Dewan Rakyat Parlimen Keduabelas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
[Dokumen ini belum disemak] DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 68 26 November 2008 Rabu K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M.18(1): ■ Tindakan Kejam Rajim Zionis Yahudi Di Semenanjung Gaza - Y.B. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat) (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2009 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.32 (Halaman 33) Maksud B.41 (Halaman 97) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.32 (Halaman 33) Maksud P.41 (Halaman 97) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 53) DR. 26.11.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 26 November 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) berapa banyak kes-kes pemalsuan kad pengenalan pada tahun 2000- 2008 dan apakah bentuk hukuman terhadap pihak atau individu yang terlibat; dan (b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung gejala ini. Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Syed Hamid Albar]: Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sri Gading di atas soalan yang dikemukakan. Untuk soalan (a), kes pemalsuan MyKad berlaku semenjak tahun 2004. Dari tahun 2000 hingga Jun 2008, sebanyak 2,784 kes kesalahan kad pengenalan palsu telah pun diambil tindakan dan didakwa di mahkamah. Untuk makluman, Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa berusaha keras dalam membanteras kegiatan penyelewengan MyKad palsu dengan penguatkuasaan undang-undang Akta Pendaftaran Negara 1959, Akta 78 serta Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990 bagi pindaan 2001 dan pindaan 2007. Tuan Yang di-Pertua, bagi jawapan (b), langkah-langkah dan strategi yang diambil untuk membendung masalah pemalsuan adalah seperti berikut:- (i) dengan mengadakan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis, jabatan imigresen, RELA, jabatan agama dan lain-lain penguatkuasaan bagi seluruh negeri; (ii) bagi meningkatkan kualiti MyKad seperti penambahbaikan salutan permukaan MyKad dan teknologi cip. Selain daripada itu, mengadakan DR. 26.11.2008 2 lebih banyak ciri-ciri keselamatan di atas permukaan MyKad seperti hologram, microlectring, UV Image dan reka bentuk 3D bertujuan untuk menghalang pemalsuan; (iii) meningkatkan teknologi alat pembaca kad seperti mobile card, acceptance device, meet and card, key ring reader dan terbaru My Camp di mana rekod serta perbandingan biometrik pemilik MyKad boleh diperoleh melalui alat ini dengan pencapaian ke sistem Agency Link Up System ataupun (ALIS). Dengan kemudahan ini, JPN boleh mengesan mana-mana MyKad palsu atau tempered MyKad dengan cepat dan mudah. Alat ini juga dibekalkan kepada lain-lain agensi penguatkuasaan untuk tujuan pengecaman MyKad palsu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu terperinci. Saya berpuas hati di atas jawapan itu. Namun begitu, mengenai soal kad pengenalan ini, ada beberapa perkara. Mutu kad pengenalan kita ini, apabila hilang dikatakan bahawa penjualan kad pengenalan yang hilang ini sama ada dilakukan oleh sindiket ataupun tidak, dia boleh dikoyak dan ditukarkan gambarnya. Gambar itu akan bertukar. Jadi dengan sebab itu, kad pengenalan itu menjadi sesuatu dokumen yang amat disukai oleh orang-orang yang memang hendak menyelewengkan kad pengenalan untuk faedah dia. Jadi mutunya sebenarnya masih rendah. Walaupun Yang Berhormat Menteri kata, mutunya itu tinggi tetapi masih diragukan. Itu satu. Dalam soalan yang berikutnya ialah, di negara kita ini warna kad pengenalan itu memperkenalkan status kewarganegaraan. Biru umpamanya adalah warganegara. Kalau merah, soalnya ialah berapa banyak pemegang kad pengenalan merah yang memohon untuk menjadi warga negara? Berapa lama proses itu diambil untuk menentukan mereka mendapat kewarganegaraan? Soalan berikutnya daripada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak. Banyak orang-orang di Sabah dan Sarawak seperti di Rumah Panjang. Saya difahamkan oleh Yang Berhormat Bintulu, kalau pergi ke Rumah Panjang, 60% ke 70%, tidak ada kad pengenalan. Jadi, bila masalah ini yang hendak diselesaikan? Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Hari-hari jawapan sama. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskanlah beberapa perkara yang ada kaitan kepentingan dengan rakyat di Sabah dan Sarawak juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan yang dikemukakan berkenaan mutu. Dari masa ke semasa, kita terus meningkatkan mutu dan sekarang ini mutunya lebih baik daripada asal yang kita keluarkan di mana ia boleh dikoyak. Sekarang ini untuk dikoyak adalah susah. DR. 26.11.2008 3 Lagipun dengan sistem, dia sudah tidak ada lampiran untuk kita koyak. Oleh sebab dia keluar kad dalam bentuk kad di bawah MyKad. Sebelum MyKad, memang masalah itu ada. Akan tetapi walau bagaimanapun, oleh sebab ada sistem biometrik dan sistem yang menggunakan cap jari, walaupun kita meletakkan gambar lain, dia tidak mungkin dipalsukan. Ini adalah kerana, cap jari ini daripada orang ke orang berbeza. Oleh itu, mudah untuk kita kenal pasti sama ada pemilik itu adalah pemilik sebenar ataupun mereka yang telah memalsukan kad. Akan tetapi ada kes-kes yang orang cuba buat semacam ini dan kita dapat trace dengan izin serta kita dapat mengenal pasti dan mengambil tindakan sebagaimana yang saya sebutkan. Berkenaan dengan berapa jumlah MY PR yang berwarna merah. Sekarang MY PR ini dikeluarkan warna merah. 1010 Mengikut angka yang saya ada nanti saya berikan kepada Yang Berhormat untuk yang merah ini adalah sebanyak, MyPR yang kita keluarkan jumlah pemastautin tetap, bilangannya ialah 371,281 dan jumlah pemegang MyPR 198,510 yang belum menukar bila kita tukar MyPR ini, dahulunya dia punya colors sama, mudah untuk dipalsukan. Dengan ini ada masih lagi yang belum menukar iaitu 172, 000 dan selepas mereka dapat MyPR kita harusnya memproses untuk menjadi rakyat lebih mudah tetapi masih banyak tunggakan. Sebab itu kita telah mengambil langkah untuk menambahkan lagi kita punya kakitangan dan juga untuk bekerja di hari Sabtu dan minggu untuk menentukan segala tunggakan dapat kita atasi. Terima kasih. Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Merujuk kepada mutu juga MyKad yang ada yang saya miliki ini terkandung di dalamnya juga lesen memandu tetapi beberapa insiden telah berlaku di mana saya minta untuk dicheck lesen memandu dan sebagainya ataupun pernah saya ditahan oleh polis ketika memandu, dia kata dia tidak tahu kata lesen sekali dengan IC. Jadi, saya ingin tahu penyelarasan yang ada di antara Kementerian Dalam Negeri khasnya dengan agensi-agensi lain dan keduanya adalah tentang cip yang ada di hadapan kad ini yang banyak insiden juga tidak boleh dibaca kerana berkarat. Saya ingin tahu tentang kualiti cip yang terdapat pada MyKad ini dan seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi tentang kualiti ini yang saya rasa perlu sangat-sangat dipertingkatkan. Terima kasih. Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok di atas persoalan yang dikemukakan. Seharusnya penyelarasan berlaku tetapi kalau ada insiden-insiden tertentu di mana ada masalah penyelarasan saya akan lihat bagaimana kita tentukan bahawa perkara ini tidak berlaku. Jadi, saya minta maaf kalau perkara itu ada berlaku di antara satu agensi dengan agensi yang lain sepatutnya ada pemahaman berkenaan penggunaan dan pengisian terhadap bahan-bahan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Oleh itu saya akan melihat perkara itu untuk menyemak apakah sebabnya perkara itu boleh berlaku. Berkenaan kualiti karat ini, ini memang kita sedar DR. 26.11.2008 4 melalui rungutan dan aduan-aduan yang dibuat dan kita akan terus mempertingkatkan lagi kualiti supaya perkara sebegitu tidak berlaku. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di- Pertua, ini soalan saya ingat penting sebab untuk Sabah dan Sarawak belum dijawab. Jadi kalau saya minta satu tambahan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat, silakan. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri, yang sebenarnya mutu kad pengenalan kita ini tidak bermutu sama sekali kerana di kawasan saya di Kalabakan kalau orang kampung bawa kad hari- hari, dia boleh terkopek, belah dua boleh, itu yang pertama. Kedua, saya mahu tahu daripada Menteri kerana ada orang yang sudah layak juga untuk menjadi warganegara, dia 20 tahun, 30 tahun tidak dapat kelulusan. Kenapa begitu lama sekali proses ini? Adakah Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak? Terima kasih. Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Saya, Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan kerana soalan itu saya sudah pun menjawab. Kalau ada masalah kualiti kita akan terus akan memperbaiki dan memperbaiki kualiti. Berkenaan dengan 20 tahun saya sedar bahawa ada masalah itu sebab itu saya memberikan tumpuan khusus kepada tiap-tiap