13 November 2014 (Khamis) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 13 November 2014 (Khamis) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Tim. Ketua Menteri I/Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Timbalan Ketua Menteri II/Perai Palanisamy 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Batu Maung Kassim 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng KOMTAR 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 37 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 38 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan bersidang pada jam 9.30 Pagi. Setiausaha: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Setiausaha: Bacaan Doa. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan bersidang semula dan masih dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dan Usul Anggaran Pembangunan 2015. Dipersilakan Sungai Puyu. Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh): Terima kasih. YB. Dato' Yang di-Pertua, Dewan Undangan Negeri. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih diberi peluang untuk berkhidmat dan menunaikan kewajipan kepada rakyat dan juga kepada negeri. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bersama-sama mengambil bahagian dalam sidangan kali ini yang membentang Rang Undang-undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2015. Terutamanya, yang berkaitan dengan MMK Alam Sekitar, MMK Kebajikan Masyarakat Penyayang. Penglihatan dan penglibatan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri membuktikan bahawa masyarakat memahami dan bersama Kerajaan Negeri untuk mencapai apa yang dihajatkan. Berkenaan dengan kebajikan dan masyarakat penyayang, Kerajaan Negeri begitu prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan masyarakat dan memastikan rakyat menikmati kemakmuran serta kesejahteraan serta menikmati hasil penjimatan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Ia adalah peruntukan daripada program- program kebajikan dan mendapat maklum balas begitu baik daripada rakyat seperti program menghargai warga emas, anak emas, program bantu ibu tunggal, program bantu orang kurang kehilangan upaya, program pelajar emas dan program ibu emas. Kerajaan Negeri akan meneruskan keseimbangan bangunan semua program- program tersebut pada masa yang akan datang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga begitu komited untuk menghapuskan kemiskinan dan bantu golongan muda miskin menerusi pelaksanaan Agenda Ekonomi Saksama atau AES. Bagi memantapkan lagi mekanisma bayaran bantuan kepada golongan miskin, Kerajaan Negeri mencadangkan menukar kadar bayaran AES daripada pembentuk unconditional cash transfer kepada conditional cash transfer. Kerajaan Negeri juga untuk mempertingkatkan dan menarik perhatian, Kerajaan Negeri dan telah di setiap tiap daerah telah menempatkan satu pegawai khas untuk program-program ini dan juga untuk AES. Berkenaan dengan golongan gelandangan, YB. Telok Ayer Tawar telah membangkitkan tadi juga YB. ADUN KOMTAR. Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai isu gelandangan ini, terdapat beberapa sebab seorang itu menjadi 3 gelandangan. Di antaranya faktor kemiskinan, penagih dadah, tidak siuman, musafir yang kehabisan wang di buang oleh keluarga dan sebagainya. Telah sedia maklum dan mengetahui bahawa Kerajaan Negeri merupakan salah sebuah negeri yang dikenali sebagai destinasi pelancong dan perindustrian dan sering menarik perhatian warga asing untuk melancong mahupun membuat pelaburan. Namun begitu juga di Pulau Pinang terdapat beberapa festival-festival yang tertentu dan menarik banyak orang ke Pulau Pinang yang menurut menjadi sebagai faktor menarik golongan gelandangan daripada luar datang ke Negeri Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan atau mendapat pendapatan melalui mengemis. Disebabkan itu golongan ini, makin bertambah dan sering dilihat aliran di sekitar Pulau Pinang walaupun operasi menyelamat sudah banyak kali dilancarkan. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Malaysia Masyarakat (JKM) melakukan beberapa operasi menyelamat golongan gelandangan dan mereka diselamatkan ini akan dibawakan ke rumah perlindungan di Kedah dan di Pahang, kerana di Negeri Pulau Pinang memang tidak ada pusat begitu. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man): Yang Berhormat minta laluan. Berkenaan dengan gelandangan ini memang itu satu isu yang boleh menimbulkan persepsi negatif lah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan saya nampak kebanjiran gelandangan dia seolah-olahnya ada bermusim, terutamanya kalau kita lihat kebanjiran daripada luar-luar negara, di Pulau Pinang ini, musim bulan Ramadan bulan puasa yang mengakibatkan kita nampak imej Islam itu sendirilah yang kita rasa perlu satu inisiatif dan kita tangani dan bahkan bukan sekadar mereka dianggap sebagai merempat di negeri lain. Dan terdapat juga warga-warga asing juga terlibat dengan gelandangan, apakah di sana ada pihak yang menjadi dalang atau orang tengah mereka ini melakukan perkara begitu untuk mendapatkan hasil kutipan ataupun kita tak tahu sebab mereka dapat keuntungan daripada mengemis ini. Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh): Dato' Speaker, memang ini adalah satu masalah besar, kerana di Negeri Pulau Pinang khasnya di musim perayaan di Hari Raya Puasa atau di hari Jumaat dan lain- lain. Memang kami ada banyak pengemis-pengemis ini atau kutu rayau di masjid- masjid dan surau-surau. Ini kelebihan ada datang daripada orang pelarian, refugee, Rohingya. Di mana di Negeri Pulau Pinang pada kini ada lebih daripada 10,000. Kerajaan Negeri telah bermesyuarat atau daripada United Nations atau Negara Antarabangsa dan hanya mereka deal G2G. Walaupun kami menjemput mereka datang, mereka tidak datang. Dan mereka juga ada banyak kesulitan. Dan setiap-tiap tahun kami ada bermesyuarat beberapa kali bersama dia orang dan juga membawa masalah-masalah bukan mengenai pengemis tetapi masalah-masalah sosial. Ini saya juga telah ada bincang dengan Ahli Yang Berhormat EXCO yang bertanggungjawab untuk hal ehwal agama. Saya ada bincang sama dia. Banyak masalah bukan itu sahaja. Dan apabila kami mendapat aduan, kami ada buat ini operasi bersepadu. Akan tetapi kerana ini musim perayaan, baik pun daripada masjid, baik pun daripada rumah ibadat, kami menghadapi sedikit sebanyak kesulitan. Khasnya Jawatankuasa, mereka ada kata ini adalah budaya baik orang, budaya yang baik warga Negeri Pulau Pinang yang amat berkasih dan sayang. Mereka nak bagi sumbangan jangan kacau. Itulah satu masalah yang kami hadapi. 4 Oleh itu, operasi-operasi sebelum kami buat, kami selalu hendak bincang dengan Jawatankuasa. Baik pun daripada surau, baik pun daripada masjid dan rumah ibadat. Itu lah satu masalah yang kami hadapi. Tetapi ada banyak orang juga salah faham bahawa JKM apabila menjalan operasi, bahawa kami kacau ganggu atau kami angkat sama dia orang, tak ada. Kami hanya menyelamatkan mereka dan semua yang telah diselamatkan, kami membuka siasatan dan ada yang ada rumah, kami hantar balik yang ada rumah. Jikanya daripada warga asing, selain daripada Rohingya kami telah serah kepada pihak imigresen dan juga pihak Polis untuk siasatan selanjutnya. Saya difahamkan jika dia daripada warga asing, jikanya PATI dan bukannya UNCHR refugee system, refugees, mereka akan hantar balik ke negeri asal. Merujuk kepada soalan YB. Telok Ayer Tawar, berkenaan dengan tindakan terhadap keluarga pengemis warga asing, terdapat 3 jenis operasi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui JKM. Iaitu operasi bersepadu, berkala dan secara aduan. Operasi itu terlibat dengan beberapa