Bil. 12 Isnin 3 Disember 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

K A N D U N G A N

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Kebenaran Bercuti (Halaman 1) - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1)

URUSAN MESYUARAT (Halaman 2)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2)

USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 22)

______Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

DN 3.12.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Dilantik) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Melaka) 5. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang (Dilantik) 6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 7. “ Tuan Sie Kiong (Dilantik) 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (WP Labuan) 11. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 13. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 14. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin (Dilantik) 15. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 16 “ Tuan Haji Husam bin Musa (Dilantik) 17. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 18. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 19. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 20. “ Tuan Ismail bin Yusop () 21. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 22. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 23. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 24. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 25.. “ Dato’ Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 26.. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 27. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 28. “ Datuk Lee Tian Sing (Melaka) 29. “ Tuan [Timbalan Menteri Pertahanan] 35. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 30. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 31 “ Tuan Manolan bin Mohamad (WP Putrajaya) 32 “ Dato’ Haji Marzuki bin Haji Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 33. “ Tuan Ir. Md Nasir bin Hashim (Dilantik)

ii DN 3.12.2018

34. Yang Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 35. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 36. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 37. “ Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 38. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 39. “ Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 40. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) (Dilantik) 41. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan) 42. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (WP ) 43. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 44. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 45 “ Dato’ Ong Chong Swen [Dilantik] 46. “ Dr. Nuing Jeluing (Sarawak) 47. “ Datuk Paul Igai (Dilantik) 48. “ Datuk Lim Pay Hen (Johor) 49. “ Datuk (Dilantik) - [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] 50. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 51. “ Puan Raj Munni binti Sabu (WP Kuala Lumpur) 52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 54. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 55. “ Datuk Sambanthan A/L Manickam (Dilantik) 56. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 57. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya (Pahang) 58. “ Datuk Razali bin Idris (Dilantik) 59. “ Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik) 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 61. “ Dato’ Sri (Pahang) 62. “ Tuan Waytha Moorty A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 63. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong (Dilantik) 64. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 65. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 66. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

DN 3.12.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah

DN 3.12.2018 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Isnin, 3 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

KEBENARAN BERCUTI Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu saya telah membenarkan cuti sakit daripada menghadiri mesyuarat di bawah Perkara 52(2), Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif daripada 3 Disember hingga 20 Disember 2018.

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, suka saya hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut: 1. Akta Cukai Jualan 2018; 2. Akta Cukai Perkhidmatan 2018; 3. Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018; 4. Akta Kastam (Pindaan) 2018; 5. Akta Zon Bebas (Pindaan) 2018; dan 6. Akta Pembekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

2 DN 3.12.2018

“26 November 2018

Perutusan Daripada Dewan Rakyat Kepada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut, dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya: 1. DR 18/2018 – Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018; 2. DR 19/2018 – Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2018; dan 3. DR 20/2018 – Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018

Yang Ikhlas, t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”

URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2) saya memohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan terakhir mengenai cadangan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan juga mengenai cadangan mengkaji semula akta-akta yang berkenaan seperti Akta Rahsia Rasmi 1971, dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Tuan Senator Chandra Mohan A/L S. Thambirajah di atas soalan yang meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terakhir mengenai cadangan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, dan juga mengenai cadangan mengkaji semula akta-akta yang berkenaan seperti Akta Rahsia Rasmi 1971, dan juga Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan. Izinkan saya juga untuk menjawab bersekali soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing- pertanyaan 5 Disember 2018 memandangkan soalan yang dikemukakan itu juga adalah mengenai perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

DN 3.12.2018 3

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Jemaah Menteri pada 11 Julai 2018 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat digubal di peringkat Persekutuan. Penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat memerlukan kepada kajian yang komprehensif dan holistik. Setakat ini kajian penandaarasan atau benchmarking, dengan izin, sedang dibuat dengan merujuk kepada dua enakmen yang berkaitan iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat, Pulau Pinang 2010- Enakmen 16, dan juga Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011- Enakmen 8. Kerajaan juga masih dalam peringkat mengkaji dan meneliti rang undang- undang berkaitan seperti Akta Rahsia Rasmi iaitu Akta 88 ,dan juga Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta 711. Ini kerana kedua-dua akta ini akan terkesan dengan penggubalan undang-undang mengenai kebebasan maklumat dan mungkin memerlukan, dengan izin, consequential amendment. Selain itu, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan ini, Sesi Libat Urus dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Majlis Keselamatan Negara, dan lain-lain agensi di Peringkat Persekutuan serta lain-lain pihak yang berkepentingan sedang dikenal pasti perlu diadakan bagi mendapat pandangan dan input-input yang bersesuaian sebelum rang undang-undang itu boleh digubal. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan. ■1010 Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan Persatuan Wanita Berjaya Sejati Malaysia ke Dewan Negara... [Tepuk] Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang tadi itu. Secara am, saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi fasal kalau kita tengok jawapan itu dia ada selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam tonggak satu, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu untuk mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketulusan dan juga kecekapan perkhidmatan awam itu secara am. Secara spesifik kalau I tengok dari segi jawapan tadi ia akan dapat membantu mencapai matlamat-matlamat atau langkah-langkah yang sedang diambil, itu akan membantu dalam usaha-usaha memperkukuhkan mekanisme check and balance, mencegah rasuah dan sebagainya secara umum. So, pada saya oleh kerana langkah- langkah itu dalam proses, saya faham ia memerlukan masa maka saya terima dengan baik jawapan Yang Berhormat Menteri itu dan tidak ada soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tidak ada soalan tambahan tidak payah bahas... [Dewan ketawa] Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan tambahan, memandangkan Yang Berhormat Menteri merujuk kepada enakmen daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor. Seperti Menteri lebih maklum terdapat sikit perbezaan di antara enakmen yang diperkenalkan di Selangor mahupun di Pulau Pinang dan malah proses ketika mana ianya dicadangkan, digubal melalui satu proses yang agak kontroversilah ketika itu, ketika mana Kerajaan Pakatan Harapan belum memerintah di Kerajaan Pusat. Soalan saya ialah, apakah pendekatan kerajaan hari ini untuk menjadikan Akta Kebebasan Maklumat ini ialah satu perkara yang di celebrate oleh stakeholder iaitu rakyat kerana akta ini akta yang bagus sebenarnya.

4 DN 3.12.2018

Akan tetapi yang akan menentukan akta ini bermanfaat ataupun tidak adalah penggunaan daripada kelompok berkepentingan sebab bagi saya seperti mana diperkenalkan di India, ia telah mewujudkan satu suasana yang sangat baguslah untuk rakyat dalam kerajaan yang telus dan sebagainya. Akan tetapi di Malaysia walaupun di gubal di Selangor, di gubal di Pulau Pinang tapi perkara tersebut seolah-olah tidak diraikan sepertimana yang berlaku di tempat-tempat lain. Mohon penjelasan Menteri melalui pendekatan yang akan digunakan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi. Saya sebenarnya menunggu soalan tambahan daripada Yang Berhormat Chandra Mohan tadi tapi terima kasihlah kerana tidak mempunyai soalan tambahan [Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi dan juga Dewan yang mulia ini, saya pergi dulu pada kenapa kita hendak mengadakan Akta Kebebasan Maklumat inilah. Saya rasa sebenarnya kita sekarang ini bila kerajaan baharu ini kita hendak pastikan segala maklumat yang tersebar di khalayak ramai ini, maklumat yang reliable, dengan izin, bukan maklumat-maklumat yang dalam bentuk fake news dan sebagainyalah. Oleh sebab itu kita merasakan kalau adanya Akta Kebebasan Maklumat ini rakyat berhak untuk dapat maklumat secara rasmi sebab itulah ia punya falsafah. Jadi sama ada hendak celebrate macam mana itu saya tidak pasti, ia bukan macam birthday hendak celebrate. Akan tetapi kita sebenarnya agak malu juga hatta negara seperti Israel ada Akta Kebebasan Maklumat dan saya rasa dalam masyarakat ataupun Malaysia baharu ini, hendak tidak hendak kita terpaksa kena ada akta ini. Saya harap proses untuk mendidik rakyat supaya selepas ini terdedah dengan kehebatan undang-undang ini mungkin kita perlu lakukan. Supaya mereka tahu, so selepas ini mereka dapat gunakan sepenuhnya sebab sekarang ini untuk maklumat Yang Berhormat, apabila tindakan ke atas kebebasan maklumat ini kita khuatir kadang-kadang setengah maklumat yang sememangnya benar tapi diperoleh secara tidak sah dan ini sebenarnya tidak bagus untuk mana-mana kerajaan lah tidak kira mana kerajaan pun. Kadang-kadang mereka ambil maklumat yang rasmi, yang rahsia mereka dedahkan ataupun macam-macam caralah. Jadi kita hendak elakkan budaya itu, sekarang kita hendak supaya mereka buat secara formallah, secara rasmi dapatkan maklumat daripada kerajaan, cumanya walaupun ada akta ini saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat, kemungkinan juga ada setengah-setengah maklumat tidak boleh didedahkan. Ini saya rasa mana-mana kerajaan pun kena terima sebab ada setengah- setengah maklumat yang kita nak share ini maklumat yang berbentuk rahsia, yang tidak boleh kita compromise. Jadi saya rasa ini yang kita sedang timbangkanlah sebab itulah kita sedang mengkaji sebenarnya keberkesanan undang-undang di Selangor dan Pulau Pinang tapi saya rasa itu sebagai kita punya benchmark lah. Sekian, terima kasih.

2. Tuan Adrian Banie Lasimbang minta Menteri Industri Utama menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk membantu pekebun- pekebun kecil getah dan kelapa sawit bagi menstabilkan harga komoditi kerana pendapatan mereka terjejas teruk akibat harga komoditi yang telah jatuh mendadak. Apakah tindakan kerajaan menyeragamkan harga getah di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Timbalan Menteri Industri Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia baharu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang di atas soalan penting yang telah dikemukakan di Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani kejatuhan harga komoditi sawit dan getah kementerian telah menyediakan pelbagai langkah bagi memastikan pendapatan pekebun tidak terjejas. Bagi komoditi getah langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut, yang pertama melaksanakan insentif pengeluaran getah yang diaktifkan apabila purata harga di ladang untuk getah skrap berada di bawah RM2.50 sekilogram, dahulunya RM2.20.

DN 3.12.2018 5

Kedua, melaksanakan pemulangan ses getah oleh pihak RISDA sebanyak 14 sen sekilogram kepada pekebun kecil getah ketika harga purata getah bulanan SMR 20 FOB di bawah RM5.50 sekilogram. Bayaran ses ini akan disalurkan kepada pekebun kecil getah bersama-sama dengan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pada bulan berikutnya. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga melaksanakan penetapan harga di ladang dengan peruntukan sebanyak RM6.4 juta kepada koperasi sebagai modal pusingan untuk digunakan di dalam aktiviti urus niaga getah. Langkah ini dapat mengurangkan lapisan pembeli dan koperasi yang terlibat akan menawarkan harga pada purata 10 sen hingga 20 sen sekilogram lebih tinggi berbanding pembeli getah berlesen. Tuan Yang di-Pertua, bagi komoditi sawit kerajaan juga akan meneruskan bantuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil sawit seperti berikut, yang pertama memberikan bantuan melalui skim tanam semula dan tanam baru sawit untuk pekebun kecil sebanyak RM7,500 satu hektar bagi Semenanjung dan RM9,000 satu hektar di Sabah dan Sarawak untuk pembersihan tapak, bekalan benih, input pertanian dan khidmat nasihat. Memberi diskaun sehingga 20 peratus melalui skim insentif mekanisasi ladang sawit kepada pengusaha ladang bagi setiap pembelian jentera untuk digunakan di ladang sawit. Penggunaan jentera akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang sedang dihadapi oleh sektor perladangan sawit ketika ini. Ketiga, melaksanakan program integrasi tanaman dan integrasi ternakan dengan sawit bagi memaksimumkan penggunaan tanah supaya pekebun kecil sawit persendirian dapat menjana pendapatan tambahan. Di bawah program ini kerajaan memberikan insentif antara RM3,000 hingga RM11 ribu satu hektar untuk integrasi tanaman dan penyediaan induk ternakan seperti lembu dan kambing biri-biri. Terakhir mewujudkan sustainable palm oil cluster (SPOC) untuk menyatukan pekebun kecil bagi menjalankan aktiviti untuk kebaikan bersama. Melalui SPOC ini Koperasi Pekebun Kecil Sawit Mampan (KPSM) telah ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui penjualan buah tandan segar secara berkelompok. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini agak sukar bagi pihak kerajaan untuk menyeragamkan harga getah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung kerana perbezaan harga getah ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor tersebut adalah kandungan getah kering, kualiti getah, lokasi kebun dari premis pembelian, bilangan pembeli dan kilang memproses di sesuatu kawasan serta rangkaian pemasaran. Selain itu Sabah mengamalkan dasar satu harga bagi seluruh negeri dan penentuan harga peringkat ladang di Sabah adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Industri Getah Sabah manakala harga getah di Sarawak adalah di bawah pemantauan Jabatan Pertanian Sarawak. Sekian, terima kasih. ▪ 1020 Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Ini berkenaan dengan insentif pengeluaran getah. Setakat ini kita telah menetapkan harga kepada RM2.50 sen. Adakah pada masa akan datang akan mengkaji semula supaya harga ini juga berada pada paras yang lebih tinggi memandangkan ia memerlukan dana yang agak besar untuk maintain subsidi untuk menyeragamkan harga ini. Apakah strategi kementerian untuk memastikan bahawa kita mempunyai dana yang cukup untuk sustain ataupun memastikan kelestarian program ini? Sekian, terima kasih. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ini baru sahaja kita naikkan daripada RM2.20 sen kepada RM2.50 sen. Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat tentang untuk mengkaji semula agar paras yang lebih tinggi ditetapkan dan ini tentulah bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

6 DN 3.12.2018

Buat masa ini, kerajaan khususnya kementerian sedang meneliti untuk memastikan agar tuntutan IPG ini benar-benar dilakukan oleh pekebun-pekebun kecil. Ini kerana kalau mengikut pengalaman sewaktu harga insentif pengeluaran getah pada RM2.20 sen, yang membuat tuntutan itu hanyalah sekitar 15 hingga 20 peratus pekebun kecil. Jadi saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Negara ini untuk menyeru kepada pekebun-pekebun kecil yang sekarang ini kementerian khususnya saya dan juga Yang Berhormat Menteri, kita kerap turun ke bawah, bertemu dengan pekebun kecil untuk menggalakkan ataupun memberikan maklum, memberi khabar kepada mereka bahawa mereka mempunyai peluang untuk menuntut apa yang dipanggil Insentif Pengeluaran Getah ini. Ini sedang dilakukan. Kita harap dengan kempen ini, jumlah pekebun kecil yang menuntut itu akan boleh sampai kepada 30 peratus. Kita juga sebenarnya sedang meneliti beberapa cadangan. Antaranya supaya tuntutan itu dibuat secara langsung. Mereka pernah menuntut sebelum ini. Bila waktu insentif pengeluaran getah ini dilaksanakan ataupun diaktifkan, maka mereka boleh terus dapat duit masuk ke dalam akaun. Sekarang ini, untuk mempermudah tuntutan Lembaga Getah Malaysia, kementerian telah pun berbincang dan mereka telah pun melaksanakan program ini terus ke akar umbi supaya tuntutan-tuntutan yang dibuat itu tidak perlu datang lagi ke Pejabat Lembaga Getah kerana kadang-kadang jumlah yang hendak dituntut mungkin RM50 hingga RM60. Kos nak pergi ke pejabat pun sudah RM50 hingga RM60. Jadi yang ini kita telah pun laksanakan dan mudah-mudahan dapat membantu pekebun kecil dalam saat harga komoditi getah ini sedang menurun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum daripada itu, saya nak maklumkan keadaan penderitaan penoreh getah di Kelantan. Ini kerana musim ini adalah musim tengkujuh. Purata harian yang mereka boleh menoreh getah, saya dimaklumkan lima hingga tujuh hari ataupun sepuluh hari dalam sebulan. Kita dapat bayangkan betapa seksanya kehidupan mereka. Yang lebih tertekan ialah pada awal Januari ini, akan bermula sekolah. Dengan wang yang mereka peroleh hasil menoreh getah, nak beli beras pun tidak dapat. Apatah lagi untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka yang akan bermula pada Januari ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak adakah bantuan segera dalam bentuk tunai untuk membantu mereka ini menyelesaikan masalah segera. Bukan masalah berpanjangan. Masalah nak masuk sekolah pada bulan Januari dan saya pasti sebahagian daripada anak mereka tidak dapat pergi ke sekolah akibat tekanan kehidupan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang nasib pekebun kecil yang tentunya senada dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada hari Jumaat lepas, saya turun ke Kuala Krai dan bertemu dengan pekebun-pekebun kecil getah. Memang antara perkara yang dibangkitkan itu adalah seperti mana yang telah pun disuarakan oleh Yang Berhormat. Mereka menuntut supaya kerajaan mengkaji semula untuk bantuan musim tengkujuh. Saya telah maklumkan bahawa buat masa ini, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada Insentif Pengeluaran Getah di mana kita mengharapkan dengan tambahan 30 sen itu mampu menampung beban yang sedang ditanggung oleh pekebun-pekebun kecil getah. Dalam masa yang sama, kementerian juga sedang membuat satu perancangan yang teliti supaya pendekatan one-off ini boleh kita minimumkan supaya bila waktu di mana berlakunya cabaran untuk pekebun-pekebun kecil, ia akan ditampung oleh bulan- bulan yang lain. Sebenarnya saya memang tentunya prihatin dan mendengar pandangan-pandangan ini bukan sekadar melalui Dewan Negara malah melalui Facebook dan sebagainya. Kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan agar harga ini dapat kita dokong supaya ia terus boleh berlaku peningkatan. Untuk pengetahuan Dewan, saya mempunyai data di sini di mana pattern, saya nak sebut pattern. Pattern pengeluaran susu getah ini ataupun natural rubber ini, kalau ikut kajian yang dibuat oleh Association of Natural Rubber Production Countries (ANRPC), pada waktu bulan Oktober, bulan November dan bulan Disember ini, peningkatan production untuk national rubber itu amat baik. DN 3.12.2018 7

Mungkin agaknya cuaca dari segi sejuk dan sebagainya menyebabkan pokok itu berlaku rangsangan dan sebagainya. Jadi daripada segi data, nampaknya di bulan Oktober, November dan Disember ini membantu pekebun kecil. Cuma daripada segi cuaca, mungkin kita berhadapan dengan cabaran. Berbalik kepada soalan Yang Berhormat tadi, saya ambil maklum dan kita juga mempunyai cross ministry punya pendekatan. Kita ada program aktiviti ekonomi tambahan dan itu yang sedang sekarang ini kita promosi. Di Kuala Krai misalnya baru-baru ini semasa saya turun padang, ada pekebun kecil yang buat tanaman nanas dan dalam keadaan harga komoditi itu jatuh, mereka boleh tampung dengan crash crop yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: So untuk musim tengkujuh ini, ada cadangan untuk one- off? Sedang dikaji? Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Setakat ini belum lagi, Tuan Yang di-Pertua.

3. Dato’ Sri Khairudin Samad minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah tindakan dan pemantauan yang diambil kementerian bagi kes buruh kanak-kanak yang melibatkan aspek eksploitasi. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin Samad yang mengemukakan soalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan, undang-undang berkaitan dengan perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia ini telah pun dapat dilihat seawal tahun 1947 dan antaranya ialah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak- kanak 1991. Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberikan perlindungan kerana ia adalah khususnya dalam keadaan-keadaan tertentu. Mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa eksploitasi dalam aspek pengajian. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin, soalan ini berkaitan dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 iaitu berkaitan dengan pekerjaan kepada kanak-kanak dan orang muda. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga Dewan, akta ini telah pun dibuat pindaan pada tahun 2018 dan telah diluluskan di Dewan Rakyat dan telah pun tersenarai untuk bacaan kali kedua di dalam Dewan yang mulia ini. Ia adalah bertujuan untuk memperkemaskan penguatkuasaan mengenai pengajian kanak-kanak dan juga orang muda. Dalam akta ini Yang Berhormat, dalam pindaan yang telah pun kita lakukan pada Akta 350 ini yang berfungsi untuk mengawal dan menetapkan syarat pengajian kanak- kanak dan orang muda supaya boleh bekerja dalam jenis-jenis pekerjaan yang sesuai dengan umur mereka sahaja. Denda yang telah pun- sebelum ini begitu agak rendah dan dalam pindaan ini kita telah pun membuat pindaan kepada denda sebanyak- hukumannya adalah penjara satu tahun hingga dua tahun. Dari satu tahun ke dua tahun ataupun daripada RM5,000 kepada RM50 ribu. Dulu RM5,000 sekarang RM50 ribu ataupun kedua-duanya sekali dan jika kesalahan itu kesalahan yang berulang, maka kesalahan penjaranya adalah daripada tiga tahun kepada lima tahun penjara ataupun daripada RM10 ribu kepada RM100 ribu ataupun kedua-duanya sekali. Jadi kita mempertingkatkan dari segi hukuman untuk memastikan supaya majikan-majikan ini dapat mematuhi syarat-syarat yang telah diperuntukkan dalam Akta 350 ini.

8 DN 3.12.2018

■1030 Selaras dengan pindaan yang telah pun dicadangkan ini, Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, serta agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi memastikan perlindungan dan penguatkuasaan ke atas isu-isu penggajian- eksploitasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Aktiviti pemeriksaan adalah salah satu daripada mekanisme kementerian untuk pengesanan dan pencegahan awal sebelum pelanggaran undang-undang oleh majikan yang menggaji kanak-kanak dan orang muda. Perkhidmatan khidmat nasihat dan promosi amalan terbaik perburuhan diteruskan oleh kementerian bagi memupuk kesedaran keperluan pematuhan perundangan negara berkaitan penggajian kanak-kanak dan orang muda. Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah berkenaan dengan kanak-kanak yang melibatkan aspek eksploitasi tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri juga menjawab berkenaan dengan anak-anak muda ini, jadi saya hendak sentuh yang anak muda, yang kanak-kanak ini dah jelas. Anak muda ini, saya teringat juga- bukan kita menggalakkan Yang Berhormat Menteri tetapi orang muda yang berumur 18 tahun yang dibenarkan bekerja, 18 tahun ke atas. Akan tetapi ada tempat-tempat misalnya tempat menjual arak, kita tidak menggalakkan tetapi menjual arak ataupun jadi bar tender, umur untuk mereka minum arak ialah 21 tahun, tetapi yang dibenarkan bekerja umur 18 tahun. Kalau dia umur 18 tahun, dia bekerja tempat jual arak dan dia boleh minum arak sebab dia menjual, dia jadi bar tender, jadi macam mana undang-undang ini boleh membenarkan. Yang satu kita tidak benarkan, 21 tahun ke bawah untuk melibatkan diri dalam arak- minum arak. Akan tetapi kita membenarkan 18 tahun untuk bekerja. Bererti 18 tahun boleh menjual arak. Boleh menjual, kalau dia jadi bar tender dia juga boleh merasa arak itu. Yang ini yang saya kadang-kadang hairan. Jadi macam mana kita hendak selesaikan masalah ini. Adakah kita hendak naikkan umur pekerjaan ke 21 tahun, ataupun kita hendak turunkan minum arak dibenarkan, beli arak dibenarkan umur 18 tahun. Saya tidak menggalakkan tetapi oleh kerana kita masyarakat majmuk, jadi ada mereka yang pergi ke tempat-tempat ini untuk- memerlukan arak dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat yang mengemukakan soalan berkaitan dengan penggajian kanak-kanak, khususnya orang muda. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam pindaan ini orang muda dibenarkan untuk melakukan semua pekerjaan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan pekerjaan seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang, pembantu rumah dan pekerjaan dalam perusahaan yang sesuai dengan keupayaannya dan bekerja di kapal yang di bawah jagaan ibu bapa atau penjaganya. Walau bagaimanapun, orang muda khususnya wanita tidak dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan ataupun kelab kecuali kelab yang dimiliki oleh keluarga mereka sendiri. Jika perniagaan ataupun perusahaan ini tidak diuruskan oleh keluarga ataupun penjaga, mereka perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu. Orang muda hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lapan jam dalam sehari termasuk masa persekolahan. Mereka tidak dibenarkan bekerja antara 8 malam hingga 6 pagi. Selain daripada itu, apabila mereka bekerja empat jam berturut-turut, waktu rehat dalam 30 minit mesti dibenarkan. Jadi jelas maknanya, dia tidak boleh bekerja di tempat-tempat seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin kecuali kelab-kelab yang diuruskan oleh keluarga, ataupun dia kena mohon kebenaran daripada JTK ataupun Jabatan Tenaga Kerja iaitu daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Jadi kita akan membuat pertimbangan dan sudah tentulah bahawa tidak ada kemunasabahan khususnya bagi anak-anak muda untuk dibenarkan bekerja di tempat- tempat yang sebegitu. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, so kanak-kanak yang berumur kurang 21 ini tidak boleh kerja di bar-bar dan sebagainya?

DN 3.12.2018 9

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua: Itu jawapan Yang Berhormat Menteri? Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ya, kecuali dengan kebenaran daripada... Tuan Yang di-Pertua: Ibu bapa? Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: No, Jabatan Tenaga Kerja. Tuan Yang di-Pertua: Ya, okey. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya nak rujuk kepada jawapan yang diberi tadi. Kalau kita tengok tadi, saya merujuk kepada eksploitasi daripada aspek kerja. Kita dah tengok jawapan tadi berkenaan dengan Children and Young Person Act 1966 ini. Kalau dulu kita tengok di bawah akta kerja, sekarang lain. Antara langkah-langkah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah daripada aspek mengemaskan dan meningkatkan lagi penguatkuasaan. Akan tetapi isu saya, soalan saya adalah berkenaan dengan kandungan akta itu. Kalau kita tengok memang betul, walaupun belum meningkatkan lagi hukuman, akta itu satu akta yang begitu stringent tetapi akta itu juga membenarkan kanak-kanak bekerja. Contohnya seksyen 5 akta tersebut, walaupun selected industries- macam bapa, ada dengan beberapa syarat. So soalan saya, adakah kajian yang sedang dilakukan oleh kementerian juga akan mengkaji semula skop yang dibenarkan, satu. Kedua, at least untuk mereka yang bersekolah dan sebagainya, supaya tidak dibenarkan bekerja dalam apa keadaan pun. Kalau kita tengok definisi, “child” is younger than 15, tidak dibenarkan. Sama ada kajian itu juga akan meliputi skop akta tersebut. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Adakah kajian untuk kemas kini akta? Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Kita sentiasa terbuka tetapi untuk makluman Dewan bahawa pindaan ini dibuat selaras dengan undang-undang antarabangsa yang sudah pun diratify oleh kerajaan yang sebelum daripada ini. Jadi ini telah pun diratify kan oleh kerajaan sebelum ini tentang berkaitan dengan hak kanak-kanak. Saya pun agak terkejut juga bagaimana kerajaan dulu boleh ratify, dia tidak bantah pula, hari ini dia nak bantah pula, nak ratify ICERD dan sebagainya, sedangkan ada juga isu-isu yang sensitif dalam isu kanak-kanak yang diratifykan oleh kerajaan dahulu. Tiba-tiba hari ini dia nak tunjuk perasaan di waktu harga getah murah, orang lapar, dia nak ajak orang datang ke Kuala Lumpur, jadi habis duit tambang saja. Jadi sebab itu saya cadang supaya depa buat kenduri pisang lebih baik daripada bawa orang tunjuk perasaan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, izinkan saya mengalu-alukan bagi pihak Pakatan Harapan penyertaan Dato’ Sri Khairudin dan beberapa rakan Senator kita ke dalam Pakatan Harapan... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya isu pekerja buruh kanak-kanak merupakan masalah dunia. Di mana Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) pun melaporkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 18 tahun bekerja sejumlah 152 juta. Dalam konteks Malaysia sendiri, pada 19 Jun yang lepas, kita dilaporkan bahawa sejumlah 200 ribu orang kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun, below 18 tahun merupakan buruh kanak-kanak di negeri Sabah. Kebanyakan mereka ini terlibat dalam sektor-sektor pertanian dan perladangan.

