Isu-Isu Kontemporari Dalam Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Al Qiraat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT PENYUNTING AHMAD SYAHIR AHAMAD NZLY MOHD IKRAM MOHD NAWI SHARIFAH NOORHIDAYAH SYED AZIZ NOR HASANAH MOHD YUSOFF PENERBIT FPPI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2020 HAK CIPTA Cetakan Pertama / First Printing, 2020 Hak Cipta/Copyright Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), KUIS, 2020 Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk, atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada Penerbit FPPI terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit FPPI. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM (FPPI) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan http://www.kuis.edu.my/fppi/ 03-8911700 ext: 7167 Dicetak di Malaysia/Printed in Malaysia by Corner Resources No. 20, Jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication Data ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN & AL- QIRAAT Ahmad Syahir Ahamad Nzly, Mohd Ikram Mohd Nawi, Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Nor Hasanah Mohd Yusoff 1. Tahfiz. 2. Al-Quran. 3. Al-Qiraat 4. Pengajian Islam. I. Judul. eISBN 978-967-2122-97-5 KATA ALU-ALUAN Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas penerbitan buku Isu-Isu Kontemporari Dalam Pengajian Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bersempena dengan penganjuran Seminar Antarabangsa Pengajian Peradaban Islam (International Conference on Islamic Civilisational Studies / IConICS 2020) oleh Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2020. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan penerbitan buku ini, samada sebagai penerbit, penyunting, editor dan penyumbang artikel. Ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya menukilkan sepatah dua kata dalam buku ini bagi mewakili pihak Pengurusan Jabatan dan Fakulti. Sebagaimana anda sedia maklum, Islam merupakan agama yang bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia (way of life) dalam setiap dimensi kehidupan dan peredaran zaman. Islam menjadi instrumen yang sangat penting dalam pembangunan ummah dan pendidikan khususnya era revolusi industri pada hari ini. Islam yang bersifat dengan kesempurnaan dan kesejagatan sangat relevan dalam menghadapi arus pemodenan dan kepesatann teknologi dalam pelbagai dimensi kegiatan manusia termasuk dalam aspek pendidikan. Terdapat pelbagai isu-isu kontemporari dalam dunia Pendidikan dan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat pada hari ini. Antaranya yang berkaitan dengan keberkesanan dalam aspek penguasaan dan penghayatan ilmu al-Quran. Di samping itu, kaedah dan pendekatan semasa dalam penyampaian dan penerapan ilmu berkaitan tahfiz, qiraat, ulum al-Quran dan pengajian Islam dalam kalangan pelajar yang disinergikan dengan pengaruh teknologi sangat memberi kesan kepada mereka. Selain itu, isu-isu seperti pemisahan antara ilmu aqli dan naqli, proses pengajaran yang berkonsep knowledge transfer tanpa elemen pendidikan (tarbiyah) dan lain-lain juga perlu diberikan perhatian serius. Sehubungan itu, pemahaman dan penghayatan sebenar nilai-nilai Islam khususnya di dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat perlu diperhalusi. Hal yang demikian adalah khususnya dalam aspek Pendidikan. Ia adalah diyakini mampu untuk menangani isu-isu kontemporari yang timbul dalam menterjemahkan maksud sebenar pendidikan dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat. Antara solusi yang terpenting ialah pengintegrasian pelbagai disiplin ilmu semasa dengan ilmu-ilmu turath yang berteraskan kepada kefahaman yang jelas terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Kepelbagaian teknologi baharu yang mencorakkan lanskap kehidupan moden perlu dikuasi di samping asas-asas penting aqidah, fiqah, akhlak dan sebagainya. Saidina Ali RA berpesan: “Didiklah (persiapkanlah) anak-anakmu atas hal yang berbeda dengan keadaanmu (sekarang) karena mereka adalah manusia yang hidup untuk satu zaman yang bukan zamanmu (sekarang)” Sekian, Salam hormat. MUHAMMAD IZZAT BIN NGAH Ketua Jabatan Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) vi | Kata Alu- Aluan PRAKATA Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas insan paling sempurna, Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, dan para sahabat RA yang telah dipayungi lembayung keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Budaya menimba ilmu, berfikir, menyelidik, dan menyebarkannya merupakan tanggungjawab seorang akademia yang harus dipraktikkan dalam memperkasakan dunia pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat seiring revolusi industri 4.0 yang kini rancak berlangsung dalam dunia global Internet of Things (IOT) atau internet kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian melibatkan penggunaan teknologi digital dengan manusia dan sistem fizikal yang lain. Bidang pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat diyakini akan terus relevan dalam mendepani isu-isu kontemporari. Penyelidikan yang berterusan merupakan platform terbaik oleh para akademia dalam mencari solusi tentang permasalahan isu-isu semasa dan menyebar luas serta berkongsi dapatan kajian yang memberi manfaat kepada semua pihak. Pendek kata, umat Islam harus berpatisipasi dalam mendepani cabaran RI 4.0 agar dapat melestarikan pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dalam dunia global. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kami rakamkan kepada para penyumbang artikel atas usaha murni dalam menerbitkan buku ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT terbitan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun ini. Naskah ilmiah ini merupakan koleksi percambahan idea autentik para akademia dalam usaha menambah publikasi korpus pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Semoga penerbitan buku ini akan memberi impak yang sangat besar dalam memberi nilai tambah kepada khazanah penyelidikan negara berteraskan pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Buku ini juga diharap mampu memberi pendedahan kepada para pembaca untuk memaknai penyelidikan yang telah dilaksanakan sesuai dengan teori dan kemahiran yang dipelajari serta inovasi yang dihasilkan. Sekian, selamat membaca. AHMAD SYAHIR AHAMAD NZLY MOHD IKRAM MOHD NAWI SHARIFAH NOORHIDAYAH SYED AZIZ NOR HASANAH MOHD YUSOFF Penyunting v | P rakata KANDUNGAN Halaman KATA ALU-ALUAN vi PRAKATA v KANDUNGAN vi PENDAHULUAN x BAB 1 BENTUK PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM 16-24 MEMBENTUK KEPERIBADIAN CEMERLANG PELAJAR TAHFIZ Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Khairul Anwar @ Johari Mastor, Muhammad Fairuz A. Adi BAB 2 TEORI DAN PERSIAPAN PEMBELAJARAN 25-35 TAHFIZ AL-QURAN ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENGLIHATAN (OKUMP) Nur Atiqah Abdul Aziz, Noornajihan Ja’afar, Muhammad Hafiz Salleh BAB 3 PERKEMBANGAN DAN CABARAN INSTITUSI 36-41 PENDIDIKAN TAHFIZ DI MALAYSIA : SATU PEMERHATIAN Muhammad Zaid Shamshul Kamar, Mohd Isa Hamzah, Mohamad Redha Mohamad BAB 4 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN 42-46 TAHFIZ Mardhiah Yahaya, Rohana Zakaria, Mohd Shaiful, Muhammad Zaid Shamshul Kamar 47-52 BAB 5 PELAKSANAAN KELAS HIFZ AL-QURAN FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL: SATU PENGALAMAN Muhammad Hafizan Abd Hamid, Siti Salma Mohamad Shokri, Syafawati Salihan vi | Kandungan BAB 6 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN & 53-63 PEMBELAJARAN PROGRAM TAHFIZ DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL MELALUI METODE BLENDED LEARNING Siti Salma Mohamad Shokri,, Syafawati Salihan,, Muhammad Hafizan Abd Hamid, BAB 7 PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR MELALUI 64-74 PROSES PEMBACAAN DAN HAFAZAN AL- QURAN: SATU PEMERHATIAN Syafawati Salihan, Muhammad Hafizan Abd Hamid, Siti Salma Mohamad Shokri 75-85 BAB 8 SISTEM PEMBELAJARAN TAHFIZ PROGRAM HUFFAZ PROFESIONAL DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Muhammad Hafizan Abd Hamid, Abdul Aziz Mat Isa, Hamdi Ishak BAB 9 PENDEKATAN METODE TADABBUR AL- 86-92 QURAN SALAF SOLEH Rohana Zakaria, Mohd Farid Ravi Abdullah, Khairul Anuar Mohamad BAB 10 VARIASI PEMAKNAAN USLUB AL-TANBIH 93-110 DALAM SURAH ALI-‘IMRAN Muhammad Ammar Farhan Ramlan, ‘Uqbah Amer, Abi Syafiq Al-Hakiem Ab Jabar BAB 11 HIDAYAT AL-MURTAB PERTOLONGAN AL- 111-119 SAKHAWI UNTUK PENCINTA AL-KITAB (AL- QURAN) Mahmud Lutfi Abd. Hadi, Ahmad Shahir Masdan, Fatin Nazmin Mansor BAB 12 SUMBANGAN USTAZ HAJI AHMAD MUSTAFFA 120-126 BIN MOHD SIDIN DALAM PENGAJIAN AL- QURAN DI SELANGOR Muhammad Izzat Ngah, Mahmud Lutfi Abd. Hadi, Auni Zafirah Ismail BAB 13 ILMUAN QIRAAT: KEKELIRUAN ANTARA DUA 127-135 ABU ‘AMRU Mohd Ikram Mohd Nawi, Abi Syafiq al-Hakiem Ab Jabar, ‘Uqbah Amer BAB 14 ANALISIS BAB AL-WAQF ‘ALA AWAKHIR AL- 136-141 KALIM DI DALAM KITAB HIRZ AL-AMANI WA vii | Kandungan WAJH AL-TAHANI MELALUI RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM AL-KUFI DALAM SURAH AL-JUMU’AH Abi Syafiq al-Hakiem Ab Jabar, Mohd Ikram Mohd Nawi, Muhammad Ammar Farhan Ramlan BAB 15 PEMBINAAN ISTINBAT HUKUM DALAM 142-154 MAZHAB AL-SYAFI`IY: ANALISIS QIRAAT QURANIYYAH Mohd Mahfuz Jaafar, Nik Mohd