Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 5 Khamis 20 April 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dato’ Khairudin Samad (Halaman 15) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DN 20.4.2017 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 7. “ Tuan Aknan Ehtook (Dilantik) 8. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 9. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 10. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 11. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 13. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 14. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 15. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 16. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 18. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 23. “ Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 24. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 25. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 26. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 27. “ Tuan Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 28. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 29. “ Dato’ Jaspal Singh (Dilantik) 30. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 31. “ Datuk Haji Kadzim M.Yahya (Sabah) 32. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 33. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 34. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) ii DN 20.4.2017 35. Yang Berhormat Datuk Koh Chin Han (Melaka) 36. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 37. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 38. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 39. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 40. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 41. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 42. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 43. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 44. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 45. “ Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 46. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 47. “ Tan Sri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 48. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 49. “ Dato’ Hajah Norahan binti Abu Bakar (Pahang) 50. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 51. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 52. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 53. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 54. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)(LS) 55. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 56. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 57. “ Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah) 58. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 59. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 60. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 61. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 62 “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 64. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 65. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik) 66. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) 67. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 20.4.2017 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi Bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nurul Atikah binti Basrudin Nor Effazimmah binti Maliki Cik Nur Annisa binti Hamid Cik Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggiha bin Juarah DN 20.4.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Khamis, 20 April 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Timbalan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya Mesyuarat Dewan Negara yang bersidang dari 17 April 2017 hingga 27 April 2017 tidak akan bersidang pada hari Isnin, 24 April 2017 yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-15. Oleh yang demikian, giliran kementerian-kementerian menjawab ke atas Titah Diraja yang telah dijadualkan pada 24 April 2017 dan 25 April 2017 iaitu pada hari Isnin dan Selasa telah dijadualkan semula pada hari ini, 20 April 2017 dan 25 April 2017 iaitu pada hari Khamis dan Selasa. Dengan ini, saya juga memerintahkan supaya semua pertanyaan-pertanyaan lisan pada 24 April 2017 tersebut hendaklah dijawab secara bertulis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, salam sehati sejiwa, salam sejahtera dan salam negaraku. Saya ingin merakamkan terima kasih pada petang semalam, pagi petang dan malam hingga akhir kita punya mesyuarat, perbahasan Diraja hingga hampir pukul 10 malam. Saya terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang bersama saya sampai malam itu dan beri kerjasama yang sebaik-baiknya. Tahniah dan terima kasih. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail minta Menteri Kerja Raya menyatakan, standard operating procedure penyeliaan jalan raya termasuk Jalan Persekutuan, lebuh raya dan Jalan Bandaraya dari segi pembaikan dan penambahbaikan bagi setiap kerosakan yang berlaku. Menteri Kerja Raya [Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dia ada masa minyak turun tetapi orang senyap sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa memastikan jalan raya dalam keadaan selamat pada pengguna jalan raya. Bagi penyenggaraan Jalan Persekutuan, JKR telah menerapkan standard operating procedure senggara jalan. Prosedur ini diguna pakai untuk semua projek penyenggaraan Jalan Persekutuan yang dilaksanakan di bawah tanggungjawab JKR Malaysia melalui JKR negeri dan daerah sama ada melalui syarikat konsesi atau dilaksanakan sendiri oleh JKR. Antara skop yang terdapat dalam SOP ini adalah terdiri daripada, Tuan Yang di-Pertua, skop tebal sebenarnya, cuma saya hendak ringkaskan ada tujuh perkara iaitu: (i) perancangan dan berhubung kait dengan kawalan kewangan; (ii) penyeliaan kerja rutin; 2 DN 20.4.2017 (iii) penyeliaan kerja berkala pavement; (iv) penyeliaan kerja berkala bukan pavement; (v) penyeliaan kerja kecemasan; (vi) prosedur kawalan produk yang tidak memenuhi spesifikasi; dan (vii) prosedur maklum balas pelanggan. Pihak JKR dan syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan sentiasa melaksanakan pemantauan di Jalan Persekutuan bagi memastikan keadaan jalan sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna melalui pemeriksaan rutin berasaskan ataupun berdasarkan SOP yang ditetapkan. Oleh yang demikian, berdasarkan hasil pemantauan dan siasatan jika didapati terdapat kerosakan jalan yang tidak kritikal, tindakan pembaikan akan diambil dalam tempoh 24 jam. Manakala kerosakan melibatkan tindakan pembaikan yang rumit pula, tempoh masa pembaikan adalah tertakluk kepada jenis dan tahap kerosakan dan juga kos peruntukan semasa. Pihak JKR juga sentiasa memastikan Traffic Management Plan (TMP) dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan di lokasi- lokasi kerosakan yang berisiko kemalangan. Supaya kemalangan dapat dielakkan dan meningkatkan keselamatan kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi