebagainya. Pengamal ilmu kebatinan akan memohon pertolongan kepada Allah atau pun makhluk ghaib tadi untuk mendapatkan pertolongan melindungkan diri dari serangan musuh seperti binatang buas, manusia, makhluk ghaib, wabak penyakit dan bencana alam.

Ilmu kerohanian Melayu tradisi yang berlatar belakangkan kepercayaan anamisma pernah menjadi pelengkap ilmu seni perang bangsa Melayu. Merapatkan diri atau menyatukan diri dengan Tuhan adalah untuk mendapatkan kesempurnaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

“Boleh dikatakan, kerohanian adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara manusia dan alam ghaib. Tidak kurang pula ada ilmu kerohanian digunakan untuk tujuan mempertahankan diri, keluarga atau kumpulan mereka dari serangan wabak penyakit, binatang buas, manusia, alam, makhluk ghaib dan lain-lain. Kerohanian Melayu tradisi pernah menjadi pelengkap ilmu seni perang Melayu dan memupuk semangat pahlawan gagah berani, jati diri dan kekuatan sebelum kedatangan pengaruh agama dari luar.”

(Anuar Abd. Wahab 2008)

Petikan di atas menerangkan tujuan mengamalkan ilmu kebatinan iaitu untuk berhubung dengan alam ghaib. Dalam perbincangan di atas, makhluk ghaib bagi orang Melayu bermaksud makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasar.

149

Ia terdiri daripada tiga golongan iaitu malaikat, iblis serta jin dan hantu. (Haron Daud 2001).

“In silat forms outside the category of silat ghaib warrior spirits are merely used as helping spirits (kadam). In silat ghaib they possess the person who derives his silat skills entirely from this altered experience. The implications of trance and spirit possession in silat are obvious” (Razha Rashid 1990)

Dalam petikan ini, ilmu kebatinan silat yang dikenali sebagai ilmu kadam, menggunakan roh pahlawan yang handal untuk membantu pengamalnya dalam satu- satu pertempuran di mana roh tersebut akan meresap ke dalam dirinya. Ilmu seperti ini masih diamalkan hingga sekarang. Selepas kedatangan Islam, ilmu kebatinan Islam berkembang menggantikan ilmu sihir dan ilmu ghaib. “Sebagaimana sudah ditunjukkan, walaupun sebagian tradisi dan kepercayaan lama masih wujud tanpa pengaruh apa pun dari ajaran Islam, ada pula tradisi yang berpadu dengan unsur Islam dan ada pula Ilmu yang hanya mengandungi unsur-unsur Islam. Dalam pemakaiannya, meskipun terdapat sistem yang hidup, namun secara perlahan unsur-unsur Islam menunjukkan “kemenangan” atas tradisi.” (Hermansyah 2010)

Dalam petikan ini mengatakan terdapat tiga jenis ilmu kebatinan iaitu ilmu kebatinan yang tidak ada langsung unsur Islam, ilmu kebatinan yang bercampur aduk antara unsur tradisi yang bukan Islam dengan unsur Islam dan ilmu kebatinan yang hanya mengandungi unsur Islam sahaja. Ilmu kebatinan Islam berlatar belakangkan ilmu Tasawuf, ilmu Tarekat dan ilmu Tauhid, yang pada asasnya setiap pengamal akan cuba mendekatkan atau menyatukan diri dengan Allah. Mengamalkan ilmu ini selain dari mendapat pertolongan dari Allah di dunia ini, ia membekalkan kita dengan amalan-amalan untuk kehidupan di alam akhirat nanti. Ilmu kebatinan jenis ini lebih dikenali sebagai ilmu akhirat. Ilmu sihir dan ilmu ghaib dikenali sebagai ilmu dunia.

“Oleh itu, Islam telah menyumbangkan amalan kerohanian Islam ke dalam dunia ilmu persilatan Melayu bagi menggantikan amalan-amalan kerohanian yang dikosongkan oleh kepercayaan- kepercayaan sebelumnya. Bertitik tolak dari pengisian kerohanian Islam dalam silat Melayu, maka kerohanian silat Malaysia terus

150

bersih dan suci daripada pengaruh dan amalan kerohanian kepercayaan tradisi sebelumnya.” (Anuar Wahab 2008)

Petikan ini menggambarkan memang terdapat ilmu kebatinan kependekaran Melayu yang bebas daripada campuran dengan kepercayaan tradisi Melayu. Perubahan dan penyesuaian dari kepercayaan tradisi kepada ajaran Islam sepenuhnya dilakukan secara beransur-ansur melihat kepada kesesuaian keadaan. Sebagai contohnya, dalam Hikayat Hang Tuah Hang Tuah menuntut ilmu dunia daripada Sang Persanta Nala semasa berada di Majapahit. Apabila sudah berumur, dia menuntut ilmu tasawuf daripada Syeikh Mansor sewaktu dalam buangan di Hulu Melaka.

Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan guru tua seni gayung Fatani Malaysia iaitu Syeikh Abd. Rahman Tohir dan anaknya Haji Ramli pernah berguru ilmu kerohanian Islam daripada Tuan Syeikh Muhyiddin Hujjatul Muhaqqiqin .afallahu ‘anhu di Pattani.

“Tn. Syeikh Abd. Rahman Tohir(1816-1936) telah mengembangkan silat di Kedah, bagaimanapun diwaktu itu memang telah terdapat ramai guru silat yang sealiran dengan beliau mengembangkan silat di Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu. Menurut Guru Tua Tn. Hj.Ramli Abd. Rahman, pada tahun 1880 di Patani terdapat pondok menuntut ilmu agama dan ilmu silat. Beliau pernah bersama bapanya, Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan lain-lain menuntut di bawah Tn. Syeikh Muhyiddin dan bapanya juga pernah menuntut daripada Syeikh Osman.” (Anuar Abd. Wahab 2008)

Petikan ini menunjukkan Guru Tua Seni Gayung Fatani bersama pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan lain-lain menambah ilmu kebatinan persilatan dengan ilmu agama yang beraliran tasawuf daripada Syeikh Muhyiddin dan Syeikh Osman. Mereka menambahkan ilmu kuat dan gagah dengan ilmu tarekat. Dalam proses penggantian ini, strategi yang diamalkan ialah sesuatu ilmu itu akan ditinggalkan hanya apabila sudah ada pengganti dan pengganti itu mestilah lebih baik daripada yang sedia ada.

151

Terdapat kejadian seorang yang memiliki ilmu kebal dan telah pernah selamat dari tetakan musuh tanpa mengalami kecederaan. Pada satu ketika, dia telah tidak mengamalkan ilmu tersebut kerana berpendapat bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila ia diserang kali kedua, dia telah cedera dengan sepuluh tikaman dan hampir maut. Atas sebab inilah, amat merbahaya meninggalkan ilmu tanpa pengganti. (Temubual Haron Daud 25.10.2010).

“Pengajian Islam, kepahlawanan dan sifat kepimpinan Nabi Muhammad, para sahabat dan pendakwah Islam, telah membentuk sifat kepahlawanan Melayu yang seimbang pada zahir dan batinnya. Pendekar silat mengenali musuh manusia yang sebenar ialah iblis, syaitan dan nafsunya sendiri dan senjata yang dapat menangkis serangan tersebut ialah iman, akidah, ibadah, akhlak, wahyu dan sunnah.”

(Anuar Wahab 2008)

Petikan ini menggambarkan, konsep ilmu kebatinan kependekaran Melayu yang berasaskan ajaran Islam berpandukan ilmu Tauhid dan Tasawuf. Ia mengajarkan pendekar silat, bahwa musuh sebenarnya ialah iblis dan syaitan yang menghasut manusia supaya mengikuti keinginan hawa nafsunya yang boleh membinasakan diri sendiri. Ilmu kebatinan seperti ini menuntut pengikutnya supaya beriman dan sentiasa menjaga akidah supaya tidak rosak. Pendekar silat dituntut supaya beribadah, menjaga akhlak serta berpandukan wahyu dan sunnah.

Kedatangan agama Islam, turut mempengaruhi ilmu kebatinan kependekaran Melayu.Kewujudan unsur-unsur luarbiasa yang dikurniakan Allah swt kepada nabi dan rasul dalam bentuk mukjizat telah membuktikan Allah itu lebih berkuasa daripada segala makhluknya yang lain.Pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu mula berusaha mengenali Allah dan beramal mendekatkan diri kepada Allah sebagai menggantikan amalan sebelum ini.

“Ulama Melayu berupaya menggantikan amalan kebatinan tradisi dari pelbagai kepercayaan kepada amalan kerohanian Islam dalam Silat Melayu. Penukaran tersebut dilakukan secara beransur-ansur dengan memperkenalkan sejarah ketokohan dan kepimpinan Rasullullah, para sahabat serta

152

perwira Islam, telah membuka jalan kepada kerohanian Islam melalui jalan tasawuf, antaranyaTarekat Naqsabandiah, Ahmadiah, Muhammadiah, Qadariah, Satariah, Summariah, Sazaliah dan lain-lain yang dipimpin oleh ulama tempatan.”

(Anuar Wahab 2008)

Petikan ini menggambarkan terdapat proses peralihan dalam pengamalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu daripada berasaskan campuran ajaran kepercayaan tradisi dan Islam kepada ajaran agama Islam sepenuhnya melalui jalan ilmu tasawuf. Pengamalan ilmu kebatinan yang sebelumnya mendampingkan diri dengan semangat- semangat, jin, dewa-dewa dan kuasa-kuasa ghaib yang lain yang terdiri daripada makhluk-makhluk Allah, telah berubah kepada memohon terus kepada Allah, melalui pengamalan berbagai jenis ilmu tarekat seperti yang terdapat dalam petikan di atas.

Namun tidak dinafikan masih terdapat penerusan pengamalan ilmu kebatinan tradisi setelah datang ajaran agama Islam, tetapi pengamal akan ditanamkan asas ajaran Islam yang kukuh supaya akidah tauhid masih terpelihara dalam membuat hubungan dengan makhluk-makhluk ghaib untuk mengelakkan perbuatan syirik. Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ada diceritakan bagaimana Tengku Datuk Batin Alam membuat persiapan anakandanya Awang Sulung Merah Muda, sebelum diajarkan ilmu kebatinan kependekaran Melayu.

“Maka pada suatu hari, bertitahlah Tuanku Datuk Batin Alam kepada Awang Sulung Merah Muda,” Hai anakku, sekarang sudahlah dapat mengaji kitab dan merawi, tinggallah lagi pencak dengan silat, apung dengan kebal, tiadalah payah belajar kepada orang, ayahanda boleh mengajar.” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda1995)

Dalam petikan di atas, sebelum Awang Sulung Merah Muda diajarkan ilmu kebatinan kependekaran Melayu zahir dan batin, terlebih dahulu dia telah khatam mengaji Quran dan mengaji kitab Fekah dan Tauhid. Selepas itu, barulah belajar silat serta ilmu dunia iaitu ilmu apung dan ilmu kebal. Sebelum diajarkan ilmu dunia (apung dan kebal) dia telah diajarkan asas ilmu akhirat iaitu Fekah dan Tauhid.Budaya menanamkan asas agama Islam yang kuat sebelum mengajarkan ilmu kependekaran

153

Melayu masih diteruskan hingga ke hari ini, terutama sekali di desa-desa yang mengajarkan silat secara tradisional.

Latihan silat berhampiran surau diamalkan di Batu Kurau, Perak di mana Tuan Haji Imam Mansur melatih ahli-ahli Seni Gayung Fatani Malaysia. “Pesilat diwajibkan memulakan dengan perlakuan Islam, malah konsep mengenal tubuh manusia (anggota gerak silat) juga saling berkaitan dengan perakuan amalan solat. Begitu juga dengan kumpulan Silat Gayung Fatani, dengan guru tuanya bernama Tuan Imam Mansur Ismail, turut menarik dan mengumpul pemuda untuk mengakarkan agama di suraunya dengan mengajar Al Quran, Hadis, Fiqh, Sirah dan diakhiri dengan kegiatan di gelanggang silat.”

(Anwar Din 2008)

Petikan ini, bukan sahaja memberikan asas agama Islam seperti tilawah Al- Quran, Hadis, Fikah dan Sirah sebelum diakhiri dengan latihan silat tetapi juga dengan mengaitkan pergerakan anggota badan semasa bersilat dengan perlakuan solat. Dari contoh-contoh yang dibincangkan di atas, memberigambaran kepada kita bahawa pelajaran seni silat dan ilmu kebatinan kependekaran Melayu di asaskan oleh pelajaran agama Islam seperti Al-Quran, Hadis, Fekah dan Tauhid. Ini merupakan sebagai asas ilmu kebatinan kependekaran Melayu untuk memelihara akidah pesilat.

Sebagai asas, ilmu kebatinan kependekaran Melayu memberatkan tentang perkara ini dengan mensyaratkan penguasaan dalam bidang ilmu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. “Dengan demikian jelaslah bahawa belajar tasawuf atau kebatinan, harus didasari dengan tahap-tahap ilmu pengetahuan yang membawa setiap orang mendalaminya. Tahap ini dalam ajaran Islam terkenal dengan istilah: Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Ma’rifat.”

(T.Wahidin 1986)

Kepentingan ilmu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat sebagai asas ilmu kebatinan kependekaran Melayu dinyatakan juga oleh Anuar Wahab.

“Secara ringkas, kurikulum pendidikan Islam tradisi pondok di Tanah Melayu berlandaskan Mazhab Syafie dan berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

154

Kurikulum tersebut meliputi ilmu Sareat, Hakikat, Tarekat dan Makrifat.” (Anuar Wahab 2008)

Petikan ini juga menjelaskan, selain dari menguasai ilmu Sareat, Hakikat, Tarekat dan Makrifat, ilmu kebatinan kependekaran Melayu berlandaskan Mazhab Imam Syafie dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Sebagai kesimpulannya, ilmu kebatinan ialah ilmu yang menghubungkan manusia dan alam ghaib untuk memohon pertolongan. Ilmu kebatinan kependekaran Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu ilmu kebatinan yang berasaskan kepercayaan tradisi (anamisma) sepenuhnya, ilmu kebatinan yang berasaskan campuran kepercayaan tradisi dan agama Islam dan yang ketiga ialah ilmu kebatinan yang berasaskan ajaran Islam sepenuhnya. Berlaku perpindahan ilmu daripada ilmu kebatinan berasaskan pengaruh kepercayaan tradisi krpada ilmu kebatinan berasaskan ajaran Islam terutamanya ilmu tasawuf dan ilmu tarekat. Pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu mesti menguasai ilmu sareat, tarekat, hakikat dan makrifat sebagai asas ilmu untuk mengelakkan dari berlakunya perbuatan syirik.

4.3 CIRI-CIRI ILMU KEBATINAN KEPENDEKARAN MELAYU

Dalam membincangkan ciri-ciri ilmu kebatinan kita akan melihat kesan-kesan pengamalan ilmu kebatinan seperti kejadian luar biasa yang berlaku kepada pengamal semasa berhadapan dengan keadaan yang kritikal dalam usaha mempertahankan diri. Teks-teks Melayu klasik, karya-karya sejarah, tesis PhD dan temu bual dengan responden yang telah mengalami peristiwa tersebut adalah menjadi rujukan. Kejadian luar biasa yang berlaku memang susah untuk dipercayai mengikut kaedah saintifik tetapi semuanya berlaku dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Ilmu tasawuf atau ilmu sufi adalah ilmu kebatinan yang mengandungi hanya pengaruh Islam atau ilmu akhirat. Untuk ilmu dunia, ilmu kebatinan Melayu ada yang masih merujuk kepada pengaruh kepercayaan tradisi sebagaimana banyak terdapat

155

dalam mantera Melayu. Namun kedatangan ilmu tasawuf, telah dapat menyaingi kebolehan ilmu dunia kerana ilmu akhirat juga mampu memberikan hikmat luarbiasa.

“Adanya unsur-unsur tasawuf dalam Ilmu tidaklah terlalu mengherankan sebab para sufi tertentu melaksanakan kegiatan tertentu yang dapat dikategorikan atau setidaknya mirip dengan magi. Misalnya, di antara kalangan penganut Tarekat Sadziliah di Mesir mempercayai bahawa zikir tertentu memiliki kakuatan magi, seperti hizb al-bahr yang digunakan sebagai mantra perlindungan dalam perjalanan. Demikian juga dengan para penyebar Islam di Indonesia, terutama kaun sufi, yang juga dipercayai memiliki kemampuan untuk menyembuhkan dengan cara ghaib. Kemampuan mereka menarik perhatian masyarakat setempat sehingga menganut Islam. Bagi mereka para tokoh sufi inilah yang dapat menjawab kepentingan pragmatis mereka.”

(Hermansyah 2010)

Petikan ini memberikan andaian pengamal ilmu akhirat seperti Tarekat Sadziliah di Mesir mampu memberikan kebolehan luarbiasa seperti mengubat penyakit dan perlindungan dalam mempertahankan diri dengan mengamalkan zikir tertentu. Malahan ada yang memeluk agama Islam kerana kebolehan luarbiasa ini seperti yang berlaku di Tanah Jawa di zaman pengembangan Islam oleh Sembilan orang pendakwah sufi yang dikenali sebagai Wali Songo atau Wali Sembilan. Contoh ilmu akhirat yang lain ialah mengamalkan membaca ayat dari Al-Quran boleh melindungkan diri daripada musuh dengan izin Allah dan mendapat pahala untuk bekalan di akhirat.

Ilmu Gayueng angin mampu memberi kesan dari jarak jauh. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan bagaimana Tuan Jana Khatib yang mahir dalam ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam, menggunakan ilmu gayueng untuk membelah pohon pinang gading hanya dengan memandang dari jauh.

“Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura bertudung; maka ia lalu hampir pagar istana raja. Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua.”

(Sulalatus Salatin 1996)

156

Ilmu yang digunakan oleh Tuan Jana Khatib dalam petikan ini ialah sejenis ilmu gayueng angin. Dengan hanya merenung dari jauh, pohon pinang gading itu telah terbelah dua. Di Malaysia, ilmu kebatinan pukul dari jarak jauh ini, berkembang dengan pesatnya pada pertengahan tahun 70an hinggalah awal tahun 80an. Antara perguruan-perguruan silat kebatinan ini ialah Budi Suci Sejati, Batin Murni, Wali Suci, Rohanian, Wali Songo dan Nasrul Hak. Silat jenis ini dinamakan silat kebatinan. Pelajarannya adalah menumpukan kepada amalan kebatinan dan gerakan jurus tertentu yang mengisyaratkan memukul musuh dari jarak jauh. Tidak perlu belajar langkah dan menangkis serangan secara fizikal. Penuntut hanya beramal ayat-ayat tertentu dan berlatih bermain jurus. Serangan secara fizikal seperti serangan senjata keris atau parang, dengan izin Allah, tidak akan sampai mengenai tubuh pengamal silat kebatinan ini. (Temu bual Suhaimi bin Kalis Ishak, 16.3.2013).

Ilmu kebal ialah sejenis ilmu kebatinan yang sangat penting dimiliki oleh para pendekar. Dalam teks Melayu klasik banyak menggambarkan para pendekar zaman silam mengamalkan ilmu kebal. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan ketika utusan raja Melaka sampai di negeri Siam, raja Siam bertanya kepada utusan tersebut, kenapa Melaka tidak kalah apabila diserang oleh Siam. Utusan tersebut memberitahu raja Siam semua pendekar Melaka kebal, tidak luka oleh senjata.

“Maka titah raja Siam, “Apa sebab Melaka diserang Siam, tiada alah?” Maka Tun Telanai pun menyuruh memanggil orang suir, seorang tua, lagi untut kedua kakinya. Maka disuruh oleh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya.Maka orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, maka ditahankannya belakangnya; maka lembing itu jatuh ke atas belakangnya mengantul jatuh ke tanah, sedikit pun tiada garis di belakangnya. Maka sembah Tun Telanai, “Inilah sebabnya maka Melaka diserang tiada alah, kerana semuanya orang Melaka demikian belaka”. (Sulalatus Salatin 1996)

Menurut petikan ini, kehebatan panglima Melaka tidak dapat dikalahkan oleh tentera Siap dalam dua peperangan ialah kerana pahlawan-pahlawan Melaka kebal tidak lut oleh senjata. Ini menggambarkan, dalam peperangan yang besar seperti perang Melaka, ilmu kebal memainkan peranan sebagai persiapan pahlawan-pahlawan Melayu untuk menghadapi musuh. Mereka tidak bergantung kepada pemakaian baju

157

besi, seperti bala tentera benua Eropah. Dalam Hikayat Patani ada menggambarkan Bendahara yang hendak menderhaka kepada raja Siam menyediakan hulubalang- hulubalang yang kebal setelah meminum air kebal.

“Hatta dengan demikian maka dipersembahkan orang pada ke bawah duli Phra Cau mengatakan,”Bendahara itu duduk menghimpunkan segala hulubalang dan rakyat hendak durhaka ke bawah duli tuanku dan orang yang minum air kebal di atas Bukit Sai itu ada empat puluh yang tiada dimakan oleh senjata.”

(Hikayat Patani 1992)

Dalam petikan ini, menggambarkan persiapan perang untuk menderhaka kepada raja Siam dengan cara meminum air kebal. Seramai empat puluh pahlawan telah mempersiapkan diri menjadi kebal tiada lut oleh senjata besi.

Dalam Hikayat Hang Tuah ada banyak peristiwa yang menggambarkan penggunaan ilmu kebal. Hang Tuah juga kebal setelah tidak lut apabila ditikam oleh Hang Jebat di akhir babak perlawanan mereka.

