21 Julai 2008 (Isnin)
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Laporan Persidangan PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA MESYUARAT KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS Hari : 21 Julai 2008 (Isnin) Tempat : (Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Pulau Pinang) Jam : 10.00 Pagi. _____________________________________________________ HADIR Speaker (YB. Tuan Abdul Halim bin Hussain) Ahli Kawasan Air Putih (YAB. Tuan Lim Guan Eng) – Ketua Menteri Ahli Kawasan Penanti (YB. Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin) – Timbalan Ketua Menteri I. Setiausaha Kerajaan Negeri (YB. Dato’Jamaludin bin Hasan) Penasihat Undang–undang Negeri (YB. Puan Faiza bt. Zulkifli) Pegawai Kewangan Negeri (YB. Dato’ Supiah bt. Md. Yusof ) Ahli Kawasan Perai (YB. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy) – Timbalan Ketua Menteri II. “ Padang Kota (YB. Tuan Chow Kon Yeow) “ Batu Maung (YB. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim) “ Bagan Jermal (YB. Tuan Lim Hock Seng) “ Batu Lancang (YB. Tuan Law Heng Kiang) “ Sungai Puyu (YB. Tuan Phee Boon Poh) “ Bukit Tambun (YB. Tuan Law Choo Kiang) “ Air Itam (YB. Tuan Wong Hon Wai) “ Berapit (YB. Puan Ong Kok Fooi) “ Machang Bubuk (YB. Tuan Tan Hock Leong) – Timbalan Speaker “ Pulau Tikus (YB. Tuan Koay Teng Hai) “ Sungai Bakap (YB. Tuan Maktar bin Haji Shapee, AMN) “ Bagan Dalam (YB. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady) “ Permatang Pasir (YB. Tuan Mohd. Hamdan bin Abd Rahman) “ Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik) 1 Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Tuan Yeoh Soon Hin) “ Tanjong Bunga (YB. Tuan Teh Yee Cheu) “ Datok Keramat (YB. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh) “ Padang Lalang (YB. Tuan Tan Cheong Heng) ” Kebun Bunga (YB. Tuan Ong Khan Lee) “ Bukit Tengah (YB. Tuan Ong Chin Wen) “ Pantai Jerejak (YB. Tuan Sim Tze Tzin) “ Seri Delima (YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji) “ Sungai Pinang (YB. Tuan Koid Teng Guan) “ Pengkalan Kota (YB. Tuan Lau Keng Ee) “ Jawi (YB. Tuan Tan Beng Huat) “ Batu Uban (YB. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam) “ Penaga (YB. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim) “ Telok Bahang (YB. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya) “ Telok Ayer Tawar (YB. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid) “ Bayan Lepas (YB. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Ahmad) “ Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed) “ Pinang Tunggal (YB. Dato’ Haji Roslan bin Saidin) “ Seberang Jaya (YB. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah) “ Permatang Berangan (YB. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya) “ Pulau Betong (YB. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad) “ Sungai Acheh (YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria) “ Bertam (YB. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab) TURUT HADIR Encik Rosmin bin Yaakob - Setiausaha Dewan Undangan Negeri. 2 Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi. Setiausaha: Doa. Bismillah hirrohman nirrohim, alhamdulillah hirobbil alamin wassalatu wassalam asrofilambiya iwalmursalin saidina Muhammaadin waala alihi wasohbihi ajmain. Ya Allah, kami pohonkan dengan sepenuh-penuhnya daripadaMu yang maha pemurah, moga-moga dilimpahkan nikmatMu di atas kami hamba-hambaMu, yang mana kami ini telah dengan kehendakMu dipilih menjaga amanah ini. Kami berdoa supaya rahmatMu dicurahkan kepada kami yang berhimpun di sini dan kami pinta kepadaMu yang kami dapat menimbangkan sebarang perkara yang dibawa kepada kami dengan segala keadilan dan keikhlasan. Semoga dimuliakan kebesaranMu dan semoga dapat mengadakan keamanan, kemakmuran dan kebajikan oleh kerajaan dan penduduk Negeri Pulau Pinang. Robbana atinafiddunya hasanah wafilakhirotihasanah waqina azabannar. Wasollallah huala alihi wasohbihi ajimain walhamdulillah hirobbil alamin. Pengumuman oleh YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahli-ahli yang berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Pulau Pinang telah menetapkan hari ini 21 Julai 2008 sebagai hari permulaan Mesyuarat Yang Kedua, Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Keduabelas melalui pengisytiharan bertarikh 29 Mei 2008 yang diwartakan pada 15 Jun 2008. Tuan Yang Terutama Tun akan tiba di Dewan ini sebentar lagi untuk menyampaikan ucapan kepada Dewan. 3 Setiausaha: Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. UCAPAN OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG: Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Bismillah hirrohmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Abdul Halim bin Hussain Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Berhormat Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Yang Berhormat Tuan Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ahli-ahli Yang berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Berusaha Pegawai-pegawai dan Anggota Kerajaan, Tuan- tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan restuNya dapat saya menyampaikan ucapan di majlis yang mulia ini bersempena dengan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Keduabelas. 