Islam and Education Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
ISLAM AND EDUCATION FAISAL @ AHMAD FAISAL ABDUL HAMID FIRST EDITION @ OCTOBER 2011 EDITORS IN CHIEF: MOHD ROSLAN MOHD NOR ABDULLAH YUSOF FAISAL @ AHMAD FAISAL ABDUL HAMID EDITED BY: AHMAD FAISAL ABDUL HAMID, Ph.D (Chief) NOR ADINA ABDUL KADIR, M.A HAMIDAH JALANI LAYOUT AND DESIGN BY: NOOR SYAHIDAH MOHD AKHIR NORLIDA ABDUL SALAM NABILAH MOHD RAZIF PUBLISHED BY: DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES UNIVERSITY OF MALAYA PRINTING BY: DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION BLOCK C, ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES UNIVERSITY OF MALAYA, 50603, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PRICE : RM 35.00 Kandungan 1. Islam Dan Revolusi Keilmuan Di Alam Melayu Siti Fathimah binti Abdul Halim 1 2. Kajian Russia Mengenai Islam Di Alam Melayu Tatiana A. Denisova 7 3. Pengajian Tahfiz Di Kalangan Kanak-Kanak: Kesan Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan Zainora Binti Daud, Rosfazila Binti Abd Rahman 17 4. Penginstitusian Sekolah Agama Rakyat Dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan: Sejarah Dan Perkembangan Masa Depan Azizi Umar, Nazri Muslim, Wan Zulkifli Wan Hassan, Nik Yusri Musa 39 5. Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Membentuk Generasi Unggul Fathiyah Mohd Fakhruddin, Asmawati Suhid 59 6. Peranan Ulama Dalam Perkembangan Intelektualisme Di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak Sebelum Merdeka Nor Adina Abdul Kadir 81 7. A Comparative Analysis Of Ibn Sina And Al-Ghazali: Their Philosophical Underpinnings And Contributions Toward Muslim Education Adlina Haji Ariffin 101 8. Contribution of Islamic Education to Sciences, Social Sciences and Literature in India Kuldip Kaur 123 9. History Of Islam And Islamic Education: The Roles Of Muslim Scholars And Establishment Of Madrasahs In Kisi-Nigeria Ahmad Tijani Surajudeen, Muhamad Zahiri Awang Mat 135 10. Quality System Within Higher Education In Muslim Countries: Complying ISO 9000 Requirements And Organisational Culture Involved Siti Arni Basir, John Davies 155 11. The Essentiality Of Isnéd In Preserving Islamic Heritage And Knowledge Habeeb Rahman Ibramsa 183 12. Universities of the Islamic World: Catalysts for Global Sustainability Transformation – A Discourse Analysis Hamoon Khelghat-Doost, Zainal Abidin Sanusi, Govindran Jegatesen 205 13 229 Islam Dan Revolusi Keilmuan Di Alam Melayu Siti Fathimah binti Abdul Halim Abstrak Bersesuaian dengan sifat Islam sebagai agama yang syumul dan merentasi waktu dan masa, ianya menyentuh segenap kehidupan manusiawi. Khususnya, ianya hadir dengan sinaran baru mengangkat martabat manusia sebagai insan yang diberi keistimewaan melalui akal fikiran dan perlu mengoptimakan anugerah tersebut melalui proses keilmuan. Proses keilmuan adalah penting dalam memahamkan manusia kepada tugas dan peranannya dalam kehidupan. Maka, kertas kerja ini akan membicarakan sumbangan kehadiran sinar Islam ke rantau ini dari aspek keilmuan melalui Kesultanan Melayu Islam yang muncul ketika zaman kegemilangannya yang sangat berperanan dalam menjadikan ‘revolusi’ ini berjaya. Kata kunci: Islam, Ilmu di Alam Melayu Islam Di Alam Melayu Bertepatan dengan sifat Islam sebagai agama yang merentasi masa dan tempat, maka sinaran kegemilangan tamadun Islam yang bermula di Asia Barat telah dapat dinikmati oleh masyarakat di sebelah Asia Tenggara umumnya dan Nusantara khususnya melalui usaha dan cara tertentu. Jika ditelesuri sejarah kemasukan Islam ke alam Melayu khususnya ke Malaysia, terdapat pelbagai teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana sejarah. Sejarah awal kehadiran Islam ke Nusantara merupakan suatu isu yang terus diperdebatkan dalam kajian sejarah Asia Tenggara.1 Di dalam memperkatakan tentang teori kedatangan Islam ini, lahirlah tokoh-tokoh yang mengemukakan teori masing-masing seperti S.Q Fatimi, Snouck Hurgrouge, J.P Moquette, R.A Kern, dan ramai lagi yang mengetengahkan teori mereka berdasarkan bukti yang telah ditemui yang semestinya menimbulkan pelbagai pandangan mengenai masa, tempat, dan arah tuju kemasukan Islam ke Nusantara. Mengenai arah kedatangan Islam, terdapat tiga teori utama iaitu datangnya Islam melalui Arab, India, dan China.2 Selain itu, dalam membahaskan masa datangnya Islam pula, ada yang mengatakan seawal abd ke-7 Masihi lagi, abad ke-12 Masihi atau ke-13 Masihi, dan sebagainya. Pelajar sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 1 Wan Abd Rahman Khudzri Wan Abdullah, et. al. (2002), Tamadun Islam: Suatu Sorotan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., h.134. 2 Lihat S.Q. Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sosiological Research Institute, h. 31-31. 1 Terdapat pelbagai faktor yang telah dikaitkan berhubung dengan perkembangan Islam di Alam Melayu. Berdasarkan tulisan-tulisan para sarjana, antara faktor utama ialah peranan para pedagang dalam penyebaran Islam di jalan-jalan dan kawasan-kawasan perdagangan, penyebaran yang dilakukan oleh pengembang-pengembang agama khususnya para sufi, faktor persaingan kuasa Islam tempatan dengan mereka yang belum Islam yang menimbulkan kesedaran politik dalam penyebaran Islam, faktor peranan yang dilakukan oleh istana raja- raja Melayu dalam pelbagai aspek, faktor kelebihan Islam sebagai suatu agama dan faktor penentangan terhadap kuasa penjajah seperti Portugis, Sepanyol, dan sebagainya yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu dengan pesatnya. Menurut Dr. Sidek Fadhil, “perkembangan dan kemantapan Islam di rantau ini tidak dihasilkan hanya dengan usaha sambil lewa pedagang dan tidak juga semata-mata kerana sikap pak turut Orang Melayu, tetapi berkat usaha gigih dan bijaksana para dai‟e yang komited, para dai‟e yang terdiri daripada kalangan pedagang, mubaligh, ulama‟, kaum sufi, raja, dan bala tentera.”3 a. Islam Dan Ilmu Pengetahuan Di Alam Melayu Sesungguhnya kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa seribu satu sinaran kehidupan kepada masyarakatnya di dalam segenap aspek. Ianya merangkumi aspek kepercayaan, sosial, politik, ekonomi, dan yang paling penting ialah ilmu pengetahuan dan keintelektualan yang membawa masyarakat Melayu ke arah sebuah masyarakat yang bertamadun. Menurut Profesor Muhammad Naquib al-Attas "Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata."4 Pandangan sarjana ini menunjukkan perubahan yang dicetuskan oleh Islam meliputi juga bidang keilmuan. Ia juga menggambarkan pola perubahan dalam hal-hal yang bersifat keilmuan ini melibatkan golongan atasan dan istana serta golongan bawahan dan rakyat jelata. Selain itu, kedatangan Islam merubah pandangan masyarakat di alam Melayu ke arah yang bersifat ilmiah dan saintifik, meninggalkan era yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul, khayalan, dan memuja yang berbentuk estatik. Kedatangan Islam juga memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk penggunanya menuturkan perkara yang bersifat ilmiah. 1. Kerajaan Melayu Islam Sebagai Pusat Ilmu Pengetahuan 3 Siddiq Fadil (1986), Gerakan Islam di Dunia Melayu- Tuntutan Zaman dan Cabaran Lingkungan, Kuala Lumpur: ABIM. 4 Syed Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM. h. 20. 2 Setelah kejatuhan kerajaan Hindu di Kepulauan Melayu, maka muncullah pemerintahan Kesultanan Islam. Kebudayaan Melayu yang berteraskan keislaman telah berkembang dengan pesat, seperti diistilahkan oleh R.A Kern5 sebagai suatu revolusi yang muncul dalam masyarakat Melayu akibat dari kedatangan Islam.6 Hal ini dibuktikan dengan munculnya pusat kerajaan yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan seperti : a. Samudera Pasai ( 1280 – 1400 T.M ) Sejarah Dinasti Yuan menyebutkan bahawa pada tahun 1282 dua utusan dari Samudera (Su-Mu-Ta) bernama Hasan dan Sulaiman telah mengadap Maharaja China. Maka, dari bukti tersebut, kesimpulan telah dibuat bahawa dari tarikh tersebut Pasai telah dianuti oleh Islam. Ibnu Batuttah di dalam pelayarannya ke China, telah singgah di Pasai yang dipanggilnya Jazirah Al-Jawah (Pulau Jawa). Menurutnya, Raja Pasai ketika itu ialah Malik Al-Zahir, iaitu putera Malik Al- Salih atau Merah Silu. Beliau juga menyatakan bahawa Sultan Malik Al-Zahir adalah seorang raja yang alim dalam agama Islam dan sangat gemar kepada ilmu pengetahuan. Beliau dikelilingi oleh cendekiawan Islam, antaranya Qadi Shariff Amir Sayyid dari Shiraz dan Taj Al-Din dari Isfahan. Di bawah pemerintahan Sultan Malik Al-Zahir, sering diadakan muzakarah atau seminar mengenai ilmu pengetahuan Islam.7 Dalam acara tersebut, sultan sering melucutkan pakaian diraja dan memakai pakaian ahli undang-undang Islam.8 Sejak abad ke-14, Pasai telah muncul sebagai pusat kebudayaan Melayu Islam yang terawal. Sejarah Melayu mengesahkan tentang seorang ulama‟ dari Mekah yang bernama Abu Ishak telah menulis sebuah kitab mengenai ilmu Tasawuf yang berjudul Dur al-Manzum dan dia memerintahkan anak muridnya, Maulana Abu Bakar supaya menghadiahkannya kepada Sultan Mansur Syah di Melaka. b. Melaka ( 1400 – 1511 T.M ) Sejarah Melayu melaporkan bahawa raja-raja Melaka merupakan pentadbir-pentadbir yang berminat kepada ilmu pengetahuan. Misalnya Sultan Mahmud Syah, apabila menganut agama Islam, baginda telah mempelajari ilmu keagamaan daripada Sayyid „Abd „Aziz. Sultan Mansur Syah pula telah mengkaji kitab Dur Al-Manzum dengan Maulana Abu Bakar. Baginda telah diberi pujian oleh 5 Antara sarjana yang memperkatakan tetang kemasukan Islam ke Alam Melayu serta perkembangannya. 6 S. Hussein “On the Need for Historical Study of Malaysian History”