Sa-telah Hang Jebat merasai luka, maka oleh Hang Jebat di-sambar-nya ikat pinggang Laksamana, tiada kena; di-sambar-nya pula kain Laksamana, dapat, lalu di-tikam oleh Hang Jebat. Maka Laksamana pun melompat mundur ka-pintu istana itu, maka lalu terjun di-atas pintu itu. Maka Hang Jebat di-pertubu2-nya tikam belakang Laksamana, tiada lut; mastul Laksamana pun tanggal dari kepala-nya lalu berbelit2 pada leher-nya. Maka Laksamana pun berjalan pulang ka-rumah-nya sambil melambai-kan keris-nya. (Hikayat Hang Tuah, 1971)

Dalam petikan di atas, Hang Jebat yang telah kena tikam mengejar Laksamana dan menikam dari belakang tetapi tidak lut. Ini adalah kesan pengamalan ilmu kebatinan oleh Hang Tuah. Hang Tuah bukan sahaja tidak lut oleh tikaman keris, tetapi juga tidak lut apabila terkena peluru meriam Portugis.

158

“Maka di-bedil-nya oleh seridadu di-mitar-nya di-tuju-nya akan Laksamana, kena, lalu di-bawa-nya oleh peluru itu sa-puloh depa terpelanting. Maka Laksamana pun jatuh ka-ayer, tetapi suatu pun tiada luka.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Kekebalan kesan dari penggunaan ilmu kebal, bukan sahaja terhadap senjata tradisional seperti pedang dan keris tetapi juga terhadap senjata api seperti peluru meriam dan peluru senapang. Hang Tuah misalnya, kebal terhadap peluru meriam portugis sehingga tercampak sepuluh meter, tetapi tiada luka seperti yang dipaparkan dalam petikan di atas. Peristiwa pertempuran tentera keselamatan Malaysia di Lahad Datu, Sabah dengan tentera penceroboh Sulu dari Filifina telah menjawab persoalan yang selama ini bermain dalam fikiran pengkaji ilmu kebatinan, mampukah ilmu kebal menahan tembakan senapang moden. Dalam insiden tersebut, polis Malaysia yang terlibat mengakui ada tentera Sulu yang kebal, tidak lut oleh peluru M 16. Mereka memakai baju yang bertulis ayat-ayat suci Al-Quran dan tidak lut ditembak.

Untuk membuktikan keberkesanan ilmu kebatinan kependekaran Melayu, Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju, telah membuat satu demonstrasi di mana dia ditanam hidup-hidup di dalam tanah sedalam2 meter selama 5 minit. Peristiwa ini dilakukan di Beranang, Selangor.

Omardin berkata, bagi membuktikan ilmu persilatan Melayu mampu melakukan perkara di luar jangkauan fikiran manusia termasuk berada dalam tanah sedalam kira-kira dua meter beliau sanggup ditanam dalam lubang selama lima minit.

(Berita Harian. 2008. 28 Julai.)

Di dalam Hikayat Hang Tuah ada peristiwa Hang Tuah ditanam hidup-hidup di-dalam tanah kerana raja Melaka hendak mengetahui kisah di dalam kubur. Tiada siapa yang berani untuk melakukan pekerjaan itu. Hang Tuah telah menyahut cabaran itu dan beliau telah selamat apabila digali semula setelah memberi isyarat pada tali yang dipegang oleh raja di atas kubur itu.

159

Maka khabar Laksamana hendak di-tanam oleh raja itu pun mashhor rata sa-genap negeri Melaka itu; sakalian orang pun datang-lah berhimpun hendak melihat Laksamana di-tanam oleh raja. (Hikayat Hang Tuah,1971)

Perkara ini sungguh luar biasa dan ramai orang tidak akan percaya kebenaran cerita ini. Tetapi Mahaguru Omar Din telah membuktikan kebenaran ilmu tersebut iaitu ditanam hidup-hidup. Jadi ilmu kebatinan yang digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah tidak mustahil untuk berlaku. Kekebalan terhadap senjata api dan boleh ditanam hidup-hidup telah dibuktikan daripada dua peristiwa yang disebutkan di atas tadi.

Semasa zaman penjajahan British ramai pahlawan Melayu yang berjuang mengamalkan ilmu kebal, contohnya Mat Kilau pahlawan Pahang dan Tok Janggut, pahlawan Kelantan.

“The Kelantan uprising against the British in 1915 was organised by Haji Mat Hassan bin Panglima Munah, more commonly known as Tok Janggut, the son of a Kelantan Court Panglima also an expert in many forms of silat and renowed for his mastery of ilmu kebal.” (Razha Rashid 1990)

Dalam petikan ini mengatakan, Tok Janggut yang mengetuai pahlawan Kelantan menentang Inggeris adalah seorang yang mahir dalam ilmu persilatan dan seorang yang kebal, tidak lut oleh senjata besi. Kewujudan ilmu kebal ini, bukan sahaja daripada cerita-cerita mengenai kekebalan seseorang tetapi melalui doa dan mantera kebal yang diamalkan yang terdapat dalam kitab ilmu kebatinan yang ditinggalkan oleh pahlawan tersebut. Malahan Mat Kilau, sempat meninggalkan kitab ilmu kebatinannya, termasuk ilmu kebal untuk tatapan jenerasi sekarang.

Di zaman darurat menentang komunis pada tahun 1945M, Kiai Salleh dan pengikut-pengikutnya di Batu Pahat Johor menggunakan ilmu kebal untuk berjuang. Kitab ilmu kebatinan kepunyaan Mat Kilau sebanyak tiga buah yang mencatatkan ilmu kebatinan yang dipelajari dan diamalkan oleh Mat Kilau telah diterbitkan oleh

160

Utusan Melayu pada tahun 1970 dengan tajuk Kitab Mat Kilau. Ia diterbitkan sebagai warisan untuk tatapan jenerasi akan datang. Malahan diperpustakaan yang besar seperti di Leiden, Paris dan London terdapat banyak manuskrip yang mencatatkan doa dan mantera ilmu kebal.

“Hang Tuah is said to have achieved this state : Hence he could not be killed by weapons. This concept is still operative in Malaysian society today. At the beginning of the B.M.A period several ‘invulnerable groups’ sprang up to lead the Malays fight against Chinese terrorist gangs. Panglima Salleh of Batu Pahat was a leader of the groups.” (Kassim Ahmad 1966)

Menurut petikan ini, Hang Tuah adalah satu lagi contoh pahlawan Melayu yang kebal dan tidak boleh dibunuh oleh senjata. Dalam masyarakat Melayu zaman sekarang ini, pengamalan ilmu kebal masih diteruskan. Di zaman darurat 1945, kerana penindasan pengganas komunis terhadap orang Melayu begitu kritikal, beberapa kumpulan pengamal ilmu kebal telah memunculkan diri untuk menentang pengganas komunis. Di antara yang terkenal ialah kumpulan Selempang Merah di Batu Pahat yang diketuai oleh Kiyai Salleh atau Panglima Salleh yang terkenal dengan amalan Ayat Empat.

Ada beberapa orang responden yang sempat ditemubual mengaku mengamalkan ilmu kebal atau pernah melihat secara langsung penggunaan ilmu kebal dalam pergaduhan sebenar. Yazid bin Arifin, 45 tahun, seorang pegawai penguatkuasa menceritakan, sewaktu menjalankan tugas, meronda di suatu kawasan penjaja di Kuala Lumpur, beliau telah diserang oleh lima puluh orang samseng yang bersenjatakan parang, kayu dan besi.

Pada mulanya, beliau bersama tiga puluh orang pegawai penguatkuasa cuba melarikan diri apabila diserang. Apabila kesemua pegawai telah masuk ke dalam trak, seorang pegawai telah tertinggal dan hampir dapat ditangkap oleh kumpulan samseng tersebut. Dengan semangat untuk menyelamatkan kawan, beliau telah berpusing semula untuk membantu pegawai tersebut. Waktu itulah kumpulan samseng tersebut menyerang bertubi-tubi menggunakan parang , kayu dan besi. Beliau telah melawan

161

untuk mempertahankan diri berbekalkan ilmu seni silat yang dipelajari. Semua samseng tersebut bertempiaran lari apabila anggota polis sampai. (Temubual Yazid Arifin 28.10.2008) Beliau bersyukur, walaupun pakaiannya koyak-koyak ditetak. tetapi kulitnya tidak cedera. Beliau mengakui ada mengamalkan ilmu kebatinan yang diajarkan oleh guru silatnya.

Tahir bin Baharin, 70 tahun, menceritakan, pada suatu malam, sewaktu bertugas sebagai pegawai keselamatan di sebuah kilang, beliau dan seorang pegawai lain telah diserang oleh lapan orang perompak yang bersenjatakan parang. Beliau telah dimasukkan ke ICU kerana cedera parah ditetak. Manakala kawan setugasnya, walaupun teruk ditetak, hanya baju yang koyak-koyak, tetapi kulit tidak lut. Ini beliau saksikan sendiri sewaktu pertempuran tersebut. Kawannya, seorang pemuda berbangsa Jawa, mengaku ada mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari dari bapanya. (Temubuan Tahir bin Baharin 5.8.2004).

Seorang lagi responden, Nasir bin Mansor, seorang bekas komando ATM, 25 tahun menceritakan, sewaktu bertugas sebagai komando di sempadan Thai, kumpulannya telah bertemu seorang anggota komunis, berbangsa Melayu Patani, dan melepaskan tembakan mesingan tepat mengenai sasaran ditubuhnya, tetapi tidak lut. Komunis tersebut, hanya menggoyangkan badan dan terus menghilangkan diri di dalam belukar. (Temubual Nasir bin Mansor 4.11.1984). Peristiwa yang diceritakan di atas, tidak jauh bezanya dengan peristiwa-peristiwa yang dicatatkan dalam Hikayat Hang Tuah atau teks-teks Melayu klasik. Ilmu firasat adalah satu lagi ilmu yang selalu dimiliki oleh seorang pendekar. Dengan mengamalkan ilmu firasat seseorang itu akan mendapat petunjuk tentang perkara-perkara yang akan berlaku. Dengan pengetahuan ini, seorang pendekar itu, akan dapat membuat persiapan untuk menyelamatkan diri daripada sebarang mara bahaya.

“Ilmu firasat mempunyai dua bentuk pengertian. Pertama, firasat bermaksud kebolehan seseorang itu “membaca” perwatakan manusia melalui tanda-tanda yang ada pada tubuh. Kedua, firasat berkaitan dengan kebolehan seseorang merasai ssuatu kejadian yang bakal berlaku berdasarkan “rasa hati” yang dialami. Rasa hati wujud berdasarkan petua atau alamat yang tertentu berkaitan

162

dengan perubahan yang berlaku pada alam. Justru, ilmu firasat Melayu boleh membaca fikiran dan jiwa manusia berdasarkan tanda yang tertentu.” (Jelani Harun 2006)

Menurut petikan ini, kebolehan untuk mengetahui perkara yang akan berlaku adalah berdasarkan tanda-tanda yang ada pada tubuh seseorang untuk mengetahui perwatakannya dan berdasarkan rasa hati yang berpandukan pada perubahan yang berlaku pada alam. Ilmu firasat mampu mengetahui apa yang ada dalam fikiran seseorang. Ilmu firasat sangat penting dimiliki oleh seorang pendekar. Seorang pendekar dikatakan sebagai orang yang tahu digarak/jo garik atau tahu diangin nan bakisa.

“Gerak menurut metafisika, berarti yang menjadi alamat, gelagat atau petunjuk(firasat) akan sesuatu. Garak bermaksud firasat dan garik bermaksud gerakan badan secara fizikal. Pepatah ini bermaksud, watak dan ilmu yang dimiliki itu akan mengetahui gerak lahir dan gerak batin orang-orang yang di hadapannya, tahu dengan perubahan yang akan terjadi dalam langkah-langkah kehidupan. Ini mengharuskan kewaspadaan dan kecepatan bertindak dengan keputusan-keputusan yang matang.”

(Mid Jamal 1986)

Menurut petikan ini garak bermaksud firasat dan garik bermaksud gerakan secara fizikal. Jadi seorang pendekar harus dapat mengagak apa yang akan berlaku dan dapat membaca pergerakan-pergerakan zahir yang berlaku di hadapannya. Dengan pengetahuan tersebut, dia dapat menyusun strategi untuk melindungi dirinya dengan kepantasan bertindak berlandaskan pemikiran yang matang. Kehebatan Hang Tuah sebagai pahlawan raja Melaka digeruni oleh Betara Majapahit kerana selain dari memiliki ilmu bermain senjata dan ilmu penjurit Hang Tuah juga memiliki ilmu firasat.

Maka titah Seri Betara,”Hai Pateh Gajah Mada, ada pun ku-lihat Laksamana itu bukan barang2 orang dan bukan barang2 hulubalang dengan berani-nya dan bijaksana, shahadan tahu-nya pada ilmu firasat dan ilmu penjurit; dan tahu pada bermain senjata jangan di-kata lagi, sukar-lah kita mengenai.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

163

Petikan ini menggambarkan kerisauan Betara Majapahit kerana Hang Tuah seorang pahlawan yang handal kerana menguasai ilmu firasat, ilmu tipu helah perjuangan dan tahu ilmu perlawanan bersenjata, amat sukar untuk mengalahkannya. Ilmu firasat memang sangat berguna kepada seorang pendekar seperti yang telah diterangkan di atas. Kerana kebolehan meramalkan apa yang akan berlaku, seorang pendekar itu berani dan yakin melakukan satu-satu tindakan. Selain dari Hang Tuah, Hang Jebat juga memiliki ilmu firasat. Segala tindakan yang dilakukan, seolah-olah mereka ketahui apa kesudahannya. Dalam peristiwa pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat, kedua-duanya mengetahui apa yang akan berlaku, tetapi mereka tetap bertikam dan cuba sedaya upaya untuk mengalahkan lawan masing-masing.

“Maka Laksamana pun terdiri pada suatu tempat menantikan pertandaan alamat Si-Jebat itu. Maka di-lihat dan di-telek-nya oleh Laksamana: bahawa Si-jebat pada hari ini tiada mati, tetapi luka Si-Jebat pada hari ini.Sa-telah di-telek-nya, maka kata Laksamana, “Hai Si-Jebat, apa bicara mu, mati aku oleh mu? “ Maka sahut Si-Jebat,”Pada firasat-ku bahawa aku tiada dapat membunuh engkau, engkau pun tiada dapat membunoh aku pada hari ini. Ada pun aku ini sahajakan mati-lah oleh mu, tetapi negeri Melaka ini habis binasa oleh-ku, saperti kiamat-lah laku-nya negeri Melaka ini oleh-ku.” (Hikayat Hang Tuah 1971)

Dari petikan di atas, kita diberitahu Hang Tuah dan Hang Jebat mempunyai ilmu firasat. Perkataan Hang Tuah menantikan pertandaan alamat Si-Jebat, di-lihat dan di- telek-nya, bermaksud Hang Tuah menggunakan ilmu firasatnya untuk menantikan petunjuk akan perkara yang akan berlaku kepada Hang Jebat pada hari tersebut. Walaupun mereka mengetahui apa yang akan berlaku, tetapi itu hanya sebagai ramalan sahaja, mereka teruskan bertikam apa yang akan berlaku hanya Allah sahaja yang tahu, usaha mereka, tetap diteruskan.

Semasa perjuangan menentang pengganas komunis di Batu Pahat, Johor pada tahun 1945M, Kiai Salleh, yang mengetuai pejuang-pejuang Melayu melawan komunis, telah dibantu oleh isterinya, Esah, yang mahir dalam ilmu firasat. Melalui ilmu firasatnya, Esah memberi tahu Kiai Salleh lokasi tempat persembunyian

164

pengganas komunis dan waktu yang sesuai untuk pergi menyerang. Maklumat yang diberi memang tepat, dan pasukan Kiai Salleh mendapat kejayaan.

“Sepanjang malam sementara menanti mata terlena, Yunus memikirkan kebolehan Esah. Dia merasakan kebolehan ibu muda itu sebagai satu anugerah Tuhan yang cukup bermanfaat, tepat pada masanya. Rasa ketakjuban itu tidak mudah dikikis dari hatinya lebih-lebih lagi apabila terbukti segala pesanan Esah tepat belaka.”

(Zaharah Nawawi 1995)

Petikan ini menggambarkan kebolehan Esah yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk membuat ramalan tentang kedudukan musuh serta waktu yang sesuai untuk membuat serangan. Dalam satu kejadian di zaman darurat, seorang anggota polis telah dapat mengagak dengan tepat akan kehadiran anggota komunis untuk membuat serangan di Balai Polis Sikamat, Seremban di mana dia bertugas.

Oleh sebab, komunis selalu menyerang balai polis, anak isterinya ditinggalkan di Kampong Sompo, Lenggeng, N.Sembilan. Pada suatu petang, sewaktu akan balik bertugas, lama beliau berdiri di tangga rumah membaca doa pendinding. Melalui firasatnya, dia memberitahu isterinya, mungkin malam nanti, akan berlawan dengan komunis. Memang betul, pada malam tersebut, 200 orang anggota komunis telah menyerang balai polis Sikamat yang mempunyai 18 orang anggota polis. Perlawanan sengit telah berlaku, seorang anggota polis telah gugur dan 8 orang komunis telah mati. Komunis telah gagal menawan balai polis tersebut. (Temubual Bedah bte Chapek 14.2.1994).

Sejenis ilmu lagi yang selalu diamalkan oleh seorang pendekar ialah ilmu yang menggelirukan pandangan lawan. Apabila lawan melihat sesuatu, dia akan nampak perkara yang lain dari yang sebenarnya atau realitinya. Dalam Hikayat Hang Tuah ada menggambarkan apabila panglima raja berhadapan dengan Hang Jebat untuk menangkapnya, dia nampak seolah-olah ada seribu orang bersama Hang Jebat walaupun sebenarnya, Hang Jebat cuma seorang sahaja. Mata Hang Jebat pula kelihatan berapi-api sehingga tidak ada orang yang berani bertentangan mata dengannya.

165

“Sa-telah di-lihat oleh Pateh Karma Wijaya segala pegawai lari itu, maka kata Pateh Kerma Wijaya,”Mengapa kamu sekalian lari?” Maka kata segala pegawai itu,”Demi Si-Jebat mengamuk itu, pada penglihatan hamba sekalian, saperti orang beribu-ribu mengamuk serta Si-Jebat itu. Pada hati hamba, jangan-kan di-bunuh dan di-tangkap, menentang mata-nya pun tiada dapat.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

Dalam petikan di atas, menggambarkan kekeliruan pandangan panglima istana yang nampak ramai pendekar membantu Hang Jebat ketika dia mangamok. Dan Hang Jebat pula nampak begitu menggerunkan. Pada hal Hang Jebat hanya seorang diri sahaja. Satu lagi jenis ilmu kebatinan ialah musuh nampak rupa kawan seperti muka lawan, menyebabkan musuh berlawan sesama sendiri.

“Ada pun akan Tjindur Mata, melihat laku orang penyamun ia bermain mengelakkan. Dengan kehendak Allah Taala, sebuah pun tidak singgah pada tubuh-nya, bahkan orang penyamun djuga banyak mati, sebab berperang awak sama awak.”

(Tjindur Mata 1964)

Dalam petikan di atas menggambarkan tatkala Tjindur Mata menghadapi lawan yang ramai, dia telah membaca ilmu kebatinannya yang menyebabkan musuhnya berlawan sesama sendiri kerana mereka melihat rupa kawannya seperti rupa lawannya. Di Lenggeng, pada zaman keganasan Komunis tahun 1945M, ada sebilangan kecil orang Melayu telah menyertai pasukan komunis. Tapi, ada juga yang menyertai pasukan komunis untuk tujuan menjaga kepentingan penduduk kampung. Salah seorang daripadanya dikenali sebagai nama Pak Marah, yang dikatakan handal dalam ilmu kebatinan. Pada suatu hari, satu gerombolan komunis telah bercadang untuk menyerang kampong Sompo.

Di antara anggota komunis itu, ialah Pak Marah sendiri. Semasa berada di puncak bukit, di mana di bawah sana terletak kampong tersebut, Pak Marah telah mengambil segenggam tanah dan membaca sesuatu lalu terus membalingkan kearah kampong Sompo. Lama anggota komunis itu memerhatikan ke-lurah bukit. Tiba-tiba

166

ketua mereka mengarahkan mereka berpatah balik, kerana yang kelihatan di lurah bukit bukan kampung, tetapi laut yang luas terbentang. (Temubual Bedah bte Chapek 14.2.1994).

Seorang lagi responden, Tuan Haji Mohd. Isa @ Awang Pendekar, merupakan Guru Tua Seni Gayong Fatani, berusia 78 tahun ketika ditemubual, berkata dia serta seorang muridnya, pernah diserang oleh tiga puluh lima pesilat yang bersenjatakan parang, pisau, badek dan kerambit di satu majlis khenduri kahwin kerana salah faham dalam satu permainan silat di majlis khenduri kahwin tersebut. Dia dan muridnya tidak mengalami kecederaan kerana semua penyerang tersebut berlawan sesama sendiri. Ramai yang masuk hospital kerana cedera parah. (Temubual Awang Pendekar 2000).

Beliau berkata dengan izin Allah, sekerat beras pun senjata mereka tidak sampai ke tubuhnya. Apa yang berlaku mereka bertetakan sesama sendiri. Kejadian tersebut telah disaksikan oleh penduduk kampung yang menghadiri majlis tersebut dan menjadi kes polis. Beliau telah terlepas dari hukuman atas alasan mempertahankan diri.

Di Batu Pahat, apabila pengikut Kiai Salleh menyerang komunis, komunis nampak seolah-olah orang Melayu yang menyerang setinggi 4.5 meter. Ini memaksa mereka menembak ke atas dan yang kena hanya pohon-pohon pokok sahaja, sedangkan pengikut-pengikut Kiai Salleh selamat di bawah.

“Dahan-dahan yang tinggi berjatuhan terkena peluru, Pohon-pohon tinggi patah di tengah terkena tembakan komunis yang sewaktu menyerang kumpulan parang panjang menghalakan muncung senapang masing-masing setinggi kira-kira 4.5 meter dari bumi. Orang-orang Panglima Salleh tidak pernah undur ketika menghadapi musuh. Keadaan ini sungguh menggerunkan komunis yang memakai senjata moden. Mata mereka berpinar-pinar. Mengapa orang-orang yang datang menyerang tinggi-tinggi belaka? Ada yang setinggi tiang telefon. Ada yang setinggi tiang elektrik. Akibat pertarungan itu, orang-orang Bintang Tiga bergelimpangan, sedangkan orang-orang Panglima Salleh tiada yang cedera.”

