Bil. 13 Selasa 4 Disember 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 21)

______Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

DN 4.12.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Dilantik) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Melaka) 5. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang (Dilantik) 6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 7. “ Tuan Sie Kiong (Dilantik) 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (WP Labuan) 11. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 13. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 14. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin (Dilantik) 15. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 16 “ Tuan Haji Husam bin Musa (Dilantik) 17. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 18. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 19. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 20. “ Tuan Ismail bin Yusop () 21. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 22. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 23. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 24. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 25.. “ Dato’ Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 26.. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 27. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 28. “ Datuk Lee Tian Sing (Melaka) 29. “ Tuan [Timbalan Menteri Pertahanan] 35. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 30. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 31 “ Tuan Manolan bin Mohamad (WP Putrajaya) 32 “ Dato’ Haji Marzuki bin Haji Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 33. “ Tuan Ir. Md Nasir bin Hashim (Dilantik) 34. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 35. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik)

ii DN 4.12.2018

36. Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 37. “ Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 38. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 39. “ Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 40. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) (Dilantik) 41. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan) 42. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (WP ) 43. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 44. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 45 “ Dato’ Ong Chong Swen [Dilantik] 46. “ Dr. Nuing Jeluing (Sarawak) 47. “ Datuk Paul Igai (Dilantik) 48. “ Datuk Lim Pay Hen (Johor) 49. “ Datuk (Dilantik) [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] 50. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 51. “ Puan Raj Munni binti Sabu (WP Kuala Lumpur) 52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 54. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 55. “ Datuk Sambanthan A/L Manickam (Dilantik) 56. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 57. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya (Pahang) 58. “ Datuk Razali bin Idris (Dilantik) 59. “ Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik) 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 61. “ Dato’ Sri (Pahang) 62. “ Tuan Waytha Moorty A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 63. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong (Dilantik) 64. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 65. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 66. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

DN 4.12.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah

DN 4.12.2018 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 4 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan, apakah kaedah yang bakal dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, soalannya berkenaan dengan program-program untuk rakyat Malaysia ini memasuki bidang keusahawanan dan bagaimana kementerian mempermudah proses tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan telah melancarkan Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) pada 22 November lalu yang menggariskan beberapa sasaran dan objektif strategik untuk dilaksanakan. Antara sasaran utama adalah untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK sehingga 41 peratus daripada yang ada sekarang 37 peratus dan mewujudkan 50 ribu usahawan baru setahun. Satu sasaran yang tinggi tetapi insya-Allah dapat kita capai. Bagi mencapai sasaran tersebut, kementerian akan mengukuh dan memperkemaskan sistem pembiayaan bagi memastikan akses kepada pembiayaan boleh dikecapi oleh semua golongan khususnya dan termasuk B40. Belia-belia, usahawan wanita, usahawan sosial, siswazah-siswazah baru dan mereka yang terlibat dengan program yang setaraf. Ekosistem pembiayaan akan turut dilengkapkan dengan sumber pembiayaan alternatif selain daripada sumber kerajaan seperti crowdfunding, Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) dan juga pasaran access, certainty and efficiency (ACE). Usahawan-usahawan dalam industri baru seperti buluh dan ukiran juga akan diberi penekanan. Di samping itu, kementerian akan turut memberi fokus kepada industri yang mempunyai pertumbuhan tinggi seperti automatif, peranti perubatan, kereta api dan tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy, dengan izin. Untuk memudahkan urusan usahawan-usahawan baru ini, kementerian telah mewujudkan pusat sehenti keusahawanan berkonsepkan pusat fizikal dan juga secara atas talian yang dijadikan platform penyebaran maklumat kepada usahawan. Selain berfungsi untuk mengumpulkan maklum balas dan pusat penyimpanan data, pusat sehenti keusahawanan ini juga berperanan sebagai pusat rujukan setempat yang menawarkan khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan-usahawan khususnya yang baru. Justeru, usahawan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan boleh mendapatkan pelbagai maklumat relevan di pusat-pusat ini yang telah pun dilancarkan di ibu-ibu negeri di seluruh negara kecuali beberapa yang sedang dalam proses pembinaan. Program latihan dan bimbingan keusahawanan juga dilihat sebagai peranan yang sangat penting untuk memastikan kejayaan usahawan-usahawan baru ini dalam sesebuah perniagaan.

2 DN 4.12.2018

Maka, program-program latihan dan bimbingan usahawan melalui agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan akan diteruskan serta diberi penambahbaikan agar usahawan baru dilengkapkan dengan ilmu keusahawanan yang optimum. Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, di Kementerian Pembangunan Usahawan kita ada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah disebut sebagai agensi utama atau lead agency, dengan izin, kepada urusan-urusan latihan keusahawanan ini. Ertinya dia akan mengumpulkan dan mengambil tanggungjawab latihan yang kini dijalankan oleh berbagai-bagai agensi di dalam kementerian. Termasuk juga dalam urusan ini Tuan Yang di-Pertua, ialah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang insya-Allah akan menjadi pusat latihan kecemerlangan ataupun institusi kecemerlangan koperasi Malaysia dan ini adalah dalam proses menaik taraf institusi tersebut. Program yang disediakan ini tidak tertumpu hanya kepada usahawan- usahawan sahaja malah juga untuk golongan-golongan yang terlibat dan berminat seperti pelajar dan graduan yang teringin untuk menceburi bidang keusahawanan ini. Kita menggalakkan dan mengalu-alukan. Tuan Yang di-Pertua, ada sikit lagi. Berdasarkan kepada laporan dalam Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) yang diterbitkan oleh SME Corp. Malaysia pada tahun ini, tahun 2018, ada sejumlah 151 program pembangunan keusahawanan dan PKS dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi melibatkan dana bernilai lebih RM12 bilion yang memberi manfaat kepada lebih 600 ribu PKS. Ini dalam tempoh 2009 hingga 2018. Dari jumlah 151 ini, 37 program pembangunan PKS adalah untuk membantu PKS di kalangan setaraf yang baru nak bermula dengan jumlah dana sebanyak RM1.71 bilion. Antara contoh yang saya ingin sebutkan ialah skim pembiayaan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC), Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. Malaysia dan juga Pembangunan Usahawan oleh MARA sebagai menggambarkan bahawa usaha pembinaan usahawan ini tidak hanya terletak di bawah kementerian ini apatah lagi kementerian ini pun kementerian yang baru. ■1010 Jadi di MARA ada, di CGC ada di bawah Kementerian Kewangan dan juga di bawah kementerian kami. Contoh yang saya bawa tadi, TUBE menggalakkan generasi muda menceburi bidang perniagaan menerusi program belia bumiputera yang berminat dalam menjalankan perniagaan akan dipimpin, dilatih, dipersiapkan dengan latihan berbentuk fizikal dan didedahkan maklumat asas berkenaan perniagaan. Kemudian mereka akan diminta untuk mendaftarkan syarikat masing-masing dan diberikan peruntukan awal untuk memulakan perniagaan, dibimbing, di monitor setahun, dua tahun, dipertingkatkan lagi. Sehingga kini, program ini telah disertai oleh 4,422 belia dengan 4,381 daripadanya, 99 peratus telah mendaftar dengan SSM dan memulakan operasi perniagaan. Bantuan sebanyak RM15 ribu seorang peserta ini Tuan Yang di-Pertua, hari ini mereka secara berkumpulan telah mengumpulkan RM88.13 juta jualan dan mewujudkan sejumlah 6,664 pekerjaan baru. Selain itu, terdapat juga inisiatif lain dilaksanakan untuk membantu usahawan baru seperti yang digariskan di bawah Pelan Induk PKS 2012/2020 iaitu Program Berimpak Tinggi I di bawah SME Corp, Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan, business made easy lah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Mereka menyediakan platform Portal MalaysiaBiz yang menyediakan maklumat mengenai tatacara dan cara untuk mendaftar perniagaan dan senarai pelesenan bagi memudahkan rujukan. Sebagai panduan juga Tuan Yang di-Pertua kepada usahawan yang terbaru, Kit Panduan Perniagaan Permulaan telah diterbitkan oleh SME Corp. Antara panduan dikongsikan termasuk cara mendaftarkan perniagaan, kaedah pemasaran yang berkesan dan bagaimana menguruskan kewangan. Kalau ada yang berminat untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka nanti, ada pelbagai program yang kita buat bukan hanya oleh kementerian tetapi oleh MATRADE misalnya untuk membawa hasil perniagaan mereka ke luar negara.

DN 4.12.2018 3

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan awal. Terima kasih. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri dan tahniah juga kepada Menteri dan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang saya kira yang sudah terpadam agak sekian lama. Soalan tambahan saya, kalau kita mengamati hari ini, graduan-graduan yang tamat pengajiannya, mereka lebih berminat untuk menceburkan diri mereka dalam keusahawanan. Jadi saya hendak tanya kementerian, merujuk kepada perkara ini, apakah inisiatif, galakan yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan bagi mempromosi, menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan. Adakah kerajaan menyediakan geran ataupun pinjaman permulaan untuk mereka mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dah jawab yang perkara nombor satu, yang geran. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Geran tanah ya [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Yahaya atas soalan ini. Memang kita dalam usaha untuk menjadikan keusahawanan ini sebagai pilihan utama kepada graduan, bukannya pilihan terakhir bila tak dapat kerja kerajaan atau swasta, carilah bidang-bidang keusahawanan. Bila baru nak mula meniaga, dapat pula tawaran kerja, tinggalkan pula kerja itu kerana lebih secure, lebih terjamin misalnya. Kita hendak jadikan bidang keusahawanan ini sebagai pilihan utama. Jadi sebab itu kita sebelum ini ada satu skim latihan untuk graduan yang tidak dapat pekerjaan iaitu SL1M – Skim Latihan 1Malaysia yang menempatkan graduan ini di syarikat-syarikat besar dan ditanggung oleh syarikat ini untuk tempoh setahun. Kemudian sama ada mereka ini terpilih untuk bekerja dengan syarikat ataupun bebas untuk melakukan apa juga pekerjaan. Kita akan memperbaiki skim ini bukan sekadar penjenamaan sahaja tetapi content yang kita berharap skim latihan ini akan benar-benar menjuruskan graduan ini kepada keusahawanan, membimbing mereka, dibimbing oleh syarikat berkenaan. Apabila tamat tempoh itu, kita akan sambut mereka di luar sebagai usahawan- usahawan baru. Tentulah dalam hal ini, dalam bab kedua soalan tadi, sama ada, ada disediakan pembiayaan melalui geran ataupun pinjaman, memang ada. Pinjaman untuk usahawan-usahawan yang baru bermula ini memang sedia ada. Yang kecilnya seperti TEKUN Nasional yang menyediakan pinjaman daripada RM1,000 sampailah ke RM100,000 bergantung pada proposal ataupun hasrat perniagaan mereka dan penelitian kemungkinan-kemungkinan ataupun due diligence yang kita buat terhadap pemohon. Kita juga ada pembiayaan-pembiayaan lain di dalam kementerian ini seperti SKM sendiri ada gerannya. Kita ada Bank Rakyat, kita ada SME Bank yang menyediakan pinjaman-pinjaman. Kita juga sedang menghubungkan usahawan ini dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) mana-mana yang tidak dapat geran yang mereka minta. Selainnya, kita juga sedang menyusun dengan beberapa syarikat-syarikat NGO’s yang menyediakan bantuan-bantuan kewangan, pinjaman-pinjaman dan juga investment daripada syarikat-syarikat ini selain daripada sudah tampil beberapa syarikat yang berminat untuk membantu dalam crowd funding kepada usahawan-usahawan ini. Jadi kalau kita dapat senarai pemohon-pemohon ini yang memerlukan bantuan, kita akan agihkan ataupun kita halakan mereka kepada pihak pembiaya ini. Jadi kita hendak pastikan mana-mana yang betul berminat itu, mereka boleh dapat berniaga. Boleh ya Senator? Itu yang saya hendak jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat mengatakan ada subjek baru untuk usahawan-usahawan kita iaitu buluh dan ukiran. Saya melihat buluh dan ukiran ini kalau kita pergi ke Bali, Indonesia dan sebagainya kita tengok memang buluh, kayu ukiran ini menjadi satu business yang cukup baik, dengan izin. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri kalau kita tengok di Malaysia juga kalau kita pergi kedai-kedai perabot, buluh dan ukiran daripada China ini masuk dengan begitu banyak. Buluh itu boleh kata lebih baik daripada buluh yang ada di tempat kita dengan selumbarnya. Selumbar itu pun dia boleh tiru.

4 DN 4.12.2018

Jadi Yang Berhormat, bagaimana kita hendak menyekat buluh-buluh sintetik yang datang daripada negara China ini supaya tidak bersaing dengan kita dan bagaimana kita hendak mempromosikan mereka ini. Adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan supermarket-supermarket besar ini supaya mereka ini adakan satu seksyen untuk barang-barang dalam negeri. Kita tengok tidak ada lagi. Akan tetapi kalau kita pergi ke negeri-negeri China, mereka juga ada seksyen khusus untuk barangan dalam negeri mereka. Jadi Yang Berhormat, apakah Kementerian Pembangunan Usahawan akan bekerjasama dengan kementerian- kementerian lain supaya diwujudkan satu seksyen dalam supermarket besar ini supaya dapat membantu usahawan-usahawan kecil kita dan juga saya minta kalau boleh Yang Berhormat adakan satu sistem supaya mereka ini membayar kepada kita. Saya tahu, saya berpengalaman, saya mempunyai syarikat syampu tetapi kadang-kadang sampai enam bulan tidak dapat bayaran. Macam mana kita hendak survive kalau enam bulan tidak dapat bayaran. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri kah? Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Kita dalam satu kerajaan ini, kita bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian ya. Tuan Yang di-Pertua: Ada Cabinet Committee-lah? Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Ya, ya kita ada, insya-Allah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Memang saya sebut secara khusus tadi perabot dan ukiran kayu, khususnya kayu ya. Kita dimaklumkan di Indonesia bukan di Bali ya, di Jepara, di Jawa Tengah. Memang satu region, satu daerah, satu kabupaten itu, tidak adalah lain businessnya melainkan ukiran. Mereka ada pakar pengukir, ada yang tukang kumpul kayu, ada yang tukang timbang jual kayu. ■1020 Semuanya hidup dalam konteks industri tersebut. Menteri kita pun sudah melawat ke sana atas arahan ataupun permintaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh kerana ini merupakan salah satu bidang yang kita rasa Malaysia sepatutnya kembali ke arah itu kerana kita juga terkenal di Terengganu, misalnya. Ukiran- ukiran ini antara perkara yang hebat di sana dan kita hendak bangunkan semula. Untuk tujuan itu, kita kekurangan pengukir Yang Berhormat. Pengukirnya tidak ada. Jadi, kalau kita hendak bawa daripada Indonesia itu, Indonesia akan kata, ‘Kami pun tidak cukup’. Jadi, kemungkinan kita akan menghantar pengukir kita ke sana untuk menjalani latihan dan balik melaksanakan program tersebut. Buluh khususnya, memang menjadi salah satu sasaran industri usahawan kita yang baharu. Saya rasa tidak ada bahan sintetik boleh melawan buluh yang natural. Jadi, kalau daripada China itu, seperti yang disebutkan tadi adalah buluh-buluh yang direka rupa buluh, sampaikan ‘selembap’- apa? Saya pun tidak berapa faham tentang buluh ini ya... Seorang Ahli: Selumbar. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Selumbar, kalau selumbar saya faham ya. Kalau itu pun mereka boleh tiru memang hebatlah tetapi tidak boleh menyaingi yang asli. Jadi, kita akan pastikan industri ini berkembang dengan berbagai-bagai dorongan dan bantuan serta usaha daripada kementerian. Pemasarannya, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi menjadi satu punca sama ada industri ini akan berjaya ataupun tidak. Kita memang bercadang untuk meningkatkan sampai ke bidang eksport tetapi kalau pasaran dalam negara kita tidak berjalan dengan baik orang hendak ambil di luar negara pun agak payah. Oleh demikian, kita bersetuju atas cadangan Yang Berhormat Senator tadi supaya tempat jualan disediakan dalam negara, terutamanya di pasaraya-pasaraya yang besar. Masalah antara pemasar kita dengan pasar raya ini, saya rasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pasti boleh melihat masalah- masalah ini dan selesaikannya supaya tidak menjadi halangan ataupun rencatan kepada usaha-usaha untuk kita memajukan barangan kita dalam pasaran kita sendiri.

DN 4.12.2018 5

Jadi, rest assured, dengan izin, cadangan-cadangan tadi akan kita terima pakai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Datuk Razali? Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bila sebut pasal buluh ini, saya rasa terpanggil. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jadi soalan saya, apakah langkah kerajaan sama ada jangka pendek atau jangka panjang, untuk membina usahawan tulen dan juga menghapuskan usahawan ali baba? Terima kasih. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator, melentur buluh biar dari rebungnya, kadang-kadang hendak melentur anak kita pun dengan buluh. Saya dahulu berbirat juga belakang kerana buluh ini. Jadi, memang ini satu industri yang mempunyai masa depan yang baik. Saya dimaklumkan di Sabah ada pokok buluh yang sebesar satu pemeluk, pokok buluh. Kita tengok kecil sahaja. Jadi, saya pun belum tengoklah, ini maklumat daripada Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, potensi itu cukup baik dan kita hendakkan memang usahawan yang betul- betul berminat yang dilatih, yang dibimbing, yang dibantu, dalam setiap aspek. Oleh kerana ini bukan industri baharu tetapi diperbaharui sahaja. Jadi, tentulah seolah-olah macam industri baharu yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Dalam Konvensyen Usahawan Bumiputera yang dilaksanakan oleh MEA beberapa ketika dahulu, Perdana Menteri cukup tidak bersetuju kalau ada usahawan-usahawan ali baba ini yang menguasai industri-industri kita. Dia mahukan yang betul-betul anak tempatan yang melaksanakan. Jadi, kita mengambil semangat daripada saranan Perdana Menteri itu untuk memastikan bahawa usahawan-usahawan yang benar-benar berminat terlibat dalam industri ini dan bukan mereka yang menjadi front kepada mana-mana pihak. Insya-Allah benda ini dalam perhatian kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan soalan akhir. Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tengok sekarang ini ramai usahawan-usahawan kita yang macam cendawan tumbuh tetapi ramai juga gulung tikar. Kita bimbang juga pembiayaan yang diberikan oleh TEKUN ini memang banyak yang default payment, dengan izin. Soalan saya, apakah kriteria kementerian ataupun kelayakan seseorang itu untuk layak memohon geran dan juga menyertai latihan-latihan yang diberikan oleh kerajaan? Supaya kita tidak mahu geran kita sediakan berjuta Ringgit tetapi akhirnya kita tidak dapat melahirkan usahawan-usahawan yang benar-benar berjaya untuk pembangunan, khususnya di perusahaan kecil dan sederhana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang isu non-performing financing (NPF) di bawah TEKUN ini cukup berat dengan kadar NPF-nya sampai 40 lebih peratus. Kalau bank biasa itu sudah gulung tikar, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi oleh sebab ini satu agensi kerajaan dan memang ada peranannya, maka TEKUN terus wujud untuk memberikan pinjaman. Pada belanjawan kali ini ia disediakan RM100 juta, jauh lebih rendah daripada RM500 juta tahun sebelumnya. Akan tetapi kita dimaklumkan TEKUN akan menggunakan dana dalaman mereka sebanyak RM250 juta untuk menjadikan ia lebih kurang RM350 juta. Walaupun kecil daripada tahun lepas, dengan cadangan daripada Yang Berhormat Senator tadi supaya kita berhati-hati dalam pemberian dan memilih penerima dengan baik melalui kriteria-kriteria yang jelas, yang telus. Bukan TEKUN ini dijadikan sebagai tempat pemberian pinjaman yang tidak menentu. Pernah dikatakan sebagai ATM kepada pihak tertentu, mohon sahaja RM5,000 pemohon dapat lebih kurang dalam RM3,500, yang lain sangkut di mana-manalah. Jadi, bila hendak meniaganya? Tidak cukup modal, maka bayar pun tidak. Jadi, ada hampir lebih RM500 juta pinjaman tertunggak TEKUN. Ini yang kita hendak cuba perbaiki dengan meletakan kriteria peminjaman tidak lagi political, tidak ada lagi sokongan daripada orang-orang politik untuk setiap peminjam, pinjaman diluluskan di pihak nasional.

6 DN 4.12.2018

Satu kaedah yang telah direka bentuk oleh TEKUN untuk memastikan bayaran balik ialah mengumpulkan peminjam dalam kumpulan-kumpulan lima orang dipanggil Teman TEKUN. Jadi, setiap peminjam akan bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut, seorang tidak bayar, empat lagi kena bayar. Dalam hal ini, mereka akan berfikir panjang sebelum hendak default, dengan izin. Jadi dengan sebab itu, dengan beberapa contoh yang dibuat ini, kadar bayaran balik peminjam Teman TEKUN ini dikatakan sangat cemerlang. Jadi, itu satu kaedah supaya walaupun jumlah wang yang disediakan nanti kurang daripada yang lepas tetapi keberkesanannya lebih baik. Semua peminjam kita pastikan melalui proses, latihan cara mengendalikan kewangan. Jangan semua wang itu dianggap sebagai untung, kos dia tidak kira. Jadi, bila tiba masa hendak bayar balik, tidak mampu. Pinjaman tersebut walaupun dikenakan faedah tetapi saya rasa kalau perniagaan kita maju, tidak akan sangkut bayaran balik. Jadi, kita harap pihak Yang Berhormat Senator sendiri, kita ada cadangan 50,000 usahawan baharu ini macam mana kita hendak dapat, melainkan kita kembali kepada kawasan-kawasan kita memastikan jumlah ini dapat dan kita latih, kita bina, biar mereka menjadi usahawan yang berjaya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cukup Yang Berhormat, minta maaflah Yang Berhormat, lain kali. Silakan Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kaum India Port Dickson ke Dewan Negara ini... [Dewan Tepuk] Mudah-mudahan lawatan ini akan memberikan manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini.

2. Dato' Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Perdana Menteri menyatakan, apakah perancangan untuk mempromosi idea-idea ulama' kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ahmad ar-Raysuniy dan Sheikh Abdullah bin Bayah di masjid- masjid terutamanya dalam kuliah-kuliah supaya pemikiran Islam Rahmatan lil 'alamin dan wasatiyyah dapat diperkasakan dalam masyarakat. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa]: Sebelum saya menjawab Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyediakan pantun pada pagi ini supaya kita segar pagi-pagi ini. ■1030 Di pagi hari jangan terkilan; Soalan dua saya menggalas; Terima kasih atas soalan; Akan dijawab dengan ikhlas.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Cukuplah itu ini bukan berbalas pantun. Terima kasih, hakikatnya itu satu soalan yang saya kira amat relevan dalam kita membawa Malaysia baharu di mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita ada satu gagasan yang kita perkenalkan iaitu gagasan Islam sebagai rahmatan lil’alamin. Islam sebagai rahmatan itu membawa maksud the compassionate Islam yang very inclusive, very progressive dan juga membawa citra kita sebagai rakyat Malaysia. Gagasan rahmatan ini disertai dengan Maqasid Syariah yang merupakan tumpuan yang lebih utama bagi kita mencapai keadilan dan menyediakan infra yang membolehkan syariat itu dilihat sebagai adil, ia menjadi tumpuan kita.

DN 4.12.2018 7

Yang ketiga ialah Model Malaysia. Kita tidak akan melihat modul lain dalam konteks aplikasi melainkan apa yang sesuai di negara kita yang berbilang kaum dan berbilang bangsa. Saya mulakan dengan tiga teras ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat kerana siapa sahaja yang boleh membantu kita kepada tiga teras ini maka kita alu-alukan untuk membantu supaya tiga teras ini iaitu Islam Rahmatan dan juga Maqasid serta Model Malaysia ini dapat dibangunkan. Oleh kerana itu soalan yang diajukan, tiga tokoh Tuan Yang di-Pertua, iaitu Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Ahmad Raysuni yang baru saja dilantik sebagai Pengerusi Ittihad Ulama' Alami, World Council Scholars, dan yang ketiga ialah Syeikh Abdullah bin Bayyah. Tiga- tiga tokoh ini sesuai dengan cara kita membawa idea-idea ini walaupun tidak 100 percent tapi kerana sebahagian besar daripada pemikiran yang ada dalam tokoh-tokoh ini sesuai dengan gagasan ini maka kita alu-alukan pemikiran-pemikiran mereka yang kini sudah sedia ada terjemahan-terjemahan buku-buku mereka ini. Apa yang kita buat untuk menyampaikan tiga teras yang saya sebutkan ini dengan bantuan tokoh-tokoh besar ini, ialah dengan menjadikan kuliah-kuliah penggajian di masjid dan surau di seluruh Malaysia. Ini yang selalu saya sebut kalau ada ustaz-ustaz di tempat tuan-tuan yang mengajar di masjid tetapi tidak membawa kepada ciri-ciri dan citra ini maka ini akan melembapkan usaha-usaha kita sebab saya tahu ada ustaz-ustaz di masjid mengajar tapi ikut selera dia Tuan Yang di-Pertua, sedangkan kerajaan ada ia punya kerangka, acuan yang kita hendak bawa. Saya bagi ingatan kepada ustaz-ustaz ini bahawa mereka boleh bercakap tapi di masjid adalah tempat di mana kita menyampaikan dengan penuh hikmah, tidak ada permusuhan. Tidak ada kebencian-kebencian tetapi masjid adalah satu ruang untuk kita membina sebuah masyarakat berbilang kaum dan bangsa khususnya bagi umat Islam memahami realiti kepelbagaian yang kita hidup di dalam Malaysia yang kita cintai ini. Oleh sebab itu kita ada satu teras yang jelas kalau ada ustaz-ustaz ini kita akan bagi nasihat pada dia dan jika masih lagi menggunakan platform kuliah untuk bukan membawa mesej Islam yang tiga tadi tapi membawa permusuhan maka kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang penuh dengan hikmah. Kedua, khutbah-khutbah. Di JAWI sendiri di bawah Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam dan di JAKIM kita menyediakan teks-teks khutbah yang pergi ke arah itu supaya ia satu platform di mana para pengunjung akan dapat maklumat tentang dasar-dasar baru yang kita perkenalkan ini. Ketiga, kita juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek yang melibatkan imam-imam masjid. Kita tahu bahawa peranan imam bukan sekadar mengimamkan masjid tetapi mereka adalah pemimpin-pemimpin yang berupaya membawa dasar-dasar yang boleh menyatukan dan membina sebuah masyarakat yang harmonis. Keempat, kita menerapkan KPI dalam pengurusan masjid insya-Allah tahun 2019, tahun depan kita akan menerapkan teras tiga tadi Rahmatan lil’alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia dalam KPI pengurusan masjid yang kita namakan konsep rahmah. Kelima, pelaksanaan program yang kita menjemput tokoh-tokoh besar dari luar negara. Paling hampir yang telah sampai ke meja saya ialah permohonan untuk Syeikh Abdullah bin Bayyah hadir ke Malaysia. Saya mengalu-alukan dan cuba untuk facilitated, dengan izin, kehadiran beliau bagi memanfaatkan rakyat Malaysia dan pimpinannya agar memahami apa yang kita maksudkan dengan tiga teras yang besar yang menjadi naratif bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan. Kita sentiasa komited dengan idea-idea yang progresif, idea-idea yang inklusif dan kita akan terus membawa gagasan Rahmatan lil’alamin ini bagi kebaikan bukan saja untuk orang Islam tapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang baik dan saya hendak tambah satu cadangan kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua.

8 DN 4.12.2018

Oleh kerana nama Syeikh Abdullah bin Bayyah tadi telah disebut yang telah memberikan komitmen untuk berada di tanah air, saya hendak mencadangkan supaya Syeikh Abdullah bin Bayyah dan juga Syeikh Raysuni mungkin Syeikh Al-Qaradhawi walaupun beliau sedikit uzur untuk mengadakan sidang meja bulat dengan para mufti, Ketua-ketua Hakim Syarie, Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh negara kerana isu-isu Islam yang kita lihat dalam sosial media terlampau banyak dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat awam. Maka yang demikian secara khusus kelompok yang terpilih ini hendaklah dimanfaatkan waktu keberadaan Syeikh Abdullah bin Bayyah itu untuk mengadakan satu sidang meja bulat yang serius bagi membincangkan isu-isu termasuklah dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan ke ‘Malaysiaan’, Islam yang bercitra ‘keMalaysiaan’ supaya masyarakat dapat menerima khususnya tentang hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Sekian, terima kasih. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Soalan yang... Tuan Yang di-Pertua: Ini bukan soalan... Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa: Komen-komen atau pandangan yang diajukan oleh Yang Berhormat tadi memang termasuk dalam program kita apabila ada tokoh-tokoh besar seperti ini datang ia bukan sekadar bagi ceramah tetapi juga kita pastikan ada pihak-pihak yang berkepentingan seperti para mufti, begitu juga Ahli Kabinet Muslim and non Muslim agar mereka juga mendapat faedah daripada round table discussion ini. Begitu juga dengan tokoh-tokoh agama yang lain, kita akan buat satu round table yang lebih fokus untuk membawa mesej ini dan boleh soal jawab bagi mereka jelas bahawa tiga teras yang kita bawa ini adalah sebenarnya membawa kebaikan untuk negara kita. Sudah tentu saya terima itu dengan hati yang terbuka untuk dijadikan sebahagian daripada program yang akan kita rancang. Terima kasih. Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah kita tengok di negara kita sekarang ini peranan masjid itu tidak begitu serius dalam usaha membangun masyarakat dan juga membina peribadi Muslim, rumah tangga Islam dan masyarakat Islam dan juga negara Islam. Saya rasa sudah sampai masanya pihak kerajaan menjadikan masjid sebagai universiti terbuka umat Islam dengan mengkurikulum kan khutbah jumaat dan juga pengajian-pengajian masjid itu mesti ada kokurikulumnya tersendiri supaya ia lebih berkesan dan dapat dinilai dari semasa ke semasa. ■1040 Kehadiran ke solat Jumaat merupakan kehadiran yang wajib, tidak seperti kuliah Maghrib dan lain-lainnya. Akan tetapi kita lihat khutbah Jumaat sebagai media yang terbiar, yang tidak dibina dan disediakan bank dengan baik, daripada segi sukatannya ataupun sebagainya. Umat Islam pun tidak dibina dengan baik melalui khutbah-khutbah dan pengajian-pengajian masjid, illahma rahimahullah kecuali orang yang dirahmati oleh Allah. Apa pandangan Yang Berhormat. Kalau kita jadikan institusi masjid ini sebagai universiti terbuka umat Islam dan dikurikulumkan dan pengajian- pengajiannya itu supaya ia dapat memberi kesan yang lebih daripada apa yang berlaku sekarang ini? Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri, untuk di kurikulumkan khutbah. Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih. Jadi, menunjukkan keprihatinan tajuk ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, masjid hari ini, pada tahun 2019 apabila kita memulakan pelan strategik dan pelaksanaannya, kita jadikan institusi masjid sebagai salah satu kluster. Kita ada 12 kluster. Antara 12 itu ialah, satunya ialah masjid sebagai teras strategik.

