Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 7 Rabu 26 April 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 (Halaman 16) Rang Undang-undang Mahkamah (Kaedah-kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 (Halaman 22) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 (Halaman 24) Rang Undang-undang Kebangkrapan (Pindaan) 2016 (Halaman 27) Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Halaman 60) Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017 (Halaman 101) Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017 (Halaman 114) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DN 26.4.2017 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 7. “ Tuan Aknan Ehtook (Dilantik) 8. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 9. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 10. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 11. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 12. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 13. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 14. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 16. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 17. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 18. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 19. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 20. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 22. “ Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 25. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 26. “ Tuan Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 27. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 28. “ Dato’ Jaspal Singh (Dilantik) 29. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 30. “ Datuk Haji Kadzim M.Yahya (Sabah) 31. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 32. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 33. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 34. “ Datuk Koh Chin Han (Melaka) ii DN 26.4.2017 35. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 36. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 37. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 38. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 39. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 40. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 41. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 42. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 43. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 45. “ Tan Sri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 46. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 47. “ Dato’ Hajah Norahan binti Abu Bakar (Pahang) 48. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 50. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 51. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 52. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 53. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 55. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 56. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 57. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 58. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 59. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 60. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 61. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik) 62. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) 63. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 26.4.2017 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi Bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Alzian bt. Baharudin Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nurul Atikah binti Basrudin Nor Effazimmah binti Maliki Cik Nur Annisa binti Hamid Cik Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggiha bin Juarah DN 26.4.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 26 April 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam negaraku. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan Ahli Yang Berhormat pada malam tadi yang sanggup tunggu, berjuang bersama-sama saya hingga hampir pukul 10 malam dan saya teruskanlah. Jadi kita berpaksi kepada yang saya katakan, hidup manusia ini berbakti, hidup pokok berbuah. Dengan tidak membuang masa lagi saya ingin meneruskan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Pertama Yang Amat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib, dipersilakan. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. YBM Engku Naimah binti Engku Taib minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bilangan kes keganasan terhadap wanita dan penderaan serta pengabaian kanak-kanak bagi tahun 2010 hingga 2017 terkini dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] Pindaan 2012 dalam membendung kejadian keganasan terhadap wanita dan penderaan kepada kanak-kanak. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan kes keganasan terhadap wanita termasuk kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. Begitu juga dengan kebajikan ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 digubal untuk melindungi mana-mana ahli keluarga yang memerlukan perlindungan dan peruntukan-peruntukannya dibaca bersama Kanun Keseksaan. Statistik Polis Diraja Malaysia dari tahun 2010 hingga ke Mac 2017 menunjukkan bahawa sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita telah dilaporkan. Jumlah ini merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang melibatkan wanita sebagai mangsa seperti kes mencabul kehormatan, sumbang mahram, rogol dan kesalahan luar tabii. Daripada jumlah ini 23,212 kes iaitu 40 peratus merupakan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita sebagai mangsa. Bagi kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh tahun 2010 ke 2016 pula adalah sebanyak 28,365 kes yang mana masing-masing berjumlah 4,982 kes bagi tahun 2016. 4,453 kes bagi tahun 2015, 4,295 kes bagi tahun 2014, 4,119 kes bagi tahun 2013, 3,831 kes bagi tahun 2012, 3,428 bagi tahun 2011 dan 3,257 kes bagi tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah membuat pindaan pertama ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pada 21 Disember 2012, dan dikuatkuasakan pada 20 Februari 2013. 2 DN 26.4.2017 Antara pindaan utama pada ketika itu ialah memperluaskan takrifan keganasan rumah tangga daripada bentuk fizikal untuk turut meliputi penderaan emosi, mental dan psikologi, penggunaan bahan yang memabukkan dan bahan yang menyebabkan delusi kepada mangsa termasuk mangsa kanak-kanak. Selepas pindaan kepada akta tersebut dibuat, semua pegawai yang terlibat dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga telah diberi taklimat yang mana sebanyak 14 sesi taklimat telah diadakan di seluruh negara. Taklimat ini merupakan program advokasi yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang kaedah pengendalian kes termasuk mangsa keganasan rumah tangga kepada pegawai yang berkaitan dan menyebar luas peranan dan tanggungjawab agensi berkaitan yang mengendalikan kes keganasan rumah tangga. Sebagai kesinambungan kepada pindaan yang dibuat ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, pada tahun 2012, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama 9 lagi agensi telah membangunkan garis panduan pengendalian