Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 4 Rabu 19 April 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA ________________________________________________________________________________________________________MESYUARAT PERTAMA Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 15) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dato’ Khairudin Samad (Halaman 15) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DN 19.4.2017 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 7. “ Tuan Aknan Ehtook (Dilantik) 8. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 9. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 10. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 11. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 13. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 14. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 15. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 16. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 18. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 23. “ Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 24. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 25. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 26. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 27. “ Tuan Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 28. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 29. “ Dato’ Jaspal Singh (Dilantik) 30. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 31. “ Datuk Haji Kadzim M.Yahya (Sabah) 32. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 33. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 34. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 35. “ Datuk Koh Chin Han (Melaka) ii DN 19.4.2017 36. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 37. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 38. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 39. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 40. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) 41. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 42. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty – (Selangor) 43. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 44. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 45. “ Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 46. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 47. “ Tan Sri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 48. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 49. “ Dato’ Hajah Norahan binti Abu Bakar (Pahang) 50. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 51. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 52. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 53. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 54. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)(LS) 55. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 56. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 57. “ Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah) 58. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 59. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 60. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 61. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 62 “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 64. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 65. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik) 66. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) 67. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 19.4.2017 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi Bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nurul Atikah binti Basrudin Nor Effazimmah binti Maliki Cik Nur Annisa binti Hamid Cik Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggiha bin Juarah DN 19.4.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 19 April 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini atas Standing Order PM.22(1)(g), kerana saya perlukan keterangan dan ketetapan daripada Tuan Yang di-Pertua tentang apa itu sub judice kerana ini berkait dengan soalan saya yang saya telah kemukakan kepada Dewan Negara, dan tidak diterima. Ini adalah penting kerana kalau kita tidak boleh bincangkan isu-isu penting di dalam negara ini yang berkait dengan kepentingan negara, di mana pula kita hendak bincang? Apa itu sebenarnya sub judice? Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan buat petua selepas sesi Jawapan-jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-pertanyaan. Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, cuma hendak tambah sedikit sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan. Kalau kita tengok- pada pengetahuan saya kalau kita tengok... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat berucap atas apa? Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: Atas- sambung standing order itu. Cuma sebelum Tuan Yang di-Pertua buat keputusan Kalau kita tengok ruling of sub judice pada biasanya, House of Commons practice dan Erskine May, dia berdasar kepada dua prinsipal- supaya perbincangan dalam Dewan Negara kah atau Dewan Rakyat, tidak prejudis prosiding dalam mahkamah, itu I faham. Lagi satu berdasarkan principal of committee atau doctrine of legal reciprocity. So, kalau saya tengok, saya sudah baca soalan itu, dan juga House of Commons practice membenarkan kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk relax ruling tu. I sudah baca soalan itu, I tengok dia tidak masuk dalam dua-dua kategori. Ini cuma suggestion saya sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, pesalah dan pendera kanak-kanak kini dilihat mendera kanak-kanak tanpa belas kasihan dan tidak menghiraukan sistem perundangan di negara ini jika disabitkan kesalahan. Bakal majikan ini juga kebanyakannya mengambil pekerja di pusat jagaan kanak-kanak tanpa menyiasat latar belakang mereka. Apakah tindakan proaktif yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menentukan keselamatan kanak-kanak ini terjamin. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah diberi tanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta Pusat Jagaan 1993, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan- peraturan Pusat Jagaan 1994. 2 DN 19.4.2017 Prosedur operasi standard, atau SOP yang digunakan oleh KPWKM untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak dalam keadaan selamat adalah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 khusus bagi kanak-kanak di bawah usia empat tahun. Bagi Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994 bagi mana-mana penghuni di pusat jagaan termasuklah pusat jagaan bagi kanak-kanak tidak kira pusat jagaan yang bersifat harian atau berkediaman. Setiap pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan hendaklah mematuhi keperluan dan kehendak yang dinyatakan di dalam peraturan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan taska dan pusat jagaan termasuk pusat yang dikendalikan oleh pihak swasta berada di tahap keselamatan yang tinggi. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mengambil inisiatif seperti berikut: (i) memastikan semua taska memasang CCTV mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Bil.1/2015 mewajibkan pemasangan CCTV