Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 21 Selasa 18 Disember 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) UCAPAN TAKZIAH Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim (Halaman 29) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 30) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 30) DN 18.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 18 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Bersyukur saya dapat berjumpa dengan keluarga saya, Ahli Yang Berhormat. Semalam kita berjuang sampai pukul 10.30 malam. Tahniah... [Tepuk] Dan saya nampak wajah-wajah Ahli Yang Berhormat saya pagi ini masih segar lagi. Jiwa dia itu, jiwa orang berjuang ini selalu segar. Jadi orang dari Sabah, Sarawak, ada termasuk kita punya Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, ada lagi, ramai lagi. So saya mengucapkan terima kasih banyak dan syabas, dan tahniah sekali lagi... [Tepuk] Saya hendak mulakan hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ya. Saya minta Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, dipersilakan. 1. Tuan Adrian Banie Lasimbang minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apakah status kadar pelepas Gas Rumah Hijau terkini dan apakah program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan komitmen Malaysia di United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dipenuhi dalam mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau ini. Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Kopisanangan om kotouladan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pelepasan gas rumah kaca, greenhouse gases (GHG) negara pada tahun 2014 yang dilaporkan di dalam Laporan DN 18.12.2018 2 Malaysia’s Third National Communication (NC3), and Second Biennial Update Report (BUR2) yang dikemukakan kepada United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) adalah sebanyak 317.63 juta tan karbon dioksida setara ataupun carbon dioxide equivalent, penyerapan GHG oleh hutan adalah sebanyak 267.15 juta tan CO2 equivalent. Ini bermaksud, jumlah keseluruhan pelepasan pada tahun 2014 setelah ditolak penyerapan oleh hutan adalah sebanyak 50.48 juta tan CO2 equivalent. Pelepasan GHG negara hanya menyumbang kepada 0.7 peratus daripada pelepasan GHG global. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016. Justeru itu, kementerian akan meneruskan komitmen Malaysia dalam Paris Agreement melalui pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi dalam menyumbang kepada sasaran Paris Agreement. Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim di bawah Paris Agreement, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut: (i) menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu melalui mekanisme feed-in tariff; (ii) menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu di luar mekanisme FiT ataupun feed-in tariff; (iii) menggalakkan pembangunan loji biogas; (iv) menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan; (v) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca; (vi) membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel; (vii) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam; (viii) membangunkan program biodiesel B5; (ix) mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan; DN 18.12.2018 3 (x) menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga, energy efficiency vehicles; (xi) menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga lima peratus dari bangunan-bangunan kerajaan; dan, (xii) menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi Program Green Technology Financing Scheme (GTFS). Kerajaan juga telah mula melaksanakan langkah-langkah mitigasi tambahan seperti berikut: (i) pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga ataupun kita panggil NEEAP sebagai pemangkin kepada penggunaan tenaga yang lestari; (ii) pelaksanaan Program Large Scale Solar yang memanfaatkan status Malaysia selaku salah satu peneraju industri solar; dan (iii) menumpukan usaha kepada sektor sisa kepada sektor yang berpotensi menyumbang kepada sumber tenaga boleh baharu dan kitar semula buangan. Sekian, terima kasih. Datuk Donald Peter Mojuntin: Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Memandangkan rakyat juga mempunyai peranan yang penting dalam membendung masalah ini, adakah kementerian mempunyai program kesedaran mengenai kesan negatif gas rumah hijau ini? Terima kasih. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Satu soalan yang baik. Terima kasih Yang Berhormat. Dalam kita menangani soal-soal pencemaran dan tentang alam sekitar, memang sebenarnya ini bukan terletak kepada tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi juga kepada rakyat keseluruhan. Perancangan kita ada banyak daripada segi alam sekitar. Cumanya mungkin saya boleh beri jawapan bertulis kepada soalan Yang Berhormat. Di samping itu, kerajaan turut melaksanakan usaha-usaha kesedaran awam dalam isu perubahan iklim yang melibatkan ramai. Antaranya penerapan elemen perubahan iklim dalam silibus pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Perbincangan juga akan diteruskan bersama kementerian dan agensi yang bertanggungjawab bagi mengemas kini maklumat. Kita sentiasa untuk berusaha menambah baik kaedah penyampaian maklumat kepada seluruh masyarakat. Terima kasih. ■1010 Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. DN 18.12.2018 4 Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih di atas jawapan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya menyambut baik usaha kementerian dalam melaksanakan komitmen Malaysia ini terhadap Paris Agreement. Saya juga ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri MESTECC baru-baru ini yang telah membuat komitmen yang lebih besar di convention baru-baru ini di Poland yang baru sahaja siap. Apa yang ingin saya tanyakan di sini adalah berkenaan dengan usaha Malaysia untuk memastikan bahawa komitmen ini- sebab salah satu daripada usaha untuk memastikan pengurangan pelepasan gas rumah kaca ini adalah berkenaan dengan forestry. Oleh sebab, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab tadi, kebanyakan usaha kerajaan ini lebih kepada energy, industri dan sebagainya. Akan tetapi, saya belum melihat bagaimana kerajaan mahu memastikan bahawa sektor pertanian khasnya dalam usaha untuk mengurangkan impak land used change itu dan juga forestry. Oleh sebab, ada beberapa kementerian yang terlibat di dalam hal ini. Adakah usaha kementerian untuk memastikan inter-agency process untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ini? Terima kasih. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih kepada soalan tambahan Gundohing Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang. Beliau seorang yang saya tahu memang sangat- tentang alam sekitar ini. Ya, kita akui bahawa tentang pelepasan GHG ini bukannya terletak di bawah MESTECC sahaja. Kalau mungkin MESTECC, kita terlibat secara langsung kerana sektor tenaga. Akan tetapi, industri dan juga perhutanan di bawah kementerian-kementerian lain. Kita memang menjalankan dan juga sedia untuk berbincang kalau ada lagi maklumat-maklumat yang perlu kita berbincang antara sesama kementerian-kementerian ini. Selain itu juga, sektor pertanian, untuk makluman Yang Berhormat Senator Gundohing Tuan Adrian Banie Lasimbang, sektor pertanian hanya menyumbangkan sebanyak empat peratus. Sektor hutan juga hanya sebanyak satu peratus kepada pelepasan GHG. Jadi, kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi kita memanfaatkan lagi dan memperbaiki lagi tahap pelepasan GHG kita. Terima kasih. Datuk Haji Husam bin Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebutkan banyak galakan, galakan itu, galakan ini. Saya hendak tahu bahawa apakah bentuk galakan-galakan tersebut? Terima kasih. DN 18.12.2018 5 Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husam bin Musa di atas soalan tambahan. Ya, kita berikan pelbagai galakan dalam- kita memberikan pelbagai galakan untuk kita mengurangkan pelepasan GHG ini di bawah sektor-sektor utama. Tadi yang saya sebut antaranya seperti menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu di bawah mekanisme FiT, ada juga penjanaan tenaga elektrik boleh baharu di luar mekanisme FiT. Saya rasa hari itu mungkin saya pernah jawab soalan Yang Berhormat Senator dalam bentuk net energy metering kalau tidak silap saya. Itu juga salah satu galakan kita untuk- tetapi itu di bawah sektor tenaga. Selain itu juga, menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik. Kalau boleh saya ulang balik jawapan saya tadi. Salah satu juga