(Zaharah Nawawi 1995)

167

Dalam petikan ini walaupun komunis menggunakan senjata api, tetapi dengan pertolongan Allah, mereka tidak dapat menembak dengan tepat kerana pandangan mereka telah silap, menyangkakan ketinggian pengikut Panglima Salleh setinggi 4.5 meter. Di Lenggeng, N.Sembilan, apabila berlawan berdepan dengan orang kampung, komunis nampak orang kampung berjubah putin menunggang kuda dan bersenjatakan parang panjang. Ini menyebabkan tembakan komunis tersasar dan memudahkan orang kampung menetak mereka dengan parang panjang.(Temubual Bedah bte Chapek 14.2.1994).

Dalam Hikayat Hang Tuah ada menggambarkan Hang Tuah mempunyai sejenis ilmu kebatinan yang memyebabkan meriam musuh tidak meletup apabila hendak ditembakkan kepadanya. Dalam Kitab Mat Kilau ilmu ini dinamakan Ilmu Penangkis Peluru. Dalam kejadian yang pertama ketika Hang Tuah dalam pelayaran hendak pergi ke Majapahit, dia telah diadang oleh Adipati Solok, putera Sultan Brunei, berhampiran Tangjong Krawang. Tujuan Adipati Solok ialah hendak menguji kehandalan Hang Tuah, yang telah termasyur kehebatan ilmu kependekarannya.

Adipati Solok terpaksa menyerah kalah kepada Hang Tuah kerana meriamnya tidak mahu meletup, setelah Hang Tuah membaca pustakanya, sedangkan tiang layar dan kemudi kapal Adipati Solok patah kerana dipanah oleh Hang Tuah.

“Maka Maharaja Setia dan Laksamana pun amarah melihat perahu Maharaja Setia kena bedil itu. Maka ia pun membaca pustaka-nya. Maka di-bedil-nya pula oleh Adipati Solok. Maka bedil itu pun tiada berbunyi, sahingga asap-nya juga keluar. Maka Adipati pun hairan. Maka Laksamana pun mengambil busar-nya lalu di-kenakan anak panah. Maka di-tuju-nya tiang perahu Adipati Solok itu, kena, lalu patah. Maka di-suroh-nya pasang segala bedil, suatu pun tiada berbunyi. Maka sakalian orang kaya2 itu pun hairan. Maka di-panah pula oleh Laksamana, di-tuju-nya kemudi, maka kena, kemudi Adipati Solok pun patah. Maka Adipati Solok pun tiada terbicarakan lagi.” (Hikayat Hang Tuah 1971 :)

168

Dalam petikan di atas, Hang Tuah mempunyai ilmu kebatinan, yang dapat menghalang senjata api musuh dari meletup. Kalau bedil, meriam atau senapang tidak meletup, maka peluru tidak dapat dikeluarkan daripada senjata tersebut dan tidak dapat memusnahkan musuh. Ilmu ini juga telah digunakan oleh Mat Kilau semasa menentang British. Ini lah manteranya sebagai bukti kewujudan ilmu tersebut dalam ilmu kependekaran Melayu.

Kunci Bedil

Gereduk geredak serdang batu batu belah. Tertutup tertudung terkunci segala senjata Sianu Terbuka tujuh lapis bumi dan terbuka tujuh lapis langit Kan terbuka senjata Sianu kepada aku Dengan berkat doa Laillahaillullah Muhammadarrasullullah

(Kitab Mat Kilau 1970)

Selepas dibacakan mantera ini, dengan izin Allah senjata api musuh tidak akan meletup. Dalam satu peristiwa lain Hang Tuah telah menggunakan ilmu ini untuk menghalang meriam dan istinggar Portugis dari meletup. Se masa berada di negeri Cina, perahu Hang Tuah telah diadang oleh ghali Portugis di tengah laut. Soldadu Portugis tidak puas hati apabila Hang Tuah meletakkan perahunya di sebelah ghali Portugis semasa di pelabuhan dan juga berasa cemburu apabila Hang Tuah mendapat layanan yang istimewa daripada Maharaja Cina.

Meriam dan istinggar Portugis itu tidak meletup apabila ditembakkan kepada perahu Hang Tuah. Hang Tuah dan panglima-panglimanya pun naik mengamok ke ghali Portugis dan habis semuanya mati berterjunan ke laut.

“Maka Laksamana pun amarah lalu berdiri membaca pustaka-nya. Sa-telah sudah, maka di-bedil-nya pula. Maka sa-kali itu tiada-lah berbunyi lagi. Maka sordadu itu pun mengambil istinggar-nya. Maka Maharaja Setia pun menyuroh orang melanggar ghali itu. Sa-telah hampir-lah, maka di-bedil-nya pula, tiada juga berbunyi. Maka ia pun hairan-lah. Maka kapal itu pun berkepil-lah dengan Maharaja Setia. Maka Maharaja Setia dan segala orang-nya pun melompat naik lalu di-amok-nya. Maka segala Feringgi itu pun habis berterjunan ke ayer. Maka ghali itu pun alah.”

(Hikayat Hang Tuah 1971)

169

Dari petikan ini kita lihat bagaimana ilmu kependekaran Melayu yang merangkumi persiapan zahir(seni silat) dan batin (amalan ilmu kunci bedil), mengalahkan askar Portugis. Setelah melumpuhkan senjata api Portugis dengan ilmu kebatinan, pahlawan Melaka menggunakan teknik pertarungan jarak dekat sehingga askar Portugis lari terjun ke dalam laut. Dalam pengenalan di atas, telah dibincangkan peristiwa-peristiwa yang terakam dalam teks-teks Melayu klasik, karya sastera sejarah, catatan sejarah dan hasil temubual dengan responden-responden yang pernah terlibat atau menyaksikan sendiri akan keberkesanan ilmu kebatinan kependekaran Melayu.

Sebagai kesimpulannya,terdapat peralihan ilmu kebatinan kependekaran Melayu daripada berasaskan kepercayaan tradisi kepada ilmu kebatinan berasaskan ajaran Islam sepenuhnya, terutamanya pengamalan ilmu tasawuf. Di antara ciri-ciri ilmu kebatinan yang pernah di gunakan oleh pendekar-pendekar Melayu serta dibuktikan keberkesanan ilmu tersebut oleh pengamal ialah tidak lut ditetak senjata tajam (ilmu kebal), mengetahui apa yang akan berlaku (ilmu firasat), dipukul tidak kena dan memukul musuh dari jarak jauh(ilmu gayueng angin), pergerakan menjadi pantas dan mahir bersilat (ilmu kadam atau buah peturun), ilmu kunci bedil di mana senjata api tidak meletup dan ilmu mengelirukan pandangan lawan (musuh berlawan sesama sendiri atau musuh nampak diri pengamal sangat tinggi).

170

4.4 CIRI-CIRI AMALAN ILMU KEBATINAN KEPENDEKARAN MELAYU: DOA-DOA, ZIKIR, WIRID, JAMPI SERAPAH, MANTERA DAN AZIMAT.

Semua contoh-contoh yang dipaparkan di sini didapati daripada Kitab Mat Kilau, buku-buku, responden-responden dan manuskrip-manuskrip di perpustakaan tempatan serta perpustakaan luar negara seperti Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda, Perpustakaan London dan Perpustakaan Nasional Perancis di Paris. Penyelidikan di perpustakaan luar negara telah diadakan pada bulan Jun, 2008. Perlu diingatkan di sini adalah dilarang sesiapa sahaja mengamalkan ilmu kebatinan yang di catatkan dalam buku ini. Sekiranya ada yang berminat silalah berguru dengan guru-guru yang bertauliah untuk mengijazahkan ilmu tersebut.

4.4.1 Ilmu Pendinding

Ilmu pendinding diamalkan untuk memohon perlindungan dari alam ghaib bagi melindungi diri daripada serangan haiwan, manusia dan makhluk-makhluk ghaib seperti jin, iblis, syaitan dan hantu. i. Penggagah

Hei, Bali-Bali, aku tahu asal mu jadi, Ruh Jenaban asal mula mu jadi, Turun ruh Jenaban ka pusat aku, Naik darah brani ka muka aku! Ku tentang matahari yang katujoh, Tiada tertentang satru lawan-ku! Ah! aku rimau angkau anjing!

(Tarik nafas panjang, tongkatkan lidah di langit-langit mulut. Ilmu kebatinan tradisi tanpa pengaruh Islam)

(Walter William Skeat 1967)

Ilmu kebatinan ini adalah dari pengaruh anamisma. Pengamal memohon pertolongan dari Bali-Bali yang berasal dari ruh Jenaban. Pengamal ilmu memohon pertolongan dari ruh nenek moyang. Ruh Jenaban masuk meresap ke dalam pusat pengamal menyebabkan pengamal jadi berani. Pengamal ilmu ini tidak memohon

171

pertolongan daripada Allah S.W.T bermakna tidak ada pengaruh Islam, tetapi pengaruh anamisma sepenuhnya. ii. Pendinding 1

Hei! Anakku si hantu raya, Engkau bersiap-siap, Aku hendak jalan, Atas engkaulah menjaga diriku, Jangan engkau derhaka kepada aku, Derhaka engkau kepada Muhammad, Derhaka engkau kepada Allah.

“Mantera ini dibaca untuk mengarahkan hantu raya belaan menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Ini adalah ilmu kebatinan tradisi tanpa pengaruh Islam.” (Amran Kasimin 2009)

Ilmu kebatinan ini adalah dari pengaruh anamisma. Pengamal memohon pertolongan daripada hantu raya. Kedatangan ajaran Islam telah mengajarkan ada yang lebih berkuasa daripada hantu raya iaitu Allah Taala. Hantu raya diberi amaran, derhaka kepada Allah buruk padahnya.

Derhaka kepada Muhammad dan derhaka kepada Allah ialah untuk menakutkan hantu raya supaya patuh kepada arahan tuannya. iii. Pendinding II Hei! anak hantu laut, Aku tau asalmu, Mari ke mari, Hai! anak hantu laut, Aku panggil engkau, Aku ingin bersahabat denganmu, Ini berteh makananmu, Mari ke mari, Engkau datang padaku.

“Hantu laut boleh diseru ketika orang yang bersahabat dengannya mendapat kesusahan, seperti dipukul ribut, tenggelam dalam air atau mencari orang mati lemas dalam laut dan menolong menghalakan bot menuju arah tertentu ketika ribut kuat. Merupakan ilmu kebatinan tradisi tanpa pengaruh Islam.” (Amran Kasimin 2009)

172

Ilmu kebatinan ini dari pengaruh anamisma dan pengamal memohon pertolongan daripada hantu laut. Pengamal ingin bersahabat dengan hantu laut dengan harapan untuk mendapat pertolongan semasa berada di laut. Dalam mantera ini tiada menyebut Allah atau tokoh-tokoh Islam. Menunjukkan tiada pengaruh Islam. iv. Ilmu Penangkis (Penyalah)

Laillahaillullah. Laillahaillullah. Allah kata salah Jibrail kata simpang. Muhammad kata fana. Akulah yang memakai penyalah nashud. Dengan berkat doa Laillahaillullah.

“Sesiapa yang mengamalkan ayat ini insyaallah terselamat dari segala senjata dan seteru. Bayangkan rupa bentuk kita dengan jelas kemudian baca ayat di atas. Mantera ini adalah campuran pengaruh tradisi dan pengaruh Islam.” (Kitab Mat Kilau 1970)

Berkata-kata dengan makhluk alam ghaib adalah pengaruh anamisma seperti yang terdapat dalam jampi serapah. Apabila datang pengaruh Hindu, diperkenalkan mantera yang merupakan kata-kata untuk memohon pertolongan daripada para dewa. Dalam mantera di atas, hasil dari pengaruh Islam, di mana permohonan perlindungan melibatkan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad, tetapi pengucapan dalam bentuk jampi serapah dan mantera dengan menggunakan bahasa Melayu. v. Mantera Pendinding Bismillahhirrahmanirrahim Allah payong aku, Jibrail kota aku Malaikat empat puluh empat pagar aku aku berjalan dengan kuasa Allah aku berlenggang dengan lenggang Muhammad bukan kata aku kata Allah, berkat doa, Laillahaillullah, Muhammadar Rasulullah

“Mantera ini memohon pertolongan Allah dan dari pengaruh campuran anamismadan Islam.”

(Haron Daud 2001)

173

Dalam ilmu pendinding di atas, bentuk pengucapan adalah dari pengaruh anamisma tetapi sumber perlindungan adalah dari pengaruh Islam iaitu Allah Taala, malaikat dan Nabi Muhammad. vi. Mantera Pendinding

Oi raja segala raja raja bertakhta di rimba raya Oi jin segala Afrit Afrit goreng di neraka semuanya bermata empat empat dari tujuh petala bumi empat dari tujuh penjuru alam aku ketahui segala firasatmu asal usul dan keturunan jika engkau menderhaka kepadaku ke lorong ke lereng tempatmu tidak ada lagi tempatnya jika engkau tunai permintaan ini sahabat kita dunia akhirat menjaga ke penjuru alam buana, dengan berkat La ilaha illa ‘llah, Muhammadar Rasulullah

“Mantera ini dari percampuran pengaruh anamisma dan Islam. Meminta pertolongan daripada jin.”

(Haron Daud 2001) vii. Mantera Pelindung Waktu Berperang

Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Niat mati kata nyawa mana mati kata Adam belum mati kata Allah bergerak serta Allah berdiri serta Muhammad ya seberahi wajah seberahi Muhammad mati aku bawa pergi serta Allah makin aku pergi Inakul mati tiada, mati kata min hak Sir hakku sir hak inallah ya Allah ya hu ya Allah ya hu aku berlindung dengan Allah

174

“Mantera ini dari pengaruh anamisma dan Islam. Merupakan pelindung daripada musuh. Pengamalnya berlindung kepada Allah dibaca semasa peperangan melawan musuh untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.” (Haron Daud 2001)

Mantera di atas adalah dari campuran anamisma dan Islam. Berkomunikasi dengan unsur-unsur alam ghaib adalah dari pengaruh anamisma yang selalu berkata- kata dengan makhluk alam ghaib seperti semangat dan hantu penunggu. Memohon kepada Allah dan para nabi adalah dari pengaruh Islam. Perlindungan dimohonkan kepada Allah. viii. Pendinding O Jin Sa-Raja Jin, Jin bernama Gempa di Rimba Jin bernama Gempa di Bukit Jin bernama Gempa di Baruh Saribu Garang Kapala Tujoh nama engkau, Itulah Jin Sa-Raja Jin Jin Puteh saudara-kau Jangan angkau rosak binasakan Jangan angkau menchachat menchedra Kau-lah saudara-ku

“Mantera ini adalah pengaruh anamisma. Penggunaan jin Menunjukkan percampuran unsur Islam. Memohon pertolongan daripada jin dan bersahabat dengan jin.”

(Walter William Skeat 1967)

Dalam mantera pendinding di atas, pengamal bersahabat dan meminta perlindungan daripada raja jin yang bernama Jin Saribu Garang Kapala Tujoh yang bersaudara dengan Jin Puteh. Selagi jin tersebut menjaga hubungan baik dengan pengamal, jin tersebut dianggap sebagai saudara. ix. Pendinding

Hei Nur Puteh Maharaja Besi, Yang menunggu Astana Allah, Jin Puteh Maharaja Dewa, Yang menunggu pintu langit.

175

Hei Malaikat Puteh, yang didalam diri-ku Yang di-kiri, di-kanan, di-hadapan, di-belakang Tolong kawal pleharakan aku ini, Serta angkau temukan dengan nabi, Didalam ampat puloh ampat hari Dengan berkat daulat Anak Raja Bulan mengambang Dengan berkat daulat Sultan Muhammad Dengan berkat mukjizat Bulan dan matahari Dengan berkat mukjizat ibu serta bapa Dengan berkat mukjizat Nabi Muhammad SAW

“Mantera ini mengandung unsur-unsur anamisma dan Islam. Dibaca pada ketika menghadapi musuh untuk berperang sebagai pendinding. Memohon pertolongan daripada semangat besi( Nur Puteh), Jin Puteh dan Malaikat Puteh.” (Walter William Skeat 1967) x. Ayat Azimat Pendinding

Rajah 4.1 Ayat Azimat Pendinding Badan “Azimat ini terlalu banyak gunanya dan terlalu hebat dipandang orang. Lagi terlindung dari segala syaitan dan jin dan segala bisa2 dan racun tawar olehnya, jika disurat pada kertas taruhkan di rumah kita, tiada dimakan api, terpelihara daripada pencuri.”

(Malayo-Polynesia – 233, Kitab Hikmat Obat dan Jimat, hlm. 65. National Bibliotiq de France, Paris.)

4.4.2 Ilmu Penggagah.

Ilmu penggagah menyebabkan seseorang itu menjadi kuat dan digeruni lawan. Kekuatan fizikal amat diperlukan apabila berlawan dengan musuh. Badan yang kuat mampu menggerunkan lawan apabila berhadapan dengannya. Ilmu penggagah juga menyebabkan seseorang itu kelihatan gagah di mata musuhnya.

176

i. Mantera Gagah.

Hei mambang segala mambang Gempar Alam mambang Tok Kelibun batinku lembut tiada berkecai langkahku gagah tiada diengkar jagalah aku umpama raja peliharalah aku seperti panglima jadikan tiada lembut hatiku tegang aku, gagah melawan, kebal hatiku mambang menjaga sekalian aku mambang pelihara seluruh aku hambat pergi tiada datang lagi kepada mambang Tok Kelibun cepat aku mencarimu terima aku sekuat bumi aku gagah peluruh musuh lawan musuh aku lepas berkat doamu Tok Kelibun tenagaku tiada berkecai

(Haron Daud 2001)

Ilmu gagah ini adalah dari pengaruh kepercayaan tradisi iaitu ajaran agama anamisma.

“Mambang is said to be similarly used, not only of greater, but lesser divinities, and “Mambang Tali Arus,” god of mid-currents.

However, is no doubt an instance of confusion, as it generally appears to be used with the “colours” attributes (e.g M.Puteh, M.Hitam, M.Kuning) usually assigned to the inferior divinities; and, moreover, in an invocation addressed to the sea spirit, the “god of mid-currents” is requested to forward a message to Dato’ Rimpun Alam, which appears to be merely another name for Betara Guru.” (Walter William Skeat 1967)

Daripada petikan ini, didapati Mambang merupakan Tuhan dan Mambang Tali Arus adalah merujuk kepada Batara Guru. Nama lain bagi Batara Guru adalah Dato’ Rimpun Alam. Dalam mantera ini, pertolongan diminta kepada mambang Tok Kelibun. Jadi makhluk ghaib yang diseru inilah yang datang membantu memberi kekuatan atau perkara-perkara yang luar biasa kepada pengamal ilmu ini seperti kebal,

177

terlindung dari pandangan musuh atau pergerakan yang cepat semasa berlawan dengan musuh.

Pernah terjadi musuh nampak senjata seperti parang panjang bergerak sendiri, sebenarnya musuh tidak nampak orang yang membawa senjata tersebut, tetapi nampak senjatanya sahaja.(Temubual Khamis bin Muhammad 24.1.2013) Dalam permainan lukah, makhluk halus(spirit) diseru untuk menggerakkan lukah tersebut supaya bergerak dan menari. Lukah itu nampak menari sendiri, tetapi sebenarnya ada makhluk halus yang tidak kelihatan oleh mata kasar sedang menggerakkan lukah tersebut.

“At its conclusion the magician whispers, so to speak, into the fish-trap’s ear, bidding it “not to disgrace him”, but rise up and dance, and the fish-trap presently commences to rock to and pro, and to leap about in a manner which of course proves it to be possessed by the spirit.” (Walter Willian Skeat 1967)

Petikan ini menerangkan bahawa lukah itu menari dan melompat disebabkan ada makhluk ghaib yang merasuk lukah tersebut. Namun bagi pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu, pada hakikatnya, semua itu berlaku dengan kudrat dan iradat serta izin daripada Allah S.W.T. Semua yang dilakukan itu sebagai satu usaha semata-mata tetapi yang mengizinkan adalah dari kekuasaan Allah. Paiman bin Tumiran dari Tangkak, Johor melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana murid-murid silat datuknya yang mengajar silat harimau menjilat besi panas dan ditetak tubuh dengan parang tanpa mengalami kecederaan. (Temubual Paiman bin Tumiran 30.1.2013). Antara ritual bagi pengamal ilmu kebatinan tersebut ialah berpuasa pada hari Jumaat Keliwon.

ii. Mantera Gagah

Hei Ali, akulah anak Ali aku berdiri putar ke bumi aku berjalan seperti gajah borak suara aku seperti lintar membelah berkat aku memakai doa baginda Ali

178

hung titahlah Muhammad Allah tumpul tumpah lam kuasa Allah serikan tubuh aku, serikan tubuh aku hengkang keras panahkah, kuat aku seperti angin kuat aku seperti api menyala kuat aku seperti air yang deras kuat!... kuat!....kuat! (44 kali) kuat aku dengan berkat kalimah La ilaha illa ‘llah, Muhammadar Rasulullah.

(Haron Daud 2001)

Dalam mantera gagah ini, seruan untuk meminta pertolongan ditujukan kepada Saidina Ali, sahabat rasullullah dengan menggambarkan kekuatan yang dikehendakki tetapi akhirnya menyerahkan segala permohonan kepada kekuasaan Allah dengan menyebut kalimah tauhid dan kalimah rasul. Pengaruh anamisma dan Islam.

iii. Penggagah 1 Bismillahi ‘l-rahmani ‘l-rahimi! Urat batu menikam batu, Batu di-tikam, batu blah, Papan di-tikam, papan timbus Ayer di-tikam, ayer kring, Bumi di-tikam, bumi tembuk, Rumput di-tikam, rumput layu, Gunong di-tikam, gunong runtoh, Langit di-tikam, langit runtoh, Tegak terdiri di halaman ‘Ali. Sifat aku sifat Allah Sifat didalam kandang Kalimah La-ilaha-illa-‘llah Hu Allah ! Hu Allah ! Lesong besi, anak tembaga, Ah kuat-ku saperti Baginda Ali, Gagah-ku saperti ummi Fatimah ! Aku besi, tulang aku tembaga, Aku bernama harimau Allah Hah ! Berkat la-ilaha, illa ‘llah, Muhammadar Rasulullah.

