Bil. 15 Khamis 25 Jun 2015

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KE TIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

K A N D U N G A N

MERENTIKAN KUATKUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 82(2) (Halaman 1)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2)

USUL: Rancangan Kesebelas 2016-2020 (Halaman 19)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015 DN 25.6.2015 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 5. “ Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 6. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 7. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 8. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor) 9. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah – Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik) 12. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik) 13. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik) 14. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 15. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor) 16. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 17. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 18. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 19. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) 20. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 23. “ Dato’ Hoh Khai Mun () 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 25. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 26. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 27. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik) 28. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik) 29. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 30. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah) 31. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 32. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik) 33. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka) 34. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ii DN 25.6.2015

35. Yang Berhormat Datuk Lihan Jok (Sarawak) 36. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah) 38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka) 40. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik) 44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik) 47. “ Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar (Pahang) 48. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 49. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 51. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 52. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 53. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah) 55. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 56. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 60. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik) 61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik) 63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan) 64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 65. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

DN 25.6.2015 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Encik Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah binti Md. Nasir Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Muhammad Dzulhazmi bin Sha’arin Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

DN 25.6.2015 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Khamis, 25 Jun 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ada- sebelum kita mulakan soalan lisan, ada satu usul yang hendak dikemukakan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

USUL

MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 82(2)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 82(2), saya mengemukakan Usul untuk merentikan kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 11(1) iaitu bagi membolehkan Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari untuk membolehkan Majlis Mesyuarat ini diteruskan sehingga selesai giliran kesemua Ahli yang ingin berbahas ke atas usul Rancangan Malaysia Kesebelas, dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 29 Jun 2015.”

Tuan Yang di-Pertua: Seorang yang menyokong? Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat semua, kerana bulan RamadHan ini, saya dapati masih ramai lagi hendak berbahas, sebagaimana saya katakan, saya beri peluang kepada semua untuk berbahas untuk membolehkan. Saya rasa boleh kita selesaikan dalam waktu yang- untuk mengelakkan Yang Berhormat Menteri tangguh sampai malam. Saya harap semua bersetuju dengan perkara ini, dan untuk kebaikan kita. Bagi yang bukan Islam, kalau hendak makan tengah hari boleh secara senyap- senyap keluar dan makan, selepas itu balik semula. Bagi yang Islam, saya rasa elok tunggu dan kalau giliran ada, saya hendak tentukan semua mesti berada dalam Dewan. Satu perkara lagi saya hendak menarik perhatian. Semua Ahli Yang Berhormat tentukan datang pada jam 10 pagi. Ada juga yang ambil masa kadangkala itu agaknya. 2 DN 25.6.2015

Melainkan ada hal-hal keuzuran itu saya sedia faham tetapi kalau ada yang bermaksud, dengan izin, punctuality hendaklah kita hormati. Sekian, terima kasih. Baik. Kita mulakan dengan soalan lisan yang pertama. Sila Yang Berhormat Dato' Muhammad Olian.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Muhammad Olian bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk meyakinkan pendeposit Tabung Haji bahawa pelaburan yang dilakukan oleh institusi berkenaan adalah benar-benar selamat dan menguntungkan pendeposit serta tidak menjejaskan wang simpanan mereka berikutan isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji daripada 1 Malaysia Development Berhad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Muhammad Olian. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Lembaga Tabung Haji sentiasa menitikberatkan kepentingan para pendepositnya. Pihak Tabung Haji sentiasa berusaha dalam memastikan pelaburannya patuh Syariah serta memperoleh pulangan yang kompetitif demi menjamin setiap ringgit simpanan pendepositnya. Bagi menjaga kepentingan para pendeposit, Tabung Haji telah melaksanakan beberapa inisiatif. Antaranya akaun simpanan di Tabung Haji adalah berlandaskan konsep Wadiah Yad Dhamanah, di mana simpanan tersebut dijamin oleh pihak kerajaan. Berdasarkan konsep simpanan ini, tiada jaminan, no obligation, dengan izin, terhadap kadar pulangan tahunan bagi simpanan tersebut diberikan oleh pihak Tabung Haji. Walau bagaimanapun, setiap sen daripada simpanan itu tidak hilang kerana dijamin oleh pihak kerajaan. Sekiranya ada pulangan, maka Tabung Haji akan memberikan hibah ataupun hadiah dalam bentuk bonus tahunan kepada para pendeposit dan kadarnya adalah bergantung kepada prestasi kewangan tahun semasa. Sepanjang tempoh 10 tahun ini, Tabung Haji telah menghibahkan bonus kadar tahunan pada kadar purata melebihi enam peratus. Contohnya, kadar bonus tahunan pendeposit 2014 sebanyak 6.25 peratus. Ini merupakan kadar yang tinggi dan kompetitif memandangkan profil pelaburan Tabung Haji adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah. Seterusnya, pemberian bonus-bonus khas seperti bonus ulang tahun Tabung Haji ke-50 tahun 2012 adalah pada kadar 1.50 peratus dan bonus haji masing-masing bonus 2.0 peratus bagi tahun 2013 dan 2014, menunjukkan simpanan Tabung Haji adalah selamat. Pemberian bonus-bonus khas ini mengukuhkan iltizam Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendepositnya yang kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji. Seterusnya, pemberian subsidi kos haji pada setiap tahun juga menggambarkan kekukuhan kedudukan kewangan serta iltizam Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para jemaah haji negara ini. Kos untuk menunaikan haji kekal RM9,980 sejak tahun 2009 walaupun kos sebenar haji meningkat saban tahun. Contohnya, pada tahun ini RM17,270 dengan subsidi sebanyak RM7,290 bagi setiap jemaah. Pada musim haji 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi ini, dianggarkan subsidi kos haji akan ditanggung oleh Tabung Haji adalah melebihi RM150 juta. Keuntungan daripada pelaburan Tabung Haji inilah yang membantu dalam menanggung segala kos ini. Selaras dengan matlamat untuk memastikan sumber pulangan yang halal dan toyyiban serta mengekalkan nilai simpanan para pendeposit, Tabung Haji telah melabur dalam instrumen patuh syariah yang berisiko sederhana dan stabil. ■1010 Justeru itu, Tabung Haji ingin menegaskan bahawa pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan adalah selamat dan berdaya maju serta memberikan manfaat dan keuntungan kepada para pendeposit tanpa menjejaskan simpanan mereka. Para pendeposit hendaklah terus yakin dengan keupayaan Tabung Haji sebagai sebuah institusi ikonik Islam yang terulung di negara ini. Terima kasih. DN 25.6.2015 3

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri memberi satu jawapan yang baik. Saya percaya keputusan untuk membeli tanah di Tun Razak Exchange adalah satu keputusan perniagaan yang baik oleh Tabung Haji. Akan tetapi disebabkan isu 1MDB, maka pembelian itu sudah menjadi satu isu. Oleh itu soalan tambahan saya, adakah keputusan untuk menjual semula tanah yang dibeli oleh Tabung Haji daripada 1MDB satu keputusan muktamad dan adakah tanah yang dibeli itu telah dijual? Keduanya Tuan Yang di-Pertua, apa implikasinya jika Tabung Haji tidak menjual tanah itu, dan memilih jalan untuk memajukan tanah yang berkenaan? Terima kasih. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang telah pun memberikan soalan tambahan sebentar tadi dan agak-agak baik untuk diberikan penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian dan juga termasuk rakan-rakan media yang lain bahawa sebenarnya pembelian TRX ini adalah merupakan Tabung Haji pembelian setelah dibuat tawaran bermula daripada tahun 2013 ataupun lebih tepat saya katakan bermula pada Mei 2013 dua tahun yang lalu. Proses pembelian ini dibuat berdasarkan kepada ketekunan wajar atau due diligence, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dibuat, dan 100 peratus berdasarkan kepada transaksi jual beli ataupun business dengan izin, tanpa ada campur aduk yang lain. Namun kebelakangan ini, persepsi dan juga sudut pandang beberapa kelompok masyarakat ialah melihat dalam konteks politik. Maka sebab itu apabila dikaitkan lagi dengan 1MDB. 1MDB buat masa kini kita masuki fasa yang baru pula iaitu selepas daripada tangkapan di Thailand kepada salah seorang pemeras ugut daripada 1MDB ini akan lebih melihatkan satu kecerahan baru pula dalam konteks 1MDB. Namun saya balikkan kepada dalam konteks Tabung Haji, TRX ini proses untuk tujuan pembelian itu dibuat dengan sepenuhnya berlandaskan kepada landasan perniagaan dan juga landasan yang lain iaitu patuh syariah, memenuhi daripada patuh syariah. Jadi sebab itu proses pembelian dibuat dengan begitu rapi dan walaupun tawaran bermula daripada Mei 2013 tetapi prosesnya dibuat pada tahun 2015 untuk tujuan pembelian. Namun walau bagaimanapun, setelah pandangan-pandangan persepsi ini lebih mengatasi daripada pandangan perniagaan, utk supaya tidak menimbulkan banyak fitnah, Tabung Haji pada waktu tersebut, waktu peristiwa kehangatan tentang pembelian TRX ini, kita mengambil keputusan supaya tidak menjualnya kembali, supaya tidak menimbulkan lagi banyak tohmahan dan fitnah-fitnah pada Tabung Haji. Walaupun hanya pintu bangunan Tabung Haji di Perlis itu ia pecah, bukan kerana apa tetapi oleh sebab pecah itu pada ketika dan saat TRX itu dibincangkan oleh pembelian Tabung Haji, dikaitkan pecah itu dibaling oleh orang ramai kerana marah pembelian tersebut. Ini juga menunjukkan persepsi yang tidak baik. Termasuk juga ada orang mengadakan perhimpunan di pejabat Tabung Haji selepas solat Jumaat, solat di bangunan Tabung Haji dan selepas itu keluar daripada itu mengadakan demonstrasi di bangunan Tabung Haji. Bukan takat itu sahaja, bahkan ada memorandum yang dihantar oleh NGO ke pejabat termasuk pejabat saya sendiri untuk hendak melihat kehangatan, kemarahan kerana persepsi yang tidak tepat atas pembelian TRX tersebut. Namun atas sebab yang demikian, Tabung Haji telah mengambil keputusan untuk menjualnya kembali. Proses penjualan, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa proses penjualan ini sedang juga terus berjalan dan dalam proses untuk kita memuktamadkan. Namun terbaru minggu yang lalu, apabila pihak Parlimen sendiri mengambil ketetapan termasuk daripada rakan pembangkang juga yang turut bangun menyokong kerana kita perjelaskan bahawa pembelian TRX ini merupakan pembelian yang 100 peratus genuine, aslinya adalah untuk tujuan perniagaan dan juga membawa keuntungan. Oleh sebab ada setengah orang dia tidak faham tentang nilaian harga. Mungkin kalau nilaian harga tanah yang ada dekat TRX ini diukur dan dinilai oleh badan bebas antarabangsa yang telah membuat penilaian ke atas tanah tersebut, harganya mahal dan juga memang bersesuaian.

4 DN 25.6.2015

Tabung Haji diberikan tawaran yang agak lebih baik dan pada waktu tersebut kawasan tanah ini merupakan tanah yang bukan dibangunkan tetapi hari ini 1MDB telah membangunkan tanah tersebut termasuk kereta api laju dari Singapura yang memakan tempoh 90 minit. Maknanya kalau sekarang pukul 10 pagi dari Singapura dia naik ke pukul 11.30 sampai di Kuala Lumpur. Stesen terakhir kereta api laju ini akan berhenti di Bandar TRX tersebut, yang menggambarkan bukan setakat itu sahaja, termasuk MEX Lebuhraya dia akan masukkan kawasan laluan-laluan untuk kemudahan sampai ke Bandar TRX ataupun bandar yang telah dibeli oleh pihak Tabung Haji ini. Jadi maknanya kemudahan-kemudahan ini yang ada mengukuhkan kekuatan kita untuk Tabung Haji membeli. Jadi sebab itu berbalik kepada soalan yang kedua tadi, kalau sekiranya kita tidak menjual apa yang bakal kita miliki untuk masa depan? Maka kita melihat bahawa dalam tempoh tiga ataupun lebih tahun yang akan datang di TRX akan muncul satu lagi bandar ikon yang akan sama taraf atau yang world class standard, yang sama taraf juga dengan apa yang kita lihat dekat KLCC hari ini sebab ramai pengunjung apabila pergi ke KLCC, dia ingin berselfie dengan bangunan KLCC di belakang untuk merakamkan sejarah dia sampai di tempat tersebut. TRX juga esok bakal akan ada icon building yang semacam itu, yang orang akan berselfie dan mengambil sebagai satu icon building yang menjadi satu perkara yang menjadi ingatan kepada mereka. Jadi kalau dipersoalkan kenapa kalau kita tidak jual, itulah bakal yang kita miliki dan lebih hebat di Bandar TRX ini ia akan ada kemudahan-kemudahan awam termasuk kereta api laju dari Singapura yang akan sampai berhenti di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan berhenti di Bandar TRX dan perkara ini sedang giat dijalankan bukan hanya di atas kertas, tetapi sedang giat dibangunkan infrastruktur yang sedang jalan masa kini. Jadi maknanya Ahli Yang Berhormat Senator, ini antara perkara yang saya sebutkan kenapa Tabung Haji mengambil keputusan awal dulu untuk membeli di tanah tersebut dan tidak ada hal yang berkaitan transaksi yang lain melainkan atas hal 100 peratus ataupun aslinya atas konsep perniagaan dan pelaburan Tabung Haji. Terima kasih Tuan, Yang di- Pertua. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjawab dengan begitu komprehensif berkenaan dengan isu yang menjadi keresahan rakyat di luar sana. Saya cuma ingin bertanya kerana saya difahamkan bahawa Tun Razak Exchange ini merupakan satu agenda besar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat hab kewangan Islam seperti mana di Dubai, ada Dubai Islamic Financial Centre, Bahrain ada Bahrain Islamic Financial Centre, Singapura pun ada Financial Centre, London ada Canary Wharf dan TRX merupakan mercu tanda penting sebagai Malaysia pendukung, peneraju dan pelopor sistem kewangan Islam. Sebagai institusi yang memiliki Bank Islam dan juga Syarikat Takaful Malaysia, dua buah institusi yang merupakan institusi awal dalam industri perbankan Islam, Tabung Haji sebagai pemiliknya. Apakah jaminan pihak kerajaan, kalau boleh untuk terus kekal memiliki tanah di TRX? Ini demi menjaga kepentingan bukan sahaja institusi kewangan Islam tetapi juga kepentingan Melayu Islam di kawasan yang amat besar maknanya kepada negara pada masa akan datang? Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. ■1020 Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum]: Tuan Yang di-Pertua, dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi yang telah memberikan maklumat tambahan kepada kita sekalian. Sebagaimana saya setuju amat kalau di Dubai, kalau di negara Bahrain dalam banyak buah negara termasuk di Singapura sendiri memiliki kawasan yang dipanggil sebagai hab kewangan apatah lagi dalam konteks negara kita Malaysia hab kewangan Islam. Juga sinonim pula dengan Tabung Haji yang memiliki kekuatan kewangan ataupun pemilikan ke atas Syarikat Takaful termasuk juga dengan Bank Islam. Jadi kalau sekiranya dikekalkan ia merupakan satu gambaran kekuatan yang bukan hanya sekadar kekuatan untuk tujuan kepada orang Melayu Islam sahaja. Akan tetapi sebenarnya pendeposit Tabung Haji ialah 8.7 peratus itu termasuk semua orang Islam yang masuk, termasuk yang asal bukan Melayu, orang Cina, orang India dan sebagainya masuk Islam. Mereka menyimpan di Tabung Haji sebagai pendeposit yang begitu besar jumlahnya. DN 25.6.2015 5

Ini merupakan sebuah syarikat konglomerat besar Islam yang patuh syariah dan yang telah memberikan satu bentuk pulangan dalam bentuk dividen dan bonus tahunan yang begitu besar. Termasuk juga saya katakan bahawa di antara syarikat konglomerat yang telah melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat sebelum diberikan secara sempurna kepada pendeposit masing-masing. Jadi berbalik kepada apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi sebentar tadi saya meletakkan bahawa sebenarnya kita juga ingin melihat suatu masa dan suatu ketika bahawa Tun Razak Exchange ini terbangun bukan hanya dalam bentuk keindahan yang boleh dirakamkan dalam bentuk gambar selfie dan sebagainya. Akan tetapi kita boleh bermegah dengan bangunan yang dimiliki oleh Tabung Haji. Namun desakan-desakan yang sebagaimana saya sebutkan oleh masyarakat berdasarkan kepada persepsi-persepsi yang telah pun dinegatifkan kepada mereka. Juga termasuk maklumat yang tidak ada tabayyun. Mungkin Dato’ Dr. Johari memahami bahawa... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Konsep tabayyun penjelasan mengambil maklumat, menyelidik, bertanya... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tanya kepada orang yang lebih tahu daripada maklumat yang kita tidak tahu tetapi soal ini tidak berlaku menyebabkan persepsi masyarakat kepada Tabung Haji sehingga sampai saat dan ketika ini pun masih lagi ada daripada kalangan kita yang melihat bahawa pembelian tersebut adalah merupakan satu pembelian yang bukan takat itu sahaja sebagai tuduhan kepada Tabung Haji telah bail out kan kepada 1MDB dan sebagainya. Pada kita sepatutnya kita merasai kebanggaan bahawa umat Islam boleh memiliki sebuah kawasan pembangunan tiga segi emas yang menjadi icon building di masa yang akan datang di TRX pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

2. Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apa perancangan kementerian dalam meningkatkan taraf sosioekonomi kaum Orang Asli dalam negara supaya selari dengan pembangunan arus perdana. Apa bentuk peruntukan atau pembangunan khususnya bagi Orang Asli dalam RMKe-11 nanti. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menyediakan pelbagai projek dalam meningkatkan taraf sosioekonomi kaum Orang Asli supaya selari dengan pembangunan negara. Kementerian melalui JAKOA akan meneruskan projek-projek sedia ada meliputi projek bekalan air terawat, program pembangunan bersepadu infrastruktur dan kemudahan awam seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan serta projek imuniti sosial yang lain dan pembangunan modal insan dan kebajikan Orang Asli seperti Program Pembangunan Pendidikan dan Latihan. Bantuan pendidikan serta Program Peningkatan Profesionalisme Batin dan JAKOA bagi program pembangunan bersepadu di bawah RMKe-11, kementerian telah merancang untuk melaksanakan program pembangunan bersepadu perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dan Kuala Lipis Pahang yang akan merangkumi penyediaan kemudahan asas seperti jalan, elektrik serta imuniti sosial. Pelaksanaan program ini dijangka akan memberi manfaat kepada sejumlah 110 buah kampung pedalaman Orang Asli yang merangkumi jumlah penduduk sebanyak 38,010 Orang Asli. Selain itu di bawah RMKe-11 kementerian telah memohon peruntukan untuk melaksanakan dua projek iaitu pembangunan ekonomi dan projek pembangunan usahawan bagi kaum Orang Asli. Program pembangunan ekonomi akan merangkumi projek perladangan, getah dan kelapa sawit, tanaman kontan, kursus pengembangan pertanian dan bantuan input pertanian. Bagi projek pembangunan usahawan, kementerian akan menyediakan premis perniagaan, bantuan peralatan dan perniagaan dan sebagainya dalam usaha membantu Orang Asli meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Terima kasih. Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri yang jawab dengan baik saya banyak suka dan gembira. Soalan tambahan saya, bagaimana penyertaan Orang Asli dalam bantuan kala tuju pembangunan yang akan memberi kesedaran kepada Orang Asli ini. Terima kasih Menteri, tolong jawab.

6 DN 25.6.2015

Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan. Persoalan tentang kesedaran dan juga pembangunan masyarakat Orang Asli. Seperti yang saya sebutkan dalam usaha kita untuk membantu masyarakat, ini dua bab yang kita tekankan. Satu, daripada segi pembangunan infrastruktur. Keduanya, daripada segi pembangunan insan manusia. Dengan kita membangunkan perkara yang kedua iaitu pembangunan insan manusia, itu merupakan salah sebuah komponen yang mengupayakan bukan hanya menyedarkan mereka daripada segi sikap mereka. Bahkan juga ini akan boleh meletakkan mereka untuk menikmati pembangunan negara kita selama kita mencapai kemerdekaan. Pada hari ini kita, untuk makluman Yang Berhormat dalam pembangunan insan manusia bukan setakat daripada segi mengupayakan mereka berkecimpung dalam bidang keusahawanan waima kita juga menghantar Orang-orang Asli ini sudah hampir 40 orang anak-anak Orang Asli yang kita hantar ke luar negara dalam pelbagai bidang. Dalam bidang PhD, dalam bidang master, dalam bidang bachelor, dalam perundangan, dalam kejuruteraan, dalam accountancy. Ini merupakan satu kejayaan yang menggembirakan saya selaku Menteri yang diamanahkan. Ada seorang daripada pelajar dari Australia yang mendapat First Class Degree di mana masyarakat Orang Asli harus sedar dan tahu daripada segi sikap bahawa mereka sama seperti insan yang lain asalkan ruang dan peluang diberikan dan didedahkan mereka akan boleh berjaya dalam kehidupan. Apa yang penting kepada kita salah satu cabaran yang saya katakan cabaran bukan mudah kerana mengubah sikap dan minda masyarakat ini akan mengambil sedikit masa. Apa yang penting kalau kita membabitkan mereka dengan konsepnya inclusive dan memberi ruang seluasnya kepada masyarakat ini, bila mana kita membangun satu-satu kampung seperti di Pekan seperti di Lipis kita juga bangunkan bukan hanya menggalakkan mereka tanam kelapa sawit, tanam getah waima kita bangunkan rumah kedai dan yang menyelenggarakan dan yang menjadi peniaga, menjadi peruncit di kawasan-kawasan ini ialah masyarakat Orang Asli itu sendiri. Kita berharap dengan langkah seumpama ini kita akan dapat sedikit sebanyak mengubah daripada segi kesedaran dan sikap masyarakat Orang Asli. Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kaitan untung nasib Orang Asli dalam RMKe-11. Tadi kita diterangkan bahawa ada program untuk meninggikan sosioekonomi dan pendapatan Orang Asli secara dikelompokkan mereka, kemudian mungkin ditanam kelapa sawit ataupun getah. Akan tetapi dalam waktu lima tahun tercapaikah matlamat kita itu sedangkan kita faham masyarakat Orang Asli dia duduk berkelompok dalam kumpulan yang kecil merata tempat di negara kita dan tentulah kementerian mengalami satu cabaran yang amat getir. Saya minta penjelasan. ■1030 Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Adam. Tentang perkara ini sebenarnya kalau kita melihat daripada segi pengalaman yang kita telah lalui, saya bagi satu contoh. Usaha kita dalam membangunkan masyarakat Orang Asli yang agak scattered, dengan izin, dari satu tempat ke satu tempat, 100 daripada mereka. Selepas itu kita tempatkan mereka di Pos Pantos, di mana datangnya agak jauh, ada yang 20 kilometer, ada 30 kilometer. Bila mana kita tempatkan mereka, kita babitkan daripada segi pembangunan. Bukan hanya tanam kelapa sawit, tanam getah, tanam nanas, yang dulu pendapatan mereka hanya RM300 sebulan. Hasil daripada usaha seumpama ini telah mengubah keupayaan mereka dan membatasi RM1,000 lebih sebulan pendapatan masyarakat orang asli. Selain daripada itu kita sedar bahawa mereka ini mempunyai budaya yang berkelompok kecil seperti Yang Berhormat katakan. Akan tetapi sasaran kita juga daripada segi generasi anak-anak ini, mereka ini sebagai nukleus pembangunan yang ada. Itu yang kita galakkan anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Sudah ada seorang anak orang asli menjadi pensyarah Universiti Malaya. Sudah ada pegawai-pegawai kerajaan yang tinggi sebagai Timbalan Ketua Pengarah, anak-anak Orang Asli. Ada di antara mereka menjadi usahawan yang berjaya.

DN 25.6.2015 7

Saya juga telah galakkan untuk pembinaan dewan-dewan perniagaan masyarakat Orang Asli supaya mereka jangan terpencil dan di samping itu bukan hanya kita mengalakkan mereka untuk berniaga, bahkan juga ada antara projek yang disediakan contohnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar sendiri. Kita tekankan supaya mereka ini mendapat peluang untuk melaksanakan projek-projek seumpama ini. Malah itu merupakan antara strategi yang kita lakukan bukan hanya dalam konteks pembangunan berkelompok semata-mata untuk memajukan, membangunkan masyarakat Orang Asli tetapi pelbagai langkah yang kita lakukan supaya ia akhirnya akan membuahkan hasil yang baik iaitu kumpulan hanya dalam lingkungan 198,000 orang masyarakat Orang Asli di dalam negara kita daripada 30 juta, masyarakat ini agak terpencil, agak berada di merata tempat, namun demikian, walaupun saya sedar seperti Yang Berhormat katakan, cabaran ada. Akan tetapi itu bukan menjadi penghalang dan rintangan untuk kita ingin membela dan membantu mereka. Tuan Yang di-Pertua: Oleh sebab Yang Berhormat Menteri akan menjawab, saya benarkan satu soalan lagi. Silakan Yang Berhormat Datuk Boon. Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri menjawabnya dan jawapannya begitu baik sekali demi pembangunan Orang Asli. Sebagai Kementerian Luar Bandar yang sentiasa berjuang kepada masyarakat luar bandar, pelbagai program telah dijalankan. Apakah peranan jangka panjang kementerian bagi pembangunan luar bandar? Ini kerana sekarang ini bahan komoditi seperti getah dan kelapa sawit semakin menurun dan penekanan terhadap masyarakat luar bandar ini makin tertekan sekarang ini. Apakah- soalan saya, masyarakat Siam di luar bandar boleh manfaat daripada program itu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan itu sudah luar Yang Berhormat. ini Orang Asli, ini bukan masyarakat orang Siam. Dato’ Boon Som A/L Inong: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Jangan, tak boleh, tak boleh. Okey, duduk Yang Berhormat.

3. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah wujud program-program kesedaran dalam membantu golongan belia yang membuat pinjaman di bank sebelum mereka dikenakan tindakan kebankrapan. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warrahmatullaah, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain dan kita merakamkan ucapan takziah atas kembali ke Rahmatullah Tan Sri Omar Din, mahaguru silat baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, strategi utama yang diambil Bank Negara Malaysia untuk membendung tahap keberhutangan yang tinggi di kalangan golongan muda bagi mengelak tindakan kebankrapan melalui penyampaian pendidikan kewangan secara menyeluruh untuk meningkatkan tahap celik kewangan. Langkah yang diambil adalah seperti berikut: (i) Bank Negara bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan pendidikan kewangan ke dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baharu sekolah yang telah diperkenalkan kepada pelajar tahun empat sejak tahun 2014 dan sedang dilanjutkan secara berperingkat kepada semua tahun persekolahan yang lain. Inisiatif ini adalah untuk melahirkan generasi akan datang yang boleh mengurus dan membuat keputusan kewangan dengan bijak; (ii) penyampaian pendidikan kewangan di institusi pengajian tinggi dilaksana melalui kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah anak syarikat Bank Negara. Melalui kerjasama ini, modul pengurusan kewangan telah dilaksanakan di 52 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 30 buah politeknik. 8 DN 25.6.2015

Di samping itu taklimat pendidikan kewangan juga turut diadakan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara; (iii) mengadakan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda atau ringkasnya POWER yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kewangan dalam kalangan pengguna kewangan di Malaysia terutamanya golongan belia dan mereka yang baru mula membuat pinjaman. Sejak pelancarannya pada tahun 2010 hingga Mei 2015, lebih daripada 203,000 pengguna telah menghadiri program POWER; (iv) Bank Negara turut mensyaratkan institusi kewangan memberi pembiayaan secara bertanggungjawab, dengan izin, responsible financing selaras dengan kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa dibelenggu bebanan hutang yang melampau sepanjang tempoh pembiayaan. Keperluan mematuhi garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab ini turut diperluaskan yang meliputi institusi-institusi bukan bank yang menyediakan pembiayaan kredit; (v) Bank Negara telah mengeluarkan garis panduan kad kredit sebagai langkah untuk memastikan tahap pengeluaran dan penggunaan kad kredit di kalangan pengguna adalah secara berhemat. Institusi pengeluar kad kredit perlu menilai kedudukan kewangan pemohon semasa memproses permohonan kad kredit bagi memastikan risiko keberhutangan yang berlebihan oleh pemegang kad kredit dapat dikawal dengan lebih teratur; (vi) individu yang menghadapi masalah kewangan dan kesukaran untuk membayar balik pinjaman boleh berbincang dengan institusi kewangan masing-masing atau menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di 11 cawangan di seluruh negara untuk mendapatkan khidmat nasihat sebagai langkah proaktif bagi menangani masalah kewangan melalui penyusunan dan penjadualan semula hutang serta kaunseling dan khidmat nasihat kewangan; (vii) Akhirnya, pendidikan kewangan percuma di AKPK boleh dilihat dalam portal www.akpk.org.my. Terima kasih. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang disampaikan. Saya juga mengucapkan terima kasih atas ucapan takziah. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kita hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian atas usaha dan banyak program yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bagaimana dapat membantu dan menangani masalah-maslah kebankrapan khususnya golongan belia ini. Cuma saya ingin mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah program-program tambahan yang dilaksanakan kerana kita faham, mungkin akan ada masalah daripada pengurusan kewangan terutamanya golongan-golongan muda ini. Jadi adakah cara ataupun tindakan dan program yang disusun oleh kementerian khususnya pertama, daripada segi bagaimana hendak meningkatkan pendapatan golongan belia itu sendiri supaya mungkin bila mereka tidak mampu mengurus kewangan mereka dengan baik, akhirnya membawa mereka kepada kebankrapan dan mungkin adakah program yang disusun oleh kementerian daripada segi bagaimana meningkatkan pendapatan mereka, pertama. Yang keduanya, berapa jumlah, ataupun data-data mungkin yang boleh dikongsi oleh Yang Berhormat Menteri kepada kita? Ini kerana, dalam hendak menuju negara maju 2020 ini, dalam the last lap ini kita tak hendak golongan belia banyak yang terlibat dan akhirnya mereka yang memegang taraf sebagai seorang yang bertaraf muflis. Jadi mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. DN 25.6.2015 9

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, dua soalan itu. Yang pertama ialah, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan? Antaranya kalau kita boleh lihat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, golongan bottom fourty atau B40 misalnya, itu terdiri daripada kumpulan pendapatan 40 peratus yang terbawah dalam masyarakat, ada usaha-usaha yang tertentu. Akan tetapi bagi golongan belia ini khususnya yang kita beri penekanan ialah dari segi: (i) untuk mendapatkan pendidikan setinggi mungkin. Ini formula yang tak mungkin silap.Jika mereka masuk dan mendapatkan pendidikan tinggi di kolej, di IPTA/IPTS, maka pendapatan mereka akan tinggi; (ii) melalui kemahiran TVET, kemahiran teknikal, kemahiran tinggi. Dengan ini juga formula yang tak mungkin silap. Kemahiran tinggi, maka pendapatan akan tinggi pada masa akan datang; (iii) memberikan pendidikan untuk meningkatkan produktiviti. Jika dengan jumlah masa kerja yang tertentu boleh menghasilkan pendapatan yang tertentu, maka dengan bantuan-bantuan ilmu- ilmu baru, jumlah masa yang sama boleh meningkatkan pendapatan mereka misalnya. Itu satu sudut dari segi produktiviti; ■1040 (iv) ialah melalui peningkatan keusahawanan. Ini juga satu formula yang tidak mungkin silap, supaya rakyat diajar untuk menjadi bangsa usahawan supaya golongan belia terlibat dengan keusahawanan dan juga perniagaan. Kalau makan gaji, mereka tidak akan dapat gaji yang tinggi tetapi kalau mereka berniaga PKS, IKS, lambat laun mereka akan berjaya meningkatkan pendapatan. Saya kira itu empat kaedah yang hampir pasti tidak akan silap untuk meningkatkan pendapatan rakyat termasuk golongan belia. Dari tahun 2010 hingga April 2015, angka kebankrapan di seluruh negara ialah 107,306 kes. Di bawah 25 tahun pun ada Tuan Yang di-Pertua, yang sudah bankrap iaitu 1,469 kes atau 1.4 peratus. Umur 25 tahun hingga 34 tahun sebanyak 23,484 kes atau 21.89 peratus. Umur yang paling banyak bankrap ialah umur 35 tahun hingga 44 tahun sebanyak 37,888 kes iaitu 35 peratus. Kemudian umur 45 tahun hingga umur 54 tahun, 27.9 peratus atau 29,952 kes dan yang melibatkan golongan umur 55 tahun ke atas, 12.5 peratus atau 13,490 kes. Antara punca bankrap ini Tuan Yang di-Pertua, pertama, sebanyak 31,030 kes gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan. Sebanyak 23,314 kes gagal menjelaskan pinjaman perumahan. Yang tadi 28.9 peratus dan yang ini 21.7 peratus. Kemudian sebanyak 19,842 kes gagal menjelaskan pinjaman peribadi termasuk kad kredit atau 18.5 peratus. Sebanyak 12,868 kes gagal menjelaskan pinjaman perniagaan, 12 peratus. Dan yang ini yang teraniaya ini, gagal menjelaskan penjamin sosial. Ini agak teraniaya, orang lain yang pinjam dia yang kena, sebanyak 6,230 kes atau 5.8 peratus. Terima kasih. Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila sebut soal hutang dan bankrap, amat menakutkan dan daripada angka-angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, agak membimbangkan. Soalan saya yang diberikan tadi kebankrapan berhubung perniagaan dan sebagainya. Bagaimanakah tahap hutang isi rumah di Malaysia sekarang ini? Adakah ia membimbangkan? Dan apakah tujuan hutang-hutang ini? Kalau sekiranya Yang Berhormat Menteri ada perangkaan-perangkaan, tujuan-tujuan diambil oleh isi-isi rumah di Malaysia ini. Juga, berapakah NPLnya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi. Hutang isi rumah ini soalan yang agak popular di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jadi kebetulan saya ada angka-angkanya. Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar- kalau hutang kerajaan itu 54 peratus daripada KDNK tetapi hutang isi rumah ini 87.6 peratus daripada KDNK, ia agak tinggi. Akan tetapi yang kita ingin nyatakan di sini bahawa nisbah aset kewangan pada hutang isi rumah itu tinggi juga dan ini satu perkara positif iaitu 211.4 peratus. 10 DN 25.6.2015

Apakah maksud 211.4 peratus? Maksudnya aset kewangan adalah stabil iaitu dua kali ganda daripada hutang. RM1 dia berhutang untuk mendapatkan RM2.11 aset, itu maksudnya. Jika dia ada RM100,000 hutang untuk beli sebuah rumah, nilai rumah pada saat dan ketika ini, nilai yang RM100,000 itu ialah RM211,000. Jadi ini satu berita yang agak positif terhadap hutang isi rumah yang agak tinggi itu. Bererti dia beli rumah. Selain daripada beli rumah Ahli-ahli Yang Berhormat, pinjamannya ialah pembelian harta kediaman, ini untuk rumah, ialah 47.4 peratus. Jadi banyak untuk beli rumah, 47.4 peratus. Daripada RM100, RM47 dia beli rumah. Pembelian harta bukan kediaman iaitu beli rumah kedai, 7.6 peratus; pembelian kenderaan pengangkutan, 16 peratus; hutang kad kredit, 3.7 peratus walaupun tidak tinggi tetapi masih lagi membimbangkan; pinjaman peribadi, ini pinjaman macam hendak kahwinlah, kemudian ada beli perabot rumah dan macam-macam, 15.1 peratus; pembelian saham, ini baguslah dan juga sekuriti, 6.4 peratus. Satu lagi perkara, tadi yang saya kata RM1 hutang, RM2.11 aset. Itu berita pertama yang agak baik. Berita kedua yang agak baik ialah nisbah pinjaman terjejas atau NPL nya rendah sebenarnya. Rumusan 1.1 peratus daripada keseluruhan, NPL cuma 1.1 peratus. Kalau kita hendak pecah NPL untuk pembelian harta kediaman, 1.3 peratus; harta bukan kediaman, 0.6 peratus; kemudian kenderaan pengangkutan, 1.1 peratus; kad kredit, 1.7 peratus; pinjaman peribadi, 1.2 peratus; pembelian saham dan sekuriti, 0.5 peratus. Jadi purata pinjaman terjejas sektor isi rumah hanya 1.1 peratus. Walaupun demikian, kita masih lagi perlu mengurangkan hutang isi rumah ini. Terima kasih.

4. Dato' Dr. Johari bin Mat minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sejauh manakah peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyedia dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbirkan. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Abd. Rahman Dahlan]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembangunan perbandaran yang pesat memerlukan kerajaan menyediakan sistem tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang efisien, inclusive dan sentiasa relevan bertepatan dengan perkhidmatan perbandaran yang diaspirasikan oleh komuniti bandar. Kemudahan capaian perkhidmatan yang diberikan harus memberikan keselesaan kepada kesemua lapisan penduduk. Untuk itu, pihak berkuasa tempatan sebagai entiti yang paling dekat dengan komuniti perlulah peka terhadap kehendak masyarakat dan menambah baik teknik penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan teknologi terkini supaya dapat memenuhi aspirasi perkhidmatan perbandaran yang terbaik yang diharapkan oleh rakyat di kawasan tadbiran PBT. Di peringkat Persekutuan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menggerakkan usaha memperkasakan PBT dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan PBT supaya sentiasa relevan dan menepati kehendak rakyat. Sebenarnya usaha untuk memodenkan perkhidmatan PBT ini telah mula dilaksanakan oleh kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan pada tahun 2002 lagi seperti program Smart Local Government Governance Agenda, dengan izin, yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan menerusi penggunaan ICT bagi mewujudkan PBT ke arah mesra rakyat. Selari dengan kehendak dan keperluan rakyat, sistem ePBT, portal ePBT online dan OSC online telah dibangunkan oleh kementerian bagi memperkasakan penyampaian PBT menerusi penggunaan ICT. Sistem ePBT merupakan sistem pengurusan hasil, perakaunan, aduan dan pelaporan PBT. Portal ePBT online pula menawarkan perkhidmatan seperti semakan cukai, status permohonan lesen, sewaan dan kompaun. Manakala OSC online pula menyediakan platform bagi pengemukaan dan pemprosesan permohonan cadangan pemajuan. Usaha-usaha yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang benar-benar berpaksikan rakyat supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan serta menzahirkan tadbir urus yang mantap di PBT.

DN 25.6.2015 11

Bagi membolehkan rakyat memahami kaedah keputusan diambil oleh PBT, saya juga telah mencadangkan supaya sesi mesyuarat penuh Ahli Majlis ataupun Pre-Council disiarkan secara internet live streaming, dengan izin. Melalui cara ini, diharapkan rakyat akan memahami bagaimana sesuatu dasar atau keputusan yang dibuat PBT mereka. Justeru, sebanyak enam buah PBT perintis telah dipilih untuk melaksanakan mesyuarat penuh ahli majlis secara langsung dan pelaksanaan bermula pada bulan Julai 2015 ini iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Port Dickson, Majlis Daerah Marang dan Majlis Perbandaran Kangar. ■1050 Selain itu kecekapan pengurusan aduan turut ditingkatkan dengan pengenalan sistem aduan yang lebih efektif atau yang selalu saya sebut ada satu sistem apps iaitu Kepochi. Rakyat boleh menggunakan aplikasi ini dengan mudah. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit, pengadu dapat menyalurkan aduan kepada PBT di kawasan mereka. Setiap aduan akan disaring oleh sistem mengikut kekerapan aduan dengan disertakan maklumat lokasi tempat berkenaan bagi memudahkan tindakan penyelesaian secara pantas oleh PBT. Terkini, Yang Berhormat Senator, kementerian dalam usaha untuk mentransformasikan PBT melalui Pelan PBT Di Hati Rakyat yang merupakan suatu madah rangka rancangan strategik bagi membolehkan PBT menangani cabaran perubahan persekitaran dan ekspektasi pelanggan terhadap mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan. Dasar dan hala tuju pelan transformasi ini adalah untuk menghasilkan PBT bertata kelola baik berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik. Sebenarnya banyak lagi inisiatif-inisiatif pembangunan yang kementerian telah laksanakan di PBT seluruh negara. Contohnya Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Program Bandar Selamat dan Pemasangan CCTV dan semua yang dilaksanakan oleh kerajaan ini berjiwa rakyat. Melalui kementerian saya dan ini adalah untuk meneruskan tradisi berkhidmat dan mengaspirasikan harapan rakyat. Seharusnyalah kerajaan negeri dan juga PBT sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dalam inisiatif-inisiatif yang memberi faedah dan menjamin kesejahteraan rakyat ini. Terima kasih. Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah memberi jawapan yang panjang lebar dan saya cukup berpuas hati dengan apa yang telah dirancang dan disampaikan. Soalan saya ringkas sahaja. Rancangan telah dibuat dengan begitu baik dan rapi. Begitu juga usaha-usaha telah banyak. Cuma kementerian mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memantau seluruh PBT di dalam negara kita. Pada pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah usaha yang telah dilakukan itu telah dapat mencapai sasaran yang telah diletakkan. Kalau belum, mungkin ada halangan. Kalau halangan-halangan itu yang sedang berlaku, mungkin juga kita boleh dengar apakah halangan yang dihadapi dan cara-cara untuk mengatasinya. Terima kasih. Datuk Abd. Rahman Dahlan: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Soalan yang cukup baik. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memang cabaran cukup besar untuk memastikan kementerian saya ini berfungsi dengan begitu efektif. Memang ada cabaran. Kita pun tahu bahawa PBT sekarang ini berdepan dengan masalah perbandaran yang semakin kompleks ekoran pembangunan yang cukup luar biasa dan juga dengan adanya internet dan imigrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Struktur PBT di negara kita ini daripada segi perlembagaannya, ia bertanggungjawab terus secara langsung kepada kerajaan negeri. Kadang-kadang kerajaan negeri mempunyai pandangan masing-masing. Walau bagaimanapun, KPKT mempunyai tanggungjawab untuk menyelaraskan dasar dan polisi dan juga untuk mengurus peruntukan- peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju. Contohnya ada kadang-kadang kita merasakan kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan itu merasakan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan PBT itu tanggungjawab mutlak kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan (PBT). Saya tidak bersetuju secara 100 peratus. Sekarang ini perkhidmatan yang kita sediakan di kawasan PBT kebanyakannya adalah daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Bila itu berlaku, maka kadang-kadang ada pertindihan-pertindihan ataupun jurisdiction problem. Walau bagaimanapun, benda ini tidak akan berterusan. Sebab itu kita ada Pelan PBT Di Hati Rakyat yang kita akan lancarkan dalam masa yang terdekat ini.