DN 4.12.2018 9

Sudah tentu apa yang diajukan oleh Yang Berhormat tadi termasuk di dalam teras strategik. Antara lain ialah melahirkan masjid sebagai tempat yang bukan sekadar memberi ilmu, tetapi dia menjadi satu tempat yang mengembalikan kepada masyarakat sekeliling itu dengan kebaikan-kebaikan yang ada, termasuk di dalamnya ialah konsep universiti terbuka. Untuk melakukan demikian Yang Berhormat, pastinya kita memerlukan kurikulum. Oleh sebab itu saya ada sedikit masalah di sini Yang Berhormat ialah apabila kita bercakap tentang masjid Tuan Yang di-Pertua, ia adalah kuasa negeri. Kita ada masalah antara state dengan Federal. Kalau Kelantanlah contoh, sebab Yang Berhormat daripada Kelantan. Saya tidak boleh sangat campur tangan untuk suruh buat begini, buat begitu, sebab Kelantan ada dia punya cara tersendiri. Akan tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita boleh menyelaraskan. Dengan teras yang saya sebut ada 12 kluster yang akan menjadi teras strategik 2019, kita akan cuba untuk meyakinkan bahawa salah satu teras itu adalah masjid, bagaimana kita boleh membina masjid seperti yang dihasratkan. Kedua, saya juga ada masalah apabila masjid-masjid ini menjadi platform untuk membawa dendangan-dendangan politik. This is my problem Tuan Yang di-Pertua. A mosque, dengan izin, should be apolitical. Masjid mesti bebas daripada politik, yang hadir di masjid itu ada pengikut ini, yang masjid ini hadir di masjid ada pengikut ini. Kalau imam- imam dan khatib serta tenaga pengkuliah menjadikan masjid sebagai platform, dendangan-dendangan politik, inilah masalahnya. Ia tidak membina ke arah yang dihasratkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu membina masyarakat yang berkurikulum, membina- hatta tajuk-tajuk Islam itu mesti ada kurikulum dia, apa yang kita hendak sampaikan. Akan tetapi kalau masjid-masjid dijadikan platform yang subur untuk menyampaikan perkara-perkara yang kadang- kadang lebih banyak fitnah daripada kenyataan, ini sudah tentulah sukar untuk kita mencapai hasrat yang diinginkan itu. Jadi dengan harapan kita supaya masjid itu bebas dan betul-betul memainkan peranan... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Seperti yng kita baca itu, sesungguhnya orang yang memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman dengan beriman dengan Allah, hari akhirat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat... [Menyebut sepotong Ayat Al-Quran] Mereka tidak takut melainkan Allah, maka... [Menyebut sepotong ayat Al- Quran] Maka orang-orang yang inilah yang akan diberi petunjuk. Akan tetapi kalau masjid dijadikan platform untuk menyerang pihak-pihak tertentu di atas mimbar dan membawa perkara-perkara fitnah, ada para imam kadang- kadang lebih daripada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Para pengkuliah ini lebih daripada Yang Berhormat Menteri, dia tahu lebih daripada kita. Kadang-kadang dasar yang dia sebut itu tidak ada kena mengena dengan dia pun dan tidak betul pun. Akan tetapi apakan daya, ada yang atas mimbar ajak orang hadir dalam himpunan ICERD ini contohnya. This is political. Tidak boleh kita jadikan masjid sebagai satu tempat untuk kita bawa idea-idea politik yang lebih kepada kepartian, bukan politik dalam maksud dasar dan sebagainya. Oleh sebab itulah hasrat Yang Berhormat khususnya daripada Kelantan saya sambut dengan hati yang gembira agar sama-sama kita bina platform masjid ini sebagai satu center of excellency, dan juga sebagai satu institusi universiti terbuka. Sekian, terima kasih. Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan politik kepartian tadi. Bila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa jangan bawa laras politik di dalam masjid, adakah ini satu percubaan untuk memisahkan agama dengan politik dan di penghujung penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut tentang politik kepartian. Apakah beza sebenarnya politik kepartian yang ada di dalam negara kita ini telah boleh dijatuhkan hukuman sebagai tidak Islamic antara mana-mana parti yang mungkin dituduh sebagai tidak cukup Islam dan mungkin juga terkeluar daripada akidah Islamnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini sudah keluar sikitlah. Akan tetapi secara ringkas. Ini nanti akan jadi politik.

10 DN 4.12.2018

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Ya lah, Tuan Yang di-Pertua, dia bagi bola tanggung dekat saya Tuan Yang di-Pertua. Jadi- saya sampai kehilangan pantun, habis, saya tidak ada modal sudah. Apa yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat, bila saya kata masjid perlu bebas daripada politik, khususnya kepartian ialah menjadikan masjid sebagai platform untuk menyampaikan hasrat-hasrat politik kepartian. Ini yang saya kata tadi, adanya the danger, dengan izin, untuk being decisive iaitu memecahkan masjid yang sifatnya apolitical. Masjid sifatnya itu bebas daripada politik, itu satu maksud saya. Dia bukan membawa satu fahaman dengan kenyataan itu seolah-olah politik dengan Islam ini tidak boleh disatukan. Oleh sebab bagi saya Islam itu beyond politics. Islam is beyond, any religion is beyond what ever we think, dengan izin. Setiap agama itu menjangkau apa yang kita faham daripada kepartian, mungkin sebab faith, ialah tentang satu kepercayaan. Oleh itu kita tidak boleh samakan politik dengan agama sekali itu seolah-olah macam agama itu sama level dengan politik. Akan tetapi politik sebahagian daripada tuntutan agama seperti menegakkan keadilan, itu adalah tuntutan agama... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Jangan kamu kerana dia bukan kalangan kamu, kamu mengharamkan keadilan kepadanya, berlaku adillah, sesungguhnya ia hampir kepada takwa. So justice in religion is beyond of justice of what we understood in politics, dengan izin, Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya kata tadi, tidak ada satu kontradiksi bila saya kata, masjid perlu bebas daripada politik, dengan- politik dengan agama, tidak boleh kita kata sama. Oleh sebab agama itu jauh lebih penting dan lebih besar maknanya dan semua kegiatan politik bernaung di bawah apa prinsip-prinsip yang kita perjuangkan dalam agama. Contohnya, dalam agama kita, kita melarang untuk membenci antara satu sama lain, dengan kata lain, perkauman. Kalau orang kata, adakah dalam Islam ini anti perkauman. Ada, tetapi dalam bahasa Al-Quran iaitu kami jadikan kamu berbagai kaum, berbagai bangsa dan keturunan, litaarafu, supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Bukan supaya kamu jadi lebih tinggi daripada yang lain. Itu adalah politik. Akan tetapi dalam bahasa dan larasnya yang apolitical. Itu maksud saya Tuan Yang di-Pertua dan saya boleh ceramah panjang lagi seperti dalam sebuah universiti. Akan tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, itu sahaja yang saya dapat kongsi bahawa Islam menjangkau daripada apa yang kita faham, di bawah kepartian ataupun sekadar hanya politik. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Haji Abidullah bin Salleh. ■1050 3. Datuk Haji Abidullah bin Salleh minta Menteri Luar Negeri menyatakan, usaha-usaha ke arah mengembalikan Malaysia sebagai 'harimau Asia' di pentas dunia dan memainkan peranan penting menyuarakan ketidakadilan oleh kuasa-kuasa besar dunia serta konflik kemanusiaan yang tidak berkesudahan seperti isu pelarian Rohingya dan Palestin. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, persoalan mengenai usaha-usaha mengembalikan Malaysia sebagai ‘harimau Asia’ telah banyak kali dibangkitkan di pelbagai forum. Oleh kerana itu merupakan matlamat serta cabaran yang jelas dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara semasa. Ia bukanlah satu retorik politik semata-mata. Ia merupakan satu iltizam yang jelas di pihak Kerajaan Pakatan Harapan yang ingin memacu semula ekonomi Malaysia ke landasan yang sebenar dengan menggemblengkan segala potensi yang ada.

DN 4.12.2018 11

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengetuai pelbagai usaha baik di peringkat dalam negeri mahupun di pentas antarabangsa untuk mempromosikan Malaysia sebagai satu pusat kegiatan ekonomi yang menguntungkan. Beliau sentiasa dibantu oleh barisan Menteri yang berdedikasi yang sama-sama menyokong aspirasi serta agenda besar untuk memakmurkan ekonomi Malaysia. Mutakhir ini, kita dapat melihat bagaimana usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh, Christine Lagarde yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif International Monetary Funds (IMF) sendiri telah berminat untuk mendengar penerangan secara terus daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang pengalaman Malaysia di dalam memulihkan ekonomi negara sewaktu kedua-duanya bertemu di Singapura baru-baru ini. Begitu juga dengan Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan yang turut berminat untuk mendapatkan penjelasan langsung daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai hal yang sama sewaktu lawatan beliau ke Malaysia pada 21 dan 22 November 2018 yang lalu. Mungkin contoh ketiga yang dapat dikemukakan dalam sesi bertemu pelabur tempatan di forum anjuran Malaysia-Japan Economic Association sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkunjung ke Tokyo pada awal November yang lalu, di mana para pelabur Jepun telah berminat untuk mendengar secara langsung inisiatif yang sedang dijalankan oleh kerajaan serta peluang pelaburan yang boleh diterokai oleh mereka. Kesemua ini merupakan manifestasi yang jelas dipihak kerajaan yang ingin memulihkan ekonomi negara dan memacukan semula untuk menjadi Harimau Asia seperti suatu waktu dahulu. Di pihak Kementerian Luar Negeri pula, kita semestinya menyokong usaha yang sedang dan telah dilaksanakan melalui sumber-sumber sedia dengan memanfaatkan 106 buah pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di seluruh dunia. Kesemua pejabat perwakilan diplomatik yang dirujuk itu berupaya memainkan peranan untuk menyokong ekonomik diplomasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, sewaktu China-ASEAN Expo ke-15 baru-baru ini, Consulate General Malaysia di Nanning telah memainkan peranannya yang tersendiri bersama- sama dengan agensi peneraju seperti MATRADE. Lebih 1,000 pengusaha IKS dari Malaysia telah mengambil bahagian di dalam expo selama empat hari itu. Kolaborasi yang dijelmakan itu adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menagih setiap kementerian serta agensi kerajaan untuk bekerjasama secara bersepadu di dalam menjayakan sesuatu inisiatif. Soalan cabang yang kedua kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abidullah adalah mengenai peranan Malaysia di dalam menyuarakan ketidakadilan oleh kuasa-kuasa besar serta konflik kemanusiaan di Myanmar dan Palestin. Jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya terkandung jelas di dalam ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 28 September 2018. Secara sepintas lalunya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan dengan lantang kelemahan yang dapat disaksikan di dalam order dunia ketika ini, termasuklah pembaharuan yang perlu dilakukan di pejabat PBB. Terutamanya mengenai penggunaan kuasa veto oleh Majlis Keselamatan PBB yang telah lapuk. Malaysia telah mencadangkan agar penggunaan kuasa veto dikawal berdasarkan formula tertentu bagi mentransformasikan PBB supaya lebih telus. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyentuh isu kemanusiaan dan peperangan yang berlanjutan di wilayah Rakhine dan Palestin serta menempelak sikap talam dua muka oleh kuasa-kuasa besar di dalam menangani isu yang berlaku di kedua-dua tempat tersebut. Begitu juga sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Singapura baru-baru ini, beliau telah sekali lagi menempek Kerajaan Myanmar secara jelas kerana cuba mempertahankan isu masyarakat Rohingya yang jelas tidak boleh dipertahankan. Selaku sebuah negara yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat, kedaulatan undang-undang serta akauntabiliti, Malaysia menyokong sepenuhnya sebarang langkah untuk membawa penjenayah-penjenayah yang telah menyalahi prinsip-prinsip keadilan antarabangsa ke muka pengadilan. Mengenai isu soal keselamatan di perairan Laut China Selatan.

12 DN 4.12.2018

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyarankan agar perairan di rantau ini dijadikan satu wilayah keamanan, persahabatan dan perdagangan, seterusnya diangkat sebagai satu doktrin baru untuk rantau ini. Saranan tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu peringatan yang jelas dan ditujukan kepada dua kuasa besar dunia ketika ini iaitu Amerika Syarikat dan China yang kelihatan berlumba-lumba untuk meluaskan pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara. Jadi, itu jawapan saya pagi ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat. Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat lama saya ini, Dato' Haji Marzuki ini. Tahniah menjadi Timbalan Menteri sekarang. Jadi, soalan tambahan tadi, penjelasan panjang lebar, masuk, pusing satu dunia. Okey, soalan tambahan saya, kalau boleh, jawab. Kalau tidak ada, soalan bertulis boleh, kerana ini number- masalah numbering... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat tanyalah. Nanti dia akan jawab. Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Soalan tambahan. Berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang telah disalurkan kepada kem-kem pelarian Rohingya yang telah ditindas setakat hari ini? Soalan kedua, apakah pelan jangka masa panjang pihak kerajaan bagi memastikan mereka yang ditindas mendapat pembelaan? Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat ini secara bertulislah Yang Berhormat. Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Senator. Saya hendak menjawab sedikitlah, saya rasa tidak perlu juga kita menulis kalau mungkin jawapan saya boleh... Tuan Yang di-Pertua: Diterima... Dato' Haji Marzuki bin Yahya: ...Diterima. Setakat hari ini, kita kena sedia maklum Rohingya ini adalah satu perkara kemanusiaan yang mana banyak negara yang juga menyalurkan bantuan, termasuk perubatan, makanan. Akan tetapi bagi status Malaysia, kita dengan jelas bahawa kita memainkan peranan yang cukup besar di Cox's Bazaar iaitu sebuah penempatan pelarian yang mana Malaysia juga telah membina sebuah hospital. Di mana kita telah membelanjakan hampir RM1 juta kalau tidak salah saya, setiap bulan perbelanjaan ini yang mana untuk menampung kos perubatan. Dalam masa yang sama juga, Mercy Malaysia memainkan peranan yang cukup besar di Rakhine yang mana itu adalah satu-satunya daripada mercy yang dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan Rakhine. Maka, itulah sedikit sebanyak sumbangan yang Malaysia telah lakukan dan banyak lagi NGO-NGO yang telah memainkan peranan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Senator boleh faham sebab jumlahnya very specific untuk saya hendak bagikan. Ini pun dia tidak sebut fasal harga, ia sebut apa yang kita sudah bagi. Jadi tadi Yang Berhormat tanya, bab soalan jumlah harga. Jadi saya rasa itulah sedikit sebanyak yang dapat saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih. ■1100 4. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan, mengenai perlaksanaan pendidikan inklusif kepada pelajar-pelajar OKU terutama sekali dari aspek pembelajaran bersama- shared learning. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia mengamalkan prinsip pendemokrasian pendidikan dan pendidikan untuk semua atau education for all yang melibatkan murid sekolah dan peringkat pendidikan tinggi. KPM akan meneruskan penambahbaikan pelaksanaan Zero Reject Policy bagi memastikan semua murid berkeperluan khas (MBK) ataupun disebutkan oleh Yang Berhormat Senator sebagai OKU tadi mendapat pendidikan.

DN 4.12.2018 13

Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan. Pelaksanaan Zero Reject Policy itu akan berkuat kuasa pada tahun 2019 ke tahun-tahun akan datang. Kita berharap dengan polisi ini dikuatkuasakan bahawa tiada lagi pelajar-pelajar berkeperluan khas atau MBK akan ditolak daripada mengikuti pelajaran mereka di sekolah arus perdana. KPM melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) secara holistik dengan penglibatan semua pihak pada peringkat sekolah hingga ke peringkat komuniti. Dalam pelaksanaan PPI, guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran akan bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PDP) menggunakan kaedah seperti co-teacing, team teaching dan collaborative teaching dan lain-lain strategi yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid dengan merujuk kepada panduan pelaksanaan pedagogi inklusif. PDP secara bersama-sama ini boleh dilaksanakan melalui sokongan kepada murid berkeperluan khas mengikut keperluan individu murid bagi membantu mereka mencapai potensi yang optimum. Kita bila sebut tentang murid berkeperluan khas, sering kali kita melihat kepada kelemahan mereka ataupun kekurangan tanpa kita melihat kepada kelebihan yang sebenarnya wujud pada diri mereka jikalau diberikan peluang. Izinkan saya memetik kata-kata Debra Ruh sebagai founder kepada TechAccess iaitu syarikat infotech di Amerika yang bertujuan mencipta alat-alat teknologi membantu golongan berkelainan upaya ini. Beliau mengatakan, “The only disability is when people cannot see human potential”, dengan izin, yang bermaksud satu-satunya kekurangan bukanlah pada orang yang berkeperluan khas ataupun berkelainan upaya tetapi satu-satunya kekurangan ialah apabila manusia tidak boleh melihat potensi pada setiap manusia yang lain. Kita tahu bahawa murid-murid berkeperluan khas dan manusia berkeperluan khas yang lain, mereka mempunyai banyak kelebihan dan jikalau diberikan peluang, kadang-kadang mereka akan lebih daripada mereka yang berkeadaan normal. Bagi sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru arus perdana akan dibantu oleh guru pendamping untuk menjalankan PDP dalam bilik darjah. Selain daripada itu, rakan inklusif turut dipilih untuk membantu MBK belajar dan perkongsian pembelajaran berlaku dari semasa ke semasa. Cuma kadang-kadang stigma di kalangan anak-anak kita, di kalangan komuniti yang masih rasa janggal untuk bergaul dan ini sering kita titipkan kepada para guru untuk mereka menanamkan di dalam jiwa anak-anak supaya bersikap terbuka. Menerima dan melihat semua orang adalah sama dan melihat bahawa kita satu sama lain saling memerlukan. Bagi sekolah yang tiada PPKI pula, guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas inklusif diberikan pendedahan dalam mengendalikan murid berkeperluan khas oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), jurulatih utama pusat, jurulatih utama negeri atau guru pendidikan khas di sekolah berhampiran. KPM akan meneruskan latihan kepada guru prasekolah bagi memastikan mereka dilengkapkan kemahiran pengesanan perkembangan awal kanak-kanak atau early screening. Ini amat-amat diperlukan supaya di peringkat awal lagi guru-guru dapat memastikan jikalau adanya anak-anak murid yang memerlukan keperluan-keperluan khas terutamanya mereka yang datang daripada golongan sukar untuk belajar, dengan izin, learning disabilities. Kita tidak mahu bila sudah masuk ke sekolah di peringkat ke atas, baru dikenal pasti masalah mereka. Kalau boleh dari awal lagi dikenal pasti dan itu sedang berlaku dan akan dilakukan secara intensif bermula tahun hadapan. Perkara-perkara ini akan dibuat pemantapan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas yang sedang digubal oleh Kementerian Pendidikan yang mana ia merangka tindakan intervensi komprehensif bagi golongan murid berkeperluan khas di dalam bidang pendidikan. Kita berharap bahawa pelan ini akan memberi masa depan dan harapan yang baru kepada murid-murid berkeperluan khas dan juga kepada ibu bapa mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, International Islamic University (UIA) telah melancarkan Disability Inclusion Policy pada 15 November 2018 yang lalu yang mana Kementerian Pendidikan telah melihat ia sebagai satu contoh polisi yang patut ditiru dan diamalkan di universiti-universiti awam yang lain dan begitu juga di universiti- universiti swasta. Sekarang ini proses libat urus dengan semua pihak universiti untuk mereka menerima polisi seumpamanya dan dilaksanakan di semua universiti kita. 14 DN 4.12.2018

Harapan kita menjelang tahun-tahun ke hadapan, universiti-universiti kita sama ada universiti-universiti awam ataupun universiti-universiti swasta akan menjadi lebih mesra kepada golongan berkeperluan khas atau golongan berkelainan upaya. Satu hadiah Kerajaan Pakatan Harapan bagi masyarakat berkeperluan khas. Di samping itu juga, lima universiti awam telah mempunyai unit khas OKU masing-masing iaitu UIA, UTM, USM, UUM dan juga UM. Langkah ini juga akan diteruskan oleh universiti awam yang lain. Di samping itu, KPM telah meluluskan kertas cadangan daripada pihak Universiti Malaya bagi membangunkan sistem penarafan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan accessibility berdasarkan indikator holistik yang dinamakan sebagai MyU-OKU ke arah mewujudkan persekitaran inklusif OKU seterusnya pelaksanaan penarafan persekitaran inklusif OKU di semua universiti awam. Sistem penarafan ini akan dilaksanakan pada awal tahun 2019 juga. Selain itu, KPM juga turut membuka laluan khas kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk menyambung pengajian di universiti awam yang mana melalui laluan khas ini, mereka akan diberikan ruang untuk mudah masuk ke universiti awam walau bagaimanapun keadaan mereka tertakluk dengan pelajar-pelajar OKU tersebut memohon program berkenaan dan memenuhi syarat kemasukan. Sungguhpun demikian, mereka mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ingat jawapan Yang Berhormat Menteri itu sudah panjang lebar dan terperinci. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya nak tambah sikit bagi manusiawi sahaja. Terperinci dan demokratik. Saya nak bagi manusiawi sikit sahaja. Bolehkah? Tuan Yang di-Pertua: Boleh, silakan. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas satu gagasan yang sangat baik. Saya ucapkan tahniah. Cuma saya nak tanya, di dalam rangka pelan pendidikan untuk kelompok yang istimewa ini, anak-anak syurga ini. Soalan saya, ada ataupun tidak perancangan untuk meminda ataupun mencadangkan. Perundangan-perundangan yang khusus contohnya seperti di Amerika itu adanya Ideas. Ideas ini penting untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri. Dia bukan sahaja memberi framework tetapi juga memberi ruang untuk aspek-aspek pelaksanaan, penguatkuasaan dan sebagainya. Jadi sekiranya ia boleh dipertimbangkan untuk perancangan pelan tadi seperti yang dinyatakan, saya juga mencadangkan selain daripada aspek perundangan tersebut kerana dia ada IEP, saya juga mencadangkan sebab anak-anak istimewa ini untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, mahal. Kadang- kadang dia ada masalah perubatan, dia ada masalah pendidikan, kadang-kadang masalah kebajikan. Saya ingin mencadangkan juga kepada Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan juga dengan izin, impact fund for disable untuk memastikan access to education. Kalau kita bina framework tetapi tidak pastikan akses sebab dana mahal, jadi mungkin Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan. Itu sahaja penjelasan sekiranya boleh membantu. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Itu cadangan, Yang Berhormat Menteri. Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Berkaitan dengan cadangan tersebut, kami mengambil cakna dan saya akan meminta Bahagian Pendidikan Khas untuk berhubung dengan Yang Berhormat Senator Tuan Yusmadi daripada semasa ke semasa untuk mendapatkan info dan bukan sahaja daripada Yang Berhormat Senator Tuan Yusmadi. Buat pengetahuan Dewan yang mulia, Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan semua pemegang taruh atau, dengan izin, stakeholders daripada kalangan NGO, individu, ahli akademik daripada semasa ke semasa untuk membuat penambahbaikan.

DN 4.12.2018 15

■1110 Adapun berkaitan dengan perundangan, ya kami akan melihat beberapa keperluan ke arah tersebut. Akan tetapi ianya perlu dibincangkan bersama dengan beberapa kementerian yang terbabit, antaranya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan. Antaranya juga- bila berkaitan dengan dana dan sebagainya, dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, kita sentiasa terbuka untuk semua cadangan dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, hendak buat cadangan ini biar dalam perbahasan. Dalam masa soal jawab lisan ini soalan. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad bin Mustafa.

5. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa minta Menteri Kesihatan menyatakan, secara terperinci pelaksanaan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) yang melibatkan golongan B40 berumur 50 tahun ke atas. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk golongan bawah 40, ataupun bottom 40 (B40) adalah satu nama untuk Skim Peduli Sihat peringkat Nasional seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Keempat belas yang lalu. Namun ia telah di transformasi dengan penambahbaikan konsep dan fasal-fasal atau pendekatannya. Skim ini dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat kumpulan B40 seperti yang saya sebutkan bagi merealisasikan agenda kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah. PEKA B40 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan di mana untuk Belanjawan 2019 sebanyak RM100 juta telah pun diperuntukkan sebagai permulaan pelaksanaan yang akan berlanjutan secara berfasa untuk merangkumi semua rakyat dalam kelompok segmen B40 seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019. Untuk peringkat permulaan, skim ini akan dinikmati oleh kumpulan B40 yang berumur 50 tahun dan ke atas dalam projek perintis yang dilancarkan pada tahun 2019 awal tahun ini. Yang pentingnya dalam perangkaan skim ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator, ialah falsafah dan konsepnya itu berteraskan dan bersendikan pencegahan- prevention, dengan izin, dengan menekankan kepentingan, persoalan saringan- screening, dengan izin, dengan juga langkah-langkah yang selainnya. Skim ini dilatari oleh pola peningkatan antara lainnya kekerapan NCD- prevalence NCD’s, yang tinggi bagi kumpulan B40, juga yang disaring ataupun yang dikenal pasti adalah kesihatan mental. Ketiga, akibat daripada rawatan kanser yang tidak disusuli oleh pesakit. Lalu skim ini diberikan insentif untuk mereka melanjutkan rawatan mereka. Keempat, bantuan alat perubatan dan ketiga bagi membolehkan mereka mengikuti dan menyusuli rawatan mereka. Dalam erti kata diberikan belanjawan untuk pengangkutan mereka kerana ada yang tergendala tidak boleh menyusuli rawatan kerana tidak punyai keupayaan untuk mendapat pengangkutan ataupun membiayai kos pengangkutan. Fokus utama manfaat skim ini Tuan Yang di-Pertua, PEKA B40 ini adalah saringan seperti mana yang saya telah sebutkan. Saringan untuk mengenal pasti dan sekali gus pencegahan penyakit tidak berjangkit, dengan izin, non-communicable diseases (NCD’s) termasuklah diabetes, kencing manis, darah tinggi, hyperlipidemia, lemak dan juga kolesterol dan juga sekali gus kami telah memasukkan saringan kesihatan mental dan juga kanser yang dapat dikesan melalui physical examination seperti payudara dan kanser prostat untuk lelaki. Di samping saringan kesihatan telah saya sebutkan, kita berikan bantuan kesihatan, bantuan tambang pengangkutan untuk mendapat rawatan di hospital Kementerian Kesihatan dan insentif melengkapkan rawatan kanser.

16 DN 4.12.2018

PEKA B40 ini akan dilaksanakan seluruhnya oleh Kementerian Kesihatan dan fasiliti-fasiliti kesihatan kami bersekali dengan juga penglibatan General Practitioner (GP) di pihak swasta yang akan melibatkan klinik-klinik swasta kerana sekali gus akan dapat decongest, dengan izin, mengurangkan kesesakan klinik dan juga hospital kami. Tuan Yang di-Pertua, itu sebagai permulaan kerana yang pentingnya hari ini penekanan dan konsep dan falsafah pencegahan adalah sangat penting kerana ia adalah sangat munasabah dari sudut mengurangkan kos curative care, dengan izin. Ini kerana andainya kalau kita telah mencegah lebih awal seperti mana yang ditekankan oleh Ketua Pengarah, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr. Tedros, tiga strategi yang mereka gunakan hari ini untuk menangani NCD’s yang kian meningkat adalah pertama prevention, kedua prevention, dan ketiga prevention, dengan izin- pencegahan, pencegahan dan pencegahan. Jadi sebab itu kita dapati negara seperti hari ini saya difahamkan negara seperti Singapura, melakukan saringan ke atas seluruh warganya. Hari ini pengumuman yang terakhir, Singapura adalah negara yang paling sihat daripada 149 negara yang dinilai baru-baru ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan persoalan saringan adalah sangat penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah kenapa kerajaan mengehadkan PEKA ini kepada golongan B40 sahaja sedangkan penyakit tidak mengira usia. Kalau boleh usianya itu diberi sedikit kelonggaran. Sekian, terima kasih. Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly bin Ahmad: Ya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya sangat memahami akan kepentingan untuk bukan sahaja mengehadkan kepada golongan B40 kerana yang dilakukan sedemikian adalah hanya kerana persoalan kewangan, kekurangan dana. Kita adalah sebuah negara yang sebenarnya mengurus kewangan atau health financing, dengan izin, melalui seluruhnya daripada apa yang dikatakan Wang Yang Disatukan. It is from our tax, it is a tax-based health financing system di negara ini. Lalu segala-galanya adalah ditanggung oleh kerajaan. Justeru kerana itu, konsep yang dibawa dalam ekonomi adalah konsep kos melepas. Maksudnya semuanya penting. Akan tetapi yang mana yang lebih dipentingkan kerana golongan yang tidak berpendapatan rendah ini. Ia konsep opportunity cost. Apabila ada perkara ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ mahu digunakan dengan RM100 juta itu, golongan manakah yang perlu kami buat penentuan. Lalu kita mengambil sikap khususnya kerana ia adalah skim pembiayaan seluruhnya dengan tidak ada aspek insurans, premium dan sebagainya. Lalu penekanan itu adalah melindungi golongan bawah 40 ini, Tuan Yang di-Pertua kerana merekalah yang selayaknya diberikan pengutamaan. Namun kalau kita punya dana, memang mungkin saja, bahkan dapat kita rentas semua segmen Yang Berhormat Senator. Akan tetapi itulah sekadar yang kita mampu RM100 juta untuk permulaan. Insya-Allah akan dapat kita pertingkatkan dalam sesi akan datang. Kita mengharapkan sedikit bantuan lebih untuk kami dapat saring seramai- dengan RM100 juta itu kita akan dapat saring 273,313 orang. Dengan RM300 juta, kita akan dapat saring lebih kurang 800 ribu penerima. Lalu segala-galanya ditentukan oleh dana. Terima kasih Yang Berhormat Senator dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Kepada golongan yang tidak berkeupayaan. Ini Menteri ada datang, tidak ada soalan tambahan lagi? Tadi bangun Yang Berhormat, ya silakan. Yang Berhormat kena bangun. Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun ada kemukakan soalan yang berkaitan dengan insurans ini. ■1120 Akan tetapi tidak tersenarai dalam list soalan hari ini. Oleh sebab itu saya minta izin bercakap sedikit pagi ini. Apa yang saya hendak tanya ialah apa beza insurans ini yang saya difahamkan ditanggung oleh kerajaan untuk kumpulan B40 ini? Adakah kumpulan B40 ini perlu membayar premium untuk insurans ini?

DN 4.12.2018 17

Kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk menginsuranskan rakyat yang lain atau health insurance financing? Kalau ada hasrat begitu, bilakah itu dilaksanakan? Sekian, terima kasih. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin soalan ini sudah pun berlegar buat beberapa lama dalam mutakhir ini. Persoalan penting adalah apakah kita akan beredar daripada apa yang saya sebutkan tadi sebagai pembiayaan melalui cukai ataupun tax-based health financing kepada satu yang lebih bersifat insurans. Sama ada bentuknya social health insurance (SHI), dengan izin, ataupun apa juga pendekatan model insurans yang lain? Ini sebenarnya dalam pemerhatian kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sedikit waktu lagi setelah kita laksanakan perkara B40 ini, saya yakin dalam tahun depan ini kita akan mulakan perbincangan yang akan pastinya kita gemblengkan seluruh pemegang taruh- stakeholders, dan ramai lagi pihak-pihak lain. Pastinya Kementerian Kewangan, Bank Negara dan agensi yang lain. Oleh kerana persoalan ini adalah persoalan yang besar. Dalam erti kata pembiayaan insurans untuk sekeruh rakyat rentas semua, bukan sahaja B40. Oleh kerana B40 ini sudah diurus dengan skim ini. Akan tetapi yang ditanyakan adalah sama ada golongan M40 dan top 20 juga ia akan diletak di dalam satu kerangka insurans skim yang belum lagi kita dapat lihat apakah modelity ataupun model dan pendekatan mekanisme itu. Ya Yang Berhormat Senator, ia adalah satu yang kami sedang perhatikan. Ia memakan sedikit waktu untuk kita rumuskan secara lebih konkrit dan muktamad. Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Tuan Ismail bin Yusop.