(Walter William Skeat 1967)

Dalam mantera ini tidak ada menyeru mana-mana makhluk ghaib, tetapi menggambarkan kekuatan urat dan tulang seolah-olah merupakan satu doa dan memuji akan kekuatan Allah S.W.T sebagai yang maha berkuasa. Membandingkan kekuatannya seperti kekuatan tokoh-tokoh Islam seperti Saidina Ali dan Fatimah.

179

Akhirnya menyerahkan kepada kekuasaan Allah untuk memakbulkan doanya. Format mantera adalah pengaruh anamisma tetapi sumber pertolongan adalah dari pengaruh Islam. Jadi mantera ini adalah campuran pengaruh anamisma dan Islam. iv. Penggagah 2

Hei Blah Balu dudok telapak tangan kanan-ku Hei Blah Balu dudok telapak tangan kiri-ku, ‘Nak turunkan darah gemuroh ka pusat aku, Naik darah brani ka muka aku, Gentar hati segala lawan-ku, Di-gentarkan Allah..... (Walter William Skeat 1967)

Mantera ini menyeru makhluk alam ghaib yang bernama Blah Balu supaya menolong meningkatkan keberanian dan menggentarkan lawan yang ingin menentangnya. Tetapi kekuasaan yang sebenarnya datang daripada Allah seperti dalam ayat ‘digentarkan Allah.....’. Pengaruh anamisma dan Islam.

v. Penggagah 3 Hong anak gampang, Lalu tegak di pintu raya besar Tinju rejang rejang aku lalu, ah lalu, Panchong ku panchong Ali, Panchong ku saperti kumbang Hinggap di ayer lagi kring, Hinggap di batu lagi blah, Hinggap di gunong lagi runtoh, Hinggap di langit lagi tembok Hinggap di bumi lagi lembang Kunum nyawa musoh satru lawan-ku Hanchor lulu saperti timah dalam perendangan Saperti ambun di hujong rumput, Di-bisakan Allah jari-ku, Di-bisakan Muhammad, Di-bisakan Baginda Rasul Allah

(Walter William Skeat 1967)

Mantera ini terdapat pertindihan pengaruh anamisma dan Islam. Bentuk puisi dan berkata-kata dengan makhluk halus dalam bahasa Melayu adalah dari pengaruh anamisma. Kekuatan pancongan seperti pancongan Saidina Ali dan kekuasaan Allah serta Nabi Muhammad membisakan jarinya adalah dari pengaruh Islam. (Taib Osman 1989).

180

vi. Penggagah 4

Hong besi tang, tang besi, Besi bertentang sangga berja Sangga berja, sangga bunoh!, Hei, Maya-maya, Ku titik, ku pijak-pijak, Saperti bangkei tengah jalan, Kabul aku memakei doa membrat hati, Brat saperti batu terbenam, Brat saperti batu tersenjam, Brat saperti kedei raya, Brat saperti tangga maulana Brat sa-brat bumi dengan langit Kabul berkat, d.s.b.

(Walter William Skeat 1967)

Dalam mantera ini penggunaan perkataan Hong adalah dari pengaruh Hindu, menyeru semangat (besi tang dan Maya-maya) dan berkata-kata dalam bahasa Melayu adalah dari pengaruh anamisma. Kalau pada akhirnya Kabul berkat doa, itu adalah dari pengaruh Islam.

vii. Ilmu Gagah.

Bismillah hirrah manir Rahim Tulangku tulang pusaka Dari Nabi Allah Adam Uratku tiada berdarah Tulangku tiada berbenak Uratku silang menyilang besi Dalam dunia Allah, Sifatku sifat Allah Nyawaku roh Allah Kata ku kalam Allah Aku berada didalam Allah (Zikir Allah....Allah....tarik nafas)

(Temubual Anuar Abd. Wahab 23.8.1976)

Mantera ini isinya memang kuat pengaruh Islamnya. Teori asal manusia dari Nabi Adam dan hubungan manusia yang rapat dengan Allah di mana manusia sentiasa ingat kepada Allah dengan berzikir adalah dari pengaruh Islam sepenuhnya. Cuma bentuknya seperti puisi tradisional dan penggunaan bahasa Melayu mempunyai pengaruh anamisma.

181

viii. Ilmu Penggagah

Rajah 4.2 Ayat Ilmu Penggagah Sumber : (Kitab Mat Kilau 1970)

Ayat ini hendaklah diamalkan tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak tiga kali. Untuk mendapatkan kelebihan kegagahan yang sebenar-benarnya, hendaklah diamalkan seribu kali dalam sehari semalam hingga lima hari berturut-turut. Doa ini adalah dari ajaran Islam sepenuhnya kerana ia menggunakan ayat Al-Quran, diamalkan lepas sembahyang dan menggunakan kaedah berzikir dengan mengamalkan seribu kali. ix. Ilmu Kuat (Diamalkan pada air yang belum ada orang mandi (subuh sekali)

Kita baca zikir la ilaha illa allah sebanyak- banyaknya sampai habis nafas sambil menyelam. Setelah itu baca la ilaha illallah Muhammad-ur-rasulullah kalimatulhak.

(Hermansyah 2010).

Amalan berzikir dengan menyebut kalimah Allah adalah dari pengaruh Islam. Menyelam sambil menahan nafas selain dari membentuk kekuatan fizikal seperti daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot boleh membantu untuk memfokuskan konsentrasi dalam beramal. Kaedah ini secara fizikalnya boleh membentuk kekuatan jasmani dan rohani.

182

x. Ilmu Kuat (Diamalkan setiap bangun tidur). Bosi carang bosi beguna bosi gungum api neraka bukan aku kuasa aku dikuasa Allah

(Hermansyah 2010)

Mantera ini kalau diamalkan setiap pagi akan menanamkan di dalam pemikiran kita bahawa Allah itu yang maha berkuasa dan menyedarkan kita bahawa Allah lah yang maha berkuasa dan setiap makhluk dikuasain oleh Allah. Kalau diizinkan Allah kita akan mempunyai kekuatan yang luar biasa yang tidak pernah terpikir oleh kita. xi. Ilmu asal bosi penguat tubuh.

tapak kaki sepatu bumi, anak jari kaki jerajak bosi mata kaki kuku bosi, mata kaki atas pasak bosi tulang langkang tiang bosi, kepala lutut bosi beguyang paha bangku bosi, ujung pingang bosi kalbi tulang belakang bosi kersani, dada ampar bosi halkum bosi keluli, tulang tokuk bosi kawat keruntuk kepala lunas bosi kelapa mata itam batu itam maharaja bosi kemudian baca berkat doa la ilaha illallah berkat Muhammad-ur-rasulullah.

(Diamal selama 40 hari pada pagi hari). Dibayangkan kekuatan ilmu yang dibaca masuk dari kelopak mata sampai ke ujung kaki, sambil melafazkan ilmu tersebut.

(Hermansyah 2010)

Dalam mantera ini kita membayangkan akan kekuatan badan kita seperti besi dengan menyebutkan kekuatan setiap bahagian badan kita. Ia merupakan satu doa kepada Allah dengan permohonan yang sama setiap pagi secara konsisten. Kalau Allah mengizinkan permintaan kita, kita akan mendapat kekuatan seperti yang diminta. Tidak ada memohon bantuan daripada makhluk ghaib atau semangat. Mungkin

183

sebelum kedatangan Islam ada unsur memohon kepada semangat atau makhluk ghaib. Ini adalah pengaruh anamisma, tetapi setelah kedatangan Islam, permohonan ditujukan kepada Allah Taala.

4.4.3 Ilmu Kebal i. Mantera Kebal

Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Bismi ‘llah di tubuhku Bismi ‘llah di kakiku Bismi ‘llah di kepalaku senjata datang senjata aku binasa aku tidak sekali Allah di depan Muhammad di belakang berkat doa La ilaha illa ‘llah, Muhammadar Rasulullah.

(Haron Daud 2001)

Dalam mantera ini pengamal tidak ada memohon pertolongan daripada makhluk ghaib tetapi mengiktikatkan dirinya tidak akan dapat dibinasakan oleh senjata kerana ditubuh, dikaki dan dikepala tertulis(dilindungi) Allah, di depan ada Allah dan di belakang ada Muhammad, dengan berkat doanya kepada Allah dan Rasulullah tubuhnya akan kebal serta tidak dapat dibinasakan. Bentuk mantera adalah pengaruh anamisma dan isinya pengaruh Islam. ii. Mantera Kebal Diri

Assalamu ‘alaikum,

Hei! Diriku empat anasir, daging kulitku asalnya tanah dicincang tiada putus, ditikam tiada luka digodam tiada pecah, ditimpa tiada hancur rupanya hitam, Huu (hembus nafas) Darahku asalnya api, dicincang tiada putus ditikam tiada luka, digodam tiada pecah ditimpa tiada hancur, rupanya merah

Huu (hembus nafas), Uratku asalnya angin dicincang tiada putus, ditikam tiada luka

184

digodam tiada pecah, ditimpa tiada hancur rupanya kuning, Huu (hembus nafas)

Tulangku asalnya air, dicincang tiada putus ditikam tiada luka, digodam tiada pecah ditimpa tiada hancur, rupanya putih Huu (hembus nafas), berkat doa La ilaha illa ‘llah.

(Haron Daud 2001)

Mantera ini ada pengaruh anamisma dan Islam. Mempercayai setiap benda mempunyai semangat adalah dari pengaruh anamisma. Manusia juga mempunyai semangat seperti juga batu, tumbuh-tumbuhan dan perabut di dalam rumah semuanya mempunyai semangat. Apa yang penting dalam konsep semangat ini ialah setiap manusia atau setiap benda adalah perumah atau sarung kepada semangatnya. (Taib Osman 1989). Semangat manusia dikenali sebagai nyawa, tidak nampak oleh mata kasar, dikatakan sebesar ibu jari tetapi boleh berubah saiz dan bentuk mengikut bentuk perumahnya. Semasa tidur, sakit atau dirasuk semangat tidak ada di dalam tubuh tuannya buat sementara waktu. Tetapi bila mati, semangat ini hilang buat selama-lamanya.

“Semangat is temporarily absent from the body in sleep, trance, disease, and permanently absent after death. This manikin , which is usually invisible but is supposed to be about as big as the thumb, corresponds exactly in shape, proportion, and even in complexion, to its embodiment or casing(sarong).”

(Walter William Skeat 1967)

Pengamal memberi salam kepada semangat tanah, api, angin dan air yang terdapat dalam tubuh badan. Dengan adanya semangat ini yang menjaga unsur-unsur tadi ia tidak dapat dibinasakan dengan dicincang, ditikam, digodan dan ditimpa. Kejadian manusia yang berasal daripada tanah, api, angin dan air adalah daripada ajaran Islam. Akhirnya semua perlindungan adalah datangnya dari Allah dengan menyebut ‘berkat doa La ilaha illa ‘llah’. iii. Untuk kebal 1 Bismiilah Lam zat Kam sifat Lam ngash roh ku

185

Jaga-jaga yahuu wujud Allah Yahuu Rahim Allah, Yahuu sifat Allah Yahuu billah Hai Jibrail, Israfil, Izrail, Mikail Adangkan aku Selitkan nyawaku di dalam kandang Lailla ha illullah, Binasa Allah binasa aku Tiada binasa Allah , Tiada binasa aku Allah menyelamatkan aku Muhammad bersertaku Dengan berkat Lailla ha illallah Ah kan nabidu si berkat besi sampai Semua yang bernyawa tidak dapat menatang mataku Aku berdiri di dalam kandang Laillaha illallah Dengan berkat guru-guruku Lailla ha illallah.

(Kitab Mat Kilau 1970)

Unsur berkata-kata dalam puisi tradisional adalah daripada pengaruh anamisma. Isinya memohon perlindungan daripada malaikat Jibrail, Israfil, Izrail, Mikail, Nabi Muhammad dan Allah S.W.T adalah daripada pengaruh Islam. Empat malaikat tadi mengadangkan tubuhnya, sedangkan nyawanya terletak dalam kandang Allah iaitu dilindungi Allah. Semua benda yang bernyawa tidak berani menentang matanya. Jaminan akan keselamatan dirinya, selagi Allah tidak binasa, selagi itulah dia tidak akan binasa. Sudah tentulah Allah tidak akan binasa. Maknanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh membinasakannya, melainkan Allah S.W.T. Allah menyelamatkannya dan Nabi Muhammad bersertanya. Semua ini berlaku dengan berkat ia berdoa setiap hari memohon kepada Allah dan juga berkat doa guru-gurunya. Dengan mengharapkan doa daripada guru inilah, murid tidak dibenarkan derhaka kepada guru. Dengan izin Allah mendatangkan kekebalan kepada pengamal ilmu ini. iv. Untuk Kebal 2

Bismillah hirrahmanir Rahim. Asyhadualla ila haillallah Wujudku wujud Allah Asyhaduanna Muhammadar Rasulallah Sifatku sifat Allah Maujud Muhammad maujud Allah Kekal Muhammad kebal Kebal dunia kebal akhirat Lahaula wala kuatailla billah il aliyul azim.

186

Roh idafi zat Allah Roh idafi sifat Allah Roh idafi af al Allah Dengan berkat Laillaha illallah hu

(Kitab Mat Kilau 1970)

Mantera ini berasaskan ilmu mengenal diri dan mengenal tuhan yang terkandung dalam pelajaran sifat dua puluh, ini adalah dari ajaran Islam. Bentuk mantera adalah dari pengaruh anamisma. Wujudku wujud Allah dan maujud Muhammad maujud Allah bermaksut makhluk dijadikan oleh Allah dan Allah lah yang maha berkuasa. Sifat makhluk adalah gambaran sifat Allah, bukti kewujudan Allah. Dengan izin Allah apa pun boleh berlaku termasuklah menjadi kebal. Berkat mempunyai akidah yang betul, Allah akan melindungi kita seperti yang terkandung dalam ayat Dengan berkat Laillaha illallah hu. v. Untuk Kebal 3

Bismillah hirrahmanirrahim Waasyaddu baksan, waasyaddu tankilaa Waasyhadu an lailaha illallah Ya hu ya man hu Di dalam pun aku Di luar pun aku Bigawai kebesi-besi gawi Aku kebal kepada besi Roh biru dan cinta Bilaku pecahkan mani serta wujudku Payungku Muhammad Serta tongkatku Rasul Serta tubuhku Muhammad Serta nyawaku berdiri engkau Muhammad Dengan berkat baginda Ali Dengan berkat kalam Allah meliputi wujudku Dengan Laila hail lallah hu Yasin Bismillah zat Yasin Bismillah sifat Yasin Bismillah dalil Yasin Bismillah Yasin Bismillah tubuh Yasin Bismillah nyawa Muhammad Berdiri engkau Muhammad Dalam Laila haillallah hu

187

Mak mum kata Umar Mak mum kata Abu Bakar Mak mum kata Allah Ghaib engkau Muhammad Dengan berkat Lailha illallah.

(Kitab Mat Kilau 1970)

vi. Ilmu Kebal 4

(Diamalkan setiap bangun tidur)

ah bangun, jagat pun bangun, bangun cula salamullah hu’ bangun bosi kursani urat seperti kawat tulang seperti bosi darah seperti timah kulit seperti belulang berkat doa la ilha illallah berkat Muhammad-ur-rasulullah.

(Hermansyah 2010)

Mantera kebal ini mengandungi pengaruh anamisma dan Islam. Dimulai dengan membangunkan semangat besi dan menyebutkan sifat-sifat kekuatan diri seperti yang dikehendakki. Akhir sekali menyerahkan kepada Allah untuk melindungi kerana berkat akidah yang betul hanya Allah yang disembah dan Muhammad itu rasulnya. Allahlah yang maha berkuasa dan dengan izinnya kita boleh menjadi kebal seperti yang dipohon di dalam mantera itu.

vii. Ilmu Kebal 5 (Amalkan setiap pagi) bosi selagi belungkung namanya murjani sesudah tajam nurkait nurtah namanya al-salamu ‘alaykum hai saudaraku nurkait janganlah engkau membinasakanku serasi seusia seujud senyawa berkat doa la ilaha illallah berkat Muhammad-ur-rasulullah

(Hermansyah 2010)

188

Dalam mantera ini, pengamal menyatakan asal usul besi dan menyeru semangat besi supaya tidak mencederakannya, kerana ia tahu asal kejadiannya. Tetapi semuanya berada di bawah kekuasaan Allah seperti yang terkandung di dalam kalimah tauhid dan kalimah rasul, berkat doa la ilaha illallah, berkat Muhammad-ur- rasulullah. Dengan kuasa Allah, ia boleh menjadi kebal.

viii. Ilmu Kebal 6 (Baca ketika berhadapan dengan musuh yang membawa senjata tajam)

naga ulang ulit naga ulit kanan jalan tulangku tiada memberi kulit kulit tiada menberi jalan

(Hermansyah 2010)

Mantera ini tidak ada unsur Islam dan dalam bentu puisi tradisional. Ini merupakan pengaruh anamisma dan naga di sini mungkin merujuk kepada semangat atau makhluk ghaib di mana pertolongannya diperlukan untuk memberikan kekebalan. Ini dirujuk kepada ‘kulit tiada memberi jalan’.

ix. Ilmu Kebal 7

Hai besi mulila jangan boleh jamkan kulitku Ya Allah Ya Rasul Allah Hai keris dan pedang kedua yang alat siitu Jangan boleh jamkan kulitku Ya Allah Ya Rasul Allah Kebal kehamba Ya Allah Ya Rasul Allah Mahanaka amat ya Muhammad Hai berkat doa segala aulia anbia Ya Allah Ya Rasul Allah, Hai kayu dan batu Ya Allah Ya Rasul Allah, Hai air dan tanah Ya Allah Ya Rasul Allah

189

Hai nabi, sekati dua belas laksa Enam ribu enam ratus enam puluh enam orang Yang sajan yang tolong yang pelihara Ya Allah Ya Rasul Allah Hai malaikat empat puluh empat Yang rantah langkah Ya Allah Ya Rasul Allah Empat puluh empat yang rantah razak Ya Allah Ya Rasul Allah Empat puluh empat malaikat Mengkuat siitu Ya Allah Ya Rasul Allah Hai sekalian yang bisa Di atas dunia turun bisakah naik bisakah Berkat doa guru, Berkat keramat besar, fatihah! Berkat Laila haillallah.

(Kitab Doa, Firasat & Tasawuf. Cod. Or. 7235, hlm. 75, Perpustakaan Universiti Leiden)

Dalam mantera ini, pengamal menyeru semangat besi, keris dan pedang supaya tidak mencederakan kulitnya. Menyeru semangat batu dan kayu, air dan tanah supaya tidak mencederakan kulitnya, menyeru malaikat empat puluh empat, mengharapkan berkat doa segala aulia anbia, berkat doa guru, berkat keramat dan akhir sekali berkat pertolongan Allah dan rasul Allah supaya mengurniakan kekebalan kepada tubuhnya. Dalam mantera ini terdapat pengaruh anamisma dan Islam. x. Azimat Kebal Disurat di tam hitam dilekatkan dipinggang. Inilah rajahnya.

Rajah 4.3 Ayat Kebal Sumber : Kitab Mistik & Azimat. Cod. Or. 7331, hlm. 16, Perpustakaan Universiti Leiden).

190

xi. Tahan (kebal) ditembak

Bab ini kalis bedil. Dibaca sekali tiada dimakan apinya bedil itu. Inilah doanya.

Rajah 4.4 Ayat Tahan (Kebal) ditembak

Sumber: (Buku-buku kecil ilmu pernujuman, Azimat & Kitab Doa. Cod. Or. 7285, hlm. 14, Perpustakaan Universiti Leiden).

Azimat kebal dan doa kebal di atas menggunakan ayat al-Quran adalah dari pengaruh Islam. Dengan izin dan perlindungan Allah, tidak mustahil tubuh boleh menjadi kebal. Yang penting diamalkan dengan ikhlas mengharapkan perlindungan dari Allah. xii. Penangkis Peluru

Barangsiapa mengamalkan doa ini nescaya tiada meletup senapang yang ditembakkan kepadanya. Dan kalau meletup sekali pun ia akan selamat dari peluru yang mengancamnya. Inilah doanya.

Rajah 4.5 Ayat Penangkis Peluru

Sumber: Kitab Mat Kilau 1970

191

Doa ini membawa maksud, apabila datang kebenaran yang batil itu tetap akan batal. Kebenaran itu adalah hak Allah Taala. Dengan kudrat dan Iradat Allah Taala, peluru senapang itu tidak akan dapat menyentuh tubuh pengamal ilmu ini. Kekuasaan Allah akan dapat menghindarkan diri daripada terkena peluru senapang. Doa ini diamalkan setiap hari dengan ikhlas, dan yakin Allah sebagai yang maha berkuasa, mampu melakukan apa sahaja. Akidah yang betul, akan mendatangkan keyakinan kepada pengamal.