12 DN 25.6.2015

Dalam Pelan PBT Di Hati Rakyat ini, kita akan cuba untuk merungkaikan permasalahan dan cabaran dan untuk mewujudkan suatu environment yang kondusif, seamless, dan keputusan-keputusan dibuat melalui kaedah internet dan juga online supaya keputusan itu tidak dipertikaikan dan konsisten dari semasa ke semasa. Ahli Yang Berhormat, saya hanya ingin meminta supaya kerajaan-kerajaan terutamanya kerajaan yang mungkin di bawah pihak pembangkang supaya berlapang dada untuk menerima beberapa idea yang ingin kita bentuk dan supaya dasar ini konsisten dari semua tempat. Di samping itu, salah satu lagi cabaran ialah kekuatan kewangan PBT. Ini pun juga satu masalah yang cukup besar dan saya telah berbincang banyak kali dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekalipun untuk memastikan supaya kewangan mereka ini dipertingkatkan. Kalau tidak dapat dibantu melalui geran-geran tertentu, mungkin kita boleh dipertanggungjawabkan mereka dengan tanggungjawab untuk menentukan bagaimana untuk membelanjakan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini satu fenomena yang baru. Kita dapati trend di seluruh dunia sekarang ini, mereka mahu supaya devolution, dengan izin, ataupun devolvement of power Tuan Yang di-Pertua, iaitu kerajaan sentral memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk membuat keputusan yang selama ini dibuat oleh Kerajaan Pusat. Saya bagi contoh katalah projek setahun mungkin dalam PBT itu bernilai RM4 juta hingga RM5 juta. Selalunya kami yang menentukan projek-projek yang dipohon, mana priority dan sebagainya. Akan tetapi mungkin kita akan bincang bagaimana untuk memberikan jumlah wang yang sama tetapi keputusan untuk membuat projek, di mana lokasi dan bentuk projek itu kita serahkan kepada PBT supaya kita lebih bertanggungjawab dan dapat merasai sense of belonging, dengan izin, dengan peruntukan tersebut. Terima kasih. Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti tentu Yang Berhormat Menteri ketahui, cara penentuan keanggotaan PBT dahulu ialah dengan pilihan raya dan Suruhanjaya Athi Nahappan yang telah dibentuk oleh kerajaan telah membuat perakuan supaya diteruskan cara pilihan raya ini. Akan tetapi kerajaan telah membuat keputusan sebaliknya. Adakah sekarang ini memikirkan keadaan yang sudah berubah, kerajaan berhasrat untuk mengembalikan cara pilihan raya itu dengan jikalau tidak, kenapa? Terima kasih. Datuk Abd. Rahman Dahlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator. Soal tentang pilihan raya kerajaan tempatan ini telah pun kita jawab sebelum ini dan pandangan yang telah kita buat ialah pertamanya memang Parlimen telah memansuhkan peruntukkan untuk mewujudkan pilihan raya kerajaan tempatan. Itu terpulang kepada Parlimen untuk menentukan sama ada pilihan raya kerajaan tempatan itu perlu diwujudkan semula atau tidak. Akan tetapi kepada Kerajaan Persekutuan, kita tidak menolak. Itu bukan satu perkara yang buruk sebab pilihan raya kerajaan tempatan ini diwujudkan di banyak negara di seluruh dunia. Cuma dalam konteks Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua, kita membuat judgment call. Pada masa ini kita berpendapat bahawa kerajaan tempatan masih lagi berfungsi dengan baik walaupun tidak mempunyai kaedah pemilihan melalui pilihan raya kerajaan tempatan. Ada beberapa sebab pros dan consnya. Pertamanya kalau dia melalui pelantikan, sudah tentu kalau kerajaan negeri merasakan ahli majlis itu tidak berfungsi dengan baik, maka kerajaan negeri mempunyai peluang serta-merta untuk menukar pegawai ataupun ahli majlis yang tidak berfungsi dengan baik. Keduanya, ini fundamental. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara kita ini masih lagi mempunyai masalah daripada segi kekuatan kewangan. Saya amat khuatir Tuan Yang di-Pertua, bila kita wujudkan nanti kerajaan tempatan melalui pilihan raya ini, penduduk di kawasan perbandaran itu mungkin akan terdedah dengan suasana di mana perkara pokok yang akan dibincangkan oleh ahli majlis ini ialah mungkin untuk menaikkan cukai kerana mereka mempunyai kuasa. Sekarang ini kalau PBT hendak menaikkan cukai tempatan, mereka mesti minta kebenaran daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri kerana dia mempunyai saluran kewangan yang berbagai-bagai, maka dia boleh mempertimbangkan supaya cukai itu tidak dinaikkan dan dibantu PBT itu melalui bantuan kewangan daripada sumber yang lain. Akan tetapi kalau PBT itu sudah mempunyai kerajaan yang autonomi, yang dilantik, besar kemungkinan kerajaan negeri tidak akan membantu mereka kerana mereka mempunyai kuasa untuk full autonomy untuk membuat keputusan. DN 25.6.2015 13

■1100 Itu antara lainnya. Saya rasa saya tidak akan menolak pilihan raya kerajaan tempatan ini sampai bila-bila. Cuma mungkin buat masa ini kita berpandangan masanya belum sesuai dan kita pastikan melalui komitmen kerajaan negeri bahawa kualiti ahli-ahli majlis itu diletakkan di tahap yang paling tinggi. Saya bagi contoh di Pulau Pinang Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini walaupun mereka melantik ahli majlis tetapi kerana mereka mempunyai pentadbiran yang baik, maka dinaikkan taraf menjadi bandar raya dan kita bersetuju. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan- ya kerana menteri yang menjawab saya benarkan, jangan panjang-panjang ya, pendek. Tuan Zali bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir pada pagi ini. Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan. Tadi apabila Yang Berhormat Menteri bercakap mengenai soal sistem online OSC 3.0 saya hendak tanya pada menteri, sejak bilakah pelaksanaannya dibuat? Adakah pelaksanaan OSC ini telah pun diberi latihan, khususnya kepada pegawai-pegawai PBT yang terlibat? Adakah peralatan tersebut disediakan di setiap PBT? Adakah jawatankuasa yang biasanya jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan dengan OSC ini mendapat maklumat ataupun jawapan segera supaya apabila mesyuarat OSC tidak menjadi masalah, khususnya kepada pemaju-pemaju yang ingin mengemukakan cadangan-cadangan pembangunan yang baru untuk mereka. Sekian, terima kasih. Datuk Abd. Rahman Dahlan: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, OSC yang pertama diperkenalkan pada tahun 2007. OSC online dilancarkan pada 2011. Kemudian OSC 3.0 ini mula diperkenalkan pada tahun 2013 mengambil kira keperluan Bank Dunia serta tatacara badan tersebut menarafkan kecekapan serta tahap regulatory domestic pembinaan sesebuah negara. OSC diperluaskan merangkumi semua peringkat pembinaan dan fokus diberi kepada kecekapan agensi mengendali pengeluaran permit-permit pembinaan daripada aspek masa, prosedur dan kos. Saya, walaupun OSC 3.0 ini telah pun dilancarkan, saya tidak akan berdiri di sini mengatakan semuanya adalah sempurna, terutamanya dalam PBT yang mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk memberikan yang terbaik daripada segi kewangan, daripada segi keselesaan, daripada segi kelengkapan dan sebagainya. Akan tetapi OSC 3.0 ini yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2014, diperkenalkan pada tahun 2013, dikuatkuasakan pada 2014, mereka mempunyai kepakaran. Yang menjadi masalahnya dengan pemaju perumahan Yang Berhormat Senator ialah walaupun piagam mengatakan kita kena memastikan lesen-lesen dikeluarkan dalam masa yang tertentu tetapi ia bermula daripada dokumen yang lengkap. Bila dokumen lengkap itu masuk ke dalam sistem OSC dan piagam mengatakan 30 lebih hari kalau tidak silap saya, mesti selesai. Yang menjadi masalahnya ialah bila dokumen masuk, kadang-kadang dokumen tidak lengkap. Maka, masa ataupun jam itu belum- the clock is not ticking yet. It starts ticking the moment documents are completed in full dan masuk dalam sistem OSC. Akan tetapi walau bagaimanapun kita ambil pandangan Yang Berhormat dan sentiasa memperbaiki sistem OSC 3.0 ini. Terima kasih.

5. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kerajaan menyediakan strategi dan pelan tindakan yang komprehensif berbentuk Blue Ocean Strategy (BOS) dengan menggabungkan kerjasama daripada pelbagai agensi dan organisasi dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menubuhkan Majlis Sosial, Social Council pada 28 Jun 2013 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang berperanan antaranya untuk mengenal pasti dan membuat keputusan bagi menangani isu-isu strategik yang berkaitan pembangunan sosial. Urus setia bagi Majlis Sosial ini ialah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan keahliannya terdiri daripada beberapa orang Yang Berhormat Menteri, ketua jabatan dan peneraju pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

14 DN 25.6.2015

Sehingga kini, pelbagai isu telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Sosial termasuklah isu kehamilan di kalangan remaja, penyalahgunaan dadah, disiplin di kalangan murid sekolah, pendatang asing tanpa izin, ketagihan internet, perpaduan nasional dan juga perceraian di kalangan pasangan Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pelan tindakan bagi menangani isu-isu ini dilaksanakan oleh kementerian atau agensi berkaitan melibatkan pihak- pihak berkepentingan seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk YADEIM, Yang Berhormat memakluminya dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Majlis Profesor Negara (MPN), badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta yang telah memberikan komitmen untuk menjalankan program secara bersepadu dalam menangani isu- isu sosial yang berbangkit melalui inisiatif Blue Ocean Strategy (BOS) ataupun melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Dasar Sosial Negara (DSN) pada masa ini didukung oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyelaras dan melaksanakan program-program berbentuk sosial kebajikan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga sedang menyediakan modul Community Empowerment Programme (CEP) yang akan menggembleng agensi-agensi kerajaan, NGO, pihak universiti dan juga sukarelawan bagi membantu komuniti yang bermasalah menangani isu-isu sosial setempat. Program ini mempunyai elemen kesinambungan penyelarasan masalah di peringkat akar umbi, training for trainers, pemantauan berterusan dan juga engagement di peringkat komuniti dan juga pemimpin tempatan. Terima kasih. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang baik sebentar tadi. Saya mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Sosial Negara memandangkan kalau kita lihat statistik berkenaan dengan kes-kes sosial ini termasuklah seperti yang disebutkan tadi sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Cuma antara yang saya difahamkan, saranan Majlis Sosial Negara ialah berkenaan dengan isu kedai makan 24 jam yang juga menjadi punca utama kepada peningkatan pelbagai gejala sosial masyarakat. Saya hendak tahu apakah pihak kerajaan bersedia daripada segi political willnya untuk memberikan satu garis panduan atau peraturan untuk menutup semua kedai ini daripada beroperasi selama 24 jam. Ini berlaku di semua negara pun, termasuk negara- negara maju. Kalau kita pergi negara-negara maju, mana ada negara yang membenarkan kedai makan beroperasi lebih daripada pukul 12 paling lewat pun. Jadi, saya hendak tanya adakah ada di sana komitmen di peringkat kerajaan ataupun iltizam untuk menutup kedai- kedai ataupun menghentikan operasi kedai-kedai makan ataupun operasi kedai-kedai selama 24 jam. Terima kasih. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, satu soalan yang cukup baik dan benda ini sedang dibincangkan dengan hebatnya di peringkat bawah, termasuk media sosial. Kita maklum bahawa di negara maju ada beberapa perkara yang dibuat berhubung dengan aktiviti malam. Yang pertamanya, memastikan supaya mereka yang berumur 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar pada jam 11. Keduanya, kedai makan hanya dihadkan pada masa tertentu, selalunya pada jam 12. Yang ketiganya, pusat hiburan ditetapkan masa yang tidak boleh langsung kita bertolak ansur. Maknanya, kalau sekiranya lima minit lebih dan sebagainya, mereka akan diambil tindakan. Akan tetapi perkara ini berlainan apa yang berlaku di sini kerana kehadiran banyak pihak yang memerlukan industri ini seperti pelancong, pendatang tanpa izin, dan juga lain-lain lagi. Oleh sebab kelonggaran tersebut menyebabkan ia merupakan penyumbang kepada masalah sosial. Saya telah berbincang dengan pihak pegawai bahawa satu kertas akan dibawa untuk dipertimbangkan oleh Majlis Sosial oleh kerana Majlis Sosial akan bermesyuarat pada minggu hadapan. Jadi, kita hanya akan sampaikan nota kepada ahli-ahli majlis untuk melihat perkara ini agar perkara ini boleh dibincangkan terus dalam Majlis Sosial. Sama ada kita harus hadkan pusat hiburan itu tepat pada masanya tanpa tambahan dan juga kedai-kedai makan hanya dibenarkan beroperasi hanya di tahap jam 12 sahaja. Perkara ini harus dibincangkan bersama dengan Kementerian Pelancongan, DBKL, PBT dan juga lain- lain lagi. Ini setengahnya melibatkan masalah negeri dan sebagainya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat untuk pertanyaan nombor 6, Dato’ Goonasekaran.

DN 25.6.2015 15

■1110 6. Dato' Goonasekaran A/L Raman minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa usaha-usaha Kementerian untuk mempertingkatkan kefasihan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan penutur jati Bahasa Melayu khususnya di SJK(T) dan SJK(C). Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Chaing @ Mary Yap Ken Jin]: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasekaran atas soalan yang berkaitan dengan Program Intervensi Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan SJK(T). Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan kefasihan penggunaan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan murid bukan penutur jati, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan transformasi terhadap kurikulum BM sedia ada melalui penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2017. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan inisiatif pengenalan kelas pemulihan BM Tahun 4, hingga Tahun 6, dan pelaksanaan kelas pemulihan yang tersebut bermula pada bulan April 2014 iaitu selepas Ujian Pra- Protim dan berakhir pada bulan Julai iaitu sebelum Ujian Pasca Protim. Tujuan pelaksanaan kelas pemulihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran BM dalam kalangan murid di SJK(T) dan SJK(C). Pelaksanaan kelas pemulihan BM Tahun 4 hingga Tahun 6 dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu 2 jam hingga 5 jam seminggu selama 10 minggu mengikut keperluan murid berdasarkan buku garis panduan pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu. Murid yang terlibat dalam kelas pemulihan BM ialah murid yang tidak melepasi Ujian Pra-Protim. Murid tersebut ialah murid Tahun 4 bagi tahun 2014, Tahun 4 dan Tahun 5 bagi tahun 2015 dan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tambahan, Dato’ Goonasekaran. Dato’ Goonasekaran A/L Raman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai satu inisiatif meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran iaitu PDP, Bahasa Melayu di sekolah-sekolah pelajarnya Cina dan India di SJK(T) dan SJK(C) apakah kemungkinan untuk memperkenalkan kursus di peringkat ijazah? Pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, bahasa kedua dalam konteks bahasa di sekolah Tamil dan Cina yang bahasa alirannya bahasa ibunda. Kursus teaching seperti kursus Teaching English as a Second Language, dengan izin, atau lebih dikenali sebagai TESL di Institut Pendidikan IPG. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian impak pelaksanaan English Native Speakers Programme yang dilaksanakan sejak 2011 sebagai satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)? Jika program ini berjaya adakah kaedah-kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh mereka diperluaskan kepada Bahasa Melayu? Terima kasih. Datuk Yap Kain Chaing @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Soalan ini ada berkaitan dengan kajian impak dan saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Senator bahawa semua program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa mengira di peringkat sekolah atau di peringkat universiti pemantauan dapat dijalankan pada masa apabila program itu sampai ke tahap yang matang untuk kajian impak dijalankan memang kajian impak dijalankan. Setakat ini yang berkaitan dengan program kelas pemulihan memandangkan ini hanya bermula pada tahun 2014, memang kita tidak menjalankan kajian impak kerana tidak mencukupi masa untuk kita melihat keberkesanan ini. Walau bagaimanapun, sudah dapat satu kesan yang positif kerana kita sudah melihat pada tahun 2015 selepas murid menghadiri kelas pemulihan yang berkaitan dengan menguasai kemahiran Bahasa Melayu sudah melihat bahawa lebih daripada 50 peratus orang murid sudah menguasai kemahiran berbahasa Melayu. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan pertanyaan nombor 7, Yang Berhormat Tuan Wilfred Yong Chen Leong.

16 DN 25.6.2015

7. Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah pencapaian Malaysia dan juga rakyatnya dari sudut pendapatan rakyat, kemampuan ekonomi, tahap pendidikan dan pengetahuan, daya inovasi dan kreativiti dalam menuju negara maju menjelang 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Abdul Wahid Omar]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi pencapaian ekonomi disebabkan ketidaktentuan ekonomi global prestasi ekonomi negara kita kekal mampan serta mampu mencatat pertumbuhan sebanyak 6 peratus pada tahun 2014. Bagi tahun 2015 pula ekonomi kita dijangka akan berkembang di antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, pendapatan negara kasar ataupun PNK per kapita dijangka meningkat dan ia telah meningkat daripada tahap USD2,626 pada tahun 1990 kepada USD10,796 pada tahun 2014. Daripada segi struktur ekonomi pula negara kita telah berjaya mempelbagaikan asas ekonomi dan kini tidak hanya bergantung kepada mana-mana komoditi ataupun sektor. Struktur ekonomi negara kita mencerminkan struktur ekonomi negara maju dan berpendapatan tinggi di mana sektor perkhidmatan dan pembuatan kini menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan hampir 80 peratus kepada KNDK. Dari sudut pencapaian sosioekonomi pula ada tiga pendekatan. Pertama sekali berkenaan dengan kadar kemiskinan yang telah berjaya kita kurangkan daripada kadar 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014. Manakala kemiskinan tegar telah berjaya kita basmikan. Keduanya daripada konteks pendapatan bulanan pula. Pendapatan bulanan purata isi rumah telah pun meningkat lebih 20 kali ganda daripada RM264 sebulan pada tahun 1970 kepada RM6,141 sebulan pada tahun 2014. Dalam tempoh yang sama pendapatan menengah ataupun median telah meningkat daripada RM166 sebulan kepada RM4,585 sebulan. Ketiganya, daripada segi jurang pendapatan juga ia semakin mengecil seperti yang ditunjukkan oleh pekali gini daripada 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.441 pada tahun 2009 dan seterusnya kepada 0.401 pada tahun 2014. Sementara kalau kita lihat daripada segi nisbah pendapatan bulanan isi rumah golongan 20 peratus teratas berbanding dengan golongan 40 peratus terbawah maknanya T20 kepada B40 ia telah mengecil daripada 6.9 kali pada tahun 2009 kepada 5.6 kali pada tahun 2014. Ini bermakna pendapatan golongan yang berpendapatan rendah adalah lebih pantas berbanding daripada peningkatan ataupun pertumbuhan pendapatan untuk golongan 20 peratus teratas. ■1120 Daripada segi pencapaian pendidikan pula, Malaysia berjaya meningkatkan secara signifikan enrolment kepada pendidikan rendah dan menengah. Kadar enrolment pendidikan rendah meningkat daripada 95.7 peratus pada tahun 2010 kepada 97.9 peratus pada tahun 2014. Pada peringkat sekolah menengah, kadar penyertaan meningkat daripada 88.1 peratus pada tahun 2010 kepada 90 peratus pada tahun 2014. Selaras dengan pelan transformasi sistem pendidikan negara telah mencatat kemajuan yang ketara dalam pendidikan tinggi. Sebagai contohnya enrolment dalam pendidikan tinggi telah meningkat sebanyak 70 peratus kepada 1.2 juta orang pelajar dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kadar pertumbuhan bagi output penyelidikan dan kualiti adalah antara yang tertinggi di dunia dan Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia telah mencapai ranking yang boleh dikatakan agak baik dalam kalangan rakan-rakan negara kita di Asia. Malaysia kini merupakan antara destinasi pilihan utama untuk ramai pelajar antarabangsa. Di arena antarabangsa pula, pencapaian Malaysia telah diiktiraf sebagaimana pertama sekali kita merupakan negara ke-14 paling berdaya saing dari 61 buah negara berdasarkan kepada World Competitiveness Year Book 2015 oleh International Institute for Management Development (IMD). Keduanya, kita menduduki tangga ke-20 daripada 144 buah negara dalam Global Competitiveness Report 2014-2015 oleh World Economic Forum. Ketiganya, kita menduduki tangga ke-18 daripada 189 buah negara dalam Doing Business Report 2015 oleh Bank Dunia. Kita juga merupakan negara 19 teratas sebagai destinasi yang mesra pelabur berdasarkan kepada Economist Intelligence Unit 2014, Business Environment Ranking untuk tahun 2014 hingga tahun 2018. DN 25.6.2015 17

Jadi kalau kita lihat ke semua pencapaian ini menyokong landasan bagi meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju yang lain menjelang tahun 2020. Terima kasih.

8. Dr. Syed Husin Ali minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk memansuhkan jaminan tiada penapisan Koridor Raya Multimedia untuk memenuhi dasar Keselamatan Siber Malaysia. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek [Menteri Komunikasi dan Multimedia]: Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali atas soalan yang dikemukakan dan izinkan saya menjawab bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Lucas bin Umbul dan Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian yang keduanya akan menyentuh perkara-perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua ingin saya memaklumkan bahawa sekarang ini pihak kementerian sedang mengadakan semakan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua perkara kita lihat dan kita kaji dan ingin dimaklumkan bahawa perkara-perkara yang disebut dalam asas undang-undang dahulu itu termasuk perkara yang disebutkan bil jaminan, 10 bil jaminan akan terus dikekalkan selagi ianya tidak melanggar undang-undang yang ada dalam negara kita. Perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan siber juga akan diberikan penegasan kepada undang-undang ataupun pindaan kepada undang-undang ini. Inshaa-Allah akan kita bawa ke Dewan yang mulia ini pada bulan Oktober nanti. Terima kasih. Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir-akhir ini kedengaran banyak suara termasuk kalau tidak salah saya daripada Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa perlu ada pemantauan, pengawalan dan bahkan penapisan ke atas hubungan komunikasi internet. Saya ingin tahu sama ada kerajaan sedang ataupun berhasrat untuk memantau komunikasi internet dan juga menapis terutama website yang digunakan oleh umum. Sehubungan ini saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil ataupun sudah diambil untuk memastikan adanya privacy berhubung dengan komunikasi internet ini. Saya harap ingin mendapat penjelasan yang agak terang kerana saya rasa jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada soalan saya kemukakan tidak begitu memuaskan. Terima kasih. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa asasnya kita percaya bahawa internet medium untuk kita berhubung, untuk kita bersuara. Asasnya atas prinsip demokrasi kita menerima kebebasan bersuara termasuk dalam penggunaan internet. Akan tetapi sebagaimana yang saya beritahu bahawa dalam semakan dan pindaan yang dibuat, sama dengan yang ada sekarang, selagi ia tidak menyalahi undang-undang, kalau ia menyalahi undang-undang, tindakan perlu diambil. Sebagai contoh Yang Berhormat, saya ingin tanya apakah Yang Berhormat menyokong misalnya penyebaran perkara-perkara yang berkaitan dengan child pornography dalam internet. Apakah kita hendak galakkan perkara ini? Bagaimana hari ini seorang pelawak kita yang terkenal, gambar anaknya dimasukkan di dalam suatu website yang digolongkan bahawa inilah yang dimaksudkan anak-anak yang boleh digunakan child pornography tersebut. Kalau kita benarkan, kita mungkin akan dilihat dalam dunia bahawa kita sebagai negara yang tidak bertindak, menyokong dan membenarkan anak-anak diperalatkan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan. Kita mesti bertindak tegas. Akan tetapi atas prinsip kebebasan menggunakan internet, mungkin Yang Berhormat kata biarlah, oranglah pilih sendiri. Saya tidak setuju tentang soal itu. Oleh sebab itu kita katakan bahawa selagi ia bertentangan dengan undang-undang, maka kita mesti ambil tindakan walaupun di luar, dalam dunia siber kita ataupun dalam siber kita. Ini termasuk perkara-perkara yang lain. Kalau ada undang-undang yang berkaitan dengan hasutan, menghasut di luar salah, menghasut dalam dunia siber pun salah. Kalau ia berkaitan dengan soal merekrut terrorist, merekrut penjenayah misalnya, salah di luar, di dalam pun adalah salah. Jadi sudah tentu peranan kerajaan kalau ditanya apakah kita tidak memantau. Kalau di luar kita memantau, di dalam pun kita kena pantau perkara tersebut. Ini kerana kita hendak melindungi kepentingan umum keseluruhan. Hari ini kita terkejut, dua hari yang lepas sebagai contohnya bagaimana seorang bekas executive Petro Saudi misalnya ditahan di Thailand. 18 DN 25.6.2015

Tadi pun ada dibincangkan tentang perkara ini. Antaranya, dia dituduh kerana memalsukan dokumen dan ia telah memberi kesan yang begitu menyeluruh kepada ekonomi negara. Ada orang yang melihat apa saja yang keluar daripada internet, dia percaya, misalnya dan tolong menyebarkan perkara ini dan tolong menimbulkan kegelisahan dan keresahan rakyat seluruh negara tanpa usul periksa, verifikasi dan sebagainya. Ada yang berpendapat ini bukan soal menyalahgunakan internet sahaja tetapi ia boleh dikaitkan dengan usaha untuk mensabotaj ekonomi secara keseluruhannya. Kalau ada undang-undang yang dianggap kerja sabotaj itu salah di luar, maka sudah tentu penggunaan internet hanya sebagai medium juga dianggap salah. Jadi sebab itu ada perkara yang perlu kita lihat kerana apabila akta ini diperkenalkan dalam tahun 1988, pada waktu itu konsep media sosialnya adalah berbeza sedikit kerana waktu itu cuma ada chatrooms, tidak ada Facebook, tidak ada Twitter, tidak ada WeChat dan sebagainya. Jadi sebab itulah ada beberapa perkara yang perlu dilihat tetapi prinsipnya kebebasan kita mesti pertahankan tetapi kalau ia menyalahi undang-undang, sama seperti sekarang, maka tindakan undang-undang boleh diambil kepada sesiapa masuk menggunakan medium-medium yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.] ■1130 Dato' Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa di China crowdfunding on the internet dalam masa setengah jam mereka dapat mengumpul lebih kurang RMB1 bilion melalui internet dan investment ini dikatakan untuk mengadakan sebuah kawasan perumahan terbesar. Jadi kita dapat membeli shares, dapat buat investment melalui this crowd financing internet. Kalau kebetulannya betul tidak apa tetapi sekiranya benda ini scam ataupun satu penyelewengan yang berlaku ia tentu sekali akan membawa satu durjana kepada rakyat yang turut terlibat dalam crowdfunding tersebut. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua apakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mempunyai satu alat ataupun mempunyai satu sistem yang dapat mengesan mereka ini. Ini berlaku di China dan mungkin tidak lama lagi akan berlaku di Malaysia ataupun ada orang-orang Malaysia yang membuat investment melalui internet di negara China. Soalan saya, apakah MCMC mempunyai gajet ataupun mempunyai satu sistem ataupun mempunyai satu perundangan untuk menahan mereka ini? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya kesalahan yang dibuat melalui internet bukan hanya sebuah badan yang melihat, memantau dan sebagainya. Kita ada polis, kita ada pelbagai agensi yang lain. Misalnya kalau yang berkaitan dengan soal kewangan kita ada Bank Negara yang akan memantau termasuk soal keluar masuk wang kita ke dalam ataupun wang bawa ke dalam dan wang bawa keluar kerana terdapat pelbagai perkara yang berkaitan dengan kesalahan seperti penggubalan wang (money laundering) yang dimaksudkan tadi dan juga melakukan beberapa pelaburan ataupun mengeluarkan wang kita yang tidak mengikut undang-undang. MCMC kalau dikaitkan dengan soal mengambil tindakan undang-undang ada perkara-perkara yang tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Akan tetapi MCMC juga memainkan peranan untuk membantu siasatan yang dibuat oleh mana-mana pihak terutama daripada aspek forensik misalnya untuk mendapatkan apakah IP address, untuk mencari lama-laman yang tertentu dan sebagainya dan MCMC sentiasa memberikan kerjasama pada mereka untuk melakukan sebarang siasatan dan pendakwaan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi maka setakat itu dululah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan kita untuk hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

DN 25.6.2015 19

USUL

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [24 Jun 2015]

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Dato' Adam bin Abdul Hamid untuk berbahas saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa hari ini merupakan hari terakhir untuk kita membahaskan RMKe-11. Di hadapan saya sekarang ada tersenarai 17 nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahaskan RMKe-11. Oleh yang demikian, saya ingin meminta kerjasama Yang Berhormat sekalian supaya kalau berbahas itu be specific. Tidak payah dibangkitkan perkara- perkara yang telah dibangkitkan dan straight to the point. Tanpa melengahkan masa saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Adam bin Abdul Hamid. Silakan Yang Berhormat.

11.35 pg. Dato' Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut terpanggil untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya rasa perancangan kita ini penting kerana kita pada tahun 2020 akan menjadi negara maju. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 70 selepas berlakunya insiden 13 Mei 1969. Perkara pokok pada waktu itu adalah kerana wujudnya ketidakpuasan hati mengenai hak mengenai peluang ekonomi, mengenai peluang pendidikan dan pelbagai. Allahyarham Tun Abdul Razak Perdana Menteri pada waktu itu mengambil inisiatif memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama dengan tema Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Ekonomi Baru ini Tuan Yang di-Pertua mengambil masa 20 tahun- 1971-1975; 1976–1980; 1981–1985; dan 1986–1990. Kemudian kita terus kepada Dasar Ekonomi Rancangan Malaysia Kelima, Dasar Pembangunan Nasional selama 10 tahun kemudian Dasar Wawasan Negara selama 10 tahun dan akhir sekali Dasar Transformasi Negara bermula daripada 2011 dahulu inshaa- Allah sampai 2020. Saya hendak menarik perhatian kita semua dahulu. Apakah yang telah kita capai? Apakah yang kita tidak capai? Menilai balik secara terbuka secara adil, banyak kita capai. Infrastruktur kita boleh dibandingkan dengan negara-negara jiran, negara-negara Asian malah banding dengan banyak negara dunia kita tidak ketinggalan. Rangkaian jalan raya, kemudahan api, air, hospital, sekolah, tidak dapat dinafikan kita berjaya. Ada juga yang kita tidak berjaya misalnya daripada segi Dasar Ekonomi Baru yang terasnya ialah untuk memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira etnik dan menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi, itu kita ada pencapaian tetapi tidak berjaya. 20 DN 25.6.2015

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini kita mensasarkan enam strategi teras untuk mencapai matlamat kita. ■1140 Daripada enam itu, salah satu yang sangat saya tertarik untuk membincangkannya mengenai TVET. Memperkukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar tadi, perkara ini kita kena memberi fokus kerana ini salah satu kayu pengukur esok untuk mencapai matlamat kita. Akan tetapi, yang saya nak menekankan di sini ialah mesti ada muafakat antara kementerian- kementerian yang terlibat. Muafakat itu berkat. Tanpa muafakat, kalau kementerian buat kerja sendiri-sendiri, percayalah cakap saya, matlamat tidak akan tercapai. Saya hujahkan Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, tentunya Kementerian Perdagangan Antarabangsa mesti melakukan satu strategi nak bawa pelaburan apa masuk ke negara kita. Empat, sepuluh, dua puluh? Dan dalam bidang-bidang apa? Intellectual property misalnya, dengan izin? Perindustrian yang terkini? Mestilah dirancang dengan teliti. Dari situ, baru Kementerian Pendidikan meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melatih warga kita dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri itu. Kalau kita tidak buat begitu, katalah Kementerian Pendidikan sahaja yang melatih mengikut sesuka hati, apabila sampai tamat latihan, mereka ada kemahiran tetapi tidak diperlukan oleh industri-industri yang masuk, matlamat kita tidak tercapai. Bila matlamat kita tak tercapai, rancangan juga tidak terlaksana dengan sempurna. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Hou Kok Chung yang membahaskan tentang strategi yang pertama iaitu memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama. Beliau mencadangkan supaya perkhidmatan awam diberikan muka baru. Kita memang sedar bahawa dalam perkhidmatan awam sekarang ramai daripada satu muka sahaja. Itu tidak dapat dinafikan. Saya menyokong tetapi saya nak minta supaya kerajaan mesti ada will power yang kuat untuk memastikan bahawa muka baru seperti yang dicadangkan itu bukan sahaja berlaku dalam perkhidmatan awam, tetapi juga dalam perkhidmatan swasta dan dalam bidang ekonomi. Saya membangkitkan perkara ini seperti yang saya telah jelaskan awal, daripada insiden tahun 1969 dahulu, tentunya kita tak mahu peristiwa itu berulang berlaku di Malaysia dalam keadaan kita masyarakat majmuk... Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang nak mencelah Yang Berhormat. Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Senator bersetuju bahawa di peringkat swasta juga ia melibatkan soal lembaga pengarah dan juga pengurusan kanan sebuah syarikat swasta itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya belum sampai di situ. Inshaa-Allah, saya perjelaskan. Saya mengatakan tadi kita tidak mahu lagi dan tentunya kita juga nak mewarisi kepada generasi depan masyarakat Malaysia kemudian supaya peristiwa 69 menjadi sejarah dan tidak berlaku lagi kepada kita. Akan tetapi, kita kena berani bercakap benar memperbetulkan kesilapan kita dan kita menuju ke arah masyarakat yang bersatu. Saya menyebut tadi bahawa sudah bolehkah kita menerima hakikat bahawa kita patut bersifat abang-adik di dalam negara Malaysia. Apabila saya menyebut bahawa dalam soal sektor swasta, tidak menampakkan perpaduan kaum dan peluang diberikan kepada semua masyarakat Malaysia. Inisiatif ini boleh datang daripada kerajaan. Inisiatif ini juga boleh datang secara sukarela daripada pihak swasta sendiri. Dia mesti merangkumi dalam keadaan kakitangan rendah, pertengahan, atasan dan juga lembaga pengarah. Kalau ia datang secara sukarela daripada pihak swasta, saya berpendapat bahawa inilah yang patut berlaku kepada masyarakat Malaysia kita sekarang setelah kita merdeka sekian lama. Kalau tidak, saya minta supaya kerajaan menggunakan will power, dengan izin, untuk memperbetulkan keadaan dan ini saya merasakan lebih cepat kita merapatkan jurang perbezaan yang ada kepada masyarakat kita daripada segi pendapatan, daripada segi status, daripada segi peluang, Yang Berhormat. DN 25.6.2015 21

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah saya katakan tadi juga dalam bidang peluang-peluang dan juga ekonomi. Kita sedia maklum bahawa ada swasta yang memang tidak memberi ruang dan peluang kepada bumiputera untuk sama ada menjadi ejen, pengedar, wakil wilayah dan sebagainya, dan peluang-peluang itu terus diberikan kepada satu kaum sahaja. Saya rasa ini sesuatu yang tidak sihat di Malaysia. ■1150 Jadi saya memang berkehendakkan supaya kalau boleh untuk menunjukkan bahawa kerajaan bersikap terbuka, adil supaya memberi peluang kepada kaum-kaum yang lain untuk menyertai perkhidmatan awam tetapi dalam pada itu saya minta juga sama ada melalui usaha kerajaan atau pun swasta melakukan hal yang sama kepada sektor-sektor yang mereka monopoli selama hari ini. Kesannya apa Tuan Yang di-Pertua, ialah kita akan nampak nanti B40 ini akan lebih cepat dapat kita rapatkan jurang perbezaannya dengan kumpulan yang teratas. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok dalam RMKe-11 ini, salah satu daripada peluang dan cabaran yang kita tidak ambil peluang secara maksimum ialah walau bagaimanapun kelebihan aset ini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya daripada segi hubungan yang telah lama terjalin dengan negara Islam, republik rakyat China dan India serta sebagai aset tarikan pelancongan. Ini mengenai kelebihan demografi kita. Thailand telah membenarkan pelancong secara berkumpulan masuk ke negaranya tanpa visa. Kita juga hendak buat begitu. Pendirian saya boleh kita persetujui tetapi bukan tanpa visa tetapi mestilah mempermudahkan visa. Alasan saya Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ada visa pun kita tengok banyak penyelewengan berlaku dan banyak pelancong yang datang masuk ke negara kita bukan sahaja China tetapi juga daripada negara-negara lain telah mendatangkan mudarat kepada negara kita. Saya hendak baca daripada PDRM satu data yang menyebut bahawa hanya dalam satu tahun, tahun 2011 sampai tahun 2012 dalam soal pelacuran ini datang dengan visa. Negara Tahun 2011 Tahun 2012 China 3,719 3,628 Indonesia 901 1,072 Thailand 1,274 2,421 Vietnam 1,492 2,421

Ada visa pun perkara macam ini berlaku. Kalau tidak ada visa, macam mana? Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hendak tanya. Yang Berhormat nampak kumpul banyak data ini. Itu data ayam. Ada atau tidak data ‘bapa ayam’ yang ditangkap pula oleh polis? Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Data ‘bapa ayam’ kena tanya Kementerian Dalam Negeri. Saya tidak ada maklumat tentang data ‘bapa ayam’. Akan tetapi yang pasti bila ada anak ayam mesti ada ‘bapa ayam’, mesti ada emak ayam. Akan tetapi jika berlaku demikian, tadi baru Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf menyarankan kedai makan 24 jam. Kita sahaja di Malaysia ada. Itu pun kita nampak sekarang sudah ada permasalahan sosial. Kita hendak negara kita ramai datang pelancong tetapi bukan dia datang untuk maksiat seperti Thailand. Itu saya tidak setuju kerana akhirnya dia memudaratkan masyarakat Malaysia dan ia menjadi satu masalah daripada segi sosialnya. Sampai peringkat itu lagi susah kita hendak kawal. Apabila sampai peringkat itu timbullah nanti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Bapa ayam, kemudian nanti ada agen pula bapa ayam dekat luar negara dan memburukkan imej Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hendak berhenti di situ tetapi... Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Adam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Adam sebentar tadi mengenai hasrat kerajaan untuk melonggarkan atau meniadakan terus visa kepada pelancong-pelancong daripada negara China ini. 22 DN 25.6.2015

Mungkin saya hendak cadangkan boleh dimasukkan dalam persoalan yang dibangkitkan kepada pihak kementerian terutamanya Kementerian Pelancongan. Apabila mereka bersungguh-sungguh mahukan visa kepada rakyat China ini dimansuhkan. Apakah mereka tidak melakukan kajian sama ada jumlah nilai yang membawa pelancong ini dengan kemudaratan yang seperti mana Dato’ sebutkan tadi? Daripada segi gejala sosialnya yang lebih meningkat seperti mana statistik-statistik yang dibentangkan tadi. Tadi Dato’ mungkin persoalan dibangkitkan dalam Kementerian Dalam Negeri tetapi apakah Kementerian Pelancongan juga harus bertanggungjawab dalam hal sedemikian, terima kasih. Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah nyatakan awal- awal tadi kerja secara muafakat. Masalah kita di Malaysia ini ialah kita kerja ikut kementerian sendiri-sendiri. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lima minit lagi Yang Berhormat. Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Inshaa-Allah saya tamatkan lima minit. Jadi bila begitu keadaannya, berlakulah seperti yang saya sebut. Apakah salahnya pada pendapat saya Kementerian Pelancongan tanya dulu, pandangan daripada Kementerian Dalam Negeri? Baik atau tidak baik, apa mudaratnya. Kemudian kita- saya bukan kata menghalang, tidak tetapi saya tidak bersetuju supaya tidak ada visa. Biar ada visa tetapi permudahkan macam mana kemasukan visa fasal ini berkait kemudiannya kepada keselamatan dalam negara kita. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya membayangkan diri saya pada tahun 2020. ■1200 Ini saya memikirkan, kalaulah nelayan kita hendak angkat soal pendapatan dan sosioekonomi dia. Kalau kata saya pergi ke Kuantan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, bukan sahaja di situ ada restoran laut di mana saya boleh menikmati juadah ikan yang segar tetapi keluar dari situ, saya boleh lihat kilang-kilang yang berkaitan dengan industri perikanan. Misalnya, kilang sardin, kilang makanan haiwan dan pelbagai yang berkaitan dengan industri perikanan. Negara kita kalau kita tengok, semua sekali dikelilingi lautan tetapi kita tidak melihatnya suasana sebegitu. Persoalannya, apakah pada tahun 2020 itu pendapatan nelayan telah dapat dipertingkatkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff. Silakan Yang Berhormat.

