8 November 2010 (Isnin)
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
LAPORAN PERSIDANGAN PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA MESYUARAT KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS ____________________________________________________________________ Hari : 8 November 2010 (Isnin) Tempat : (Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Pulau Pinang) Jam : 9.30 Pagi. ____________________________________________________________________ HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1. Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain Speaker 2. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 3. Y.B. Dato’ Zainal Rahim bin Seman Setiausaha Kerajaan Negeri 4. Y.B. Dato’ Faiza bt. Zulkifli Penasihat Undang–Undang Negeri 5. Y.B. Dato’ Haji Farizan bin Darus Pegawai Kewangan Negeri 6. Y.B. Dato’ Mansor bin Haji Othman Timbalan Ketua Menteri I /Penanti 7. Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 8. Y.B. Tuan Chow Kon Yeow Padang Kota 9. Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim Batu Maung 10. Y.B. Tuan Lim Hock Seng Bagan Jermal 11. Y.B. Tuan Law Heng Kiang Batu Lancang 12. Y.B. Tuan Phee Boon Poh Sungai Puyu 13. Y.B. Tuan Law Choo Kiang Bukit Tambun 14. Y.B. Tuan Wong Hon Wai Air Itam 15. Y.B. Puan Ong Kok Fooi Berapit 16. Y.B. Dato’ Tan Hock Leong Timbalan Speaker/Machang Bubuk 17. Y.B. Tuan Koay Teng Hai Pulau Tikus 18. Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee, AMN Sungai Bakap 19. Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady Bagan Dalam 20. Y.B. Tuan Haji Mohd. Salleh bin Man Permatang Pasir 21. Y.B. Tuan Ng Wei Aik Komtar 22. Y.B. Tuan Yeoh Soon Hin Paya Terubong 1 23. Y.B. Tuan Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 24. Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh Datok Keramat 25. Y.B. Tuan Tan Cheong Heng Padang Lalang 26. Y.B. Tuan Ong Khan Lee Kebun Bunga 27. Y.B. Tuan Ong Chin Wen Bukit Tengah 28. Y.B. Tuan Sim Tze Tzin Pantai Jerejak 29. Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Seri Delima 30. Y.B. Tuan Koid Teng Guan Sungai Pinang 31. Y.B. Tuan Lau Keng Ee Pengkalan Kota 32. Y.B. Tuan Tan Beng Huat Jawi 33. Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam Batu Uban 35. Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya Telok Bahang 36. Y.B. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid Telok Ayer Tawar 37. Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Ahmad Bayan Lepas 38. Y.B. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed Sungai Dua 39. Y.B. Dato’ Haji Roslan bin Saidin Pinang Tunggal 40. Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah Seberang Jaya 41. Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya Permatang Berangan 42. Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad Pulau Betong 43. Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria Sungai Acheh 44. Y.B. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab Bertam TIDAK HADIR Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim - Ahli Kawasan Penaga (Digantung) TURUT HADIR Encik Md Puat bin Romli - Setiausaha Dewan Undangan Negeri. 2 Dewan mula bersidang jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Doa. Y.B. Dato’ Speaker: Dewan bersambung untuk sesi perbahasan. Ahli Kawasan Komtar (Y.B. Tuan Ng Wei Aik): Y.B. Dato’ Speaker, saya ingin mengemukakan satu usul tergempar di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 31 dan 32 bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan dan perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai yang berkehendakkan disegerakan dan usul saya adalah seperti berikut bahawa Dewan yang mulia ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya demonstrasi liar dan ganas yang berlaku pada 2 November 2010 di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah mengganggu perjalanan mesyuarat serta menghina Dewan yang mulia ini dan Polis diminta untuk mempertahankan kewibawaan Dewan yang mulia ini, sebagai institusi perundangan yang tertinggi di Negeri Pulau Pinang. Y.B. Dato’ Speaker: Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima usul bagi menangguhkan mesyuarat bagi menyatakan usul di bawah peraturan Mesyuarat (1) dan (2) bagi menangguhkan mesyuarat dan membincangkan perkara-perkara dan kepentingan orang ramai yang berkehendakkan diusulkan oleh Yang Berhormat Komtar, setelah meneliti usul bertulis ini daripada Yang Berhormat Komtar, saya berpuas hati yang perkara ini ialah perkara tertentu berkehendak disegerakan dan ada kena mengena dengan kepentingan orang ramai. Teruskan. Ahli Kawasan Komtar (Y.B. Tuan Ng Wei Aik): Terima kasih Y.B. Dato’ Speaker dan ini merupakan satu usul yang amat penting untuk kita sama-sama mempertahankan maruah dan kewibawaan Dewan yang mulia ini sebagai satu institusi yang tertinggi di Negeri Pulau Pinang. Ingin saya jelaskan di sini bahawa kita bukan bertujuan untuk mengutuk mereka yang ingin datang untuk mengadakan demonstrasi atau protes secara aman sebagai satu cara atau pendekatan bagi mereka untuk mengutarakan masalah atau rintihan hidup mereka. Tetapi ini tidak bermaksud mereka perlu bertindak liar dan ganas. Sehingga pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri telah digoncang dengan kuat sehingga hampir-hampir nak jatuh. Terdapat seorang memanjat pintu pagar untuk merantaikan diri dengan pintu tersebut. Adakah ini bertujuan untuk mengurung Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Dewan yang mulia ini? Atau termasuk dari pihak