______Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN 2018

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 22) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 23)

______Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

DN 6.12.2018 i

AHLI-AHLI

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim 7. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh 8. “ Tuan Aknan a/l Ehtook 9. “ Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram 10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun 13. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias 14. “ Puan Bathmavathi Krishnan 15. “ Dato’ Chai Kim Sen 16. “ Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah (Selangor) 17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 18. “ Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin 21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 22. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun () 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung 25. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 26. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid 27. “ Datuk Jamilah Sulaiman 28. “ Datuk John Ambrose 29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 30. “ Dato’ Sri Khairudin Samad 31. “ Tuan Khairul Azwan Harun 32. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 33. “ Datuk Lee Tian Sing 34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

ii DN 6.12.2018

35. Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul () 36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin 37. “ Datuk Mohan a/l Thangarasu 38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia 42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah 43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff 45. “ Datuk Ng Chiang Chin 46 “ Dato’Ong Chong Swen 47. “ Dr. Nuing Jeluing 48. “ Datuk Paul Igai 49. “ Datuk Lim Pay Hen 50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 51. “ Datuk Rabiyah binti Ali 52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad 54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 55. “ Datuk Sambathan a/l Manickam 56. “ Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff 57. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian 58. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 59. “ Puan Sopiah binti Sharif 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee 61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong 62. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong 63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas 64. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 65. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

DN 6.12.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah

DN 6.12.2018 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Khamis, 6 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat pagi dan salam sejahtera. Silakan Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul.

1. Datuk Dr. Lucas Umbul minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, langkah promosi yang dijalankan oleh kementerian bagi membangunkan budaya dan adat tempatan terutama dalam bidang muzik. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara iaitu JKKN, telah melaksanakan Program Seni dan Budaya bagi memelihara dan mempromosikan kesenian dan kebudayaan tempatan, termasuk bidang muzik. JKKN juga telah melaksanakan program-program pencungkilan dan penyerlahan bakat muda dalam bidang muzik seperti Pertandingan Bintang Asli Remaja, Konsert Koir Kebangsaan, Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCIC), dan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) iaitu diadakan pada hari Jumaat yang lepas di mana peserta daripada Zimbabwe menyanyi lagu Dayang Nurfaizah dengan lebih baik daripada penyanyi asalnya. Selain daripada itu, penerbitan CD lagu seperti Folk Tune of Malaysia, lagu-lagu rakyat Malaysia, Zainal Abidin dan karaoke lagu rakyat Malaysia juga dilaksanakan. JKKN turut memelihara kesenian muzik tradisional negeri-negeri dengan membentuk kumpulan pelapis melalui program perantisan seperti alu bunyi, boria, , ghazal parti, kertuk ulu, alat muzik dan nyanyian hadrah, dondang sayang, Orkestra Muzik Bambu seperti dan , muzik gabang etnik Suluk, muzik kulintangan, muzik tradisi Iranum, gendang Melayu Sarawak, gendang air dan banyak lagi. JKKN juga mengetengahkan persembahan tradisional di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) seperti persembahan opera Cina, dikir barat, sitar dan sapir. Bagi melahirkan generasi muda yang celik mengenai seni dan budaya, JKKN telah melaksanakan Program Bimbingan Seni dan Budaya (PBSB) untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan komuniti mulai tahun 2004. Program ini adalah berbentuk bimbingan dan latihan seni selama enam bulan melalui pembentukan Kelab Tunas Budaya, Kelab Giat Budaya, Program Celik Seni, program kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Pusat Bimbingan Seni Budaya di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia dan komuniti di seluruh Malaysia.

2 DN 6.12.2018

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan satu- satunya institusi pengajian bertaraf universiti dalam bidang seni kreatif di bawah kementerian ini. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan, yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. ASWARA juga berusaha membangunkan budaya dan adat tempatan termasuklah dengan mengadakan pameran dan persembahan wayang kulit dan Mak Yong sempena sambutan hari UNESCO Malaysia 2018 di Ipoh pada 29 September 2018 hingga 30 September yang lepas. Persembahan Kelantan: A Living Heritage di Georgetown Festival 2018 (GTF) pada 4 Ogos 2018 hingga 5 Ogos 2018, dan Festival Gendang dan Tarian Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (KL Genta) pada 18 Disember 2017 di Panggung Anniversari Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Selain itu, ASWARA juga menjadi lokasi bagi penganjuran program seperti Bual Bicara bersama Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris bertajuk Bunga Lagu Melayu serta konsert Malam Kemala Gema Seni Tradisional Muzik Melayu Asli pada 19 September 2017. Citra Seni, Program Arena Eksperimentasi Ghazal Aplikasi Ghazal dalam nyanyian dangdut pada 27 Februari 2018. Citra Seni pembuatan alat muzik pada 25 September 2018 dan Tandak Mengalai The Exquisite Dances Sabah and Sarawak pada 7 September 2018 hingga 9 September 2018 di mana pelajar-pelajar ASWARA memainkan alat-alat muzik tradisional seperti kulintangan tadi. Selain itu, kementerian juga sedang dalam proses menyemak semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, supaya usaha memperkasakannya selari dengan perkembangan semasa termasuk industri seni budaya dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kementerian dalam proses menggubal satu Dasar Kebudayaan Negara (DKN) yang lebih holistik dan komprehensif selari dengan kehendak negara maju dan berbudaya tinggi. Dokumen dasar yang sedang dirangka melibatkan lapan cadangan teras. MOTAC pada masa ini telah selesai mengadakan sesi libat urus pusingan pertama dengan semua pemegang taruh, dengan izin, stakeholders di setiap negeri yang terdiri daripada penggiat-penggiat seni, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri seni, budaya dan warisan bagi mendapatkan input dan maklum balas untuk tujuan penggubalan dan penambahbaikan dasar kebudayaan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. ■1010 Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang amat komprehensif sebentar tadi. Soalan tambahan saya, dalam membentuk budaya masyarakat yang kreatif dan dinamik, unsur seni tidak boleh diabaikan oleh kerajaan. Ini kerana merupakan identiti dan kebanggaan sesuatu bangsa itu. Ini termasuklah bidang muzik tradisional sebagai contoh, kumpulan asli dan rumpun Sabah serta tidak dilupakan dari Semenanjung, sebagai contoh, Pertubuhan Gambus Malaysia. Adakah kementerian bersedia untuk membantu dan menghulurkan dana pada mana-mana pertubuhan dalam usaha mereka untuk menaikkan muzik tradisional bangsa atau suku kaum mereka? Selain daripada itu, pada masa ini, berapakah bilangan pertubuhan seni yang ingin dan telah mengadakan perbincangan dengan kementerian untuk mengangkat bidang muzik tradisional di negara kita? Mohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Seperti apa yang saya jawab sebentar tadi, kementerian memang komited dalam memperkasakan muzik ataupun seni tradisional Malaysia. Dalam sesi libat urus bersama dengan penggiat-penggiat seni dan juga industry player di semua negeri, saya juga terlibat dalam salah satu sesi libat urus di Kuching, Sarawak. Kita melibatkan secara inklusif. Boleh dikatakan semua persatuan- persatuan penggiat seni memberikan input kepada kita. Kita akan masukkan ini sebagai dasar kita ataupun sebagai hala tuju kita dalam dasar kebudayaan dan kesenian.

DN 6.12.2018 3

Untuk tahun hadapan, Bajet 2019, memperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk program promosi serta memperkasakan industri seni dan budaya. Setiap agensi di bawah kementerian ini akan mengemukakan program-program mereka sejajar dengan dasar kebudayaan negara yang akan dihasilkan. Ini supaya, ia dapat memartabatkan lagi seni muzik tradisional di negara kita. Memang semua persatuan-persatuan ini terlibat dalam sesi libat urus dan insya- Allah pada September 2019 kita akan dapat merangka satu dasar yang komprehensif dan holistik yang akan dikemukakan untuk Jemaah Menteri. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Menteri? Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Masyarakat kita memang kaya dengan kepelbagaian, sama ada bahasa dan juga bangsa. Malah seni kebudayaan juga tinggi di kalangan rakyat negara kita. Di Johor sendiri, Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai seni budaya yang telah beratus-ratus tahun berada di tanah Johor iaitu alat muzik dan seni gambus. Malangnya seni ini makin terancam dan makin pupus di telah zaman. Soalannya, Yang Berhormat Menteri adakah kementerian bersedia untuk menganjurkan atau menyediakan platform untuk persatuan dan kumpulan seni gambus untuk mengajar dan menghidupkan kelas- kelas muzik gambus di Malaysia? Saya ingin cadangkan kita mulakan di Kuala Lumpur dahulu. Selain dari itu, di Malaysia, kita ada satu persatuan yang kini giat aktif dalam mempromosikan seni gambus. Akan tetapi, malangnya Yang Berhormat Menteri, kurang bantuan dan dana untuk menghidupkan seni ini, iaitu Pertubuhan Gambus Malaysia yang dipimpin oleh Yang Mulia Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri, kesenian gambus. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Laksamana yang berminat dengan alat muzik gambus yang asalnya bukan daripada Johor tetapi asalnya daripada Yaman. Kalau dalam bahasa Arab dipanggil “qanbūs” dan juga yang dimainkan oleh beberapa negara selain daripada Malaysia, negara dan Brunei serta negeri-negeri di Comoros yang dipanggil “gabusi” kalau di Zanzibar dipanggil “gabus”. Jadi, alat muzik ini adalah alat muzik yang berbentuk internasional daripada segi permainannya. Namun kita di Malaysia, kita juga mengadakan Program Myseni Budaya, Konsert Gambus iaitu di Muar pada tahun 2017, dan di Batu Pahat pada tahun 2018. Seterusnya, in syaa Allah seperti apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Laksamana untuk tahun depan kita akan mengadakan lagi konsert gambus ini. Kalau dicadangkan di Kuala Lumpur, in syaa Allah kita buat di Kuala Lumpur. Ini kerana, kedua- dua Program Myseni Budaya Konsert Gambus itu mendapat sambutan yang begitu baik. Malah ia melibatkan kumpulan gambus di seluruh Malaysia dan Singapura. Jadi in syaa Allah, kita akan teruskan. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menawarkan pembelajaran gambus di bawah program Sijil Kemahiran Kreatif ASWARA melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat. Jadi, kalau sesiapa yang ingin mempelajari gambus bolehlah datang ke ASWARA mengikuti kursus selama enam bulan. Kita juga seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, kita melibatkan juga beberapa persatuan gambus apabila kita mengadakan sesi libat urus. Di antara mereka penggiat gambus yang hadir pada sesi libat urus kita ialah Dollah Gambus- pernah dengar ya? Dia juga terlibat dalam program sesi libat urus yang memberikan kita input-input yang baik dan menarik. Jadi, in syaa Allah, jangan risau, kita akan mempertahankan dan memelihara alat muzik tradisional gambus supaya tidak hilang daripada negara kita. In syaa Allah, terima kasih.

4 DN 6.12.2018

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah usaha kementerian ini dalam memberikan ruang dan peluang kepada seni muzik Orang Asli? Oleh sebab kita tahu Orang Asli kalau Sewang daripada suku kaum Semai dan Temiar, kalau tarian Jooh, daripada suku Mah Meri, kalau kita lihat tarian Ketam Bangkang daripada suku kaum Seletar, tarian Balai daripada suku kaum Semelai. Usaha ini perlu juga didepani oleh kementerian ini. Kena lihat, apakah dana yang boleh diberikan kepada persatuan-persatuan seni muzik Orang Asli? Sekian, terima kasih. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik: Seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, kita bersikap inklusif dari segi aktiviti dan program kesenian dan tradisional. Malahan, kita seperti muzik sape, antara alat muzik Kaum Ulu kalau tidak silap saya di Sarawak. Ini di mana tokoh muzik sape iaitu Mathew Ngau Jau yang juga diangkat sebagai Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup. Ini menunjukkan bahawa kita menghargai mereka-mereka ini sebagai tokoh dalam Warisan Kebangsaan. Kita lihat juga beberapa evolusi dalam program kesenian kita, seumpamanya kalau dahulu sape ini hanya dimainkan oleh orang lelaki sahaja. Akan tetapi, sekarang dia telah melalui evolusi di mana kita juga mempunyai pemain-pemain sape daripada kalangan wanita. Di antaranya yang popular ialah Alena Murang adalah antara mereka yang popular dalam permainan alat sape. Untuk tarian-tarian tradisional daripada kaum Orang Asli, memang kita sentiasa melibatkan mereka dalam program-program kita umpamanya tadi yang disebut Mah Meri. Memang Mah Meri ini terlibat dalam program-program kesenian di bawah JKKM. Kita juga mempunyai Festival Kesenian Antarabangsa Orang Asli pada tahun 2018 dan JAKOA pun mengambil bahagian. Program ini dilaksanakan pada tahun 2017 dan tahun 2018. Jadi, kita seperti yang saya katakan tadi, kita bersifat inklusif tidak kira mana, daripada Orang Asli ataupun di kalangan rakyat Malaysia, kita masih meneruskan program untuk memartabatkan seni dan kebudayaan di negara kita. Terima kasih. Datuk Haji Husam bin Musa: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya ajukan soalan saya, saya mengalu-alukan kedatangan Persatuan Pembangunan Kebajikan India ke Sidang Dewan Negara... [Tepuk] diharapkan lawatan ini akan memberikan manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini. ■1020 2. Datuk Haji Husam bin Musa minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apakah rasional untuk agensi utiliti negara TNB melaksanakan projek menara korporat dan hotel di Bangsar, dan bagaimanakah projek ini boleh membantu meringankan tarif elektrik untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan projek pembangunan di Bangsar bertujuan untuk menyelaraskan penempatan semula Pejabat TNB yang pada ketika ini menyewa di dalam kawasan sekitar Lembah Klang. Projek tersebut melibatkan Ibu Pejabat TNB di Bangsar di kenali sebagai Projek Platinum dan Jalan Pantai Baru dikenali sebagai Projek Gold. Projek menara korporat dan hotel yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat adalah merujuk kepada Projek Gold. Projek Menara Korporat adalah selaras dengan program menempatkan semula pejabat-pejabat TNB di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, projek hotel pula adalah dimiliki oleh pemaju dan bukannya TNB, berdasarkan perundingan komersial antara TNB dan pemaju. Kedua-dua projek pembangunan ini tiada kaitan dan tidak memberi impak kepada tarif elektrik kerana tidak dimasukkan ke dalam perbelanjaan modal- CAPEX yang diluluskan oleh kerajaan bagi penetapan tarif elektrik. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator, soalan tambahan.

DN 6.12.2018 5

Datuk Haji Husam bin Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, core business, dengan izin, TNB adalah pengeluaran elektrik. Kalau tidak silap saya, kedudukan terakhir TNB, TNB hanya mempunyai RM6 bilion cash. Akan tetapi memiliki RM40 bilion hutang dan cashflow, dengan izin, adalah RM1 bilion. Saya ragu dengan keputusan TNB untuk melabur dalam bidang hartanah pada waktu kedudukan kewangan TNB sebegitu. Saya ingin tahu, adakah dalam bidang pengeluaran elektrik yang menjadi core business TNB, dengan izin, umpamanya dalam pengeluaran tenaga daripada biomass, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh TNB bagi menghargai bahan biomass yang begitu banyak daripada kilang-kilang FELDA di seluruh negara untuk dijadikan tenaga elektrik? Dengan tujuan untuk kita menurun tarif ataupun meningkatkan keuntungan TNB. Selain daripada terlibat dalam bidang hartanah seperti yang telah saya sebutkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, rancangan untuk kegunaan bahan biomass untuk mengurangkan elektrik. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya soalan tambahan ini ia lari sedikit daripada soalan asal. Jadi, saya tidak mempunyai jawapan yang ada dengan saya pada hari ini. Saya akan bagi kepada Yang Berhormat Senator jawapan bertulis. Akan tetapi saya juga ingin menerangkan di sini, jangan risau tentang soalan pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Percayalah bahawa Suruhanjaya Tenaga sentiasa mengawal selia kadar tarif elektrik ini bagi kepentingan rakyat semua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying.

3. Puan Lim Hui Ying minta Menteri Pendidikan menyatakan bahawa menurut EF English Proficiency Index (EF EPI), tahap bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia telah jatuh sebanyak sembilan tempat iaitu dari tempat ke-13 ke tempat ke-22. Apakah tindakan atau rancangan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di Malaysia. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Bagi Yang Berhormat Senator Puan Lim yang bertanya, untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, dan Dewan yang mulia ini, EF English Proficiency Index yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator adalah ujian kefasihan bahasa Inggeris yang bertujuan untuk memberi kedudukan ataupun ranking, dengan izin, kepada negara- negara yang mengambil ujian tersebut secara talian, secara percuma iaitu secara online. Kumpulan sasaran ujian adalah orang awam dewasa dan bukannya murid sekolah. Jadi, ia dilakukan kepada orang dewasa dan bukan kepada murid sekolah. EF English Proficiency Index ini juga merupakan produk Education First (EF), satu syarikat pendidikan antarabangsa yang membuat rumusan daripada data yang dikumpulkan melalui ujian bahasa Inggeris yang diadakan secara online secara percuma. Ia merupakan sebuah badan swasta dan bukanlah satu badan yang milik kerajaan ataupun yang diiktiraf oleh institusi-institusi pengajian tinggi. Ujian ini hanya menguji tiga kemahiran bahasa Inggeris sahaja iaitu kemahiran pendengaran, pertuturan dan membaca dan tidak termasuk kemahiran menulis. Ini berbeza dengan ujian kefasihan seperti APTIS, IELTS dan MUET yang menguji keempat- empat kemahiran bahasa Inggeris. Kedudukan Malaysia pada tahun 2018 iaitu di tempat yang ke-22 daripada 88 buah negara, ini berbanding dengan kedudukan tahun 2017 iaitu Malaysia menduduki tangga ke-15 daripada 80 buah negara. Maksudnya, ada bertambahan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 yang telah menyebabkan Malaysia daripada kedudukan ke-13 jatuh kepada 22. Sehubungan dengan itu, sebenarnya ataupun pada hakikatnya, Malaysia masih berada dalam kumpulan ber-proficiency tinggi di dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati dan perlu sentiasa berterusan untuk memperbaiki keadaan kita.

6 DN 6.12.2018

Bagi KPM, kita menyedari perlunya bahasa Inggeris untuk masyarakat kita bersaing di peringkat global. Perlunya kita bukan sekadar mempunyai penguasaan bahasa Inggeris tetapi juga mempertingkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan kita dan juga menguasai bahasa-bahasa lain yang wujud di dalam masyarakat majmuk Malaysia. Ini demi memastikan bahawa rakyat Malaysia akan menjadi rakyat multilingual. Ini merupakan unjuran ataupun visi Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa-masa akan datang iaitu untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang fasih berbahasa Melayu, mempunyai proficiency dalam bahasa Inggeris dan juga menguasai bahasa ketiga iaitu bahasa-bahasa yang wujud di Malaysia itu sendiri. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di Malaysia. Program-program yang telah dilaksanakan antaranya ialah, dengan izin, Highly Immersive Programme (HIP), Programme Profesional Upskilling of English Language Teachers (PRO-ELT). Seramai 13,971 guru daripada 20,957 guru yang telah menduduki ujian penguasaan bahasa Inggeris iaitu 66.67 peratus pada tahap C1 dan berada di atas daripada piawai CEFR. Kita sentiasa melakukan latihan berterusan demi memastikan guru-guru yang belum mencapai C1 akan dapat mencapai tahap C1 tersebut. Ketiganya, Program Peningkatan Kemahiran bahasa Inggeris di sekolah ataupun, dengan izin, The English Language Enhancement Programme in Secondary Schools (PPKBIS). Keempatnya, Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITOBI) bagi sekolah rendah, yang mana guru-guru bukan option bahasa Inggeris yang mengajar Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka dengan latihan-latihan diberikan. Kelimanya, Programme English for Preschool Teachers, latihan kepada guru- guru di peringkat prasekolah untuk ditingkatkan kemahiran mereka. Keenam, Program Gerak Jangkau Bahasa Inggeris ataupun outreach programme yang dilakukan bersama, bukan sekadar KPM sahaja tetapi pihak-pihak swasta dan pihak-pihak NGO dan pihak-pihak lain yang turut membantu kita di dalam melaksanakan outreach programme ini. Ketujuh, Programme English International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan yang tertakhirnya, English at the Workplace For Professionals in Education Programme. Di samping itu, terdapat juga beberapa inisiatif yang dilakukan bersama dengan beberapa kedutaan-kedutaan negara asing yang ingin membantu kita mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya di kalangan murid-murid dan sekolah-sekolah yang berada di luar bandar. Antara yang agak terkenal ialah program di bawah di bawah Fulbright Scholarship iaitu Program ETA, di mana guru-guru daripada Amerika di tempatkan di sekolah-sekolah yang berada di luar bandar dan mereka ini melatih anak- anak murid kita. Selain daripada itu, KPM juga menjalinkan usaha sama dengan Cambridge English (CE) dengan tujuan untuk meningkatkan pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia bagi mencapai penarafan antarabangsa Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), dengan izin. CEFR merupakan standard antarabangsa untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa yang diguna pakai oleh banyak negara untuk merancang pendidikan bahasa. Langkah bekerjasama dengan CE akan memastikan piawaian dan integrasi berlaku di dalam bilik darjah, pentaksiran dan latihan guru. Usaha sama ini akan menggalurkan latihan pengembangan kefasihan bahasa Inggeris secara berperingkat dan tahap kefasihan yang perlu dicapai oleh murid dan guru pensyarah pada setiap peringkat persekolahan atau pendidikan selaras dengan aspirasi dan Pelan Pembangunan Pendidikan Bahasa Inggeris ataupun lebih dikenali sebagai English Language Roadmap yang telah diadaptasi oleh Kementerian Pendidikan. Sebagai usaha tambahan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan murid, KPM juga akan melibatkan lebih ramai pihak swasta seperti Cambridge English (CE), Financial Industry Collective Outreach (FINCO), Teach For Malaysia (TFM), English Teaching Assistant seperti disebutkan tadi ETA yang berkolaborasi dengan Kedutaan Amerika dan juga Yayasan PINTAR. Terima kasih.

DN 6.12.2018 7

■1030 Puan Lim Hui Ying: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, saya ingin meminta Kementerian Pendidikan memberi maklumat atas statistik tentang dua perkara. Pertama, adakah golongan anak muda atau mahasiswa yang mempunyai tahap bahasa Inggeris yang tinggi lebih mudah untuk mencari kerja? Kedua, adakah golongan yang mempunyai tahap bahasa Inggeris yang tinggi menikmati tahap sosioekonomi yang lebih tinggi juga? Terima kasih. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Soalan itu meminta statistik dan di waktu ini, saya tidak mempunyai maklumat dalam tangan dan kita akan berikan jawapan secara bertulis. Cuma bila ditanyakan dua soalan berkaitan dengan peluang pekerjaan dan juga kedudukan sosioekonomi, tidak dinafikan bahawa bila kita sebut tentang peluang pekerjaan, dia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, bukan bahasa Inggeris semata-mata. Bagi sesetengah ruang pekerjaan ataupun sektor pekerjaan yang memerlukan kemahiran, mereka mungkin tidak melihat kepada bahasa Inggeris tetapi melihat kepada kemahiran terutamanya bidang-bidang yang teknikal. Maka oleh yang demikian, bagi universiti-universiti teknikal di Malaysia ataupun dikenali sebagai MTUN iaitu Malaysian Technical University Network- bukan ‘Tun M’. Itu orang. MTUN- mereka lebih meningkatkan kerjasama dengan industri demi memastikan graduan-graduan mereka dapat ditempatkan ke industri seawal mungkin dan mereka diberikan pendedahan seawal mungkin. Begitu juga dengan sesetengah bidang yang lain di alam pekerjaan yang mungkin tidak memerlukan bahasa Inggeris. Cuma kita tidak menafikan kefasihan bahasa Inggeris dan kebolehan untuk mengartikulasikan idea-idea dan mengekspresikan pendapat-pendapat di dalam bahasa Inggeris akan memberi kredit kepada mana-mana graduan apabila mereka ingin bekerja di sektor-sektor swasta terutamanya di sektor yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kita tidak nafikan terdapat juga syarikat-syarikat lain yang melihat bukan sekadar bahasa Inggeris, tetapi adanya bahasa tambahan. Bahasa ketiga sama ada Mandarin, bahasa Arab, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Jadi oleh yang demikian, kita cuba untuk menghasilkan graduan-graduan kita dan juga seawal di peringkat sekolah, mereka terdedah dengan kemahiran pelbagai bahasa. Jikalau kita lihat Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu ini menggalakkan public speaking ataupun kita menganjurkan di sekolah-sekolah dan universiti untuk mengadakan Speakers’ Corner. Ini di mana awal-awal lagi diberikan untuk anak-anak kita pendedahan berani memberikan pendapat, berani untuk ekspresi dan berani untuk berkomunikasi. Keberanian untuk berbahasa merupakan kunci untuk seseorang itu mempunyai proficiency di dalam bahasa-bahasa tertentu. Ada orang mungkin dia mempelajari bahasa, tetapi tidak berani untuk bercakap. Ini yang kita cuba atasi seawal mereka di sekolah rendah, malah di peringkat pra sekolah lagi. Di peringkat universiti, pendedahan terhadap industri, pendedahan terhadap dunia luar kita tingkatkan daripada semasa ke semasa untuk melahirkan siswa dan siswi kita yang bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik, tetapi mempunyai kemahiran- kemahiran yang diperlukan di alam pekerjaan. Terima kasih Senator. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kemungkinannya ada kelebihan kalau ingin diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tahniah atas jawapan tadi ya. Cuma saya ingin penjelasan lanjut mengenai ETA, tadi yang dimaksudkan tadi ialah English Teaching Assistant. Saya difahamkan program tersebut ialah satu program yang dibuat oleh Dato’ Seri Haji Idris Jusoh dahulu ketika mana beliau memimpin. Satu program yang sangat baik dan malah saya difahamkan ketika mana program itu dibuat, peningkatan dan pencapaian pelajar-pelajar di Terengganu sangat baik. Itu yang saya dimaklumkan, malah pelajar-pelajar di luar bandar.

8 DN 6.12.2018

Jadi soalan saya, adakah program sebaik itu juga perlu untuk dibuat di tempat- tempat di negeri-negeri lain juga terutama sekali di tempat-tempat, dengan izin Menteri, the disadvantage student terutama di kampung-kampung pelajar-pelajar India di Kampung Lindungan, di perkampungan Melayu di bandar. Saya rasa bukan sahaja aspek bahasa itu Tuan Yang di-Pertua, yang saya difahamkan oleh pelajar-pelajar, mereka rasa teraspirasi dengan pelajar-pelajar celik pandai daripada Amerika, daripada Yale, Stanford yang datang mengajar. Jadi secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk menjadi lebih rajin dalam belajar. Mohon penjelasan. Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yusmadi yang bertanya. Ya, saya tidak nafikan apa yang baik daripada kerajaan yang lalu kita teruskan dan kita tambah baikkan. Seawal saya berada di kementerian, saya telah dikunjungi oleh Kedutaan Amerika yang mana mereka menyatakan hasrat mereka agar program ini diteruskan. Kita memberikan jaminan bahawa bukan sekadar ia diteruskan, malah kita minta untuk dipertingkatkan, dipertambah baik lagi. Cuma isu yang timbul ialah pembiayaan terhadap guru-guru ini dia matching pair, dengan izin, iaitu mereka keluarkan separuh dan kita tambah separuh. Berdasarkan keadaan kewangan semasa, kita melihat bahawa kita mengekalkan status quo. Namun apabila keadaan ekonomi semakin pulih, kadar kewangan kita semakin pulih, kita akan cuba tingkatkan lagi. Menariknya bukan hanya Fulbright ataupun Kedutaan Amerika sahaja yang menawarkan program ini, beberapa negara-negara lain juga turut berminat untuk menawarkan yang serupa. Berkaitan dengan kualiti, saya tidak nafikan. Saya sendiri telah bertemu dengan beberapa produk daripada ETA yang daripada Terengganu, saya agak teruja. Bayangkan mereka daripada sekolah-sekolah kampung boleh bercakap Inggeris seperti mereka yang mendapat pendidikan di international school ataupun mereka yang pernah tinggal di Amerika Syarikat. Ada di antara mereka yang memenangi banyak pertandingan-pertandingan sama ada di Seoul, Korea dan ada yang dihantarkan ke negara Asia Tengah. Kita tidak nafikan, ini satu usaha yang baik dan kita akan teruskan. Saya setuju bahawa di masa akan datang bukan sekadar di Terengganu, malah juga ada di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi kita juga akan cuba membawa guru-guru ini nanti untuk pergi ke kawasan-kawasan miskin tegar, miskin kota yang sering menjadi titik buta, blind spot dalam kita melihat perkembangan pendidikan dan juga perkembangan sosioekonomi. Bantuan dan juga cadangan daripada Tuan Yusmadi sentiasa tidak mengecewakan. Terima kasih. Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan program-program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Ada banyak program yang saya fikir sangat bermanfaat kepada pelajar khasnya dalam menguasai bahasa Inggeris. Cuma saya tidak pasti soalan saya adakah masih mengikuti soalan asal ataupun tidak, cuma bila Yang Berhormat Menteri banyak menyebut tentang kemahiran-kemahiran ataupun program- program yang dijalankan di peringkat sekolah, maka saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Di sekolah-sekolah luar bandar sekarang ini, saya fikir masalah yang dihadapi ialah masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris kerana biasanya guru Bahasa Inggeris ini biasanya berasal daripada bandar. Selepas tiga tahun dia akan minta balik bandar, ikut suami, ikut balik kampung dan sebagainya. Jadi, saya fikir ini juga perlu diambil kira oleh pihak kementerian untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris kawasan luar bandar ini. Ini sebab saya lihat ada ramai guru-guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris terpaksa mengajar bahasa Inggeris dan kadang-kadang ia tidak begitu tepat dari segi sebutan, language dan sebagainya. Jadi, saya minta pandangan Menteri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta pandangan atau minta... Dato’ Zahari bin Sarip: Saya minta jawapan daripada Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ini masa jawab lisan ini kena tanya soalan. Kalau cadangan itu perbahasan sahajalah kerana ada banyak lagi Ahli Yang Berhormat yang hendak minta. Akan tetapi kalau boleh ringkaskan Yang Berhormat Menteri.

DN 6.12.2018 9

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Senator yang bertanya. Seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, ada di antara dalam isu tersebut ialah program PITO iaitu untuk melatih guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris untuk mereka mendapat opsyen Bahasa Inggeris melalui latihan-latihan yang diberikan. Ini sama ada untuk sebutan yang betul, pedagogi yang betul dan juga pendekatan terhadap bahasa itu sendiri supaya mereka dapat membantu meningkatkan bukan sekadar kualiti para pelajar, tetapi juga kualiti mereka sendiri. Saya baru belajar bahasa Sarawak, rupanya pelajar dipanggil ‘nembiak’. Terima kasih kepada rakyat Sarawak yang telah mengajar saya perkataan tersebut. Lepas ini lebih banyak lagi lawatan ke Sarawak. ■1040 Keduanya, begitu juga seperti mana telah saya sebut di baru- baru ini, antara usaha kita ialah untuk mendapatkan pelajar-pelajar di universiti awam yang mengambil kursus bahasa Inggeris didedahkan sedari awal untuk mereka berada di sekolah. Contohnya mereka yang berada pada tahun tiga dan tahun empat, akan diberi peluang untuk melakukan internship, dengan izin, ataupun sesi mengajar di sekolah yang mana mereka akan mendapat poin-poin daripada mereka berada di sana. Ini demi untuk memastikan ataupun demi menggalakkan mereka datang ke sekolah sebab kebiasaannya yang mereka mengambil Bahasa Inggeris di universiti akan lebih dicemburui oleh syarikat-syarikat multinasional company dengan gaji yang lebih. Kita cuba untuk menggalakkan lebih ramai untuk masuk ke sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nama saya Alan Ling Sie Kiong. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Peningkatan kemahiran bahasa Inggeris sangat penting. Adakah kementerian bersetuju bahawa di kalangan penjawat awam kita perlu mengadakan mesyuarat dikendalikan dalam bahasa Inggeris ataupun correspondence, dengan izin, surat- menyurat perlu juga ditulis di dalam bahasa Inggeris supaya kemahiran ini boleh ditingkatkan kerana amalan membuatkan sempurna. Saya juga bercadang bahawa mungkin di Dewan yang mulia ini satu kamar khas boleh diwujudkan untuk Ahli Parlimen bersidang atau berbahas dalam bahasa Inggeris satu sesi kamar khas supaya kita dilihat Ahli Parlimen juga mementingkan bahasa Inggeris seperti mana sasaran yang dibuat oleh Tun Dr. yang mementingkan bahasa Inggeris untuk daya saing negara kita. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, untuk kerajaan menggunakan bahasa Inggeris boleh jawab, yang fasal kamar ini tak perlu jawab. Silakan Yang Berhormat Menteri. Dr. Maszlee bin Malik: Berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat kerajaan semua, saya kira itu urusan JPA dan bukan urusan Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun di peringkat Kementerian Pendidikan, kita akan buat sedaya mungkin untuk mempertajamkan, mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak murid sekolah kita dan juga siswa dan siswi di universiti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, my question is number 4. Thank you [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, kena cakap, dengan izin. Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

10 DN 6.12.2018

4. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Industri Utama menyatakan, pergantungan penjualan kelapa sawit ke negara China amatlah tinggi dan apakah kementerian akan mengkaji penjualan ke negara-negara lain yang berkemungkinan mendapat harga yang lebih lumayan. Timbalan Menteri Industri Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Do I have to answer in English or in Malay? Tuan Yang di-Pertua: Dalam Bahasa Melayu. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah yang bertanyakan soalan berkaitan dengan Kementerian Industri Utama. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan mengucapkan tahniah mewakili Kementerian Industri Utama kepada pasukan bola sepak Malaysia kita yang telah pun layak ke perlawanan akhir... [Dewan tepuk] Mungkin dengan penggunaan minyak sawit di dalam makanan menyebabkan mereka bertenaga, dan in syaa Allah akan menjadi juara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak menafikan bahawa negara China merupakan salah satu pasaran utama industri minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara. Walau bagaimanapun kerajaan pada masa yang sama telah berusaha untuk meneroka beberapa pasaran baru yang mempunyai prospek yang tinggi untuk diceburi oleh pihak swasta. Pasaran baru minyak sawit yang mempunyai potensi adalah di rantau Asia Tenggara dan juga benua Afrika. Di antara negara pengimport baru minyak sawit Malaysia ialah Filipina dan juga Vietnam dengan pertambahan populasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara tersebut. Ia akan memberi kesan yang positif terhadap pengeksportan produk minyak sawit Malaysia. Hasil misi kementerian yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 yang lalu telah menunjukkan impak yang positif di mana eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Filipina telah meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada 613,900 tan bagi tempoh Januari hingga September 2018 berbanding 587,880 tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Di benua Afrika, kerajaan telah mengenal pasti potensi pasaran baru seperti di Mesir dan juga Maghribi. Dalam hubungan ini, satu misi ekonomi dan pelaburan ke Mesir dan juga Maghribi yang diketuai oleh saya sendiri telah diadakan pada 22 hingga 24 September 2018. Misi ini telah berjaya mengukuhkan peluang pasaran dan pelaburan terutamanya dalam sektor komoditi. Hasil daripada misi tersebut, Mesir dan Maghribi yang merupakan pintu kepada pasaran negara-negara Eropah, Afrika Utara dan Afrika Tengah telah menunjukkan minat dan reaksi yang positif untuk mengimport minyak sawit Malaysia. Secara tidak langsung. pasaran baru seperti Tunisia dan Libya juga akan dapat ditembusi melalui Maghribi. Melalui negara Mesir, peluang pasaran minyak sawit ke negara Eropah dijangka akan lebih meningkat. Turki juga merupakan salah satu pasaran yang berpotensi. Hasil perjanjian perdagangan bebas, free trade agreement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan Turki eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit telah meningkat sebanyak 20.8 peratus kepada 800,280 tan bagi tempoh Januari hingga September 2018 berbanding hanya 662,530 tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Kementerian akan mengadakan misi ke Turki pada awal tahun depan untuk mengukuhkan pasaran minyak sawit Malaysia ke negara tersebut. Selain itu, rantau Asia Tengah juga merupakan antara pasaran baru minyak sawit Malaysia. Negara-negara seperti the five ‘tan’, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan telah mula mengimport produk minyak sawit daripada Malaysia. Pada tahun 2017, Malaysia telah mengeksport 74,763 tan produk minyak sawit ke negara-negara di rantau Asia Tengah. Minyak sawit, minyak isirung sawit dan produk oleokimia merupakan antara produk utama yang dieksport.

DN 6.12.2018 11

Di rantau Asia Selatan pula, Sri Lanka adalah pasaran baru yang berpotensi untuk diterokai dan ditingkatkan terutamanya dalam industri minyak dan lelemak serta juga industri makanan. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri itu menjurus kepada negara-negara lain tidak termasuk Eropah dan kita mengetahui bahawa RED ataupun Renewable Energy Directive yang telah pun dikeluarkan resolusi melalui European Parliament menyekat kelapa sawit kita dengan alasan lagi banyak kita tanam kelapa sawit, lagi banyak hutan-hutan yang kita akan tebang dan ini akan effect dengan cuaca. Padahal kalau kita tengok negara-negara di Eropah itu tidak ada dah pokok yang besar-besar. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya hasil daripada demonstrasi dan juga resolusi-resolusi dan lawatan yang dibuat ke Eropah pada awal tahun lepas dimaklumkan bahawa negara-negara seperti Spain, France, Sweden, UK dan Belanda telah pun menyokong usaha damai kita itu supaya kita dapat menghantar minyak kelapa kita ke sana. Apakah ini ada kebenarannya ataupun masih di tahap lama? Tidak ada, dulu kita one of the top, dengan izin, European countries yang telah pun import kelapa sawit kita dengan nilai pasaran yang cukup tinggi. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah hasil daripada lawatan mereka ke sini, negara-negara ini datang ke sini untuk bincang dan apakah penyekatan itu masih lagi di tahap yang lama. Soalan saya seterusnya Yang Berhormat, soalan yang kedua, by product daripada kelapa sawit ini banyak Yang Berhormat. Saya melihat kepada senarai anugerah-anugerah yang diterima hasil daripada kelapa sawit ini banyak Yang Berhormat, ada dua belas dan saya tak akan baca semua, saya baca satu. Reka cipta teknologi yang memenangi pingat emas dunia yang bertajuk Palm-based Additive to Improve Lubricity of Ultra Low Sulphur Diesel. Kedua, An Innovative Natural Polyol for 2K PU Coatings, Cream Alternative from Palm Oil Based-Fats dan banyak lagi. Ada 12 anugerah yang kita dapat hasil daripada minyak sawit ini. Apakah kerajaan akan mengambil kajian-kajian, ini hasil daripada anugerah-anugerah ini untuk diperbesarkan, dieksport selain daripada minyak kelapa sawit tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. ■1050 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Suhaimi yang bertanyakan soalan yang begitu baik. Saya ingin mulakan dengan menjawab soalan yang pertama iaitu apakah ada kebenaran terhadap kejayaan kerajaan khususnya kementerian untuk memastikan agar diskriminasi terhadap minyak sawit ini. Kita boleh ambil dari dua ucapan penting. Yang penting ialah ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyebut secara spesifik tentang isu berkaitan dengan sekatan ataupun cubaan beberapa negara ataupun beberapa Ahli Parlimen dalam negara tersebut khususnya di Eropah untuk memastikan bahawa terdapat sekatan terhadap minyak sawit. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membangkitkan perkara ini dengan tegas dan kemudiannya disusuli oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri dalam mesyuarat ASEAN-Eropah baru-baru ini di Eropah. Jadi perkara yang saya hendak tegaskan di dalam Dewan ini dari segi peningkatan, saya fikir memang ada. Ini kerana kita melihat dari aspek bahawa mereka yang advocate ataupun yang menyerang kita ini memahami bahawa sebenarnya dari segi apa yang berlaku adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk melakukan diskriminasi terhadap minyak sawit. Ini tidak boleh kita benarkan kerana ianya bercanggah dengan pendirian di dalam World Trade Organization. Oleh sebab itulah antara perkara yang berjaya kalau kita semak laporan-laporan media misalnya, Yang Berhormat Menteri baru-baru ini pergi ke Eropah dan melawat beberapa negara termasuk Spain.