12.01 tgh. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional, lahirnya enam program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Sejujurnya, kemerdekaan lebih 50 tahun negara kita tidak boleh dinafikan bahawa rakyat negara ini telah melalui proses transformasi yang berperingkat-peringkat dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dalam bidang prasarana rakyat, pendidikan, aktiviti-aktiviti ekonomi, kebudayaan dan sosial, gaya hidup dan kesihatan. Namun begitu, proses ini tidak boleh berhenti di sini sahaja kerana tuntutan semasa memerlukan kerajaan untuk terus komited membantu rakyat, terutamanya di luar bandar. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Walaupun ada sedikit suara-suara sumbang, namun rata-rata majoriti rakyat yang menerima BR1M ini amat bersyukur dan berterima kasih. Kecil bagi kita, besar bagi mereka. Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya turut serta membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan RMKe-11 yang semuanya menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Program membaiki rumah kampung dan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, bagi agenda perumahan rakyat yang dimulakan sejak tahun 2013, saya lihat di bawah RMKe-11, 653,000 buah rumah mampu milik dibina. DN 25.6.2015 23

Di samping melaksanakan program baik pulih secara besar-besaran rumah kampung dan luar bandar membabitkan 400,000 buah rumah dengan anggaran kos antara 5,000 hingga 10,000 buah rumah. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat di luar bandar. Saya ingin mengambil contoh kejayaan dari gerakan Saemaul Undong dari negara Korea yang menyentuh sedikit tentang bagaimana gerakan ini berjaya memodenkan daerah pedesaan. Salah satu kejayaannya adalah, bagaimana gerakan ini memastikan semua rakyat Korea memiliki rumah yang sesuai, yang elok dan selamat untuk didiami. Gerakan Saemaul Undong ini untuk makluman sidang Dewan, telah dicetuskan sekitar tahun 1970-an. Salah satu inti pati penting yang harus wujud dalam kesejahteraan rakyat ialah melalui pembaikan rumah iaitu keperluan asas dalam kehidupan seseorang atau sesebuah keluarga. Saya amat bersetuju dan menyambut baik keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memberi peruntukan dalam RMKe-11 sebanyak 400,000 unit rumah untuk dibaik pulih. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menambah peruntukan kos baik pulih rumah sehingga RM15,000 bagi kategori rumah yang terlalu uzur, yang terlalu daif. Kalau kerajaan hendak bantu baik pulih rumah, kalau hendak buat, kalau hendak tolong rakyat, buat dengan sungguh-sungguh. Maksud saya, kalau rumah daif di sebuah kampung, kalau perlu peruntukan RM15,000, kita tidak boleh beri RM5,000. Kalau kita beri RM5,000, bermaksud tahun depan perlu ia diperbaiki lagi. Jadi, saya memohon kalau kerajaan hendak bantu memperbaiki, kita buat bersungguh-sungguh, kita lakukan satu gerakan. Tuan Yang di-Pertua, mungkin juga konsep gerakan dasar baru, new village movement dan kerjasama gotong-royong, mutual co- operation, dengan izin, yang diadaptasikan dalam Gerakan Saemaul Undong ini boleh dilaksanakan di negara kita. Ia berkonsepkan gotong-royong, bantuan kerajaan, pelantikan kontraktor terbaik serta di akhir keputusannya, di akhir hasilnya adalah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat rumah yang sesuai, elok dan selamat untuk didiami. Sebagai contoh, program memperbaiki rumah kampung ini boleh dilaksanakan melalui penglibatan penghulu, ketua kampung, JKK, pegawai daerah, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, ahli politik, GLC, GiatMARA, bomba, tentera dan sebagainya. Ini bermakna ia dapat mewujudkan semangat kerjasama gotong-royong di kalangan masyarakat setempat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar program ini diletakkan secara terus dan diselaraskan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Iaitu sama seperti PR1MA kerana objektif PR1MA adalah untuk kesejahteraan rakyat. Begitu juga program membaiki rumah kampung adalah untuk kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu terdapat juga agensi, jabatan, kementerian dan GLC yang turut mempunyai pendekatan dan objektif yang sama bagi membantu program pembaikan rumah ini. Oleh itu, adalah dicadangkan agar program ini diletakkan, diselaraskan secara terus di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dicadangkan, dinamakan Gerakan Sejahtera Rakyat. Saya berkeyakinan penuh sekiranya program ini dilaksanakan secara komited, serius, fokus dan bersungguh-sungguh, negara kita Malaysia akan menjadi negara sifar rumah daif menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat gelandangan. Pernahkah kita betul-betul selami masalah gelandangan? Mengapakah mereka tidur di kaki lima? Mengapakah mereka terbiar? Mengapakah mereka menjadi gelandangan? Sejujurnya, adakah pemberian sebanyak RM150-RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ini akan menyelesaikan masalah mereka. Sekiranya kita selami masalah gelandangan ini, 80 peratus daripada gelandangan ini hanya memerlukan tempat tidur, tempat berehat, tempat melepaskan lelah, hanya pada waktu malam. Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya kerajaan perlu ambil serius, komited, membantu mereka seperti mengemas kini database mereka, kenal pastikan punca permasalahan mereka dan apakah keperluan dan kehendak sebenar gelandangan. Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, adakah kementerian mempunyai database atau jumlah gelandangan di sekitar ibu kota? ■1210 Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengalaman saya sendiri, ada juga geladangan yang memiliki kelulusan akademik hingga ke peringkat sarjana. Ada juga gelandangan yang pernah memegang jawatan profesional seperti akauntan guru besar, pengurus, guru, bekas banduan, penagih dadah dan terdiri daripada pelbagai kaum. 24 DN 25.6.2015

Apalah ertinya kita mempunyai bangunan keempat tertinggi di dunia yang hebat namun di kaki lima penuh dengan rakyat yang merempat tidur dalam kesejukan, berlapikkan surat khabar, bertemankan nyamuk dan tikus. Saya merayu agar agensi kerajaan atau kementerian terlibat yang mempunyai bangunan yang tidak digunakan... Tuan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah, Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff. Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: Mohon mencelah, Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mohon mencelah mungkin Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff boleh juga masukkan dalam persoalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, status terkini dua buah rumah gelandangan yang dibina pertamanya oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang digelar sebagai Anjung Singgah. Kedua, melalui rujukan ada juga dikeluarkan kenyataan daripada Menteri Wilayah yang menyebut akan membuka sebuah lagi rumah gelandangan di Lorong Haji Taib yang statusnya sehingga kini tidak ada update terkini. Jadi mungkin boleh juga Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff masukkan dalam itu bertanya terus kepada pihak kementerian. Terima kasih. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang saya sudah kenal pasti mengenai Anjung Singgah. Anjung Singgah ini hanya dibenarkan diduduki oleh gelandangan hanya dua minggu. Bermaksud selepas dua minggu sekiranya mereka masih belum mempunyai kerja atau tempat tinggal mereka tidak boleh lagi tinggal di Anjung Singgah. Nama pun Singgah sahaja, maksudnya sekejap sahajalah. Keduanya ialah mengenai bangunan yang bakal dibina oleh Menteri Wilayah, saya juga telah menyiasat serba sedikit dan dikatakan bangunan itu masih belum siap. Akan tetapi apa yang hendak saya katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat banyak lagi kementerian kita mempunyai bangunan yang tidak digunakan. Jadi, kita mohonlah jabatan, kementerian untuk tampil ke hadapan kita hendak guna bangunan ini sebagai asrama gelandangan. Asrama ini digunakan hanya daripada lapan malam sampai lapan pagi kerana inilah sebenarnya realiti kehidupan mereka. Rata-rata gelandangan ini siang sahaja dia bekerja ada yang bekerja di car wash, ada yang jadi pembantu pekedai tetapi yang sedihnya apabila tiba waktu malam untuk mereka melepaskan lelah, mereka tidak mampu membayar sewa atau menyewa mana-mana hotel kecil untuk bersama-sama untuk berehat. Jadi sinilah yang saya hendak katakan isu ini perlu kita selesaikan bermula hari ini kerana saya positif hala tuju RMKe-11 dapat dicapai dan pada ketika itu masalah gelandangan ini tiada lagi. Saya ingin memberi gambaran dan imaginasi dalam lima tahun lagi. Ketika negara kita telah mencapai status negara maju, ketika negara telah mencapai hala tuju RMKe-11, ketika pelbagai pencapaian tercatat di rekod dunia, ketika nama negara terukir di persada antarabangsa tapi kita masih lagi dibelenggu masalah gelandangan. Rakyat kita masih lagi tidur di kaki lima walaupun mungkin kecil angkanya namun tetap akan menjejaskan imej negara. Saya bimbang dan amat bimbang kalau gelandangan ini tidak dibendung dan dibantu jumlah ini akan bertambah lagi lima tahun dan tidak mustahil mereka ini akan memenuhi kaki lima di KLCC untuk menjadikan tempat tidur mereka. Saranan saya negara perlu tetapkan zero gelandangan menjelang 2020. Oleh itu, saya sarankan agar isu gelandangan ini diambil perhatian serius bermula hari ini demi kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat pekerja asing. Masih ingatkah lagi cerita saya tentang pemandu teksi, eksekutif yang saya jumpa dahulu seorang pemandu dari Indonesia? Saya memohon untuk menyambung sedikit lagi cerita saya. Ceritanya bermula begini. Saya naik teksi dari Subang, pemandunya Indonesia, beliau singgah di stesen minyak, juruwangnya Bangladesh. Saya sampai di hotel disambut dan diangkat beg oleh pekerja Myanmar. Di reception counter, dengan izin, untuk check in, saya dilayan oleh Gonzales dari Filipina. Malam harinya saya ke kedai serbaneka 24 jam, juruwangnya pula dari Nepal. Atas keraguan ini, saya pun melayari website KDN permit pekerja asing. Ini yang saya baca, pekerja asing sektor yang dibenarkan: DN 25.6.2015 25

(i) perkilangan; (ii) pembinaan; (iii) pertanian; (iv) perladangan; dan (v) perkhidmatan Perkhidmatan ada tiga subsektor, iaitu: (i) restoran, hanya tukang masak sahaja; (ii) pencucian dan pembersihan; dan (iii) pulau peranginan. Saya baca lagi, dalam soalan lazim KDN. Soalan bernombor 9; Adakah pekerja asing dibenarkan sebagai juruwang? Jawapan KDN, tidak dibenarkan pekerja asing. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan- frontliners, dengan izin. Maksudnya pekerja asing tidak boleh menjadi juruwang tetapi pada hari ini kita tengok rata- rata di stesen minyak, di pusat membeli-belah dan ini yang saya amat takut betapa limpahan rezeki rakyat kita ditarik sedikit demi sedikit oleh pekerja-pekerja asing. Pada tahun 2008, saya telah mendapat sebuah stesen minyak Petronas dan saya juga telah mengambil dua orang pekerja asing dari Bangladesh. Pihak Petronas dan KPDNK datang berjumpa saya dan memberi amaran kepada saya ketika itu tahun 2008. Amarannya ialah kamu tidak boleh membenarkan pekerja Bangladesh menjadi juruwang tetapi pada hari ini saya ingin bertanya dan mohon pihak KDN memberi penjelasan. Pertama, kenapakah wujud percanggahan antara situasi sebenar dengan kenyataan KDN dalam aspek pekerja asing ini? Kedua, sekiranya benar permit ini diluluskan oleh pihak KDN, saya mohon ia dikaji semula terutamanya sektor perkhidmatan. Cadangan saya, hentikan. Hentikan sementara pengambilan pekerja asing. Berdasarkan statistik Unit Perancangan Ekonomi EPU, Jabatan Perdana Menteri yang dikemas kini pada bulan Ogos 2014, jumlah pekerja asing sehingga 2008 adalah seramai 2,062,596 orang. Ia mewakili 10 peratus daripada rakyat Malaysia. Bila saya google sebenarnya dikatakan jumlah sebenar pekerja asing di Malaysia adalah enam juta orang tetapi masih ramai pekerja asing ini tidak berdaftar. Tuan Yang di-Pertua, dengan rasa sayu, dengan rasa rendah diri pada pandangan saya sekiranya kita berterusan mengambil pekerja-pekerja asing ini tidak mustahil rakyat kita sendiri tidak memperoleh peluang pekerjaan yang secukupnya. Janganlah kita menjadi seperti pepatah Melayu, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.” ■1220 Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir B40. B40 kategori bukan miskin tetapi pendapatan mereka masih belum mencukupi untuk membiayai keperluan yang diperlukan untuk membolehkan mereka melangkah maju ke hadapan. Kategori B40 ini dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui dua jenis bentuk pendekatan, iaitu pendekatan oleh individu dan pendekatan oleh keluarga. Melalui pendekatan oleh individu, rakyat Malaysia disarankan untuk menjadi individu multi-tasking atau multi-skill, dengan izin. Sebagai contoh seorang pegawai bank, saya kena sebut bank sebab boss saya pun bekas Maybank, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar. Seorang pegawai bank yang bekerja siang hari turut memiliki perniagaan online yang boleh dipantau pada bila-bila masa serta menjadi tutor di hujung minggu. Contoh yang kedua, seorang OKU yang buta menjadi artis jalanan atau tukang urut refleksologi, siang hari dan menjual tisu malam hari. Di sini saya ingin memperluaskan cadangan berkaitan OKU di mana kerajaan boleh membantu menjana pendapatan mereka melalui kerjasama pemadanan kerja antara jabatan dan kementerian. Saya hendak bagi contoh, kalau PLUS di bawah Kementerian Kerja Raya, PLUS memerlukan pekerja seperti pekerja-pekerja untuk memberi tiket tol. PLUS boleh berhubung dengan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kerana pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai database. 26 DN 25.6.2015

Saya beri contoh di sini. OKU pekak sahaja di Malaysia ada sebanyak 53,357 orang. Jadi OKU yang pekak bagi saya, mereka boleh menjadi pemberi tiket tol. Inilah yang dinamakan pemadanan. Kita boleh matching, dengan izin. Seterusnya, antara cadangan lain untuk membantu golongan OKU ialah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini saya rasa yang terbaru yang kita boleh buat dan bantu untuk mewujudkan Pusat Refleksologi 1Malaysia. Di mana OKU yang cacat penglihatan atau buta, statistik di Malaysia ada lebih kurang 40,510 orang di mana sekiranya Pusat Refleksologi 1Malaysia kita tubuhkan, ia turut diwujudkan di seluruh negeri, maka ramailah OKU berpeluang untuk mendapat faedah daripada penubuhannya. Seterusnya yang terakhir, melalui pendekatan oleh keluarga pula, antara kaedah yang dapat melonjakkan golongan B40 kepada satu tahap yang lain melalui penglibatan institusi keluarga dengan penubuhan koperasi keluarga KPDNKK melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia amat memberi galakan penuh terhadap penubuhan koperasi keluarga. Yang mana daripada segi bilangan ahlinya sesebuah keluarga, kalau ada 50 orang ahli jenis perniagaan pula adalah meluas. Antaranya sektor pertanian, perladangan dan perkhidmatan. Saya hendak beri contoh sebuah koperasi keluarga yang mewarisi beberapa bidang tanah milik generasi terdahulu telah mengerjakan tanaman cili yang mana turut mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian. Selain itu, koperasi keluarga ini telah mendapat geran kewangan daripada pihak SKM sebagai bantuan awal penubuhan koperasi juga disediakan bagi tujuan penggalakan penubuhan koperasi ini. Sehubungan dengan itu, saya yakin dan percaya pewujudan koperasi keluarga di kalangan masyarakat dapat membantu meningkatkan tahap golongan B40 ke tahap yang lebih baik lagi. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini sesungguhnya saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kasih sayang dan bantuan beliau khususnya kepada masyarakat luar bandar yang tidak pernah putus- putus. Saya mendoakan agar kita rakyat Malaysia dilimpahi kerahmatan di dunia dan di akhirat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Datuk Megat Zulkarnain.

12.25 tgh. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini. Saya tidak akan mengambil masa yang begitu panjang dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas ini kerana kebanyakan rata-rata kawan-kawan telah bercakap perkara yang sama. Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi kan secara bersama ialah kefahaman kita, soal RMKe-11 ini. Kita mengambil maklum bahawasanya inilah satu RMK yang telah pun dibentangkan bagi menuju negara maju pada tahun 2020. Ia merupakan satu atau last quarter, the last lap sebelum kita sama-sama mencipta sejarah dan berada dalam sejarah membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara maju. Akan tetapi apa yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada saya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah cukup meliputi segala-galanya, sesuai dengan tajuk, “Kesejahteraan Rakyat”. Ini satu perkara yang cukup penting kita mesti laksanakan secara bersama. Akan tetapi apa jua perkara yang telah di bentang mengikut kepada data dan harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti dilaksanakan dengan cara bersungguh di peringkat akar umbi. Apa yang paling utama ialah bagaimana kita hendak membantu supaya pertumbuhan yang berpaksikan kepada rakyat ini dapat kita laksanakan. Apa yang paling utama daripada segi soal menyediakan negara yang elok, makmur dan aman supaya kemakmuran ini akan dapat dicapai oleh semua rakyat bagi merealisasikan rancangan ini. DN 25.6.2015 27

Kita tidak mahu negara ini senantiasa kita berpolitik sepanjang masa kerana apa sahaja perancangan yang terbaik, tidak boleh kita laksanakan kalau kita hanya mengambil politik sebagai perkara utama. Apa sahaja dalam perancangan yang dibuat, kita boleh ada perancangan yang terbaik dalam dunia. Kita boleh ada satu pelaksanaan yang dibuat yang mengikut standard piawaian yang terbaik. Akan tetapi kalau negara itu tidak diurus, negara itu tidak berada dalam keadaan yang aman damai, rakyatnya senantiasa dihasut pagi petang siang malam. Rakyatnya senantiasa diberikan dengan kefahaman-kefahaman politicking yang melampaui, akhirnya apa perancangan ini tidak akan dapat kita laksanakan. Jadi pada saya Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja yang telah di bentang mesti disusuli dengan tindakan yang baik dan semua ahli dan parti politik mesti mendukung supaya pelaksanaan ini dapat dibuat. Kalau kita ada sebuah kertas atau rancangan yang baik, tetapi dalam masa yang sama kita hanya berpolitik sepanjang masa, saya fikir ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Akhirnya rakyat ataupun dalam negara ini, kita tidak mahu dibelenggu atau diberikan kepercayaan dan kebencian sepanjang masa dan akhirnya ia memberikan pada yang cukup besar kepada negara ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan satu perancangan yang cukup lengkap. Akhir sekali kita dapat lihat belia juga diberikan peranan yang penting membawa negara kepada sebuah negara maju pada tahun 2020. Akan tetapi belia yang macam mana? Adakah belia yang kita rosakkan pemikiran mereka? Adakah belia yang senantiasa dibawa ke jalan raya, belia yang dibawa untuk menghuru-harakan negara ini atau belia yang senantiasa mempunyai semangat cintakan kepada negara. Saya yakin dan amat percaya apa yang telah dibuat dalam rancangan ini meliputi belia akan berjaya. ■1230 Saya hendak mengambil kesempatan ini hendak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana dilihat Kementerian Belia dan Sukan hari ini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menyediakan platform yang cukup baik dalam pembentukan belia. Bagi menghadapi atau bagi bersama-sama dalam membawa negara ini menjadi sebuah negara yang maju. Saya hendak ambil contoh dan mengambil kesempatan ucap tahniah juga kepada KBS kerana baru-baru ini dalam Sukan SEA di Singapura kita telah berjaya mencapai keputusan yang cukup baik, telah berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan semua yang terlibat kerana telah memberikan prestasi yang baik, usaha yang bersungguh-sungguh kepada negara. Tidak lupa kepada sukan renang kebetulannya dipimpin oleh Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim ada di sini, penyumbang antara pingat emas yang banyak kepada negara. Inilah belia yang kita hendak. Belia yang boleh memberikan sumbangan kepada negara, make the nation proud, dengan izin, bukannya belia yang akhirnya tidak boleh memberikan apa-apa kepada negara. Belia yang berhimpun pagi petang siang malam, belia yang dicucuk, belia yang dirasuk, belia yang ditanam dengan perasaan kebencian, bukan belia yang semacam itu Tuan Yang di-Pertua. Belia yang kita hendak ialah belia yang boleh menyumbang kepada negara. Kita bangga tidak kira apa bangsa, apa kaum sekalipun biar pun dia Pandalela Rinong sekalipun, biar pun dia Lim Mun Yee sekalipun, biar dia Ranjit Singh sekalipun, biar dia Aljufri sekali pun daripada silat semuanya menyumbang untuk negara. They make the nation proud. Bila lagu Negaraku berkumandang di Singapura baru-baru ini saya fikir semua daripada kita berbangga kerana itulah lagu yang menjadi kebanggaan kita bersama. Inilah antara belia yang saya fikir kita hendak sediakan dalam menghadapi negara maju pada tahun 2020. Kita tak nak belia yang berkumpul di Sogo, kita tak nak belia yang terlibat terbalikkan kereta polis, kita tidak hendak belia yang terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik. Akhirnya harapan kita semua akan tidak berjaya kalau sekiranya belia-belia seperti itu kita sediakan. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama seperti yang telah saya utarakan kebetulannya soalan itu telah keluar pagi tadi kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Berkenaan soal selain daripada penyediaan belia yang baik daripada segi moral daripada segi didikan daripada segi disiplin kita juga perlu menyediakan belia yang saya fikir cukup lengkap kerana mereka ini masa depan negara. Kita tidak mahu ramai di kalangan belia kita saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri pagi tadi yang telah menyampaikan data. 28 DN 25.6.2015

Jadi saya hendak sambung sedikit sahaja lagi berkenaan apa yang telah saya utarakan pagi tadi ialah soal terlampau ramai belia-belia yang telah dikenakan tindakan kebankrapan ini. Kita rasa mungkin ralat kalau sekiranya nanti satu masa pada tahun 2020 data yang dibagi tadi pun oleh Yang Berhormat Menteri agak menakutkan. Macam mana dikatakan Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah dalam soalan tambahan tadi. Kita tidak hendak nanti Tuan Yang di-Pertua pada tahun menjelang 2020 semua belia kalau ada 10, lima bankrap kerana mereka gagal mengurus soal kewangan mereka. Kita pun dengar tadi rata-rata daripada mereka dikenakan tindakan kebankrapan ini hanya kerana tidak berjaya membayar pulangan sewa beli kenderaan mereka. Mereka tidak boleh uruskan urusan kewangan mereka dengan baik akhirnya mereka dikenakan tindakan. Apa yang lebih menyedihkan baru-baru ini saya juga minta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri melihat perkara ini secara serius. Ada di kalangan mereka yang berhutang mungkin RM25,000, RM30,000, RM31,000 ditambah dengan interest akhirnya dikenakan tindakan bankrap. Sudahlah dikenakan tindakan bankrap penjamin pula kebetulannya mungkin suami atau isterinya pun dikenakan tindakan bankrap yang sama. Jadi pada saya ini walaupun kita akui sesiapa sahaja yang meminjam harus membayar hutang mereka. Akan tetapi mungkin agak sedikit zalim sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri ini dikenakan tindakan bankrap yang sama. Akhirnya bayangkan kalau mereka bekerja di syarikat-syarikat yang besar, yang tidak boleh membayar gaji mereka secara tunai. Akhirnya mereka terpaksa diberhentikan kerana tidak boleh membuat pembayaran melalui akaun mereka kerana akaun bank telah pun dibekukan. Saya ada beberapa kes yang berjumpa yang telah meminta pertolongan dan saya pun sudah bercakap dengan Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Shukri bagaimana cara boleh kita membantu mereka. Kalau seorang kena fair tetapi janganlah suami isteri dua-duanya dikenakan tindakan bankrap. Akhirnya kita cuma bayangkan bagaimana mereka hendak membawa keluarga mereka dengan anak-anak yang masih kecil kalau tidak bekerja. Ini boleh menyumbang kepada masalah yang lebih besar. It would not end the problems there, dengan izin Tuan Yang di-Pertua tetapi ia boleh membawa masalah yang lebih besar daripada itu sekiranya kita tidak cuba berbuat sesuatu untuk mereka. Perkara lain yang ingin saya sampaikan ialah soal perumahan. Saya akui memang perumahan ini menjadi satu perkara yang cukup besar, cukup penting kepada kita sebab ia melibatkan bumbung, dia melibatkan roof. Akhirnya kita akui ramai di kalangan kawan-kawan sudah bercakap perkara yang sama soal harga rumah yang dilihat tidak mampu kita kawal. Akan tetapi saya yakin dan percaya kalau sekiranya kita ada kesungguhan untuk sama-sama berusaha supaya masalah-masalah ini dapat kita kawal, kita boleh kawal pemaju dengan baik. Maka masalah perumahan khususnya kepada mereka yang memohon rumah pertama ini dapat kita jaga dan kita berikan mereka bantuan yang sewajarnya paling tidak masalah perumahan ini dapat diselesaikan. Jadi pada saya kita perlu melihat perkara ini dengan lebih serius, perlu melihat perkara ini secara lebih holistik supaya masalah perumahan ini bukan hanya bercakap berkisar hanya dalam Dewan ini. Akan tetapi mestilah ada satu affirmative action diambil supaya masalah perumahan ini dapat kita selesaikan dengan baik. Perkara akhir yang ingin saya sampaikan ialah soal perumahan sudah, belia. Datuk Seri Nallakaruppan ini, soal ekonomi. Saya minta apa yang telah di bentang dengan begini baik. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat secara langsung dan menyediakan pelan atau rancangan ini dalam bentuk ekonomi. Cuma dalam menjadi harapan saya ialah supaya cake economy mestilah akhirnya dinikmati oleh mereka meliputi semua kaum. Kita tidak hendak cake economy ini Tuan Yang di-Pertua, akhirnya nanti akan menguntungkan sebahagian kecil atau, dengan izin, on certain personality atau certain people sahaja. Kita hendak cake economy kekayaan negara ini mesti dikongsi secara bersama. Kita tidak mahu ada jurang yang cukup besar antara mereka yang cukup kaya dengan mereka yang cukup miskin. DN 25.6.2015 29

Syukur alhamdulillah. Hari ini di negara Malaysia ini saya bersyukur sebagai orang muda, bersyukur kerana masih belum lagi kita sampai satu tahap orang terpaksa berbunuh untuk merebut sekeping roti, belum. Kita bersyukur kepada Allah kerana ini nikmat yang Allah bagi kepada negara ini. Tidak sampai ke tahap berbunuh untuk makan. Ramai di kalangan kita mati kerana terlebih makan. Ini biasa ini dalam bulan puasa ini, hari-hari. Hari ini pun saya ada tiga, empat jemputan berbuka puasa, syukur pada Allah, atas nikmat yang Allah bagi kepada negara ini. Akan tetapi nikmat ini juga Allah boleh tarik, kalau sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Jadi pada saya yang ini kita mesti jaga baik-baik. Kita tidak hendak apa sahaja yang telah dirancang akhirnya nanti memberikan keuntungan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Bila itu berlaku maka akan berlakulah jurang yang cukup besar. Mereka yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin. ■1240 Bila ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, kerisauan saya pada masa itu pertimbangan yang sewajarnya tidak akan ada lagi, maka manusia akan bertindak luar daripada batasan pemikiran norma-norma normal manusia kerana mereka telah dikuasai oleh satu pemikiran yang tidak boleh dikawal. Jadi sebab itulah saya merayu, saya minta dikaji daripada segi pelaksanaannya nanti janganlah akan mereka yang sudah ada di atas sahaja yang akan terus menikmati kek ekonomi ini tetapi mestilah ia meliputi semua pihak dalam negara kerana every citizen, dengan izin, mempunyai hak atas kekayaan dalam negara Malaysia ini. Jadi dengan kata itu, saya sekali lagi menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warrahmatullahi taala wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Datuk Lihan Jok.

12.41 tgh. Datuk Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk terlibat dalam perbahasan yang membincangkan tentang RMKe-11. Saya akan sentuh beberapa perkara dalam masa yang diberi kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat negara kita yang ingin maju ini sebagai atlet sukan. Saya ambil contoh, salah satu ahli sukan yang terkenal di negara kita sekarang ini ialah Datuk Nicol Ann David, 31 tahun. Beliau ratu skuasy nombor satu dunia sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Dia jaguh tahun demi tahun sejak tahun 2005 sehingga tahun ini. Baru-baru ini pada Mei yang lepas, ratu skuasy nombor satu ini telah balik daripada Asian Squash Championship di Kuwait. Andai kata, ini contoh Tuan Yang di-Pertua, andai kata, baliknya jaguh ataupun ratu skuasy ini dari Kuwait, keadaannya daif sekali. Datuk Nicol balik dengan keadaan daif sekali. Dia balik ke Pulau Pinang, negeri asalnya dengan muram dan didapati dia sakit, demam, batuk-batuk juga, merisaukan keluarga. Akan tetapi yang teruk sekali dilihat lembam-lembam di kepala dan di mata. Ini Tuan Yang di-Pertua, ini contoh ini, contoh. Kita lihat yang menyedihkan lagi, kita lihat luka di bibir dan didapati teruk sekali ialah tulang kaki kanannya patah. Ini keadaan. Kalau kita bayangkan jaguh kita, ratu skuasy balik dalam keadaan sedemikian, dan pada tahun hadapan beliau akan ke World Masters Squash 2016 di Johannesburg, South Africa, dalam keadaan yang begini, apakah rasa keluarga? Akan tetapi yang molek sekali, yang baik sekali dengan ratu skuasy kita ini, walaupun pun demam, sakit, luka, patah tulang begini tetapi mempunyai semangat kental melihat World Masters Squash 2016 itu tidak jauh daripada dia, dia pun ingin menyertai. Ya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat negara kita, kerajaan kita di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, setelah bermula dari tahun 1966, Rancangan Malaysia Pertama, 1966 sehingga 1970, selepas itu terdapat sembilan sehingga sepuluh. Sepuluh itu tamat pada tahun ini. Negara kita telah berjaya dengan banyak lapangan tetapi sebagai contoh ratu skuasy negara tadi, kita pun mempunyai lembam sakit sana sini. Saya dengan rendah hati memaklumkan, mengulangi lembam-lembam, sakit-sakit yang ada ini agar kita lebih berwaspada. 30 DN 25.6.2015

Kalau kita lihat ekuiti bumiputera yang dijangkakan meningkat sejak Rancangan Malaysia Kedua lagi, masih di bawah paras 30 peratus. Kalau kita lihat lagi pembangunan yang tidak seimbang antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah, tiga tahun yang lepas apabila Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak membentangkan penggulungan ucapan beliau, didapati bahawa Sarawak masih ketinggalan 20 tahun ke belakang daripada segi infrastruktur. Kita lihat juga, tadi saya dengar seorang daripada kita ahli di sini mengatakan pendatang asing enam juta tetapi mengikut jutaan saya, hampir itulah tiga juta lebih pendatang asing, ada yang diizinkan, ada yang tanpa diizinkan, yang mereka inilah tahun yang lepas telah mencetuskan sehingga tertubuhnya ESSCOM di Sabah, bahayanya. Disebutkan juga gejala B40. Kita lihat juga, kalau kita lihat di Sarawak dan di Sabah, migrasi luar bandar ke bandar yang begitu mendadak sekali, sebanyak 70 peratus sehingga kadang-kadang sesetengah rumah panjang itu kosong belaka. Ini akibat pembangunan. Kita lihat juga gejala yang hitam yang masih ada kelompok-kelompok kemiskinan dan pengangguran yang timbul. Inilah lembam-lembam, batuk-batuk, sakit-sakit yang kita alami dalam waktu ghairah kita ingin memajukan negara ini dalam lima tahun yang akan datang. Lebih daripada itu, kita lihat apa lagi sakit-sakit yang kita ada lagi ini. Sistem sekolah kita tidak mampu melatih anak kita lagi dengan fasih dalam bahasa Inggeris. Kalau kita lihat, rakyat berani juga- ini daripada segi manusia ini Tuan Yang di- Pertua. Rakyat sekarang, golongan muda berani sudah menghina raja dan institusi raja itu. Rakyat yang muda itu sudah berani terbuka menghina pemimpin-pemimpin. Terdapat juga bibit-bibit toleransi mulai rakus, rapuh di antara suku kaum ataupun agama. Kita ada baru- baru ini bibit-bibit ketegangan antara penganut agama-agama. Juga, konflik-konflik yang menjadi-jadi, contohnya BERSIH 1, 2 dan 3. ■1250 Yang malang sekali Tuan Yang di-Pertua kenapa setelah 10 rancangan, ada rakyat Sarawak dan Sabah yang tidak puas hati sehingga menuntut session keluar dari Malaysia? Inilah maksud saya tadi penyakit yang kita bawa-bawa sebelum kita masuk ke Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua kita lihat nilai ringgit kita turun dan harga minyak dunia pun sudah turun, harga komoditi-komoditi utama kita pun sudah turun. Contohnya di Sarawak juga Tuan Yang di-Pertua balak kita sudah tidak cukup banyak lagi membawa hasil dan hutang negara pun meningkat. Contohnya pada tahun ini RM847.9 bilion dan ekonomi Malaysia dalam keadaan sukar sekali mengikut Tengku Razaleigh. Jadi dalam keadaan demikian, apakah yang kita patut buat seperti contohnya tadi Dato’ Nicol mempunyai semangat yang kental? Demikianlah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun banyak masalah dan kekangan ini tetapi semangat Malaysia ingin maju yang terpapar dalam Eleventh Malaysia Plan, dengan izin, begitu baik. Satu panduan dan roadmap yang mencerminkan hati yang kuat untuk membawa negara menjadi sebuah negara yang membangun khususnya income yang tinggi. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya hendak bawa dua perkara. Satu ialah saya tidak akan menyentuh satu persatu tetapi saya melihat RMKe-11 itu sebagai satu strategik planning kerana mengikut apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa RMKe-11 itu digubal berdasarkan Malaysian National Development Strategy. Kalau ini adalah strategik planning, jadi ia tidak boleh lari daripada apa yang ditentukan bila seseorang itu membuat planning yang strategik walaupun dalam menguruskan perniagaan. Negara kita ini seumpama sebuah perniagaan yang besar dan dipandu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi mengikut Fox Business Magazine, terdapat 10 sebab pelan strategik gagal tetapi saya akan ambil yang nombor tujuh yakni melantik orang salah sebagai pemimpin satu punca kegagalan satu business. Jadi dalam struktur kerajaan kita terdapat banyak peringkat di mana tiap-tiap peringkat itu mempunyai pemimpin. Inilah maksud saya tadi setiap peringkat ini untuk memastikan dan menjamin program Rancangan Malaysia Kesebelas ini boleh berjaya.

DN 25.6.2015 31

Kita perlu melantik seorang pemimpin yang tepat, bukan yang salah. Contoh yang jelas sekali dalam menjayakan program-program kerajaan ini, kalau di satu peringkat itu dipimpin oleh seorang yang tidak minat kepada kerajaan yang mungkin dalam parti yang di sebelah, tidak mungkin apa-apa program yang di bawah kementerian, di bawah jabatan, di bawah kumpulan tersebut akan diurus dengan baik kerana pemimpin itu tidak semangat dengan perjuangan kerajaan. Ini maksud saya tadi kalau kita lihat ketua penolong pengarah-pengarah kalau di peringkat sekolah dia guru besar, pengetua, kalau di peringkat atasan dia peringkat Menteri, Timbalan Menteri, kalau di Sarawak kita ada Menteri, kita ada Menteri-menteri muda. Kesemua pemimpin ini perlu adalah orang yang memahami dan mempunyai semangat yang berseiring dengan ketua iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau kita meletak orang yang salah, pincanglah dan rancangan ini akan gagal. Itu yang pertama. Perkara yang terakhir dan yang kedua yang saya hendak sentuh di sini adalah kerana sesebuah rancangan yang besar memerlukan dana kewangan yang besar. Walaupun jiwa kita besar tetapi kalau kita miskin mana boleh. Akan tetapi banyak perkara yang saya sebutkan tadi dalam waktu kita ingin masuk ke Rancangan Malaysia Kesebelas ini kita kekurangan wang. Izinkan saya mencadangkan di sini kerana mengikut RMKe-11 ini ia akan mementingkan investment, pelaburan yang kedua inovasi atau innovation supaya Malaysia ini produk kita menarik. Diharapkan produk-produk dari Malaysia itu akan menarik minat orang luar negara dan ramai yang hendak membeli dan itu akan membawa wang yang banyak. Di Malaysia sekarang kita mempunyai memang sebuah company yang hebat yang mempunyai semangat inovasi yang kuat iaitu Hartalega yang mengeluarkan glove ataupun sarung tangan getah yang terbesar di dunia. Mereka ini adalah salah satu company yang mempunyai semangat inovasi yang saya maksudkan. Company ini mengeluarkan 64 peratus pengeluaran glove tangan getah di seluruh dunia. Akan tetapi adakah ini mencukupi? Kalau kita lihat manusia sekarang ini minat menggunakan kereta. Kalau di negeri China sekarang, mereka saintis bergabung sama dengan kerajaan sehingga membelanjakan jutaan ringgit dalam R&D yakni ingin menghasilkan kereta yang menggunakan nano elektrik, tidak menggunakan minyak. Jadi manusia sekarang memang minat guna kereta, dan kedua, manusia sekarang juga minat menggunakan telefon. Apa salahnya universiti di negara kita ini bergabung dengan kerajaan untuk menghasilkan produk-produk yang mempunyai komponen inovasi yang tidak ada di luar sana supaya diminati oleh luar negara dan membeli barang-barang tersebut. Jadi persoalannya di sini Tuan Yang di-Pertua saya mohon kiranya kerajaan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini apakah contoh-contoh usaha daripada kerajaan ataupun universiti kita, tanah air kita ini mencari idea yang baru, membina produk yang baru yang akan menjurus ke arah untuk menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Dengan harapan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah. Silakan Yang Berhormat.

12.59 tgh. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saya diberi peluang iaitu memberikan hujah-hujah dalam perbahasan berkenaan RMKe-11. Saya telah mendengar semua hujah yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya dan apa yang saya buat dalam perbahasan yang akan saya bentangkan saya akan menjurus kepada perkara-perkara yang patut kita fokuskan sahaja kerana isu-isu yang lain telah pun dibentangkan oleh rakan-rakan yang lain. ■1300 Sebelum saya mulakan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengingatkan rakan- rakan kita di sini. Salah satu masalah yang berlaku di negara kita ini yang telah membantutkan pembangunan negara, terutama dalam proses kita berbincang daripada segi RMKe-11. 32 DN 25.6.2015

Saya membawa keratan surat khabar sebagai permulaan, bahkan saya bersyukur, alhamdulillah. Akhirnya, tertangkapnya seorang yang bertanggungjawab menyiarkan berita palsu, Xavier Andre Justo, bekas eksekutif PetroSaudi. Oleh sebab tertangkap terlibat daripada segi melemparkan tuduhan-tuduhan palsu kepada 1MDB. Tuduhan-tuduhan ini digunakan melalui blog Sarawak Report dari semasa ke semasa untuk memburukkan nama baik Perdana Menteri kita.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Saya juga tertarik hati, seorang bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat juga telah membuat laporan polis supaya siasatan dibuat berkenaan kes ini. Yang lebih saya berminat orang yang juga bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini, Tan Sri Mohd Shafie telah mencadangkan supaya Tony Pua disingkirkan daripada menjadi Ahli PAC, bahkan saya ingin menyokong serta mencadangkan juga beliau disingkirkan. Saya mulakan dengan fakta-fakta. Inilah yang berlaku kepada negara kita pada hari ini. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, tidak semudah untuk mengetuai dan mentadbirkan negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Tidak semudah apatah lagi dalam konteks Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri kita pada hari ini yang akan membawa baton seterusnya mengakhiri RMKe-11 sebelum kita mencapai tahap 2020. Saya hendak menegaskan sekali lagi, kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat... Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun, Yang Berhormat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Ya. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan saranan Yang Berhormat Tan Sri sebentar tadi yang mencadangkan agar Ahli Parlimen Tony Pua disingkirkan daripada PAC. Apakah Yang Berhormat Tan Sri merasakan sudah ada keperluan untuk kita meletakkan satu garis panduan yang begitu ketat? Sesiapa sahaja yang hendak menjadi Ahli PAC yang mewakili Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini perlu ada integriti yang tinggi. Tidak boleh sewenang-wenangnya menyebarkan perkara- perkara yang... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah, duduk dulu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah duduk dulu, bila soalan ditanya. Selepas itu bangun balik. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: ...Berunsurkan fitnah, yang tidak ada kredibiliti. Apatah lagi terbukti hari ini, hanya berasaskan maklumat internet yang tidak ada asas dan diselewengkan dan tidak mewakili satu akhlak sebagai seorang Ahli Parlimen yang harus mempunyai integriti yang tinggi. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, apabila saya menjawab soalan-soalan, apabila saya membentangkan kertas kerja saya dalam ceramah-ceramah, saya selalu mengatakan saya berbangga dengan PAC. Oleh sebab Dato’ Sri Mohd. Najib begitu telus mewujudkan PAC, di mana ahli-ahli di dalam PAC juga merupakan wakil-wakil daripada parti-parti pembangkang. Saya mengatakan wakil-wakil dalam parti pembangkang ini mereka yang mempunyai integriti yang tinggi. Maka, please trust them, dengan izin. Itulah untuk meredakan tuduhan-tuduhan palsu yang diberikan kepada mereka. Akan tetapi pada hari ini kita berasa amat sedih apabila terdapat bukti yang agak kukuh bahawa beliau terlibat di dalam memberi maklumat-maklumat yang palsu, bahkan terlibat di dalam memfitnah Perdana Menteri kita. Terima kasih Yang Berhormat . Tuan Yang di-Pertua, saya meminta Ahli Yang Berhormat ingat kembali apa yang saya perkatakan dahulu dalam perbahasan saya dalam sesi yang lepas. Saya menegaskan apa yang berlaku di negara kita pada hari ini juga melibatkan satu invisible hand. DN 25.6.2015 33

Tangan invisible yang kadangkala kita perasan atau pun tidak perasan, kita ikut. Bahkan rakan-rakan saya daripada parti pembangkang juga telah meminta nama-nama buku itu. Saya telah menyerahkan nama-nama buku itu dan saya minta bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam di dalam Dewan ini membeli buku itu dan membaca apa yang maksudkan. Saya hendak menegaskan bahawa pada hari ini Malaysia ialah merupakan salah sebuah negara yang diancam begitu hebat yang dipelopori oleh gerakan-gerakan Zionis, Yahudi Israel. Ketiga-tiga buku di mana nama telah pun saya berikan. The Armies of God by Iain Buchanan, The Tenth Parallel by Eliza Griswold dan The Art of Deception by Jerry D. Gray. Bahkan, Jerry D. Gray dengan title buku The Art of Deception. Apakah makna The Art of Deception? The Art of Deception. “Deception” bermakna mereka mempelajari cara-cara bagaimana untuk menipu, memfitnah dan tipu helah terhadap pemimpin-pemimpin kita. Untuk pengetahuan juga, mereka yang terlibat ini juga telah diberi kursus yang khas, yang disponsor oleh satu politik daripada negara jiran yang dianjurkan oleh Israel dan tajuk kursus itu ialah, “How To Topple Muslim Government.” Saya cuba hendak memberikan background sebelum saya bergerak membincangkan RMKe-11. Oleh sebab RMKe-11 ini tidak akan berjaya kalau kita tidak balik ke pangkal jalan, jika kita tidak bertaubat. RMKe-11 ini merupakan satu wake up call. Walaupun saya akan membentangkan banyak masalah. Saya akan bentangkan satu per satu rintihan-rintihan di akar umbi. Bahkan, saya juga akan quote nama sahabat-sahabat saya di Dewan ini yang telah menyatakan rintihan-rintihan itu. Akan tetapi kita kena teliti apakah punca? Mengapakah jadi begini? Apa sahaja kerajaan kita buat, mesti akan ditentang, dihentam melalui media massa dan kita yang tidak rasional ini tiba-tiba terikut dan mengikut kerana matlamat mereka, mereka akan menjahanamkan negara kita. Eliza Griswold di dalam Tenth Parallel. Dia kata Malaysia satu-satu negara yang tinggal. Satu cara untuk menjahanamkan Malaysia menggunakan isu agama. Malaysia is the most sophisticated modern country in the world tetapi salah satu cara, kita gunakan isu agama. Alhamdulillah lima tahun saya bagi ceramah macam ini, tiba-tiba sahabat saya daripada PAS, Yang Berhormat Zuhdi. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat masih ingat sebulan dua yang lepas, di dalam surat khabar telah menyatakan, rakan-rakan semua berhati-hati dengan konsep 3S yang dipelopori oleh sahabat kita dari negeri jiran di bawah. Bahkan Zuhdi juga- saya ada paper cutting dia kalau hendak tengok. Saya ada bawa paper cutting. Bahkan, dia kata orang Islam berjaga-jagalah sikit. Orang Malaysia jagalah sikit kerana apa yang mereka buat itu ialah dipelopori oleh “Zionis Israel”. Bahkan, saya berkesempatan berjumpa dengan the author of The Armies of God, Iain Buchanan. Iain Buchanan beritahu saya, dia kata, “Saya pun tidak faham Ibrahim, macam mana orang Malaysia ini boleh terikut pemikiran yang dipelopori oleh Zionis Israel, termasuk juga pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia.” Ini kerana dalam buku Iain Buchanan, di Malaysia ini ada dua kumpulan yang ingin merosakkan kemakmuran, kestabilan dan keharmonian negara kita. Dua kumpulan. Pertama, the ethnic Chinese dan yang kedua, pemimpin-pemimpin Islam dan nama pemimpin ini ada dalam buku yang bertujuan untuk menjahanamkan. Akan tetapi saya ingin menekankan sekali lagi, saya tidak mahu sebelum saya membentangkan seterusnya, saya tidak mahu ada perasaan marah terhadap saya di kalangan rakan-rakan bukan Islam. ■1310 Walaupun saya kata the ethnic Chinese, kalau ikut kata Helen Ang, “Orang Melayu, lu jangan marah sama orang Cina. Lu marah sama orang Cina, Kristian evangelical”, helenang.wordpress.com. Saya meminta rakyat Malaysia tidak kira apa kaum termasuk rakan saya orang-orang Cina fikir betul-betul kerana RMKe-11 ini untuk kita. Kalau negara berjaya, kita berjaya, kita senang, anak cucu cicit kita hidup senang, bahagia dan aman. Tadi Datuk Megat menerangkan supaya jangan dipoliticize sangat isu itu. Datuk Megat, saya akan terangkan secara teori sahaja, saya ada bawa buku tebal. Teori-teori mengapa benda itu berlaku, ada enam kriteria termasuk purposeful depoliticization, saya akan bincangkan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi saya masa sedikit kerana saya hendak mengambil kesempatan. Saya rasa ini masa keemasan hendak saya sampaikan kepada rakyat Malaysia yang saya cinta. Apatah lagi semenjak saya dilantik sebagai Senator, saya rasa perasaan saya, cinta saya, sayang saya kepada rakyat Malaysia. 34 DN 25.6.2015