10 DN 3.12.2018

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi isu buruh kanak- kanak di Sabah yang agak kompleks sebenarnya, kerana mereka melibatkan dua kelompok iaitu kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen dan juga kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan, tetapi isu buruh kanak-kanak ini berlaku dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Isu kanak-kanak khusus Sabah dan Sarawak. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Kita sentiasa mengambil tanggungjawab bukan sahaja di Sabah termasuk di Sarawak dan sebagainya, kerana ia ada ordinan buruh yang berasingan tetapi sudah tentu ada penyelarasan dengan akta pekerjaan di peringkat Federal. Ia ada satu ordinan buruh di peringkat Sabah dan juga di peringkat negeri Sarawak. Kita sentiasa mengambil maklum tentang apa yang telah pun dilakukan, dan pemeriksaan sering kita lakukan dan jika ia bertentangan dengan akta ini, maka tindakan akan dibuat dan tidak ada masalah untuk Yang Berhormat boleh bertemu dengan Jabatan Tenaga Kerja di peringkat negeri Sabah ataupun di mana-mana sahaja yang berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Kita akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin. ■1040 4. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah usaha-usaha lain pihak kementerian dalam melatih kepimpinan muda dalam kalangan belia dan beliawanis di negara ini selain daripada program- program sedia ada seperti Program Rakan Muda, Parlimen Belia, Felo Perdana dan sebagainya. Menteri Belia dan Sukan [Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan menitik beratkan pentingnya untuk kita melahirkan belia yang berwawasan melalui program-program kepimpinan yang menyeluruh. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, saya ingin bahagikan ucapan saya dalam dua belah. Pertama, penambahbaikan kepada program-program yang sedia ada dan kedua, program-program baru yang akan diperkenalkan pada tahun depan. Pertama, berkenaan program-program lama. Sebagai contoh Program Felo Perdana, Program Felo Perdana ini adalah program di mana dalam 60 anak muda yang berbakat, terbaik melalui proses CV dipilih dan diletakkan di bawah penyeliaan Menteri-menteri di peringkat persekutuan. Setiap Menteri akan dapat dua Felo Perdana. Tahun ini kita kendalikan tetapi penambahbaikannya adalah ada tumpuan fokus yang diberikan kepada anak muda yang datang daripada golongan B40 dan untuk kita memastikan bahawa sistem pilihan itu merit based tetapi pada masa yang sama juga ada penekanan khusus bagi mereka yang berlatar belakangkan keluarga B40 supaya akhirnya pembangunan belia itu, di mana kita hendak melahirkan belia berwawasan tidak menganaktirikan mereka yang datang daripada keluarga B40. Kedua, merupakan Program Rakan Muda. Seperti semua ambil maklum, khususnya apabila rakan muda mula-mula diperkenalkan. Ini merupakan program kepimpinan yang sangat menyeluruh. Sampai ke setiap satu daerah kawasan Parlimen, bukan saja tertumpu di peringkat persekutuan tetapi lama-kelamaan kita lihat cita rasanya semakin lemah. Dia terlebih tumpu di peringkat Persekutuan, tidak lagi di peringkat Parlimen atau di peringkat akar umbi. Sekarang kita dalam proses untuk mengeluarkan satu pelan menyeluruh untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Rakan Muda supaya akhirnya pembangunan kepimpinan anak muda itu bukan sahaja tertumpu di peringkat persekutuan tetapi boleh pergi ke setiap kawasan Parlimen dan akhirnya kita boleh mencungkil bakat anak muda yang berwawasan dan ada beberapa perkara yang kita sedang lakukan. Sebagai contohnya iM4U sebelum ini ada, sekarang sudah ditukar kepada Voluteer Malaysia. Kita ingin mencari untuk selaraskannya bersama supaya Program Rakan Muda dan Volunteer Malaysia boleh bergerak ke hadapan bersama. Ada peruntukan khas yang akan kita letakkan supaya akhirnya pembangunan kepimpinan anak muda ini bukan sahaja tertumpu di peringkat Persekutuan. DN 3.12.2018 11

Ketiga, berkenaan Parlimen Belia. Sekarang kita telah pun mengkaji semula proses Parlimen Belia ini untuk kita pastikan bahawa pertama, ia capai kepada golongan sasaran khususnya anak muda bawah 21 tahun yang mungkin tidak diberikan peluang untuk menyertai salah satu pilihan raya dan akhirnya dipilih oleh rakyat untuk masuk ke Dewan Rakyat. So, fokusnya adalah lebih kepada mereka bawah 21 tahun dan cara pemilihannya juga sedang kita kaji selidik untuk pastikan bahawa kadar partisipasinya lebih tinggi daripada sebelum ini. Untuk pastikan bahawa lebih banyak anak muda ambil kisah dan juga ingin menyertai Program Parlimen Belia sedia ada. Kita telah pun memberikan tanggungjawab dan tugas kepada beberapa pensyarah daripada UKM, IPTA kita sendiri untuk mengeluarkan pelan jangka masa panjang, reformasi Parlimen Belia dan juga Program Felo Perdana. Akan tetapi untuk menjawab soalan Yang Berhormat khususnya berkenaan program-program baru, ada dua saya ingin tekankan. Pertama, adalah Program Felo Korporat. Program Felo Korporat ini adalah program di mana kita memilih usahawan-usahawan muda yang terbaik melalui merit dan ada penekanan khusus juga mereka datang daripada latar belakang B40 untuk diletakkan di bawah mentorship, CEO-CEO dan Chairman yang terbaik di Malaysia. Setakat ini kita telah pun dapat persetujuan daripada 10 syarikat, sebagai contohnya AirAsia, Shell dan beberapa GLC yang lain juga, swasta dan juga GLC untuk memainkan peranan di mana anak muda ini akan diberikan peluang untuk belajar daripada tokoh- tokoh korporat yang terbaik di Malaysia. Itu yang pertama. Yang kedua merupakan program Malaysian Future Leaders School yang telah pun diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ini kalau saya hendak perincikan akan ambil masa yang agak panjang tapi beri saya tiga minit. Dia ada empat proses. Proses pertama adalah kita mengikut sistem Duke of Edinburgh's di mana semua sekolah, kita akan aim bagi sekolah menengah daripada Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Bagi pelajar Tingkatan 3 secara keseluruhan ada dalam 500 ribu pelajar, Tingkatan 5 ada dalam 500 ribu pelajar. Persoalannya apa mereka akan lakukan selepas tempoh persekolahan tamat kadangkala bulan November atau ada juga bulan Oktober. Di sini kita akan menggunakan sistem Duke of Edinburgh's, daripada awal tahun lagi kita akan maklumkan kepada sekolah-sekolah ini bahawa contohnya, Sekolah Menengah Sungai Besi. Sekolah Menengah Sungai Besi contohnya, ada dalam 500 pelajar. Kita akan maklumkan kepada Guru Besar dan tenaga pelajar di sana, pilihlah tiga pelajar yang terbaik daripada sekolah ini melalui sistem penilaian yang agak menyeluruh yang akhirnya melalui sistem tersebut mereka akan diangkat untuk masuk ke Malaysian Future Leaders School ini. Setiap sekolah akan diberikan ruang dan peluang yang secukupnya dan akhirnya apabila kita agregat, dengan izin, semua jumlah yang sedia ada, semua sekolah di Malaysia, Form 3 dan Form 5, kita akan dapat dalam 70 ribu. Ini berdasar kepada bajet yang kita letak tapi kalau bajet ditolak, kita mungkin turun kepada 20 ribu ke 30 ribu. Di sini mereka akan melalui proses ataupun kursus kepimpinan yang amat menyeluruh. First phase itu, fasa pertama adalah penilaian di sekolah. Ini penting supaya nanti anak muda itu ada motivasinya untuk menyertai kursus ini. Ia bukan secara paksaan tetapi melalui sistem penilaian yang merit dan kita juga ingin penyertaan yang agak baik daripada golongan ibu bapa untuk menyokong. Kalau kita melalui sistem paksaan, saya rasa agak sukar untuk kita mendapat sokongan ibu bapa khususnya. So, it’s a reward-based system untuk mereka pergi fasa kedua. Apabila mereka sudah pilih, dipilih oleh Guru Besar atau tenaga pelajar di sekolah tersebut, pergi ke fasa kedua. Fasa kedua ini kita mengambil contoh kursus kepimpinan yang ada di Lumut, Outward Bound School. Baru-baru ini kita telah pun buat empat cohort yang telah pun kita hantar. This is the pilot project, pilot programme.

12 DN 3.12.2018

Di situ mereka akan melalui 10 hari ke 15 hari kursus kepimpinan yang menyeluruh dan modul kursus kepimpinan tersebut tidak ditentukan oleh tangan parti politik tapi ditentukan oleh pihak Khazanah yang bekerjasama dengan Ernst and Young untuk keluarkan satu kursus yang menyeluruh di mana ia bukan sahaja diiktiraf dalam Malaysia tetapi juga di luar negara kerana sijil Outward Bound School itu diiktiraf di serata dunia. Contohnya di Singapura sendiri mereka bukan sahaja ada sistem ini tetapi mereka mewajibkan semua pelajar, selepas 15 tahun untuk melalui kurus kepimpinan di Outward Bound School. Itu fasa yang kedua. Apabila mereka tamat fasa kedua, dalam 70 ribu yang melalui sistem ini the best of the best, dengan izin, the cream of the crop dalam 200 ke 500 dipilih untuk melalui fasa ketiga. Di sini kita akan melalui sistem seperti di Jepun yang Tun Dr. Mahathir daripada 10 tahun lepas akan berucap Japan Future Leaders School tapi di Malaysian Future Leaders School. Di sini lebih banyak penekanan diberikan, tempoh masanya lebih panjang dan lebih menyeluruh di mana kita akan menjemput eminent speakers bukan saja di dalam Malaysia, bukan saja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang dan juga speaker- speaker terbaik yang datang ke Malaysia dari luar negara diberikan peluang untuk bersama mendidik anak muda kita yang pada masa depan insya-Allah akan jadi the future Ministers, Prime Ministers, CEO’s and chairman’s of the Malaysian industry. Itu merupakan fokus utama kita. Yang terakhir fasa keempat, program-program yang sebelum ini dikendalikan oleh KBS, Program Felo Perdana, Felo Korporat yang kita hendak kendalikan, dan yang lain contoh MyCORE, ini program-program baik yang dikendalikan oleh kerajaan sebelum ini yang kita akan teruskan. Akan tetapi sekarang akan kita salurkan melalui system Malaysian Future Leaders School. Kenapa saya tekankan ini, kerana sistem pemilihan sebelum ini hanya berdasarkan kepada one-off CV dan essay yang sistem penilaiannya sangat pendek dan saya rasa boleh ditambah baik melalui 4 tier sistem ini lebih mudah untuk kita menilai siapa yang terbaik kerana akhirnya sistem tersebut amat menyeluruh dan juga kita beri penekanan kepada mereka yang datang daripada latar belakang B40. Itu merupakan Malaysian Future Leaders School yang kita hendak perkenalkan dan akan kita guna pakai pada tahun depan. Sekarang sudah batch ketiga pilot projek yang kita bawa, baru masuk second phase di Outward Bound School untuk kita tambah baik facilities yang sedia ada sebab kita tidak boleh harapkan OBS untuk menampung 70 ribu pelajar. Kita ada 17 kem BTN dan juga tiga Akademi Pembangunan Belia dan beberapa Kompleks Rakan Muda yang hanya perlu ditambah baik untuk diguna pakai supaya akhirnya contohnya, BTN dapat diterjemahkan semula kepada satu program yang boleh mengangkat dan memartabatkan suara belia, mencungkil anak muda yang berwawasan. ■1050 Itu merupakan dua program baru yang kita akan kendalikan pada tahun depan. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat kita daripada Parlimen Kota Kinabalu, Sabah... [Dewan tepuk] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya sungguh berpuas hati dengan jawapan dan juga keterangan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil maklum perkembangan program-program khususnya Parlimen Belia Malaysia dan program ini sememangnya amat baik untuk melatih kepimpinan muda dalam kalangan belia di negara ini. Program ini juga telah dilaksanakan bermula daripada tahun 2015. Pada tahun 2016 untuk sesi pertama dan untuk sesi yang kedua ialah pada tahun 2017. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, mengapakah pihak kementerian tidak meneruskan sesi yang sepatutnya pada hujung tahun ini pada tahun 2018 bagi persidangan akhir Parlimen Malaysia Belia dengan memberi alasan atas kekangan, kekurangan peruntukan, sedangkan program ini amat baik. Saya ingin bertanya, bilakah kementerian bercadang untuk meneruskan semula program ini dan untuk buat sesi yang akan datang. Terima kasih.

DN 3.12.2018 13

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih. Program ini akan diteruskan pada tahun depan. Seperti yang saya tekankan sekarang ada beberapa pensyarah UKM tengah mencari jalan untuk mereformasi Parlimen Belia supaya penyertaan anak muda dapat ditambah baik dan pada masa yang sama memberi penekanan khusus bagi mereka yang bawah 21 tahun. Terima kasih. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan PLKN merupakan salah satu program yang boleh melahirkan pemimpin muda yang kental. Saya difahamkan PLKN telah diambil alih oleh KBS. Jadi saya ingin mengetahui apakah pendekatan kementerian terhadap program ini dan apakah nasib staf-staf yang sedang bekerja dengan PLKN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih. Ini kalau saya hendak jawab ringkas, soalan lain [Ketawa] Esok kementerian ini akan menjawab soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan lebih menyeluruh. Pada minggu lepas kami sempat berjumpa, pihak KSU berjumpa dengan beberapa staf kontrak PLKN untuk menerangkan hala tuju pada masa depan. Walaupun PLKN ini dimasukkan ke bawah Kementerian Belia dan Sukan, tapi bila tibanya pembentangan bajet, belanjawannya kosong. Soalannya apa yang kita hendak buat? Fokus utama kami adalah untuk membantu staf kontrak sedia ada seramai 2,100 yang wajib kita bantu. Daripada bulan enam sampai bulan 12 ini ada process soft landing di mana kita cuba membantu mereka sebaik mungkin supaya mendapat pekerjaan yang lain, sama ada dalam kerajaan ataupun di luar kerajaan. Kedua melalui Program MFLS yang kita hendak perkenalkan yang belanjawannya jauh lebih rendah daripada PLKN kerana PLKN sebelum ini, bila pertama kali diperkenalkan, belanjawannya sudah hendak lebih tinggi daripada belanjawan KBS as a ministry iaitu RM680 juta setiap tahun. Sejak tahun 2004, kita sudah membelanjakan RM4 bilion. Akan tetapi program yang kita kendalikan MFLS hanya RM70 juta kerana kita mengguna pakai institusi-institusi contoh BTN, yang memang di bawah kawal selia kerajaan. Akan tetapi kalau melalui sistem PLKN, kita perlu menyewa 90 kem swasta yang sedia ada dan kebanyakannya melalui sistem direct negotiation dan kontrak- kontrak lainnya pun direct negotiation di bawahnya yang kosnya sangat tinggi. Akan tapi fokus utama adalah untuk membantu kebajikan 2,100 pegawai kontrak yang sedia ada. Ada beberapa perkara yang sedang kita laksanakan. Pertama, adalah untuk mencari tempat bagi mereka. Kedua, soft landing daripada bulan enam sampai bulan 12 supaya mereka ada masa untuk mencari sambil gaji tetap dibayar. Akan tetapi mereka yang tiada selepas itu, seperti yang saya tekankan melalui sistem MFLS yang sedia ada. Mungkin kita tidak boleh selamatkan semua tetapi kita akan cuba untuk membantu seramai mungkin melalui menggunakan peruntukan yang sedia ada. Terima kasih.

5. Dato' Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Perdana Menteri menyatakan, apakah latihan dan kursus yang telah dijalankan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid supaya lebih profesional dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Puan Fuziah binti Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Nor Monutty di atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sentiasa mengambil berat dan berusaha dalam mempertingkatkan profesionalisme imam dan Jawatankuasa Masjid. Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh JAKIM kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dalam meningkatkan profesionalisme dan komunikasi yang baik serta berkesan ialah Sijil Tinggi Profesionalisme Imam iaitu satu program intensif jangka masa panjang selama empat minggu.

14 DN 3.12.2018

Ini dilaksanakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan merangkumi empat tahap dan mengetengahkan kemahiran konsep tartil Al-Quran, tajwid, ilmi, tafsin, asas tarannum dan tafsin surah Al-Fatihah. Kedua, Kursus Profesionalisme Imam. Ini kursus jangka masa pendek. Ketiga Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Imam. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan Al-Quran para imam agar menepati bacaan menurut riwayat Hafs dan Ahsim dan meningkatkan kualiti hafazan ayat-ayat Al- Quran para imam. Keempat, Kursus Multaqa’ Murabbi Ummah. Ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan isu-isu semasa dalam negara kepada para imam. Kursus yang keempat ialah Kursus Pengurusan Kewangan Masjid. Kursus ini dihadiri oleh imam dan bilal kerana kita merasakan bahawa kursus ini penting untuk meningkatkan profesionalisme imam dan Jawatankuasa Masjid. Selain itu pihak berkuasa Agama Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri turut melaksanakan program pemerkasaan dan peningkatan profesionalisme kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dari masa ke semasa. Buat makluman Yang Berhormat Senator, untuk masa depan, ini yang kita sudah buat sebelum ini, buat masa hadapan bagi perancangan akan datang, pihak Jabatan Perdana Menteri, sedang merangka Key Performance Indicator (KPI) untuk tahun 2019 hingga tahun 2023 di mana dalam KPI ini pengurusan masjid, pengurusan imam juga termasuk di dalam bidang keberhasilan. Jadi daripada situ, kita sasarkan, kita akan reverse engineer balik untuk buat kursus-kursus untuk menepati KPI imam ini. Oleh sebab sebelum ini mungkin ianya tidak dibuat begitu. Akan tetapi sekarang kita tengok balik, apa ia bidang keberhasilan, apa KPI, imam macam mana, masjid macam mana dan kemudian kita reversed engineer, kita susun program-program latihan untuk memenuhi KPI tersebut. Sekian, terima kasih. Dato' Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih, tahniah dan syabas kepada JAKIM. Saya ada satu soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah masjid-masjid di Malaysia di bawah kawalan penyeliaan JAKIM merancang untuk mengadakan niche ataupun jenama-jenama tertentu bagi masjid-masjid Wilayah Persekutuan ataupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh JAKIM seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka. Mengikut contoh-contoh yang sedang berjalan di beberapa buah masjid di Singapura, yang kebetulan dilawati saban waktu dan ketika oleh pengurusan masjid di Malaysia. Umpamanya ada masjid yang nichenya adalah tentang kajian ketamadunan Islam, ada masjid yang mengkaji tentang Islam di alam Melayu, ada masjid yang fokus kepada belia, ada yang masjid fokus kepada wanita, ada masjid yang fokus kepada Maqasid Syariah, ada masjid yang fokus kepada wassatiyah, ada masjid yang fokus kepada Islam sebagai agama universal ataupun rahmatan lil’alamin. Jadi kalau ini dapat diwujudkan, barangkali kalau ada perancangan untuk tahun hadapan, lagi tiga minggu lagi. Ianya akan memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Islam di dalam negara ini. Terima kasih. Puan Fuziah binti Salleh: Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Senator. Buat makluman Yang Berhormat Senator dan Tuan Yang di-Pertua, ada sebanyak 6,393 masjid di seluruh negara. Akan tetapi kesemuanya melainkan tiga ialah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri. Semua masjid melainkan tiga iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Itu yang di bawah kendalian pusat, bawah JAKIM direct. Yang lain itu semua di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri. ▪ 1100 Jadi merekalah yang menentukan arah dan hala tuju masjid tersebut. Akan tetapi cadangan itu merupakan satu cadangan yang amat baik, dan bolehlah kita bawa di dalam muzakarah-muzakarah kita pada masa akan datang apabila kita berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Negeri, dan juga Majlis Agama Islam Negeri. Terima kasih.

DN 3.12.2018 15

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya ialah berkaitan dengan usaha kerajaan untuk memasyarakatkan Ahli Jawatankuasa Masjid di bawah pelbagai dasar dan program di bawah pelbagai kementerian, dan bukan khusus di bawah Jabatan Perdana Menteri sahajalah. Contohnya, kalau di bawah Kementerian Pendidikan, kita ada PPDa dan Sarana, iaitu Program Pencegahan Dadah dan Gejala Sosial yang mana pelaksanaan tersebut sangat memerlukan kepada kerjasama masyarakat. Begitu juga kita ada banyak dasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan program tersebut tidak akan berjaya kecuali dengan penyertaan masyarakat. Jadi sejauh mana kesedaran tersebut dan latihan diberikan kepada pihak masjid untuk memasyarakatkan, dan menyertai program- program di bawah kementerian berbeza. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Adakah sebuah ‘Join-Cabinet Committee’? Puan Fuziah binti Salleh: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Asmak. Sebenarnya apabila saya katakan tadi, unjuran ke hadapan ialah kita akan buat KPI khusus untuk masjid. Khusus berkenaan dengan pengurusan masjid yang sebelum ini tidak dilihat begitu. Kita di dalam rancangan kita untuk mewujudkan ini, kita harap kita akan wujud satu model Malaysia- masjid Malaysia yang boleh dicontohi oleh negara- negara lain termasuk cadangan seperti tadi dan sebagainya. Jadi memang seharusnya masjid itu merupakan lead agency di dalam melibatkan kementerian-kementerian lain di dalam program pengimarahan masjid, yang mungkin pada ketika ini tidak berlaku lagi tetapi termasuklah di dalam apa yang kita ingin letak sebagai the key result areas, ataupun bidang keberhasilan pengurusan masjid di masa hadapan. Insya-Allah, terima kasih di atas cadangan.

6. Datuk Sambanthan A/L Manickam minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh manakah kesan penyelewengan dalam kerajaan lalu telah menjejaskan ekonomi negara dan meningkatkan hutang negara seperti didakwa oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Datuk Sambanthan di atas soalan yang diberikan. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2018, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang 4.7 peratus dipacu oleh perbelanjaan swasta serta prestasi perdagangan luar yang baik, selaras dengan aktiviti perdagangan global. Daripada sudut penawaran, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Bagi keseluruhan tahun 2018 pula, pertumbuhan ekonomi telah disemak dan dijangka berkembang 4.8 peratus lebih rendah daripada unjuran asal 5 peratus. Bagi tahun 2019, KDNK dianggar berkembang 4.9 peratus. Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi negara oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan Bank Dunia antara 4.7 peratus sehingga 4.9 peratus bagi tahun 2018 dan 2019, mengambil kira persekitaran global. Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, Malaysia terdedah kepada ketidaktentuan persekitaran global termasuk konflik perdagangan, volatility dalam pasaran kewangan dan harga minyak global serta ketegangan geopolitik. Namun langkah kerajaan bagi mempelbagaikan ekonomi dan memperkukuhkan sistem kewangan telah meletakkan ekonomi negara pada landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta meningkatkan daya tahan untuk menghadapi cabaran luar. Bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan.

16 DN 3.12.2018

Langkah ini termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan dan produktiviti, mempergiatkan inovasi dan penggunaan teknologi, serta meningkatkan potensi ekonomi digital demi memacu pertumbuhan masa hadapan. Berkaitan hutang pula, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil langkah yang lebih komprehensif dan berhemah dalam meneliti kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Ini termasuk mengambil kira semua komitmen hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan yang tidak dilaporkan oleh kerajaan terdahulu. Secara keseluruhannya, kedudukan komitmen hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.0659 trilion atau 74.5 peratus, daripada KDNK sehingga 30 Jun 2018. Daripada jumlah hutang ini, hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM725.2 bilion ataupun 50.7 peratus daripada KDNK. Jaminan yang ditanggung oleh kerajaan berjumlah RM117.5 bilion ataupun 8.2 peratus. Hutang bersih 1MDB sebanyak RM38.3 bilion ataupun 2.7 peratus, dan liabiliti lain seperti Projek Kerjasama Awam Swasta (PPP), Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), dan Pembinaan BLT (PBLT) berjumlah RM184.9 bilion ataupun 12.9 peratus. Kesemua ini merupakan obligasi tunai kerajaan sehingga tahun 2045 yang perlu ditanggung melalui peruntukan tahunan bagi membiayai bayaran khidmat hutang dan bayaran pokok hutang serta bayaran pajakan kewangan ataupun, dengan izin, finance lease. Ini adalah selaras dengan piawaian antarabangsa sebagaimana yang telah digariskan di dalam Government Finance Statistic 2014 oleh International Monetary Fund (IMF). Dengan turut mengambil kira komitmen liabiliti luar jangka, kerajaan dapat mengenal pasti sekiranya syarikat dengan hutang yang dijamin kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk membuat bayaran balik faedah dan pokok berikutan model perniagaan yang tidak kukuh serta kegagalan tadbir urus syarikat. Sekiranya perkara ini tidak diatasi dan memandangkan hutang ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, maka ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan dan negara. Seterusnya ini menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa kepada ekonomi dan kewangan negara. Sekiranya perkara ini berlaku, maka akan mengakibatkan kesan negatif rantaian yang besar dan signifikan meliputi kejatuhan aktiviti ekonomi dan pelaburan, pengeluaran aliran modal asing, kerugian dalam sektor swasta, pemberhentian pekerja, dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan rakyat. Langkah kerajaan dalam mengambil kira semua hutang dan obligasi kerajaan adalah lebih berhemah, Tuan Yang di-Pertua ataupun lebih prudent dan realistik khususnya daripada aspek pengurusan kewangan negara. Ini bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah lebih menyeluruh dan tidak membebankan kedudukan kewangan kerajaan berdasarkan maklumat yang lebih tepat dan komprehensif. Terima kasih. Datuk Sambanthan A/L Manickam: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan itu. Soalan tambahan saya adalah apakah Tabung Harapan mampu menyelesaikan masalah kewangan negara dan kewajarannya kerana kesan ditanggung oleh rakyat. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Sambathan di atas soalan tambahan yang telah diberikan. Tabung Harapan yang telah diwujudkan yang sebenarnya merupakan satu cadangan yang sebenarnya datang daripada rakyat sendiri, sudah tentu tidak mampu untuk menyelesaikan hutang-hutang dan liabilities yang kita ada. Akan tetapi setelah ia merupakan cadangan daripada rakyat, sebagai mengambil rasa tanggungjawab juga daripada rakyat yang cukup patriotik untuk memastikan bahawa kedudukan kewangan negara kita adalah lebih baik, maka ia ditubuhkan, dan ia akan ditutup pada akhir tahun ini, Yang Berhormat. Yang Berhormat, memang tidak dapat untuk menyelesaikan semua tetapi kita rasa kebersamaan mereka untuk bersama-sama memastikan untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan adalah sesuatu yang amat-amat kita alu-alukan. Terima kasih.

DN 3.12.2018 17

■1110 7. Puan Asmak binti Husin minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah kerajaan bercadang untuk mengharamkan aplikasi yang memudaratkan masyarakat seperti Tumblr dan lain-lain. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan secara keseluruhan sesuatu platform atau aplikasi am yang boleh digunakan orang ramai untuk pelbagai tujuan dan maksud termasuklah untuk berkongsi maklumat dan sebagainya. Namun demikian, sekiranya terdapat sebarang laporan dan aduan awam berhubung dengan pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang bertulis di negara kita di Malaysia atau oleh mana-mana pihak atau individu yang menggunakan sesuatu aplikasi, tindakan penguatkuasaan akan disusuli oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan. Selain itu, pengguna-pengguna internet atau media sosial boleh secara langsung membuat aduan kepada penyedia platform atau pentadbir laman sesawang untuk membolehkan penyedia platform mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya kandungan yang diadukan itu menyalahi peraturan syarat penggunaan platform mereka. Sehubungan dengan ini, pihak SKMM menjalankan inisiatif mengupayakan pengupayaan menerusi program Klik Dengan Bijak (KDB) yang memberikan fokus kepada peranan bersama kepada semua pihak. Program-program yang dilaksanakan adalah bersifat inklusif dengan penglibatan pemegang taruhan dalam negara seperti golongan ibu bapa, penjaga, pendidik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta di peringkat antarabangsa seperti UNICEF, Google, Facebook. Inisiatif ini berkeupayaan turut meliputi program advokasi dan pembangunan modul latihan dan pendidikan kepada ibu bapa, penjaga serta para pendidik. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya bangkitkan soalan ini kerana aplikasi-aplikasi ini sebenarnya sangat menyumbang kepada kejadian jenayah sivil di kalangan kanak-kanak. Sebelum ini saya banyak juga menganjurkan program-program kesedaran terhadap ibu bapa untuk mencegah isu jenayah siber di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa ini kurang kesedaran lagi di Malaysia. Dalam kursus-kursus yang dijalankan, saya dapati ibu bapa di Malaysia ini sangat kurang responsif untuk memberi laporan. Contohnya macam dalam YouTube, ibu bapa sebenarnya boleh berperanan untuk report dan membersihkan YouTube daripada video-video yang tidak elok di Malaysia. Dalam masa yang sama juga, ibu bapa di Malaysia tidak ada teknik, tidak didedahkan kepada teknik-teknik macam mana mereka sendiri boleh membuat pencegahan secara sendiri terhadap kejadian jenayah siber ini. Jadi soalan saya ialah apakah usaha kerajaan untuk memasarkan, contohnya macam SKMM ada buat kerjasama juga dengan syarikat telco. Macam kita ada Kiddie Program, Kiddie Zone dan sebagainya tetapi saya dapati tidak ramai ibu bapa yang tahu. Jadi sejauh mana usaha SKMM ini untuk memastikan yang ibu bapa ini terlibat dan faham secara teknikal tentang usaha mencegah jenayah kanak-kanak di siber ini. Sekian, terima kasih. Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Asmak. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan itu tadi iaitu ibu bapa, terdapat kebanyakan ibu bapa ini kurang responsif kepada kempen-kempen kesedaran yang dibuat oleh kerajaan. SKMM ini juga menjalankan pelbagai inisiatif untuk memastikan pengguna laman sesawang ini mempunyai kesedaran dan kecelikan media. Ini terpakai kepada semua golongan lapisan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum menerusi inisiatif Klik Dengan Bijak telah dilancarkan semenjak tahun 2012 dan telah menerima kehadiran penglibatan sejumlah lebih kurang lima juta audience. Program ini dilaksanakan melalui 35 rakan strategik yang turut bekerjasama dalam melaksanakan jangkauan.

18 DN 3.12.2018

Ini termasuklah kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan dengan menyampaikan mesej-mesej utama yang bersifat education. Walau bagaimanapun, berkenaan laman sesawang ini saya sentuh sedikit Yang Berhormat, secara teknikalnya dapat disekat oleh kerajaan. Walau bagaimanapun wujud limitasi teknikal untuk pihak kerajaan menyekat sesuatu aplikasi itu. Ini disebabkan hanya pemilik gedung aplikasi sama ada, dengan izin, Google Play Store ataupun Android dan Apple Application Store (IOS), dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang boleh menurunkan dan mengeluarkan sesuatu aplikasi yang kita fikirkan boleh menjejaskan kanak-kanak yang menggunakan aplikasi-aplikasi yang secara jelasnya memberikan impak dan kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak. Contohnya seperti Apple, rangkaian daripada aduan dan permasalahan yang wujud telah pun menurunkan aplikasi seperti Tumblr yang dipercayai menjejaskan pembangunan kanak-kanak tadi. Akan tetapi walau bagaimanapun, Google Play Store tidak mengikut langkah ini. Jadi yang boleh kita buat, kerajaan hanyalah melalui kempen- kempen kesedaran dan celik IT yang dibuat seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Itu adalah usaha yang berterusan daripada tahun 2012 kita terus sehingga ke hari ini. Yang paling penting, ibu bapa sendiri mesti mempunyai kesedaran ataupun mempunyai apa yang kita sebutkan, dengan izin, parental control ke atas penggunaan aplikasi-aplikasi ini dengan memberi pemahaman yang cukup dan jelas kepada anak- anak supaya tidak terkeliru ataupun boleh mendedahkan mereka kepada penggunaan secara salah aplikasi-aplikasi yang ada di laman sesawang tersebut. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Senator ada bangkitkan berkenaan dengan program. Adakah program untuk menggiatkan lagi kesedaran ibu bapa dari program semasa yang ada? Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, antara program-program macam KDB tadi, itu melibatkan semua golongan lapisan masyarakat termasuk ibu, bapa dan anak-anak. Ada juga beberapa program lain yang turut dibuat yang secara khususnya untuk mendidik ibu bapa supaya lebih menitikberatkan tentang penggunaan secara berleluasa oleh anak-anak mereka ini. Ini merupakan satu usaha yang dibuat secara berterusan Tuan Yang di-Pertua dan sehingga ke hari ini masih lagi diteruskan dan mendapat sambutan yang sangat positif. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Dato' Hajah Fahariyah. Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah berkenaan dengan iklan- iklan yang berbaur lucah apabila kanak-kanak ini kadang-kadang, apabila dia bermain games ataupun Facebook lah sebagai contoh anak-anak remaja kita akan timbul kadang- kadang, appear iklan-iklan yang berunsurkan lucah ataupun berunsurkan produk-produk seks. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan tegas oleh pihak kerajaan untuk mengekang iklan-iklan seperti ini keluar di platform-platform apps dan juga platform-platform permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Jikalau ada tambahan, jawapan tambahan dari yang itu. ■1120 Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Fahariyah. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, hanya pemilik gedung aplikasi sahaja yang boleh menurunkan seperti pihak Googleplay dan juga Apple Application Store yang boleh menurunkan, mengeluarkan aplikasi-aplikasi sama ada aplikasi yang berbentuk iklan. Walau bagaimanapun, dari segi penguatkuasaan, SKMM, pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa di bawah AKM, seksyen 233 untuk menggunakan kuasa, budi bicara untuk mengambil tindakan yang bersesuaian. Cuma baru-baru ini terdapat arahan daripada Peguam Negara bahawa seksyen 233 ini tidak lagi boleh digunakan. Walau dengan mengimbangi bahawa cadangan-cadangan penguatkuasaan itu boleh menggunakan peruntukan-peruntukan yang bersesuaian di dalam Kanun Keseksaan dan peruntukan-peruntukan undang-undang yang lain.

DN 3.12.2018 19

Walau bagaimanapun, selepas insiden kuil yang berlaku baru-baru ini, kita dapati terlalu banyak sentimen-sentimen yang dimainkan bersifat provokatif dan juga melibatkan perkara-perkara penyebaran berita-berita palsu. Berdasarkan ketetapan Kabinet yang sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa akta-akta yang dalam kajian seperti seksyen 233 ini boleh digunakan untuk tujuan menyekat perkara-perkara yang tidak sihat seperti berita-berita palsu ini daripada berleluasa sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum dan juga kestabilan politik di dalam negara ini. Jadi itu antara perkara-perkara yang boleh dilakukan. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat aplikasi di dalam internet ini membawa juga kepada satu penyakit baru. Dulu kita bercakap berhubung dengan penagihan dadah. Sekarang ini internet addiction. Baru-baru di ASEAN telah membuat kajian di mana kanak-kanak di antara 5 tahun hingga 9 tahun, 7.9 peratus telah pun addicted to internet, dengan izin. Di antara 10 tahun hingga 19 tahun yang paling tinggi, 20.4 peratus, dan adult, 20 tahun ke atas, golongan kita ini sudah pun mencapai 6.8 peratus. Dulu penyakit dadah ini ada tempat-tempat yang kita boleh pergi untuk rehabs dan dibuat oleh kerajaan dan berapa banyak wang telah pun dihabiskan. Sekarang ini internet addictation yang telah pun mula melanda negara kita. Apakah peranan kerajaan, kita hendak bertanya tumpang awal ini apakah kerajaan telah pun mengadakan program- program yang menjurus ke arah penyakit baru ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Dengan izin, internet addiction. Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat sebentar tadi. Saya hendak maklumkan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Asmak sebentar tadi, program ini banyak, sentiasa dibuat secara berterusan. Akan tetapi respons daripada ibu bapa dan penjaga itu sangat berkurangan, memerlukan masa yang panjang, barulah kita akan dapat penglibatan yang lebih ramai daripada penjaga dan juga ibu bapa. Jadi dalam keadaan yang sedemikian tidak sewajarnya semua beban kesalahan itu diletakkan kepada kerajaan kerana ini mestilah dilakukan secara kerjasama di antara kerajaan dan juga keluarga dan juga masyarakat serta ibu bapa. Walau bagaimanapun, untuk perkongsian Yang Berhormat bermula daripada tahun 2015 berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh ibu bapa dalam bentuk aduan awam dan jalinan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Sehingga dua tahun, 2015 ke 2017, pihak SKMM telah menyekat sejumlah 399 laman berunsur pornografi, lucah termasuk laman yang melibatkan kanak-kanak secara khususnya. Kerajaan juga telah mengambil tindakan terhadap individu-individu yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak di bawah peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak dan Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri saya ingat kena buat program bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat kedua-dua Dewan lah untuk penyedaran. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Puan Lim Pui Ying.

8. Puan Lim Hui Ying minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM24.08 juta yang meliputi lima projek seperti berikut:

20 DN 3.12.2018

• Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang; • Rancangan Tebatan Banjir Teluk Kumbar, daerah Barat Daya Pulau Pinang; • Rancangan Tebatan Banjir Teluk Bahang, daerah Barat Daya Pulau Pinang; • Rancangan Tebatan Banjir Pondok Upih, Sungai Burung, Pulau Pinang; dan • Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kechil, daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelantikan perunding, reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja. Terima kasih. Puan Lim Hui Ying: Terima kasih. Pada akhir tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan jumlah projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion untuk Pulau Pinang. Adakah senarai projek RM1 bilion ini telah dikemas kini, dan apakah status projek-projek dalam senarai tersebut? Terima kasih. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, apa yang saya jelaskan tadi adalah peruntukan pada tahun 2019. Kalau mengikut bajet ataupun kos keseluruhan untuk projek yang lima tadi saya maksudkan, projek keseluruhan di bawah RMK-11, RM194.5 juta. Ini merangkumi semua, maksudnya termasuk juga yang RM1 bilion itu untuk projek jangka masa panjang. Yang saya jelaskan tadi adalah berkenaan dengan soalan yang menanyakan berkenaan dengan pada tahun 2019, jadi peruntukan itu khas itu untuk 2019. Terima kasih. Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Apabila Penang ada masalah banjir, Melaka pun hendak menyahut tentang- dua-dua lane, Penang dan Melaka. Baru-baru ini pada bulan November di daerah Alor Gajah, Melaka, banjir yang begitu teruk sekali. Walaupun di daerah Alor Gajah itu jam, hujan tidak berapa lebat kerana Sungai Melaka ini bersambung dengan di sebelah utara, Negeri Sembilan dan di sebelah selatan- Johor iaitu di Muar. ■1130 Jadi air yang mengalir daripada Negeri Sembilan yang menyebabkan di Alor Gajah lebih kurang 2,000 orang dipindahkan untuk penempatan banjir. Soalan saya, apakah rancangan ataupun peruntukan yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan itu khusus kepada Pulau Pinang kalau boleh jawab, boleh? Kalau tidak. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya ambil makluman yang ini tetapi jawapan tidak ada pada saya sekarang ini, dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

9. Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, langkah jangka panjang yang baharu untuk membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan dan mengurangkan jurang pendapatan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan secara terus- direct hand-out, yang terbukti tidak lestari. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas telah menggariskan beberapa langkah jangka panjang untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli bagi mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan isi rumah B40. Antara langkah jangka panjang yang telah dikenal pasti seperti berikut. Satu, membangunkan kapasiti dan keupayaan dalam kalangan isi rumah B40 melalui perluasan program pendidikan dan latihan. Ini meliputi penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan dan latihan- bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran serta peluang mereka bagi memperoleh pekerjaan berpendapatan lebih tinggi, lalu dalam jangka masa panjang meningkatkan mobiliti sosial isi rumah ini. DN 3.12.2018 21

Kedua, memperluaskan penglibatan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan termasuk secara atas talian- online. Ini dilaksanakan dengan meningkatkan akses dan peluang kepada bantuan pembiayaan kredit mikro, khidmat nasihat, dan latihan keusahawanan serta pembinaan premis perniagaan dan program sokongan perniagaan mikro serta perniagaan kecil dan sederhana. Ketiga, meningkatkan produktiviti dan pendapatan para petani, pekebun kecil dan nelayan melalui aplikasi teknologi moden, amalan pertanian terbaik, atau good agriculture practices dan aktiviti ekonomi tambahan. Keempat, memperluas akses kepada kemudahan asas seperti infrastruktur dan pengangkutan, utiliti dan ameniti sosial di kawasan luar bandar bagi memperkukuh keterhubungan lalu merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat B40 di luar bandar. Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap pembangunan inklusif yang berteraskan kepada beberapa prinsip utama seperti ketelusan berdasarkan keperluan de merit, mesra pasaran, mampan dan menyokong pertumbuhan. Pendekatan ini akan memastikan semua kumpulan masyarakat mendapat peluang dan manfaat pertumbuhan ekonomi atau shared prosperity tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan lokasi geografi. Oleh yang demikian, dengan membangunkan kapasiti dan keupayaan, meningkatkan pendidikan dan latihan, serta menggalakkan perniagaan dan keusahawanan, pendapatan dan kuasa beli rakyat akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan secara terus dari kerajaan. Sekian, terima kasih. Tuan Aknan A/L Ehtook: Terima kasih. Soalan tambahan saya, berdasarkan pengalaman Yang Berhormat Menteri, berdasarkan profil dan juga analisis sikap penerima-penerima bantuan selama ini, apakah yang boleh kementerian rumuskan dan apakah pengajaran yang kita boleh dapat daripada maklumat tersebut yang kita boleh kongsi dengan orang lain bahawa cara yang terbaik untuk kita menguruskan mereka yang berpendapatan rendah ini ataupun cara macam manakah kita untuk meningkatkan pendapatan mereka. Apakah sikap-sikap, atau sifat-sifat yang perlu kita hilangkan daripada mereka ini, supaya mereka boleh meningkatkan pendapatan mereka. Terima kasih. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Jika kita lihat B40 itu sendiri, B40 ini walaupun sekumpulan besarnya B40 berpendapatan kurang daripada RM4,306 sebulan di dalam kumpulan itu sendiri terdapat golongan B40 di peringkat atas, dan golongan B40 di peringkat pendapatan rendah dan golongan B40 di peringkat di bawah garis kemiskinan RM980 sebulan. Jadi di sinilah kita mengambil kira- cuba membawa mereka meningkat dari satu peringkat ke satu peringkat, termasuklah perubahan-perubahan sikap dan dalam memastikan mereka mengambil peluang yang diberikan kerajaan, khususnya dalam pendidikan, perniagaan, dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kepada Menteri-Menteri yang sudi datang untuk menjawab tetapi masa untuk pertanyaan jawab lisan ini sudah selesai dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pun sudah bersedia.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

22 DN 3.12.2018

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018 – 2020)

11.36 pg. Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mohon mencadangkan bahawa mengikut peruntukan Peraturan Dewan Negara 26(3), Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut, ‘’Bahawa Dewan ini menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [18 Oktober 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, yang mengupayakan saya untuk membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Negara. Usul ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan telah diluluskan pada 1 November 2018. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, seminit.

[Timbalan Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, teruskan. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali: Terima kasih. KSP Rancangan Malaysia Kesebelas memperkenalkan anjakan dalam pemikiran pembangunan sebagai dokumen reformasi yang komprehensif. KSP RMK Ke-11 menggariskan agenda islah yang akan menyuntik kekuatan baru pada institusi awam.

DN 3.12.2018 23

Kekuatan baru ini akan memberdaya institusi awam dengan ciri-ciri ketelusan, akauntabiliti, integriti dan prinsip tata kelola yang memperkukuhkan usaha untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Anjakan utama dalam pemikiran pembangunan yang terkandung di dalam dokumen ini digarisbawahi dengan perspektif pembangunan yang holistik, dan tidak terbatas pada ukuran pertumbuhan ekonomi mahupun KDNK semata-mata. Kerajaan berkeyakinan pembangunan yang holistik mampu menyempurnakan agenda pembangunan bangsa Malaysia yang merdeka, dan demokratik lagi berteraskan kebebasan dan keadilan, serta mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan semua rakyat. ■1140 Meskipun masyarakat Malaysia rencam dari segi suku kaum, agama, bahasa dan kebudayaan, pembangunan yang adil lagi saksama akan mengukuhkan semangat kekitaan dan jati diri kebangsaan. Justeru itu, kita mahu melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan perlu dinikmati oleh semua rakyat. Kesenjangan pendapatan antara miskin dan kaya, antara kaum dan suku kaum perlu dirapatkan agar tiada mana-mana golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan. Untuk menjamin pembangunan dinikmati oleh semua rakyat di mana sahaja mereka berada, jurang ekonomi antara wilayah wajar ditangani dengan saksama. Pendekatan ini adalah menyahut tuntutan rakyat yang mahukan perubahan seperti yang disaksikan pada 9 Mei 2018. Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Harapan beriltizam menggilap maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati seantero dunia dan ekonominya kembali muncul sebagai Harimau Asia. Tuan Yang di-Pertua, dokumen Kajian Separuh Penggal ini merupakan dokumen dasar pertama Kerajaan Pakatan Harapan yang menggariskan keutamaan dan penekanan baru agar falsafah, dasar dan strategi pembangunan seiring dengan aspirasi rakyat. Bahagian pertama, menilai pencapaian dalam tempoh 2016-2017 manakala bahagian kedua menyemak semula sasaran, strategi dan inisiatif bagi tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global dan kedudukan kewangan kerajaan akibat legasi pentadbiran lama. Tempoh akhir Rancangan Malaysia boleh dianggap sebagai satu tempoh peralihan dan tumpuan kerajaan semasa tempoh ini adalah untuk melaksanakan pelbagai reformasi institusi. Pada masa yang sama, langkah-langkah pengukuhan kedudukan fiskal akan diimbangi dengan objektif pertumbuhan yang mampan. Walaupun langkah pengukuhan fiskal akan meninggalkan kesan ke atas ekonomi, namun kerajaan yakin kesan ekonomi berkenaan dijangka bersifat sementara. Dalam tempoh dua tahun pertama rancangan iaitu 2016-2017, KNDK negara berkembang 5.1 peratus setahun dalam suasana inflasi pada kadar purata 2.9 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan aggregate swasta yang kukuh dengan pelaburan dan penggunaan swasta atau private consumption sebagai pemacu. Dalam tempoh yang sama, pendapatan negara kasar per kapita pada harga semasa juga meningkat pada kadar purata 6.7 peratus daripada RM36,119 ataupun USD9,248 pada tahun 2015 kepada RM41,093 atau USD9,556 pada tahun 2017. Dari segi parity kuasa beli, PNK per kapita Malaysia telah mencecah USD28,650 seperti dianggarkan oleh Bank Dunia. Pencapaian ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan 25 percentage teratas daripada 217 negara. Berdasarkan paras minimum negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan oleh Bank Dunia sebanyak USD12,056 bagi tahun 2017, terdapat jurang pendapatan 21 peratus yang perlu diatasi sebelum Malaysia berjaya melepasi status negara berpendapatan menengah tinggi. Prestasi pertumbuhan ini secara umumnya merupakan antara yang terbaik di rantau ini. Namun, sekiranya prestasi ini dikupas dan dilihat dengan lebih teliti, sebenarnya manfaat pertumbuhan selama ini tidak dirasai sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat.

24 DN 3.12.2018

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu melakukan semakan kenyataan atau reality check untuk memastikan dasar dan program akan menempati keperluan sebenar rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 2018-2020, persekitaran luar dijangka akan lebih mencabar terutamanya dengan ketidaktentuan harga komoditi dunia, perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, Dasar Monetary Amerika Syarikat yang lebih ketat. Cabaran dalam negara juga perlu ditangani dengan melaksanakan structural reform, meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan modal insan. Ekonomi negara bagi tempoh 2018-2020 disasarkan berkembang antara 4.5 peratus hingga 5. 5 peratus setahun disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri. Permintaan swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 5.7 peratus setahun. Walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia dianjurkan menyederhanakan, sumbangan bersih sektor luar kepada ekonomi dijangka masih positif. Meskipun terdapat suara songsang yang memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Harapan, keyakinan pasaran terhadap pengurusan ekonomi oleh Kerajaan Pakatan Harapan telah kembali pulih. Ini terbukti dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang terus mampan sebanyak 4.4 peratus bagi suku ketiga tahun ini. Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam sektor perkilangan juga kembali rancak di mana sejumlah RM48.8 bilion telah diluluskan bagi sembilan bulan pertama tahun ini berbanding RM13.9 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 249 peratus. Dalam laporan terkini Bloomberg, Malaysia ditempatkan di kedudukan teratas antara pasaran baru muncul atau emerging markets berdasarkan prestasi imbangan pembayaran akaun semasa yang mencatatkan lebihan serta potensi dan penilaian pertumbuhan ekonomi yang masih stabil. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesebelas, usaha akan dipergiat untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Keutamaan dan penekanan baru dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas adalah berasaskan enam tonggak iaitu seperti berikut: (i) mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam; (ii) memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat; (iii) menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang; (iv) memperkasa modal insan; (v) mempertingkatkan kemapanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau; dan (vi) memperkukuh pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, buat pertama kalinya, kerajaan meletakkan agenda reformasi tadbir urus sebagai tonggak dasarnya yang utama. Ini memandangkan terlalu banyak isu berkaitan dengan tadbir urus, ketelusan, integriti dan akauntabiliti. Perubahan yang ketara adalah diperlukan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada institusi kerajaan. Di bawah tonggak ini, keutamaan akan diberikan kepada empat bidang utama iaitu: (i) menambah baik tadbir urus pada semua peringkat kerajaan; (ii) meningkatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam; (iii) menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan kewangan awam secara berhemat; dan (iv) memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam. Langkah tegas dan berkesan akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat. Sistem pentadbiran undang- undang juga akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya diurus oleh dua individu yang berlainan. Kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkatkan dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Sistem Jawatankuasa Pemilih akan diwujudkan.

DN 3.12.2018 25

■1150 Jawatankuasa ini akan memperakui pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Hubungan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat Federalisme. Kerajaan negeri akan di perkasa melalui proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar. Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain. Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksanakan dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media. Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang- undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenalkan. SPRM akan di transformasi sebagai sebuah badan bebas sepenuhnya dan Akta SPRM 2009 akan dikaji semula secara menyeluruh. Undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan awam terhadap agensi kerajaan. Bagi mempertingkatkan integriti PDRM, Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan. Reformasi menyeluruh ke atas mekanisme pengurusan dana awam akan di laksana termasuk mempertingkat sistem belanjawan negara, menambah baik pengurusan perolehan serta memperkukuh rangka kerja pengurusan prestasi, pemantauan dan penilaian. Pelaksanaan sistem perakaunan akruan juga akan dipercepat dan Akta Prosedur Kewangan 1957 akan dikaji semula. Prosedur perolehan kerajaan akan ditambah baik dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan berkaitan yang lebih komprehensif dan berkesan serta menguatkuasakan pelaksanaan tender terbuka. Kerajaan juga akan mengkaji semula rangka kerja projek perkongsian awam swasta bagi mengoptimumkan sumber. Demi menghapuskan pertindihan dan mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, aspek prosedur dan proses kerja akan dikaji semula dengan memanfaatkan teknologi terkini. Jentera perkhidmatan awam akan diperkemas ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui adaptasi model kecemerlangan perniagaan sebagai instrumen analisis prestasi kementerian dan agensi. Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Kedua memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Pendekatan pembangunan inklusif akan di laksana melalui penekanan kepada pertumbuhan dengan ekuiti untuk meningkatkan kesejahteraan semua rakyat. Perlu ditegaskan bahawa peningkatan pendapatan sahaja tidak mencukupi kalau tidak diiringi dengan peningkatan kuasa beli. Bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat terutama isi rumah, daya keluaran produktiviti mestilah dinaikkan. Ini boleh dicapai melalui latihan kecekapan dan pengurusan yang lebih cekap dan bagi sektor pembuatan, penggunaan mesin dan teknologi yang moden dan canggih termasuk robotik dan automasi akan dipergiat. Kita juga perlu prihatin dengan rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit, kemalangan dan lain-lain. Maka sistem perlindungan sosial akan diperkukuh. Selain itu program bantuan kerajaan, khususnya yang melibatkan jaringan keselamatan sosial akan dikaji semula supaya lebih bersasar. Tuan Yang di-Pertua, iltizam kerajaan terhadap agenda pemerkasaan bumiputera terus teguh. Misalnya peruntukan belanjawan MARA bagi tahun 2019, kekal pada RM3.7 bilion. Beberapa agensi lain yang terlibat dalam pembangunan luar bandar dinaikkan peruntukannya. Peruntukan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ditingkatkan dari RM90 juta kepada RM210 juta. Kita juga harus mereformasi agenda pemerkasaan bumiputera dan tidak lagi meneruskan amalan business as usual, dengan izin.

26 DN 3.12.2018

Antara inisiatif yang akan diambil adalah perubahan minda yang positif dan penerapan nilai murni, pengukuhan keberkesanan institusi dan program, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan pendidikan dan latihan bagi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi. Kawalan efektif, pemilikan korporat serta pemilikan kekayaan yang diterajui oleh Permodalan Nasional Berhad akan terus diberikan keutamaan. Melalui agensi- agensi bumiputera seperti TERAJU, Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera akan terus di perkasa supaya lebih berdaya tahan dan mampan serta mampu menembusi pasaran global. Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara yang diadakan pada 1 September 2018 telah menghasilkan 63 resolusi yang merangkumi pelbagai dimensi. Kerajaan akan memastikan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dapat membentuk generasi bumiputera baharu yang berdaya tahan serta berpegang teguh kepada nilai moral, integriti serta sikap rajin bekerja. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama, usaha akan dipertingkatkan untuk memperkasa kumpulan minoriti. Program khusus akan di laksana bagi suku-suku kaum Sabah dan Sarawak dan juga Orang Asli di kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendidikan, latihan, kemahiran dan keusahawanan. Bagi kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina, beberapa program khusus akan di laksana bagi membangunkan potensi ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan. Pelbagai program dan inisiatif akan di laksana untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak, belia, wanita, institusi keluarga, warga kurang upaya dan warga emas. Antaranya ialah membangunkan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak- kanak serta program Pembangunan dan Pemerkasaan Belia. Bagi mempertingkat penglibatan wanita dalam pasaran buruh, majikan digalakkan untuk menyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan aturan kerja yang anjal. Selain itu, program pembangunan keluarga seperti kemahiran keibubapaan, menyemak semula dasar dan perundangan yang berkaitan orang kelainan upaya dan menggalakkan persekitaran penuaan yang aktif bagi warga emas akan di laksana. Pelbagai inisiatif akan di laksana bagi meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup. Tumpuan juga akan diberi untuk membendung kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah seperti kawalan harga, mempergiat penguatkuasaan dan mempertingkatkan tahap konsumerisme. Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga. Sebanyak 200 ribu unit rumah mampu milik disasarkan dalam tempoh 2018/2020 dengan menggalakkan penglibatan yang lebih luas oleh sektor swasta. Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam. Kerajaan komited untuk memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan. Antaranya mewujudkan Dasar Kesihatan Negara, meningkatkan kapasiti modal insan dan kemudahan kesihatan serta mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim pembiayaan kesihatan nasional. Dalam meningkatkan kapasiti kemudahan kesihatan awam, sebuah Pusat Kanser Wilayah Utara akan dibina sebagai pelengkap kepada Institut Kanser Negara. Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengesan, mencegah dan mengatasi ancaman penyakit. Perbandaran dan perindustrian yang pantas memberikan tekanan kepada kesejahteraan mental. Satu pelan tindakan akan dirangka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental. Selain itu, dasar dan peraturan baru akan digubal untuk mengawal selia produk, teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian. ■1200 Tumpuan akan diberi untuk mengukuh keupayaan dan kapasiti agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta mempergiat usaha pencegahan jenayah bagi mengekang pencerobohan sempadan kawalan, terutamanya di pintu masuk negara akan dipertingkatkan. Kerajaan ingin menegaskan bahawa perpaduan nasional dan kesepaduan sosial akan terus dipupuk untuk menjamin keharmonian negara. Kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat perpaduan dan kehidupan keharmonian di kalangan rakyat. DN 3.12.2018 27

Kerajaan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas menangani kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield baru-baru ini. Kenyataan tegas dan segera Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Usul Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat menampilkan kepimpinan tegas dan bertanggungjawab dalam menangani kejadian tersebut yang boleh menggeser keyakinan dan keharmonian. Dalam perjuangan mencapai status negara maju, kita khususnya generasi muda tidak harus lupa aspek nilai dan jati diri. Sehubungan itu, peranan keluarga, sekolah dan komuniti akan diperkukuh bagi mempromosi nilai murni dan memupuk budaya kebangsaan. Sukan akan terus menjadi platform untuk menggalak gaya hidup aktif dan sihat serta menyatupadukan rakyat. Oleh itu, lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi akan dibangunkan dan di naik taraf. Pendekatan baru akan juga dilaksanakan bagi menggalakkan kecemerlangan sukan dan gaya hidup sihat. Tuan Yang di-Pertua, tonggak ketiga, menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang. Semua negeri perlu maju bersama. Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membiarkan mana-mana negeri tertinggal di belakang. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan kembali agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan. Selaras dengan ini, kerajaan akan memastikan peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis supaya mencapai pembangunan yang lebih setara. Untuk memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah, perancangan pembangunan pada peringkat nasional, wilayah dan negeri perlu diperkemas. Penyelarasan antara negeri bagi penyediaan infrastruktur akan dipertingkatkan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber serta memodenkan dan memperbagaikan asas ekonomi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan akan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, termasuk membina rangkaian jalan raya, akses kepada bekalan air bersih dan terawat serta meluaskan akses bekalan elektrik. Selain itu, infrastruktur digital akan dipertingkatkan untuk memperluas liputan dan menambah baik kualiti jalur lebar. Aktiviti ekonomi setempat di luar bandar akan ditingkatkan untuk menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan. Aktiviti ekonomi luar bandar yang mampan seperti industri asas tani, ekopelancongan dan agropelancongan juga akan digalakkan. Bantuan akan diberi, termasuk menyediakan premis perniagaan untuk usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana di luar bandar. Sabah dan Sarawak berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dengan mengoptimumkan sumber asli yang ada. Untuk itu, kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada. Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Kerajaan juga akan menyediakan tujuh ribu unit rumah mampu milik serta menaik taraf 400 buah sekolah daif. Dari segi kemudahan kesihatan, tiga buah hospital akan dinaiktarafkan iaitu di Papar, Miri dan Lawas. Pembangunan tanah adat adalah penting untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat setempat. Oleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan, pemilik tanah dan pelabur akan dipertingkatkan. Aktiviti pengukuran dan pemetaan hak tanah adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah adat dibangunkan. Tuan Yang di-Pertua, tonggak keempat memperkasa modal insan. Kerajaan akan terus memberi penekanan untuk membangunkan modal insan bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Kerajaan akan mereformasi pasaran buruh ke arah mewujudkan pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji yang lebih tinggi dengan menggalakkan automasi dan inovasi, menerima guna teknologi baru serta mengkomersialkan harta intelek. Pelaburan berkualiti tinggi juga akan diberi keutamaan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran. Bagi meningkatkan gaji dan upah, semakan secara berterusan ke atas dasar gaji minimum dan pembentukan indeks gaji kebangsaan akan dilaksanakan.

28 DN 3.12.2018

Perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya ditangani. Di samping itu, peluasan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti akan dipergiatkan. Kerajaan berazam untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui penambahbaikan pengurusan pekerja asing. Antara langkah yang dicadangkan adalah mengenakan sistem levi berperingkat yang progresif berasaskan kepada jumlah pekerja asing yang digaji. Kerajaan akan mengukuhkan hak pekerja dan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh bagi menambah baik kecekapan dan produktiviti buruh melalui kajian semula undang-undang perburuhan dan pelaksanaan sistem insurans pekerjaan yang menyeluruh. Pekerja yang diinsuranskan akan menerima manfaat yang merangkumi elaun mencari pekerjaan, latihan, penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya. Adalah amat penting kita menyediakan pekerja dan golongan profesional menghadapi disruption yang bakal dibawa oleh Revolusi Perindustrian 4.0. Revolusi ini akan menghapuskan banyak jenis pekerjaan seperti buruh manual dalam sektor pembuatan tetapi juga akan mencipta peluang pekerjaan baru seperti penyelenggaraan dan kejuruteraan robotik dan automasi. Kerajaan akan meningkatkan akses yang saksama kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti. Bagi pendidikan asas, usaha akan ditumpu kepada peningkatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, penguasaan bahasa Inggeris dan peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi menetapkan standard pendidikan yang lebih tinggi serta memupuk nilai murni dan budaya kerja yang positif seperti yang diamalkan di Jepun, kerajaan akan mengkaji semula kedua-dua pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Sementara itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dikaji semula dengan menggantikannya dengan perundangan baru yang menyeluruh dan lebih baik ke arah mewujudkan kebebasan akademik, bersuara dan berpersatuan. Dalam tempoh akhir rancangan, kerajaan akan melaksanakan projek pembinaan bangunan bagi pusat perkhidmatan rawatan pesakit luar dan pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan dan hospital pengajar di Universiti Malaysia Sarawak. Kerajaan juga akan meningkatkan kualiti tenaga pengajar institusi pendidikan tinggi dengan meneruskan penajaan skim latihan akademik untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Kerajaan hari ini komited untuk meningkat keupayaan belia dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi. Kerajaan akan meneruskan program latihan pra-pekerjaan di bawah skim latihan bakal pekerja dengan menyediakan dana bagi membantu membiayai yuran program di pusat pembangunan kemahiran negeri. Kerjasama industri dan akademia yang lebih erat adalah penting untuk memadankan penawaran dengan permintaan. Keutamaan akan diberi untuk membangunkan kemahiran berkaitan industri dengan melaksanakan program berasaskan industri dan mengiktiraf teknologi sebagai profesional. Kerajaan juga akan menggalakkan institusi TVET untuk mempelajari dan menerima guna amalan terbaik daripada negara Jepun, khususnya melalui penerapan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. ■1210 Tuan Yang di-Pertua, tonggak kelima - mempertingkat kemapanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau. Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan sosial ekonomi turut memberi penekanan kepada aspek perlindungan alam sekitar selaras dengan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan. Tadbir urus akan diperkukuh bagi memudah cara peralihan ke arah pertumbuhan hijau dan pengurusan sumber yang lebih baik. Sehubungan dengan ini, dasar, perundangan, standard dan garis panduan berkaitan alam sekitar dan sumber asli akan dikaji semula atau diwujudkan dan di tanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa. Semua projek pembangunan perlu mematuhi standard perlindungan alam sekitar dan garis panduan pembangunan. Dalam hal ini, rangka kerja institusi akan diperkukuh manakala kapasiti dan keupayaan pemantauan serta penguatkuasaan akan ditambah baik. Pelaksanaan pematuhan kendiri terpimpin dalam kalangan industri akan diperluas manakala masyarakat dan pihak berkepentingan akan terus digalakkan untuk menghargai dan melindungi alam sekitar.

DN 3.12.2018 29

Usaha untuk melindungi, memulihara dan memulihkan khazanah strategik negara adalah penting bagi memastikan kemapanan dan sumbangan berterusan kepada pembangunan. Pewartaan lebih banyak kawasan terestrial air daratan, pesisir pantai dan marin sebagai kawasan perlindungan akan dipergiat. Bagi menangani konflik antara manusia dengan hidupan liar, lebih banyak laluan untuk hidupan liar akan disediakan. Langkah mitigasi perubahan iklim akan dipergiat bagi memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris dalam hal ini, Pelan Tindakan Mitigasi Nasional akan disediakan dan pelaksanaan cukai karbon akan diteliti. Sementara itu, langkah adaptasi perubahan iklim akan terus dilaksanakan dan pelan tindakan akan dirangka sebagai panduan dalam perancangan dan penyelarasan langkah adaptasi di seluruh negara. Penerima gunaan konsep penggunaan dan pengeluaran mampan akan digalakkan melalui peluasan inisiatif perolehan hijau kerajaan dan inisiatif merubah sisa kepada kekayaan ataupun sisa kepada tenaga. Manakala penggunaan plastik sekali guna akan dikurangkan. Kebergantungan kepada bahan api fosil akan dikurangkan melalui peningkatan sumbangan tenaga boleh baharu, dengan izin, renewable dalam penjanaan elektrik. Penjanaan elektrik daripada biojisim dan biogas akan digalakkan manakala daya maju teknikal dan potensi aplikasi komersial teknologi baru akan diteroka seperti grid mikro dan penyimpanan tenaga dalam bateri. Di samping itu, pengurusan permintaan tenaga akan terus diperkukuh melalui penyediaan pelan induk bagi meningkatkan kecekapan dan penjimatan tenaga, penggunaan sistem LED akan ditingkatkan. Keupayaan pengurusan risiko bencana akan ditingkatkan melalui integrasi langkah pengurangan risiko bencana dalam perancangan dan pembangunan. Kesiap siaga menghadapi bencana juga akan dipertingkatkan melalui pembangunan sistem bersepadu bagi ramalan cuaca dan banjir serta amaran awal banjir. Keupayaan tindak balas agensi berkaitan bencana dan komuniti juga akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Tuan Yang di-Pertua, tonggak yang keenam iaitu tonggak yang terakhir dalam Kajian Separuh Penggal ialah memperkukuh pertumbuhan ekonomi. Momentum pertumbuhan ekonomi akan diperkukuhkan dengan merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan swasta. Tumpuan akan diberi kepada pengukuhan asas ekonomi berlandaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti nilai ditambah tinggi ke arah meningkatkan produktiviti dan daya saing industri. Sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, sektor perkhidmatan yang berintensif pengetahuan akan dipertingkatkan. Usaha juga akan dipergiat bagi mewujudkan ekosistem yang dinamik menggalakkan penerima gunaan teknologi terkini dan e-dagang serta manfaatkan platform digital untuk mempromosi produk dan perkhidmatan bagi menembusi pasaran antarabangsa. Selain itu, Malaysia akan dijenamakan semula sebagai destinasi pelancongan utama dan produk ekopelancongan tempatan akan dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai pelancong. Kerajaan akan menggalakkan peralihan sektor pembuatan ke arah pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, pelbagai dan kompleks. Subsektor pembuatan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi iaitu aeroangkasa dan peranti perubatan juga akan diutamakan. Pihak industri perlu meningkatkan produktiviti dengan mempercepatkan penggunaan robotik, automasi dan inovasi, menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta melaksanakan amalan pengeluaran mampan. Tuan Yang di-Pertua, projek kereta nasional ketiga juga mempunyai peranan strategik dalam melonjakkan inovasi. Seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini, pembangunan kereta nasional bukan sekadar untuk mengeluarkan kereta, ia juga satu pemangkin untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan membina ekosistem teknikal dan berimpak tinggi untuk bersaing di peringkat global. Projek ini mengambil kira perkembangan terbaru dalam teknologi automatif termasuk autonomous vehicle, dengan izin. Projek ini juga bersifat hijau kerana akan memberi tumpuan kepada penggunaan tenaga boleh baharu atau renewable energy. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara.

30 DN 3.12.2018

Ini termasuklah sasaran meningkatkan sub sektor agromakanan bagi mencipta peluang pekerjaan, memupuk keusahawanan dan sekali gus menjana kekayaan baru negara melalui sektor pertanian yang merupakan penyumbang ketiga terpenting kepada pendapatan negara. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 atau, dengan izin, MAHA 2018 telah berjaya menarik lebih tiga juta pengunjung dan melibatkan hampir 2,000 pempamer masyarakat petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani yang memperkenalkan produk dan perkhidmatan. Ini membuktikan bahawa sektor pertanian bukan sekadar satu aktiviti tradisional tetapi mempunyai potensi yang cukup besar untuk meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara dan menjamin kemapanan bekalan makanan negara atau, dengan izin, food security. Negara Malaysia merupakan sebuah negara pertanian sejak kemerdekaan dan pada tahun 1987 kita telah beralih kepada status negara perindustrian apabila peratusan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK telah melebihi sumbangan pertanian dan perkara ini berterusan sehingga kini. Kerajaan hari ini mengambil ikhtiar mempergiat sinergi antara sektor-sektor pertanian dan perindustrian demi pembangunan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan pembangunan global yang menyaksikan anjakan paradigma yang dikenal sebagai Revolusi Perindustrian 4.0, Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran masa depan. Pada 31 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan dasar negara mengenai Industri 4.0 yang dikenali sebagai industry forward. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan penggunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Tumpuan juga akan diberi kepada beberapa bidang seperti bioteknologi, nanoteknologi, teknologi digital, teknologi hijau dan teknologi neuro yang akan melonjakkan kemajuan sains, teknologi dan inovasi. Melalui dasar ini, menjelang tahun 2025 kerajaan menjangkakan Malaysia akan menjadi salah satu destinasi utama industri berteknologi dan ditempatkan dalam kumpulan 30 tertinggi dalam Global Innovation Index. Cyberjaya selaku nucleus Koridor Raya Multimedia akan diberi nafas baru sebagai pemangkin utama dalam memacu pembangunan inovasi dan teknologi di Malaysia. Antara lain, ekosistem inovasi akan diperkukuhkan, bandar pintar diwujudkan dan FDI Teknologi akan digalakkan supaya bertapak di Cyberjaya. ■1220 Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan infrastruktur yang disediakan adalah berkualiti dari segi integrasi, liputan dan ketersambungan serta kemampuan dan kemapanan. Bagi memperkukuhkan ketersambungan merentas wilayah, pembinaan lebuh raya di luar kawasan Lembah Klang akan diberikan keutamaan. Antaranya meneruskan pelaksanaan Jajaran Central Spine Road dan Lebuh Raya Kota Baharu- Kuala Krai. Selain itu, pembesaran terminal, pemanjangan landasan dan penambahbaikan kemudahan bagi lapangan terbang terpilih akan dilaksanakan. Misalnya, menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pertumbuhan logistik dan fasilitasi perdagangan akan dipertingkatkan melalui inisiatif uCustoms, gerbang tunggal yang menyediakan proses bersepadu dan lengkap bagi pelepasan kargo yang akan dilancarkan pada awal tahun 2019. Inisiatif ini akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta daya saing pemain logistik Malaysia. Langkah untuk menambah baik infrastruktur digital akan terus dilaksanakan. Ke arah ini, kapasiti dan liputan jalur lebar akan terus dipertingkatkan menerusi National Fiberisation and Connectivity Plan untuk mencapai sasaran 95 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk. Usaha menambah baik perkhidmatan bekalan air kepada negeri yang mempunyai rizab margin rendah seperti Kedah dan Perlis akan diberi keutamaan melalui menaik taraf loji sedia ada dan membina loji baru. Pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan berpusat di bandar utama seperti Alor Setar, Kuantan dan Taiping akan dilaksanakan. Kerajaan akan memastikan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampan bagi mengukuhkan jaminan tenaga dan meningkatkan kecekapan bekalan tenaga. Ini akan dicapai melalui pembinaan fasiliti terapung gas asli cecair yang kedua milik Petronas di luar pesisir pantai Sabah serta projek refinery and petrochemical integrated development di Pengerang, Johor.

DN 3.12.2018 31

Kecekapan dan daya harap bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia akan ditingkatkan menerusi pelaksanaan fasa kedua kawal selia berasaskan insentif dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pelaksanaan IBR akan diperluaskan ke Sabah dalam tempoh akhir rancangan. Sementara itu, pembinaan loji jana kuasa baru akan dilaksanakan melalui bidaan kompetitif supaya lebih telus dan wujud persaingan sihat dalam kalangan pemain industri. Tuan Yang di-Pertua, kebangkitan rakyat pada 9 Mei 2018 menolak kleptokrasi dan memilih demokrasi telah mendapat perhatian dunia. Fenomena yang bersejarah ini memberikan kekuatan moral untuk segera membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, makmur dan demokratik serta pada masa yang sama, mempunyai wibawa melonjakkan kedaulatan negara dalam arena global. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mendapat penghormatan di kalangan pemimpin-pemimpin dunia. Kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam forum-forum antarabangsa seperti sesi ke-73, Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Sidang Kemuncak ASEAN Ke- 33 di Singapura, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomik (APEC) ke-26 di Port Moresby serta Lawatan Rasmi ke Republik Rakyat China dan Jepun telah mendapat liputan dan ulasan yang luar biasa dan membanggakan. Penghormatan yang diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya adalah pengiktirafan dunia kepada rakyat Malaysia yang telah berani membawa perubahan secara aman dan tertib setelah 61 tahun merdeka. Berdasarkan perkembangan ini, Malaysia berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memainkan peranan yang lebih produktif dan efektif di rantau ini, khususnya melalui kerjasama pertubuhan ekonomi serantau seperti Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT), The Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP- EAGA), dan Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM). Dalam Mesyuarat Tahunan BIMP-EAGA di negara Brunei Darussalam minggu lalu, negara-negara BIMP-EAGA telah bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara BIMP-EAGA dengan Republik Rakyat China kerana peningkatan Republik Rakyat China sebagai kuasa ekonomi baru dunia perlu dimanfaatkan oleh BIMP-EAGA bagi pembangunan kawasan serantau ini. Tuan Yang di-Pertua, rakyat telah membuat satu keputusan yang matang dan berani, semata-mata untuk membawa perubahan demi sebuah negara yang demokratik, makmur dan berwibawa. Maka menjadi tanggungjawab moral kepada kita semua tanpa mengira warna politik untuk membawa mandat ini dan memenuhi aspirasi rakyat. Ini adalah amanah yang kita tidak boleh khianati. Dokumen ini menterjemahkan iltizam Kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan amanah rakyat yang menuntut reformasi institusi dan penyusunan semula keutamaan ekonomi agar lebih mampan dan peduli rakyat. Dasar dan strategi baru ekonomi Kerajaan Pakatan Harapan akan meletakkan kembali ekonomi Malaysia di atas landasan yang kukuh. Matlamat akhir hala tuju baru ini bukan sekadar menghasilkan kemakmuran ekonomi tetapi merangkumi agenda pembangunan bangsa Malaysia yang demokratik, adil dan bersatu. Akhirulkalam, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan Usul ini secara bertanggungjawab dengan dhomir yang suci bagi menterjemah aspirasi rakyat supaya menjadi kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Terima kasih banyak. Sekarang ada sesiapa yang menyokong? Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sekarang ini terbuka untuk dibahas.

32 DN 3.12.2018

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya masih lagi menerima, adakah Yang Berhormat nak berbahas. Tolong bagi nama kepada saya atau kepada Setiausaha. Sekarang saya nak mulakan dengan calon kita- jauh. Diminta Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul. Dipersilakan.

12.28 ptg. Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam sayangi Malaysia dan salam ucapan perbahasan terakhir dari saya sebagai Ahli Dewan Negara. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memimpin, memacu dan memanifestasikan aspirasi beliau dalam membentuk Malaysia Baharu. Tidak lupa juga kepada barisan Jemaah Menteri yang sentiasa seiring, sehati dan sejiwa bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membawa Malaysia ke puncak gemilang. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian, pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada hari Khamis, 18 Oktober lepas, cukup penting untuk melihat hala tuju Kerajaan Baharu iaitu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa Malaysia ke arah agenda rakyat dan negara. ■1230 Dokumen RMK ini merupakan dasar kerajaan baharu yang pertama selepas memenangi Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lepas. Apa yang pasti, rakyat di luar sana sudah dahagakan perubahan, pembaharuan dan ingin mengetahui apakah langkah dan strategi kerajaan. Bagaimana pula langkah dan strategi berkenaan boleh mencapai agenda aspirasi negara dan rakyat melalui RMKe-11. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang dan peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi, Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018. Pembentangan Kajian Separuh Penggal ini merupakan satu dokumen yang amat penting kerana ia memberi gambaran ekonomi negara kita yang telah diwariskan oleh kerajaan baharu daripada Pakatan Harapan. Secara umumnya, enam tonggak melibatkan 19 bidang keutamaan dan strategi yang diumumkan dalam pembentangan tersebut, enam tonggak tersebut meliputi aspek tadbir urus, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan wilayah yang seimbang, modal insan, alam sekitar dan ekonomi seperti mana yang ditaklimatkan kepada Ahli-ahli Dewan Negara semalam oleh Datuk KSU dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Penekanan telah diberi kepada aspek tadbir urus bagi tujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Di samping itu, elemen ketelusan juga menjadi antara inti pati utama dalam mereformasi tadbir urus. Pengasingan kuasa di antara Eksekutif, perundangan dan kehakiman juga diutamakan. Amalan berintegriti dan berakauntabiliti menjadi teras untuk mereformasikan tadbir urus di semua peringkat. Tidak hanya setakat itu, penguatkuasaan pengurusan kewangan awam yang berhemah dan menitikberatkan sistem penyampaian awam menjadi titik tolak dalam menjayakan Tonggak Pertama ini. Namun, ini bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan perlu melibatkan penyertaan semua peringkat lapisan kepimpinan dan rakyat. Lebih-lebih lagi dalam beberapa bulan ini saya lihat kerajaan ini telah diuji dengan pelbagai macam cabaran dan dugaan yang menguji ketahanan, kepintaran dan juga kesabaran barisan Kabinet yang baru. Tuan Yang di-Pertua, saya pada hari ini merasa amat bersyukur. Oleh kerana untuk pengetahuan Ahli Dewan, ini merupakan minggu terakhir bagi saya memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara. Penggal saya akan berakhir pada 9 Disember 2018. Walaupun pelbagai perasaan melanda jiwa saya tetapi saya tetap bersyukur kerana ini memberi kesempatan untuk berucap pada perbahasan RMKe-11 ini. Saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh kepada perkara-perkara dan isu yang melibatkan negeri kelahiran saya iaitu Sabah negeri di bawah bayu. DN 3.12.2018 33

Rakyat masih tertanya-tanya dan ternanti-nanti mengenai hasil dari perbincangan Kabinet dan jawatankuasa khas yang telah dibentuk bagi merungkai permasalahan yang dihadapi oleh Sabah dan juga Sarawak. Apabila kita membicarakan mengenai hak Sabah dan Sarawak, perkara pertama terlintas di fikiran adalah mengenai perkongsian hasil kerajaan atau royalti minyak. Walaupun Menteri Kewangan telah memaklumkan banyak kali di Dewan yang mulia ini tetapi saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengenai langkah terkini Kerajaan Persekutuan untuk cuba memenuhi tuntutan hak kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun jawapan yang akan diberi oleh Menteri mungkin akan menjawab bahawa ini tertakluk kepada kemampuan dan kedudukan hasil kerajaan buat masa ini. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mempengerusikan Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun 2018 dan Manifesto Teras 4 Buku Harapan telah dibawa pada masa itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 September 2018 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 dan membuat pengesyoran kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pelaksanaan hak dan autonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Isu ketidakseimbangan pembangunan fizikal dan sosial ekonomi di antara negeri-negeri Semenanjung Malaysia berbanding negeri Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan penekanan yang lebih serius. Ia sekali gus akan dapat membantu Kerajaan Persekutuan dalam merangka pelan pembangunan ekonomi yang lebih holistik yang mampu merapatkan jurang ekonomi serta adil dan sama rata di antara negeri-negeri dalam Malaysia. Saya ingin tahu mengenai sebarang cadangan atau formula yang disyorkan mestilah tertakluk kepada kedudukan kewangan yang mengizinkan dan mengenai jawatankuasa ini akan ditubuhkan. Saya ingin tahu adakah ia akan dilaksanakan dalam tahun ini atau pada tahun hadapan? Selain itu, saya juga menyambut baik pengumuman tentang inisiatif kerajaan memulihkan status sebenar Sabah dan Sarawak sebagai, dengan izin, equal partners dan Malaysia melalui pindaan Artikel 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan kita telah menunjukkan inisiatif yang konkrit untuk membetulkan yang salah dan melakukan apa yang termampu walaupun baru memerintah selama beberapa bulan ini sahaja. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah pindaan-pindaan yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai hasrat ini? Adakah kerajaan akan meminda Artikel 1(2) dan Sarawak dipanggil wilayah, Sabah dipanggil wilayah. Maka ini bermakna, kita ada tiga wilayah, Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai aspek keselamatan di perairan negeri Sabah. Ini kerana kita di Sabah masih lagi terpalit dengan insiden Lahad Datu yang sehingga hari ini masih segar dalam ingatan rakyat negeri Sabah. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan mengenai pos kawalan angkatan tentera di sempadan Sabah dan Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan komitmen dan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara, terutamanya dalam mengekang pencerobohan sempadan kita. Pencerobohan ini sama ada oleh lanun, kapal nelayan asing dan seterusnya pengganas. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Langkawi terus mengumumkan penambahan kos pos keselamatan di sempadan. Soalan saya, adakah kerajaan serius dalam soal pertahanan negara kita? Apakah perancangan teliti yang dijalankan untuk sama ada menambah pos kawalan sempadan, kelengkapan kemudahan kawalan sempadan dan peralatan pertahanan dapat dipertingkatkan? Ini agar dapat membuat penceroboh berfikir seratus kali sebelum menceroboh kedaulatan Sabah dan Sarawak dan juga termasuk di Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya ingin beralih kepada Kementerian Komunikasi. Dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan rancangan untuk menambah baik infrastruktur digital akan diperhebat melalui pembinaan 300 menara komunikasi dan naik taraf seribu menara sedia ada. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan untuk Sabah dan Sarawak akan dibina 106 menara komunikasi baru dan menaik taraf empat peratus menara yang sedia ada.

34 DN 3.12.2018

Soalan saya, berapakah jumlah secara spesifik yang dirancang bagi negeri Sabah dan Sarawak. Ini kerana Sabah dan Sarawak saiz negerinya amat jauh berbeza sekali. Sudi untuk saya nyatakan bahawa Sabah dan Sarawak selalu ketinggalan dalam kemajuan komunikasi. ■1240 Sekiranya di Semenanjung sudah ada bayangan untuk menerapkan teknologi era 5G tapi kami di Sabah malangnya hanya menjadi satu mimpi sahaja. Liputan jalur lebar terutama pedalaman Sabah amat menyedihkan. Maka saya mohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar prasarana jalur lebar dapat dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak dan bukan saja tertumpu di kawasan bandar, bahkan di kawasan luar bandar juga. Di bawah kementerian ini juga saya ingin bertanya mengenai saluran MYTV yang menyiarkan siaran digital percuma di Malaysia. Soalan ini pernah saya ajukan pada mesyuarat-mesyuarat yang lepas dan kini saya ingin perkembangan dan rancangan masa hadapan mengenai siri digital MYTV di Sabah dan Sarawak dan saya berharap janganlah ditumpukan di kawasan bandar sahaja tetapi arus juga meliputi di kawasan- kawasan luar bandar. Selain dari itu, saya juga selalu ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian terutamanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memperbanyakkan saluran media kepada Parlimen. Ini jelas apabila siaran Dewan dapat dipertontonkan semula di Youtube dan streaming di dalam internet. Saya juga sering kali memberi teguran dan nasihat kepada pihak media mengenai laporan berita di Parlimen. Saya berharap agar kementerian akan terus mempertingkatkan dan meluaskan siaran persidangan Parlimen dengan mengadakan saluran TV dan radio khas Persidangan kedua-dua Dewan. Saya juga ingin cadangkan agar Ahli-ahli Dewan Negara juga dijemput dalam diskusi, program dan bual bicara anjuran RTM dan media TV lain. Ini seterusnya akan memberitahu rakyat bahawa Dewan Negara juga berperanan dalam sistem demokrasi berparlimen di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK- 11 ini, kita tidak boleh lari dari membahaskan aspek pembangunan wilayah yang seimbang. Bukan sahaja seimbang tetapi adil dan saksama yang meliputi seluruh kawasan di Malaysia. Merangsang ekonomi dan menarik pelaburan melibatkan semua negeri dan kawasan demi kebaikan penduduk Malaysia dan jurang pembangunan dan kemajuan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. Tidak hanya pembangunan di nikmati di sesuatu kawasan sahaja, sedangkan di kawasan lain serba kekurangan. Dengan kata lain, agenda untuk membolehkan semua penduduk Malaysia menikmati hak ekonomi atau dalam istilah Inggeris, dengan izin, piece of the cake harus disamaratakan dengan saksama. Pelbagai pekerjaan yang lebih baik perlu diwujudkan di kawasan-kawasan luar bandar, agar golongan ini dapat menikmati penempatan yang lebih baik. Tonggak keempat pula memberi penekanan terhadap aspek modal insan. Sememangnya tidak sesiapa boleh menafikan keupayaan modal insanlah yang akan memacukan agenda kesejahteraan rakyat dan negara. Modal insan yang berkualiti akan mampu memberi impak kepada organisasi, rakyat dan negara. Mereka ini perlu berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif, berkemahiran serta mampu mengubah kedudukan ekonomi negara daripada sebarang tekanan mahupun terperangkap pada takuk yang sama. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada Kementerian Kewangan mengenai kejatuhan nilai mata wang Ringgit yang saya lihat semakin menurun. Kekuatan Ringgit kita juga penting sebagai pemacu kepada pembangunan ekonomi negara. Apabila nilai Ringgit kita kuat, maka segala petunjuk prestasi ekonomi akan juga meningkat. Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara dalam menyuntik dana bagi mengukuhkan nilai mata wang Ringgit. Berapakah nilai peruntukan yang disuntik agar dapat menstabilkan dan melindungi mata wang ringgit Malaysia dari terus merudum? Saya juga ingin tahu ramalan untuk bulan-bulan yang akan datang berdasarkan kepada prestasi petunjuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada isu jurang pendapatan isi rumah, antara penduduk bandar dan luar bandar yang agak ketara. DN 3.12.2018 35

Ada laporan yang mengatakan jumlah pendapatan isu rumah di kebanyakan daerah terutamanya luar bandar mencatatkan agak lebih rendah daripada kadar yang sepatutnya. Apabila kita melihat dari sudut aspek industri desa atau industri luar bandar, rata-rata penduduk luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup sebab sikap mereka yang rasa cukup sekadar ada, ditambah kurang terdedah kepada dunia luar. Ada usahawan luar bandar selesa menggunakan kaedah tradisional berbanding teknologi moden dan ini merugikan produktiviti perniagaan mereka secara tidak langsung. Penduduk luar bandar terutamanya usahawan seharusnya melihat ke hadapan dan mengguna pakai teknologi baru untuk merapatkan jurang perbezaan dengan penduduk di bandar. Satu lagi masalah yang dihadapi usahawan luar bandar adalah track record perniagaan yang lemah yang menyukarkan mereka mendapat bantuan kewangan. Lebih kurang 80 peratus usahawan luar bandar lemah dari segi jaringan perniagaan dan jarang menggunakan teknologi untuk menaikkan taraf perniagaan mereka, contohnya seperti penggunaan mesin dan laman web. Saya ingin bertanya kepada kerajaan mengenai langkah-langkah yang diambil dalam membentuk keadaan usahawan luar bandar. Mereka harus didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar mereka lebih berdaya maju dan seiring dengan usahawan bandar. Bantuan khas harus disalurkan kepada usahawan kita, terutama di kawasan luar bandar yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), demi kebaikan perniagaan mereka. Di samping itu semua usahawan kita tidak kira daripada syarikat kecil atau besar mesti bersatu membentuk kelompok besar dan bergabung dengan semua pihak, kementerian, badan berkanun dan NGO. Dengan cara ini suara mereka akan didengari dan diambil peduli oleh pihak kerajaan. Dengan ini mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan mampu menjana pendapatan sendiri tetapi secara langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai satu aktiviti pertanian yang telah menjadi tradisi bagi masyarakat kami di Sabah iaitu penanaman padi bukit atau dalam bahasa Murut disebut “bilururumur” atau bahasa Dusunnya “Parai idong” untuk menampung keperluan beras keluarga. Kebanyakannya diusahakan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Lundaya. Penanaman padi bukit ini hanya terdapat di Sabah dan di Sarawak yang dilakukan sebagai penanaman untuk sara diri dan keluarga terutama bagi masyarakat rumah panjang. Tidak dinafikan ada keluarga yang meneruskan tradisi ini bagi dijadikan sebagai aktiviti perniagaan bagi menyara diri dan keluarga. Berbanding padi sawah yang banyak dibantu penggunaan jentera di semua peringkat, selain diringankan dengan bantuan subsidi baja dan pembajakan, terdapat sebahagian besar penanam padi bukti sebelum ini tidak menerima apa-apa bantuan. Kalau ada bantuan khususnya baja, racun serangga perosak dan subsidi penanaman, dapatlah juga meringankan pengusaha padi bukit ini. Berdasarkan perangkaan Jabatan Pertanian, keluasan penanaman padi bukit di negeri Sabah ketika ini dianggarkan antara 7 ribu hektar hingga 11 ribu hektar atau 0.4 hektar kawasan padi bukit boleh menghasilkan 12 guni padi beras bersih atau kira-kira setengah tan. ■1250 Berdasarkan perangkaan itu, saya menganggarkan hasil tahunan pada bukit yang dikutip petani di Sabah adalah antara 10,500 tan sehingga 22 ribu tan setahun. Peruntukan subsidi untuk sektor penanaman padi bukit harus diberikan agar hasil dapat dikutip oleh petani di negeri ini akan terus bertambah, sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung keperluan penduduk di negeri Sabah. Galakkan dan bantuan dari kerajaan harus dipertingkatkan bagi membangunkan sektor penanaman padi bukit dan padi sawah mampu melonjakkan sektor penanaman padi agar dapat mengurangkan kebergantungan beras import. Soalan saya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memajukan industri ini di Sabah? Sila nyatakan program jangka masa panjang dan sebarang bantuan yang boleh diberi kepada pengusaha penanaman padi bukit ini.

36 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada pemerkasaan Parlimen Malaysia. Saya difahamkan kerajaan kini dalam rangka untuk mentransformasikan institusi Parlimen selaras dengan peranannya sebagai institusi perlembagaan utama di negara kita. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan dalam usahanya untuk memperkasakan institusi ini. Pelbagai usaha telah dirangka, antaranya membawa semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan dan mewujudkan pelbagai jawatankuasa untuk memantau sistem tadbir urus negara agar lebih telus dan berintegriti. Selain dari itu, saya difahamkan ada perancangan untuk dipanjangkan tempoh jawatan Senator dari tiga tahun sehingga lima tahun, semoga usaha ini akan menjadi walaupun saya bersedih kerana tidak sempat untuk menikmati semua ini. Namun, peringatan saya kepada kerajaan, janganlah kita terlalu ghairah untuk membawa pembaharuan dengan mendadak sedangkan kekuatan dan pemerkasaan pegawai dan kakitangan Parlimen terlepas pandang oleh kerajaan. Ramai pegawai dan kakitangan Parlimen berjumpa dengan saya secara peribadi dan menyampaikan kerisauan mereka dengan keputusan mendadak ini. Masa depan perjawatan dan bidang kerja mereka juga sering menjadi tanda tanya, terutama bagi mereka yang berstatus, dengan izin, closed- service, kontrak dan pekerja sambilan. Malah, staf kader juga bertanya-tanya mengenai status perjawatan apabila akta ini dihidupkan semula. Sama ada pegawai kader akan pulang semula ke kementerian asal mereka atau diberi option untuk bekerja di Parlimen. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan selain mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen mengenai langkah-langkah transformasi Parlimen, wakil dari pegawai dan kakitangan Parlimen harus juga dipanggil bersama untuk berbincang dan mencari resolusi kepada masalah mereka. Apabila akta ini berkuat kuasa semula, saya difahamkan peruntukan dan perbelanjaan akan dikawal sepenuhnya oleh Parlimen. Ini secara langsung akan membenarkan Tuan Yang di-Pertua Dewan dan Timbalan, Ahli Parlimen untuk menyertai persidangan dan mesyuarat di luar negara. Sekali lagi saya ingin tekankan, jangan pula diabaikan peluang kepada pegawai dan kakitangan untuk mengikuti dan menjalankan tugas di luar negara. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menghidupkan semula program lawatan sambil belajar bagi pegawai dan kakitangan untuk menimba pengalaman di institusi Parlimen di luar negara. Ini seterusnya akan menambah pengalaman yang luas mengenai sistem pentadbiran Parlimen di luar negara dan boleh diamalkan dalam sistem Parlimen kita. Buat pengetahuan Dewan, kali terakhir program ini diadakan adalah pada tahun 2007. Walaupun saya akan bersara tidak lama lagi tapi saya akan mendoakan usaha murni kerajaan akan disambut semua pihak dalam kita mendaulatkan institusi Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya ketika Rancangan Malaysia Kesebelas dibentangkan pada tahun 2015, kerajaan membahagikan kepada tiga komponen utama iaitu strategi dan prospek ekonomi mikro tahun 2016 hingga tahun 2020. Enam teras strategik dan transformasi kepada perkhidmatan awam. Setiap komponen ini termasuk enam teras strategik yang telah digariskan mempunyai sasaran yang telah ditetapkan untuk dicapai sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaan. Maka dengan itu, Kajian Separuh Penggal dibentangkan untuk kita track pencapaian. Adakah kita berada di landasan yang benar dan boleh mencapai negara maju atau sebaliknya. Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa pencapaian Separuh Penggal ini ada kesinambungan dari dasar dan polisi dari kerajaan terdahulu. Biar apa pun, kesejahteraan dan kemakmuran harus diutamakan bagi mencapai negara Malaysia yang berwawasan tinggi, cemerlang dan terbilang. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, disebabkan ini merupakan ucapan terakhir saya, izinkan saya untuk memberi ucapan penghargaan. Saya telah memegang jawatan sebagai Senator Dewan Negara pada tarikh keramat 10 Disember 2012 sehinggalah 9 Disember 2018 pada hujung minggu ini. Saya bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana diberi peluang memegang jawatan Senator selama dua penggal mewakili negeri Sabah yang saya amat sayangi. Sesungguhnya banyak pengalaman dan kenangan manis dan pahit di selami dalam tempoh jawatan itu. Di sini saya ingin mengambil peluang dan kesempatan menyampaikan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Dewan Undangan Negeri Sabah dan parti saya- Parti AKOR yang telah mencalonkan saya sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Sabah.

DN 3.12.2018 37

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara- Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran; dan Timbalan Yang di-Pertua, sahabat saya yang baik hati, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, di atas segala tunjuk ajar dan nasihat sepanjang perkhidmatan saya sebagai Ahli Dewan Negara. Seterusnya, kepada Setiausaha Dewan Negara, Tuan Haji Riduan bin Rahmat; Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Awang Alik bin Jeman; pegawai-pegawai dan kakitangan Pengurusan Dewan Negara; Mantan Setiausaha Dewan Negara, Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Haji Sulaiman; Bentara-bentara Parlimen Malaysia; seterusnya pegawai-pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia. Selain dari itu, tidak lupa juga kepada pegawai kementerian, pegawai bertugas dan petugas-petugas media yang bertugas di Parlimen.

Sekiranya ada jarum yang patah; Jangan simpan di dalam peti; Sekiranya ada dari saya silap dan salah; Mohon maaf dan jangan simpan di dalam hati... [Dewan tepuk]

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, it has been a pleasure and my deepest honour to become a Senator of Parliament of Malaysia. Doa saya agar Institusi Parlimen akan terus diperkasa, cemerlang dan gemilang, bukan saja di Malaysia, bahkan juga di peringkat dunia. Dengan kata-kata itu, saya Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul dengan ini mengundur diri. Akan tetapi tidak lupa untuk menyokong sepenuhnya pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Sekian, terima kasih. Tepat jam 1... [Dewan tepuk] Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sahabat kita Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul yang selalu memberi pandangan yang baik, ilmu yang baik di Dewan ini. Jadi, pihak Dewan merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan anda itu dan bak kata orang tua tadi, budi baik anda tetap dikenang, yang pernah saya katakan tadi.

Atas bukit tanamnya ubi; Burung pun membuat sarang; Bukan budi sebarang budi; Budi baik dikenang orang... [Dewan tepuk]

Itulah saya rasa yang kita ingat dan ada lagi empat, lima orang. Oleh kerana masa tidak sempat, kita tangguhkan, kita sambung. Jadi, jangan lupa, saya senang hati bahawa banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh anda sekalian. Khususnya daripada Yang Berhormat Dr. Unggas.

Kurang manis tambah gula; Kopi disimpan di dalam raga; Ilmu itu umpama gemala; Daripada intan lebih berharga... [Dewan tepuk]

Sekian jam 1, dengan ini sekarang saya tangguhkan persidangan sehingga jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01petang]

38 DN 3.12.2018

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] ■1430 [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan, Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

2.32 ptg. Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tahun 2016-2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan merujuk kepada agenda besar yang tidak diperkatakan secara meluas iaitu Wawasan 2020. Persoalan yang ada di benak saya ialah dengan tempoh dua tahun dari sekarang, apakah pentadbiran negara tidak berusaha untuk mencapainya? Kerajaan terdahulu sudah angkat bendera putih dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah menyatakan ia sukar untuk dicapai dengan beberapa kekangan. Namun saya amat yakin di pemikiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, agenda besar ini masih mahu dilaksanakan. Ia bukan satu masalah besar. Ia sangat wajar demi meletakkan negara di persada antarabangsa yang dihormati demi mengembalikan kedudukan Malaysia yang dipandang serong dan diperlekehkan akibat perbuatan kleptokrasi. Saya amat yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pentadbiran sekarang mampu melaksanakannya sekiranya rakyat menerima perubahan yang sedang diusahakan. Landasan sudah ada. Kejayaan RMKe-11 jadi sandaran dan taruhan kita, yang diperlukan sekarang ialah enjin pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial digerakkan secara maksimum. Jangan toleh ke belakang. Yang penting, Wawasan 2020 mesti kita jayakan. Seperkara lagi, sebagai rakyat bumiputera Malaysia, sudah pasti saya amat tertarik dengan langkah Kerajaan Pakatan Harapan kerana memberikan tumpuan khusus kepada usaha mereformasi agenda pemerkasaan bumiputera. Penekanan kepada usaha ini memberi gambaran dan tumpuan bahawa soal kepentingan bumiputera antara langkah penting di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih kerajaan kerana secara loud and clear, dengan izin, menyebut mengenai agenda ini yang sebelum ini dijadikan bahan ejekan dan kritikan oleh pihak pembangkang. Malah, ada pihak yang membuat fitnah dan ugutan khususnya kepada orang Melayu bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menghapuskan agenda bumiputera sebaliknya akan digantikan dengan pendekatan sama rata dan persaingan yang kesannya akan menyebabkan bumiputera ketinggalan. Penegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui tonggak kedua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Rakyat baru-baru ini membuktikan agenda pemerkasaan bumiputera tidak pernah diabaikan. Jarum perkauman yang cuba ditanam oleh pembangkang khususnya parti kononnya berasaskan Melayu dan Islam yang cuba memecahbelahkan masyarakat melalui usaha ini tidak akan tercapai. Rakyat majoriti akan faham bahawa Kerajaan Pakatan Harapan bukan kerajaan yang cuba menghapuskan hak dan kepentingan bumiputera apabila secara jelas menggariskan pendekatan pembangunan khusus untuk mereka. Soal ini penting kerana bumiputera bukan sekadar orang Melayu. Bumiputera juga meliputi banyak etnik termasuk di Sabah dan Sarawak. Malah, usaha juga akan dilakukan memperkasakan kumpulan minoriti yang terdiri daripada kaum Cina, India dan lain-lain bangsa di negara kita.

DN 3.12.2018 39

Jadi di manakah benarnya tuduhan bahawa bumiputera dan kaum minoriti akan tertindas melalui Malaysia baharu. Bersesuaian dengan usaha memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat, sudah pasti usaha murni ini akan mendapat sokongan semua kaum demi membentuk sebuah masyarakat yang saksama. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dengan jelas menyebut bahawa inisiatif yang akan diambil adalah perubahan minda yang positif dan penerapan nilai murni, pengukuhan keberkesanan institusi dan program di samping pemerkasaan modal insan. Semua itu akan dicapai melalui pengukuhan pendidikan dan latihan bagi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi. Semestinya bumiputera perlu menyahut cabaran dengan bekerja keras untuk mencapainya. Dasar dan pelan pembangunan yang disediakan jangan terbiar dan dilakukan sambil lewa. Kita semua maklum bahawa bumiputera walaupun di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak memerlukan perhatian khusus untuk meningkatkan tahap kecapaian pendidikan dan latihan mereka agar mereka dapat memenuhi keperluan dan permintaan pekerjaan yang bergaji tinggi. Janji kerajaan untuk mewujudkan program suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak dan juga Orang Asli termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman membawa harapan baru kepada mereka. Antara inisiatif yang dijanjikan akan dilaksanakan termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan. Bumiputera perlu digilap sebagai modal insan yang berupaya bersaing selain mempunyai nilai murni dan kehidupan dan alam pekerjaan. Dengan mereka menjadi golongan profesional yang setanding dan dihormati oleh kaum-kaum lain. ■1440 Tidak salah Kerajaan Pakatan Harapan memberi tumpuan kepada reformasi demi pemerkasaan agenda bumiputera kerana matlamatnya membentuk generasi bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral, integriti serta sikap rajin berusaha. Malah keberanian Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir menyebut secara khusus bahawa kerajaan akan memastikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dari hasil Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara yang diadakan pada 1 September 2018 memperteguh keyakinan rakyat yang dahagakan pembelaan untuk memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan itu. Kita berdoa dan berharap apabila kerajaan selesai membuat rumusan terhadap 63 resolusi daripada kongres berkenaan, dasar pemerkasaan ini akan menjadi lebih jelas dan menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks membantu bumiputera, kaum lain tidak wajar bimbang dan bersyak-wasangka kerana kerajaan juga turut berjanji untuk mewujudkan masyarakat yang saksama. Perdana Menteri dengan jelas menyebut bahawa kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina, beberapa program khusus akan dilaksanakan bagi membangunkan potensi ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan. Dengan kedudukan di mana penegasan sudah dibuat oleh kerajaan, marilah kita menyokong usaha ini dan bekerja keras untuk merebut peluang ini. Ingatlah, peluang tidak datang berterusan. Sambil kita berusaha merebut peluang ini demi kebaikan masyarakat bumiputera keseluruhannya, usaha gigih kita menyokong kerajaan akan dapat menghapuskan semua bentuk kritikan, fitnah dan usaha memecahbelahkan masyarakat. Usaha memburukkan kerajaan melalui tuduhan kononnya bumiputera tidak dibela akan dilenyapkan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dengan jelas menyebut bahawa perpaduan nasional dan kesepaduan sosial akan terus dipupuk untuk menjamin keharmonian negara. Untuk itu, kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dan mewujudkan Indeks Perpaduan Nasional sebagai instrumen untuk memantau tahap perpaduan dan keharmonian. Saya mencadangkan supaya dipercepatkan penubuhan dan memasukkan wakil semua kaum sebagai ahli jawatankuasa. Jangan dikira suku kaum kecil ataupun besar terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga mengambil langkah yang bijak dengan tidak meratifikasikan ICERD, dengan izin, yang mana kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara kita Malaysia.

40 DN 3.12.2018

Kita perlu bergerak ke hadapan dan matang manakala rakyat perlu mempercayai satu sama lain, saling membantu serta bersama-sama menjadikan Malaysia hebat sekali lagi. Buat masa ini, keutamaan negara kita adalah menyatukan rakyat Malaysia untuk menghadapi kesusahan ekonomi yang akan datang. Kepada mereka yang masih hendak berhimpun, kita sokong dan minta pihak berkuasa benarkan kerana negara kita demokrasi tetapi himpunan biarlah tertib. Mereka hendak berjalan beramai-ramai sambil memakan popcorn dan berbual di antara satu sama lain, maklumlah dah lama berkelahi. Cuma kita minta jaga kebersihan bandar raya kita Kuala Lumpur dan kalau hendak elok lagi, pakat-pakat kutip sampah selepas perhimpunan. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang menyatakan kekesalan yang amat sangat kerana salah seorang mangsa beruniform separuh maut dalam insiden rusuhan kuil di Sri Maha Mariamman. Adib seorang anggota bomba dipukul, dipijak, dilanyak sehingga patah tulang rusuk dan sekarang masih lagi bertarung nyawa di IJN. Budaya ini mesti dihentikan dan kita menyeru pihak berkuasa mencari pelampau ini sehingga ke lubang cacing. Langsung tidak masuk akal kerana anggota bomba beruniform dan tidak ada apa-apa senjata di badan, hanya mahu memadamkan kebakaran. Akan tetapi pelampau bertindak di luar batasan dan tersangat jahat seperti binatang. Menteri pula ada yang membuat kenyataan bermacam-macam sehingga menyalahkan pihak polis, kononnya lambat bertindak. Ini seolah-olah berpihak kepada pelampau. Jadi ingatlah, jangan sesekali bagi senjata pada orang yang hilang kewarasan atau gila. Tuan Yang di-Pertua, kita juga memohon Menteri Penerangan supaya menapis filem-filem luar dan filem dalam negeri juga yang beraksi ganas, gengster berlebih- lebihan terutamanya hero bila bergaduh kalahkan puluhan orang, ini bahaya. Jadi kerajaan juga wajib semak status tapak rumah ibadat semua agama di seluruh negara kerana dikhuatiri bina tanpa izin tuan tanah. Saya mencadangkan seberapa segera supaya kerajaan wujud atau pinda akta atau gubal undang-undang serta dasar supaya tidak boleh membina rumah ibadat di tanah haram dan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Di sebalik semua ini Tuan Yang di-Pertua, reformasi pemerkasaan agenda bumiputera dan memperkasakan kumpulan minoriti amat penting yang sedang dibina oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pasti akan menyatukan kita. Insya-Allah akan dapat mewujudkan Malaysia baharu yang sejahtera dan saksama untuk semua. Justeru itu saya mencadangkan kepada kerajaan khususnya pejabat Perdana Menteri untuk menilai semula peranan yang boleh dimainkan oleh institusi atau agensi yang ditubuhkan khusus untuk orang Melayu dan bumiputera. Langkah segera menilai prestasi agensi berkenaan untuk mengemukakan syor-syor dan cadangan baru bersesuaian dengan keadaan sekarang dan masa depan perlu dilakukan segera. Perlu ada pelan tindakan yang relevan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Putrajaya perlu mendekati suara-suara badan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan Melayu untuk lebih memahami kehendak orang-orang Melayu. Bukan sekadar mendapat input, malah Pejabat Perdana Menteri perlu mendapatkan feedback mengenai kelemahan dan ketirisan yang menyebabkan orang Melayu dan bumiputera ketinggalan. Langkah lebih tegas dan komitmen tinggi perlu dilakukan segera kerana dengan memperkasakan ekonomi dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera akan menjamin ke arah masyarakat yang adil dan saksama, insya-Allah. Melalui penegasan dan komitmen kerajaan khususnya melalui Pejabat Perdana Menteri, semua langkah memajukan orang Melayu dan bumiputera akan berjaya. Apabila wujudnya keharmonian dan kesejahteraan, insya-Allah negara kita akan aman dan selamat didiami oleh sesiapa sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia harapan baru yang sedang dibentuk adalah atas mandat yang kukuh dengan suara besar rakyat. Kerajaan komited dalam memastikan setiap kita memiliki kemakmuran dan kekayaan negara. Justeru itu, kita perlu menjadikan hubungan kaum dengan pemerintah sebagai hubungan yang berasaskan tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong di antara satu sama lain. Bak kata peribahasa, seperti aur dengan tebing... [Membaca ayat Al-Quran]

DN 3.12.2018 41

Antaranya bermaksud, dengan berpegang teguhlah kamu semua pada tali agama Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada mu kepada kamu dahulu bermusuhan lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurnianya kamu menjadi saudara. Sedangkan kamu ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat- ayat Nya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai nama di sini tidak banyak. Sila hantar nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Sambanthan A/L Manickam. Nanti kita kena habis awal kot. Silakan Yang Berhormat. ■1450 2.50 ptg. Datuk Sambanthan A/L Manickam: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara kerana telah memberikan saya peluang untuk berbahas berkenaan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan pada 2 November 2018. Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas. The next one. Datuk Sambanthan A/L Manickam: Saya memang beri nama saya untuk bahas pembentangan bajet [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh duduk. Nanti bajet punya hal, saya akan panggil Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila kemukakan senarai nama sekarang. Silakan Yang Berhormat.

2.51 ptg. Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana diberi peluang untuk melibatkan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Ada beberapa isu yang saya ingin sentuh dalam perbahasan saya. Pertama, mengenai menganjak kumpulan isi rumah bawah 40 peratus atau B40. Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas atau Kajian Separuh Penggal RMKe-11, sasaran pendapatan atau Kajian Separuh Penggal RMK, pendapatan purata bagi kumpulan bawah 40 atau B40 telah dipinda daripada RM5,270 kepada RM4,430. Langkah ini patut disokong kerana lebih mencerminkan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu akibat konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan negara China, Brexit di Kesatuan Eropah dan corak demografi semasa dalam negara. Namun, usaha ini lebih bermakna sekiranya kerajaan baharu kini meneliti semula paras pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang masih dirujuk atau diaplikasikan dalam sesetengah sistem kebajikan atau pangkalan data kerajaan. Malahan, PGK yang ditetapkan tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. Dalam Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, paras PGK yang masih dirujuk ialah RM960 bagi Semenanjung, RM1,180 bagi Sabah dan RM1,220 bagi Sarawak. Paras yang sama juga telah diguna pakai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sistem eKasih bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU). Usaha menyemak semula PGK di samping mengaplikasikan bersama dengan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) pada pendapat saya juga tidak memadai.

42 DN 3.12.2018

Ini adalah kerana keadaan pendapatan isi rumah di setiap negeri di Malaysia amat berbeza. Ini juga perlu mengambil pertimbangan ke atas sektor-sektor pekerjaan dan juga berlainan di antara satu sama lain. Penyelidikan Bank Negara jelas menunjukkan living wages bulanan di ibu negara Kuala Lumpur adalah RM4,500 bagi isi rumah tanpa bebanan anak dan isi rumah dengan dua orang anak ialah RM6,500. Penyelidikan terkini yang telah diterbitkan oleh Khazanah Research Institute pula mengkategorikan isi rumah B40 merupakan kumpulan yang beroleh pendapatan bulanan di bawah RM4,360. Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2016 telah mengusahakan satu terbitan yang bertajuk, “A Guide On Starting Wages: 160 Selected Skills Jobs”, dengan izin. Terbitan tersebut telah memberikan satu panduan umum mengenai gaji permulaan bagi 160 jenis pekerjaan berkemahiran mengikut peringkat yang ditetapkan di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Maka, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah apakah panduan yang dirujuk ketika meminda sasaran asal tersebut kepada RM4,430 dan tahap kemahiran yang difikirkan mampu mengajak tahap kemahiran B40 ke kumpulan isi rumah berpendapatan sederhana iaitu M40? Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyarankan agar kerajaan baharu menggabungkan kepelbagaian penyelidikan yang sedia ada seperti Bank Negara, Khazanah, Kementerian Sumber Manusia serta memperluaskan lagi kajian ketika merombak semula paras PGK nasional seperti mengambil kira lokasi bandar dan luar bandar di setiap negeri. Isu kedua yang ingin saya sentuh, mengenai pengurangan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Berasaskan kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh sebenarnya telah berlaku peningkatan kepada 54.7 peratus pada tahun 2017 berbanding 54.1 peratus pada tahun 2015. Sebaliknya, sasaran kadar penyertaan wanita telah dipinda kepada kadar yang lebih rendah iaitu pada 56.5 peratus sahaja. Walaupun Rancangan Malaysia Kesebelas ini hanya tinggal tempoh dua tahun sahaja, mengapakah keselarasan ini berlaku? Tuan Yang di-Pertua, tetapi dalam laporan oleh Khazanah Research Institute, penyertaan golongan wanita dalam pasaran buruh, terutamanya generasi yang lebih muda dijangka akan meningkat kerana generasi wanita muda ini kurang dikongkong oleh pemikiran konservatif iaitu tanggungjawab keluarga seharusnya dipikul oleh wanita sahaja. Maka, apakah tiada rancangan kerajaan untuk membantu kumpulan wanita ini yang dijangka akan menyertai pasaran buruh? Sokongan serta galakan kerajaan baharu hanya tertumpu pada program seperti keanjalan waktu kerja, Career Comeback Programme, dengan izin, pusat jagaan kanak- kanak dan sebagainya. Seharusnya juga lebih luas untuk membantu wanita yang bekerja atau tumpuan kepada institusi kekeluargaan. Selain meningkatkan cuti bersalin ibu kepada 90 hari, paternity leave, dengan izin, sekurang-kurangnya tujuh hari untuk bapa atau suami seharusnya diwajibkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 dan ini diselaraskan dengan piawaian kerajaan. Langkah ini adalah untuk memastikan agar pihak majikan tidak gender bias di antara lelaki dan perempuan ketika proses pengambilan kerja. Kerajaan juga perlu memastikan konsep equal pay for work of equal value, dengan izin, bagi menjamin gaji dan pendapatan yang diterima di antara wanita serta lelaki adalah seimbang bagi pekerjaan yang sama. Ini amat jelas dalam laporan oleh Khazanah Research Institute, dengan izin, jurang perbezaan gaji antara wanita dan lelaki hanya mengalami anjakan yang kecil dan masih berlaku. Laporan Survei Gaji dan Upah 2017 oleh Jabatan Statistik Malaysia, dengan izin, telah membuktikan bagi pekerjaan peringkat pengurus dan kumpulan profesional, pendapatan yang diterima oleh lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. Jurang perbezaan di antara lelaki dengan wanita adalah sebanyak RM1,000 bagi peringkat pengurusan dan RM710 bagi kumpulan profesional. Kerajaan perlu mengembalikan penggubalan Akta Kesaksamaan Gender yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu dengan kadar segera. Dengan akta ini, akan memberi jaminan dan keyakinan kepada wanita untuk menyertai pasaran buruh. Seterusnya, ingin saya menyentuh tentang isu pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

DN 3.12.2018 43

■1500 Masalah pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kumpulan B40 dan M40 merupakan satu masalah yang masih berlarutan dan memerlukan penglibatan pihak kerajaan. Namun dalam perancangan kerajaan baharu untuk membina rumah mampu milik dilihat akan lebih perlahan apabila hanya menyasarkan 200 ribu buah bagi tempoh dua tahun sekiranya dibandingkan dengan sasaran asal kerajaan seharusnya 242,400 juta bagi tempoh tahun yang sama. Isu yang masih relevan dalam sistem penyampaian rumah mampu milik sehingga kini adalah seperti berikut: (i) peranan dan perancangan yang bertindih di antara kerajaan negeri dan Persekutuan serta pelbagai agensi kerajaan dalam membina rumah mampu milik; (ii) dana bantuan kewangan yang masih tidak mencukupi bagi membolehkan kumpulan B40 dan M40 untuk memiliki rumah; dan (iii) ketersediaan bekalan rumah mampu milik untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas kerajaan baharu akan menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, sistem bank data perumahan negara, menggalakkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan program sewa beli rumah. Ini adalah satu langkah patut diberi sokongan. Akan tetapi isu bekalan rumah mampu milik dilihat masih mengalami kekangan utama. Fakta terbesar ialah jumlah bekalan tanah peringkat Kerajaan Persekutuan yang terhad, harga tanah atau bayaran premium tanah yang masih mahal serta tanah kebanyakannya berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagaimanakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin menyelesaikan perkara ini? Seterusnya ingin saya menyentuh isu penjagaan kesihatan. Isu penyampaian institusi kesihatan perubatan dan rawatan awam masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Dengan itu kerajaan baharu telah meminda sasaran asal mengenai kemudahan kesihatan seperti sasaran nisbah katil yang lebih tinggi dan nisbah doktor kepada penduduk yang lebih ideal. Kerajaan baharu juga telah menekan keperluan langkah pencegahan seperti program Komuniti Sihat Pembina Negara atau KOSPEN, Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia Siri Ketiga, Pelan Strategik Kebangsaan Untuk Gaya Hidup Aktif serta peranan NGO dalam membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan wabak. Usaha yang dipuji ialah kerajaan baharu bertekad untuk meningkatkan nisbah katil hospital daripada sasaran asal 2.3 kepada 2.0. Demi mencapai sasaran ini, berkemungkinan wujud dua situasi. Pertama, kerajaan baharu telah merancang untuk membina lebih banyak bilangan hospital kerajaan yang kini seluruh Malaysia hanya mempunyai 135 buah hospital dengan bilangan katil sebanyak 37,470. Jika di banding dengan hospital swasta ialah 200 buah hospital dengan 14,799 buah katil hospital. Dalam kata lain hospital kerajaan kini sebenarnya telah dibanjiri dengan jumlah pesakit yang terlalu banyak. Sebenarnya situasi kedua, kerajaan perlu mempertimbangkan kaedah agar kos rawatan perubatan hospital swasta dikawal selia pada tahap yang lebih berpatutan. Ini secara tidak langsung akan mengekang isu migrasi pesakit swasta akibat kos rawatan yang semakin tinggi ke hospital kerajaan yang kini over-burden. Secara terperinci dilihat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan baharu tidak menyatakan secara kukuh mengenai pelan transformasi kesihatan bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan dan infrastruktur hospital secara menyeluruh di seluruh negara. Ini adalah penting untuk memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih bersepadu bagi menangani masalah kapasiti yang semakin tinggi di hospital kerajaan terutamanya kawasan bandar dan desa.

44 DN 3.12.2018

Saya ingin mencadangkan agar Kementerian Kesihatan menyemak semula pelan transformasi kesihatan dan menetapkan sasaran yang lebih tinggi berbanding kini terutamanya sasaran nisbah kaedah pencegahan kepada kaedah rawatan kesihatan. Satu isu lagi mengenai pengurusan bekalan air yang lebih aktif. Malaysia sering mengalami isu bekalan air akibat penghasilan kadar air tidak berhasil atau non-revenue water- NRW, dengan izin, yang tinggi. Antara punca yang menyumbangkan kepada kadar air tidak berhasil yang tinggi ialah: (i) infrastruktur bekalan air yang tidak efektif seperti paip yang terlalu usang dan kritikal serta meter yang uzur; (ii) sistem penyambungan paip yang tidak kemas dan penyelenggaraan sistem yang tidak sempurna akibat pekerja yang kurang mahir; (iii) kecurian air akibat penyambungan yang tidak sah. Apabila merujuk kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, sasaran kadar NRW telah dipinda kepada sasaran yang lebih rendah berbanding Indeks Prestasi Utama atau KPI yang dicadangkan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu 25 peratus serta sesetengah NGO seperti Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mencadangkan Malaysia seharusnya menetapkan NRW pada paras 20 peratus menjelang tahun 2020. Maka pencerahan diperlukan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengenai perkara ini serta pindaan sasaran ini berkemungkinan akibat moving average, dengan izin. Terkini kadar peratus NRW di sesetengah negeri di Malaysia tidak mencapai KPI yang ditetapkan maka adakah kementerian bercadang untuk mengambil tindakan ke atas negeri-negeri ini? Di samping NRW, keselamatan air negara seharusnya dirancang awal oleh kerajaan terutamanya apabila negeri Johor merupakan satu daripada lima negeri telah mengalami krisis air yang teruk pada tahun 2016 dan 2017. Dengan kerajaan baharu ini, adakah hasil penyelidikan dan tinjauan pandangan dijalankan oleh kementerian terhadap kaedah mengitarkan semula dan merawat air kumbahan laut dan penakungan dengan storm water system management, dengan izin, bagi memastikan bekalan air terjamin. Peluang pekerjaan- peluang pekerjaan di Malaysia semakin merosot kerana persaingan daripada pekerja asing yang lebih murah dan sudi bekerja untuk tempoh yang lama sehingga 12 jam tanpa bayaran tambahan. Ramai warga Malaysia khususnya mereka yang berpendidikan rendah dan berkemahiran sederhana kini menganggur dan tidak mendapat pekerjaan baharu kerana pasaran dan ekonomi yang lembap, perniagaan dan pengilang menurunkan kapasiti dan permintaan untuk pekerja baharu. Tidak mampu bersaing dengan pekerja asing dari segi gaji. Dengan itu peranan kerajaan apabila kini legasi baharu seharusnya mempunyai satu sasaran yang jelas dan tetap mengenai kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan. Saya ingin mengimbas kembali kepada janji dalam Pakatan Harapan, manifesto yang telah berjanji untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan baharu. Apakah usaha konkrit yang akan dilaksanakan dengan segera untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia serta graduan universiti yang tamat pengajian setiap tahun. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas tiada projek mega yang akan dilaksanakan atau dirancang selain daripada projek kereta nasional ketiga. Kerajaan sebelum ini telah menetapkan agar setiap Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk mewujudkan satu pusat pekerjaan dan karier atau job center, dengan izin, yang berbeza daripada fungsi JobsMalaysia. ■1510 Ini adalah untuk meningkatkan sokongan kepada para pekerja, bakal graduan untuk menjodohkan peluang pekerjaan dalam pasaran buruh dengan kemahiran yang sedia ada serta bantuan khidmat nasihat yang lain. Saya juga ingin mengetahui daripada kerajaan baharu adakah usaha ini akan diteruskan atau sekali lagi dirombak semula. Akhir sekali, ingin saya sentuh tentang sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Aspek kekurangan, ketidaksambungan pengangkutan awam terutamanya di antara negeri di seluruh Malaysia adalah satu masalah yang diakui dalam kajian ini.

DN 3.12.2018 45

Dengan itu, kerajaan baharu telah menetapkan sasaran baru untuk merangka satu dasar pembangunan negara. Maka saya ingin mengetahui daripada kerajaan baharu, adakah ketetapan 60 peratus kenderaan persendirian dan 40 peratus pengangkutan awam masih menjadi panduan dalam dasar baru tersebut. Menambah baik hubung kait antara bandar dan luar bandar untuk menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih baik adalah salah satu strategik. Namun begitu, kerajaan telah membatalkan projek-projek seperti East-Coast Rail Line (ECRL) dan menangguhkan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur ke Singapura yang sebenarnya boleh membantu integrasi ekonomi di antara negeri. Maka apakah pula rancangan kerajaan untuk merealisasikan perhubungan ini? Sebagaimana yang telah saya bawa dalam mesyuarat yang lepas, saya menyokong projek menaik taraf Gemas ke Johor Baru. Akan tetapi, projek menaik taraf tersebut yang merangkumi pembinaan 11 stesen telah melintas lokasi Muar atau Pagoh, Ayer Keroh dan Seremban. Dengan itu, bagaimana dengan Bandar Muar dan Pagoh? Apakah pembangunan yang konkrit dilaksanakan bagi tempoh lima tahun yang akan datang? Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Yang Berhormat, tidak ada nama lagi? Senarai saya ini yang terakhir. Sila kemukakan senarai nama. Silakan Yang Berhormat. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada hari ini dan hari ini iaitu satu hari lebih awal. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tidak ada peluang, kena beri you juga. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke sebelah, adalah satu kajian yang agak unik, satu yang amat bersejarah bagi negara kita kerana ianya merupakan satu kajian yang pada awalnya digubal oleh sebuah kerajaan iaitu Kerajaan yang sepatutnya berjalan dari tempoh tahun 2016 hingga tahun 2020. Akan tetapi oleh kerana kita mengadakan Pilihanraya Umum Ke-14, pada 9 Mei yang lalu, berlakulah pertukaran kerajaan iaitu sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan ditubuhkan di negara kita. Maka ianya- ini satu kajian yang digubal asalnya oleh sebuah Kerajaan Barisan Nasional tetapi pada separuh jalannya ianya terpaksa diteruskan oleh sebuah kerajaan yang lain. Oleh yang demikian, kita melihat daripada laporan ini ada dua segmen iaitu daripada tahun 2016 hingga tahun 2018, satu pencapaian yang dilaporkan ataupun dibentangkan di Dewan Rakyat. Pagi ini tadi dibentangkan di Dewan Negara yang merupakan pencapaian-pencapaian yang telah dibuat oleh kerajaan yang lalu. Seterusnya dari tahun 2018 sehingga akhir Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kita akan melihat satu dokumen ataupun merupakan satu rancangan yang dibentangkan oleh sebuah kerajaan baharu iaitu Kerajaan Pakatan Harapan. Oleh itu, kita melihat dalam laporan ini ada dua segmen dari tahun 2016 hingga 2018 dan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Apa yang menjadi perhatian kita ialah kita melihat ke hadapan, daripada tahun 2018 hingga ke akhir Rancangan Malaysia Kesebelas. Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang telah membentangkan di Dewan yang mulia ini pada pagi tadi. Semalam juga kita telah diberi taklimat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga oleh Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Jadi, kita mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga pegawai-pegawai kementerian kerana bertungkus-lumus merencanakan program di dalam masa yang singkat sesuai dengan kehendak kerajaan yang baharu, sesuai dengan janji-janji mereka dalam pilihan raya yang lepas.

46 DN 3.12.2018

Jadi mereka dapat membuat satu pembentangan yang sesuai untuk meneruskan program yang telah dirancang oleh kerajaan yang terdahulu dan seterusnya disambungkan dengan kehendak-kehendak dan juga janji-janji yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan di dalam pilihan raya yang lepas. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lari daripada keadaan ekonomi global dan juga pertubuhan ekonomi semasa. Dalam hal ini, kita melihat bahawa telah digariskan enam teras dengan kepelbagaian pendekatan strategi bagi mencapai agenda pembangunan hingga tahun 2030 sebagai menyasarkan pembangunan nasional dengan mampan. Mengambil kira pelbagai strategi yang dijajarkan semula ini, kita juga harus mendapat penjelasan lanjut daripada kerajaan ini. Apakah keupayaan mereka untuk mencapai ataupun dapat dengan jayanya menjayakan enam teras ini dan sebagai the game changer bagi memastikan bahawa pengurusan fizikal kerajaan dan impak ekonomi negara tidak mendatangkan kekangan yang besar dalam hala tuju kita membangunkan negara ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang disebut di dalam ataupun dibentangkan di dalam laporan ini ialah memastikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan keutamaan memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Saya menyeru, kerajaan perlu lebih serius dan memberi penekanan khusus kepada empat aspek berikut yang akan dirangka. Ini kerana pembentangan Separuh Penggal Kerajaan ini dirangka dengan pelaksanaan ialah kepada Belanjaan 2019-2020. Jadi kita memberi input sekarang dan ini akan menjadi landasan kepada kerajaan untuk menyediakan Belanjaan 2019-2020 yang sudah tentu saya rasa bahawa kalau kita lihat tadi ialah tentang pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Saya rasa bahawa kita juga harus memberi penekanan kepada pembangunan di negeri-negeri iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis iaitu enam negeri yang kita anggap belum begitu maju dibandingkan di wilayah-wilayah lain di negara kita. ■1520 Kalau dalam konteks Sarawak, kita rasa kita perlukan lebih banyak peruntukan dan projek untuk bekalan air bersih. Kita juga masih memerlukan bekalan elektrik luar bandar, terutama sekali di Sarawak dan di Sabah serta juga pembinaan penyelenggaraan jalan di luar bandar di negeri Sarawak. Semalam saya tidak begitu jelas dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Setiausaha kementerian, beliau ada menyatakan bahawa mereka meminta bantuan kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk melaksanakan projek jalan luar bandar. Akan tetapi dia kata bahawa JKR Sarawak mempunyai kemampuan yang terhad untuk menjalankan projek-projek ini. Jadi, saya ingin penjelasan lanjut daripada kementerian ini, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh JKR Sarawak hingga JKR Sarawak tidak dapat menerima wang yang disalurkan kepada mereka untuk mereka implement projek-projek jalan di luar bandar di Sarawak? Apakah had kemampuan yang dihadapi oleh JKR Sarawak? Saya mohon penjelasan lanjutlah mengenai perkara ini. Kita juga di Sarawak, melalui Sabah, kita amat-amat memerlukan peruntukan untuk menaik taraf, membaik pulih infrastruktur sekolah-sekolah daif. Kita rasa bahawa ini adalah amat kita perlukan kerana kita masih lagi mempunyai situasi yang perlu banyak bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana ini adalah merupakan satu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di dalam bidang pendidikan. Walaupun Kerajaan Sarawak pada masa ini sudah mengambil inisiatif sendiri menyediakan peruntukan untuk sama-sama membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak. Kalau hanya kita bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan, berdasarkan kadar peruntukan yang diberi seperti ada pada tahun-tahun seperti ini, maka mungkin 50 tahun pun kita tidak boleh dapat menyamaratakan pembangunan di Sabah ataupun di Sarawak. Jadi, dengan kadar peruntukan yang ada, maka kerajaan negeri mempunyai satu kesedaran bahawa mereka juga membantu di dalam perkara ini. Bukan hanya dalam melihat sekolah-sekolah daif tetapi juga dalam bidang penyambungan bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik di sekolah-sekolah di Sarawak yang dekat dengan main line ataupun grid perjalanan elektrik yang boleh mereka bantu.

DN 3.12.2018 47

Saya juga memohon Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pendidikan menyenaraikan dan memperincikan pelan tindakan affirmative pada tahun 2019 dan juga tahun 2020 bagi pembangunan dan naik taraf skim bekalan air dan elektrik di Sarawak. Penyelenggaraan jalan-jalan luar bandar, antara bandar serta jalan Persekutuan di Sarawak, baik pulih, naik taraf infrastruktur pendidikan, pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi memastikan bahawa masalah pengangguran di kalangan belia-belia kita dan juga ketidakupayaan belia kita menyara kehidupan sendiri dan keluarga, saya ingin mendapat penjelasan dari kerajaan, terutamanya Kementerian Sumber Manusia mengenai tenaga kerja warga asing di peringkat kebangsaan. Ini termasuk ialah kita juga ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Dalam Negeri mengenai Dasar Tenaga Warga Kerja Asing di peringkat kebangsaan. Bagaimanakah langkah yang paling efektif agar semua majikan swasta di Malaysia diwajibkan mengambil pekerja tempatan mengikut kadaran kuota dan nisbah yang lebih praktikal dengan keadaan semasa ekonomi negara? Saya juga ingin mengajukan pertanyaan dan mohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam. Satu, berapa ramaikah lepasan TVET dari institusi bukan di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan dan Diploma Vokasional Malaysia tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya dari Malaysia Qualification Agency (MQA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam? Lepasan ini diberi kadar upah setara dengan lepasan SPM apabila digajikan oleh majikan. Kedua, bagaimanakah kerajaan menangani isu ketidak setaraan pengiktirafan oleh MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran? Dulunya kita panggil sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, agar kaedah pengiktirafan terhadap program-program TVET, Program National Occupational Skill Standard (NOSS) dan Accreditation of Prior Excellent Learning (APEL) memanfaatkan peserta yang telah mengambil bahagian dalam skim ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit- menyentuh juga tentang bidang kesihatan kerana bidang ini juga menjadi tonggak di dalam Rancangan Kajian Separuh Penggal ini. Apakah sasaran kerajaan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan sistem jagaan kesihatan yang kita fikir harus diberi penekanan? Bagi kami di Sarawak, kekangan akses jalan raya dan prasarana kesihatan memerlukan Kerajaan Persekutuan memberi momentum penekanan khusus agar sasaran seperti nisbah luak katil hospital bagi setiap seribu pesakit, nisbah seorang doktor kepada 450 orang pesakit dan respons kecemasan dalam masa lapan minit. Persoalan yang saya kemukakan di sini ialah berapakah jumlah pesakit dan pesakit luar yang direkodkan di seluruh hospital dan klinik kesihatan di negeri Sarawak? Berapakah jumlah pegawai perubatan pakar mengikut bidang kesihatan Pegawai Perubatan, Jururawat dan personel perubatan bersekutu yang berkhidmat di Sarawak? Berapakah nisbah katil bagi setiap seribu pesakit di Sarawak, nisbah doktor dan pesakit di Sarawak dan masa respons kecemasan di Sarawak sebagai yang direkodkan pada tahun 2018? Juga saya ingin hendak tahu, ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Kesihatan. Berapakah jumlah perbelanjaan mengurus bagi Jabatan Kesihatan Sarawak pada tahun 2018 dan perincian mengenai projek-projek berkaitan kesihatan, naik taraf hospital dan klinik kesihatan serta peralatan dan logistik di Sarawak untuk tahun 2019 dan tahun 2020? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh juga tentang soal pendidikan. ■1530 Kementerian Pendidikan perlu memberikan perkhidmatan khusus dan penekanan yang lebih bermakna kepada mutu dan akses pendidikan di Sarawak, saya bercakap dalam konteks negeri Sarawak. Ini bagi menjamin jurang pencapaian dalam peperiksaan umum pelajar Sarawak berbanding pelajar di Semenanjung Malaysia dapat dirapatkan.

48 DN 3.12.2018

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan satu, bagaimanakah kerajaan merangka strategi agar kualiti pencapaian pelajar-pelajar dalam Peperiksaan PPSR, PT3 ataupun Penilaian Tahap Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dari Sarawak terutama pelajar luar bandar dapat ditingkatkan secara signifikan. Kedua, dalam aspek penempatan guru-guru. Bagaimanakah kementerian menangani isu kompetensi dan menetapkan agar hanya guru opsyen yang sebenar sahaja mengajar mata pelajaran di semua sekolah di Sarawak. Apakah insentif dan galakkan ataupun opsyen pendekatan agar kekurangan infrastruktur sekolah dan akses internet dapat diberikan formula kesetaraannya dalam skala pentafsiran peperiksaan umum agar pencapaian pelajar di Sarawak setara ataupun sama rata dengan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang juga telah disentuh dalam atau dibentangkan di dalam kajian ini ialah isu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi. Saya meminta kerajaan supaya memberi perhatian serius kepada sektor pertanian. Sektor pertanian seharusnya diberi perhatian serius ke arah pemodenan dan peningkatan produktiviti. Pengeluaran-pengeluaran produk pertanian yang berkualiti tinggi dan boleh menembusi pasaran antarabangsa dan juga pengeluaran pertanian yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti menerusi penyelidikan, aplikasi teknologi terkini dan juga digital atau internet of things. Semalam dikatakan bahawa ada graduate tidak tahan untuk bekerja dalam bidang pertanian misalnya, dicuba projek menanam sayur. Mereka tidak tahan untuk berkebun sayur. Tiga hari dikatakan mereka mengambil alih projek itu mereka sudah tidak larat lagi, tidak tahan. Akan tetapi saya rasa dalam pencapaian internet of things seperti apa yang saya lihat dilakukan oleh Jabatan Pertanian Sarawak di satu kawasan yang kita panggil Rampangi. Kita buat itu sebagai satu collection centre. Ramai yang mengambil bahagian dalam projek ini terdiri daripada golongan profesional. Ada yang kembali dari negara Australia dan sebagainya untuk mencebur diri di dalam bidang pertanian. Pertanian menerusi digital dan internet of things. Mereka bertanam sayur di dalam sebuah rumah yang seolah-olah seperti kelambu, tidak begitu panas. Mereka tidak menjalankan watering atau menyiram air kepada sayur-sayuran yang mereka tanam. Mereka gunakan fertigasi dengan penyambungan sistem pengaliran paip, menggunakan sistem fertigasi. Tidak perlu memerlukan pekerja yang banyak. Apa yang mereka perlu ialah penyambungan paip sistem fertigasi ini cukup masanya mereka bukakan saluran air itu maka sayur itu boleh dikatakan di watering, mendapat bekalan air dan internet of things lagi ialah mereka membuat perkara ini, boleh dibuat secara remote control. Dengan aplikasi telefon pintar mereka mungkin berada di Kuala Lumpur tapi katakan tepat jam pukul empat mereka hendak watering sayur-sayur itu mereka hanya menggunakan aplikasi smart phone ini. Maka air fertigasi di Kuching sana boleh berfungsi, mereka duduk di Kuala Lumpur. Ini merupakan pembaharuan pemodenan, ini merupakan pendidikan aplikasi internet of things. Saya rasa kalau graduate kita dengan- ada kalanya mungkin ada di antara kita sini merupakan peserta, pekebun-pekebun yang mengamalkan internet of things. Dalam kita duduk di Dewan ini kita rasa sekarang sudah pukul 3.30 petang, kita boleh key in di telefon pintar kita, kita buat satu formula, key in formula kita duduk di Parlimen sayur kita di Kuching mendapat watering menerusi fertigasi. This is element of modenisasi, the internet of thing, digital economy. Begitu juga mereka duduk sini dan boleh buat pasaran menerusi digital ekonomi mungkin ada wang di Singapura, ada company di Singapura yang hendak membeli sayur-sayuran mereka boleh di market kan sedangkan kita duduk di dalam Dewan ini. This is the internet of things, saya rasa kita boleh berjaya. Sementaranya di Sarawak ramai daripada profesional yang menjadi peserta di dalam projek ini dengan aplikasi Internet of things, digital economy. Kita duduk di sini tapi at the same time kebun sayur kita boleh diberi bekalan air menerusi fertigasi menerusi satu smart sistem dan juga at the same time kita boleh memasarkan market kita di Singapore dan sebagainya. Inilah sebenarnya pembaharuan yang kita mahu dibuat di dalam bidang pertanian di negara kita. Seterusnya, kita haruslah juga mencipta produk-produk pertanian yang boleh kita kaitkan dengan aktiviti pelancongan. Misalnya tourism agro farm, kita melihat sekarang ramai di kalangan anak-anak muda kita yang mencebur diri dalam bidang tourism agro farm. DN 3.12.2018 49

Kebun mereka dijadikan sebagai selain daripada mereka mendapat hasil tanaman tetapi at the same time mereka juga menerima pelawat-pelawat yang suka kepada apa hasil tanaman mereka, apa binatang ternakan mereka dan sebagainya. Bahkan ada anak-anak kita pada zaman moden ini mereka tidak kenal dengan ayam. Mereka makan ayam tapi tidak kenal macam mana bentuk ayam yang hidup-hidup ataupun melihat kambing dan sebagainya. Maka dengan adanya produk agro farm ini akan memberi juga pertanian ini, di samping itu mencebur diri di dalam bidang pelancongan, agro tourism farm. Kita juga melihat seperti yang saya dikatakan tadi ialah penglibatan petani- petani muda di dalam bidang pertanian. Saya hendak bertanya di sini apakah kerajaan sudah pun mempunyai Dasar Pertanian Negara yang baharu kerana dulu kita satu ketika kita heboh bahawa kita mempunyai Malaysia import bill yang begitu tinggi sekali, dikatakan dalam satu jumlah yang begitu besar. Jadi, apakah kerajaan yang baharu ini ingin hendak mengurangkan bil import negara kita? Jadi kalau relevan, apakah tindakan kita bagi mengurangkan bil import ini dan berapakah jumlah food import bill kita setakat Oktober 2018? Satu sektor yang saya rasa atau satu kluster yang perlu diberi perhatian juga di dalam bidang pertanian ini ialah satu yang kita namakan kluster kulinari iaitu masak masakan ataupun kita buat kuih-muih dan sebagainya. Saya rasa kita harus mentransformasikan sektor kluster kulinari ini kerana ia banyak mempunyai perkara yang harus kita bincangkan. ■1540 Pertama sekali, kita lihat bahawa kita harus menarik anak-anak muda kita di dalam sektor kulinari. Kita mahu- kita sebenarnya kaya dengan jenis-jenis makanan, masakan-masakan tempatan. Saya rasa tiap-tiap daerah kecil, katakan negeri dan sebagainya, kita mempunyai banyak jenis makanan yang unik di negara kita. Pahang lain lauknya, Sarawak lain lauknya. Kalau di Sarawak, mungkin di negeri lain dikatakan mana pansuh. Ayam pansuh dan juga masakan yang kita panggil sebagai bubur pedas di Sarawak. Bubur sini tidak pedas tetapi bubur Sarawak bubur pedas. Akan tetapi rasanya enak. Banyak lagi perkara yang boleh kita popularkan dalam sektor kulinari ini kerana kita mahu anak-anak kita supaya mereka menceburkan diri dalam bidang ini, menjadi satu business. Kita mahu bukan sahaja sektor kulinari ini boleh kita majukan di pasaran tempatan tetapi juga pasaran antarabangsa. Apa yang penting ialah kita mahu kalau kita- saya tidak berkesempatan pergi ke MAHA yang lalu tetapi kita mahu bahawa sektor kulinari ini, makanan-makanan tempatan ini kalau boleh menjadi makanan yang mudah dimasak. Menjadi fast food. Mudah dimasak supaya bagi anak-anak kita yang tinggal di bandar, kalau mereka nak makan masakan-masakan kampung, tidak perlulah menunggu ibu bapa mereka datang tetapi barang-barang seperti itu boleh dimasak, boleh dibeli di pasar raya-pasar raya kita- marketable. Ini yang kita mahu. Kalau anak-anak kita di bandar ingin nak makan lauk ikan patin, serbuknya boleh kita beli di supermarket. Kita hanya- fast food. Tidak perlu lagi nak balik ke kampung atau menunggu ibu bapa balik berjumpa kita di Kuala Lumpur tetapi kita boleh dapatkan perkara itu. Keduanya ialah kita harus ingat bahawa anak-anak muda kita, anak-anak kecil kita terlalu terpengaruh dengan jenis-jenis makanan Barat. Ini pada saya sebagai satu pendedahan kepada budaya makan kita. Kita takut, kita khuatir pada satu hari nanti, anak-anak kita tidak kenal lagi masakan-masakan tempatan. Tidak kenal lagi. Apa yang mereka tahu ialah fast food, nugget dan sebagainya. Jadi ini merupakan penjajahan budaya. Kalau tidak ada kita membuat transformasi di dalam sektor kulinari, kita khuatir bahawa satu hari nanti makanan- makanan tempatan kita, makanan-makanan warisan kita, datuk nenek kita dahulu, anak cucu mereka tidak kenal lagi. Tidak pandai makan. Sekarang ini ramai anak-anak kecil kita yang tidak pandai makan masakan kampung. Ini satu hari nanti, kalau dibiarkan perkara ini berterusan, akan meninggalkan satu kesan yang besar. Akan pupuslah warisan masakan yang turun menurun dari datuk nenek kita dahulu kerana kita mengabaikan. Kita tidak mentransformasikan sektor kulinari ini.

50 DN 3.12.2018

Di harap kita boleh melihat perkara ini secara serius. Kita mahu bahawa bukan sahaja masakan-masakan tempatan ini dapat dihidangkan untuk satu keluarga tetapi boleh dibuat dengan senangnya yang boleh menjadi hidangan pada satu majlis yang dikatakan beribu-ribu tetamu yang hadir. Jadi kita mahu transformasi kepada sektor ini supaya ia kita boleh mempertahankan masakan-masakan tempatan. Kita juga mahu di dalam kita mempopularkan masakan-masakan tempatan ini, satu perkara yang harus kita buat juga ialah kita harus melihat bahawa anak-anak kita, generasi kita, rakyat Malaysia dan sebagainya jangan membazirkan makanan. Jadi inilah satu perkara juga yang kalau kita boleh dapatkannya walaupun orang petani kata, the more food they buy, maka banyaklah hasil kepada mereka tetapi satu perkara lagi ialah kita harus juga jangan membazir. Jadi ini adalah satu budaya yang harus kita injek kepada anak-anak kita. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat tentang penubuhan satu disebut dalam persidangan ini - kajian ini ialah penubuhan satu pasukan petugas khas untuk menilai peranan dan juga fungsi pelbagai entiti perkhidmatan kerajaan. Satu perkara yang saya fikir saya nak sentuh dan nak bawa di Dewan ini ialah tentang mentransformasikan perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Saya meminta kerajaan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk membuat transformasi dan meningkatkan tinggi kualiti perkhidmatan kebombaan di negara kita ini sama ada dari segi skim perkhidmatan, standard operating procedure (SOP), kerja-kerja penyelamatan, peralatan termasuk latihan dan penambahbaikan sains kebombaan. Saya meminta diwujudkan satu kolaborasi di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan institusi pengajian tinggi sama ada dalam negara mahupun luar negara untuk menambah baik perkhidmatan kebombaan. Kita meminta supaya diwujudkan satu kolaborasi dengan jabatan terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan institusi pengajian tinggi awam supaya satu cabang pengajian sains kebombaan bukan hanya dibuat oleh Akademi Latihan Bomba dan Penyelamat dengan sijil dan Diploma Sains Kebombaan tetapi hendaklah ditingkatkan kolaborasi ini supaya sains kebombaan boleh diikuti hingga ke peringkat ijazah. Kita mahu supaya perkhidmatan kebombaan kita ditingkatkan kualitinya. Misalannya kita mahu respons kepada bantuan kecemasan. Di peringkat ini saya melihat sama ada perkhidmatan kebombaan kita mempunyai satu respons yang ada hubung kait dengan telekomunikasi digital teknologi. Saya difahamkan di negara maju, dalam perkhidmatan kebombaan ini kalau mereka respons kepada satu keadaan kecemasan. Katakan kebakaran, apabila pasukan bomba itu masuk ke dalam kereta, kenderaan bomba yang menyelamatkan itu, the moment dia berjalan, bomba itu akan mendapat maklumat mengenai tempat kejadian. Katakan rumah itu mengandungi berapa orang penghuni, berapa umur penghuni di dalam rumah itu. Adakah mereka mempunyai kanak-kanak kecil, mempunyai orang kurang upaya dan sebagainya. Apakah jenis-jenis harta yang ada di dalam rumah yang terbakar itu? The moment they move, mereka mempunyai maklumat tentang tempat yang hendak mereka pergi. Misalannya kalau kita dalam satu kecemasan di tasik dulu di Selangor, kalau Bomba respons, mereka sudah dapat tahu kalau kita ada aplikasi digital, mereka tahu berapa dalam air di dalam tasik itu. Berapa kederasan arusnya, apa rintangan- rintangan yang ada di kawasan kecemasan itu dan sebagainya. ■1550 Kita harap perkhidmatan kebombaan kita dapat ditingkatkan seperti itu seolah- olah kita membentuk satu yang kita sebut sebagai the big data. Walaupun ianya mungkin mengambil masa yang panjang tetapi let us start ini. Sejauh manakah kita mempunyai rekod dan kerjasama di antara jabatan- jabatan, dengan jabatan local agencies, pihak berkuasa tempatan, sejauh manakah mereka ada rekod tentang keadaan sesuatu tempat. Jadi, kalau kita ada aplikasi macam itu, maka senanglah kita untuk melihat perkara-perkara yang boleh kita buat untuk kita meningkatkan kualiti kebombaan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh sedikit kerana ada di sebut dalam kajian ini ialah tentang mempercepatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, saya menyokong penubuhan satu Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula dan memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. DN 3.12.2018 51

Dalam menyokong penubuhan jawatankuasa ini, saya juga bersetuju dengan apa yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Sarawak dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang kita panggil sebagai Consultative Committee ataupun Jawatankuasa Perundingan yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 6 November yang lalu. Keahlian jawatankuasa ini bukan hanya daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan, termasuk juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang. Jadi, ia merupakan satu suara rakyat yang bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk berunding dalam Jawatankuasa Perundingan Mengenai Perjanjian Malaysia yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan bahawa mereka akan bermesyuarat pertama pada 17 Disember ini yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya harap bahawa mesyuarat yang pertama ini akan boleh membuahkan hasil-hasil yang berguna demi kepentingan negeri Sarawak dan juga Sabah dan seterusnya kita ingin melihat ianya juga melihat demi kepentingan negara kita. Walau bagaimanapun, saya tetap berpendapat bahawa paling penting di dalam mesyuarat ini ialah bahawa Artikel 112 dan Artikel 112D(3) iaitu mengenai review of special grant for the State of Sabah and Sarawak adalah fundamental di dalam perundingan jawatankuasa ini. Tanpa kita melihat review ini, apa pun janji kita untuk membantu Sabah dan Sarawak, kalau kita tidak melihat review dari segi special grant kepada Sabah dan Sarawak ialah seperti kita mengatakan kita memberi kereta tetapi kita tidak memberi minyak kepada kereta itu untuk kita berjalan. Jadi, saya berpendapat inilah paling fundamental, to review Article 112, dan juga 112D(3), ini yang paling penting. Juga kita harus ingat bahawa hak mutlak Sarawak tentang soal Imigresen, the territory of Sarawak and integrity, land mass, continental shelf, seabed and sub soil adalah perkara yang mutlak iaitu adalah hak milik Sarawak dan tidak boleh ditawar. Kita mempertahankan perkara-perkara yang disebut tadi kerana itu adalah hak mutlak kita. There is no compromise on this aspect. Saya menyokong bahawa kita memberi penekanan kepada perkara ini kerana perkara ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak dan Sabah. Oleh kerana melihat ada perkara-perkara yang kita anggap sebagai selama ini, selama puluhan tahun ini sebagai the under performance of the Federal Government sama ada previously and now. Jangan menjadi drag to the future. Kita tidak mahu the under performance ini terhadap Sarawak dan Sabah terus berterusan. Oleh itu kita mahu supaya kita memperbetulkan keadaan dan kita tidak menyalahkan sesiapa di masa lampau. Ini adalah tanggungjawab kita. Sekarang kita berdiri, saya berdiri, saya dengan hati terbuka menyatakan bahawa adalah tanggungjawab kita, tanggungjawab saya untuk memperbetulkan keadaan seperti mana yang termaktub di dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan juga seperti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, kalau akhirnya ia tidak dibuat, kita panggil sebagai the under performs previously, now and we don’t want to drag into the future. Tanggungjawab kita sekarang ini adalah untuk memperbetulkan keadaan dengan hati terbuka. Kita menerima dengan hati terbuka bahawa tujuan kita adalah untuk memperbetulkan keadaan supaya perkara ini tidak berlarutan lagi untuk pada masa akan datang. Kalau kita tidak membetulkan perkara ini, maka kita akan dipersoalkan oleh anak cucu kita, generasi akan datang. Kita hari ini sebagai kita gagal untuk mempertahankan dan membetulkan hak Sarawak dan Sabah seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh sedikit tentang ada disebut dalam review ini ialah penubuhan mempertingkatkan, memperkasakan kita sebut sebagai sub regional grouping iaitu BIMB-EAGA iaitu Brunei-Indonesia-Malaysia- Philipine East ASEAN Growth Area iaitu satu regional grouping yang meliputi populations sebanyak lebih kurang 57 million. Keseluruhan sub grouping ini ialah keseluruhan negara Brunei Darussalam. Kalau Indonesia, ianya meliputi Wilayah Sulawesi, Maluku dan juga Timor Leste. Kalau Malaysia ialah Sarawak, Sabah dan Labuan.

52 DN 3.12.2018

Untuk Filipina ialah Wilayah Mindanao iaitu Mindanao dan Palawan. Jadi, sub regional grouping ini yang ditubuhkan dalam tahun 1994 iaitu bulan Mac 1994 yang sekarang ini sudah 24 tahun lamanya. Maka, kita ingin bertanya kepada kementerian, apakah kerajaan telah memaksimumkan seluruh peluang yang boleh dimanfaatkan hasil daripada sub regional grouping ini? Sejauh manakah BIMB-EAGA ini telah memberi manfaat pelaburan kepada Wilayah Sarawak, Sabah dan Labuan? Sejauh manakah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah memperkasakan sekretariat BIMB-EAGA ini? Saya juga fikir saya memohon supaya diletakkan pegawai-pegawai dari Sarawak, Sabah dan Labuan dari semasa ke semasa untuk sama-sama memainkan peranan yang penting di dalam sekretariat BIMB-EAGA ini. Saya harap sekretariat ini boleh diperkasakan. ■1600 Keduanya ialah sejauh manakah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ada memantau taburan pelaburan di negara kita sebagai usaha untuk mengimbangkan pembangunan wilayah? Kalau boleh, tubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau sejauh manakah kita mempunyai pelaburan yang seimbang di kalangan wilayah-wilayah. Seperti saya sebut tadi ialah pantai timur, utara, Sabah dan Sarawak. Kalau ada pelabur-pelabur yang datang, sejauh manakah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengagihkan pelaburan di kalangan wilayah ini? Adakah kementerian membenarkan pelabur memilih di wilayah mana mereka hendak melabur, sudah tentu mereka memilih wilayah-wilayah yang mempunyai infrastruktur yang baik, yang mempunyai akses jalan raya, akses pelabuhan, akses lapangan terbang dan sebagainya. Akan tetapi, sudah tentu mereka melihat wilayah Sabah, Sarawak, Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, Utara seperti Kedah dan Perlis sebagai prioriti yang rendah kerana mereka kekurangan infrastruktur untuk menarik minat pelabur- pelabur. Maka sudah tentulah bagi mengimbangkan perkara ini, maka harus ditubuhkan satu jawatankuasa, satu unit untuk memantau, sejauh manakah kita dapat mengimbangkan taburan pelaburan. Kalau misalnya di universiti Jepun, dari Jepun kita dikhabarkan tentang membuka cawangan di sini, bagilah. Kalau dia buat tiga, satu di Sarawak, satu di Pantai Timur, mungkin satu di sebelah utara. Jadi, ini peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan untuk menggalakkan keseimbangan dari segi pelaburan dan sebagainya. Jadi... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Terima kasih. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Okey. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Saya tahu. Saya tahu Yang Berhormat memang menolong saya. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Okey, okey. Saya ada satu perkara lagi. Last, last Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya tadi to save the day tetapi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Yes, yes. Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Saya ada satu perkara penting yang saya rasa... Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kena beritahu bahawa saya kena berterima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Zaiedi kerana saya memberi masa yang panjang kerana senarai nama ini tidak cukup. Kalau dia duduk nanti pula, kita habis awal Dewan. Ia akan memberi imej yang buruk kepada Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, hanya lima minit lagi Yang Berhormat [Ketawa] Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Satu minit. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang sering saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini yang saya harap akan diberi perhatian di bawah kerajaan ini yang ada kena-mengena dengan negeri Sarawak. Pertama ialah saya hendak minta Kementerian Pendidikan untuk menyatakan adakah projek pembinaan hospital pengajar atau teaching hospital untuk Universiti Malaysia Sarawak akan mendapat kelulusan di bawah Kajian Separuh Penggal ini? Kedua ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah projek pembinaan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sarawak akan mendapat kelulusan di bawah Kajian Separuh Penggal ini? DN 3.12.2018 53

Ketiga, Kementerian Pertahanan, adakah projek pembinaan sebuah Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia wilayah Sarawak di Bintulu akan mendapat kelulusan di bawah Kajian Separuh Penggal ini? Keempat kepada Kementerian Kesihatan, adakah projek pembinaan sebuah klinik kesihatan untuk kawasan Matang, Kuching dan juga hospital untuk rawatan kanser untuk wilayah Sarawak akan dimasukkan dalam senarai projek kesihatan bagi negeri Sarawak di bawah Kajian Separuh Penggal ini? Kelima ialah Kementerian Dalam Negeri, adakah projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Temeduk, Sarawak akan diteruskan di bawah Kajian Separuh Penggal ini? Akhir sekali ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, adakah pembinaan Kompleks Pasar Tani di kawasan Matang Jaya, Sarawak akan diteruskan oleh FAMA Sarawak dan juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan Wilayah Sarawak (NAFAS).

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jadi, inilah saya ringkaskan senarai-senarai projek yang saya harap untuk negeri Sarawak, boleh mendapat kelulusan di bawah Kajian Separuh Penggal ini. Jadi, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua tadi, sekarang Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya masa hampir satu jam untuk berdiri di sini. Saya rasa kalau giliran saya esok hari, mungkin tidak dapat masa sepanjang ini. Jadi, saya rasa ada a blessing in disguise untuk saya membuatkan satu marathon speech seperti yang saya buat pada hari ini. Harap kita akan dapat meneruskan persidangan kita hingga saya rasa rakan-rakan saya yang dua ini boleh cover-up hingga kita tamat persidangan seperti biasa pada hari ini. Sekian Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong Kajian Separuh Penggal ini. Terima kasih... [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili dan kita bagi peluang dia cakap panjang tadi. Yang Berhormat dari jauh dan banyak kita dengar isu-isu yang baik ditimbulkan jadi mutiara kata. Sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Tuan Alan Ling Sie Kiong. Dipersilakan.

4.06 ptg. Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk berbahas hari ini. Terima kasih kerana memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik kajian tersebut yang dibentangkan oleh Menteri pada pagi ini, terutama sekali Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperkenalkan reformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti. Saya berpendapat ini adalah asas yang penting bagi pembangunan yang bersifat ekuiti dan saksama. Tanpa nilai-nilai ketelusan dan akauntabiliti, segala apa yang dilaksanakan itu tidak boleh dikatakan mencapai keadilan sosial kerana kebanyakan rancangan ataupun projek- projek yang dilakukan mungkin hanya dilihat menguntungkan segelintir mereka yang berkuasa ataupun kroni kepada pihak berkuasa. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, pembangunan komprehensif dan seimbang akan tercapai sekiranya nilai-nilai ketelusan itu dilaksanakan di peringkat pentadbiran demi menjaga dan menjamin wang rakyat diguna pakai dengan berwaspada dan tidak berlaku pemborosan dan salah guna kuasa untuk keuntungan diri sendiri dengan menyalahgunakan nama pembangunan negara. Itu cuma satu alasan untuk memperkayakan diri sendiri dan menyalahgunakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

54 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar tiada satu sistem yang terbaik dan dapat merangkumi semua aspek. Akan tetapi tidak boleh dinafikan Tuan Yang di-Pertua, sistem tender terbuka yang diguna pakai sekarang yang diamalkan di antarabangsa merupakan satu sistem yang terbaik buat ketika ini. Akan tetapi yang lebih penting Tuan Yang di- Pertua, ialah kita mengukuhkan sistem undang-undang khususnya seperti yang disebut oleh Menteri semasa pembentangan usul. Pertama, kerajaan berhasrat untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya peranan ini diuruskan oleh dua individu yang berlainan. Apa yang penting sekali kedua ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Ketiga, Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan termasuklah kita akan tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Tuan Yang di-Pertua, saya harap dengan adanya mekanisme bebas yang saya sebutkan tadi, ia akan menjamin nasib rakyat dibela oleh sistem undang-undang dan memastikan semua yang diamanahkan untuk mengurus dana kerajaan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jujur, bersih dan berintegriti. ■1610 Nilai-nilai dan reformasi institusi seperti ini adalah asas yang paling penting dalam melaksanakan tugasan sebagai kerajaan kepada rakyat yang memberikan amanah dan kepercayaan kepada kita. Dengan adanya asas ini sesiapa yang memegang jawatan awam itu harus sedar bahawa sebarang penyelewengan, salah guna kuasa, kegiatan rasuah akan disiasat secara bebas dan dituduh. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia berasa syukur kerana pilihan mereka pada PRU Ke-14 telah melahirkan sebuah pemerintahan baharu yang mengambil berat nilai-nilai ketelusan dan akauntabiliti dan mementingkan pengurusan kewangan secara berhemat seperti pada tahun depan Kementerian Kewangan akan membentangkan Akta Perolehan untuk memastikan ketelusan dan saingan terbuka dalam perolehan kerajaan, dengan izin, procurement dan sedang memperkenalkan hukuman terhadap tindakan kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Saya juga mengambil maklum bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan dan kedaulatan negara. Kebahagiaan rakyat tergantung bukan dari segi pembangunan fizikal sahaja, bahkan juga dari segi keselamatan dan kebahagiaan. Apabila mereka berasa selamat, mereka akan berusaha gigih dan memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu prestasi polis dan peranan mereka yang menjaga kestabilan dan ketenteraman negara amatlah berat dan semakin mencabar disebabkan ada kebebasan bersuara dan kebebasan di sosial media yang semakin popular. Sekarang ini semua kita termasuk Menteri-menteri juga menjadi sasaran untuk dinilai secara sosial media. Ini adalah satu tekanan yang berat kerana expectation rakyat, dengan izin, semakin meningkat. Mereka mahukan yang terbaik daripada pihak polis dan tindakan pantas daripada pegawai penyiasat selepas sesuatu aduan dilaporkan. Imej mereka sangat penting supaya keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis dapat dipulihkan dengan adanya usaha daripada kerajaan baharu. Tuan Yang di-Pertua, yang utama sekali adalah pendekatan kerajaan dalam menubuhkan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis. Harus disambut baik oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anggota polis sendiri. Tidak harus ada kerisauan Tuan Yang di-Pertua ataupun kebimbangan di antara kalangan anggota polis dalam hal pertubuhan IPCMC kerana sekarang anggota kerajaan seperti Menteri turut, dengan izin, subject to siasatan dengan kebebasan SPRM yang akan lapor secara langsung kepada Parlimen, pengumuman hartanah Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen dan juga adanya Pertubuhan Ombudsman Malaysia tidak lama lagi. Oleh itu yang penting saya ingin tekankan di sini adalah struktur dan komposisi IPCMC yang akan ditubuhkan pada tahun depan di mana ia harus dianggotai oleh ahli- ahli berdikari dan profesional untuk mengendalikan aduan orang ramai demi keadilan kedua-dua pihak iaitu orang awam dan anggota polis.