12 DN 6.12.2018

Ini kerana daripada segi urutan keutamaan, the first, negara yang paling utama mengambil minyak kita ini yang pertama Netherlands, kedua Spain dan yang ketiga Itali. Jadi ini adalah negara-negara utama yang kita sentiasa buat, lakukan libat urus dan sebagainya. Oleh sebab itulah dalam hal ini, baru-baru ini kita ada satu perkara yang baik apabila European Commission Expert on ILUC kerana isunya adalah isu ILUC, tanah dan sebagainya. Mereka telah benarkan kita untuk melantik ataupun memilih kita punya expert untuk duduk di dalam jawatankuasa ini untuk menilai the future of palm oil, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara ini saya fikir begitu positif kerana it is not a complete, dengan izin, ban tetapi mereka sekarang ini sedang membuat libat urus. Saya sudah mendapat maklumat daripada kementerian tentang bagaimana untuk mengendalikan perkara ini. Di peringkat dalam negara, kita juga buat engagement dengan pelbagai duta- duta termasuk yang terbaru pertemuan saya sendiri dengan Duta Perancis. Kita bawa perkara ini bahawa perlu ada satu keterbukaan agar minyak kalau hendak ada complete ban itu, biar pada semua minyaklah, kenapa minyak sawit saja. Oleh sebab itulah dalam hal ini mereka memahami perkara-perkara yang kita bangkitkan dalam perbincangan dan sebagainya. Sedikit tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Senator tentang buy product. Saya setuju bahawa buy product ini penting kerana kita sedang bergerak ke arah melahirkan lebih banyak lagi produk-produk yang disebut sebagai produk-produk hiliran. Saya sebut dalam Dewan Negara ini misalnya dalam sesi yang lepas. Bagaimana produk misalnya Tokotrienol, Vitamin E, yang very high antioxidant yang telah pun berada di pasaran. Saya hendak kalau boleh Yang Berhormat semua makan supplement ini, very good to our health, dengan izin, dan ini hanyalah satu juzuk, satu produk saja. Belum lagi produk-produk yang lain, yang banyak di dalam pasaran dan kita sentiasa bekerjasama dengan universiti tempat, di luar, dalam negara termasuk pelbagai institut penyelidikan untuk membuat penyelidikan-penyelidikan baru. Yang terkini ialah usaha kementerian untuk memastikan kita buat engagement ataupun libat urus dengan mereka yang pakar dalam bidang marketing. Kadang-kadang produk ada, market kita lemah. Jadi bila kita kurang buat pasaran, kita tidak mencapai sasaran untuk memperbanyakkan lagi ataupun menggalakkan lagi penggunaan minyak sawit. In syaa Allah, tahun depan Tuan Yang di-Pertua, kita akan buat kempen ”Sayangi minyak sawit”. Jadi saya harap selepas ini saya hendak cadangkan kepada semua Yang Berhormat tidak perlulah pakai minyak lain. Dalam rumah ini biar ada minyak sawit sajalah. Baru-baru ini dalam MAHA saya tegur kerana dekat pavilion industri utama itu, depan itu ada GLC. Saya tidak mahu sebut GLC manalah, nanti sensitif, mereka jual minyak lain daripada minyak sawit. Jadi saya tegur, kenapa minyak sawit tidak diletak di situ. Jadi kalau semua rakyat ada mind setting, dengan izin, untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit, saya fikir kita tiada masalah untuk menggalakkan penggunaan domestik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Alan Ling Sie Kiong: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ingat yang fasal kelapa sawit ini cukuplah hari ini. Tuan Alan Ling Sie Kiong: Banyak harga banyak turun sekarang Tuan Yang di-Pertua harga sawit. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Ong Chong Swen. Dato’ Ong Chong Swen: Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Sebelum soalan saya, saya ingin mengalu-alukan Pengetua dan Guru Besar Putrajaya di sini... [Tepuk]

DN 6.12.2018 13

5. Dato' Ong Chong Swen minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah pelan tindakan kementerian untuk menjamin kebebasan media sama ada media tradisional dan media baharu, di samping memastikan hanya berita yang benar disiarkan. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Dato’ Ong Chong Swen. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedia maklum bahawa media memainkan peranan penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Media berperanan sebagai pemantau terhadap institusi kerajaan daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta menggalakkan tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab. Peranan media adalah penting sebagai medium untuk memberi maklumat yang tepat dan sahih sekali gus mendidik masyarakat berkenaan polisi-polisi kerajaan. Kini melalui media sosial rakyat boleh memberi respons segera berkenaan polisi-polisi kerajaan tersebut. Media sosial membolehkan agensi media menyampaikan dan mendapatkan maklumat maklum balas daripada orang awam dan pemegang amanah terhadap penerimaan dasar, program dan perkhidmatan agensi kerajaan. Menerusi media sosial ini, pengamal media dapat memberi penjelasan dan gambaran sebenar terhadap isu-isu dan berita terus kepada rakyat. Walau bagaimanapun, kebebasan media ini bukan tanpa had tetapi tertakluk kepada undang- undang yang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1988. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa menggalakkan pengawal seliaan kendiri di kalangan pemberian perkhidmatan aplikasi kandungan, sama ada media tradisional dan media baru menerusi akta tersebut. Di bawah seksyen 211, AKM 1998, media adalah dilarang untuk menyiarkan kandungan yang lucah, sumbang, palsu dan mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang. AKM 1998 turut menetapkan penyediaan kod kandungan komunikasi dan multimedia Malaysia atau kod kandungan yang secara umum menetapkan garis panduan dan tatacara bagi amalan dan piawaian kandungan yang baik oleh pemberi-pemberi perkhidmatan dalam industri komunikasi dan multimedia Malaysia. Badan penyiar televisyen dan radio swasta atau media tradisional khususnya adalah diwajibkan untuk mengamalkan kod kandungan seperti yang telah ditetapkan dalam syarat lesen penyiaran. Pengamal kod atau penyedia kandungan di media baru dan tradisional haruslah mematuhi prinsip-prinsip dalam memastikan sesuatu kandungan itu tidak sumbang, lucah, palsu atau mengancam ataupun jelik. Pematuhan kepada kod kandungan merupakan satu komitmen ke arah kawalan kendiri oleh industri dalam mematuhi AKM 1998 bagi menjamin kebebasan media di samping memastikan kandungannya dan bersifat objektif. SKMM pula sentiasa memantau laporan-laporan media untuk memastikan bahawa ianya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Dato’ Ong Chong Swen: Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Media baru, dengan izin, the news can be ammended, not the printed press, but damage has been done. Saya dari USJ Subang Jaya. Dalam insiden perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman yang berlaku baru-baru ini, banyak rumours dan video yang tidak benar tersebar dalam media sosial. Saya terima sendiri beberapa video clips dan messages di Whatsapp beritahu keadaan mungkin buruk dan jangan pergi dekat kuil di USJ ataupun jangan keluar dari rumah. Ada berita yang benar, ada berita yang palsu. Semua ini mengelirukan masyarakat. Maka, soalan tambahan saya ialah apakah insentif kementerian untuk mencegah penyebaran maklumat atau berita palsu supaya menjaga keharmonian antara etnik di negara kita?

14 DN 6.12.2018

■1100 Bagaimana kementerian hendak mengimbangi kebebasan media dengan mengelakkan daripada kekecohan di kalangan masyarakat yang boleh timbul akibat berita yang tidak neutral sepenuhnya? Kedua, adakah parti politik juga dirangkumkan dalam usaha menggubal ‘Akta Harmoni’? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, itu bukan Mariam- Mariamman... [Dewan Ketawa] Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan tambahan itu daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Ong. Pertama, mengulas berkenaan isu kuil. Sebenarnya, dalam konteks kebebasan media ini kerajaan baharu cuba untuk bersikap lebih terbuka. Contohnya, sebelum berlaku insiden di kuil, Peguam Negara ada mengeluarkan arahan bahawa dua seksyen yang penting dalam kebebasan media, seksyen 211, AKM dan juga seksyen 233. Arahan daripada Peguam Negara supaya seksyen 233 itu yang bertujuan untuk memantau dan memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri dalam isu perkara-perkara yang membabitkan rumors dan sebagainya di dalam media sosial. Menteri mempunyai kuasa untuk bertindak tetapi arahan Peguam Negara supaya seksyen 233 ini tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya. Akan tetapi selepas insiden- ini menunjukkan betapa kerajaan sangat memberi ruang yang secukupnya ke atas kebebasan media. Akan tetapi selepas berlaku insiden di kuil, Menteri Dalam Negeri dan juga Kabinet memutuskan bahawa seksyen 233 boleh dipakai dalam keadaan untuk kita menyekat perkara-perkara ataupun penyebaran berita- berita palsu dan sebagainya. Jadi, Kabinet- kebebasan media ini diimbangi dengan kestabilan politik dan keselamatan serta kesejahteraan rakyat dalam negara kita. Kita contohnya- dan bercakap soal tanggungjawab Kementerian KKM ini berkenaan isu kebebasan media ini, bukan sahaja tanggungjawab itu diletakkan di bawah KKM, sebaliknya tanggungjawab itu juga ada juga berkenaan antiberita tidak benar ini anti-fake news, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, diletakkan di bawah tanggungjawab JPM. Bercakap tentang perpaduan ini, kita ada Kementerian Perpaduan yang turut sama menjaga, memainkan peranan dalam perkara-perkara bersangkutan dengan kebebasan ini. Kedua, soalan berkenaan parti politik tadi, juga diberi kebebasan untuk menyampaikan maklumat di dalam media. Cuma perkara-perkara yang dihighlightkan berkenaan parti politik ini adalah berkenaan dengan news value ataupun yang dilaporkan di dalam berita-berita adalah tertakluk pada kepentingan sesuatu isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang itu. Kalau isu-isu atau berita itu adalah bersifat provokasi ataupun untuk menimbulkan keadaan yang boleh menggugat keharmonian, maka SKMM akan bertindak dengan menggunakan peruntukan di bawah seksyen 233 bagi mengekang dan memastikan perkara yang tidak baik ini terus berlaku. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Senator Fahariyah. Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah pihak kerajaan hendak menggunakan Akta Antiberita Tidak Benar di dalam penyebaran maklumat-maklumat yang tidak benar, berita-berita tidak benar dalam media sosial. Oleh sebab apa, di dalam Anti-Fake News Law membolehkan pihak kerajaan ataupun pihak sesiapa untuk memuat turunkan berita-berita yang tidak benar yang telah diedarkan ataupun yang ditularkan melalui media sosial supaya ia tidak ditularkan lagi. Oleh sebab kita tidak hendak, ia sudah masuk di dalam media sosial kemudian ditularkan berita itu, selepas itu, lagi dua, tiga hari atau tiga, empat bulan lagi akan ditularkan lagi. Maknanya, akan menimbulkan keadaan yang tidak ketentuan itu akan berulang semula. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

DN 6.12.2018 15

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya katakan tadi, anti-fake news ini bukan di bawah bidang kuasa KKMM. Akan tetapi budi bicara Menteri boleh diguna pakai seperti arahan daripada Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia. Itu sahaja jawapannya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja daripada saya. Dalam isu untuk memastikan integriti dan berita yang benar disiarkan, saya percaya peranan agensi rasmi berita nasional- BERNAMA memainkan peranan yang penting. Jadi, soalan saya adalah, apakah langkah-langkah di pihak kementerian untuk, dengan izin, strengthen, memperkasakan BERNAMA sebagai agensi rasmi berita nasional? Oleh sebab saya melihat umpamanya BERNAMA News Channel terpaksa bersaing dengan Astro, dan Prima untuk- dari segi penyiaran berita-berita. Khususnya sebagai agensi rasmi yang boleh memberikan maklumat-maklumat yang benar tentang segala usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Ismail. Menjawab berkenaan isu BERNAMA tadi, sebenarnya dalam peringkat kajian di atas cadangan untuk menggabungkan BERNAMA dan juga RTM. Khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan penyampaian berita dan media sebagai saluran media yang lebih reliable. Ini adalah salah satu cara yang difikirkan sesuai untuk memperkasakan BERNAMA, di samping untuk kita sama-sama menaikkan peranan RTM itu sendiri. Ini masih lagi di dalam peringkat kajian dan banyak perkara-perkara yang diambil kira, termasuk cadangan dan pandangan seperti yang Yang Berhormat Senator berikan tadi. Saya percaya sekiranya ini berjaya, BERNAMA akan dilihat akan lebih berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan dan mampu bersaing dengan stesen televisyen yang lain seperti Media Prima ataupun Astro. Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Secara ringkas Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Pada beberapa bulan yang lepas, Menteri Komunikasi- Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo pernah mengatakan bahawa dia hendak menggelakkan media dikuasai ataupun dimiliki oleh parti politik. Seperti The Star dimiliki oleh MCA, ataupun UTUSAN dimiliki oleh UMNO. Untuk mewujudkan satu persekitaran media yang lebih baik dan untuk memerangi salah maklumat, saya ingin tahu apakah keputusan hal ini pada masa sekarang? Terima kasih. Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Terima kasih di atas soalan Ahli Yang Berhormat Yang Berhormat Senator Alan tadi. Berkenaan dengan media ini, kebebasan ini supaya media itu tidak dipengaruhi, kita memang sudah ada- di pengaruh oleh mana- mana parti politik, kita memang sudah ada garis panduan bagaimana sesuatu media itu sepatutnya menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Sebagai tambahan cadangan untuk mewujudkan Media Council supaya media itu sendiri boleh regulate ataupun menyediakan tatacara ataupun garis panduan ataupun kod etika bekerja yang lebih profesional pada masa yang akan datang tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun, walaupun parti-parti politik itu sendiri. Terima kasih. ■1110 Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat sering membangkitkan isu penggunaan bahasa Inggeris di dalam Dewan yang mulia ini, seperti yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu yang telah menjadi Bahasa Malaysia. Kegunaannya dimartabatkan oleh Dewan yang mulia ini atas dasar kerajaan yang dahulu dan juga sekarang. Dasar kerajaan adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

16 DN 6.12.2018

Bukan saya tidak mahu izinkan- penggunaan Bahasa Malaysia ini adalah dasar. Saya telah mengeluarkan petua beberapa kali bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa yang perlu digunakan dalam Dewan yang mulia ini. Jikalau saya benarkan penggunaan bahasa lain, ini akan menjejaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Saya harap sampai dasar ini ditukarkan oleh kerajaan dan Usul dibawa kepada Dewan yang mulia ini supaya bahasa Inggeris boleh diguna pakai, saat ini tidak akan diizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa dalam Dewan yang mulia ini tanpa keizinan. So, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat ini akan faham... [Tepuk] Silakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty.

6. Dato' Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Perdana Menteri menyatakan, apakah jaminan rancangan pengeluaran kereta nasional ketiga tidak mengalami kerugian seperti PROTON. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Tuan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty pada hari ini bersama dengan soalan nombor 4 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri , dan juga soalan yang dikemukakan juga oleh Yang Berhormat Puan Raj Munni binti Sabu pada 20 Disember 2018. Ini kerana ia berhubung dengan perkara yang sama, maksudnya yang sama. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek kereta nasional baharu yang ingin dilancarkan oleh pihak kerajaan mempunyai pendekatan yang berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada yang kita sedia maklum seperti PROTON dan PERODUA. Ini kerana projek ini bakal menggabungkan beberapa buah syarikat teknologi dan pembekal tempatan bagi menghasilkan sebuah kenderaan. Jikalau saya boleh quote-kan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ucapan yang diberikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bahasa Inggeris dengan izin, “The idea about investing in a national car is not just about building a national car, it is about becoming a catalyst for growing Malaysian engineering capability”. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kereta nasional ketiga ini menumpukan kepada kenderaan masa hadapan yang mana ia sejajar dengan perubahan teknologi yang ada pada masa ini seperti pemanduan berautonomi, menggunakan enjin elektrik ataupun hibrid. Kereta nasional baru ini juga berasaskan teknologi Revolusi Industri 4.0 atau pemanduan sendiri yang dijangka akan bermula berada di pasaran dua tahun lagi. Bagi memastikan pembangunan kereta nasional baharu ini selari dengan keperluan semasa, kerajaan telah memberi mandat kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membuat kajian semula kepada Dasar Automotif Negara ataupun NAP dengan pihak berkepentingan supaya ia turut mematuhi, memenuhi keperluan industri. Dasar Automotif Negara ini disemak semula akan meneliti seluruh ekosistem automotif dan menumpukan kepada sambungan mobiliti Revolusi Industri 4.0 kenderaan generasi baharu dan juga artificial intelligence, dengan izin, ataupun kecerdasan buatan. Kajian semula Dasar Automotif Negara ini juga akan menyentuh berhubung pembangunan projek kereta nasional yang baharu. Dasar Automotif Negara dan hala tuju kerajaan berkenaan industri automotif negara akan secara menyeluruh perlu dikenal pasti sebelum kita melaksanakan kajian impak ekonomi dan sosial bagi projek kereta nasional yang baharu ini. Untuk terus bersaing, Malaysia perlu meneliti daripada semua sudut dalam membawa industri ke tahap seterusnya. Kereta nasional baharu sudah tentu akan berpaksikan pengalaman yang telah dibina oleh ekosistem automotif yang ada di negara kita sehingga kini bersesuaian dengan trend pasaran dunia.

DN 6.12.2018 17

Ia akan membuka peluang transformasi ke arah kenderaan generasi baharu dan mobiliti terhubung seiring dengan trend di masa hadapan. Ia juga secara tidak langsung dapat mempertingkatkan program pembangunan vendor tempatan dalam menyokong projek kereta nasional baharu. Melalui pembangunan kereta nasional baharu ini, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar dan bukan lagi negara pengguna akan dapat dicapai dan dimanifestasikan sejajar dengan Malaysia baharu yang fokus kepada pembangunan sains dan teknologi. Sekian, terima kasih. Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui, saya telah mendengar hujah-hujah yang nampaknya meyakinkan supaya tidak berlaku lagi kelemahan seperti mana PROTON sebelumnya. Bilakah kereta inovasi baharu ini akan berada di pasaran? Saya juga ingin mengetahui, adakah yang di uar-uarkan sebelum ini bahawa bajetnya, peruntukannya adalah datang daripada syarikat-syarikat swasta tidak lagi diambil peruntukannya daripada kerajaan, sejauh mana kebenaran fakta yang tersebut? Terima kasih. Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Apa yang ingin saya jelaskan di sini yang pertama, di bawah Jabatan Perdana Menteri melalui mesyuarat Majlis Pembangunan Negara pada minggu hadapan, kita telah menempatkan, melantik Malaysian Industry-Government Group for High Technology sebagai pemacu utama dalam menyediakan platform dan juga melihat kesesuaian projek kereta nasional ketiga ini. Pertama, projek ini adalah private-public funding initiative yang mana dana ini seperti Yang Berhormat katakan tadi, akan dikeluarkan secara keseluruhannya oleh pihak swasta. Kami di pihak kerajaan akan menyediakan platform yang terbaik, yang mana kita boleh mengumpulkan pemain-pemain utama dalam industri automotif di Malaysia berdasarkan pengalaman yang kita ada, vendor-vendor tempatan yang kita ada yang mana yang telah banyak pengalaman dalam industri ini untuk bersama-sama bekerjasama dengan pelabur utama kita untuk menghasilkan, merealisasikan projek kereta nasional ketiga ini. Daripada segi time line, apa yang diinginkan dan apa yang telah dibentangkan pada mesyuarat yang terdekat, kita melihat mungkin the first prototaip yang akan dikeluarkan, kita jangkakan mungkin dapat dikeluarkan pada tahun the early stage of 2019. Kita berharap daripada prototaip yang dikeluarkan itu akan dapat dinilai, dilihat kesesuaiannya dan dilihat bagaimana penerimaannya oleh semua pengguna. Stage untuk low volume development stage, dengan izin, pada tahun 2019 dan tahun 2020 dan seterusnya pada mass production stage selepas itu. Itu sahaja. Terima kasih. Tuan Nga Hock Cheh: Saya ingin bertanya kereta yang dikeluarkan, adakah kereta elektrik atau kereta pakai minyak? Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik: Seperti yang dikatakan tadi Ahli-ahli Yang Berhormat, kita menyasarkan satu kereta yang sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, in capping with the current technology dan juga demand, dengan izin. ■1120 Jadi, kereta ini seperti computer on wheels, yang mana ia satu connected ataupun bersambung dengan aplikasi-aplikasi yang lain, mungkin autonomous boleh dipandu ataupun menggunakan perisian komputer untuk pergi ke tempat tertentu, environmentally friendly, yang mana ia adalah tidak mencemarkan persekitaran laluan kita. Mungkin, sebenarnya adalah hibrid ataupun yang mana efisien. Kalau kita menggunakan kereta yang fully electric Tuan Yang di-Pertua, permasalahannya yang kita ada yang mana penggunaannya mungkin hanya tersekat kepada kawasan persekitaran bandar. Ini yang mana, kemudahan untuk kita charge-kan balik bateri dan sebagainya, hanya di tempatkan di bandar. Jadi, penggunaannya mungkin tidak menyeluruh. Akan tetapi, idea yang untuk begini untuk menjadikan satu kereta hibrid adalah satu idea yang sedang dipelopori pada masa ini. Kita melalui MAI telah menerima banyak cadangan, proposal, dengan izin, daripada pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan idea kereta nasional in dan kita akan melihat kesesuaian dengan satu, daripada segi permintaan semasa, permintaan tempatan dan juga permintaan dunia. Sekian, terima kasih.

18 DN 6.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker. Dato’ Sri Ti Lian Ker: Asas kita memperkenalkan kereta nasional yang pertama beberapa dekad adalah atas prinsip Malaysia Boleh. Akan tetapi hari ini, sudah kita nampak, Malaysia Tidak Boleh dalam banyak hal. Jadi, sudah kah kita membuat kajian faktor-faktor yang telah menggagalkan industri automobil kita sebelum ini? Mengapakah kita dengan terdesak walhal projek kereta nasional ketiga tiada dalam manifesto? Mengapa tidak perlu kita berhati-hati untuk mengambil langkah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji keupayaan kita? Ini kerana asasnya kalau kita hendak meningkatkan keupayaan kejuruteraan kita, realitinya, potensinya, keupayaan serta sikap dan budaya kita. Jadi, bukanlah saya hendak mengatakan kita tidak berupaya. Akan tetapi kita perlu berhati-hati kerana tanggungan rakyat, tanggungan negara ke atas kegagalan kereta nasional sebelum ini amatlah besar. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Saya ambil maklum dan ini memang adalah kebimbangan yang kita dengar daripada banyak pihak. Baik daripada pihak pembangkang dan juga pihak Pakatan Harapan itu sendiri. Seperti apa yang saya katakan tadi, kita telah memandatkan kepada MITI untuk mengkaji dasar pembangunan kereta nasional ini yang mana Dasar Automotif Negara mereka masih lagi dalam kajian dan melihat kesesuaian. Apabila kita lantik agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah untuk melihat juga bagaimana the viability of this project. MAI ditempatkan untuk mewujudkan satu environment persekitaran yang mana ia boleh, kalau kereta international ini dapat dilaksanakan, sejajar dengan hasrat yang dikatakan tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maknanya kita mahu jadikan negara kita ini bukan sahaja sebagai negara yang pengguna, tetapi kita mahu jadikan kita sebagai negara pengeluar. Ini di mana, kita tahu- saya mungkin berbeza pendapat dengan Yang Berhormat Senator. Kita tahu bahawa kita mempunyai banyak vendor tempatan yang berkebolehan. Kita gabungkan mereka semua ini, boleh menghasilkan sesuatu yang amat baik untuk negara. Jadi, ini memang betul, satu masih dalam peringkat kajian, MITI masih lagi mengkaji our National Automotive Policy. Kedua, kita mewujudkan persekitaran ini melalui agensi di bawah JPM untuk melihat bagaimana industry player yang ada di negara kita ini bersama dengan kerjasama pihak swasta. Jika ia boleh diteruskan, saya rasa ia akan dapat melahirkan satu produk yang cukup dan boleh membanggakan kepada negara. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

7. Datuk Razali bin Idris minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah langkah proaktif jangka pendek dan jangka panjang kementerian bagi memajukan sukan rekreasi yang semakin mendapat tempat. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Sim Chee Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris di atas soalan tadi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Harimau Malaya yang mengaum megah menewaskan Gajah Perang semalam di Stadium Rajamangala. Tahniah juga kepada barisan penyokong yang hadir secara kuat. Saya dimaklumkan ada berpuluh ribu penyokong kita yang telah hadir bersama-sama dan ini juga merupakan antara faktor kepada kemenangan Harimau Malaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sukan rekreasi adalah satu kegiatan sukan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan pemikiran. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan, dengan izin, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle trekking. Semua ini diklasifikasikan sebagai sukan rekreasi.

DN 6.12.2018 19

Sukan rekreasi merupakan antara cabang sukan terbesar di negara ini kerana ia merangkumi sukan air, udara, darat, elektronik dan bermotor. Terdapat banyak perancangan pelaksanaan program rekreasi yang telah dibuat melibatkan penyertaan para belia di seluruh negara. Antaranya, rekreasi air yang melibatkan kursus seperti kursus asas kayak, rekreasi udara termasuklah aktiviti seperti paragliding, rekreasi darat. Contohnya, program Kursus Outrec Level 1, sukan elektronik yang merangkumi pertandingan-pertandingan seperti e-sport, sukan bermotor yang sudah tentu termasuklah Motocross Championship. Kursus-kursus kejurulatihan sukan rekreasi ini akan bertindak sebagai pelan jangka pendek KBS. Pembangunan sukan rekreasi ini akan diteruskan dengan pelaksanaan Kursus Outrec bagi melahirkan lebih ramai jurulatih rekreasi bertauliah bagi menampung keperluan dan minat para belia. Seterusnya, dalam jangka masa yang panjang pula, jurulatih-jurulatih rekreasi ini akan bersaing bagi mencapai tahap kejurulatihan yang lebih tinggi dan ini secara tidak langsung akan menyemarakkan lagi industri sukan dan peluang kerjaya dalam sukan rekreasi tersebut. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan juga turut menyediakan kemudahan rekreasi contohnya di Kompleks Rakan Muda, Sukan Air dan Udara Desaru dan Kompleks Rakan Muda, Sukan Air Rompin bagi kegunaan jurulatih rekreasi dan belia dan juga masyarakat secara umumnya untuk melaksanakan aktiviti dan kursus rekreasi. KBS juga dalam jangka masa panjang berhasrat agar kemudahan rekreasi dapat ditubuhkan di setiap negeri yang akan berperanan sebagai pusat sukan rekreasi negeri dalam memastikan perkembangan sukan rekreasi ini terus aktif. Malah, bagi memastikan sukan ini terus hidup dan aktif pada Jun 2008 yang lepas, satu program Malaysia Outdoor Recreation (MOREC) yang menumpukan kesemua IPTA dan IPTS serta NGO yang terlibat dalam sukan rekreasi ini, telah dilaksanakan untuk mengenal pasti perancangan sukan rekreasi masing-masing. Berikutan daripada program tersebut, pihak Universiti Teknologi Mara dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak kini mengguna pakai sukatan pelajaran sukan rekreasi sebagai salah satu bahan mengajar di universiti masing- masing. Selain itu, satu garis panduan pelaksanaan kursus rekreasi juga telah dibuat bagi memastikan pelaksanaan kursus sukan rekreasi ini lebih teratur, selamat serta mematuhi peraturan-peraturan sukan rekreasi pihak berkuasa. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan? Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang cukup padat. Cuma, saya ingin memohon sedikit penjelasan soalan saya. Ini kerana seperti yang kita tahu, sukan rekreasi adalah gabungan di antara dua industri. Satu, sukan dan satu lagi industri pelancongan. Justeru itu, pemain-pemain sukan rekreasi mendapat banyak halangan dan kekeliruan tentang peruntukan dan persediaan tempat permainan. Justeru itu, oleh sebab keterlibatan dan gabungan di antara dua industri, apakah pihak kerajaan tidak bersedia mewujudkan satu badan khusus untuk mengawal selia sukan rekreasi? Bukan sukan dan rekreasi, sukan rekreasi. Terima kasih. ■1130 Tuan Sim Chee Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Senator dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita mengambil maklum bahawa sukan rekreasi ini seperti yang diketengahkan oleh Datuk Senator Razali tadi merupakan gabungan antara rekreasi dan juga sukan. Justeru itu memang ada kerjasama dengan badan-badan di kementerian lain dengan mengambil pendekatan the whole of government, keseluruhan kerajaan untuk bersama-sama mempergiatkan, menjayakan serta mengawal selia bidang sukan rekreasi ini. Buat masa kini, garis panduan serta pelaksanaan dan pengurusan sukan rekreasi di pihak KBS berada di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

20 DN 6.12.2018

Justeru itu sudah ada kalau daripada perspektif Kementerian Belia dan Sukan sebuah badan atau pun sebuah unit yang bertindak untuk mengawal selia dan menguruskan hal ehwal berkaitan dengan sukan rekreasi di bawah kementerian. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat. Tuan Sim Chee Keong: Satu lagi. Tuan Yang di-Pertua: Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Tuan Sim Chee Keong: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya, sebelum bertanya soalan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya hendak habiskan soalan-soalan ini secepat mungkin kerana kita ada Menteri-Menteri yang menunggu. Silakan. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Ini dapat tanggungjawab sosial- mengalu-alukan kehadiran Martial Information Security Sustainablity Institute, Petaling Jaya

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta Perdana Menteri menyatakan mengenai, reformasi undang-undang berkaitan dana pilihan raya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada sahabat saya, Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi. Berkaitan dengan soalan tentang reformasi undang-undang ya. Berkenaan dengan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang meneliti dan sedang menjalankan kajian terperinci bagi menggubal satu rang undang-undang berkaitan dengan politik yang mana ia turut merangkumi dana pilihan raya. Bagi maksud tersebut, kerajaan sedang melihat undang-undang berkaitan dengan politik negara yang sesuai untuk dijadikan panduan daripada aras di Malaysia. Setakat ini, untuk makluman Yang Berhormat Senator, kajian telah dibuat pada undang-undang negara United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Indonesia, Austria, Chile dan Mexico. Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan dengan politik di Parlimen. Saya difahamkan mungkin pada tahun hadapan setelah kajian tersebut dimuktamadkan dan semua isu dasar diselesaikan. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Jawapan yang baik sebab sedang dikaji.

9. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, perkembangan terakhir mengenai ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), manfaat Perjanjian tersebut kepada negara dan juga langkah-langkah untuk memastikan kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator Chandra Mohan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pacific (CPTPP) pada 8 Mac 2018 bersama dengan 10 lagi negara anggota asal Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Satu negara telah menarik dari daripada TPPA iaitu negara Amerika Syarikat. Jadi ada sebelas lagi negara yang masih dalam perjanjian ini. Perjanjian CPTPP akan kuat kuasa 60 hari selepas sekurang-kurangnya enam buah negara telah melengkapkan proses domestik dan mengemukakan instrumen ratifikasi kepada New Zealand yang bertanggungjawab sebagai depository, dengan izin. DN 6.12.2018 21

Pada 31 Oktober 2018 yang lalu, syarat kuat kuasa pelaksanaan ataupun entry into force (EIF), dengan izin, CPTPP telah dipenuhi dan CPTPP boleh ataupun akan kuat kuasa pada 30 Disember 2018. Sehingga 18 Disember 2018, 7 buah negara telah mengemukakan instrumen ratifikasi kepada New Zealand iaitu Jepun, Mexico, Singapura, New Zealand, Kanada, Australia dan Vietnam. Bagi Malaysia dan negara lain yang telah menandatangani CPTPP tetapi masih belum meratifikasikan perjanjian ini, ia tidak akan berkuat kuasa bagi negara tersebut termasuk Malaysia. Segala manfaat dan obligasi pelaksanaan CPTPP tidak akan terlaksana bagi negara tersebut sehingga proses ratifikasi telah selesai. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara kerajaan menyedari bahawa penyertaan Malaysia dalam perjanjian-perjanjian perdagangan bebas ataupun FTA adalah amat penting untuk memastikan barangan dan perkhidmatan Malaysia mendapat akses pasaran yang lebih baik serta menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan pilihan kepada rakan dagang. Walau bagaimanapun, terdapat juga FTA yang begitu kompleks dan komprehensif dan juga rumit seperti CPTPP serta meliputi perkara-perkara yang berhubung kait dengan pematuhan standard antarabangsa mengenai tadbir urus kerajaan yang baik. Justeru, kerajaan masih memerlukan masa untuk meneliti perjanjian ini untuk memastikan sebarang keputusan yang diambil mengenai CPTPP dari segi ratifikasi akan memberi kebaikan kepada Malaysia secara keseluruhannya. Kerajaan berpendapat setiap FTA yang disertai oleh Malaysia perlu free and fair, dengan izin, iaitu bukan sahaja untuk menggalakkan perdagangan. Akan tetapi juga mengambil kira keadaan dan keperluan negara-negara membangun seperti Malaysia serta tidak menjejaskan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Sila, sila. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Short one. Dua soalan sahaja. Satu, berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kalau kita tengok Amerika sudah keluar. Walaupun tiga buah negara iaitu Mexico, Peru dan Kanada masuk. Dari segi beneficial, fasal kalau kita tengok yang masuk itu insignificant trade partners. So jadi walaupun saya akui its better for us to be in than to be out. What is the real benefit? Itu satu. Kedua, my concern lebih banyak ialah kepada IPR. Isu IPR, I cuma hendak tanya satu fasal implikasi dia atas kenaikan harga ubat. Walaupun saya akui salah satu sebab kenapa harga ubat naik ialah kerana monopoli. Akan tetapi IPR saya cuma hendak dua keterangan. Satu, suspension or provision, sama ada kita sudah bincang suspension or provision. Kedua, sama ada kita telah bincang term. Kalau tidak salah, sekarang is fifty years. Dua aspek ini suspension or provision dengan term. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Secara ringkas Yang Berhormat. Dr. Ong Kian Ming: Okey, secara ringkas saya memang mengakui bahawa ekonomi impak daripada kemasukan kepada CPTPP ini daripada segi akses kepada pasaran baru telah turun sedikit akibat daripada penarikan Amerika Syarikat. Akan tetapi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator tadi, memang ada tiga pasaran yang baharu di mana tiga buah negara Kanada, Mexico dan juga Peru adalah negara di mana kita tidak ada satu pun Perjanjian FTA. Walaupun buat masa sekarang, ketiga-tiga negara ini bukan large trading partner, dengan izin. Akan tetapi apa yang saya hendak tegaskan ialah Kanada adalah negara yang ke sepuluh dari segi GDP. Mexico adalah negara yang ke-15, dan Peru adalah sebuah negara yang membangun, yang ada ekonomik growth yang begitu tinggi. Jadi ia memang merupakan tiga pasaran yang walaupun kecil tetapi potensinya amat besar. Pada masa yang sama, CPTPP juga adalah bukan sahaja untuk membantu negara Malaysia untuk menembusi market yang baru ataupun pasaran yang baharu.

22 DN 6.12.2018

Akan tetapi pada masa yang sama ia adalah satu high standard FTA di mana ada perkara-perkara yang lain dalam chapter dan juga artikel yang lain di mana perjanjian dan juga market access di negara yang kita sudah ada FTA. Dengan perjanjian FTA juga akan naik taraf dan itu juga adalah suatu yang saya rasa boleh membawakan manfaat yang lain. Dari segi IPR, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Chandra Mohan bahawa dengan penarikan Amerika Syarikat daripada perjanjian CPTPP ini, ada banyak artikel yang mengenai IPR yang telah digantung ataupun disuspend. Ini termasuk apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator tadi the time period for IPR expiration for some of the newer drugs dan seperti apa yang saya dimaklumkan sebelum ini the limit of five years is the one that still applicable for Malaysia, dan juga untuk perjanjian CPTPP. Terima kasih. ■1140 10. Tuan Khairul Azwan bin Harun minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah justifikasi di sebalik langkah kerajaan mengenakan levi bagi semua penumpang yang melancong ke luar negara iaitu sebanyak RM20 untuk penumpang yang ke negara ASEAN, dan RM40 untuk ke negara lain. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Menteri. Ada sesiapa yang menjawab mewakili Menteri? Soalan ini akan ditangguhkan kepada minggu depan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai. [Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.40 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti yang tertera di nombor sebelas dalam Senarai Susunan Giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 10 Disember 2018.”

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]: Tuan Yang di-Pertua, saya sokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

DN 6.12.2018 23

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018-2020)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [5 Disember 2018] Tuan Yang di-Pertua: Minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.

11.42 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Fuziah binti Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan pengurusan hal ehwal Islam sepanjang perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas, Separuh Penggal sama ada secara umum atau khusus dan saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah ditimbulkan. Sesungguhnya kami di Jabatan Perdana Menteri berkongsi hasrat yang sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengangkat martabat Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali menyentuh mengenai perkembangan kajian JAKIM mengenai pelaksanaan sekatan bank bagi suami yang ingkar membayar nafkah kepada bekas isteri dan langkah-langkah yang akan diambil oleh JAKIM bagi melaksanakan perkara yang sama ke setiap negeri untuk tujuan penyeragaman. Buat maklumat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, pihak kami memang amat-amat ambil berat berkenaan dengan keingkaran bekas-bekas suami untuk membayar nafkah ini. Statistik yang dijana melalui sistem pengurusan kes Mahkamah Syariah menunjukkan kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah berikutan pengabaian perintah nafkah oleh bekas suami adalah sebanyak 1,359 kes bagi tahun 2015, 1,410 kes pada tahun 2016 dan 1,468 kes pada tahun 2017. Sebanyak 1,336 kes bagi tempoh Januari hingga November 2018, ini yang berdaftar ya.

24 DN 6.12.2018

Kita komited untuk memastikan bahawa nafkah ini sampai kepada bekas-bekas isteri. Namun, untuk menyekat akaun bank ini memerlukan kepada pindaan undang- undang. Jadi, sebab itulah pada hari ini kita menggunakan cara yang ada, antaranya ialah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu mahkamah menguatkuasakan dan melaksanakan perintah nafkah yang gagal dipatuhi oleh bapa, suami atau bekas suami. Kedua, mewujudkan satu sistem e-nafkah bagi memantau pelaksanaan perintah nafkah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Sistem e-nafkah ini akan ditambah baik dalam proses e-syariah versi tiga yang sedang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, teruskan. Puan Fuziah binti Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, apa yang kita lakukan ialah menyediakan rumah-rumah transit bagi pihak-pihak yang berkelayakan untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Kita juga mengamalkan satu sistem hiwalah, di mana boleh kita lakukan tahanan gaji dan juga untuk committal proceedings di akhirnya. Antara usaha juga yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini ialah mewujudkan model Mahkamah Tinggi Syariah Bahagian Hadanah dan Nafkah yang pada hari ini belum wujud dan Mahkamah Rendah Syariah Bahagian Nafkah di bahagian Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Objektif utama mewujudkan Mahkamah Syariah ini ialah untuk mempercepatkan penyelesaian kes-kes mal di Mahkamah Syariah, khususnya kes-kes hadanah dan nafkah dan meningkatkan kepatuhan terhadap perintah Mahkamah Syariah melalui instrumen penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah kajian serta dilaksanakan berhubung cadangan ini. Kita tidak boleh pada hari ini menyekat- memberi arahan bank untuk menyekat kerana undang-undang kita tidak boleh Mahkamah Syariah memberi arahan kepada bank, perlu dipinda dulu undang-undang itu. Inilah perkara yang sedang kita lakukan untuk meminda Akta 585 iaitu berkenaan dengan akta ataupun Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu yang berkenaan soalan ataupun apa yang disarankan oleh Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Kedua, yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator Puan Asmak Husin, menyentuh mengenai fokus kerajaan bagi memastikan instrumen nafkah berkembang di kalangan orang Islam, bahkan mencadangkan supaya dikembangkan meliputi orang bukan Islam. Secara ikhlasnya Yang Berhormat Senator, saya baru masuk dalam- kerajaan ini kerajaan yang baharu dan dalam beberapa bulan kita menjadi kerajaan, secara ikhlasnya saya mengatakan bahawa instrumen wakaf ini di pihak kerajaan tidaklah as developed, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita harapkan. Ini dapatan saya sendiri. Jadi, sebab itulah antara usaha yang kita lakukan di Jabatan Perdana Menteri ialah memperkasakan institusi wakaf ini. Kita ada skim-skim wakaf, kita ada skim wakaf tunai contohnya, kita ada skim wakaf sijil, wakaf kesihatan, wakaf pendidikan, wakaf pembangunan ekonomi, wakaf alam sekitar yang dianjurkan oleh Yayasan Wakaf Malaysia. Akan tetapi pada pandangan saya, banyak lagi usaha-usaha wakaf yang dilakukan oleh agensi-agensi, NGO-NGO. Di luar sana yang saya sendiri sedang pada hari ini mencari mereka dan mendapatkan maklum balas, saya kira mereka lebih ke depan dari segi mengembangkan instrumen wakaf ini. Ini secara ikhlas, bukan dengan niat untuk mengecilkan kerajaan yang terdahulu tetapi itulah dapatan saya apabila saya memulakan kajian berkenaan dengan instrumen-instrumen wakaf ini. Akan tetapi ianya sama-samalah kita menanam semangat untuk kita perbaikinya, in syaa Allah.

DN 6.12.2018 25

Jadi, berkenaan dengan yang bukan Islam tadi. Sebenarnya kita tidak menyekat mana-mana pihak yang berminat untuk berwakaf, termasuklah daripada yang bukan Islam. Berdasarkan kepada Sistem Wakaf Tunai Malaysia, terdapat pewakaf bukan Islam yang berwakaf secara konsisten setiap bulan bermula tahun 2010 hingga kini. Kita tengok ada pewakaf yang bukan Islam. Juga hukum menerima wakaf daripada non-Muslim dibolehkan. Ini sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Berkenaan dengan mereka yang bukan Islam menerima wakaf pula, kita juga tidak ada sekatan berkenaan dengan perkara ini. Oleh kerana di pusat-pusat hemodialisis kita yang beroperasi menggunakan daripada dana wakaf, memang ramai penerima-penerima ini yang terdiri daripada yang bukan Islam. ■1150 Jadi sama ada mereka hendak memberi ataupun hendak menerima, tidak ada halangan daripada pihak kita. Cuma dari segi memperkasakan dan memartabatkan institusi wakaf ini, saya akui ia banyak yang perlu kita buat. Saya amat-amat hargai sekiranya pihak Yang Berhormat Senator sendiri mahu bekerjasama dan membantu kami. Sekian, terima kasih. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya selesai penggulungan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Ada soalan? Tiada. Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput pula Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin, dipersilakan... [Disampuk] Kita tunggu sekejap. Sila Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin. Silakan.

11.51 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf sebab saya ingat, saya tidak menjangkakan Yang Berhormat begitu cepat habis. Satu sejarah ya. Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada soalan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk agensi yang di bawah tanggungjawab ataupun amanah yang diberikan pada kami, agak banyak juga isu-isu yang dibangkitkan. Akan tetapi saya bercadang untuk bercakap ini mengikut agensi Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi dulu kepada agensi SPR. SPR ini ada dua persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahaja Senator iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin yang bertanyakan soalan, yang membangkitkan soalan mengenai perundangan dan langkah-langkah yang boleh direformasi dalam Akta Pilihan Raya bagi membendung perlakuan parti-parti politik yang mencipta manifesto dan beliau juga menggunakan janji-janji palsu. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya rasa ayat janji-janji palsu tidak betullah, agak nakal sikitlah. Akan tetapi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini tiada perundangan yang berkaitan manifesto atau pemantauan sama ada sesuatu manifesto ditunaikan atau tidak oleh parti-parti politik sepanjang tempoh berkempen. Tidak ada spesifik undang-undang ya. Pada dasarnya, manifesto selagi mana tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan sedia ada, ia tidak dapat dilarang kerana ia merupakan kempen parti politik untuk mendapat sokongan daripada para pengundi. Tuan Yang di-Pertua, manifesto ini saya rasa perkara yang agak common dalam semua negara yang mengadakan pilihan raya yang ada parti politik. Mana-mana negara pun, mana-mana parti politik pun, mereka akan meletakkan manifesto dan sudah tentulah dalam merangka manifesto ini kita kena kreatiflah dan juga kita kena memastikan manifesto kita ini bukan sahaja kita hendak laksanakan, tetapi juga menarik kepada ini... Dato’ Sri Ti Lian Ker: Minta laluan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Silakan, boleh. Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya cuma hendak tanya sebab kita berhadapan dengan rakyat dan ada pemerhati pelajar-pelajar dan sebagainya.