Orang Cina kiri-kanan, depan-belakang. Orang India dah menjadi macam saudara saya. Saya dengan Dato’ Nalla dah macam adik-beradik dah. Dia pun kata saya, “My brother.” Kita sayang. Saya boleh peluk dia, saya boleh peluk rakan-rakan saya orang Cina. Maksudnya perasaan kita sekarang ialah we are Malaysians, kita bersaudara. Akan tetapi masalah kita pada hari ini, kita terlampau dipoliticizekan yang pertama, dan kita digunakan oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk menghancurkan negara kita dan kita ini orang Malaysia tidak kira Islam ataupun bukan Islam terperangkap dan kita tidak memikirkan apakah long term. Kita hanya memikirkan short term, kuasa, kuasa, kuasa. Sudah dapat betis hendak paha, dah dapat paha hendak lagi. Itu short term kerana nafsu- nafsi tetapi kita kena memikirkan long term, memikirkan negara kita Malaysia ini berbilang kaum. A plural society di mana dalam konsep politik, kita dikatakan mempunyai masalah konflik yang dipanggil protracted conflict, saya jelaskan. Protracted conflict memang dikenakan ke atas negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masalah konflik yang dipanggil protracted conflict. Yang Berhormat, saya telah mendengar banyak hujah bahkan tadi hujah-hujah yang diberikan oleh rakan-rakan saya seperti Dato’ Adam, Datuk Megat, Dato’ Olian, Datuk Asyraf, Datuk Lihan Jok bahkan Dr. Syed Husin, Tan Sri Rahim, sahabat saya Yang Berhormat Chandra Mohan, memang saya faham dan saya ingin mengulas supaya kita dapat memahami dan kita dapat memperbaiki sikap, hati sanubari kita menjadi rakyat Malaysia yang ikhlas untuk kepentingan kita bersama. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, polisi-polisi, apa bentuk polisi pun memang mempunyai masalah. Polisi baru, idea baru mesti mempunyai resistant to change. Transformation merupakan satu konsep perubahan, change, and it’s not that simple. Mesti banyak tentangan. Apatah lagi dalam konteks negara berbilang kaum, lagi banyak tentangan. Saya mendengar hujah-hujah daripada sahabat saya, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan. Beliau berkata betul, saya setuju, beliau bertanyakan macam mana benda ini boleh jadi realistik? Saya tengok memang betul, payah hendak kita terima RMKe-11 ini. Ikut kata Yang Berhormat Chandra Mohan, tidak realistik. Mana mungkin pendapatan isi rumah meningkat 68 peratus. Memang tidak realistik. Mana mungkin pendapatan isi rumah bawah 40 melonjak 108 peratus, tidak realistik. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Ya, saya tengok Tan Sri Rahim kah, Datuk Lihan yang bercakap daripada segi penyakit dan lembam. Walaupun saya bimbang juga tadi betulkah kawan itu sakit walaupun saya bukan doctor medical tetapi saya ingat saya hendak tengok juga. Rupa-rupanya dia kata itu andaian sahaja, analoginya. Saya nampak yang lain- lain Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mereka bimbang bahawa RMKe-11 ini akan melebarkan lagi jurang antara kaya dan miskin. Mereka bimbang RMKe-11 ini kalau ya pun negara kita akan mencapai negara maju 2020, orang-orang Melayu akan lebih tersingkir, akan menjadi lebih miskin dibandingkan dengan orang-orang Cina. Bahkan saya juga berterima kasih kepada Dr. Syed Husin juga memberikan keluhan yang sebegitu rupa. Kita rasa perkara itu betul kerana kalau perkara itu berlaku, kalau sekiranya dalam proses pembangunan ini kalau kita mencapai 2020 maju sekalipun kalau orang Melayu bumiputera lagi jauh ke belakang, maka saya cukup risau masalah yang serius akan berlaku kerana tadi kita diterangkan mengapa, Dato’ Adam menerangkan 13 Mei. Kalau Yang Berhormat belajar konsep ekonomi, the rising expectation, ia konsep the rising expectation. Ia ada kaitan dengan the rising expectation kerana expectation rakyat pada 2020 adalah tinggi. Expectation rakyat pada 2020, perumahan cukup, gaji akan tinggi, kita menjadi rakyat negara maju, semuanya hebat. Pada saya yang paling teruk expectation orang Melayu, itu harapan mereka tetapi apa akan berlaku kalau sekiranya expectation itu tidak tercapai. Maka konsep the rising expectation, kalau Yang Berhormat baca konsep ekonomi telah menimbulkan banyak masalah yang cukup rumit terutama dalam negara-negara yang sedang membangun di mana economic development berjalan dengan begitu pesat. Saya ingin menarik sedikit, menarik balik apa yang Dr. Asyraf katakan tempoh hari di mana beliau quote tentang apa Profesor Amy Chua. Profesor Amy Chua ini seorang profesor daripada Yale, seorang American-Chinese, a full professor, pakar dalam bidang ekonomi. DN 25.6.2015 35

Beliau mengatakan keadaan ekonomi yang berat sebelah di mana dikuasai oleh market dominant minority di Asia Tenggara akan mengakibatkan ketidakstabilan negara- negara tersebut. Iaitu kalau berlaku perkara tersebut di mana ketempangan itu, berat sebelah masih berlaku, ia mengikut Amy Chua, akan mengakibatkan ketidakstabilan negara-negara tersebut. Yang Berhormat, saya hendak bagi sedikit hujah-hujah. Pada hari ini yang sebenarnya walaupun kita nampak hidup senang tetapi secara keseluruhan, memang ketempangan yang cukup jelas. Kita selalu dinyatakan tadi, ramai sahabat saya menerangkan tentang ekuiti kita, masih tidak sampai, masih rendah. Bagaimanakah kita ingin mencapai lebih kurang 8 peratus ekuiti dalam masa lima tahun? Boleh tercapai ataupun tidak? Maka kita lihat daripada segi contohnya yang saya agak seram juga, tanah komersial Melayu di bandar pada hari ini hanya 1 peratus. ■1320 Tanah Rizab Melayu hanya tinggi 12 peratus. Bangunan pada hari ini kalau kita lihat kita hanya memegang 15.7 peratus lebih kurang. Kompleks perniagaan 11.7 peratus, premis perindustrian 3.5 peratus, akauntan bertauliah registered, profesional accountant kita lebih kurang 6 peratus, the top 10 billionaires, 8 Cina, 1 India, 1 Melayu. Apakah ini kita boleh perbaiki dalam masa lima tahun? Itu soalan saya. Ini kerana kalau kita tidak boleh perbaiki kedudukan bumiputera Melayu di Malaysia ini konsep rising expectation will come in dengan izin. Hari ini the highest rising expectation kerana semua orang bercakap tentang RMKe- 11, semua orang bercakap negara maju, the final hurdle, the ultimate. Hari ini semua orang akan senang. Rising expectation, apakah terjadi kalau perkara ini tidak dicapai. Itu yang saya bimbang. Saya tidak boleh bayangkan. Maka dengan itu saya kata wake up call tadi ini memerlukan bukan sahaja dari segi komitmen dan political will tetapi lebih dari itu yang saya hendak sampaikan pada pagi ini di dalam fasa pertama perbahasan saya ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan Amy Chua ini bukan perkara baru. Kalau tuan-tuan membaca buku-buku ekonomi kalau kenal siapa itu Adam Smith, Adam Smith punya teori keluar pada 1776 bukan baru. Amy Chua baru. Adam Smith berkata, dengan izin, “No society can surely be flourishing and happy of which by far greater part of the numbers are poor and miserable”. Adam Smith memang very famous economist. Siapa belajar ekonomi memang belajar teori ini. Tidak ada satu pun masyarakat yang boleh bahagia kalau sekiranya terdapat dalam masyarakat itu kumpulan yang besar, yang miserable, yang miskin, yang poor dalam konteks negara kita dengan angka-angka yang saya bagi tadi nampak-nampaknya bumiputera Melayu akan terus poor dan poverty. Itu yang saya takut. Maka saya hendak sampaikan juga banyak idea berikan pemikir-pemikir dalam bidang ini contohnya Evil the Rosalyn Fairbank dalam penulisan konflik, krisis dan coalition di dalam buku Psychology Today, Mei 1968. Donald L. Horowitz: Direct, Displaced and Cumulative Ethnic Aggression, Comparative Politics October 1973 juga mengaitkan perkara ini. Beliau mengatakan polisi- polisi pembangunan di banyak negara-negara membangun di mana terdapatnya rakyat berbilang kaum ataupun plural society dan bila mana terdapat pembangunan yang tidak seimbang di mana satu bahagian rakyatnya lebih far more superior economically than the other. Kalau itu berlaku maka berlakulah situasi economic inequality between the two racial, tribal or ethnic groups often will lead to civil unrest and violence in the country. Penekanan pentingnya masalah ekonomi ini, kemiskinan, income, gaji, perumahan dalam konsep rising expectation rakyat kita pada tahun 2020 kalau tidak diselesaikan inilah berlaku. Apatah lagi negara kita ini negara berbilang kaum yang menyebabkan lagi teruk berlaku. Apatah lagi pada hari ini negara kita juga telah dikuasai oleh satu invisible hand, the super powers menggunakan rakyat di negara ini tidak kira Islam atau bukan Islam untuk menyokong gerakan Zionis untuk menjahanamkan negara ini secara sedar atau tidak sedar. Walaupun sudah lima tahun saya bercakap perkara ini masih ramai tidak sedar. Saya pernah memohon kepada bekas ketua, beliau pun sudah tidak ada lagi. Dia bagi saya peluang dua jam untuk memberi taklimat tentang cabaran ini, pemimpin PAS tetapi saya tidak dijemput. Saya hendak menerangkan inilah keadaan kita sebelum terlambat, “sebelum nasi menjadi bubur”, kita kena sedar. Ini kerana kalau kita lihat pemikir-pemikir semua berkata demikian bukan sahaja Amy Chua, bahkan Adam Smith semenjak tahun 1776. 36 DN 25.6.2015

Ini kerana pada hari ini apa yang Adam Smith kata, apa yang orang lain cakap memang tepat. Ia bukan sahaja Malaysia bahkan di negara-negara lain, negara-negara ketiga telah mengambil banyak tindakan untuk memperbaiki masyarakat mereka dengan konsep the eradication of poverty, dengan penyusunan semula masyarakat lah, dengan redistribution with growth and socioeconomic equality. Ia sebagai strategi. Akan tetapi dalam buku ini ia mengatakan di samping faktor-faktor lain memang banyak faktorlah. Dengan ketirisan, dengan rasuah, dengan itu, dengan ini tetapi buku ini kata salah satu sebab yang menjadikan masalah di negara-negara membangun yang cuba untuk membangun ini tidak berjaya sebab-sebab yang terdapat dalam plural society di mana adanya berbagai-bagai kaum di situ maka susahlah segala bentuk strategi, polisi, pembangunan di beberapa buah negara membangun telah dibantutkan terutama di negara- negara heterogeneous atau berbilang kaum dan saya katakan tadi di samping faktor-faktor lain. Saya berkata demikian Tuan Yang di-Pertua, tadi Ivor juga mengatakan, “As a result of frustration of the citizens, caused either by the inability to fulfill certain expectations or by the disruption of the society as a result of rapid improvement in socioeconomic condition”. Dua-dua kena. Rapid socioeconomic condition ini yang berlaku. Kita negara kita ini memang rapid socioeconomic condition. Negara maju memang very rapid. Kita sampai ke negara- negara maju memang kita akan bangga negara kita maju tetapi sebalik yang pertama tadi certain expectations by certain groups must be met. Kalau tidak negara maju tidak bermakna. Bahkan negara maju akan menimbulkan masalah, yang paling bimbang masalah yang akan menjahanamkan kemajuan itu sendiri, negara itu sendiri, bangsa itu sendiri. Donald L. Horowitz mengatakan societies divided by sharp caste or class as well as by the ethnic cleavages will probably experience more frequent and more intense ethnic aggression than societies not doubly divided in this way. Maksudnya negara yang mempunyai berbilang kaum macam kita ini bernasib malang daripada segi ini. Saya maksudkan daripada segi ini kerana dikatakan negara macam kita ini lebih terbuka, more frequent and more intense ethnic aggression terutama apabila kita tidak memahami prinsip-prinsip perpaduan, prinsip-prinsip muafakat. Kita mahu mencari rezeki kita mahu mendidik anak-anak kita, membesarkan anak- anak kita, memberi makan minum pada anak isteri kita tetapi kita tidak mahu menerima prinsip-prinsip tertentu. Kita tidak mahu menerima undang-undang, kita tidak mahu menerima Dasar Kebangsaan tetapi kita hendak semua. Akan tetapi negara suruh buat kita tidak hendak, kita tolak, kita lawan, kita cucuk. Kita menggunakan the arts of deception. Ini saya katakan masalah pada hari ini. Maka pada hari kita dapat melihat dalam usaha kerajaan kita mewujudkan masyarakat the egalitarian ataupun the equitable society melalui proses pembangunan dan transformasi negara yang berbilang kaum di Malaysia ini ikut kata penulis tadi “will frequently face the problem of heightened communal self-identification, competition and conflict between the indigenous population who form the majority and the non-indigenous group who constitute the minorities. ■1330 Saya quote, so far sudah beberapa buah buku, sudah 5-6 keping buku sudah ini saya quote. Saya hendak mengukuhkan lagi idea ini bukan idea orang Melayu, bukan idea Dato’ Sri Najib, idea orang putih, researchers membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku di negara-negara membangun yang sepatutnya maju tetapi hancur. Kita syukur alhamdulillah, walaupun selepas 13 Mei, kita ikut teori domino theory, kita akan hancur tetapi domino theory tidak menjadi. Kita alhamdulillah, kita berjaya. Kita hendak maintain benda itu dengan syarat kita mahu memahami apakah tanggungjawab kita, apatah lagi saya katakan kalau betul-betul kita serius ingin membantu kerajaan dan memastikan RMKe-11 itu berjaya. Kita kena faham prinsip-prinsip tertentu yang akan saya jelaskan lagi. Ya kerana sebagai rakyat biasa, sudah pasti kita ingin melihat keamanan, perpaduan, harmoni dan saya bimbang kalau perkara ini tidak berlaku. “Communal conflicts and political disintegration in these societies have resulted in many unhappy and disturbing repercussions.” Beberapa keping buku sudah itu. Ya, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menjelaskan perkara-perkara ini sebelum kita membantu dan bersedia menyiapkan dalaman dan luaran diri kita bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk memastikan RMKe-11 ini berjaya. DN 25.6.2015 37

Oleh sebab, untuk kerajaan mewujudkan equitable society, masyarakat yang seimbang dan saksama, saya katakan tadi sentiasa menghadapi tentangan bahkan juga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dan konflik kerana pada hari ini tiap-tiap kali apabila kita mengeluarkan polisi, sentiasa ditentang. Kalau polisi itu membantu orang Cina, orang Melayu akan marah. Kalau polisi itu banyak membantu Orang Melayu, orang Cina akan marah. Maka untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berucap ini pun, saya rasa cukup banyak sudah rakan-rakan di luar, NGO, sahabat-sahabat saya, telefon saya, SMS saya, Ibrahim you kena tolak RMKe-11 ini sebab kalau you tidak tolak, you bertanggungjawab menjahanamkan negara dan menjahanamkan Orang Melayu. Empat hari saya meneliti, saya buka semua, saya baca hujah-hujah yang diberikan oleh Dato' Sri Abdul Wahid, saya baca hujah-hujah yang diberikan oleh Dato' Sri Idris Jala, saya bacakan statement yang dikeluarkan PM sendiri. Saya buka semua information yang ada kerana saya hendak meyakinkan diri saya betul kah tidak betul ini kerana kalau saya silap memberi pandangan, maka sahabat-sahabat saya kata you akan menjahanamkan negara, you akan menjahanamkan nasib orang-orang Melayu di Malaysia ini kerana di kalangan orang Melayu memang cukup bimbang Tuan Yang di-Pertua, memang cukup bimbang, ingin saya jelaskan memang cukup bimbang, kita takut 2020, orang lain ke hadapan dan kita akan tertinggal. Kekayaan orang Cina misalnya di katakan melebihi RM1 trilion, bukan milion, RM1 Trilion. Orang Cina melebihi kekayaan orang Melayu. Apakah itu tidak menakutkan Orang Melayu? Dan saya tidak menyalahi kalau ada orang Melayu mengatakan tolak RMKe-11. Saya mempunyai tanggungjawab yang cukup berat walaupun saya seorang manusia kerdil yang empat hari saya fikir punya fikir, untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua sudah tiga malam saya tidak tidur. Sampai saya warning bini saya selagi saya tidak- mesti kejut makan sahur. Lepas sahur buat kerja lagi. Tiga malam saya tidak tidur. Saya keluarkan semua buku lama, yang teori tadi semua buku lama, bukan buku baru. Sebab saya bimbang memikirkan RMKe-11 2020 ini betul ke tidak betul. Boleh kah tidak boleh, lebar kah tidak lebar. Dikatakan cukup lebar. Maka saya katakan tadi inilah yang perlu kita lihat bagaimanakah cara, apakah langkah-langkah yang patut kita buat? Macam saya katakan tadi ya, semalam Yang Berhormat Dato' Muhammad Olian telah menerangkan segala masalah satu persatu. Saya tidak akan sebut balik. Cuma saya hendak katakan tadi kalau segi kekayaan kita, orang kaum Cina melebihi sebanyak RM1 trilion bahkan dia kata gross national income per kapita, bumi RM24,741, orang Cina RM124,230 by 2020. Ini yang membimbangkan Orang Melayu. Apakah ini kita hendak lihat? Jadi apakah cara yang hendak kita lakukan? Yang pertama saya katakan tadi buku-buku penulis-penulis politik mengatakan kita sebuah masyarakat yang sentiasa berkonflik dan dikatakan konflik kita bercorak protracted conflict ya. Saya mahu beri definisi protracted conflicts are hostile interaction which extend over long period of time, saya ambil sikit-sikit saja, saya akan jelas. Which extend over long period of time, maksudnya protracted, dia protract, dia over long period of time. These are conflict situations in which the stakes are very high. The conflict involves both societies and act as agent for defining the scope of national identity and social solidarity. Maksudnya walaupun konflik ini tidaklah seteruk mana, cuma kita mengalami 13 Mei itu saja, tapi dikatakan di sini the stakes are very high. Dia protracted conflict, konflik yang berpanjangan sampai bila-bila. This is bad. We have to stop all this nonsense. Berpanjangan and the stakes are very high, the intensity of the racial conflict fluctuates in accordance with the ability of the leaders from both groups to manipulate the racial situation. Iaitu bagaimanapun hendak menyelesaikan konflik ini berdasarkan kepada keupayaan pemimpin untuk pemimpin berbilang kaum. Ya, Malaysia mempunyai pemimpin berbilang kaum untuk menyelesaikan masalah itu dan di sini, Eric Nordlinger di dalam bukunya, “Conflict Regulation Model 1972” memberikan enam strategi. Ini yang pada saya penting, yang saya hendak tekankan sikit. Negara kita ini kalau hendak mencapai RMKe-11, hendak menjadi negara maju, ya hendak membantu kerajaan jangan lebar lagi, hendak membantu kerajaan apa yang kita hajati menjadi realistik, enam kriteria, strategi yang dicadangkan oleh Eric Nordlinger dalam bukunya Conflict Regulation. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang kah lagi? 38 DN 25.6.2015

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Ini fasa pertama Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh cepatkan. Give me time. To me it’s very important Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya rasa... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat pergi tajuk-tajuk yang penting itu, teruskan. Lepas itu fikirkan juga fasal ramai hendak bercakap lagi lepas ini. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Okey, lepas ini saya skip. Okey yang pertama, stable governing coalition, yang pertama stable governing coalition iaitu kerajaan campuran yang stabil iaitu kita UMNO, MCA, MIC, Sabah, Sarawak must be stable iaitu rakan-rakan saya MCA. Kena bantu, for the sake of country, konsep perpaduan di situ. Nombor dua saya kena cepat, the principle of proportionality, proportional, proportion. Dalam mana-mana plural society, hendak menyelesaikan protracted conflict, this is the principle mengikut proportion, maksudnya mengikut composition of the population. ■1340 Semalam rakan kita hendak itu hendak ini. So, rakan kita jawab tadi- siapa tanya? Yang Berhormat Dato’ Adam ya? Okey, kalau you hendak private sector pun buat benda yang samalah, senang. We give you, tidak ada hal, but ikut kata sini, konsep yang mat salleh buat, mesti ikut proportion iaitu kalau orang bumiputera Melayu 68 peratus in the government sector, in the private sector pun 68 peratus. Baru jadi. Kalau tidak, sampai bila pun tak selesai. Tidak ada formula. Masing-masing mempertahankan kehendak mereka. There is no end to it. Maka ini cadangan daripada pihak penyelidik, researchers. Yang ketiga, mutual veto. Mutual veto bermakna persetujuan daripada semua partners tadi. Purposeful depoliticization. Ini Datuk Megat Zulkarnain yang ditanya tadi. Purposeful depoliticization maksudnya walaupun they are the politician, there are political parties tapi can be depoliticized based on purposeful. Maksudnya dalam isu-isu tertentu, jangan dipolitikkan isu itu. Pada hari ini semua dipolitikkan. 1MDB dipolitikkan, GST dipolitikkan, semua politik. Semua politik. Kalau kita tidak politik, ikut rasional, inshaa-Allah, benda itu tidak ada masalah. Compromise on issues that divide the conflict group. Konsep compromise ini two way ya, bukan one way. Minta saya punya saya bagi, I minta you punya, you tidak bagi. Hak orang Melayu semua you hendak, then you punya tidak mahu bagi kita. Semalam jawapan Yang Berhormat Kamalanathan was perfect, UEC. Bukan tidak boleh bagi tetapi you tidak mengikut dasar kebangsaan. This is Malaysia, this is Malaysia. Curriculum syllabus must be based on Malaysia curriculum. Bukan bercakap sejarah negara China dan segala-galanya. I’m sorry to say this. This is negara kita Malaysia. Ini yang kita hendak lihat. Saya mengharapkan rakan-rakan kita, for the sake of our children, tukar sikap ini. Satu hari mimpi saya akan berlakunya perpaduan sepenuhnya menjadi sebuah negara kita yang terhebat. Compromise on issues that divide the conflict group. Granting of concession, itu anugerah. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya ada masa tapi tidak ada masa. Banyak granting concession. Konsep meritokrasi pada hari ini kita bagi kepada anak-anak Melayu tercicir dalam bidang-bidang kritikal. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta maaf. Cuba ringkaskan sedikit pasal kalau boleh esok lain kali kita adakan satu forum untuk lain-lain. Cuba ringkaskan untuk masa hari ini. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tuan Yang di-Pertua, alamak Tuan Yang di-Pertua, saya pun banyak ini, susah. Tuan Yang di-Pertua, kalau RMK- saya minta maaf kalau tidak dapat apa yang saya hendak katakan. Hendak berjaya, yang pertama, must be a major reform yang memerlukan political will. Kedua, execution implementation yang penting yang memerlukan integriti, ketelusan yang masih tidak ada, kecekapan government department memerlukan annual review. Kita ada lima tahun. Jangan bimbang, kalau tiap-tiap tahun kita buat review, kita perhatikan kelemahan, kita perkukuhkan untuk mencapai matlamat, inshaa-Allah. Keempat, perpaduan antara kaum. Kelima, sokongan semua kaum, kerjasama kompromi seperti yang saya cadangkan tadi. DN 25.6.2015 39

Keenam, koordinator agensi mesti diwujudkan. Ministry. Hendak memastikan rancangan ini berjaya. Bahkan, saya tidak tahulah perlunya kita bukan sahaja agensi, saya memikirkan bahkan dilantik di kementerian untuk kepentingan Melayu. Nampak bodoh sedikitlah. Kami ini macam Orang Asli juga akhirnya, orang Melayu pada hari ini. Daripada segi keupayaan kita, kita jauh ke belakang. Memerlukan satu serius komitmen, satu serius major reform. Kalau tidak, kita tidak boleh berjaya. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya memohon beberapa perkara. Ini untuk mengurangkan keresahan orang Melayu. Pertama, modal ekuiti Melayu bumiputera mesti dicapai ke tahap 30 peratus. Mungkin sebab masa yang singkat, tidak cukup ini, diwujudkan lebih banyak GLC. Kedua, memastikan dasar pemberian biasiswa yang berteraskan kepada sistem kuota diwujudkan semula berdasarkan kepada populasi kaum berdasarkan kepada teori enam kriteria yang saya katakan tadi... Tuan Yang di-Pertua: Cuba gulung Yang Berhormat. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Okey, berapa minit Tuan Yang di-Pertua hendak bagi saya? Bagilah 10 minit, please. Tuan Yang di-Pertua: Lima minit. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Kalau tidak, takut sahabat tak faham. Tuan Yang di-Pertua: Kalau yang sahabat lain, kita boleh adakan forum lain. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tidak apalah. Ketiga, tanah rizab Melayu mestilah dipelihara. Dua belas peratus. Bagaimana hendak dapat balik, terpulang kepada pemimpin lima tahun ini. Cari jalan mesti dapatkan balik. Keempat, kuota pemilikan hartanah di pusat-pusat bandar 40 peratus mesti dikekalkan. Kelima, mewujudkan semula kementerian pembangunan usahawan. Walaupun orang kata buat apa, ada hal baru-baru ini, itu pun belum tahu lagi betulkah tidak betul tetapi kementerian ini penting. Keenam, memperkasakan unit penyertaan bumiputera. Ketujuh, MARA mesti diperkasakan dan peruntukan harus ditambah dan harus diletakkan semula di bawah kementerian pembangunan usahawan atau satu kementerian khusus agar hala tuju MARA tidak tersasar. Kelapan, dasar perubahan konvensyen pinjaman PTPTN kepada biasiswa juga harus dipertimbang semula untuk pelajar Melayu bumiputera. Untuk pengetahuan, konvensyen PTPTN 80 peratus dapat kepada anak-anak kita bangsa Cina hanya 17 peratus, anak Melayu 4 peratus. Kita tidak mahu ambil balik, okey ambil, tetapi kita mencadangkan seperti yang saya cadangkan dahulu untuk anak-anak Sabah, Sarawak dan anak Melayu, kita patut pertimbangkan kepada mereka yang mempunyai CGPA 3.00 ke atas, second upper. Ini untuk menyelesaikan masalah yang saya katakan untuk mencapai objektif RMKe- 11 tadi. Kesembilan, mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi termasuk untuk memperkasakan ranking universiti awam dan kawalan kepada kualiti IPTS. Kesepuluh, memastikan perancangan pendapatan isi rumah per kapita penduduk luar bandar dan bandar mencapai matlamat. Kesebelas, memperkasakan sekolah kebangsaan daripada segi prasarana dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kita hendak marah rakan-rakan kita kaum lain tidak hantar kepada sekolah kebangsaan tetapi kualiti kita mereka persoalkan. Akan tetapi kalau kita perkasakan kerana perkasakan ini telah kita cakap berpuluh-puluh kali. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, tak berjalan. Slow. Kita ada lima tahun, kita perkasakan dalam erti kata yang sebenarnya. Pastikan the best teachers, the best infrastructure, segala-gala the best. 40 DN 25.6.2015

So, it is even better than Chinese school. Then, our Chinese friend will come to us dan termasuk juga jangan buat perkara-perkara yang mereka takut kepada sekolah kebangsaan. Contohnya tidak lama lagi kalau raya haji, janganlah potong lembu dekat sekolah. Contohnyalah. Masa saya kecil kita potong lembu di surau dan di masjid. Ini pergi potong lembu dekat sekolah buat apa? Mana orang lain tidak marah. Kedua belas, menambah kuota kemasukan universiti awam untuk pelajar-pelajar Melayu bumiputera dalam bidang-bidang kritikal. Saya katakan tadi, bidang kritikal kita cukup- cukup jauh ke belakang. Ketiga belas, mewujudkan skim perkhidmatan kerajaan kepada golongan teknologis sejajar dengan Akta MBOT yang telah diluluskan. Hujah saya itu hari saya bimbang boleh dilakukan tidak setaraf dengan full fledged engineers. Keempat belas, menyemak dan memperkasakan semua kolej komuniti, pusat GiatMARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej MARA dan sebagainya. Kelima belas, memperbanyakkan pembangunan luar bandar dan cara mewujudkan bandar-bandar satelit sejajar dengan pengeluaran komoditi hasil tani di sesuatu daerah, kawasan seperti padi, kelapa sawit, kepala, getah dan lain-lain di samping meningkatkan lagi hasil makanan negara. Keenam belas, sistem subsidi hasil tani kepada golongan petani harus dikaji semula kerana kita tidak mahu berlaku ketirisan di peringkat pemborong atau orang tengah kerana merekalah yang menikmati kemudahan tersebut lebih daripada petani. Ketujuh belas, Rancangan FELDA dan FELCRA harus diperluaskan lagi, sistem pengurusan harus diperkemaskan. Seterusnya, unit-unit saham dan saham amanah untuk bumiputera diwujudkan lagi. Sebagai contoh, saya cadangkan agar mana-mana anak syarikat 1MDB yang difikirkan berdaya maju seperti IPP dan sebagainya dibuka sahamnya kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan untuk semua kaum lain, mengadakan satu dana khas atau saham amanah khas yang kita namakan ‘Dana Bakti Negara’ diwujudkan dan diagihkan kepada semua Ahli sahaja [Ketawa] Ini cadangan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. ■1350 Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya pun nak terang sedikit lagi. Benda ini penting untuk Oang Melayu kerana Orang Melayu lah dan bumiputera Sabah,Sarawak lah yang memberi kemenangan kepada UMNO. UMNO 89, Sarawak 26 daripada 31, Sabah 22 daripada 25 walhal Sabah dan Sarawak memberi kosong kepada PAS. Di Semenanjung PAS hanya 21. Maksudnya kita kena bela mereka balik. Kena jaga mereka balik. Bukan sahaja kita jaga seluruh negara tetapi jaga orang-orang Melayu Bumiputera... Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, okey. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Maka, Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf kalau terlebih masa. Saya harap apa yang saya bentangkan dapat difahami dan saya dengan ikhlas mengharapkan semua kaum di Malaysia ini dapat bersatu kembali dan menyokong kerajaan yang ada, sama-sama kita bekerjasama untuk memajukan negara kita dalam proses pencapaian RMKe-11 negara maju 2020. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Semua Ahli Yang Berhormat agaknya tadi kita teruskan masa tengah hari oleh sebab masa tidak mengizinkan, dah itu kalau boleh kita nak selesaikan pada jam sebelum kita buka puasa. Ini kerana hari ini hari terakhir oleh itu saya bagi peluang tadi kerana kualitinya saya fikir memang boleh saya bagi masa lebih. Di samping itu, saya harap juga Ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada kualiti yang baik macam itu tak kira siapa, kita bagi masa lebih sedikit. Akan tetapi kalau yang kurang itu, saya rasa saya akan juga terpaksa kurangkanlah sedikit. DN 25.6.2015 41

Ini bergantung pada budi bicara saya melihat dia punya fokus kepentingan negara. Itu yang saya nak tekankan. Sekarang tanpa membuang masa, mengikut rekod saya di sini, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya Mat Ghani.

1.52 ptg. Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk sama membahas pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan saya terlebih dahulu ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah diberi keizinan, kekuatan dan ilham kepada saya untuk membawa beberapa perkara kepentingan rakyat untuk dibahaskan pada sesi perbahasan RMKe-11 di Dewan yang mulia ini. Nampaknya pembentangan rancangan pembangunan Malaysia Rancangan Malaysia Kesebelas ini telah menarik minat rakyat dan juga pelabur luar. Ini kerana seperti yang kita maklum, Rancangan Malaysia Kesebelas kali ini merupakan penghantaran baton yang amat penting sebelum negara membuat pecutan terakhir bagi mencapai Wawasan 2020 yang hanya tinggal lima tahun sahaja lagi. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita nasional melebihi USD15,000. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya pada petang ini pada tengah hari ini, saya akan melibatkan hanya tiga isu. Pertama, memartabatkan ekonomi kaum bumiputera. Kedua, soal perbelanjaan negara, kos pengurusan negara yang tinggi, dan ketiga, soal isu air dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menyanjung tinggi usaha Kerajaan Barisan Nasional yang selama hampir 58 tahun telah berjaya membawa pelbagai perubahan bagi memakmur dan mensejahterakan rakyat. Perubahan bagi memakmur dan mensejahterakan rakyat ini dapat dilihat dalam tempoh lima dekad yang lalu. Malaysia berjaya menjadi antara negara terbaik di Asia. Dalam pencapaian pertumbuhan ekonomi walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kejutan ekonomi. Dalam tempoh tersebut, Malaysia telah berjaya mentransformasikan struktur ekonomi daripada ekonomi berasaskan pertanian pada era dekad tahun 70-an kepada ekonomi berasaskan pembuatan pada pertengahan dekad 1980-an dan kepada perkhidmatan moden dalam dekad 1990-an. Pendapatan per kapita nasional sekarang meningkat lebih 25 kali ganda daripada USD402 pada tahun 1970 kepada USD10,796 pada tahun 2014. Manakala pendapatan purata isi rumah pula meningkat lebih 20 kali ganda daripada USD264 pada tahun 1970 kepada USD6,141 pada tahun 2014. Dalam pada itu, kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014. Dengan kemiskinan tegar telah berjaya dibasmi. Sungguhpun demikian, saya ingin menyingkap laporan penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) yang menunjukkan status ekonomi Melayu masih lagi berada pada tahap yang memerlukan perhatian. Perangkaan laporan tersebut menunjukkan sebahagian komuniti Melayu masih lagi kekal berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan. Keadaan ini wujud kerana sebahagian besar 85 peratus pendapatan isi rumah orang Melayu masih bergantung kepada kerja makan gaji. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, rakyat sekarang mendapati pendapatan bulanan mereka tidak cukup untuk menampung segala keperluan hidup. Dalam erti kata lain, jumlah pendapatan bulanan tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang amat menyeksa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat sebahagian daripada mereka terpaksa mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi kos sara hidup mereka. Malah, mereka juga terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang telah di lambak begitu banyak di Malaysia. Dengan gaji pekerja asing yang relatif rendah dengan tanggungjawab tanggungan kos yang kecil telah menyebabkan ramai majikan lebih berminat untuk mengambil pekerja asing bekerja daripada Warganegara Malaysia sendiri. 42 DN 25.6.2015

Perkara ini secara tidak langsung menyekat peluang rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi persoalannya, apakah pembelaan yang dapat diberi oleh kerajaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah khasnya komuniti Orang-orang Melayu? Sungguhpun kita tahu banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan ekonomi kaum bumiputera dan Orang-orang Melayu tetapi tahap kedudukan kaum Melayu dan bumiputera masih lagi rendah. Persoalannya di manakah kekurangannya sehingga menyebabkan usaha untuk meningkatkan ekonomi kaum Melayu dan bumiputera masih lagi perlahan? ■1400 Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah dalam tempoh RMKe-11 ini tahap ekonomi kaum Melayu daripada bumiputera dan bumiputera dapat dicapai pada tahun 2020 nanti? Saya berharap benar agar segala perancangan dan strategi yang disusun dapat menghasilkan pencapaian yang diharapkan. Tinjauan mendapati bahawa sebahagian besar kemiskinan bandar dan luar bandar masih melibatkan orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain dengan tahap pendapatan yang masih kecil. Saya khuatir kumpulan orang Melayu dan bumiputera di bawah B40 ini akan terus ketinggalan. Apa yang saya bimbang ialah jurang pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan berpendapatan rendah. Pada saya, tiada gunanya jika negara dilihat maju tetapi jurang pendapatan rakyat miskin dengan kaya amat ketara. Kita lihat keadaan ini sedang berlaku di Singapura walaupun negara tersebut telah mendapat pengiktirafan sebagai negara maju tetapi sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah di negara tersebut menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi. Oleh sebab pendapatan yang diterima tidak dapat mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara tersebut. Di Singapura, gaji minimum untuk warga Singapura ialah SGD2,000 bersamaan RM5,060. Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mampu menyewa flat murah milik kerajaan yang sempit, yang cuma ada dua buah bilik seperti sarang burung merpati. Satu lagi fenomena yang membimbangkan saya ialah kehadiran ramai pekerja asing dan pendatang tanpa izin ke Malaysia. Jika gagal dikawal dengan cepat, bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara tetapi juga boleh menggugat sosioekonomi rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, malah wang yang berjumlah berjuta-juta ringgit telah dihantar pulang setiap tahun ke negara asal mereka telah menyebabkan wang tersebut tidak disalur kembali ke dalam negara. Ini pastinya akan merencatkan perkembangan ekonomi negara. Dengan kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia akan berganda kepada RM750 bilion atau 76.2 peratus KDNK yang dijangka pada pertengahan tahun ini, bermakna pada lima tahun akan datang hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100 peratus daripada KDNK negara. Ini bermakna, pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 tidak cukup untuk membayar hutang terkumpul seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan pinjaman pelajaran. Keadaan ini akan menjadi cabaran besar kepada kerajaan untuk melonjak pendapatan isi rumah, khasnya orang Melayu dan bumiputera kepada pendapatan tinggi supaya sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Justeru itu, saya berharap kerajaan dapat menyediakan strategi dan mekanisme yang betul dalam Pelan RMKe-11 bagi mengurangkan jurang yang ada. Di samping kerajaan juga perlu memperkenalkan dasar-dasar baru bagi membangunkan ekonomi dan perniagaan kaum bumiputera dan Orang-orang Melayu. Lantas, langkah untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 adalah sangat wajar dan perlu disegerakan. Di samping itu, kerajaan juga perlu merangka kenaikan gaji minimum seimbang dengan kos sara hidup semakin meningkat setiap tahun sehinggalah matlamat Wawasan 2020 untuk meningkatkan pendapatan rakyat berjaya dicapai. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua hendak saya bentangkan pada perbahasan saya pada tengah hari ini ialah soal kos pengurusan kerajaan yang tinggi saya kira. Saya juga ingin membangkitkan isu kos pengurusan kerajaan yang tampak semakin tinggi. Dari tahun 1970 sehingga tahun 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan didapati telah meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. DN 25.6.2015 43

Untuk makluman, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10 peratus daripada seluruh tenaga kerja di Malaysia. Sama ada bilangan kakitangan yang ada sekarang memenuhi had keperluan atau tidak, sesuatu yang sukar dijawab dengan tepat. Namun, apa yang kita dapati, pihak pembangkang sering memperdebatkan isu ini. Maka, saya berpendapat perlu satu kajian yang terperinci dilakukan bagi mengesahkan keadaan ini. Ini adalah untuk memastikan jumlah penjawat awam mampu ditanggung dan tidak membebankan kerajaan sehingga boleh menyebabkan kedudukan fiskal kewangan negara terjejas. Kita tidak mahu keadaan di mana seramai lebih 5,000 orang penjawat awam yang mempunyai pelbagai masalah disiplin yang berat seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru-baru ini dibayar gaji tanpa memberi balik hasil kerja yang produktif. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyebut soal pekerja-pekerja kontrak yang saya kira puluhan ribu yang berada dalam negara kita. Sama ada semalam, dua hari lepas, Yang Berhormat Sultan kita membangkitkan syukur, Sultan bapa dia. Membangkitkan soal pekerja kontrak yang berada di Parlimen. Bukan sahaja di Parlimen, saya rasa di pelbagai jabatan, di pelbagai kementerian. Bayangkan kalau pekerja kontrak itu sudah berada, sudah berumur 50 tahun, sudah berumur 40 tahun dan mereka ini mempunyai kepakaran yang tertentu mengikut bidang mereka. Tiba-tiba diberhentikan dan ditamatkan kontrak, ke mana mereka hendak pergi, ke manakah mereka hendak membawa diri? Soal ini saya berharap kerajaan harus mengambil berat dan memandang kepada pekerja-pekerja ini. Banyak rungutan yang kita terima, terutama pemimpin-pemimpin masyarakat hari ini menerima rungutan ini. Ini lah saya mengutarakan, saya menyebut fasal ini. Kena kerajaan harus mengambil perhatian yang berat dalam soal pekerja-pekerja kontrak ini. Kalau mereka hilang, mereka dibuang, mereka berhenti, kita rasa satu kerugian yang amat besar kepada negara. Kita hendak ambil orang baru, hendak latihkan semula seperti yang ada kepada mereka, sangat sukar bagi kita. Oleh itu saya menyarankan kepada kerajaan supaya perlu memberikan perhatian dan mengambil tindakan tegas terhadap masalah ini. Sebagai satu langkah untuk memastikan mereka yang efisien sahaja diambil bekerja demi menjaga imej kerajaan di samping mengelak kerajaan menanggung kerugian kerana membayar gaji penjawat awam yang tidak produktif. Dalam pada itu, pujian harus juga diberi kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi menambahbaikkan pengurusan belanjawan. Salah satu daripadanya ialah amalan belanjawan berasaskan outcome (OBB) iaitu dengan membangunkan rangka kerja prestasi bersepadu yang menumpukan kepada perancangan terperinci bagi pelaksanaan dan pemantauan program. Selain daripada itu, kerajaan juga telah mengadakan langkah kawalan dengan menekankan keberkesanan perbelanjaan belanjawan terhadap projek berimpak tinggi yang bernilai melebihi ratusan juta yang perlu diaudit oleh Jabatan Audit Negara. ■1400 Sungguhpun demikian dalam tempoh sedekad ini, peruntukan pembangunan telah semakin berkurang. Kalau sedekad dahulu, peruntukan pembangunan dalam bajet tahunan melebihi 30 peratus tetapi sekarang telah merosot kepada hanya lebih kurang 15 peratus, sepertimana yang kita lihat dalam bajet Belanjawan 2015 yang telah diluluskan. Oleh itu saya berpendapat bahawa kerajaan perlu mengadakan usaha bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan dan mengekalkan momentum peruntukan pembangunan 30 peratus supaya matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi benar-benar menjadi realiti. Dalam beberapa laporan audit, Ketua Audit Negara telah banyak kali melaporkan kes-kes pembaziran, perbelanjaan yang boros, kerugian yang tidak bertanggung jawab dan ketidakcekapan mutlak serta amalan rasuah yang masih belum dapat diatasi dengan sepenuhnya. Situasi ini perlu diatasi segera agar perbelanjaan wang secara berhemah dapat dilaksanakan. Oleh itu, penekanan harus diberi terhadap usaha pemantauan dan penguatkuasaan agar kesilapan dan kesalahan sama ada tidak akan berulang lagi setiap kali Laporan Audit dibentangkan.

