Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
Naskhah belum disemak PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 23 Rabu 14 Disember 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 34) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39) DN 14.12.2016 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 14 Disember 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mulakan Majlis kita ini dengan pertanyaan-pertanyaan dan saya mulakan, minta Yang Berhormat Senator Dato’ Indera Hoh Khai Mun, dipersilakan. 1. Dato' Indera Hoh Khai Mun minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa tatacara piawaian atau standard operating procedure (SOP) untuk mengawasi dan memastikan rumah kebajikan diurus dengan sempurnanya. 10.04 pg. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diberi tanggungjawab menguatkuasakan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Langkah standard operasi yang digunakan oleh KPWKM untuk memastikan penghuni yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan mendapat hak dan kebajikan yang sewajarnya ialah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Setiap pengusaha pusat jagaan hendaklah mengikut keperluan dan kehendak yang dinyatakan dalam peraturan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan pusat-pusat jagaan diurus dengan sempurna, kementerian melalui JKM juga menjalankan pemantauan kepada pusat jagaan berkaitan.
[Show full text]