4.4.4 Ilmu Pencepat (Penderas)

Ilmu pencepat ini jika diamalkan akan membuatkan tumbukan kita atau serangan tangan menjadi cepat, sehinggakan lawan tidak nampak pergerakan tangan kita. Lawan tidak sedar, tiba-tiba sahaja serangan kita telah mengenai sasaran. Adalah dipercayai seolah-olah sebelah tangan kita hilang dari pandangan lawan. Serangan kuat dan bertenaga. (Temubual Anuar Abd. Wahab 14.2.2005).

i. Pencepat Gerakgeri

Caranya ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas kedua tapak tangan kemudian sapukan kepada badan kita sambil membuang nafas perlahan-lahan. Inilah bacaannya:

Rajah 4.6 Ayat Pencepat Gerakgeri Sumber: (Kitab Mat Kilau 1970)

192

Doa ini ialah mengucap dua kalimah syahadat dan dua baris ayat dari surah al- fatehah. Dengan kekuasaan Allah dan akidah kita yang yakin akan kekuasaan Allah, gerak tangan untuk menangkis serangan musuh dan menyerang musuh akan menjadi pantas. Kepantasan gerakan kita menangkis serangan musuh dan musuh tidak dapat menangkis serangan kita adalah dengan pertolongan daripada Allah. ii. Ilmu Pelias (Gerak cepat)

Ayat ini hendaklah dibaca tiga kali sambil kita menghembuskan nafas kekiri dan kekanan. Inilah bacaannya:

Rajah 4.7 Ayat Pelias (Gerak Cepat) Sumber: (Kitab Mat Kilau 1970) Ini adalah doa dari ajaran Islam. Pernyataan kalimah tauhid dan kalimah rasul menuntut kita memahami sifat Allah (Sifat duapuluh) dan sifat rasul. Latarbelakang pengetahuan ini memberi keyakinan kepada kita akan kekuasaan Allah dan dengan izin Allah tidak ada yang mustahil. Berdasarkan kepada ayat Kun fayakun, jadi kata Allah, maka jadilah ia. Keyakinan ini, menyebabkan pengamal ilmu ini, berserah kepada Allah yang maha berkuasa. iii. Ilmu Penderas Tangan (Dibaca ketika hendak berlawan.) tunjuk induk alif namanya tunjuk tengah lam dutani namanya tunjuk manis bosi kursani namanya tunjuk anak jari jerajak bosi namanya lintang patah bujur lalu hu’ Allah kullu nafsin zaiqatul maut walyatalattab (Hermansyah 2010)

193

Mantera ini adalah percampuran pengaruh anamisma dan Islam. Alif, Lam dan ayat hu’ Allah kullu nafsin zaikatul maut walyatalattab adalah pengaruh Islam. bosi kursani jerajak besi adalah pengaruh anamisma. Unsur Islam memantapkan akidah dan mendapat pertolongan daripada Allah. iv. Ilmu Penderas Tangan (Amalkan setiap bangun tidur, tempelkan kedua telapak tangan ke wajah, kemudian usapkan pada kedua belah tangan.)

rangas bosi tapak tangan bosi haluan menuju ke pasir yang lumat dua ‘arsy dengan kursi Allah berjumpa dengan Muhammad berkat doa la ilaha illallah berkat Muhammad-ur-Rasulullah.

(Hermansyah 2010)

v. Ilmu Penderas Tangan (Baca ketika hendak berlawan)

bosi sekobat kunin gungum segegak pucuk api neraka malaikat maut mautlah engkau berkat doa la ila ha illallah berkat Muhammad-ur-Rasulullah

(Hermansyah 2010)

Kedua mantera ilmu penderas tangan di atas, adalah campuran pengaruh anamisma dan Islam. Bahagian pertama mantera mengenali unsur besi dan sifat kekuatan tangan seperti besi. Selepas itu terdapat unsur Islam seperti arsy dan kursi, malaikat dan pengakuan tiada yang lebih berkuasa daripada Allah serta nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Ini bermakna berbalik kepada akidah Islam yang sebenar.

194

4.4.5 Ilmu Ghaib

Ilmu Ghaib ialah ilmu yang dapat menghilangkan diri dari pandangan musuh atau dikenali sebagai Ilmu Perabun. Terdapat beberapa jenis ilmu ghaib, seperti ghaib dalam masa satu nafas, satu hari atau ghaib apabila kakinya memijak tanah. i. Mantera Ghaib

(bila pijak tanah) Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l-Rahim Oh kata bapa, eh kata ibu Tunduk Allah, Muhammad nak lalu fana kata Jibrail bukan aku pijak atas tanah aku pijak atas wali bukan aku pijak atas uri aku pijak atas kecuba ghaiblah aku dalam kandungan kalimah La ilaha illa ‘llah, Muhammadar Rasulullah.

(Haron Daud 2001)

Dalam mantera ghaib ini ada percampuran pengaruh anamisma dan Islam. Bapa dan ibu dalam mantera ini mungkin merujuk kepada makhluk ghaib. Menyifatkan diri memijak atas wali dan kecuba menyebabkan dia tidak dapat dilihat apabila memijak tanah. Memulakan mantera dengan menyebut nama Allah, ghaib dalam kandungan kalimah dan mengucap dua kalimah syahadat adalah menggambarkan pegangan pengamal ilmu ini bahawa segala kekuasaan adalah datangnya daripada Allah S.W.T.

ii. Mantera Ghaib (sepiak pinang)

Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l-Rahim Hai, semangat badi badan aku adi badan badi bernyawa engkau jelmalah di dalam tubuh badan aku ghaib tak nampak dipandang mata ghaib selama sepiak pinang ke laut bukan ke langit pun bukan tak terasa bila disentuh berkat dilindung si mambang tujuh

195

berkat memakai doa baginda Ali berkat doa La ilaha illa ,llah

(Haron Daud 2001)

Mantera ini menunjukkan pengaruh anamisma yang ketara hanya sedikit dibahagian akhir dimasukkan unsur Islam. Pengamal menyeru semangat badi badan dan pengenalan sifat-sifat badi. Kepercayaan kepada badi ini adalah pengaruh anamisma.

“Badi is the name given to the evil principle which, according to the view of Malay medicine-men, attends everything that has life. Their origin is very variously given. One authority says that the first badi sprang from three drop of Adam’s blood. Another declares that the mischief (badi) residing in an iguana (biawak) was the origin of all subsequent badi.”

(Walter William Skeat 1967)

Mengikut kepercayaan anamisma badi adalah nama roh jahat yang akan pergi kepada semua benda hidup. Asal usulnya ada yang mengatakan daripada darah nabi Adam dan ada yang mengatakan badi yang duduk didalam biawak adalah asal usul semua badi. Selepas itu, pengamal memohon perlindungan daripada mambang tujuh. Mambang dianggap sebagai Tuhan dan Mambang Tali Arus adalah merujuk kepada Batara Guru(Shiva). (Walter William Skeat 1967). iii. Mantera Ghaib (guna jin) Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Hei jin segala jin jin berasal dari gunung bertapa turun mendinding aku kuasamu atas aku halimunan atas aku bukan aku yang seru Nabi Sulaiman yang punya seru bukan aku yang minta anak cucu Adam yang minta berkat doa La ilaha illa ‘llah, Muhammadar Rasullullah

(Haron Daud 2001)

196

Mantera ini meminta pertolongan daripada jin untuk menghilangkan dia daripada pandangan. Menyebutkan asal usul jin dan bentuk puisi tradisional adalah daripada pengaruh anamisma. Unsur jin, Nabi Sulaiman, Nabi Adam dan pengakuan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, adalah daripada pengaruh Islam. Untuk menyatakan kepentingan permohonan itu, untuk memujuk jin tersebut, dikatakan permohonan itu datang daripada Nabi Sulaiman dan anak cucu Nabi Adam.

4.4.6 Ilmu Penggerun dan Penunduk

Ilmu penggerun apabila diamalkan menyebabkan musuh pengamal akan berasa gentar dan takut bila berhadapan dengan pengamal sehinggakan tidak berani untuk menentang matanya. Ilmu penunduk pula apabila diamalkan menyebabkan pihak lawan tidak berani untuk menentang dan mengikut sahaja katanya. Dalam lain perkataan musuh tidak berani menentangnya. Keupayaan menundukkan lawan termasuk juga dalam perbahasan dan pembicaraan dalam mahkamah sehingga orang yang dilawan itu menjadi lemah dan tunduk kepada pengamal ilmu penunduk. (Haron Daud 2011). i. Mantera Penunduk (dalam pembicaraan)

Bismillahi- Rahmani ‘l- Rahim Allah akan payung aku Muhammad akan tongkat aku Rahim akan kota aku Rahman dari kiri aku Kiramankatibin belakang aku Rasulullah hadapan aku ‘Iatu lajihin marfusiqin’ ah tertutup pintu hati seteru maduku seperti batu batang maujud aku kepada bumi yang alim akulah yang sebenar-benar hamba Allah yang tidak melawan akan aku dengan berkat La ilaha illa ‘llah Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Oh Genalin aku nak patah anak harimau jantan aku bernyah Ali pun bertempik

197

ghaiblah aku dalam bayangan Allah berdirilah aku di dalam Qahar (3 kali)

(Haron Daud 2001)

Dalam mantera ini bahagian pertama menyatakan pengamal dilindungi oleh Allah dari atas seperti paying, Muhammad pula merupakam tongkat tempat dia bertopang kalau akan terjatuh, Rahim pula merupakam kota yang menghalang musuh dari sampai kepadanya, Rahman menjaganya di sebelah kiri, Kiramankatibin menjaganya di sebelah belakang dan Rasullullah menjaga di hadapannya. Keselamatannya adalah terjamin dengan kuasa-kuasa tadi yang melindunginya. Kemudian semua seterunya akan tertutup pintu hati mereka dan tidak berani melawannya kerana dia merupakan hamba Allah yang sebenar-benarnya yang berilmu tinggi. Semua ini berlaku dengan keizinan Allah. Di bahagian kedua mantera ini, menggambarkan kekuatannya dengan menyeru Genalin, satu kuasa ghaib, berkemunkinan jin, untuk mematahkan anak harimau jantan, yang merupakan seterunya. Kehebatan pengamal digambarkan kalau dia bernyah(berlalu pergi), Ali pun bernyah dan kalau dia bertempek, Ali pun bertempik.

Dalam legenda Islam, Saidina Ali marupakan Pahlawan Islam. Jadi pengamal menggambarkan kehebatannya standing Saidina Ali. Akhirnya, pengamal menyatakan dia ghaib dalam perlindungan Allah. Dengan sifat-sifat tersebut, lawan tidak berani untuk menentangnya atau tunduk kepadanya. Isi mantera ini mengandungi unsur- unsur Islam tetapi struktur dan melibatkan makhluk ghaib yang lain menggambarkan pengaruh anamisma. ii. Ilmu Penunduk

(Baca pada saat berhadapan dengan musuh)

tit kurlah asal engkau menjadi berkat doa la ilaha illallah berkat Muhammad –ur- Rasulullah

(Hermansyah 2010)

198

Mantera yang ringkas ini menyatakan pengamal mengetahui asal usul lawan dari ‘tit kurlah’. Pihak lawan akan menjadi lemah kalau asal usulnya diketahui dengan pertolongan Allah dan doa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Mengetahui asal usul adalah sifat mantera pengaruh anamisma. Dan memohon perlindungan Allah dan rasul adalah dari pengaruh Islam. iii. Penggerun Yang Amat Besar (Hendaklah dibaca ketika bertemu dengan lawan) Dong dong kata Allah, Dong dong kata Muhammad Tih Parih namamu besi, Akulah yang bernama anak Rasulullah Semua gajah berkaki empat tunduk kepada aku Semua manusia berkaki dua tunduk kepada aku Jika tiada tunduk derhakalah engkau kepada Allah Hai umat kusi-kusinya yang bernyawa Ku ambil rohmu Aku heret di bawah tapak kaki kiriku Sama seperti budak di dalam perut ibu Yang tidak bertulang Dengan berkat kata La ilaha illallah.

(Kitab Mat Kilau 1970)

Mantera ini dimulai dengan pengenalan kepada Allah, Muhammad sebagai pesuruh Allah dan besi yang dikenalinya sebagai Tih Parih. Selepas itu pengamal memperkenalkan dirinya sebagai umat Nabi Nabi Muhammad yang hebat di mana semua gajah dan manusia tunduk kepadanya. Kemudian pengamal menunjukkan penguasaan terhadap lawannya dengan menyerat roh lawannya dan pijak di bawah tapak kaki kirinya. Kelemahan lawan yang tidak berdaya sama seperti seorang bayi yang masih tidak bertulang semasa di dalam kandungan ibunya. Semua ini berlaku adalah dengan keizinan Allah S.W.T.

199

iv. Lawan tidak boleh menentang

(Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan tiap-tiap lepas sembahyang fardu)

Rajah 4.8 Ayat Lawan tidak boleh Menentang

Ilmu lawan tidak berani menentang ini merupakan satu doa yang sepenuhnya dari pengaruh Islam. Doa ini menyatakan akan sifat-sifat Allah yang maha berkuasa dan mengakui Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Dengan mengetahui akan kekuasaan Allah itu, dia yakin Allah akan melindunginya dari ancaman musuh- musuhnya dan musuh akan gerum memandangnya dengan izin Allah. Semua ini terkandung di dalam maksud doa seperti yang tertulis di bawah.

Tiada Tuhan melainkan Allah yang maha esa mulia memaksa hambanya menerima perintahnya. Tiada Tuhan melainkan Allah yang maha esa lagi amat berkuasa (menjadikan/tidak). Tiada Tuhan melainkan Allah yang maha berkuasa lagi amat pengampun. Tiada Tuhan melainkan Allah yang maha esa tiada sekutu baginya Tuhan yang satu kami daripa orang- orang Islam dan Tiada Tuhan melainkan Allah yang maha esa tiada sekutu bagi Tuhan yang satu kami daripada orang-orang yang ikhlas. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dari kehormatan Nabi Muhammad semoga dengan hormat mu ya Tuhan, Tuhan yang sekasih-kasih yang amat mengasehi.

200

v. Ilmu Penampar Orang (Baca ketika hendak menampar)

kullu nafsin zaikatul maut menampar seperti Nabi Musa

(Hermansyah 2010)

vi. Tampar orang tiada melawan

Ini doa yang dibaca sekali jika hendak menampar orang tiada ia boleh membalas kepada kita.

Rajah 4.9 Tampar orang tiada melawan Sumber: (Primbon boekjes. Cod. Or. 7285, Perpustakaan Leiden, Holland)

Kedua ilmu di atas adalah dari pengaruh Islam kerana kedua doa dalam bahasa Arab, diambil daripada Al-Quran. Tidak ada unsur pengaruh anamisma.

201

vii. Doa Penunduk Musuh

Inilah doa besar pahalanya jikalau dibaca di hadapan musuh, atau dibaca di hadapan orang mengamuk atau dibaca dihadapannya binatang yang galak, atau dibaca dihutan yang ingkar-ingkar maka dibungkamkan hatinya sampai ketubuhnya samak pada Allah Taala, insyaallah Taala, tiada dibinasa berkat doa itu. Inilah doanya:

Rajah 4. 10 Doa Penunduk Musuh Sumber: Primbon boekjes. Cod. Or. 7285, hlm. 51, Perpustakaan Universiti Leiden, Holland

202

4.4.7 Ilmu Membangkitkan Semangat Keberanian.

Menghadapi musuh dan berlawan adalah perbuatan yang berisiko tinggi yang boleh mengancam nyawa. Ini sudah tentu boleh mendatangkan rasa takut kepada sesiapa sahaja yang menghadapi situasi tersebut, apa lagi kalau lawan yang dihadapi kuat dan ganas. Namun pendekar Melayu mengamalkan ilmu yang membangkitkan semangat keberanian yang menghilangkan rasa takut. Perkara ini ada digambarkan dalam Hikayat Cindur Mata di mana Cindur Mata merasa gentar apabila berhadapan dengan penyamun-penyamun yang ganas. Tetapi setelah memakan sirih sekapur, mengunyah pinang, memakan tembakau Jawa, mengamalkan ilmu pitanggang, penunduk, pelajah dan pengentar, timbullah rasa berani dan datang rasa gembira serta tidak takut lagi.

‘Tjindur Mata lalu berhenti, dimakan sirih sekapur, dikunyah pinang sebuah, dimakan tembakau Djawa, lalu diamalkan ilmu pitanggang halimun, pitunduk dan pilajah dan pigantar. Setelah semua diamalkan, timbullah hati yang marah, datanglah hati gembira, tidak merasa takut gentar lagi.’

(Tjindur Mata 1964)

Petikan ini menggambarkan perasaan takut dan gentar Tjindur Mata ketika menghadapi musuh, tetapi setelah membaca doa dan mantera, perasaan takut telah hilang diganti oleh perasaan marah, gembira dan tidak merasa takut lagi. Berikut adalah ilmu-ilmu yang diamalkan oleh pendekar Melayu, yang dapat menghilangkan rasa takut dan mendatangkan rasa berani untuk berlawan. i. Doa tabah hati menghadapi lawan

Bismillah hirwah manir Rahim Bang-bang patah rajuna jangan engkau panah kemari Mayat tetap nang lah hati aku seperti yum ha Dengan berkat kata Lailla haillallah Sam mi ta sam mi tu Kebal aku disertai Allah Dengan berkat Laila haillallah hu Kebal guruku disertai Allah

203

Sedialah guruku sedialah aku Dengan berkat Laila haillallah hu Ha ketal u ketam nabi lapan kejadian Kegharib mi berjalan gerak bumi dengan langit tiada gerak kekiri tangan lawanku Sar seteru terpiji lawan atkala kena sekekal kal Kena kal ya berdiri serta Allah Kala aku berjalan serta baginda Rasul-Allah Pintak-pintak urat situlang terbelang ah Allahhumma salli wasallam ala makad rasulallah

(Kitab Mat Kilau 1970)

Dalam mantera ini apa jua yang dipohon, diharap dimakbulkan dengan izin Allah dan beserta Allah. Pengamal sentiasa menguatkan akidah dengan menyebut, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Misalnya, kalau pengamal menjadi kebal, adalah beserta Allah. Kalau gurunya kebal, juga beserta Allah. Pengamal memohon melakukan sesuatu kepada musuhnya hanya dengan izin Allah. Kalau gurunya berani, beliau juga berani. Juga tidak lupa memohon doa restu daripa Rasullullah, penghulu kita umat Islam. ii. Ilmu na belawan. (Baca bila merasa takut ketika berhadapan dengan musuh)

astarpirli tagappirli Allah berdiri Muhammad terhenti haram jin dan manusia menentang ku berkat doa lailaha illallah berkat Muhammad-ur-rasulullah

(Hermansyah 2010)

Dalam mantera ini pengamal memerintahkan tidak membenarkan samasekali jin dan manusia menentangnya dengan perlindungan daripada Allah dan rasulnya. Dengan akidah yang betul, tidak ada sesiapa yang dapat mengatasi kekuasaan Allah. Begitulah keyakinan pengamal mantera ini.

204

iii. Ilmu na belawan (Baca bila berjumpa musuh)

Bismillahhirrahmanirrahim kun kata Allah payakun kata Muhammad rabbikum kata jibril tutup hawa hati jantung sianu (sebut nama musuh) hati bernama si tutup Allah rang bernama paku Rasulullah lidah terkunci asal namanya mpodumu serinu Allah aku tahu asal kau jadi dari pada wadi’ mani’ manikam air setitik darah segumpal jatu’ ke rahim ibumu ak kata engkau menjadi berkat doa la ilaha illallah berkat Muhammaddarrasulullah

(Hermansyah, 2010, hlm. 187)

Pegangan pengamal dalam mantera ini, ialah kalau Allah hendak melakukan sesuatu, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Pengamal memohon kepada Allah supaya menutup pintu hati musuhnya dengan nama yang disebutkan. Dia mengetahui asal kejadian lawannya dan ini menunjukan penguasaannya terhadap lawannya. Dengan izin Allah, segala permohonannya akan termakbul. iv. Mantera Kuatkan Semangat

Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Naik ke langit gelombang api api memancar di dadaku, gunung api di mataku akulah anak harimau jantan akulah anak harimau garang tiada berlawan menentang aku berkat doa laillahaillallah

(Haron Daud 2001)

205

Dalam mantera ini, seolah-olah pengamal menyedarkan dirinya akan kekuatan dirinya yang garang bak harimau sehingga tiada siapa boleh menentangnya. Kata-kata ini menaikkan semangat dirinya ditambah dengan keyakinan pertolongan daripada Allah. Mantera ini yang asalnya dari pengaruh anamisma ditambah dengan unsur-unsur Islam diawal dan diakhir mantera.

4.4.8 Ilmu pelindung diri dari senjata waktu berperang.

Ilmu ini bertujuan untuk melindungi diri dari terkena senjata sewaktu berperang. Ini bermakna sewaktu berperang, tubuh kita akan terlindung dari terkena oleh senjata. Misalnya, kalau orang menembak kita, peluru senapang itu tidak akan mengenai tubuh kita. Sekiranya ditetak dengan senjata tajam, senjata itu, tidak akan mengenai tubuh kita. i. Tidak boleh kena senjata. (Setelah itu lepaskan nafas kita melalui lubang hidung sebelah kiri kemudian diikuti dengan sebelah kanan. Insyaallah, tidak sampai senjata lawan kepada kita.)

