Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 15 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1412-L01429 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah promosi yang dijalankan oleh Kementerian bagi membangunkan budaya dan adat tempatan terutama dalam bidang muzik. 2. PN-1412-L01519 Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rasional untuk agensi utiliti negara TNB melaksanakan projek Menara Korporat dan Hotel di Bangsar dan bagaimanakah projek ini boleh membantu meringankan tarif elektrik untuk rakyat. 3. PN-1412-L01104 Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa menurut 'EF English Proficiency Index' (EF EPI), tahap Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia telah jatuh sebanyak sembilan tempat iaitu dari tempat ke-13 ke tempat ke-22. Apakah tindakan atau rancangan Kerajaan bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris di Malaysia. 4. PN-1412-L01354 Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan pergantungan penjualan kelapa sawit ke negara China amatlah tinggi dan apakah Kementerian akan mengkaji penjualan ke negara-negara lain yang berkemungkinan mendapat harga yang lebih lumayan. 2 AUM DN 6/12/2018 5. PN-1412-L00836 Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian untuk menjamin kebebasan media sama ada media tradisional dan media baharu, di samping memastikan hanya berita yang benar disiarkan. 6. PN-1412-L01140 Dato' Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan rancangan pengeluaran kereta nasional ketiga tidak mengalami kerugian seperti PROTON. 7. PN-1412-L00716 Datuk Razali bin Idris minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah proaktif jangka pendek dan jangka panjang Kementerian bagi memajukan sukan rekreasi yang semakin mendapat tempat. 8. PN-1412-L01237 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai reformasi undang-undang berkaitan dana pilihan raya. 9. PN-1412-L00884 Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terakhir mengenai ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), manfaat Perjanjian tersebut kepada negara dan juga langkah-langkah untuk memastikan kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas. 10. PN-1412-L01471 Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah justifikasi di sebalik langkah Kerajaan mengenakan levi bagi semua penumpang yang melancong ke luar negara iaitu sebanyak RM20 untuk penumpang yang ke negara ASEAN dan RM40 untuk ke negara lain. 11. PN-1412-L01499 Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah tegas dan pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan dalam memerangi gejala dadah yang kian membimbangkan. AUM DN 6/12/2018 3 12. PN-1412-L00950 Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah kajian yang telah atau akan dibuat oleh Kementerian untuk mengenal pasti keadaan geologi negara dan kemungkinan negara ini akan mula mengalami kesan-kesan gempa bumi dan jika tidak, mengapa. 13. PN-1412-L00976 Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) statistik kes pengabaian nafkah oleh bekas suami; dan (b) usaha-usaha yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan isteri-isteri yang diceraikan/bercerai memperoleh nafkah daripada bekas suami seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah. 14. PN-1412-L00805 Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah-sekolah daif di Sabah dan jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi tujuan membaiki dan menaik taraf sekolah-sekolah tersebut bagi tahun hadapan. 15. PN-1412-L01272 Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan langkah Kerajaan untuk membantu golongan pekebun-pekebun kecil yang terkesan dengan harga komoditi yang rendah selepas 9 Mei 2018 :- (a) apakah strategi Kerajaan Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga getah dan minyak kelapa sawit; dan (b) statistik terkini pekebun-pekebun kecil yang terkesan dengan penurunan harga komoditi getah dan sawit dan langkah Kerajaan untuk membantu golongan yang terkesan dengan harga komoditi yang rendah terutamanya selepas 9 Mei 2018. 16. PN-1412-L00767 Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan adakah Kementerian mengenal pasti punca masyarakat Siam ketinggalan dalam arus pembangunan dan apakah inisiatif yang diambil untuk membantu dan membolehkan masyarakat Siam di luar bandar menikmati peningkatan dalam pendapatan melalui aktiviti ekonomi dalam sektor lain selain dari sektor pertanian. 