6. Tuan Ismail bin Yusop minta Perdana Menteri menyatakan, apakah komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan pendidikan pilihan raya seawal umur 13 tahun memandangkan ada cadangan untuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop di atas soalan nombor 6. Maaf, saya tidak ada pantun untuk hendak balas. Tuan Yang di-Pertua, soalan beliau ada berkaitan dengan apakah komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan pendidikan pilihan raya seawal umur 13 tahun? Memandangkan ada cadangan untuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, tentang komitmen untuk kerajaan menurunkan tahap umur kepada 16 tahun. Itu memang satu persetujuan, telah pun di persetujui dan akan dilaksanakan, insya-Allah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, di negara ASEAN ini hanya dua buah negara lagi yang belum lagi turunkan ke 18 tahun iaitu Malaysia dan Singapura, negara ASEAN lain semua sudah turun ke 18 tahun. Jadi, kerajaan memang komitedlah. Tentang isu pendidikan ini, Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Senator. Memang sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Senator lah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu komitedlah memastikan sebarang perubahan polisi dalam negara kita ini mesti bermula daripada pendidikan di peringkat sekolah lagi. Ini beliau sendiri yang tegaskan dalam banyak pertemuan-pertemuan di luar dan juga dalam Parlimen ini iaitu segala polisi yang kita hendak buat mesti ada pendidikan dan pendidikan itu mesti bermula pada peringkat sekolah lagi. Itu memang komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya boleh bagi jaminan itulah.

18 DN 4.12.2018

Dalam konteks pendidikan pilihan raya ini, SPR telah pun di amanahkan untuk menjalankan peranan untuk mendidik rakyat. Untuk tujuan itu, SPR telah pun menubuhkan Akademi Pilihan Raya (APR). APR juga telah memperkenalkan Program Pendidikan Pengundi, di mana ia merupakan program yang memberikan pendedahan awal, kefahaman terhadap proses sebenar mengenai pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, di samping menjawab isu-isu berkaitan pilihan raya. Program ini telah dilaksanakan pada tahun 2017 dan diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya. Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, bahawa isu generasi awal ini agak tidak peka terhadap hak mengundi ini ia adalah satu isu yang boleh dikatakan universal. Di Australia, saya hendak beritahu sebagai contoh, Yang Berhormat Senator. Walaupun mereka mewajibkan undi, compulsory voting tetapi di sana pun mereka bergelut dengan masalah yang sama. Dalam salah satu artikel yang saya baca, lebih kurang 400 ribu pengundi muda ini walaupun mereka layak tetapi tidak mendaftar dalam daftar pemilih yang menyebabkan mereka tidak dapat mengundi. Jadi, ini masalah yang memang di hadapi oleh semua negara yang hendak merendahkan. Ia berpunca daripada antaranya ialah kurangnya pendidikan di peringkat sekolah. Jadi, pada tahun 2017 dengan persetujuan dan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Pendidikan Pengundi telah pun memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi yang meliputi universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, dan institut pendidikan guru (IPG). Selain itu, APR juga menjalankan kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Hasilnya sebanyak 102 Program Pendidikan Pengundi telah pun diadakan dengan penyertaan 31,355 orang pelajar yang berumur antara 18-26 tahun. Berdasarkan daripada pencapaian dan maklum balas positif yang diterima daripada penganjuran Program Pendidikan Pengundi di institut pengajian tinggi pada tahun 2017, SPR juga telah mencadangkan untuk meluaskan program ini kepada pelajar- pelajar sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, sebagai projek perintis untuk Program Pendidikan Pengundi di peringkat sekolah menengah, SPR telah bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2018 bagi menganjurkan Program Pendidikan Pengundi di semua Maktab Rendah Mara (MRSM). Sehingga 15 Oktober 2018, APR telah berjaya menganjurkan Program Pendidikan Pengundi di 23 buah MRSM yang melibatkan pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun dengan jumlah penyertaan seramai 3,873 orang pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, yang memberikan taklimat ini kebanyakan pelajar universiti. Mereka ditrained oleh SPR dan mereka pergi ke universiti. Oleh sebab kalau kita hantar orang-orang tua ini budak-budak tidak suka. Ini realiti. So Yang Berhormat Senator, kalau hendak mohon beri penerangan pun boleh tetapi Yang Berhormat Senator kena pastikan jadi orang muda sedikitlah. Selaras dengan SPR untuk mendekati lebih ramai golongan muda, termasuk pelajar- pelajar sekolah, SPR telah memperkenalkan Program APR Associate Trainer (AAT). Melalui program tersebut, SPR telah melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih yang mampu bersama-sama dengan APR bagi menyampaikan maklumat tentang proses pilihan raya di Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat umum di negara. Setakat ini, APR mempunyai seramai 633 orang AAT dari universiti awam seluruh negara yang telah menjalani proses saringan yang dijalankan oleh pihak APR. ■1150 Daripada jumlah tersebut seramai 218 orang AAT telah mengikuti latihan intensif oleh APR pada bulan Ogos 2018 dan diberikan peluang untuk menyampaikan taklimat pendidikan mengundi pelajar MRSM. Tuan Yang di-Pertua, agak panjang lagi saya rasa saya akan bagi jawapan bertulis nanti... Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih, panjang sangat. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri sudah cakap, Yang Berhormat tua...

DN 4.12.2018 19

Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Ismail bin Yusop: Sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya membangkitkan soalan nombor enam ini kerana sebagaimana yang kita semua maklum Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, mengundi ini adalah hak setiap rakyat yang layak dan ia suatu yang termaktub dalam Perlembagaan, is a constitutional right- hak kewarganegaraan. Sudah tentu yang kita hendak ialah mereka yang keluar mengundi ini benar-benar memahami dan menghayati hak dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas untuk memilih kerajaan. Sebagaimana yang disebut tadi umpamanya di Australia, kita lihat sampai 400 ribu tidak keluar mengundi dan kita menurunkan had umur ke 18 tahun, ia akan menimbulkan masalah yang sama juga. Jadi soalan tambahan saya ialah sama ada SPR, ada tidak membuat sebarang kajian berkenaan dengan pandangan ataupun persepsi masyarakat di bawah berkaitan dengan menurunkan had umur ke 18 tahun ini? Itu tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tentang 18 tahun ini kerajaan melalui Kabinet telah memberikan tugas ini kepada Kementerian Belia dan Sukan. Mereka bekerjasama dengan SPR dan ada jawatankuasa dan ini memang telah dilakukan, mereka telah membuat kajian dan sebagainya. Jadi yang itu, Yang Berhormat Senator tidak perlu risau sebab memang kita buat kajian. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan hari ini dan juga kerajaan yang sebelum ini pun apabila mereka hendak membuat satu benda memang mereka akan membuat kajian. Jadi saya harap Yang Berhormat Senator tidak perlu risau tentang itu. Saya rasa kita tidak akan berpatah ke belakang lagi, kita akan terus pergi ke depan daripada 18 tahun ini sebab kita rasa sudah sampai masanya kita melibatkan seberapa ramai rakyat yang boleh untuk memastikan mereka terlibat dalam memilih kerajaan sebab untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan ini mesti ada legitimacy. Kita tidak mahu nanti kerajaan hanya dikuasai oleh orang-orang yang “orang- orang tua” sahaja yang mewakili mereka sedangkan rakyat juga mesti harus terlibat dalam memilih. Oleh sebab itu kita mengharapkan supaya pelajar-pelajar ini diberikan pendidikan supaya mereka tahu tentang hak ini dan apabila mereka memilih, mereka juga boleh terlibat dalam apa yang dipanggil participatory democracy. Jadi, saya harap Yang Berhormat Senator tidak perlu risau tentang adakah berusia 18 tahun ini ada masalah, jangan risau, itu serahkan kepada kami dan kami akan buat yang terbaik, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Masa sudah habis untuk Jawab Lisan tetapi saya tengok Menteri daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada bersama kita. Soalan terakhirlah. Silakan Yang Berhormat Senator

7. Datuk Rabiyah binti Ali minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, langkah-langkah yang dirancang bagi menambah jumlah taska-taska milik kerajaan di seluruh negara agar bebanan kos jagaan anak-anak kumpulan B40 ini ditangani dengan lebih menyeluruh dan meliputi semua kumpulan masyarakat sama ada yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Hannah Yeoh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab secara ringkas kerana masa sudah habis. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar tentang keperluan perkhidmatan taska dan sentiasa bersedia untuk membantu golongan B40 dengan menyediakan beberapa inisiatif kepada rakyat sama ada golongan yang menubuhkan taska atau golongan yang memerlukan perkhidmatan taska.

20 DN 4.12.2018

Jadi jumlah taska yang kita ada sekarang ini adalah 4,402 yang merangkumi taska institusi, taska kerajaan, taska swasta, taska komuniti dan taska di rumah. Jumlah besar 4,402. Akan tetapi yang berdaftar ini kita anggarkan kita hanya mempunyai 10 peratus daripada jumlah taska yang di luar. Saya pernah menjawab di Dewan ini bahawa kita mempunyai masalah dengan pendaftaran kerana ada ramai yang berusaha untuk mendapatkan kelulusan tetapi tersangkut di peringkat PBT kerana tidak dapat mendapat kelulusan jiran kerana selalunya jiran akan membuat aduan kerana kanak-kanak bising, masalah tempat letak kereta di luar rumah apabila mereka datang untuk pick up anak. Jadi kita sedang menggalakkan lebih banyak pendaftaran, kita mempunyai program Jom Daftar semua itu yang kita turun padang untuk membantu pengusaha- pengusaha taska. Akan tetapi bagi menjawab soalan spesifik bagi langkah-langkah yang sedang dirancang untuk membantu mereka yang kita lihat adalah untuk menubuhkan lebih banyak lagi taska di tempat kerja untuk menjadikan ia selamat untuk ibu bapa menghantar anak ke taska yang terletak berhampiran dengan tempat kerja, di mana mereka boleh memantau anak tersebut dan boleh meluangkan masa semasa waktu tengah hari ataupun kalau ada masa lebihan selepas kerja, mereka boleh pantau. Jadi dalam bajet untuk tahun depan, kementerian ini telah diberikan tanggungjawab menguruskan peruntukan RM10 juta yang masih sekarang dibahaskan di dalam Dewan Rakyat dan jika lulus, RM10 juta ini akan digunakan untuk membina 50 buah taska yang baru di bangunan kerajaan bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja sektor awam. Mekanisme permohonan ini masih sedang diselaraskan di peringkat kementerian dan fokus kita pada tahun depan adalah untuk menggalakkan agensi kerajaan dahulu untuk menyediakan taska di tempat kerja. Selepas kita berjaya menubuhkan taska di tempat kerja di agensi kerajaan baru kita mempunyai autoriti untuk keluar beritahu sektor swasta bagaimana mereka harus mencontohi kita. Akan tetapi kalau kerajaan gagal untuk melaksanakan ini di agensi kerajaan, kita akan ditertawakan oleh pihak di luar sana. Jadi fokus kita tahun depan, kita akan menggalakkan lebih banyak dan RM10 juta ini kita anggarkan satu taska akan mendapat lebih kurang RM200 ribu untuk penubuhan dan agensi-agensi kerajaan sebenarnya sudah datang berurusan dengan kementerian kita untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagaimana untuk menubuhkan taska ini. Kita juga telah menjalankan satu program pemutihan sekarang bermula di Putrajaya di mana anggota penguat kuasa telah turun ke setiap jalan untuk cek rumah- rumah dan apartmen di Putrajaya untuk kita lihat sendiri berapa ramai yang belum berdaftar, berapa yang berdaftar dan apakah masalah mereka supaya kita boleh bantu dahulu yang di Putrajaya. Selepas kita ada sampling ini, kita boleh memperluaskan di seluruh Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Rabiyah binti Ali: Soalan tambahan saya. Kebanyakan taska di bandar dan juga di desa ini yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha swasta atau NGO boleh tidak dikategorikan sebagai taska yang bukan bertaraf komersial. Akan tetapi oleh sebab rata-rata yurannya rendah antara RM170 dan RM200, yuran dikutip ini tidak mampulah kadang-kadang untuk hendak membayar pembantu. Lagi pula ketetapan gaji minimum mereka adalah RM1,050. Apabila dikatakan tadi bajet itu telah diperuntukkan untuk tambahan adalah RM10 juta meliputi swasta terutama ditumpukan kepada kerajaan. Soalan saya, bagaimana kerajaan membantu taska-taska tersebut yang diusahakan secara kecil- kecilan ini untuk mendapatkan peralatan di taska, gaji dan pembantu taska dan pengusaha ini dibantu untuk utilities dan juga bantuan makanan kanak-kanak agar pembesaran kanak-kanak ini tidak terencat. Kekangan dalam operasi taska swasta dapat diatasi demi kebaikan anak-anak kecil di negara kita. Sekian, terima kasih. Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya jelaskan yang kita ada data sekarang adalah lebih kurang 10 peratus daripada jumlah di luar. Kita sentiasa berhubung dengan persatuan pengasuh berdaftar dan ECCE Council atau Early Child Care and Education Council, dan membincangkan bagaimana kita boleh menyelaraskan pendaftaran untuk yang menjaga atau mengawal selia pengasuh yang menjaga kurang daripada tiga orang kanak-kanak di rumah.

DN 4.12.2018 21

Buat masa sekarang, pendaftaran kalau mereka menjaga lebih daripada empat orang kanak-kanak hingga sembilan orang kanak-kanak, itu adalah taska di rumah dan memerlukan pendaftaran. Kalau melebihi sembilan orang, 10 anak pula di bawah taska institusi. Kalau di tempat kerja kerajaan, mereka dikecualikan di agensi kerajaan. Akan tetapi untuk swasta, mereka juga perlu mendapatkan pendaftaran bersama JKM untuk kita mengawal selia mereka. Apa yang kita lihat sekarang, yang kita sedang mula berbincang dengan syarikat-syarikat utiliti untuk tengok bagaimana, kalau mereka datang berdaftar dengan JKM mungkin JKM boleh membantu mereka mengurangkan bil electricity ataupun bil air dan kita sedang dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk membantu. Kita juga melalui mesyuarat berkala bersama kerajaan negeri dan Exco wanita negeri, kita juga mendorong ataupun kita menggalakkan kerajaan negeri untuk memberi insentif untuk menggalakkan pendaftaran melalui sama ada pengecualian cukai taksiran ataupun cukai tanah. Kalau semua boleh collectively, memberikan insentif untuk menggalakkan pendaftaran, saya percaya golongan kanak-kanak akan berada dalam satu environment yang lebih sihat lagi dan selamat. ■1140 Jadi baru-baru ini kerajaan negeri Sarawak juga telah mengumumkan bahawa taska berdaftar dengan JKM, mereka akan turunkan geran RM5 ribu. Ini satu usaha yang kita galakkan kerana duit ini akan pulang kepada semua taska berdaftar. Saya juga baca dalam surat khabar dan RM5 ribu geran itu boleh digunakan untuk penyediaan makanan yang lebih berkhasiat. Akan tetapi memang kita memang sedang review dengan taska-taska yang lain seperti Taska Perpaduan, Jabatan Perpaduan untuk tengok bajet yang disediakan untuk setiap kanak-kanak ini harus memadai. Saya difahamkan ada bajet setiap orang masih kekal RM2 satu sarapan ataupun satu lunch meal-lah. Jadi memang tidak cukup dan saya galakkan semua pihak untuk bekerjasama. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018 – 2020)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018; dan

22 DN 4.12.2018

bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [3 Disember 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.

11.41 pagi Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kesebelas. KSP Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan satu dokumen Pelan Pembangunan Negara yang sangat baik untuk memakmurkan negara dan masyarakat. Tindakan pelan jangka panjang ini mesti dilaksanakan tanpa kita menoleh ke belakang. Walaupun kita sedia maklum bahawa negara kita memiliki hutang yang banyak. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kita sedia maklum bahawa negara kita memiliki hutang yang banyak iaitu lebih daripada RM1 trilion, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan janji-janji di dalam manifesto atau lebih dikenali sebagai Buku Harapan. Kita sedia maklum banyak manifesto, janji-janji dalam manifesto yang telah dilaksanakan seperti memansuhkan GST. Rancangan Malaysia Kesebelas sehingga tahun 2020 berbaki dua tahun sahaja lagi untuk dilaksanakan. Ia merangkumi enam tonggak utama, satu jangka masa yang mencabar di mana rakyat mahu melihat adakah kerajaan boleh memenuhi enam tonggak tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kakitangan kerajaan harus diberi pemahaman dan pengetahuan berkenaan tugas dan tanggungjawab yang diberikan terutamanya kakitangan sokongan kerana kita dapat banyak aduan dan rintihan rakyat berkenaan beberapa kakitangan awam yang tidak mesra pelanggan dan, dengan izin, not knowlegdeable. Kadang-kadang kalau kita pergi ke JPJ sebagai contoh atau Jabatan Imigresen, kaunter-kaunter ini banyak tetapi banyak yang kosong, tidak ada teller. Jadi ini memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan yang baru dan ini menyebabkan kita dapat aduan yang banyak daripada rakyat. Untuk mereformasikan tadbir urus yang cekap dan amanah, gejala rasuah juga di kalangan kakitangan awam wajib diperangi habis-habisan dan pihak kerajaan mesti mengurangkan juga birokrasi di kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan. Ini bagi memudahkan urusan yang dilakukan oleh rakyat. Apabila birokrasi ini terlalu banyak, Tuan Yang di-Pertua, rakyat kadang-kadang merasa fed up, dengan izin, untuk berurusan. Kadang-kadang mereka menghantar aduan ataupun permohonan kepada jabatan-jabatan kerajaan tetapi banyak aduan-aduan dan juga permohonan mereka tidak dibalas oleh agensi-agensi kerajaan dan juga pihak kementerian. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah SOP yang diberikan di setiap kementerian ini untuk membalas surat-surat yang dihantar oleh rakyat berkenaan dengan apa-apa aduan. Selain itu, saya juga- adakah pihak Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk merombak beberapa jabatan yang sebelum ini peratusan rasuah yang paling tinggi iaitu Jabatan Imigresen di mana dengan rombakan beberapa jawatan-jawatan di dalam Jabatan Imigresen ini, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar rasuah dan juga beberapa isu di dalam Jabatan Imigresen.

DN 4.12.2018 23

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mesti bekerjasama di dalam hal-hal yang berkaitan isu rakyat khususnya berkenaan dengan isu tanah dan juga dengan Jabatan Perhilitan dan juga Jabatan Perhutanan. Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Perhutanan dan juga Jabatan Perhilitan ini bukan semua dikuasai atau dijaga oleh Federal iaitu daripada Persekutuan tetapi banyak juga jabatan tersebut yang dikuasai oleh kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, apabila kurangnya kerjasama di antara jabatan-jabatan ini, khususnya berkenaan dengan isu tanah di peringkat negeri, kita berharap supaya kerajaan pusat dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya isu-isu yang melibatkan tanah orang Asli boleh diselesaikan. Ini kerana banyak penempatan orang Asli yang tidak diwartakan ataupun digazet. Saya mencadangkan pihak pusat dan kerajaan negeri mesti mencari formula untuk menyelesaikan isu ini. Ini kerana banyak terdapat tanah-tanah orang Asli yang sukar untuk diwartakan kerana tidak ada kerjasama di antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia pada masa sekarang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan hal ehwal tanah ini diurus oleh pentadbir tanah negeri dan ini mengundang pencerobohan tanah- tanah adat orang Asli. ■1150 Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat, pada tahun lepas kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk Program Pembangunan Orang Asli. Akan tetapi pendapatan isi rumah Orang Asli masih tidak menunjukkan peningkatan yang positif. Di mana kuasa beli mereka semakin menurun dengan peningkatan harga barang dan jauh sekali untuk membuat tabungan. Tuan Yang di-Pertua, reformasi agenda pemerkasaan bumiputera harus diberi perhatian dan perlu melibatkan masyarakat Orang Asli. Kita tidak mahu dan kita tidak ingin melihat hanya bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak saja. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli di luar bandar ini? Walaupun kita tahu banyak inisiatif kerajaan iaitu pada tahun 2018 iaitu tahun ini, sebanyak RM110 juta untuk pembangunan. Mereka telah menyalurkan bantuan perniagaan tanaman semula komersial iaitu tanaman getah dan juga kelapa sawit yang dikendalikan oleh FELDA dan juga RISDA. Akan tetapi pendapatan purata masyarakat Orang Asli di luar bandar ini sekitar RM300 ke RM400 sahaja sebulan dan kadang-kadang lebih rendah daripada RM300, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, khususnya Jabatan Perdana Menteri. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelenggarakan atau mengelolakan pengurusan tanah-tanah komersial yang diusahakan oleh FELCRA dan RISDA ini benar- benar boleh melepaskan kadar kemiskinan tegar dan miskin masyarakat Orang Asli ini? Oleh sebab kita tengok dasar itu baik tetapi impaknya, kesannya kepada Orang Asli itu tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun langkah kerajaan untuk mengurangkan jurang golongan miskin dan kaya tidak melihat komposisi kaum, ia sangat bertepatan dan amat berkesan sekiranya dilaksanakan secara jujur dan ikhlas. Saya yakin yang akhirnya akan dirasai oleh masyarakat Orang Asli yang berada di dalam kelompok miskin tegar dan miskin ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum untuk memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan sempurna, setiap orang itu sangat penting. Akan tetapi masyarakat Orang Asli tidak boleh, tidak mampu untuk memiliki rumah yang selesa untuk berteduh. Orang Asli juga tidak boleh memohon itu Rumah Mesra Rakyat yang ditawarkan oleh kerajaan. Ini kerana tanah-tanah Orang Asli ini mereka tidak mempunyai geran rumah. Mereka tinggal di atas tanah-tanah adat dan setengah itu telah diwartakan dan ada juga penempatan-penempatan Orang Asli ini yang tidak diwartakan. Maka itu, apabila tanah ini tidak bergeran, mereka tidak boleh memohon Rumah Mesra Rakyat ini. Walaupun kita sedia maklum ada juga Orang Asli yang mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut sekiranya diberikan. Bayaran rumah mampu milik ini bergantung kepada jenis rumah tersebut dan ada yang bayaran bulanan sekitar RM150, RM200 dan RM300 tapi malangnya Orang Asli tidak boleh memohon.

24 DN 4.12.2018

Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mereka melihat perkara ini dengan lebih mendalam lagi. Orang Asli tidak boleh bergantung terhadap bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebab jumlah Orang Asli semakin meningkat tetapi kos untuk memberi rumah PPRT ini tinggi dan Orang Asli semakin meningkat. Maka itu, saya cadangkan Orang Asli diberi pelepasan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat ini. Di mana kerajaan mungkin boleh menjadi sebagai penjamin dengan memasukkan beberapa syarat-syarat tertentu di dalam perjanjian antara pembeli dan juga pemaju. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kerajaan akan dapat menggunakan segala peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan dan kemajuan Orang Asli secara optimum dengan mengurangkan kadar ketirisan dan kebocoran iaitu rasuah di dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini agar besar tetapi saya belum tengok dan belum nampak kesannya dari segi pembangunan Orang Asli, khususnya pembangunan dari segi ekonomi, pendidikan masyarakat Orang Asli. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan sesuatu projek pembangunan di perkampungan Orang Asli ini digunakan sepenuhnya dengan mengambil kira objektif asal sesuatu pembangunan tersebut? Adakah tercapai ataupun tidak? Tuan Yang di-Pertua, bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, kegiatan ekonomi harus di bawa ke desa dan kampung. Kita tidak boleh bertumpu di bandar-bandar ataupun di semi urban, dengan izin. Syarikat-syarikat swasta ataupun GLC kerajaan ini sepatutnya boleh dibuka di luar bandar untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda, khususnya di bandar- bandar kecil dan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar seperti di Selangor, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pusat-pusat latihan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli, sebagai contoh ada satu pusat dulu dipanggil Pusat GIATMARA di Damansara Damai. Sekarang dipanggil Pusat Latihan Damansara Damai iaitu yang beroperasi tahun 2004, yang menyediakan kursus-kursus automotif dan sebagainya. ■1200 Ramai juga graduan-graduan, pelajar-pelajar yang tamat daripada pusat latihan ini tetapi saya tengok ramai yang graduate tetapi akhirnya apabila mereka balik ke kampung masing-masing, mereka tidak mampu untuk membuka perniagaan sendiri ataupun bekerja di tempat-tempat yang bersesuaian dengan kursus yang mereka ambil. Jadi saya tengok di sini, mereka lebih hanya menamatkan pengajian sahaja tetapi tidak ada engagement dengan beberapa syarikat swasta ataupun kerajaan apabila mereka menamatkan pelajaran di pusat latihan tersebut. Pihak kerajaan seharusnya mesti mencari ataupun menawarkan kursus-kursus yang melahirkan tenaga kerja yang dikehendaki oleh pasaran kerja pada masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada 16 dan 17 November yang lepas, seorang pelapor daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Mr. Leo Heller telah melawat ke Gua Musang. Beliau berpendapat bahawa masyarakat Orang Asli tidak mendapat bekalan air bersih untuk digunakan seharian. Ini secara langsung mempengaruhi aspek kesihatan masyarakat Orang Asli. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah Kementerian Luar Bandar untuk mempercepatkan ataupun menyelesaikan masalah air di Gua Musang ini. Saya juga mendapat aduan dari mereka mengenai masalah bekalan air bersih di Kuala Betis, Gua Musang ini. Mereka ada hantar WhatsApp kepada saya, ada menelefon saya. Penduduk di Kuala Betis, Gua Musang ini sekitar 3,000 hingga 4,000 orang tetapi mereka tidak ada air yang bersih. Mereka menggunakan sungai. Sungai pun tercemar. Baru-baru ini, pada 1 November ada pergi ke Kuala Betis. Tengok sungainya memang sangat kotor. Macam teh tarik pekat. Jadi bagi saya, bekalan air bersih ini adalah satu keperluan dan adalah salah satu hak asasi manusia. Kanak-kanak berhak untuk mendapat bekalan air yang bersih untuk diminum. Ia terkandung di dalam United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) dengan izin iaitu artikel 24(2)(c) yang mana Malaysia sendiri telah meratifikasikan konvensyen ini. Maka itu, saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melihat isu air khususnya penduduk Orang Asli Temiar di Gua Musang ini diambil serius kerana kebergantungan air bersih ini pada masa sekarang adalah melalui sungai sahaja.

DN 4.12.2018 25

Tuan Yang di-Pertua, setiap orang ingin menikmati persekitaran yang hijau. Sebagai negara yang terletak di Garisan Khatulistiwa, Malaysia sebenarnya sangat kaya dengan keindahan dan keunikan alam semula jadi. Kawasan tadahan air sangat penting untuk kitaran alam semula jadi tetapi malangnya seperti yang saya sebutkan tadi, saya pergi ke Gua Musang, air Sungai Nenggiri di Kuala Betis ini sangat tercemar, ia berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal. Kalau kita tengok air Sungai Nenggiri ini walaupun di pedalaman, di kawasan hutan, banyak hutan, di kawasan bukit tetapi saya tengok air Sungai Gombak dan juga air Sungai Klang lebih jernih daripada Air Sungai Nenggiri ini. Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar harus menjadi keutamaan kerajaan. Pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana bukan hanya diberikan kepada individu-individu atau syarikat-syarikat tertentu yang berkepentingan sahaja tetapi perlu diberi keutamaan kepada individu-individu atau syarikat yang benar-benar serius dalam memperkasakan ekonomi setempat. Sebelum ini, kita tahu banyak juga program seperti yang kita dengar daripada Kementerian Pembangunan Usahawan tadi yang dilahirkan oleh kerajaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana di kawasan desa tetapi banyak yang gulung tikar. Maka itu ramai sekarang ini di desa-desa, di kampung, di kawasan FELDA yang berhijrah ke bandar, lebih-lebih lagi sekarang ini harga komoditi seperti kelapa sawit dan juga getah sangat rendah. Ini memberi kesan yang tidak baik di antara kawasan bandar dan juga luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan ekonomi luar bandar, PKS ini tidak tertumpu kepada sektor pembuatan sahaja tetapi dia mesti melibatkan sektor pertanian yang boleh dikembangkan dan dibuat secara komersial. Seperti baru-baru ini telah diadakan MAHA 2018 yang dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia tetapi manfaatnya kepada golongan petani dan pekebun kecil di desa saya belum nampak. Maka itu saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah perancangan pihak kementerian untuk menjadikan pertanian ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada warga desa dan kampung. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya percaya kerajaan boleh melaksanakan enam tonggak utama yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada pagi semalam dengan kerjasama semua pihak iaitu pihak kerajaan dan juga rakyat. Masalah dan isu rakyat ini kita tidak boleh menyerahkan kepada kaum itu sahaja. Contohnya isu Orang Asli, Orang Asli sahaja nak selesaikan. Isu Melayu, orang Melayu sahaja nak selesaikan. Begitu juga dengan Cina dan India tetapi kita harus melihat isu rakyat itu, permasalahan itu adalah wajib kita bantu bersama. Akhir sekali, saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018 di dalam Dewan Rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ■1210 Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, dan saya nampak Yang Berhormat benar-benar buat homework, ceritakan apakah kehendak Orang Asli kita ya. Terima kasih dan tahniah. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen.

12.10 tgh. Dato’ Ong Chong Swen: Salam sejahtera dan salam negara-ku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas RMKe-11 review ataupun ulasan Rancangan Malaysia Kesebelas Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal RMKe-11 secara keseluruhannya adalah baik. Kebanyakan sasaran telah dicapai, malah ada yang prestasi lebih baik dari sasaran. Namun perhatian perlu diberikan kepada pembangunan dan kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak termasuk golongan warga emas. Antara perkara yang disebut dalam kajian RMKe-11 itu sendiri adalah:

26 DN 4.12.2018

(i) Indeks Kesejahteraan Keluarga 2016 yang mengukur dan melaporkan tahap kesejahteraan keluarga mencatat skor sederhana iaitu 7.33 daripada 10; (ii) akses yang kurang kepada fasiliti dan kemudahan asas di kawasan perumahan, isu berkaitan persekitaran kediaman dan impak negatif teknologi komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan; (iii) malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak iaitu kurang berat badan atau berat badan berlebihan dan obesiti masih menjadi kebimbangan; (iv) kadar pertumbuhan tahunan bagi penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja meningkat secara perlahan ke arah mencapai sasaran 59 peratus; (v) kurang komitmen dan sumber dalam kalangan majikan bagi menyediakan persekitaran pekerjaan yang baik terutama sistem aturan kerja fleksibel dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak; (vi) pelbagai insentif sokongan sosial telah dilaksanakan melalui pusat aktiviti warga emas serta program, dengan izin, Beautiful Life for Senior dan khidmat bantu di rumah dalam menggalakkan gaya hidup berdikari, produktif dan bermakna dalam kalangan warga emas. Walau bagaimanapun insentif tersebut masih belum memadai dalam memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada populasi yang semakin menua; dan (vii) penyertaan OKU dalam pasaran tenaga kerja masih rendah dengan anggaran 4,000 pekerja sahaja dalam sektor awam dan swasta. Hal ini disebabkan oleh ketidakmampuan majikan untuk menyediakan persekitaran yang mesra OKU di tempat kerja dan persepsi negatif oleh majikan terhadap kemampuan OKU untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Di samping itu, terdapat juga OKU yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan. Setakat memberi peruntukan di bawah bajet tidak memadai bagi menyelesaikan semua masalah ini. Polisi dan intervensi perlu dilaksanakan untuk memperkasakan golongan wanita, warga emas, OKU dan kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan wanita perlu diutamakan. Mengendap atau stalking patut dijadikan satu kesalahan di bawah undang-undang. Pada masa sekarang, stalking sekiranya dilaporkan, tiada tindakan boleh dibuat kerana tiada peruntukan dalam mana-mana akta. NGO wanita telah menyeru kepada kerajaan untuk mengambil perkara ini dengan serius. Kajian mereka mendapati bahawa ramai wanita di hendap hingga ke tempat kerja oleh lelaki seperti bekas suami dan sebagainya. Mangsa- mangsa ini dibunuh atau dicederakan selepas banyak kali di hendap. Kesalahan stalking kerap dikaitkan dengan keganasan rumah tangga dan jenayah lain termasuk pembunuhan. Contoh kes yang berlaku pada tahun lepas, 2017 di mana seorang lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya di sebuah firma guaman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Sebelum itu lelaki tersebut telah mengganggu bekas isterinya di tempat kerja sejak bercerai. Mangsa terpaksa menukar tempat kerjanya dan pernah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya. Namun begitu, undang-undang negara kita setakat ini tidak dapat menangani isu stalking sebelum keadaan tersebut menjadi teruk. Mereka yang menakutkan, stalking dalam konteks ini adalah jenis orang yang boleh memberi ancaman kepada mangsa seperti golongan wanita yang selalu kerja di luar dan masanya, malam sampai pagi seperti juruaudit, wartawan dan lain-lain. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, kehidupan mangsa akan terjejas. Walaupun mangsa tidak dicederakan secara fizikal, pengalaman tersebut boleh meninggalkan kesan emosi dan mental yang mendalam. Maka saya menyeru kepada kerajaan untuk menggubal undang-undang yang khususnya untuk menangani masalah stalking ini.