Rajah 4.11 Ayat Tidak boleh kena senjata Sumber: (Kitab Mat Kilau 1970)

206

Ilmu ini daripada ajaran Islam sepenuhnya dengan berdoa menggunakan ayat Al- Quran dan bukan berbentuk mantera dalam bahasa Melayu. Dengan izin Allah S.W.T senjata musuh tidak akan sampai ke tubuh kita. Kalau ditembak, peluru senapang tidak akan mengenai tubuh kita. Ilmu seperti ini dalam Silat Minangkabau dipanggil Gayueng angin. Di Malaysia perguruan silat yang menggunakan ilmu seperti ini ialah Perguruan Nasrul Hak, Wali Suci, Rohaniah, Budi Suci Sejati, Wali Songo, Batin Murni, Depo Wojo dan Gayung Fatani. ii. Ilmu Sahabat Empat

temuni’ lawi’ tutup tuban kawanku umar abu bakar ali usman sahabatku israfil dikiriku izrail dikananku mikail dibelakangku jibril didepanku Muhammad pelindungku Allah payungku kalimah la ilaha illallah halilullah meliputiku

(Hermansyah 2010)

Ilmu sahabat empat ini dimulai dengan unsur pengetahuan asal usul diri dengan menyebut temuni lawi sebagai penutup tuban kawan diikuti dengan bersahabat dengan Umar, Abu Bakar, Usman dan Ali yang merupakan para sahabat Nabi Muhammad. Diri dilindungi oleh 4 malaikat iaitu Israfil, Izrail, mikail dan Jibril. Dan akhirnya Nabi Muhammad sebagai pelindung dan Allah sebagai paying. Tetapi semuanya tertakluk kepada kekuasaan Allah seperti yang dinyatakan dalam kalimah Tauhid. iii. Mantera Sangga Diri (Mantera penyangga diamalkan untuk menentukan diri sentiasa selamat)

Batu sanggit batu sangga batu hitam tanjung mara bukan aku memakai sangga Ali gagah memakai sangga umat Muhammad memakai sangga mari depan sangga depan mari atas sangga atas mari belakang sangga belakang

207

mari rusuk sangga rusuk mari kiri sangga kiri mari kanan sangga kanan sangga tujuh petala langit sangga tujuh petala bumi sangga melepas hikmat jin dan manusia yang berhawa, bernafsu berdengki khianat kepada aku Hei sekati pitok sekati buta butalah pintu hati sir iktikad, cita rasamu nak dengki khianat pada aku sidi guru, sidilah aku sidi berkat kata La ilaha illa ‘llah

(Haron Daud 2001)

Mantera sangga diri ini menunjukkan pengaruh anamisma yang dominan dicampur dengan pengaruh Islam. Setiap bahagian badan ada sangga yang melindungi diri pengamal di bahagian atas, depan, belakang, rusuk, kiri, kanan, dibumi dan dilangit, sangga melindungi daripada gangguan jin dan manusia. Manusia dikenali sebagai mempunyai hawa nafsu dan sifat dengki khianat. Dengan berkat doa guru dan pegangan kepada akidah seperti yang terkandung dalam kalimah Tauhid, Allah akan memakbulkan doa ini dan diri kita sentiasa dalam keadaan selamat. iv. Mantera pelindung waktu berperang (Semasa peperangan melawan musuh, mantera pelindung dibaca.)

Pengamalnya berlindung kepada Allah. Bismi ‘llahi- Rahmani ‘l- Rahim Niat mati kata nyawa mana mati kata Adam belum mati kata Allah, bergerak serta Allah berdiri serta Muhammad ya seberani wajah seberani Muhammad mari aku bawa pergi serta Allah makin aku pergi Inakul mati tiada, mati kata min hak Sir hakku sir hak inallah ya Allah ya hu, ya Allah ya hu aku berlindung dengan Allah

(Haron Daud 2001)

208

Dalam mantera ini memohon pertolongan daripada Allah dengan pegangan kalau belum sampai ajal, kita tidak akan binasa dengan izin Allah.

4.4.9 Ilmu Firasat. i. Ayat Ilmu Hakikat 1

Rajah 4.12 Ayat Ilmu Hakikat 1 Warna rajah ini ialah kuning seperti emas baru disepuh.

Jika kita bayangkan huruf lima (Alif, Lam, Lam, Haa) itu, tidak nampak baris atasnya di atas huruf alif itu, kita hendaklah beringat-ingat kerana kita akan mendapat nahas disebelah kanan diri kita. Jika kita bayangkan barisan Lam yang berdiri seperti alif itu tidak nampak, maka kita hendaklah berjaga-jaga kerana nahas akan menimpa di antara leher ke atas.

Jika kita bayangkan tidak nampak baris sabdu di atas Lam, alamat nahas akan menimpa daripada leher sampai ke pinggang. Jika kita bayangkan tidak nampak baris Haa kita hendaklah berjaga kerana nahas akan menimpa dari pinggang ke paras kaki. Jika kita bayangkan semuanya itu, tidak nampak ia tidak akan mati tetapi nahasnya sama seperti mati.

Jika waktu kita membayangkan kalimah-kalimah (Alif, Lam, Lam, Haa) tadi, kita nampak warna kuning seperti emas baru disepuh, menunjukkan sempurna lah segala amalan kita itu, tetapi jika kita bayangkan kesemuanya kalimah (Alif, Lam, Lam, Haa) dan barisnya nampak hitam menunjukkan alamat kita akan mati (Kitab Mat Kilau 1970)

209

ii. Ayat Ilmu Hakikat 2

Rajah 4.13 Ayat Ilmu Hakikat 2

Setelah kita bayangkan dalam hati kita, maka kita bayangkan pula dalam kepala kita bahawa alif itu hendaklah disebelah kanan kemudian diikuti pula dengan Lam, Lam, Alif, Haa yaitu kalimah Allah seperti yang tertera dalam rajah di atas.

Jika waktu kita membayangkan kalimah Allah itu, kita nampak warna kuning seperti emas baru disepuh, menunjukkan sempurnalah segala amalan kita. Sebaliknya jika kita bayangkan kesemua kalimah Allah, dan barisnya nampak hitam, menunjukkan alamat kita akan mati.

(Kitab Mat Kilau 1970) iii. Telek Jasad

Rajah 4.14 Telek Jasad

210

Bismillah hirrahmanirrahim. Untuk menilik jasad kita yang halus iaitu nyawa yang tetap dalam hati (fuad) kita janganlah kurang seperti contah rajah di atas. Hendaklah dibayangkan jasad halus iaitu nyawa kita seperti yang tertera dalam rajah di atas. Jangan sampai senget ke kanan atau ke kiri, kedepan atau ke belakang sehingga menyebabkan kekurangan salah satu anggota kita. Kemudian kita bayangkan hati (fuad) kita yang ada di dalam diri jasad tadi sehingga betul kedudukkannya.

Jika senget ke kanan sempurnalah jiwa namanya dan jika sengat ke kiri jiwa sempurna namanya. Setelah itu bayangkan huruf alif pertama berdiri tegak berdepan dengan kita, kemudian bayangkan pula alif yang kedua sehingga habis dan diikuti dengan huruf alif di dalam ba yang ada dalam fuad kita.

Jikalau cahaya huruf alif dalam fuad itu nampak hitam alamat kita akan mati pada hari atau malam itu. Jikalau nampak cahaya dalam fuad tadi berwarna putih kuning seperti emasbaru disepuh menunjukkan sebenar-benar dirinya telah cukup sempurna. Tidaklah ia akan mati pada hari atau malam itu atau mendapat nahas pada ketika itu kecuali dengan izin Allah.

(Kitab Mat Kilau1970)

iv. Dibakar tiada hangus.

Ini jika hendak masuk ke dalam api atau hendak memakan apa tiada hangus dan tiada hangat maka diambil kulit pari helang dan jaba ( ) maka dibaca ayat ini tujuh kali maka masukkan dahulu ke dalam api kemudian maka kita masuk kepada api itu nescaya tiada hangat tubuh itu yang dibaca dia:

Rajah 4.15 Ayat Dibakar tiada hagus Sumber: (Kitab Doa.Cod. or. 7236, hlm. 78, Perpustakaan Universiti Leiden)

211

v. Doa membuka ikatan/gari tangan. Ini jika kancing hendak kancing terbuka atau ikat terurai maka dibaca dua puluh kali ini ayat:

Rajah 4.16 Ayat Doa membuka ikatan/gari tangan Sumber: (Kitab Doa. Cod. or. 7236, hlm. 78, Perpustakaan Universiti Leiden).

4.4.10 Ilmu Tasawuf.

Ilmu tasawuf termasuk dalam kategori ilmu kebatinan kependekaran Melayu. Ilmu tasawuf lebih kepada perbincangan secara teori untuk membuktikan akan kewujudan Allah S.W.T. Penerangan secara teori akan kewujudan Allah dan bagaimana perhubungan Allah dengan makhluk akan memberi. keyakinan kepada pengamal ilmu kebatinan untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Setelah yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaannya baharulah pengamal benar-benar yakin dengan keberkesanan ilmu yang diamalkan.

Seperti kata orang yang berilmu ‘Awalludin makrifatullah’ ertinya awal-awal agama ialah mengenal Allah. Setelah mengenal Allah, maka baharulah kita akan kenal dengan diri sendiri. Dari situ, kita akan mengenali akan kekuasaan Allah S.W.T. Di dalam kitab-kitab ilmu kebatinan atau pun manuskrip-manuskrip ilmu kebatinan, pasti akan disertai perbincangan tentang ilmu tasawuf yang membincangkan akan kewujudan Allah S.W.T. Di bawah ini, dirakamkan satu risalah yang membincangkan tentang ‘Martabat Tujuh’ iaitu penjelasan tentang hakikat kewujudan Allah S.W.T seperti yang terdapat dalam Kitab Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda.

212

Perbincangan ilmu tasawuf seperti ini memang satu bidang yang mesti dikuasai oleh seorang pendekar dan merupakan satu ilmu yang selalu diperbincangkan apabila guru- guru silat bertemu dan berbahas tentang ilmu, seperti yang selalu disebut sebagai bersilat atau bertikam lidah. Kekerapan perbincangan seperti ini akan mempertajamkan ilmu seseorang. i. Martabat Tujuh

Bahawasanya martabat wujud Allah dan zat Allah Taala itu,

Tujuh martabat: Pertama martabat Lataain artinya tiada nyatanya. Dan kedua martabat Taain Awal, artinya nyata yang pertama. Dan ketiga martabat Tamin Sani (nyata yang ke dua).

Maka martabat Latain itu bernama Ahadia artinya asa, dan martabat Taain awal itu bernam Wahadiah artinya pun asa, dan martabat Taai Sani itu bernama Wahadaiyah artinya yang asa. Maka martabat Ahadiah itu bernama hakikat Allah Taala dan martabat Wahadiah itu bernama hakikat Nabi Muhammad s.a.w dan martabat Wahadaiyah itu bernama hakikat insan yakni Adam a.s. diada kita sekalian dan samad.

Maka Ahadiah itu martabat zat Allah Taala dan Wahdat itu martabat sifat Allah Taala dan Wahadiah itu martabat Isma’ Allah Taala. Maka martabat tiga itu ketikanya kadim lagi baqa kerana ketikanya itu pada pihak wujud dan hakikatnya asa jua dengan wujud Allah dan zat Allah Taala. Maka segala ahli Allah beroleh nisbah (daripada Allah) kepada Allah Taala. Dan dari sinilah mereka itu beroleh jalan yang betul dan yang sempurna kepada Allah Taala. Dan keempat: Martabat ilmu Allah artinya ilmu segala nyawa.

Kelima martabat ilmu missal artinya alam segala bagi. Keenam, ilmu ijsham artinya segala ilmu. Ketujuh, martabat ilmu insan, artinya manusia.

Maka martabat yang keempat itu dinamai ahli Allah martabat wujud Allah dan zat Allah Taala dalamnya. Maka keempat mahdan lagi fana. Tetapi alam arwah dan alam missal itu tiada fana, alam ijsam jua. Maka alam ijsam itu pun kemudian daripada fananya itu, di kembalikan Allah Taala pulang seperti adanya dahulu itu yakni seperti adanya yang dahulu daripada fana itu dalam akhirat yakni pada hari khiamat.

213

Setelah diketahui segala arif billah peri martabat yang tujuh itu, maka sigianya ia mengetahui peri kelainan segala martabat itu daripada suatu martabat dengan suatu martabat dan mengetahui peri suatunya segala martabat yang tujuh itu. Ada pun sekalian suatu martabat itu daripada suatu martabat yang tujuh itu. Bahawa martabat Ahadiah itu martabat zat Allah Taala dan martabat Wahdah itu martabat sifat Allah Taala dan martabat Wahadiah itu martrabat Isma’ Allah Taala.

Maka zat yang bernama Ahadiah itu pada taainnya lain daripada sifat sifat dan lain daripada Isma’. Demikian lagi sifat yang bernama Wahdah itu pada taainnya lain daripada zat dan Isma’.

Demikian lagi Isma’ bernama Wahadiah itu, pada taainnya lain daripada sifat dan zat. Adapun kesannya dan persuatunya suatu martabat dengan suatu martabat yang tujuh itu, bahawa martabat Ahadiah yang martabat zat itu pada wujudnya dan hakikatnya asa jua dengan Wahdah dan Wahadiah dan demikian lagi wahdah yang martabat sifat itu, pada wujudnya dan hakikatnya asa jua dengan Ahadiah dan Wahdah dan demikian lagi Wahadiah yang martabat Isma’ itu pada wujudnya dan hakikatnya asa jua dengan Ahadiahtun dan Wahidah yakni Isma’ itu asa dengan sifat dan sifat itu asa dengan zat.

Maka ketiganya martabat itu ada jua pada wujudnya dan hakikatnya La gharulahu artinya tiada lain baginya, illa huwalahu artinya hanya ia jua baginya.

Ada pun kelainannya martabat alam arwah dan alam missal dan alam ijsyam dan alam insan dengan martabat tiga yang tersebut dahulu itu nescaya tindakan lindung dan tindakan terbun pada yang arif dan pada yang jahil.

Kerana martabat yang tiga tersebut itu kadim lagi baqa. Dan martabat yang empat daripada martabat alam arwah dan alam missal dan alam ijsam dan alam insan itu keempatnya muhadas lagi fana kerana kadim dan baqa dengan muhadas. Yang fana itu nyata kelainannya. Ada pun keinsan martabat, martabat alam arwah dan alam missal dan alam ijsam dan alam insan itu dengan martabat yang tiga tersebut dahulu itu.

Maka martabat yang muhadas itu keempatnya bingbayang jua pada martabat tiga, yang tersebut itu. Maka bingbayang itu mihal tingkat dan cirinya daripada ampunya bingbayang dan mihal wujud bingbayang itu lain daripada wujud ampunya bimbayang itu.

Maka daripada pihak wujud akan bimbayang hanya wujud ampunya bimbayang juga. Maka daripada pihak itulah kata segala mahkak asa jua martabat yang empat yang muhadas itu dengan martabat tiga yang kadim itu. Wallah hu alam.

214

Ada pun barang siapa daripada orang yang berbahagia dengan bahgia dunia akhirat beroleh rahsia alam makrifat Allah yang sempurna itu, maka adalah ia beroleh jalan yang amat betul oleh ia telah berpegang kepada tali yang tiada putus. Shahadan adalah ia masuk kepada bilangan segala wali Allah tetapi, belum sampai ia balagh pada tantar segala wali Allah itu. Maka sayugianya ia membawa jalan zikir dan makrifat dan tujuh dan mushadah supaya jadi kebelangan ia pada tentera segala wali Allah itu. Ada pun isyarat zikir itu disebut dengan lidah kalimah laillahhaillaullah, diteguhkan dengan hati maknanya tiada wujudku hanya Allah.

Dan isyarat makrifat itu dengan bahawa difanakan niat wujud diri itu pada ketika menyebut Laillahha itu mengakibatkan wujud Allah pada ketika menyebut illaullah itu dan isyarat dengan dihadapkan mata hatinya kepada wujud Allah Taala beserta dengan tiada dilepaskan dan tiada dilalaikan nama Allah tanda dalam hati dan diingatkan zat bernama Allah itu dan isyarat mushahadah itu bahawa ditahkikkan ain sabitah dir itu dengan harjahdir itu. Setelah tahkiklah dan suatulah keduanya maka dibawalah jalan memandang kepada wujud Allah Taala, seperti yang disyaratkan mursyidnya itu maka jalan musyahadah itu terangka daripada jalan yang lain yakni jalan zikir martabat tujuh.

Maka zikir artinya menyebut, mengucap dan merakih mengingat, memeliharakan dan tujuh menghadapkan matahatinya dan kerana mushahadah dengan jalan itu memandang dalam zat Allah maka adalah seperti isyarat penafi Allah bakabillah itu wallahhualam.

Ada pun jika melihat sorong perkataan itu, suatu memohonkan taufik daripada Allah nescaya diperolehnya rahsia ilmu hakikat itu, Insyaallahtaala. Tetapi apabila terdapat seorang rahsia ilmu makrifat Allah yang sempurna seperti yang tersebut dalamnya itu dengan nyata nya. Maka, sayugianya ia memeliharakan dia dengan sempurna pelihara nya, dan dibutakannya kendak rahsia yang didapatinya itu dalam mata hatinya. Maka jangan ditunjukkannya dan dibatalkannya kepada barang bukan tempatnya hanya kepada yang harus ditempatnya jua ditunjukkan dan dihafalkan. Jika luput bukan tempatnya serasa kiamat akan Allah dan akan Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W dan serasa memilih tiri rahsia Allah dan serasa ia memilikkan tiri Nabi Nuhammad S.A.W yakni barangsiapa memilih tiri rahsia Allah dan rahsia nabi kepada bukan tempat nya orang itulah khianat akan Allah dan khianat akan nabi Muhammad Rasullullah S.A.W, amin rabbil alamin, Wallahhualam.

(1936. Kitab Doa, Firasat dan Tasawuf. Cod. Or. 7236, Perpustakaan Universiti Leiden, Holland)

215

Ilmu Martabat Tujuh seperti yang dinyatakan dalam risalah di atas adalah menerangkan proses kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah bermula dari alam ghaib sehinggalah roh ditiupkan ke dalam jasad semasa di dalam kandungan ibu dan akhirnya dilahirkan kedunia. Proses kejadian manusia itu melalui tujuh peringkat atau martabat (Temubual Suhaimi bin Khalis 16.3.2013). Menurut risalah ini, Martabat yang pertama di namakan martabat Lataain, artinya tiada nyata. Martabat Lataain itu bernama Ahadiah artinya asa. Kedua, martabat Taain Awal, artinya nyata yang pertama. Martabat taain awal ini bernama Wahadiah yang bermaksud asa juga. Ketiga martabat Taain Sani yang artinya nyata yang kedua. Martabat Taain Sani itu bernama Wahadaiyah yang bermaksud asa. Keempat, Martabat ilmu Allah, artinya ilmu segala nyawa atau roh. Kelima, Martabat ilmu misal artinya alam segala bagi. Keenam, Martabat ilmu ijsham artinya segala ilmu. Ketujuh, Martabat ilmu insan, artinya manusia. Pada martabat yang ke tujuh, telah bercantum rohani dan jasmani di dalam diri manusia dan dilahirkan kedunia. Pada alam ke tujuh iaitu alam insan ini, terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu satu. Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan pernyataan diri rahsia Allah S.W.T di dalam tubuh badan insan yang mula bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang fana ini. Maka bermulalah tugas manusia untuk mengembalikan diri rahsia Allah itu kepada tuan empunya diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah itu bermula dari alam Maya sebagai persiapan untuk kembali keasalnya. ii. Makrifat Allah Taala.

Bismillahhirrahmanirrahim. Pasal ini peri menentukan kenyataan makrifat Allah Taala yang sempurna. Adapun yang pertama jadi itu nyawa hakikat tubuh nabati, itu nyawanya. Hakikat tubuh haiwani dan haiwan itu nyawanya hakikat jasmani itu dan jasmani itu nyawanya. Hakikat tubuh rohani dan rohani itu nyawanya roh idafi dan roh idafi itu ketika belum dikehendakki Allah Taala menjadi nyawa rohani, Lagi dalam ilmu pada martabat Lataain itu wujud idafi namanya.

Ada pun yang serta dengan wujud idafi namanya itu zat Allah Taala dan wujud Allah ada pun hakikat zat keadaannya sekalian yang maujud. Ada pun yang dikatakan wujud itu zat alsharum .

216

Ada pun zat atalsharum itulah sifat yang dua puluh dan hakikat sifat yang dua puluh itulah hakikat rupa kita Dan hakikat rupa sekalian yang maujud. Sebab itulah maka sabda nabi kita Muhammad rasullullah S.A.W:

Rajah 4.17 : Ayat Marifah Allah Taala I

Yakni kerna pada pandang kita pada hakikat kerna wujud dia yang ada inni majari jua. Maulah kita zikir maka wujud yang majaz itu pada wujud yang hakiki maka sempurna lah pandang kita dan seperti firman Allah Taala dalam Quran,

Rajah 4.18 Ayat Marifah Allah Taala II

‘Yakni barang siapa melihat pada wujud majazi itu maka dikatakan tiada dengan hakikinya dihakikinya.’

( Fragments mystiques, en malais et en arabe. Cod. 235. National Bibliotiq de France, Paris)

Dalam risalah yang bertajuk Makrifat Allah Taala di atas, cuba menentukan kenyataan makrifat Allah Taala yang sempurna. Melalui risalah ini kita cuba mengenali Allah dari segala aspek. Salah satu cara mengenali Allah ialah dengan mengkaji sifat dua puluh, iaitu mengkaji sifat Allah. Rupa kita adalah gambaran sifat Allah seperti yang dinyatakan ‘hakikat sifat yang dua puluh itulah hakikat rupa kita dan hakikat rupa sekalian yang maujud.’ Allah menciptakan makhluk untuk memberikan gambaran tentang dirinya. Kedua-dua risalah di atas iaitu Martabat Tujuh dan Makrifat Allah Taala adalah contoh aspek

217

ilmu kebatinan kependekaran Melayu yang membincangkan secara teori tentang alam ghaib iaitu tentang kejadian manusia dan mengenali sifat-sifat Allah yang tidak dapat dikesan secara fizikal. Penerangan secara teori akan kewujudan Allah akan memberi keyakinan kepada pengamal untuk mengamalkan amalan-amalan kebatinan seperti doa-doa dan zikir. Setelah dijelaskan secara teori akan kewujudan perkara-perkara ghaib atau kewujudan Allah Taala, maka pengamal akan mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir seperti ilmu tarekat. Dalam satu satu tarekat zikir-zikir dan doa-doa tertentu telah disusun dengan kemas dan diamalkan setiap hari. iii. Wirid Tarekat Qadariah

Rajah 4.19 Ayat Wirid Tarekat Qadariah

218

iv. Wirid Tarekat Ahmad Muhammadiah

219

Rajah 4.20 Ayat Wirid Tarekat Ahmad Muhammad

220

Ilmu Martabat Tujuh dan Makrifat Allah Taala seperti yang dirakamkan di atas adalah merupakan penerangan secara teori tentang kejadian manusia dan kewujudan Allah Taala. Wirid Tarekat Qadariah dan Ahmad Muhammadiah seperti yang diberikan di atas adalah merupakan amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh atau Maghrib untuk mendapat keredaan Allah S.W.T dan jika dilakukan dengan ikhlas ia mampu menyucikan hati dan meningkatkan maqam seseorang sehingga ke maqam wali. Mengamalkan amalan tarekat bukanlah untuk mendapatkan kelebihan luar biasa yang tertentu seperti untuk mendapatkan kuat atau kebal, seperti yang diharapkan bila mengamalkan mantera atau ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Namun demikian, pengamal ilmu tarekat yang yakin akan kewujudan Allah dan menghampirkan diri kepada Allah akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila keadaan memerlukan. Cuma pengamal tidak dapat menentukan bentuk pertolongan yang Allah akan berikan. Mungkin dalam situasi tertentu dia menjadi kebal, musuh tidak dapat melihatnya atau tubuhnya menjadi kuat walaupun dia tidak pernah memohon untuk mendapatkan kelebihan luarbiasa tertentu ketika beramal. Pengamal ilmu tarekat cuma berniat untuk menghampirkan diri kepada Allah dan sebagai bekalan di hari akhirat setiap kali dia beramal. Dia berkeyakinan Allah itu maha berkuasa dan sentiasa melindunginya. Ilmu seperti ini dinamakan ilmu akhirat atau Ilmu Tasawuf. Ilmu kebatinan kependekaran Melayu, tidak akan lengkap tanpa pengamalan ilmu tarekat. Ilmu kebatinan seperti ini adalah daripada ajaran Islam sepenuhnya. Ilmu akhirat membawa pesilat mengenal diri dan Allah yang disembah dan dia mengetahui musuh sebenarnya ialah tipu daya nafsu dan syaitan. Inilah dakwah yang mesti disampaikan kepada pesilat di bawah bimbingannya.