DN 3.12.2018 55

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua tahap disiplin pihak polis dapat ditingkatkan dengan pertubuhan IPCMC yang dinanti-nantikan sejak rekomendasi Suruhanjaya Siasatan Diraja pada 13 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2005. Kerajaan ini akan tunaikan pertubuhan IPCMC kerana ini adalah salah satu janji Manifesto Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua selain itu isu yang dekat di hati saya adalah mengenai kewarganegaraan khasnya bagi mereka yang berada di Sarawak. Rancangan Malaysia Ke-11 ini dan kesemua sasaran kita tidak relevan dan tidak bererti bagi mereka yang masih menunggu untuk dimaklumkan keputusan permohonan kewarganegaraan. Bagi ahli keluarga mereka ia adalah satu tekanan ataupun stres yang besar khususnya kepada ibu bapa yang sedang menunggu keputusan permohonan kewarganegaraan anak-anak mereka. Dengan izin, this is very torturing sebab kita tunggu lima hingga enam tahun tetapi keputusan adalah untuk, sila mengemukakan permohonan semula tanpa apa-apa alasan. Saya memahami terdapat banyak permohonan yang tertunggak iaitu sejumlah 53 ribu permohonan di Kementerian Dalam Negeri sekarang. Saya ingin mengetahui jumlah permohonan dari negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ramai telah datang berjumpa dengan wakil kerajaan dan harapkan agar keputusan dapat disampaikan dengan kadar yang munasabah. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengetahui empat permohonan yang ini dan status permohonan mereka iaitu ‘Wong Suong Chang’- nombor permohonan 131410612016071911145415- panjang nombor permohonan, seperti masa panjang untuk menunggu keputusan [Ketawa] Permohonan kedua iaitu Yeo Chan Jian- nombor permohonan 131410112015012209351604. Panjang betul! Jangan beli nombor nanti ya. Hari Isnin tiada [Ketawa] Ketiga Kuh Xin Ying- nombor permohonan 131410612018110210492925. Terakhir, Evan Kong Wen Zhang- nombor permohonan 131410112016012215495209. Tuan Yang di-Pertua saya sendiri pernah semasa saya menjadi ADUN di Sarawak, saya tulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri tetapi balasan yang agak lewat. Saya harap sekarang dengan usaha kerajaan baharu, isu hak kewarganegaraan dapat dipercepatkan dan dapat diberikan maklumat, update kepada si pemohon itu secara automatik. Ini kerana saya difahamkan ada yang juga terbang dari pedalaman Sarawak ke Putrajaya, ke kementerian cuma hendak tahu status permohonan mereka. Nasib mereka ini harus diambil berat dan saya bercadang bahawa satu mekanisme yang baharu yang dengan izin, delegate the powers of pertimbangan kepada pegawai tempatan di peringkat Sabah dan Sarawak. Ini kerana mereka ada local knowledge, ilmu tempatan terhadap sesuatu permohonan itu, khususnya orang-orang native di pedalaman yang oleh sebab isu geografi dan sebagainya mereka tidak berdaftar. Ini saya harap mungkin kerajaan dapat mendelegasikan kuasa itu kepada pegawai-pegawai untuk memberi syor ataupun pertimbangan dalam proses kewarganegaraan ini. Tuan Yang di-Pertua isu kewarganegaraan dan pertimbangan ke atas setiap permohonan harus dilakukan dengan nilai ketelusan dan kecekapan seperti mana yang disebut oleh Menteri dalam usul. Kita tidak mahu berulang sikap abai dan melewat- lewatkan permohonan kerana ramai pemohon telah menunggu daripada mereka sebagai kanak-kanak sampai ke dewasa. Saya ini- kes Wong Suong Chang ini dia telah tunggu dari Form 1, Tingkatan 1 sampai dia Form 5, sudah sekarang. Bapa Wong Suong Chang telah berjumpa dengan saya di pejabat saya, dia bilang, anak saya bagi tahu kalau bapa tidak mampu hendak mohon, saya sendiri akan mohon. Ini sangat sedih Tuan Yang di-Pertua, seumpama bapanya tidak berupaya untuk memohon kewarganegaraan. Bapa dia warganegara Malaysia, emaknya yang sudah meninggal dunia pun warganegara Malaysia. Abang ataupun kakak Wong Suong Chang pun warganegara Malaysia. Dia lahir di sini, dia sekolah di Miri di Sarawak tetapi permohonan dia- ini kali kedua dia buat permohonan.

56 DN 3.12.2018

Walaupun saya nampak surat dia ada diluluskan, ada disokong oleh mantan Menteri Dalam Negeri tetapi disuruh membuat permohonan semula. Ini dengan izin, bureaucratic, oleh sebab maklumat yang dikemukakan pada permohonan yang pertama itu sudah muktamad. Itu yang mereka ada, butir-butir telah dikemukakan dan dokumen itu telah berada di tangan kementerian. ■1620 Kalau disuruh untuk buat semula, dokumen yang sama lagi akan dikemukakan. So, this is bureaucratic, right? Ini harus dipersingkat. Akhir kata, saya menyeru KDN supaya dapat mengadakan perbincangan dan satu jawatankuasa mungkin, dengan rendah diri, saya bercadang Jawatankuasa Tiga Wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dengan perwakilan tempatan masing-masing untuk kita berbincang pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan permohonan yang tertunggak ini dalam tempoh lima tahun kita memerintah. Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya, saya menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan pagi ini iaitu Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong yang telah memberikan ucapan panjang lebar. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Tuan Ismail bin Yusop. Dipersilakan.

4.21 ptg. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Sebelum saya mulakan, saya ingin merakamkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaidie kerana menyelamatkan maruah Dewan hari ini dan saya harap kita dapat selesaikan perbahasan sebelum pukul 5.30 petang. Alhamdulillah hirobbil’alamin, selawat dan salam kepada junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat seluruh isi alam. Terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Sudah tentu saya mulakan untuk merakamkan penghargaan dan rasa berbangganya kerana sewaktu membentangkan KSP RMKe-11 di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan KSP RMKe-11 ini merupakan dokumen rasmi yang pertama oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang komprehensif dalam melaksanakan usaha untuk mereformasi negara. Dokumen ini Tuan Yang di-Pertua, secara khususnya mendukung anjakan pembangunan negara bangsa, di mana nilai pembangunan itu tidak lagi diukur hanya berasas semata-mata ukuran ekonomi ataupun dalam bentuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata. KSP RMKe-11 ini dilihat sebagai memberikan nilaian baru terhadap proses pembangunan, di mana ia diukur dalam bentuk peningkatan dari pelbagai aspek, dengan izin, multidimension, yang perlu dinikmati oleh semua rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya juga ingin mengingatkan bahawa perubahan politik yang berlaku dalam landskap politik negara selepas 9 Mei yang lalu bukanlah disebabkan oleh kemenangan mana-mana parti politik. Akan tetapi ia adalah kemenangan yang diangkat oleh rakyat atau kehendak rakyat yang mahukan perubahan. Dengan itu, bermulalah reformasi politik dengan terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu. Saya juga hendak mengingatkan bahawa proses yang berlaku dalam perubahan landskap politik ini merupakan proses reformasi politik dan pendidikan demokrasi yang mengambil masa yang panjang, hampir tiga dekad lamanya. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, permasalahan isu rakyat harus diutamakan. Oleh kerana realitinya di peringkat rakyat, Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang ini kena menerima hakikat bahawa rakyat masih belum dapat melihat ataupun menikmati pendapatan ekonomi negara yang berpunca daripada kesenjangan ekonomi yang sedang berlaku.

DN 3.12.2018 57

Realitinya Tuan Yang di-Pertua, retorik angka-angka yang dimainkan dalam analisis dan huraian ekonomi hanya memberikan manfaat kepada pemberi modal dan bukannya kepada rakyat terbanyak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pagi tadi ketika membentangkan KSP RMKe-11 menyatakan dalam tempoh dua tahun pertama rancangan 2016-2017, KDNK negara berkembang pada 5.1 peratus setahun dalam suasana pada kadar purata 2.9 peratus. Pendapatan Negara Kasar (PNK) menempatkan Malaysia dalam kumpulan 25 percentage, dengan izin, teratas dalam 217 negara. Namun, angka-angka ini hanya dinikmati oleh sebahagian kecil pemilik modal dan sebahagian besar rakyat terbanyak, khususnya golongan pekerja tidak dapat merasai nikmat ataupun hasil yang disebut dalam konteks angka-angka yang berkenaan. Jurang pendapatan yang ketara jelas menunjukkan bahawa kerajaan perlu menilai semula nilai pertumbuhan ini dan ia perlu segera diuruskan secara berhemah. Meskipun perkara ini sejujurnya kita sedar dan sama-sama maklum, ia akan memberikan kesukaran kepada kerajaan seperti mana yang disebut oleh Dato’ KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam penghujahannya malam tadi, ‘Bukanlah suatu yang mudah untuk mencari titik pertengahan dalam menyelesaikan kemelut ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara sekarang ini tetapi saya percaya jika berbezaan angka-angka ini mampu diuruskan dengan baik, ia akan membantu mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dengan cara yang lebih harmoni’. Oleh itu, usaha-usaha dalam mencari titik persamaan dalam bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara perlu dipandu dengan perspektif yang betul. Oleh sebab itu, kita meraikan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 ini dibentangkan. Tuan Yang di-Pertua, tonggak yang pertama, yakni mereformasikan tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam. Sebagaimana yang disebutkan, reformasi adalah sebagai punca utama keseluruhan urus tadbir- harus wujud satu garis panduan KPI, dengan izin, ataupun dalam bentuk benchmarking yang jelas, yang membebaskan cengkaman politik terhadap penjawat awam. Kita tidak wajar lagi mewarisi kebejatan pentadbiran, di mana penjawat awam terperangkap dengan cengkaman politik. ■1630 Sejujurnya saya ingin menyarankan supaya penjawat awam perlu fokus untuk memberikan solusi dalam permasalahan rakyat dan dalam masa yang sama mendukung aspirasi kerajaan asalkan sahaja bertepatan dengan prinsip, etika dan profesionalisme perjawatan. Tuan Yang di-Pertua kita sering mendengar saranan pemimpin-pemimpin politik kepada penjawat awam dengan menyebut bahawa, dengan izin, as the governement servant, your loyalty must be to the government of the day. Saya kira sudah sampai masanya dikaji semula saranan tersebut kerana saya berpendapat sebagai kakitangan perkhidmatan awam, kakitangan kerajaan seharusnya lebih profesionalisme, lebih profesionalisme terhadap code of ethics ataupun dalam tindakan mereka sebagai the executive, hendaknya tindakan itu tidak mengatasi ketaatan terhadap the government of the day, dengan izin. Penghayatan terhadap prinsip-prinsip etika ini dapat membantu penjawat awam supaya lebih memahami perbezaan di antara kuasa eksekutif dan legislatif. Oleh itu insya-Allah, saya percaya Jabatan Perdana Menteri dalam membentuk penanda aras yang baru untuk perkhidmatan awam akan memberikan satu garis panduan yang jelas untuk mempertingkatkan mekanisme supaya ada satu mekanisme yang jelas untuk mempertingkatkan keadaan semak dan imbang, tadbir urus sektor perkhidmatan awam. Garis panduan ini hendaklah disediakan bagi membantu dalam pelaksanaan reformasi tadbir urus yang lebih telus dan cekap serta bebas dari pengaruh cengkaman politik. Tuan Yang di-Pertua, tonggak yang kedua... Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Mohon mencelah, boleh?

58 DN 3.12.2018

Tuan Ismail bin Yusop: Sila. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Saya hendak bagi meriah sahaja, masa panjang sikit [Ketawa] Saya menghayati ucapan Yang Berhormat. Cuma saya hendak minta penjelasan bila Yang Berhormat menyebut empat kali kakitangan awam ini dalam cengkaman kerajaan. Saya percaya ianya merujuk kepada kerajaan terdahulu. Jadi apakah asas dan bukti-bukti yang menyatakan kononnya kakitangan awam ini di bawah telunjuk. Saya rasa adalah tidak adil kita memberikan kenyataan itu kepada kakitangan awam sebab saya yakin dan saya percaya mereka mengamalkan profesionalisme yang tinggi bila mana government of day, itulah government of the day. Jadi kalau hari ini kita masih lagi hendak bercakap kakitangan awam ini, macam kita hendak sekolah kakitangan awam, saya fikir tidak adil untuk kakitangan awam. Saya percaya mereka juga bekerja untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan. Jadi saya hendak mintak penjelasan daripada Yang Berhormat, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, your statement are referring to what cases? Apakah yang menyatakan yang kononnya kakitangan awam di bawah cengkaman dan tunjuk arahan oleh kerajaan yang terdahulu. Mohon penjelasan Yang Berhormat. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya apa yang cuba saya sampaikan tidak lari daripada maksud Yang Berhormat Senator maksudkan. Sebenarnya saya tidak merujuk kepada mana-mana ataupun kerajaan yang terdahulu bahkan pada saya ialah saya membangkitkan peringatan ini kerana persepsi yang ada di luar sana sama ada dalam perkhidmatan awam mahupun juga persepsi kalangan masyarakat di luar sana melihat bahawa bila disebut bahawa government servant ini dia mesti loyal to the government of the day, maka persepsi ini ialah dia kena seperti mana waktu dulu kita tandatangan surat, “Saya yang menurut perintah”. Jadi kalau yang bukanlah dengan perintah, maka tidak boleh dituruti. Oleh sebab itu pada saya kena ada satu pemikiran baru iaitu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, empowering the executive kerana saya percaya dalam Dewan yang mulia ini kita sama-sama boleh membezakan supaya ada satu titik pemisah antara kuasa legislatif dan juga kuasa eksekutif. Apatah lagi dalam proses pembaharuan yang hendak dibuat ini, saya melihat apabila malam tadi bila Datuk KSU menerangkan dengan setiap tonggak, enam tonggak yang ada itu dengan bidang-bidang keutamaan termasuk berpuluh strategi yang digariskan. Bagi saya dia merupakan cabaran yang sangat besar kepada perkhidmatan awam yang ada. Dia memerlukan satu pemikiran baru, budaya baru dan it is, dengan izin, a contestation of a new culture dengan budaya yang sedang ada sekarang ini. Oleh kerana itu saya menyebut berulang kali, kerana kejayaan besar untuk meneruskan KSP RMKe-11 ini berkait rapat dengan pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang ada dan dia akhir sekali deliverable nya ialah kakitangan perkhidmatan awam. Saya harap penjelasan itu boleh untuk Yang Berhormat. Seterusnya, saya hendak pergi kepada tonggak yang kedua iaitu memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Pesan orang alim, jangan sambil membangun, kita merobohkan. Tuan Yang di-Pertua wajar untuk kita memastikan partisipasi segenap lapisan masyarakat dalam meningkatkan ekonomi. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan mengaplikasikan sisi demokrat seorang pemimpin setelah Ahli Parlimen Port Dickson memberikan teguran tentang subsidi beras untuk petani di mana secara langsung Yang Berhormat Menteri Kewangan terus memberikan reaksi spontan dengan penambahan subsidi satu tan beras sebanyak RM360. Bagi saya, dalam suasana mengurus ekonomi negara yang ada sekarang, jangan sampai cukai yang progresif dan subsidi pula tersasar. Ini kerana itu sisi real democrat yang ditampilkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, yang memberikan teguran, seharusnya menjadi budaya di era pasca Malaysia baharu ini, yang mendukung prinsip mendengar permasalahan di akar umbi dengan cara yang lebih terbuka. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Port Dickson dalam bukunya The Asian Renaisance atau Kebangkitan Asia, menyatakan dengan jelas pembangunan yang berkualiti hanya akan berlaku apabila inklusiviti rakyat dan kesejahteraan rakyat dijadikan kunci kepada pacuan ekonomi negara. Ia berkait rapat dengan pendekatan pembangunan ekonomi secara holistik yang berteraskan dengan nilai ekonomi manusiawi. DN 3.12.2018 59

Pembangunan yang inklusif dan kesejahteraan rakyat terbanyak mestilah selaras dengan Agenda 2030 ataupun matlamat pembangunan lestari, dengan izin, SDG atau Sustainable Development Goals yang menekankan isu sifar kemiskinan, kesejahteraan dan kesihatan, kesamarataan dan kesejahteraan bandar dan masyarakat. Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 2.7 juta golongan B40 adalah mereka yang memiliki pendapatan isu rumah bulanan di bawah RM4 ribu sebulan. Angka ini adalah sebagai penanda aras untuk kerajaan meningkatkan lagi pembangunan kesejahteraan terhadap rakyat terbanyak. Kesimpulannya, untuk tonggak yang kedua ini, Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang harus menerima hakikat bahawa rakyat sudah jemu dengan cara kaedah pemerintahan yang pekak dengan suara rakyat. ■1640 Saya menyeru di Dewan yang mulia ini, marilah sama-sama kita dan juga kerajaan yang ada mempraktikkan sebuah pendekatan yang lebih terbuka dengan kerajaan yang lebih demokrat dan bersih serta mengambil kira setiap denyut nadi akar umbi rakyat tanpa mengira latar belakang politik, partisan masing-masing. Saya hendak menyentuh tentang tonggak yang keempat yang berkait dengan memperkasakan modal insan. Tuan Yang di-Pertua, memperteguh modal insan dalam komitmen melahirkan pentadbiran yang bersih adalah suatu yang sangat-sangat penting. Apa ertinya sebuah negara yang gah berbicara tentang Revolusi Industri 4.0 jika kita tidak mempersiapkan rakyat dengan ilmu dan nilai-nilai murni yang positif. Di manakah hala tuju moral yang kita impikan dalam sebuah kerajaan baharu? Adakah kita mampu untuk menghabiskan bibit-bibit kemenangan rakyat ini dengan persoalan yang menyentuh sentimen agama dan perkauman, keadilan dan kesamaan yang disulami oleh kasih sayang dengan pendekatan rahmatan lila’lamin yang perlu dihayati dan dirasai oleh seluruh rakyat dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Tuan Yang di-Pertua, menjadikan asas tembok yang teguh bertujuan tanpa memperjudikan agama dan bangsa. Namun, isu ratifikasi ICERD dan insiden kuil di Lebuhraya Damansara-Puchong baru-baru ini, tidak wajar bagi kita dan bagi setengah pihak mengambil kesempatan untuk menyemarakkan lagi api perkauman. Kepelbagaian dalam konteks budaya dan sosial perlu dihormati, dengan izin, let’s celebrate the diversity.. Harus diingatkan, jangan ada mana-mana pihak mempergunakan agama dan bangsa sebagai akidah perjuangan yang mampu mencacatkan perpaduan yang telah lama terjalin di negara ini. Laksanakanlah dasar yang tidak bercanggah dengan berlandaskan inti pati Perlembagaan demi kesejahteraan dan pembangunan rakyat sejagat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya tidak terperangkap dengan permainan strategi ortodoks yang gemar menunggang penderitaan rakyat. Biarlah kita bina jati diri bangsa Malaysia dengan memahami falsafah dan meningkatkan tujuan untuk membina negara bangsa dengan tumpuan pembangunan perpaduan. Oleh itu, saya hendak menyarankan kepada Kementerian Pendidikan supaya memberikan perhatian yang lebih sedikit terhadap mata pelajaran Sains Sosial dan mata pelajaran Falsafah, kerana saya berpendapat sewajarnya mata pelajaran tersebut diberikan tumpuan yang lebih agar rakyat mampu untuk menghargai susur jalur keharmonian negara dan rakyat. Tanpa nilai-nilai motivasi dan moral yang dapat melahirkan daya pemikir yang positif akan terkuburlah sifat, dengan izin, sense of shame, rasa malu terutamanya di kalangan pemimpin dan golongan elit. Saya bangkitkan hal ini untuk perhatian Kementerian Pendidikan dan para pendidik kerana dalam keghairahan kita untuk membangunkan ekonomi yang baharu yang lebih bersifat digital dan robotik, jangan sampai untuk melahirkan pakar di era teknologi dan sains ini kita menafikan, kerana ada pihak yang dengan jelas menyebutkan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik itu nilainya lebih tinggi daripada mata pelajaran Sains Sosial ataupun mata pelajaran Falsafah dan sejarah, kerana sebenarnya yang belum kita lahirkan ialah teknokrat, yang pakar.

60 DN 3.12.2018

Di era teknologi dan sains ini, kita mahu lahirkan teknokrat yang mempunyai integriti dan tidak korup. Oleh itu memandang rendah terhadap sebahagian bidang atau subjek adalah tidak wajar kerana setiap bidang memerlukan antara satu sama lain dalam melahirkan masyarakat yang celik, bermoral dan mengekalkan keharmonian negara. Oleh kerana itu, saya menyarankan kepada Kementerian Pendidikan supaya menimbangkan pertambahan biasiswa kepada mahasiswa yang mengambil subjek Falsafah dan Sains Sosial atau memberikan imbuhan kepada apa yang disebut creme de la creme iaitu the best brain in our country, dengan izin, bagi mereka yang mengambil pengajian Sejarah, Falsafah dan Sains Sosial serta Kewarganegaraan. Saya juga ingin mencadangkan supaya dialog di peringkat rakyat digiatkan serta program penerangan melalui saluran media atau arus perdana, sama ada melalui televisyen, surat khabar atau media sosial dilakukan secara lebih interaktif. Begitu juga saya mencadangkan di peringkat kerajaan tempatan program-program yang bersifat town hall dialogue mesti menjadi budaya dalam kita menyelami aspirasi dan kehendak rakyat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang tonggak yang keenam iaitu memperkukuhkan ekonomi. Saya melihat isu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi ini mestilah menepati kehendak apa yang disebut sebagai maqasid ekonomi di mana ia mencapai objektif yang membangun di mana kita membangunkan negara dan kadar pendapatan rakyat selari dengan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Ini pastinya menuntut agar pewujudan ekonomi yang lebih manusiawi seperti yang terangkan dan disebut oleh Tokoh Ma’al Hijrah Negara tahun ini, Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil di mana ekonomi tidak dapat dibangunkan semata-mata dengan institusi teknologi dan infrastruktur malah pembangunan ekonomi memerlukan dukungan budaya yang betul, dengan izin, the right culture ataupun budaya yang tepat. Kekuatan dan kekayaan rohaniah sesungguhnya lebih bererti daripada spritiual capital dalam wacana pengurusan ekonomi yang konvensional. Tanpa jati diri dan daya pemikir yang baik, usaha untuk mereformasi tadbir urus dalam tonggak yang pertama usaha untuk memperkukuhkan pembangunan yang inklusif tonggak yang kedua membina pembangunan wilayah yang seimbang dalam tonggak yang ketiga tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan kalau sekiranya isu memperkasakan modal insan dan juga mempertingkatkan ekonomi itu tidak diselaraskan dengan pendekatan yang lebih seimbang... Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Senator, boleh saya minta penjelasan sikit. Tuan Ismail bin Yusop: Ada masa lagi. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Sikit saja saya hendak tambah sikit. Yang Berhormat Senator Ismail, saya berpandangan apa yang diangkat oleh Yang Berhormat Senator sangat-sangat penting iaitu terutama isu nilai dan juga isu etika. Saya juga ingin mengetengahkan bahawa apa yang kita capai pada 9 Mei yang lalu apabila satu transisi perubahan kerajaan dilakukan dengan cara bagi saya, sangat beretika ini ialah menggambarkan bahawa Malaysia mempunyai asas yang sangat baik untuk bergerak ke hadapan kerana perkara ini tidak mudah untuk dilakukan di negara-negara yang lain. ■1650 Jadi, saya sebenarnya setuju kalau saya katakan tahniah kepada parti-parti politik di Malaysia, orang-orang politik di Malaysia kerana memikirkan agenda yang lebih besar ke hadapan. Jadi, political ethics ataupun etika politik yang ditunjukkan baik dari pihak UMNO, pihak Barisan Nasional, Pakatan Harapan baru-baru ini bagi saya satu perkara yang telah menjadi modal pendidikan politik bertaraf dunia. Itu pada pandangan saya. Mungkin Yang Berhormat Senator boleh jelaskan sikit. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Boleh saya mencelah sikit lagi. Tambah sikit. Pendek sahaja, pendek. Sepuluh saat. Tuan Ismail bin Yusop: Boleh, boleh. Silakan,silakan. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Saya tertarik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun setuju.

DN 3.12.2018 61

Saya rasa seronoklah bila di Dewan Negara ini, walaupun kita berbeza ideologi politiknya tetapi bila saya dengar sahabat saya, Yang Berhormat Tuan Yusmadi sebut ini menunjukkan kita lebih jauh berbeza daripada Dewan Rakyat. Ini kerana di Dewan Rakyat, kerajaan, Ahli-ahli Parlimennya sebahagiannya masih lagi main blame game. Buka mulut, blame game. Buka mulut, blame game tetapi di sini, berbeza. Saya memang rasalah. Tahniahlah kepada Ahli-ahli Dewan Negara daripada kerajaan ini, Tuan Yang di-Pertua kerana tidak menyalahkan banyak sangat kerajaan terdahulu. Berbeza dengan di Dewan Rakyat. Terima kasihlah Ahli-ahli Dewan Negara daripada kerajaan. Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, pandangan kedua-dua sahabat saya tadi dimasukkan dalam ucapan bahas saya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, seruan Malaysia Baharu seharusnya dihiasi dengan moral ekonomi yang berasaskan nilai dan hukum agama di samping nilai budaya warisan bangsa. Keseimbangan menjadi kata kunci dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi yang terasnya berasaskan kesejahteraan rakyat dan keharmonian sejagat. Ini tidak lari daripada maksud yang menjadi tema kepada manifesto Pakatan Harapan iaitu rahmatan lila’lamin iaitu memberikan rahmat ke seluruh isi alam ini kepada semua rumpun bangsa dan kepada semua cara kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan ras serta warna kulit. Sebagai rumusannya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas atau KSP RMKe-11 ini sebagai usaha-usaha pembaharuan dasar di mana antara satu langkah yang terbaik dan berani dalam merangkumkan pembangunan ekonomi, di mana ekonomi tidak terletak semata-mata kepada pembangunan material sahaja. Namun, jajaran luas dalam usaha pembangunan ekonomi untuk menjaga dan melestarikan lima panji utama kehidupan dalam maqasid syariah, di mana kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta juga termasuk dan termaktub dalam maqasid ekonomi. Saya melihat ini langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang ada sekarang ini merupakan usaha awal dalam memulihkan pembangunan dari segi aspek budaya dan ekonomi dengan mengetengahkan dasar-dasar keadilan sosial, hak asasi serta semestinya dalam usaha pemulihan demokrasi yang lebih baik dan berterusan. Enam tonggak yang menjadi keutamaan dalam KSP RMKe-11. Empat tonggak ditekankan dalam konteks pembangunan negara bangsa di era Malaysia Baharu. Setiap tonggak dihuraikan dan dibahaskan dan memberi kesan antara satu dengan yang lain. Ternyata dilihat setiap tonggak yang dinyatakan dalam KSP RMKe-11, ia saling lengkap melengkapi untuk membina negara bangsa yang lebih cemerlang dan gemilang. Reformasi urus tadbir menjadi tunjang utama pembaik pulih sistem negara. Ia diikuti dengan tonggak yang kedua iaitu pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda besar pembangunan. Tonggak yang ketiga pula iaitu isu wilayah yang seimbang adalah sebagai jaminan untuk memastikan bahawa proses pembangunan itu dirasai oleh semua rakyat di setiap wilayah dan memperteguh modal insan sebagai tonggak yang keempat menjadi kekuatan kepada pelaksanaan KSP RMKe-11. Lestari alam sekitar sebagai keharmonian hidup sejagat. Akhir sekali, memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi dalam tonggak yang keenam menjadi matlamatnya. Oleh itu sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan diri saya dan Dewan yang mulia ini, keenam-enam tonggak pembangunan negara yang dihuraikan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 ini perlulah dilihat dengan perspektif yang betul inti patinya supaya pelaksanaannya tidak tersasar daripada maksud yang suci ini. Di Dewan yang mulia ini, saya menaruh harapan semoga perubahan landskap politik hari ini mampu mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan negara. Dasar ekonomi yang seimbang dan peka terhadap permasalahan rakyat perlulah menjadi agenda utama kepada kerajaan yang memerintah. Keberanian rakyat yang mahukan perubahan perlu dilihat sebagai asas kepada pembangunan negara bangsa. Ini kerana suara rakyat adalah suara keramat.

62 DN 3.12.2018

Saya doakan mudah-mudahan semoga usaha-usaha baik untuk kesejahteraan rakyat ini dapat dilaksanakan agar negara terus menuju kepada masa depan yang lebih baik, terutamanya untuk generasi yang mendatang. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini di Dewan yang mulia ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Ismail bin Yusop yang telah memberi ucapan panjang lebar dan bernas. Sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Dipersilakan.