26 DN 6.12.2018

Saya amat kesal kalau kita mengatakan kita boleh meremehkan janji-janji kerana kita jangan pasang undang-undang kerana ada juga prinsip-prinsip amanah, prinsip-prinsip akauntabiliti dan sebagainya. Jadi, janganlah kita cuba menjustifikasikan kalau kita ada janji-janji yang tidak dapat ditunaikan atas tiada undang-undang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, soalan. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan tambahan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat ya, saya tidak pasti Yang Berhormat merujuk kepada manifesto mana. Akan tetapi manifesto kalau sekiranya tidak dilaksanakan janji, saya rasa itu bukanlah satu yang mungkin dalam konteks Pakatan Harapan ini sesuatu yang mungkin disengajakan. Saya percaya apabila kita meletakkan manifesto, ketika itu kita memang menjangkakan kita boleh melaksanakan sebab itu kita berani berjanji. Ini sebab pada masa itu untuk maklumat Yang Berhormat, kita tidak ada banyak information yang mungkin kita perlukan pada waktu itu kerana kita tidak ada akses kepada maklumat- maklumat yang pihak kerajaan sendiri ada. Di situ kita ada disadvantage sebab apa, apabila kerajaan membuat manifesto, mereka tahu kekangan-kekangan mereka sedangkan kami masa itu dalam pembangkang, tidak dapat maklumat yang sebegitu. Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat mengatakan kita tidak seharusnya memperlekehkan. Itu saya setuju. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, kita juga bersikap jujur. Kena juga jujur bahawa banyak juga manifesto yang kita telah laksanakan. Akan tetapi nampaknya macam tidak langsung di-highlight-kan, di-highlight-kan yang kita tidak laksanakan. Apa yang kita laksanakan sudah banyak sudah kita buat ini langsung tidak langsung- terima kasih pun tidak, jauh sekali untuk hendak puji. Jadi saya rasa ini pun kadang-kadang kita kena bersikap adil jugalah. When we talk about justice, not only justice to you, tetapi also to us. Jadi saya rasa saya bersetuju secara prinsipnya memang segala janji ini memang kita laksana. Itu saya setuju. Akan tetapi kalau tidak dapat laksana, bukan tidak mahu laksana, tidak dapat laksana kerana kita ada kekangan yang banyak. Antaranya, semua janji ini antaranya memerlukan kewangan sedangkan kewangan kita sama ada Yang Berhormat suka, tidak suka memang ada masalah. Oleh sebab itu kita kadang-kadang serba salah. Dalam satu segi kita rasa hendak dedahkan mungkin masalah kewangan, tetapi dari satu segi lain pula kalau kita dedahkan, kita takut nanti mungkin seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, sistem terperanjat, sistem tidak boleh terima lagi. Kita ini, kita kadang-kadang kena start the balance, dengan izin. Oleh sebab itulah saya rasa manifesto ini, isu yang dibangkitkan ialah kenapa- oleh kerana soalan ini berkaitan dengan perundangan, sebab itu dalam jawapan saya, saya merujuk kepada isu perundangan Yang Berhormat. Kalau soalan ini berkenaan lain, kita jawab lainlah. Jadi saya harap Yang Berhormat dapat memahamilah kerana apa jawapannya begitu ya. Seterusnya Yang Berhormat, saya pergi kepada isu yang berkaitan dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Ia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong pada 3 Disember 2018 yang mencadangkan struktur dan komposisi IPCMC harus dianggotai oleh ahli profesional untuk mengendalikan aduan orang ramai demi keadilan orang awam dan anggota polis. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kini dalam proses untuk merangka penubuhan IPCMC. Ini untuk makluman para Yang Berhormat Senator, memang ini telah pun dipersetujui yang turut melibatkan penggubalan draf undang-undang IPCMC. Kedua-dua proses tersebut memerlukan kajian yang terperinci terhadap struktur, kuasa dan peranan IPCMC bagi menjadikannya lebih berkesan dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Kerajaan akan memastikan struktur dan komposisi IPCMC diimbangi dengan kepelbagaian latar belakang dan profesion bagi meningkatkan keyakinan orang awam terhadap IPCMC. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong juga turut menyarankan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab kepada Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, cadangan untuk memperkasa SPRM juga telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Mmesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 3.

DN 6.12.2018 27

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, mesyuarat ini telah pun diadakan sebanyak lima kali dan saya juga adalah anggota kepada jawatankuasa itu yang sebenarnya high level, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Cadangan tersebut yang tadi yang memperkasakan SPRM telah dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat JKKMAR pada 13 Ogos 2018. Cadangan tersebut turut merangkumi pengukuhan mekanisme tadbir urus pelantikan dan perjawatan dan supaya Parlimen memainkan peranan yang lebih dalam pemantauan kerja SPRM. Bagaimanapun, perkara-perkara ini memerlukan pindaan undang-undang dan diselaraskan oleh pihak SPRM dengan Jabatan Peguam Negara, Parlimen, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Seterusnya Yang Berhormat Datin Rahimah binti Haji Mahamad, ada? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta satu guideline, kalau Yang Berhormat Senator tidak ada, adakah saya perlu menjawab atau macam mana? Ini sebab di Dewan Rakyat digalakkan kalau Yang Berhormat Senator tidak ada, kita tidak jawab, jawapan bertulis. Saya hendak tahu macam mana arahan di sini. Timbalan Yang di-Pertua: Terserah kepada Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terserah kepada saya, okey. Saya juga minta satu guideline daripada Tuan Yang di-Pertua, berapa masa yang dibolehkan kepada kami untuk menjawab? Timbalan Yang di-Pertua: Bagi setengah jam. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Di Dewan Rakyat diberikan masa, jadi kami agak takut terlebih masa ya. Timbalan Yang di-Pertua: Ini tadi masa sudah bagi setengah jam sepatutnya. Akan tetapi kita punya Cik Puan Hajah tadi sekejap sangat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, tidak apa. Saya memahami itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua ■1200 Yang Berhormat Datin Rahimah bin Haji Mohammad pada 4 Disember 2018 telah bertanyakan tentang kriteria yang digunakan oleh SPRM dalam menentukan tahap ketelusan dan integriti daripada pengisytiharan harta oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara jawatan utama sektor awam. Pengisytiharan harta merupakan satu mekanisme penting dalam memastikan tadbir urus yang baik dan berintegriti. Saya akui Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan harta yang kita buat sekarang ini mungkin ada kelemahan-kelemahan tertentu kita mengakui. Cumanya saya hendak beritahu sekurang-kurangnya kita telah buat satu perubahan yang pertama kali dalam sejarah di dalam negara kita ini berlakunya satu polisi untuk kita mengehendaki khususnya sekarang ini Menteri dan Timbalan Menteri untuk mengisytiharkan harta dan dipaparkan dalam website SPRM. Saya akui mungkin ada kelemahan dan saya juga hendak sedikit mungkin perbetulkan persepsi tentang pengisytiharan harta ini. Tujuan pengisytiharan harta Tuan Yang di-Pertua, kita bermula dengan baseline dahulu. Sekarang ini kita tengok apa yang ada, harta yang ada pada semua orang. Selepas ini lepas kita memegang jawatan kita ini kita tengok macam mana peningkatan selepas ini. Kalau peningkatan itu legitimate, ataupun sah tiada masalah. Isu pengisytiharan harta bukannya masalah isu banyak atau tidak atau sedikit harta itu, akan tetapi isunya ialah bagaimana kita mendapatkan harta itu. Adakah dengan cara yang betul, sah mengikut undang-undang ataupun macam mana. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya kalau kita baca Al-Quran dia ambil daripada al-Quran juga berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Imran, kisah ibu kepada Nabi Isa, Siti Maryam, bila mana ia di mihrab dia ada makanan, ditanyakan... [Berucap dalam bahasa Arab] Daripada mana kamu mendapatkan makan ini? Jadi... [Berucap dalam bahasa Arab] Ini daripada mana dapat ini, itu dijadikan sebagai satu polisi negara dalam zaman Saiyidina Umar.

28 DN 6.12.2018

Sekarang ini kita hendak- juga, bila kita pengisytiharan harta ini kita hendak supaya bila kamu dapat harta, tidak kisah you can accumulate berapa banyak harta tetapi mesti dengan cara yang legitimate. Itulah dia punya idea ataupun falsafah kenapa kita mengadakan pengisytiharan harta ini... Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Mana? Oh, minta maaf. Okey, ya. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan pengisytiharan harta ini Yang Berhormat. Akan tetapi soalan saya, bila saya tengok di-viral-kan senarai harta-harta tersebut, soalan saya sama ada ia ini fake news ataupun news yang betul yang keluar daripada BPR, dan apakah ini akan berlanjutan, apakah kerajaan akan membuka sebegitu luas sekali dan tidak terfikir kah Yang Berhormat Menteri sekiranya rakyat tahu, rakyat baik tidak apa, tetapi rakyat yang perompak-perompak penyamun yang tahu. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator yang bertanya soalan yang baik itu. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Senator, memang ini dibincangkan agak secara rancak dalam sesama kamilah, sama ada- sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sekarang ini kalau boleh hendak lebih kepada seminimum yang bolehlah. Macam mana Yang Berhormat Senator katakan tadi bahawa, kita tidak mahu nanti kalau terlampau nanti mungkin di sana orang-orang yang salah gunalah seperti Yang Berhormat Senator katakan tadi seperti penyamun dan perompak. Akan tetapi nampaknya ada juga mengatakan we have to be transparent. Kita mesti telus. Jangan ada langsung kita simpankan mana-mana maklumat itu daripada pengetahuan awam. Jadi kita sekarang dalam kadang-kadang serba salah, kita hendak terlampau jaga mereka punya itu, mereka kata tidak apalah. Mungkin juga Pakatan Harapan ini kebanyakan tidak banyak harta, agaknya lah. Oleh sebab itu mereka tidak kisah. Agaknyalah saya tidak tahulah, tetapi memang akuilah ada juga sesetengah itu mungkin- ya. Kadang-kadang serba salah Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, saya hendak beritahulah, saya sendiri sudah dua kali pengisytiharan harta. Dahulu dengan INVOKE, masa sebelum menjadi kerajaan kita isytiharkan dengan INVOKE. Masa kita isytihar itu saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Senator, ketika itu dia minta kita siar duit dalam akaun. Memanglah duit dalam akaun ini sekejap banyak sekejap sedikit. Ketika siar itu saya sendiri ketika itu duit saya tengah sedikit. Isytihar lah apa yang ada, tapi bila duit sedikit dia kata, “Yang Berhormat pembohong. Sedikit- ini bohong”. Kita isytihar sedikit pun salah, isytihar banyak pun salah. Kadang-kadang kita pun serba salah. Kita ini betul-betul serba salah kadang- kadang. Hendak macam sekarang ini kita hendak buat sesuatu yang baik orang marah. Kita tidak buat pun orang marah, Jadi kita kadang-kadang mana satu hendak ikut ini kadang-kadang, ini yang dilema yang dihadapi oleh kerajaan sekaranglah. Saya bukan kata kita tidak mahu buat, tetapi yang macam Yang Berhormat kata itu saya akan cuba bincang dengan pihak yang berkaitan macam mana kita boleh selesaikan masalah. Akan tetapi kita kata orang itu, Orang Putih kata, kita start the ball rolling. Kita mulakan dahulu budaya ini. Saya harap selepas ini mungkin boleh dilanjutkan. Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat Senator juga hendak isytihar, walaupun tidak menjadi kewajipan undang-undang, itu terpulanglah. Akan tetapi setakat ini kita tidak mewajibkan lagi. Jadi perkara ini amat penting bagi memantau sebarang pertambahan harta masa seseorang itu memegang jawatan dalam kerajaan. Jika terdapat pertambahan harta yang tidak sepadan dengan pendapatan mereka, pihak berkuasa akan menyiasat dengan lebih lanjut berhubung perkara itu bagi memastikan perolehan harta tersebut adalah secara sah dan tidak menyalahi undang-undang. Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mohd Ghani, ada? Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada.

DN 6.12.2018 29

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Beliau bertanyakan soalan tentang siasatan terperinci semua tabung-tabung kewangan parti politik agar tidak berlaku rasuah. Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet (JKKMR) Mengenai Anti Rasuah, Bilangan 2, Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Julai 2018 telah bersetuju dengan cadangan penggubalan satu undang-undang berhubung dengan pembiayaan politik. Kerajaan pada masa ini sedang menjalankan kajian yang terperinci bagi menggubal satu rang undang-undang berkaitan dengan politik. Untuk makluman, tadi pun ada soalan yang sama di Dewan Rakyat. Saya hendak beritahu- daripada Dewan Negara, nombor 8 tadi. Jadi sebenarnya kita telah dalam usaha ke arah mewujudkan rang undang- undang itu dan in syaa Allah jika tiada apa-apa aral, kemungkinan tahun depan kita akan dapat menyaksikan rang undang-undang ini. Kita doakanlah supaya dapat dilaksanakan dan saya harap kalau sekiranya rang undang-undang ini digubal, pihak Senate juga boleh bersetuju dan memberikan sokongan sebab ini baik untuk semua. Oleh sebab ini rang undang-undang untuk semua parti politik tanpa mengira- dan kalau ikut kita punya cadangan, kemungkinan kita hendak buat seberapa baik yang bolehlah sebab itu kita telah merujuk banyak buah negara. US, Korea Selatan, Singapura, banyaklah- Chile, kita hendak mengkaji semua ini dan kita akan cuba laksanakan seberapa yang boleh. Rang undang-undang tersebut akan membolehkan antara lainnya- saya bagi secara umum. Siasatan dibuat terhadap penerimaan dana daripada negara luar dan oleh parti politik. Pihak GIACC juga menjadi penyelaras terhadap semua keputusan dasar yang perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri sebelum akta ini dibentangkan di Parlimen pada tahun 2019, in syaa Allah tahun hadapan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty. Ini berkaitan dengan peranan SIAP dalam keberkesanan membanteras rasuah. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dengan bertulis. Nanti saya akan berjumpa sendiri dengan Yang Berhormat untuk berikan jawapan bertulis. Seterusnya saya pergi kepada SPRM. Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, tiada juga? Ini pun saya jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua, ada? Oh sorry, kalau ada saya jawablah. Bukan kerana yang tiada saya tidak mahu jawab tetapi saya rasa mungkin saya lebih suka jawab bertulis untuk dapatkan jawapan yang lebih lengkap. Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad mencadangkan untuk mereformasi tadbir urus yang cekap dan amanah. Gejala rasuah di kalangan kakitangan awam wajib diperangi berhabis-habisan dan pihak kerajaan mesti mengurangkan juga birokrasi di kementerian-kementerian ataupun jabatan-jabatan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pelbagai faktor telah dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada berlakunya gejala rasuah di kalangan penjawat awam. Antara punca utama ialah sikap manusia yang tidak amanah dan tamak, peraturan yang lapuk dan longgar, tiada pemantauan yang efektif serta sistem-sistem dan prosedur yang rumit dan menyukarkan. Ini ialah kajian daripada SPRM. Ini telah membuka ruang dan peluang untuk berlaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Antara langkah-langkah yang diambil bagi mereformasi tadbir urus yang cekap dan amanah, kerajaan telah melaksanakan gerakan pemantapan governance, integriti dan anti rasuah di peringkat kebangsaan yang melibatkan penubuhan jawatankuasa. Tadi saya kata Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah yang menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) yang telah dilaksanakan pada tahun 1997. Jawatankuasa Antirasuah (JAR) bagi menggantikan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus yang merupakan mekanisme pelengkap kepada JKKK MKPK sebelum ini. Selain itu, unit integriti di kementerian akan menyemak dan mengkaji sistem dan prosedur di kementerian ataupun jabatan agar tidak lapuk, terlalu rumit dan menimbulkan masalah kerenah birokrasi yang boleh membuka ruang dari berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan.

30 DN 6.12.2018

■1210 Ini juga bagi memastikan sistem dan prosedur jelas, telus, mudah difahami dan didokumenkan. Selain daripada menjalankan siasatan SRPM turut melaksanakan program penyelidikan kepada pegawai kerajaan dan juga orang awam berkaitan keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty juga mencadangkan kerajaan mendidik rakyat menangani rasuah bukan menambahkan hukuman penjara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator salah satu peranan utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinyatakan secara jelas di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mendidik orang ramai. Itu antara yang dinyatakan dalam akta ini. Untuk menentang rasuah serta mendapatkan sokongan- orang ramai dalam menentang rasuah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator saya sendiri juga telah mencadangkan kepada pihak SPRM supaya mungkin boleh menggunakan saluran komunikasi seperti TV, radio untuk mengadakan satu slot khas untuk menerangkan tentang aspek-aspek yang perlu diketahui oleh masyarakat tentang rasuah ini. Antaranya, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu apabila orang hendak mengadu ini, dia akan dilindungi. Sesetengah orang ini dia takut hendak mendedahkan rasuah kerana dia rasa mungkin faktor keselamatan dan sebagainya. Sebenarnya di sana ada wujudnya satu perlindungan saksi ataupun perlindungan kepada pengadu- pengadu yang membuat aduan ini. Akan tetapi, mungkin mereka tidak tahu hak ini. Oleh sebab itu saya telah mencadangkan kepada pihak SPRM supaya mengadakan satu sesi penerangan di... Tuan Manolan bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua? Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri? Sini, sini. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Oh, sorry. Tuan Manolan bin Mohamad: Boleh ya? Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Silakan. Tuan Manolan bin Mohamad: Okey, berkenaan dengan rasuah ini Yang Berhormat Menteri, saya tengok adakah langkah yang patut diambil sebagai contoh, dengan izin, kita mahu transferkan beberapa pegawai yang kita dapat signal, dengan izin, untuk ke jabatan-jabatan lain? Oleh sebab, rasuah in berlaku biasanya bukan seorang, dia ada connection antara seseorang dengan seseorang. Maka, kalau pindahan pegawai berkenaan ke jabatan lain, mungkin connection mereka dengan orang yang kroni mereka ini boleh terputus. Jadi, apakah cara ini juga salah satu untuk menyekat rasuah di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya jabatan-jabatan seperti Imigresen, JPJ dan sebagainya? Mohon, penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Manolan. Sebenarnya Yang Berhormat Senator Tuan Manolan, saya secara jujur saya tidak begitu pasti adakah itu puncanya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Senator Tuan Manolan, oleh sebab soalan ini soalan yang agak baik dan juga penting, izinkan saya mungkin berikan jawapan secara bertulis selepas ini? Kalau sekiranya, kadang-kadang kita terlupa, ataupun overlook, saya harap Yang Berhormat Senator Tuan Manolan dapat mengingatkan saya. Pegawai saya in syaa Allah akan menyediakan jawapan itu. Terima kasih. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, tentang isu ini juga, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty... [Rakaman kurang jelas] Dapat menyedari keperluan untuk memupuk perasaan benci rasuah sejak dari awal kepada generasi pewaris negara ini. SPRM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan menerapkan elemen- elemen anti rasuah ke dalam buku mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk tahun 6.

DN 6.12.2018 31

Bermula daripada tahun 2017, elemen-elemen antirasuah akan dimasukkan ke dalam buku teks Pendidikan Moral bagi Tingkatan 1, tahun 2018 bagi Tingkatan 2, dan tahun 2019 bagi Tingkatan 3. Itu daripada segi pendidikan ya. Selain daripada itu, bermula tahun 2019, pada tahun hadapan, pengenalan berkenaan antirasuah akan diserapkan kepada anak-anak seawal umur sembilan tahun dengan memasukkan elemen tersebut dalam buku pendidikan moral Tahun 3. Di peringkat pengajian tinggi pula, SPRM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memperkenalkan satu projek perintis bagi subjek elektif iaitu Integrasi dan Antirasuah yang ditawarkan pada 67 orang pelajar pada Semester 2, sesi 2017/2018 dan 100 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019. Pihak SPRM juga telah membangunkan modul lengkap subjek Integriti dan Anti Rasuah dan akan meluaskannya ke universiti-universiti awam yang lain. Berkaitan hukuman penjara pula, ia tidak boleh dilihat semata-mata sebagai satu bentuk hukuman atau balasan. Ia juga adalah sebagai satu bentuk pencegahan. Dalam konteks ini, pelaksanaan hukum dianggap mampu menghalang berlakunya kesalahan dan mengulangi kesalahannya dan juga sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan jenayah itu. Selain itu, ia juga boleh bertindak sebagai proses pemulihan atau pembaikan. Teori ini berasaskan kepada pengiktirafan terhadap sifat semula jadi manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga ingin menambah di sini. Saya juga mengharapkan kalau boleh institusi agama, tidak kiralah agama Islam, agama lain juga. Saya rasa dari segi benci rasuah ini merentasi semua agama. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak agama lain, tetapi bagi agama Islam, saya rasa peranan-peranan agamawan untuk memberikan pendidikan ini amat penting. Kalau boleh di peringkat rumah lagi. Dalam hal ini mungkin Parti Islam Se-Malaysia yang ada di sini, boleh memainkan peranan. Tuan Yang di-Pertua, saya ada membaca satu kisah seorang ulama Abdul Qadir al-Jailani tentang bagaimana ibu dia mendidik dia daripada kecil lagi tidak boleh berbohong. Al kisah ceritanya, bila dia telah pergi ke satu tempat, ibu dia bekalkan dengan satu bungkusan emas. Apabila dia dalam proses perjalanan itu, tiba-tiba dia telah disekat oleh pencuri. Pencuri bertanyakan kepada dia, apakah yang dia bawa? Oleh sebab dia diajar untuk tidak berbohong, dia kata saya bawa sekantung emas. Pencuri itu tidak percaya. Oleh sebab dia terlalu jujur. Akan tetapi, itulah dia diajar daripada awal untuk tidak berbohong. Akan tetapi, kita pula, selalu mengajar anak kita berbohong. Kita kata di situ ada hantu, padahal tidak ada hantu pun. Bapa ajar dia bohong. Kalau kamu jadi ini, nanti jadi ini. Jadi, kita ajar berbohong, bila kecil berbohong, besar pun akan berbohong. Oleh sebab itu biar kita bercakap benar. Memang kadang-kadang peritlah Tuan Yang di- Pertua, bila kita bercakap benar kadang-kadang memang peritlah. Akan tetapi, kita kena ajar dari peringkat awal. Saya akuilah memang susah. Memang kita mahu ajar anak kita bercakap benar memang susah. Akan tetapi, itulah yang kita harus laksanakan. Ini supaya kita dapat- oleh sebab itulah saya mahu maklumkan pihak Senat ini, bahawa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang sering kali menegaskan kita mesti terapkan pendidikan di peringkat bawah lagi. Untuk membuat segala perubahan ini mesti ada pendidikan dan mesti di peringkat sekolah lagi. Inilah yang mungkin berlaku di negara-negara yang maju seperti negara-negara Jepun, mereka telah terapkan. Saya pergi ke Korea untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, mereka telah terapkan sifat sukarelawan daripada peringkat sekolah lagi. Jadi, kalau kita pergi ke Korea program-program mereka yang besar-besar begitu ramai sukarelawannya. Baru-baru ini saya menghadiri satu conference berkaitan dengan on peace, lebih kurang 17,000 orang sukarelawan yang telah membantu. Bila saya tanya bagaimana mereka boleh bantu ini? Mereka kata mereka telah diserapkan dari peringkat sekolah lagi. Oleh sebab inilah yang kita cuba tanamkan dalam negara kita ini. Jadi, saya harap pihak agamawan, dari semua agamalah boleh memainkan peranan tidak kiralah Buddha, Kristian, Hindu, of course Islam lagilah, kita mesti pandai untuk kita bentuk masyarakat yang benci kepada rasuah.

32 DN 6.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, itu dari segi agensi-agensi yang saya telah- seterusnya izinkan saya Tuan Yang di-Pertua berpindah kepada agensi Pejabat Perdana Menteri (PMO). Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker. Oh dia keluar ya? Timbalan Yang di-Pertua: Ada, ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tadi dia ada, kan? Timbalan Yang di-Pertua: Ada, ada. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Beliau membangkitkan mengenai hasrat kerajaan untuk mengehadkan tempoh penjawat jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal dan bertanya adakah sama ada memerlukan lebih masa untuk merealisasikan ataupun ia memerlukan kehendak politik? ■1220 Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen kerajaan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Dalam ucapan beliau semasa pembentangan Usul mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan yang mulai ini pada 18 Oktober 2018 yang lalu. Ia selaras dengan janji 12 Manifesto Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengehadkan perjawatan Perdana Menteri kepada dua penggal ini. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dua pertiga berdasarkan Perkara 159(3), Perlembagaan. Buat masa ini kerajaan sedang meneliti dan mengkaji cadangan ini bersama- sama dengan cadangan lain yang memerlukan pindaan Perlembagaan bagi memastikan langkah pelaksanaan akan berjalan dengan lancar dan teratur. Jadi, itulah jawapan yang saya boleh berikan untuk Yang Berhormat Dato’ Sri Ti Lian Ker. Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah yang bertanyakan soalan berkaitan dengan penubuhan dan keanggotaan Electoral Reform Committee (ERC), kenapa tidak dibuat mengikut Perlembagaan Malaysia? Di sini saya rasa ada sedikit kesalah fahaman senator tentang ERC dan juga Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, ERC merupakan sebuah Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji dan mengemukakan cadangan bagi penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya Malaysia. Seperti mana jawatankuasa-jawatankuasa khas lain yang telah ditubuhkan sebelum ini, penubuhan ERC tidak perlu dibuat mengikut perlembagaan. Oleh sebab ia bukan satu suruhanjaya. ERC adalah sebuah jawatankuasa bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana suruhanjaya, termasuk SPR. Oleh sebab itulah tidak timbul ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebab ia tidak perlu pun dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, beliau juga bertanyakan mengapa pihak kerajaan tidak menyediakan sesawang dan aplikasi media sosial untuk mengumpul saranan orang awam terhadap penambahbaikan pilihan raya? Untuk makluman Senator, ERC telah pun membuat perancangan gerak kerja dengan begitu rapi bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Mengikut garis masa, time line yang telah dirancang oleh ERC. Kajian melibatkan tadbir urus dan juga engagement akan dilaksanakan bermula Januari 2019. Kajian libat urus ini juga akan melibatkan pelbagai peringkat, termasuk orang awam dan akan menggunakan pelbagai pendekatan. Bukan sahaja melalui laman sesawang dan media sosial tetapi juga melalui pelbagai lagi pendekatan lain seperti rundingan meja bulat, forum dan pendengaran awam. Oleh demikian, sebarang urusan libat urus bagi mendapatkan pandangan orang awam akan diadakan mengikut peringkat bermula Januari 2019. Buat masa ini, ERC menggunakan aplikasi Tweeter dan Instagram bagi tujuan menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terbaru ERC. Jikalau sekiranya Dewan ini merasakan perlu adanya engagement dengan ERC ini, boleh menulis surat dan saya akan pastikan ERC akan respons dan juga cuba comply ataupun cuba laksanakanlah hasrat untuk mengadakan engagement dengan pihak Senator.

DN 6.12.2018 33

Jadi, sebenarnya untuk makluman Dewan ini, kalau sekiranya tuan-tuan berpendapat ada benda-benda yang kami perlu tahu, boleh menulis surat bila-bila masa, kami terbuka pada cadangan dan sebagainya. Supaya kita dapat menghasilkan satu polisi yang baik untuk kita semua. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, beliau juga bertanya, mengapakah kewujudan reform ini tidak melibatkan Select Committee yang boleh dianggotai oleh Ahli Parlimen dari pelbagai parti dan juga beliau bertanyakan, mengapakah lantikan ERC dan dicadangkan keanggotaan mempunyai setiap parti politik dan kaum di Malaysia? Untuk jawapan ini Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ERC adalah sebuah jawatankuasa kerja yang mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya, ERC memerlukan keanggotaan yang lebih bersifat menyeluruh. Hari ini ERC terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman dan mengurus hal-hal berkaitan pilihan raya, daripada ahli akademik, ahli perundangan dan pertubuhan bukan kerajaan. Termasuk saya difahamkan ada juga di kalangan Senator ini terlibat. ERC juga mempunyai seramai 18 orang ahli terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran dan pelbagai kaum. Untuk makluman Senate, pada masa ini ada beberapa orang anggota ERC ini sedang berkunjung ke Australia untuk mendapatkan feedback system di sana, mungkin kita hendak dipakai di sini. Ini berkaitan dengan reform of election ya. Walau bagaimanapun, keanggotaan ERC lebih menumpukan keanggotaan yang lebih menjurus kepada kepakaran dalam hal-hal berkaitan pilihan raya dan bukan mengikut kuota-kuota tertentu. Namun, bagi memastikan setiap pandangan daripada semua parti politik dan kaum diambil kira, perancangan untuk mengadakan sesi libat urus bersama kementerian telah dibuat. Kajian ERC juga bersifat menyeluruh dan akan mengambil kira semua aspek. ERC juga bersedia menerima apa jua pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh semua pihak. Cadangan akhir hanya akan dibuat selepas kajian yang dijalankan selesai. Jadi, itulah tentang ERC ya. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan tentang ERC. Saya bertanya soalan atau membahaskan tentang ERC ini kerana saya berpendapat ERC ini ialah satu jawatankuasa yang sangat penting kerana ia melibatkan pindaan beberapa perkara, termasuklah perundangan dan sebagainya. Apabila- my concern sebagai contoh, apabila kerajaan memutuskan untuk meminda had umur daripada 21 tahun ke 18 tahun. Apabila ditanya di Parlimen tempoh hari, jawapan Yang Berhormat Menteri mengatakan kajian sedang dibuat. Maknanya, kerajaan seolah-olah memutuskan dahulu sebelum kajian dibuat. Samalah juga macam ERC ini. Kebimbangan kita, kalau kata ERC ini mengeluarkan cadangan-cadangan tertentu tetapi akhirnya kerajaan membuat dahulu keputusan tanpa mengambil kira pandangan-pandangan daripada masyarakat, pandangan-pandangan daripada stakeholders seperti keanggotaan parti-parti lain. Oleh sebab saya bertanyakan soalan fasal parti tadi pun sebab saya kira dalam jawatankuasa yang 11 orang yang sebelum ini terdiri keanggotaannya daripada Parti- parti Bersatu dan juga parti-parti politik kerajaan. Akan tetapi tidak ada parti-parti lain. Ia tidak- keanggotaan NGO dan sebagainya hanya baru-baru ini apabila diputuskan hendak menambahkan anggota kepada 18 orang. Right me if I am wrong, because I didn’t get more information on ERC, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Oleh sebab saya pun tidak tahu di mana hendak dapat maklumat tentang ERC ini. Oleh sebab bila- saya bersetuju tentang electoral reform ini dengan menggariskan beberapa perkara dalam Kajian Separuh Penggal. Akan tetapi pengisian itu kita hendak tahu sebenarnya, macam apa ia punya sebenarnya keseluruhan jawatankuasa ini? Saya juga ada dalam soalan ini, dalam perbahasan saya juga ada menyebut tentang adakah- saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab tentang penglibatan reform on women’s in election.

34 DN 6.12.2018

Oleh sebab kalau kita tengok di British, UK, even though di Australia pun, when they have the Electoral Reform Committee, ERC yang sudah berpuluh tahun, they were still- ia mengambil kira perkara-perkara yang- wanita, kemudian parti-parti politik dan sebagainya. Akan tetapi apabila penubuhan ERC ini, seolah-olah you are confined to your own group of government. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya untuk makluman Senator, saya rasa bila kita memilih anggota ERC ini, kita punya main concern ialah mereka yang ada pengalaman dan juga ada kepakaran dalam isu-isu pilihan raya ini. Oleh sebab kita tidak mahu kita mengambil orang hanya semata-mata kerana namanya tetapi tidak ada pengalaman. Saya hendak beri contohlah, sebagai peguam ini. Kadang peguam ini ramai tetapi peguam yang buat election petition ini tidak ramai sebab ia begitu teknikal. You may be a good lawyer for isu-isu perundangan lain tetapi tiba election petition ini, ia very technical. Kadang-kadang orang yang biasa buat, peguam senior pun pergi mahkamah, kalah dengan peguam junior. Oleh sebab ia tidak begitu mahir dengan ia punya kerumitan undang-undang pilihan raya itu. Oleh sebab itulah dalam hal ini saya rasa memang ERC ini fokus kita kepada mereka yang ada pengalaman. Bagaimanapun, kalau sekiranya ada kelemahan- kelemahan dalam keanggotaan itu, saya rasa tidak ada masalah untuk pihak Senator untuk– mungkin memberikan cadangan. Kalau tidak boleh tulis kepada ERC, boleh tulis kepada saya. ■1230 Pejabat saya boleh menerima apa-apa- kami sekarang pun memang terima macam-macam cadangan. Kadang-kadang yang merentasi bidang kuasa kementerian saya pun, saya terima. Mana yang boleh kita tolong, kita tolong. Jadi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Senator, kalau sekiranya Yang Berhormat Senator berasakan keanggotaan ELC ini mungkin boleh diperluas lagi termasuk hendak masukkan anggota pembangkang, tiada masalah. Kita boleh terbuka dengan itu. Untuk makluman, macam dalam komiti-komiti yang kita ada enam jawatankuasa yang dibentuk dalam Dewan Rakyat, kita memasukkan anggota daripada pembangkang juga. Jadi, saya rasa tiada masalah. Kalau katakan Yang Berhormat Senator sendiri hendak masuk jadi anggota pun boleh, tetapi bergantung kepada penerimaan. Mereka hendak terima atau tidak terima, tetapi boleh mohon. Akan tetapi tiada gaji, saya tidak tahu ada elaun atau tidak. Akan tetapi jangan mengharapkan gaji yang lumayan sebab ini kita hendak tolong untuk rakyat. Tentang wanita dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua, segala yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah tadi saya amat bersetuju dan saya kata saya akan cuba bangkitkan. Bagaimanapun, saya harap Yang Berhormat Senator dapat menulis surat kepada saya secara spesifik, memberikan pandangan-pandangan yang tadi supaya saya dapat mengambil langkah yang baik. Tolong tulis. You can write as soon as possible. Kalau hendak sekarang pun tidak ada masalah. Nanti sekejap pergi dekat kafe buat surat sekejap. Tidak taip pun tidak apa, tulis tangan pun tidak apa. Make sure legible, saya boleh baca. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak payah tulis surat pun tidak apa. You can just read my Hansard which is consider as official statement di dalam... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Buatlah surat, nampak serius sedikit. Apa main Hansard. Tulis suratlah... Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Habis tulis tangan ini... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: No, tulis tangan tidak ada masalah. Saya hendak beritahu dengan- sekejap Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah, saya hendak beritahu, kita ini tidak hendak terlalu formaliti sangat. Akan tetapi kalau boleh ada satu surat itu nampak komitmenlah. Untuk makluman, yang ini saya setuju dengan India. Di India, dia ada satu dipanggil PIL iaitu public interest litigation. Ini di mana orang awam boleh tulis surat kepada Mahkamah Persekutuan even di atas kertas-kertas tisu pun mahkamah akan dengar. Itu PIL dipanggil, public interest litigation.

DN 6.12.2018 35

Mungkin Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi tahu tentang perkara itu. Jadi, di Malaysia pun saya rasa tidak ada masalah. Akan tetapi of course kalau saya boleh rujuk, tidak ada masalah. Tidak ada masalah Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariayah, saya boleh rujuk. Cumanya kalau Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah tulis surat kepada kita, nampak keseriusan. Keseriusan itu yang kita pentingkan. Bila hendak minta tolong itu, kenalah orang Melayu kata, kena beradab sikitlah. Itu maksudnya. Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah jangan marah. Puteri UMNO ini sekarang jangan marah-marah ya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya kepada Yang Berhormat Senator Datuk- nama ini maaflah kalau saya sebut salah. Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind. Beliau mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti berikut. Negeri-negeri Melayu satu, negeri Semenanjung dan negeri Borneo, Sabah dan Sarawak. Pindaan ini membolehkan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak diselaraskan dengan Yang di-Pertua Negeri. Apa yang beliau cadangkan ini sebenarnya ini sebelum pindaan tahun 1974, dia hendak kembali kepada sebelum pindaan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Senator, penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963. Ada tiga dipanggil jawatankuasa. Satu dipanggil Jawatankuasa Pemandu, satu Jawatankuasa Teknikal, satu lagi Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Pemandu itu dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jawatankuasa Teknikal, saya salah seorang anggotanya. Jadi, jawatankuasa ini merupakan manifesto janji 40 Buku Harapan iaitu untuk mengembalikan semula hak autonomi Sabah dan Sarawak ke kedudukannya yang sebenar iaitu sebagai rakan sekutu- equal partners, dengan Kerajaan Persekutuan selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1993. Jawatankuasa khas tersebut juga mengkaji dan meneliti semua perkara aspek yang diperlukan untuk merealisasikan janji tersebut termasuklah mengesyorkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian. Cadangan daripada Yang Berhormat Senator saya akan ambil maklum dan saya akan ucapkan terima kasih di atas cadangan tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Senator yang sama juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 berbincang dan menyelesaikan pemilikan hasil minyak di Sabah mengikut undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia hanya akan bersidang buat kali pertama pada 17 Disember 2018. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti isu-isu yang akan diberikan keutamaan. Setiap proses semakan terhadap tuntutan hak autonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak adalah berpandukan kepada apa-apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga Malaysia report of the Inter-Governmental Committee. Jadi saya rasa Yang Berhormat Senator tidak perlu khuatir sebab orang kita masukkan dalam Jawatankuasa Pemandu ini ialah mereka yang boleh membuat keputusan. Antaranya Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Walaupun ada dibangkitkan dalam Dewan Rakyat, dia kata kenapa keanggotaan ini agak tidak seramai yang dia hendak. Akan tetapi kita kata kita hantar orang-orang yang boleh buat keputusan, yang ada autoriti buat keputusan. Oleh sebab itu kita lantik antaranya anggota daripada Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak dan mereka boleh ada autoriti untuk membuat keputusan. Inilah yang akan membantu kita untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang tertunggaklah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook. Kalau saya sebut salah saya minta maaf. Beliau membangkitkan tentang kepentingan perkhidmatan front desk kementerian. Oleh itu, beliau mencadangkan agar pegawai berkebolehan dan pakaian yang sewajarnya disediakan di front desk demi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Saya tahu pakaian ini apa yang dimaksudkan.

36 DN 6.12.2018

Jawapannya, kerajaan telah mewujudkan skim perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan yang berkemahiran dalam pengurusan pelanggan. Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1, Tahun 2008 telah mengeluarkan panduan pengurusan perhubungan pelanggan yang merupakan satu pendekatan holistik bagi penawaran perkhidmatan awam untuk memenuhi kehendak dan expectation, dengan izin, pelanggan dalam mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan. PKPA Bil. 1/2008 menggariskan ciri-ciri kualiti perkhidmatan awam yang menjadi teras pengurusan perhubungan pelanggan awam dalam aspek yang berikut: (i) perancangan pengurusan pelanggan; (ii) penawaran perkhidmatan; (iii) interaksi pelanggan; (iv) pengurusan prestasi; dan (v) budaya berteraskan perkhidmatan pelanggan. Seterusnya, kementerian, jabatan dan agensi juga telah mewujudkan kaedah penilaian di kaunter yang boleh disertai oleh pelanggan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Selain penilaian melalui kaunter, aduan atau cadangan penambahbaikan boleh juga disalurkan melalui telefon, e-mel, laman sesawang, media sosial dan kaunter bergerak di bawah kementerian, jabatan atau agensi tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Senator Tuan Aknan lagi membangkitkan isu tentang adakah kerajaan menimbangkan- beliau meminta kerajaan mengurangkan birokrasi di kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dengan memastikan semua aduan awam dibalas. Beliau seterusnya mencadangkan satu SOP untuk menangani isu ini. Ini juga satu isu yang sebenarnya sudah lama tertunggak. Saya rasa terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang bertanyakan soalan ini. Jawapan saya ialah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi pusat berperanan untuk merangka dasar dan garis panduan sektor awam bagi membantu kementerian, jabatan atau agensi mengurangkan kerenah birokrasi melalui khidmat nasihat dan cadangan bagi menambahbaikkan proses dan prosedur kerja. Bagi tujuan itu, MAMPU telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk menambah baik proses dan prosedur kerja di kementerian, jabatan atau agensi seperti berikut. Kementerian kit kerja perekayasaan. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. “Perekayasaan”, saya pun tidak pernah dengar perkataan ini. ■1240 Ini perkataan apa pun saya tak tahulah, perkataan Bahasa Malaysia tetapi I don’t know the meaning pun- sebab in English, this is our problem-lah, perkataan- perkataan baru ini. What is the meaning? Mana saya punya pegawai?... [Bertanya kepada pegawai kementerian] In English apa?... Engineering! Oh, cakaplah engineering, kenapa susah sangat? Kit kerja, dengan izin, engineering process dan prosedur kerja, business process reengineering tool kit. Manual, ah susah lagi satu ini. Engineering process dan prosedur kerja bagi sektor awam dan PKPA, Bil. 1, Tahun 2002, Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja di Sektor Awam. Seterusnya bagi tujuan pengurusan aduan awam. Kementerian, jabatan dan agensi mengguna pakai SOP, standard operating procedure seperti yang berikut; yang pertama, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bil. 1, Tahun 2009 – Penambahbaikan Proses Pengaduan Awam. Contoh, dalam pekeliling ini dikurangkan hari yang daripada 41 hari kepada lima hari bekerja, kalau ada aduan dan sebagainya. Maknanya ada perubahan, telah ada perubahan Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Bil. 1, Tahun 2008 – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

DN 6.12.2018 37

Ketiga, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bil. 2, Tahun 2008 – Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi- agensi Kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada mungkin agensi yang terakhir yang ada di sini iaitu agensi yang melibatkan Jabatan Peguam Negara. Yang Berhormat Senator Puan Asmak Husin ada ya daripada Kelantan, meminta agar kerajaan berusaha untuk menerangkan kepada rakyat agar memahami federalisme. Secara mudahnya federalisme ini ialah antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Kita antara negara yang menjalankan sistem federalisme. Jadi selaras dengan sistem Persekutuan federalisme yang diamalkan di Malaysia, pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri diperuntukkan dengan jelas dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan. Pembahagian kuasa ini adalah berdasarkan konsep Persekutuan yang berteraskan ciri bahawa kuasa setiap institusi dikawal selia oleh undang-undang Persekutuan iaitu Perlembagaan Persekutuan. Keduanya, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan tentang pembahagian sumber kewangan atau pendapatan antara Persekutuan dan negeri- negeri. Sebagai contoh, Perkara 109 Perlembagaan meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pemberian kewangan kepada kerajaan negeri yang dikenali sebagai pemberian mengikut kepala dan pemberian penyelenggaraan jalan-jalan negeri, Kerajaan Persekutuan juga perlu mengadakan kumpulan rizab wang negeri bagi tujuan pembangunan dan menambah hasil negeri mengikut Fasal 6, Perkara 109, Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, memang pada rejim yang lepas memang saya akuilah, contohnya Kerajaan Kelantan juga kadang-kadang dianaktirikan yang bertentangan dengan semangat federalisme itu. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan baru ini kita akan cuba sedaya upaya kita untuk memastikan federalisme ini betul-betul, spirit dan rohnya betul-betul dipatuhi. Konsep federalisme juga turut dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang pembahagian kerusi Parlimen di kalangan negeri-negeri. Dalam hal ini Perkara 45, dan Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keahlian bagi Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam memastikan wakil daripada setiap negeri mempunyai suara dan turut serta mengambil bahagian dalam membuat apa-apa keputusan di peringkat Persekutuan. Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan badan perundingan dan mekanisme consultative bodies and mechanism yang bertujuan untuk menyeragamkan dasar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam perkara- perkara tertentu yang menyentuh tentang bidang kuasa serta kepentingan kerajaan negeri. Contohnya, Majlis Kewangan Negara yang ditubuhkan di bawah Perkara 108 Perlembagaan dan Majlis Tanah Negara di bawah Perkara 91, Perlembagaan Persekutuan. Pembahagian kuasa juga yang jelas antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan jaminan hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, itu antara yang saya dapat beri jawapan. Kalau sekiranya jawapan-jawapan saya tidak lengkap ataupun tidak memuaskan, saya mohon kemaafan. Walau bagaimanapun, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Senator yang membangkitkan isu-isu dalam RMKe-11 ini dan mudah-mudahan segala isu yang dibangkitkan itu dapat kita capai satu hasil yang baik untuk rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin daripada Jabatan Perdana Menteri, Menteri kita dan kita dah dengar jawapan-jawapan yang panjang dan tepat. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik, dipersilakan.