DN 4.12.2018 27

Tuan Yang di-Pertua, pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak adalah satu isu yang penting. Pada zaman ini, kebanyakan ibu dan bapa bekerja, jadi masa mereka amat terhad. Keinginan untuk mengambil shortcut bagi memberi makanan kepada kanak-kanak, amatlah tinggi. Juga ramai ibu dan bapa cenderung membeli makanan yang tidak begitu nutrisi kerana kos sara hidup tinggi. ■1220 Zaman ini juga berbeza, dahulu kanak-kanak boleh keluar bermain, sekarang ramai yang takut kerana bermacam-macam-macam masalah dan bahaya. Bermakna, kurang secara fizikal. Lama-lama selalu duduk dalam rumah main internet. Kerajaan pernah melaksanakan kempen makan sihat di sekolah dan sebagainya. Saya bercadang pada masa ini kerajaan melancarkan kempen makan sihat melalui media sosial dengan menghasilkan video masakan yang sihat dan mudah disiapkan. Video masakan menarik di platform media sosial amat popular sekarang. Kerajaan juga perlu menyediakan lebih tempat selamat untuk kanak-kanak dan remaja bermain di luar secara fizikal. Kemudahan untuk golongan ibu perlu diadakan. Masalah yang dihadapi golongan ibu adalah kos penjagaan swasta tinggi serta kekurangan kemudahan penjagaan kanak-kanak dekat tempat kerja. Persekitaran yang selamat dan tertutup untuk ibu menyusu juga, contohnya bilik laktasi tidak disediakan di semua bangunan pejabat. Ini menjadi halangan kepada golongan ibu untuk terus bekerja. Sepatutnya bangunan yang baharu wajib memiliki kemudahan untuk semua golongan orang, tidak kira ibu atau bapa, OKU dan warga emas. Ini patut dijadikan satu kehendak atau, dengan izin, requirement apabila membuat perancangan untuk bangunan-bangunan. Kerajaan juga perlu memberi insentif dan mencari penyelesaian supaya para ibu tidak perlu bergantung kepada kerja di pejabat semata-mata. Pada zaman moden ini, kita boleh kerja di mana-mana dengan kemudahan internet. Kita tidak harus mengehadkan para ibu kepada bekerja seperti bidang perniagaan makanan, jahitan sahaja. Ini kerana ramai wanita sekarang mempunyai pencapaian pendidikan tinggi atau mungkin juga mempunyai cita-cita yang berbeza dari bidang yang sebelum ini dikaitkan dengan golongan wanita. Sekarang juga wujud internet apps, di mana individu boleh mendapat pendapatan. Contohnya, memberi tuisyen dengan internet, dengan izin, editing work sama ada bentuk tulisan atau bidang seni, dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, golongan OKU menghadapi banyak halangan. Kita ada jalan dan kaki lima di kebanyakan tempat tidak boleh diakses oleh golongan OKU. Jalan yang tidak seragam dan pelbagai masalah menjadi halangan kepada mereka yang bergantung kepada kerusi roda serta, dengan izin, tactile indicator untuk golongan rabun atau buta. Maka, mereka hanya terhad kepada pejabat atau tempat kerja yang mereka boleh sampai dengan selamat. Untuk orang yang bukan OKU juga ada kalanya susah berjalan kaki kerana keadaan kurang memuaskan di beberapa tempat. Lubang, sampah, halangan seperti pokok, tiang lampu, kedai atau gerai di kaki lima dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah satu kajian menyeluruh untuk review segala jalan dan kaki lima di bandar dan memperbetulkan semua masalah. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih mendalam serta membuat pindaan perintah atau menggubal undang-undang baharu yang berkaitan dengan isu-isu yang disebut tadi supaya kehidupan golongan-golongan ini lebih terjamin. Saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong ulasan Rancangan Malaysia Ke-11, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen, itu ucapan yang baik dan berisi. Terima kasih. Sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang.

28 DN 4.12.2018

12.27 tgh. Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih, selamat tengah hari dan salam damai sejahtera kepada semua dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Dewan yang mulia ini kelmarin. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dan penuh yakin usul Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini beri harapan besar kepada rakyat Sabah. Terutamanya dalam merancakkan pembangunan luar bandar, apatah lagi pelan terakhir untuk merealisasikan Wawasan 2020. Saya mulakan perbahasan saya ini dengan menyambut baik enam tonggak untuk mempergiat daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Saya melihat keenam-enam tonggak ini sebagai satu usaha untuk memastikan pembangunan ekonomi negara dilihat secara holistik dan menyeluruh. Saya menyambut baik tonggak pertama iaitu Mereformasi Tadbir Urus Ke Arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam. Oleh kerana ini penting untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi pentadbiran negara yang sebelum ini dinodai dengan pelbagai skandal yang telah membawa kepada masalah kewangan yang menghantui negara kita pada masa ini. Reformasi tadbir urus juga penting untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam operasi kerajaan untuk memenuhi harapan rakyat yang agak tinggi. Saya juga menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan semula Akta Parlimen 1963 kerana ia boleh memastikan Parlimen lebih bebas dan mempunyai autonomi dan melaksanakan tugas-tugasnya dalam proses penggubalan undang- undang di negara kita. Saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang diambil untuk memastikan proses reformasi ini dijalankan secara inklusif, melibatkan semua pihak khasnya perwakilan daripada Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam penubuhan Persekutuan Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, saya juga gembira kerana kerajaan melalui pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas menyatakan tonggak kedua iaitu Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat. Dalam tonggak kedua ini, kerajaan akan mempertingkatkan usaha untuk memperkasa kumpulan minoriti, khasnya orang asal negara ini melalui strategi A3 yang memperakui bahawa kumpulan orang asal masih lagi tidak mendapat akses sepenuhnya kepada perkhidmatan asas seperti jalan raya, air, elektrik, dan telekomunikasi. Keadaan ini menjadikan mereka terus ketinggalan dalam arus pembangunan. Dalam rekod terdapat sekurang-kurangnya 2,820 buah kampung di luar bandar yang masih belum mendapat bekalan elektrik dan air dan terdapat ratusan lagi kampung yang memerlukan perhubungan jalan raya. ■1230 Saya menyambut baik usaha yang telah diberikan dalam pengukuran kawasan tanah adat Orang Asal di Sabah. Ini kerana tanah adalah kehidupan bagi Orang Asal malah ia adalah segala-galanya bagi komuniti ini. Dalam laporan penuh Kajian Separuh Penggal ini, ada menyatakan sejumlah 76,366 hektar tanah adat atau NCR telah diberikan hak milik di Sabah. Akan tetapi saya ingin meminta penjelasan, apakah mekanisme yang telah digunakan untuk proses pengukuran ini dan bagaimana pemilihan kawasan ini diukur? Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa terdapat sedikit masalah berhubung pengukuran kawasan khasnya yang melibatkan pengeluaran geran komunal di Sabah kerana ia melibatkan proses yang tidak telus. Ia menyebabkan konflik yang perlu ditangani dengan baik melalui proses yang lebih telus. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik saranan untuk meningkatkan kapasiti kesihatan awam dan memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan. Saya ingin menyentuh tentang kekurangan doktor-doktor yang berkhidmat di Sabah dan yang bukan saja tidak mencapai piawaian dari segi nisbah yang ditetapkan tetapi juga seimbang dibandingkan dengan wilayah yang lain di Malaysia.

DN 4.12.2018 29

Berdasarkan prestasi kebangsaan, seorang doktor di Malaysia melayani 600 orang pesakit, berbeza pula di Sabah seorang doktor melayani 1,200 orang pesakit. Berdasarkan nisbah kebangsaan dan nisbah negeri yang dinyatakan adalah jelas bahawa negeri Sabah separuh ketinggalan jauh berbanding dengan nisbah kebangsaan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan langkah-langkah yang terbaik dan segera bagi mengatasi masalah ini. Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan sebuah hospital universiti di Sabah yang bertempat di UMS ataupun Universiti Malaysia Sabah. Sejajar dengan meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di Sabah, saya mohon agar Kerajaan Persekutuan dapat memberikan bajet tambahan untuk hospital di Universiti Malaysia Sabah yang sedang dibina bagi menjadikannya sebuah hospital pengajar yang berteknologi tinggi dan memanfaatkan teknologi digital selaras dengan IR 4.0 ataupun Industrial Revolution 4.0, dengan izin. Bajet tambahan ini membolehkan ia menjadi sebuah smart hospital dan mempunyai model pengurusan ataupun business modelnya yang lebih mampan supaya ia tidak membebankan kerajaan pada jangka masa yang panjang. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin bawa dalam perbahasan saya adalah aspek pembangunan ekonomi. Selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah lebih enam bulan lalu, tidak dinafikan keadaan ekonomi tidak stabil dan tidak menentu kesan kepimpinan kerajaan yang lalu. Rakyat memahami akan situasi ini apatah lagi pengambilalihan kuasa daripada tampuk pimpinan yang lama mempunyai cabaran yang begitu hebat. Kalau dilihat kepada ekonomi makro memanglah disifatkan sebagai baik apatah lagi Kerajaan Pusat sendiri menaruh harapan dengan adanya permintaan kukuh dalam kalangan negara serantau di Asia. Malahan permintaan swasta dijangkakan kekal menerajui pertumbuhan ekonomi dengan pelaburan swasta berkembang 5.7 peratus setahun. Soalannya sekarang, rakyat ingin tahu bagaimana dan apakah bentuk program yang memulihkan keadaan dan pembangunan ekonomi negara pada jangka masa pendek dan jangka masa sederhana. Saya melihat pemulihan ekonomi secara drastik perlu ada upaya rakyat supaya ia dapat dirasai. Soal pemulihan ekonomi adalah penting bagi rakyat. Perlu kita ketahui bahawa ketidaksamaan di peringkat negeri dan tahap pendapatan rendah dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40 peratus rendah ataupun B40 masih berterusan dan amat ketara. Walaupun kadar inflasi secara relatif adalah rendah namun kos sara hidup semakin meningkat dan terus membebankan isi rumah B40. Ketidakseimbangan prasarana luar bandar masih jauh ataupun jurang yang lebar dan perkara-perkara sebegini memang membimbangkan dan mendatangkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat sendiri khasnya daripada pendalaman Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana dalam Kajian Separuh Penggal ini, Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan pembangunan wilayah dan memastikan tidak ada mana-mana negeri tertinggal jauh di belakang. Perkara yang sama adalah teras utama dalam memastikan ada usaha-usaha untuk memperkukuhkan pembangunan ekonomi wilayah. Namun begitu, saya percaya bahawa salah satu aspek penting dalam membawa keseimbangan pembangunan antara wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah aspek perkapalan. Walau bagaimanapun, kita ada satu dasar yang dipanggil Dasar Kabotaj yang serba sedikit mengekang pergerakan import eksport di pelabuhan-pelabuhan Sabah, Sarawak. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah kerajaan akan memansuhkan Dasar Kabotaj ini dan apakah pelan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf ataupun bekerjasama dengan agensi pelabuhan negeri Sabah untuk memastikan sistem dan juga pengurusan perkapalan ini dapat diperbaiki. Saya ingin tahu juga setakat mana sebenarnya penyelarasan antara negeri bagi penyediaan infrastruktur dioptimumkan terutamanya di Sabah. Saya faham kerajaan akan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan umpamanya rangkaian jalan raya akan diperluaskan dengan membina dan menaik taraf 1,500 kilometer lagi jalan luar bandar. Selain itu juga, memperluas akses bekalan air bersih, terawat yang meliputi sasaran 60 ribu tambahan rumah, meluaskan akses bekalan elektrik kepada sasaran 41,160 tambahan isi rumah.

30 DN 4.12.2018

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mewujudkan satu mekanisme dalam memastikan projek yang mana perlu diutamakan, dipentingkan dan difokuskan secara terarah. Sebagai contohnya, masih banyak jalan raya yang perlu diturap dan di baik pulih. Kerajaan Pusat perlu mempercepatkan pembaikan dan naik taraf jalan raya yang menghubungkan beberapa pekan-pekan keci. Saya ambil contoh Pekan Pagalungan dan juga di Pensiangan. Baru-baru ini saya balik dari pekan kecil ini dan keadaan jalan raya itu amat teruk dan berbahaya apatah lagi pada musim tengkujuh. Jalan ini jalan tanah liat dan sangat licin. Pernah berlaku kes di mana beberapa kemalangan dan apa yang sedihnya juga mengorbankan nyawa. Jadi saya minta supaya jalan-jalan utama seperti ini haruslah diberikan keutamaan dan memastikan bahawa ia dijalankan dengan baik dan mempunyai standard piawaian yang mematuhi piawaian yang sewajarnya. Sebenarnya rakyat Sabah sudah lama menantikan pembaikan dan menaiktarafkan jalan raya. Kita juga perlu antara lainnya memerlukan kompleks sukan yang baharu. Saya bertugas di kawasan pendalaman dan salah satu daerah ini adalah Pekan Sook dan pekan ini belum ada kompleks sukannya sendiri. Jadi apabila sukan- sukan sekolah ataupun rakyat di sana mahu beriadah, mereka perlu menggunakan padang yang tidak berapa baik. Sekolah-sekolah daif di Sabah juga memerlukan perhatian khasnya untuk memastikan bahawa infrastruktur ini dapat diperbaiki dengan segera. Saya telah melawat dalam masa bulan yang lalu dan telah melawat banyak sekolah hasil daripada jemputan daripada PIBG sekolah, guru-guru besar. Antara lainnya mereka telah mengutarakan bahawa rumah-rumah guru pun sudah usang dan kebanyakan rumah guru ini telah dibina oleh PIBG dengan kerjasama masyarakat kampung di sana. Malang sekali kawasan ini adalah kampung-kampung yang mempunyai ramai penduduk. Saya memerlukan- bukan sahaja kita melihat kepada bangunan sekolah itu sendiri tetapi juga rumah-rumah guru, kita juga perlu menjaga kebajikan guru-guru khasnya yang bertugas di kawasan luar bandar yang terpencil ini. Namun begitu masih ada juga beberapa aspek selain sekolah-sekolah daif. Kita juga melihat bahawa dalam era moden in kita juga memerlukan infrastruktur digital yang perlu dipertingkatkan. ■1240 Di Sabah sebenarnya masih banyak kawasan khasnya di kawasan pedalaman tidak mempunyai liputan rangkaian telefon mudah alih dan juga 3G. Ini serba sedikit membantutkan usaha untuk meningkatkan pembangunan dari segi era digital ini. Saya mengharapkan bahawa menara-menara telekomunikasi baru adalah dipertingkatkan dan inilah kita mahu harapkan supaya bukan saja terdapat talian telekomunikasi tetapi kita mahu memastikan bahawa ia mempunyai penyelenggaraan yang cukup. Kalau dilihat secara statistik, dinyatakan sebab capaian jalur lebar sudah mencapai 81.8 peratus di seluruh negara dan Sabah mencapai 51 peratus sahaja. Walaupun dalam 51 peratus ini, saya dapati bahawa masih banyak kawasan yang walaupun mempunyai capaian tetapi dia punya line ataupun kadar kelajuan itu sangat perlahan, macam kura-kura. Kalau kita mahu download satu gambar, perlu masa yang begitu lama. Jadi bukan saja coverage tidak laju, ia juga bertompok-tompok. Macam di sini ada, di sana tiada. Sekejap ada, sekejap tiada. Saya pernah tanya orang kampung yang saya telah lawati dan dapati bahawa bila saya tanya kenapa tidak ada line, orang kampung bilang habis diesel. Saya pun hairan kenapa pula, apa kena mengena line dengan diesel. Baru saya faham bahawa sebenarnya semua menara-menara ini sebenarnya memerlukan diesel untuk menjana elektrik. Jadi, oleh itu saya hairan kenapa kita belum mencari alternatif untuk bekalan elektrik untuk memastikan tower ataupun menara-menara telekomunikasi ini mendapat bekalan yang sewajarnya. So saya berharap pihak kementerian dan juga MCMC mencari teknologi yang lebih sesuai, mampan untuk membekalkan dan memastikan menara-menara ini khasnya di kawasan yang terpencil terus dapat beroperasi walau macam mana pun keadaan cuaca dan sebagainya. Salah satu daripada opsyen ini adalah menggunakan teknologi seperti solar power ataupun menggunakan teknologi renewable energy.

DN 4.12.2018 31

Saya berharap bahawa pihak kementerian juga akan dapat memastikan capaian ini dipertingkatkan dan juga kualiti connection ataupun perkhidmatan internet ini dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, kemakmuran rakyat Sabah sekarang perlu dijaga dengan seelok-eloknya. Saya percaya permasalahan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih, program perumahan rakyat termiskin seperti PPRT dan pembangunan ekonomi setempat dapat dijana dengan baik dalam tempoh yang akan datang ini. Kesedaran rakyat berkaitan secara langsung dengan kesejahteraan hidup. Dalam sebuah negara, kesejahteraan hidup merupakan aspek yang semakin diberi penekanan dalam mengukur kejayaan sesebuah dasar. Usaha itu pasti akan lebih berjaya apabila Jawatankuasa Khas Kabinet yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dan melakukan pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Umpamanya agihan pendapatan petroleum dan gas di Sabah perlu lebih adil dan lebih baik kerana itu adalah punca sumber pendapatan yang paling realistik dalam keadaan ekonomi sekarang. Meskipun Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju berasaskan perindustrian menjelang tahun 2020, namun sektor pertanian harus tidak boleh dinafikan sumbangannya terhadap ekonomi negara, sama ada dari sudut pendapatan negara secara keseluruhan mahupun dari sudut peluang pekerjaan. Justeru kajian tentang golongan petani amat penting terutama berkaitan aspek kesejahteraan hidup mereka memandangkan pentingnya kesejahteraan hidup itu sebagai syarat menjadi sebuah negara maju. Sebelum Malaysia diiktiraf sebagai negara maju, perlu terlebih dahulu setiap negeri mencapai taraf negeri maju seperti Sabah mempunyai kepelbagaian sumber alam, boleh memberikan kekayaan pendapatan negeri. Kesejahteraan rakyat ini selain berkaitan dengan peluang untuk terus hidup dan kepuasan dalam memenuhi keperluan psikologi, kualiti hidup juga merangkumi kepuasan terhadap emosi seperti berpuas hati dengan kebebasan, keadilan dan peluang untuk seseorang individu membesar dan berkembang dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri, ada menyebut mengenai meningkatkan kuasa beli rakyat. Ini ada satu elemen yang diberikan perhatian dan saya percaya dalam tempoh dua tahun terakhir, Rancangan Malaysia Kesebelas, ia merangkumi Bajet 2019 dan Bajet 2020 bagi menyediakan strategi tertentu bagaimana adanya usaha untuk meningkatkan kuasa beli rakyat. Sudah tentu Bajet 2019 perlu mempunyai dasar, meningkatkan lagi kuasa beli golongan berpendapatan sederhana. Saya syorkan kerajaan Pakatan Harapan menaikkan pengecualian cukai ke atas simpanan dan beberapa barangan makanan, pengurangan cukai import beberapa barangan pengguna serta mengurangkan kadar cukai jalan bagi kenderaan penumpang berenjin diesel. Untuk pengetahuan, kenderaan, khasnya kenderaan pacuan empat roda ini yang menggunakan enjin diesel banyak digunakan di Sabah terutamanya di luar bandar di Sabah. Oleh sebab itu kerajaan perlu lihat mempunyai inovasi dan pembaharuan yang memberikan kesan positif kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan ekonomi hijau. Ini adalah selaras dengan Sustainable Development Goals, dengan izin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang komited dalam Agenda 2030 Pembangunan Mampan. Alam sekitar adalah satu khazanah yang penting telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Namun sejak kebelakangan ini, kita semakin dikejutkan dengan insiden-insiden yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir kilat, kebakaran hutan dan banyak lagi bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda dan juga kematian. Jika diteliti dengan lebih dekat, kejadian-kejadian ini sebenarnya dapat dicegah kerana kebanyakannya yang berlaku akibat pembangunan yang tidak terkawal dan penguatkuasaan yang lemah. Oleh itu saya menyambut baik usaha untuk meningkatkan kapasiti dan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Selain itu usaha untuk meningkatkan langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim harus dipergiat bukan sahaja kerana komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Paris, tetapi juga meningkatkan kesejahteraan rakyat.

32 DN 4.12.2018

Saya difahamkan bahawa jika trend perubahan iklim ini terus berlaku dan tidak dibendung, lama-kelamaan kita akan berdepan dengan kekurangan air kerana insiden kemarau yang berpanjangan akan lebih kerap berlaku. Namun begitu saya amat risau dengan kadar non-revenue water, dengan izin, di Sabah yang kini pada kadar 55 peratus. Ini bermaksud lebih separuh dari air yang keluar dari loji rawatan air akan hilang begitu saja. Kebanyakan penyebab kehilangan air ini adalah kerana paip pecah dan kes-kes kecurian air. Ini menyebabkan bekalan air tidak mencukupi khasnya semasa musim kemarau. Ini memaksa kerajaan untuk membina lebih banyak empangan untuk memenuhi keperluan air terawat. Akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan kerosakan alam sekitar akibat pembinaan empangan tersebut. Saya ingin bertanya, apakah strategi yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar non-revenue water ini dan berapakah untuk memperbaiki sistem-sistem agihan air terawat. Apabila menyentuh isu pembekalan air, perkara yang sama juga berlaku bagi pembekalan elektrik. Malang sekali di Sabah, kita mempunyai kadar gangguan elektrik yang paling tinggi. Ini diukur berdasarkan kadar Saidi dan kadar Saidi di Sabah pada masa ini adalah pada kadar 289 minit. Maksudnya setiap orang akan secara purata mendapat gangguan selama 289 minit dalam setiap orang di Sabah dan ini adalah tertinggi di Malaysia. Saya menerima baik usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar Saidi ini dengan meningkatkan penjanaan elektrik di Sabah. Walau bagaimanapun, saya berpendapat meningkatkan kadar penjanaan elektrik ini tidak cukup. ■1250 Ini kerana kebanyakan kes gangguan bekalan elektrik ini adalah kerana masalah pada sistem pengagihan kepada pengguna, khasnya pada talian 33kv dan juga 11kv yang mana sudah uzur. Saya ingin bertanya, apakah tindakan dan juga berapakah peruntukan yang diperuntukkan untuk menaik taraf sistem-sistem agihan ini supaya kadar SAIDI dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, penjanaan elektrik dari sistem tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy seperti tenaga solar, hidro, biojisim dan biogas adalah satu pilihan yang tepat. Oleh kerana ini bukan saja lebih mesra alam tapi ia juga memastikan kita tidak bergantung bahan api fosil seperti arang batu yang diimport dari luar. Saya sebagai pengamal dan pembangun teknologi ini menyokong penuh cadangan ini. Teknologi hijau juga mampu membuka banyak peluang pekerjaan dalam industri tenaga hijau. Dalam membangunkan teknologi ini sudah tentu kita memerlukan kepakaran dalam bidang ini, termasuklah menjalankan research and development (R&D), dengan izin, untuk menghasilkan teknologi kitar sendiri. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah kerajaan menyediakan pusat latihan khusus untuk melatih anak-anak muda kita untuk menjadi tenaga kerja kompeten dalam teknologi ini? Saya juga ingin tahu berapakah peruntukan untuk R&D dalam membangunkan teknologi hijau di Malaysia? Akhir sekali, saya ingin menyentuh berkenaan dengan lima strategi dalam mempercepatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Dalam lima strategi ini, saya tertarik dengan strategi kelima iaitu meningkatkan pembangunan tanah adat. Saya ingin menyentuh perkara ini kerana isu tanah adat di Sabah dan Sarawak mempunyai banyak masalah. Oleh kerana kawasan tanah adat orang asal di Sabah dan Sarawak terlibat dalam banyak kes-kes pertikaian tanah antara masyarakat dan juga syarikat-syarikat pembalakan ataupun perladangan. Di Sarawak saja saya difahamkan terdapat lebih 200 kes yang membabitkan pertikaian tanah adat (NCR) ini yang masih menunggu perbicaraan di mahkamah. Di Sabah banyak kes-kes baru telah difailkan akibat pertikaian tanah akibat pengeluaran geran communal. Saya ingin menyarankan dan bertanya di sini, adakah tindakan kerajaan ini untuk memastikan bahawa konflik-konflik seperti tanah ini dapat di atasi pada masa yang terdekat ini? Apa yang saya telah nyatakan di sana tadi tentang kes-kes ini pernah dan telah dilaporkan oleh SUHAKAM melalui satu Laporan Inkuiri Nasional yang telah disediakan beberapa tahun lalu.

DN 4.12.2018 33

Dalam laporan ini, SUHAKAM telah memberi beberapa syor-syor untuk menyelesaikan permasalahan ini. Antaranya adalah untuk menubuhkan sebuah atau satu tribunal tanah adat untuk membuat pengadilan terhadap pertikaian-pertikaian hak tanah adat dengan lebih cepat dan konsisten berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang lalu. Saya ingin bertanya, jika kerajaan serius dalam mengambil saranan SUHAKAM ini dan menubuhkan tribunal tanah ini? Saya juga ingin mencadangkan untuk kerajaan mempertimbangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Kebangsaan Orang Asal Malaysia untuk membolehkan permasalahan yang dihadapi oleh golongan-golongan minoriti dapat diambil perhatian sewajarnya. Untuk mencapai pembangunan yang adil dan inklusif, ia haruslah merangkumi juga golongan minoriti di negara ini, khasnya orang asal. Dengan adanya suruhanjaya ini saya fikir ia mampu membantu dalam merapatkan jurang pembangunan antara luar bandar, antara majoriti dan minoriti dan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018 hingga 2020. Sekian dan terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Adrian Banie Lasimbang, di Sabah ya. Ucapan yang baik dan penuh berisi ya. Sekarang kita jemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Aknan A/L Ehtook. Silakan.

12.54 tgh. Tuan Aknan A/L Ehtook: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, selamat tengah hari, sudah petang sudah pun, kepada rakan-rakan Yang Berhormat semua. Saya cuba mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini kerana saya melihat RMKe-11 menjadi tonggak kepada- sebagai kapal besar untuk kita belayar. Tidak kiralah kapal dulu ada yang tiris, ada yang bocor dan sebagainya. Saya rasa patut kita gunakan kapal inilah untuk menuju ke hadapan, yang mana ada tiris, yang mana bocor, kita tampal-tampalkanlah dan supaya kita boleh sampai apa yang hendak kita capai. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Tahniah dan terima kasih juga kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Kajian Semula RMKe-11 ini dalam masa yang agak singkat. Oleh kerana apabila berubah kerajaan, haluan kapal telah diarahkan tempat lain, mereka terpaksalah bertungkus- lumus untuk menyediakan supaya Rancangan Malaysia Kesebelas ini selari dengan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semasa pilihan raya yang lalu. Saya nampak keseluruhannya RMK ini, sekiranya ingin berjaya kita perlu dibuat secara bermuafakat, secara saksama, secara adil dan dibuat dengan ikhlas. Jangan ada agenda-agenda yang tersendiri, di mana tumpuan kepada sektor ini saja sedangkan sektor lain tidak diberi tumpuan. Akan tetapi bila di cakap tidak ada perbezaan, namun apabila dilaksanakan ia menampakkan ketidakikhlasan. Itu saya rasa jangan kita buat, kalau tidak nanti pelan kita cantik setakat mana pun ia tidak akan berjaya kerana akan disabotaj oleh orang ramai sendiri kerana mereka mengatakan bahawa ini cuma pelan untuk menunjuk-nunjuk saja. Dibuatnya lain, pelannya lain. Kita tidak mahu benda itu berlaku. Untuk itu, pertama sekali saya apabila bercakap dengan kawan-kawan, kita sudah ada kerajaan. Dulu masa sebelum pilihan raya, yang berkempen menggunakan percakapan untuk menjual. Setelah tamat pilihan raya, sekarang ini kerajaan telah ada, sudah tiba masanya untuk menunjukkan apa yang kita boleh buat melalui tangan, bukan lagi percakapan. Gunakanlah apa yang kita boleh buat, tunjukkan kebolehan kita, retorik daripada segi percakapan “Kita akan, kita akan” itu kita hentikan. Kita buat dan perbuatan kita itulah menjadikan bukti bahawa apa yang kita buat ini betul, benar. Ia akan menjadi saksi untuk kerajaan yang memerintah sekarang ini sama ada akan digunakan oleh rakyat untuk menilai bila tiba masa pilihan raya yang akan datang.

