Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 5 Khamis 29 Mac 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS ______________________________________________________________________________________________PENGGAL KEENAM __________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA MESYUARAT PERTAMA 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Usul di Bawah P.M 11(1) Tanpa Menghiraukan Usul Terdahulu (Halaman 47) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 (Halaman 21) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DN 29.3.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik)(LS) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 7. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 8. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 9. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 13. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 14. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 15. “ Dato’ Chai Kim Sen (LS) 16. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 18. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 22. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (LS) 25. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (LS) 26. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 27. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 28. “ Datuk John Ambrose [Dilantik] 29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 30. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 31. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) ii DN 29.3.2018 32. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 33. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baru) 34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 35. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 37. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah 43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 45. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 46 “ Dato’Ong Chong Swen [Dilantik] 47. “ Dr. Nuing Jeluing (Lantikan baru) 48. “ Datuk Paul Igai (Lantikan baru) 49. “ Datuk Lim Pay Hen (Lantikan baru) 50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 51. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 55. “ Datuk Sambathan A/L Manickam 56. “ Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff (Dilantik) 57. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 58. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 59. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 62. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong 63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 64. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 65. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) DN 29.3.2018 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 29.3.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA Khamis, 29 Mac 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Isa bin Ab. Hamid minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) apakah aspirasi-aspirasi yang dicadangkan semasa program TN50 bersama masyarakat belia Orang Asli yang diadakan pada tahun lepas; dan (b) apakah perancangan JAKOA bagi menyediakan program pembangunan modal insan bagi hala tuju TN50, dan bilakah JAKOA menyediakan platform untuk perkongsian aspirasi TN50 dengan belia Orang Asli. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia negara kita yang kita kasihi dan cintai. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid yang telah mengemukakan soalan yang pertama. Tuan Yang di-Pertua, di dalam arus pembangunan hari ini yang semakin mencabar dan berserta dengan keadaan pembangunan negara yang mana kita berhadapan dengan fasa akhir Wawasan 2020, Rancangan Malaysia yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun adalah Rancangan Malaysia yang terakhir. Maka sudah tentulah kita tidak mahu melihat masyarakat Orang Asli akan tertinggal ke belakang di dalam arus pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, sesuai dengan program serta dasar baru yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Transformasi Nasional 50 baru- baru ini, maka pihak kementerian telah mengambil langkah untuk bersama-sama dengan pihak agensi di bawah kementerian, JAKOA mengadakan satu sesi town hall, TN50@KKLW yang berlangsung pada 7 September 2017 yang telah melibatkan seramai 330 orang belia- belia masyarakat Orang Asli daripada seluruh ataupun pelbagai suku kaum dan juga latar belakang kerjaya seperti usahawan, belia, pertubuhan bukan kerajaan, juga melibatkan ikon- ikon belia daripada masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai golongan, golongan usahawan, pendidikan, selebriti, ahli-ahli sukan dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat daripada masyarakat kaum Orang Asli. 2 DN 29.3.2018 Hasil daripada perjumpaan dan town hall yang telah kita buat, maka masyarakat Orang Asli telah melahirkan aspirasi-aspirasi mereka yang bolehlah kita pecahkan kepada tiga kelompok aspirasi iaitu berkaitan dengan sosial, ekonomi, kenegaraan dan juga pembangunan prasarana. Aspirasi sosial melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan sukan. Manakala sosial yang telah dibangkitkan adalah merapatkan jurang tahap kesihatan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat arus perdana melalui peningkatan jangka hayat dan juga perluasan kemudahan akses kesihatan. Aspek pendidikan pula melibatkan peningkatan tahap pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli dan bahasa serta kebudayaan masyarakat Orang Asli turut dimasukkan di dalam silibus pendidikan kebangsaan. Manakala daripada segi kebudayaan, peserta yang hadir pada sesi town hall tersebut telah menyuarakan hasrat mereka untuk diwujudkan pusat kebudayaan bagi tujuan mempromosi pengembangan kebudayaan masyarakat Orang Asli. Manakala daripada segi kesukanan pula, apa yang disuarakan oleh mereka agar kerajaan mewujudkan program khas sukan di kalangan belia Orang Asli bagi mencungkil lebih ramai bakat serta mengenengahkan lebih ramai masyarakat Orang Asli yang berpotensi hingga ke peringkat sukan antarabangsa. Ekonomi pula, mereka telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penciptaan peluang-peluang pekerjaan, pemerkasaan bidang keusahawanan, aktiviti peningkatan pendapatan, rantaian pemasaran yang lebih lengkap, melahirkan lebih ramai usahawan daripada masyarakat Orang Asli hingga ke peringkat antarabangsa. Pembangunan Desa Digital dan juga peluasan penggunaan teknologi untuk kemajuan ekonomi dan memperkasakan industri pelancongan berunsurkan identiti