Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 26 Selasa 15 Disember 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 (Halaman 27) DN 15.12.2015 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Selasa, 15 Disember 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Khairudin bin Samad minta Menteri Kesihatan menyatakan, apa usaha kementerian dalam memastikan perluasan Zon Larangan Merokok di seluruh negara tercapai, tanpa mengundang implikasi negatif daripada masyarakat. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin. Ini berkenaan dengan larangan merokok di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merancang untuk memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara sejajar dengan Artikel 8, Perjanjian WHO, Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok. Di bawah Artikel 8 perjanjian ini, semua tempat yang mempunyai akses kepada orang awam hendaklah dijadikan tempat larangan merokok. Bagi memastikan usaha ini tercapai tanpa mengundang implikasi negatif kepada masyarakat, Kementerian Kesihatan telah pun membuat perancangan secara berperingkat. Perancangan ini telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045. Pihak KKM akan menjalankan perbincangan bersama agensi serta badan-badan bukan kerajaan sebelum pewartaan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga menggalakkan tempat-tempat awam menyertai Program Bebas Asap Rokok di bawah Blue Ribbon Campaign atau Program Bandar Bebas Asap Rokok. Ini bagi memudahkan implementasi apabila pewartaan dilaksanakan, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin. DN 15.12.2015 2 Dato’ Khairudin bin Samad: Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Ahli Dewan sekalian bahawa saya dahulu perokok tegar, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sekarang sudah berhenti daripada membeli rokok dan berhenti daripada membeli lighter pun... Timbalan Yang di-Pertua: Baguslah Yang Berhormat Senator. Dato’ Khairudin bin Samad: Akan tetapi masih hisap lagilah daripada kawan-kawan [Ketawa] Kawan-kawan beri saya hisap sebab saya takut jantung saya berhenti bila berhenti merokok tetapi tidak membeli. Walau bagaimanapun, yang menjadi aneh sedikit yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa kawasan-kawasan larangan ini kadang-kadang kawasan terbuka, yang dilarang? Saya kasihan kepada perokok-perokok, rakan-rakan saya, mantan rakan-rakan yang merokok, yang masih merokok. Larangan ini di kawasan-kawasan terbuka contohnya di depan airport, sebelum masuk ke dalam, di luar itu tidak boleh merokok. Di mana mereka hendak merokok sebelum menaiki kapal terbang, 12 jam? Ada tempat seperti R&R, di dalam tandas pun dilarang merokok. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, perokok ini kadang-kadang, kebanyakan daripada mereka, tidak termasuk saya, kebanyakan daripada mereka, kalau tidak merokok susah hendak pergi ke tandas. Kalau dalam tandas pun dilarang merokok, saya rasa simpatilah. Bukan kita hendak melepaskan mereka daripada merokok tetapi kalau boleh tempat-tempat yang terbuka ini, tidak payahlah, sebab saya rasa jerebu yang tiga bulan hingga empat bulan itu, lebih teruk daripada asap rokok. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Ini tidak boleh jadi. Sudah berhenti merokok tetapi hisap rokok juga lagi. Jadi, seelok-eloknya berhenti terus. Kalau orang beri, offer pun, jangan ambil. Eloknya macam itulah. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita sudah tetapkan 21 jenis “Kawasan Larangan Merokok” termasuk di hospital, di hotel, di kawasan-kawasan yang ada air-cond, shopping complex dan sebagainya, termasuk juga R&R Yang Berhormat Senator sebutkan tadi, dan kawasan airport pun termasuk di dalam itu, dalam kawasan larangan. Jadi setakat ini yang saya tahu, di kawasan R&R, yang boleh menghisap rokok cuma di kawasan parking- itu boleh. Di dalam kawasan tempat makan dan kawasan tandas, pun tidak boleh merokok. Jadi, ini sudah pun digazet. Saya harap semua orang patuhlah pada peraturan ini supaya kita akan dapat mencapai hasrat kita pada tahun 2045, kita akan bebas kesemuanya daripada asap rokok, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat. DN 15.12.2015 3 Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin yang telah berhenti merokok. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ringkas sahaja. Kerajaan telah banyak buat program berhubung dengan berhenti merokok. Dari tempat yang tidak ada, diadakan tempat yang tertentu supaya tidak merokok, dan juga kalau hendak merokok pun ada tempat tertentu, dalam airport dan sebagainya. Itu satu langkah yang telah dilakukan. Namun saya tengok, ia masih lagi tidak dapat mencapai sasaran dan saya doakan supaya sasaran tadi bebas merokok sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi. Saya tengok merokok ini juga dimulakan dengan awal, usia muda, kanak-kanak. Kita tengok pelajar-pelajar kita ini- jangan merokok. ■1010 Walaupun ia diletakkan di kedai-kedai, ada tanda merokok yang dilarang bawah umur 18 tahun membeli rokok tetapi pelaksanaannya belum begitu berjalan dengan baik. Oleh sebab itu, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, sejauh mana pelaksanaan dan penguatkuasaan telah dijalankan dan sebanyak mana kes-kes yang telah didakwa kepada yang menjual rokok kepada kanak-kanak, atau usia sebelum 18 tahun ke bawah ini? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari. Memang kita sentiasa berusaha dari lama dahulu sehingga sekarang, dan sehingga jangkaan kita tahun 2014- target larangan membeli dan menghisap rokok ini adalah kepada umur kanak- kanak 18 tahun ke bawah. Maknanya, dia tidak boleh beli rokok dan dia tidak boleh simpan rokok dalam poket dia, contohnya. Macam di sekolah, kalau didapati ada pelajar yang simpan rokok dalam poket dia, dia salah. Itu kesalahan di bawah akta ini. Penguatkuasaan memang on-going tetapi sefaham saya pun, mengakui bahawa belum cukup kuat lagi. Kita buat berperingkat-peringkat kerana kalau buat sekali gus macam Singapore, malam baru-baru ini sudah banned rokok semua, kita tidak boleh buat di sini sebab kita sebuah negara yang besar, yang pelbagai jenis- daripada yang paling tinggi, yang ke bawah dan sebagainya. Jadi, masalah besar. Kempen kita berjalan terus. Saya hendak sebut di sini kempen-kempen yang telah kita buat. Kita ada 485 buah Klinik Berhenti Merokok, klinik kerajaan untuk berhenti merokok boleh pergi ke sana. Kita sudah ada perkhidmatan ini kepada 486 buah klinik kerajaan, dan 47 buah hospital kerajaan yang memberi tawaran untuk Klinik Berhenti Merokok. Maknanya, boleh pergilah mana-mana klinik, percuma. Kita juga bekerjasama dengan pelbagai pihak NGO, dan sebagainya, untuk berkempen. Berkempen ini pelbagailah. Yang lepas ini kita buat kempen “Tak Hendak” pun tidak begitu berkesan. Belanja berpuluh million tetapi tidak ada kesan juga dan kita kenakan kompaun. Mana yang kena tangkap, kena kompaun. Setakat ini sudah ada 12,307 orang sudah kena kompaun kerana ditangkap merokok, kanak-kanaklah dan kawasan-kawasan yang ditangkap kerana merokok di kawasan larangan pun kena tangkap juga. DN 15.12.2015 4 Ini kempen berterusan Tuan Yang di-Pertua, dan tidak boleh buat sekali gus macam Singapore buat, kita tidak boleh buat. Kita akan teruskan kempen ini dan melibatkan banyak kementerian dan banyak agensi sama ada dalaman kementerian dan juga di luar kementerian, banyak. Kalau saya hendak sebut, panjang Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat dalam kempen kita. Dalam kementerian sendiri pun banyak- 10 buah jabatan. Di luar daripada kementerian, ada 17 kementerian dan lembaga yang terlibat dalam kempen ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi, rata-rata kempen ini ada empat strategi utama: (i) memperkukuhkan aktiviti kawalan tembakau sedia ada; (ii) memperkukuhkan perundangan dan penguatkuasaan kawalan tembakau kebangsaan; (iii) memperkasakan masyarakat dan meningkatkan penglibatan multisektorial; dan (iv) memperkukuhkan aktiviti kawalan tembakau melalui strategi empower. Empower ini ada dia punya detail Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya hendak cakap, panjanglah. Saya ingat jawapan itulah Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari.