Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 28 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 36 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L49819 Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah langkah Kementerian bagi menubuhkan jabatan veteran guru sebagaimana Jabatan Veteran ATM bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga pendidik yang telah bersara. 2. PR-1252-L49865 Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah masalah serta cabaran yang dihadapi di dalam pelaksanaan dasar Pelan Tranformasi Luar Bandar yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. 3. PR-1252-L50221 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan bagi memberikan insentif pemindahan seperti bot, enjin dan pukat kepada golongan nelayan pesisir pantai bagi membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan laut dalam. 4. PR-1252-L50479 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau berhubung pembangunan belia, khususnya bagi mereka yang beragama Islam. 5. PR-1252-L50559 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) jumlah peruntukan yang disediakan untuk menyelenggara Jalan Bintulu-Miri dan Bintulu-Sibu; dan 2 AUM DR 28/6/2012 (b) apakah jaminan Kementerian terhadap kualiti dan keadaan jalan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya tersebut. 6. PR-1252-L49258 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keberkesanan dan impak kepada pengusaha-pengusaha tempatan apabila Kerajaan meliberalisasi beberapa sub sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan perundangan. 7. PR-1252-L50132 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian mengiktiraf ijazah dari 146 buah universiti China dan tidak mempertimbangkan pengiktirafan ijazah universiti Taiwan. 8. PR-1252-L50438 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kejayaan yang dicapai sehingga kini oleh Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi membantu Kementerian mencapai tahap teknologi tinggi menggunakan kepakaran tempatan. 9. PR-1252-L49932 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kerajaan memperkasakan taraf hidup penduduk luar bandar di bawah NKRA kawasan Sarikei khasnya Program RES di rumah panjang. 10. PR-1252-L50080 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak pegawai awam disiasat untuk kes rasuah semenjak tahun 2005 dan berapa ramai dituduh serta keputusannya. 11. PR-1252-L49817 Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bolehkah Kementerian menaik taraf SMK Agama Limbang menjadi sebuah Kolej Islam. 12. PR-1252-L49910 Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan jangka panjang daripada berlakunya mogok oleh pemandu lori kontena di Pelabuhan Klang serta sebab-sebab operator depot kontena dibenarkan mengutip "gate charges" dan peranan Lembaga Pelabuhan Klang dalam menjaga kebajikan pemandu lori kontena. 13. PR-1252-L50800 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dalam memajukan industri agro- makanan, apakah halangan-halangan yang dilihat boleh membantutkan usaha bagi memajukan industri agro-makanan negara pada masa depan. AUM DR 28/6/2012 3 14. PR-1252-L50472 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah kos tambahan pembinaan Hospital Shah Alam berbanding kos asal dan apakah tempoh tambahan untuk pembinaannya berbanding tempoh kontrak asal. 15. PR-1252-L50291 Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah tindakan Kerajaan untuk memperuntukkan semula penyaluran bekalan elektrik luar Bandar ke 9 buah rumah panjang yang telah ditarik balik tahun 2010 seperti Rh. Atit, Titok, Rh. Lampas, Titok, Rh. Minggat, Titok, Rh. Isau, Gelong, Rh. Unchat, Nibong Baru, Rh. Tayan, Nibong, Rh. Antau, Bunu Beging, Rh. Egar, Bukit Tungku dan Rh. Kudang, Berenggang. 16. PR-1252-L50374 Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan LKIM di dalam menstabilkan harga ikan di dalam negara dan berapa jumlah ikan yang diimport dari negara luar serta namakan negara pengeksport tersebut. 17. PR-1252-L50590 Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kriteria meluluskan permohonan pusat dialisis (haemodialysis centre) tajaan NGO atau sektor swasta dan berapakah jangka masa pemprosesannya. Apakah rintangan yang menghalang Kementerian daripada meluluskan permohonan St John's Ambulance (Cabang Selangor) untuk menawarkan khidmat dialisis berkenaan di Taman Maju Jaya, Kawasan Parlimen Pandan. 18. PR-1252-L50313 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pensyarah yang bertugas sepenuh masa di setiap Fakulti Perubatan Awam dan Swasta pada tahun 2011. Apakah pecahan pengalaman klinikal mereka-kurang daripada 10 tahun sejak dapat ijazah pertama, antara 11 hingga 20 tahun selepas ijazah pertama, dan lebih daripada 20 tahun sejak mendapat ijazah pertama. 19. PR-1252-L49702 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) kaedah yang digunakan untuk memantau kemasukan kenderaan asing ke negara ini; dan (b) berapakah jumlah kenderaan asing yang melalui pintu sempadan dan, kenapa kenderaan Thailand yang menyalahi peraturan termasuk bercermin gelap dibenarkan mudah ke negara ini. 4 AUM DR 28/6/2012 20. PR-1252-L50952 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa tempat letak kereta di Poliklinik Luyang tidak ditambah, permukaan jalan pecah tidak dibaiki dan struktur bangunan berkenaan berkeretakan besar tidak dibaiki. 21. PR-1252-L49522 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian ada statistik dan membuat kajian ke atas kes kemalangan jalan raya yang meningkat setiap tahun. Apakah punca sebenar kemalangan jalan raya ini yang membawa banyak kerugian kepada kita akibat kehilangan nyawa, harta benda dan tenaga kerja negara kita. 22. PR-1252-L50303 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan harga ikan yang sampai kepada pembeli adalah murah dan apakah tindakan Kerajaan untuk memperbaiki National Fishermen’s Association of Malaysia (NEKMAT) yang dilihat tidak berfungsi seperti sepatutnya. 23. PR-1252-L49416 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:- (a) jumlah Pegawai atau Kakitangan Bukan Bumiputera yang berkhidmat di Jabatan Penerangan; dan (b) kaedah-kaedah untuk menggalakkan Rakyat Bukan Bumiputera supaya menceburi dalam bidang penerangan. 24. PR-1252-L49548 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan terma-terma dan sebab-sebab Sistem Penguatkuasa Automatik dianugerahkan kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dan mengapa tanggungjawab penguatkuasaan pelanggaran lalu lintas dan memandu melebihi had laju tidak diberikan kepada pihak polis. 25. PR-1252-L49316 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang mengadakan perundingan awal dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan pemergian jemaah haji Malaysia ke Mekah tidak terjejas akibat isu demonstrasi Bersih baru-baru ini. 26. PR-1252-L50462 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua, dan apakah tindakan Kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor yang gagal menyiapkan pakej masing-masing sehingga penyiapan projek tersebut tertunda. AUM DR 28/6/2012 5 27. PR-1252-L49981 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bolehkah Kementerian menyatakan berapa banyakkah Klinik 1Malaysia yang dirancang untuk negeri Sabah dan berapa yang sudah dibina dan beroperasi sepenuhnya. 28. PR-1252-L50003 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah dan rancangan segera Kementerian untuk mengatasi masalah eksport sarang burung walit ke luar negara dan jangkaan pulangan kepada negara. 29. PR-1252-L49242 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit jiwa di kalangan rakyat Malaysia termasuk 'Depression' dan 'Bipolar' bagi 3 tahun yang lalu. Apakah tindakan Kementerian untuk membantu rakyat mencegah penyakit ini dan membantu pesakit menghadapi kos rawatan yang tinggi dan berpanjangan. 30. PR-1252-L50767 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pemansuhan hukuman mati, adakah Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium sementara. 31. PR-1252-L50644 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah pihak Kementerian mengambil kira kemampuan isu bekalan air yang mencukupi