44 DN 25.6.2015

Saya melihat isu rasuah dan ketirisan, Tuan Yang di-Pertua, menjadi punca utama kepada peningkatan belanja pengurusan. Rasuah juga boleh dikatakan sebagai penyumbang utama kepada kos sara hidup yang semakin tinggi di mana akhirnya pembayar cukai dan rakyat yang akan menanggung beban. Sebagai contoh, apabila projek pembangunan sama ada kecil ataupun besar dinaikkan harga lebih daripada berpatutan, margin keuntungan kontraktor akan dilindungi daripada terjejas dengan memindahkan kos itu kepada pengguna dan pembayar cukai. Oleh itu saya cadangkan supaya setiap agensi kerajaan perlu ditempatkan Unit Audit Kerajaan bagi memantau dan menjamin ketelusan di samping memperkukuhkan penguatkuasaan. Isu yang ketiga yang hendak saya bawa, iaitu isu bekalan air negara. Terlebih dahulu saya ingin menyanjung tinggi usaha kerajaan telah berupaya menyediakan bekalan air kepada 95.1 peratus orang rakyat Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan. Satu pencapaian yang memberangsangkan dikala banyak negara-negara di dunia masih bergelut dengan mengadakan bekalan air yang cukup bagi rakyatnya. Dalam plan RMKe-11, kerajaan merancang supaya 99 peratus orang penduduk mendapat bekalan air bersih dan terawat menjelang tahun 2020. Sungguhpun demikian, negara masih lagi dibelenggu masalah mutu bekalan air dan kadar air tidak berhasil (NRW) yang sehingga ke hari ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda masalah tersebut telah dapat dikurangkan. Setiap hari kira-kira 5,700 juta liter air bersih yang dirawat dan sepatutnya sampai ke pili pengguna hilang disebabkan paip bocor ataupun kecurian. Ini bersamaan dengan kehilangan RM2.5 bilion setiap tahun jika dinilai daripada segi kos pengeluaran industri. Walaupun dalam RMKe-10 yang lepas kerajaan telah berbelanja sebanyak RM1.1 bilion bagi mengurangkan kadar NRW, namun usaha tersebut tidak menghasilkan prestasi yang baik. Rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan tren NRW dari tahun 2010 hingga tahun 2013 masih lagi di paras 36 peratus setiap tahun. Sasaran kerajaan adalah supaya NRW dikurangkan daripada 36.8 peratus pada tahun 2013 kepada 25 peratus. Pengurangan sebanyak 11 peratus yang dianggar dapat menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM410 juta setahun. Justeru itu saya memohon supaya masalah ini diatasi segera menjelang tahun 2020. Kita tidak mahu lagi digelar negara maju tetapi prestasi pengurusan bekalan air masih kurang maju dengan 25 peratus NRW. Usaha hendaklah ditingkatkan supaya bekalan air yang disalurkan bermutu tinggi dan selamat untuk terus diminum dari pili. Di Jepun, Singapura dan negara-negara Eropah yang maju, rakyat mereka tidak perlu menghabiskan wang ribuan ringgit untuk memasang penapis air, water filter di rumah. Akan tetapi di Malaysia, rakyat masih kurang yakin dengan mutu bekalan air yang ada. Berhubung dengan isu ini, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah masalah sebenar? Mengapakah NRW tidak dapat dikurangkan seperti trend NRW dari tahun 2010 hingga 2013? Selain daripada itu, saya juga mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang. Bilakah ia akan dapat diatasi sepenuhnya agar rakyat terutamanya yang tinggal di flat tidak dihantui dan dibebankan oleh masalah ini secara berpanjangan? Akhir-akhir ini kita melihat, Tuan Yang di-Pertua, khususnya di Selangor, masuk bulan puasa sahaja orang Selangor tidur. Masuk bulan puasa sahaja masalah bekalan air terganggu. Rakyat Selangor sedih. Kadang-kadang ada mak cik menangis. Hendak dapat air susah di Selangor. Terpaksa bersengkang mata. Bawa air angkut air daripada penghantaran air, daripada SYABAS naik ke tingkat 20 ke tingkat 15. Kerajaan harus melihat keadaan ini. Yang terakhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak... Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Jangan kacau lah. Saya hendak respons sedikit tentang, yang pertama, wakil DAP Pulau Pinang. Manakah dia pergi, tak ada?... Buka puasa? Kita merasa kecewa Tuan Yang di-Pertua, apabila wakil DAP Pulau Pinang Yang Berhormat Senator bangun, berdiri, bercakap dalam perbahasan beliau, dia mengatakan Kerajaan Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional hari ini menganaktirikan Kerajaan Pulau Pinang. Betul tak dia ada kata semalam? Beberapa Ahli: [Bersetuju] DN 25.6.2015 45

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Dia tak tahu kah, pekak kah telinga, buta kah mata? Tak tengok apa yang kerajaan buat hari ini untuk Pulau Pinang. Malah saya difahamkan oleh rakan-rakan Pulau Pinang kita, bajet antara yang terbesar daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Pulau Pinang. Kerajaan Pusat tidak pernah membuat mengklasifikasikan kerajaan- kerajaan pimpinan pembangkang yang ada hari ini sebagai anak tiri. Tidak ada. Semalam, wakil daripada PAS Kelantan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat. RMKe-11 akan membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail dan beberapa projek mega lagi akan dihantar ke Kelantan. Bermakna kita tidak mengira sama ada pembangkang ataupun pihak kerajaan. Yang lebih penting kepada kita adalah untuk menyejahterakan rakyat di negeri-negeri tersebut. Itu tujuan kita. Yang keduanya, Yang Berhormat baru. Orang cantik, tinggi lampai, tetapi dia tak ada juga hari. ■1420 Tuan Yang di-Pertua: You minat kah? Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Saya. Akan tetapi Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bisik-bisik dengan saya tiada pula hari ini. Saya ini tidak boleh Tuan Yang di- Pertua, saya sudah ada anak lima dan ada isteri. Tuan Yang di-Pertua: Dia sembahyang, solat. Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim itu available dia bujang... [Disampuk] Boleh, terus. Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan. Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Dalam perbahasan beliau, saya harap dia dengarlah. Dia bangun bercakap, dia kata PTPTN menjadi bebanan kepada rakyat. Mungkin dia belajar dia masuk universiti dahulu, mungkin keluarga dia, family dia, ibu bapa dia orang kaya. Dia masuk universiti tidak perlu bantuan daripada kerajaan. Tidak perlu bantuan daripada PTPTN. Seluruh rakyat negara kita menjelajah ke pelosok kampung di seluruh negara, mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana adanya PTPTN. Berapa ramai orang susah di kampung. Berapa ramai orang susah di Perlis. Yang Berhormat yang perlu bantuan, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor. Kalau tahun 70-an, tahun 60-an, saya contohnya tidak ada PTPTN waktu itu, tidak ada pinjaman seperti yang ada sekarang. Pelajaran tidak seberapa, kepandaian tidak sebijak mereka. Akan tetapi kalau ada PTPTN inshaa-Allah, saya juga mampu untuk ke menara gading tetapi tidak ada sumber. Bapa miskin, bapa nelayan. “Kais pagi makan pagi”. Bukan waktu itu malah sekarang pun masih ada. Itulah perlunya PTPTN. Itulah kerajaan wujudnya PTPTN. Anak saya ada lima Tuan Yang di-Pertua, keputusan SPM tiga kredit, 4A, 2A. Tidak layak hendak masuk universiti IPTA, universiti awam tidak layak. Hendak masuk UiTM tidak layak, hendak masuk Universiti Malaya tidak layak. Hanya mampu pergi ke kolej. Kalau tidak ada PTPTN, saya juga tidak mampu. Dulu belum jadi Yang Berhormat Senator. Dulu hanya jual ikan di pasar borong. Tidak mampu, kerana ada PTPTN akhirnya anak saya berjaya. Akhirnya, anak saya dapat kerja yang baik, yang bagus. Dapat ada isteri, dapat ada anak, dapat bela isteri, jaga isteri, jaga keluarga yang baik kerana wujudnya PTPTN. Sepatutnya kita berterima kasih kepada kerajaan. Jangan kita hendak hentam Ya Allah kerajaan buat baik macam mana pun tidak timbul kebaikannya. Ikutlah contoh pembangkang seperti Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan, syukur kepada Allah SWT. Ini tidak, bangun sahaja hentam ikut sedap. Jadi saya harap yang tidak ada dalam Dewan ini, yang berkenaan dengarlah. Saya hendak bercakap supaya yang cantik manis itu bangun boleh membantah. Sedap sikit kita bercakap kan? Akan tetapi dia tidak ada hendak buat macam mana? Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, tidak adil kalau saya tidak menyebut soal Wilayah Persekutuan. Oleh sebab saya juga mewakili Wilayah Persekutuan. Bukan Kelantan, anak Kelantan tetapi mengembara dari tahun 70-an, Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bawa diri sehelai sepinggan, tumpang lori barang turun jalan silang. Akhirnya dimartabatkan oleh Allah SWT menjadi seorang Yang Berhormat. 46 DN 25.6.2015

Tidak ada dalam sejarah hidup orang lain saya kira. Saya bukan hendak bangga diri tapi saya bersyukur. Alhamdulillah kepada Allah SWT telah memberi kerahmatannya kepada saya. Terima kasih kepada kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO. Terima kasih banyak-banyak kerana peluang dan ruang yang telah diberi kepada saya. Mengubah hidup keluarga saya dan merubah hidup saya dan keluarga ayah, ibu saya. Walaupun ayah saya tidak sempat untuk menikmati kejayaan saya, tidak apa. Soal Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur jendela kepada dunia. Setiap tahun pelancong masuk ke negara kita melalui Kuala Lumpur majoritinya melalui KLIA. Mutakhir ini kita di khabarkan kerana ada beberapa perkara yang berlaku kepada negara kita jumlah kedatangan pelancong agak merudum sedikit. Akan tetapi tidak apa. Inshaa-Allah pada tahun-tahun akan datang akan bertambah. Apa yang saya hendak ceritakan di sini soal keadaan bandar raya di Kuala Lumpur yang menjadi tanggungjawab kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita hendak menuju negara maju dalam jangka masa lima tahun lagi daripada sekarang. Tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sudah sedia maklum, apa yang ada di Kuala Lumpur hari ini. Kita masuk sahaja daripada KLIA masuk sahaja ke Kuala Lumpur, kita dihidangkan dengan traffic jam. Masuk terus ke dalam, kita dihidangkan lagi dengan keadaan gerai penjaja yang berselerak. Kita terus berada di perut Kuala Lumpur, setinggan-setinggan di Kuala Lumpur masih bertaburan. Walaupun kerajaan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menetapkan setinggan sifar pada tahun 2020 dalam jangka lima tahun lagi pada sekarang, apakah mampu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menghapuskan setinggan-setinggan yang ada di Kotaraya Kuala Lumpur? Kita berada dalam negara maju pada tahun 2020 kita hendak menggambarkan bukan sahaja untuk rakyat kita malah seluruh dunia Tuan Yang di-Pertua bahawa Kuala Lumpur maju begitu juga dengan masyarakat penduduk warga kotanya turut maju. Kuala Lumpurnya turut indah. Kita tidak mahu lagi gerai berselerakan. Sepatutnya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan ataupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memikirkan gerai-gerai harus diganti dengan kiosk yang cantik yang indah. Jangan kita biarkan siapa yang hendak berniaga, pacak sahaja gerai, dirikan perniagaan. Tidak ada standardize dan sebagainya. Inilah perkara-perkara yang harus dilihat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk kita menghadapi tahun 2020, negara maju yang berpendapatan tinggi. Saya rasa itu sahaja dua tiga perkara yang hendak saya bentang pada perbahasan saya kali ini. Saya mohon ribuan ampun dan maaf jikalau seandainya apa yang saya perkatakan tadi ada terguris perasaan dan sebagainya. Bulan baik, hari baik ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf. Sekali lagi saya dengan ini saya menyokong RMKe-11 yang telah dibentangkan di Parlimen oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya mohon menyokong. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon ada?... [Disampuk] Dia keluar. Baik sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh. Inilah dia, saya harap Yang Berhormat yang masih belum berucap ada dalam Dewan. Kalau kita tidak bagi, Yang Berhormat kecil hati. Saya hendak bagi peluang kepada semua. ■ 1430 Seterusnya Yang Berhormat Datin Rahimah, ada? Dan juga saya nak maklumkan semua ahli Yang Berhormat, jangan ambil kesempatan kalau sudah habis berucap, duduk juga sampai habis kerana setidak-tidak dapat mendengar perbahasan berkualiti. Saya memerhatikan semuanya, saya hendak Yang Berhormat semua be serious sedikit. Silakan Yang Berhormat.

2.30 ptg. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim... [Berucap dalam bahasa Arab] Salam sejahtera. DN 25.6.2015 47

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk terlibat dalam perbahasan RMKe-11 yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Mei lepas. Sekali lagi isi kandungannya di bentang di Dewan ini oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun baru-baru ini. RMKe-11 menjadi rancangan penentu untuk menjamin pencapaian menjadi Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Benar, sebelum ini kerajaan sentiasa konsisten dengan pelbagai dasar untuk mencapai kemajuan yang mencakupi semua aspek kehidupan rakyat. Akan tetapi RMKe-11 ini menjadi lebih mendesak kerana ia merupakan rancangan pembangunan sosioekonomi berskala lima tahun yang terakhir sebelum 2020. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas yang bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat akan menjamin faedah pembangunan ekonomi dapat dinikmati oleh semua golongan bersifat merata dan tidak ada unsur peminggiran. Ia memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur utama negara sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Anggaran RM5,000 pendapatan isi rumah menjelang tahun 2020 harus diberi tumpuan dengan memantau secara mikro akan sasaran tersebut. Dicadangkan supaya diwujudkan sebuah badan khas memantau KPI pencapaian dan pelaksanaan selari dengan matlamat menuju Wawasan 2020. Perancangan yang baik yang tidak disertai dengan pelaksanaan yang berkesan dan tanpa pemantauan yang khusus akan menimbulkan masalah. Salah satu daripada enam strategi dalam RMke-11 meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menekankan aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Keselamatan dan ketenteraman bukan sekadar tunggak kestabilan politik dan ekonomi negara, tetapi menjadi prasyarat untuk Malaysia mencapai taraf negara maju. Adalah mustahil sesebuah negara maju dapat dibina dalam keadaan kucar-kacir dan keselamatan tidak terjamin. RMKe-11 harus memberi fokus serius dalam menangani isu keselamatan di sempadan yang sekarang dikatakan penyeludupan mudah dibolosi. Penyeludupan bukan sahaja melibatkan negara kerugian berbilion-billion ringgit, tetapi yang lebih parah boleh mengancam keselamatan negara. Isu sempadan bolos bukan isu baru, tetapi isu lama yang seolah-olahnya tidak ada noktah. Pendedahan yang dibuat oleh Mingguan Malaysia pada 21 Jun lepas mengenai isu ini wajar mendapat perhatian pihak kementerian. Setiap isu ini berlarutan hingga hampir dua dekad, apakah langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikannya khususnya Kementerian Dalam Negeri? Dalam konteks keselamatan dan keamanan, kerajaan juga perlu beri perhatian kepada pekerja asing yang menjadikan sektor pembinaan sebagai tiket kemasukan ke negara ini. Selepas masuk ke negara ini, mereka meninggalkan sektor ini dengan mencari peluang kerja di sektor lain akhirnya mereka tidak dapat dikesan. Mengikut Presiden Persatuan Kontraktor Kelas F Malaysia dalam kenyataannya menganggarkan 30 peratus daripada 20,000 orang pekerja asing yang masuk setiap tahun untuk sektor pembinaan telah menghilangkan diri. Apakah langkah Kementerian Dalam Negeri untuk mengesan mereka daripada terus menetap secara haram selepas tamat permit kerja selama dua tahun? Tuan Yang di-Pertua, salah satu elemen penting dalam teras strategik pertama RMKe-11 ialah memperkukuhkan peluang komuniti ekonomi bumiputera untuk meningkatkan pemilikan kekayaan. Memang Dasar Ekonomi Baru (DEB) terbukti telah berjaya melahirkan golongan profesional bumiputera dalam banyak lapangan. Dominasi bumiputera dalam sektor awam, pendidikan dan beberapa sektor lain memang boleh dikaitkan dengan kejayaan DEB. Namun, pemilikan ekuiti atau kekayaan masyarakat bumiputera masih di tahap yang menggusarkan. Ini banyak dikaitkan dengan hakikat bahawa ekonomi bumiputera masih belum bercorak keusahawanan. Memang banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membina masyarakat usahawan bumiputera misalnya melalui program komuniti komersial dan industri bumiputera yang diperkenalkan di bawah Dasar Pembangunan Baru (NDB).

48 DN 25.6.2015

Saya mengharapkan di bawah RMKe-11 banyak lagi strategi inovatif akan diperkenal bagi membentuk budaya dan set minda keusahawanan di kalangan bumiputera. Sekolah teknik atau kolej vokasional, institut kemahiran seperti IKM, ILP, GiatMARA dan sebagainya perlu diberi daya untuk melahirkan graduan yang berjiwa keusahawanan. Begitu juga subjek keusahawanan, wajarlah diwajibkan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi untuk menyediakan mereka mengenai keusahawanan dan menjadi pencipta pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, termasuk dalam teras strategi keenam memodenkan sektor pertanian. Untuk meningkatkan pendapatan petani, keupayaan pertubuhan-pertubuhan pertanian ataupun pertubuhan peladang perlu diperkukuhkan. Secara spesifik misalnya, pertubuhan peladang kawasan (PPK), pertubuhan peladang negeri (PPN) dan pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS), semuanya berada di bawah pertubuhan peladang. Akan tetapi sejak ia ditubuhkan pada tahun 1983, dalam era RMKe-2 sehingga kini tidak diketahui secara objektifnya sejauh manakah keberkesanan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar. Saya ingin bertanya Kementerian Pertanian, apakah kerangka operasinya masih relevan? Dengan era masa kini yang dicorakkan oleh ledakan teknologi dan struktur ekonomi yang kompetitif dan terbuka. Tuan Yang di-Pertua, negara maju bukan semata-mata diukur melalui peningkatan ekonomi atau pendapatan isi rumah, infrastruktur yang sempurna, nisbah doktor dan polis kepada penduduk, tetapi tidak kurang pentingnya ialah sikap dan disiplin rakyat negara itu sendiri. ■1440 Untuk mencapai negara maju, mentaliti negara maju mesti ditanam dan difahami oleh semua rakyat. Janganlah pemimpin sahaja yang bertungkus-lumus untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju tetapi rakyatnya belum bersedia. Jangan hanya golongan atasan dan golongan pertengahan sahaja mempunyai mentaliti negara maju tetapi rakyatnya golongan bawahan tidak tahu menahu apakah itu negara maju. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam perancangan untuk mencapai negara maju. Kita yang berada di dalam Dewan ini bertanggungjawab untuk mensejahterakan rakyat dan negara. Kita pemimpin, semua kita yang ada dalam Dewan ini baik kecil kah, besar kah, tua kah, muda kah merupakan pemimpin. Sama ada kita di pihak kerajaan ataupun sama ada di pihak pembangkang ataupun kumpulan minoriti, kita pemimpin dan kita mempunyai tanggungjawab. Saya setuju dengan Yang Berhormat Datuk Megat dan juga Yang Berhormat Tan Sri Ibrahim Abu Shah, janganlah kita bermain politik. Saya amat bersetuju dan saya juga amat bersetuju dengan Yang Berhormat Dr. Johari yang sentiasa menyokong kerajaan. Kalau tidak betul, dia kata tidak betul. Kalau betul, dia kata betul. Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari. Sekali lagi, marilah kita sama-sama bertanggungjawab untuk mensejahterakan rakyat dan juga untuk kemakmuran negara kita seperti hadis nabi... [Membaca sepotong Hadis] “Kamu semua pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan kamu”. Sekian, saya pohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Koh Chin Han. Silakan Yang Berhormat.

2.42 ptg Tuan Koh Chin Han: Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas RMKe-11 yang bertemakan “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”. Kita faham RMKe-11 sangat penting kerana ia merupakan pusingan terakhir untuk kita menuju ke arah negara maju rakyat berpendapatan tinggi dan hidup sejahtera. Kita juga sedia memberi sokongan penuh atas usaha murni Kerajaan Barisan Nasional ini. Pelbagai perancangan dan pelan telah digariskan untuk mencapai tujuan tersebut termasuklah membantu golongan B40 dan juga belia.

DN 25.6.2015 49

Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu perumahan. Tuan Yang di-Pertua, rumah merupakan keperluan asas setiap orang. Kita menyambut baik kerajaan yang banyak membina rumah mampu milik melalui skim-skim seperti PR1MA, PPR, My First Home, termasuk juga PPR1M dan lain-lain. Kita dimaklumkan sebanyak 182,000 unit rumah mampu milik akan siap dibina pada akhir tahun ini. Dalam RMKe-11 pula, sebanyak 653,000 unit akan dibina. Rumah mampu milik adalah sangat diperlukan bukan sahaja di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Ini kerana 33.9 peratus orang golongan B40 yang tinggal di bandar tidak mampu memiliki rumah sendiri. Bandar-bandar tersebut termasuklah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Georgetown dan lain-lain. Program atau skim perumahan kerajaan yang kita tahu banyak menghadapi kekangan. Ada juga yang lambat. Ramai daripada penduduk dalam golongan B40 yang duduk di bandar ini tidak boleh menunggu untuk memiliki rumah sendiri. Maka, mereka terpaksalah mencari rumah yang dibina oleh pihak swasta. Pihak swasta ini mungkin cepat dapat siapkan rumah. Namun, harga mereka naik pada setiap masa. Menurut Laporan Pasaran Harta 2014, harga purata rumah pasaran naik sebanyak RM30,000 iaitu RM266,304 pada tahun 2013 telah melonjak ke RM295,345 pada tahun yang lepas. Pemilikan rumah sendiri oleh golongan B40 dan pendapatan sederhana masih menghadapi kekangan. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahu dan faham apa sebenar masalah ini yang telah berlaku. Saya ingin bertanyakan kepada kementerian berkenaan, apakah mekanisme mereka untuk memperkemaskan inisiatif sedia ada agar perubahan harga rumah dapat dikawal? Bagi saya, mekanisme ini sepatutnya mempunyai objektif berikut. Pertama, ia mampu memperluaskan peluang kepada golongan B40 dan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri dengan harga rumah yang lebih rendah. Keduanya, ia dapat melindungi pembeli rumah di pasaran supaya tidak diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Begitu juga ia diperlukan bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab ini dapat dibendung agar perubahan harga rumah di pasaran lebih terkawal. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perumahan, saya ingin menyentuh isu belia iaitu cara menangani pengangguran belia. Belia merupakan sebahagian besar penduduk di negara kita iaitu sebanyak 45.9 peratus. Sehubungan itu, kita perlu beri perhatian dan bantuan serta sokongan yang lebih kepada belia. Menurut pemimpin agung China iaitu Deng Xiao Ping beliau mengatakan belia merupakan masa hadapan kita dan juga harapan kita. Belialah yang akan membina bangsa dan negara kita. Begitu juga menurut Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi, beliau mengatakan bahawa apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Secara ringkasnya, sekiranya belia di negara tersebut baik-baik belaka, maka cerahlah masa hadapan negara tersebut. Akan tetapi kalau sebaliknya, maka negara tersebut tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh bagi bulan Mac 2015 sebanyak 67.7 peratus iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding dengan bulan Februari 2015. Perkembangan penyertaan tenaga buruh yang positif juga memberi kesan kepada pengurangan kadar pengangguran. Pada bulan Mac 2015, kadar pengangguran 3.0 peratus iaitu penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding dengan bulan yang lepas, bulan Februari 2015. ■1450 Walaupun kadar pengangguran bulan Mac menunjukkan pengurangan tetapi peratusan penganggur di kalangan belia yang berumur 20 tahun sehingga 24 tahun dan yang berpendidikan treasury masih merupakan kumpulan yang mendominasi dalam kategori kadar pengangguran statistik. Kadar pengangguran belia mencecah 8.8 peratus pada enam bulan pertama tahun 2015. Kadar pengangguran yang tinggi akan memberi kesan negatif kepada negara yang sedang menuju ke arah status negara maju. Oleh yang demikian menjadi satu keperluan untuk kementerian mengurus modal insan terutamanya golongan belia yang berkemahiran secara strategik. Berdasarkan RMKe-11 kerajaan telah mengemukakan pelbagai usaha iaitu melengkapkan golongan belia yang bakal melibatkan diri dalam pasaran tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran yang memenuhi pasaran keperluan. Golongan belia yang sedia ada dalam pasaran pula akan diperhalusi dengan latihan kepakaran baru ataupun semasa sebagai kemajuan kerjaya. 50 DN 25.6.2015

Sebagai contohnya kerajaan akan memperhebatkan program seperti SKKIM, sistem Latihan Dual Nasional, 1Malaysia Skill Training and Enhancement for the rakyat, begitu juga kempen kesedaran kerjaya seperti perkhidmatan kaunseling dan pameran kerjaya dan lain- lain. RMKe-11 juga telah menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada pengangguran yang tinggi berlaku terutama di kalangan belia ialah pencapaian pendidikan yang rendah dan pengalaman yang tidak meluas. Oleh yang demikian sebagai cadangan kepada usaha kerajaan, kerajaan bolehlah mempertimbangkan cadangan berikut untuk membantu lebih ramai golongan belia ke dalam alam kerjaya. Antaranya pihak pendidik sama ada guru di pra sekolah sehingga sekolah menengah perlu memainkan peranan dalam mengenal pasti tahap awal terhadap golongan belia yang berpencapaian rendah dengan lebih memberi sokongan kepada mereka. Membimbing mereka untuk mendapat kemahiran yang sesuai dan mengurangkan keciciran mereka daripada sekolah sepenuhnya pada umur yang muda. Keduanya institusi pendidikan sama ada swasta ataupun awam perlu bekerjasama secara menyeluruh untuk membentuk rangka kerja kelayakan ataupun kemahiran yang sesuai untuk graduan mengikut keperluan pasaran semasa. Ketiganya kerajaan telah memperkasakan penglibatan golongan belia dalam sektor petani moden. Usaha ini amat baik untuk mempertingkatkan sektor pertanian yang semakin kurang mendapat sambutan oleh golongan belia. Namun alternatif juga perlu diwujudkan kepada golongan belia yang tiada berminat untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian dan tidak kemahiran dalam sektor tersebut. Dengan ini dicadangkan agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga diperluaskan kepada golongan belia. Keusahawanan dilihat sebagai penyelesaian yang berdaya maju untuk mengatasi pengangguran di kalangan belia. Kerajaan boleh mempertimbangkan insentif atau pengecualian cukai sebagai sokongan kepada golongan belia yang ingin menceburi dalam bidang keusahawanan. Kerajaan perlu menyalurkan sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada teknologi ataupun automasi untuk menarik minat lebih ramai golongan belia menceburi di dalam PKS. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi kita mendengar Timbalan Menteri Kewangan memberi jawapan ke atas punca-punca kebankrapan ataupun muflis. Di sini saya ingin menyentuh isu kemuflisan di kalangan belia yang mana tidak diketengahkan dalam RMKe- 11. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia jumlah kemuflisan di Malaysia dari tahun 2008 hingga 31 Januari 2015 ialah seramai 132,543 kes. Berdasarkan kepada jumlah tersebut golongan individu yang berumur lingkungan 25 tahun hingga 34 tahun merupakan golongan yang paling ramai terbabit kes kemuflisan iaitu sebanyak 27,700 iaitu 20.9 peratus daripada jumlah kemuflisan itu. Sementara itu golongan individu 25 tahun ke bawah terdapat 1,883 kes. Jumlah kes kemuflisan yang masih belum dilepaskan setakat April 2015 tahun ini ialah 268,228 kes. Ini satu trend yang tidak sihat untuk negara yang memandangkan golongan belia merupakan sebahagian besar penduduk di negara kita. Dengan itu usaha kerajaan menerusi AKPK di bawah Bank Negara adalah sangat penting untuk mendidik masyarakat agar lebih celik dalam pengurusan kewangan. Sebagai contohnya pendidikan kewangan bolehlah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah sama ada sekolah rendah ataupun menengah. Penerapan modul pengurusan kewangan peribadi untuk mendidik golongan belia di universiti awam. Program, “Pengurusan Wang Ringgit Anda” atau POWER sebagai program kesedaran kepada golongan belia yang baru pertama kali membuat pinjaman. Garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab dilaksanakan untuk memastikan pembiayaan atau pinjaman seseorang individu berdasarkan kepada kemampuan belia. Khidmat nasihat dan kaunseling juga penting diberikan kepada golongan belia yang menghadapi masalah kewangan atau kesukaran membayar balik pinjaman. Tuan Yang di-Pertua, kemuflisan golongan belia masih berlaku akibat kelemahan dalam merancang kewangan. Selain daripada program motivasi dan kesedaran yang telah dilakukan oleh kerajaan langkah-langkah penambahbaikan kepada isu ini bolehlah kerajaan mempertimbangkan iaitu Kempen Kesedaran dan motivasi pengurusan dan perancangan kewangan juga perlu diserapkan kepada golongan ibu bapa. Ini adalah kerana untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil terutamanya mendidik anak-anak mereka perbelanjaan mengikut keperluan dan keutamaan. DN 25.6.2015 51

Serta mengurangkan sikap anak-anak yang materialistik dan memboros. Kerajaan bersama agensi kementerian lain perlu mempertimbangkan penilaian semula proses pinjaman dan pemberian kredit kepada golongan belia atau diperketatkan syarat-syaratnya. Cadangan kerajaan untuk menggubal akta baru bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 dilihat sebagai satu langkah yang bijak. Di sini saya menyokong sepenuhnya penggubalan akta baru akan memperkasakan lagi akta sedia ada dan lebih relevan kepada keperluan semasa. Tuan Yang di-Pertua saya melihat dan membaca buku setebal mungkin 300 helai RMKe-11. Waktu hendak cari perkataan negeri Melaka saya ingat agak sukar sekali, tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam semalam pun sudah kata tidak adapun wujud negeri Melaka dalam RMKe-11 ini. Sebagai anak watan negeri Melaka, Ahli Dewan Negara Melaka pastinya kami tidak begitu puas hatilah. Termasuklah, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shahkah, Yang Berhormat Tuan Zali bin Mat Yasin. Di sini saya ingin mengambil kesempatan menyahut seruan Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam yang saya fikir rakan-rakan dari Melaka pun sama juga yang mana kami anak-anak Melaka memohon Kerajaan Pusat timbang semula iaitu memasukkan projek menaik taraf dan bina baru jalan empat lorong pesisiran pantai dari Kuala Linggi sehingga ke Teluk Emas. Dalam RMKe-11 kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley yang terletak di Negeri Sembilan di bahagian barat iaitu dari Nilai ke Seremban sehingga ke PD. Saya percaya sekiranya Vision Valley ini dilaksanakan maka kerajaan besar kemungkinan akan membina highway dari Nilai sehingga ke PD. Kalaulah sudah sampai ke PD itu, apalah salahnya sambunglah ke Kuala Linggi sehingga ke Teluk Emas... [Disampuk] Duit tak ada, duit ada [Ketawa] Seruan orang-orang Melaka ini. ■1500 Begitu juga saya ingin menyeru Menteri Pengangkutan yang merupakan juga anak orang Melaka, yang juga Pengerusi MCA Negeri Melaka, agar membantu negeri kami, negeri Melaka untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan mempertingkatkan pembangunan Melaka dalam Projek Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Seminar Melaka sebagai Pelabuhan Maritim anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah memperjelaskan bahawa Melaka mampu bangkit kembali sebagai pusat maritim bertaraf antarabangsa. Selain itu, Melaka juga boleh menjadi hab pusat utama kepada laluan pengangkutan udara. Ini adalah kerana faktor-faktor yang sedia ada dimiliki oleh negeri Melaka tetapi bukan negeri-negeri lain. Dari sudut geografi telah menunjukkan Melaka mempunyai kedudukan yang strategik iaitu menghubungkan negara di Timur seperti China dan Asia Pasifik dengan negara Barat seperti Eropah. Kegemilangan dan keunikan sejarah negeri Melaka pula mampu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat bersejarah untuk sektor pelancongan dan pusat perdagangan yang utama. Kami menyerulah Menteri Pengangkutan yang merupakan juga bos MCA saya agar bekerja kuat untuk negeri Melaka. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar cadangan dan persoalan yang diutarakan ini dapat diberikan perhatian dan dipandang serius oleh Kerajaan Pusat untuk penambahbaikan kepada sistem dan juga apa yang ada, yang sedia ada di negeri Melaka. Begitu juga persoalan dan cadangan saya ke atas perumahan dan juga golongan belia. Dengan itu, saya dengan ini mohon menyokong RMKe-11. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Zali bin Mat Yasin. Dipersilakan Yang Berhormat.

3.03 ptg. Tuan Zali bin Mat Yasin: Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kerana ruang yang diberi kepada saya untuk membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesebelas pada hari ini. Kita sedia maklum bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh telah pun berlalu dan kita berada di fasa yang terakhir untuk Rancangan Malaysia Kesebelas yang membawa tema bahawa Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Saya ulang sekali lagi, bahawa Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. 52 DN 25.6.2015

Kita sendiri sedia maklum bahawa dalam tahun 2016 sehingga tahun 2020, ramai rakan telah pun membentangkan bahawa betapa kita mengambil berat mengenai soal negara pada masa tahun 2020. Adakah ia menjadi realiti ataupun sekadar kita akan membangkitkan semula tentang kegagalan kita pada masa-masa yang lalu dan pada masa yang akan datang. Kali ini ada enam strategi yang telah pun dimasukkan dalam RMKe-11 ini iaitu: (i) berkaitan dengan inclusivity; (ii) kesejahteraan rakyat; (iii) modal insan; (iv) pertumbuhan hijau; (v) infrastruktur dan inovasi; serta (vi) produktiviti. Kita yakin dan percaya bahawa sekiranya keenam-enam strategi tumpuan ini dapat dilaksanakan, maka saya yakin dan percaya bahawa RMKe-11 ini dapat dijayakan pada masa yang akan datang. Kita tetap yakin bahawa semenjak kita mencapai kemerdekaan 1957 sehinggalah hari ini, 58 tahun kita mencapai kemerdekaan, kerajaan telah pun membuktikan kepada rakyat keseluruhannya bahawa apa yang kita rancang, sebenarnya mampu kita laksanakan. Apabila kita mengadakan lawatan ke negara-negara, khususnya di Asia, Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia, kita yakin dan percaya bahawa Malaysia adalah antara negara Islam contoh di dunia ini yang boleh dibanggakan. Oleh sebab itulah, kita juga yakin bahawa apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan RMKe-11 di Parlimen ini, kita yakin bahawa ia bukan satu retorik. Akan tetapi merupakan satu perancangan yang cukup komprehensif bagi meyakinkan rakyat bahawa kerajaan begitu serius dalam memastikan pembangunan negara akan dilaksanakan berdasarkan perancangan yang dilakukan. Jadi oleh sebab itu, saya ingin mengupas isu berkenaan dengan isu pendidikan yang mana ia termasuk dalam strategi inclusivity dan juga kesejahteraan rakyat. Kita tahu bahawa sekiranya mana-mana negara di dunia sekali pun apabila ingin mencapai kejayaan, seperti Yang Berhormat Koh kata tadi, lihatlah generasi muda hari ini, itulah gambaran negara pada masa akan datang. Akan tetapi secara peribadi, saya yakin dan percaya bahawa pendidikanlah yang akan memastikan negara kita sama ada berjaya atau tidak berjaya pada masa akan datang. Oleh sebab dalam sistem pendidikan kita sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat universiti, pendidikan adalah landasan ataupun platform yang terbaik untuk kita memberi segala ilmu pengetahuan. Kalau hendak jadi baik, manusia hari ini daripada segi sahsiah dan moralnya, maka di sekolahlah, tempat pendidikan sebenarnya harus kita terapkan. Oleh kerana itu saya mempunyai ramai rakan-rakan guru di luar sana yang kalau kata Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf tempoh hari menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai rakan-rakan guru Facebook, saya juga mempunyai ramai rakan-rakan guru yang sentiasa bersama dengan saya hampir setiap hari. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kita lihat telah pun ada rangka rancangan yang baik serta komprehensif untuk memastikan pendidikan negara akan lebih nampak kondusif pada masa akan datang. Namun begitu, saya ingin menyatakan juga bahawa saya amat prihatin tentang beban tugas guru. Saya ingin bertanyakan kepada Kementerian Pendidikan tentang beban tugas guru di sekolah. Khususnya, apabila kita membicarakan mengenai sistem yang ada di sekolah hari ini. Terutama apabila pelaksanaan pentaksifran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah tempoh hari. Apabila PBS dilaksanakan, maka ramailah guru-guru diarahkan supaya membuat fail dan sebagainya. Akhirnya, seperti kata Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf, guru- guru ini rasa terbeban. Dalam masa yang sama, sepatutnya penaksiran berasaskan sekolah ini menggantikan sistem peperiksaan berorientasikan peperiksaan yang suatu ketika dahulu. Saya yakin dan percaya bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator yang ada di dalam Dewan ini, kita dulu pernah sekolah yang mana kita ada peperiksaan berkala, ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan juga ujian akhir tahun. DN 25.6.2015 53

Kemudian apabila mendapat rungutan dan sebagainya, maka sistem tersebut ditukar kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang mana para pelajar tersebut akan dinilai dengan pentaksiran Band ‘A’, Band ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan sebagainya. saya masih lagi cuba berhubung dengan rakan-rakan pendidik, bertanyakan mengenai penggunaan sistem fail untuk pelaksanaan PBS. Akan tetapi penggunaan sistem fail tidak sepenuhnya dan balik semula kepada buku-buku nota, lembaran kerja, kemudian buku skrap dan sebagainya yang dinilai untuk dimasukkan ke dalam PBS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah. ■1510 Jadi, kalau kita lihat seperti saya pernah nyatakan bahawa kita tidak mahu sistem pendidikan kita di negara ini ibarat sebuah makmal menguji tikus-tikus sebenarnya. Diujinya pelajar, diujinya guru-guru tetapi akhirnya kita balik semula kepada kaedah lama. Akan tetapi kaedah inilah yang sebenarnya membebankan guru-guru sebenarnya. Kalau dahulu dikatakan meringankan beban guru, dengan adanya PBS tetapi dalam masa yang sama terdapat sekolah-sekolah rendah dan menengah yang masih lagi menggunakan kaedah sistem peperiksaan lama yang saya sebutkan tadi ujian berkala, ujian bulanan, ujian pertengahan, dan akhir tahun masih lagi dinilai. Jadi dalam masa yang sama guru-guru juga perlu memasukkan markah ke dalam QNet, SAPS, sub sistem ini yang mana ada dua kerja yang perlu guru-guru buat. Jadi saya fikir ini perkara redundant yang bertindan yang menyebabkan guru-guru rasa terbeban. Oleh sebab itulah saya yakin dan percaya apabila kita duduk bersama dengan golongan pendidik ini, mereka menzahirkan rasa kecewa mereka. Oleh sebab itu saya yakin dan percaya kalau ramai rakan kita yang berada dalam Dewan ini datangnya daripada kalangan parti yang menyokong Barisan Nasional, apabila kita berjumpa dengan guru-guru pendidik ini, mereka akan lebih banyak mempersoalkan kerajaan. Dalam erti kata lain hampir 70 peratus ke-80 peratus mereka ini tidak menyokong kita sebenarnya. Akan tetapi apakah pernah kita bertanyakan kepada mereka golongan pendidik ini apakah yang menyebabkan mereka merasa sangsi dan tidak menyokong kita? Mungkin persoalan ini boleh dijawab oleh pihak kementerian mahupun Menteri. Jadi kita tidak mahu apabila RMKe-11 nanti kita akhirnya dapati bahawa golongan pendidik ini tidak menyokong kita. Ini sebenarnya yang paling saya khuatir sekali. Isu yang seterusnya berkaitan dengan pendidikan ialah isu menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari ini kita ada Pentaksiran Tingkatan 3. Jadi di dalam Pentaksiran Tingkatan 3 saya minta supaya Kementerian Pendidikan dapat menjelaskan kepada kita bahawa Pentaksiran Tingkatan 3 ini yang mana dimaklumkan dan diberitahu kepada saya bahawa sistem peperiksaannya banyak dikendalikan Setiausaha Peperiksaan atau pun Ketua Pentaksir Subjek-subjek mata pelajaran di setiap sekolah perlu mengambil soalan ataupun download melalui laman web Lembaga Peperiksaan. Bukannya seperti dahulu. Kalau dahulu PMR, SPM, STPM Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan soalan secara berpusat. Kemudian dihantar ke negeri-negeri, kemudian diletakkan di dalam bilik kebal. Apabila sampai masanya maka soalan tersebut akan dikeluarkan kemudian diuruskan oleh guru-guru ke sekolah-sekolah yang berkaitan untuk diambil peperiksaan. Akan tetapi apa yang berlaku saya dimaklumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan 3 kali ini soalan tersebut diambil, dicetak oleh setiausaha peperiksaan dan juga guru pentaksir tadi. Kemudian dicetak di sekolah sendiri, kemudian disimpan. Apabila proses peperiksaan berlaku maka sekolah tersebut yang menguruskan peperiksaan. Bukan macam dahulu ada guru lain yang akan datang ke sekolah kita kemudian akan menjaga peperiksaan tersebut. Akan tetapi sekarang tidak berlaku dalam Pentaksiran Tingkatan 3 kali ini, sekolah tersebut yang akan menguruskan PT3 ini dan guru tersebut sendiri yang akan menanda kertas pelajar tersebut dan mengeluarkan markah. Saya tidak menuduh tetapi kita boleh mempertikaikan kredibiliti, accountability sesetengah guru yang kita khuatir akan membocorkan soalan tersebut terlebih dahulu. Oleh sebab kita yakin dan percaya bahawa setiap guru dan juga setiap sekolah inginkan prestasi sekolah mereka lebih tinggi daripada sekolah-sekolah yang lain. Oleh sebab itu saya minta supaya Kementerian Pendidikan boleh menjelaskan perkara ini supaya kita tidak mahu timbul seperti dahulu apabila soalan UPSR bocor maka riuh rendahlah di seluruh negara sehinggakan terpaksa polis mengambil tindakan terhadap pembuat soalan, Lembaga Peperiksaan, terhadap guru-guru. 54 DN 25.6.2015

Jadi ini memberi imej yang tidak baik kepada sistem pendidikan negara kita. Jadi ia ada kaitan dengan RMKe-11. Maju, maju juga tetapi lihat semula kepada sistem pendidikan kita. Saya juga melihat kepayahan dan kesusahan guru-guru terutamanya dalam aktiviti ataupun bidang kokurikulum yang terdapat di sekolah-sekolah hari ini. Kita sedia maklum bahawa guru-guru bukan sahaja mengajar di bilik darjah tetapi guru-guru juga terpaksa terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan pada waktu petang. Ada sesetengah sekolah, mereka melaksanakan aktiviti kokurikulum satu minggu dua kali. Ada sekolah yang mengadakan kokurikulum satu minggu satu kali dan minimum saya lihat waktunya dua jam. Akan tetapi apa yang berlaku dalam aktiviti kokurikulum ini guru-guru yang mengajar waktu pagi terpaksa hadir pada waktu petang dan melayan pelajar ini untuk aktiviti kokurikulum sama ada persatuan, sama ada kelab, sukan dan permainan. Jadi apa yang dilihat ialah saya yakin dan percaya bahawa kebanyakan daripada ibu bapa apabila menanyakan anak apa yang dibuat oleh guru-guru ketika aktiviti kokurikulum, kebanyakannya akan melahirkan rasa kurang puas hati, kurang berminat. Oleh sebab itulah ramai pelajar kita kalau kita lihat pada waktu petang aktiviti kokurikulum mereka melarikan diri ataupun mereka panjat pagar menjadi seperti atlet. Ini sebenarnya kita risau tetapi saya ingin mohon kepada Kementerian Pendidikan supaya dalam aktiviti kokurikulum ini di sekolah-sekolah kita mencadangkan supaya pada masa akan datang diwujudkan pusat sukan atau pun pusat kokurikulum di sekolah-sekolah yang mana aktiviti kokurikulum ini tidak hanya diuruskan oleh guru-guru tetapi ada pegawai atau pun tenaga pengajar lain yang menguruskan aktiviti kokurikulum ini supaya pelajar-pelajar akan lebih berminat kerana tenaga-tenaga pengajar ini mungkin telah dilatih khusus dalam aktiviti kokurikulum ini. Jadi saya mohon supaya perkara ini dapat dilihat semula kerana kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran sebenarnya dalam kokurikulum. Saya beri contoh kalau Kadet Remaja, Persatuan Pengakap, PBSM, Kelab Remaja Sekolah dan sebagainya kalau persatuan beruniform mereka perlu aktiviti yang pertama ialah kawad kaki tetapi kebanyakan guru sendiri pun gagal lakukan kawad kaki. Tidak ramai yang pandai. Saya ingin minta supaya Kementerian Pendidikan khususnya melihat semula perkara ini supaya ia dapat meringankan beban tugas guru dan objektif kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah akhirnya mencapai objektif dan para pelajar, anak-anak didik di sekolah-sekolah mendapat ilmu yang berkaitan dengan kokurikulum. Seterusnya berkaitan dengan isu pendidikan di sekolah ialah berkenaan dengan isu buku teks. Kalau kita lihat buku-buku teks yang ada pada hari ini, Yang Berhormat Senator cuba balik tengok kebanyakannya masih lagi memaparkan cerita ataupun kenyataan ataupun teks yang masih lagi tidak mengikut peredaran zaman pada masa kini. Contohnya, kalau belajar mengenai tarif elektrik, saya fikir itu sudah ketinggalan tiga, empat, lima tahun yang dahulu tetapi hari ini tarif elektrik sudah baru lebih banyak berkenaan dengan semasa, media sosial, isu semasa dan sebagainya, isu-isu yang terkini. Jadi seharusnya buku-buku teks yang ada di sekolah-sekolah kita hari ini sepatutnya diperbaharui dengan memasukkan isu-isu yang berkaitan dengan isu semasa. Kemudian yang seterusnya adalah berkaitan dengan streaming class. Streaming class maksudnya pengagihan ataupun para pelajar ini telah pun diletakkan sama ada di kelas yang paling baik, kelas hadapan, kelas pertengahan dan kelas yang paling hujung sekali. Sedangkan dasar pendidikan yang saya dimaklumkan bahawa dasar pendidikan kita tidak mendiskriminasikan pelajar. ■1520 Maksudnya kalau kelas ‘A’ ada pelajar yang pandai, ada pelajar sederhana dan ada pelajar yang teruk sedikit daripada segi pendidikannya. Kemudian dicampur. Bukannya diletakkan yang pandai di kelas hadapan, kelas pertengahan dan yang paling teruk di kelas hujung. Jadi selalunya kelas yang pandai ini akan diajar oleh guru-guru GC ataupun guru cemerlang. Guru yang mempunyai keputusan (result) peperiksaan yang baik diletakkan diajarkan di depan. Akan tetapi akhirnya pelajar-pelajar yang teruk ini diletakkan di kelas yang akhir sekali yang mana mereka tidak berminat langsung dengan pendidikan atau pelajaran dan guru yang dihantar pun, guru yang mengajar juga di kelas yang akhir ini biasanya guru- guru juga yang tidak bersemangat ataupun mungkin diletakkan kategori guru-guru yang kurang cemerlang. DN 25.6.2015 55