Barisan Nasional dari pembangkang supaya mereka tidak dapat masuk atau keluar ke dalam dewan ini. 3 Ini jelas merupakan satu penghinaan terhadap Dewan yang mulia ini. Y.B. Dato’ Speaker, pada hari Selasa yang lepas, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sedang membentangkan Bajet 2011 Dewan yang mulia ini. Bajet ini merupakan satu bajet yang penting untuk memastikan hala tuju pembangunan negeri Pulau Pinang pada tahun yang akan datang. Melalui bajet ini banyak dasar yang harus dan telah diumumkan untuk pemangkin lagi pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah bandar raya yang bertaraf antarabangsa. Jikalau demonstrasi diadakan dengan tujuan mengalihkan perhatian orang ramai terhadap bajet yang berjiwa rakyat yang tersebut, saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana boleh dikatakan telah mencapai matlamatnya. Hakikatnya demonstrasi tersebut telah diberi laporan yang luas dalam media sehingga liputan tersebut dan laporan bajet tersebut dikurangkan. Boleh saya katakan ini merupakan salah satu motif UMNO kerana mereka yang menyertai demonstrasi tersebut merupakan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri. Mereka mendakwa bahawa adanya Warga Emas yang ingin mengembalikan wang ihsan RM100.00 yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ketua Pemuda UMNO sendiri yang menyatakan bahawa 1,000 orang lagi di Pulau Pinang yang ingin mengembalikan wang ihsan tersebut. Kenyataan beliau telah dipetik satu sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemuda Barisan UMNO Pulau Pinang pada 5 Oktober 2010. Kami menjangkakan lebih kurang 1,000 Warga Emas lagi akan memulangkan wang ihsan tersebut yang akan memulangkan kepada UMNO bahagian masing-masing. Ini menunjukkan bahawa UMNO adalah dalang sebaliknya dan mengapi- apikan Warga Emas untuk mengembalikan wang ihsan tersebut. Jikalau terdapat 1,000 lagi Warga Emas yang ingin mengembalikan wang mereka ini bermaksud sekurang-kurangnya RM100,000.00 akan dikutip untuk dikembalikan. Akan tetapi sejumlah RM23,700 yang telah dibawa oleh mereka pada hari tersebut untuk dikembalikan. Mana perginya baki sejumlah RM76,300.00 Y.B. Dato’ Speaker. Jikalau tiada satu senarai yang dapat memaparkan dari mana datangnya wang tersebut dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan dan sehingga kini masih belum dikembalikan kepada Warga Emas masing-masing. Mereka yang masih belum mengembalikan wang tersebut boleh dikatakan melakukan satu kesalahan pecah amanah. Di bawah Kanun Keseksaan dan harus diambil tindakan segera oleh pihak Polis dan saya ingin menggesa warga-warga Emas yang terlibat untuk membuat laporan Polis terhadap Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang atas kesalahan pecah amanah yang dilakukan olehnya dan juga Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri yang telah digantung oleh Dewan yang mulia ini atas sifatnya yang langsung tidak menghormati Dewan Undangan Negeri yang mahukan askar datang untuk mengambil alih. Y.B. Dato’ Speaker ini bukan kali pertama suatu demonstrasi yang liar dan ganas dianjurkan semasa Dewan Undangan Negeri bersidang. Pada 30 November 2009 demonstrasi yang terdiri daripada gerombolan pemuda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan juga diadakan di luar Dewan Undangan Negeri ini di mana gambar Y.A.B Ketua Menteri telah dibakar. Dan kali ini mereka yang protes bukan sahaja bertindak liar dan ganas malah telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sesetengah Ahli Yang Berhormat dan ini adalah sesuatu yang 4 menyedihkan dan kita tertanya-tanya dan siapakah mereka dan adakah mereka datang dari parti samseng. Jikalau mereka bukan datang dari sebuah parti samseng buatlah protes secara aman, buatlah secara berhemah dan semua pemimpin Kerajaan Negeri selalu bersiap sedia dan sudi untuk mendengar rintihan rakyat atau suara rakyat dengan hati yang terbuka. Pada masa yang sama saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak Polis supaya sama-sama kita mempertahankan maruah dan kewibawaan Dewan yang mulia ini khasnya pada masa Dewan ini bersidang supaya perjalanan mesyuarat Dewan Undangan Negeri tidak akan menghadapi tindakan kacau ganggu dan semua Ahli Yang Berhormat dapat menumpukan segala fokus dan perhatian mereka terhadap agenda-agenda yang perlu dibincangkan serta diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian. Terima kasih. Y.B. Dato’ Speaker: So, ini ada sokongan? Ahli Kawasan Seri Delima (Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): Saya menyokong. Y.B. Dato’ Speaker : Teruskan. Ahli Kawasan Seri Delima (Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): Y.B. Dato’ Speaker, saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk turut membahas usul ini. Di dalam Dewan ini kita ingin mengetahui bahawa perkara- perkara yang dibahaskan adalah perkara-perkara yang mulia, perkara-perkara yang berhasrat untuk memberi manfaat untuk rakyat di Pulau Pinang tetapi saya turut berkongsi rasa dukacitanya dengan tindakan liar dan ganas setengah- setengah parti politik yang selalu mengadakan demonstrasi ganas seperti yang telah diperkatakan oleh Ahli Kawasan Yang Berhormat Komtar. Bila saya memberi reaksi tadi kepada soalan parti manakah yang terlibat dalam mengadakan demonstrasi ganas reaksi saya dengan berkata UMNO, saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat dari Parti Pembangkang melihat kepada saya dan menggoyangkan kepala seolah-olah mereka sendiri tidak tahu tetapi itu biasa adalah sandiwara mereka.