34 DN 4.12.2018

Itu yang sangat penting. Jadi, janganlah jadi kerajaan hanya kepada pengundi PH sahaja. Jadilah kerajaan kepada semua rakyat Malaysia kerana kerajaan sekarang ini adalah Kerajaan Malaysia, bukan kerajaan kepada pengundi-pengundi PH sahaja. Dengan cara itu, saya rasa tidak mustahil untuk rakyat mendapat faedah dan seterusnya menilai kebolehan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai mana yang dijanjikan. Dalam KSP RMKe-11 ini kita ada enam tonggak. Saya hendak menyentuh satu tonggak dulu. Saya tidak pasti sempat atau tidak, sudah dekat pukul 1. Tonggak pertama ialah Reformasi Tadbir Urus. Ini sangat penting kerana kita dapati bahawa rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang dibuat oleh kerajaan. Ada perkhidmatan yang tidak sampai kepada rakyat, rakyat tidak tahu apa yang kerajaan hendak buat, rakyat tidak respons kepada kerajaan buat. Jadi, timbul ada jurang antara apa yang dikehendaki oleh rakyat dan apa yang dibuat oleh kerajaan. Kadang-kadang rakyat mengatakan bahawa jabatan kerajaan ataupun kementerian ataupun kerajaan sendiri syok sendiri, dibuatnya bukan apa yang dikehendaki. Jadi di situ, disebabkan oleh kurangnya interaksi antara kerajaan dengan rakyat. Jadi, saya mengharapkan bahawa apabila kita luluskan pelan ini, gunakan pelan ini untuk sampaikan kepada rakyat, beritahu rakyat bahawa inilah apa kita akan lakukan. Gunakan peluang tersebut untuk mendapat maklum balas kepada pelan ini dan juga digunakan maklum balas tersebut untuk tujuan membuat perancangan untuk RMKe-12. Oleh kerana kita difahamkan bahawa perancangan ataupun penulisan RMKe- 12 akan dimulakan tidak lama lagi kerana ia memerlukan masa. Jadi, gunakan maklumat tersebut untuk memperbaiki pelan kita yang akan datang. Salah satu cara untuk kita berbuat demikian, sekiranya tidak ada halangan, saya ingin mencadangkan supaya setiap Wakil Rakyat mengadakan dialog dengan pengundi-pengundinya. Kita adakan KPI untuk Wakil Rakyat jadikan sebagai sasaran RMK ini bahawa setiap wakil rakyat di kawasan masing-masing adakan dialog sekurang-kurangnya satu kali atau dua kali setahun untuk memberikan maklumat kepada rakyat dan juga mendapat maklum balas daripada rakyat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kawasan masing- masing. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita sambung lepas tengah hari ya. Tuan Aknan Ehtook: Baik. Timbalan Yang di-Pertua: Jadi, terima kasih banyak Yang Berhormat dan pukul 1. Sekarang saya tangguhkan hingga pukul 2.30 karang. Terima kasih banyak. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 tengah hari] ■1430 [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan, Yang Berhormat.

2.32 ptg. Tuan Aknan A/L Ehtook: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya berhenti sebelum makan tengah hari tadi, saya sebut tentang cadangan saya agar dijadikan satu sasaran di bawah RMKe-11 ini supaya sesi dialog dengan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat yang lain dijadikan sebagai sasaran RMK di mana sekurang- kurangnya satu kali setahun atau dua kali setahun Ahli Parlimen kawasan-kawasan berkenaan perlu melaksanakan sesi dialog dengan rakyat tempat masing-masing. Di situlah mereka dapat berinteraksi. Rakyat dapat meluahkan apa yang diperlukan, apa yang masih kurang, cadangan yang boleh mereka bawa ke Parlimen atau bawa kepada kerajaan bagi pihak rakyat di tempat mereka. Selain daripada itu, di bawah tonggak pertama juga, saya ingin menarik perhatian kerajaan tentang jabatan-jabatan kerajaan di mana kalau kita nak bercakap tentang ketelusan, tentang kebolehan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

DN 4.12.2018 35

Kalau kita pergi ke kementerian tertentu, pertama sekali kita masuk ke lobi, ada sesetengah tempat menggunakan RELA sebagai receptionist. Kita tanya RELA nak pergi sini, nak ke mana? Kadang-kadang ada RELA yang lama itu dia tahu. Ada yang tidak tahu, encik naik liflah, encik tanya di atas. Ada tempat pula gunakan pegawai sementara kerana pegawai tetapnya bekerja di dalam. Masalahnya ialah apabila kita tanya, mereka kurang pasti apa di mana tempat yang perlu kita tuju. Jadi ini front office, kementerian ini sudah menjadi punca pertama sekali, orang memberi cemuhan tentang sesuatu jabatan, pegawai yang hadap kita pun tidak tahu, macam mana kita nak beri. Kadang-kadang dihantar kita ke tempat yang salah, kita turun balik. Sekali lagi kita seolah-olah macam orang kata bercakap dalam hatilah, tetapi dalam bahasa sebenarnya menyumpah. Kita nak elak itu. Jadi saya mencadangkan sekiranya tidak ada halangan dari segi kewangan dan sebagainya, carilah pegawai yang berkebolehan. Pakaiannya bersesuaian sebagai front desk officer, tidak perlu pakai pelik-pelik sangat tetapi sesuai dengan itu dan yang penting ialah pengetahuan tentang fungsi dan juga bahagian-bahagian di kementerian berkenaan supaya orang datang nanti senang nak tunjuk arah. Orang tidak perlu naik turun tangga untuk mencari tempat yang diperlukan. Satu perkara lagi tentang RMK ini. Sering kali dokumen cantik ini dibuat, dicetak dan diedarkan di kalangan jabatan kerajaan dan sebagainya untuk panduan. Jadi kadang-kadang kita kata sesetengah itu bila sudah siap cetak, letak dalam almari dan tinggal di situlah sehingga RMK yang seterusnya. Kemudian dicetak juga yang baru dengan warna lain. Saya tidak pasti setakat mana dirujuk. Itu di jabatan apatah lagi orang-orang di kampung. Mereka tidak tahu menahu tentang RMK ini. Saya mencadangkan supaya apa yang ditulis di sini dalam bentuk apa juga sekali pun dimaklumkan kepada orang ramai supaya mereka tahu apa yang kerajaan nak buat dan supaya mereka boleh memberi input, cadangan projek dan sebagainya untuk kepentingan mereka. Saya cadangkan begini kerana kadang-kadang bila kita buat ini dan pegawai kerajaan atau jabatan itu sendiri yang merancang projek dan projek yang dirancang itu tidak memenuhi keperluan penduduk setempat. Jadi projek-projek syok sendiri. Contoh yang paling klasik kita dapati ialah apabila kita ada jabatan yang mencadangkan supaya disediakan anak lembu untuk diberikan kepada penduduk setempat, satu kampung. Akan tetapi dia tidak dapat maklumat tentang sama ada penduduk kampung tersebut bersedia atau tidak untuk membela lembu. Ada atau tidak ilmu tentang membela lembu. Nanti lembu di hantar, lembu entah ke mana, projek tak jalan. Akan tetapi dari segi KPI kementerian, jalan. Menyediakan anak lembu sebanyak 500 ekor kepada penduduk ini tetapi outcomenya tidak ada. Lembu itu separuh jalan, sudah dimakan ular. Itu yang menjadi masalah. Jadi kalau dokumen ini dikongsi bersama orang ramai, mungkin input yang datang itu lebih berharga kepada jabatan untuk mereka bentuk ataupun mencadangkan projek yang lebih bersesuaian. Saya nak pergi ke tonggak kedua tentang pembangunan secara inklusif. Dalam dokumen ini, disebut tentang kumpulan minoriti tetapi sayangnya yang disebut cuma Orang Asli dan juga anak negeri Sabah dan juga bumiputera Sarawak. Saya tercari-cari mana perkataan Siam, tidak ada. Saya harap adalah, sebab ejaannya tidak susah- S-I- A-M sahaja. Ini kumpulan minoriti yang perlu juga perhatian daripada kerajaan. Bukan kita nak demand lebih-lebih tetapi kalau kita gunakan perkataan inclusivity, includelah semua, masukkanlah semua. Bukan setakat Siam tetapi yang lain-lain itu, Portugiskah atau apakah semua, masukkanlah supaya semua orang rakyat Malaysia. Inilah negara kita. Nak halau ke mana pun tidak ada tempat nak pergi.

Dia kata orang Siam pergi Thailand, tidak. Thailand itu bukan negara saya, bukan negara orang Siam. Itu negara Thai. Pergi sana pun saya kena pakai pasport macam Yang Berhormat semua juga. Cuma yang boleh cakap Siam, itu pun tidak tentu dapat murah harga barangnya, kan? Jadi kalau itu dimasukkan, sekurang-kurangnya berilah perhatian untuk masyarakat Siam ini daripada segi- kerana mereka masih lagi kurang. Duduk di kampung-kampung di Kedah, di Kelantan dan sebagainya. Pendidikan pun masih lagi memerlukan perhatian apatah lagi peluang-peluang berniaga kerana masyarakat Siam kebanyakannya adalah berasakan pertanian.

36 DN 4.12.2018

Jadi ilmu perniagaan itu, ilmu berniaga, budaya berniaga itu masih lagi agak jauh daripada sebilangan besar mereka. Bukan kata mereka tidak ada yang berniaga, ada, tetapi kebanyakannya kurang. Jadi berilah peluang kepada mereka untuk berniaga dan sebagainya. Kalau di sebelah Kedah, ramai yang tanam padi dan menoreh getah. Sekarang ini harga getah pun teruk. Saya pun sudah tidak larat dengar mereka kecam macam- macam. Nak beli ikan kembung pun tidak lepas, nak beli susu pun tidak lepas sebab getah murah. Nak bancuh teh dengan susu getah pun tidak boleh makan, dia kata. ■1440 Jadi isu ini bukan setakat tahun ini, dah berpuluh-puluh tahun. Saya tidak tahu apa nak cakap lagi, bila kita tanya kementerian daripada Menteri dulu-dulu sampai Menteri yang baru-baru ini, jawapannya lebih kurang sama, hari itu pun dah jawab kan. Saya jamin bahawa kalau ditanya lagi sesi akan datang, jawapannya tidak jauh beza daripada itu. Persoalan sekarang ialah... Tuan Yang di-Pertua: Kementerian sama, Menteri lain [Ketawa] Tuan Aknan a/l Ehtook: Akan tetapi saya tidak tahu sama ada jawapan itu dibuat oleh Menteri ataupun dibuat oleh pegawai tetapi keluarnya lebih kurang samalah. Jadi saya hendak sarankan, saya pun tidak tahu macam mana nak buat tetapi carilah jalan sesuai kerana untuk mengelak daripada kita dimalukan oleh orang ramai bahawa kementerian tidak ada idea, Menteri tidak ada idea, benda yang sama juga berlaku, tahun depan pun akan sama juga. So, adakah kita nak suruh mereka tanam benda lain selain daripada getah kerana getah tak naik-naik. Kalau tak tanam getah, nak tanam apa lagi? Itu masalahnya. Saya harap carilah pendekatan yang bersesuaian. Dulu kita pernah ceritakan, dimaklumkan tentang menggunakan getah untuk buat jalan raya. Kalau kita tengok jalan raya di Malaysia ini panjang, saya rasa banyak kilogram getah boleh digunakan. Mengapa tidak dilakukan? Adakah itu tidak boleh dilakukan sedangkan saya difahamkan kajian telah dibuat, cuma pelaksanaan sahaja yang belum dilaksanakan sepenuhnya. Menyebut tentang inclusivity ini juga, saya hendak cadangkan sesuatu di mana kalau kita tengok sekarang ini kerajaan memperkenalkan MPKK. Apabila saya pergi ke kampung-kampung, mereka sebelum ini kita ada JKKK dengan elaun RM900, bila kita jumpa mereka, mereka kata tolonglah cari orang lain, saya tak larat dah. Dengan elaun RM900 ini, tak larat nak dengar bini berleter, gajinya tak seberapa tetapi tinggal rumah kerap sangat kerana macam-macam aktiviti. Jadi sekarang ini dengan MPKK, elaunnya dengar kata teruk dari yang dulu. Jadi saya rasa mungkin agak sukar untuk mereka mengambil tugas ini. Jadi kalau tidak ada MPKK, saya tidak tahu siapa yang akan memimpin kampung berkenaan. Untuk memudahkan tetapi bukannya menyelesaikan masalah ini, untuk memudahkan pentadbiran di MPKK itu, ada mencadangkan supaya mereka memilih sesama sendiri, bukan dilantik daripada atas, mereka memilih sesama sendiri. Jadi dengan pemilihan tersebut, orang yang akan dilantik itu bersedia menawarkan diri. Jadi dia ada komitmen untuk melaksanakan sesuatu di kampung tersebut. Kemudian, mereka akan memilih orang yang mereka percaya. Mereka memilih orang yang mereka hormati. Jadi tidak timbullah macam dulu kita dapati bahawa ada JKKK yang meminggirkan sebahagian anak buahnya kerana berbeza fahaman politik. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang, ada yang tidak langsung. Saya tidak mereka cerita ini, saya ada pengalaman sendiri semasa bekerja di pejabat daerah di Hulu Perak dulu. Ada di mana makcik yang sudah uzur tidak dapat bantuan, maklumat tidak sampai ke pejabat kebajikan. Bila disiasat, oh! Rupa-rupanya dia pacak bendera lain di rumahnya. Itu yang menjadi masalah. Jadi kalau mereka lantik sendiri, saya rasa mereka akan cari orang yang bertanggungjawab kepada semua anak-anak buah di kampung. Jadi salah satu sasaran yang saya rasa sesuai untuk dimasukkan dalam RMKe-11 ialah pelantikan MPKK secara pemilihan dan pemilihan tersebut dibuat oleh orang kampung sendiri.

DN 4.12.2018 37

Kita ada penghulu, kita ada pejabat daerah yang boleh menolong menguruskan pemilihan tersebut, bukannya kompleks macam pilihan raya pun. It is a show of hand pun boleh, dengan izin, ataupun cara lain tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih ketua mereka sendiri. Saya hendak pergi juga kepada tonggak ketiga iaitu pembangunan wilayah yang seimbang. Di sini sudah tentunya melibatkan perbezaan antara bandar dan luar bandar. Rata-rata, orang Siam kebanyakannya di luar bandar, yang menjadi masalah kepada mereka ialah pertama sekali dari segi liputan telefon. Ada setengah tempat itu okey, setengah tempat tak okey. Jadi kalau macam saya ini, saya pakai, saya tak nak promotelah, ada satu syarikat. Kalau pergi kampung saya tak boleh, syarikat ini tak boleh pakai, syarikat ini boleh bandar sahaja. Jadi di kampung saya itu kena pakai syarikat lain. Jadi persoalannya, mengapa jadi sedemikian sedangkan saya rasa MCMC ataupun SKMM patut ada sesuatu tindakan yang memastikan bahawa setiap syarikat telefon yang beroperasi di Malaysia ini meliputi segenap inci negara kita, tidak payahlah sampai ke Gunung Tahan pun tak apa tetapi di mana ada penduduk, patut ada liputan. Ini kerana kita bagi kebebasan kepada orang ramai untuk memilih, bukannya terhad. Jadi syarikat mana yang ada servis, perlu ada liputan yang sesuai. Jadi, jadikanlah sebagai satu sasaran mereka ini supaya selain daripada membina tiang menara telekomunikasi, pastikan bahawa setiap syarikat itu memberi perkhidmatan yang terbaik. Perkara kedua tentang pembangunan wilayah ini ialah tentang isu air. Ini pun tak habis-habis, saya dah banyak kali sebut. Air ini saya hendak rujuk kepada kampung- kampung orang Siamlah. Di Kelantan pun banyak masalah air. Saya rasa bukan setakat orang Siam saja tak dapat air, orang bukan Siam pun tak dapat air juga. Di Perlis pun sama, di Kedah pun sama. Saya hendak mintalah ataupun dicadangkan di sini bahawa Kerajaan Pusat perlu membuat sesuatu. Mereka yang kalau kampung saya di belah Tumpat sana pun rakyat Malaysia, kalau Kampung Belukar Lenga di Perlis pun rakyat Malaysia. Jadi mereka perlukan air, buatlah sesuatu. Jadikan sebagai sebahagian daripada sasaran di sini. Katakanlah dalam masa tempoh beberapa tahun, bekalan air tidak terputus ataupun tempoh putusnya bekalan air itu ada hadnya. Macam tadi Yang Berhormat Adrian kata tentang putus elektrik berapa jam. So, ini pun perlu disasarkan supaya ada sedikit ruang untuk syarikat air memperbaiki perkhidmatannya. Satu lagi yang saya hendak sebut tentang pembangunan wilayah ini ialah tentang banjir yang kritikal di Kelantan. Sekarang ini taklah lagi tetapi saya rasa susah hendak predict. Banjir saya tak nak ganggu sebab itu kejadian alam. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah tentang bagaimana kita menguruskan diri kita supaya tidak terkesan teruk sangat akibat banjir. Air sungai kita tidak boleh halang, hujan turun tak boleh halang tetapi kita boleh halang air daripada masuk rumah. Contoh yang saya hendak sebutkan di sini ialah di Kampung Mentua di sempadan antara Kelantan dengan Thailand. Kampung itu di pinggir sungai. Setiap tahun ia akan banjir. Jadi apa yang akan berlaku ialah JPS akan membina benteng sama tinggi dengan sebelah Thailand. Jadi supaya air itu daripada Sungai Golok, daripada Perak ini turun terus ke laut tanpa masuk ke kampung. Apa yang berlaku ialah benteng tersebut dibina atas tanah-tanah orang, pengambilan dibuat, okey itu tidak ada masalah. Akan tetapi ada tanah yang tidak diambil tetapi kedudukannya di belah dalam daripada benteng tersebut. Jadi bila air turun banjir nanti, kampung-kampung tersebut, rumah-rumah tersebut, tanah-tanah tersebut akan ditelenggami air, jadi macam takungan tetapi tanah mereka tidak diambil. Jadi mereka perlu menanggung sendiri kerugian tersebut. Jadi, saya berbincang dengan orang kampung, mereka kata itulah yang dibuat oleh jabatan kerajaan untuk mengelak banjir tetapi tidak mahu mengambil kira kepentingan harta benda mereka. Jadi saya hendak sarankan di sini supaya dalam apa jua pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-11 ini ataupun projek-projek lain dan juga projek yang saya sebut tadi, tolonglah gunakan aspek sosial juga dalam menimbangkan kerana kalau katakanlah, dengan izin, economically viable, buatlah supaya socially acceptable juga. Barulah projek itu akan mendatangkan kebaikan kepada semua, memberi kesan kepada rakyat dan juga memberi outcome yang baik kepada kementerian berkenaan.

38 DN 4.12.2018

■1450 Saya hendak sentuh pula sekarang ini dari segi tonggak keempat iaitu modal insan. Dalam dokumen ini ada semua dari segi teknikal, TVET dan sebagainya ada. Cuma saya hendak bangkit dalam satu perkara tentang kelebihan masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan di Perlis. Mereka ada ruang untuk belajar bahasa Thai. Jadi ini adalah satu kemahiran tambahan kepada mereka, ramai yang dapat pekerjaan kerana kebolehan berbahasa Thai. Masyarakat Malaysia memerlukan pekerja yang boleh berbahasa Thai. Akan tetapi, sayangnya kemahiran tersebut tidak dapat diperkembangkan kerana sekolah-sekolah, kelas-kelas bahasa Thai yang dibuat di wat-wat di Kelantan, Kedah dan Perlis ini, tidak mendapat sumbangan kewangan yang secara berterusan daripada kerajaan. Akan tetapi yang ada cuma mengikut budi bicara. Saya hendak cadangkan supaya kerajaan jadikan sekolah bahasa Thai ini sebagai satu aset kepada negara kita. Kebolehan berbahasa, kemahiran ini aset kepada pekerja, aset kepada negara dan menjadi aset kepada syarikat. Berilah bantuan secara tetap kepada sekolah-sekolah bahasa Thai ini. Ada 65 wat semua yang menganjurkannya dan pelajarnya saya jangkakan lebih daripada 4,000 orang pada setiap masa. Jadi mereka akan keluar mendapat sijil tertentu dan mereka boleh gunakan sijil tersebut untuk mendapat pekerjaan berdasarkan kemahiran mereka itulah. Jadi sijil itu bukan penentu tetapi itu asas untuk mereka. Jadi bantulah supaya kemahiran ini dapat dipergunakan untuk mereka mencari pekerjaan. Untuk tonggak yang kelima iaitu, tentang alam sekitar. Isunya tidaklah kritikal tetapi apabila di Eropah tempoh hari, mereka membangkitkan tentang isu kelapa sawit yang mengeluarkan karbon yang tinggi bila ditanam, pencemaran alam sekitar, penebangan hutan dan sebagainya menyebabkan kita susah hendak jual minyak sawit kita. Jadi untuk tujuan ini saya rasa eloklah kalau di bawah RMK ini ataupun RMK yang akan datang, tengoklah perkara ini supaya benda ini tidak menjadi penghalang untuk kita menjual produk-produk kita. Kalau pihak pengguna masih lagi mengguna isu yang sama, kita akan terus menghadapi masalah. Mereka yang pergi membuat promosi minyak sawit di luar negara itu akan menghadapi masalah berdepan dengan orang yang hendak beli kerana kita kata minyak sawit kita dikeluarkan secara lestari tetapi mereka ada maklumat menunjukkan bahawa kita tidak buat apa yang kita cakap. Jadi mereka dengan mudah sahaja menolak untuk membeli minyak sawit kita. Akhirnya kita ada banyak stok minyak sawit, harga jatuh dan yang susah ialah petani-petani atau pekebun-pekebun kecil. Kalau itu hari di Sabah Sarawak, yang ada gambar berderet pickup bawa- menunggu di depan kilang untuk membeli buat sawit. Jadi bila menunggu macam itu harga akan jatuh. Lagi lama dia tunggu buah itu, akan lagi rosak dan harga lagi rendah. Jadi benda ini berulang setiap tahun bukan setakat tahun ini tetapi ia akan berlaku lagi tahun hadapan dan setahun selanjutnya. Maka jadikanlah alam sekitar sebagai satu benda yang perlu kita jaga bukan setakat hutan dan sungai tetapi apa yang kita buat dalam alam sekitar yang memberi kesan secara ekonomi kepada kita. Untuk tonggak yang ke enam, iaitu pertumbuhan ekonomi. Saya dapat rungutan daripada rakan-rakan di lapangan, mengatakan bahawa- sebelum itu saya hendak sebut dahulu tentang Amanah Ikhtiar Malaysia. Itu satu sumber pembiayaan yang baik kepada mereka yang memerlukan makro kredit, mereka yang layak akan memohon mendapat pinjaman dan menjalankan perniagaan. Akan tetapi rungutan mereka ialah kadar faedah ataupun kadar keuntungan yang dikenakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Bagi mereka 10 peratus itu terlalu tinggi. Jadi saya hendak mintalah sebagai di bawah tonggak enam ini, kita lihat macam mana boleh kita bantu orang kampung. Amanah Ikhtiar perlu hidup, dengan duit dan sebagainya. Akan tetapi masa yang sama, kita perlu bantu mereka mungkin kita boleh gunakan kadar faedah yang, dengan izin, gradual di mana mereka yang pinjam pada tahun pertama mungkin dikenakan 10 peratus, yang mana yang sudah pinjam bertahun-tahun mungkin peratusnya dikurangkan sedikit.

DN 4.12.2018 39

Ia macam orang beli insurans kereta yang ada NCD. Orang yang tiada accident, lama, rekod bagus, kadar insurans lebih murah sedikit. Jadi mungkin lebih menarik pada mereka untuk terus menggunakan perkhidmatan Amanah Ikhtiar Malaysia. Ini kerana mereka ini tidak ada peluang, tidak ada dokumen untuk memohon daripada bank. Kalau pergi pinjam bank RM10 ribu kadang-kadang minta geran tanah harganya RM50 ribu kan? Jadi, sudah di cagar di bank susah. Jadi inilah sumber terbaik. Jadi gunakanlah, design lah, reka bentuklah pinjaman yang sesuai untuk memudahkan semua pihak. AIM pun boleh terus hidup, orang kampung pun boleh menikmati kemudahan yang disediakan. Jadi, secara umumnya, apa yang saya sebutkan tadi adalah untuk memastikan bahawa RMK11 ini kita buat bukan untuk syok sendiri tetapi dibuat demi kepentingan orang kampung, dengan tidak kampung pun sekali guslah. Ini kerana sebagaimana saya pernah sebutkan juga bahawa kerajaan sekarang ini ialah kerajaan Malaysia, bagilah perkhidmatan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Jangan pilih tempat, jangan pilih kawasan, jangan pilih bulu, jangan pilih warna kulit dan sebagainya. Daripada Perlis sampailah ke Sabah Sarawak, tadbirlah negara dengan terbaik. Saya rasa dengan cara itu rakyat akan amat berterima kasih dan terima kasih rakyat itu ia akan translate dalam bentuk yang bersesuaian. Akan tetapi kalau mereka tidak berterima kasih, mereka juga akan translate dalam bentuk yang bersesuaian mengikut kesesuaian mereka. Jadi pilih mana yang terbaiklah. Ingat bahawa negara kita ini, orang kata walaupun negara kita, tetapi sebenarnya bukan kita punya. Anak cucu kita yang punya. Jadi kalau kita buat yang terbaik, anak cucu kita datang selepas kita sudah tiada, mereka akan berterima kasih, mereka akan terhutang budi dengan kita. Dengan cara itu kita akan dianggap sebagai kerajaan ataupun pentadbir yang bertanggungjawab menjaga negara, memindahkan hasil negara kepada anak cucu kita dengan cara terbaik. Jadi dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas. Saya berharap cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Bukan kata apa yang saya cadang ini bagus semua Akan tetapi gunakanlah, pergi lah buat SWOT analysis dan sebagainya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada negara sekian. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh, silakan. Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang mengambil bahagian dalam bahas Kajian Separuh Penggal RMK11. Saya masih ingat nasihat Tuan Yang di-Pertua dan saya akan cuba sedaya upaya mengguna bahasa jika ada mana tempat jem harap... Tuan Yang di-Pertua: Boleh. Boleh Yang Berhormat Senator. Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua mohon memberi ruang yang lebih luas dan keizinan bagi saya meneruskan dengan suis channel [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator. Tuan Nga Hock Cheh: Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelantikan beberapa hakim ke Mahkamah Persekutuan dan juga kepada Mahkamah Rayuan; di antara mereka ialah Hakim Datuk Nallini Pathmanathan. Beliau merupakan seorang wanita dari kaum India yang pertama dilantik ke Mahkamah Persekutuan... [Dewan Tepuk] Juga daripada kesemua empat hakim yang dilantik ke Mahkamah Persekutuan; lima ke Mahkamah Rayuan; enam orang daripadanya ialah kaum wanita. Syabas, maju terus maju kaum wanita... [Dewan tepuk] ■1500 Balik kepada ucapan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Ucapan beliau memang berwawasan. Untuk memperkukuhkan asas enam tonggak itu, saya cadang memetik kebijaksanaan dua orang yang bersejarah di dunia.

40 DN 4.12.2018

Salah seorang daripada orang bijaksana ialah seorang raja- Raja Sulaiman. Beliau telah menyatakan seperti berikut, “Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya ketika engkau mampu melakukannya.” Ini in the English version, “Do not withold good from those to whom it is due where it is in your power of your hands to do so.” Ini tercatat di Amsal, Bab 3, Ayat 27 (or Proverbs Chapter 3, Verse 27). Satu lagi ajaran yang memang baik berbunyi seperti berikut, “Kasihilah sesama manusia sebagai mana kamu mengasihi diri mu sendiri.” “You shall love your neighbours as yourself’” tercatat di dalam Matius, Bab 22, Ayat 39 (of Matthews 22, Verse 39) and ini ajaran diberi oleh Isa, atau Jesus dipanggil oleh orang lain. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tambah ini dua bahan kepada cadangan kerajaan, enam tonggak yang dicadangkan akan menerima asas yang memang kukuh. Sekiranya kita buat demikian seperti Raja Sulaiman mengajar, masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di atas orang-orang memohon ke sijil kerakyatan tidak akan terjadi. Sekiranya kita sayang jiran kita, manusia seperti kita sayang kita sendiri, kita tentu akan membuat sesuatu yang boleh membantu pihak itu, bukan untuk kasi dia susah. So, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang guna bahasa. Bahasa adalah untuk komunikasi dan menuntut pengetahuan which is basically for communication and for acquisition of knowledge. Kalau seorang takut bayang sendiri, dia tentu akan dibayangi, he who is afraid of his shadow will be overshadowed. We live, dengan izin, in a country with diverse races, culture, languages. This is a showcase to the world. Kita, we should encourage the rich culture that we have, instead of trying to be obstructive. Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Carry on. Tuan Nga Hock Cheh: Affirmative action atau patut untuk membantu lapisan masyarakat yang miskin yang memerlukan bantuan yang demikian. Akan tetapi affirmative action tidak boleh dijadikan deprivative action kepada mana-mana pihak. In other words, what I am saying is, we can have affirmative action, but it should not be allowed to degenerate into deprivative action to obstruct any sector or community in this country, then it would not be helpful. Just as the earlier teaching says, love your neighbour as you love yourself. Having said that Tuan Yang di-Pertua, kita juga nampak kerajaan ada menggalakkan kegunaan bahasa Inggeris. Kalau kita menggalak murid-murid belajar bahasa Inggeris, tetapi tidak boleh digunakan dengan lebih luas, terutama di Dewan yang mulia ini, itu ada satu situasi yang tidak cukup memuaskan and biar saya bagi satu contoh. Itu membuat demikian ada seperti menggalak seorang lelaki bernikah dengan belahan jiwanya. Akan tetapi selepas mereka sudah bernikah, mereka dilarang bersetubuh, itu tentu tidak memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai orang yang sudah berkahwin, kita tahu. So, we must give opportunity for the people who learn the language to express themselves. Important thing is, the ideas that he wants to communicate, the proposal that he want to make, dapat dinyatakan dengan jelas dan tepat. So, I crave indulgence I be allowed me to say a few words in English to make very clear what I have in mind. Tuan Yang di-Pertua, the time has come for too long language has been made a political football. If foresight has been made a prisoner of political expediency, it is high time for hindsight to come in redemptive rescue. Otherwise, we will be made prisoners of very communal thinking in this country, which would be unhelpful to the process of nation building. Tuan Yang di-Pertua, we have reached a stage in nation building... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, on the language, was the question of the usage, dengan izin. Was is addressed to me or the Minister? Tuan Nga Hock Cheh: For both, Tuan Yang di-Pertua… [Dewan ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Baik, sit down one-minute Yang Berhormat.