“Pelajaran kerohanian silat memperkukuhkan amalan syariat dari ilmu Tauhid, Fekah dan Tasawuf agar pesilat dapat mengenal diri dan Allah yang disembahnya. Lantaran pendidikan kerohanian silat, pesilat dapat mempertahankan dan membebaskan diri daripada kejahatan dunia dan tipu daya nafsu dan syaitan. Pelajaran dan amalan kerohanian Islam telah diperturunkan kepada para guru silat untuk disampaikan kepada pesilat di bawah pimpinannya.”

(Anuar Abd. Wahab 2008)

221

4.4.11 Buah Peturun i. Buah Peturun

Buah Peturun ialah kebolehan bersilat dengan bantuan makhluk ghaib seperti jin, malaikat, iblis dan roh para wali. Makhluk ghaib yang dipanggil untuk mendampingi pesilat dengan amalan doa dan wirid tertentu akan datang membantu pesilat apabila keadaan mencemaskan, terutamanya apabila diserang musuh. Pengamal silat Melayu, kerap memanggil Rijalal-Ghaib, yang merupakan para wali Allah di alam ghaib, untuk mendapatkan bantuan ketika bersilat. Dengan izin Allah, Rijalal-Ghaib ini dapat membantu pergerakan pesilat menjadi pantas untuk menangkis serangan yang tidak diketahui dari arah mana serangan akan datang ketika berlawan terutamanya perlawanan bersenjata. Di bawah ini di rakamkan doa Peturun Buah untuk mendapat bantuah dari Rijalal-Ghaib. Tidak dibenarkan sesiapa mengamalkan ilmu ini tanpa ijazah dari guru. Doa yang diturunkan di sini adalah tidak lengkap atas permintaan responden. Doa ini dibaca di tengah gelanggang ketika hendak bersilat.

Rajah 4.21 Ayat Buah Peturun (Temu bual Anuar Wahab, 1.6.1990) ii. Buah Peturun Permainan Kuda Kepang

Dalam permainan kuda kepang, pawang akan menyeru atau memanggil semangat anamisma dan keturunan untuk masuk ke dalam tubuh penari ke dalamsupaya boleh membuat aksi-aksi yang menakjubkan dalam permainan kuda kepang. Jampi ini dibacakan oleh pawang di hadapan bekas perasap di tengah-tengah pentas dan dibacakan dalam bahasa Jawa.

222

Bismillahi - Rahman - nir - Rahim. Sunmatak najku pendayangkan sengoro ratuni, bumi kang pembawo reso balih rumah aku. Berkat doa Lailahaillallah.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Doa ku menjadikan aku kuat dan tidak terpengaruh serta tidak terbuka pada seksaan fizikal: penjaga bumi yang sentiasa menjaga, masuk ke dalam badanku. Dengan rahmatnya hanya Tuhan Yang Esa.

(Mohd. Ghouse Nasaruddin 1994)

iii. Buah Peturun Untuk Pendinding

Jampi berikut dibaca oleh pawang memohon semangat tanah supaya datang dan melindungi penari serta penonton semasa persembahan daripada semangat jahat.

Bismillahi-Rahman-nir-Rahim. Kerusi belakangku,mutu jali dipangku, kadimu kananku, kan juga nasirnya empat, Jangan merosak, jangan membinasa ahli kumpulan aku. Kalau merosak membinasa ahli kumpulan aku kena bendumi Allah. Berkat doa Laillaha-illallah.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sapukan ubat di bibirku dan rahmatilah aku, Yang Maha Kuasa di sebelah

kananku melindungi ku, Kau yang menjaga air, api, tanah dan angin, tidak mengganggu penari-penariku. Jika kau mengganggu, Allah akan menyumpahmu. Dengan rahmat-Nya, Tuhan Yang Esa.

(Mohd. Ghouse Nasaruddin 1994)

223

4.5 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, amalan ilmu kebatinan ialah amalan yang menghubungi alam ghaib untuk memohon pertolongan dalam usaha mempertahankan diri. Ilmu kebatinan kependekaran Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu ilmu kebatinan berasaskan kepercayaan tradisi, ilmu kebatinan berasaskan campuran kepercayaan tradisi dengan ajaran agama Islam dan ilmu kebatinan berasaskan ajaran Islam sepenuhnya. Terdapat penggantian ilmu kebatinan daripada pengaruh kepercayaan tradisi kepada ajaran Islam. Ciri-ciri ilmu kebatinan kependekaran Melayu ialah mendatangkan kesan yang luar biasa kepada pengamal seperti kebal tubuh badan daripada kecederaan, tidak kena apabila diserang, tidak nampak oleh musuh, pergerakan yang pantas, senjata api tidak meletup, musuh boleh berlawan sesama sendiri, mengetahui apa yang akan terjadi, tidak mati ditanam hidup-hidup di dalam tanah, tidak hangus dibakar dan sebagainya. Ciri-ciri amalan ilmu kebatinan ialah memakai azimat, membaca mantera atau doa apabila berhadapan dengan musuh, mengamalkan mantera atau doa pagi dan petang, berpuasa, berzikir selepas solat Subuh dan Maghrib, menjalani pertapaan atau mengamalkan ilmu Tarekat atau Tasawuf(bersuluk). Untuk mendapat keredaan Allah dan mengelak dari perbuatan syirik, pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu menguasai ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat sebagai asas ilmu.

BAB VI

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Ilmu Kependekaran Melayu terdiri daripada kemahiran dalam menggunakan teknik dan taktik fizikal seni silat Melayu, pengamalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu, mematuhi adat istiadat pahlawan Melayu dan mengenali serta berkemahiran menggunakan senjata tradisional Melayu. Semua unsur-unsur ilmu kependekaran Melayu ini boleh diaplikasikan dalam permainan silat tradisional.

Dalam adat istiadat kependekaran Melayu, sifat taat setia sangat diutamakan. Dalam proses menuntut ilmu, murid mestilah taat kepada guru. Murid yang tidak taat kepada guru, ditakuti ilmu yang dituntut tidak menjadi atau tidak memberi kesan apabila diperlukan. Ini disebabkan, kepentingan doa daripada guru sangat perlu, supaya muridnya berjaya menerima segala ilmu yang diajarkan. Ini dikatakan murid telah mendapat berkat guru. Murid yang tidak mendapat berkat guru, ilmunya tidak berkat yang bermakna ilmu itu mendatangkan kesusahan kepadanya

Para pendekar mempunyai sifat taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap raja, sebagai punca kuasa dalam pemerintahan kerajaan Melayu. Sebagai pahlawan, pendekar bertanggung jawab mempertahankan kerajaan Melayu dengan melindungi raja. Tradisi ini masih diamalkan oleh pendekar silat hingga ke hari ini. Pendekar juga mesti menjaga nama yang baik sepanjang hidupnya, biar mati dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat.

Adat Pendekar, mesti bersenjata, tanpa senjata, seorang pendekar itu umpama harimau yang tiada taring, tidak digeruni. Senjata tradisional yang digunakan oleh pendekar Melayu adalah seperti keris, keris sundang, pedang, tumbuk lada, badik, kelewang, tekpi, sewar, rencong Aceh, lawi ayam, lembing dan tombak. Senjata ini digunakan dengan kaedah tikam, parang dan tetak. Senjata api seperti 300

meriam, lela-rentaka, pemuras dan ekor lotong juga termasuk sebagai senjata yang digunakan oleh pendekar Melayu. . Asas teknik seni silat ialah menangkis serangan tikam, serangan parang dan serangan tetak yang bersenjata. Rasionalnya hujah ini ialah sebagai ilmu perang, tidak ada peperangan yang tidak menggunakan senjata. Tetapi teknik ini boleh digunakan untuk menangkis serangan tangan kosong atau serangan tanpa senjata. Teknik pertahanan yang asas dalam seni silat ialah elak, tangkis, tangkap dan kunci. Manakala taktik asas untuk melepaskan tangkapan ialah kedu, sisip, hambat, kisar, gelek, kiat, belah, kait dan gunting. Taktik pertahanan dalam silat termasuk juga langkah, sikap pasang, pergerakan berbaris lurus atau pergerakan melilit berbentuk bulatan.

Ilmu kebatinan dalam ilmu kependekaran Melayu dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertamanya, ilmu kebatinan yang berasaskan kepada kepercayaan yang bukan dari ajaran Islam seperti pengaruh anamisma. Keduanya, ilmu kebatinan yang berdasarkan ajaran Islam yang dicampur adukkan dengan ajaran agama atau kepercayaan yang dianuti sebelum kedatangan Islam. Ketiga ialah ilmu kebatinan yang berdasarkan kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu ilmu tasawuf atau ilmu sufi.

Dalam ajaran tasawuf kejadian- kejadian luarbiasa memang boleh berlaku dengan izin Allah, seperti terdapat pada mujizat Nabi dan Rasul, dan bagi manusia biasa yang rajin beramal dengan kyusuk dikurniakan karamah dan muknah. Sikap toleransi golongan sufi dan tasawuf dengan pengamal ilmu kebatinan tradisi telah dapat menarik ramai penduduk Alam Melayu memeluk agama Islam dan ilmu kebatinan kependekaran Melayu yang sebelumnya bertentangan dengan ajaran Islam ada yang telah digantikan dengan amalan kebatinan berdasarkan ajaran Islam sepenuhnya melalui pengamalan Ilmu Tarekat seperti Tarekat Naksyahbandi, Tarekat Syatariah, Tarekat Qadariah, Tarekat Ahmadiah, Tarekat Wahdatul Wujud dan lain- lain lagi.

301

Daripada jampi dan serapah, kita dapati unsur-unsur anamisma berdasarkan punca- punca yang diseru untuk memohon pertolongan seperti hantu, semangat, roh nenek moyang dan penunggu. Kebanyakan jampi dan mantera telah dicampurkan dengan unsur-unsur dari ajaran Islam seperti memulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim atau diakhiri dengan berkat doa Laillahhaillaullah.

Wirid-wirid Tarekat serta doa dan teori ilmu tasawuf menunjukkan contoh ilmu kebatinan kependekaran Melayu yang berasaskan ajaran Islam sepenuhnya. Pengamalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu memang mendatangkan kesan seperti yang berlaku kepada Awang Pendekar yang berlawan dengan tiga puluh penyerang yang bersenjata tetapi satu tetakan pun tidak sampai ke tubuhnya. Begitu juga dengan Yazid, yang menerima tetakan pedang dan tikaman besi tajam dari lima puluh samseng, tetapi tubuhnya kebal tanpa sebarang luka.

Permainan silat tradisional yang merupakan sukan tradisi untuk para pendekar silat telah wujud sejak terciptanya silat sebagai ilmu perang. Ia merupakan amali pengamalan ilmu kependekaran Melayu. Kemahiran menangkis serangan tikam, parang dan tetak di beri tumpuan semasa permainan dan dari segi bahaya, amalan kebatinan dipentingkan untuk persiapan menghadapi lawan. Kemahiran menangkis serangan tikam, parang dan tetak boleh diaplikasikan apabila menangkis serangan lawan yang bersenjata. Sebagai sukan, silat pulut yang popular dikalangan pendekar Melayu mampu dijadikan sukan popular di peringkat antarabangsa. Ini berdasarkan sambutan hangat oleh masyarakat Eropah terhadap seminar dan promosi Silat Pulut yang telah dijalankan.

Berbekalkan mutu seni, permainan silat tradisional akan dapat menggantikan Silat Olahraga sebagai sukan popular. Permainan silat tradisional dapat melambangkan idenditi bangsa Melayu itu sendiri yang bersikap lemah lembut dan berhemah walaupun dalam suasana yang kritikal seperti peperangan. Permainan gusti yang popular di Barat menunjukkan aksi yang ganas dan tidak menghormati lawan. Permainan silat tradisional dilakukan dalam keadaan terkawal dan masih menghormati lawan seperti tidak menendang kepala atau muka lawan dengan kaki. Adat dan adab 302

inilah merupakan aset utama permainan silat tradisional untuk diketengahkan di arena antarabangsa.

Dalam ilmu kependekaran Melayu di Malaysia, pengamal amat mematuhi adat istiadat dalam ilmu kependekaran. Pengamal yakin Allah atau makhluk ghaib yang didampingi tahu apa yang dia lakukan dan pelanggaran adat istiadat akan mendatangkan kesan. Taat setia kepada raja adalah adat istiadat utama pendekar Melayu. Pendekar Melayu tetap menganggap Hang Tuah yang taat setia kepada raja sebagai wira bangsa Melayu.

.Adat istiadat dalam kependekaran Melayu menentukan para pendekar dapat menerima ilmu dan berdisiplin dalam semua tindakan. Bagi guru silat pula, mengajar silat merupakan tanggung jawab sosial demi menjaga bangsa dan agama. Dalam permainan silat Melayu asli, adat istiadat memelihara keharmonian dan menjamin keselamatan para pendekar. Pelanggaran adat istiadat menyebabkan ilmu tidak menjadi dan boleh mendatangkan musibah kepada pengamal.

Adat istiadat dalam kependekaran Melayu menentukan para pendekar dapat menerima ilmu dan berdisiplin dalam semua tindakan. Bagi guru silat pula, mengajar silat merupakan tanggung jawab sosial demi menjaga bangsa dan agama. Dalam permainan silat Melayu asli, adat istiadat memelihara keharmonian dan menjamin keselamatan para pendekar. Pelanggaran adat istiadat menyebabkan ilmu tidak menjadi dan boleh mendatangkan musibah kepada pengamal.

Teknik asas seni silat Melayu ialah kemahiran menangkis serangan tikam, serangan parang dan serangan tetak, samaada bersenjata atau tanpa senjata. Kemahiran menangkis serangan secara fizikal dilengkapkan dengan pengamalan ilmu kebatinan untuk mendapat kebolehan yang luar biasa. Permainan seni silat tradisional membantu pesilat mendapat kemahiran untuk menangkis serangan tikam, parang dan tetak.

303

Teknik fizikal seni silat dilengkapkan dengan penggunaan senjata tradisional yang bersesuaian dengan teknik seni silat. Senjata-senjata tersebut terdiri dari senjata pendek, senjata panjang dan senjata yang dicancarkan dari jarak jauh termasuklah senjata api seperti meriam dan istingar. Sukatan pelajaran seni silat dapat dirangka dengan meneliti isi kandungan pelajaran sesuatu silat.

Amalan ilmu kebatinan ialah amalan yang menghubungi alam ghaib untuk memohon pertolongan dalam usaha mempertahankan diri. Ilmu kebatinan kependekaran Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu ilmu kebatinan berasaskan kepercayaan tradisi, ilmu kebatinan berasaskan campuran kepercayaan tradisi dengan ajaran agama Islam dan ilmu kebatinan berasaskan ajaran Islam sepenuhnya. Terdapat penggantian ilmu kebatinan daripada pengaruh kepercayaan tradisi kepada ajaran Islam.

Amalan ilmu kebatinan ialah amalan yang menghubungi alam ghaib untuk memohon pertolongan dalam usaha mempertahankan diri. Ilmu kebatinan kependekaran Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu ilmu kebatinan berasaskan kepercayaan tradisi, ilmu kebatinan berasaskan campuran kepercayaan tradisi dengan ajaran agama Islam dan ilmu kebatinan berasaskan ajaran Islam sepenuhnya. Terdapat penggantian ilmu kebatinan daripada pengaruh kepercayaan tradisi kepada ajaran Islam.

Ciri-ciri ilmu kebatinan kependekaran Melayu ialah mendatangkan kesan yang luar biasa kepada pengamal seperti kebal tubuh badan daripada kecederaan, tidak kena apabila diserang, tidak nampak oleh musuh, pergerakan yang pantas, senjata api tidak meletup, musuh boleh berlawan sesama sendiri, mengetahui apa yang akan terjadi, tidak mati ditanam hidup-hidup di dalam tanah, tidak hangus dibakar dan sebagainya.

Ciri-ciri amalan ilmu kebatinan ialah memakai azimat, membaca mantera atau doa apabila berhadapan dengan musuh, mengamalkan mantera atau doa pagi dan petang, berpuasa, berzikir selepas solat Subuh dan Maghrib, menjalani pertapaan atau mengamalkan ilmu Tarekat atau Tasawuf(bersuluk). Untuk mendapat keredaan Allah 304

dan mengelak dari perbuatan syirik, pengamal ilmu kebatinan kependekaran Melayu menguasai ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat sebagai asas ilmu.

Permainan silat tradisional menggunakan teknik asas seni silat Melayu dalam aktiviti serang dan bela di mana kemahiran menangkis serangan tikam, serangan parang dan serangan tetak menjadi fokus utama. Dalam permainan silat ini, kaedah seni silat Melayu seperti kedu, sisip, sagang, gelek, kisar, elak, sapu, belah, kiat dan hambat memang jelas digunakan. Amalan ilmu kebatinan kependekaran Melayu digunakan sebagai pelengkap teknik fizikal seni silat.

Amalan kebatinan bermula dengan amalan harian seperti beramal setiap kali selepas solat, sehinggalah berdoa ketika di dalam gelanggang seperti ketika membuka gelanggang dan menghadapi lawan, termasuklah memohon pertolongan alam ghaib untuk mendapat kebolehan luar biasa sepertu pantas dan kuat. Untuk menjaga keselamatan dan keharmonian permainan, adat istiadat kependekaran Melayu digunakan terutamanya bersangkutan menjaga maruah pihak lawan. Pergerakan, pakaian dan iringan muzik adalah menggambarkan budaya kependekaran Melayu.

Sebagai kesimpulannya, isi kandungan ilmu kependekaran Melayu di Malaysia ialah adat istiadat ilmu kependekaran Melayu, teknik dan taktik seni silat Melayu, ilmu kebatinan kependekaran Melayu dan kesemua elemen-elemen ini dimanifestasikan dalam permainan silat tradisional.

305

SENARAI RUJUKAN

Abd. Aziz Deraman. 2003. Kamus Lanjutan : Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris. Malaysia: Federal Publications. Abd. Aziz Ahmad. 1975. Hamzah Fansuri membawa Wujudiyah. Mestika Feb: 35-42. Abdulfatah Haron. 2010. Ajaran Sesat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latip Talib. 2012. Kiyai Salleh. Kuala Lumpur: UPSN Publication Abu Bakar Hamid. 1982. Peristiwa-Peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahman Ismail. 2008. Seni Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahman Napiah. 1994. Tuah Jebat Dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intertetekstualiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Rauf. 2013. Dimensi Tasawuf Hamka. Kuala Lumpur: Piagam Intan Sdn. Bhd A.Samad Ahmad(pnyt.). 1986. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewah Bahasa dan Pustaka. Afzalur Rahman. 1995. Ensaiklopedia Sirah Jihad vii. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Agus Salim. 1969. Kesah Raja-Raja Melayu Melaka dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sarji. 2004. Hang Tuah Tokoh Epik Nasional. Subang Jaya: Pelanduk Publication Ahmad Syauqi Ibrahim. 2013. Bila Roh Ditiupkan Ke Dalam Tubuh Manusia? Puchong: Jasmin Publication Ali Hasmy (pnyt.). 1976. Rubai Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Attas, S.M. Naquib. 1970. The Mysticism of Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: University Malaya Press. Alexander,H.,Chambers,Q. and Drager,D.F. 1970. Pentjak Silat: The Indonesian Fighting Art. USA. Kodansha International Ltd Amini Amir Abdullah dan Al Zasha Illiyyin Zainal Alam. 2011. Ancaman Sihir dan Kejahatan Syaitan. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd Amran Kasimin. 1991. Religion and Social Change Among The Indigenous People of The Malay Peninsular. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amran Kasimin. 1995. Istiadat Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amran Kasimin. 2009. Sihir: Suatu Amalan Kebatinan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

306

Anon. (1970). Kitab Mat Kilau. K.L: Utusan Melayu(M’sia) Berhad Anon. Buku-Buku Kecil Ilmu Pernujuman, Azimat dan Kitab Doa, Cod. Or. 7285, hlm. 14, Perpustakaan Universiti Leiden, Holland Anon. Kitab Doa, Firasat dan Tasawuf. Cod. Or. 7235, hlm. 75, Perpustakaan Universiti Leiden Anon. Kitab Mistik dan Azimat. Cod. Or. 7331, hlm. 16, Perpustakaan Universiti Leiden Anon. Kitab Doa, Firasat dan Tasawuf. Cod. Or. 7236, Perpustakaan Universiti Leiden, Holland Anon. Fragments Mystiques, en Malais et en arabe, Cod. 235. National Bibliotiq de France, Paris Anon. Primbon boekjes. Cod. Or. 7285, Perpustakaan Universiti Leiden, Holland Anon. Kitab Doa. Cod. Or. 7326, hlm. 78, Perpustakaan Universiti Leiden Anon. Kitab Hikmat Obat dan Jimat, Polynesia - 233, hlm. 65, National Bibliotiq de France, Paris Anon. A Story Of Majapahit. 1976. Singapore: Singapore University Press Ptd Ltd Anuar Abd Wahab. 1987. Silat Olahraga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka. Anuar Abd. Wahab. 1992. Teknik Dalam Seni Silat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puskata. Anuar Abd. Wahab. 2008. Silat: Seni Gayung Fatani. Kajang: Seni Gayung Fatani Anuar Abd. Wahab, 1993. Bersama Seni Gayung Fatani: Silat Pulut dan Tapak Empat. Pendekar Februari: 26 - 30. Anwar Din. 2008. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Azlan Ghani. 2013. Che Mat Reduan bin Awang: Tidak Ajar Pukul Ajar Tikam. Dlm. Seni Beladiri Nov : 5 - 8 A.Teeuw (pngr.). 1992. Membaca dan Menilai Sastera. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharuddin Ahmad. 1992. Sastera Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Crawfurd, John. 1820. History Of The Indian Archipelago. Edinburgh: Archibald Constable And Co. Crystal, Eric. 1995. Campa dan kajian tentang Asia Tenggara. Dlm. Ismail Hussein (pnyt.). Dunia Melayu dan Dunia Indo Cina, hlm. 142. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Earlie, T,F dan Villiers, John. 1995. Albuquerque: Caesar of The East. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Endicot, K.M. 1970. An Analysis of Malay Magic. Oxford: Clarendon Press 307

Engku Ahmad Zaki. 2013. Ajaran Sesat Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd Faizatul Farhana, Muhd. Amirul dan Latifah Arifin. 2011. 4 Juta Ahli Silat Jadi ‘Perisai Negara’: Sedia Berdepan Tindakan Agresif BERSIH. Berita Minggu, 3 Julai: 5 Finn, M. 1988. Martial Arts: A Complete Illustrated History. London: Stanley Paul and Co. Ltd. Geertz, Clifford. 1977. Couring, Soccery and Magic in Javanese Town. Dlm. David Landy (pnyt.). Culture, Disease and Healing, hlm. 72 - 94. New York: Macmillan Publishing.