38 DN 6.12.2018

12.46 tgh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Bismillah Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga saya ucapkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sama membangkitkan beberapa isu. Saya berdiri pada pagi ini untuk memberikan jawapan bagi beberapa agensi yakni termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU, bagi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN), jawapan juga bagi Khazanah Nasional Berhad, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ataupun SPP dan akhir sekali untuk Unit Pembangunan Ekonomi bagi Masyarakat India ataupun (SEDIC). Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan mengambil bahagian di dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan jabatan-jabatan tersebut. Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat percaya bahawa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang mana bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana tumpuan kita berikan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat merupakan satu reformasi yang amat penting terhadap dasar yang sedia ada dalam meletakkan Malaysia kembali kepada satu landasan yang tepat supaya kita boleh kembali menjadi Harimau Asia. Kerajaan sentiasa komited dalam merancang pertumbuhan ekonomi dan inisiatif pengukuhan fiskal yang seimbang tanpa merencatkan prospek pertumbuhan dan memastikan tidak ada golongan yang terpinggir ataupun yang tertinggal. Tuan Yang di-Pertua, bagi Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU. Saya ingin memulakan penggulungan ini dengan menyentuh isu-isu yang telah dibangkitkan berkaitan dengan ICU. Saya mengambil maklum satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing pada 4 Disember 2018 berkaitan dengan ketidakadaan peruntukan di dalam Belanjawan 2019 untuk pengukuran tanah adat di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian yang khusus kepada masyarakat di negeri Sarawak dengan menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi Program Pengukuran Tanah Hak Adat ataupun, dengan izin, Native Customary Rights (NCR) di Sarawak. Program ini dimulakan pada tahun 2010. Sejak ia dimulakan, sejumlah RM148 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak di bawah peruntukan pembangunan khas untuk program pengukuran tanah NCR di Sarawak. Selain peruntukan pembangunan yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan tambahan khas berjumlah RM11.1 juta yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan. ■1250 Dengan itu secara keseluruhannya, bagi NCR di Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM159.1 juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejak 2010. Untuk makluman, bagi tahun 2019, Kerajaan Persekutuan komited, terus komited untuk membantu kerajaan negeri Sarawak bagi menyelesaikan pengukuran NCR dan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM21.5 juta di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas bagi melaksanakan program pengukuran NCR di Sarawak ini.

DN 6.12.2018 39

Saya juga mengambil maklum isu berkaitan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang pada 4 Disember 2018 berkaitan dengan mekanisme yang digunakan untuk pengukuran tanah NCR di negeri Sabah. Selain itu Yang Berhormat ini juga telah membangkitkan mengenai kriteria pemilihan kawasan bagi tujuan pengukuran NCR di negeri Sabah dan apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi konflik yang timbul di dalam pertikaian di antara penduduk dan syarikat di dalam pemberian Geran Komunal. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah hak adat ataupun Native Customary Right (NCR), dengan izin, ialah hak istimewa yang diberikan kepada anak negeri Sabah. Pemberian milik tanah NCR ini hanyalah kepada anak negeri Sabah dan ia tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah. Mekanisme sedia ada bagi pengukuran tanah NCR di Sabah adalah seperti berikut. Permohonan tuntutan tanah NCR oleh anak negeri Sabah dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) yang telah disokong oleh Ketua Kampung dan disahkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah. Seterusnya kawasan NCR yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Ukur, pengukuran dilaksanakan melalui kaedah pantas ataupun perkhidmatan tanah anak negeri Sabah iaitu pengukuran tanah NCR bagi kawasan tanah kerajaan yang telah diduduki dan diusahakan secara turun temurun oleh anak negeri. Pengukuran dilaksanakan secara berkelompok oleh pasukan juruukur JTU. Kaedah telah membantu mempercepatkan proses pengeluaran hak milik tanah kepada anak negeri serta menjimatkan masa dan juga kos pengukuran tanah NCR. Kaedah pengukuran tanah NCR di Sabah adalah melalui pengukuran tanah NCR secara individu kepada anak negeri Sabah yang telah disahkan mempunyai hak NCR di bawah seksyen 14, 15 dan 16, Ordinan Tanah Sabah, Bab 68. Tanah-tanah NCR yang telah diukur akan dikeluarkan geran individu native title, dengan izin. Seterusnya kriteria pemilihan kawasan NCR untuk pengukuran adalah seperti berikut. Kawasan hendaklah, mestilah tanah kerajaan iaitu tidak diberi hak milik kepada mana-mana pihak lain dan tidak diwartakan untuk apa-apa tujuan awam. Seterusnya kawasan itu telah diusahakan oleh anak negeri Sabah mengikut kriteria di bawah seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa isu di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tiga ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang dan Yang Berhormat Senator Datuk Isa bin Ab. Hamid yang telah membangkitkan isu mengenai JAKOA. Saya mengambil maklum pertama sekali isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad pada 4 Disember 2018 berkaitan dengan cadangan supaya Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam isu pewartaan tanah adat Orang Asli dan mencari formula untuk menyelesaikan isu pewartaan tanah adat ini. Yang Berhormat juga telah menyatakan kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta untuk pembangunan Orang Asli. Namun pendapatan isi rumah Orang Asli ini masih tidak meningkat. Yang Berhormat ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Orang Asli di luar bandar dan langkah kerajaan untuk menyelenggarakan atau mengelola pengurusan tanah komersial Orang Asli seperti yang diusahakan oleh FELCRA dan FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam isu berkaitan tanah masyarakat orang Asli, peranan yang dimainkan oleh JAKOA adalah untuk melaksanakan kerja-kerja ukur di penempatan orang Asli dan memanjangkan permohonan pewartaan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri. Keputusan pewartaan sama ada di bawah Kanun Tanah Negara seksyen 62 ataupun di bawah seksyen 6, atau seksyen 7, Akta Orang Asli 1954 adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menyedari kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kementerian ini terus mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri terhadap status permohonan dan isu-isu yang berbangkit di kawasan orang-orang Asli di seluruh Semenanjung.

40 DN 6.12.2018

Pada masa ini tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang di negara ini sama ada di peringkat negeri ataupun Persekutuan yang mengiktiraf serta mempunyai konsep tanah adat Orang Asli. Walau bagaimanapun, menyedari tuntutan dan kepentingan tanah adat kepada masyarakat Orang Asli, JAKOA terus komited mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan supaya tanah-tanah untuk kegunaan masyarakat Orang Asli baik meliputi tanah kediaman ataupun tanah kawasan pertanian, kubur-kubur lama dan kawasan mencari hasil hutan diwartakan mengikut peruntukan undang-undang serta penggubalan peraturan yang sedia ada di kerajaan negeri untuk kegunaan masyarakat Orang Asli. Bagi isu berkaitan peningkatan pendapatan isi rumah Orang Asli, Jabatan Perdana Menteri melalui JAKOA akan melaksanakan pelbagai program bagi tujuan meningkatkan pendapatan Orang Asli. Program-program ini telah dilaksanakan juga sebelum ini termasuklah pemerkasaan pembangunan ekonomi yang berdaya maju seperti Program Pembangunan Usahawan dan bantuan input pertanian kepada Orang Asli. Pelan strategik JAKOA bagi tahun 2016 ke 2020 telah menggariskan strategi bagi pemerkasaan ini dan akan dijadikan rujukan utama pelaksanaan. Seterusnya JAKO berjanji akan memastikan projek tanah komersial sama ada getah ataupun kelapa sawit diberikan fokus bagi mencapai matlamat sebenar projek ini dan juga matlamat akhir di mana kita ingin menyerahkan ladang-ladang ini supaya ditadbir urus sendiri oleh Orang- orang Asli sekiranya mereka mampu. Peruntukan tahun 2019 bagi pembangunan modal insan akan digunakan dengan optimum bagi memastikan bantuan kewangan dan pengurusan, kursus-kursus peningkatan kemahiran dapat diteruskan serta persiapan kepada Orang Asli bagi memperkasakan mereka, menyediakan mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan. Berkenaan dengan isu tanah komersial tanah Orang Asli seperti FELCRA dan FELDA, Jabatan Perdana Menteri melalui JAKOA akan menyelenggarakan ladang komersial Orang Asli berdasarkan beberapa langkah. Yang pertama bagi projek ladang komersial di bawah pengurusan RISDA, sebanyak 18 buah projek seluas 2,559.14 hektar masih dalam tempoh pembangunan. Ini belum berhasil yang melibatkan seramai 647 orang peserta. Manakala bagi projek yang berada di kategori belum matang, JAKOA telah memohon peruntukan bagi menyelenggarakan projek ini pada Rolling Plan Keempat tahun 2019 di bawah Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli. Bagi projek di bawah FELCRA pula, terdapat 19 projek FELCRA berkeluasan 2,962.17 hektar telah mula melaksanakan proses tanam semula bermula pada tahun 2015. Peruntukan program tanam semula ini dibiayai menggunakan sumber pinjaman yang akan disediakan oleh pihak FELCRA. Proses penanaman semula dilaksanakan bagi tanaman yang telah menjangkau usia 25 tahun hingga ke 30 tahun dan tidak lagi ekonomik. Dijangka dengan pelaksanaan program ini akan meningkatkan insya-Allah pendapatan Orang Asli apabila ia membuahkan hasil kelak. Yang Berhormat juga pada 4 Disember 2018 telah membangkitkan isu mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan projek- projek perumahan di kampung-kampung Orang Asli digunakan sepenuhnya mengikut objektif yang ditetapkan dan ingin mengetahui adakah objektif ini sudah tercapai ataupun tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek perumahan di perkampungan Orang Asli dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ataupun SPKR, Kementerian Pembangunan Luar Bandar... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagi. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Panjang lagi Tuan Yang di-Pertua, kita sambung lepas lunch. Timbalan Yang di-Pertua: Panjang lagi, Yang Berhormat Puan Hajah, dan ini Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Md. Farid dapat menyambunglah lepas tengah hari ya. Jadi Yang Berhormat, pagi ini pun banyak ilmu kita dapat ya dengar mereka beri ucapan ya. Sekarang pukul 1 tengah hari, sekarang saya tangguhkan mesyuarat Dewan hingga jam 2.30 petang. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang] DN 6.12.2018 41

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] ■1430 [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan kita minta sambung perbahasan kita, dipersilakan.

2.32 ptg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Saya ingin menyambung perbahasan yang menyentuh isu berkaitan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Tadi ada satu isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad pada 4 Disember 2018. Beliau membangkitkan isu mengenai, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan projek-projek perumahan di kampung-kampung Orang Asli ini diguna sepenuhnya mengikut objektif yang telah kita tetapkan dan ingin mengetahui adakah objektif ini sudah tercapai ataupun tidak? Untuk makluman Yang Berhormat, projek perumahan di perkampungan Orang Asli dibina seperti saya katakan tadi di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagi memastikan projek-projek perumahan yang dibina ini didiami dan digunakan sepenuhnya, antara langkah yang telah diambil adalah dengan memastikan hanya ketua isi rumah yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebagai penerima rumah layak untuk menerima. Selain daripada itu, rumah yang dibina turut kita lengkapi dengan kemudahan asas, tentunya dengan bekalan elektrik, bekalan air agar ia selesa untuk didiami. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, sepanjang RMKe- 11, bermula daripada 2016 hingga ke 2018, sebanyak 691 unit rumah baru telah dibina kepada Orang Asli dengan kos sebanyak RM30 juta untuk manfaat masyarakat Orang- orang Asli. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, ada? Ada. Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat telah membangkitkan pada 4 Disember 2018, mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya Orang Asal dalam membantu golongan minoriti. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA sentiasa mengalu-alukan inisiatif yang membawa manfaat dan melindungi kepentingan masyarakat Orang Asli. Namun begitu, pada masa ini JAKOA juga telah dan sentiasa mengambil pendekatan bottom up dari semua perancangan dasar serta pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Orang Asli, termasuklah dari segi isu tanah. Sememangnya JAKOA telah pun mempunyai mekanisme sendiri yang sedia ada iaitu Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang mana ia berperanan untuk menasihati dan memantau perancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Majlis berkenaan di pengerusi kan oleh Yang Berhormat Menteri dan lima daripada 23 orang keanggotaan ahli adalah terdiri daripada masyarakat Orang Asli. Selain daripada itu, majlis mesyuarat berkenaan turut dianggotai Exco luar bandar dari kerajaan negeri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Kerajaan Persekutuan, NGO-NGO dan juga ahli akademik yang berkaitan. Selain itu, dalam pembentangan mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal atau Orang Asli, SUHAKAM oleh pasukan petugas kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asli, Asal (JKKHTOA) yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu telah memutuskan syor ke-18. Iaitu menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan yang bebas mengenai Orang Asli ataupun Orang Asal digugurkan dan kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung Hak Tanah Orang Asli.

42 DN 6.12.2018

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid, pada 5 Disember 2018 bertanya mengapakah JAKOA dipindahkan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada Jabatan Perdana Menteri tanpa sebarang ada konsultasi daripada pihak- pihak berkepentingan terlebih dahulu? Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan daripada semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan awam dibangunkan berdasarkan prinsip keutuhan tadbir urus dengan etika korporat bagi memastikan adanya peningkatan prestasi dan produktiviti. Berdasarkan kepada prinsip dan matlamat tersebut, keputusan diambil mengenai perpindahan urus tadbir JAKOA daripada Jabatan Pembangunan Luar Bandar ke Jabatan Perdana Menteri, secara dasarnya adalah untuk penambahbaikan hala tuju JAKOA. Kita sedia maklum bahawa fungsi JAKOA secara umumnya berfokus kepada pembangunan luar bandar. Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi iltizam melalui perpindahan ini, penyelarasan semula fungsi sedia ada dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan segera untuk memastikan JAKOA boleh mencapai matlamat sebenar penubuhannya. Penyelarasan semula fungsi JAKOA dijadikan penanda aras baru dalam menjadikan ia adalah satu jabatan yang bukan sahaja berfungsi kepada kemajuan Orang-orang Asli, malah membela dan menjaga hak dan kebajikan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat, selain itu perpindahan ini juga dilihat perlu setelah mengambil kira keperluan dan kehendak semasa masyarakat Orang Asli. Dalam masa yang sama, penyusunan ini akan menjadi tulang belakang kepada JAKOA bagi menggerakkan perancangan-perancangan yang telah di rencana untuk manfaat masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat juga mencadangkan agar JAKOA... Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Mohon mencelah. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Silakan. Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Saya mengucapkan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri tentang penjelasan tadi sangat baik dan jelas. Cuma, saya melihat apabila memindah JAKOA daripada KPLB kepada JPM, mestilah memastikan bahawa delivery system itu, dengan izin, dengan lebih baik. ■1440 Kedua, minta pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa JAKOA mesti dinaiktarafkan, reorganization sebab ketidaklaksanaan dan ketidakmampuan JAKOA adalah kerana perjawatan yang rendah, pengisian jawatan yang banyak masih kosong lagi. Inilah yang menjadikan ketidakupayaan pelaksanaannya. Mohon, kalau dapat dalam pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa reorganization ini juga salah satu daripada yang dirancang dalam perpindahan daripada KPLB ke JPM ini. Terima kasih. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Kita memang ambil maklum. Seperti mana yang kita tahu, jabatan seperti JAKOA ini adalah satu jabatan yang mana ia banyak menjalankan kerja-kerja di peringkat luar bandar dan logistical difficulty, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang dihadapi oleh JAKOA ini adalah amat besar. Kekangan apabila berlaku kekurangan daripada perjawatan ini semestinya hamper sedikit dari segi delivery kerja-kerja yang perlu dibuat oleh pihak JAKOA. Kita ambil maklum kepada Yang Berhormat Senator yang telah mencadangkan tadi. Kita sentiasa melihat bagaimana dengan kesesuaian perbelanjaan peruntukan yang kita ada, kita dapat menambahkan lagi perjawatan-perjawatan pegawai kita yang terlibat terutamanya di peringkat akar umbi untuk memastikan segala dasar dan segala hala tuju dan juga perkara-perkara, program-program yang ingin kita laksanakan di kampung-kampung Orang Asli ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

DN 6.12.2018 43

Kita lihat Yang Berhormat, bahawa Orang Asli ini, maknanya kita tahu dengan bilangan hampir lebih daripada 200,000 orang di Semenanjung Malaysia adalah golongan minoriti. Akan tetapi golongan minoriti ini masih lagi banyak yang tertinggal, malah tertinggal bukan sahaja daripada kemudahan asas. Terdapat kampung-kampung yang mana walaupun kita sudah berbelanja berjuta-juta Ringgit, tetapi disebabkan kesusahan logistik daripada segi jarak, lokasi dan sebagainya, ada lagi mungkin dalam 10 peratus ke 15 peratus kampung-kampung yang belum kita dapat sepenuhnya bekalkan dengan kemudahan elektrik, kemudahan air terawat dan sebagainya. Salah satu lagi kesusahan yang mana Yang Berhormat Senator juga sedia maklum, ada kalanya di perkampungan Orang Asli ini terdapat perkampungan- perkampungan serpihan. Kita menjuruskan pembangunan yang dibawa oleh JAKOA di kawasan-kawasan yang telah diwartakan dengan kerjasama pihak kerajaan negeri dan sebagainya. Jadi, perkara ini perlu kita perhalusi. Isu Orang Asli ini adalah satu isu yang amat penting dan sebab itu kita di Jabatan Perdana Menteri berpendapat bahawa kumpulan-kumpulan minoriti diletakkan di bawah satu payung naungan di bawah JPM. Ini supaya fungsi JAKOA ini dapat kita selaraskan lagi, tambah baikkan lagi seperti mana yang saya katakan tadi, bukan sahaja kita bertindak memastikan bahawa ia dapat membawa pembangunan kepada masyarakat Orang Asli, malah menjaga hak, membela hak dan juga menjaga kebajikan Orang Asli. Ini termasuklah dari segi pendidikan, hartanah, akses kepada kemudahan- kemudahan asas yang mana telah dinikmati oleh semua rakyat Malaysia yang lain. Seterusnya Yang Berhormat Senator, Yang Berhormat Senator mencadangkan tadi yang mana JAKOA dinaiktarafkan, disusun semula, diberikan autonomi yang lebih untuk membolehkan jabatan ini melaksanakan tugas dengan lebih efektif. Jabatan Perdana Menteri mengucapkan terima kasih di atas cadangan berkenaan. JPM akan melihat semula segala sudut pentadbiran JAKOA yang mana ia boleh diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan JAKOA berdasarkan keperluan semasa. Ini memandangkan kecekapan organisasi adalah keutamaan kerajaan pada masa ini. Satu benda lagi yang ingin saya bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita merasakan ada keperluan terutamanya apabila JAKOA berurusan dengan tanah-tanah adat Orang Asli ini dari segi pentadbiran kita merasakan dan telah diperbincangkan bahawa keperluan satu badan perundangan itu diletakkan sendiri di bawah JAKOA. Ini untuk makluman tambahan. Jadi, benda ini we are, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, working on it untuk memastikan bahawa seperti yang saya katakan tadi, fungsi JAKOA, kebajikan Orang Asli, hak Orang Asli ini akan terus dijaga dengan lebih baik. Mana yang telah baik dilakukan oleh kerajaan terdahulu, kita teruskan. Mana yang boleh ditambah baik lagi, kita akan lakukan dengan sebaik yang mungkin. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty telah menyentuh mengenai isu penubuhan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat yang sebelum ini dinamakan MPKN. Untuk makluman Yang Berhormat Senator dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan sebenarnya melihat kepentingan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR), kita ingin menjenamakan semula Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN) yang ditubuhkan sebelum ini pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Usaha ini adalah satu langkah positif untuk mempertingkatkan lagi penyatuan nasional. Ini kerana kita lihat majlis ini akan berfungsi sebagai satu badan bebas yang boleh menasihati kerajaan mengenai hal ehwal perpaduan negara yang mana bagi merintis jalan penyelesaian ke arah merapatkan lagi jurang yang boleh memecahbelahkan masyarakat dan menghalang perpaduan. Pihak kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) sedang dalam fasa akhir menyediakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri bagi tujuan pembentangan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan untuk majlis konsultasi ini ditubuhkan.

44 DN 6.12.2018

Kita berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apa yang telah berlaku, kita telah menghantar the representation daripada negeri-negeri lain sudah cukup tetapi kita masih lagi menunggu jawapan daripada Sabah dan Sarawak. Hopefully bila sudah dapat wakil-wakil daripada negeri tersebut, satu majlis dapat ditubuhkan at least pada dua tahun period yang pertama daripada tahun 2019 hingga tahun 2021. Keahlian Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat ini semestinya akan diambil daripada kalangan individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan individu- individu yang mempunyai pengalaman serta komitmen terhadap memperkukuhkan lagi perpaduan negara dan kesejahteraan rakyat secara amnya. Mereka dipilih mestilah mempunyai kredibiliti, bersifat inclusive, bersifat terbuka, seorang yang neutral dan mempunyai pandangan yang constructive serta mewakili pelbagai kaum, agama termasuklah mewakili golongan-golongan minoriti bagi memastikan objektif penubuhannya kelak dapat direalisasikan ke arah meningkatkan penyatuan nasional. Seterusnya, saya ingin menyentuh isu berkenaan dengan Khazanah Nasional Berhad... Datuk Razali bin Idris: [Bangun] Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Silakan Yang Berhormat Senator. Datuk Razali bin Idris: Saya hendak tanya satu soalan pendek, apakah pihak kementerian tidak berhasrat menubuhkan jawatankuasa yang disebutkan tadi di peringkat negeri-negeri? Terima kasih. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Soalan itu sebenarnya, kita ingin menubuhkan peringkat jawatankuasa tersebut di peringkat kebangsaan terlebih dahulu. Di peringkat negeri, kita mempunyai jentera daripada Jabatan Perpaduan kita sendiri, daripada pegawai-pegawai perpaduan negeri, pegawai-pegawai perpaduan daerah. Adalah amat penting daripada segi- because kita hendak dapatkan dahulu perbelanjaan dan bajet untuk jawatankuasa ini diluluskan di peringkat kebangsaan. Perkara itu akan kita membincangkan lagi, perhalusi lagi yang mana fungsi kalau boleh diperluaskan di peringkat negeri adalah amat baik. Akan tetapi dari segi jentera yang kita ada sekarang ini, kami di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang kita sudah tahu, sebenarnya kita memang mempunyai satu tugas yang amat berat dan kekangan kewangan yang kita ada memang dirasai, tetapi benda ini kita tetap jalankan. Tugas-tugas perpaduan ini sebenarnya tidak pernah habis, sentiasa berhadapan dengan macam-macam dugaan dan masalah seperti mana yang kita tah akhir-akhir ini. Benda ini saya akan ambil maklum Yang Berhormat Senator dan kita akan bincangkan lagi dengan pihak Menteri dan juga pihak pengurusan di Jabatan Perpaduan Negara. Kita lihat kalau ada keperluan bagaimana seperti mana yang kita cadangkan oleh Yang Berhormat Senator, kita akan cadangkan supaya jawatankuasa ini juga dipanjangkan ke negeri-negeri untuk memastikan bahawa fungsinya itu dapat diperluaskan lagi bagi peringkat kerajaan negeri. ■1450 Yang Berhormat, seterusnya pada isu yang dibangkitkan berkenaan dengan Khazanah Nasional oleh Yang Berhormat Senator Haji Yahaya bin Mat Ghani, ada? Tiada. Boleh Tuan Yang di-Pertua mohon berikan jawapan bertulis? Unless kalau ada Yang Berhormat Senator di sini ingin penjelasan. Tiada? Okey. Baiklah. Sekarang kita berpindah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusoff, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Muhammad; dan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, ada?... Tiada. Saya berikan yang bertulis. Timbalan Yang di-Pertua: Ramai yang tidak ada. Elok kalau dapat beri Yang Berhormat... Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Yang Berhormat Senator Ismail ada? Maaf Yang Berhormat Senator.

DN 6.12.2018 45

Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusof pada 3 Disember 2018, telah memberikan cadangan bahawa diwujudkan satu mekanisme ataupun penanda aras untuk penjawat awam yang boleh membebaskan penjawat awam daripada cengkaman politik. Yang Berhormat Senator juga mencadangkan bahawa government of the day perlu- istilah ini perlu dikaji semula agar kakitangan awam lebih profesional terhadap kod etika dan tindakan pihak eksekutif tidak mengatasi ketaatan government of the day. Selain turut mencadangkan kerajaan membentuk satu penanda aras atau mekanisme yang jelas berkaitan dengan check and balance di dalam tadbir urus sektor perkhidmatan awam. Ini adalah satu cadangan yang amat baik Yang Berhormat. Selaras daripada Manifesto Pakatan Harapan di bawah Teras 2 iaitu Mereformasi Institusi Pentadbiran dan Politik di bawah Janji 21, yang mana memperkasakan perkhidmatan awam ia dilihat secara jelas mengiktiraf sektor perkhidmatan awam sebagai tulang belakang pelaksanaan dasar-dasar negara. Justeru itu, penjawat awam dilihat perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya agar mereka boleh melaksanakan tanggungjawab secara profesional tanpa tekanan, tanpa ancaman, without fear or favor, dengan izin. Kerajaan akan meletakkan perkhidmatan awam ini kembali ke tempat sewajarnya dengan memastikan para pegawai kerajaan tidak lagi terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Bagi menjamin keharmonian ekosistem perkhidmatan awam, pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kerajaan khususnya melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dalam memacu perubahan selari dengan hala tuju baharu negara. Jabatan Perkhidmatan Awam sedang merangka satu rang undang-undang yang dinamakan ‘Rang Undang-undang Perkhidmatan Awam’ di mana akta ini akan menjelaskan kuasa, menjelaskan pengasingan kuasa, fungsi dan juga demarcation of power ataupun penandaan kuasa di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam dan seterusnya menambah baik lagi asas governance dan integriti perkhidmatan awam. Rang undang-undang ini dijangka akan dibentangkan pada suku pertama tahun 2019 di Dewan Rakyat. Jabatan Perkhidmatan Awam pada masa ini sedang giat mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh termasuklah suruhanjaya, kementerian, agensi-agensi Persekutuan bagi mendapatkan input dan idea agar semua aspek berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam terangkum di dalam akta ini. Kita berjanji sebagai kerajaan kita akan memartabatkan perkhidmatan awam, membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan amanah dan telus tanpa sebarang cengkaman ataupun sebarang kacauan yang tidak menentu daripada pihak pentadbiran. Pihak perkhidmatan awam akan diberikan satu garis panduan yang cukup jelas sebagaimana matlamat utama mereka adalah untuk menjaga pentadbiran negara, menjaga kepentingan negara. Itu yang lagi penting... Tuan Ismail bin Yusop: Tuan Yang di-Pertua, sedikit mencelah. Dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan ini. Saya cuma sedikit sahaja- kalau boleh dalam cadangan reformasi perkhidmatan awam ini saya juga berharap pihak kerajaan dapat meneliti semula modul-modul latihan yang diberikan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), modul-modul latihan itu perlulah mengambil kira, apa yang terkandung dalam Tonggak 1: Mereformasi Perkhidmatan Awam itu dan seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, kerana saya percaya itu akan memberikan satu dimensi baharu kepada mereka yang masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan. Terima kasih. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Saya ambil maklum cadangan tersebut dan kita akan maklumkan kepada pihak JPA. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan sedikit? Saya Yusmadi. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Boleh.

46 DN 6.12.2018

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh ya? Sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih di atas cadangan yang akan dibuat tersebut. Saya secara peribadi memohon agar kerajaan hari ini sangat-sangat memberi perhatian kepada sektor ini, sektor perkhidmatan awam ini kerana bagi saya ini adalah sektor yang sangat penting dan saya juga sangat berharaplah kerajaan hari ini memberi satu perhatian terutama sekali juga kebajikan mereka dan juga aspek kita panggil merit supaya rakan- rakan yang amat layak diberi galakan untuk betul-betul menyumbang. Ini kerana saya faham, banyak agensi- contoh dahulu kita ada Jabatan Perkhidmatan Awam, ada PEMANDU, ada macam-macam. Jadi ia telah menunjukkan ekosistem yang berbeza. Jadi saya berharap dalam hala tuju yang di adangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu mengambil kira bahawa mereka yang maksudnya itu beri semangatlah. Terima kasih. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya katakan tadi kita akan pastikan bahawa yang pertama, perkhidmatan awam ini penjawat-penjawat awam dapat melaksanakan tugas mereka dengan telus tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang campur tangan yang tidak sewajarnya. Mereka mempunyai garis panduan yang tersendiri yang mana mereka boleh ikut dan mereka ini akan, dengan izin, there is a backup for them as well for whatever action yang mereka ambil. Jadi inilah sebenarnya yang kita hendak tonjolkan yang mana mereka boleh jalankan tugas mengikut prosedur dan juga guideline yang telah ditentukan, dan jika terdapat mana-mana arahan ada kalanya terdapat mana-mana arahan daripada pihak pentadbiran yang tidak sewajarnya diberi, mereka mempunyai satu backup ataupun satu dukungan yang boleh digunakan, dikatakan ini sebenarnya bercanggah. Jadi daripada segi kebajikan juga dan kita tadi disentuh mengenai pegawai- pegawai PTD dan sebagainya yang mana kita tahu PTD ini dalam pentadbiran awam dipilih melalui satu proses yang cukup ketat berdasarkan kepada merit, berdasarkan daripada kelayakan masing-masing. Ini kita akan tetapkan dan kita akan teruskan dan mereka ini sentiasa melahirkan pegawai-pegawai yang crème de la crème, best of the best dalam PTD terutamanya dan kebanyakan kebajikan mereka semestinya pihak JPA akan kita tekankan agar sentiasa dijaga. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Sedikit sahaja tambahan Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya hendak memohon Yang Berhormat Timbalan Menteri juga beri perhatian kepada pegawai-pegawai Parlimen sebab saya difahamkan ramai lagi yang staf-staf kontrak ini. Akan tetapi kita bercakap, reformasi Parlimen ini banyak kerja hendak dibuat. Jadi saya fikir agak wajar juga Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, merit-merit juga tetapi dalam masa yang sama rakan-rakan yang bertugas ini yang perjawatannya itu belum di-confirmed-kan dengan secara teratur, kerja pun sudah lama. Cuma kita cari jalan agar mereka ini dimanfaatkan dengan sewajarnya dan sistem dan dukungannya pun lebih teratur. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan Yang Berhormat itu akan saya ambil maklum dan kita akan panjangkan kepada pihak JPA dan saya akan membincangkan secara mendalam dengan mereka, bagaimanakah cara untuk menyantuni masalah ini. ■1500 Seterusnya, Yang Berhormat Senator Rahimah binti Haji Muhammad? Tidak ada. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Ti Lian Ker?... Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada. Datuk Wira Dr. Md Farid in Md Rafik: Kita berpindah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

DN 6.12.2018 47

Isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan. I can see you. Terima kasih. Saya ingin meneruskan penggulungan ini menyentuh isu-isu berkaitan dengan SPA. Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan pada 5 Disember 2018, ingin tahu anggaran jumlah OKU yang akan diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun 2019. Yang Berhormat juga mencadangkan agar kekerapan menimbang untuk menyerap graduan OKU secara kluster di dalam perkhidmatan awam sebagai trainee di dalam sektor perkhidmatan awam. Selain daripada itu, Yang Berhormat juga menyarankan kepada kerajaan agar pegawai PTD diambil di kalangan OKU seperti mana yang berlaku di India di mana seorang pegawai OKU penglihatan bernama Beno Zephine telah berkhidmat dengan Indian Foreign Service. Yang Berhormat juga turut ingin mengetahui status pencapaian pengambilan OKU yang mana target satu peratus di dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melaksanakan urusan pengambilan dan pelantikan pegawai ke perkhidmatan awam berdasarkan permohonan pengisian daripada kementerian-kementerian. Ia juga dilaksanakan dari semasa ke semasa apabila berlaku kekosongan jawatan yang mungkin disebabkan oleh persaraan, kenaikan pangkat, peletakan jawatan, kematian ataupun penamatan perkhidmatan. Sehingga bulan Oktober 2018, SPA telah melantik seramai 102 calon OKU ataupun 0.82 peratus daripada keseluruhan 12,411 pelantikan tetap ke perkhidmatan awam. Bagi tahun 2019, jumlah pelantikan calon OKU, kita anggarkan akan berada pada angka yang hampir sama. Namun ia bergantung pada jawatan yang memerlukan pengisian pada tahun berkenaan. Untuk makluman, SPA melaksanakan kaedah pengambilan dan pelantikan berasaskan merit dan kompetensi seorang calon. Dasar pelantikan ini adalah bertujuan untuk memastikan calon yang berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan sahaja boleh dilantik ke perkhidmatan awam. Akan tetapi tiada penetapan kuota untuk sesuatu kumpulan termasuklah Yang Berhormat, untuk kumpulan OKU ataupun berdasarkan agama, kaum ataupun etnik tertentu dalam pelantikan anggota perkhidmatan awam. Semua warga negara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan di dalam persaingan yang terbuka dan adil. Sungguhpun demikian, kerajaan telah menetapkan sasaran satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Dalam hal ini, SPA sentiasa menggalakkan kementerian, jabatan-jabatan untuk mengisi kekosongan jawatan dengan calon-calon daripada golongan OKU. Surat pekeliling SPA mengenai perkara ini telah dihebahkan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam usaha ini, kerjasama kementerian dan juga jabatan-jabatan adalah amat diperlukan untuk memadankan norma kerja sesuatu jawatan dengan jenis kecacatan supaya calon OKU yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik apabila tiba di kementerian ataupun jabatan-jabatan berkenaan. Kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU juga hendaklah disediakan oleh kementerian dan jabatan agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lancar. Oleh itu, pengambilan dan pelantikan OKU banyak bergantung pada penempatan dan pada norma kerja yang perlu disesuaikan dengan jenis kecacatan ataupun kekurangan calon tersebut. Bagi pengambilan calon OKU, SPA hanya sebenarnya hanya menetapkan kelayakan tapisan yang amat minimum kepada mereka. Sebagai contoh tapisan CGPA yang dikenakan kepada calon normal tidak terpakai kepada calon OKU. Calon OKU hanya perlu menepati syarat minimum yang rendah berbanding dengan calon-calon yang lain. Calon-calon OKU yang memenuhi syarat skim perkhidmatan yang minimum akan dipanggil untuk ditemu duga. Ini bagi memastikan Yang Berhormat, kita dapat mencapai sasaran yang mana untuk menerapkan golongan OKU pada masa ini pada satu peratus di dalam perkhidmatan awam. Berkenaan dengan cadangan-cadangan Yang Berhormat Senator yang berkaitan dengan pengurusan pengambilan OKU, pihak SPA berjanji akan mengambil perhatian dan akan meneliti serta memberi pertimbangan yang sewajarnya.

48 DN 6.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan juga pada 5 Disember 2018 ingin tahu mengapa graduan yang telah belajar selama empat tahun tidak diterima menjadi guru. Beliau telah menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah temu duga 22 OKU penglihatan dan lima orang menjadi guru. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan temu duga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41, DG29 atau pun guru adalah tertakluk kepada keperluan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah memperoleh kelulusan pengisian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua calon lepasan universiti awam yang memiliki Sarjana Muda dengan Pendidikan dan graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia termasuk calon OKU perlu memohon jawatan guru yang dikemukakan secara talian melalui portal JobsMalaysia. Borang permohonan JobsMalaysia mempunyai ruang khas bagi calon-calon OKU untuk mereka dikenal pasti. Suruhanjaya akan membuat tapisan awal ke atas setiap calon bagi memastikan mereka memenuhi syarat skim perkhidmatan. Pegawai Pendidikan Gred DG 41, DG 29 yang ditetapkan serta mengikut bidang pengkhususan ataupun option yang diperlukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, calon-calon OKU juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Calon-calon OKU yang telah berjaya melepasi tapisan akan dipanggil menghadiri sesi temu duga di mana penilaian dibuat oleh panel temu duga yang dipengerusikan oleh ahli suruhanjaya. Manakala ahlinya terdiri daripada wakil jabatan yang mempunyai kemahiran bagi pendidikan khas. Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik urusan pengambilan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, spesifik untuk Gred DG 41 dan DG 29 yang melibatkan calon OKU bagi tempoh empat tahun bermula 2015 sehingga 2018, jumlah calon OKU yang dipanggil temu duga adalah seramai 46 orang berbanding dengan 424 yang membuat permohonan iaitu 10.8 peratus. Manakala calon yang berjaya dalam temu duga dan ditawarkan kepada jawatan guru di KPM adalah seramai 40 orang di mana calon OKU kategori kurang upaya penglihatan seramai 15 orang ataupun 37.5 peratus. Bilangan peratusan yang dipanggil temu duga rendah iaitu 10.8 peratus adalah disebabkan oleh kelayakan calon tidak dapat memenuhi syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG 41/DG29 yang memerlukan calon memiliki kelayakan pendidikan ikhtisas serta bidang pengkhususan option tertentu, tidak mempunyai kekosongan. Selaku pihak berkuasa melantik, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk makluman Yang Berhormat, sama sekali tidak pernah mendiskriminasikan calon-calon OKU yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan DG29. Namun di dalam urusan pengambilan, suruhanjaya ini tertakluk kepada keperluan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya bagi option pendidikan khas yang kekosongannya untuk makluman Yang Berhormat agak terhad. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sentiasa bekerjasama dengan... Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit? Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Boleh, boleh Yang Berhormat. Silakan. ■1510 Puan Bathmavathi Krishnan: Saya ingin penjelasan sedikit mengenai syarat- syarat dan pengkhususan dalam pendidikan khas. Saya kurang faham tentang mengapa calon OKU dikehendaki ada pengkhususan pendidikan khas? Oleh sebab guru-guru OKU penglihatan boleh mengajar apa-apa subjek sahaja yang mana dia ada kemahiran, yang dia ada major dalam bidang tertentu. Saya bagi contoh ya, ada seorang guru nama dia Thavasothy yang pernah mengajar subjek Sejarah di beberapa sekolah, termasuk Sekolah Menengah Petaling di Selangor. Pada tahun 2007 kalau tidak silap, beliau telah dianugerahkan tokoh guru. Jadi, tidak ada halangan, tidak perlu ada pengkhususan, tidak bermakna yang guru OKU itu harus mengajar pendidikan khas. Terima kasih.

DN 6.12.2018 49

Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya sebenarnya ingin meminta kebenaran daripada pihak Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya actually dapatkan lagi maklumat tambahan daripada pihak SPA sebelum dibentangkan di sini. Saya akan berhubung sendiri dengan Yang Berhormat bila mendapat maklumat tersebut dan kita dapat perhalusi lagi bagaimana cara sebenarnya untuk menerapkan. Saya amat faham yang mana kita ingin memberi peluang yang sebaiknya kepada golongan OKU untuk mereka sama-sama mendapat peluang di dalam sektor pekerjaan, di dalam job market dengan cara adil. Kita tahu walaupun mereka OKU, mereka adalah amat bangga apabila mereka dapat compete at the same level, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan orang-orang lain. Ini semestinya adalah semangat yang mereka ada. Kita akan pastikan di pihak SPA memberikan perhatian yang khususnya dan tidak ada sebarang diskriminasi dan tidak ada sebarang proses-proses yang boleh merumitkan kepada mereka. Pada masa yang sama, mereka still compete based on their merit dan competence. In syaa Allah saya akan dapatkan lagi penjelasan daripada pihak SPA dan akan berhubung dengan pihak Yang Berhormat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, untuk Unit Pembangunan Ekonomi Masyarakat India. Dua orang Senator yang telah membangkitkan isu... Puan Bathmavathi Krishnan: Yang Berhormat, sedikit lagi ya. Ada satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, yang saya bawa iaitu garis panduan pemadanan pekerjaan yang diusahakan dengan kerjasama JKM, JPA dan NGO. Jadi, saya hendak tahu status garis panduan itu sebab dengan garis panduan inilah kementerian- kementerian boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk memohon jawatan-jawatan bagi OKU dalam kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan mereka. Selagi garis panduan ini tidak siap, alasan yang sama akan diberi oleh semua kementerian dan jabatan. Kita tidak tahu yang mana yang sesuai, jawatan yang mana yang sesuai bagi OKU. Mohon pandangan atau jawapan dari Menteri. Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya, maklumat itu saya tidak ada pada masa ini. Akan tetapi saya akan bincang dengan pegawai-pegawai yang ada di belakang dan pastikan saya akan datang berjumpa secara personal dan dapatkan satu jawapan yang bertulis daripada pihak jabatan dan kita akan berbincang dengan lebih baik lagi bagaimana sebenarnya pihak SPA dapat memperhalusi lagi proses ini. Kita amat faham seperti yang saya katakan tadi, garis panduan itu adalah amat penting untuk semua jabatan supaya jelas kepada mereka bagaimana untuk mempermudah lagi proses pengambilan golongan-golongan OKU untuk diterapkan di dalam perkhidmatan perguruan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk beralih kepada isu mengenai Unit Pembangunan Ekonomi Masyarakat India ataupun SEDIC. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram, tidak ada? Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan a/l Manickam? Tidak ada. Itu saja. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan isu SEDIC itu kita akan berikan satu jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Sebagai penutup, saya ingin tegaskan bahawa setiap perancangan kerajaan dalam pembangunan dan dalam pemerkasaan negara tidak akan sekali-kali mengorbankan kepentingan dan hak rakyat. Konsep pembangunan yang objektif dan seimbang di samping memastikan tiada satu pun kumpulan yang tertinggal menjadi teras utama kerajaan, selari dengan tema Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak, tidak kira sama ada daripada kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang, kita akan terus memacu negara agar ia sekali lagi dihormati dan disanjungi. Dengan akhir kata, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini yang menyentuh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada JPM yang telah bersama-sama membantu menyediakan jawapan-jawapan dalam penggulungan ini. Sekian, terima kasih.

50 DN 6.12.2018

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik telah menggulung kita punya perbahasan mengenai JPM. Kalau kita dengar betul-betul yang disuarakan oleh Menteri tadi, dia berkehendakkan pegawai yang kesetiaan supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Saya teringat satu pantun Melayu berbunyi. Teritip bertaut di sampan dagang; Di kala cerah awan berlalu; Usah diikut rasminya lalang; Hilang arah ditiup bayu... [Tepuk] Sekarang kita jemput pula kepada Kementerian Kewangan, dipersilakan Menteri Kewangan.

3.17 ptg. Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Kementerian Kewangan ini pantun ini dia tak berapa nak pandai, dok kira duit. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk pertamanya mengucapkan terima kasih di atas perbahasan yang telah pun dibuat oleh semua Yang Berhormat, khususnya yang menyentuh dan menyinggung mengenai Kementerian Kewangan. Berikut adalah respons ataupun jawapan yang kita berikan terhadap perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian. Pertamanya ialah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun berkenaan dengan langkah yang diambil oleh Bank Negara bagi mengukuhkan nilai mata wang Ringgit dan ingin tahu ramalan untuk bulan-bulan yang akan datang. Nak jadi nujum Pak Belalang pulalah nak buat ramalan ini. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 3 Disember 2018, nilai Ringgit telah menyusut sebanyak 2.8 peratus, manakala nilai mata wang serantau yang lain telah menyusut sebanyak antara 0.7 peratus hingga 4.8 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat. Namun begitu, kadar penyusutan nilai Ringgit semakin pulih, dicerminkan oleh penyusutan nilai yang semakin mengecil pada suku ketiga iaitu minus 2.5 percent dan suku keempat minus 0.9 peratus sehingga 3 Disember, berbanding dengan penyusutan nilai Ringgit pada suku kedua tahun ini iaitu sebanyak minus 4.4 peratus. Selain itu, berbanding mata wang serantau, prestasi Ringgit adalah lebih stabil. Ringgit telah menambah nilai sebanyak 1.8 peratus berbanding Peso Filipina dan 2.4 peratus berbanding Rupiah Indonesia dalam tempoh yang sama. Prestasi yang lebih stabil ini berikutan asas ekonomi negara yang lebih teguh, termasuk lebihan akaun semasa dan kadar inflasi yang rendah. Namun begitu, volatilty Ringgit yang ketara boleh menjejaskan aktiviti ekonomi berikutan kesukaran sektor perniagaan dan perindustrian merancang strategi dan mengambil keputusan yang wajar. ■1520 Oleh itu, kerajaan akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan lebih lancar dan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan kecairan yang mencukupi, pasaran yang berdaya tahan dan mengurangkan aktiviti spekulasi dalam pasaran. Antara langkah-langkah tersebut adalah penetapan syarat supaya sebahagian besar hasil eksport dalam mata wang asing ditukar kepada Ringgit. Kita telah menetapkan dan memberi arahan kepada semua bank, apabila syarikat-syarikat dalam negara kita yang mendapat pembayaran daripada luar, hasil eksport mereka dan mereka dapat contohnya dalam USD, 75 peratus daripada resit itu ataupun penerimaan itu hendaklah ditukarkan ke dalam ringgit. Nilai lain 25 peratus itu dia maintain dalam USD dibenarkan.

DN 6.12.2018 51

Jadi maknanya, kita mempunyai ringgit yang banyak walaupun pembayaran itu dibuat dengan USD. Langkah ini bertujuan untuk menambah mudah tunai wang asing dalam pasaran dalam negeri dan peningkatan penguatkuasaan ke atas peraturan tukaran asing sedia ada bagi mencegah mata wang Ringgit diniagakan di luar pesisir bagi mengekang aktiviti spekulasi. Dalam jangka masa panjang, nilai Ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Short-term mungkin apabila Donald Trump ‘tweet’ sahaja atau membuat sesuatu yang mungkin menyebabkan market react dengan apa yang beliau lakukan, itu mungkin short-term. Akan tetapi dalam jangka masa panjang, nilai Ringgit kita adalah didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara kita sendiri. Sehubungan itu, Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi. Tidak hanya bergantung kepada satu, dua. Kalau dulu kebergantungan kita yang terlalu besar kepada hasil petroleum, sekarang kita perlu pelbagaikan lagi. Memperkukuhkan daya saing ekonomi dan kedudukan fiskal negara. Dengan ini prestasi Ringgit akan terus meningkat seiring dengan pengukuhan asas ekonomi negeri dan pasaran kewangan global yang kita dapat saksikan sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani. Tadi mula- mula tengok tidak ada, ingat boleh skip banyak soalanlah. Akan tetapi tiba sudah masuk sudah tadi... Timbalan Yang di-Pertua: Ada. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Ya, memang ada dekat depan ini. Tentang senarai hutang, kadar faedah dan tempoh penyelesaian. Tuan Yang di-Pertua, jumlah komitmen hutang dan liabiliti kerajaan adalah berjumlah RM1.0659 trilion ataupun 74.5 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2018. Kedudukan jumlah hutang langsung Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM725.2 bilion ataupun 50.7 peratus daripada KDNK, kekal di bawah paras 55 peratus daripada KDNK. Kadar faedah bagi kertas hutang Kerajaan Persekutuan pula adalah rendah mengikut kadar pasaran semasa. Sebagai contoh, terbitan baharu instrumen penanda aras atau benchmark security Kerajaan Malaysia dengan tempoh matang tiga tahun berkadar pada 3.451 peratus, kalau lima tahun 3.757 peratus, 10 tahun 4.097 peratus dan 20 tahun 4.759 peratus. Liabiliti luar jangka yang perlu ditanggung dan dibayar oleh kerajaan pula berjumlah RM117.5 bilion ataupun 8.2 peratus daripada KDNK. Ini meliputi tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan kerajaan yang menerima jaminan kerajaan dan juga perlu dibayar oleh kerajaan walaupun tiada default berlaku bagi melaksanakan projek infrastruktur, pengangkutan awam dan utiliti. Kerajaan juga perlu menanggung hutang bersih 1MDB yang berjumlah RM38.3 bilion ataupun 2.7 peratus daripada KDNK. Di samping itu, kerajaan juga menanggung bayaran pajakan kewangan dengan izin, finance lease bagi tempoh 2017 hingga 2045 berjumlah RM184.9 bilion ataupun 12.9 peratus daripada KDNK. Bayaran ini adalah untuk projek yang dilaksanakan secara Public-Private Partnership (PPP) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) serta projek yang dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Pembinaan BLT Sdn. Berhad di bawah Kementerian Kewangan. Semua ini merupakan obligasi tunai kerajaan sehingga tahun 2045 yang perlu ditanggung melalui peruntukan tahunan bagi membiayai bayaran khidmat hutang dan bayaran pokok hutang serta bayaran pajakan kewangan iaitu finance lease. Kemudian bagi menjawab apa yang telah dibangkitkan juga Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani tentang apakah langkah pendapatan baharu jangka panjang yang dirancang kerajaan untuk menangani pemansuhan GST. Ini makna GST termansuh walaupun kita perkenalkan SST, tetapi ada julat ataupun perbezaan pendapatan itu lebih kurang dalam RM21 bilion. Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa gap itu dapat dipenuhi.

52 DN 6.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembaharuan Cukai ataupun Tax Reforms Committee pada September 2018 bagi menjalankan kajian menyeluruh mengenai sistem percukaian negara termasuk mengenal pasti sumber pendapatan baharu. Inisiatif yang akan dilaksanakan adalah menyemak semula dasar percukaian khususnya memperkenalkan cukai baharu serta menyemak semula kadar cukai, insentif dan layanan cukai sedia ada, mempertingkat penguatkuasaan membabitkan aktiviti membanteras penyeludupan dan memperkenalkan kaedah baharu menggalakkan pembayaran cukai. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif memanfaatkan aset yang meliputi langkah mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik serta menambah baik kaedah penjualan aset kerajaan khususnya melalui tender terbuka untuk memastikan bahawa kita mendapat pulangan paling maksimum. Antara langkah yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan hasil kerajaan adalah seperti berikut. Pertama, mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diimport termasuk perkhidmatan atas talian. Untuk ini nanti juga akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan seterusnya akan juga dibentangkan di sini tentang rang undang-undang untuk kita memastikan bahawa sebarang perkhidmatan- kalau dulu hanya diletakkan technical advice yang dikenakan. Sekarang ini sebarang advice yang diberikan akan dikenakan cukai dan termasuk yang dibuat di atas talian. Kedua, melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela- Special Voluntary Disclosure Programme, dengan izin, bagi meningkatkan pengisytiharan pendapatan oleh pembayar cukai secara sukarela. Sebelum “diambush” oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana Tuan Yang di-Pertua, pendapatan yang kita dapat yang sebelum ini kita tidak disclose, disclose cepat-cepat. Dia ada tempoh dia dan diberikan satu layanan yang cukup istimewa. Akan tetapi kalau lepas itu LHDN serbu, dia sudah jadi cerita lain dengan penalti yang cukup besar dan sebagainya. Ketiga, melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) dengan pihak berkuasa percukaian lain di bawah inisiatif Organization for Economic Co-operation and Developmnet (OECD) untuk meningkatkan ketelusan percukaian. Jadi apa pendapatan Yang Berhormat yang dapat daripada negara-negara luar yang mungkin kemudian dibawa balik ke sini yang tidak diisytiharkan, kita dengan negara-negara ini, kita telah pun ada perjanjian bahawa kita dapat mengesan dan kemudiannya memastikan bahawa apa yang sepatutnya dibayar cukai, dibayar cukai. Keempat, mengkaji semula layanan cukai dan insentif sedia ada di bawah pelbagai perundangan bagi memastikan ia relevan dan dapat mengurangkan ketirisan hasil. Yang sudah kita berikan layanan cukai, insentif dan sebagainya, kita akan pastikan ianya dikenakan ataupun digunakan dengan sebaik mungkin kalau tidak, ianya akan kita tarik balik supaya mengurangkan ketirisan hasil. ■1530 Kelima, meningkatkan aktiviti audit dan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan cukai dan mengurangkan jurang cukai dan keenam, meningkatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan khususnya penyeludupan rokok oleh JKDM, yang ini Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan lebih awal juga kita akan bentangkan rang undang-undang untuk memastikan bahawa kehilangan ketirisan cukai yang sepatut negara dapat melalui rokok yang diseludupi ini supaya- kalau sebelum ini penalti yang dikenakan adalah 10 ataupun 20 kali ganda rokok yang tidak kenakan cukai itu, maknanya bila dia kena tangkap dan dikenakan penalti masih lagi dia kata berbaloi untuk dia buat kerja yang tidak betul ini. Akan tetapi, kali kita telah mencadangkan dalam rang undang-undang yang juga akan dibentangkan di sini nanti supaya penaltinya itu menyebabkan dia rasa tidak berbaloi untuk terus melakukan kerja ini kerana kita akan tingkatkan sehingga RM100 ribu penalti dan juga termasuk cadangan whipping ataupun sebat tiga kali kepada mereka. Jadi pada mereka yang buat kerja ini, saya nasihat berhentilah dan- ialah sebenarnya kita hendak minta supaya negara kita ini rakyat supaya kalau boleh berhenti merokok, kan? Ia tidak sihat.

DN 6.12.2018 53

Akan tetapi kalau hendak merokok juga, merokoklah dengan rokok yang membayar cukai kepada kerajaan, di samping dia dapat pleasure untuk hisap rokok itu, dia juga memberi wang kepada negara untuk kita gunakan untuk rakyat B40 dan sebagainya. Ketujuh, mengenakan levi perlepasan ataupun departure levi bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara. RM20 bagi mereka yang hendak pergi ke negara Asean dan RM40 bagi negara-negara yang lain. Tujuannya ialah kalau hendak melancong, melanconglah dalam negara, cuti-cuti Malaysia. Kelapan, memperkemaskan cukai keuntungan harta tanah atau real property gains tax ke atas keuntungan daripada pelupusan harga tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun keenam dan tahun seterusnya. Dahulu kita berhenti dalam satu tahun yang kelima sekarang kita terus keenam, ketujuh ada walaupun tax regime itu adalah semakin mengecil. Kesembilan, menaikkan kadar duty stamp bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta daripada tiga peratus kepada empat peratus. Kesepuluh, menamatkan pengecualian cukai pendapatan faedah yang diperoleh daripada dana pasaran wang pemborong ataupun wholesales money market fund, dengan izin, kerana dana ini telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada kadar 24 peratus setiap tahun sejak tahun 2010. Mereka dapat keuntungan berilah sedikit kepada negara untuk kita gunakan, untuk rakyat dan sebagainya. Kesebelas, menaikkan kadar cukai, fi dan levi ke atas sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak tahun 2005, seterusnya juga bagi menjawab pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator... Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Sila, sila. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai isu siasatan pencukaian. Ada sedikit pengalaman, saya hendak minta penjelasan. Satu ketika apabila siasatan cukai dibuat Jawatankuasa Khas dibentuk yang mana merangkumi SPRM, jabatan berkaitan. Setahu saya, sehingga hari ini, tidaklah tahulah, betulkan saya, berapa jumlah yang telah dikutip itu ketika mana siasatan itu dibuat? Secara prosesnya kadang-kadang bila dia siasat Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia akan ada iktikad, tidak iktikadnya masa hendak bayar itu tetapi isunya sekarang saya dimaklumkan, betulkan saya, ini dibuat ketika mana mantan Ketua Pengarah SPRM itu Tan Sri Dzulkifli, dia dari Peguam Negara kemudian ke SPRM Jawatankuasa Khas dengan Bank Negara. Cuma saya memohon ketulusan kerajaan, hari ini terutamanya, adakah jumlah yang dikutip ketika itu diletakkan di mana? Di bawa penaltikah ataupun hasil yang macam mana? Itu yang pertama. Kedua, berapa jumlah? Bagi saya besar jumlah itu. So kalau ianya belum dideclare, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin boleh check dengan pegawai ataupun kalau saya salah fakta, saya mohon maaf. Mohon penjelasan. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Yusmadi yang juga pernah kena serbu [Ketawa] Sebenarnya saya tidak punya maklumat masa kini dan saya mohon untuk menjawabnya secara bertulis, in syaa Allah. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas, juga membangkitkan kenapa rasional untuk kita membuat pinjaman daripada Kerajaan Jepun? Tuan Yang di-Pertua, dalam rangka strategi pengurusan hutang, kerajaan sentiasa memastikan hutang yang dibuat adalah mengikut kepastian kedudukan kewangan kerajaan iaitu keupayaan membayar kadar faedah dan pokok, sebab itulah di dalam reporting yang telah kita buat yang sekarang ini, maknanya kita masukkan semua liabiliti dan sebagainya supaya kita tahu kedudukan kita punya health ataupun kesihatan kewangan kita boleh hendak pinjam lagi ataupun tidak, mampu tidak untuk bayar setelah kita pinjam dan sebagainya, pinjaman yang dibuat akan dipastikan sentiasa pada kos yang terendah dan dihadkan hanya bagi membiayai perbelanjaan pembangunan selaras disiplin fiskal yang telah diamalkan.

54 DN 6.12.2018

Jadi pinjaman ini tidak boleh kita meminjam untuk membiayai operating expenditure, tidak boleh, ia hanya untuk development expenditure sahaja, keperluan pembiayaan Kerajaan Persekutuan diperoleh sebahagian besarnya daripada sumber dalam negeri menerusi penerbitan bon dan suku kerajaan memandangkan kecairan tunai yang tinggi dalam pasaran kewangan domestik, you have a lot of money, dengan izin, dari di pasaran kewangan domestik. Sejajar dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di dalam Akta Pinjaman 1959 [Akta 637] dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Pinjaman hanya dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan membiayai semula hutang yang matang. Dalam membuat pinjaman dari sumber luar pesisir pula, kerajaan adalah tertakluk kepada Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], yang mengehadkan pinjaman terkumpul luar pesisir pada RM35 bilion. Kerajaan juga akan memastikan pendedahan yang minimum kepada risiko tukaran mata wang asing di mana sehingga akhir September 2018 hanya RM21.4 bilion daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dalam beberapa didominasi mata wang asing, cukup sedikit. Seperti yang telah dibentangkan semasa Bajet 2019 pada 2 November baru- baru ini, pihak Kerajaan Jepun telah menawarkan fasiliti kredit melalui Japan Bank for International Cooperation (JBIC) yang menawarkan jaminan pembiayaan melalui penerbitan bon samurai bertempoh matang 10 tahun, dengan kadar kupon sebanyak 10.65 peratus. Kadar ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kadar kupon yang ditawarkan kepada negara lain. Untuk makluman penerbitan bon samurai yang dijamin oleh JBIC bagi kerajaan, in sovereign issuance, telah mula diperkenalkan pada tahun 2009 dengan tujuan untuk menyokong kerajaan asing dan agensi-agensi kerajaan untuk memperoleh dana dalam pasaran kewangan Jepun. Sebanyak 12 kerajaan asing pernah menerbitkan bon samurai di bawah jaminan JBIC termasuk dua buah negara ASEAN iaitu Indonesia dan Filipina. Bagi bon samurai dengan jaminan JBIC bertempoh matang 10 tahun kadar kupon terbitan yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding dengan tawaran yang diberikan kepada Malaysia, banyak diberikan. ■1540 Contoh, saya nak sebutkan sikit sahaja. Tahun 2009, Indonesia pinjam bon Samurai yang dijamin oleh JBIC dengan kadar kupon ataupun keuntungannya 2.73 peratus. Ini berbanding dengan yang ditawarkan kepada kita hanya 0.65 peratus. Jadi, yang ditawarkan kepada kita adalah cukup rendah. Oleh itu berdasarkan maklumat di atas, jelas menunjukkan bahawa kadar kupon yang telah ditawarkan kepada kerajaan lain sebelum ini adalah lebih tinggi daripada kadar kupon yang ditawarkan kepada Malaysia. Kenapa kita rendah, orang lain tinggi? Wallahuaklam bissawab, sebab mungkin penghormatan mereka kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita selain daripada memberi anugerah, mereka juga menawarkan pinjaman dengan kadar kupon yang cukup rendah. Cadangan untuk mendapatkan pinjaman daripada negara Jepun ini dijangka membolehkan kerajaan membuat penjimatan perbelanjaan berikutan kenaan kadar faedah pinjaman yang lebih rendah dalam jangka masa pendek. Bagi menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker yang masih tidak berada di dalam Dewan, saya mohon Tuan Yang di-Pertua untuk saya jawab secara bertulis. Langkah konsolidasi fiskal juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker yang saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Terima kasih Yang Berhormat Senator, yang membangkitkan tentang kerangka tender terbuka yang dilaksanakan. Apakah kerajaan bersedia melalui kerangka tender terbuka yang dilaksanakan melalui skim perolehan kerajaan sistem e-Perolehan berupaya untuk menangani kapasiti bidaan syarikat? Adakah e-Perolehan mampu untuk menangani kapasiti bidaan syarikat yang masuk banyak? Apakah e-Perolehan mampu untuk menangani perkara tersebut?

DN 6.12.2018 55

Kerajaan telah mengemas kini dasar dan peraturan penggunaan sistem e- Perolehan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan 5.1. Perolehan secara elektronik dan memastikan sistem e-Perolehan dibangunkan selaras dengan lima prinsip perolehan iaitu: (i) akauntabiliti awam; (ii) diuruskan secara telus; (iii) mempunyai nilai faedah yang terbaik; (iv) saingan terbuka; dan (v) perolehan dijalankan secara adil dan saksama serta mematuhi peraturan pulangan semasa yang berkuat kuasa. Bagi memastikan sistem ini benar-benar cekap dalam mengendalikan urusan perolehan kerajaan, pelbagai penambahbaikan dan menaiktarafkan sistem e-perolehan telah dan sedang dilaksanakan dari masa ke semasa. Sebagai contoh Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, sehingga 30 November 2018, transaksi keseluruhan adalah sebanyak RM900,948 hampir-hampir mencecah RM1 juta transaksi. Maknanya, menunjukkan kemampuan untuk ia menerima kapasiti untuk dia menerima bidaan itu adalah cukup tinggi. Tender yang telah kita tutup, adalah sebanyak 2,333 dan seperti yang kita tahu, dalam satu-satu tender itu, bermula dari kenyataan tawarannya, yang dapat dilihat secara online, kemudian yang lain-lainnya memang banyak dan ini menunjukkan- dan itu tender. Bagi sebut harga pula, dalam sistem kita yang telah kita buka dan tutup adalah 14,423. Jadi, in syaa Allah kemampuan untuk kita menghadapi ini dengan penggunaan e- Perolehan in syaa Allah ada di situ dan kita akan terus memastikan bahawa ia akan dapat kita tingkatkan dari masa ke semasa. Seterusnya, Yang Berhormat Senator telah membangkitkan tentang menangani isu masalah siber ke atas sistem e-Perolehan kerana ia dikendalikan oleh syarikat konsesi luar bukan dikendalikan oleh kementerian sendiri. Jadi, bagaimana kerajaan mahu menangani sistem supaya ia tidak tiris? Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melantik Commerce Dot Com Sdn. Berhad untuk membangunkan sistem e-Perolehan yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membangunkan, menguji, mentauliahkan, mengoperasi, menyelenggarakan dan melaksanakan sistem e-Perolehan kerajaan serta memberikan khidmat sokongan termasuklah penyediaan infrastruktur bagi sistem e-Perolehan. Lantikan Commerce Dot Com Sdn. Berhad (CDCSB) ini dengan pihak kerajaan adalah secara konsesi untuk tempoh masa 15 tahun dari 5 Disember 2012 sehingga 4 Disember 2027. Sistem e-Perolehan telah mematuhi standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mendapat Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ataupun ISO/IEC 27001:2013 iaitu ISMS. Kerajaan juga menjalankan Security Posture Assessment (SPA), dengan izin, setiap tahun untuk memastikan sistem e-Perolehan ini selamat dan tidak dapat digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, kawalan juga dibuat melalui penggunaan sijil digital ataupun public infrastructure yang hanya membenarkan pengguna yang sah sahaja untuk mengakses dan melaksanakan transaksi secara atas talian dalam sistem e-perolehan. Semua pegawai CDCSB juga telah menjalani tapisan keselamatan yang dikendalikan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Jadi setakat ini, Yang Berhormat Senator kita agak yakin ia selamat dan belum ada lagilah insiden-insiden yang dilaporkan kepada kita ia digodam dan sebagainya. Seterusnya, juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker saya akan jawab secara bertulis. Juga oleh Yang Berhormat Senator yang sama tentang crypto-currency juga saya akan jawab secara bertulis. Pemilikan rumah juga oleh Yang Berhormat Senator yang sama, saya akan jawab secara bertulis. Lega ya. Seterusnya, ialah Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas yang memang banyak favourite topic mungkin, Yang Berhormat Senator? Ini tentang Kementerian Kewangan ini. Apakah diwujudkan dasar berkaitan penjualan aset bagi menjaga kepentingan hak dan hak bumiputera?

56 DN 6.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator kerajaan akan melindungi kepentingan bumiputera dalam segala penjualan aset yang dibuat. Semua penjualan aset akan dikaji. Bukan sahaja bagi memastikan kesesuaian sesuatu penjualan. Akan tetapi juga mengambil kira kepentingan semua pemegang taruh sambil memastikan supaya kerajaan menerima pulangan yang terbaik. Oleh itu, Kementerian Kewangan mengambil maklum terhadap cadangan mewujudkan dasar tersebut Yang Berhormat Senator. Perlu ditegaskan di sini, bahawa penjualan aset hanya akan dilakukan untuk aset yang tidak strategik atau, dengan izin, non-core assets. Seterusnya, apa yang dibangkitkan- hendak habis sudah ini Tuan Yang di- Pertua. Ini yang last. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sekejap Yang Berhormat Menteri? Minta laluan. Bolehkah? Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Habaq last, bangkit lah. Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya lenggok, cara persembahan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini cukup terasa di jiwa saya. Berkenan sangat sudah rasanya. Saya hendak sebutkan dua perkara. Saya hendak tanya minta pencerahan tentang dua perkara daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, soal hutang negara. Walaupun sudah terlepas sedikit, boleh kot. Hutang negara yang dimomokkan oleh ramai orang. Semalam pun Yang Berhormat Senator dari Sabah pun dok berbahas mengatakan hutang negara hari ini RM1 trilion. Sedangkan di dalam dokumen tidak ada dan Yang Berhormat Menteri sebut tadi pun sebanyak RM700 ribu lebih, bilion. Sejumlah RM700 ribu bilion lebihlah- RM731 bilion begitulah. Akan tetapi apabila ada momokkan, ada cerita, ada cakapan daripada pihak- pihak tertentu masih dok kata RM1 trilion, ini saya rasa tidak berapa baiklah. Sudah- sudahlah. Saya minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. ■1550 Keduanya, tentang penjualan aset-aset, tadi Yang Berhormat Menteri kata, Yang Berhormat Menteri Kementerian Kewangan tetap menjaga kepentingan kerajaan, kepentingan orang Melayu. Sebelum menjual aset-aset akan dikaji. Akan tetapi kita dapat maklumat, IHH merupakan rangkaian hospital seluruh negara yang terbaik, yang terbesar pun telah dijual kepada Mitsui. Adakah benar ataupun ini pun juga- adakah ini momokan ataupun sebaliknya? Minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, I love you. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat. Ya, bila puji itu, dia angkat tinggi itu, selepas itu dia lepas kren itu jatuh, memang jatuh berkecai lah. Ada dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Pertamanya tentang hutang negara. Betul seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, hutang negara kita yang direct ya, adalah sebanyak- hendak kena buka balik ini. Yang disebutkan itu adalah hutang negara secara direct yang kita buat dan memang ia berada di bawah paras yang dibenarkan dalam akta kita iaitu RM725.2 bilion. Itu hutang langsung secara direct. Namun, selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga perlu tanggung hutang yang sebanyak RM117.5 bilion ataupun 8.2 peratus ini adalah merupakan hutang yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan yang kita tahu bahawa mereka memang tidak ada kemampuan untuk bayar balik, contohnya, buat MRT, LRT. Kadang-kadang bukan setakat tidak mampu hendak bayar CAPEX. OPEX mereka pun kadang-kadang tidak cukup. Akan tetapi oleh sebab projek-projek ini adalah projek untuk rakyat, yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat, kita kena teruskan. Jadi RM117.5 bilion ini Yang Berhormat juga adalah hutang. Kemudian oleh 1MDB, RM38.3 bilion adalah juga hutang walaupun tidak dibuat secara direct oleh kerajaan, tetapi ia dibuat oleh satu sovereign fund yang kerajaan guarantee dan kita pun tahu pengakhiran kepada syarikat 1MDB ini. Akhirnya RM38.3 bilion ini juga adalah hutang yang perlu dibayar oleh pihak kerajaan.

DN 6.12.2018 57

Di samping itu kita ada juga finance list ya, RM184.9 bilion yang juga perlu kita bayar, walaupun ini ada tempohnya Yang Berhormat, antara tahun 2017 hingga tahun 2045. Akan tetapi ini adalah juga merupakan hutang yang perlu kita bayar. Saya sebut sudah di dalam Parlimen di Dewan Rakyat dan saya telah sebut di dalam Dewan yang mulia ini. Tujuan kita mengetengahkan, memaparkan reporting yang kita buat inilah reporting mengikut standard yang ada. Tujuannya ialah supaya kita ketahui bagaimana kita punya financial health kita. Kadar kesihatan kewangan kita agar dapat kita boleh merancang, agar kita dapat boleh memastikan bahawa kalau perlu untuk kita berhutang pertamanya adalah untuk development expenditure. Keduanya ialah untuk projek-projek yang benar-benar boleh memberikan kesan penggandaan ekonomi kepada negara yang maknanya “berbaloilah untuk kita berhutang”. Untuk kerana kesan penggandaannya adalah cukup baik. Jadi, Yang Berhormat, saya sebut dahulu, ini bukan untuk hendak memomokkan atau merendah-merendahkan dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah satu perkara untuk memastikan bahawa reporting kita telus, kita berada dalam keadaan jelas untuk kita membuat keputusan, sama ada hendak pinjam lagi kah ataupun tidak, supaya akhirnya kita berada dalam keadaan kesihatan yang mengizinkan. Seterusnya yang dibangkitkan tadi tentang... Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Ya, sila. Datuk Razali bin Idris: Saya hendak rujuk kepada Buku Belanjawan 2019. Oleh sebab Yang Berhormat Senator, sahabat saya kata momok ini satu perkara yang bahaya kepada kita. Hutang dan liabiliti, so, liabiliti ini maksud hutang atau liabiliti ini bukan maksud hutang, satu. Apa yang ditulis di sini, hutang dan liabiliti RM1,065 bilion, maksudnya satu trilion lebih kurang. Jadi yang ditulis dalam Belanjawan 2019. Jadi soalan saya, saya hendak pastikan hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, adalah hutang dan liabiliti mencecah RM1 trilion. Adakah dalam buku belanjawan ini, betul ataupun tidak? Terima kasih. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah sebutkan tadi. Hutang adalah direct, hutang terus yang dibuat oleh kerajaan yang berjumlah RM725 bilion tadi. Liabiliti ini adalah perkara yang telah kita pinjam duit dan kemudiannya kita perlu bayar balik yang mungkin kadang-kadangnya mengambil over a period of time, dengan izin, liabiliti. Maknanya hutanglah kita kata, ia memang hutang. Jadi sebab itu disebutkan dalam ucapan bajet yang saya pun sebutkan pada hari ini, yang telah saya senaraikan tadi, semua itu sama ada hutang langsung ataupun liabiliti luar jangka yang kita mula-mula, kita kata liabiliti ialah hutanglah. Luar jangka kerana pada awalnya kita tidak menjangka kan bahawa hutang ini perlu kita bayar sebab kita hanya menjamin anak-anak syarikat kerajaan yang berhutang dan kita expect dengan business model dia yang dibuat dan sebagainya dia mampu untuk membayar hutang. Akan tetapi akhirnya, dia tidak boleh dan akhirnya hutang itu kembali kepada kerajaan. Jadi, yang saya sebutkan semua tadi Yang Berhormat dan juga disebutkan dalam ucapan bajet itu, itu semua adalah hutang kerajaan Malaysia yang ada sebahagiannya dalam jangka masa pendek yang perlu kita bayar dan sebahagiannya sehingga tahun 2045 yang kena bayar secara berjangka, sama ada setiap tahun dan sebagainya. Jadi semua itu adalah hutang dan kalau tanya saya memang itu bukan- tidak tahulah istilah momok dan sebagainya, tetapi kenyataannya hutang kita adalah sebanyak RM1 trilion. Terima kasih. Kemudian, kedunya tentang- tadi penjualan saham oleh Khazanah. Jadi saya pun baca perkara tersebut dalam akhbar. Oleh sebab Khazanah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Saya ingat saya tinggalkan topik tersebut untuk disinggung dan dijawab oleh kementerian yang berkenaan, in syaa Allah.

58 DN 6.12.2018

Kemudian, yang dibangkit oleh Tuan Adrian Banie Lasimbang yang ada dalam Dewan. Berkenaan dengan kuasa beli golongan berpendapatan sederhana dan juga rendah dengan meningkatkan pengecualian cukai terutamanya terhadap makanan, supaya disposable income mereka itu akan menjadi lebih. Ini kerana apabila tax kepada makanan dan sebagai ini kurang, harganya akan menjadi lebih rendah. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini sebahagian besar barangan adalah tidak lagi tertakluk kepada duti import selaras dengan dasar liberalisasi dan komitmen untuk menurunkan kadar duti import, sama ada di bawah World Trade Organization atau di bawah perjanjian perdagangan dengan negara-negara tertentu seperti Free Trade Agreement dengan Jepun, China, ASEAN dan sebagainya. ■1600 Sehingga kini, Malaysia telah pun menandatangani dan melaksanakan tujuh perjanjian FTA dua hala, dan enam perjanjian FTA serantau. Di bawah perjanjian ASEAN Trade in Goods (ATIGA), Malaysia telah menghapuskan duti import ke atas 99 peratus barangan dalam jadual tarif ketiga iaitu ASEAN Trade in Goods. Hanya 1 peratus barangan masih berduti import seperti produk buah-buahan tropika, produk tembakau dan beras. Kebanyakan produk makanan telah pun di liberalisasi di bawah FTA melainkan produk pertanian yang sensitif, termasuk buah- buahan tempatan, kubis serta produk hasilan haiwan. Produk buah-buahan tempatan ini saya ingat kita pun secara indirect hendak jaga juga lah produce daripada petani-petani kita. Kalau tidak, yang masuk ini terlalu rendah harganya. Tidak ada harga yang ditanam oleh petani-petani kita. Di samping itu, di bawah pelaksanaan SST mulai 1 September 2018, bilangan barangan dengan baris tarif yang dikenakan cukai jualan adalah lebih kecil berbanding di bawah sistem GST. Lebih 5,000 baris tarif tidak dikenakan cukai jualan. Termasuk ubat-ubatan dan makanan asasi seperti beras, gula, ikan segar, ayam segar, sayur-sayuran dan buah- buahan. Ini semua Yang Berhormat, yang kita makan tiap-tiap hari. Tidak dikenakan tarif. Pengecualian cukai jualan ini bertujuan untuk mengurangkan kos perniagaan dan seterusnya mengurangkan harga produk di pasaran. Oleh sebab itu, saya cukup bingung. Kenapa setelah ini semua tindakan yang diambil oleh kerajaan yang mengharapkan supaya harga itu dapat diturunkan di pasaran dengan tidak mengenakan cukai dan sebagainya tetapi kita masih mendapat laporan bahawa terdapat juga lagi banyak barang-barang yang tidak dikenakan cukai SST ini masih tinggi harganya. Jadi, saya ingat ini selain menjadi tugasan kepada rakan-rakan kita daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk melakukan enforcement. Saya ingat kuasa membeli ini sebenarnya ada di tangan rakyat. Kalau kita semua dapat memastikan mereka peniaga yang tidak bertanggungjawab mengenakan harga yang cukup tinggi walaupun sebenarnya mereka tidak dikenakan cukai, kuasa ada di tangan kita. Sekarang ini dengan media baru yang ada, kita boleh WhatsApp, kita boleh sebagainya, memberitahu dan menghukum peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi ini agar mereka juga kembali untuk memastikan ia tidak dikenakan caj yang terlalu tinggi. Selain itu, kerajaan juga sebelum ini telah mengurangkan sebanyak dua mata peratusan kadar cukai pendapatan bagi pendapatan bercukai RM20 ribu hingga RM70 ribu yang memberi penjimatan cukai kepada pembayar cukai individu sebanyak RM300 hingga RM1,000. Ini juga Yang Berhormat, kita mengharapkan bila dia sudah kurang membayar cukai kepada kerajaan antara RM300 hingga RM1,000 ini, ia akan dapat digunakan untuk dibelanjakan untuk keluarga dan sebagainya. Langkah ini dapat meningkatkan kuasa beli melalui lebihan pendapatan boleh guna yang boleh dibelanjakan oleh rakyat, di samping merancang simpanan masa hadapan. Kerajaan turut mengumumkan dalam Belanjawan 2019 bahawa layanan lepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun bagi memberi satu insentif kepada rakyat untuk melakukan simpanan.

DN 6.12.2018 59

Oleh kerana mereka mendapat pelepasan cukai yang telah dinaikkan maksimum RM8 ribu yang bertujuan untuk meningkatkan simpanan bagi tujuan pendidikan tertiary anak-anak. Berhubung dengan kadar duti ke atas kenderaan pacuan empat roda. Pengenaan duti, Yang Berhormat tanya lah sebab Sabah Sarawak ini memang kenderaan empat roda ini memang boleh kata hampir ramai yang menggunakannya. Pengenaan duti import adalah bergantung pada negara asal kenderaan itu diimport. Sebagai contoh, sekiranya diimport dari negara-negara ASEAN, tiada sebarang duti import dikenakan. Saya pun tidak boleh nak fikir lagi negara ASEAN mengeluarkan four-wheel drive ini mungkin ada. Manakala duti eksais adalah antara 60 peratus hingga 105 peratus, bergantung pada kapasiti enjin kenderaan tersebut sekiranya ia diimport daripada negara-negara luar ASEAN. Kalau favorite orang Sabah dan Sarawak adalah jenama xxx daripada Jepun, oleh sebab ia berada di luar ASEAN, bergantung pada kapasiti enjin kenderaan tersebut, duti eksaisnya adalah antara 60 peratus hingga 105 peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu lah yang telah di bangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya harap saya telah memberikan jawapan yang dapat memuaskan hati. Kalau tidak puas hati juga, kita punya lounge ada di situ dengan teh tarik dengan Nescafe tarik, mungkin boleh kita duduk dan berbincang dan memberikan makluman- makluman kepada Yang Berhormat sekalian. Agar ia dapat kemudiannya kita komunikasi kepada rakyat di kawasan kita masing-masing untuk memastikan bahawa tujuan dan niat baik kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat dapat kita sejahterakan melalui Bajet 2019 ini akan dapat dilaksanakan. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah. Hampir satu jam Yang Berhormat menerangkan. Terima kasih banyak dan juga Yang Berhormat nampak siapa dia itu. Contoh hari ini petang, nampak siapa dia sebenarnya, Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas ini. Ini satu saya kenal dia lama. Dia ini berbudi bahasa. Cara dia cakap nampak keras tapi berbudi bahasa. Bak kata orang Melayu. Perigi itu dikatakan telaga; Tempat orang pergi mandi; Emas perak sangat berharga; Budi bahasa dinilai tinggi. Itu dia. Terima kasih banyak. Sekarang saya jemput pula Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Terima kasih.

4.08 ptg. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan penggulungan hari ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang terlibat dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat Senator telah membangkitkan lapan isu utama. Bagi memudahkan penjelasan kepada persoalan yang dikemukakan, saya menjawabnya berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat Senator dan saya mempunyai teks lebih kurang 32 muka surat. Untuk isu golongan Orang Kurang Upaya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Ong Chong Swen, kementerian menyambut baik cadangan untuk mengadakan kajian menyeluruh bagi melihat semula accessibility di jalan-jalan dan kaki lima di bandar. Oleh kerana konsep bebas halangan dan reka bentuk sejagat ini adalah elemen utama yang boleh menyokong OKU untuk bebas bergerak menjalani rutin harian. Sebagai kementerian yang mempengerusikan Jawatankuasa Rekabentuk Sejagat dan Alam Bina, di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, kementerian ini bertanggungjawab memantau pencapaian keseluruhan tindakan oleh semua agensi pelaksana di bawah Pelan Tindakan OKU 2016 sehingga 2022.

60 DN 6.12.2018

Pelan ini melibatkan pelbagai sasaran dan program OKU, termasuk program- program accessibility di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi accessibility bangunan baru untuk semua golongan OKU dan warga emas. Dalam hal ini, audit akses dilaksanakan ke bangunan seliaan pihak berkuasa tempatan secara berterusan bagi setiap tahun bagi memastikan ia mematuhi standard dan piawaian reka bentuk sejagat. ■1610 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa juga telah membangunkan garis panduan perancangan fizikal bagi warga emas untuk diguna pakai oleh PBT. Saya akan dapatkan sesalinan laporan audit itu secara bertulis untuk Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen. Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan ada? Ya, ada. Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya di bawah JKM sedang meminda draf garis panduan pemadanan jawatan yang telah disemak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia akan dihantar semula untuk kelulusan JPA sebelum garis panduan tersebut diedarkan kepada pihak berkuasa melantik dan agensi-agensi. Dalam proses penyediaan garis panduan, satu sesi semakan bersama agensi- agensi telah diadakan untuk memberikan pemahaman mengenai isu ketidakupayaan dalam pekerjaan. Berdasarkan sesi tersebut, halangan yang dikenal pasti adalah nature of job ataupun tugasan tertentu yang menghalang OKU untuk menyandang sesuatu jawatan. Contohnya, bagi jawatan pegawai dan Penolong Pegawai Perubatan. Jawatan ini tidak sesuai dipertimbangkan kerana memerlukan penyandang mempunyai kemampuan fizikal dan mental untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas yang tidak membahayakan nyawa pesakit. Pihak kementerian juga menyambut baik pandangan Yang Berhormat Senator dan akan mencadangkan kajian tentang masalah OKU penglihatan dilaksanakan. Setakat ini, seramai 752 OKU penglihatan sedang bekerja di sektor awam. Untuk makluman, kementerian telah meluluskan untuk menjalankan kajian peluang pekerjaan OKU di Malaysia di bawah Rolling Plan Keempat RMKe-11 pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Puan Hannah Yeoh: Melalui kajian ini, diharapkan agar kementerian... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekejap ya.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Puan Hannah Yeoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melalui kajian ini, diharapkan agar kementerian memperoleh maklumat dan input yang penting mengenai situasi industri semasa dari segi penawaran kerja dan isu-isu pengambilan pekerja OKU serta permasalahan yang dihadapi oleh OKU untuk memasuki alam pekerjaan. Dasar satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam juga telah diperkenalkan sejak tahun 1988. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Oktober 2018 baru-baru ini telah bersetuju agar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mempertimbangkan pelantikan wakil OKU dalam suruhanjaya tersebut. SPA memaklumkan bahawa cadangan pelantikan wakil OKU akan dibawa untuk kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kementerian juga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak SPA dan JPA berkenaan usaha bagi meningkatkan bilangan OKU dalam perkhidmatan awam. Izinkan saya mendapatkan data khas untuk Yang Berhormat Senator Bathmavathi Krishnan. Untuk audit yang telah kita lakukan di bawah semua kementerian, kita telah dapati bahawa tiga kementerian telah mencapai hampir satu peratus ataupun lebih daripada satu peratus. Pertamanya ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mereka telah mencapai pengisian OKU 1.86 peratus dengan pengisian 55 jawatan.