DN 4.12.2018 41

Ahli-ahli Yang Berhormat, I will just give it in English lah, dengan izin. Apa yang paling- I’m sorry, I must talk in Malay lah. I’m getting excited by you, Yang Berhormat. You know, kita ada Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan and then, kita ada sekolah Cina, sekolah-sekolah Tamil, kita ada sekolah vernakular dan sebagainya. Now, kalau kita hendak cakap fasal kegunaan bahasa Inggeris, kalau kita cakap kita mansuhkan sekolah Cina dan sekolah Tamil, ini is very sensitive tapi ia wujud juga. So, kita gunakan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Kalau kita benarkan bahasa Inggeris yang tidak ada kena mengena dengan rumpun negara ini pun, nanti kita kena benarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, yang mana kita hendak menampakkan Bahasa Kebangsaan? So, oleh kerana itu kita telah- kerajaan dan juga rakyat telah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Bukan kita hendak meminggirkan bahasa Inggeris yang digunakan di seluruh dunia. Apa yang kita hendak memartabatkan Bahasa Malaysia adalah macam negara Indonesia. Orang Indonesia pun pakai bahasa Indonesia. ■1510 Akan tetapi dekat Malaysia ini berbanding dengan Singapura pun ada lain, dia berjalan sebagai sebuah negara rakyat mereka berbanding dengan kita pula. Macam kita, kita cakap banyak bahasa dan oleh kerana itu kerajaan telah membuat keputusan, kerajaan lama kah, kerajaan baharu sama. Ini adalah bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bukan kita hendak pinggirkan bahasa Inggeris Yang Berhormat. So, but we need, dengan izin, we need to have a uniform language, say that’s why be used. Akan tetapi untuk Yang Berhormat, kalau saya sudah beri keizinan, kalau sudah macam Yang Berhormat cakap itu sudah sangkut, boleh pakai bahasa Inggeris. Akan tetapi kalau hendak buat keputusan bahawa kita boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai satu bahasa komunikasi di dalam Dewan yang mulia ini, saya minta maaflah Yang Berhormat, saya tidak boleh membenarkan sebagai bahasa yang formal yang boleh digunakan dalam Dewan ini. Saya harap Yang Berhormat faham dan setuju dengan petua saya. Terima kasih. Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan mempertikaikan apa Tuan Yang di-Pertua telah menasihatkan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan. Dengan izin, you may continue. Tuan Nga Hock Cheh: Thank you very much. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia baharu is now born and to make Malaysia baharu a reality, we require a new mindset. It is said that no the new wine needs new wineskin. You cannot put new wine into old wineskin, otherwise the old wineskin would burst. Dalam bahasa, it reads something like this. Tiada sesiapa menuangkan air anggur baru ke dalam kirbat kulit yang lama, kalau dilakukan, kirbat itu akan pecah, air anggur itu akan terbuang dan kirbat itu pun rosak. Air anggur yang baharu mesti dituangkan dalam kirbat kulit yang baharu dan kedua-dua selamat. That is wisdom; Semalam kita dengar satu ucapan daripada seorang Yang Berhormat, dari Penang. He gave a very brave speech which is a very wise and tiada bau perkauman dalam ucapan. Saya diberi faham beliau tidak ada satu skrip yang bertulis apa Yang Berhormat itu berbahas, datang dari hatinya. This is a very rational leader and augurs good future of we have more people of such mindset and thinking, then it will all go well for the nation and the process of nation building and tanah tumpah darah kita ini mesti menjadi makmur, sentosa dan harmoni. Sorry, I was asked to do one job just now, let me do it first before I forget. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengalu-alukan tetamu daripada Pusat Khidmat Rakyat, Kawasan Parlimen Batu Pahat... [Tepuk] Just let me continue, I just want to say a little bit more. The process of cooperation that is needed among the various races in this country may be liken to this very simple example.

42 DN 4.12.2018

If A and B goes out fishing and they both work diligently and help each other to fill each other’s boat with fish, very soon both boats would be full of fish. However, if only A is working very hard to catch the fish and B is busy waiting for opportunity to take the fish that is already on the boat of A to fill his own boat with fish, then there will be a lot dispute, disharmony between the two and the two boats would remain not filled with the fishes from the sea. There are so many fishes in the sea waiting to be caught and instead the two boatmen are quarrelling- A and B between themselves. We must avoid any planning in our country that will create this sort of disharmony. We must rise above and said, “Come let’s help each other to fill each other’s boat with full of fish” And only then they would have fish for their family. Their neighbors also will enjoy the same prosperity, if they come from such a spirit and attitude. Just wind it up, I want to take this opportunity to say that only on the first of this month I attended the Tan Sri Tan Chee Khoon memorial lecture and three people received the integrity award. Mereka ialah Yang Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Yang Berhormat Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal Singh. These are people with principles, and people with integrity the very ingredient that the country is in dire need. I’m sure Yang Berhormat Lim Hui Ying will be very proud of his father’s DNA and we hope will continue not only with her but also with the MOF and also DNA of the late Mr. Karpal Singh in the person of Yang Berhormat Gobind Singh and the other sons of his who are serving the nation. These are the people who deserve to be enter into the Hall of frame for integrity and principle. Of course, we are also having leaders that probably we have put them in a different hall for what they have caused to the country. Maybe I’ll just end with that and the memandangkan pagi-pagi dengar banyak pantun, saya pun mahu ingin cuba karangkan sepatah dua, Tuan Yang di-Pertua.

Harapkan pegar, pegar makan padi, Harapkan BN barang harga naik tinggi, Ekonomi merosot kerana kleptokrasi, Kais pagi hanya cukup makan pagi. Nasib baik... Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sikit. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak payah. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Yang Berhormat... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, biar dia habiskan pantun dulu. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Pantun tidak betul Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sekarang SST pun lagi naik barang. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Mana boleh cakap macam itu. Tuan Yang di-Pertua: Nantilah, itu pantun dia Yang Berhormat. Biar dia habis pantun. Tuan Nga Hock Cheh: Saya sambung.

Nasib baik PR14 Pakatan Harapan sudah menang, Rezeki rakyat mulai menjadi lebih senang, Harapan negara bertambah cemerlang, Hidup rakyat tidak akan lagi membanting tulang.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

DN 4.12.2018 43

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan kita ini lain dari Dewan Rakyat. Kita sudah beberapa kali saya sudah cakap, kalau itu pantun, kalau hendak izinkan pantun, kita kena izinkan pantun. Pantun itu betul, tidak betul, bila Yang Berhormat berbahas, cuba betulkan saja Yang Berhormat. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa, terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun. ■1520 3.20 ptg. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Tuan Nga kerana berpantun dalam Bahasa Kebangsaan tadi. Saya tertunggu- tunggu juga kalau pantunnya dalam bahasa Inggeris tetapi dalam Bahasa Kebangsaan, saya ucapkan tahniah, sedap pantunnya berbunyi tetapi saya juga ada hendak balas apa yang disebutkan dalam pantun tersebut tetapi bukanlah dalam pantun, tetapi dalam perbahasan saya satu persatu… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tujukan pada saya Yang Berhormat. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Khairul Azwan bin Harun: Baik Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya pada petang ini untuk menyentuh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini dan juga telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ataupun Menteri Hal Ehwal Ekonomi kita di Dewan Negara semalam. Antara inti pati penting yang disebutkan oleh beberapa rujukan sebelum ini antaranya penanda aras ekonomi negara seperti pengurangan had perbelanjaan pembangunan dari RM260 bilion kepada RM220 bilion. Pendapatan per kapita yang disasarkan sebanyak USD11,700 menjelang tahun 2020 di bawah paras minimum bagi sebuah negara yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi termasuk juga beberapa lagi unjuran serta perubahan penanda aras yang telah digariskan sebelum- sebelum ini. Antara inti pati yang telah dibentangkan. Jadi kalau dilihat secara kasar, Kajian Separuh Penggal ini tidaklah membawa sebarang perubahan drastik dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia dilihat realistik namun saya percaya ia mempunyai kelompangan yang besar dari segi hala tujunya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan kelompangan tersebut. Ke manakah kita? Rancangan Malaysia Kesebelas sepatutnya memberikan gambaran besar akan pelan kerajaan dalam membentuk ekonomi negara. Dari Rancangan Malaysia Kesebelas inilah dasar-dasar digubal di peringkat kementerian dan agensi-agensi kerajaan akan turut serta menyesuaikan pelan perancangan tahunan mereka bagi menjayakan hasrat dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, katakanlah- minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ada menerima permintaan iaitu untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada Parlimen Setiawangsa. Kita berilah tepukan meja kepada mereka, selamat datang ke Dewan Negara... [Tepuk] Saya sambung Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh katakanlah kerajaan menetapkan bahawa Malaysia akan memacu industri pembuatan dan pengilangan dunia dengan memberi tumpuan terhadap industri berat. Maka kementerian-kementerian serta agensi-agensi kerajaan akan membentuk dasar mereka bagi mencapai hasrat ini sebagaimana yang telah kita pernah lihat sebelum ini pada era 90-an penumpuan telah diberikan dalam industri pembuatan melalui penubuhan syarikat kereta nasional, kilang keluli dan besi melalui PERWAJA dan usaha menarik minat syarikat dan pelabur luar untuk membuka kilang mereka di Malaysia.

44 DN 4.12.2018

Namun dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas kelihatan kabur akan hala tuju kerajaan dalam membentuk ekonomi negara. Memanglah bagus untuk kita menyasarkan fiskal defisit pada kadar tertentu atau meletakkan siling ke atas perbelanjaan. Namun bagi para pelabur serta komuniti perniagaan, mereka tahu apakah wawasan yang dibawa oleh kerajaan. Adakah kita bakal menjadi hab untuk teknologi hijau di Asia Tengara ataupun adakah kita akan kembali ke era industri gergasi dengan pengenalan semula syarikat kereta nasional yang baru? Adakah industri pembinaan masih lagi menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan penerusan projek-projek infrastruktur seperti ECRL dan HSR? Kerajaan Pakatan Harapan yang mempunyai reputasi dan berslogankan Wawasan 2020 ini, kali ini kelihatan agak kabur akan perjalanan ekonomi kita yang akan membuatkan para pelabur khususnya dari luar akan berasa khuatir dan mungkin takut untuk masuk ke dalam pasaran negara. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengumumkan pada fakta dan statistik yang telah kita peroleh dalam tempoh lima minggu sebelum ini berbilion dana asing telah keluar daripada Bursa Malaysia. Minggu lalu sahaja pada hari Selasa Ahli- ahli Yang Berhormat, pada hari Selasa on one single day or in single day, dengan izin, lebih daripada RM270 juta telah keluar daripada Bursa Malaysia hasil penjualan saham oleh pelabur asing. Bahkan minggu sudah telah diumumkan dana yang keluar daripada Bursa Malaysia yang direkodkan pada bulan Oktober berjumlah lebih RM1.1 bilion dalam satu bulan sahaja. Apakah perancangan jitu untuk kos sara hidup? Tuan Yang di-Pertua, tidak guna kita mencapai kadar pendapatan tertentu sekiranya kos sara hidup itu terus meningkat. Realiti pada hari ini nilai Ringgit berlegar dalam paras 4.2 kepada USD1 yang memberi kesan yang amat ketara kepada harga barang. Ini saya hendak menjawab sedikit isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Nga iaitu kos bahan- bahan mentah dan barangan yang diimport telah meningkat kerana tukaran wang asing ataupun nilai Ringgit kita telah jatuh. Akan tetapi ia juga memberi tekanan kepada harga barangan dalam negara apabila pengilang dan peniaga dilihat lebih cenderung untuk menghantar produk mereka ke luar negara berbanding dengan pasaran tempatan. Harus ada satu perancangan jelas khususnya daripada Kementerian Kewangan atau Menteri ekonomi dalam mengukuhkan Ringgit. Saya kira adalah lebih baik dan lebih jitu sekiranya perancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kerajaan boleh menetapkan sasaran ataupun langkah-langkah jelas bagi mengukuhkan ringgit. Kita dengar dengan bangga dan gah, kerajaan telah menguar-uarkan janji-janji yang telah ditunaikan ataupun telah dijanjikan sewaktu pilihan raya yang lalu antaranya untuk menghapuskan GST dan telah dihapuskan pun GST. Bagi saya ini bukanlah satu kejayaan sebenarnya walaupun yang dilaungkan ialah pemansuhan GST itu akan... Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan... Tuan Khairul Azwan bin Harun: ...Mengurangkan... Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Boleh? Tuan Khairul Azwan bin Harun: Sekejap, penghapusan GST itu akan mengurangkan kos sara hidup di mana harga barang juga akan turun tetapi malangnya ia tidaklah seperti yang digambarkan sebelum ini. Silakan Yang Berhormat. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: …Terima kasih sahabat saya. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Senator. Dalam laporan East Asia and Pacific Economy Update, edisi Oktober 2018, Bank Dunia melaporkan ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan berikutan pembatalan beberapa projek infrastructure mega selain didorong oleh prospek perdagangan dan eksport yang lembap.

DN 4.12.2018 45

Keduanya, mohon juga pandangan Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan rantau Pasifik iaitu Sudhir Shetty berkata Malaysia akan berdepan pertumbuhan lebih perlahan dalam tempoh tiga tahun akan datang disebabkan pengurangan eksport dan pelaburan awam sehingga tahun 2020. So, apa komen Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ▪ 1530 Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Datuk Abbas. Ya, saya setujulah dengan pandangan dan juga perkara yang telah dibangkitkan. Kalau pandangan daripada penganalisis-penganalisis antarabangsa termasuk juga institusi-institusi yang disebutkan tadi, maka apa yang saya nak bangkitkan dalam perbahasan saya pada petang ini Tuan Yang di-Pertua adalah kerajaan kena benar-benar melihat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini, apakah strategi-strategi yang boleh menjamin bahawa prospek ekonomi negara kita ini akan berubah ataupun kita boleh menangkis daripada ia terus merudum. Kita setujulah bahkan dalam banyak laporan sama ada dalam negara ataupun luar negara, memang menunjukkan trend ekonomi itu mengucup. Mungkin barangkali dasar-dasar fiskal kita termasuk juga dasar-dasar monetari kita yang bakal dibuat ataupun telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini tidak sesuai untuk- saya fikir menangkis ataupun menangani permasalahan kelembapan ekonomi dalam dunia waktu ini. Saya nak sambung, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya sebut tadi kita telah dengar janji-janji sebelum ini. Maka saya nak nyatakan kalau sebelum ini memang kedengaran apabila disebut sekiranya GST itu tiada dan SST itu diperkenalkan nanti, harga barang akan turun. Malangnya yang saya dapat lihat dan kita semua sedia tahu, yang turun itu bukan harga barang, Tuan Yang di-Pertua. Yang turun ini harga sawit dan harga getah. Hari ini harga sawit Ahli-ahli Yang Berhormat tahu berapa satu tan? Sebanyak RM1,839 satu tan berbanding pada bulan Mei yang lalu berada pada kadar RM2,396. Pada hari ini, harga sawit RM1,830 satu tan. Getah, Tuan Yang di- Pertua, turun juga. Pada Mei yang lalu, harga getah adalah pada RM4.87 sekilogram. Pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, hanya pada RM3.80 sen per kilogram. Jadi betullah yang turun tetapi harga sawit dan harga getah. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Minta penjelasan. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Boleh, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan harga, bukan isu apa yang naik, apa yang turun cuma I nak fokus kepada kelapa sawit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat nak bagi- bukan penjelasan dari dia. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Minta. Minta penjelasan. Ini back ground sedikit apa yang saya nak tanya. Saya cakap saya cuma nak fokus kepada harga minyak kelapa sawit sahaja. Adakah maksud Yang Berhormat penurunan itu disebabkan oleh polisi-polisi kerajaan? Ini kerana kefahaman saya, saya bukan pakar ekonomi tetapi kefahaman saya, salah satu sebab penurunan harga minyak kelapa sawit ialah excessive soya bean crop di US. Cuma I nak tahu sama ada saya punya kefahaman itu betul atau tidak betul. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun bukan pakar ekonomi di sini, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan. Akan tetapi yang saya faham, dengan sedikit ilmu ekonomi yang ada, Malaysia ini merupakan negara kedua terbesar sebagai pengeluar sawit di dunia. Pertama, Indonesia. Kita yang nombor dua. Pada tahun 2016, kita mengeluarkan lebih 20 juta tan metrik minyak sawit. Besar itu. Kalau Indonesia, pada sekitar lebih 30 juta tan metrik.

46 DN 4.12.2018

Jadi saya pun faham kita punyai tekanan juga daripada kebanyakan negara Eropah yang tidak mahukan minyak sawit kita diguna pakai. Akan tetapi saya nak nyatakan. Sebenarnya pengguna minyak sawit yang terbesar di dunia ini adalah China dan India. Tidak ada kena mengena pun dengan benua Eropah. Kita pun tahu, antara pedagang minyak sawit terbesar di dunia ini adalah tidak lain dan tidak bukan bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan iaitu Tan Sri Robert Kuok. Saya pernah bangkitkan perkara ini sebelum ini. Mungkin kerajaan boleh melakukan sedikit intervensi. Kalau beliau merupakan antara pedagang terbesar minyak sawit di dunia, kalau kita nak bandingkan Tuan Yang di-Pertua, dengan OPEC. Negara pengeluar minyak dunia pun boleh mempengaruhi harga pasaran minyak dunia seperti Saudi Arabia dan Amerika Syarikat sendiri. Kenapa tidak kita sebagai negara kedua terbesar di dunia sebagai pengeluar minyak sawit mempunyai peranan untuk membuat sedikit intervensi. Jadi saya nak teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi RM50 dan RM100 bagi penggunaan pengangkutan awam. Ini saya fikir satu langkah yang baik yang boleh kita sama-sama puji. Akan tetapi saya tidak pastilah sama ada ia dapat membantu golongan pertengahan dan B40 yang bukan berada dalam kawasan bandar, Tuan Yang di-Pertua. Saya ini walaupun bukan Ahli Parlimen tetapi kampung saya adalah di luar bandar iaitu di Pasir Salak. Saya bukan Ahli Parlimen Pasir Salak. Ahli Parlimen Pasir Salak ialah Ketua Bahagian saya. Saya Timbalan Ketua Bahagian Pasir Salak sahaja. Jadi saya juga mewakili orang kampung saya di Parlimen Pasir Salak. Mereka ini sama ada di Pasir Salak kah, di Kelantan kah, di Terengganu kah, di Kedah kah, sampailah ke Sabah dan Sarawak, sebenarnya tidak dapat pun nak menikmati kemudahan awam seperti MRT dan LRT ataupun sistem bas Rapid. Mereka ini tidak dapat merasa pun sebenarnya melainkan kalau datang ke Kuala Lumpur lah akan subsidi pengangkutan awam ini. Pada masa yang sama, yang saya telah bangkitkan tadi, dengan harga getah yang jatuh, harga sawit pun terus jatuh. Sejak kerajaan baharu mengambil alih, bantuan- bantuan seperti BR1M dikurangkan, pelbagai bentuk subsidi terus untuk nelayan, petani dipotong dan bermacam-macam lagi. Saya fahamlah sama ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi kah atau Menteri Kewangan kah datang daripada kawasan bandar. Mungkin tidak dapat ataupun tidak rasa sangatlah. Saya minta janganlah dilupakan kepada penduduk luar bandar yang sebenarnya telah banyak berkorban untuk membantu memajukan infrastruktur yang ada di kawasan bandar dan kota. Wajar dalam semakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini dilihat semula, diteliti semula akan nasib penduduk luar bandar khususnya yang tidak lagi mendapat pelbagai bantuan sebagaimana yang telah disediakan oleh kerajaan. Maka saya nak bangkitkan juga. Mungkin boleh dijawab oleh Menteri ataupun kementerian yang berkaitan. Bantuan-bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pun saya ada dapat maklumat. Mungkin Yang Berhormat juga ada maklumat ini yang mana sebelum ini telah dapat tiap-tiap bulan. Ini sudah tujuh bulan tidak terima bantuan bulanan JKM ini. Ini saya bercakap ini bukan orang yang ada memberi maklumat tidak tepat. Ini memang betul orang-orang susah. Ada yang dengan izin Tuan Yang di-Pertua, blind couple, yang tiada anak. Kedua-dua suami isteri ini buta. Sebelum ini dapat tiap-tiap bulan sebanyak RM250 daripada JKM. Selepas Pilihanraya Umum Ke-14, tiba-tiba putus tidak dapat. Datuk Razali bin Idris: [Bangun] Tuan Khairul Azwan bin Harun: Sekejap. Saya pun tertanya-tanya jugalah. Kenapa tidak tiba lagi bantuan langsung daripada JKM ini. Silakan, Yang Berhormat Senator Datuk Razali. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

DN 4.12.2018 47

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma nak minta penjelasan. Seperti mana Yang Berhormat cakap tadi berkenaan dengan bantuan JKM. Ada orang yang tidak dapat bantuan JKM. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua, saya minta senarai nama daripada Yang Berhormat, supaya kita dapat lihat siapa sebenarnya yang tidak dapat. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih. Sebenarnya ada senarai itu. Di kawasan saya sendiri pun, beratus-ratus bahkan ada juga daripada kawasan lain terutamanya kawasan-kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat . Kita pun tidak tahu. Tenggelam punca juga tiba-tiba stop langsung bantuan JKM. Jadi saya tidak pasti. Mungkin saya nak lihat kembali dalam bajet. Mungkin pada mungkin depan kita ada Perbahasan Belanjawan 2019. Mungkin kita boleh perhebatkan lagi perbahasan kita kerana saya nak lihat dengan teliti. Saya difahamkan ada pertambahan tetapi tidak dapat… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Razali boleh tolong kot. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Senarai ada. Datuk Razali bin Idris: Saya minta senarai, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Ada, ada. Saya sudah jawab tadi ada. Senarai ada. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat minta senarai untuk menolong kah? ■1540 Datuk Razali bin Idris: Senarai bagi kat saya, saya hendak tengok senarai. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih banyak-banyak Datuk Razali. Ikhlaskah ni, ikhlas? Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Dia nak tolonglah itu. Datuk Razali bin Idris: Apa pula ikhlas tak ikhlas? Yang Berhormat mendakwa tujuh bulan. Tuan Yang di-Pertua: Nanti sekejap. Saya pun tak... Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Kalau macam itu Tuan Yang di- Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Nanti, Ahli Yang Berhormat nanti sekejap. Yang Berhormat, Yang Berhormat minta itu untuk apa? Datuk Razali bin Idris: Oleh sebab saya rasa tidak pernah berlaku. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Datuk Razali bin Idris: Tak pernah berlaku. Jadi, saya hendak minta benda itu, biar jelas di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dalam ini kita bukan mahkamah untuk bagi keterangan. Bila Yang Berhormat memberitahu, dia memberitahu kepada Menteri. Kalau Yang Berhormat nak tolong, itu terpulang kepada Yang Berhormat. Akan tetapi kalau nak minta secara- dia kena beri itu, tidak ada. Kalau dia cakap itu adalah rintihan ataupun tohmahan, biar Menteri yang bagi jawapan. Kita jangan gaduh sesama kita. Datuk Razali bin Idris: Bukan bergaduh Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah. Akan tetapi saya rasa macam tohmahan saja, itu saja maksud saya. Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Ini bukan Pasir Salak saja Tuan Yang di-Pertua, di Batu pun ramai Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, tak apa, ini berapa orang cakap ini? Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Nanti saya bagi list kepada Yang Berhormat Razali, dia tolonglah.

48 DN 4.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ini tak ada pengalaman macam di Dewan Rakyat. So, tolong seseorang saja bercakap. Sekarang dia dah minta itu, kalau boleh... Datuk Razali bin Idris: Terima kasih, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan. Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang mendoakan Yang Berhormat Datuk Razali dapat jadi Menteri di JKM ini fasal very proaktif, terima kasih ya. Jadi, di mana saya tadi? Okey. Sampailah ke Sabah dan Sarawak, itu dah sebut Tuan Yang di-Pertua. Jadi, untuk sistem percukaian negara, saya hendak sebut juga di sini. Untuk memacu ekonomi negara, seterusnya menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kita perlukan bahan bakar dan bahan bakar yang dimaksudkan ini ialah pendapatan kepada kerajaan. Jangan fikir minyak pula, ini pendapatan kepada kerajaan. Amat sukar melainkan kita mempunyai jumlah petroleum seperti Saudi Arabia ataupun mempunyai simpanan hasil bumi yang banyak untuk kita mencapai status negara berpendapatan tinggi sekiranya kita bergantung harap semata-mata kepada sistem percukaian lapuk dan tidak transparent seperti SST. Jadi, kereta hendak bergerak ini nak kena ada minyaklah, Yang Berhormat Datuk Ghani. Antara kesilapan terbesar yang saya fikir telah dibuat ialah apabila kerajaan menghapuskan GST dengan alasan kerana terikat dengan janji-janji manis Pilihan Raya Keempat belas yang dibuat. Saya ingat lagi pada persidangan yang lepas, Menteri Kewangan apabila saya mencelah bertanya, dia kata kita kena buat juga. Walaupun kita tahu GST ini lebih transparent, lebih berkesan daripada SST tetapi kena buat juga kerana kita dah janji. Nanti tak nak rakyat fikir kita ini ada ‘udang di sebalik batu’. Jadi disebut, boleh check dalam Hansard, saya ingat lagi. Jadi, saya fikir akhirnya seperti mana yang kita lihat pada hari ini, berlakulah kelompangan pendapatan yang begitu besar sehinggakan terpaksa ambil additional RM30 bilion untuk menampung Belanjawan 2019 pada tahun hadapan daripada Petronas. Saya tak nak pergi panjang lebarlah, minggu depan kita ada lagi perbahasan mengenai belanjawan. Saya masih terkilan hanya kerana hendak menyelamatkan air muka atas sebab janji politik, kita perlu membayar harga yang begitu tinggi. Sehinggakan kita terpaksa mengurangkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, mengurangkan biasiswa serta menghapuskan program antaranya MyBrain serta meningkatkan fiskal negara kerana mahu mengisi kelompangan yang saya sebut tadilah. Ini dah jadi macam cerita Robinhood tetapi reverse Robinhood. Robinhood ambil daripada orang kaya, bantu orang miskin. Ini tidak, yang mana yang orang miskin dapat dulu, ditarik balik untuk tampung subsidi yang melibatkan orang kaya. Jadi, ia punya cerita itu reverse Robinhood. Jadi kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masih banyak lagi yang mahu disentuh. Namun, kerana kesuntukan masa ini, saya minta izin untuk menyimpulkan pandangan saya ini mengenai isu yang telah saya bangkitkan. Rancangan Malaysia Kesebelas adalah pelan dan peta yang menentukan perjalanan ekonomi negara untuk tempoh lima tahun. Rancangan Malaysia Kesebelas tinggal lagi dua tahun, tamat tahun 2020. Maka, ianya mestilah bersifat jelas dalam menentukan hala tuju ekonomi negara kerana ia bakal menterjemahkan falsafah ekonomi negara kepada pelabur luar dan juga dalam. Namun, dalam kita mengejar sasaran-sasaran ekonomi ini, kita juga jangan lupakan akan kesejahteraan ekonomi domestik, khususnya kepada golongan yang memerlukan. Oleh itu, saya menekankan kepada keperluan untuk para penjaga ekonomi negara ini dalam mengukuhkan nilai Ringgit secara serius. Seterusnya, merangka dasar bagi membantu semua golongan rakyat dan tidak terlalu tertumpu pada hanya pengundi-pengundi mereka di kawasan-kawasan bandar sahaja. Akhir sekali, saya mengingatkan bahawa dalam mengejar sasaran untuk menjadi negara maju, maka haruslah kita memperbetulkan sistem percukaian kita.

DN 4.12.2018 49

Walaupun ianya pahit dan barangkali membawa tindak balas politik, namun dalam mentadbir negara kadang-kadang kita perlu melakukan perkara yang betul tetapi tidak popular. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana bermuafakat. Saya mendoakan agar perancangan kerajaan ini akan berjaya. Walaupun kita di pihak pembangkang, kita masih lagi bermuafakat demi kebaikan negara. Kita tetap akan bermuafakat demi kebaikan negara. Walaupun berbeza parti, akhirnya kita semua adalah rakyat Malaysia dan kejayaan di pihak kerajaan adalah juga kejayaan dan kesejahteraan buat rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang berperanan untuk menjadi semak dan imbang, check and balance kepada kerajaan, saya pohon untuk beberapa perkara tersebut dilihat semula, diperbaiki dan diperbetulkan. Bukan sahaja buat orang kampung saya di Pasir Salak tetapi untuk seluruh lapisan masyarakat di luar dan di dalam bandar yang menyokong kerajaan ataupun tidak menyokong kerajaan agar semakan semula Rancangan Malaysia Kesebelas ini benar-benar satu perancangan yang jelas dan mampu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

3.47 ptg. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta dalam perbahasan pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan para pegawai EPU di atas pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang mana memberikan keutamaan dan penekanan baru bagi memacu negara dan rakyat ke arah yang lebih cemerlang. Apa yang saya harapkan mewakili rakyat negeri Kelantan khususnya, enam tonggak yang dirancang ini mampu untuk merealisasikan pembangunan sosioekonomi yang disemak semula agar kepentingan kumpulan B40 dan M40 terus dipelihara demi mendepani cabaran global dan persekitaran dunia mengikut aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Agenda 2030 untuk mencapai pembangunan mampan, tumpuan dan keutamaan perlu diberikan ke atas kadar kemiskinan relatif yang membelenggu masyarakat luar bandar dan kumpulan B40 di bandar agar mereka ini tidak terperangkap dalam keadaan semasa yang memeritkan rakyat. Justeru, kerajaan perlu memastikan bantuan sara hidup rakyat dan mekanisme kawalan harga barangan keperluan asas perlu dirancang dengan teliti agar kenaikan harga barangan pengguna tidak meningkat mendadak seperti membebankan rakyat. Saya hendak menyentuh sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Nga tadi mengenai barangan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bila BN memerintah, barang naik, bila Kerajaan Pakatan Harapan, barang turun. ■1550 Saya rasa itu tidak berapa betul saya ini seorang wanita, seorang tukang masak. Di rumah sayalah yang memasak, yang beli barang pun saya, saya tahu semua harga. Harga telur contohnya harga telur Gred C bulan November RM10.60, bulan Disember sebulan dari bulan November RM12.40. Semua barang saya tahu semua tidak boleh tipu, saya yang beli barang sendiri... [Dewan Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, justeru saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, apakah dengan penstrukturan harga minya petroleum yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019 tidak memberi impak kepada kenaikan kos barangan pengguna terutama di kawasan luar bandar dan wilayah terpencil seperti di negeri Pantai Timur Sabah dan Sarawak?

50 DN 4.12.2018

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tentang bagaimanakah cara terbaik penentu ukuran pendapatan per kapita dan pendapatan isi rumah diselidiki agar sasaran kerajaan membantu golongan B40 ini lebih bersasar. Perolehan data yang tepat ini amat penting agar perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020, mampu memberi impak terhadap kebolehupayaan kumpulan isi rumah meningkatkan mobiliti sosial mereka. Justeru saya mohon penjelasan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Statistik tentang bagaimanakah data tinjauan serta bancian semula profil isi rumah ini diperoleh dengan tepat dan seiring dengan perancangan kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal ini dan dijadikan ukuran dalam agenda 2030. Tuan Yang di-Pertua, masalah harga komoditi sawit dan getah serta intensif bantuan berarah yang perlu diberikan kepada pekebun kecil dan pengusaha kecil komoditi ini perlu diberikan perhatian. Keadaan pasaran global yang lemah dan trend penurunan harga minyak sawit mentah sejak Mei 2018 memerlukan langkah yang lebih proaktif kerajaan menangani harga pasaran komoditi ini. Justeru saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perusahaan Utama tentang bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh institusi MPOB untuk memastikan lonjakan harga komoditi sawit ini ditingkatkan melalui sokongan pasaran tempatan terutama menaikkan penggunaan B10, biodiesel di sektor awam dan swasta pada tahun 2019. Bagaimanakah JKR, PBT dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat meningkatkan total industrial volume penggunaan getah asli dalam teknologi pembikinan jalan raya melalui teknologi Cold Mix Asphalt (CMA) sebagai bahan adunan tambahan yang jauh lebih berkualiti tinggi dan meminimumkan kos selenggaraan jalan raya. Apakah strategi kerajaan membantu pekebun kecil mendapatkan persijilan MSPO akan benar- benar membantu harga komoditi sawit dilonjakkan? Dan bagaimana pula Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah dikaji semula agar kesusahan mereka pada ketika ini diberi perhatian sewajarnya. Yang Berhormat Tuan Khairul Azwan telah sebut tadi harga getah hari ini RM3.80 per kilo sekarang, jadi musim tengkujuh ini adalah musim yang paling susah bagi golongan penoreh Tuan Yang di-Pertua. Di mana pun dalam dunia ini, tidak ada penoreh yang boleh menoreh dalam musim hujan, musim tengkujuh. Kalau adalah orang yang mengatakan boleh menoreh dalam musim tengkujuh orang itu memang jahillah tentang menoreh tidak tahu apa-apalah tentang menoreh ini. Saya tahu sebab saya ini duduk di kawasan orang menoreh, saya ini orang kampung Tuan Yang di-Pertua. Orang kampung di Kelantan. Tuan Yang di-Pertua bolehlah pergi rumah saya, saya duduk kampung... [Disampuk] Maka saya cadangkan supaya golongan ini diberi Bantuan Musim Tengkujuh. Kalau dahulu dapat RM200 bulan November, Disember dan bulan Januari dapat RM200, RM200 semua RM600, sekarang ini orang datang rumah saya Tuan Yang di-Pertua minta duit tiada duit. Orang kampung datang hendak makan pun tidak dapat saya tahu, saya dapat merasai denyut nadi mrk memang betul-betul tidak ada wang. Jadi mereka ini sejak dari dahulu mengharapkan bantuan kerajaan, jadilah sebuah kerajaan tempat rakyat marhaen berlindung. Ibarat pohon rendang Tuan Yang di-Pertua, daunnya tempat berteduh, batangnya tempat bersandar, dan akarnya tempat bersila. Hilang habis sudah ya... [Dewan Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat jangan emosi Yang Berhormat. Saya ini- yang pasal getah, Yang Berhormat pasal getah ini saya pun faham sebab saya ini orang India... [Dewan Ketawa] Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi di seluruh negeri berjalan dengan sekata dan sama rata, Kerajaan Persekutuan perlu menambah baik hubungan antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan Kerajaan Persekutuan. Justeru kerajaan perlu memastikan segala usaha ini direformasi segera agar imbangan pertumbuhan ekonomi dicapai.