Geertz, Clifford. 1981. Abangan, Santri, Priyayi Dalam Masyarakat Jawa. Terj. Aswab Mahasin. Jakarta Pusat: Pustaka Jaya Hanizah bte Jonoh, Mohamad Fauzi bin Sukimu dan Abdul Jabar Mohd. Ridi(pnys.). 1996. Senjata-Senjata Di Zaman Kesultanan Johor. Johor: Yayasan Warisan. Hamdan Hassan. 1965. Konsep Wujudiyah Hamzah Fansuri. Dlm. Dewan Bahasa Mei: 20-25 Hamzah bin Ahmad. 1967. Silat Terlak Nata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haron Daud. 2001. Mantera Melayu: Analisis Pemikiran. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hasnurul Mohamed. 2009. Tindakan Karpal Cetuskan Kemarahan Empat Juta Ahli Silat: Jangan Keterlaluan - Omar Din. Utusan Malaysia, 9 Februari: 5 Hassan Mahmud Al-Hafiz. 2012. Dahsyatnya Sihir: Rahsia Rawatan dan Penawar. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Hayati Ridhwan. 2011. Tok Kenali. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd Hermansyah. 2010. Ilmu Gaib di Kalimantan Barat. Pontianak: Kepustakaan Popular Gramedia Hikayat Hang Tuah. 1971. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hikayat Raja Pasai. 1987. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hikayat Awang Sulong Merah Muda. 1985. Shah Alam: Fajar Bakti. Hikayat Patani. 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Adham. 2012. Membongkar Misteri Sihir Serta Kejadian Luar Biasa Jin & Syaitan. Puchong: Jasmin Publication Ismail Hussein. 1974. The Study of Traditional Malay Literature With a Selected Bibliografphy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

308

Jelani Harun. 2006. Ilmu Firasat Melayu. Dlm. Rogayah A.Hamid dan Mariam Salim(pngr.). Kepustakaan Ilmu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad. 1966. Characterisation in Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (pnyt.). 1971. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairul Ghazali(pnys.). 2009. Irhas, Mukjizat, Karamah dan Maunah. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Ku Ahmad bin Ku Mustafa dan Kit, W.K. 1978. Silat Melayu: The Malay Art of Attack and Defence. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press Liang Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka - Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mana Sikana. 1993. Kewiraan Tuah - Jebat Dalam Drama Melayu Moden. Dlm. Siti Aishah Murad (pnyt.). Konsep Wira Dalam Sastera Melayu, hlm. 42 - 66. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madjoindo, A.Dt (pnyt.). 1964. Tjindur Mata. Jakarta: Balai Pustaka Malik Faisal. 2012. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis: Membongkar Rahsia Alam Jin & Sihir. Batu Caves: PTS Islamika

Mahmud Al-Misri. 2014. Ensiklopedia Alam Jin, Syaitan dan Pelindung Diri. Puchong: IbnuKatsir Maryati, M. 1993. Sepintas Tentang Mantra. Lembaran Sastra Feb(19): 21 - 35. Siri Penerbitan Ilmiah, Universitas Indonesia. Mazlan Abd. Ghani. 1998. Mangsa Kekejaman Komunis. Wawancara Feb: 37-38 Mid-Jamal, 1986. Filsafat Dan Silsilah Aliran Aliran Silat Minangkabau. Bukit Tinggi: Tropic Offset Mohamad Daud. 1987. Tokoh- Tokoh Sastera Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Djoemali. 1958. Pentjak Silat dan Seni Budaya. Jogjakarta: Bagian Pentjak Silat Djawatan Kebudayaan Kem. P.P. dan K Mohd. Ghouse Nasaruddin. 1994. Zapin, Folk Dance of The Malay World. New York: Oxford University Press. Mohd. Khalid Taib. 1993. Konsep dan Kedudukan Wira Dalam Teks Melayu Klasik Terpilih: Satu Tinjauan Dari Sudut Etika Sezaman dan Universal. Dlm. Siti Aishah Murad (pngr.). Konsep Wira Dalam Sastera Melayu, hlm. 1 - 26. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Khir Toyo. 2002. Selangor Arah PBT Ambil Jurulatih Silat. Mingguan Malaysia, 7Julai: 11

309

Muhammad Yusoff Hashim (pngr.). 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Fauzi Hj. Awang. 1971. Ulama2 Dunia. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Mohd. Yusof Cik Wook(pnyt.). 2014. Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan: Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi. K.L: Tujuh Likur Enterprise Mohd. Yusof Cik Wook (pnyt.). 2013. Pusaka Ilmu Tok Kenali: Mengenal Diri. Kuala Lumpur: Tujuh Likur Enterprise Mohd. Ramlan. 1975. Babad Tanah Jawa. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman. 1976. Panduan Pengumpulan Tradisi Lisan Malaysia. Kuala Lumpur: Kem. Keb. Belia dan Sukan Malaysia Mohd. Taib Osman. 1986. Malay Folk Belief. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Zuraimi Mashrom. 2009. Mesej Dakwah Shaykh Al-Qushashi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mubin Sheppard. 1972. Taman Indera: Malay Decorative Arts and Pastimes. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Muhammad Haji Salleh. 1987. Kumpulan Kritikan Sastera: Timur dan Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mustafa Said Al-Khin dan Sheikh Muhyiddin Dib Misto. 2014. Aqidah Islamiyyah. Seremban: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Nakayama,M. 1981. Best Karate. Tokyo: Kodanhsa

Nasron Sira Rahim. 2007. Panglima Salleh Sanggup Berbasikal Buru Komunis. Berita Minggu, 2 Disember: 11 Nazarali Saeril. 2005. Guru Silat Belasah 10 Samseng Yang Mahu Tarik Keretanya. Harian Metro, 20 Disember: 2 Nor ‘Arifah Sabhan(pnys.). 2011. Sifat 20: Panduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise Niels Mulder. 2001. Ruang Batin Masyarakat Indonesia. Yogyakarta: LKIS Yogyakarta Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohamad Zain Musa & Adnan Jusoh. 2011. Alam Melayu: Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. O’ong Maryono. 2000. Pencak Silat Merentang Waktu. Jakarta: Malang Press Ong Hean Tatt. 2007. The Chinese Pakua: An Expose. K.L: Pelanduk Publications Oyong Karmayuda, S.H. 1995. Pencak Silat: Seni Mempertahankan Diri Rumpun Melayu dan Perkembangannya. Dlm. Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (pnyt.). Tamadun 310

Melayu, hlm. 1975-2021. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pawang Ana dan Raja Haji Yahya (pnyt.). 1985. Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Prasida Wibawa. 2008. Pesona Tosan Aji. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama Rafiq Al-Ajam. 1999. Mustalahat Al-Tasawuf Al-Islami. Bayrut: Maktab Labnon Nasirun. Raja Ali Haji. 1965. Tuhfat Al-Nafis. Singapura: Malaysia Publication Ltd. Razha Rashid. 1990. Martial Arts and The Malay Superman. Dlm. Wazir Jahan Karim (pnyt.). Emotions of Culture: A Malay Perspective, hlm. 64-65. Singapore: Oxford University Press Saleh,M. 1989. Riwayat Himpunan Pencak Silat Penglipur. Bandung: IKIP Shahnon Ahmad. 1991. Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Shaykh Abdullah Arif. Bahr al-Lahut MKM 7239. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Shaikh Jahid bin Sidek Al-Khalidi. 2014. Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Al-Falah Publication

Syaikh Abdul Qadir Jaelani. 2009. Perisai Ghaib. Bandung: Pustaka Hidayah. Shahrom bin Yub. 1967. Keris dan Senjata2 Pendek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharhan bin Shafie dan Fakhrul Ridzha din Abd. Rahman. 2011. Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus. Kuala Lumpur: Sinar Zamburrani Sheikh Shamsuddin. 2005. The Malay Art of Self-Defence: Silat Seni Gayong. California: North Atlantic Books.

Siti Hawa Haji Salleh(pnyt.). 1992. Hikayat Patani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Skeat, W.W. 1967. Malay Magic. New York: Dover Publications. Sulastin Sutrisno. 1983. Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi. Yogyakarta: Gadjah Mada Universiti Press Sulalatus Salatin. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suwirman. 1987. Silat Tradisional Batu Mandi Di Kecamatan Tilatang Kamang Kabupaten Agam, Sumatera. Padang: Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Padang Syair Siti Zubaidah Perang Cina. 1964. Singapura: Maktab Wamatbaat. Sjair Perang Mengkasar. 1963. Gravenhage: Nijhoff. 311

Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar. 2012. Zikir Allah, Allah, Allah Jalan Menuju Hakikat dan Makrifatullah. Kuala Lumpur: Al-Falah Syed Hassan Muhammad Al-Attas. 1998. Kelebihan Ratib. Singapura: Hamid Offset Service.

Tenas Effendi. 1989. Ungkapan Tradisional Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. T.Wahidin Soekarno. 1986. Aliran Kepercayaan Kebatinan: Bahayanya Terhadap Pendidikan Agama. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan Theresia Cordes, H. 1990. Pencak Silat: Die Kampfkunst der Minangkabau und ihr kulturelles Umfeld. (Pencak Silat: Seni Beladiri Minangkabau dan Bidang Budayanya). Koln: Universitat zu Koln Tisnowati Tamat. 1982. Pelajaran Dasar Pencak Silat. Jakarta: Penerbit “MISWAR” Tjindur Mata. 1964. Jakarta: Balai Pustaka Tuan Ismail Tuan Soh. 1991. Seni Silat Melayu Dengan Tumpuan Kepada Seni Silat Sekebun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Umar Junus. 1993. Hang Tuah: Persoalan Wira Dan Pahlawan Dalam Sastera Serta Sejarah Kita. Dlm. Siti Aishah Murad(pngr.). Konsep Wira Dalam Sastera Melayu, hlm. 30-82. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wally Jay. 1992. Small Circle Jujitsu. California: Ohara Publications Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 1996. Tafsir PuisinHamzah Fansuri. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah Wilkinson, R.J. 1959. A Malay-English Dictionary. London: Mac Millan & Co. Ltd.

Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. Terj. Toh Kim Hui, Ranjeet Kaur Khaira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wong, Douglas. 1982. Shaolin Fighting: Theories and Concep. Hollywood: Unique Publications Yus Rusyana. 1996. Tuturan Tentang Pencak Silat Dalam Tradisi Lisan Sunda. Jakarta: Yayasan Obor Lisan Indonesia dan Yayasan Asosiasi Tradisi Lisan. Zainal Abidin Shaikah Awab and Sutton,N. 2007. Silat Tua: The Malay Dance of Life. Kuala Lumpur: Azlan Ghanie(M) Sdn Bhd Zam Zam Hamid, Majid Mat Isa dan Awang Daud. 1990. Tempur Tanpa Senjata. Kuala Lumpur: Creative Concept Publications.

312

SENARAI RESPONDEN

Abd. Rahman bin Jannah. 1981. Kepentingan melakukan Tapak Empat sebelum bersilat, Sabak Bernam. Temu bual, 25 Mei. Adnan bin Bagindo Nazar. 1997. Tiga jenis serangan yang dilakukan dalam permainan silat sembah pengantin, Lenggeng. Temu bual, 15 Oktober. Ahmad bin Rejab. 1997. Seni Tomoi diciptakan oleh seorang guru silat, Kangar. Temu bual, 26 Ogos. Ahmad Syukri bin Abd. Rahman. 2013. Bermain Silat Pulut boleh menghasilkan teknik baharu, Lukut. Temu bual, 4 Ogos. Ali Hasmy. 1997. Ajaran Wahdatul Wujud tidak bertentangan dengan ajaran Islam, Kuala Lumpur. Temu bual, 14 Jun. Alexander Schnidt. 1994. Teknik dan taktik Silat Pulut dapat membantu dalam permainan Silat Olahraga, Vienna. Temu bual, 8 Disember. Anuar Abd. Wahab. 2008. Ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat adalah asas Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu, Kajang. Temu bual, 14 Okt. Arif Suryana. 1988. Di Jerman belum pernah di buat demonstrasi Silat Pulut, Aacheen, Jerman. Temu bual, 10 Ogos. Basiron Hj. Hamit. 2007. Bertanding Silat Olahraga dapat mengukur kemampuan seorang pesilat, Kajang. Temu bual, 23 April. Bedah bte Chapek. 1994. Komunis nampak orang kampong berjubah putih dan menonggang kuda serta berpedang, Lenggeng. Temu bual, 14 Februari. Dharma Mulya. 2013. Kelemahan peraturan pertandingan menyebabkan pertandingan Silat Olahraga tidak menunjukkan ciri-ciri silat Melayu, Petaling Jaya. Temu bual, 14 Jun. Embong bin Abdullah. 1989. Penerangan adat istiadat bertamat silat, Sabak Bernam. Temu bual, 10 September. Gunther Ertl. 1992, PERSILAT tidak untuk menerima pertandingan Silat Pulut sebagai satu pertandingan bertaraf antarabangsa, Vienna. Temu bual, 27 Julai. Haron Daud. 2010. Amat merbahaya membuang ilmu kebatinan tanpa menggantikan dengan yang baharu, Bangi. Temu bual, 25 Okt. Hashim bin Ismail. 1973. Sambut tikam, sambut parang dan sambut tetak merupakan sambut asas dalam Silat Semulajadi, Lenggeng. Temu bual, 12 Okt. Hassan bin Langgalung. 2000. Pencak Silat merupakan aktiviti riadah di Pesantren yang terdapat di Indonesia, Kuala Lumpur. 24 Jun. Jean Francois. 1996. Amat meminati Silat Pulut kerana sesuai dengan jiwanya yang suka pada seni yang lembut, Paris. Temu bual, 24 Mei.

313

Juan Barranechea. 1986. Suka kepada pertandingan Silat Olahraga yang menunjukkan ciri-ciri seni silat, Jakarta. 26 Julai. Khamis bin Muhammad. 2013. Makhluk ghaib membantu pengamal ilmu kebatinan melakukan sesuatu perkara yang luar biasa, Melaka. Temu bual, 24 Januari. Linhart Eduard. 1997. Silat Pulut lebih diminati ahli silat kelabnya di Vienna kerana tidak merbahaya dan menunjukkan ciri-ciri seni silat, Vienna. Temu bual, 8 September. Mansor bin Ismail. 1989. Pembinaan bangsal silat di kampung dilakukan secara bergotong royong, Batu Kurau. Temu bual, 25 March. Mohd. Isa@Awang Pendekar. 2000. Keberkesanan ilmu kebatinan, berlawan dengan 30 orang yang bersenjata tetapi tidak cedera, Alor Star. Temu bual, 16 April. Marc Hinderholtz. 1988. Seronok bermain Silat Pulut dab berpendapat Silat Pulut akan diminati di Eropah, Paris. Temu bual, 13 Ogos. Mohd. Azrin bin Ahmad. 1986. Memuji pesilat Malaysia yang bermain Silat Olahraga dengan menggunakan langkah silat dan sikap pasang, Vienna. Temu bual, 30 Julai. Nasir bin Mansor. 1984. Menyaksikan anggota Komunis berbangsa Melayu Patani tidak lut ditembak dengan machine gun, Lenggeng. Temu bual, 4 November. Norazam bin Baharudin. 2010. Aktiviti persembahan seni silat memahirkan pesilat, Kuala Lumpur. Temu bual, 24 Julai. Olav Bendiksby. 1996. Bermain Silat Pulut boleh menggunakan banyak teknik dan teknik Silat Pulut boleh digunakan untuk beladiri, Kuala Lumpur. Temu bual, 20 Jun. Paiman bin Tumiran. 2013. Melihat murid-murid Silat Harimau menjilat besi panas dan tidak lut ditetak, Tangkak, Johor. Temu bual, 30 Januari. Robert Reinberger. 1986. Pertandingan Silat Olahraga mesti mengekalkan mutu seni silat dan merapatkan hubungan persahabatan, Vienna. Temu bual, 26 Julai. Roslan bin Salam. 2007. Menerangkan sistem pendidikan silat di gelanggang moden, Bangi. Temu bual, 1 Mei. Siegemund Monica. 1995. Meminati Silat Pulut kerana permainannya tidak bahaya dan tekniknya boleh digunakan untuk beladiri, Zurich. Temu bual, 20 Januari. Suhaimi bin Kalis Ishak. 2013. Menerangkan tentang Martabat Tujuh, Kuala Lumpur. Temu bual, 16 March. Tahir bin Baharin. 2004. Melihat rakan setugas tidak lut ditetak oleh perompak, Kuala Lumpur. Temu bual, 5 Ogos.

314

Theresa Cordes, Hiltrud. 1988. Permainan Silat Pulut amat menghiburkan tetapi mudah, Koln. Temu bual, 17 Ogos. Vestina Bahler Suleiman. 1995. Silat Pulut walaupun lembut, tetapi berkesan untuk mempertahankan diri, Zurich. Temu bual, 10 Jun. Wahab bin Yahya. 2007. Adab bermain Silat Pulut, mesti menjaga keselamatan lawan, Puchong. Temu bual, 14 April.

Yazid bin Arifin. 2008. Amalan ilmu kebatinan memberi kesan, tubuh tidak lut ditetak dan ditikam oleh lima puluh samseng bersenjata, Kuala Lumpur. Temu bual, 28 Oktober. Zubir bin Ali. 2003. Guru silat mengajar silat atas rasa tanggung jawab terhadap bangsa dan agama, bukan tujuan komersial, Kuala Lumpur. Temu bual, 25 March.

315

LAMPIRAN A

Surat jemputan dari Persatuan Pencak Silat Harimau Bongkot Austria kepada PSGFM untuk memperkenalkan Seni Silat Malaysia atau Silat Pulut kepada peminat silat di Vienna, Austria.

316

LAMPIRAN B Surat jemputan daripada Persatuan Pencak Silat Koln, Jerman Barat kepada PSGFM untuk menghantar jurulatih bagi memberikan kursus Silat Pulut di Jerman.

317

LAMPIRAN C

Surat jemputan daripada Kelab Silat Switzerland kepada PSGFM supaya menghantar jurulatih untuk mengadakan kursus Silat Pulut kepada ahli-ahli kelab mereka.

318

LAMPIRAN D

Surat permohonan daripada Pengerusi Kelab Bushido Austria memohon untuk menjadi ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

319

LAMPIRAN E

Contoh iklan seminar silat yang telah diadakan di Paris, Perancis.

320

LAMPIRAN F

Gambar-gambar senjata tradisional Melayu yang digunakan dalam ilmu kependekaran Melayu.

Keris Keris Sundang

Tumbuk Lada Sewar

321

Rencong Aceh Badik

Lawi Ayam/ Kerambit Tekpi

(Shahrom bin Yub 1967)

322

Lembing Pedang Melayu

Ekor Lotong

Meriam

Lela-Rentaka

(Muzeum Stud De Height Melaka 2013) 323

LAMPIRAN G

Surat maklumbalas daripada Persatuan Pencak Silat Jerman yang mengatakan Silat Pulut boleh menggantikan Silat Olahraga sebagai sukan beladiri yang popular.

324

LAMPIRAN H

Aplikasi Ilmu Kependekaran Melayu Di Malaysia Masa Kini

Tuan Haji Imam Mansor bin Ismail, Guru Tua Seni Gayung Fatani Malaysia sedang mengakari pesilat muda dengan Ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat sebagai asas Ilmu Kebatinan Kependekaran Melayu di gelanggangnya di Batu Kurau, Perak. Disember, 1988.

325

Permainan Silat Pulut merapatkan hubungan silaturrahin dalam kalangan para pendekar di samping berpotensi menjadi sukan bertaraf dunia.

Para remaja ditanamkan ilmu kependekaran diusia muda sebagai benteng pengaruh budaya asing.

Para pendekar menjadi kebanggaan para pemimpin negara, sebagai benteng pertahanan bangsa dan agama. Menyambut ketibaan Pembesar Negara.

326