4 AUM DN 6/12/2018 17. PN-1412-L01445 Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), apakah kriteria atau panduan untuk mengenal pasti seseorang sebagai LGBT untuk menjalani pemulihan di bawah program Mukhayyam sebagaimana yang dicadangkan, setakat ini adakah ia bersifat mandatori di bawah penguatkuasaan undang-undang. 18. PN-1412-L01232 Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan hala tuju ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan namun dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi Sabah atas faktor geografi dan sosioekonomi. 19. PN-1412-L01191 Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah manifesto Janji No. 20 : menjadikan Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah pasukan tentera yang dihormati dan disegani seperti mana yang terkandung di dalam Buku Harapan 'Membina Negara Memenuhi Harapan' telah dilaksanakan. 20. PN-1412-L01003 Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan data yang terkini bilangan penduduk masyarakat Orang Asli yang termiskin dan apakah langkah-langkah untuk mengurangkannya. 21. PN-1412-L01132 Datuk Paul Igai minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) jumlah pendapatan hasil kutipan daripada lesen loteri dan ramalan nombor ekor; dan (b) bagaimanakah agihan jumlah kutipan tersebut serta berapakah jumlah duit menang (unclaimed prizes) yang tidak dituntut. 22. PN-1412-L01072 Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah keupayaan Kementerian dalam menyekat kandungan iklan-iklan produk lucah atau berbaur lucah dari disiarkan di laman sosial dan laman sesawang enjin carian Internet di Malaysia serta bagaimana satu peraturan lebih tegas dapat dikuatkuasakan segera dalam membendung isu ini. AUM DN 6/12/2018 5 23. PN-1412-L01059 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada kajian atau unjuran pendapatan penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira dalam pembentukan program pembinaan rumah mampu milik Kerajaan. Sila terangkan dengan jelas formula yang telah diguna pakai dalam aspek ini. 24. PN-1412-L01152 Dato' Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pakar pemakanan kanak-kanak (dietician) akan diletakkan di sekolah-sekolah untuk memastikan murid-murid memakan makanan berzat dan seimbang. 25. PN-1412-L01033 Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah syarat untuk menubuhkan unit polis bantuan kerana semakin banyak syarikat swasta telah menubuhkan unit polis bantuan seperti syarikat perladangan berskala besar di kawasan pendalaman dan langkah kawal selia oleh pihak berkuasa terhadap unit tersebut. 26. PN-1412-L00864 Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan unjuran perolehan yang disasarkan oleh syarikat FGV pada tahun 2019 serta bagaimana langkah pemulihan ke atas syarikat FGV ini. 27. PN-1412-L01360 Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi mengatasi Kuarters Institusi Pendidikan yang terbiar dan tiada peruntukkan untuk dibaiki, dan adakah Kerajaan berhasrat untuk membuka peluang kepada pekerja swasta untuk menyewa rumah-rumah tersebut khususnya golongan belia yang baru berkahwin. 28. PN-1412-L01171 Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah langkah Kerajaan mengiktiraf dan meratifikasikan ICERD akan menjejaskan dan menghapuskan hak-hak Bumiputera Orang Asli sebagai penduduk asal negara ini. 29. PN-1412-L01393 Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi KDNK yang semakin menurun. 6 AUM DN 6/12/2018 30. PN-1412-L01255 Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status program pemberian biasiswa MyBrain bagi pelajar ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan yang terdahulu. 31. PN-1412-L00915 Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) sehingga kini apakah hasil program perintis atau model 'Recycle for Life' yang telah dilaksanakan oleh Environment Idaman Sdn Bhd (Wilayah Utara) di Kulim, Kedah; dan (b) mengapakah model Klean Malaysia Sdn Bhd dan negara Sweden tidak dijadikan model rujukan untuk perlaksanaan sistem 'buyback recycle' apabila Sweden telah mengamalkan sistem tersebut sejak 1984. 32. PN-1412-L00778 Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sasaran jangka pendek dan jangka panjang bagi 12 inisiatif terbaru yang diperkenalkan dan apakah langkah yang diambil bagi memastikan