DN 6.12.2018 61

Keduanya ialah kementerian kita di mana kita telah mencapai 1.81 peratus dengan pengisian jawatan untuk OKU, 148 jawatan. Diikuti ketiganya, Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan 0.98 peratus dan bilangan pengisian OKU 107 jawatan. Kementerian yang paling rendah yang saya lihat di sini adalah KPKT iaitu 0.14 peratus sahaja dan Kementerian Kesihatan Malaysia 0.16 peratus. Manakala bagi kerajaan negeri pula, SUK. Pertama, paling tinggi adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan 0.86 peratus dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 0.86 peratus, hampir satu peratus. Keduanya adalah negeri Terengganu dengan 0.61 peratus. Ketiganya adalah negeri Pahang iaitu 0.51 peratus. Jadi, target kita adalah kita sudah ada dasar ini dan kementerian kita akan terus menggesa semua kementerian dan pihak kerajaan untuk memperluaskan lagi pengambilan ataupun pengisian jawatan untuk golongan OKU. Saya lihat adalah penting untuk sektor awam, kerajaan dulu to lead by example, dengan izin, sebelum kita pergi keluar menguar-uarkan kepada sektor swasta untuk berbuat demikian. Adalah elok untuk kementerian kita semua mencapai hasrat ini dulu. Baiklah saya teruskan. Kementerian juga memerlukan kerjasama setiap agensi bagi mencapai hasrat dasar satu peratus Pelan Tindakan OKU 2016, sudah merangka strategi untuk memastikan pencapaian dasar ini seperti yang saya telah jawab. Berkaitan dengan taska OKU, kini terdapat enam buah NGO yang mengendalikan taska OKU melalui peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Taska OKU dimulakan sebagai projek rintis. Walau bagaimanapun, sekiranya ada permintaan tinggi, kerajaan boleh mempertimbangkan penubuhan taska OKU baharu. Semua pengusaha taska OKU perlu mendaftar menurut akta taska dan memenuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan termasuk latihan pengasuh. Izinkan saya juga memberikan maklumat ini terutamanya khas untuk Senator-senator baharu. Taska OKU kita sekarang ada enam di enam lokasi: (i) Putrajaya untuk masalah pembelajaran; (ii) Ipoh untuk pertuturan; (iii) Puchong untuk pendengaran; (iv) Sibu untuk masalah pembelajaran khasnya autisme; Likas, Sabah untuk fizikal; dan (v) Pulau Pinang untuk OKU penglihatan. Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan, di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya, Jawatankuasa Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan sering membincangkan isu-isu berkenaan pendidikan kanak-kanak OKU. Kementerian menyambut baik pandangan mengenai homeschooling ini dan akan memohon perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia melihat pelaksanaan homeschooling ini sebagai satu alternatif bagi kanak-kanak OKU. Saya difahamkan homeschooling ini sekarang cukup popular dengan populasi penduduk Kristian dan juga yang beragama Islam. Ada banyak homeschooling centers yang sekarang sedang wujud dan kita perlu pantau. Kementerian juga sedang meneliti kesesuaian beberapa cadangan, rasionalisasi Institut Sosial Malaysia bagi memperluaskan skop perkhidmatan mereka bukan sahaja sebagai pusat pembangunan kapasiti dalam bidang sosial, tetapi juga sebagai pusat kajian dasar-dasar kerajaan berkaitan kesemua kumpulan sasar kementerian terutamanya OKU. Di peringkat ASEAN, susulan daripada ASEAN Summit Ke-33 pada 11 hingga 15 November baru-baru ini dan mesyuarat Senior Official Meeting on Social Welfare and Development pada 22 November, negara-negara ASEAN telah diminta untuk mengenal pasti key action points dalam ASEAN Enabling Masterplan 2025, mainstreaming the rights of person with disabilities untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan sehingga tahun 2025.

62 DN 6.12.2018

Memandangkan key action points tersebut merangkumi tiga tunggak ASEAN iaitu sosial budaya, politik dan keselamatan serta ekonomi, Kementerian Luar Negeri sedang menyelaraskan tindakan susulan pelaksanaan enabling masterplan tersebut di bawah tindakan Kementerian Luar Negeri. Saya bergerak ke isu kekeluargaan. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, Senator Dato’ Ong Chong Swen dan Senator Dato’ Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin telah membangkitkan mengenai kekangan wanita dalam sektor pekerjaan. Kementerian mengambil pendirian bahawa tanggungjawab menjaga anak-anak dan menguruskan keluarga adalah tanggungjawab bersama yang merangkumi suami dan isteri. Bagi menyokong ibu bapa yang bekerja, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah menyediakan peruntukan kewangan bagi penubuhan taska di sektor awam dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Antara lain, kerajaan juga mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah taska di Parlimen. Taska di Parlimen ini kita telah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan kita lihat memang ada satu keperluan bukan sahaja untuk golongan Wakil Rakyat yang muda yang mempunyai anak-anak, tetapi untuk golongan wakil rakyat yang adalah warga emas, mungkin mereka perlu juga membantu menjaga cucu. Ini adalah satu perkhidmatan yang saya nampak boleh memberikan faedah kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat, termasuk semua pegawai kerajaan yang perlu bertugas sehingga waktu malam dan juga kepada para wartawan kita. Jadi kita hendak segerakan dan kita akan bekerjasama dengan Parlimen untuk memperuntukkan RM10 juta ini. RM10 juta ini kita khaskan untuk pembinaan 50 taska baharu. ■1620 Anggaran satu taska lebih kurang RM200,000 dan kita akan lihat permohonan- permohonan yang telah masuk daripada semua kementerian dan agensi kerajaan. Menyedari peningkatan wanita dalam tenaga buruh dan kepentingan untuk mewujudkan sistem sokongan kepada ibu bapa yang bekerja, kerajaan sentiasa menggalakkan penubuhan taska di kawasan yang bersesuaian seperti tempat kerja dan kawasan perumahan. Yang Berhormat Senator Datin Rahimah, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menggalakkan penubuhan taska di kawasan yang berkepadatan tinggi seperti kawasan perumahan golongan B40. Walau bagaimanapun, kebenaran penubuhan taska dari segi penentuan lokasi bangunan adalah tertakluk kepada kebenaran sokongan dari pihak berkuasa tempatan. Antara usaha yang telah dilakukan agensi kerajaan adalah kewujudan syarat- syarat penubuhan di bangunan bertingkat yang dikuatkuasakan tahun 2017 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. JKM juga mengadakan mesyuarat one-stop center mengikut zon dalam negeri bagi menyelaraskan pendaftaran taska. Jadi yang telah saya jelaskan dalam Dewan Negara ini, kita telah mulakan proses pemutihan di Putrajaya dulu, dan apabila laporan itu lengkap, saya akan juga bentangkan dan berkongsi dengan semua Yang Berhormat Senator. Bagi pengasuh pula, jumlah peserta yang telah menyertai kursus asuhan PERMATA sehingga tahun lepas adalah 14,208 orang. Manakala peserta yang lulus adalah seramai 12,723 orang. Rekod sehingga Disember 2018, seramai 4,574 orang berkhidmat dalam Taska mempunyai kelayakan sijil kursus asuhan PERMATA. Terdapat juga permintaan daripada kumpulan-kumpulan pengasuh untuk kita pendekkan kursus ini. Sekarang adalah 28 hari tetapi kita sedang review syllabus kita untuk tengok bagi pengasuh yang bekerja dengan orang dan tidak menguruskan taska sendiri mungkin kita tidak perlu bagi mereka latihan untuk pengurusan kewangan. Jadi kita memang sentiasa berbincang dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar untuk kita memperbaiki lagi sistem ini. Pada masa yang sama kerajaan turut inginkan ibu-ibu yang bekerja untuk menyusu anak dengan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga berusia enam bulan serta meneruskannya hingga mencapai umur dua tahun. Perkara ini juga seiring dengan polisi penyusuan susu ibu Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DN 6.12.2018 63

Oleh itu, kementerian menggesa agar majikan menyediakan bilik penyusuan serta mewujudkan peraturan yang memberi fleksibiliti kepada penyusuan susu ibu. Buat masa ini tidak ada dari segi undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, mohon saya membacakan bahawa Dewan ini mengalu- alukan pelawat di Galeri Awam, daripada Pejabat Agama Jajahan Gua Musang, Bahagian Dakwah Halakat... [Tepuk] Selamat datang. Kerajaan juga menggalakkan syarikat swasta untuk secara aktif menyokong penjagaan kanak-kanak dan menyediakan alternatif seperti yang sesuai seperti yang ditawarkan oleh kerajaan seperti cuti bersalin dan cuti materniti. Apabila ibu bapa yakin bahawa keselamatan dan kebajikan kanak-kanak mereka terjamin, produktiviti di tempat kerja akan turut meningkat. Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah, kemudahan flexible working arrangement di sektor awam di perkenalkan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak Mac 2015 bagi memastikan pekerja mencapai keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya, work life balance. Inisiatif ini terbuka kepada semua pekerja yang berprestasi 85 peratus ke atas dan tidak terhad kepada anggota wanita sahaja. Flexi working arrangement ini di kementerian memberi fleksibiliti kepada pekerja untuk hadir dan pulang berdasarkan kepada pilihan waktu kerja masing-masing dengan memenuhi jumlah tempoh waktu bekerja selama 38 jam dan 30 minit dalam seminggu. Melalui kaedah ini, pekerja perlu berada di pejabat pada waktu teras iaitu jam 10 pagi hingga 3.30 petang melainkan sekiranya diarahkan bertugas luar oleh pegawai penyelia masing-masing. Pegawai juga dikehendaki bertugas di luar waktu teras sekiranya diarahkan oleh pegawai penyelia. Sehingga Julai 2018, jumlah penyertaan adalah seramai 330 orang pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh pelaksanaannya. Jabatan Perkhidmatan Awam turut sedang mengkaji kesesuaian pelaksanaan flexi working arrangement untuk perkhidmatan awam keseluruhannya. Bagi membantu majikan terutamanya daripada sektor swasta melaksanakan flexi working arrangement, Talent Corporation menawarkan bimbingan dalam pengurusan keperluan sumber manusia. Talent Corporation juga telah melancarkan portal flexworklife.my pada 8 Julai 2013, bertujuan untuk membina rangkaian majikan dan sumber manusia bagi mengoptimumkan keseimbangan, kerjaya dan kehidupan serta pada masa yang sama memaksimumkan kecekapan kerja dan meningkatkan produktiviti pekerja. Portal ini berfungsi sebagai repository idea-idea dan amalan terbaik dalam pelaksanaan waktu bekerja yang fleksibel dan juga kemudahan sistem sokongan keluarga. Sehingga kini beberapa syarikat besar seperti CIMB Group, Sunway Group dan Maybank telah melaksanakan flexi working arrangement. Tahun ini saya juga telah berkesempatan mengambil bahagian dalam pertandingan ataupun competition yang dilakukan oleh Talent Corporation untuk menggalakkan semua pihak swasta, koperasi semua untuk bertanding, tengok mana satu yang mempunyai dasar yang lebih mesra wanita terutamanya bagi ibu bapa yang muda dan yang kita lihat yang telah menang anugerah baru-baru ini adalah KWSP. Kita telah minta amalan-amalan baik ini kita boleh turunkan dan kita berkongsi dengan semua kementerian supaya kita boleh adapt what is good dan kita boleh praktiskannya supaya menggalakkan lebih ramai lagi wanita untuk terus bekerja. Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah juga menyentuh tentang jurang gender dalam politik. Kementerian menekankan bahawa inisiatif untuk meningkatkan peratusan wanita dalam bidang politik harus digalas bersama oleh semua komponen parti-parti politik. Soalan ini telah pun ditanya di dalam Dewan Rakyat juga dan kita telah menjawab bahawa ini betul-betul tertakluk dalam tangan presiden parti politik masing- masing kerana mereka kena tentukan bahawa mereka memberikan kerusi yang secukupnya untuk golongan wanita untuk bertanding dan menaikkan lagi jumlah wanita dalam politik. Bagi menjamin kesaksamaan gender di Malaysia, kementerian ini sememangnya berhasrat untuk menggubal Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender dan ini telah pun diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita baru-baru ini.

64 DN 6.12.2018

Untuk tujuan berkenaan, kementerian sedang giat menjalankan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi kerajaan, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan input. Sekarang masih di stakeholders consultation ya, peringkat sana. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Lim kerana membangkitkan isu jurang perbezaan gaji antara wanita dan lelaki. Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd. Nordin: Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Puan Hannah Yeoh: Ya, silakan. Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd. Nordin: Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang saya rasa cukup detail dan saya juga hendak mengucapkan tahniahlah kepada kementerian kerana telah melaksanakan flexi working arrangement sebab kita tahu bahawa isu wanita ini memang sebenarnya bukan isu wanita sahaja tetapi ialah isu masyarakat dan sebagai individu yang juga mempunyai anak yang kecil, saya memahami kebanyakan kepada ibu-ibu yang bekerja. Anak saya dua orang Tuan Yang di-Pertua, satu umur dua tahun, satu lagi umur enam tahun. Maknanya kita sangat memahami apa yang dialami oleh ibu-ibu dan juga bapa-bapa di luar sana. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila kementerian membuat flexi working arrangement daripada tahun 2015 yang sudah diperkenalkan, pernahkah dibuat satu kajian ataupun satu dapatan tentang produktiviti? Sebab sering kali apabila kita mengutarakan flexi hours, kita bercakap fasal friendly family policy, sering kali dikaitkan dengan produktiviti. I mean that when you give more flexi hours, you give more, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita memberikan lebih masa kepada keluarga, akan mengurangkan pula produktiviti. Maka saya hendak bertanyalah kepada Yang Berhormat Menteri sama ada pernah tidak buat. Kalau katalah pernah buat, mungkin ianya boleh dijadikan asas kepada penggalakan sektor-sektor swasta dan juga jabatan-jabatan lain untuk melaksanakan dasar yang sama. Keduanya, saya juga mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana mempunyai satu program yang kira memberi behavioral reward kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan dasar-dasar kesaksamaan gender ini. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Puan Hannah Yeoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dato’ Senator. Kajian memang kita tidak pernah buat lagi di peringkat kementerian tetapi seperti yang telah jawab flexi working hours ini bukan terbuka untuk semua. Hanya kepada semua pekerja yang berprestasi 85 peratus ke atas. Bermaksud kalau mereka sudah berprestasi 85 peratus ke atas, mereka boleh dipertanggungjawabkan dengan polisi seperti ini di mana mereka tidak akan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka tetapi itu adalah satu cadangan yang baik dan kita mungkin boleh membuat kajian dalam kementerian internal survey untuk membuktikan kepada semua bahawa dengan adanya flexi working hours, produktiviti mungkin telah bertambah daripada 85 peratus, mungkin sekarang 92 peratus. Kita tidak pasti tetapi kita boleh buat internal survey dulu. ■1630 Untuk Talent Corp tersebut, memang tahun ini kita lihat penglibatan syarikat- syarikat yang menyertai pertandingan mereka telah dua kali ganda kerana ada banyak promosi dilakukan untuk mereka mempromosikan amalan-amalan sihat yang mereka telah mula amalkan. Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab tadi Yang Berhormat Senator Dato’ Lim membangkitkan isu jurang perbezaan gaji antara wanita dan lelaki. Perkara ini akan di bawah perhatian Kementerian Sumber Manusia untuk membetulkan keadaan berkenaan. Isu wanita, Yang Berhormat Senator Dato Ong. Kementerian akan melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran Wanita menggunakan kaedah Community Based Enterprise (CBE).

DN 6.12.2018 65

CBE adalah satu bentuk pendekatan keusahawanan yang menggunakan konsep kerjasama antara tenaga pengajar, pengusaha perniagaan, individu berkemahiran ataupun usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing- masing untuk memberikan latihan serta berkongsi ilmu bagi membantu peserta wanita, ibu-ibu tunggal dan golongan suri rumah menjana pendapatan. Selain melatih wanita dalam bidang kemahiran yang boleh dikomersialkan mereka juga akan dilatih teknik pemasaran atas talian. Untuk makluman juga, kementerian ini prihatin terhadap keperluan perundangan yang komprehensif bagi membantu dan melindungi masyarakat terutamanya golongan wanita dan institusi keluarga. Pada masa ini masih belum terdapat perundangan khusus mengenai kesalahan stalking. Walau bagaimanapun, pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pada tahun lepas telah mengambil kira elemen stalking dengan memperluaskan tafsiran keganasan rumah tangga untuk turut merangkumi tindakan pelaku berhubung dengan mangsa atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara elektronik atau sebaliknya. Dengan memperluaskan tafsiran tersebut, pelaku boleh disabitkan dengan perilaku atau perbuatannya yang mempunyai elemen stalking dan pindaan ini telah pun efektif pada tahun ini bulan Januari. Cuma penggunaan akta ini sekarang kita perlu lebih kesedaran, awareness mungkin ramai mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu bahawa sudah ada pindaan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga... Dato’ Ong Chong Swen: Saya hendak tanya... Puan Hannah Yeoh: Silakan, silakan. Dato’ Ong Chong Swen: Sebenarnya bila mereka pergi ke balai polis atau- mengapa hendak buat report itu tidak ada follow up. That’s all. The report will stop there. Thank you. Puan Hannah Yeoh: Saya setuju dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong mengenai isu kesedaran dan kami sedang berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan latihan dan kesedaran bukan sahaja untuk golongan wanita tetapi untuk cara SOP mereka mengendalikan golongan autisme. Macam kes di USJ baru-baru ini di mana mereka kena ada SOP baharu untuk melayan kes-kes seperti ini, yang feedback yang saya terima adalah kadang-kadang bila mangsa pergi ke balai polis dan pegawai di kaunter akan kata “Ala, ini verbal sahaja, no harm done to you.” Jadi cara laku ini mesti kita betulkan. Penggubalan peruntukan perundangan baharu memerlukan penelitian yang menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk penetapan polisi, operasi dan keadaan tempatan, local circumstances. Dalam hal ini, kementerian dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti untuk mewujudkan peruntukan perundangan berkaitan dengan penderaan emosi, psikologi dan mental dalam Kanun Keseksaan yang mana boleh merangkumi isu stalking. Isu bantuan dan kebajikan, Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan. Setiap bantuan bulanan yang diluluskan. Yang Berhormat Senator Tuan Khairul ada dekat sini? Tuan Yang di-Pertua: Tiada. Tiada. Puan Hannah Yeoh: Tidak ada? Saya berikan secara bertulis ya, ataupun hendak saya baca juga? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, boleh beri secara bertulis. Puan Hannah Yeoh: Baiklah, saya akan berikan secara bertulis. Yang Berhormat Senator Datin Rahimah, ada kan? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datin Rahimah tiada. Puan Hannah Yeoh: Tidak ada. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa? Tuan Yang di-Pertua: Ada.

66 DN 6.12.2018

Puan Hannah Yeoh: Ada. Kementerian menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar JKM termasuklah OKU mental. Jadi bantuan yang kita berikan bukan berdasarkan status fizikal mereka tetapi berdasarkan golongan seperti kanak-kanak kalau mereka adalah golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah mental kita akan salurkan ataupun golongan warga emas ataupun golongan OKU. Jadi bantuan khas untuk kesihatan mental tidak ada tetapi untuk golongan yang mempunyai masalah mental mereka boleh dapatkan bantuan, dalam sub kategori lah bagaimana kita categorised bantuan yang diberikan ya. Yang Berhormat Senator Tuan Datuk Sambanthan a/l Manickam? Tuan Yang di-Pertua: Ada. Ada. Puan Hannah Yeoh: Ada. JKM tidak mendiskriminasikan golongan miskin dan berkeperluan yang memerlukan bantuan. Pertimbangan dan kelulusan pemberian bantuan adalah melalui proses siasatan serta penilaian mengikut piawaian yang konsisten. Setiap permohonan yang lengkap diterima akan disiasat dan dibuat penilaian- means tested bagi mengesahkan kelayakan pemohon berdasarkan kriteria kelayakan permohonan bantuan. Mulai 1 Julai tahun ini, JKM telah menggunakan pakai syarat kelayakan berdasarkan garis panduan baharu melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat bertarikh 29 Jun. Kriteria kelayakan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan, isi rumah semasa ataupun PGK, per kapita semasa. PGK isi rumah semasa tahun 2014 bagi Semenanjung Malaysia adalah RM930 sebulan, Sabah atau Labuan RM1,170 dan Sarawak RM990. JKM turut mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan ahli isi rumah yang perlu ditanggung, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga, tahap tidak keupayaan ketua keluarga atau ahli keluarganya dan faktor-faktor lain seperti ketua isi rumah sebagai tahanan banduan, ketua isi rumah muflis, dan lain-lain faktor munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan keluarga. Jadi kita agak fleksibel sekarang. Bukan sahaja kita masuk nampak Astro, terus kita reject, tidak ada. Kita akan buat means tested- kajian menyeluruh untuk keluarga tersebut dan pastikan apa yang mereka dapat setiap bulan itu adalah mencukupi untuk semua ahli keluarga. Isu warga emas. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Puan Hannah Yeoh: Okey, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Puan Hannah Yeoh: Tidak ada. Penutup... [Dewan ketawa] Tuan Yang di- Pertua, sekali lagi terima kasih kepada keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kerana telah menyatakan kerisauan, pandangan dan cadangan ke atas isu berkaitan dengan kumpulan sasaran di bawah kementerian ini. Kementerian ini menerima segala cadangan dan teguran secara terbuka dan kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua input berkenaan. Oleh sebab Ahli Yang Berhormat Senator yang bertanyakan mengenai diskriminasi tidak ada, tetapi saya bagi jaminan di sini bahawa dalam isu kebajikan, kementerian ini mengambil dasar kita tidak kira penerima itu datang dari kerajaan negeri kerajaan yang mentadbir ataupun kerajaan negeri pembangkang. Dalam isu kebajikan, kita memang tidak boleh politikkan bantuan dan kita telah beri jaminan dan kita telah pun beri arahan kepada semua pegawai JKM di daerah masing-masing di mana kalau ada program rasmi yang dijemput oleh Ahli-ahli Parlimen daripada ataupun GPS ataupun mana-mana pembangkang, kalau adalah program rasmi yang dijemput oleh wakil rakyat tanpa parti logo JKM mesti turun untuk membantu. Ini adalah kerana untuk kebajikan penduduk yang memerlukan bantuan. Okey, itu jaminan yang kita berikan.

DN 6.12.2018 67

Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk terus menyokong usaha kerajaan khususnya kementerian kita bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Mulai tahun depan fokus kita adalah isu kekeluargaan back to basic dan kita akan melancarkan banyak info grafik untuk memberikan bimbingan kepada komuniti dan kita telah pun melancarkan info grafik untuk mengajar ibu bapa bagaimana untuk mencari pengasuh yang bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak. Jadi saya menjemput semua Yang Berhormat Senator untuk bersama kita dalam memperbaiki sosial dan sistem perlindungan kepada kumpulan vulnerable. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Menteri.

4.39 ptg. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil kesempatan awal untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang prihatin dengan isu-isu pendidikan dan seramai 15 orang Yang Berhormat Senator telah memberikan pandangan dan teguran yang amat membina demi membantu penambahbaikan berterusan sektor pendidikan negara. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan dengan alunan dua rangkap syair. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ■1640 Mari dengarkan wahai anakanda; Rajin lah belajar sepanjang masa; Ilmu tak pernah habis dieja; Sebagai bekalan sepanjang usia.

Dengan ilmu engkau terjaga; Dari suramnya waktu dan masa; Kecemerlangan akan senantiasa; Menyinari diri mu di masa dewasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia percaya bahawa pendidikan tidak harus disempitkan kepada ruang bilik darjah dan bilik kuliah semata-mata. Malah, ia perlu diperluaskan kepada segenap kehidupan dan melibatkan seluruh masyarakat. Pendidikan adalah milik semua. Tidak hanya terhad kepada Kementerian Pendidikan sahaja. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha ke arah merakyatkan pendidikan supaya ilmu dapat sampai kepada semua. Bak kata Gabenor Jakarta, Dr. Anies Baswedan, “Mendidik adalah tanggungjawab setiap orang terdidik. Berarti juga anak-anak yang tidak terdidik di negara ini, adalah dosa setiap orang yang terdidik yang dimiliki di negara ini. Anak-anak tidak berbeda, mereka semua berpotensi, mereka hanya dibedakan oleh keadaan” dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan yang mulia berdasarkan kluster isu. Pertama, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, ada? Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Ada, ada. Dr. Maszlee bin Malik: Okey. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing yang menyentuh isu-isu berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan. Saya ingin memberikan penegasan di sini, bahawa, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa istiqamah, mendengar suara rakyat dan pemimpin yang prihatin dengan fizikal sekolah.

68 DN 6.12.2018

Dalam hal ini, pembangunan sekolah daif merupakan keutamaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di waktu ini. Saya sendiri telah turun melakukan lawatan kasih sayang ke beberapa buah sekolah di seluruh negara. Ini termasuklah baru- baru ini di Sarawak iaitu di Bintulu pada minggu lepas, untuk melihat dan memantau sendiri keadaan sekolah-sekolah di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sarawak, sebanyak 116 Projek Pembangunan Sekolah Daif menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) dilaksanakan pada tahun 2018. Sebanyak 60 projek daripadanya telah siap, manakala baki 49 projek lagi sedang dalam pelaksanaan. Pada tahun 2018, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Projek Sekolah Daif. Sebanyak RM500 juta telah dibelanjakan, manakala RM400 juta diperuntukkan untuk membiayai projek semasa. Bagi Sabah pula, jumlah Projek Sekolah Daif pada tahun 2018 adalah sebanyak 120 projek. Daripada jumlah ini, 37 projek telah siap sepenuhnya. Manakala, 83 projek lagi sedang dalam peringkat akhir pelaksanaannya. Pembangunan Sekolah Daif pada tahun 2019 akan ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan. Dalam hal ini, keutamaan diberikan kepada sekolah yang telah mendapatkan pengesahan tidak selamat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan teknikal KPM. Selain daripada peruntukan Kementerian Kewangan, inisiatif lain seperti mewujudkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan galakan sumbangan melalui potongan cukai kepada penyumbang juga akan dibincangkan bersama. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada era baharu ini akan terus meningkatkan kemudahan pendidikan kepada semua murid di seluruh negara tanpa mengabaikan pembangunan SJKT seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan a/l Manickam. Ada ya? Datuk Sambanthan a/l Manickam: Ada, ada. Dr. Maszlee bin Malik: Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM116 juta kepada SJKT Kerajaan dan SJKT Bantuan Kerajaan seluruh negara di antara tahun 2015 hingga tahun 2017. Pada tahun 2019, SJKT juga bakal diperuntukkan RM52 juta untuk tabung penyelenggaraan. Pengagihan peruntukan tersebut ke sekolah adalah berdasarkan keperluan dan keutamaan permohonan pihak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Kerajaan sekarang menjulang prinsip ketelusan dan integriti. Ekoran itu, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Penyediaan Pemberian Bantuan Tabung Penyelenggaraan Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan. Bagi memastikan tadbir urus penyaluran serta perbelanjaan peruntukan tabung penyelenggaraan ini dilaksanakan secara terus dan berintegriti. Berkaitan dengan hospital pengajar UNIMAS di Kota Samarahan, projek ini telah diluluskan sebagai projek baharu di bawah peruntukan pembangunan di Rolling Plan Keempat RP4, Rancangan Malaysia Ke11, tahun 2019. Kos keseluruhan sebanyak RM480 juta. Siling peruntukan projek pada tahun 2019, adalah sebanyak RM5 juta. Manakala, bagi hospital pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini dalam fasa pembinaan sebagai hospital pintar, kementerian maklum bahawa projek ini memerlukan kos tambahan sebanyak RM117 juta yang melibatkan SMART iaitu surgical instrument, SMART patient monitoring system dan SMART building. Walau bagaimanapun, berdasarkan keutamaan dalam agihan peruntukan pembangunan kementerian yang mengambil kira bebanan kewangan kerajaan pada masa ini, kementerian bersedia mempertimbangkan semula cadangan pelaksanaan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kokurikulum dan pentaksiran. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop, Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, dan Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin telah menyentuh aspek kokurikulum dan sistem pentaksiran. Bagi membina modal insan yang seimbang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti teras asas agenda reformasi pendidikan di Malaysia yang mengambil pandangan semua pihak.

DN 6.12.2018 69

Terutamanya pandangan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri serta membuat penanda aras dengan negara-negara terserlah nilai-nilai murninya seperti Jepun dan juga Finland. KPM telah menekankan pendidikan yang berteraskan nilai dan kemanusiaan yang mana semua sekolah dan institusi pendidikan akan menerapkan nilai kasih sayang, kegembiraan dan saling hormat-menghormati serta menghidupkan kembali nilai sivik, budaya membaca, nilai etika kerja serta nilai-nilai murni sejagat. KPM akan memastikan anak-anak akan belajar dengan seronok, pendidik yang mendidik kerana cintakan ilmu serta sekolah sebagai kawasan selamat untuk anak-anak kita dan masyarakat yang saling menghormati di antara satu sama yang lain. Usaha menerapkan dan memperkenalkan nilai-nilai murni ini akan dilakukan secara komprehensif dengan konsep pendidikan milik semua. Anak-anak bukan sahaja akan menerima input mengenai nilai-nilai murni di sekolah, malah KPM juga akan bekerjasama dengan media untuk menyambut seruan dan saranan yang diberikan oleh KPM di sekolah-sekolah. Dengan ini, media akan turut memperkenalkan nilai-nilai yang diperkenalkan di sekolah setiap dua minggu. Media juga akan membantu menerbitkan, dengan izin, Public Service Announcement (PSA) selari dengan nilai-nilai yang diperkenalkan pada setiap dua minggu tersebut. KPM juga sedang cuba untuk mendapatkan usaha sama daripada pihak swasta untuk turut mempromosikan nilai-nilai murni di cawangan-cawangan mereka. KPM mahukan promosi nilai-nilai murni dan penghayatannya berlaku di segenap kehidupan rakyat dan bukan hanya di sekolah semata-mata. Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, pendidikan adalah tanggungjawab semua dan milik semua. Saya yakin, jika semua usaha ini dilaksanakan bukan sahaja aspek pencapaian dan sahsiah murid dapat ditingkatkan, malah kita yakin ia juga akan dapat mencegah gejala sosial seperti buli, gengsterisme dan dadah di kalangan murid-murid kita. Izinkan saya mencontohi nasihat Dalai Lama, yang telah mengatakan, dengan izin, “When educating the minds of our youth, we must not forget to educate their hearts”. Tuan Yang di-Pertua, KPM tetap komited untuk meningkatkan pencapaian dan mengurangkan jurang pencapaian murid di samping tugas... Tuan Ismail bin Yusop: Tuan Yang di-Pertua, boleh, dengan izin? Sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kerana respons yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri khususnya dari segi pendidikan yang secara holistik menumpukan pada soal nilai. Suatu ketika dahulu, Kementerian Pendidikan pernah memperkenalkan apa yang dipanggil Pendidikan Komuniti yang melibatkan persatuan- persatuan ibu bapa, Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat sebab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang berkait dengan agensi dan jabatan yang perlu dilibatkan daripada segi memastikan pendidikan nilai-nilai murni ini dan mengambil contoh negara Jepun. ■1650 Apakah di peringkat kementerian ada cadangan-cadangan yang setakat ini saya belum dengar lagi dalam konteks di mana, bagaimana kita boleh strengthen, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam konteks melibatkan sama parenting ini dalam memberikan pendidikan nilai dan kerohanian kepada anak-anak didik kita di sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pendidikan Komuniti. Setakat ini pihak KPM sedang dan berterusan melakukan proses libat urus dengan PIBG-PIBG dan persatuan-persatuan yang mewakili PIBG-PIBG daripada seluruh Malaysia. Ada terdapat pelbagai persatuan dan kami berkomunikasi dengan mereka dan ini selaras dengan cita-cita Kementerian Pendidikan Malaysia demi mengamalkan ataupun mengaplikasikan Blueprint Pendidikan Malaysia 2015/2025 untuk menjadikan sekolah-sekolah lebih mempunyai autonomi. Untuk sekolah mempunyai autonomi, ia perlu dibudayakan ataupun di hak upayakan dengan penglibatan semua pihak. Bukan sahaja pihak sekolah semata-mata tetapi juga pihak PIBG dan juga pihak komuniti setempat.

70 DN 6.12.2018

Kita ingin pihak komuniti setempat mengambil sekolah-sekolah sebagai sekolah angkat mereka dan turut peduli walaupun mereka tidak mempunyai anak di sekolah tersebut. Ini kerana, seperti mana yang saya sebutkan tadi pendidikan adalah milik semua. In syaa Allah, daripada semasa ke semasa, kita akan cuba membawa ke media pencapaian-pencapaian bersama kita dengan PIBG, terima kasih Yang Berhormat, yang bertanya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop, ada? Minta maaf dan Yang Berhormat Puan Asmak binti Husin kerana menekankan tentang keseimbangan antara mata pelajaran STEM dengan Sains Sosial serta Sejarah bagi menyemai akar tunjang jati diri murid-murid kita. Pertama sekali, pedagogi harus berubah kepada pembelajaran yang berpusatkan guru semata-mata iaitu Teacher Centered Learning kepada pembelajaran berpusatkan murid iaitu Student Centered Learning. Perkara ini secara tidak langsung melibatkan pemantapan latihan guru di peringkat pra dan dalam perkhidmatan untuk lebih mahir dalam membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi. Di samping itu, latihan dalam perkhidmatan yang berterusan yang akan dilakukan dengan lebih intensif dan efektif pada tahun-tahun ke hadapan ini akan menjadi fokus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melihat kepada kerjasama antara fakulti-fakulti pendidikan di universiti-universiti awam kita untuk membantu para guru dari segi pedagogi. Kedua, KPM melaksanakan perubahan kurikulum daripada kurikulum berdasarkan standard, dengan izin, standard based curriculum, kepada kurikulum berdasarkan kompetensi ataupun competency-based curriculum, dengan izin, dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku serta nilai yang relevan bagi menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Ketiga, pentaksiran akan berubah iaitu KPM akan menggantikan peperiksaan untuk murid tahap satu iaitu darjah satu, dua dan tiga dengan pentaksiran yang lebih holistik, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah ataupun PBD. PBD yang melihat kepada perkembangan pembelajaran murid, akan menggantikan budaya peperiksaan semata- mata yang memberikan fokus hanya kepada peperiksaan hatta kepada kanak-kanak seawal umur tujuh, lapan dan sembilan tahun. Kita akan gantikan kepada learning centered, yang mana perkembangan anak- anak secara holistik, secara menyeluruh akan dinilai, direkodkan dan dilaporkan kepada ibu bapa untuk guru dan ibu bapa bersama-sama mengenal pasti potensi anak-anak. Mengenal pasti kelebihan anak-anak dan juga mengenal pasti jikalau ada kelemahan untuk sama-sama memperbaikinya. Apa yang lebih penting pada tahap awal ini seawal umur tujuh, lapan dan sembilan tahun kurikulum hendaklah menjurus kepada pembinaan karakter anak-anak dan bukan membebankan mereka dengan hafalan, pelajaran dan akhirnya dimuntahkan sewaktu peperiksaan semata-mata. Kita ingin supaya pembinaan holistik anak-anak pada tahap ini akan membentuk mereka untuk bersedia menghadapi tahun-tahun seterusnya persekolahan. Langkah ini adalah konsisten... Puan Asmak binti Husin: Mohon celahan. Dr. Maszlee bin Malik: Ya. Puan Asmak binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apabila diceritakan tentang pendekatan-pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru, sebagai mana kita tahu sebelum ini kita sudah buat KBAT, kita sudah buat pendidikan Alaf 21. So, apa perbezaan di antara yang sekarang dengan KBAT dan Alaf 21 yang sebelum ini. Keduanya, saya ingat anak saya sebelum ini pun melalui sistem KBAT ini dalam beberapa tahun sebelum ini, tetapi masalahnya ialah walaupun kita KBATkan dia, tetapi guru-guru kita tidak biasa dan mereka menggunakan dokumentasi yang banyak. Maknanya guru-guru sibuk buat membuat dokumentasi, bukan meng-KBAT-kan budak. Jadi, agaknya bagaimana pendekatan KPM yang baru, mengambil kira atau tidak apa yang berlaku sebelum ini ataupun membuat penerusan apa yang ada sebenarnya. Sekian, terima kasih.

DN 6.12.2018 71

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih kepada Senator yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, KBAT ialah berkaitan kemahiran berfikir, bukan kemahiran mengisi dokumen. Jadi, guru-guru sepatutnya diberikan latihan untuk mempunyai cara berfikir yang betul. Bukannya menilai ataupun menyusahkan anak-anak ataupun dibebankan mereka dengan mengisi dokumen. Makanya, latihan yang berterusan akan diberikan kepada guru-guru dengan kemahiran berfikir supaya mereka bukan sahaja boleh berfikir dengan pemikiran di luar kotak, pemikiran yang kritikal, pemikiran yang analitikal dan reflektif malah boleh mereka tumpahkan dan mereka berikan kepada anak-anak murid. Oleh sebab itu jikalau dilihat antara perkembangan semasa, kita cuba mengurangkan beban guru dengan mengisi dokumen-dokumen. Begitu juga asas kepada KBAT sebenarnya adalah tidak di jumudkan pemikiran mereka. Tidak dikotak-katikkan pemikiran mereka, tetapi mereka bebas melihat sesuatu perkara, sesuatu isu dari dimensi yang berbeza. Ini yang kita inginkan daripada para guru dan ini yang kita ingin diamalkan oleh para murid sekalian. Puan Asmak binti Husin: Mohon pencelahan sedikit lagi. Isu mengenai KBAT ini, kalau ikut pengalaman saya, satunya bebanan terhadap guru. Guru ini memang mempunyai hasrat yang sama seperti yang disebutkan tadi. Akan tetapi tekanan daripada pihak ibu bapa yang setiap kali berjumpa dengan guru hendak tahu, “Anak saya pandai apa?” Jadi apabila hendak tahu, “Anak saya pandai apa?”, dia terpaksa rekodkan, akhirnya jadi lebih tebal daripada yang biasa. Saya sebagai ibu bapa yang lebih faham, saya kata saya tidak mahu rekod ini semua, tetapi ibu bapa lain hendak. Jadi macam mana kesediaan ibu bapa terhadap sistem yang baru ini. Sekian, terima kasih. Dr. Maszlee bin Malik: Kita perlu KBATkan pemikiran ibu bapa. Oleh sebab itu saya mengatakan KPM dalam waktu yang ke hadapan ini akan bekerjasama dengan pihak-pihak media untuk kita melatih supaya ibu bapa mempunyai pemikiran yang lebih terbuka, pemikiran yang lebih abad ke-21 supaya melihat pendidikan bukan hanya kepada keputusan peperiksaan ataupun gred ataupun kelas yang dibahagi-bahagikan, supaya mereka melihat perkembangan menyeluruh anaknya. Terima kasih. Jikalau kita lihat dalam era baru ini juga, KPM prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran sejarah. Kurikulum standard sejarah digubal dengan tujuan murid memperoleh perspektif yang luas tentang sejarah perkembangan dan proses evolusi peradaban dunia serta memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Di samping itu juga, murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan berdasarkan kemahiran pemikiran sejarah. Bukan hanya melihat sejarah sebagai nama-nama, angka-angka, tahun-tahun yang dihafal kemudian dimuntahkan sewaktu peperiksaan. Akan tetapi, sejarah perlu dilihat sebagai sesuatu yang menarik, sesuatu yang menyeronokkan. Ini selari dengan pendekatan terbaru yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semenjak tahun 2017. Jikalau kita melihat kepada buku-buku teks sejarah yang baru, ia akan lebih menarik, ia akan lebih menumpukan konsep-konsep kreativiti, kritikal, analitikal dan tidak hanya terbeban dengan penghafalan fakta semata-mata. KPM juga akan menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan kurikulum dan buku teks sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapat perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif seperti mana yang telah saya terangkan di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu. ■1700 Di samping itu, KPM juga akan melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (2020-2030) untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini. Ini acap kali saya sebutkan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara ini. Bak kata pepatah, “Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”. Ini penting kerana impak akhir yang kita harapkan ialah perpaduan dan jati diri yang mantap sebagai warganegara Malaysia yang maju dan sejahtera.

72 DN 6.12.2018

KPM menghargai cadangan Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili yang mencadangkan kolaboratif antara IPT dengan jabatan bomba. KPM menyokong sebarang usaha kolaboratif di antara universiti awam dan jabatan bomba untuk menawarkan program-program akademik baharu yang berkonsepkan broad-based dan industry driven, dengan izin, demi keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara. KPM menyediakan polisi, prasarana dan penguatkuasaan dalam pendidikan tinggi melalui pengisian ruang yang diperlukan. Pada 21 November yang lepas, KPM telah melancarkan program Life Saving Skills, dengan izin, dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat di Air 2018 selaras dengan apa yang dipraktikkan di negara-negara maju sebagai pembentukan karakter holistik. Walaupun yang dipaparkan ataupun dihebahkan hanya belajar berenang, tetapi sebenarnya manual lifesaving skills ini lebih luas daripada itu. Diajarkan CPR, diajarkan teknik survival dan lain-lain lagi. Ini kalau kita lihat, satu, dengan izin, ground breaking ataupun permulaan baharu pada kurikulum kita iaitu kanak-kanak tidak lagi dilihat ingin cemerlang semata- mata di dalam peperiksaan. Akan tetapi mereka perlu dilengkapkan dengan skil-skil ataupun kemahiran-kemahiran yang menjadikan mereka warga bertaraf dunia. Ini bukan perkara baharu di negara-negara maju, memang diajarkan. Saya teringat bagaimana anak-anak saya sewaktu kami tinggal di United Kingdom dahulu, diajarkan dengan skil berenang, dengan beberapa kemahiran yang lain walaupun di peringkat sekolah rendah. Ini membentuk sikap mereka sehinggalah mereka dewasa. Untuk menyediakan manual tersebut, KPM telah mengadakan usaha sama dengan jabatan bomba sendiri, agensi-agensi, NGO-NGO dan juga beberapa pemegang taruh yang lain demi memastikan kemahiran yang kita berikan kepada anak-anak kita mempunyai kualiti yang tinggi. Berhubung dengan kelajuan Internet di kawasan luar bandar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab Hamid- ada Yang Berhormat Senator Dato’ Isa? Terima kasih Dato’ Isa. KPM akan bekerjasama erat dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan capaian Internat di sekolah selaras untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21 bagi melahirkan murid yang dinamik, fleksibel dan adaptive dalam menghadapi apa jua situasi serta berjaya mendepani cabaran kehidupan di era Revolusi Industri 4.0, dan agar ia boleh dapat dicapai dalam waktu yang segera. Tuan Yang di-Pertua, isu TVET. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili dan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad yang prihatin dan cakna dengan isu-isu berhubung dengan TVET. Program Diploma Vokasional Malaysia ataupun DVM yang dijalankan di kolej vokasional sedang melalui prosedur penilaian akreditasi semasa oleh Agensi Kelayakan Malaysia ataupun MQA. Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang telah dapat akreditasi penuh MQA nanti akan dinilai taraf setara dengan diploma tahap empat Kerangka Kelayakan Malaysia untuk mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan awam ataupun industri tertakluk kepada pihak berkuasa melantik iaitu PBM dan keperluan majikan yang melantik. Untuk makluman, jurang gaji lepasan DVM di industri tertakluk kepada jenis industri, kawasan dan jawatan yang ditawarkan pekerjaan tersebut. Pelajar lepasan DVM telah mendapat peluang pekerjaan dan gaji yang memuaskan dalam sektor industri. Dapatan kajian kebolehpasaran oleh KPM bagi graduan DVM bagi tahun 2017, seramai 12,803 orang graduan pelajar yang berpendapatan dengan gaji permulaan antara RM1,501 hingga RM2,000. Seramai 4,584 orang iaitu 35.80 peratus adalah kumpulan gaji paling tinggi diperoleh oleh pelajar lepasan DVM. Berhubung isu penyetaraan sijil TVET. Saya dimaklumkan bahawa akreditasi MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dari segi pengiktirafan kedua-dua sijil adalah setara melalui Sistem Akreditasi Tunggal. Sebagai contoh, pengiktirafan diploma akademik dan diploma kemahiran berada pada tahap empat MQF. Berhubung dengan status Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), tindakan awal jawatankuasa tersebut adalah mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk industri, institusi-institusi kerajaan, swasta dan pelajar.