Jadi akhirnya pelajar yang ketinggalan ini akhirnya terus tertinggal. Inilah yang harus dilihat balik oleh Kementerian Pendidikan kerana saya yakin dan percaya bahawa Kementerian Pendidikan lebih bijaksana kerana sistem yang ada sepatutnya kelas tersebut tidak di streaming, dibahagikan tetapi diajar sama di dalam kelas tersebut. Akan tetapi pelajar yang cemerlang, yang pandai diadakan pengayaan tetapi yang kurang berkemampuan adanya program pemulihan. Ini yang saya dimaklumkan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga menarik perhatian bahawa isu subjek Sains Sukan ataupun Sport Science yang hari ini ada diajar di sekolah-sekolah di seluruh negara. Apa yang berlaku ialah subjek sains sukan ini bermula pada tingkatan empat, tingkatan lima, Lower 6 dan Upper 6. Akan tetapi kita dalam kita menuju sebuah negara maju dan seperti kata Yang Berhormat Datuk Megat, kita bangga dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sewaktu berada di SEA Games di Singapura tempoh hari, kita berjaya mendapat pingat emas sebanyak 60, perak sebanyak 58 dan gangsa 66 dan keseluruhan pingat kita dapat 186. Jadi saya fikir sudah sampai masanya kita bergerak ke arah menjadi sebuah negara sukan yang bukan hanya hebat di Asia Tenggara tetapi juga hebat di peringat Asia dan inshaa-Allah di peringkat Olimpik. Setahu saya, kita di peringkat Olimpik, belum lagi kita dapat pingat emas sehingga hari ini. Betul, Yang Berhormat Datuk Megat? Jadi kita mengharapkan supaya kalau kita hendak melahirkan generasi sukan di peringkat internasional ataupun antarabangsa pada masa akan datang, maka lihat baliklah pelajar-pelajar yang ada di sekolah-sekolah kita supaya mereka diasuh, diajar ke arah menjadi atlet yang cemerlang. Kita tidak nafikan bahawa di Malaysia kita ada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga Sekolah Sukan Bandar Penawar dan sekolah-sekolah sukan negeri-negeri yang ada tetapi ia masih lagi belum cukup. Oleh sebab itulah saya mengharapkan supaya subjek Sains Sukan ini kalau boleh biarlah diajar kepada anak-anak didik kita daripada peringkat sekolah rendah lagi, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, sampailah Tingkatan 6. Ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat Senator yang menyentuh mengenai soal Bahasa Melayu. Bagaimana kita ingin melihat supaya generasi pelajar kita hari ini tanpa mengira bangsa dan agama apabila bercakap soal Bahasa Melayu, mereka boleh bercakap dengan fasih. Akan tetapi apa yang berlaku, kita lihat bahawa apabila pelajar-pelajar ini datang dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ataupun Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, mereka ini ada kelas peralihan di sekolah-sekolah menengah. Akan tetapi apa yang berlaku, masih terdapat pelajar-pelajar yang diletakkan di kelas-kelas peralihan ini apabila mereka masuk ke Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan sebagainya tetapi mereka masih lagi gagal berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia dan juga apabila mereka menulis. Ini juga sebenarnya meletakkan kesusahan dan kepayahan kepada guru-guru apabila mereka mengajar. Jadi apakah tindakan Kementerian Pendidikan untuk mengatasi permasalahan ini? Janganlah diadakan kelas peralihan tetapi setahun sahaja tetapi pelajar dan murid-murid ini masih lagi belum dapat mencapai status mereka boleh berbahasa dengan baik dan menulis serta mengira. Jadi saya harap perkara ini dapat diberi perhatian. Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai soal belia. Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah pun menyentuh tentang belia, Yang Berhormat Datuk Megat sentuh tentang belia, Yang Berhormat Tuan Koh Chin Han sentuh tentang belia. Saya juga adalah bekas pemimpin belia tetapi Tan Sri Ali lebih hebat daripada itu. Jadi saya ingin maklumkan bahawa kita bersyukur kita mempunyai seorang Menteri yang datangnya daripada orang muda, belia. Saya ingat Yang Berhormat Khairy Jamaluddin berumur bawah 40 tahun. Jadi kita bersyukur alhamdulillah kerana mempunyai seorang Menteri muda dan belia. Jadi kerana itulah beliau lebih faham daripada kita sehinggakan beliau boleh melaksanakan aktiviti Fit Malaysia yang kita tidak boleh buat. Kayuh basikal 23 kilometer. Beliau boleh buat. Berlari dan sebagainya. Senamrobik Zumba, Zamba dan sebagainya beliau boleh buat. Kita tidak boleh buat dan ramai Menteri-Menteri yang tidak boleh buat. Jadi di sini saya merakamkan penghargaan dan... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada lebih kurang lima minit lagi, Yang Berhormat. Boleh gulung ya. 56 DN 25.6.2015

Tuan Zali bin Mat Yasin: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mohon membahaskan isu berkenaan dengan belia seperti Yang Berhormat Tuan Koh Chin Han beritahu tadi bahawa jumlah belia di Malaysia ada lebih kurang 49 peratus yang berumur 40 tahun ke bawah. Jadi saya lihat bahawa belia ini harus diberi perhatian yang mana saya rasa bersyukur kerana sebelum ini kita di kampung-kampung mendapat gelanggang futsal ataupun gelanggang serba guna. Kalau kita lihat di seluruh negara, terdapatnya gelanggang tersebut. Akan tetapi apa yang berlaku ialah rintihan dan juga keluhan sesetengah rakan persatuan belia yang apabila hari ini kita lihat gelanggang futsal ini tidak dapat digunakan. Mungkin masalah sewaktu pembinaannya oleh pihak kontraktor ataupun tidak ada maintenance yang dilakukan. Jadi saya mengharapkan supaya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat melihat semula perkara ini dan meletakkan sedikit peruntukkan untuk membaiki dan membetulkan balik gelanggang-gelanggang futsal yang ada di seluruh negara ini. Seterusnya saya ingin bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Parlimen Belia Malaysia telah pun dilaksanakan dan Dewan ini sebenarnya menjadi gelanggang kepada anak-anak muda belia kita untuk mereka berhujah seperti kita dan menyatakan isu-isu yang berkaitan dengan soal belia di seluruh negara. Di sini mereka berbahas. Akan tetapi ingin saya bertanya. Apakah perbahasan mereka? Apakah cadangan mereka? Apakah hasrat mereka itu? Hari ini kerajaan mengambil perhatian dan juga melaksanakan apa yang diminta ataupun dipohon oleh mereka serta cadangan-cadangan tersebut diangkat untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan. Kita tidak mahu, mereka anak-anak kita ataupun adik-adik kita ini apabila mereka hadir di sini, akhirnya cadangan serta pandangan mereka tidak kita dengar, tidak kita beri perhatian. Akhirnya mereka balik, mereka akan kata bahawa kenangan tinggal kenangan sahaja. Hujah tinggal hujah. Hanya di sini sahaja. Ini kerana setahu saya, di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, kita telah pun ada platform yang dipanggil sebagai, Majlis Perundingan Belia Daerah, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Majlis Perundingan Belia Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun tetapi saya juga biasa hadir dalam majlis perundingan tersebut. Akan tetapi apabila kita suarakan apa-apa sahaja mengenai isu masalah belia, akhirnya pihak kementerian-kementerian, wakil-wakil kementerian yang datang akhirnya memberi jawapan yang tidak enak didengar dan setiap kali berulang, berulang, berulang. Jadi itulah dia Tuan Yang di-Pertua. Perkara-perkara yang saya bangkitkan dan saya mengikut apa yang dikata oleh Tuan Yang di-Pertua. Lima minit. Jadi secara keseluruhannya, sebagai pihak yang menyokong kerajaan hari ini, saya penuh yakin dan percaya bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini boleh dilaksanakan dengan baik dan kita boleh mencapai hasrat yang kita inginkan. Biasalah, kita juga tidak nafikan bahawa akan berlaku kepincangan dan juga akan berlaku permasalahan yang timbul. Akan tetapi saya yakin dan percaya dengan kepimpinan negara yang ada hari ini bahawa kita boleh mencapai status maju pada tahun 2020. Jadi dengan ini, saya menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua:Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon.

3.29 ptg. Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Rancangan Malaysia Kesebelas. ■1530 Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin membuat ucapan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Ranau dan Kota Kinabalu. Semoga berkat akan dipanjangkan kepada kaum keluarga mangsa untuk menempuhi segala cabaran. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara pada tempoh hari apabila kita membuka mesyuarat kita walaupun kita dalam masa Ramadan, puasa tetapi adanya disediakan sarapan pagi dan kafe masih dibuka. DN 25.6.2015 57

Ini adalah antara polisi yang menjaga kebajikan semua dan sekiranya kerajaan melaksanakan kebajikan seperti ini yang menjaga kepada semua, saya rasa keharmonian negara ini terjaga. Syabas diucapkan kepada pengurusan Dewan Negara. Saya ingin menyentuh tiga perkara utama iaitu yang pertama mengenai sektor pertanian. Data kita menunjukkan bahawa imbangan perdagangan bahan makanan di negara ini adalah pada tahap yang negatif. Bermaksud bahawa import makanan kita melebihi eksport bahan makanan kita. Kalau mengikut skala yang sekarang dihadapi oleh negara di mana beras masih lagi kekurangan 30 peratus. Sekiranya menggunakan skala atau standard antarabangsa, kita sebenarnya sudah menghadapi food security, masalah kekurangan makanan di negara ini. Padahal Malaysia merupakan tanah yang bertuah dengan tanah yang begitu banyak dan besar, dengan hujan, dengan matahari, dengan tanah subur, sepatutnya kita boleh mengeluarkan jauh lebih banyak makanan untuk keperluan harian rakyat Malaysia. Maka saya mencadangkan kepada, memang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas bahawa kita ingin melonjakkan pengeluaran makanan kita tetapi untuk 30 tahun yang lepas, pelbagai polisi, pelbagai dasar dan peruntukan yang besar diberikan untuk pengeluaran makanan tetapi hasilnya jauh kurang daripada apa yang disasarkan oleh kerajaan. Baru-baru ini saya mengetuai rombongan membuat lawatan ke World Expo di Milan, Itali dengan tajuk mereka ialah Feeding the Planet, Energy for Life. Ekspo Dunia yang sangat baik di mana negara-negara yang mendirikan Pavilion di situ cuba berkongsi pengalaman ataupun teknologi ataupun idea mereka bagaimana hendak mengeluarkan makanan yang cukup untuk populasi dunia. Malaysia juga mendirikan satu Pavilion di Milan, Itali. Saya hendak mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana mengadakan satu Pavilion yang cukup cantik dengan konsep bijih, seed, empat bijih yang menarik ramai pengunjung yang kita kena beratur masuk ke Pavilion Malaysia, sungguh cantik. Antara yang tercantik di World Expo. Saya diberikan peluang untuk masuk melawat ke ekspo ataupun Pavilion Malaysia. Memang cantik, memang perkara-perkara yang dipaparkan adalah tentang keunikan Malaysia. Akan tetapi saya ingin memberikan satu teguran kepada Pavilion Malaysia di situ yang menggunakan peruntukan sebanyak RM40 juta. RM40 juta dibelanjakan untuk Pavilion Malaysia ini tetapi pada hemat saya, pada pandangan saya ia tidak secocok dengan tajuk, tema World Expo kali ini sebab temanya, “Feeding the Planet.” Semua Pavilion yang kita kunjungi menunjukkan apakah idea sesebuah negara itu untuk memberikan atau berkongsi dengan dunia cara pertanian, cara pengeluaran makanan yang baik tetapi di Malaysia apa yang kita tonjolkan ialah kelapa sawit. Apabila kelapa sawit itu ditonjolkan, kita mendapat banyak kritikan terutamanya daripada pelancong-pelancong atau pengunjung Barat yang mengatakan bahawa tanaman kelapa sawit itu adalah atas tanah-tanah, hutan-hutan khatulistiwa atau tropika yang sangat penting untuk iklim dunia. Bukan sahaja itu, video-video yang ditayangkan di dalam Pavilion kita video daripada MIDA, video daripada MITI yang menunjukkan hebatnya KLCC, hebatnya Sepang F1, hebatnya Kuala Lumpur, cantiknya pantai-pantai kita dan pelbagai syarikat gergasi pun ada di Malaysia. Contohnya ada Shell, ada Petronas. Saya ada memberi pandangan kepada pengurus Pavilion bahawa kali ini World Expo mengatakan bahawa pengeluaran makanan. Jadi tidak patut kita menjadikan Pavilion Malaysia itu sebagai sebuah tapak ataupun platform untuk kita menarik pelaburan. Itu bukan tempatnya sebab yang datang mengunjungi bukanlah pelabur tetapi orang ramai yang biasa. Maka kita tidak menunjukkan bahawa ada keunikan pengeluaran makanan di Malaysia. Saya bagi contoh Amerika Syarikat, satu Pavilion yang cantik, mengajar kita bagaimana apa itu vertical farming, menggunakan semua tingkap untuk menanam sayur sebab tanah sudah tidak cukup, air tidak cukup. Maka itu kreativiti setiap negara. Tidak adapun Pavilion yang secanggih Amerika Syarikat, sentuh satu pun tentang kejayaan ekonomi mereka ataupun teknologi mereka. Akan tetapi dalam video yang ditayangkan oleh Pavilion Malaysia termasuk mengatakan bahawa kita mempunyai teknologi outer space. Kita menghantar astronaut ke luar bumi. Jadi saya rasa ini tidak secocok. Saya meminta MITI sekiranya boleh dan itu tempat yang bagus untuk kita menjual keunikan makanan Malaysia. Setiap Pavilion menjual makanan unik mereka. Ini tempat yang amat sesuai sekiranya kita menjual sate, sekiranya kita menjual kopi kita. 58 DN 25.6.2015

Itu tempat yang baik untuk mengaut keuntungan yang boleh menampung kos pembinaan yang begitu besar. Itu satu respons saya terhadap apa yang dilakukan oleh MITI di World Expo di Milano. Saya hendak beri satu angka yang saya dapat di sini, sub sektor agromakanan kita sepatutnya memberikan sasaran tahap sara diri komoditi. Target dalam Rancangan Malaysia Kesebelas berkata bahawa target kita adalah beras 100 peratus, sayur-sayuran 95.1 peratus dan daging lembu 50 peratus yang mana sekarang ialah kita hanya menghasilkan beras 73.5 peratus, daging lembu 30 peratus, sayur 53.3 peratus. Sejak sepuluh tahun yang lepas, Malaysia mengimport makanan bernilai RM221.8 bilion, satu angka yang sangat-sangat besar. Saya bercadang kepada Kementerian Pertanian menggunakan bajet peruntukan yang begitu besar kepada kementerian untuk betul-betul melangsungkan apa-apa dasar yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menghasilkan bahan makanan yang cukup. Saya juga memberikan satu contoh dalam Laporan Siri 2/2014, ini Laporan Ketua Audit Negara. Projek IZAQ iaitu projek penternakan udang. KPI yang dicapai pengeluaran hanya 3 peratus, bukannya 30 peratus, hanya capai 3 peratus. Kawasan tanah projek hanya capai 37.1 peratus, KPI untuk pekerjaan hanya capai 7.3 peratus. Ada juga dokumen projek yang bernilai RM100 juta ditandatangani oleh pegawai kerajaan melebihi had kuasa yang ditetapkan. Banyak kelemahan dan ketirisan yang berlaku. Bukannya kata negara kita diancam oleh bencana atau iklim yang tidak sesuai, tidak. Ia kerana kalau ikut Ketua Audit Negara 2014 kelemahan dalam pentadbiran dan ketirisan yang berlaku dalam kementerian. Saya meminta penekanan oleh kementerian untuk mencapai sasaran negara. Perkara kedua yang ingin saya sentuh berkenaan dengan TVET yang antara satu perkara yang sangat penting dititikberatkan oleh kerajaan dalam pembangunan pendidikan negara. TVET di negara kita kalau tidak silap saya mempunyai sembilan kementerian yang mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan TVET. ■1540 Contohnya KBS ada IKBN. Kementerian Sumber Manusia, kita mempunyai ILP. Banyak lagi. MoE ada politeknik. Kementerian Kesihatan ada, Kementerian Pelancongan ada, kementerian lain semua mempunyai kolej-kolej TVET yang tersendiri tetapi usaha patut dilakukan supaya program TVET yang bakal dirancang untuk masa depan negara ini haruslah dilihat sebagai TVET yang betul. Apakah itu TVET? Sepatutnya TVET memberi penekanan kepada praktikal 70 peratus dan teori 30 peratus. Saya tidak faham lagi sekarang TVET sama ada akan digabungkan di bawah satu kementerian, yang saya dengar ia akan digabungkan di bawah Kementerian Pendidikan Negara dan saya berharap kalaupun di bawah MoE, janganlah sampai 50-50 ataupun teori akademik lebih daripada praktikal. Sepatutnya kembalilah kepada asas apa itu TVET. Juga, sampai hari ini rakyat Malaysia masih mempunyai budaya yang melihat TVET sebagai satu sistem pendidikan untuk mereka yang tidak pandai belajar ataupun yang mencapai keputusan peperiksaan yang lemah baru dihantar ke TVET. Sepatutnya TVET merupakan satu sistem pendidikan yang penting untuk pembangunan ekonomi. Contoh kita melihat negara yang maju seperti Jerman, seramai 70 peratus daripada lulusan mereka adalah dari TVET, bukannya daripada akademik. Sebab, TVET lah yang melahirkan tenaga kerja yang sangat penting untuk pembangunan ekonomi. Contoh yang termasuk dalam TVET adalah accountancy, QS yang sangat penting dalam pembinaan perumahan. Ini kursus-kursus TVET dan kursus-kursus terhadap latihan kepada perkhidmatan kerana negara kita sudah memasuki satu era pembangunan ekonomi yang berlandaskan kepada perkhidmatan sejak kita mencapai kemerdekaan. Maka latihan kepada modal insan ini amat penting dan patutnya bukan sahaja kita membina facility, prasarana untuk pembangunan TVET tetapi yang lebih penting adalah softwarenya. Satu lagi kempen yang betul untuk menukar pemikiran, pandangan rakyat Malaysia, ibu bapa kita supaya boleh membenarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program TVET dan bukannya hanya akademik. Perkara ketiga yang ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan semua. Saya banyak mendengar rakan-rakan Ahli Dewan Negara apabila membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas ini banyak menyentuh tentang pembangunan ekonomi bumiputera kecuali rakan kita yang muda ini khusus untuk pembangunan dan pendidikan orang-orang muda. DN 25.6.2015 59

Bukannya kita tidak bersetuju dengan pembangunan ekonomi bumiputera tetapi dengan cara apabila kita terus menyentuh bahawa bumiputera tidak cukup, 40 tahun tidak cukup, sini tidak cukup, situ tidak cukup dan saya lihat kepada tajuk kepada Rancangan Malaysia Kesebelas menyatakan bahawa pertumbuhan berpaksikan rakyat dan rakyat bermaksud pada hemah saya, rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia merangkumi pelbagai kaum. Saya pernah bertanya soalan semasa perbahasan ataupun soalan ditanyakan berkenaan dengan masih jauh ketinggalan orang-orang Melayu dan orang-orang Bumiputera Sabah dan Sarawak. Soalan yang ditanya, sekarang kita tunggu jawapan daripada pihak kerajaan, kenapa selepas 40 tahun, 30 tahun DEB, 10 tahun Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu Dasar Bumiputera sudah menjadi induk dalam polisi Kerajaan Pusat, tidak ada lagi mengatakan bahawa kita perlukan 10 tahun atau 20 tahun, tidak ada terhad sudah. Sudah menjadi satu polisi yang mungkin berlarutan untuk selama-lamanya. Apa yang ingin saya katakan di sini pada pandangan saya sebagai seorang muda, saya melalui sistem pendidikan Malaysia, saya berkongsi pengalaman diri saya. Saya berasal dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, enam tahun pendidikan bahasa Cina, selepas itu saya masuk ke Peralihan. Peralihan for the first time saya jumpa orang India, rakan saya sebelah saya, Bahasa Melayu dia bagus. Masa itu Bahasa Melayu kita masa itu sangat-sangat lemah dari sekolah Cina. Yang dari sekolah Tamil itu bagus. Selepas itu kita naik ke Tingkatan 1. Adanya pelajar-pelajar Melayu, Cina, India semua bercampur dan dari situlah Bahasa Melayu kita dari sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan mula mempunyai pergaulan, pembacaan yang lebih banyak, selepas itu kita mencapai penguasaan bahasa tersebut. Dalam enam tahun sekolah menengah, kita mempunyai ramai rakan-rakan Melayu, India, Cina. Kita ponteng bersama, kita buat perkara-perkara jahat seperti mana-mana murid tetapi selepas SPM, selepas peperiksaan SPM, kita datang dari keluarga yang miskin penoreh getah, kita jual surat khabar. Selepas SPM kita tidak ada pilihan lain. Tidak ada duit untuk pergi ke kolej sama seperti rakan-rakan kita semua. Jadi kita cuma ada satu pilihan iaitu selepas Tingkatan 5, kita pergi ke Tingkatan 6. Selepas kita pergi ke Tingkatan 6, rakan saya, seorang kawan yang baik telah diterima satu biasiswa hantar ke London belajar kejuruteraan helikopter. Saya terkejut kenapa adanya biasiswa yang saya tidak pernah dengar. Selepas dua minggu buka sekolah untuk Tingkatan 6, sekumpulan rakan-rakan Melayu saya hilang. Ke manakah perginya? Tanya punya tanya, sudah masuk matrikulasi yang saya tidak pernah dengar matrikulasi. Jadi yang tinggalnya kita ini orang Cina dan orang India ini di Tingkatan 6. From that day onwards, dengan izin, I felt that the color of the skin is very important in this country. I have never felt that before, dengan izin. Tidak pernah saya melihat kawan-kawan saya sebagai kaum, tidak ada. Kita kawan-kawan baik. Selepas itu kita dipecahkan. Kawan-kawan saya mempunyai saluran-saluran yang berlainan tetapi yang kita tidak tahu. From that onwards, ia membuka minda saya apakah negara ini akan terus menjadi begitu? Dan rakan- rakan saya yang melalui aliran yang lain masuk ke universiti yang sama, UKM, saya masuk UKM, sudah bertukar fikiran kita. Apabila kita berjumpa, bukan lagi seakrab seperti semasa kita berada di sekolah menengah. Itu adalah antara faktor yang saya rasa bahawa negara kita ini patut mencari jalan bagaimana kita hendak menggembleng tenaga rakyat Malaysia tidak kira kaum sebab pembangunan ekonomi dan pembangunan negara ini adalah untuk semua. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: [Bangun] Tuan Chong Sin Wong: Saya amat sokong tentang dasar yang mengatakan bahawa B40, below 40, 40 peratus orang rakyat Malaysia yang... Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit? Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah. Tuan Chong Sin Wong: Ya, ya. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat begitu... [Disampuk] Kerana fasih betul berbahasa Melayu. Tadi saya dengar Yang Berhormat masuk sekolah rendah, sekolah jenis kebangsaan tetapi bila masuk sekolah menengah nampak macam... [Disampuk] Sekolah kebangsaan ya? Bukan sekolah jenis kebangsaan. 60 DN 25.6.2015

Akan tetapi sekarang nampak trend masyarakat kaum Cina tidak ikut cara, Yang Berhormat. Mereka habis sekolah rendah masih lagi masuk sekolah jenis kebangsaan menengah, jenis kebangsaan. Saya fikir kalau pelajar-pelajar Cina boleh ikut cara Yang Berhormat, sekolah menengah pun masuk sekolah kebangsaan, saya fikir itu pun amat baik. Jadi kita akan mengurangkan lagi isu-isu perkauman sekarang. Bila kita bincang dekat sini kita bincang ekonomi bumiputera kerana orang Melayu belum capai dan Yang Berhormat pun nampak tidak setuju tetapi bolehkah saya cadangkan supaya pelajar-pelajar Cina ikut cara Yang Berhormatlah. Sekolah rendah, sekolah jenis kebangsaan tetapi bila masuk sekolah menengah dia masuk sekolah kebangsaan. Jadi kalau macam itu, saya fikir kita mungkin lebih harmoni. Terima kasih. Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau ikut statistik, biar Kementerian Pendidikan yang jawab, bahawa majoriti lepasan SJK(C) adalah ke sekolah menengah kebangsaan, sebab SMJK tidak banyak. ■1550 Walaupun kalau mereka masuk ke SMJK, kokurikulum, akademiknya, pengajarannya semua dalam Bahasa Kebangsaan. Tidak ada beza SMJK atau SMK. Cuma yang berbezanya kalau masuk ke Sekolah Menengah Persendirian. Walau bagaimanapun, saya bukannya kata, saya kata kita tidak menyokong Dasar Pembangunan Bumiputera, cuma saya ingin membawa pendekatan baru. Kita membuka minda sebab kita sekarang, berbincang tentang idea pembantuan kepada masyarakat bumiputera seperti mana yang tersurat di dalam B40 di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. B40, 40 peratus pendapatan rendah patut diberikan bantuan khas oleh kerajaan. Saya setuju dengan yang itu. Sebab kalau B40 ke bawah mungkin antaranya 85 peratus yang pendapatan rendahnya orang Melayu, Bumiputera, Sabah, Sarawak. Bantu dan di antaranya mungkin ada 5 peratus orang Cina, ataupun 10 peratus orang India, kita bantu. Bantuan yang sama, memberikan bantuan kepada majoriti yang perlukan bantuan. The need is one. There is a need dan ikut fakta yang ada sekarang, dengan statistik yang ada sekarang, sekiranya kita membantu mereka yang berpendapatan rendah, maka majoritinya masih bumiputera. Perkara yang sama, cuma pendekatan dia berlainan. Bukan lagi sangat kita mengkhususkan kepada kaum. Sekiranya kita terus apa-apa perkara pertama dengan menggunakan cermin kaum, maka susah untuk negara ini mencapai negara maju yang sepatutnya. Saya memberikan pandangan saya terhadap, banyak soalan yang ditanya bahawa selepas 40 tahun, 60 tahun merdeka, kenapa masih lagi bumiputera lemah, kenapa tanah rizab Melayu kurang. Pada pandangan saya ini adalah action and reaction, dengan izin. Every action creates equal reaction. Saya bagi satu contoh. Semakin banyak program- program bantuan kerajaan untuk bumiputera. Untuk bukan bumiputera, saya dari bukan Bumiputera ya, apakah reaksi bukan bumiputera? Dia akan lebih untuk membantu mereka sendiri. Itu satu reaksi automatik ya, secara semula jadi. Sebab kita tidak mendapat bantuan yang secukupnya, maka kita kena bantu diri sendiri. Maka you akan nampak Dewan Perniagaan Cina, banyak persatuan ditubuhkan untuk membantu berdiri. Maka, apa usaha kita untuk menyatukan usahawan Melayu, India, Cina, KadazanDusun ini bersama menjadikan satu pasukan Malaysia yang kuat, yang boleh bersaing di antarabangsa? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai kaum yang sangat kuat... Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang Berhormat. Tuan Chong Sin Woon: Ya sila. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Ya, terima kasih lah Yang Berhormat. Saya pun begitu kagum dengan kebolehan Yang Berhormat berhujah dan saya pun setujulah ya. Sebelum saya tanya soalan, jumlah isu ini satu isu yang cukup kompleks. Ia bukan kita kena melihat satu version of ideas, banyak ya, ini cukup mendalam. Banyak research telah dibuat benda-benda ini. Bukan baru, banyak. Soalan saya ialah memanglah kalau sekiranya itu cadangan Yang Berhormat, apakah bentuk strategi yang patut kita lakukan sekarang? Oleh sebab kalau itu hujah Yang Berhormat, on the other hand, kalau hendak katakan orang Cina tidak diberi pun tidak betul juga. DN 25.6.2015 61

Contohnya biasiswa luar negara ya, 80 peratus orang anak-anak Cina. Konvensyen PTPTN 78 peratus orang anak-anak Cina. Jadi tidak adillah kata semua bagi dekat Melayu. Pada saya kerajaan sekarang begitu adil. Ini bertolak ansur, yang patut dibantu, dibantu bahkan pada hari ini orang-orang Cina yang miskin pun dibantu. BR1M kita tidak kira kaum iaitu saya hendak katakan tadi hujah-hujah itu betul tapi it’s not that simple. Dia kena lihat balik. Ini sebagai orang muda lihat balik tetapi persoalan saya, saya setuju. Kalau begitu rupalah Malaysia dengan konsep kerajaan kita 1Malaysia tapi disalah ertikan bagi pihak anak muda kaum Cina. Apakah cadangan strategi yang patut kita lakukan untuk memastikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul maju dan bersatu padu? Terima kasih. Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Minta Yang Berhormat, sekejap, boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hujah yang dipaparkan oleh Yang Berhormat kita, setuju sebenarnya dan soalan juga telah dibentangkan oleh, telah dipamerkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah. Cuma saya hendak perkatakan di sini, ada banyak syarikat yang bukan bumiputera. Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan syarikat-syarikat swasta tersebut kebanyakannya tidak memberi peluang kepada kaum bumiputera. Malah setengah-setengah syarikat, saya difahamkan mensyaratkan bahasa Mandarin untuk mengambil anak-anak bumiputera bekerja di syarikat-syarikat berkenaan, syarat-syarat temu duga. Ini saya minta pencerahan daripada Yang Berhormat. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada 5 minit lagi Yang Berhormat. Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua soalan saya jawab dulu. Yang pertama cadangan untuk memajukan negara daripada pandangan saya. Sebenarnya saya sudah membahaskan caranya sepatutnya menggunakan pendekatan based on needs, berdasarkan keperluan. Maka bukannya hanya bumiputera, bukan bumiputera, Melayu, India, Cina, sekarang sudah sampai satu tahap Cina dapat berapa, Melayu dapat berapa, India dapat berapa. Itu saya rasa bukan lagi satu cara yang patut diteruskan. Kita mencari satu pendekatan yang lebih membawa kepada keharmonian yang sepatutnya. Maka sekiranya pencapaian bumiputera itu tidak sampai lagi, mesti dia ada isu kenapa tidak jadi. Kenapa kita tidak membuka minda. Kalau kita boleh bekerjasama antara semua, mungkin pencapaian itu lebih cepat. Itu antara sebab saya ada cuma ada 5 minit, hendak jawab Yang Berhormat Haji Yahaya, syarat bahasa Mandarin untuk syarikat-syarikat. Orang-orang yang berniaga, termasuk rakan-rakan di sini sangat praktikal. Saya mencari seorang pekerja yang dapat membantu syarikat saya, tidak kira dia Melayu, India, Cina tetapi sekiranya saya ingin mengembangkan syarikat saya, bekerja ataupun mempunyai perniagaan dengan luar negara, bahasa Inggeris dipastikan. Kalau tidak, ia tidak dapat membantu saya. Bahasa Cina kalau hendak berniaga dengan Hong Kong, Taiwan, Singapura. Jadi bahasa Cina itu sangat penting. Sekiranya seorang peniaga Cina membuka kedai runcit di kampung Melayu, saya boleh pasti tidak perlu pun dia gunakan perkataan Cina dalam syarikat dia ataupun kedai dia, dia akan tulis jawi kalau di Kelantan sebab dia hendak buat perniagaan, bukannya dia hendak jadi orang Cina ataupun yang berpaksikan kepada perkauman. Sekiranya buka gerai di kawasan-kawasan orang India saja, ditulis dalam bahasa India. Kalau dia hendak berniaga dengan orang Timur Tengah, dia kena ada yang fasih dalam bahasa Arab. Kalau bertanya saya di private sector, dengan izin, dia adalah praktikal. Siapa yang boleh mendapatkan keuntungan kepada syarikat. Maka penguasaan bahasa yang pelbagai sangat penting sebab saya selalu bagi satu contoh ya, ramai majoriti murid-murid Cina mempunyai kelas tuisyen yang mampu. Apakah subjek yang akan diambil dalam tuisyen? Bahasa Melayu, for sure. You tengok cara siapa-siapa anak-anak Cina kita yang hendak pergi ambil tuisyen Bahasa Melayu nombor satu, kenapa? Dia tahu bahawa sekiranya Bahasa Melayu dia tidak kuat, dia tidak boleh ambil SPM. Tanpa SPM result yang bagus, tidak ada biasiswa ke luar negara. Tidak dapat PTPTN. Timbalan Yang di-Pertua: Gulung Yang Berhormat ya. Tuan Chong Sin Woon: Itu antara praktikalnya. Saya minta kalau boleh orang- orang muda kita kah, ataupun rakan-rakan kita duduk bersama membincangkan dengan cara yang ikhlas. Kita buangkan semua pendirian parti, buangkan kaum-kaum tetapi untuk negara, untuk bangsa, untuk ekonomi negara untuk masa depan kita, tiba masanya semua kaum di Malaysia bersama-sama membentuk satu pasukan 1Malaysia membantu negara mencapai negara maju pada 2020. Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. 62 DN 25.6.2015

■1600 Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Puan S. Bagiam.

4.00 ptg. Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal: Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Vanakkam. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Pelbagai dokumen semenjak kemerdekaan melibatkan perancangan pembangunan negara daripada RMKe-1 sampai RMKe-11 seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020, Dasar Transformasi Negara dan bajet-bajet tahunan yang telah dibentangkan dalam Dewan ini oleh enam Perdana Menteri kita untuk memastikan agar rakyat dan negara kita tidak ketinggalan, dalam arus pembangunan global. Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya bahawa rangka Rancangan Malaysia Kesebelas yang dirangka pada kali ini adalah follow up, dengan izin, daripada rangka rancangan sebelum ini bagi mencapai pelan pembangunan dan penyusunan supaya negara ini maju menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas, kita tahu berasaskan kepada enam strategi yang diberi tumpuan untuk membolehkan negara kita maju. Memperkukuhkan beberapa perkara termasuklah meningkatkan kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan ke arah lebih maju dan banyak lagi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja di sini, dan harap pihak yang bertanggungjawab, dapat memberikan satu jawapan yang kukuh, agar seluruh rakyat kita dapat membangun bersama menuju negara maju dan berpendapatan tinggi. Satu perkara yang ingin saya sebut di sini ialah, apabila kita memberi penekanan agar setiap lapisan rakyat memperoleh kebaikan daripada kemakmuran dan pembangunan negara, dan sebab itulah melalui strategik ini, fokus kita berikan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah. Saya ucap tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana kali ini memberi fokus kepada kumpulan ini yang memang kita harap supaya mereka akan berada pada tahap yang baik kerana pada kita, tidak ada gunanya negara kita capai satu tahap yang tinggi, tetapi kumpulan ini masih berada di tahap yang rendah. Oleh sebab itu kalau kita lihat bahawa kumpulan ini besar, ia mencecah lebih 2.7 juta isi rumah. Ini kumpulan yang perlu dibantu untuk meningkatkan pendapatan purata isi rumah daripada hanya RM2,500 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM5,000 menjelang tahun 2020. Saya ingin pohon maklumat mengenai golongan 40 peratus terendah ini. Pohon berikan jumlah pecahan kaum yang tergolong dalam kumpulan ini serta pecahan mengikut bandar dan luar bandar. Saya tahu bahawa bukan senang untuk merangka strategi bagi meningkatkan lebih satu kali ganda daripada pendapatan mereka seumpamanya. Komitmen dan tumpuan yang mendalam harus diberikan dalam usaha ini. Isu yang paling diutamakan ialah isu kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini dan tentu kita jangkakan perkara ini juga akan berlaku pada masa akan datang. Maknanya, sementara kita merangka pelbagai program pembangunan, isu-isu yang berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup ini mesti diberikan penekanan dan ini mesti diberi keutamaan supaya kelompok dan golongan ini tidak tertekan dalam keadaan mencabar ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya percaya untuk mencapai pendapatan bulanan yang tinggi kepada golongan ini, maka usaha-usaha seperti meningkatkan kemahiran, meningkatkan kepakaran dan kependidikan di kalangan kelompok ini mesti diberikan keutamaan. Apabila menyentuh mengenai pendidikan dan kemahiran, saya ingin bertanya kepada Menteri Pendidikan, apakah kedudukan sebenar pengambilan pelajar India bagi matrikulasi yang mana kerajaan telah memberikan kuota sebanyak 1,500 untuk pelajar kaum India. Saya ingin tahu, berapakah jumlah pelajar yang benar-benar diambil dan mengapakah kuota ini tidak dicapai atau diisi dengan sepenuhnya? Satu lagi isu yang ingin saya sebut di sini adalah program MDAB, iaitu Mengubah Destinasi Anak Bangsa. Apakah dasar yang digariskan dalam pemilihan peserta untuk program ini dan adakah ia hanya untuk sesuatu kaum sahaja? DN 25.6.2015 63

Saya dapati program ini adalah amat berguna dan patut diluaskan kepada semua anak bangsa Malaysia agar mereka turut berkembang maju bersama. Saya pohon agar kerajaan dapat memberikan jumlah pelajar mengikut kaum dan jantina yang kini dalam program MDAB ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai garisan kemiskinan dan miskin tegar. Syabas kepada kerajaan kerana dapat membawa indeks kemiskinan ke satu paras yang amat nipis, garisan kemiskinan yang tidak ada pada hari ini iaitu tahap RM830 dan juga untuk miskin tegar RM520. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa kemiskinan di Malaysia hampir dibasmi oleh sebab statistik kerajaan menunjukkan kadar kemiskinan yang kurang daripada 1 peratus pada tahun 2014. Saya berpendapat bahawa masanya telah tiba untuk kerajaan mengkaji balik paras kemiskinan ini di mana garis kemiskinan dan miskin tegar ini tidak dicerminkan realiti semasanya. Memandangkan negara kita kini menuju ke arah pembangunan negara maju berpendapatan tinggi, adalah wajar jumlah ini dinaikkan selaras dengan pembangunan ekonomi negara. Jumlah yang ditetapkan ini adalah tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai satu benchmark bagi menilai kumpulan miskin dan miskin tegar. Saya mencadangkan agar jumlah ini dinaikkan kepada RM900 untuk miskin tegar dan RM1,200 bagi golongan miskin untuk dinilai agar mereka ini tidak ketinggalan atau tercicir dalam arus pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan untuk menjelaskan apakah kedudukan sebenar pegangan ekuiti masyarakat India. Sila beri pegangan ekuiti ini sejak Rancangan Malaysia Pertama hingga ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Apakah mekanisme yang akan dipelaksanakan untuk memastikan agar pegangan ekuiti kaum India dapat dipertingkatkan? Saya juga pohon agar satu mekanisme yang jelas dan benar-benar meningkatkan kedudukan pegangan ekuiti kaum India ini dapat dipertingkatkan. Kita sedar bahawa sebahagian daripada KEK ini hanya dipegang oleh beberapa orang individu dan harap maklumat individu-individu ini tidak mewakili seluruh kelompok masyarakat India di negara ini. Saya harap kerajaan dapat memberikan satu rangka pelaksana yang benar-benar dapat membantu meningkatkan pegangan ekuiti masyarakat keseluruhannya dan bukan hanya beberapa orang individu yang dilihat telah berjaya ambil kira sebagai masyarakat India keseluruhannya. ■1610 Tan Sri Yang di-Pertua, saya harap Rancangan Malaysia Kesebelas ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen serta bertanggungjawab kerana kita hanya mempunyai masa lebih kurang lima tahun lagi bagi mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih banyak-banyak kerana telah pun memenuhi perbahasan. Sekarang saya cuma nak menarik perhatian semua ya. Saya telah pun diberi maklum bahawa Yang Berhormat Dato’ Khairudin bin Samad, Yang Berhormat Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim, Yang Berhormat Dato’ Chai Kim Sen dan beberapa lagi yang mengatakan dia uzur, saya sedia maklum. Akan tetapi mana yang saya dapati agaknya Yang Berhormat Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali. Saya harap dia ada lagi di kawasan ini. Kebersamaan, kebertanggungjawaban bersama saya harap tolong hormati Dewan kita. Kalau nak keluar, beritahu. Tanpa membuang masa, hari ini memang kita nak teruskan. Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh.

