11 Disember 2017
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 19 Isnin 11 Disember 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH: Seorang Ahli Lantikan Semula dan Dua Orang Ahli Lantikan Baharu (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengalu-alukan Pelantikan Ahli-ahli (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2018 (Halaman 21) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 45) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DN 11.12.2017 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 4. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 5. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 6. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 7. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 10. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 11. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 12. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 13. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 14. “ Dato’ Chai Kim Sen (LS) 15. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 16. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 17. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 18. “ YM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 19. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 20. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 21. “ Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 22. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (LS) 25. “ Tuan Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 26. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 27. “ Datuk Haji Kadzim M.Yahya (Sabah) 28. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 29. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 30. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 31. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 32. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baru) 33. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 35. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) ii DN 11.12.2017 37. Yang Berhormat Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah 43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 45. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 46. “ Dr. Nuing Jeluing (Lantikan baru) 47. “ Datuk Paul Igai (Lantikan baru) 48. “ Datuk Lim Pay Hen (Lantikan baru) 49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 50. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 51. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 52. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 53. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 54. “ Datuk Sambathan A/L Manickam 55. “ YBhg. Dato' Shahanim Bt Mohamad Yusoff (Dilantik) 56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 57. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 58. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 59. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 60. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong 61. ‘’ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 62. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 63. “ Tuan Zahari bin Sarip (Johor) 64. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) 65. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 11.12.2017 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nor Effazimmah binti Maliki Cik Nur Annisa binti Hamid Cik Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Hazliha binti Mohd Zain Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 11.12.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Isnin, 11 Disember 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] MENGANGKAT SUMPAH SEORANG AHLI LANTIKAN SEMULA DAN DUA ORANG AHLI LANTIKAN BARU Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah: 1. Yang Berhormat Senator Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Lantikan Semula); 2. Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing (Lantikan Baharu); dan 3. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen (Lantikan Baharu). [Majlis Mengangkat Sumpah tamat] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN AHLI-AHLI Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat. Salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia. Terlebih dahulu, saya dan juga Dewan yang mulia ini ingin mengambil kesempatan merafak sembah tahniah dan mengucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-72, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertua Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya pada hari ini 11 Disember 2017. Semoga Tuhan lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku. ■1010 Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan semula Yang Berhormat Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pemilihan baru dua lagi Ahli selaras dengan Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Mereka adalah Yang Berhormat Dr. Nuing Jeluing yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak, dan Yang Berhormat Datuk Lim Pay Hen yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Johor. Pelantikan semula dan pemilihan baru tersebut memberi peluang kepada Ahli- ahli Yang Berhormat untuk menabur khidmat bakti dan sumbangan kepada bangsa dan negara di peringkat badan legislatif yang tertinggi di negara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat diharapkan akan menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu perdebatan di Dewan yang mulia ini. 2 DN 11.12.2017 Saya tidak ada sebarang kesangsian terhadap kesanggupan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi ikrar taat setia, Perlembagaan Negara, Peraturan-peraturan Mesyuarat serta prinsip-prinsip universal dalam Piagam Rukun Negara yang menekankan antara lain keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keperibadian mulia yang menjiwai amalan demokrasi berparlimen. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, demokrasi merupakan konsep yang indah. Ia perlu dibina atas sifat keperibadian yang tinggi disertai dengan pemikiran yang terbuka serta rasional. Sifat yang mulia dan luhur haruslah dijadikan contoh teladan yang terpuji bukan sahaja dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen bahkan juga dalam kalangan khalayak ramai terutamanya generasi muda. Tidak kurang pentingnya, saya percaya bahawa pematuhan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada lunas-lunas keperibadian yang mulia dan berketerampilan akan membantu memperkasakan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa. Akhir sekali, saya mendoakan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa mendukung visi rakyat ke arah membina sebuah negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan. Terima kasih. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Zahari bin Sarip minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana usaha serta langkah kerajaan dan FELDA telah tercapai dalam melaksanakan pembinaan rumah generasi kedua FELDA serta berapakah bilangan dan kos keseluruhan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Razali bin Ibrahim]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam Mesyuarat Lembaga FELDA Bil. 356, bertarikh 20 Mac 2017, mesyuarat telah bersetuju berkenaan dengan dasar pemberi milikan tanah kosong kepada