DN 6.12.2018 73

Antara strategi yang telah dilaksanakan oleh JKTVET ialah dengan mengadakan sesi jelajah ataupun townhall dan pertemuan dengan pihak yang berkepentingan dalam memberikan maklum balas berhubung usaha menambah baik TVET. Tuan Yang di-Pertua, isu guru dan pensyarah. Isu berhubung guru dan pensyarah telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Ini banyak ditanyakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi. Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang dan Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Berhubung penempatan guru berdasarkan opsyen, KPM sememangnya melaksanakan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen setelah menerima bekalan guru baharu yang diperakui lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Guru baharu yang berkelahiran dan beralamat di Sarawak akan diberikan keutamaan untuk ditempatkan ke Sarawak mengikut Dasar 90:10. Bagi menjaga kebajikan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman pula, kerajaan telah memperuntukkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) pada kadar RM500 untuk sekolah pendalaman kategori Pedalaman 1, sebanyak RM1,000 untuk sekolah pedalaman kategori Pedalaman 2 dan RM1,500 untuk kategori Pedalaman 3 berdasarkan kawasan yang diiktiraf oleh jabatan pendidikan negeri. Selain itu, terdapat juga guru-guru di kawasan pedalaman yang menerima bayaran insentif pedalaman pada kadar 10 peratus daripada gaji bulanan mereka berdasarkan kawasan yang diiktiraf oleh pejabat setiausaha kerajaan negeri. Guru-guru juga layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan pada kadar penuh jika kuarters yang didiami tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Perdana Menteri. Izinkan saya memberikan penghargaan dan juga sanjungan dan tahniah kepada guru-guru yang sanggup berkorban pergi ke kawasan-kawasan pedalaman luar bandar terutamanya mereka yang pergi ke P3. Dalam kunjungan saya ke Bintulu, Sarawak baru-baru ini, saya telah bertemu dengan beberapa guru daripada Semenanjung yang ada di antaranya lebih 10 tahun, malah ada lebih 20 tahun, malah ada yang telah 28 tahun berada di Sarawak demi untuk mendidik anak-anak bangsa. Mereka sanggup berjauhan daripada tempat kelahiran mereka. Mereka inilah yang saya gelarkan sebagai guru-guru adiwira ataupun hero teachers. Satu penghargaan wajib diberikan untuk mereka. Semua bakal guru telah diberikan pendedahan melalui kursus-kursus yang diikuti oleh bakal guru semasa menuntut di IPG. Melalui kursus budaya dan pembelajaran, pelajar akan dapat ataupun pelatih akan dapat memahami dan peka terhadap kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia serta dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Ini demi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak cocok dengan komuniti di mana mereka mengajar. Perlunya ada sikap prihatin dan sensitif terhadap budaya setempat. Maka, guru-guru akan dengan segera dapat mengadaptasi diri mereka dengan komuniti, dengan murid-murid dan juga dengan ibu bapa. Di samping itu, semua guru baharu yang ditempatkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara sama ada di bandar mahupun di luar bandar telah diberikan pendedahan dan bimbingan untuk menyesuaikan diri serta dapat mengadaptasi persekitaran komuniti dan budaya sekolah melalui satu program khas iaitu Program Pembangunan Guru Baharu bagi tempoh antara 1 tahun hingga 3 tahun di sekolah masing-masing di kawasan luar bandar dan juga pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dasar pendidikan. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin ada? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. ■1710 Dr. Maszlee bin Malik: Tidak ada. Jadi kita tidak jawab. Kita jawab secara bertulis.

74 DN 6.12.2018

Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi? Tadi saya bersama- terima kasih Senator. Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan merupakan sahabat baik saya. Kita menghayati perjuangan- bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat yang mempunyai kelainan dan keistimewaan upaya. Okey, tentang kesediaan sekolah. KPM mempunyai beberapa strategi untuk memastikan murid berkeperluan khas (MBK) menerima pendidikan yang selari dengan keperluan mereka sama ada ke sekolah-sekolah biasa, melalui program pendidikan inklusif, program pendidikan khas integrasi ataupun sekolah pendidikan khas. Kita cuba sedaya-upaya untuk menggalakkan ramai murid berkeperluan khas agar dapat masuk ke sekolah-sekolah mainstream ataupun sekolah biasa agar konsep inclusivity, dengan izin, ataupun konsep keterbukaan dapat bersama. Sebenarnya yang memerlukan perhatian bukan sekadar murid berkeperluan khas tetapi murid-murid biasa untuk membentuk di dalam jiwa mereka sikap manusiawi agar dapat menerima murid-murid berkeperluan khas sama seperti mereka, agar dapat membantu apa yang kurang dan juga memanfaatkan apa yang lebih. Maka kita menyasarkan daripada program inklusif ini agar anak-anak murid yang tidak mempunyai keperluan khas akan terdidik naluri dan kemanusiaan mereka terhadap rakan-rakan mereka yang memerlukan keperluan khas. Antara strateginya adalah dengan menyediakan kemudahan mesra OKU secara berperingkat di seluruh negara bermula dengan sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi. Pelaksanaan program pendidikan inklusif bermula 2019 di peringkat sekolah rendah dan kursus peningkatan profesionalisme guru berdasarkan murid berkeperluan khas kepada guru-guru arus perdana, pengetua, guru besar dan guru pendidikan khas. Satu dialog yang sangat terkesan buat saya dari filem Bollywood, yang bertajuk, Taare Zameen Par, dengan izin, yang bermaksud “seperti bintang di bumi.” Filem yang dilakonkan dan diarahkan oleh Aamir Khan ini berkaitan seorang murid yang berkeperluan khas yang mana protagonisnya iaitu seorang guru yang dilakonkan oleh Aamir Khan sendiri ada menyebutkan, “Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan mereka sendiri, potensi mereka sendiri dan minat mereka sendiri”. Apa yang dimaksudkan di sini ialah beliau melihat- sebagai seorang guru, murid- murid berkeperluan khas bukan sebagai orang yang berkurangan tetapi orang yang mempunyai keistimewaan mereka dan mereka mempunyai kebolehan yang berbeza dan mereka ini mempunyai minat yang berbeza yang perlu diserkapi sebagai seorang manusia. Hal-hal kualiti pendidikan. Kepada Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Tuan Yang di-Pertua: Tiada. Dr. Maszlee bin Malik: Ya, tiada? Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penerangan sedikit? Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh. Dr. Maszlee bin Malik: Silakan Yang Berhormat. Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan zero reject policy dan pengumuman yang sudah pun dibuat oleh Yang Berhormat Menteri yang kita akan mula pada tahun 2019. Jadi apa akan berlaku sekiranya ibu bapa bawa murid OKU untuk mendaftar ataupun untuk masuk sekolah dan dihadapi dengan situasi di mana guru dan juga guru besar belum sedia untuk menerima. Itu yang saya tanyakan dalam perbahasan saya, tempoh masa sekarang hingga Januari 2019 itu beberapa minggu sahaja. Jadi saya rasa mungkin untuk menangani masalah yang dijangka timbul, mungkin boleh diadakan satu ruang ataupun satu saluran di mana ibu bapa ini boleh bawa kepincangan mereka berkenaan dengan pendaftaran anak OKU mereka. Set up mungkin di bawah KPMkah, JPN di negeri-negeri dan dari situ kementerian boleh kumpul real data, apa yang dihadapi oleh ibu bapa. So satu cadangan sahajalah.

DN 6.12.2018 75

Satu lagi isu yang saya bawa dalam perbahasan saya ialah berkenaan dengan perkhidmatan sokongan yang 3PK, yang perkhidmatan sokongan bagi murid itu, yang 28 guru telah dihantar ke luar negara yang sekarang ditempatkan di pusat perkhidmatan. Jadi saya minta supaya ini diteruskan dan ditambahkan kerana keperluan itu ada. Ada ramai murid keperluan khas yang memerlukan perkhidmatan sokongan. Jadi itu belum dijawab Yang Berhormat Menteri, silalah. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Kita mengambil maklum cadangan yang diberikan dan saya kira itu bukan sekadar cadangan tetapi satu perkongsian daripada Yang Berhormat Senator untuk kami lakukan dan kami laksanakan. In syaa Allah, pihak Kementerian Pendidikan akan melakukannya menurut kemampuan kami dan akan melakukan sebaiknya dan dari semasa ke semasa kita akan mengambil pandangan dan buah saranan daripada Yang Berhormat Senator. Oleh kerana hal kualiti pendidikan tidak ada, maka penutup. Tuan Yang di- Pertua, sekali lagi Kementerian Pendidikan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di Dewan Negara ini khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh KPM. Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Sikit, sebelum... Dr. Maszlee bin Malik: Saya rasa bergembira melihat banyak cadangan yang diberikan lebih daripada soalan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puan Asmak. Puan Asmak binti Husin: Saya ada bangkitkan beberapa soalan lagi berkaitan dengan kementerian. Pertama mengenai tugas kaunselor di sekolah yang sentiasa bertindan, tidak dapat menjalankan tanggungjawab kaunselor dengan baik. Kedua, saya ada bertanya tentang keberkesanan Program Pencegahan Dadah di sekolah termasuk Program Saranan iaitu keterlibatan ibu bapa dan program rahsia yang melibatkan rokok, AIDS dan lain-lain sebab kalau ikutkan target, saya ada sebutlah kita di sekolah ini kita target tahun 2012 kita sudah bebas dadah dan negara Malaysia bebas dadah 2015. Jadi hendak tanya keberkesanan program PPDA. Seterusnya, saya ada bangkitkan juga soalan berkaitan dengan insentif, biasiswa dan juga penyediaan pakar di peringkat IPT. Tadi dijawapannya di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah, di peringkat IPT untuk keseimbangan antara STEM dan lain-lain itu. Itulah antara soalan yang mungkin tidak dijawab lagi. Sekian. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan keseimbangan di antara STEM dengan lain-lain, ke hadapan ini, KPM melihat bahawa perlunya ada kesedaran STEM di kalangan rakyat Malaysia sama ada di peringkat bawah mahupun di peringkat universiti mahupun di peringkat komuniti. STEM tidak perlu ataupun tidak boleh hanya dilihat sebagai stream ataupun aliran semata-mata tetapi perlu dilihat sebagai satu cara hidup, cara berfikir yang betul. Maka pada tahun-tahun hadapan, kita akan memperkenalkan STEM for all ataupun science for all demi menjadikan berfikiran cara sains itu adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia. Itu yang pertama. Berkaitan dengan sastera supaya dapat diseimbangkan di antara STAM dengan sastera, seperti mana yang kita tahu kita akan memperkenalkan semula sastera untuk semua, sama ada di dalam kurikulum-kurikulum yang ada ataupun di integrasikan di dalam subjek-subjek yang ada. Begitu juga di antara usaha yang kita akan bawa pada tahun-tahun ke hadapan untuk membawa karya-karya sastera silam kita, karya-karya sastera untuk diperkenalkan di sekolah agar kita dapat membesar, agar anak- anak kita dapat membangun dengan mengenali akar umbi jati diri mereka. Begitu juga seperti mana saya sebutkan di Dewan Negara pada pagi tadi, dua subjek akan diperkenalkan di peringkat IPT iaitu subjek Falsafah dan juga subjek Etika yang mana falsafah amat penting demi untuk memberikan cara berfikir yang betul. Maafkan saya bukan di Dewan Negara, saya menjawab soalan di Dewan Rakyat. Bila ada dua Dewan serentak ini, kita ke sana ke sini, lupa. Okey, berkaitan dengan kaunselor yang bertindan pula. Jikalau kita lihat, kita tidak nafikan, kita memerlukan kaunselor yang lebih dan in syaa Allah, jikalau keadaan kewangan semasa kita semakin pulih, semakin baik, kita akan cuba menambah bilangan kaunselor sama ada di sekolah ataupun di peringkat PPD.

76 DN 6.12.2018

■1720 Akan tetapi apa yang penting bagi guru-guru juga kita akan sentiasa dari masa ke semasa memberikan kemahiran kaunseling agar mereka walaupun bukan sebagai kaunselor, tetapi mempunyai skill untuk memberikan kaunseling kepada anak-anak muridnya. Berkaitan dengan program antidadah. Puan Raj Munni binti Sabu: [Bangun] Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu melaksanakan program PPDA bagi memberikan maklumat tentang bahaya dadah, rokok, inhale, alkohol dan HIV. Manakala bagi murid yang didapati urin positif yang disaring oleh AADK, program intervensi akan dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan murid pulih daripada gejala dadah. Ini antara yang dilakukan secara berterusan sekarang ini. (i) di peringkat pendidikan tinggi pula, bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah oleh warga dan pelajar IPTS, KPM telah mengambil langkah-langkah berikut: (ii) program kesedaran dan pencegahan penyalahgunaan dadah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan IPTS; (iii) mengadakan Hari Bersama Pelanggan (HBP) dengan IPTS secara bulanan; dan (iv) pelaksanaan operasi bersepadu dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Begitu juga jikalau kita lihat, saya juga telah menerima laporan berkaitan program-program antidadah yang dilakukan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui Laporan Jemaah Nazir yang akan dikongsi dengan Yang Berhormat Senator secara bertulis. Izinkan saya menutup. Okey... Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi dua orang Yang Berhormat. Dr. Maszlee bin Malik: Ada dua orang lagi? Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Puan... Dr. Maszlee bin Malik: Ini tidak hendak balik ini. Okey silakan. Puan Raj Munni binti Sabu: Saya ingat soalan saya pun mungkin akan panjang, saya bawa dalam perbahasan bajet. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Dr. Ananthan. Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasudaram: Walaupun soalan ini adalah berdasarkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, penjelasan tadi terbaik tetapi konsep pelaksanaan pendidikan yang bersamaan saksama. Saya hendak tanya satu soalan. Memang saya sudah bincang tadi tetapi saya hendak Yang Berhormat Menteri beritahu di Dewan yang mulia ini. Baru-baru ini ada satu mesej yang tular di media sosial yang menyatakan bahawa murid-murid lepasan SJKT dan juga SJKC yang mendapat 8A tidak diterima masuk ke sekolah asrama penuh- sains. Adakah ini maklumat yang benar? Minta respons daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Dr. Maszlee bin Malik: Berkaitan dengan maklumat yang tular ke media sosial dan saya sendiri telah menerima dekat 20 tularan daripada rakan-rakan daripada Menteri-Menteri Pakatan Harapan dan juga rakan-rakan daripada Ahli Dewan Rakyat sendiri. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjawab secara rasmi dan bagi pihak Yang Berhormat Senator, kita akan memberikan jawapan secara bertulis. Okey. Ya Yang Berhormat Senator, silakan.

DN 6.12.2018 77

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah berkenaan dengan perbahasan yang telah dibangkitkan atau yang baru? Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Ya, ya. Pernah dibangkit tetapi tidak dijawab. Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Sikit saja, mengenai IPG Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua: Esok Yang Berhormat Menteri hendak balik ini. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Pandangan berkenaan iaitu lah pandangan daripada IPG Kota Bharu yang hendak digabungkan dengan TVET. Minta mohon jawapan. Tuan Yang di-Pertua: IPD? Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: IPG Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua: IPG Kota Bharu, TVET. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Saya tunggu dalam tadi. Dr. Maszlee bin Malik: Bukan hendak balik, hendak pergi ke Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua; Okey. Dr. Maszlee bin Malik: Berkaitan dengan status terkini IPG Kota Bharu, kita akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Senator yang bertanya, okey. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator yang tidak dapat saya sentuh kerana kesuntukan masa akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Dia sebab bila berjalan seiring Dewan Rakyat dengan Dewan Negara, kita melompat sana, melompat sini. Macam marathon. Izinkan saya untuk menutup penggulungan ini dengan kata-kata daripada seorang pemikir dan juga ahli falsafah yang berasal daripada Iran iaitu Dr. Ali Shariati. Beliau mengatakan, “Kemiskinan bukanlah hari-hari tanpa makanan tetapi kemiskinan adalah hari-hari tanpa pemikiran”. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Yang Berhormat Menteri.

5.25 ptg. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Sivarasa Rasiah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi berbahas dan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar sepanjang tiga hari perbahasan Kajian Separuh Penggal, RMKe-11 ini. Izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tersebut. Pertama adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Tuan Yang di-Pertua: Ada, ada. Tuan Sivarasa Rasiah: Tidak ada, terima kasih. Yang Berhormat Senator bertanyakan mengenai pinjaman di bawah MARA untuk memulakan perniagaan kepada golongan belia agar isu menangani kemampuan menyediakan cagaran atau jaminan dapat diminimumkan semasa permohonan pinjaman. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA telah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada belia iaitu didefinisikan 40 tahun ke bawah di bawah Skim Pembiayaan Putera tanpa kadar keuntungan, zero percent. Tidak ada apa-apa yang dikenakan.

78 DN 6.12.2018

Kemudahan ini juga tidak memerlukan sebarang cagaran atau jaminan. Walau bagaimanapun pemohon perlu mengemukakan seorang penyokong atau referee dalam kalangan keluarga terdekat. Pada tahun 2018, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan di bawah Skim Putera ini dan sehingga November 2018, seramai 1,270 usahawan belia telah mendapat manfaat di bawah inisiatif ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya alih kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Senator Tuan Akhnan a/l Ehtook. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Ada, ada, sorry. Tuan Sivarasa Rasiah: Ada, baik. Yang Berhormat Senator mencadangkan supaya pelantikan MPKK atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung secara pemilihan dan pemilihan tersebut dibuat oleh orang kampung sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah membuat garis panduan bahawa calon boleh mengemukakan sendiri borang permohonan untuk menjawat jawatan sebagai Pengerusi MPKK. Pemilihan calon bagi jawatan Pengerusi MPKK kemudian akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan MPKK peringkat daerah atau bahagian sama ada melalui kaedah saringan, atau temu duga atau lain-lain kaedah yang bersesuaian termasuk kaedah pemilihan. Walau bagaimanapun, penentuan kaedah tersebut adalah terserah kepada kerajaan negeri selaku pihak berkuasa melantik. Manakala pada jawatan setiausaha dan ahli jawatankuasa, pemilihan calon akan dikenal pasti oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Residen kalau negeri Sarawak. Seterusnya calon akhir akan diangkat kepada pihak berkuasa melantik negeri untuk kelulusan pelantikan. Dalam pada itu kementerian ini juga telah menetapkan salah satu syarat lantikan sebagai anggota MPKK itu hendaklah mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan bagi memastikan wujudnya kerjasama dan kesepakatan di antara masyarakat setempat terhadap MPKK. Yang Berhormat Senator juga telah membangkitkan mengenai pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar atau BALB di Kampung Orang Siam di Tumpat, Kelantan dan Kampung Belukar Lenga di Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kampung-kampung tersebut tidak termasuk di dalam perancangan kementerian bagi pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Senator dipohon untuk mengemukakan permohonan ini kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau UPEN bagi negeri yang berkenaan untuk disenaraikan di dalam senarai keutamaan negeri dan seterusnya dipanjangkan kepada kementerian untuk pertimbangan selanjutnya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan serta pematuhan kepada skop pelaksanaan program Bekalan Air Luar Bandar kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sekarang kepada pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zaeidi bin Haji Suhaili. Tuan Yang di-Pertua: Ada, ada. ■1730 Tuan Sivarasa Rasiah: Yang Berhormat Senator, telah meminta kementerian menyenaraikan Pelan Tindakan bagi tahun 2019 dan juga tahun 2020 bagi Pembangunan dan Menaik taraf Projek Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar di Sarawak serta Penyelenggaraan Jalan-jalan Luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan setiap penduduk mendapat bekalan air terawat dan bekalan elektrik 24 jam. Senarai keutamaan bagi pelaksanaan projek pada setiap tahun juga adalah berdasarkan kepada senarai keutamaan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

DN 6.12.2018 79

Senarai keutamaan ini kemudiannya akan dikemukakan kepada Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (EPU) dan MAA untuk dipertimbangkan bergantung kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan. Bagi Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), kementerian menyasarkan 99 peratus liputan kemudahan infrastruktur ini akan dapat dicapai bagi tahun 2025. Untuk mencapai sasaran ini kerajaan telah memperuntukkan siling sebanyak RM1.49 bilion untuk sepanjang RMKE-11 bagi projek BELB di negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebentar. 5.31 ptg. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung. Tuan Sivarasa Rasiah: Manakala pada bekalan air luar bandar pula, kerajaan menyasarkan liputan sehingga 99 peratus di kawasan luar bandar di seluruh negara menjelang tahun 2020 dengan mengambil kira perancangan yang lengkap diperoleh daripada pihak kerajaan negeri dan juga kedudukan kewangan semasa kerajaan. Untuk mencapai sasaran ini kerajaan telah memperuntukkan siling sebanyak RM3 bilion untuk sepanjang RMKe-11 bagi Projek BELB di negeri Sarawak. Bagi pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar (JLB) pula sepanjang tempoh RMKe-11 iaitu tahun 2016 sehingga 2018, sebanyak RM557.58 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 33 Projek Jalan Luar Bandar di negeri Sarawak. Manakala pada tahun 2019, negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM199.96 juta bagi pelaksanaan 32 projek sedia ada dan kerja-kerja awalan bagi 10 projek baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga penyelenggaraan Jalan Luar Bandar adalah di bawah seliaan kerajaan negeri dengan menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sekarang kepada pertanian daripada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang. Kalau Yang Berhormat Senator tidak ada, saya akan hantar secara bertulis ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin sebut di sini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus berusaha untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti hidup bagi memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani, dan sahsiah masyarakat luar bandar selaras dengan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang bertemakan “Luar Bandar Sejahtera” yang telah dilancar oleh Kementerian pada 29 Oktober 2018 yang lalu. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai isu- isu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang telah memberi jawapan panjang lebar. Sekarang ada Kementerian Pertanian? Kalau tidak saya silakan pula- oleh sebab permintaan daripada Yang Berhormat Senator kita teruskan kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sila.

5.35 ptg. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Haji Salahuddin bin Ayub]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih perbahasan yang dilakukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai RMKe-11. Saya ucap terima kasih kepada sembilan orang telah mengambil bahagian, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul; Yang Berhormat Senator Dr.Zaiedi Haji Suhaili; Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad; Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Mahammad; Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin; Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin; Yang Berhormat Senator Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim; Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid; dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah. 80 DN 6.12.2018

Saya mengambil berat dan mengambil sikap untuk terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan kerana ialah penting untuk kita bersama-sama memacu kemajuan industri dan semua sektor dalam Kementerian Pertanian. Di antara area ataupun faktor-faktor yang dikemukakan menyentuh berkenaan agromakanan sebagai sumber kekayaan baharu, pengukuhan sekuriti makanan negara dan mempertingkatkan R&D dan teknologi yang banyak diutarakan. Saya ucapkan terima kasih di atas ucapan yang saya rasa cukup bernas daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian. Dalam menjawab Yang Berhormat Senator Dr. Zaedi bin Haji Suhaili, Ada ya? Ya, terima kasih, yang menyarankan kementerian mentransformasikan sektor kulinari ini. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat. Dalam kita menganjurkan MAHA tahun 2018 kali ini, saya dan kementerian telah mengambil inisiatif untuk memberikan kelainan pada MAHA pada kali ini. Maka di antara kelainan itu ialah kita menonjolkan beberapa aspek penting seperti mana Yang Berhormat sarankan dalam ucapan bagaimana kita mahu mentransformasikan sektor kulinari ini. Maka di dalam MAHA pada kali ini, satu persembahan- presentation, telah pun kita berikan dan ia telah dapat untuk paling tidak dapat menarik rakyat Malaysia, pemain- pemain yang sedia ada sama ada di peringkat lokal mahupun di peringkat antarabangsa untuk mengambil bahagian di dalam sektor yang sangat menarik dan sangat punya potensi pada masa yang akan datang. Kita telah pun mengadakan suatu perbincangan bersama dengan kementerian- kementerian yang lain terutamanya Kementerian Pelancongan supaya sektor ini bukan sahaja sekadar kita mempeloporinya dan memberikan pendapatan pekerjaan kepada pemain-pemain yang sedia ada, tetapi ia akan pergi kepada sektor agrotourism yang akan menggamit pelancong-pelancong asing dan pelancong-pelancong tempatan untuk meningkatkan kesedaran dan seterusnya memberikan sokongan terhadap bidang yang sangat mempunyai potensi ini. Maka suatu penyediaan di peringkat pegawai-pegawai tinggi kementerian bersama dengan pegawai-pegawai tinggi di peringkat Kementerian Pelancongan sedang merangka satu Pelan Pembangunan Industri Kulinari Negara yang kita mahu melihat secara menyeluruh tentang ekosistem industri ini dan mengambil kira peringkat penghasilan bahan mentah berasaskan tanaman, perikanan dan ternakan sehingga ke segmen pasaran meliputi fine dining, restoran, francais, food truck, penjaja, serta perkhidmatan pesanan makanan dalam talian. ■1740 Ini usaha-usaha yang telah kita perkenalkan. Inisiatif ini bagi saya perlu di buat secara sistematik. Saya yakin dan percaya bahawa seluruh kepakaran yang ada di kementerian ini mampu untuk mengangkat industri kulinari ini sebagai salah satu lagi tarikan, khususnya kepada anak-anak muda kita yang mahu menceburi bidang ini dan memberikan mereka source of income, pendapatan. Ini kerana kita tidak mahu lagi mereka yang menceburi bidang pertanian ini dianggap sebagai ialah orang kata tidak ada kerja lain, gagal di dalam peperiksaan ataupun the last resort. Mindset itu jangan ada lagi. Oleh sebab antara sektor-sektor dalam pertanian ini, maka kita menjanjikan kulinari ini sebagai suatu sumber kekayaan baharu yang kita akan pertingkatkan. Maka dengan itu Yang Berhormat Senator, di samping kita memberikan latihan, kita memberikan mereka skil dan kita memberikan mereka pendedahan. Kita juga telah mengadakan suatu apa yang dikatakan perancangan kerjasama dengan semua universiti, IPTA kita dan juga pihak IPTS, khususnya UiTM yang telah banyak menyediakan kelas-kelas ataupun kursus-kursus yang melibatkan tentang kulinari ini. Kita membekalkan mereka secukupnya dengan keilmuan ini. Maka, kita mahu menggamit mereka untuk masuk ke dalam industri ini. Apa yang lebih penting adalah kita juga membekalkan mereka tentang kefahaman ekosistem. Oleh sebab saya walaupun baru enam bulan, saya akui dalam kementerian memimpin kementerian yang cukup besar ini banyak perkara lagi yang perlu saya terokai. Akan tetapi hasil daripada pengalaman yang telah saya timba setakat ini, kita mendapati mungkin kita ada business plan yang baik, kita boleh mendapatkan konsultasi daripada syarikat-syarikat konsultan. Kita bayar mungkin dengan harga yang mahal.

DN 6.12.2018 81

Akan tetapi satu aspek yang lebih penting adalah bagaimana kita harus memahami ekosistem itu. Business yang tanpa memahami ekosistem itu sering kali mengalami kegagalan. Saya in syaa Allah cuba sebaik mungkin tidak mahu lagi mengulangi kesilapan-kesilapan masa lalu. Maka, kita juga menyediakan pelan hala tuju Yang Berhormat Senator, di mana hala tuju strategik yang digariskan di bawah pelan pembangunan ini adalah seperti berikut iaitu Pembangunan Menu Malaysia. Kita ada banyak menu. Johor ada asam pedas, asam pedas Johor pula ada versi yang lain pula dengan asam pedas Melaka. Jadi, ini perlu kita perhatikan. Contohnya, Johor kalau kuih tepung bungkusnya sebagai contoh, Melaka mungkin dengan buah Melakanya, onde-ondenya. Ini semua adalah suatu menu, beberapa menu yang saya rasa perlu kita angkat. Kemudian, kita juga membuat penetapan standard dan persembahan menu Malaysia, kita nak standard. Problem kita adalah standard. Kita mahu belajar macam mana Pepsi Cola, Pepsi, Coke, KFC, McDonalds, buat dekat mana pun ia tidak lari daripada segi taste, rasanya itu. We set the proper standards for all our Malaysian’s food, menu ini. Ini ialah antara iltizam kita. Kemudian, kita juga in syaa Allah akan mengambil pendekatan iaitu memberikan akreditasi chef. Alhamdulillah masa kita mempersembahkan industri ini buat pertama kali di MAHA, kita ada lebih kurang 20 orang chef yang terkemuka di Malaysia yang telah memberikan kerjasama. Mereka hadir untuk memberikan sokongan kepada sektor baharu ini. Saya mengambil kesempatan dalam Dewan Negara ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua chef-chef kita yang terkemuka yang memberikan sokongan kepada MAHA pada kali ini. Kemudian, kita juga akan meningkatkan akreditasi usahawan ini yang kita akan angkat mereka. Suatu hari besok, mereka in syaa Allah akan menjadi chef yang terkemuka. Oleh sebab apabila kita menyebut tentang untuk meningkatkan produktiviti semua sumber kekayaan dalam bidang pertanian ini, kementerian telah mengenal pasti bahawa empat faktor ini tidak boleh terpisah. Pertama adalah peranan kerajaan, G-factor Kita akan mengundang dengan lebih aktif peranan private sector. Ini kerana peranan private sector ini kalau ia berjaya, in syaa Allah, alhamdulillah mereka akan menjadi anchor company. Akan menjadi ikon besar. Maka, dengan wujudnya private sector yang akan memberikan perkhidmatan mereka, mereka mengambil bahagian untuk meningkatkan industri pertanian ini. Mereka akan menjadi besar, mereka akan menjadi ikon, barulah, dengan izin, akan memberikan apa yang dikatakan spillover kepada bidang-bidang yang lain. Maka, kita mengharapkan anchor company ini akan memandu pula kepada SME kita. Ini yang saya maksudkan akreditasi usahawan ini supaya apabila mereka mendapat bimbingan yang secukupnya daripada anchor company ini melalui peluang- peluang perniagaan, satu hari besok usahawan ini juga akan menjadi chef yang terkenal satu hari besok. Ini adalah antara set-up kita kepada ekosistem ini. Kemudian kita juga menumpukan pembangunan Model Latihan Menu Malaysia. Ini kita ada banyak institut di bawah kementerian yang boleh kita sama ada di peringkat pensijilan, di peringkat diploma, kita telah memberikan mereka latihan secukupnya. Kemudian, pembangunan usahawan baharu dan pemerkasaan usahawan yang sedia ada. Akhir sekali ialah promosi menu Malaysia di dalam dan di luar negara. Ini ialah satu usaha yang sedang kami mempergiatkan supaya menu-menu Malaysia ini akan dapat mencapai tahap tempatan dan juga tahap antarabangsa. Bayangkan ikan patin kita, tempoyak kita, nasi kerabu kita, rendang kita dan seumpamanya kalau kita benar- benar memberikan akreditasi kepada menu-menu ini, saya yakin dan percaya kita akan mengangkat industri kulinari ini menjadi salah satu sektor yang begitu penting kepada negara. Kementerian juga... Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya respons sikit. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian kerana kita telah dapat menentukan hala tuju sektor kulinari ini. Ini mungkin kita berada di peringkat permulaan.

82 DN 6.12.2018

Akan tetapi kita harus ingat bahawa apabila produk yang kita ciptakan ini akan menembusi pasaran antarabangsa. Saya yakin pada suatu hari nanti, in syaa Allah ia akan menebusi pasaran antarabangsa. Akan tetapi kita harus ingat juga bahawa sebahagian daripada produk ini ialah produk-produk tempatan iaitu asal usulnya daripada rumpun kita di Kepulauan Melayu. Jadi, tidakkah kita terfikir bahawa kita akan mewujudkan apa yang kita sebutkan sebagai- kita menciptanya dan suatu hari nanti kita patenkannya. Ini supaya pencipta asalnya akan sentiasa mendapat pulangan daripada apa yang telah diciptakannya. Kalau kita tidak paten, nanti suatu hari nanti ada negara lain yang akan mengakui bahawa sesuatu masakan itu, kuih Melaka mereka juga katakan ini adalah produk warisan mereka. Jadi, akan wujudnya nanti sesuatu claims. Masing-masing mahu membawa idea dan produk mereka. Jadi, kalau sampai ke satu tahap, saya rasa kita boleh cipta satu standard patenkan barang ini supaya ia berkekalan menjadi produk Malaysia yang asli. Terima kasih. Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, kita rasa we are on the same page. Ucapan Yang Berhormat Senator telah menambah baik apa yang telah saya kemukakan sebentar tadi. ■1750 Untuk kita patenkan sesuatu hasil ataupun kita punya masterpiece ini, saya setuju sangat. Sebagaimana juga harta-harta intelektual kita yang lain, yang kita patenkan supaya ia menjadi kekal dan juga kita bertanggungjawab untuk memajukannya pada masa akan datang. Jadi, macam Ramly Burger, itu satu produk contohnya yang boleh kita- satu industri yang boleh pergi jauh. Maknanya bukan sekadar marketnya adalah lokal, tetapi boleh pergi kepada antarabangsa. Kita juga ada chef-chef, Chef Wan kita, Chef Badrul kita yang telah- bukan sahaja kita lihat bermain di pasaran atau lokal tetapi sudah di peringkat ASEAN dan juga di peringkat antarabangsa. Ini yang saya sebutkan tadi sebagai kita hendak akreditasikan chef-chef kita ini supaya mereka juga boleh pergi jauh pada masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat di atas saranan itu dan kementerian sentiasa berusaha, tetapi saya mahu jadi Menteri yang praktikallah, tidak mahu cakap besar, nanti cakap besar-besar tidak boleh capai. Jadi, betul tadi, kita industri baru sebab itu kita perkenalkan dalam MAHA pada kali ini dan kita boleh select. Kita boleh pilih di manakan menu-menu yang tertentu yang boleh kita jadikan sebagai satu pioneer project dan kita work on that. Kita berasaskan kepada itu, kita maju ke hadapan, setapak demi setapak. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk itu saya juga memberikan jaminan bahawa kementerian juga sentiasa bekerjasama dan dari semasa ke semasa sentiasa engaged dengan Jabatan Warisan Negara dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi tujuan pembangunan menu, kemudian inovasi dan promosi makanan warisan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan. Bagi menjawab- dan juga alhamdulillah, kita juga semasa MAHA dikunjungi oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga yang paling penting adalah kunjungan selama lebih kurang hampir empat jam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang merasmikan MAHA dan juga mengambil masa untuk meninjau MAHA dengan penuh minat, jadi alhamdulillah, saya tidak boleh komitmen, tetapi saya telah membisikkan dan akan dipraktikkan melalui rundingan dengan pihak MOF dan juga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mereka memberikan peruntukkan untuk kita melaksanakan pembangunan industri kulinari ini pada tahun 2019. Ini kerana ini penting untuk kita memajukan industri ini pada masa akan datang. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, ada? Tidak ada. Senator Tuan Manolan bin Mohamad? Tidak ada, jadi saya skip lah. Saya jawab mana yang ada dahulu. Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin? Tidak ada juga. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili lagi, wah, ini dia paling aktif, ya. Terima kasih.

DN 6.12.2018 83

Menyatakan jumlah import makanan terkini dan langkah menangani kepentingan import. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tahun 2017 statistik yang ada di tangan saya. Malaysia telah mengimport bahan makanan berjumlah RM51.27 bilion, untuk makanan kita. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi menangani kebergantungan kepada bekalan import adalah seperti berikut. Ini Yang Berhormat kita ambil ukuran ini ataupun statistik ini melalui SSL. Macam padi, macam beras, kita hari ini masih pada tahap 70 peratus sebagai contoh, susu segar kita hanya pada tahap 58 peratus, hasil tenusu kita masih rendah, lima hingga tujuh peratus. Jadi, di antara langkah-langkah yang telah kita telah perkenalkan, yang saya telah lihat kembali, review kembali semasa beberapa bulan dalam pejabat ini ialah kita akan meningkatkan populasi ternakan ruminan melalui pelaksanaan projek ladang satelit dan taman kekal pengurusan ruminan bagi mengurangkan import daging dan seliaan daging. Beberapa pertemuan engagement telah pun dibuat dengan- sama ada pemain- pemain tempatan dan juga pemain-pemain daripada luar negara yang kita sedang finalist syarikat-syarikat ini untuk membuat pelaburan mereka bersama dengan company- company tempatan kita di Malaysia ini, in syaa Allah. Jadi, ini penting supaya kita tidak lagi berada pada tahap status CO, yang dahulu Yang Berhormat saya perhatikan kita kebanyakannya hanya berminat untuk import lembu, gemukkan, dua tiga bulan kemudian jual. Jadi, ini tidak- ialah untuk musim-musim perayaan tertentu mereka membuat business. Itu kita tidak boleh nafikan. Pihak-pihak tertentu, tetapi apa yang lebih penting adalah kalau kita boleh buat breeding, dan breeding ini memerlukan teknologi dan telah ada beberapa syarikat tempatan yang kalau kita hadir ke pameran MAHA, tengok lembu sado, tengok baka-baka lembu yang telah pun di laksanakan dengan serius oleh beberapa orang anak tempatan kita. Sebenarnya memang kita ada kepakaran, ini yang saya bangga Yang Berhormat. Kalau dahulu orang kata pemain tempatan ini tidak ada potensi, sebenarnya telah ada anak-anak muda kita yang membuat industri ini breeding ini dan berjaya, alhamdulillah. Mereka sanggup untuk pergi belajar sehingga keluar negara dan mengambil simen-simen ini dan bawa balik ke Malaysia ataupun mereka membuat baka itu di Malaysia dan alhamdulillah, saya melihat dengan bimbingan dan juga pelbagai bantuan yang termampu dibuat oleh kementerian, saya melihat dalam masa yang terdekat kita boleh bergerak sedikit untuk meningkatkan SSL daging kita. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, SSL daging kita hanya- sekarang ada lebih kurang 24 peratus sahaja. Kita hendak pergi kepada 30 peratus, kalau boleh menjelang tiga hingga empat tahun akan datang. Ini adalah di antara yang kita telah buat. Apabila kita membuat contoh-contoh kepada negara-negara maju yang lain, kita juga melihat bahawa pula dengan cepat boleh membangunkan industri ruminan mereka. Ini ada faktor Yang Berhormat, kalau ada faktor perang, orang hendak sekat makanan kita, mungkinlah kita ini ada satu wake up call, dengan izin, untuk kita memajukan industri ini. Akan tetapi setakat ini, alhamdulillah, saya melihat kita boleh juga belajar kepada Qatar dengan cepat bagaimana mereka boleh membekalkan bekalan daging yang cukup untuk negara mereka, walaupun faktornya adalah faktor kerana mereka dikepung oleh masyarakat dirantau Timur Tengah dan antarabangsa itu sendiri. Jadi, dengan ini saya melihat kita juga berhasrat untuk meningkat hasil tenusu dengan menyasarkan tambahan susu segar sebanyak 20 juta liter dalam tempoh lima tahun menerusi pembangunan projek lembah tenusu. Ini sudah ada satu projek yang cukup berjaya di Muadzam. Kita sudah berjaya sebenarnya dan tidak ada masalah pasaran. Apabila saya turun padang melihat beberapa usahawan yang meneroka bidang ini, yang pertama sekali kita tanya adakah ada masalah pasaran. Alhamdulillah Yang Berhormat, apabila kita melihat mereka yang memang berusaha membuat usahawan dalam sektor sama ada susu segar dan tenusu ini, saya lihat sudah ada tanker sama ada Dutch Lady ataupun Nestle di situ. So, tidak ada masalah tentang pasaran. Maknanya keluarkan hasil, masuk dalam tank dan Nestle ataupun Dutch Lady boleh beli, itu tidak ada masalah.