4.11 ptg. Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua memberi peluang dan ruang kepada saya berbahas Rancangan Malaysia Kesebelas ataupun lebih dikenali sebagai RMKe-11. Dokumen RMKe-11 ini adalah sebuah okumen yang penting kerana ia memberi kita hala tuju, polisi-polisi dan prioriti kerajaan untuk lima tahun yang akan datang. Di mana kerajaan berhasrat melonjakkan negara kita ke sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, dengan izin, a high income nation with advanced economy. 64 DN 25.6.2015

Saya juga begitu tertarik dengan ucapan Perdana Menteri. Di sini Perdana Menteri bukan sahaja menggunakan GDP atau GNI, dengan izin, sebagai indicator pencapaian. Kerajaan juga akan melihat pencapaian kita daripada pelbagai aspek iaitu secara yang lebih holistik dengan menggunakan pencapaian pertumbuhan bersifat inclusive, sustainable growth with equity, dengan izin, competitive, progressive, rakyat yang bersahsiah dan moral tinggi. Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Menteri EPU kerana telah mengeluarkan dokumen yang berpatutan dengan banyak fikiran, a very well planned document, dengan izin, mempunyai carta-carta dan terminologi baru selaras dengan masa kini. Saya ingin mengambil sebuah bola kristal dan membayangkan keadaan dunia menjelang tahun 2020, lima tahun yang akan datang ini. Populasi dunia akan berada di tahap 7.7 bilion di mana populasi Malaysia akan sampai ke tahap 33 juta. Oleh sebab birth rate, dengan izin, telah berkurangan 20 tahun ini, kemungkinan besar bahawa populasi Malaysia, rakyat lebih daripada 65 tahun, mungkin lebih besar daripada rakyat kanak-kanak ataupun budak yang berumur 15 tahun dan ke bawah. It’s going to be an aged population, dengan izin. Lebih daripada 60 peratus daripada rakyat akan tinggal di kawasan bandar dan rantau Asia akan memainkan peranan besar. Dijangka 42 peratus ekonomi dunia akan dipegang oleh rantau ini dan 67 peratus daripada pekerjaan- pekerjaan baru akan didapati di benua Asia. Hidup harian rakyat akan dikelilingi oleh teknologi. Seorang keluarga middle class akan mempunyai TV, komputer, telefon bimbit, macam-macam dan dijangka sebanyak 10 devices akan connect kepada internet. Kreativiti akan menentukan sama ada seorang itu berjaya dan dijangka kos perubatan akan menjadi satu beban yang besar kepada mana- mana rakyat di dunia. Walaupun nampak seperti tahun 2020 akan membuka banyak peluang tetapi peluang ini terbuka kepada mereka di dunia ini. Mereka yang competitive sahaja yang akan dapat berjaya disebabkan sempadan-sempadan antara negara semua akan menjadi kelabu, mobiliti dan movement of people, dengan izin, satu perkara yang biasa menjelang tahun 2020. Dokumen RMKe-11 sebuah dokumen untuk membawa dan menyediakan negara kita untuk cabaran-cabaran menjelang tahun 2020. Kerajaan dan dokumen RMKe-11 mempunyai enam teras strategik dan enam pelan game changer. Di dalam teras pertama, kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan pembangunan inclusive ke arah masyarakat yang saksama. Di sini Perdana Menteri telah membawa satu terminologi baru iaitu B40. Terdapat 2.7 juta orang keluarga di Malaysia di mana purata pendapatan adalah kurang daripada RM2,537 sebulan. Saya setuju dengan hasrat ini, memang baik. Akan tetapi walaupun negara kita mempunyai kadar pertumbuhan yang cukup baik kebelakangan 10 tahun ini, malangnya nikmat daripada pertumbuhan ini tidak sampai ke semua. Masih ada 2.7 juta orang yang berpendapatan rendah. Kita sekarang ini seolah sudah mempunyai gap, dengan izin, there is a rich and poor. Kita mesti belajar daripada apa yang telah berlaku. Pelan-pelan yang kerajaan telah mengeluarkan hanya dapat membantu sebilangan orang yang kecil sahaja. Pelan-pelan yang telah dikeluarkan tidak dapat sampai kepada semua. Banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam RMKe-10 dan RMKe-9 tetapi ini tidak membawa manfaat kepada kumpulan ini. Di dalam dokumen RMKe-11, terdapat empat indeks yang telah dikeluarkan sebagai multi dimensional poverty index dalam muka surat 3-23. Selain daripada itu, selain daripada pendapatan, tiga ciri lagi yang penting, dengan izin, education, health and living standards. Walaupun kerajaan telah menyatakan ini kumpulan 40 peratus ke bawah, saya nak sentuh tentang masyarakat India ini. Bilangan yang terperangkap, masyarakat India dalam kategori ini adalah lebih daripada 50 peratus daripada populasi India di Malaysia. Walaupun kaum India hanya 7.5 peratus di Malaysia tetapi bilangan peratusan yang berada dalam kumpulan B40 ini adalah lebih kurang 12 peratus daripada 2.7 juta yang dinyatakan oleh kerajaan. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Senator Chong tadi iaitu melaksanakan program-program based on needs. Untuk saya, kaum India telah menghadapi pelbagai masalah sebelum ini seperti semasa sistem e-Kasih dimulakan lima tahun- dalam RMKe-9 saya rasa. Mereka menghadapi masalah sebab mereka lambat. Tidak tahu tentang e-Kasih dan apabila kaum ini dapat tahu tentang e-Kasih dan nak memohon masuk dalam sistem itu, diberitahu sistem itu, pendaftarannya telah pun tutup. DN 25.6.2015 65

■1620 Jadi saya minta atau pun saya berpendapat pelaksanaan bagaimana kita hendak sampai ke keluarga-keluarga B40 sama ada dia orang Asli, orang Sabah, orang Sarawak orang India, orang Cina atau orang Melayu pelaksanaannya penting supaya ia tidak ada jangka masa- kalau tidak mohon dalam e-Kasih dalam jangka masa satu bulan selepas itu sudah tutup. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri EPU, apakah kaedah yang akan digunakan untuk memastikan siapakah keluarga B40 ini? Bagaimana pemantauan akan dijalankan untuk memastikan tiada keluarga yang ketinggalan. Ketiga, daripada statistik kaum India, berapa banyakkah keluarga kaum India yang terlibat dalam kumpulan B40? Masalah yang dihadapi oleh kaum India berlainan sedikit. Kita mesti jangan lupa kepada permulaan jalan membawa Malaysia ke negara maju selepas kemerdekaan, negara kita bergantung sangat kepada agriculture atau pun pertanian. Di mana kebanyakan pekerja-pekerja dalam pertanian pekerja-pekerja India. Akan tetapi selepas 58 tahun ekonomi telah berubah, di mana Malaysia sekarang sebuah negara perbuatan atau pun a country that provides high-end services, dengan izin. Dengan itu banyak estet telah bertukar. Sebenarnya estet ini bukan menjadi estet lain tetapi telah menjadi tempat-tempat rumah mewah seperti kawasan Bandar Utama, Setia Alam, Segambut, Sungai Buloh dan lain-lain. Tempat-tempat lain pula dari kawasan getah dia telah tukar kepada ladang kelapa sawit di mana pekerja-pekerja banyaknya terdiri daripada pekerja asing. Jadi a new terminology was implemented, serta imej baru dikeluar dengan izin, iaitu displaced estate workers. Tempat mereka tinggal pun sudah tiada. Mereka ditempatkan di rumah panjang atau pun di flat-flat yang kecil di sebuah kawasan yang jauh dari tempat asal. Pekerjaan pun sudah hilang. Jadi saya rasa memang ada keperluan, there is a need to help this group. Depa ini sudah deprived sudah. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerima kumpulan displaced estate workers ini sebagai sub kategori dan mempunyai rancangan khas untuk membawa kumpulan ini ke keluarga middle class. Saya berdoa perkataan displaced estate worker menjelang tahun 2020 kita tidak mahu mendengar lagi. Semua ini tidak displace dah, ada kerja, ada rumah, ada ekonomi baru untuk mereka. Baru-baru ini terdapat rumah- rumah yang diduduki oleh kaum India di Segambut estet dirobohkan oleh pemaju. Mereka telah dijanjikan rumah oleh pemaju sebelum ini lebih kurang 30 puluh tahun dahulu. Pemaju itu telah membina semua kawasan sekitarnya tetapi kawasan rumah-rumah India itu dia tidak buat apa-apa. Selepas itu sudah 30 tahun punya cerita ini, dia pun dah declare bankrupt. Jual kawasan orang India itu kepada syarikat lain. Syarikat lain itu pula dia pergi ke mahkamah berkata, “Saya tidak tahu tentang janji yang telah dibuat oleh pemaju lama itu. Ini tanah saya. Saya hendak bangunkan.” Dia dapat call order, bawa traktor, bawa ini bawa itu bagi rumah semua pecah. Daripada segi undang-undang memang betul tetapi daripada segi moral, daripada segi janji yang telah diberikan oleh pemaju sebelum ini, daripada segi pemantauan autoriti yang telah memberi kelulusan kepada pemaju membangunkan kawasan sekitar tetapi tidak membangunkan kawasan itu, itu semua saya rasa tidak betul. Ini bukan kes Segambut juga. Saya pernah dengar Datuk Yahaya dahulu pun bawa benda ini ke Dewan yang mulia ini. Di Sentul pun YTL telah membangunkan semua kawasan tetapi kawasan yang dia sepatut bangun dan janji awal-awal, dia tidak bangunkan untuk orang-orang susah termasuk orang India dan orang Melayu, dia tidak bangunkan. Mungkin suatu hari kawasan itu dia akan jual kepada orang lain dan dia kata “Oh, saya tidak tahu tentang janji ini, ini bukan kawasan saya”. Jadi di sini saya minta kerajaan meneliti balik janji-janji awal. Kalau seseorang itu berjanji hendak membangunkan rumah kos rendah kah, flat kah, hendak dapat tanah bagus, hendak membangunkan rumah-rumah berjuta tetapi dia tidak mahu menunaikan janji awal itu, tidak boleh kita bagi dia DO atau approval untuk membangunkan bangunan-bangunan besar itu. Sebab selepas untung, dilupakan sahaja. Ini untuk saya ada there is a problem. There is a problem of responsibility, tidak boleh sekarang DBKL cakap, “Oh, it is a commercial deed, saya tidak tahu”. Akan tetapi siapa yang approved ini? Saya minta, Tuan Yang di- Pertua pun dalam MACC ini. Saya minta MACC lihat perkara-perkara seperti ini bagaimanakah satu development itu boleh berlangsung sampai jual habis, janji awal itu semua tutup mata? 66 DN 25.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kerana Yang Berhormat sebut nama saya tadi saya sambut sekarang. Saya minta Yang Berhormat ada sesuatu perkara yang berkaitan yang tidak kena dianggap rasuah, bagi nama dekat saya, tidak kira siapa. Akan tetapi kena cukup dengan bukti, segala witnesses, bukti-buktinya cukup. Jangan ada aniaya. Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya pun rasa DBKL sepatutnya jangan cuci tangan dan melindungi pemaju. Teknologi akan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian dan pelaksanaan perniagaan. Pekerja masa depan akan menjadi mobil dan untuk kita competitive, saya rasa bahasa Inggeris mesti diperkukuhkan. Oleh sebab dalam internet, bila kita melayari internet, hendak masuk side ini ke side itu, hendak baca artikel-artikelnya, artikel-artikel yang baru ini semua dalam bahasa Inggeris. Kalau kita hendak tunggu risalah-risalah ini diterjemahkan, ia mengambil masa. Saya lihat selain daripada ketidakseimbangan pendapatan, kita ada B40, ada jurang di antara orang-orang bandar dan luar bandar dalam bahasa Inggeris. Jurang itu jurang besar sekali. Saya khuatir menjelang tahun 2020, kita akan dibahagikan kepada masyarakat. Satu yang fasih dalam bahasa Inggeris, satu lagi yang tidak tahu bahasa Inggeris. Walaupun kita mendengar banyak kali bahawa kita akan memartabatkan bahasa Inggeris, kita masih tidak boleh lihat dengan jelasnya apa yang impak kerajaan- apa yang kerajaan sedang buat sekarang. Saya minta penjelasan daripada Menteri Pendidikan mengenai perkara ini. Adakah kita akan meningkatkan waktu sekolah? Sekarang sekolah ini pukul 1 atau pukul 12.30 sudah habis. Adakah kita akan meningkatkan sekolah sampai petang? Sampai pukul 3 atau pukul 4 supaya kita boleh tambahkan mata pelajaran seperti dalam bahasa Inggeris seperti pelajaran kreativitikah atau teknologi supaya murid-murid dan anak-anak kita ini fasih dalam bahasa Inggeris. Di sekolah luar bandar terutamanya sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak, sekolah kampung dan sekolah Tamil terdapat jumlah besar juga kanak-kanak yang gagal UPSR. Sekarang kita tidak dengar budak-budak gagal UPSR di kawasan bandar. Akan tetapi di kawasan ini banyak yang gagal juga dalam UPSR. Kita mesti mempunyai dasar kegagalan 0 peratus. Tidak ada kegagalan untuk memastikan tidak ada kanak-kanak yang tertinggal menjelang tahun 2020. Saya minta penjelasan daripada Menteri, berapa ramaikah yang gagal UPSR tahun lalu? Apakah rancangan kementerian untuk memastikan bahawa satu program intervensi awal disediakan untuk mereka dalam program ini supaya diberikan bantuan? Dan saya rasa program ini penting dan mestilah di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Baru-baru ini saya melawat kawasan Subang. Guru-guru sekolah Tamil ‘IOI’ datang berjumpa dengan saya, sekolah Tamil ‘IOI’ ini pada tahun 2011 telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk membina kembali sekolah baru. Sekolah itu sudah lama sudah. ■1630 Akan tetapi, sampai hari ini projek ini tidak dapat dilaksanakan sebab tanah itu tidak diberikan. Masih belum dapat tanah. Akan tetapi tanah itu tanah kerajaan, di bawah Lembaga Getah dan telah diberikan kepada subsidiari EPF untuk membina rumah, apartmen, macam- macam di kawasan R&R Sungai Buloh itu. Seperti saya beritahu awal tadi, sepatutnya kerajaan waktu buat peruntukan, saya minta Lembaga Getah melihat benda ini secepat mungkin memberikan tanah supaya sekolah boleh didirikan untuk murid-murid di sana. Akan tetapi ini bukan sahaja di tempat R&R, satu pelan yang lebih holistik sepatutnya dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menyelesaikan perkara-perkara tanah dan pembangunan semula sekolah-sekolah Tamil ini. Saya mintalah penjelasan daripada Kementerian Pelajaran, apakah rancangan mereka untuk sekolah-sekolah Tamil ini? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, selepas ini kerana masa itu terhad, saya kena hadkan masa. Semua orang yang bercakap selepas ini tidak lebih daripada 20 minit. Sekarang Yang Berhormat ada lebih kurang 3 minit lagi. Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Okey. Saya hendak sentuh sedikit tentang ekuiti kaum India. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan telah berhasrat untuk membawa ekuiti kaum India ke-3 peratus. DN 25.6.2015 67

Walaupun ada beberapa inisiatif yang telah dilakukan, ekuiti kaum India masih tersangkut di tahap 1.6 peratus. Kita ada beberapa program, bukan kata kita tidak ada program, memang ada. Ada pinjaman TEKUN, ada pinjaman daripada Sekretariat Khas untuk Pengupayaan Usahawan India (SEED) dan lain-lain. Ini semua bagus tetapi ia bukan satu pelan accelerator. It’s not a jump-start. Ia memang ada tetapi it’s a very slow motion program. Jadi saya minta kerajaan meneliti kembali untuk memberi satu program jump-start untuk orang-orang India supaya orang-orang India pun boleh memulakan perniagaan pelancongan, membina hotel, membina hospital, membina shopping mall. Saya minta kerajaan menyediakan peruntukan, kalau boleh soft loan. Tidak perlu beri peruntukan geran tetapi soft loan sebanyak RM5 bilion untuk menolong orang-orang India memiliki aset. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan satu blueprint untuk kaum India. Saya hendak tanya di sini, penjelasan daripada Menteri EPU, bagaimanakah blueprint ini akan dibuat? Apakah prosesnya? Sama ada akan ada agensi yang akan mula berbincang dengan setiap wakil kaum India? Adakah ia bererti ini satu engagement, a thick engagement ataupun tiada engagement langsung? Siapakah yang akan mengambil tanggungjawab membina blueprint ini? Saya harap blueprint ini akan memberi hala tuju kaum India, meningkatkan ekuiti kaum India, menyelesaikan masalah-masalah di sekolah Tamil, masalah-masalah displaced estate workers ini. Semua akan dirangkumi dalam blueprint ini. Sekian. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta sekali lagi, saya ulang. Kalau boleh, pada masa depan nanti, beri nama awal-awal. Senang saya hendak merancang masa. Saya memang menggalakkan Yang Berhormat bercakap lebih panjang. Akan tetapi, kadang-kadang masa itu agaknya sangat mencemburui kita. Maka saya terpaksa memotong masa Yang Berhormat hendak bercakap panjang. Tanpa membuang masa, kita memberi peluang juga kepada wakil OKU. Tidak lain dan tidak bukan. Yang Berhormat Puan Bathmavathi. Silakan.

4.34 ptg. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas. Tumpuan yang saya akan beri adalah berkaitan dengan OKU. Ini satu Rancangan Malaysia yang sangat penting kerana ia merupakan bahagian akhir sebelum negara mencapai tahap sebuah ekonomi, di mana Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Rancangan Malaysia Kesebelas ini juga akan digerakkan oleh enam teras. Antaranya, teras yang pertama yang menarik perhatian saya. Teras pertama ialah, memperkukuhkan inclusivity ke arah masyarakat yang saksama. Ini bermakna tidak ada golongan yang akan tertinggal termasuk golongan minoriti, termasuk juga golongan orang kurang upaya. Ini memang suatu yang amat dialu-alukan oleh golongan OKU di negara ini yang saya mewakili dalam Dewan yang mulia ini. Dalam RMKe-11 ini, tumpuan diberikan kepada sasaran B40 iaitu isi rumah yang berpendapatan 40 peratus yang terendah, untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka. Apa yang diperkatakan tentang B40 ini ialah mengenai tahap kemiskinan golongan ini. Kita tahu bahawa, secara tradisi, kemiskinan diukur dalam satu dimensi sahaja iaitu dengan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Ini bermakna isi rumah yang tidak mencapai tahap pendapatan tertentu akan dianggap miskin. Akan tetapi, didapati bahawa dengan hanya menggunakan satu jenis pengukuran, ia tidak mampu mengesan pelbagai aspek lain yang boleh menyebabkan kemiskinan berlaku. Jadi, pada tahun 2010, pihak United Nations Development Programme telah memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ataupun Multi-dimensional Poverty Index (MPI) dalam Human Development Report. 68 DN 25.6.2015

Selaras dengan itu, Malaysia juga telah membangunkan pengukuran MPI yang bersesuaian untuk kesejahteraan sosioekonomi dan pembangunan negara. MPI ini digunakan untuk mengumpul data mengenai kedudukan ekonomi isi rumah. Di sini, sebelas jenis indikator digunakan iaitu: (i) tahun persekolahan; (ii) sama ada kanak hadir ke sekolah; (iii) akses kepada kemudahan kesihatan; (iv) akses kepada pembekalan air bersih; (v) bilangan bilik tidur dalam isi rumah; (vi) kemudahan tandas; (vii) kemudahan kutipan sampah; (viii) pengangkutan; (ix) akses kepada alat komunikasi, dan juga (x) pendapatan purata isi rumah. Pada Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini, didapati bahawa PGK bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM930, dan Sabah - RM1,170 dan untuk Sarawak - RM990. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan indikator yang sebelas ini, saya rasa ini tidak mencerminkan kedudukan sebenar ekonomi sesebuah isi rumah. Ini kerana saya rasa, ada indikator lain yang mempengaruhi secara langsung kedudukan ekonomi seorang individu ataupun sebuah keluarga. Umpamanya, kalau terdapat seorang OKU dalam sesebuah keluarga, ini akan membawa implikasi kewangan yang lebih bila dibandingkan dengan keluarga yang tidak ada orang kurang upaya. ■1640 Dalam United Human Development Report (UNDP), disenaraikan jenis-jenis kos yang terlibat yang menghubung kait kemiskinan dengan kurang upaya. Kos-kos yang secara langsung ialah kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh seorang OKU atau keluarga untuk mengecapi taraf hidup yang munasabah, bantuan dari segi kewangan atau kemudahan yang diterima dari kerajaan. Bagi seorang OKU kos tambahan terdiri daripada perbelanjaan bagi kesihatan, alat bantuan, bayaran tambahan pengangkutan, bayaran pengurusan diri, mungkin ia harus menggaji seorang pembantu untuk menjaganya, MUNGKIN perlukan ubatan khas dan sebagainya. Kos-kos indirect ataupun kos tidak langsung adalah di mana dalam sebuah keluarga masa yang lebih banyak diperuntukkan ibu bapa untuk menjaga ataupun memberi penjagaan kepada anak-anak istimewa berbanding dengan aktiviti rumah tangga lain dan impak kepada pekerjaan ahli keluarga. Mungkin ibu ataupun bapa terpaksa meninggalkan kerja ataupun terpaksa duduk rumah menjaga anak istimewa itu. Jadi kos-kos ini sesuatu yang benar-benar berlaku dan ada beberapa kajian yang telah dibuat untuk menunjukkan ada hubung kait kemiskinan dengan kehadiran kurang upaya dalam sesebuah keluarga. Suatu kajian telah dilakukan pada tahun 2009, membandingkan dua buah negara yang membangun iaitu Vietnam dengan Bosnia Herzegovina. Hasil kajian itu telah disiarkan dalam European Journal of Disability Research tahun 2009 jilid tiga nombor tiga bertajuk Disability and Poverty: A Survey of World Bank Poverty Assessments and Implications. Di sini, didapati bahawa sebelum mengambil kira faktor disability ataupun faktor kurang upaya kadar kemiskinan secara keseluruhan di Vietnam 13.5 peratus dan kadar kemiskinan pada isi rumah yang mempunyai orang kurang upaya 16.4 peratus. Akan tetapi selepas diambil kira faktor ataupun indikator kurang upaya, kajian dibuat dan dianggarkan bahawa kos tambahan yang dibawa oleh faktor tambahan, iaitu kehadiran orang kurang upaya itu, didapati bahawa 9 peratus perbezaannya. DN 25.6.2015 69

Jadi apabila kita mengambil kira kehadiran orang kurang upaya, kadar kemiskinan keseluruhan meningkat dari 13.5 di Vietnam ke-15.7 dan kemiskinan dalam keluarga yang mempunyai orang kurang upaya itu meningkat dari 16.4 ke-20.1. Bosnia Herzegovina juga didapati ada peningkatan dari 19.5 hingga 22.4 dan bagi keluarga yang mempunyai orang kurang upaya daripada 21.2 di pertingkatkan ke-30.8. Jadi apabila ini diunjurkan kepada keadaan di Malaysia, saya rasa ia akan menghasilkan jawapan ataupun akan menunjukkan peningkatan yang sama. Jadi sekiranya kerajaan dalam household survey yang akan datang, mengambil kira indikator kehadiran orang kurang upaya kita akan dapati bahawa 2.7 juta orang di bawah B40 mungkin akan bertambah. Mungkin keluarga yang kini berada dalam tahap M40 akan dikategorikan sebagai miskin dan kita akan mendapati sebuah golongan yang lebih besar untuk diberi perkhidmatan dan juga perhatian oleh kerajaan. Berkaitan dengan ini, saya ingin pergi ke isu yang selanjutnya iaitu impak GST terhadap orang kurang upaya. Sebelum GST dilaksanakan di negara ini, rakyat diberi jaminan ataupun dinasihatkan oleh kerajaan bahawa ia tidak akan membebankan rakyat tetapi apabila ia dilaksanakan pada 1 April dan kini sudah dua bulan hampir tiga bulan GST diamalkan didapati bahawa ia memang membebankan rakyat terutama golongan yang miskin. Antara golongan yang miskin terdapat juga golongan orang kurang upaya. Jadi kalau pada suatu masa dahulu, cukai pendapatan yang tidak dikenakan kepada sebahagian rakyat yang menerima gaji pada satu aras, sekarang rupanya semua orang terpaksa membayar cukai melalui GST untuk hampir setiap barang keperluan harian. Jadi orang kurang upaya dan juga persatuan-persatuan pun membawa rungutan mereka kepada pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja. Jawapan pengarah GST yang tersiar dalam akhbar adalah, beliau katakan memang ada peruntukkan dalam Akta GST itu yang mengecualikan barang-barang, I mean alatan perubatan dari di kenakan GST. Akan tetapi, orang kurang upaya harus mendapatkan sijil yang dikeluarkan oleh Badan Kebajikan yang berdaftar dengan JKM. Jadi, ini merupakan satu proses yang amat merumitkan dan yang menyusahkan untuk orang kurang upaya. Setiap kali dia hendak beli barang untuk keperluan dia kena dapatkan sijil dari JKM. Jadi OKU telah mengutarakan satu pertanyaan, mengapakah tidak kad pendaftaran digunakan sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa mereka berdaftar di bawah JKM? Ini belum diselesaikan, Pegawai GST belum memberi satu jawapan yang munasabah. Jadi, perkara ini masih dalam perbincangan. Saya rasa pihak kastam pun tidak tahu apa sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menolong golongan orang kurang upaya. ■1650 Jadi, berkenaan dengan sijil atau pendaftaran orang kurang upaya, dalam Akta Orang Kurang Upaya, bahagian seksyen 25 menyatakan bahawa kad OKU yang dikeluarkan di bawah subseksyen 1, Bahagian 25, Akta Orang Kurang Upaya hendaklah, melainkan jika dibukti telah dibatalkan, boleh menjadi keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang orang kurang upaya di bawah akta ini. Jadi memang ada peruntukan dalam Akta Orang Upaya sendiri yang memberi pengiktirafan kepada kad OKU yang menyatakan bahawa ia berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi apa yang saya minta ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kad OKU memadai untuk OKU mendapat pelepasan cukai GST bagi alat-alat bantuan OKU. Saya juga telah menujukan suatu pertanyaan kepada Kementerian Kewangan untuk memohon pengecualian pembayaran GST bagi golongan OKU berdasarkan peruntukan di bawah Bahagian VII seksyen 56(1) dan (3) Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014. Akan tetapi, jawapan yang diberi oleh Kementerian Kewangan yang saya terima pada 22 Jun, sesi ini, tidak memberi jawapan yang munasabah bagi soalan saya. Jawapan yang diberi adalah pelepasan sahaja iaitu sama seperti jawapan yang diberikan oleh Pengarah GST Kastam dalam kenyataan akhbar.

70 DN 25.6.2015

Jadi di bawah seksyen yang dikatakan tadi, seksyen 56 Akta GST, dikatakan- saya baca petikan daripada akta itu. Dinyatakan bahawa... [Membaca petikan] “Menteri boleh melalui perintah dalam warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan, melepaskan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai yang boleh dikenakan dan dilevi atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan atau apa-apa pengimportan barang atau kelas barang.” Seksyen 3 juga menyatakan bahawa Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan, subseksyen (a) menyatakan, melepaskan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai yang boleh dikenakan dan levi ke atas apa- apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan atau apa-apa pengimportan barang atau kelas barang... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak perlulah sebut itu semua, sebut seksyen itu, biar kementerian menjawab. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Ya, dan juga (b). Subseksyen (a) dan (b). Tuan Yang di-Pertua: Ya. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Jadi saya minta pihak Kementerian Kewangan memberi perhatian dan kalau boleh berunding dengan wakil-wakil persatuan NGO untuk mencapai suatu penyelesaian supaya OKU dapat pelepasan cukai bagi barang keperluan dan juga barang-barang alat bantuan. Tuan Yang di-Pertua: Okey, gulung Yang Berhormat. Dah cukup 20 minit. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Selain daripada itu, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, perhatian juga diberikan kepada akses kepada persekitaran yang bebas halangan. Dalam RMKe-11 ini, dikatakan bahawa penguatkuasaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 itu akan diperkukuh bagi memastikan kepatuhan kepada reka bentuk sejagat bagi mewujudkan persekitaran fizikal yang mesra OKU. Saya berasa gembira kerana dalam sesi-sesi yang lepas, setiap kali saya berucap saya membawa perkara ini, iaitu perkara pelaksanaan penguatkuasaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam ini dan saya rasa adalah baik saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memberi perhatian yang sewajarnya kepada bahagian ini. Satu lagi isu yang telah saya bawa dalam Dewan pada sesi yang lepas ialah cadangan untuk menubuhkan sebuahu jabatan yang berasingan untuk melaksanakan dan memantau program-program berkenaan dengan OKU. Timbalan Menteri pada sesi yang lepas telah pun menjawab dan beliau berkata boleh diberikan pertimbangan. Saya berharap dengan Pelan Tindakan Pembangunan OKU yang akan dibentangkan tidak lama lagi, jabatan baru ini akan ditubuhkan untuk tujuan melaksanakan program-program yang dirancang. Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Ada satu lagi. Di bawah isu perumahan, saya juga telah membawa satu cadangan di mana walaupun projek-projek PPR sudah pun mengambil kira keperluan orang kurang upaya di mana ada unit-unit yang telah diubahsuai untuk selesa dihuni oleh orang kurang upaya, saya telah memberitahu kepada Menteri mengenai masalah yang dihadapi oleh orang kurang upaya untuk mendapat pinjaman. Saya telah mencadangkan penubuhan sebuah dana pusingan yang mana Timbalan Menteri telah pun memberi persetujuan untuk membawa kepada Kementerian. Saya harap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini dana itu akan ditubuhkan. Dengan itu, saya menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Lain kali Yang Berhormat, saya bersimpati dengan kompelin Yang Berhormat ini, awal-awal bagi nama, awal-awal bercakap lama sikit. Yang kedua, Yang Berhormat, kalau hal-hal yang spesifik itu, rasanya daripada segi implementasi dan sebagainya, agaknya Yang Berhormat terus perjuangkan. Kalau tidak daripada segi dasarnya melanggar, bawa ke sini untuk kita apa kan. Kes-kes yang pegawai tak ambil tindakan dan sebagainya itu agaknya tak payah disebut. Kita pegang pada- Yang Berhormat mewakili. DN 25.6.2015 71

You are the lawmakers, dengan izin, to make sure semua diimplement dengan sepenuhnya. Kalau tidak, kenapa. Tanya kepada kementerian. Macam itulah. Untuk menjimatkan masa. Saya cadangkan Yang Berhormat, lain kali awal-awal bagi nama. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Dayang Madinah. Yang Berhormat, agaknya kalau mana yang semua sudah sebut itu, tak payah sebut lagi. Mana yang belum disebut oleh mana-mana itu, itu yang dibangkitkan untuk menjimatkan masa. Silakan.

4.59 ptg. Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia dan salam perpaduan. ■1700 Terima kasih atas peluang yang diberi kepada saya untuk membahas RMKe-11. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan atas kejayaan menghasilkan dokumen RMKe-11 ini. Sesuai dengan temanya Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat, RMKe-11 menghidangkan banyak inisiatif yang memfokuskan kepada kepentingan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Pemimpin datang dan pergi, cara kepimpinan ikut acuan tersendiri. Dalam langkah- langkah akhir ke garisan penamat sebagai negara maju berpendapatan tinggi dan inclusive, Malaysia amat bertuah kerana tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009 telah diambil alih oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, seorang Perdana Menteri yang bijaksana, berpandangan jauh dan berjiwa rakyat. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional yang dirangka sebagai satu hala tuju negara dengan tujuan mentransformasikan Malaysia secara tuntas dan holistik, demi melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju high income advance economy, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak yang mempunyai bilangan besar penduduk yang majoritinya kaum bumiputera di luar bandar yang luas, menyambut baik strategi pertama RMKe-11 iaitu pembangunan sosioekonomi secara inclusive dengan meningkatkan taraf isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ke arah masyarakat kelas menengah. Juga Sarawak menerima baik strategi kedua iaitu meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar dengan menitikberatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kesihatan berkualiti. Di sini saya ingin bertanya adakah pihak kerajaan akan menambah perkhidmatan klinik bergerak untuk kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak dalam RMKe-11 nanti? Manakala Klinik Bergerak Katarak 1Malaysia yang sedia ada mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat luar bandar di Sarawak. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah klinik tersebut dalam RMKe-11 untuk Sarawak? Selain itu saya juga hendak bertanya sudah adakah pusat transformasi luar bandar atau RTC dibina di Sarawak setakat ini? Kalau belum, adakah RTC akan dibina atau ditambah dalam RMKe-11 untuk Sarawak? Saya juga ingin syorkan supaya RTC tersebut menyediakan juga pusat hemodialisis. Tuan Yang di-Pertua, daerah-daerah kecil di luar bandar juga memerlukan kemudahan sukan dan rekreasi agar masyarakat khususnya remaja berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat, selain mengeratkan semangat perpaduan dan juga menghindar anak-anak muda daripada terjebak dengan gejala sosial dan juga untuk mengurangkan hasrat belia atau anak-anak muda daripada berhijrah ke bandar-bandar. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina mini kompleks sukan di kawasan luar bandar di Sarawak dalam RMKe-11? Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap keperluan dan penyediaan rumah kediaman untuk rakyat mengikut kategori dan kelayakan pembeli amatlah dihargai.

72 DN 25.6.2015

Bagi menggalak amalan hidup sihat, memelihara semangat kekeluargaan dan semangat kejiranan dalam kelompok masyarakat yang tinggal di taman-taman perumahan, adalah baiknya setiap taman atau kawasan perumahan baru itu disediakan dengan taman mini rekreasi lengkap dengan kemudahan permainan untuk kanak-kanak selain trek berjalan kaki dan gelanggang futsal atau badminton dan dikelilingi tanaman-tanaman hijau. Dalam soal bidang pendidikan, usaha untuk menggalakkan murid-murid sekolah rendah menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, di sini saya ingin mencadangkan supaya pihak sekolah tidak kiralah sekolah di bandar atau sekolah di luar bandar membuka satu sudut khas perpustakaan di sekolah dengan koleksi buku-buku bahasa Inggeris sebagai bahan bacaan murid-murid. Tuan Yang di-Pertua, usaha ke arah memperkukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional amatlah penting dan merupakan isu utama bagi Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan suku-suku kaum. Interaksi di kalangan rakyat perlu diperhebatkan bagi memperkukuhkan semangat 1Malaysia selain meningkatkan integrasi sosial dan perpaduan nasional. Untuk berulang alik dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung dan sebaliknya kita perlu menaiki kapal terbang. Kita sedia maklum bahawa public transport, dengan izin telah dikecualikan daripada GST. Walau bagaimanapun, kini harga tiket kapal terbang MAS, National Carrier, dengan izin, telah naik kerana dikenakan GST juga. Saya ingin sarankan kepada kerajaan supaya harga tiket MAS dikecualikan daripada GST, jika isu integrasi sosial dan perpaduan nasional perlu dipertingkatkan seperti dalam RMKe-11. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai strategi kelima RMKe- 11 iaitu memperluas infrastruktur ICT. Agak kerap dalam perbahasan-perbahasan sebelum ini saya pernah sarankan keperluan liputan jalur lebar diperluaskan juga ke kawasan- kawasan luar bandar Sarawak. Sarawak berharap agar RMKe-11 akan menambah keluasan liputan jalur lebar ke seluruh negeri Sarawak. Sarawak merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keyakinan beliau kepada Bandaraya Kuching sebagai di antara bandar-bandar yang dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan daya saing negara. ■1710 Memandangkan Bandaraya Kuching masih ketinggalan di segi pengangkutan awam yang moden dan berkualiti (contohnya, belum ada LRT lagi), adakah Bandaraya Kuching akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengangkutan awam yang moden dan berkualiti dalam RMKe-11 nanti? Tuan Yang di-Pertua, kejayaan RMKe-11 tidak akan tercapai dengan cemerlangnya tanpa sokongan padu dan semangat kerjasama berpasukan daripada setiap warga negara Malaysia. Sarawak berharap agar delivery system dengan izin, dipertingkatkan dan dikemaskinikan bagi menjayakan RMKe-11. Saya ingin berkongsi pengetahuan dengan Dewan yang mulia ini iaitu pada perhimpunan “pemimpin bersama rakyat” yang berlangsung di Kuching pada 4 Jun lepas dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak bersama lebih 10,000 orang pemimpin dan ahli-ahli masyarakat berbilang kaum telah melafazkan ikrar sokongan 100 peratus tidak berbelah bahagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Kedengaran laungan dan kelihatan puluhan banner ataupun kain rentang dengan kata-kata ini, “Sarawak bersama Najib, susah dan senang”. Itulah semangat 1Malayia yang unik dan semangat patriotik rakyat Sarawak yang berbilang kaum demi tanah air tercinta. Baru sahaja lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib sudah memecah rekod sebagai Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak hingga ke pelosok pedalaman negeri Sarawak dengan menunaikan janji-janji pembangunan yang telah dijanjikan ketika PRU lepas. Tuan Yang di-Pertua, dengan hujah-hujah tadi, saya menyokong penuh Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

DN 25.6.2015 73

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Hoh Khai Mun, kita ada empat orang lagi yang hendak berbahas. Akan tetapi nampaknya, saya nampak tak adalah berada di dalam Dewan. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang belum berbahas itu, saya minta, saya mohon agar berada di Dewan. Kalau saya panggil tak ada berada di Dewan, maka Yang Berhormat akan lepas peluang. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Hoh Khai Mun. Silakan Yang Berhormat. Ini medan speech Yang Berhormat ya. Dato’ Hoh Khai Mun: Yes. Timbalan Yang di-Pertua: Pertama kali, silakan Yang Berhormat.

5.13 ptg. Dato’ Hoh Khai Mun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas di dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya di mana beliau telah berjumpa keempat-empat Ahli Dewan baru dan telah memberi pandangan, nasihat dan penjelasan kepada kita supaya mengambil sikap proaktif, bertanggungjawab, berkualiti dan efisien semasa dalam perbahasan dalam Dewan ini. Di sini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan dalam kelulusan Rancangan Malaysia Kesebelas di Parlimen. Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan kesinambungan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bertujuan untuk membawa negara kita menuju ke arah kemajuan yang inclusive dan mampan. Walaupun sejak kebelakangan ini negara kita berdepan dengan kelembapan ekonomi global, tetapi Malaysia masih mampu mencapai prestasi yang cemerlang sehingga dapat mencatat kadar pertumbuhan KDNK tertinggi di rantau ini. Justeru itu, saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan enam teras strategik dan enam pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas serta sokongan dan komitmen rakyat Malaysia, maka Malaysia akan dapat mencapai aspirasinya menjadi negara yang maju, yang inclusive dan mapan menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan kali pertama saya menyertai dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Timbalan Yang di-Pertua: Bagus Yang Berhormat, teruskan. Dato’ Hoh Khai Mun: Jadi hari ini kerana masa tidak mengizinkan saya ambil masa yang panjang, jadi walau bagaimanapun saya cuma hendak membawa dua isu yang ada kaitan bagi negeri Pahang. Tuan Yang di-Pertua, negeri Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan populasinya sebanyak 1.5 juta orang penduduk. Namun begitu, negeri Pahang masih ketinggalan dalam kemudahan prasarana terutama daripada segi kemudahan pengangkutan. Setakat ini hanya terdapat dua buah lebuh raya iaitu Lebuhraya Karak di mana ia disiapkan pada tahun 1977 dan Lebuhraya Pantai Timur yang menyambung pekan Karak ke Kuantan telah disempurnakan pada tahun 2004. Selepas itu tiada sebarang perkembangan, terutama pembinaan lebuh raya baru untuk negeri Pahang ini. Apa yang ada ialah cuma jalan raya biasa iaitu seperti jalan raya dari Kuantan ke Rompin, Bentung-Raub-Lipis, Temerloh ke Jerantut dan Temerloh ke Kemayan. Ini merupakan jalan utama yang menyambung bandar-bandar utama di negeri Pahang ini. Pada 29 Oktober 2007, Kerajaan Pusat telah melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Mersing di Johor. Ekoran dari itu, Kerajaan Negeri Pahang telah mencadangkan membina sebuah lebuh raya double carriageway, dengan izin, yang diberi nama central spine yang dibina dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Bentong. Tujuannya adalah untuk membangunkan kawasan Pahang barat dan Negeri Kelantan.

74 DN 25.6.2015

Saya percaya projek ini akan memendekkan jarak dan juga masa dari Pahang ke Kelantan. Ini juga akan mengatasi kesesakan lalu lintas terutama dalam dua buah bandar di Pahang barat iaitu Bentong dan Raub. Cadangan ini telah diterima dan diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Kerja-kerja pengambilan tanah sudah bermula tetapi sampai hari ini, selepas lima tahun, nampaknya projek ini masih belum dijalankan. Oleh yang demikian di dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap Kerajaan Pusat terutama sekalilah Kementerian Kerja Raya supaya mempercepatkan projek central spine itu untuk membantu kita mempercepatkan pembangunan di Kelantan dengan Pahang barat. Selain daripada itu juga, di samping saya juga mengharapkan kepada Kerajaan Pusat di mana selain daripada central spine itu. Satu daripada pelbagai projek yang saya ingin hendak cadangkan untuk mempercepatkan pembangunan di negeri Pahang itu, supaya negeri Pahang akan mencapai taraf negeri yang maju, rakyat menikmati pendapatan tinggi di sini. ■1720 Iaitu cadangan yang pertama ialah tentang naik taraf Pelabuhan Kuantan. Di mana kita cadangkan supaya pelabuhan itu akan dijadikan sebuah city port, dengan izin. Kedua, kita memerlukan sebuah landasan kereta api berkembar yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kuantan. Cadangan ketiga membina sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa untuk membantu kita menarik lebih ramai pelancong daripada negara luar untuk terus ke bandar Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah berkaitan dengan Tanah Tinggi Cameron Highlands di negeri Pahang di mana Cameron Highlands merupakan sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang telah menarik ramai pelancong bukan sahaja daripada tempatan dan juga luar negara. Keindahan alam semula jadi, kesegaran udara serta tanaman hawa sederhana dan bunga-bungaan telah menjadi tarikan di Cameron Highlands. Sayangnya pada hujung tahun 2013 hinggalah hujung tahun 2014, di mana dua kali bencana alam telah berlaku iaitu banjir lumpur dan tanah runtuh telah berlaku di Cameron Highlands, khususnya di dua buah pekan iaitu Ringlet dengan Lembah Bertam. Ekoran daripada itu, Kerajaan Pusat yang prihatin telah mengadakan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan telah memutuskan untuk melaksanakan Ops Gading ialah untuk menangani masalah kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands dan yang penting mencari jalan untuk mengatasi pencerobohan tanah haram di Cameron Highlands. Susulan daripada itu, Ops Gading telah menguatkuasakan undang-undang dan telah memusnahkan tanaman-tanaman penceroboh dalam masa yang singkat. Saya memang bersetuju tindakan sedemikian tetapi kita mestilah memberi pertimbangan dan mencari apakah punca utama yang menyebabkan bencana yang telah berlaku pada dua tahun sebelum ini. Paling penting ialah kita dapati bahawa satu daripada punca utama adalah kerana pencerobohan daripada sindiket-sindiket yang membuka tanah dengan begitu luas, dengan keluasan yang begitu besar. Jadi, kita mestilah memberi pertimbangan ke atas, terutama ialah petani-petani yang berasal daripada Cameron Highlands. Mereka telah berada di Cameron Highlands itu kemungkinan ialah merupakan generasi kedua dan ketiga. Di mana mereka tidak ada pilihan, di mana pada tahun 2000, kerajaan negeri telah membekukan sebarang permohonan tanah baru untuk pertanian. Jadi, selepas itu tidak ada kelulusan tanah untuk pertanian itu dan sehinggalah sampai hari ini ada petani-petani yang menanam sayur-sayuran atau bunga-bungaan itu secara skala yang kecil. Ini merupakan cara yang mereka mendapatkan punca pendapatan untuk menampung keperluan keluarganya. Jadi, saya mengharapkan kepada Kerajaan Pusat, khususnya daripada mereka yang melaksanakan Ops Gading itu mestilah memberi pertimbangan yang sewajarnya, terutama ialah kepada petani-petani yang berskala kecil. Memanglah ini cara yang mereka lakukan untuk menampung, mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarganya daripada segi pendidikan anak-anak dan juga untuk ahli-ahli keluarganya. Jadi, hari ini saya mengharapkan kepada Kerajaan Pusat mestilah memberi pertimbangan atas pekebun yang miskin ini dan memberi kelonggaran kemanusiaan sehingga tanaman mereka itu boleh dihasilkan sebelum dimusnahkan. DN 25.6.2015 75

Di sini saya juga mengambil kesempatan dalam Dewan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri. Oleh sebab baru-baru ini sahaja di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengumumkan di mana kerajaan negeri akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan lesen TOL kepada petani-petani tempatan yang berskala kecil dan memanglah mereka yang tidak memiliki sebarang tanah. Ini telah menunjukkan... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada kurang lebih lima minit. Dato’ Hoh Khai Mun: Tidak mengapa. Ini menunjukkan kerajaan negeri adalah sentiasa memberi timbang rasa kepada rakyat dan sentiasa membantu demi kesejahteraan rakyat. Apa yang saya mohon supaya isu tanah ini untuk diberi kelulusan itu perlu dan dapat disegerakan untuk mengatasi isu penguatkuasaan tanah haram di Cameron Highlands itu. Dengan ini sekianlah Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong isu ini. Thank you. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat baru, Yang Berhormat cuba juga berbahas dan telah berbahas dengan baik. Bagus Yang Berhormat. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Silakan Yang Berhormat.

