<<

Khutbah Jumaat “Percaya Kepada Perkara Mistik Dan Tahyul Dalam Masyarakat” Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak (23 Safar 1432H / 28 Januari 2011M)

.

.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan juga di akhirat. Mimbar pada hari yang mulia ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “Percaya Kepada Perkara Mistik Dan Tahyul Dalam Masyarakat Islam”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanehan dan keajaiban. Manakala tahyul pula ialah kepercayaan yang karut dan bersifat 1

jahil. Cerita dan minat terhadap tahyul dan mistik bukan merupakan isu baru dalam masyarakat Islam di , sebaliknya telah berakar umbi sejak zaman nenek moyang lagi. Kisah mistik dan tahyul sentiasa menarik minat masyarakat Islam sehingga pameran jin dan alam misteri yang pernah dianjurkan suatu ketika dahulu mendapat sambutan yang luar biasa. Begitu juga dokumentari dan filem mengenai mistik dan tahyul yang ditayangkan hampir dalam setiap saluran televisyen turut mencatat bilangan penonton yang tinggi.

Ilmu mengetahui , langsuir, pontianak, , dan , merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda orang melayu. Begitu juga istilah-istilah saka, berbayuh (berhantu), bersemah, susuk, santau, pelaris, puja, seru, badi mayat, , penunggu, dan mambang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan.

Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. Al-Quran turut merakamkan sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Nabi Adam AS, perdebatan Nabi Musa dengan ahli sihir firaun', Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis malah Nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Liputan meluas terhadap cerita mistik dan tahyul ini telah mengakibatkan sindrom takut dikalangan masyarakat terutama kanak-kanak. Takut mereka kepada apa yang dinamakan hantu dan mahluk halus mengatasi takut mereka kepada Allah SWT. Mereka sering didedahkan dengan gambaran 2

hantu-hantu di tanah perkuburan, hantu-hantu yang gemar mencekik mangsa dan menghisap darah, hantu-hantu yang memenggal kepalanya sendiri yang telah tercabut, keranda terbang, tongkat berdiri sendiri dan seumpamanya. Ketakutan ini terbawa-bawa di dalam tidur mereka sehingga melemahkan semangat, tubuh badan seterusnya minda mereka.

Bukan itu sahaja, dan palsu yang tidak mengikut cara dan aqidah Islam pula turut menjadi tumpuan segelintir masyarakat Islam untuk merawat segala penyakit sama ada penyakit zahir ataupun misteri. Anggapan sesetengah orang, rawatan dengan azimat dan tangkal dan seumpamanya lebih berkesan dan cepat sembuh berbanding rawatan secara Islam. Kadangkala bomoh dan dukun palsu ini mengelirukan masyarakat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran disamping ramuan jampi dan serapah mereka.

Segelintir umat Islam menganggap bomoh mampu mengetahui alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara. Justeru tidak hairanlah bomoh dan dukun menjadi tempat tumpuan dan rujukan utama segelintir masyarakat Islam dalam menyelesaikan masalah jenayah seperti kecurian, penculikan, pembunuhan dan sebagainya. Bukan itu sahaja bomoh juga turut dijemput dalam majlis perkahwinan dan kenduri-kendara sebagai benteng pertahanan daripada hasat dengki manusia melalui perantaraan jin dan syaitan.

3

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Sejarah anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan animisma, Hindu ataupun Budha turut mempengaruhi kepercayaan masyarakat Islam berhubung perkara mistik. Pegangan agama yang dihayati oleh orang Melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagian amalan karut dan bertentangan dengan aqidah Islam. Pengetahuan yang kurang mengenai Islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak ke dalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Begitu juga aqidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka ke lembah kesesatan. Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah SWT yang boleh menyembuh dan merawat penyakit akan merosakkan aqidah seseorang Islam. Kepercayaan bahawa seseorang itu mempu mengetahui perkara ghaib juga merupakan kepercayan yang sesat, berdosa dan bertentangan dengan aqidah Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah di muka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan. Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita di sisi Allah SWT. Sebagai orang Islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 102:

4

:

           

          

...  

Maksudnya: " Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya)...

Sebagai muslim kita juga hendaklah mempercayai bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui alam ghaib. Kepercayaan bahawa bomoh atau orang-orang tertentu boleh mengetahui alam ghaib dan mengetahui perkara yang akan datang merupakan perkara yang sesat dan mesti dijauhi. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang terdapat dalam Sahih Muslim: Yang bermaksud; " Sesiapa yang mendatangi tukang tilik kemudian bertanya kepadanya sesuatu tidak akan diterima solatnya selama 40 malam ".

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai perkhabaran yang disampaikan oleh bomoh yang ada kalanya benar. Hadis daripada Aisyah Radiallahu Anha yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud :" Aisyah berkata: Sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai al-Kuhhan. Rasulullah SAW menjawab: "Mereka tidak

5

bernilai disisiku. Sahabat bertanya lagi : "wahai Rasulullah , mereka mengkhabarkan perkara yang kadang kala benar. Rasulullah SAW menjawab: Berita yang benar tersebut dicuri oleh jin lalu menyembunyikannya ditelinga tuannya seperti bunyi ayam dan mencampur-adukkan dengan lebih dari seratus penipuan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Pihak penerbit dan penyiaran yang terlibat dalam media masa, hendaklah memikirkan kemaslahatan umat dan tidak terlalu memikirkan keuntungan semata-mata. Niat yang baik tetapi akibatnya melahirkan masyarakat yang penakut juga merupakan amalan yang merugikan dan sia- sia. Walaupun filem yang ditayangkan mengandungi pengajaran dan tauladan, namun jika kesan buruknya lebih banyak daripada kebaikan, maka ia wajar dihentikan. Masyarakat kita tidak sewajarnya dilekakan dengan isu hantu dan jin sehingga terlupa isu yang lebih besar membabitkan agama, bangsa dan negara. Firman Allah SWT di dalam Surah Jin ayat 6:

:

       .    

Yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”.

6

.

7

KHUTBAH KEDUA

              

Ya Allah! Ya Tuhan kami! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin- pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

8

Ya Allah, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru itu, kami pohon kehadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

.

.

Disediakan Oleh: Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak

9