Ilmu Kependekaran Melayu Di Malaysia

Ilmu Kependekaran Melayu Di Malaysia

ILMU KEPENDEKARAN MELAYU DI MALAYSIA ABD. RAHMAN BIN ISMAIL TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2015 ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 8 Julai 2015 ABD. RAHMAN BIN ISMAIL P 49262 iii PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Emeritius Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abd. Rahman atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga kepada penyelia-penyelia yang pernah membimbing saya sebelum ini iaitu dari Universiti Sains Malaysia Prof. Madya Dr. Nuriah Taslim, Prof. Dr. Haron Daud, Prof. Madya Dr. Jelani Haron dan dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Syukri Yeoh Abdullah dengan kepakaran masing-masing yang banyak membantu menguatkan lagi semangat saya untuk menyiapkan kajian ini. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Mohd Faisal, Dr. Zuliskandar dan pegawai-pegawai lain dari ATMA yang sentiasa dengan mesra membantu saya apabila menghadapi masalah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di perpustakaan-perpustakaan berikut yang telah melayan saya dengan sabar dan penuh dedikasi semasa saya membuat penyelidikan di sana. Perpustakaan tersebut adalah Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan ATMA di Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Tun Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan British, Perpustakaan Asiatik di London, National Bibliotique Paris, France dan Perpustakaan Universiti Leiden, Holland. Sekalung penghurmatan kepada Tuan Muhamad Raban dari Federasi Seni Gayung Fatani Perancis kerana memberi maklumat dan bantuan semasa membuat penyelidikan di Paris, Peranchis. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Anuar Abd. Wahab, Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Makaysia, Guru-Guru Tua PSGFM Mansor bin Ismail, Embong bin Abdullan, Tuan Hj. Mohd. Isa dan Jurulatih PSGFM seperti Dharma Mulya, Ramli bin Yusof, Abd. Wahab bin Yahaya, Yazid bin Arifin, Roslan bin Salam, Norazam bin Baharuddin, Masliza bt Abu Bakar, Suhaimi bin Kalis Ishak dan lain-lain lagi yang telah memberikan kerjasama sewaktu ditemubual. Terima kasih yang istimewa untuk Fahmi bin Domil kerana menghadiahkan terus buku Hikayat Hang Tuah yang pada mulanya dipinjamkan selama 20 tahun. Kejayaan menyiapkan tesis ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dan sokongan moral daripada keluarga tersayang terutama isteri Salmah bte Rosli yang turut membantu dalam penggunaan komputer, anak-anak Muhammad Ali dan Ahmad Syukri yang kebanyakan masa terpaksa menyiapkan kerja masing-masing bersendirian kerana kesuntukan masa. Terima kasih kepada abang saya Kamaruddin bin Ismail kerana sentiasa sedia memberi bantuan kewangan bila diperlukan. Sahabat seperjuangan Khamis bin Mohamad, Rajiv Ramankutty yang membantu penulisan abstrak serta rakan senasib iaitu Fairozah dan Rosli. Terima kasih kepada guru-guru serta pengetua SMK USJ 8, Subang Jaya dan SMK YAM Tuan Radin. Terima Kasih tidak terhingga kepada Dr. Hiltrud Theresia Cordes, dari Universiti Koln kerana beliaulah yang banyak memberi bahan bacaan serta motivasi diperingkat awal dan Prof. Dr. Mohd Khalid Taib dari USM memberikan pengalaman beliau dalam bidang penyelidikan. iv ABSTRAK Ilmu kependekaran Melayu ialah ilmu yang diamalkan untuk membentuk seorang pahlawan atau pendekar. Ia merupakan ilmu pertahanan diri orang Melayu yang telah melahirkan ramai pahlawan Melayu yang berwibawa seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh dan lain-lain lagi. Ilmu kependekaran Melayu telah dipelihara dan diwariskan dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Permasalahan kajian ialah cuba menjelaskan isi kandungan ilmu kependekaran Melayu dan keberkesanan ilmu tersebut sebagai ilmu perang. Ilmu kependekaran Melayu merangkumi ilmu kebatinan, teknik dan taktik seni silat Melayu, adat istiadat kependekaran Melayu dan penggunaan senjata tradisional Melayu. Kajian turut meninjau penggunaan ilmu kebatinan, taktik dan teknik seni silat dan adat istiadat ilmu kependekaran Melayu dalam permainan silat tradisional. Ilmu kebatinan silat meliputi ilmu tasawuf yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Anggapan masyarakat tentang ilmu kebatinan silat dipenuhi oleh unsur-unsur kurafat, teknik permainan silat tradisional tidak berkesan sebagai ilmu beladiri dan anggapan ilmu kependekaran Melayu tidak lagi sesuai diamalkan untuk zaman ini, boleh menyebabkan ilmu warisan ini akan pupus satu hari nanti. Hilangnya amalan adat istiadat kependekaran Melayu serta pengetahuan tentang teknik menggunakan senjata tradisional Melayu, bermakna hilanglah sebahagian daripada jatidiri Melayu. Kajian ini dilakukan secara penyelidikan diperpustakaan, terutamanya kajian manuskrip di perpustakaan Universiti Leiden, perpustakaan London dan perpustakaan Paris. Selain dari itu diadakan sessi temubual dengan pakar-pakar silat dan ikut serta dalam aktiviti silat di gelanggang silat yang terdapat di Malaysia dan Eropah. Penyelidikan diadakan di kelab-kelab silat di Eropah untuk melihat sambutan masyarakat barat terhadap seni silat dan potensi permainan silat tradisional dijadikan sukan popular di peringkat antarabangsa. Para pendekar Melayu telah menggantikan amalan kebatinan tradisional dengan amalan agama Islam seperti ilmu tasawuf dan tarekat. Untuk mengelakkan kerosakan akidah dengan percampuran pengamalan ilmu kebatinan tradisi, ilmu kebatinan kependekaran Melayu diperkukuhkan dengan pemahaman ilmu Sareat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Berpegang kepada adat istiadat kependekaran Melayu, para pendekar masih menganggap Hang Tuah sebagai wira Melayu dan bukan Hang Jebat. Teknik permainan silat tradisional amat berkesan sebagai ilmu beladiri dan berpotensi menjadi sukan tempur yang popular di peringkat antarabangsa. Ini disebabkan permainan Silat Tradisional mempunyai teknik dan taktik yang berkesan untuk menjaga keselamatan peserta. Sebagai kesimpulannya, ilmu kependekaran Melayu yang terdiri daripada adat istiadat kependekaran Melayu, teknik dan taktik fizikal seni silat dan ilmu kebatinan kependekaran Melayu masih sesuai dan berkesan untuk diamalkan pada zaman ini. v ABSTRACT Knowledge of Malay self-defense is the knowledge practised by Malay warriors or ‘pendekar’. It is a Malay knowledge about protecting oneself that produced many legendry Malay warriors such as Hang Tuah, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh and others. The knowledge was preserved and passed down from generations to generations until today. The research problem is to try to elaborate the contents of the Malay self defense’s knowledge and the effectiveness of the Malay self defence’s knowledge as an art of war. Malay self defense’s knowledge includes the spiritual knowledge, the techniques and tactics of the Malay art of silat, the law and customs of a Malay warrior and the usage of Malay traditional weapons. The spiritual knowledge of Malay self defence includes the mystic (tasawuf) knowledge which practised the full teachings of Islam. The Malay society assumes that Malay self defense knowledge is full of elements which are against the teachings of Islam, the techniques of Traditional Silat are not effective as a self-defence tactic and also the assumptions that a Malay self defense’s knowledge is not suitable anymore in this modern time. This may lead to the knowledge to become extinct.The lost of the practise of Malay warrior and the loss of the knowledge of the usage of Malay traditional weapons, means the loss in part of the Malay identity. This study is conducted through research, especially the manuscript research in the libraries in Leiden, London and Paris. Also by conducting interviews with silat experts and participate in silat activities in silat clubs that exist in Malaysia and Europe. Research done in European silat clubs is meant to view the response of the European societies on silat and also to look at the potential of the traditional silat game as a popular sport at international level. Research findings show that the influence of anamisms and Islam do exist in the Malay self defense’s knowledge. The Malay warriors had succeeded to replace the practice of traditional spiritual knowledge with the practice of Islamic religion such as the mysticism and tarekat knowledge. In avoiding the Islamic akidah from becoming a mixture of the practices of traditional spiritual knowledge, the spiritual knowledge is strengthened with the understanding of the Sareat, Tarekat, Hakikat and Makrifat knowledge. By holding to the Malay warriors’ customs, the Malay warriors still regard Hang Tuah as a Malay hero, but not Hang Jebat. The Traditional Silat techniques are effective as a self-defense knowledge and also has the potential to become a popular combat sport at the international level. This is due to the fact that the Traditional Silat has the effective techniques and tactics to guard the safety of the participants. In conclusion, the Malay self defense’s knowledge consists of the spiritual knowledge, the techniques and tactic of the Malay art of silat , the law and customs of the Malay warrior and

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    267 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us