5.27 ptg. Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh... [Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi penghormatan walaupun di akhir-akhir dapat juga berbahas di dalam RMKe-11 ini. Saya juga ingin bersama-sama dengan kawan-kawan ingin menyatakan isi hati, ingin menyatakan gundah gulana berhubung dengan Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam bulan puasa ini kita dituntut untuk berpuasa seperti mana yang telah dijalankan oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita agar kita dimasukkan dalam golongan orang-orang yang bertakwa... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Saya juga ingin masuk dalam golongan yang bertakwa dan ingin bercakap dari rasa isi hati di dalam Dewan yang mulia ini. Termasuk rakan-rakan yang berada di luar, rakan-rakan yang telah pun meminta pertolongan untuk kami bercakap, khususnya untuk saya bercakap. Bukan memprotes, bukan kita hendak menentang Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi kita hendak menyatakan rasa isi hati kita, perasaan kita yang bukan kita ini racist, yang bukan kita ini hendak mempertahankan sebuah bangsa sahaja. Seperti mana yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, jauh sekali kita hendak meninggalkan bangsa-bangsa lain, hendak meninggalkan rakan- rakan yang beragama lain. Akan tetapi kita hendak hidup dalam sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur ini. Kita juga ingin meminta supaya apabila kita bercakap, menegur seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah, bahawa zaman pegawai kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. ■1730 Zaman pemimpin mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Ini kerana rakyat hari ini juga sudah pandai dan cerdik sama pemikirannya seperti rakyat dan juga pegawai- pegawai kerajaan. Malah Tuan Yang di-Pertua, sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa di Malaysia ini terlampau banyak dasar. Terlampau banyak pelan induk sehingga kita lupa apa dia dasar pelan induk kita itu. Mereka mengatakan bahawa kita tidak ada mother policy. Kita tidak ada pelan ibu dan jika kita tafsirkan ibu ini, Tuan Yang di-Pertua, ibu ini kalau kita ambil contoh, sungai itu kalau tidak ada ibu sungai, maka anak-anak sungai tidak akan ada airnya. Kalau di rumah itu tidak ada ibu rumah, maka tidak berfungsi rumah itu. Kalau telefon itu tidak ada ibu sawat, maka telefon itu tidak dapat digunakan. Kita ambil contoh negara- negara yang mempunyai mother policy. Yang mempunyai polisi induk. Contoh terdekat kita ambil Singapura. Setiap polisi yang hendak mereka buat, mereka sentiasa memikirkan security. Keselamatan negara mereka sehinggakan hendak berbincang bab air sekalipun mereka akan berbincang bab security. Is this a trap to our country, dengan izin? Mereka berbincang bab pasir, mereka berbincang bab security. Di bahagian mana hendak direclaim? Di pelosok mana hendak dicuri pasir? Mereka memikirkan hal security mereka. 76 DN 25.6.2015

Sebab itu setiap dasar yang mereka buat, mereka menjurus kepada pemikiran security mereka. Begitu juga dengan Israel. Begitu juga dengan Switzerland yang kita tengok. Mereka mempunyai mother policy dan di Malaysia ini dikatakan mempunyai banyak sangat policy termasuk Polisi Pertahanan Menyeluruh (HANDROH), Dasar Pertanian Negara, Dasar Automotif Negara, Model Baru Ekonomi, Dasar Pengajian Tinggi. Berapa banyak dasar-dasar yang kita ada dan sekarang kita dibebankan juga dengan Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang manakah satu kita hendak pilih? Dasar Malaysia Kesebelas begini. Dasar Automotif Negara begini. Tuan Yang di-Pertua, semalam tinggal saya dan Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan juga Tan Sri bekas PAT kita, mendengar tazkirah daripada Mufti Perlis. Mufti Perlis menyatakan bahawa ada dua kriteria kepimpinan. “Qhouwiyun Amin”, kata beliau. Satu, kuat. Satu lagi amanah. Dalam kita hendak membawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Qhouwiyun Amanah. Kita hendak pemimpin kita yang kuat atau pemimpin kita yang amanah? Kata Mufti Perlis semalam. Kalau kita hendak ambil Panglima Angkatan Tentera, kita jangan ambil yang soleh sangat. Kata dia, dia hendak tembak, dok memikir. Astaghfirullahalazim. Hendak tembak atau tidak ini? Hendak tembak atau tidak ini? Musuh sudah tembak kita. Hendak ambil banker tidak semestinya yang kuat, yang gagah tetapi yang beramanah supaya setiap kali dia membuat keputusan, dia tidak payah mempunyai badan yang gagah tetapi amanah yang cukup hebat. Apakah kita mempunyai kriteria kepimpinan yang begitu dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas? Kita ambil di buku yang pertama yang boleh kita bincang. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan. Green Technology yang ada dalam buku RMKe-11 ini. Persoalannya sekarang, kita yang dalam Dewan ini fahamkah Green Technology. Yang di kampung fahamkah Green Technology? Dalam buku ini menyatakan bahawa kita bersosioekonomi ke arah Green Technology. Kita hendak Green Technology ini menjadi satu yang sama setanding dengan negara-negara di Eropah. Akan tetapi kita tidak faham apa itu Green Technology. Saya sendiri pun tidak faham Green Technology ini. Pertanyaan saya kepada kementerian. Kalau betullah kita hendak jadikan Green Technology ini matlamat Rancangan Malaysia Kesebelas, apakah perancangan kerajaan hendak berkomunikasi dengan rakyat-rakyat di bawah supaya mereka juga faham dan mengambil bahagian dalam hal ini? Saya pernah bertanya di dalam Dewan ini satu ketika. Berapa banyakkah bas di dalam Kuala Lumpur ini yang menggunakan Green Technology System dalam perjalanan mereka? Saya tidak ingat apa yang Yang Berhormat Menteri jawab tetapi secara ringkasnya setakat ini belum ada lagi sedangkan di London, di Germany, semuanya telah pun diimplementasikan. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan dasar pelajaran. Saya tidak mahu mengambil angka-angka. Cuma hendak menyatakan juga tadi saya katakan bahawa security di Singapura menjadi satu target mereka dalam pembentukan dasar. Begitu juga dengan pendidikan di negara kita. Apakah kita mengambil perpaduan di antara rakyat itu yang kita tengok sekarang ini Malaysia amat fragile. Tadi Yang Berhormat Dato’ Jaspal bercakap juga soal India. Yang Berhormat daripada MCA juga bercakap soal Cina. Apakah kita hendak mendorong pemikiran, percakapan kita ke arah ini sedangkan kita faham bahawa sistem pelajaran yang pernah dinyatakan di dalam Penyata Razak 1956 bahawa medium yang akan diguna pakai untuk semua sekolah Bahasa Malaysia tetapi adakah kita guna pakai ini? Kita diajar ada sekolah Cina, ada sekolah India dan ada sekolah Melayu. RMKe-11 menunjukkan angka-angka bahawa akan ramai pelajar memasuki sekolah Cina. Akan ramai pelajar India memasuki sekolah Cina. Ini kerana mereka melihat bahawa pertumbuhan pemikiran anak-anak Cina itu melebihi anak-anak Melayu dan anak- anak India. Sistem pelajaran yang bagaimana yang kita hendak guna pakai? Adakah kita hendak mengguna pakai sistem yang ada sekarang di sekolah kebangsaan Melayu ataupun SRJK(Cina) ataupun sekolah-sekolah Tamil? RMKe-11 tidak menyatakan. Kalau beginilah caranya, saya bersetuju benar dengan Profesor Tan Sri Ibrahim yang menyatakan bahawa sikap perjuangan orang-orang di Malaysia sekarang banyak kepada menentukan bangsa masing-masing dan bukannya menentukan rakyat Malaysia itu kepada satu tahap yang semua sekali bergerak sebagai sebuah keluarga. DN 25.6.2015 77

■1740 Angka-angka yang diberikan oleh rakan-rakan di luar amat mengejutkan. Kalau kita lihat angka-angka di antara sekolah Cina, sekolah Melayu dan sekolah India, perbezaannya amat ketara sekali. RMKe-11 juga menumpukan di bidang, fokus di bahagian infrastruktur, internet dan sebagainya. Di sini menekankan bahawa RMKe-11 akan menambah baik liputan dan kualiti serta kemampuan langganan infrastruktur digital. Persoalannya, apakah kita telah pun membuat infrastruktur ini yang cukup lengkap? Dua tahun lepas, saya ingat di kawasan saya sebanyak 2,500 notebook 1Malaysia telah diberikan kepada pelajar-pelajar. Notebook 1Malaysia ini dibawa balik oleh anak-anak ini seolah-olah kita memberi kereta kepada mereka seorang satu tapi kita tidak buat jalan untuk mereka. Mereka balik, park di rumah, tidak tahu hendak ke mana, jalan tidak ada. Mereka ambil notebook Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, balik ke rumah, simpan dalam almari kerana tidak boleh akses internet. Kita bagi kereta, tidak bagi jalan. Bagi notebook, tidak bagi the system. Saya hendak minta kerajaan di kementerian memberi maklumat kepada kita dalam RM2 bilion yang diguna pakai membeli notebook 1Malaysia itu, berapa banyak notebook yang digunakan oleh anak-anak ini di kampung-kampung. Saya ingat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya melawat sebuah kampung. Di sebuah dewan mereka letak disc yang cukup besar. Anak-anak keliling di sini kerana mereka dijanjikan dua kilometer daripada disc tersebut, mereka dapat akses internet. Akan tetapi rupa-rupanya mereka ditipu. Mereka terpaksa mengelilingi disc itu untuk mendapat akses internet. Apakah kita akan mencapai RMKe-11 dengan keadaan yang demikian ini? Tadi saya bertanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri, crowdfunding over on the internet ini. Di China saya katakan tadi dalam masa setengah jam mereka dapat collect 1 bilion- melalui internet dengan menjual saham dalam internet. Kita tidak tahu sama ada ini satu penipuan atau tidak. Saya bertanya tadi apakah MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi sudah mempunyai gadget untuk mencari siapa-siapa mereka ini. Bukan itu sahaja Tuan Yang di- Pertua, malah sudah ada sekarang ini online gambling, sudah ada online gaming, sudah ada online racism. Saya terbaca online racism ini rupanya dalam sistem internet ini kita boleh mengata rakan-rakan kita, kita boleh jolok rakan-rakan kita yang berbangsa Cina, kita boleh jolok rakan-rakan kita yang berbangsa India, kemudian kita bergaduh dalam internet ini. Apa yang akan berlaku di luar kalau dalam internet kita sudah bergaduh, di luar. Ada dalang-dalang yang menjadi dalang di dalam mengunjurkan internet ini supaya kita sama kita bergaduh. Adakah MCMC? Kita dengar baru-baru ini yang melaga-lagakan orang istana dengan Menteri, yang melaga-lagakan orang-orang Melayu dan Cina tetapi sampai sekarang tidak ada bukti penangkapan. Apakah internet racism ini dapat diberhentikan? Child pornography disebut tadi. Tadi dinyatakan bahawa anak seorang pelawak telah pun dimasukkan dalam child pornography. Anaknya boleh diperdagangkan. Di England baru-baru ini saya baca, seorang tua telah pun memuatkan dipanggil fat pornography. Orang- orang kurus yang berminat dengan orang-orang gemuk, perempuan-perempuan gemuk, fat pornography. Alangkah sakitnya kepala mereka ini. Fat pornography, bayangkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, gambar dimasukkan perempuan-perempuan gemuk. Bukan kita hendak katakan perempuan-perempuan gemuk ini jelik tetapi memalukan. Apakah perempuan-perempuan ini suka menjadi gemuk? Wallahualam. Scam over the internet. Kawan saya baru-baru ini, Yang Berhormat Dato’ Adam, kawan-kawan saya baru ini beli satu set golf bernilai RM12 ribu, ini yang murah. Kalau di Jepun itu RM35 ribu tetapi dia jual RM12 ribu. Main sekali, pukul bola, terpelanting kepalanya kerana dibuat di negeri China yang bukan original. Akan tetapi kita sudah melanggan dan kita sudah beli... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lima minit lagi ya. Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih, saya tidak mahu panjang bab internet ini. Cuma saya ada satu lagi yang dipanggil ketagihan internet. Saya hendak bertanya kepada MCMC sama ada apakah kayu ukur MCMC hendak pakai? What is your measurement, dengan izin, untuk menentang internet yang saya sebut. Saya hendak terus kepada bidang pertanian. Saya hendak bertanya terus, saya tidak mahu terang apa-apa bulan puasa ini. 78 DN 25.6.2015

Apa langkah kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara khususnya pengeluaran mapan, beras, sayur, buah-buah, lembu, ayam dan itik? Ini kerana kita melihat sekarang ini negara sedang menghadapi ancaman kekurangan makanan-makanan ini. Dalam RMKe-11, apa strategi mereka kerana kita tidak nampak dalam keadaan sekarang ini, kita dapat atau mampu kalau tadi disebut Cameron Highlands, Cameron Highlands pun sudah dogol. Apa kerajaan bercadang untuk meneruskan Program Taman Pertanian bagi menggalakkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani dan meningkatkan pengeluaran makanan. Saya hendak terus kepada soalan-soalan. Apakah langkah agresif kerajaan untuk mengurangkan pengimportan makanan dan sebaliknya menggalakkan pengeluaran produk tempatan? Setakat mana pembukaan jelapang padi baru di Pekan dan Rompin, Pahang serta di Batang Lupar, Sarawak dapat mencapai sasaran tiada pengimportan padi pada tahun 2020? Kita telah digahkan dengan berita-berita bahawa tanah-tanah di Sarawak dan juga di kawasan-kawasan lain akan ditanam dengan padi. Apakah soalan saya itu, kita akan mencapai sasaran mengikut RMKe-11 ini? Apakah langkah kerajaan bagi memastikan hanya petani sendiri yang berniaga di pasar tani dan tidak peniaga-peniaga yang membeli bekalan daripada pemborong berniaga di pasar tani iaitu selaras dengan tujuan asal pasar tani adalah untuk memudahkan petani memasarkan produk mereka? Kita bimbang RMKe-11 ini dengan pasar-pasar tani pun hilang. Apakah langkah dan harapan kerajaan bagi melahirkan ramai lagi usahawan tani? Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya seterusnya, apakah langkah untuk mempertingkatkan dan memperluaskan peranan Taman Ekspo Pertanian Serdang yang pada masa kini dibuka sekali dalam masa dua tahun iaitu pada Pameran Pertanian Hortikultur dan juga Agro Pelancongan Antarabangsa? ■1750 Apakah langkah kerajaan memaju dan membangun semula taman-taman pertanian yang terdapat di seluruh negara? Pertanian lagi, apakah langkah kerajaan bagi mengenal pasti usahawan yang bakal diketengahkan bagi menggalas tanggungjawab memasarkan produk halal ke China dan seterusnya memajukan Agrobazaar Malaysia di negeri China?... Timbalan Yang di-Pertua: Gulung, Yang Berhormat. Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Apakah langkah kerajaan bagi mengawal penggunaan racun makhluk perosak yang diharamkan? Ini khususnya di Cameron Highlands sebagai pengeluar utama dan pembekal sayur dan buah-buahan untuk pasaran tempatan dan luar negara. Saya ingin mengesyorkan supaya kerajaan menguatkuasakan undang- undang mengharamkan racun perosak dan menggubal dasar-dasar untuk menghentikan penggunaan racun makhluk perosak yang berbahaya dan menggantikannya dengan pendekatan ekosistem. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan satu prosedur operasi standard baru bagi memastikan program subsidi itu dinikmati golongan sepatutnya? Saya hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Gulung pendek, Yang Berhormat. Dato’ Mohd. Suhami bin Abdullah: Saya hendak gulung, apakah Rancangan Malaysia Kesebelas ini akan tally ataupun sama dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membanyakkan syarikat-syarikat bumiputera yang maju? Sebab saya tengok keadaan sekarang kita baca dalam WhatsApp kita, Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Ketua Setiausaha- Melayu? Melayu, semuanya Melayu. Ketua Bank Melayu, semuanya Melayu tetapi kita masih lagi di tahap yang sama. Adakah kerajaan akan mengambil tindakan? Saya hendak maklumkan di sini Telekom Malaysia contohnya. Telekom Malaysia, ada syarikat-syarikat tempatan yang boleh menjadi sebagai back-up kepada Telekom Malaysia tetapi Telekom Malaysia memilih untuk terus bersama-sama dengan syarikat multinasional. Tidak seperti dahulu di mana Sapura hidup seperti sekarang. Dahulu, sistemnya kalau kita bawa Nokia masuk ke Malaysia, Nokia akan diwakili oleh syarikat-syarikat tempatan. Motorola masuk ke Malaysia, diwakili syarikat tempatan. Alcatel masuk ke Malaysia, diwakili oleh syarikat tempatan. DN 25.6.2015 79

Akan tetapi sekarang ini syarikat tempatan hanya dipanggil prime subkontraktor. Kalau kita pergi hari ini contohlah ke England. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat cukup, Yang Berhormat. Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Sedikit, just to finish, dengan izin. Kalau kita pergi ke England hari ini dan kita berjumpa sebuah syarikat yang boleh kita bawa ke Malaysia dan kemudian kita introduce kepada Telekom Malaysia, Telekom Malaysia akan kata terima kasih banyak. Kami akan deal direct dengan syarikat tersebut. Ini kenyataan. Kalau ini yang berlaku di dalam TNB, di dalam syarikat-syarikat besar, sudah lah kita tidak boleh cari makan dengan Maxis, sudahlah kita tidak boleh cari makan dengan DiGi, kita hendak cari makan dengan GLC yang dok ada. GLC ini pun bersikap yang sama, forget about RMKe11, forget about bumiputera akan sama tahapnya dengan syarikat-syarikat yang lain. Saya mohon menyokong... [Membaca sepotong doa] Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warrahmatullahi taala wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tuan Wilfred Yong Chen Leong tetapi sebelum itu saya minta Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad untuk bersedia selepas Yang Berhormat Tuan Wilfred. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abd. Halim merupakan pembahas kita yang terakhir untuk sesi membahaskan RMKe11. Silakan, Yang Berhormat.

5.54 ptg. Tuan Wilfred Yong Chen Leong: Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Tuan Yang di-Pertua serta sahabat perjuangan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas petang ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada jentera kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan satu rancangan jangka panjang Malaysia yang amat baik, tepat, realistik dan sesuai untuk rakyat Malaysia. Tanpa membuang masa saya terus kepada perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan Usul RMKe-11. Perkara pertama yang bermain difikiran saya adalah sejauh manakah perkara yang terkandung dalam RMKe-11 ini cukup untuk menggerakkan kita untuk matlamat utama status negara maju menjelang tahun 2020. Pelan bercita-cita tinggi ini diumumkan dalam keadaan ekonomi global yang mencabar. Ketidaktentuan harga minyak mentah dan komoditi serta ancaman kelembapan ekonomi utama di dunia. Secara keseluruhan, saya lihat RMKe-11 ini bukan sahaja menandakan kemuncak perjalanan 30 tahun ke arah Wawasan 2020, ia juga menyediakan platform untuk peringkat pertumbuhan seterusnya. Selepas tahun 2020, cabaran adalah untuk meningkatkan tahap yang lebih tinggi lagi bagi prospek pertumbuhan negara sepanjang 3 dimensi iaitu ekonomi, manusia dan alam sekitar. Akan tetapi apa yang lebih penting adalah memanjangkan keberkesanan kesan limpahan ke dalam ekonomi tempatan dan inilah yang amat ditekankan di dalam RMKe-11 oleh kerajaan. Berkenaan pekerja asing, kalau kita lihat usaha kerajaan dalam RMKe-11, kerajaan berusaha untuk menambah baik pengurusan pekerja asing di negara kita. Kita juga tahu bahawa antara sasarannya ialah kita hendak mengurangkan kebergantungan pekerja asing yang bertahap kemahiran rendah ini kepada 30 peratus dalam sektor pertanian. Sektor pembuatan pula hendak dihadkan kepada 50 peratus menjelang tahun 2020. Sasaran ini baik. Sungguhpun begitu, saya secara jujurnya ingin melihat kaedah yang lebih baik harus difikirkan kerajaan dalam mencapai sasaran pengurangan pekerja asing yang sah dan tidak sah di negara kita menjelang tahun 2020. Jika kita lihat tindakan yang diambil oleh negara luar bagi mengatasi masalah pekerja asing dan pendatang tanpa izin sebagai contoh di negara Rusia, di sana sesiapa sahaja yang menyeberang sempadan negara kita secara tidak sah dianggap satu kesalahan jenayah dan dikenakan penjara sehingga enam bulan. Begitu juga di negara Itali, di mana mereka yang bersalah sebagai pendatang tanpa izin ataupun pekerja tidak sah, mereka ini akan didenda sebanyak Euro 5,000 hingga 10,000 dan mereka juga boleh ditahan sehingga tempoh enam bulan. 80 DN 25.6.2015

Inilah antara usaha tegas mereka dalam memastikan isu pendatang dan pekerja asing ini dapat dikurangkan. Tanpa saya menidakkan apa sahaja tindakan dan hukuman yang sedia ada di negara kita bagi mengatasi masalah pekerja asing ini, saya berharap agar kerajaan dapat mencari satu penyelesaian yang lebih komprehensif dan yang paling penting lebih tegas agar usaha dan pencapaian yang ingin disasarkan bagi isu pekerja asing ini dalam RMKe-11 dapat dicapai menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, isu yang lebih utama di sini adalah bagaimana kita hendak menyediakan rakyat tempatan dalam mengisi kekosongan pekerjaan separa mahir dan mahir yang ditinggalkan pekerja asing ini kelak. Hari ini kita ada pelbagai institut kemahiran, kolej komuniti yang dibuat oleh kementerian berkaitan seperti di Institut Kemahiran MARA kolej komuniti dan beberapa buah institusi lain seperti di IKBN misalnya. ■1800 Saya ingin benar melihat supaya kumpulan ini benar-benar dilatih dan dapat mengisi kekosongan-kekosongan yang dirancang untuk kekurangan ini. Jika tidak, kita akhirnya akan melihat bahawa tidak ramai anak-anak tempatan yang dapat peluang yang disediakan kelak. Oleh sebab itu, saya bersetuju supaya apa juga pembangunan yang kita hendak lakukan pada hari ini daripada segi guna tenaga kerja, saya minta kerajaan memberi dan mengutamakan rakyat dan golongan tempatan yang ada pelbagai kepakaran ini untuk mengisi ruang dan peluang pekerjaan yang sedia ada di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, golongan yang perlu diberi perhatian yang lebih ialah golongan belia. Ini satu kumpulan yang penting kepada pembangunan negara di masa depan. Saya pohon supaya kerajaan lebih memfokuskan ke arah mana mereka akan pergi. Objektif, visi dan misi mereka juga harus jelas. Program-program yang dibuat pada hari ini memang baik, memenuhi tuntutan dan kehendak generasi muda tetapi mesti diarahkan kepada yang hendak kita capai. Janganlah kita buat program atau aktiviti yang hanya hendak memenuhi tuntutan dan keinginan semasa mereka, pada masa yang sama ia tidak membawa ke arah matlamat yang hendak dicapai. Jadi saya percaya apa yang penting kepada mereka memberi kemahiran, meningkatkan kualiti pendidikan kepada mereka di semua kelompok dan golongan belia. Pada waktu kita memberi tumpuan kepada kelompok yang berjaya masuk ke menara gading tetapi pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya ini juga mesti diberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua, mengenai keselamatan negara. Sebenarnya Yang Berhormat Datuk Jamilah semalam sudah satu keterangan ground info dengan izin, yang cukup baik mengenai kedudukan terkini keselamatan negeri Sabah. Sebagai tambahan, saya berpandangan bahawa penyelesaian sebenar kepada konflik keselamatan yang sedang melanda dan membimbangkan di seluruh negara hanya akan dapat dicapai melalui kajian semula kaedah dan strategi keselamatan negara sedia ada. Bukan sahaja isu Sabah, malah isu sempadan negara dan jenayah harus segera ditangani. Ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan malah keyakinan pelabur asing juga akan goyah sekali gus membantutkan pertumbuhan ekonomi negara kita. Saya menggesa agar semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin negara merentas parti politik agar tidak lagi mempolitikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara dan secara langsung menyentuh kepentingan awam. Saya amat yakin bahawa harapan utama rakyat Malaysia adalah untuk kedua-dua pihak, Barisan Nasional dan pembangkang, agar duduk semeja bagi menyelesaikan keselamatan negara Malaysia ini secara bersama bagi menzahirkan keprihatinan kita dalam isu keselamatan sebegini kerana inilah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih demi menjamin keselamatan anak cucu dan generasi yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit isu tentang negeri Sabah. Di dalam RMKe-11, kerajaan telah mensasarkan meningkatkan prestasi Port Klang. Akan tetapi, masalah yang dihadapi oleh pelabuhan di Sabah masih tidak diberi keutamaan dalam Rancangan kali ini. Dimaklumkan sebelum ini bahawa kerajaan telah menerima cadangan untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar sebagai far east hub, dan transhipment hub, dengan izin. Akan tetapi, semua ini langsung tidak disebut dan disentuh dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. DN 25.6.2015 81

Saya melihat walaupun Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif untuk menyeragamkan harga barangan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.25 bilion dari tahun 2012 hingga 2015 tetapi masalah sebenarnya yang dihadapi oleh rakyat di Sabah kos barang yang lebih mahal berbanding di Semenanjung. Makanya, transformasi pelabuhan di Sabah adalah antara jalan penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Kita sedar bahawa kecekapan dan mutu sesebuah pelabuhan akan menjadi pemangkin kepada turun naik harga kos sesuatu barang. Oleh yang demikian, saya menyeru agar kerajaan mempercepatkan usaha bagi menambah baik mutu pelabuhan di negeri Sabah dalam kadar sesegera mungkin terutamanya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Tidak ada keraguan bahawa Malaysia kita, negara kita sentiasa mempunyai rancangan dan dasar yang sangat baik. Akan tetapi, kita perlu memberikan tekanan yang lebih apabila ia datang kepada pelaksanaannya. Oleh itu, pelaksanaan yang teratur dan sistem pemantauan amat penting supaya semua agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat kita. Secara holistik, RMKe-11 merupakan pelan yang sangat baik tetapi perlu ada titik penekanan terutamanya kepada pelaksanaan dan pemantauan. Di sinilah fokus keutamaan harus ditekankan kepada prestasi penjawat awam dalam melaksanakan setiap dasar dan perancangan yang telah diatur oleh kerajaan. Saya secara jujurnya suka jika kerajaan mentransformasikan Unit KPI, Key Performance Index, dengan izin, di setiap kementerian yang telah sedia ada. Pada masa ini sebahagian masyarakat memandang serong akan usaha kerajaan dalam memantau prestasi setiap penjawat awam kerana dilihat seolah-olah kurangnya tindakan yang dikenakan kepada penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi sebenar. Sehingga sekarang, setiap tindakan yang dikenakan dari awal hingga akhir tidak diberitakan secara terbuka kepada masyarakat. Maka, wujudlah persepsi yang negatif di kalangan mereka. Saya ingin cadangkan kepada kerajaan supaya memperbaiki kaedah komunikasi seperti mana yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, dalam erti kata transformasi Unit KPI yang saya maksudkan pada awal tadi, adalah harusnya diwujudkan ketelusan di dalam menilai setiap penjawat awam. Penilaian ini haruslah lebih bebas dan tanpa sebarang tekanan yang dihadapi oleh unit tersebut. Pada keseluruhannya, apa yang rakyat hendak lihat adalah semua yang dirancang dalam RMKe-11 ini mencapai sasarannya sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat dari segala aspek dapat dicapai menjelang tahun 2020. Akhir kata, di kesempatan ini saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang juga menggalakkan saya berbahas buat kali pertama dan memberi peluang kepada saya berbahas dalam RMKe-11 ini dan juga ini merupakan ucapan perbahasan pertama saya. Sekiranya ada sebarang kekurangan, mohon maaf. Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan juga khasnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai di Parlimen ini. Saya berdoa dan amat berharap agar tahun-tahun yang mendatang ini kita tidak lagi ditimpa musibah seperti kejadian gempa bumi yang berulang kali berlaku di Sabah baru-baru ini. Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa melindungi Malaysia negara yang dicintai dan dikasihi daripada segala bencana dan mala petaka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon menyokong usul RMKe- 11. Terima kasih. ■1810 Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sebagai ucapan pertama, bagus. Sekarang tanpa membuang masa, saya persilakan orang lama, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abd. Halim. Dipersilakan.

6.11 ptg. Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. 82 DN 25.6.2015

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, dengan izin, Allah SWT saya dapat menyampaikan perbahasan RMK-11 dan saya pegang yang pernah 20 tahun dahulu Tuan Yang di-Pertua beritahu saya, cikgu, you mesti tahu sabar. Saya pegang sampai hari ini. Saya fikir saya hendak keluar tapi saya sabar. Ucapan ini penting. Amanah yang hendak disampaikan kepada orang ramai Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali tahniah diberi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas segala inisiatif dan transformasi yang diperkenalkan semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir 2016-2020 ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Saya percaya Wawasan 2020 ini akan membentuk Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi mengikut acuan kita sendiri. Dalam mencapai matlamat tersebut RMK- 11 terus menggaris strategi membangunkan modal insan secara saksama. Strategi ini melangkau sempadan etnik latar belakang dan sosioekonomi masyarakat majmuk. Justeru itu, adalah amat wajar sekiranya kita meneliti dan menghidupkan kembali unsur perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Pernah saya katakan dahulu Tuan Yang di-Pertua kita hidup di dalam masyarakat harmoni dan rukun damai. Itulah yang saya kata berpaksi kepada yang tua dihormati yang muda dikasihi. Jangan lupa budi orang. Nasihat itu, mengenang budi. Dan saya juga hendak beritahu banyak perkara yang hendak diperkatakan hari ini terutamanya 1MDB. Satu lagi GST, dan saya sudah tengok perkara ini sangat suka dan dekat di hati saya. Benda ini menguntungkan rakyat, menguntungkan negara tapi dipolitikkan oleh pihak tertentu, jadi masalah. Maka ini yang jadi begini. Akan tetapi akhir-akhir ini baguslah sudah ramai yang pandai bercakap tentang 1MDB. Bagus termasuk juga GST. Saya tanya kepada Menteri berkenaan macam mana perkara ini berlaku. Dia nampak bagus. Dia kata saya dengar maknanya saya betulkan, dia kata. I want to be a good listener. Bagus dan dia cakap balik benda-benda ini dan 1MDB ini saya rasa dipolitikkan sangat oleh manusia-manusia yang berkepentingan politik. Kita dengar ucapan daripada Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki yang terang dan clear, yang dijelaskan olehnya. Bagusnya dan juga GST. Itu kita tengok. Jadi saya rasa ini berlaku sebab dipolitikkan sebab manusia yang keruh hatinya, manusia yang tidak ada perjuangan. Jadi pemimpin-pemimpin bak kata pantun sejenis serangga yang kotor orang Melayu Tuan Yang di-Pertua, bangau oh bangau. Mulut ternganga masuk langau. Langau ini, maksudnya dia jadi kotor. Jadi hari ini kita perlu jadi pemimpin yang tegas, berani dan terus-terang ikhlas. Kita perlu lahirkan pemimpin landak oh landak, otak berfikir bijak bertindak. Itu dia. Itu perkara-perkara yang kita terus-terang. Jadi kita tidak boleh senyap sahaja. Kita senyap, mana boleh. Kena suarakan. Nampak akhir-akhir ini sudah ramai pemimpin kita boleh bercakap dan terangkan dan sekarang nampaknya 1MDB akan berjaya dan tengok esok apa cerita yang akan berlaku peristiwa di Thailand. Sekali ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua saya di sini saya hendak ucapkan tahniah manusia bernama Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan. Semalam saya tengok, saya perhatikan dengan cara dia, sindiran yang tajam. Nampak gaya, cara dan gayanya, dia lahir pada manusia yang jujur, yang setia. Saya tengok semalam dia setia kepada pemimpin, setia kepada perjuangan itu. Ini saya mahu. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat. Walaupun dia tidak ada PhD dan sebagainya tapi dia setia. Kita kena ingat bahawa dalam dunia ini kita perlu orang setia. Bak kata orang tua-tua Tuan Yang di-Pertua orang kaya boleh kita beli, orang pandai boleh kita dapat, yang setia itu tidak ramai. Jadi satu perjuangan itu terletak pada ramai yang setia pada kita. Itu satu contoh yang baik ditunjukkan oleh Datuk Seri Nallakaruppan tadi termasuk juga Yang Berhormat Dato' Dr. Asyraf Wajdi yang bagi pandangan yang terbaik yang boleh diterima dengan perkara-perkara yang kita katakan. Baru kita usahakan supaya kita tidak ketinggalan. Juga GST Tuan Yang di-Pertua saya ingat perkara-perkara ini mesti kita diterangkan dengan lebih mendalam. Ini bagus, menguntungkan tapi dipolitikkan jadi rugi, jadi masalah tapi inshaa-Allah akhir-akhir ini sudah mula orang yakin baiknya GST itu. Contoh satu Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini saya dipanggil di UniKL. Mahasiswa-mahasiswa cakap fasal ini. Jadi saya cerita tentang apa GST ini. Saya cerita ini anak-anakku sekalian, 6 peratus ini kita bayar cukai kemudian duit itu gunakan untuk pembangunan kita. DN 25.6.2015 83

Ini ingat, ada segelintir peniaga juga menipu. Dia buat dua buah akaun. Satu yang merah, satu yang putih. Yang merah ini dia rugi yang untung dia simpan. Jadi saya cakap dengan anak-anak buah saya itu bagaimanakah ia datang ke sini. Duit mana? Duit MARA Tuan Yang di-Pertua. Manakah datangnya? Datang daripada kerajaan. Jadi hampir 400 student itu menerima pandangan saya itu. Saya senang hati. Sepatutnya benda-benda ini kena terang betul-betul supaya dia faham mana datang source itu. Ini untuk dia sendiri. Perkara-perkara ini saya minta tadi pegawai-pegawai kerajaan terangkan perkara ini. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua saya hendak beritahu di sini ialah satu perkara iaitu yang dikatakan satu tahun 2010, 5 Mei keputusan kerajaan meluluskan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 2010. Ini mustahak. Pembangunan kampung baru ini. Misinya menjana potensi nilai hartanah dan mentransformasikan ekonomi pendudukan kampung baru demi kesejahteraan hidup dan seimbang dan kelangsungan nilai sejarah, budaya dan warisan Melayu Islam. Misinya tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir dalam arus pembangunan semula kampung baru menjelang 2020. Di sini saya ingin menyatakan juga bahawa pelan induk pembangunan kampung baru ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu perancangan fizikal dan pengurusan pembangunan di kawasan berkeluasan 301.38 hektar dengan nilai pembangunan kasar GDB dianggarkan bernilai RM61 bilion. Dengan nilai potensi pelaburan yang begitu besar ia dijangka dapat mewujudkan jumlah 46,237 peluang pekerjaan menjelang tahun 2035 khususnya kepada penduduk kampung baru. Jadi saya hendak tanya tadi Tuan Yang di-Pertua apa status hari ini pembangunan kampung baru ini, apakah strategi yang telah ditolong oleh kerajaan supaya perkara ini menjadi kenyataan? Supaya ia akan jadi legasi kepada Perdana Menteri kita dan saya hendak tanya apakah langkah-langkah yang telah diatur oleh kerajaan supaya misi ini berjaya dan lagi satu Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyambung tadi tentang perkara yang sangat dekat di hati kita tanah rizab Melayu. Antara cabaran lain yang perlu dihadapi semua bagi mencapai sasaran RMK-11 dan Wawasan 2020 ialah dalam memastikan kelangsungan warisan kita tanah Malay reserve land. Berdasarkan rekod tanah rizab Melayu yang diwariskan kepada kita oleh sultan-sultan Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu kini makin teruk terhakis. Jumlahnya makin mengecil saban tahun. ■1820 Kita berdebar, kita takut. Keluasan makin mengecil daripada 3.1 juta hektar pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar pada 2009. Jumlah 1.57 juta hektar tersebut hanyalah 12.9 peratus keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia, berbanding jumlah 50 peratus yang sepatutnya dikekalkan. Oleh yang demikian, sebagai warisan peninggalan nenek moyang kita, saya menyeru agar usaha membaik pulih dan mengembalikan semula hak tanah rizab Melayu kepada 50 peratus ini dipandang serius dan ambil tindakan, seterusnya dijadikan salah satu sasaran RMKe-11 melalui kementerian-kementerian terbabit. Ini perkara sangat merunsingkan fikiran kita Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab tanah ini boleh jadi kecil. Manakah silapnya tadi? Itulah perkara-perkara yang saya nak bangkitkan tadi. Kalau tidak, esok kita ini akan jadi perjuangan Pak Pandir. Inilah tadi saya juga nak masuk perkara disebut oleh Yang Berhormat Datuk Nalla tadi. Saya ingat perkara ini tak kena pada prinsipnya. Prinsipnya taklah, bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri kita tegur-menegur di medan secara terbuka. Mahu tak Presiden Obama ditegur oleh Presiden Bush? Tak kena juga, prinsipnya tak kena tadi. Jadi saya tadi ingin menyatakan bahawa kita jangan teruskan perkara ini. Kita cari jalan tengah. Kalau tidak, bak kata orang Melayu tadi, perjuangan kita ini yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Itu perkara-perkara yang nak saya katakan, ini sangat penting. Saya juga ingin mengatakan akhir-akhir ini saya juga rasa berdebar kualiti pemimpin kita ini saya rasa tidak seperti mana yang diharapkan. Saya rasa takut juga. Akhir-akhir ini saya dapati bahawa manusia ini dah kurang takut kepada Allah Taala, tetapi mereka lebih takut kepada CCTV dan kamera. Itu dia yang dia takut. Lebih takut kepada CCTV dan kamera. Jadi perkara-perkara ini saya rasa maka lama pemimpin kita ini suka yang tadi kita anggap dia bagus, dia tak ada. You left or right? No, saya tengah-tengah. Eh! 84 DN 25.6.2015

Duduk atas pagar. Kanan kenyang, kiri tak lapar, makan keliling [Ketawa] Ini dia perkara ini saya risau. Jadi kalau ini berlarutan yang nak duduk atas pagar ini, kanan kenyang, kiri tak lapar, makanlah. Habis tenaga kita ini. Jadi tak berlaku macam bila dipertikaikan lagi 1MDB, dipertikaikan. Alamatnya tak ada, erti perjuangan. Apakah jadi kita? Tak ada perjuangan itu, jadi janganlah kita tadi- saya ingat tadi bagaimanakah Tuan Yang di-Pertua kita nak melahirkan dan menjayakan kita punya RMKe-11 ini. Apa yang Tuan Yang di-Pertua pernah kata kepada saya, lahirkan pemimpin-pemimpin yang ada integriti. Pemimpin yang ada integriti, yang ada kredibiliti dan ada dia punya akauntabiliti. Itu dialah. Amanah. Ini perkara-perkara yang perlu adakan. Kalau tidak, kita akan menjadi songsang. Tak sampai kita. Kita akan jadi perjuangan Pak Pandir. Orang ke hulu kita ke hulu, orang ke hilir kita ke hilir. Akhirnya kita berjuang Pak Pandir. Inilah perkara-perkara yang saya bimbang. Saya juga ingin di sini mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua- saya pandang ini. Tadi masa Dato’ Jaspal cakap tentang integriti, lantas kata Tuan Yang di-Pertua, “Baik, bagi nama dia kepada saya.” Cepat dan tepat. Ini contoh terbaik. Kalau tidak, jadi persepsi. Ini bagus. Tuan Yang di-Pertua, you have shown- Yang Berhormat itu dah menunjukkan satu contoh terbaik. Kita punya kawan ini- serah nama dia kepada saya. Tepat dan cepat. Inilah perkara-perkara yang saya minta diteruskan Tuan Yang di-Pertua. Jadi inilah saya kata, kalau tidak esok hancur kita ini. Persepsi rakyat- ada tak guna. Jadi kita tolonglah. Ini negara kita, masa depan kita bergantung pada negara kita ini. Tak payah begitu ya. Satu lagi saya ingat akhir sekali, untuk menjayakan kita punya pelaksanaan RMKe- 11. Jadi kita perlulah melahirkan pemimpin-pemimpin yang kuat dengan sikap dia, kuat dengan keberaniannya dan amanah Tuan Yang di-Pertua. Inilah, inshaa-Allah kalau ini kita pegang tadi, kita punya wawasan RMKe-11 akan berjaya. Kita sebagai Senator tadi berjuang dan jangan lupa kita jayakan usaha yang dirangka oleh Perdana Menteri kita ini. Jangan jadi kita pemimpin bangau oh bangau, kita nak jadi landak oh landak. Bayangkan satu hari itu harimau ini nak makan landak. Saya tengok saja, Bila harimau menghidu-hidu, dia bukakan dia punya sirip, dia punya duri itu menakutkan harimau. Pandai landak ini. Datang pula si singa Tuan Yang di-Pertua, nak cuba makan dia. Dibuka sikit dia punya duri itu, lari. Landak oh landak. Otak berfikir, bijak bertindak. Inilah perkara- perkara yang kita pegang dan saya harap tadi bahawa supaya perjuangan kita ini murni, supaya kita ada perjuangan. Jangan sesekali kita duduk atas pagar. Ini perjuangan kita. Ini kita berdoa dengan Allah SWT. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih banyak beri peluang saya berucap. Jadi saya dengan itu, harapan mulia saya mohon cadangan ini diterima. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abd. Halim. Semua Ahli Yang Berhormat, saya berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana semua Ahli-ahli Dewan Negara telah dapat mengemukakan perbahasan yang begitu baik dan berkualiti. Saya berasa amat gembira kerana penglibatan semua pihak dan nampak tidak ada sesuatu perkara yang boleh dijadikan sebagai kontroversi. Tujuan kita ialah semua wakil iaitu Ahli Dewan Negara ini daripada semua kaum, bangsa, keturunan, that is Malaysia. Dalam konteks Malaysian ataupun tadi Yang Berhormat telah berhujah dengan penuh keikhlasan. Jangan agaknya ditahan-tahan ataupun apa, luahkan itu. Ini tempat kita berbincang, membahaskan matlamat penting untuk mencapai wawasan yang kita hadapi, yang akan kita harap menjadi realiti menjelangnya tahun 2020. Saya katakan di sini, Yang Berhormat telah selesai dah tanggungjawab sebagai membahaskan RMKe-11. Hari Isnin nanti giliran kementerian-kementerian untuk menjawab. Saya ingin merakamkan di sini, saya harap semua kementerian telah mengambil catatan, mengambil dengan serius perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli di Dewan ini. Saya harap jawapan-jawapan yang sewajarnya yang kalau boleh memuaskan untuk dapat kita memberi penghargaan apa yang kita perjuangkan inshaa-Allah. Saya juga menarik perhatian, inilah rupanya yang ada hari ini yang masih sanggup tunggu. Kepada yang beragama Islam, sungguh pun berpuasa sanggup berkorban untuk bangsa dan negara dalam sebagai Ahli Dewan Negara. DN 25.6.2015 85

Kepada yang minta, mohon nak balik dulu, saya benarkan. Ada yang sakit, saya benarkan. Akan tetapi, yang diam senyap-senyap langsung tak beri apa-apa itu, kepada mereka saya ingatkan be responsible, dengan izin, bertanggungjawab. Siapa itu, Yang Berhormat pandang kiri kanan, tahulah dia. Saya harap dan semua Ahli Yang Berhormat termasuk saya sendiri juga, kalau sekiranya tadi kalau tak selesai hari ini, saya sanggup. Sungguhpun saya ada jadual buka puasa, itu secondary to me. What is important, agaknya mustahak, kita tunaikan tanggungjawab kita pada hari ini? Sekianlah saja Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mendoakan selamat berbuka puasa dan balik ke daerah yang ada kawasan hujung minggu ini. Jangan lupa Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 29 Jun 2015. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.]