Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 22 Khamis 14 Disember 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Meminda Susunan Aturan Mesyuarat di Bawah P.M. 13(2) (Halaman 26) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 57) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2017 (Halaman 27) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017 (Halaman 35) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2017 (Halaman 39) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 (Halaman 41) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2017 (Halaman 81) DN 14.12.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Khamis, 14 Disember 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan ini berkesan terhadap pengguna sedangkan perbandingan harga yang dibuat lebih banyak kenaikan dari penurunan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Henry Sum Agong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain di atas soalan. Selamat pagi, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berpandangan bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan adalah satu mekanisme yang memberikan kesan segera dan adil kepada para pengguna dan pihak industri. Penetapan harga minyak adalah selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia dan ia membolehkan trend harga jualan minyak yang lebih stabil berbanding penetapan harga secara bulanan sebelum ini. Penetapan harga secara mingguan melibatkan perubahan harga yang lebih pendek iaitu tujuh hari dan harga runcit yang ditetapkan adalah lebih hampir kepada kos produk petroleum berkenaan. Sejak pelaksanaan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan, kenaikan harga jualan runcit petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruhan kenaikan sebanyak 82 sen. Manakala penurunan harga berlaku sebanyak 15 kali dengan nilai keseluruhan penurunan sebanyak 87 sen. Ini bermakna harga jualan runcit petrol RON95 adalah lebih rendah sebanyak 5 sen sejak pelaksanaan penetapan harga mingguan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan soalan tambahan. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, saya hendak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana semalam hari Rabu adalah hari yang menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang. Ia bukan lagi hari Sabtu atau Ahad. Tuan Yang di-Pertua, hari Rabu merupakan hari yang dinanti-nantikan. Jadi semalam saya rasa terkejut apabila melihat media sosial ini senyap, senyap sepi. WhatsApp group senyap, semuanya senyap kerana harga minyak turun. DN 14.12.2017 2 Tuan Yang di-Pertua: Lima sen. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin: Turun lima sen untuk RON97 dan empat sen untuk RON95. Jadi senyap. Jadi saya hendak ucap terima kasih dan tahniah kepada kerajaan kerana prihatin soal rakyat terutamanya melibatkan harga minyak ini. Cuma soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan mengkaji semula soal pemberian subsidi petrol dan diesel secara pukal kembali kepada pengguna seperti mana yang dicadangkan oleh banyak pihak dan juga individu-individu supaya mungkin harga minyak boleh kembali seperti dahulu dengan adanya pemberian subsidi secara pukal. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri soal pemberian secara subsidi pukal ini. Terima kasih. Dato’ Henry Sum Agong: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain. Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk memberikan subsidi bagi harga minyak petrol dan diesel secara pukal perlu diteliti implikasinya agar bantuan diberikan oleh kerajaan ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan. Untuk makluman, penduduk Malaysia menggunakan hampir dua bilion liter petrol dan diesel sebulan. Sekiranya subsidi 50 sen diberikan bagi setiap liter, kerajaan akan menanggung belanja sebanyak RM1 bilion setiap bulan atau RM12 bilion setahun. Namun perlu diingatkan bahawa penggunaan petrol dan diesel bagi setiap orang adalah berbeza. Sebagai contoh, mereka yang berkemampuan menggunakan kereta yang besar sekali isi petrol mungkin mencecah 30 liter dengan subsidi RM15. Manakala rakyat di kawasan kampung dan luar bandar yang menggunakan motor mungkin hanya menggunakan 30 liter untuk sebulan. Ini menunjukkan bahawa subsidi secara pukal ini adalah tidak adil dan hanya menguntungkan mereka yang berkemampuan. Oleh yang demikian kaedah pemberian subsidi atau bantuan bersasar seperti BR1M perlu diperkenalkan untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan diberikan bantuan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. ■1010 2. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta Menteri Pendidikan menyatakan, keadaan sebenar berkaitan dengan SJKT Ladang Minyak memandangkan semua jaminan kerajaan yang diberi sebelum ini iaitu "pembinaan telah pun dimulakan pada bulan Oktober 2014, akan siap pada 19 Mei 2017" dan "akan siap pada Januari 2018" merupakan janji-janji kosong. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini sebelum menjawab soalan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada 424,973 pelajar yang menduduki PT3 akan menerima keputusan mereka hari ini. Saya berdoa agar mereka berjaya dalam masa depan. Saya hendak ucapkan terima kasih juga kepada semua guru yang telah membimbing mereka dan ibu bapa yang telah terus memberi sokongan kepada anak-anak kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah. Tuan Yang di-Pertua, projek Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Minyak dilaksanakan secara reka dan bina dengan kos berjumlah RM6.4 juta. Projek ini masih berhadapan DN 14.12.2017 3 dengan masalah isu pemilikan tanah yang diperlukan bagi permohonan kebenaran merancang. Isu milikan tanah perlu diselesaikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah terlebih dahulu dan barulah permohonan kebenaran merancang dapat dilaksanakan. Seterusnya projek boleh dimulakan setelah kebenaran merancang diluluskan. Isu milikan tanah adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya Lembaga Pengelola Sekolah dengan dibantu oleh Syarikat ECL Management Sdn. Berhad selaku project management consultant. Sekiranya terdapat isu berbangkit, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat meneruskan projek ini sehingga isu berkenaan diselesaikan sepenuhnya oleh Lembaga Pengelola Sekolah selaku custodian di sekolah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi isu saya kalau kita tengok kepada soalan- masalah LPS dan itu semua okey, terima ada masalah dengan LPS. Soalan saya dua, kalau kementerian sedar ada masalah dengan tanah, kenapa masa jawab saya dalam tiga kali di Parlimen, first bulan Disember 2014, jawapannya ialah kerja telah mula, satu. Selepas itu dua kali tahun 2016, tahun 2017 kementerian memberi satu tarikh akan siap. Kalau betul-betul problem dengan tanah, cakap pada masa itu ada problem dengan tanah. Itu satu. Soalan yang kedua, kalau betul-betul ada masalah dengan tanah, kenapa buat ground breaking ceremony? You kena solve problem dengan tanah dahulu sebelum buat ground breaking ceremony. Tuan Yang di-Pertua, untuk sekolah ini diumumkan pada tahun 2010, masa by election. Ground breaking ceremony sebanyak dua kali. Minister buat pada tahun 2012, Timbalan Menteri buat pada tahun 2015. So, isu saya kalau betul-betul problem dengan tanah, explain problem dengan tanah. Kementerian fasal tanggungjawab LPS pun, kalau kita tengok Education Act 1960 pun di bawah tanggungjawab kementerian. Solve problem itu. Akan tetapi apabila you buat ground breaking ceremony, you bagi harapan kepada rakyat tempatan. So, soalan saya dua. Kenapa buat ground breaking ceremony? Kenapa beri saya jawapan-jawapan yang berlainan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang menanti soalan seumpama ini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya juga mengalu-alukan pelawat kita dari Kolej Islam As-Sofa, Ampang... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua minta Yang Berhormat Senator rujuk balik kepada semua jawapan itu, dalam setiap jawapan itu kita telah pun memberi masalah kelewatan pembinaan SJKT Ladang Minyak berlaku disebabkan oleh isu status pemilikan tanah April 2017. Semua, memang ada kita bagi masalah- masalah wujud di sana, clear. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kita- tanah ini disediakan oleh UMW Corporation. Saya ucapkan terima kasih kepada UMW Corporation yang