DN 4.12.2018 51

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagaimanakah isu pemberian tunai hasil petroleum negeri Kelantan diselesaikan segera? Saya rasa Yang Berhormat Puan Asmak pun setuju dengan cadangan saya. Bolehkah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memberikan unjuran angka dan anggaran nilai bayaran tunai ini serta tunggakannya selaras dengan hasil pengeluaran yang dilakukan PETRONAS atau syarikat usaha sama Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) di utara Semenanjung Malaysia yakni luar pantai Kelantan. Saya mohon juga bilakah tarikh spesifik agihan bayaran tunai ini dapat dimuktamadkan. Bagaimanakah kerajaan memulihkan pelaburan asing atau tempatan di Hab Halal Kelantan agar pelaburan pembinaan infrastruktur oleh ECR di Lubok Jong Pasir Mas dimanfaatkan segera dan tidak menjadi projek gajah putih. Apakah komitmen Kerajaan Persekutuan dalam perancangan agenda 2030 untuk memastikan pembangunan jaringan pengangkutan dan jalan raya di sektor ekonomi Pantai Timur terus diberikan perhatian? Dan Kementerian Kerja Raya memastikan jalan-jalan persekutuan antara negeri-negeri di Pantai Timur dinaiktarafkan bagi memenuhi keperluan rakyat Pantai Timur? Apakah perancangan Kerajaan Pakatan Harapan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi terutamanya sektor pelancongan diperkasakan di Pantai Timur agar golongan B40 dapat meningkatkan mobiliti sosial mereka. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sektor modal insan amat perlu dititikberatkan dan kualiti pendidikan TVET serta pendidikan sepanjang hayat mesti di perkasa segera agar kualiti pekerja dan kadar pampasan pekerja terus meningkat. Masalah pengiktirafan TVET terutamanya lepasan Kolej Komuniti dan Koleh Vokasional perlu ditangani segera. Untuk itu saya ingin penjelasan dari Kementerian Pendidikan tentang apakah status kajian TVET yang dipengerusikan Yang Berhormat Nurul Izzah, Parlimen Permatang Pauh? Dan apakah kemajuan Jawatankuasa ini? Saya ingin mendapatkan penjelasan dari JPA tentang pengiktirafan gaji permulaan bagi lulusan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Vokasional Malaysia? ■1600 Apakah kini penjawat awam yang baru dilantik ke perkhidmatan awam dan badan berkanun bagi lepasan sijil koleh komuniti dan kolej vokasional menikmati mata gaji yang lebih tinggi dari kelulusan SPM? Saya ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan bagaimana pengiktirafan MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di selaraskan agar lepasan institusi TVET dapat meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana di IPTA dan mekanisme transfer credit tidak membebankan lepasan TVET serta mereka ini tidak mengulang balik subjek-subjek yang telah mereka pelajari di kolej komuniti dan kolej vokasional. Tuan Yang di-Pertua, ancaman kestabilan dan ketenteraman awam yang dicetuskan oleh beberapa kelompok minoriti dalam negara amat membimbangkan. Kementerian Dalam Negeri perlu memastikan sebarang ancaman yang melibatkan provokasi kestabilan dan keharmonian kaum perlu dipelihara. Kejadian dan tragedi Kuil Sri Maha Mariamman Seafield menunjukkan betapa perlu kerajaan membendung sebarang provokasi terhadap kaum dipelihara terutamanya melibatkan penularan berita- berita tidak benar dan berbentuk hasutan. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan SKMM, bagaimanakah SOP yang dikuatkuasakan PDRM apabila berdepan dengan orang awam yang berhimpun secara haram dan mengancam ketenteraman awam di kaji dan dipertingkatkan terutama bagi mendepani persekitaran internet of things ataupun IOT yang menyebabkan sesuatu berita atau peristiwa rusuhan dan suasana tidak tenteram di satu tempat diambil tindakan segera dan orang awam yang menggugat ketenteraman ini diambil tindakan sewajarnya melalui peruntukan kanun keseksaan. Bagaimanakah fungsi yang boleh dimainkan oleh SKMM dalam membantu PDRM dalam mengawal tularan dan hantaran berita mengenai rusuhan dan kejadian provokasi yang mengancam keselamatan orang awam dapat dikawal dengan cepat atau secara real time di media sosial di Malaysia.

52 DN 4.12.2018

Apakah langkah yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menangani sikap dan integriti anggota pentadbiran kerajaan yang memberikan komen negatif, bersikap prejudis serta menyalahkan PDRM atau agensi kerajaan apabila berlakunya suatu kejadian rusuhan, provokasi yang menjejaskan keharmonian awam dan hasutan dalam persekitaran isu-isu semasa yang melanda Malaysia kini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik reformasi Kerajaan Persekutuan dengan menambah baik tadbir urus kerajaan dan agensi serta tumpuan keutamaan integriti dan akauntabiliti ditingkatkan di kalangan anggota pentadbiran atau penjawat awam di kalangan Gred Utama - Turus dan JUSA serta Kumpulan Pelaksana. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanakah kriteria yang diformulasikan dalam kaedah yang diguna pakai SPRM dalam menentu ukur pengisytiharan harta di kalangan anggota pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta penjawat awam gred utama, Turus, KSU, KSN, KPN dan JUSA agar kerangka pengisytiharan harta benar-benar memanfaatkan ketelusan individu terbabit dan akauntabilitinya kepada rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, melalui pemerhatian saya terutama di negeri-negeri Pantai Timur, isu lambakan tanah pertanian terbiar masih belum lagi dimuktamadkan melalui perancangan teliti dan dasar pertanian yang komprehensif. Isu perkembangan sektor tani terutamanya sektor tani yang menghasilkan tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan tempatan perlu diberikan penekanan khusus dalam tahun 2019, 2020 dan Agenda 2030 agar kebergantungan negara terhadap import sayuran dan buah-buahan dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Seminit Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, teruskan. Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Ya Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Bagaimanakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan penekanan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah-tanah terbiar pertanian milik rakyat. Apakah perancangan dan komitmen yang dimainkan oleh MARDI agar hasil kajian benih teknologi dan ciptaan pertanian dikomersialkan demi kemajuan sektor pertanian negara? Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh jabatan pertanian, MARDI dan IPTA yang menawarkan kursus pertanian agar memberikan latihan dan tunjuk ajar secara agresif terhadap orang awam bagi memastikan aktiviti pertanian secara kecil- kecilan dapat dibuat oleh setiap isu rumah di desa dan di bandar. Dengan inisiatif ini kos sara hidup rakyat boleh dikawal dan diminimumkan. Tuan Yang di-Pertua, tumpuan khusus juga perlu dibuat terhadap industri perikanan negara. Kegagalan kerajaan dalam merealisasikan pertumbuhan sektor perikanan apabila Konsortium Perikanan Nasional Berhad di terajui oleh Oilcorp Berhad dan Jabatan Perikanan pada tahun 2005 yang dilancarkan. Pada masa kini, kita sudah tidak mendengar lagi mengenai konsortium ini. Soalan saya, apakah status konsortium ini dan berapakah hutang atau liabiliti yang dialami oleh Konsortium Perikanan Nasional Berhad sehingga 2018 ini? Bagaimana kerajaan menangani recovery kerugian kerajaan dalam konsortium ini dan apakah sasaran terkini bilangan vessel dan lesen nelayan tempatan bagi aktiviti laut dalam dan jumlah pendaratan yang direkodkan pada tahun ini serta unjurannya pada 2019 dan 2020? Sehingga kini, berapakah bilangan vessel negara asing dan nelayan asing yang bekerja dengan syarikat tempatan dan apakah sasaran kerajaan untuk memastikan 100 peratus nelayan tempatan menceburi aktiviti laut dalam tercapai.

DN 4.12.2018 53

Tuan Yang di-Pertua, Kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan semua jenis hukuman mati bagi semua kesalahan dalam siri perundangan negara. Kita amat gusar kerana dengan pemansuhan ini aktiviti jenayah semakin menular dan gagal dikawal. Justeru, saya mohon penjelasan dari kerajaan statistik terkini banduan akhir yang dijatuhkan hukuman mati mengikut kes sabitan meliputi bilangan warganegara mengikut kaum dan bilangan warga asing mengikut negara-negara asal banduan sabitan ini. Tuan Yang di-Pertua, isu penderaan kanak-kanak dan keselamatan mereka semasa berada di bawah jagaan taska ataupun pengasuh memerlukan sokongan dan komitmen kerajaan sewajarnya. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, saya mendapat maklum balas dari orang awam menyeru kerajaan menubuhkan lebih banyak taska milik kerajaan dibina demi kemudahan masyarakat terutamanya golongan B40. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, apakah kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat kajian bagi keperluan untuk menubuhkan taska di suatu komuniti mengikut lokaliti penduduk seperti Parlimen, DUN dan PDM? Berapakah kakitangan taska dan orang awam yang diberikan latihan dan pengiktirafan untuk mengendalikan operasi taska? ■1610 Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat yang akhir-akhir kini semakin kerap berlaku dan amat memerlukan komitmen Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah lebih komprehensif agar mala petaka banjir kilat tidak mengancam nyawa orang awam. Kerajaan Persekutuan tidak boleh meletakkan tanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur perparitan dan sistem saliran di bahu kerajaan tempatan sahaja. Ia memerlukan bajet yang besar untuk menaik taraf kemudahan perparitan dan saliran ekoran pertambahan penduduk dan bilangan rumah. Oleh itu saya mohon penjelasan, apakah perancangan kerajaan dalam memastikan PBT diberikan bantuan khas kewangan dalam menaik taraf kemudahan perparitan dan saliran yang boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagaimana cara yang paling realistik dalam membangunkan sistem bersepadu dalam pengurusan risiko bencana alam banjir dengan mengintegrasikan data ramalan cuaca dan hebahan amaran kepada orang awam melalui media sosial digital. Akhir sudah. Tuan Yang di-Pertua, episod kemalangan maut yang melibatkan kenderaan komersial dan kenderaan berat amat membimbangkan masyarakat. Seluruh rangkaian lebuh raya, jalan raya persekutuan, jalan negeri terdedah kepada kemalangan maut yang berganda bilangannya apabila melibatkan kenderaan komersial dan kenderaan berat. Untuk itu saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Menteri Kerja Raya atau KPKT tentang bagaimanakah kita dapat pastikan pengguna kenderaan berat tidak memandu secara melulu, mematuhi had kelajuan dan laluan yang dikhaskan sahaja apabila memandu kenderaan berat, ataupun komersial. Saya juga ingin mendapat komitmen kerajaan bagaimana bentuk hukuman yang lebih berat ke atas pemandu-pemandu yang mengakibatkan kes-kes kemalangan maut agar jalan raya dan lebuh raya kita tidak menjadi medan penamatan nyawa orang awam. Bagaimanakah Kementerian Kerja Raya dan kerjasama PBT agar operasi kendalian kenderaan berat diharamkan dan beroperasi semasa waktu puncak ketika pelajar sekolah, warga kerja dan orang awam pergi balik ke tempat kerja? Tuan Yang di-Pertua, bagi membendung kejadian kemalangan di lebuh raya berlaku pada waktu malam, kerajaan perlu memastikan kemudahan lampu jalan di laluan kritikal dan berisiko terjadinya kemalangan jalan raya di pasang secepat mungkin dan diberi keutamaan dalam tahun 2019 dan 2020. Justeru saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya, apakah kerajaan sedar bahawa di laluan kilometer 39 hingga 41, Lebuhraya KL-Karak, lokasi penurunan cerun tinggi dan naik bukit selepas kawasan Rehat dan Rawat Genting-Sempah, masih tidak mempunyai kemudahan lampu jalan raya semenjak lebuh raya ini dibuka kepada orang.

54 DN 4.12.2018

Justeru saya mohon kepastian, apakah kekangan utama syarikat konsesi dan apakah masalah yang dihadapi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sehinggakan kompelin pengguna Pantai Timur yang memohon kerajaan menangani masalah ketiadaan lampu di kilometer 39 hingga 41 ini ditangani segera. Saya mohon kementerian mengambil maklum masalah ini dan harapannya Yang Berhormat Menteri KKR, yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh dapat memberi perhatian kepada isu ini. Sebelum saya mengakhiri, ucapan perbahasan ini, saya juga, Yang Berhormat Datuk Razali, saya juga Yang Berhormat Datuk mempunyai masalah yang sama dengan Yang Berhormat Tuan Azwan tadi. Ada di tempat saya menerima bantuan JKM, senarai itu akan saya berikan kepada Yang Berhormat Datuk. Nanti saya balik ke Kelantan, saya ambil dan saya beri. Okey. Akhir kata saya mohon menyokong pembentangan Kajian Separuh Penggal ini. Harapan saya agar tumpuan dan penekanan baru kerajaan bakal memanfaatkan rakyat jelata semua. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datin Rahimah Haji Mahamad. Ucapannya dia tulis, ada guideline dia, teratur, kemas nampaknya. Terima kasih dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali.

4.15 ptg. Datuk Rabiyah binti Ali: Assalamualaikum warahmatullahi taalahi wabarakatuh Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Datuk Rabiyah binti Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan keizinan kepada saya untuk membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Yang Kedua. Saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana pembentangan Kajian Separuh Penggal ini rancangan yang lebih utama dan juga penekanan baru akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020 bersesuaian dengan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan dalam reformasikan sistem pentadbiran negara amat kita alu-alukan. Justeru cadangan kerajaan untuk mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 bagi menempatkan beberapa agensi seperti Jabatan Audit Negara, SPRM, EAIC, SPA, SPP, Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan beberapa agensi lain amatlah dialu-alukan. Soalan saya kepada kerajaan, bagaimanakah kerangka migrasi dalam menempatkan tadbir urus beberapa agensi yang kritikal ini di bawah perkhidmatan Parlimen serta bagaimana kerajaan benar-benar pasti bahawa transformasi akan sedia wujud tanpa campur tangan eksklusif ke atas agensi- agensi kerajaan. Bagaimana pula pindaan perundangan yang perlu dibuat ke atas beberapa perkhidmatan seperti EAIC, SPRM dan Suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan agensi ini merupakan atas kuasa Perdana Menteri. Apakah dengan komitmen meletakkan agensi ini di bawah pentadbiran Parlimen dan beberapa peruntukan perundangan akan segera dipinda bagi menyesuaikan transisi transformasi. Tuan Yang di-Pertua, sasaran kerajaan untuk menjadikan negara berada dalam keadaan lebih selamat dan tenteram memerlukan KDN dan Polis Diraja Malaysia berusaha lebih keras memastikan jenayah terancang dikenal pasti secara total dan juga penguatkuasaan ke atas aktiviti melibatkan kongsi gelap, perjudian, maksiat akan ditangani dengan amat cekap. Fokus kerajaan dalam keutamaan dan penekanan baru yang menyasarkan 60 peratus persepsi selamat dan hanya 342 kes jenayah bagi setiap 100 ribu populasi memerlukan hubungan erat PDRM dan komuniti bagi membanteras segala bentuk jenayah. Soalan saya, berapakah bilangan kes-kes pembanterasan premis-premis judi online dan juga judi haram yang diserbu dan diambil tindakan penutupan sehingga November 2018. Bagaimana pula Polis dan juga kerjasama erat PBT membuat kawal selia yang amat tegas terhadap operasi kedai urut, SPA dan juga salon kecantikan agar kegiatan menawarkan seks haram dapat dibendung di seluruh negara.

DN 4.12.2018 55

Berapakah serbuan dan siasatan dibuat ke atas premis-premis di seluruh negara? Bagaimana pula pemantauan yang dibuat di premis-premis hiburan seperti bar, kelab malam dan juga pusat karaoke yang mana sering melanggar had masa operasi dan dengan ini merupakan venue wajib berlaku penagihan dadah statik di kalangan pengunjungnya. Bagaimana pula aktiviti risikan jenayah dan integriti pasukan kerana kejadian kes-kes pegawai kanan polis melindungi kegiatan jenayah terancang ini sering terjadi dan apakah komitmen KDN dalam memastikan kecurigaan masyarakat terhadap PDRM ini dapat dibendung sepenuhnya. ■1620 Tuan Yang di-Pertua, masalah lumba haram dan membawa kereta secara melulu oleh pemandu-pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari negara Singapore menjadikan satu ancaman yang sukar untuk kita selesaikan. Malah, Lebuhraya PLUS Johor Bahru-Melaka menjadi litar pengujian kenderaan berkuasa tinggi ini hampir setiap minggu. Justeru, saya berpandangan kerajaan perlu membuat satu tindakan yang amat tegas dan memastikan aktiviti lumba haram ini, konvoi-konvoi kenderaan mewah yang mendatangkan risiko kepada pengguna tempatan ini ditangani dengan cekap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan PDRM. Satu pindaan perundangan perlu dibuat bagi membendung lebuh raya di Malaysia dan tidak dijadikan litar lumba oleh warga Singapura kerana ianya amat menjejaskan keselamatan orang awam. Soalan saya, apakah kerajaan dapat meningkatkan kawalan terhadap kenderaan yang didapati melakukan kegiatan lumba haram ini di tengah hari masuk ke Malaysia? Sistem jumlah kompaun saman trafik ke atas kenderaan warga asing ini dinaikkan ke satu jumlah yang maksimum dan kenderaan ini tidak akan dibenarkan meninggalkan CIQ selagi saman tidak dijelaskan. Untuk tujuan ini, kerajaan perlu memastikan semua saman melibatkan kenderaan asing direkodkan secara real time dan pemandu serta kenderaan yang memiliki saman trafik dikehendaki menjelaskan kompaun sebelum meninggalkan CIQ di seluruh negara. Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan kerana mengambil langkah proaktif menambahkan pewartaan kawasan-kawasan larangan merokok di seluruh negara. Kementerian Kewangan juga telah menaikkan cukai tembakau bagi memastikan harga rokok yang dijual di pasaran lebih tinggi bagi membendung aktiviti merokok. Masalah yang masih belum diselesaikan kini hanya rokok haram. Aktiviti penyeludupan dan pengedaran rokok haram ini semakin menjadi-jadi dan dilihat seperti sukar untuk dikawal kerana individu penguat kuasa sendiri pun membeli rokok-rokok haram ini. Justeru, saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, bagaimana Kastam dan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain melakukan lebih usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran rokok-rokok haram atau lari cukai. Bagaimana KPDNHEP membasmi pengedaran rokok-rokok haram di seluruh kedai- kedai runcit dan serba guna agar aktiviti pengedaran rokok haram ini dapat dibendung sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan untuk meliberalisasikan skim perolehan kerajaan dengan melipat gandakan pendekatan secara tender terbuka dan tidak lagi mengamalkan tender terhad ataupun rundingan terus. Soalan saya kepada Kementerian Kewangan, apakah kerajaan bersedia melalui kerangka tender terbuka yang dilaksanakan melalui skim perolehan kerajaan, sistem e-perolehan, berupaya menangani kapasiti bidaan syarikat yang mungkin di luar capaian dan kapasiti sistem. Bagaimanakah kerajaan menangani isu jenayah siber dan integriti ke atas sistem e-perolehan kerana sistem ini dikendalikan oleh pihak konsesi luar? Jadi, bagaimana kerajaan dapat pastikan suatu bidaan yang dibuat dalam sistem e-perolehan yang tidak tiris?

56 DN 4.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, kawal selia berasaskan intensive IVR dan juga ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) bagi bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia merupakan kaedah baharu bagi memastikan pengguna terus menghargai kecekapan penjimatan tenaga. ICPT bermula dengan tempoh kawal selia pertama bagi tempoh Januari 2015 hingga Disember 2017 dan kini berada dalam fasa kawal selia kedua. Untuk tempoh tiga tahun bagi bermula dari tahun 2018 hingga 2020. Soalan saya kepada Suruhanjaya Tenaga, apakah akan berlaku kenaikan asas elektrik bagi tahun 2019 berdasarkan prestasi semasa harga pasaran bahan api yang diunjurkan pada tahun 2019? Bagaimana kerajaan menangani kejatuhan nilai Ringgit berbanding USD bagi mengimbangi kos perolehan bahan api seperti arang batu dan gas agar kadar tarif elektrik ini tidak membebankan pengguna domestik dan pengguna komersial? Pada tahun 2019, kerajaan menyasarkan liputan bekalan tenaga elektrik akan mencapai tahap 99 peratus pemasangan di seluruh negara. Ini bakal mengurangkan jurang kehidupan bandar dan luar bandar, terutamanya bagi merancakkan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Dalam memastikan bekalan tenaga elektrik ke sasaran hampir 41,160-volt menjelang 2020, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan. Bagaimanakah perancangan kerajaan dalam menyasarkan peningkatan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga? Bagaimana pemain industri bekalan elektrik tenaga boleh diperbaharui dapat membida projek tenaga solar pada tahun 2019 hingga 2020? Bagaimanakah intensif kerajaan kepada pengguna dalam menggalakkan penggunaan teknologi solar hybrid agar bil elektrik isi rumah dapat diminimumkan kepada tahun 2019 hingga 2020 di seluruh negara? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mewartakan pelaksanaan standard mandatori mengenai harga capaian MASP dan penurunan harga jalur lebar talian di seluruh negara pada 2 Oktober 2018. Saya mendapat rungutan dari orang awam, Telekom Malaysia masih lagi tidak dapat memuktamadkan pertikaian pengguna ke atas kadar harga langganan Streamyx di kawasan luar bandar yang mana harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan pakej UniFi Telekom Malaysia. Disebabkan infrastruktur fiber optic yang masih lagi belum meliputi semua kawasan di luar bandar, kos jalur lebar ini tinggi dan pematuhan Telekom Malaysia kepada MASP ini tertangguh. Soalan saya, bagaimanakah SKMM dan kerajaan menangani masalah ini secara holistik agar sentiasa menang-menang di kalangan pengguna Streamyx Telekom Malaysia dapat dikurangkan beban bil jalur lebar mereka? Bagaimana pula kerajaan mengambil langkah yang paling efektif kerana pelaksanaan MASP ini telah menggugat nilai pasaran syarikat telekomunikasi yang mana saham TM dan Axiata milik kerajaan terjejas ekoran pelaksanaan MASP ini. Tuan Yang di-Pertua, bermula tahun 2019, Kementerian Pendidikan telah memansuhkan peperiksaan Tahap Satu iaitu pelajar Darjah 1, 2 dan 3. Ini kerana Yang Berhormat Menteri Pendidikan akan mengumumkan skim pentafsiran baru bagi menguji pelajar Tahap Satu ini. Soalan saya, sejauh manakah persediaan kementerian untuk menangani isu yang mungkin berbangkit dari keputusan memansuhkan peperiksaan Tahap Satu? Bagaimana mekanisme pentafsiran baru yang bakal dilaksanakan agar prestasi akademik pelajar tidak terjejas dan guru tidak terkeliru? Apakah kerajaan perlu mengambil kira kesan migrasi pemansuhan ini ke atas prestasi akademik pelajar Tahap Dua? Bagaimana kerajaan memastikan pelajar tidak terkesan apabila menduduki peperiksaan UPSR? Bagaimana pula latihan ke atas guru-guru yang mana keputusan pemansuhan ini akan membebankan guru untuk menyesuaikan dasar baru ini dalam perkhidmatan mereka? Tuan Yang di-Pertua, aspek pembangunan usahawan desa perlu diperkukuhkan agar belia-belia desa tidak berhijrah ke bandar dan masalah sosial atau permintaan terhadap skim perumahan mampu milik di bandar utama tidak menjadi masalah besar kepada kerajaan. Justeru, Kementerian Pembangunan Usahawan dan MITI perlu menerokai agenda pembangunan usahawan belia dan desa agar ia mampu meningkatkan daya maju sektor ekonomi negara.

DN 4.12.2018 57

Soalan saya kepada kerajaan, bagaimana Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat menggalakkan belia menubuhkan koperasi peruncitan? Kedai harga patut di setiap daerah dan MITI, melalui pelbagai agensi membantu koperasi-koperasi belia ini mendapatkan bekalan produk dari pengilang pada kadar harga lebih rendah. Ini akan manfaatkan penduduk luar bandar mendapatkan barang pengguna dengan harga patut. Bagaimanakah agensi seperti MARA, PUNB dan bank komersial dapat memberikan pinjaman mudah memulakan perniagaan kepada golongan belia agar isu menangani kemampuan menyediakan cagaran atau jaminan dan collateral dapat diminimumkan semasa permohonan pinjaman dibuat. ▪ 1630 Bagaimana kerajaan melalui kerangka promosi berganda di media agar dapat membantu semua usahawan belia yang membuka koperasi, kedai harga patut di desa menikmati sokongan pengiklanan strategik bagi mempromosikan perniagaan mereka. Tuan Yang di-Pertua, kegiatan seni dan budaya di seluruh desa dan daerah di seluruh negara perlu diberikan perhatian sewajar peruntukan bagi membangunkan kegiatan seni dan budaya perlu disynergykan agar pementasan seni persembahan budaya dan aktiviti seni mengisi kalender pelancongan negara serta menjana pendapatan peniaga desa apabila kegiatan seni dan budaya menjadi tarikan pengunjung. Soalan saya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, bagaimana kerajaan menumpukan perhatian bagi memastikan aktiviti-aktiviti seni dan budaya ini dilaksanakan secara agresif dan venue persembahan di setiap daerah dimasukkan dalam kalendar pelancongan kebangsaan agar ia menjana pendapatan masyarakat desa. Bagaimanakah dapat penggiat seni ini diberikan intensif agar penglibatan penggiat seni dapat membuat persembahan seni dan budaya agar menarik pelancong asing yang lebih ramai datang ke Malaysia menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, pada November 2018, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa JAKIM telah mengkaji secara serius pelaksanaan sekatan bank terhadap bekas suami yang gagal menjelaskan dan culas memberikan nafkah wajib kepada anak-anak dan bekas isteri. Pemurnian ketetapan perundangan ini amat perlu kerana pada hari ini kes-kes penceraian naik dengan mendadak. Soalan saya, apakah perkembangan terkini kajian dan intensif JAKIM bagi melaksanakan cadangan sekatan bank kepada suami culas? Bagaimana kerjasama yang perlu dilakukan dengan Majlis Agama Negeri agar tindakan yang sama ini dipanjangkan di seluruh negeri agar keseragaman hukuman ini akan membela nasib anak-anak dan bekas isteri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 ini dan setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, barisan anggota Kabinet dan pegawai-pegawai dan pegawai pelaksana kerana bertungkus-lumus menjayakan semua program yang telah dan bakal dilaksanakan. Semoga usaha dan bakti semua pihak dirahmati Allah. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Perbahasan yang baik. Point-point ada. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Dipersilakan.

4.33 ptg. Datuk Ng Chiang Chin: Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Negaraku Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) ini. Sebelum saya memulakan perbahasan, saya melahirkan perasaan bersyukur saya terhadap Tuhan kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Pembentangan RMKe-11 ini.

58 DN 4.12.2018

Ini kerana saya pernah bahas semasa Pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas pada tahun 2015. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk berbahas pada Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas pada hari ini. Perdana Menteri kita pada Khamis, 18 Oktober yang lalu telah membentangkan di Dewan Rakyat menggariskan enam teras untuk pembangunan negara. Enam teras strategik dan enam pemacu perubahan yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. RMKe-11 ini merupakan tunjang utama negara kerana ia merupakan langkah terakhir kita dalam menuju cita-cita, aspirasi dan harapan rakyat iaitu menuju Wawasan 2020. Ia sudah bukan menjadi wawasan tetapi satu kenyataan yang realiti dan untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan, penggal saya juga akan berakhir pada tahun 2020. Untuk perbahasan saya kali ini, saya tidak akan berbahas panjang cuma akan menyentuh beberapa perkara sahaja. Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai janji Pakatan Harapan mengenai royalti minyak kepada Kelantan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kesediaan dan kerajaan sanggup menolong dan membantu untuk pembangunan Kelantan. Saya berharap perkara ini dapat menjadi realiti. Ini kerana rakyat Kelantan memang dahagakan kemajuan dan pembangunan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri mengenai aspek keselamatan negara. Ini kerana sekiranya negara kita tidak aman, maka kemajuan dan pembangunan tidak akan mudah dicapai dan yang menjadi hanya rakyat biasa. Ini berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Ketua Polis baru-baru ini bahawa terdapat satu trend di kalangan anggota muda yang suka bersara lebih awal. Tidak ramai anggota polis sanggup berkhidmat lama dan memilih untuk bersara lebih awal. Pada pandangan saya, ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya faktor tekanan kerja, faktor keselamatan dan kita tidak boleh nafikan faktor pandangan masyarakat mengenai kerjaya anggota polis juga mempengaruhi anggota polis muda. Selain daripada faktor yang baharu saya sebut tadi, sebab lain kenapa anggota muda memilih untuk bersara awal kerana mereka menerima tawaran lebih menarik di sektor swasta. Ada yang menjadi pegawai peribadi kepada tokoh-tokoh korporat dan orang kenamaan di mana mereka menggunakan segala latihan dan kecekapan semasa berkhidmat sebagai anggota polis di sektor swasta. Perkara ini sebenarnya hanya merugikan pasukan anggota polis kerana pegawai baharu harus diambil dan harus menjalani latihan mengikut tempoh yang ditetapkan dan baharu bertugas di lapangan. Soalan saya kepada kementerian, adakah kementerian menyedari mengenai perkara ini? Dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan masalah ini sebelum menjadi parah kepada perkhidmatan anggota polis. Saya juga ingin bertanya mengenai pengambilan anggota polis. Apakah kaedah yang digunakan oleh kementerian dalam menjalankan promosi untuk menarik minat masyarakat bukan Melayu menyertai anggota polis? Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai negara membangun akan merasai penduduk yang mencapai usia tua dalam masa terdekat dan bilangan mereka semakin meningkat. Kelajuan Malaysia mencapai status negara tua adalah lebih pesat berbanding negara maju. Ini mungkin berlaku disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang canggih. Warga emas di Malaysia akan berganda daripada tujuh peratus kepada 14 peratus dalam masa 28 tahun sahaja berbanding negara Sweden yang telah mengambil masa selama 112 tahun untuk perubahan yang sama menurut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) 2007. Sehubungan itu, Malaysia tidak mampu duduk diam dan harus bangkit untuk menangani isu-isu berkaitan penduduk warga tua. Mengikut kaji selidik oleh PBB pada tahun 2009, Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Ini bermakna Malaysia akan menjadi negara tua menjelang Rancangan Malaysia Ke-14. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal untuk menangani isu penuaan dan penduduk dengan penggubalan Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995.