4 Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Yang Keduabelas dengan lancar dan aman mengikut lunas-lunas demokrasi. Tahniah ditujukan kepada YAB. Tuan Lim Guan Eng dan Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana dapat membentuk sebuah kerajaan yang baru dengan jayanya dalam keadaan teratur dan lancar. Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat akan menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur. Sungguh pun sebagai medan demokrasi Dewan yang mulia ini akan menyaksikan pertikaman lidah bersama Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi sebagai institusi tertinggi demokrasi ia harus menjadi arena pertembungan minda untuk berbincang dan berbahas menyampaikan teguran dan memberi pandangan yang bernas demi meningkatkan lagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Sememangnya Negeri Pulau Pinang mempunyai banyak kelebihan yang boleh menjadi faktor pendorong kepada pembangunan sosial ekonomi, kedudukan yang strategik, kemudahan infrastruktur yang lengkap, kewujudan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dapat menyediakan satu persekitaran yang amat menggalakkan bagi pertumbuhan pelbagai sektor khususnya perindustrian dan pelancongan. Secara ringkasnya Negeri Pulau Pinang mempunyai pakej yang lengkap untuk pelbagai bentuk pelaburan dengan prinsip CAT yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri iaitu keupayaan “ competency”, “accountability” dan ketelusan “ transparency”. Saya yakin ia akan terus menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan dan juga asing serta menggiatkan lagi sektor pelancongan dan secara tidak langsung memberi impak yang positif ke atas perkembangan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Sektor pembuatan masih merupakan pemangkin yang terpenting dalam pembangunan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Perkembangan ini terbukti melalui pencapaian sektor perindustrian negeri ini, sejak beberapa tahun yang lalu di mana Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan pelaburan yang amat menggalakkan. Secara purata pelaburan telah diterima oleh Pulau Pinang setiap tahun sejak 2004 hingga 2007 adalah bernilai RM3.3 billion. 5 Kerajaan Negeri walau bagaimanapun tidak harus mengambil ringan dengan kemunculan pesaing baru seperti Vietnam, India dan Filipina. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi Kerajaan Negeri menentukan dasar dan hala tuju bagi menghadapi cabaran getir yang mendatang. Usaha harus dipertingkatkan melalui investPenang dengan lebih profesional untuk mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelaburan khususnya untuk menggalakkan pelabur asing dan pelaburan tempatan ke negeri ini. Terutamanya dalam sektor yang dapat menjana ekonomi negeri seperti elektrik dan elektronik (E&E), teknologi maklumat, komunikasi (ICT), rawatan perubatan bioteknologi iaitu pharmaceutical, nutraceutikal, clinical trials, contract research organization, contract manufacturing organization serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Pembangunan PKS yang berdaya saing dan berdaya tahan merupakan aspek penting yang wajar diberikan penekanan oleh pihak kerajaan dalam usaha mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan menjelang tahun 2010. Jawatankuasa-jawatankuasa MMK yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri hendaklah memikul tanggungjawab bagi memastikan pelbagai bentuk kewangan yang sedia ada disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan dapat diekses dengan mudah oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pulau Pinang (PDC) berusaha untuk membina sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berdaya saing. Perlantikan Timbalan Ketua Menteri I, YB. Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin sebagai Pengerusi investPenang memperingatkan komitmen Kerajaan Negeri baru. Usaha juga dilaksanakan untuk mendirikan halal hub yang berdaya saing di bawah pimpinan Ahli EXCO YB. Tuan Abdul Malik bin Abul Kassim. Dengan pelbagai peruntukan yang disediakan di bawah RMK-9 beberapa program akan diteruskan untuk meningkatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi yang strategik supaya dapat menarik dan menaik taraf kedudukan dan kemampuan sosial ekonomi bumiputera Negeri Pulau Pinang secara kualitatif dan kuantitatif. 6 Selain itu, perhatian akan tetap diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap keupayaan kaum India dan kumpulan minoriti yang lain selaras