Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 23 Rabu 14 Disember 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 34) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39) DN 14.12.2016 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 14 Disember 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mulakan Majlis kita ini dengan pertanyaan-pertanyaan dan saya mulakan, minta Yang Berhormat Senator Dato’ Indera Hoh Khai Mun, dipersilakan. 1. Dato' Indera Hoh Khai Mun minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa tatacara piawaian atau standard operating procedure (SOP) untuk mengawasi dan memastikan rumah kebajikan diurus dengan sempurnanya. 10.04 pg. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diberi tanggungjawab menguatkuasakan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Langkah standard operasi yang digunakan oleh KPWKM untuk memastikan penghuni yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan mendapat hak dan kebajikan yang sewajarnya ialah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Setiap pengusaha pusat jagaan hendaklah mengikut keperluan dan kehendak yang dinyatakan dalam peraturan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan pusat-pusat jagaan diurus dengan sempurna, kementerian melalui JKM juga menjalankan pemantauan kepada pusat jagaan berkaitan. Di antara bentuk pemantauan yang dijalankan ialah: DN 14.12.2016 2 (i) menjalankan aktiviti pengesanan ke pusat jagaan yang tidak berdaftar dan memberi peringatan supaya berdaftar dengan JKM; (ii) menjalan pemeriksaan berkala dan mengejut ke premis pusat jagaan dan taska oleh pegawai diberi kuasa; dan (iii) mengambil tindakan penguatkuasaan seperti dalam peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seperti arahan bertulis tutup sementara, batal pendaftaran, LAD kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah. Jika sabit kesalahan pengendali pusat jagaan berkenaan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kedua, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda dengan tidak lebih RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Dari Januari hingga ke Oktober 2016, JKM telah mengeluarkan arahan bertulis kepada enam buah pusat jagaan. Sebuah pusat jagaan diambil tindakan LAD dan 11 buah pusat jagaan dibatalkan pendaftaran dan enam buah pusat jagaan telah didakwa. Sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, sila. Dato’ Indera Hoh Khai Mun: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, terdapat di pihak yang berkata bahawa rumah kebajikan yang tidak mempunyai kemudahan yang sewajarnya untuk berurus dengan sebaik mungkin perlu ditutup. Walau bagaimanapun, penutupan rumah- rumah kebajikan secara tidak langsung akan menyebabkan ketidakadilan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dengan ini, soalan tambahan saya kepada kementerian adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang tindakan kementerian terhadap isu-isu berkaitan dengan kekurangan kemudahan dan kakitangan di rumah-rumah kebajikan tersebut. Selain itu, apa usaha kementerian untuk bekerjasama dengan pihak pakar atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu menjaga rumah kebajikan dalam pengendalian dia. Terima kasih. Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti apa yang tadi saya telah pun jawab, kita kementerian berterima kasih kepada semua NGO yang menubuhkan pusat jagaan untuk manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Oleh itu, kementerian tidak berniat untuk menutup pusat jagaan yang telah pun ditubuh tetapi kami sentiasanya pertama, kita perlu memastikan semua pusat jagaan ini mereka DN 14.12.2016 3 berdaftar dengan kementerian supaya kementerian dapat beri bantuan kepada mereka dan di samping itu kementerian dapat menjalankan kerja-kerja memantau supaya jagaan yang diberi kepada penghuni-penghuni atau client-client yang berada di pusat jagaan itu adalah di bawah satu tahap memuaskan. Oleh itu, bagi yang tidak ada kemudahan yang memuaskan dengan ikut peraturan yang telah ditetapkan, kami biasanya akan beri nasihat kepada pusat jagaan itu supaya bagi satu tempoh yang munasabah untuk mereka menyediakan kemudahan itu. ■1010 Sebenarnya masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat jagaan bukan sahaja daripada segi kemudahan yang sedia ada tetapi juga ada masa yang mereka mengalami masalah bantahan daripada kejiranannya. Oleh itu, JKM telah pun mewujudkan satu one stop mesyuarat yang mana kita menjemput semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan, PBT, bomba dan juga JKM. Kita akan berbincang dan kita akan menyelesaikan masalah dalam mesyuarat itu dan kita akan beri bantuan kepada pusat jagaan untuk mereka memenuhi syarat-syarat dan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan. Kalau nasihat telah pun diberi kepada pusat jagaan yang berkenaan tetapi mereka tidak ada tindakan yang diambil, kita akan mengikut keadaannya iaitu pertama sekali, kita akan beri arahan bertulis, kedua, kita mungkin akan LAD atau kompaun dan tutup sementara dan batalkan pendaftaran dan akhirnya, kita akan mendakwakan mereka di mahkamah. Mengenai kemahiran penjaga-penjaga di pusat jagaan, pada masa yang akan datang, KPWKM menyasarkan semua pengendali, penyelia dan penjaga supaya memiliki sekurang- kurangnya SKM iaitu pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang penjagaan warga emas, OKU atau kanak-kanak sekiranya ingin mengoperasi sesebuah pusat jagaan. Kita juga akan menyediakan kursus-kursus melalui Institut Sosial Malaysia supaya kita beri peluang kepada semua penyelia, mereka ambil bahagian dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh Institut Sosial Malaysia. Kementerian memang bekerjasama dengan pakar-pakar seperti Universiti Putra Malaysia dalam membangunkan peraturan atau kursus-kursus untuk kita beri bantuan atau latihan kepada pusat jagaan warga tua. Untuk kanak-kanak, kita ada kursus asuhan PERMATA. Dan untuk OKU pula, kita akan bekerjasama di bawah JKM dan juga ISM, kita akan menyediakan kursus-kursus atau seminar untuk memberi kemahiran kepada semua penjaga. Sekian, terima kasih. DN 14.12.2016 4 Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah melawat kawasan penempatan gelandangan ini dan pernah tidur dengan mereka, Yang Berhormat Timbalan Menteri, selaku Timbalan Yang di-Pertua PEMADAM kerana kami melihat ramai anak-anak kita yang terlibat dengan dadah merupakan gelandangan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian membuat kajian? Kerana semasa kami bercakap-cakap dengan gelandangan ini dan tidur bersama mereka, ada yang menyatakan bahawa mereka ini terdiri daripada golongan profesional dan mereka ini frustrated kerana dibuang kerja. Salah seorang daripada mereka pilot. Jadi soalan saya, adakah kementerian membuat kajian apakah gelandangan ini terdiri daripada anak-anak sekolah, anak-anak miskin, profesional ataupun yang bukan profesional? Sama ada mereka ini daripada dari luar negara ataupun dalam negara ataupun mereka ini pendatang haram? Soalan saya, sekiranya mereka ini menjadi gelandangan akibat daripada frustration kerja mereka, dengan izin, apa kementerian ada hubung kait dengan kementerian-kementerian lain, adakah perbincangan diadakan dengan kementerian-kementerian lain, contohnya Kementerian Pertanian, untuk mereka ini dihantar bekerja di ladang-ladang kelapa sawit ataupun di tempat-tempat pertanian yang lain? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datin Paduka Chew Mei Fun: Untuk menguruskan masalah gelandangan di bawah kementerian, kita ada sebuah Yayasan Kebajikan Negara yang mana mereka diberi peranan untuk mengendali Anjung Singgah yang mana kita telah pun tubuhkan di beberapa buah negeri termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching. Kalau mengikut gelandangan yang dimasukkan ke Anjung Singgah ini, kebanyakan mereka ada masalah-masalah sendiri yang berbeza. Bagi yang berada di Johor Bahru, daripada maklumat yang kita terima, kebanyakan mereka gelandangan yang minat atau mereka hendak pergi ke Singapura atau pergi ke Johor Bahru untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk di Kuala Lumpur ini, ada juga mereka yang hendak cari kerja dan ada juga yang ada masalah mental, masalah dengan keluarga dan juga masalah dengan mungkin kerjaya mereka. Oleh itu, kita telah menyediakan kaunselor yang mana kita akan memberi bimbingan kepada mereka dan kita akan membantu mereka supaya mereka mendapat kerja. Sesiapapun yang dimasukkan ke dalam Anjung Singgah ini, biasanya kita hanya benarkan mereka berada di dalam dua minggu sahaja. Dalam dua minggu, kita akan bantu supaya mereka dihantar balik ke rumah keluarga atau dapat mencari kerja masing-masing. Sekiranya mereka tidak lagi mampu untuk menyewa rumah untuk kediaman, kita akan lanjutkan tempoh sampai ke satu tempoh yang terdekat selepas mereka dapat berdikari. Sekian, terima kasih. DN 14.12.2016 5 2. Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili minta Menteri Pertanian