DN 4.12.2018 59

■1640 Dasar Warga Emas Negara mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara. Persekitaran dalaman dan luaran yang mesra warga emas harus disediakan malah dipertingkatkan bagi membolehkan warga emas berfungsi dengan baik. Persekitaran yang membolehkan- dan membantu dapat mengurangkan ketidakupayaan yang dialami individu dan akan menggalakkan penglibatan warga emas dalam masyarakat. Aspek ini juga mengambil kira penggunaan teknologi bagi membantu warga emas hidup berdikari. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan Dasar Warga Emas Negara untuk mengurus warga emas ini. Ini kerana penyediaan harus dilakukan bagi menyediakan infrastruktur kemudahan dan perkhidmatan bagi warga emas ini di masa hadapan. Sekali lagi saya ingin bertanya apakah langkah-langkah kerajaan mengenai isu ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Isu yang saya ingin sentuh ialah mengenai liputan 3G dan 4G di Kelantan. Adakah kementerian sedar walaupun di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar, masih terdapat blind spot area dengan izin, di mana tiada access internet di kawasan tersebut. Ini menimbulkan keresahan dan kesusahan kepada pengguna internet sama ada kemudahan internet di rumah atau premis perniagaan. Soalan saya, adakah pihak kementerian akan mengkaji dan meneliti masalah ini dan mencari jalan penyelesaian dengan segera kerana ia bukan sahaja akan mengganggu sistem telekomunikasi malah segala perkara yang berkaitan dengan komunikasi seperti perniagaan dan perhubungan akan terjejas. Saya juga ingin bertanya mengenai liputan MYTV di Kelantan dan juga negeri- negeri di pantai timur. Saya difahamkan syarikat pengendali sedang menghadapi masalah dengan pihak Telekom Malaysia. Terdapat juga aduan bahawa liputan MYTV tidak meluas di kawasan luar bandar di Kelantan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian mengenai isu yang saya bawa tadi? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai pembangunan pertanian di negara kita. Sebelum itu, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana berjaya menganjurkan MAHA baru-baru ini. Sambutan dari rakyat amat tinggi walaupun ada beberapa perkara harus diperbaiki dari segi penganjuran MAHA tetapi hasrat kementerian untuk menggalakkan usaha tani di kalangan orang muda tercapai. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai apakah pencapaian terkini dalam bidang research and development (R&D) bagi menarik ramai orang muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Saya difahamkan bahawa kementerian ini ada dasar sumber rezeki baru (SRB). Adakah dasar ini masih wujud di kementerian? Sekiranya ada, apakah perkembangan, kemajuan dan sambutan orang ramai dari dasar ini? Seterusnya saya ingin bertanya berapakah jumlah dana yang sedia untuk sumber rezeki baru (SRB) dan berapakah telah disalurkan kepada petani untuk menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang pertanian dan berapa bilangan petani yang terhasil dalam program ini? Tuan Yang di-Pertua, kementerian terakhir yang saya ingin sentuh ialah Kementerian Pendidikan. Tiada siapa boleh nafikan bahawa pendidikan merupakan teras penting dalam pembangunan modal insan untuk menjadi negara maju. Pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sebahagian dari teras ketiga dari enam pelan strategik RMKe-11. Pendidikan berkait rapat dengan pembangunan, tanpa pendidikan yang baik pasti negara akan kecundang. Semua rakyat mahukan akses atau peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna sama ada masyarakat di bandar dan di luar bandar. Semua inginkan pendidikan yang terbaik. Tumpuan saya sekarang ini ialah mereka yang berada di luar bandar, masyarakat kampung terutamanya di Kelantan dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Soalan saya, apakah langkah proaktif kerajaan supaya tiada rakyat Malaysia akan terpinggir terutama masyarakat di luar bandar Sabah dan Sarawak dari arus pendidikan negara? Adakah kementerian ada menyediakan latihan dan persiapan kepada guru-guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah di luar bandar. 60 DN 4.12.2018

Apakah langkah-langkah kementerian bagi menangkis tanggapan rakyat bahawa mutu pendidikan kita masih di tahap yang rendah dan tidak setanding dengan negara maju yang lain. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya lihat sebagai suatu langkah yang positif dalam usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bersama jentera kerajaan untuk membawa Malaysia ke taraf sebuah negara maju menjelang 2020. Ketika ini saya sedih melihat apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini, dengan berlakunya sedikit kekacauan politik dan baru-baru ini isu kaum yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini. Kita harus memupuk nilai murni dan semangat perpaduan kerana masyarakat Malaysia memang dipandang tinggi di dunia. Ini kerana masyarakat kita merupakan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan budaya. Marilah kita sama-sama memelihara semua ini. Saya anggap ini semua sebagai ujian kepada kita semua sama ada kita akan hadapi dengan semangat yang kental dan bijaksana atau hanya mengambil kesempatan yang ada yang boleh memusnahkan kita semua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin memetik kata-kata ucapan dari sahabat saya semalam ialah Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi. Beliau ada menyebut mengenai untuk menjadi sebuah kerajaan yang kuat, kerajaan tersebut harus terbuka menerima kritikan sama ada dalam parti kerajaan itu sendiri atau parti pembangkang. Dari kritikan itu, maka kita semua boleh ambil pengajaran dan iktibar supaya kerajaan dapat membuat polisi-polisi dan dasar untuk rakyat. Antaranya, menyediakan peluang pekerjaan, membantu golongan petani, memelihara alam sekitar, menyediakan sumber air yang bersih, menyediakan pendidikan bermutu untuk anak-anak kita, kemudahan kesihatan yang baik dan membekalkan makanan yang secukup untuk rakyat Malaysia. Dengan ini kita semua boleh ambil peranan dan membina negara yang maju, aman dan sentosa. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya menyokong sepenuhnya pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita jemput pula Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas. Dipersilakan.

4.48 ptg. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas telah menjadi perbincangan yang hangat dalam kalangan penganalisis dan orang awam atas beberapa sebab. Pertama, rakyat ingin mengetahui di manakah kita berada pada ketika ini. Adakah sasaran yang ingin dicapai masih lagi relevan di dalam keadaan ekonomi semasa. 1650 Tuan Yang di-Pertua, perkara yang perlu saya sentuh ialah berhubung dengan hutang negara yang dimomokkan mencecah RM1 trilion. Namun begitu dalam laporan Kajian Separuh Penggal RMK-11 mengesahkan bahawa nisbah hutang kepada KDNK menyusut kepada 50.8 peratus dan bukannya naik. Anehnya dalam dokumen berkenaan tidak terdapat angka RM1 trilion. Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, bahawa hutang sebenar kerajaan ialah RM686 bilion berakhir tahun 2017 seperti yang terdapat dalam dokumen tersebut, serta diakui oleh Laporan Bank Dunia baru-baru ini. Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini iaitu pada tahun 2011- 2017, kadar pertumbuhan Malaysia mengatasi ekonomi empat harimau ekonomi di Rantau ASEAN iaitu Korea, Taiwan, Singapura, dan Hong Kong.

DN 4.12.2018 61

Oleh itu, jika hendak dikatakan Malaysia bakal muflis, maka ia adalah satu ciptaan dan andaian yang salah sama sekali. Ciptaan ini semata-mata untuk mencapai matlamat politik pihak-pihak tertentu. Jika benar hutang negara satu trilion yang meliputi liabiliti luar jangka dan pembayaran pajakan, saya mohon kerajaan untuk membentang secara terperinci senarai hutang-hutang tersebut, kadar faedah dan tempoh penyelesaiannya. Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon kerajaan untuk membentangkan secara terperinci hutang-hutang lama yang melibatkan syarikat gergasi kerajaan seperti MAS, PERWAJA, Proton, dan PETRONAS. Projek-projek negara seperti IPP, LRT, Cyberjaya, Multimedia Super Corridor, dan FKFZ, dan Bank Negara serta bank tempatan seperti Bank Bumiputera pada waktu era pentadbiran Perdana Menteri yang ada pada hari ini yang didapati banyak berlaku penyelewengan dan ketirisan. Tuan Yang di-Pertua, sungguh pun demikian semenjak teraju pemerintahan kerajaan berada di bawah Pakatan Harapan, hutang negara dalam suku ketiga tahun 2018 sahaja telah melonjak sebanyak RM731,134 bilion, daripada RM886 bilion pada akhir 2017. Ini adalah susulan tindakan kurang bijak kerajaan memansuhkan kutipan cukai GST dan menggantikan dengan cukai SST, yang menyebabkan pendapatan kerajaan menyusut sehingga menjejaskan banyak program kesejahteraan rakyat seperti BR1M dan bantuan kepada para petani, nelayan, dan peneroka serta para pelajar. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak berupaya menguruskan kewangan negara dengan baik. Dalam Laporan Bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, defisit fiskal telah kembali meningkat kepada 3.7 peratus daripada 2.8 peratus yang dijangkakan bagi tahun 2018.Defisit ini dijangka terus kekal tinggi pada tahun 2019 sebanyak 3.4 peratus dan pada tahun 2020 sebanyak tiga peratus. Apa yang membimbangkan kita dengan kadar perdagangan negara yang semakin menyusut berikutan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan, keadaan ini boleh mengakibatkan Malaysia berhadapan dengan defisit yang berganda. Bank Dunia juga menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.7 peratus pada tahun 2019 dan 4.6 peratus pada tahun 2020 berbanding prestasi luar biasa 5.9 peratus yang dicatat pada tahun 2017. Bank Dunia juga menyatakan, sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia akan terus berdepan risiko berikutan ketidakpastian dan dalam persekitaran luaran. Dengan terhapusnya cukai GST, Tuan Yang di-Pertua kerajaan kekurangan pendapatan untuk program-program pembangunan yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat. Kita patut bersyukur kerana semasa krisis kejatuhan harga minyak dan komoditi pada tahun 2016- 2017, hasil perolehan GST telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara. Saya bimbang dengan perkembangan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada suasana ekonomi global yang semakin malap, krisis ekonomi dunia yang melibatkan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat telah menampakkan kesan kepada Malaysia, ditambah dengan keadaan politik negara yang kurang stabil boleh melemahkan usaha untuk mencapai matlamat RMK-11. Bagi mengukur pendapatan negara dalam Bajet 2019, kerajaan telah menggunakan formula penetapan harga minyak mentah kepada USD70 satu tong. Kebanyakan para penganalisis berpendapat bahawa kaedah penetapan ini sangat tidak sesuai kerana harga minyak global sentiasa sahaja berubah-ubah dari masa ke semasa. Namun begitu, harga minyak dunia sekarang telah berubah. Harga minyak telah pun menyusut kepada USD58 setong berdasarkan harga pada bulan November 2018. Maknanya pendapatan negara telah menyusut. Keadaan ini akan menyebabkan defisit akan meningkat lebih daripada 3.7 peratus bagi tahun ini dan kedudukan defisit mungkin akan terus meningkat pada tahun hadapan memandangkan ekonomi global yang dijangka bertambah lembap. Semasa kejatuhan harga minyak yang teruk, pada tahun 2016 dan 2017, ini saya ulang balik kah ini?... Berjaya menyelamatkan ekonomi negara melalui pendapatan GST. Tuan Yang di-Pertua amat mendukacitakan, walaupun harga minyak kembali stabil berbanding tahun 2016, pendapatan Kerajaan Persekutuan telah merosot. Sebagai contoh pendapatan bulan Jun 2018 hanya berjumlah RM14.1 bilion berbanding RM20.9 bilion pada tahun 2018. 62 DN 4.12.2018

Kemerosotan ini adalah disebabkan langkah mensifarkan cukai GST. Keadaan bertambah teruk kerana kerajaan tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan balik GST yang perlu dibayar sebaik disifarkan. Dengan pemansuhan GST, kerajaan terpaksa kehilangan hasil pendapatan RM44 bilion berbanding SST cuma berupaya mengutip sebanyak RM21 bilion bagi tahun 2018. Itu sebabnya hutang kerajaan telah membengkak kepada RM731,134 bilion, dalam tempoh tujuh bulan sahaja. Akibatnya defisit fiskal 2018 telah kembali meningkat kepada 3.7 peratus iaitu lebih tinggi berbanding unjuran sebelum ini. ■1700 Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan risiko terhadap penarafan kredit negara kepada negatif yang pada waktu ini pada A3 seperti mana yang diunjurkan oleh badan penarafan Moody’s dan A- oleh badan penarafan Fitch. Oleh itu, saya ingin tahu apakah langkah pendapatan baharu jangka panjang yang dirancang kerajaan untuk menangani pemansuhan GST? Tuan Yang di-Pertua, satu lagi langkah yang kurang bijak kerajaan adalah menggunakan wang PETRONAS sebanyak RM30 bilion untuk membayar balik tuntutan kembali cukai GST dan cukai pendapatan yang berjumlah RM37 bilion. Langkah ini sangat-sangat membahayakan kewangan negara. Oleh kerana jika berlaku krisis ekonomi, negara akan berhadapan dengan kedudukan kewangan yang sukar untuk menguruskan negara. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah rasionalnya kerajaan membuat pinjaman kewangan daripada Kerajaan Jepun? Menurut Perdana Menteri, kerajaan memohon pinjaman dalam mata wang Yen untuk menyelesaikan hutang negara. Persoalannya, mengapa kerajaan tidak mahu membuat pinjaman dari dalam negara kerana ia selamat dan kurang berisiko. Apa yang menghairankan, hampir semua hutang kerajaan adalah dalam Ringgit dan hanya dua peratus daripada RM686 bilion hutang kerajaan sebelum ini dalam mata wang asing, termasuk Yen. Tun Mahathir dipetik sebagai berkata, telah meminta Jepun memberikan kredit Yen kepada Malaysia dengan kadar faedah yang dibayar balik lebih 40 tahun. Langkah kerajaan ini boleh mendatangkan risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila kita meminjam dalam mata wang asing seperti Yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran mata wang Ringgit-Yen dan juga kadar faedah negara Jepun. Negara tidak akan muflis apabila meminjam dalam mata wang sendiri kerana pengeluaran Ringgit dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, tidak timbul isu negara akan muflis dengan 98 peratus daripada hutang kerajaan didominasi dalam Ringgit. Buat waktu ini, negara masih terhutang berbilion-bilion Ringgit kepada negara Jepun, yang mana hutang-hutang bilateral ini dibuat pada tahun 90-an untuk projek khusus seperti projek pembangunan luar bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Projek Empangan Bris, projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi. Apa yang menjadi persoalan lebih besar ialah kerana kerajaan membuat pinjaman daripada Jepun untuk membayar hutang dan bukannya untuk pembangunan. Seterusnya, saya ingin penjelasan kerajaan. Apakah rasional di sebalik daripada tindakan kerajaan menjual aset-aset bernilai tinggi, Khazanah Nasional GLC seperti mana yang berlaku terhadap IHH Berhad iaitu kumpulan hospital kedua terbesar di dunia? Saya berasa sangat janggal dengan tindakan kerajaan menjual IHH Berhad kepada syarikat Mitsui, Jepun dengan harga RM8.4 bilion yang menjadikan pemegang saham terbesar syarikat tersebut. Saya ingin tahu kenapa kerajaan menjual aset kepada orang asing yang terbukti sebuah syarikat yang telah berjaya memberi keuntungan kepada kerajaan? Tuan Yang di-Pertua, saya turut berasa kecewa kerana tindakan Kerajaan PH ini telah menyebabkan negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat multinasional bertaraf global.

DN 4.12.2018 63

Saya juga difahamkan kerajaan juga berhasrat untuk menjual 25 peratus saham dalam PETRONAS yang boleh memberi dana sebanyak RM200 bilion kepada kerajaan. Oleh itu, saya minta penjelasan kerajaan, adakah maklumat ini benar ataupun salah? Jika benar, ia amat mendukacitakan kerana aset kerajaan bakal dijual kepada pihak lain dan mungkin kepada orang asing dan kroni-kroni pihak tertentu. Kalau IHH Berhad terlepas kepada orang asing dan begitu juga mungkin terjadi kepada aset-aset lain kerajaan. Adakah ini dapat disamakan dengan dakwaan Pakatan Harapan sebelum ini bahawa negara bakal dijajah oleh rakyat asing? Saya mohon pencerahan. Bagi mengelakkan kerugian besar kepada negara dan rakyat Malaysia, saya berpendapat telah tiba masanya kerajaan mewujudkan satu dasar berhubung penjualan aset kerajaan ini perlu bagi memastikan aset-aset menjaga kepentingan hak bumiputera dan rakyat Malaysia, pemilikan-pemilikan oleh rakyat asing boleh menyebabkan keistimewaan untuk kaum bumiputera dan rakyat Malaysia terhakis. Di samping itu, bagi mengelakkan daripada aset-aset ini dijual kepada kroni- kroni pihak tertentu, saya juga tertarik dalam usaha kerajaan untuk memerangi rasuah. Pada tahun 2010 dan 2011, Kerajaan Barisan Nasional telah mencadangkan sistem dana politik yang telus tetapi ditolak oleh pembangkang di waktu itu. Pada masa itu, kerajaan hendak simpankan dalam rekod semua transaksi dana politik secara sistematik supaya tidak ada rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya tetapi telah ditolak oleh parti pembangkang. Jadi hari ini, saya cadangkan- saya ada cadangan baru, kita hendak tengok- jadi, hari ini ada cadangan baru pula, kita hendak tengok apa cadangan baru ini? Akan tetapi prinsipnya telah dimulakan oleh kerajaan yang terdahulu tetapi telah ditolak oleh pembangkang pada masa itu. Bagi bersikap adil, saya menyeru kerajaan supaya penyiasatan terperinci dilakukan terhadap tabung kewangan semua parti-parti politik bagi memastikan tiada berlaku unsur rasuah dan kemasukan dana politik dari agensi negara asing ke dalam negara. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, terhadap perakuan yang dibuat oleh International Republican Institute (IRI). Sebuah badan pemikir berpangkalan di Washington, bahawa mereka telah menyalurkan dana politik kepada parti-parti politik. Pendedahan ini membuktikan bahawa pihak asing telah berjaya campur tangan dalam hal ehwal negara kita. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meluahkan rasa kecewa kerana laporan ini langsung tidak menyentuh janji Pakatan Harapan. Dalam manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu, sebaliknya ia sekadar lanjutan daripada usaha yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu. Dalam laporan tersebut tidak dinyatakan pelaksanaan penghapusan tol, penghapusan PTPTN, penghapusan hutang peneroka FELDA dan sebagainya. Malah, hari ini kita dikejutkan oleh beberapa perkara yang memeranjatkan rakyat. ■1710 Soal-soal untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di bawah sana langsung tidak ada. Bajet yang dibentangkan tempoh hari langsung ketepikan masalah rakyat marhaen di bawah sana. Ini yang mendukacitakan kita. Tadi sahabat- sahabat saya, rakan-rakan saya memberitahu bukan sahaja soal masalah getah, masalah sawit, masalah nelayan, malah yang di bandar ini juga masalah JKM tidak dibayar sepenuhnya seperti yang terdahulu. Ini amat malang dan kita di bawah sana juga terdengar bisik-bisik daripada rakyat keseluruhannya, mungkin ada kesilapan di mana- mana. Kita berdoa kepada Allah SWT supaya ia kembali pulih seperti sedia kala. Jadi harapan saya kepada RMKe-11 ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengambil kira masalah rakyat di bawah sana. Masalah rakyat yang cukup terseksa hari ini, masalah rakyat yang tidak cukup untuk menampung keluarga mereka. Saya difahamkan pekebun kecil getah mendapat pendapatan lebih kurang RM8 sehari hari ini. Apa yang mereka hendak makan Tuan Yang di-Pertua? Sekolah sudah hendak buka. Dulu Tuan Yang di-Pertua, menjelang persekolahan ini kita ada RM100 untuk anak-anak baharu masuk sekolah. Kita ada program Back To School, sekarang tidak ada, kosong. Ramai rakyat datang jumpa kita, cikgu-cikgu pun datang jumpa kita Tuan Yang di-Pertua. Padan muka kata, dulu pilih sangat, tanggunglah sendiri.

64 DN 4.12.2018

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon maaf, saya dengan ini menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani. Terima kasih atas ucapan tadi dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing.

5.12 ptg. Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi saya laluan untuk berbahas petang ini, stand by punya candidate. Saya akan mengehadkan bahas saya kepada Kajian Separuh Penggal sahaja ya. Isu yang kita bahas dalam tiga hari ini. Saya menerima baik laporan baik Kajian Separuh Penggal yang di bentang oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi kelmarin. Dalam tempoh kajian semula 2016 sampai 2017, ekonomi negara dikatakan mencatat pertumbuhan purata sebanyak 5.1 percent setahun iaitu dalam sasaran asal antara lima persen hingga enam persen. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016 adalah sebanyak 4.2 persen dan tahun 2017, 5.9 persen. Itu juga memuaskan. Namun beberapa sasaran tidak tercapai. Bagi tempoh 2018 sampai 2020, keutamaan dan penekanan baharu perlu diperkenalkan untuk memastikan sasaran dapat dicapai dalam rancangan RMKe-11. Ada beberapa penekanan baharu yang menggembirakan iaitu seperti mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Suruhanjaya seperti SPRM dan SPR bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Ini cadangan yang menggembirakan. Mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan seperti Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja adalah langkah yang kita semua patut sokong demi kepentingan negara. Saya berharap pelaksanaan cadangan ini disegerakan. Walau bagaimanapun, saya minta penjelasan dari kementerian berkenaan iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, langkah-langkah penekanan baharu seperti berikut. Tonggak kedua iaitu keutamaan pertama meningkatkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama. untuk memperkasakan kumpulan minoriti bagi suku-suku kaum Sarawak dan Sabah, saya minta makluman yang terperinci mengenai program pendidikan, latihan, kemahiran dan keusahawanan yang dirancang dalam tahun 2018 sampai 2020? So saya minta kementerian memberi makluman yang terperinci mengenai program-program ini. Di bawah tonggak kedua juga, keutamaan kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat. Sebanyak 200 ribu rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 2018 sampai 2020. Dari jumlah ini saya bertanya berapakah unit akan dibina di Sarawak? Berapakah sebenarnya harga rumah yang dikatakan rumah mampu milik ini? Oleh sebab dahulu bila dikatakan rumah rakyat itu murah, tapi bila sudah siap, ia berharga sampai RM300 ribu satu unit. So saya harap kali ini tidak berlaku yang sama. Di bawah tonggak ketiga, menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang dalam strategi C5, meningkatkan pembangunan tanah adat. Pengukuran dan pemetaan hak tanah adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah adat dibangunkan. Akan tetapi saya keliru sikit dengan hasrat ini sebab tiada peruntukan dalam Bajet 2019 untuk perkara ini. So, bagaimana hendak melaksanakan kerja pengukuran dan pemetaan kalau tiada bajet? Di tahun-tahun yang lepas, sebanyak RM30 juta setiap tahun diperuntukkan untuk Sarawak untuk tujuan ini. So, saya minta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau Kementerian Kewangan memberi penjelasan mengapa tidak ada peruntukan untuk tahun akan datang atau tahun 2019? Berkenaan dengan kemudahan kesihatan, Hospital Umum Miri akan di naik taraf. Saya ucapkan terima kasih atas cadangan ini tetapi yang penting juga membina satu lagi poliklinik atau pusat kesihatan untuk Bandaraya Miri. Saya rasa lebih penting dari naik taraf Hospital Miri ini sebab dua poliklinik yang sedia ada di Bandaraya Miri adalah terlalu sesak tiap-tiap hari dan tidak mencukupi untuk rakyat di Bandaraya Miri.

DN 4.12.2018 65

■1720 Mengenai sekolah daif yang sudah disentuh oleh rakan saya kelmarin tapi saya juga mahu bercakap sikit dengan masalah ini, sekarang ikut statistik yang sedia ada di kerajaan Sarawak ada 1,020 buah sekolah yang daif di seluruh Sarawak. Dari jumlah ini 415 buah memerlukan perhatian segera sebab 415 buah sekolah ini di senaraikan di bawah kategori 3 yang bermakna lebih dari 75 percent bangunan sekolah tidak boleh diguna pakai. Category 3 means 75 percent of the school building cannot be used, tidak boleh digunakan dengan izin. Saya minta agar peruntukan untuk Sarawak ditambah untuk membaik pulih sekolah-sekolah yang daif ini. Sebagai comparison, sebagai contoh Bajet 2018 iaitu tahun ini, RM2.5 bilion sudah diberi untuk sekolah daif dan dari jumlah itu RM1 bilion untuk Sarawak. Dalam tahun ini, tahun 2018, 116 buah sekolah telah di baik pulih yang menelan belanja RM416.5 million iaitu dari RM500 million yang diperuntukkan untuk tahun 2018, yang saya ingin tanya ialah di manakah baki RM500 million yang diperuntukkan untuk tahun 2019 atau tahun depan. Ini kerana kalau kita tengok bajet untuk 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat hanya RM100 million saja diperuntukkan untuk tahun 2019, untuk masalah ini. Mengenai gaji bulanan minimum yang sudah dikatakan RM1,500 sebulan. Saya merasa ini tidak mencukupi memandangkan harga barang yang sudah naik dan mata wang ringgit yang sudah turun. Saya cadangkan mengapa tidak naikkan gaji bulanan minimum itu ke RM1,500 selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya yang ke-14. So, saya berharap Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mendengar saya punya cadangan dalam beberapa perkara yang saya sudah sentuh. Dengan ini saya mohon menyokong Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas 2016- 2020. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing, terima kasih banyak-banyak. Sekarang akhirnya kita menjemput Yang Berhormat Datuk Abidullah Salleh. Ada? Tidak ada? Yang Berhormat Datuk Abidullah Salleh ada?

5.24 ptg. Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita masa pun sudah ini- kita sambung esoklah. Ada tinggal lagi lima minit saja, hendak sambung-sambung, sampai esok. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Tadi dia ada? Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Cukuplah, dia buat pantun okeylah. Timbalan Yang di-Pertua: Jadi saya bagi peluang sebanyak mungkin ya, bagi pendapat dan pandangan ya.

5.25 ptg. Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Okey, kalau sambung saya sambung lagi lima minit. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk saya bahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa inti pati yang hendak saya kemukakan pada bahas tentang Kajian Separuh Penggal iaitu yang pertama isu pelabur luar. Saya melihat Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini sebagai pemangkin yang mampu merangsang keyakinan para pelabur khususnya pelabur asing. Saya sebenarnya menjangkakan akan ada dasar serta insentif baharu khususnya dalam usaha melonjakkan pelaburan langsung asing iaitu FDI bagi memastikan Malaysia terus kekal menarik sebagai destinasi pelaburan global. Pada masa yang sama saya turut menjangkakan perubahan dasar kerajaan terdahulu yang lebih menumpukan kepada industri berintensif buruh serta pembangunan projek-projek mega.

66 DN 4.12.2018

Namun saya bimbang melihat perkembangan semasa hari ini di mana para pelabur luar khabarnya mengambil sikap, dengan izin, wait and see. Mereka takut hendak melabur lagi di negara kita. Sebelum membuat pelaburan dalam negara kita- juga pelaburan sedia ada khabarnya semakin menguncup dan ada yang berura-ura memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara jiran yang khabarnya menawarkan insentif yang lebih menarik. Benar kah dakwaan ini? Diharap Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri kelak. Seterusnya, saya hendak menyentuh tentang isu ke arah Wawasan 2020. RMKe-11 yang dilancarkan pada 21 Mei 2015, merupakan pelan pembangunan lima tahun Malaysia dalam usaha mencapai sasaran Wawasan 2020. Soalan saya, masih kah kerajaan sekarang meletakkan wawasan 2020 yang tinggal setahun saja lagi sebagai target untuk mencapai impian Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi? Soalan kedua saya, bersedia kah kita dari segi infra, pelaburan, gaya hidup, mentaliti serta faktor-faktor mikro dan makro ekonomi bagi mencapai impian tersebut? Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Ketiga, saya hendak sentuh tentang penempatan perumahan. Saya ingin mengambil kesempatan dalam Dewan ini untuk bertanyakan tentang permasalahan perumahan. Saya sedar bahawa kerajaan hari ini mempunyai inisiatif bagi menyediakan penempatan yang selesa kepada rakyat terutamanya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan terdahulu menyasarkan pembinaan 606 ribu unit rumah untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana pada 2020. Pencapaian separuh penggal ialah sebanyak 139,239 unit sudah terbina, kira-kira hanya 23 peratus saja. Walaupun tidak mencapai separuh dari sasaran, kerajaan dahulu sudah berusaha sehabis baik namun terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi seperti penyediaan rumah mampu milik yang tidak sesuai dengan golongan sasar kerana harga yang terlalu tinggi, kerenah daripada kerajaan negeri, tapak ataupun tanah yang terhad, ketidaklayakan golongan sasar ini untuk membuat pinjaman dan lain-lain lagi. Saya setuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan baharu untuk memperkasakan penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti penubuhan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara dan meningkatkan penawaran rumah mampu milik di atas tanah wakaf dan Baitulmal. Kejap lagi, saya pendekkan. Persoalannya mengapakah kajian ini mengecilkan sasaran penyediaan rumah mampu milik daripada 606 ribu unit kepada hanya 200 ribu unit rumah untuk seisi rumah berpendapatan rendah dan sederhana iaitu pengurangan sebanyak 466 ribu iaitu anggaran 77 peratus unit daripada sasaran asal. Akhir sekali, kerajaan sepatutnya menambah pembinaan bilangan rumah mampu milik terutamanya penyediaan rumah mampu milik yang mesra keluarga, selesa dan bertepatan dengan pendapatan isi rumah di samping meningkatkan penyelesaian untuk meningkatkan kebolehmilikan rumah tersebut oleh golongan sasar seperti Skim MyDeposit dan Skim Rumah Pertamaku. Jadi setakat itu saja, nanti lagi panjang, ada lagi. Jadi terima kasih, saya menyokong RMKe-11, sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat dan saya baru-baru ini dijemput oleh rakan-rakan seperjuangan, dia kata “Datuk Seri saya pun takut hendak berniaga, ada risiko. Takut juga hendak masuk politik ada risiko dan juga saya pun ada angan-angan hendak tambah lagi satu, takut ada risiko”. Dia kata. Jadi saya beritahu dia, “Dato’ ingat apa kata pantun orang Melayu...”

Budak-budak bermain tombak; Tombak diikat dengan rantai; Kalau takut dilambung ombak; Jangan berumah di tepi pantai.

Itu saya kata, yang pentingnya Yang Berhormat kita hendak buat perkhidmatan, buat jasa, hendak buat budi. Budi dan jasa kita pada negara kita, budi kita, jasa kita. Bak kata orang tua-tua.

DN 4.12.2018 67

Cincin emas cincin suasa; Di pakai gadis dari seberang; Buatlah jasa sepanjang masa; Nama baik dikenang orang... [Dewan tepuk]

Itu dia tadi, jadi Ahli Yang Berhormat terima kasih banyak atas kerjasama Ahli Yang Berhormat sekalian dengan tekun dan waspada. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 5 Disember 2018. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]