4.57 ptg. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan ini untuk saya membahaskan Pembentangan Usul Kajian Separuh Penggal oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa ini ialah satu dokumen yang sangat penting iaitu dokumen yang akan menentukan hala tuju masa depan negara, baik dari segi ekonomi, sosial, pembangunan politik dan sebagainya. Saya bermula begini Tuan Yang di-Pertua, kerana kita berada di kala banyak perkara-perkara yang tidak sama seperti dahulu. Apa yang saya maksudkan ialah harapan rakyat terhadap kerajaan telah berubah. Tema perbahasan saya ialah agenda muafakat, kerana anjakan harapan demokrasi rakyat telah berubah. Saya mulakan isu yang pertama ialah dalam nak menjayakan keenam-enam tonggak agenda ekonomi ini, isunya ialah apakah pendekatan yang kita nak gunakan? Adakah pendekatan kita masih lagi nak menyalahkan sesebuah pihak? Adakah pendekatan kita nak masih lagi top down. Maksudnya, dari kerajaan kepada rakyat ataupun pendekatan kita mungkin kedua-duanya. Bottom up dan juga top down ataupun pendekatan kita mungkin yang ingin saya cadangkan yang selalu saya bahaskan ialah pendekatan yang muafakat. ■1700 Persoalannya apa pendekatan muafakat tersebut? Saya mendefinisikan pendekatan muafakat tersebut ialah satu pendekatan, dengan izin, ialah a collaboration of the core competent of the nation. Maksudnya satu pendekatan kolaborasi yang mewakili kelompok-kelompok yang penting. Contohnya, di mana kelompok penting dalam masyarakat? Kita ada kelompok kerajaan, kita ada kelompok NGO, kita ada kelompok pihak perniagaan, kita ada juga kelompok-kelompok yang berkepentingan sovereign individual. Mungkin dia bersifat orang agama, mungkin dia bersifat orang- orang bijak pandai, dia tidak mewakili sektor tetapi dia penting dalam masyarakat. Kalau pendekatan dalam membangun ekonomi hari ini masih lagi silo, apa makna silo? One sided. Macam dulu kita katakan di era government knows all sudah habis, itu saya dengar ketika mana saya di Dewan Rakyat, 2008 hingga 2013 ketika berlaku perubahan apabila pertama kali dua pertiga pembangkang menafikan pemerintah. Kita kata rakyat mula bersuara tetapi pendekatan masih lagi silo, maksudnya top down. Jadi saya rasa perkara-perkara ini perlu diubah. Kalau tonggaknya enam tetapi pendekatannya masih lagi top down. Kalau tonggaknya enam, pendekatannya masih lagi satu pihak tahu semua. Kalau pendekatan hari ini katakan kami pihak kerajaan tahu semua, pihak Barisan Nasional punya pandangan tidak perlu diketengahkan, itu pun bagi saya salah. Pendekatan yang perlu ialah pendekatan muafakat. Dalam menjayakan ini, kenapa saya hujahkan bahawa pendekatan itu pendekatan muafakat kerana bagi saya, dengan izin, muafakoh itu ialah idea demokrasi kita di sini. Idea demokrasi yang dibawa hampir lebih 500 definisi demokrasi di dunia ini tidak mampu memahami banyak amalan-amalan yang kita laksanakan di sini sehingga membangun Malaysia ke satu tahap yang dibanggakan, sehingga membangunkan rantau ini menjadi sebuah rantau yang paling mampan, paling stabil, tidak ada perang di Asia Tenggara ini. Akan tetapi pendekatannya apa? Pendekatannya musyawarah, pendekatannya muafakat, pendekatannya kerjasama. DN 3.12.2018 63

Kenapa saya tekankan perkara ini kerana bagi saya segala tonggak yang dinyatakan di sini bukan perkara baru. Contoh tonggak yang pertama, mereformasi urus tadbir ke arah meningkat ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam. Ini kepada siapa yang belajar di universiti, pada siapa yang bekerja sebagai konsultan untuk melakukan perubahan, ini perkara biasa tetapi kenapa matlamat tidak tercapai. Mungkin pendekatannya salah. Kedua, nak memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Ini bukan perkara baru kerana yang digagaskan oleh the Founding Father, yang digagaskan contohnya oleh Tunku Abdul Rahman di dalam pemasyhuran kemerdekaan Tuan Yang di-Pertua, apa dia cakap? Negara ini mesti dibangunkan dengan asas keadilan, demokrasi, liberal, benda lagi hebat tetapi kenapa sekarang ini kita masih lagi berbincang perkara-perkara yang seolah-olah ini perkara baru, nak bangun negara jadi inklusif. Kita faham Orang Asli kita patut tengok, bukan sahaja orang-orang majoriti. Kita kena tengok orang kurang upaya, kena tengok juga. Adakah ini perkara baru? Bukan perkara baru. Adakah kita boleh kesampingkan rakan-rakan di Sabah Sarawak? Tidak boleh kerana definisi pembangunan ada dalam Perlembagaan. Akan tetapi sejauh mana kita mengatakan agenda-agenda pembangunan inilah kerja-kerja berperlembagaan. Kalau kita gagal, tak berperlembagaanlah kerja kita. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan di sini, kita meluluskan bajet hendak menggunakan duit cukai, mesti mengikut aturan Perlembagaan. Isunya ialah negara ini ialah negara yang kita panggil, dengan izin, constitutional democracy, menggunakan pendekatan Parliamentary democracy tetapi perkara-perkara tersebut seolah-olah dilupakan. Jadi saya ingin menegaskan di sini bahawa menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang. Isunya sekarang ini bukan semudah itu. Isu yang saya nampak Tuan Yang di-Pertua ialah sisi pandang agenda pembangunan yang tempang. Sisi pandang pembangunan yang tempang ialah contohnya, kita masih lagi beranggapan membina kota-kota itu adalah satu agenda pembangunan kemodenan yang betul. Apa yang berlaku? Kotanya bangun, warganya tidak bangun. Kota banyak, daripada Perlis sampai ke Sabah banyak kota tetapi warganya tak bangun. Saya duduk di Pantai Dalam, Pantai Dalam itu kalau tengok ramailah orang-orang yang B40 ke bawah ini tetapi kurang lima minit ada Bangsar South, ada bangunan-bangunan KL Eco City dan sebagainya. Kota itu dihormati jadi hebat bila warganya yang bangun, bukan bangunan yang bangun seperti yang dikatakan oleh rakan saya Senator Ismail tadi. Isunya sekarang adakah warga itu bangun? Kalau warga itu bangun, tidak timbullah isu kemiskinan bandar. Kenapa perkara ini berlaku? Dengan izin Tuan Yang di- Pertua, ini ialah cabaran bersama kerana Malaysia berada di tahap yang baru, tahap pasca pemodenan negara. Kita telah melalui fasa yang pelbagai. Mulanya fasa kita merdeka, kita melawan penjajah. Kemudian fasa kita membangunkan negara, Tun Abdul Razak telah bangun. Kemudian kita ada fasa industrialisasi, tiba-tiba kita melalui fasa pemodenan dengan agenda-agenda Malaysia in corporation, agenda-agenda penswastaan tetapi kita terlupa agenda ini telah memberi kita masalah baru, masalah kesenjangan, inequality, masalah kelestarian, sustainability. Tiba-tiba kita ada masalah baru, adakah ini masalah yang disebabkan oleh Barisan Nasional sahaja ataupun masalah yang perlu diwarisi oleh Pakatan Harapan? Tidak, ini masalah yang saya rasa disebabkan perkara yang dalam kawalan dan perkara di luar kawalan. Jadi yang saya maksudkan di sini ialah dalam merencanakan agenda ekonomi kita yang baru ini, ia memerlukan satu pemikiran sehingga ke tahap tidak boleh mencari jawapan di dalam kerangka yang salah. Contohnya, kalau yang menyebabkan tadi kelestarian itu ialah pendekatan ekonomi kita yang masih lagi pendekatan consumption economy. Kerja kita ini menjadi pengguna padahal kita menggunakan produk itu sehingga menyebabkan masalah.

64 DN 3.12.2018

Jadi kita perlu keluar daripada kerangka itu. Apakah kerangka yang baru untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang lestari dan mampan? Mungkin, kita kena bersama-sama kita di sini, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu melihat bahawa agenda ekonomi yang terlalu meyakinkan ekonomi pasaran telah banyak kali mengecewakan kita sehingga harga perumahan tidak dapat terkawal, sehinggakan yang miskin tidak dapat bersaing seolah-olah winner takes all. Pendekatan hari ini seolah-olah menyebabkan yang menang, menang semua, yang kalah, kalah semua. Kita nampak dalam pilihan raya tetapi dalam agenda pembangunan pun sebegitu. Yang miskin sampai tak boleh nak bersaing padahal agenda siapa? Atas nama pembangunan, kita membunuh kemanusiaan. Kebetulan saya membela ramai squatter, setinggan-setingganlah kalau di kampung, saya tidak panggil squatter, saya panggil peneroka bandar, tak bolehlah mana boleh jadi setinggan Senator Dato’ Isa sebab mereka ini membangun kampung kerana merekalah tempat itu dipanggil kampung. Tiba-tiba di atas undang-undang kita hari ini yang mengikut Torrens system di Australia sebab dia tidak mendaftar. Adakah tidak mendaftar dia jadi orang asing di kampung sendiri? Mereka yang pergi ke sekolah bersama kita atas sebab ekonomi pasaran, pemaju dapat membeli tanah sehinggakan apabila dia berkuasa, dia tidak memikirkan mereka itu. Jadi sebab itu yang timbulnya isu temple itu rakan saya Senator ialah disebabkan dasar tanah, dasar hartanah kita tidak mampu mengurus perkara yang di lapangan. Saya hendak ulas sedikit isu ini sebab saya bercakap banyak kali ketika mana saya di Dewan Rakyat dan saya hendak bercakap lagi sekali. Public goods ataupun kita panggil kemanfaatan masyarakat yang perlu dipersembahkan oleh kerajaan hari ini antaranya ialah property right iaitu hak hartanah. Kalau kita kaji hari ini, hak hartanah kita hari ini tidak mampu menguruskan kepelbagaian atas dasar tradisi, atas dasar agama dan sebagainya. Saya bagi contoh adakah di negara yang majmuk hari ini untuk orang nak beribadat, nak ada rumah ibadat yang selesa masih lagi terganggu di atas dasar kita gagal untuk menangani cabaran ekonomi pasaran. Mana mungkin, dasar kita buat, kuasa kita pegang. Bagi saya, sebenarnya saya tidak berminat untuk berbahas mengenai aspek rusuhan. Aspek rusuhan kalau perkara itu ialah perkaranya ialah perkara jenayah, mesti tegas. Kalau perkara itu ialah perkara yang ketidakfahaman antara agama, perlu diperjelaskan sebab kita bukan baru merdeka. Jadi yang saya katakan di sini ialah dalam hendak membangunkan ekonomi, jangan lupa pendekatannya mestilah muafakat. ■1710 Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pembangunan wilayah yang seimbang. Kita bukan hari ini masih lagi bercakap tidak seimbangnya di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Hari ini kita bercakap dalam konteks yang lebih kecil, dalam konteks di desa dan di bandar. Kalau kami di Pulau Pinang itu, samakah perkhidmatan di antara Georgetown dan juga di Balik Pulau yang mewakili separuh daripada pulau? Adakah agenda pembangunan hari ini Yang Berhormat Senator, desa ini sentiasa dianggap beban kepada pembangunan bandar? Itu pemikiran yang salah. Pemikiran dahulu memang city is everything- kota is everything. Itu pemikiran yang salah. Pendekatan hari ini, kita mesti mencadangkan bahawa rural and urban are equally important. Penggubal dasar mesti melihat pembangunan di desa dan juga di bandar ialah sama penting. Oleh sebab itu saya pernah berbahas walaupun saya pembangkang dahulu di Dewan Rakyat, kalau 1Malaysia bermaksud pembangunan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung sama penting, bagi saya kalau itu maksud 1Malaysia itu, saya sokong. Akan tetapi kalau 1Malaysia hanya di bibir, pembangunan masih lagi tempang, saya tidak bersetuju. Jadi, saya sarankan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan team-nya, memikirkan bahawa agenda pembangunan sekarang perlu di-revisit, perlu disemak semula. Apa yang saya maksudkan di sini ialah apabila kita mengadakan agenda pembangunan yang tempang, tetapi rakyat dibebankan dengan peruntukan rejim undang-undang yang sama. Contoh, bayar cukai sama, perkhidmatan berbeza. Cikgu di bandar lain, cikgu di desa lain. Selepas itu kita yang beranak di kampung ini Yang Berhormat Senator Mat Isa, teruklah. Hendak cakap orang putih pun tidak berapa pandai, banyak benda hendak kena tambah.

DN 3.12.2018 65

Akan tetapi bila dia hendak bagi rejim undang-undang, dia kata undang-undang colour blind, semua orang kena. Miskin pun kena sama, yang kaya pun kena sama, yang bijak kena sama. Ini menunjukkan bahawa selama 60 tahun ini kita berjaya bangunkan negara, tetapi pasca modernize Malaysia ini, Malaysia yang moden ini, dia telah memberi pemasalah baharu. Oleh sebab itu kalaulah yang disajikan di sini just another cliche, mantera- mantera yang bagi saya bagus tetapi kita tidak mencadangkan satu strategi, satu pemikiran baharu yang boleh memecah- contohnya tadi, perbezaan antara urban dan rural tidak dipecahkan, kita akan bentuk masalah baharu. Kalau katakan maksud pembangunan masih lagi pembangunan yang bukan manusiawi, tidak boleh. Kalau agenda pembangunan kita masih lagi tidak inklusif, maksudnya yang OKU ini sentiasa jadi token. Buat dahulu untuk orang yang normal, OKU ini jadi token. Kenapa cakap begitu? Sehingga hari ini, pelajar-pelajar yang kurang upaya sukar untuk belajar di sekolah yang biasa. Saya tahu. Itu pengalaman peribadi. Tidak boleh. Kita seolah-olah macam kita berbahas di negara lain, ini negara Malaysia. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya ketengahkan, timbul tadi isu yang dikatakan isu perkauman dan sebagainya, ada orang mengambil kesempatan mengapi-apikan perkauman ini. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan saya hormati sekalian, identiti politik timbul apabila demokrasi gagal, democracy failed to deliver. Oleh sebab itu timbul kelompok-kelompok yang cuba mengeksploitasikan perkara-perkara yang menguntungkan terutama untuk jangka pendek. Identiti politik ini, politic identity ini Tuan Yang di-Pertua, bukan perkara di Malaysia sahaja. Di Malaysia lagi perlu diberi perhatian kerana ia punya kaitan langsung dengan agenda pembangunan. Tidak stabilnya sesebuah negara, resahnya sesebuah negara, kita tidak akan mampu membangun dengan baik sebab ini trend yang berlaku di merata dunia, di Hungary, di Rio de Janeiro. Pemimpin-pemimpin yang baharu yang naik ini semua kebanyakan pemimpin-pemimpin yang menggunakan politic identity sebagai modal politik. Jadi hari ini saya dengan tegas mengatakan Dewan yang mulia ini, mari kita sama-sama tolak pemimpin-pemimpin yang hanya mampu menggunakan identiti politik sebagai modal untuk dia gula-gulakan kepada rakyat. Apa yang kita ingin sokong ialah pemimpin-pemimpin yang mampu, dengan izin, deliver the public goods, mempersembahkan manfaat kepada rakyat. Kalau katakan di Kelantan itu, dengan izin, saya cakap ini bukan saya menempelak, jujur. Kalau cabaran di Kelantan itu ialah katanya air yang bersih, mari kita sama- sama membantu Kelantan, deliver the public goods di Kelantan itu air bersih. Kalau katakan di- kita bagi contoh di mana lagi, di tempat di kampung, isunya perumahan. Kita kena deliver public property rights. Tidak cukup pemimpin hari ini hanya mampu kita panggil begini sahaja... [Menunjukkan gaya mengangkat sepanduk] Tembak reformasi, reformasi tetapi tidak mampu mempersembahkan deliver goods. Apa yang saya maksudkan dalam konteks ini, perlukan satu mekanisme, dengan izin, a very close project management monitoring. Kalau tidak, enam tonggak yang kita katakan ini- kalaulah kita katakan tidak berapa berjaya rakan-rakan saya di Barisan Nasional dahulu sehingga berlaku perubahan, Pakatan Harapan perlu mengambil sikap tawaduk, mengambil satu langkah ke belakang, menganggap bahawa ini bukan satu perkara yang mudah. Saya dengan rendah diri mengatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, cabaran ekonomi seperti yang dimulakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, saya setuju. Dia katakan di sini ialah saya ulang di sini dia kata, “Menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama 2016 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas”.

66 DN 3.12.2018

Ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini walaupun Tun Dr. Mahathir punyai pengalaman, tetapi menyedari bahawa untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, ini bukan satu perkara yang mudah. Jadi, saya- belakang saya, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat baru masuk... Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Boleh... Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Takkan baru masuk. Baru masuk, takkan- duduk dahulu. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Saya berlari dari lounge hendak masuk, takut Yang Berhormat habis. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Okey, okey [Ketawa] Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Saya tengah- terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengah makan mihun sekejap, bila dengar Yang Berhormat bercakap, saya berlari masuk. Takut Yang Berhormat habis tadi. Saya tertarik bila Yang Berhormat sebut soal hendak melihatkan satu kerajaan yang sememangnya mencari pemimpin yang boleh menjaga dan membela rakyat secara keseluruhan. Saya rasa saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Cuma itulah, harapan saya biarlah cepat-cepat Yang Berhormat Port Dickson menjadi Perdana Menteri... [Tepuk] Jadi, apa pandangan Yang Berhormat- alamak, ramai bertepuk ini. Saya tengok ramai bertepuk rupanya. Maknanya ramai di kalangan hadapan ini yang tidak sabar hendak tengok Yang Berhormat Port Dickson menjadi Perdana Menteri ini. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat? [Ketawa] Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Apa yang pasti Tuan Yang di-Pertua, apabila kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Megat kita di Dewan ini, mesti ceria. Jadi, dia kena hadir selalu [Ketawa] Saya setuju begini, saya tidak menjurus kepada Yang Berhormat Port Dickson. Untuk memastikan dengan izin, kemapanan perubahan, antara perkara yang menjadi prasyarat, antaranya bukan sahaja kepimpinan yang wibawa dan kita panggil inspiring leader- ini ada good news untuk Yang Berhormat Datuk Haji Megat. Antara prasyaratnya ialah parti-parti yang menerajui perubahan tersebut mesti mampan. Apa yang berlaku di Zimbabwe, Mugabe sudah jatuh sudah, tiba-tiba parti yang memimpin perubahan tersebut Movement for Democratic Change (MDC), Chenjerai terpecah dua. Apabila terpecah dua, ZANU party naik baliklah. Jadi agenda perubahan yang dahulu, kalaulah untuk mengadakan perubahan demokrasi itu gagallah, sudah naik parti lama balik. Apa yang saya maksudkan di sini berita baik untuk Yang Berhormat Datuk Haji Megat ialah kerajaan hari ini dalam membangunkan negara perlukan pembangkang yang baik, pembangkang yang hebat, pembangkang yang wibawa selain daripada kerajaan yang perlu berwibawa. Jadi berita baik untuk Yang Berhormat Datuk Haji Megat, itu ialah prasyarat satu pembangunan demokrasi, demokratik yang mampan. Boleh ya? Jadi... Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin: Hendak berita- saya tadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat berita baik itu ialah sudah sign untuk mengambil angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, rupanya belum lagilah. Kena tunggu dua tahun juga? Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Bukan. Maksud saya itu ialah mungkin mana tahu dalam masa lima tahun ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Megat menjadi pemimpin Barisan Nasional. Kenapa cakap begitu Tuan Yang di-Pertua, saya kebetulan mengkaji lima negara. Saya kaji Ukraine, saya kaji Zimbabwe, saya kaji dan kebetulan dalam lima tahun, semua orang berpeluang kalau ruangnya ruang demokratik. Contohnya, Jokowi itu timbul dalam masa empat tahun. Obama itu timbul dalam masa tahun 2004 hingga tahun 2008, dia jadi Presiden Amerika. Dia bukan di kalangan pimpinan yang pangkat tinggi. Di Indonesia, Anies Baswedan daripada mana-mana, sekarang telah menjadi Gabenor. Di Perancis, Emmanuel Macron yang muda itu naik. Yang Berhormat Datuk Haji Megat mempunyai peluang. Jadi kita hari ini dalam kita meraikan kawan-kawan yang lain, yang tugas kita hari ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menjayakan agenda dokumen penting ini, kita mesti mewujudkan ruang demokrasi. Akan tetapi demokrasi yang dikatakan di sini ialah mari kita sama-sama fikir muafakat itu- ini hujah sayalah. Kalau yang kata salah, salahlah. DN 3.12.2018 67

Muafakat is the idea of democracy in this part of the world. Muafakat yang kita bawa daripada Sabah Yang Berhormat Senator, daripada sini, perlu ditunjuk kepada dunia, inilah cara kita berdemokrasi. Ini kerana muafakat kita hari ini tidak mementingkan kepentingan individu. Muafakat kita hari ini mementingkan kepentingan masyarakat lebih besar. ■1720 Muafakat kita di sebelah sini, kita resah kalau rakan-rakan kita di Rakhine, di Myanmar, Rohingya terlibat di dalam pembunuhan beramai-ramai. Kita resah kerana muafakat kita di sini punya asas kemanusiaan, punya asas keadilan, punya asas apalagi? Kemasyarakatan. Mungkin idea demokrasi di tempat lain itu tidak sesuai, dia lebih individu. Dia kira dia sahaja. Mungkin dia lebih pentingkan apa dia? Agenda ekonomi pasaran dia sehinggakan melibatkan yang lemah tidak mahu bersaing sebab itu timbul isu tadi kelestarian. Akan tetapi kita di sini bermuafakat kita punya asas, kalau dalam al-Quran dipanggil... [Bercakap dalam bahasa Arab] Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa kalau saya salah, betulkan [Ketawa] Sebab saya pun sudah tidak ingat. Dia ada boleh bertolong-tolong tetapi bertolong untuk kebaikan, tidak boleh bertolong-tolong untuk kemaksiatan atau kejahatan. Contohnya, dalam konteks- saya hendak masuk sikitlah, kontroversi sikit sebab bagi Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain buka mata sikit. ICERD ini, ICERD ini memanglah satu perkara kita kena fikir, tidak boleh kata kita tidak fikir, kita tolak sebab apabila kita memilih Malaysia untuk menjadi warga dunia, itulah keputusan kita. Adakah perkara itu silap? Perkara yang baik. Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan dasar kita ialah Malaysia negara kecil, kita ialah middle state. Apa maksud middle state? Kita adalah sebuah negara yang akan berkawan dengan semua orang tapi kita bebas. Apa yang menjadi problem apabila kita menjadi tidak seimbang, mungkin cenderung kepada kuasa tertentu, mungkin ambil duit lebih sikitlah, kuasa tertentu sebab ada pengaruh kekuasaan yang lain. Akan tetapi Malaysia ini telah berjaya menjadi sebuah negara di rantau ini yang memimpin rantau. Oleh sebab itu, berjayanya Malaysia, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, akan mampu menjadikan rantau ini, dengan izin, the most stable region yang akan menyebabkan kita semua berada dalam kemakmuran, kesejahteraan. Apa yang saya ingin maksudkan juga di sini, ingin saya kembangkan ialah sebenarnya mengajak rakan-rakan berbahas ialah kenapa kita di Dewan ini saya kata dalam ucapan pertama saya, saya ulang lagi sekali, inilah Dewan muafakat. Oleh sebab hari itu timbul Yang Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain kecil hati bila ada rakan saya kata Dewan ini adalah rubber stamp. Kecil hati, balik dari Singapura, dia kata, saya balik, saya hendak bahas juga. Dia cakap dengan saya macam ini. Akan tetapi bagi saya kalau Dewan ini yang diangkat ini Dewan muafakat. Ia bukan mengenai jumlah kuasa, siapa undi, siapa menang, tidak. Apa yang diangkat di sini ialah apabila kualiti undang-undang yang hendak diluluskan, kualiti dasar yang diusulkan dapat dipertingkatkan disebabkan suara. Suara Yang Berhormat Datuk Haji Megat, suara Senator Datuk Jamilah, suara rakan-rakan, itu ialah Dewan Senat. Bagi saya, kalau yang kita sama-sama yang ingin saya usulkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah dalam orang cerita Parliamentary reform, saya hendak cadangkan kita mari sini sama semua, kita gagaskan agenda reformasi Dewan Senat kita. Kalau perlu kita sepakati ini adalah Dewan muafakat, bukan sebab siapa besar siapa ramai, the winner takes all, bukan. Akan tetapi di sini saya memang suka, ini rakan saya daripada PAS, rakan saya daripada MCA, kita adik abang, kita bincang. Tadi betulkan saya, saya kata freedom of- Akta Kebebasan Maklumat yang dicadangkan di negeri Selangor, yang dicadangkan di Pulau Pinang ialah satu akta yang sangat baik, baik juga Kelantan. Itu saya cakap kepada rakan saya, kalau hendak saya boleh kongsikan kerana undang-undang itu bukan kerana Pakatan Harapan, ia untuk memperkasakan rakyat.

68 DN 3.12.2018

Akan tetapi adakah undang-undang tersebut, Menteri kata tadi benchmarknya Selangor dan juga Pulau Pinang. Saya secara terbuka mengatakan jangan jadikan benchmark itu sahaja. Oleh kerana apa yang diketengahkan di India- Rights to Information (RTI) telah mewujudkan satu revolusi di dalam pentadbiran. Akan tetapi di Malaysia, undang-undang tersebut digubal tetapi tidak mewujudkan sesuatu keghairahan di kalangan rakyat bahawa itu perkara baharu yang mereka patut celebrate. Bila saya kata celebrate, dia ingat celebrate parti- birthday party, saya kata, bukan. Akan tetapi diraikan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah segala tonggak yang dicadangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan lebih saya rasa efektif kalau pendekatannya juga muafakat. Muafakat juga bermaksud pada saya ialah adil. Tadi dalam perbahasan ini Menteri ada mengatakan bahawa pembangunan dan ekuiti. Akan tetapi saya hendak katakan, bukan sahaja pembangunan dan ekuiti, mesti justice and equitable. Kenapa saya kata itu? Masyarakat Orang Asli mesti merasakan di Malaysia ini mereka mendapat keadilan. Masyarakat OKU mesti mengatakan mereka mendapat keadilan. Masyarakat India, masyarakat Cina, masyarakat berbilang bangsa Sabah dan Sarawak meski merasakan adil. Kalau ini tidak dirasakan Tuan Yang di-Pertua, buatlah agenda ekonomi, esok dia bergaduh juga. Jadi pada pandangan saya, saya konsisten perkara ini, sedikit kontroversi tetapi saya akan kata on record. Oleh sebab tujuan saya datang ke Dewan ini bukan untuk melakukan perkara-perkara yang kita panggil hanya PR exerciselah pada pandangan saya. Saya sudah yakin tibalah masanya naratif baharu untuk agenda nasional Malaysia perlu digagaskan dan agenda nasional itu yang ingin saya tawarkan ialah agenda muafakat rakyat Malaysia. Apa yang saya maksudkan itu ialah tibalah masanya mana-mana agenda ekonomi yang hanya berdasarkan kaum tidak boleh lagi dipertahankan. Agenda yang perlu dipertahankan ialah agenda yang memberi keadilan kepada semua. Apabila saya kata begitu, maksud saya Yang Berhormat Datuk Haji Megat, jangan kata saya tidak faham keresahan masyarakat Melayu di kampung. Saya orang Balik Pulau. Saya faham susah dia hendak bersaing. Ini kerana apabila kita mengambil pendekatan menolong yang muta’afin, automatik yang akan kena itu orang yang muta’afin. Kalau di Malaysia ini yang muta’afinnya ialah orang Melayu, dia mesti kena. Kalau orang yang boleh bantu itu ialah masyarakat Cina di kampung nelayan, mesti boleh dibantu. Akan tetapi kalau daripada awal, agendanya hanya berteraskan ras, berteraskan kaum, jadi yang hendak tolong yang ini mungkin tidak sampai. Ini andaian saya. Jadi dalam membahaskan ini, saya tidak mahu disalah faham, saya mengiktiraf kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang selama ini telah membentuk negara ini, membuatkan negara ini stabil. Akan tetapi tiba masanya rakan saya Datuk Haji Megat, kita kena fikir, kita generasi muda yang akan mewarisi negara ini, apakah dasar ekonomi yang sekarang ini mampu mengangkat? Kalau kita Melayu, macam mana Melayu melakukan keadilan kepada bangsa yang lain? Adakah tidak pernah dibuat? Saya rasa pernah dibuat sebab itu negara ini telah berjaya. Akan tetapi mungkin pada pandangan saya sebab berlakunya perkara- perkara ketidakseimbangan. Contohnya, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Di atas apa-apa nama sahaja sekalipun Tuan Yang di-Pertua, agenda ekonomi yang kita cadangkan itu kurang efektif. Apa yang saya maksudkan di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, kita mesti membawa Malaysia ke tahap yang kompeten, dengan izin, we must bring Malaysia to the state of competent. Kita tidak mahu, dengan izin, Malaysia berada di tahap the state of contempt. Apa maksud the state of contempt? State of contempt ini ialah Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak dikenali lagi dengan bakat-bakat yang hebat. Kita dikenali apa? Dengan rasuah yang tinggi. Kita dikenali dengan apa? Kita terkenal apa, pengeksport bakat yang paling terbesar. Bakat-bakat kita yang hebat ada dekat luar, tidak ada dekat Malaysia... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat... Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Ya? Timbalan Yang di-Pertua: Saya bagi tiga minit lagi untuk berbahas. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Ya, sebenarnya saya bahas ini pun sebab dapat nota sebab tidak ada orang [Ketawa] Saya pun hendak tutup, jadi saya sebab atas dasar muafakat juga, jadi kita buat. DN 3.12.2018 69

Jadi, yang saya katakan ini- saya hendak tutup sebenarnya. Mari kita sama- sama meraikan 9 Mei ini sebagai satu agenda yang akan membentuk naratif nasional yang baharu. Naratif nasional yang baharu ini mesti berasaskan keadilan dan keihsanan... [Bercakap dalam bahasa Arab] Ini sekiranya ia mempunyai halangan- halangan perundangan, kita mesti sama-sama mencari jalan keluar. Kalau dia perlu bentuk undang-undang, undang-undanglah. Tidak cukup hanya kita hari ini mengulangi- ulangi perkara-perkara yang sebenarnya kita semua telah tahu. Contohnya, siapa tidak bersetuju kalau negara ini hendak dibangunkan secara inklusif? Datuk Haji Megat setuju, saya setuju. Siapa tidak bersetuju kalau negara ini hendak dibangunkan untuk kesejahteraan rakyat? Orang Gombak pun hendak sejahtera, orang Balik Pulau pun hendak sejahtera. Siapa tidak setuju kalau kata ke arah pembangunan wilayah? Senator pun setuju. Maksudnya, Semenanjung pun maju, Sabah dan Sarawak pun maju. Siapa tidak bersetuju kalau kata kemampanan alam sekitar? Mesti setuju. Kita tengok hujan ribut merata. Siapa tidak bersetuju kalau memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi? Mesti, kalau kita tidak melakukan pertumbuhan ekonomi yang kita akan bedak- bedakkan dengan rakan-rakan kita, kemiskinan. Mesti kena ada agenda pertumbuhan ekonomi. Akan tetapi saya kata dengan izin, saya hendak tutup, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Kita muafakat, Malaysia hebat... [Tepuk] Kita muafakat insya-Allah, bi’iznillah Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia hebat. Assalamualaikum. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, telah berpeluang bercakap panjang lebar dan penuh dengan isinya. Petang ini saya telah mendengar empat hingga lima orang Ahli Dewan Negara berucap dengan baik dan teratur dan sepatah pun saya tidak dengar kata-kata kesat. Tertibnya ada, terima kasih banyak. Jadi, apa yang saya dengar betul tadi, orang muda kita iaitu Tuan Mohd Yusmadi ceritakan apakah ciri-ciri hendak menjadi kejayaan ialah permuafakatan. Jadi, ingat saya semula, arwah bapa saya seorang pendakwah, Tok Fakeh. Dia pergi ke surau- surau dan masjid lain-lain kampung, ceritanya ialah permuafakatan itu. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Itu dia. Ingatlah saya tadi apa kata dia selalu, dia kata, muafakat.

Ada udang ada sotong; Mari dijual berikat-ikat; Bulat air kerana pembentung; Bulat manusia kerana muafakat... [Tepuk] Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi, hari Selasa, 4 Disember 2018. Sekian. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]