84 DN 6.12.2018

Cuma kita kena meningkatkan teknologi kita dalam bidang ternakan ini supaya dia dapat berdaya saing dan dapat meningkatkan SSL kita dan saya diberikan keyakinan oleh Jabatan Veterinar, in syaa Allah, sekarang SSL susu segar kita 58 peratus, beri mereka masa lima tahun, in syaa Allah, kita boleh mencapai 100 peratus di atas kejayaan yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat sebagai contoh The Holstein, yang bekerja sama dengan Khazanah di Muadzam dan sekarang mereka mencari tanah yang lebih luas. In syaa Allah dengan kerjasama Jabatan Veterinar, mereka akan membuka satu lagi ladang yang lebih luas di Perak, insya-Allah. Jadi kita nampak, kita telah boleh bergerak ke hadapan untuk meningkatkan SSL susu segar kita dan juga hasil tenusu kita. Kemudian, mempergiat pembangunan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) kita sama ada di Pekan, Rompin di Pahang kemudian di Batang Lupar di Sarawak dan juga Kota Belud di Sabah yang sebelum ini telah pun kita isytiharkan sebagai jelapang padi baru bagi negara kita. Kemudian, dengan bantuan MARDI juga, kita telah mengemukakan, mengeluarkan variety-variety baharu yang lebih tahan penyakit, orang kata yang lebih berdaya untuk mengeluarkan hasil yield yang lebih baik bersama dengan kita mempertingkatkan teknologi dalam bidang pertanian ini kerana kita harus juga melihat bergerak daripada cara lama iaitu kita membuat apa yang dikatakan soil profiling yang mesti kita kenal pasti tahap pH tanah. ■1800 Jadi, tidak boleh guna semua baja pada semua tanah, semua penyakit dengan satu biji Panadol. Jadi kita kena buat soil profiling dan barulah maknanya kita boleh menggunakan pelbagai campuran baja sama ada baja NPK, mikrob ataupun kompos untuk kita menjadikan tanah kita itu lebih sesuai untuk mengeluarkan yield yang lebih tinggi. Kemudian, kita juga pergi kepada membangunkan industri jagung bijian dengan pelaksanaan projek-projek rintis di sesebuah negeri yang telah ada kejayaan. Ini bukan lagi cakap-cakap tepi jalan, sudah ada kejayaan. Jagung bijian kita, jagung yang untuk makanan binatang. Bukan lagi jagung yang perlu empat musim, tempered. Akan tetapi ini jagung yang sesuai dengan iklim kita, cuaca kita dan mampu untuk mengeluarkan hasil. Apabila kita mampu untuk satu masa ketika yang dekat ini, contohnya tahun 2019, tahun 2020 kalau kita berjaya mengeluarkan jagung bijian ini, maka kita boleh mengurangkan kos makanan binatang. Apabila kita dapat mengurangkan kos makanan binatang ini, maka kita boleh meningkatkan produktiviti kita dan petani juga boleh meningkatkan keuntungan mereka dan pendapatan mereka. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul ada? Tidak ada. Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah?... [Disampuk] Ada. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Itu songkok tidak silapnya lama tempah itu. Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, apakah pilihan MOA berkenaan baja kimia dalam menanam padi. Saya ada sebut tadi Yang Berhormat. Ini macam ingat zaman sekolah menengah lagilah bukan, cikgu pertanian ajar NPK ini mesti ada kandungan nitrogen, kemudian fosfat dan juga kalium. Kita mendapati dalam tempoh jangka masa yang lama sekiranya kita hanya menggunakan baja kimia, kesannya adalah pada tanah dan dia merosakkan struktur tanah. Oleh sebab itu adalah penting dengan menggunakan teknologi baharu. Kita harus membuat apa yang disebut tadi tentang menstrukturkan kembali tanah ataupun disebut soil profiling. Bila kita dapat untuk memulihkan struktur tanah itu, barulah kita nanti akan mengenal pasti apakah baja-baja, jenis baja ataupun kandungan baja yang perlu digunakan oleh petani-petani kita. Mungkin dalam beberapa detik dahulu saya juga mungkin pun terperangkap, mungkin terpengaruh dengan pendapat yang mengatakan bahawa kita perlu untuk menukar semua ataupun beralih daripada baja kimia NPK kepada mikrob ataupun baja- baja yang lain. Sebenarnya dalam kajian saintifik secara objektif Yang Berhormat, kita harus menggunakan semua baja ini dalam kadar skala yang ditetapkan melalui kepakaran kita. Ini sebab untuk buah-buahan, mikrob ataupun baja-baja biasa tidak boleh provide kalium.

DN 6.12.2018 85

Kalium hanya boleh di-provide, dibekalkan oleh baja NPK kerana dia ada kandungan kalium itu untuk merangsang pohon-pohon kita untuk berbuah. Demikian juga padi, waktu dia hendak mengeluarkan hasil itu kena ada kalium. Di samping baja-baja bantuan, dukungan yang memang MOA telah berikan melalui tender-tender sebelum ini iaitu baja-baja mikrob ataupun baja-baja yang berbentuk organik supaya campuran ini akan dapat membantu meningkatkan yield kita. Itu jawapan yang boleh saya berikan kerana Yang Berhormat bertanya tentang pendirian MOA terhadap baja kimia dalam penanaman padi. Apa yang kita harapkan ialah satu masa esok dengan kita menyepadukan semua teknologi kita yang baharu ini, kita mengharapkan kita dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi kita. Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim, tidak ada? Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada. Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Tidak ada ya. Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad?... [Disampuk] Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, yang lain tidak ada. Jadi, saya ucap terima kasih. Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada menanyakan soalan berkaitan dengan perikanan. Apakah usaha kementerian bagi membantu nelayan-nelayan Orang Asli Seletar di Johor Bahru, orang Kuala di Benut, Pontian sebab mereka ini dihalau daripada laut oleh maritim. Sepatutnya pihak kita perlu menyediakan langkah untuk membantu mereka memiliki lesen nelayan. Ini sebab kesukaran memiliki lesen nelayan menyebabkan hendak mohon bantuan bot enjin dikatakan tidak ada lesen. Ini yang menjadi masalah. Mohon kalau pihak Menteri boleh menjawab. Terima kasih. Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid yang menyebut tentang nelayan Orang Asli ini. Masyarakat Orang Asli telah bekerja sebagai nelayan selama 10 tahun telah membuat permohonan lesen sampan khas dengan mendapatkan perakuan bertulis daripada Ketua Kampung terdahulu sebelum mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk pertimbangan. Pada tahun 2018, Jabatan Perikanan telah meluluskan sebanyak 38,650 lesen sampan khas di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 574 adalah masyarakat Orang Asli, 446 Orang Asli Johor, 123 Orang Asli Perak, dan lima Orang Asli Pahang. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat. Jadi kalau ada kes-kes, ini saya fahamlah. Saya pun lahir di kampung nelayan. Faham, kadang-kadang sudah lima tahun pergi ke laut, tidak ada lesen. Kenapa tidak ada lesen, saya pun macam hari pertama- marah juga kenapa tidak ada lesen? Akan tetapi rupanya bila saya faham balik tentang definisi, tentang ketelitian kita mengeluarkan lesen dan juga anggaran ataupun unjuran hasil laut kita yang semakin berkurangan, maka saya faham bahawa jabatan tidak boleh mengeluarkan lesen yang sewenang-wenangnya. Jadi mereka yang mahu ke laut mengambil alih tugas daripada keluarga ataupun orang tua mereka, mereka dibenarkan untuk ikut dahulu sebagai latihan dan kemudian setelah cukup tempoh mereka, kita akan berikan lesen. Jadi, tidaklah sewenang-wenangnya kita memberikan lesen. Mana yang ada kes adalah Yang Berhormat yang perlu saya sebut, tanggungjawab saya hari ini saya tidak boleh lepas tangan. Ada lesen-lesen yang dikeluarkan dulu itu tanpa ada satu pemantauan dan hanya kerana hendak dekat pilihan raya. Begitulah ceritanya. Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak mencelah lagi. Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua boleh? Isunya begini. Kebanyakan nelayan bukan anak kepada ibu bapa nelayan. Dia sudah ada bot sendiri, bapa dia ada nelayan, ada lesen tetapi anak yang dua tiga orang yang juga ada bot dan enjin. Ini isunya. Isunya mereka bekerja 24 jam, kerja nelayan full time. Oleh sebab itu saya memuji langkah kementerian membuat pemutihan sebab kadang-kadang penjawat awam pun ada lesen. Orang yang tidak layak dapat lesen, ada lesen.

86 DN 6.12.2018

Orang yang tidak ada lesen- ini saya minta diberi perhatian. Kalau ada satu skim khas sebab Orang Asli dia agak pemalu. Dia kadang-kadang hendak berurusan di Jabatan Perikanan, minta maaf cakap, jabatan masih lagi mengamalkan sistem bila Orang Asli, pergi JAKOA. Sepatutnya perikanan itu harus mengurus perkara-perkara ini. Kalau perlu pendekatan khas untuk Orang Asli Seletar yang ramai di selatan Johor dan kuala yang hardcore-nya di sana. Kalau di Perak ataupun di Selangor, ada sebagai nelayan di Banting, Sepang dan sebagainya. Akan tetapi hardcore yang banyak- kerja, dan dia tidak ada kemahiran lain kecuali kerja nelayan. Ini saya minta kementerian buat perhatian yang serius. Sekian, terima kasih. Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Yang Berhormat. Komitmen saya ialah untuk berjumpa pelanggan ini memang menjadi hasrat dan cita-cita saya. Akan tetapi practically saya tidak boleh pergi ke semua kampung, semua bandar dan semua komuniti. Akan tetapi sejauh yang saya telah cuba untuk yang terbaik terutama bila mendengar Yang Berhormat, in syaa Allah saya akan memberi perhatian untuk saya turun ke kampung Orang Asli ini. Saya faham untuk memberikan mereka lesen ini memang kalau mereka ke laut, mereka diberi recommendation oleh ketua kampung, mereka benar-benar ke laut, tidak ada masalah untuk kita berikan mereka lesen. Saya akan ambil perhatian khas. ■1810 Keduanya, saya faham juga di atas beberapa faktor tertentu mereka malu, segan untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai kita. Oleh sebab itu Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat semua, hari Rabu setiap minggu adalah hari kementerian berjumpa pelanggan di semua daerah. Jadi hari Rabu jam 8 pagi sampai 5 petang adalah hari rakyat boleh pergi ke Pejabat Pertanian Daerah dan mengemukakan apa juga masalah di samping kita akan memberikan taklimat, input-input, kalau ada insentif-insentif yang akan kita berikan kepada rakyat. Jadi dengan pendekatan itu saya harap bahawa termasuk Orang Asli akan dapat untuk pergi ke pejabat-pejabat daerah, tidak perlulah pergi ke bandar-bandar besar, setiap daerah hari Rabu kita buka untuk mereka berjumpa dengan pelanggan. Terima kasih Yang Berhormat atas peringatan itu dan saya tidaklah janji menggunung ya. In syaa Allah masyarakat Orang Asli ini di samping juga nelayan-nelayan pantai memang kelas ‘A’ ini akan kita tingkatkan. Kalau boleh ada masa tertentu daripada kelas ‘A’, mereka boleh pergi kepada ‘B’ dan ‘C’ dan C2. Kita hendak pilih nanti beberapa orang nelayan pantai yang jumlahnya cukup besar, takkanlah tak ada di kalangan mereka itu yang tidak boleh pergi kepada kelas ‘C’ untuk mereka meningkatkan pendapatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak di atas peluang yang diberikan. Saya bangga sekali lagi berada di Dewan Senat ini bersama dengan Senator-senator semua. Mudah-mudahan pemikiran semua dapat membantu kita, kementerian dan negara kita untuk memajukan kementerian ini pada masa akan datang. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Baik terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani dan telah banyak kejayaan diteroka dan kami ucapkan syabas dan tahniah atas pameran MAHA baru-baru ini, bererti berjaya dan tahniah ya. Terima kasih. Sekarang saya jemput pula, minta maaf tadi, Yang Berhormat ya. Minta Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipersilakan.

6.12 ptg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

DN 6.12.2018 87

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada enam orang Yang Berhormat Senator iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen; Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili; Yang Berhormat Senator Manolan bin Mohamad; Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad; Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdullah bin Salleh; dan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada 3 hingga 5 Disember 2018 yang menyentuh tiga isu utama berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu perumahan, kebombaan dan kerajaan tempatan. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, ada di Dewan? Tak ada ya, jadi saya berikan jawapan secara bertulis. Kedua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abidullah bin Salleh. Tak ada juga. Ketiga, Yang Berhormat Senator Manolan bin Mohamad. Ramai tidak ada ni. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, okey terima kasih. Ya saya ingin menyentuh tentang isu kebombaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Beliau telah mencadangkan agar kolaborasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan institusi pengajian tinggi diadakan untuk menambah baik perkhidmatan kebombaan dan mengadakan projek pembinaan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sarawak yang akan diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Baik, KPKT mengambil maklum pandangan baik Yang Berhormat berhubung cadangan meningkatkan kualiti perkhidmatan kebombaan di negara ini. Pada masa ini, JBPM sedang dalam usaha untuk memodenkan peralatan termasuk penggunaan teknologi robotik dan sebagainya. KPKT juga akan mempertimbangkan penggunaan aplikasi digital bagi sistem penyimpanan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat agar setara dengan teknologi negara-negara maju. Pada masa ini, JBPM juga telah mengadakan kolaborasi dengan beberapa buah universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sains forensik dan penyelidikan kebombaan bagi meningkatkan profesionalisme anggota bomba dalam bidang yang berkaitan. Di samping itu Yang Berhormat, JBPM juga menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam bidang penyiasatan kebakaran, sebahagiannya adalah forensik. Di peringkat antarabangsa pula, JBPM menjalinkan kerjasama dengan Republik Maldives mengenai latihan kebombaan dan keselamatan kebakaran serta menandatangani memorandum persefahaman atau MOU dengan New South Wales Rural Fire Services dari Australia dalam hal-hal kebakaran hutan atau forest fire. Selain itu, pegawai-pegawai bomba juga menghadiri latihan profesional anjuran badan antarabangsa seperti International Association of Arson Investigation USA dan Fire Service College United Kingdom, dan sebagainya. Melalui kerjasama antarabangsa ini, anggota bomba dapat meningkatkan pengetahuan dan mendapat pendedahan mengenai teknologi dan teknik terkini dalam bidang bomba dan penyelamat. KPKT bersama JBPM sentiasa terbuka dalam mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada dalam atau luar negara bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kebombaan. Berkaitan cadangan pembinaan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wilayah Sarawak, sebanyak tiga permohonan telah dibuat kepada agensi pusat sejak tahun 2013 hingga tahun 2015 bagi pembinaan akademi tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Keempat (RP4). Walau bagaimanapun ianya tidak dapat dipertimbangkan lagi setakat ini. Sehubungan dengan itu, KPKT akan memohon semula projek Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak pada tahun 2019 bagi pembinaan dalam RMKe-11, Rolling Plan Kelima (RP5) tahun 2020. Itulah status pada waktu ini. Baik, soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad. Tidak ada juga. Akhir sekali Yang Berhormat Senator Dato' Isa bin Ab. Hamid. Okey, menjawab tentang persoalan Yang Berhormat Senator Dato' Isa bin Ab. Hamid yang mencadangkan supaya PBT melantik wakil masyarakat Orang Asli dalam usaha memperkasakan PBT. Berapakah jumlah wakil masyarakat Orang Asli dilantik sebagai Ahli Majlis di PBT seluruh negara. 88 DN 6.12.2018

Untuk makluman Yang Berhormat, dasar mengenai pelantikan Ahli Majlis PBT adalah tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing. Sehubungan itu, cadangan supaya PBT melantik wakil masyarakat Orang Asli dalam usaha memperkasakan PBT adalah tertakluk kepada dasar kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, seksyen 10(2), Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 menetapkan antara kriteria pelantikan Ahli Majlis adalah bermastautin dalam kawasan PBT berkenaan, berpengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan, memperoleh kejayaan dalam sesuatu profesion, perdagangan dan perindustrian atau mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan PBT. Berdasarkan semakan buat masa ini, terdapat dua orang wakil Orang Asli yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis PBT iaitu di Majlis Daerah Labis, Johor dan Majlis Daerah Cameron Highlands di Pahang. Itulah apa yang saya boleh sampaikan. Akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian perbahasan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. ■1820 Segala cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat akan diberi perhatian dan insya-Allah dijadikan input bagi penambahbaikan berterusan pelaksanaan dasar dan program kementerian saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Baik Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang telah menjelaskan dengan terang dan ringkas dan sekali lagi terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

6.21 ptg Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tujuh ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang menyentuh perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya meminta izin kalau mana-mana ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan, saya pohon untuk memberikan jawapan bertulis. Terima kasih. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, tidak ada. Maka saya akan berikan jawapan bertulis berkenaan dengan ketidaksambungan sistem pengangkutan awam antara negeri di Malaysia. Akan saya berikan jawapan bertulis. Yang kedua Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun. Juga tidak ada. Saya akan berikan jawapan secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mamat. Tidak ada. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Ada. Yang Berhormat saya ingin memberikan komitmen saya bahawa Kementerian Pengangkutan amat mengambil berat akan perkara ini iaitu berkenaan dengan aktiviti lumba haram yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kementerian Pengangkutan akan meningkatkan operasi-operasi penguatkuasaan terutamanya di kawasan-kawasan black spot atau tumpuan utama berlakunya lumba haram ini. Dari aspek perundangan pula peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi dan bersifat deterrent dalam menangani gejala lumba haram yang berleluasa di kalangan remaja pada masa kini.

DN 6.12.2018 89

Di bawah seksyen 82(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi kesalahan pertama, hukuman ke atas orang yang mengambil bahagian dalam pertandingan atau ujian kelajuan adalah denda tidak melebihi RM2 ribu atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Dalam masa yang sama, mahkamah boleh menghilangkan kelayakan daripada memegang ataupun mendapatkan suatu lesen memandu bagi tempoh tidak melebihi satu tahun. Bagi kesalahan kali kedua dan kemudiannya pula, mereka yang disabitkan kesalahan akan didenda tidak melebihi RM5 ribu atau di penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. Selain itu mahkamah boleh menghilangkan kelayakan daripada memegang ataupun mendapatkan suatu lesen memandu bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun. Mengenai cadangan supaya kerajaan menguatkuasakan undang-undang supaya warga asing menyelesaikan saman trafik sebelum meninggalkan negara ini. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sememangnya bercadang untuk mengenakan syarat atau peraturan supaya semua kenderaan pendaftaran asing yang belum menyelesaikan saman lalu lintas atau mempunyai saman tertunggak menyelesaikan ke semua saman sebelum dibenarkan keluar dari Malaysia. Bagi maksud ini, kerajaan akan melaksanakan sistem Vehicle Entry Permit (VEP) terhadap semua kenderaan pendaftaran asing yang memasuki Malaysia. Fasa pertama pelaksanaan adalah di pintu sempadan Malaysia-Singapura yang dijangka bermula pada awal tahun depan. Saya harap Yang Berhormat mengambil maklum bahawa memang cadangan Yang Berhormat itu kita terima dengan baik dan kita memang selepas terlaksananya sistem VEP ini, maka mana-mana kereta yang masuk ke negara kita kalau mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya dalam negara kita, dikenakan saman terutamanya ada saman-saman had laju di bawah AES, maka sebelum mereka meninggalkan negara kita, saman itu mesti dilunaskan terlebih dahulu, sebelum mereka dibenarkan keluar... Dato’ Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya. Boleh saya mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak berbahas tentang isu ini sebab telah dibawa oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah. Cuma saya hendak penjelasan daripada pihak kementerian, kenapakah VEP ini tidak dapat dilaksanakan sebelum ini. Oleh sebab seingat saya, sebab saya orang Johor, daripada Johor saya kadang-kadang memang selalu bila saya balik ke kampung, balik ke rumah ibu bapa saya, saya akan pergi ke Singapore dengan memandu, ke Singapura by car dan saya tahu sistem VEP ini sudah pun dipasang hampir almost a year ago. Akan tetapi kenapa tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri akan dilaksanakan pada 1 Januari. Itulah hendak tanya, mohon penjelasan. Terima kasih. Tuan Loke Siew Fook: Yang Berhormat, sebenarnya bukan 1 Januari. Saya kata awal tahun depan. Memang kita tahu bahawa VEP ini ada masalah. Baru-baru ini pun ada laporan audit berkenaan dengan pembekal tersebut. Memang daripada segi sekarang ini masalahnya integrasi dengan sistem kita, dengan sistem JPJ dan sebagainya. Ada beberapa masalah daripada segi sistem yang belum diterima sepenuhnya oleh pihak JPJ dan memang kita telah memberikan amaran kepada syarikat ini supaya tidak- mesti menyelesaikan isu-isu yang terlibat dan mereka ada meminta supaya ditangguhkan ataupun dilanjutkan projek ini. Maka perkara ini kita akan tegas. Kalau mereka tidak dapat menyiapkan projek itu dalam tempoh masa yang ditentukan, sudah tentunya kita tidak akan membenarkan extension of time (EOT) kepada projek ini. Memang saya mengambil maklum bahawa VEP ini memang ditunggu-tunggu supaya kita dapat mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kereta-kereta yang memasuki sempadan negara kita. Jadi saya mengambil maklum Yang Berhormat dan kita akan cuba menyelesaikan isu ini dalam secepat mungkin supaya sistem ini dapat dilaksanakan dalam kadar yang segera. Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim, ada. Tidak ada. Berkenaan dengan breakwater di Muara Sungai Mersing, Terminal Mersing. Ini adalah soalan spesifik. Saya akan jawab secara bertulis berkenaan dengan Mersing.

90 DN 6.12.2018

Seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa. Tidak ada... Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada. Tuan Loke Siew Fook: Terima kasih. Ini juga berkenaan dengan isu spesifik, berkenaan dengan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dijawab secara bertulis. Selepas itu Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Tidak ada juga. Ini berkenaan dengan negeri Kedah pula akan diberikan jawapan bertulis. Seterusnya yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Hajah Fahariyah binti Hj Md. Nordin. Oh, okey, maaf. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat tentang berapakah statistik kemalangan dan laporan kerosakan teknikal yang direkodkan berlaku ke atas kapal-kapal terbang yang dilesenkan beroperasi di Malaysia. Saya ingin memaklumkan bahawa jumlah kemalangan udara yang direkodkan sepanjang tahun 2014 hingga 2018 adalah sebanyak 63 kemalangan. Manakala jumlah kes kerosakan teknikal yang dilaporkan dari tahun 2014 hingga 2018 pula ialah sebanyak lapan kes. Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) mengawal juruterbang dan jurutera dengan mengeluarkan lesen-lesen berkaitan berdasarkan kepada kompetensi untuk sesuatu pesawat. Dalam isu MH370, tindakan pembetulan telah pun diambil oleh pihak CAAM berdasarkan safety recommendation yang terdapat dalam laporan penyiasatan MH370. Jadi ini daripada segi statistiknya, saya boleh bagikan statistik secara terperinci mengikut tahun kepada Yang Berhormat nanti. Jadi kalau tidak ada apa-apa soalan lain, maka saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan. Terima kasih . Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Loke Siew Foo, Menteri Pengangkutan. Petang ini terima kasih banyak atas jawapan tadi dan kepada yang tidak hadir itu, Yang Berhormat Menteri akan bagi jawapan bertulis ya, itu boleh. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia. Silakan.

6.29 ptg Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat, yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi perbahasan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, bersempena Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Majlis Parlimen Yang Keempat Belas. ■1830 Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator telah membahaskan perkara-perkara yang terletak di bawah tanggungjawab kementerian ini. Saya akan menjawab persoalan tersebut secara umum dan penggulungan pada hari ini akan menyentuh tiga perkara yang utama iaitu: (i) kandungan penyiaran; (ii) isu berkaitan penyalahgunaan media sosial; dan (iii) perkhidmatan telekomunikasi ataupun perkhidmatan internet jalur lebar.

DN 6.12.2018 91

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh terlebih dahulu berkenaan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul dan Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, tidak ada dalam Dewan? Tidak ada, yang ini saya akan sediakan jawapan bertulis. Saya jalan terus ya. Seterusnya, sekali lagi Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin pun tidak ada. Ketiga, pertanyaan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, pun tidak ada? Datin Rahimah binti Haji Mahamad? Tidak ada dalam Dewan, saya akan sediakan jawapan bertulis. Seterusnya, berhubung dengan pertanyaan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan internet jalur lebar. Nota-nota bertulis akan diedarkan kepada Datuk Dr. Lucas Umbul, Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook dan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali kerana jawapan bagi perkara yang dibangkitkan itu memerlukan penjelasan yang bersifat teknikal. Walaupun demikian, untuk makluman, kerajaan mengambil maklum dan terima kasih atas pertanyaan serta cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian, terutama daripada Sabah dan Sarawak. Yang mana hasil daripada pertanyaan serta aduan tersebut dijadikan asas kepada tindakan-tindakan penambahbaikan yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Ingin saya tegaskan bahawa sasaran kerajaan menjelang tahun 2020 adalah untuk memastikan kelajuan jalur lebar untuk mencapai sekurang-kurangnya 100mbps di kawasan bandar dan 20mbps di kawasan luar bandar. Kesemua inisiatif ini diharap dapat merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, sekali gus meningkatkan kadar liputan jalur lebar mudah alih serta kadar penembusan jalur lebar negara. Selain daripada itu, kerajaan juga turut komited bagi memastikan perkhidmatan internet yang ditawarkan kepada pengguna oleh syarikat telekomunikasi dikenakan dengan kadar harga yang mampu milik dan munasabah. Sementara itu, untuk menggalakkan lebih banyak infrastruktur telekomunikasi dibangunkan, kerajaan akan meneruskan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat yang memenuhi syarat bagi membolehkan lebih banyak liputan fiber coverage di wujudkan. Tumpuan adalah bagi memastikan kelajuan internet dan jalur lebar dipertingkatkan dengan kualiti perkhidmatan yang memuaskan. Selanjutnya, bagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Isa bin Ab. Hamid berhubung menara telekomunikasi di kawasan perkampungan Orang Asli. Adakah Yang Berhormat Senator Datuk Isa? Baik, untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga kini kerajaan telah membina sebanyak 96 buah menara telekomunikasi yang beroperasi di sekitar kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh negara. Senarai menara telekomunikasi universal service providing (USP) yang beroperasi di sekitar perkampungan Orang Asli mengikut negeri adalah seperti berikut.

Negeri Menara Telekomunikasi Selangor 8 Negeri Sembilan 12 Kedah 1 Perak 25 Johor Bahru 11 Pahang 19 Kelantan 19

Proses penambahbaikan kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan luar bandar termasuklah perkampungan Orang Asli adalah proses yang berterusan daripada semasa ke semasa.

92 DN 6.12.2018

Selanjutnya untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, berhubung kadar liputan kampung-kampung serta teknologi renewable energy. Semua tidak ada kah?... Semua tiada, jadi saya akan sediakan jawapan bertulis. Baik, manakala untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali berhubung harga tarif perkhidmatan TM serta harga saham TM. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi memastikan pelanggan menerima perkhidmatan jalur lebar yang terbaik, TM telah memperkenalkan inisiatif terbaharu. Di mana para pelanggan sedia ada Pre UniFi yang dahulunya dikenali sebagai Streamyx, bakal di naik taraf perkhidmatan mereka kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi ataupun UniFi sekiranya mereka berada di dalam kawasan liputan perkhidmatan tersebut. Sekiranya pelanggan tersebut berada di luar kawasan liputan UniFi atau tiada liputan perkhidmatan UniFi, para pelanggan sedia ada akan ditawarkan untuk perkhidmatan mereka di naik taraf dengan kelajuan sehingga 8mbps atau sebagai pilihan yang lain, mereka bakal menerima perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 4GLT, dengan izin, yang mempunyai tahap kelajuan yang lebih baik. Kesemua perkhidmatan naik taraf ini adalah percuma kepada para pelanggan TM dan proses penaiktarafan ini dijangka selesai pada penghujung suku tahun pertama tahun 2019. Sebagai langkah penyelesaian terhadap harga tarif-tarif perkhidmatan pula, TM akan membuat semakan dan kajian menyeluruh bagi memastikan kadar yang bersesuaian dapat ditawarkan kepada pelanggan TM. Langkah ini diambil setelah pihak TM dapat menyelesaikan isu menaiktarafkan infrastruktur rangkaian telekomunikasi legasi yang lama yang menggunakan rangkaian kabel tembaga kepada teknologi yang baharu yang lebih berkualiti dan efektif. Bagi menyelesaikan isu naik taraf infrastruktur legasi ini, TM turut terlibat dalam perbincangan dengan pihak kerajaan, termasuklah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan para pelanggan TMB mendapat perkhidmatan terbaik serta mewujudkan situasi menang-menang di antara pihak yang berkepentingan ataupun stakeholders. Rangkaian kabel tembaga sedia ada ini adalah merupakan rangkaian legasi TM sejak dari zaman sektor komunikasi di bawah pentadbiran Jabatan Telekom Malaysia lagi. Oleh yang demikian, ia sentiasa mengalami pelbagai cabaran dan masalah, terutamanya masalah keterbatasannya, limitation dari segi teknologi. Sehubungan itu TM sedang mencari kepelbagaian alternatif melalui penggunaan pelbagai teknologi yang bersesuaian dan mengoptimumkan kaedah penyelesaian sedia ada untuk memberikan pengalaman penggunaan perkhidmatan jalur lebar TM yang lebih baik dan mampu dimiliki oleh rakyat di pelbagai peringkat di seluruh negara. Merujuk kepada harga saham TM dan AXIATA pula, harga-harga saham pada hari ini adalah yang bersifat spekulatif di mana ia terdedah kepada kenaikan dan penurunan yang disebabkan oleh beberapa faktor luaran. Jika dilihat pada harga pasaran saham semasa, bukan hanya TM dan AXIATA sahaja yang mengalami penurunan harga saham. Malah lain-lain syarikat utama di Malaysia turut sama terjejas dan mengalami penurunan harga. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 yang menyentuh mengenai peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kementerian mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi melakukan penambahbaikan perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Eddin Syazlee Syith, dan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

DN 6.12.2018 93

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Sila. ■1840 6.40 ptg. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang untuk membuat penggulungan kepada perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi peringkat Dewan Negara khususnya untuk Kementerian Sumber Manusia. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh lima kluster utama yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Sumber Manusia mengambil pendekatan untuk membahagikan kepada perbahasan ini yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator kepada lima kluster utama iaitu kluster pertama, peluang pekerjaan dan hak pekerja; kluster kedua, pembangunan sumber manusia negara; kluster ketiga, penggubalan dasar perburuhan; kluster keempat, gaji dan gaji minimum; dan kluster kelima ialah pekerja asing. Untuk kluster pertama, peluang pekerjaan dan hak pekerja. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, ada? Timbalan Yang di-Pertua: Tiada. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Tiada? Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin? Tidak ada juga. Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen? Tidak ada. Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan a/l Manickam?... [Disampuk] Tidak ada juga? Timbalan Yang di-Pertua: Ada? Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Tidak ada ya? Baik, baik. Tidak ada, saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada mereka Tuan Yang di-Pertua. Ini padahal ada isu-isu yang sangat penting, tetapi apa boleh buat kerana Yang Berhormat Senator tidak hadir. Saya masuk kepada kluster yang kedua, berkaitan dengan pembangunan sumber manusia. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili? Timbalan Yang di-Pertua: Ada. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Orang jauh. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ada. Alhamdulillah. Ini orang yang aktif, duduk situ tidak bangkit-bangkitlah. Kalau saya duduk sekejap sejuk, mesti mahu keluar. Tidak tahan. Ini memang badan tahan sungguh. Seramai dua orang dalam kluster ini iaitu Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen menyentuh soal ini. Untuk Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi, jumlah lepasan TVET daripada institusi kemahiran awam di Malaysia pada tahun 2017 ialah seramai 105,887 orang. Ini angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan kemahiran TVET itu sendiri. Malah, jumlah keseluruhan daripada sejak awal latihan kemahiran ini dibuat iaitu dari tahun 1971 sehingga tahun 2018 pada Oktober ialah sebanyak 1.8 juta orang graduan daripada pendidikan kemahiran ini telah pun kita keluarkan dan telah pun kita lahirkan di dalam negara kita ini. Merujuk kepada isu yang berkaitan dengan pengiktirafan oleh JPK dan MQA, bermula daripada tahun 2016 di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, sektor TVET sedia ada sedang diperkukuh melalui penubuhan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET yang akan diguna pakai oleh MQA dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan TVET yang lebih baik pada masa yang akan datang. 94 DN 6.12.2018

Sistem baharu ini bertanggungjawab mengakreditasi program TVET dan ditawarkan oleh institusi TVET awam dan swasta berdasarkan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia Edisi 2 atau Malaysian Qualifications Framework (MQF). Pelaksanaan jaminan kualiti program TVET oleh MQA dan JPK akan dibuat berdasarkan kepada dokumen Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) yang hampir selesai dibangunkan. Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET ini nanti akan meningkatkan pengiktirafan program TVET, membolehkan mobiliti pelajar antara semua institusi TVET, membuka peluang kerjaya graduan TVET supaya lebih kompetitif dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat pada masa ini. Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkenaan pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET tersebut sedang disediakan untuk diangkat ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, insya- Allah. Apa yang penting dalam isu TVET ialah untuk pengetahuan Tuan Yang di- Pertua, yang sangat bermasalah kepada kita sekarang ini ialah peluang untuk pelajar- pelajar yang berkelulusan SKM ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini yang masih menjadi isu. Akan tetapi, itu hampir diselesaikan untuk satu peringkat iaitu dengan wujudnya satu sistem MTUN untuk empat universiti dalam negara kita ini untuk menerima mereka yang lahir daripada TVET ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti iaitu mereka yang sudah ada diploma, sudah ada diploma lanjutan, boleh melanjutkan kepada pengajian mereka ke universiti untuk mengambil ijazah dan sebagainya. Akan tetapi namun begitu, masih lagi terikat dengan syarat SPM. Ini bermakna bahawa mereka diberikan peluang walaupun tanpa SPM, diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Akan tetapi waktu belajar di universiti, dia diwajibkan dalam masa yang sama untuk mengambil SPM. Pada saya ialah sangat tidak wajar syarat ini dikekalkan sehingga sekarang kerana mereka sudah sampai kepada satu peringkat diploma ataupun diploma lanjutan dalam pendidikan kemahiran, saya fikir tidak perlu lagi kepada SPM. Syarat yang sangat menyusahkan untuk belajar di peringkat universiti, mahu ambil ijazah, kena ambil SPM sedangkan sepatutnya syarat itu diubah iaitu dari syarat SPM yang setaraf dengannya ataupun yang lebih tinggi daripada SPM. Inilah yang seharusnya dilihat. Begitu juga dengan keluaran-keluaran TVET ini untuk masuk ke dalam sektor awam kalau tanpa SPM, ini juga menjadi masalah sedangkan mereka sudah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam pendidikan- pendidikan ataupun bidang-bidang tertentu. Jadi, ini yang seharusnya dilihat oleh semua pihak bahawa perlu ada perubahan anjakan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Kemudian, kluster ketiga, penggubalan dasar perburuhan sumber manusia. Oh, tidak ada juga Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen? Tiada ya. Kemudian, kluster keempat iaitu gaji dan gaji minimum. Tidak datang juga Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen dan juga Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing?... Oh, Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing ada. Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing meminta kerajaan menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan seperti yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, kerajaan baru-baru ini telah memutuskan untuk menetapkan satu kadar gaji minimum seragam antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM1,100 sebulan mulai 1 Januari 2019. Penetapan kadar gaji minimum baharu yang seragam ini di seluruh negara adalah selaras dengan 10 janji kerajaan di dalam 100 hari pertama pemerintahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan yang bertujuan untuk memastikan rakyat mendapat hak yang sama rata dari segi aspek gaji tanpa mengira wilayah mahupun industri. Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia adalah untuk memastikan keperluan asas para pekerja dijamin. Secara umumnya, konsep dasar gaji minimum sedia ada di Malaysia adalah bertujuan untuk menetapkan gaji lantai atau gaji pokok sahaja di sektor swasta. Oleh yang demikian, majikan dan kesatuan sekerja bebas untuk berunding bagi menetapkan gaji pokok yang lebih tinggi daripada kadar gaji minimum yang telah ditentukan melalui undang-undang.

DN 6.12.2018 95

Berhubung dengan cadangan menetapkan kadar gaji minimum pada RM1,500 sebulan, kerajaan komited untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun pemerintahan seperti mana yang dijanjikan. Bukan selepas menang kita terus bagi RM1,500, tetapi selepas menang kita mahu menyamaratakan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Kadar gaji minimum ini akan dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun sebagai mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta MPGN 2011 [Akta 732]. Kenaikan kadar gaji minimum akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai RM1,500 sebulan seperti mana yang dijanjikan. Kemudian, kluster kelima, pekerja asing. Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, ada. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, Yang Berhormat Senator telah membangkitkan isu pekerja asing. Dalam dasar kerajaan mengenai penggajian dalam pekerjaan adalah memberikan keutamaan kepada pencari kerja tempatan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pencari kerja tempatan tidak dinafikan hak mereka untuk bekerja dan hanya jawatan-jawatan yang tidak diisi oleh pencari kerja tempatan dalam sektor yang diluluskan sahaja yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. ■1850 Dalam usaha memastikan pencari kerja tempatan tidak dipinggirkan oleh majikan, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang antaranya seperti berikut. Pertama, menetapkan had penggajian pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2020. Seperti mana ketetapan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekarang memang tidak sampai 15 peratus pun pekerja asing daripada guna tenaga pekerja yang seluruhnya ada dalam negara kita. Mana-mana majikan adalah diwajibkan untuk mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam Portal JobsMalaysia bagi memastikan kekosongan jawatan ditawarkan kepada pencari kerja tempatan terlebih dahulu. Jadi, sebelum hendak ambil pekerja asing, dia kena iklan, kemudian dalam tempoh tertentu tidak ada pekerja tempatan yang memohon, barulah dia boleh memohon kepada JTK untuk mengambil pekerja asing. Kolaborasi antara Jabatan Tenaga Kerja dengan pihak majikan melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P) untuk penawaran peluang pekerjaan kepada pencari pekerja tempatan. Syarat-syarat permohonan pekerja asing diperketat dari segi penetapan ratio pengambilan berdasarkan kepada komposisi pekerja tempatan dan juga pekerja asing. Hanya majikan yang berkeupayaan iaitu yang genuine, yang memenuhi standard perburuhan seperti mana pematuhan gaji minimum, menyediakan kemudahan kediaman berserta kemudahan asas dan tiada rekod perlanggaran kes buruh sahaja yang akan dipertimbangkan memohon pekerja asing. Keupayaan majikan ditentukan melalui proses saringan dan pemeriksaan yang akan dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja. Menetapkan had penggajian pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga seperti yang saya sebutkan tadi. Mengutamakan exit policy penggajian pekerja asing dengan menyediakan pelan latihan kemahiran kepada pekerja warganegara. Memberi keutamaan kepada mekanisme IBS dalam sektor pembinaan, peralihan kepada intensif automasi dan juga mekanisasi restoran berkonsepkan self service dan sebagainya ke arah untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Mewujudkan mekanisme multitier levi iaitu pengenaan bayaran levi secara progresif berdasarkan kepada sektor dan mengikut bilangan pekerja asing yang diperlukan oleh majikan. Mekanisme ini berfungsi sebagai regulatory tools bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Melalui usaha-usaha ini, trend penggajian pekerja asing dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2015 yang mencatatkan bilangan pekerja asing seramai 2.1 juta orang, 2016 seramai 1.8 juta orang, 2017 seramai 1.7 juta orang dan pada tahun 2018 seramai 1.8 juta orang. Trend tersebut menunjukkan jumlah pengambilan adalah sentiasa konsisten dan selaras dengan ketetapan 15 peratus penggajian pekerja asing di bawah RMKe-11.

96 DN 6.12.2018

Sebagai kesimpulan, kerajaan sememang sentiasa memastikan pencari pekerja tempatan diberikan keutamaan dalam peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang meneliti pelbagai aspek dalam pengurusan pengambilan pekerja asing secara holistik supaya lebih sistematik dan berintegriti. Habis. Jadi, saya ambil kesempatan ini kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, yang belum sempat ataupun yang tidak dapat dijawab kerana ketidakhadiran Yang Berhormat, insya-Allah kementerian sangat-sangat menghargai dan mengambil segala saranan dan pandangan-pandangan yang telah pun diberikan. In syaa Allah dokumen jawapan secara bertulis akan disampaikan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat Senator semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Mahfuz bin Haji Omar- Timbalan Menteri Sumber Manusia yang telah memberi jawapan yang beria-ia dan bersemangat. Terima kasih banyak. Dan sekarang saya menjemput akhirnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dipersilakan.

6.55 ptg. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan jawab soalan ini kerana hanya satu isu yang telah dibangkitkan melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Akan tetapi sebelum saya jawab, saya hendak tanya sama ada Datuk Haji Abidullah bin Salleh ada dalam Dewan ini atau tidak?... Tidak ada? Akan tetapi saya akan jawablah kerana saya akan mengakhiri penggulungan pada hari ini. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abidullah telah membangkitkan kebimbangan terhadap perubahan tahap keyakinan pelabur luar untuk membuat pelaburan langsung asing (FDI) dalam negara kita. Saya hendak memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan yang mulia ini. Ini memang bukan satu kenyataan yang berasas kerana bagi tempoh Januari hingga September 2018, jumlah pelaburan yang telah diluluskan dalam sektor perkilangan ataupun manufacturing sector adalah sebanyak RM59.1 bilion yang meningkat 70.5 peratus bagi tempoh masa yang sama tahun 2017. Daripada jumlah RM59.1 bilion ini, 82.5 peratus ataupun RM48.8 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI). Manakala yang baki adalah pelaburan domestik iaitu sebanyak RM10.3 bilion. Untuk tempoh Mei hingga September 2018 pula, pelaburan sebanyak RM41.6 bilion telah diluluskan dan ini adalah dalam tempoh selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dan ini juga adalah dalam sektor perkilangan. Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing turut mendominasi pelaburan yang diluluskan iaitu sebanyak RM35 bilion ataupun 84 peratus daripada jumlah pelaburan yang telah diluluskan. Manakala, pelaburan domestik hanya sebanyak RM6.6 bilion ataupun bakinya 16 peratus. Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia semakin meningkat dan dakwaan bahawa pelabur luar mengambil sikap, dengan izin, wait and see adalah kurang tepat. Sebagai kerajaan yang mesra perniagaan dan mengamalkan ekonomi terbuka, pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan melalui MITI bagi terus memastikan pengaliran masuk pelaburan asing yang berkualiti tinggi ke dalam negara. Dengan itu, saya menghabiskan penggulungan saya pada hari ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah menjawab dengan ringkas dan padat, terima kasih banyak.

DN 6.12.2018 97

Dengan itu, kita selesailah soal jawab kita di sini, penggulungan kita. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah. Bersama-sama saya semasa susah dan payah, termasuk kita punya Tan Sri Ibrahim pun ada sama. Semua yang ada ini, saya anggap tokoh-tokoh pejuang bangsa. Jadi, saya rasa inilah perkara-perkara yang hendak disampaikan kepada anda sekalian. Dengan itu, jangan lupalah kita membuat budi petang ini.

Burung pipit, burung kedidi; Hinggap di pokok tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi; Ibarat pokok tidak berbuah.

Ini dia dan jangan lupa jasa ibu kepada kita, bagaimana dia jaga kita masa kecil, sampaikan kepada anak buah kita iaitu bak kata tadi. Tanam durian di bawah bukit; Banyak rumah sudah dibina; Nyamuk seekor kalau menggigit; Ibu tak akan tidur lena. Itu dia jasa ibu, dia tidak tidur lena. Hormat kepada- Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 10 Disember 2018. Sekian. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.59 petang]