Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 26 OKTOBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 59 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1233-L40310 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang dilaporkan hilang sejak lima tahun lalu mengikut pecahan umur, jumlah mereka yang ditemui selamat serta mati dan sila sebutkan punca berlakunya keadaan itu serta apakah langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan. 2. PR-1233-L39637 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan daripada Bank Negara berkaitan cadangan pinjaman perumahan "loan-to-value ratio" ditetapkan pada kadar 80% atau lebih rendah dan kesannya terhadap pembangunan industri hartanah di Malaysia. 3. PR-1233-L40923 Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada CIDB masih berurusan sebagai syarikat penyumberan luaran (outsource) bagi mengendalikan pekerja- pekerja asing dalam sektor pembinaan dan berapakah caj yang dikenakan bagi setiap orang pekerja. 4. PR-1233-L40550 Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pelaksanaan terkini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta pencapaian setakat ini dan berapakah elaun bulanan dan keistimewaan lain yang dibayar kepada pengerusi serta setiap anggota Suruhanjaya tersebut. 2 AUM DR 26/10/2010 5. PR-1233-L40082 Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bertapaknya beberapa anak Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di WP Labuan seperti Petronas Carigali dan Petronas Methanol (Labuan) Sdn. Bhd., berapakah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan berapa peratuskah guna tenaga kerja yang diberikan kepada anak jati Labuan. 6. PR-1233-L40110 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan. 7. PR-1233-L39571 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bantuan (mengikut kategori) Jabatan Kebajikan dan Masyarakat yang telah disalurkan pada tahun 2009 dan 2010. 8. PR-1233-L40959 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan hasil maklumat daripada ILO berkenaan Tabung Renti Kerja Sentara dan bilakah ia akan dilaksanakan. 9. PR-1233-L41036 Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) apakah projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan di Langkawi; dan (b) sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap semua projek yang sedang dijalankan di Langkawi dan agensi manakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggara projek pelancongan. 10. PR-1233-L40869 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah fokus serta sasaran dalam Dasar Keluarga Negara. 11. PR-1233-L41069 Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah pendekatan yang sedang dan akan diambil bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi peniaga-peniaga kecil dan kontraktor kelas F yang sehingga kini masih bergantung kepada program dan projek-projek kecil Kerajaan. 3 AUM DR 26/10/2010 12. PR-1233-L39549 Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam RMK-9 Kerajaan menyediakan 23 projek pembangunan di kawasan Baling yang melibatkan agensi-agensi antaranya seperti KEMAS, MARA, JHEOA dan KEDA. Nyatakan sejauh mana projek-projek tersebut berjaya dijalankan setakat ini dan kalau gagal, kenapa. Serta nyatakan projek-projek yang berjaya dan projek-projek yang gagal. 13. PR-1233-L39923 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah pembaikan yang dijalankan supaya jumlah pelancong yang datang ke Malaysia meningkat setiap tahun memandangkan kes-kes seperti tandas kotor, pelancong ditipu sebahagian pemandu teksi dan kawasan pelancongan yang tercemar masih banyak berlaku. Sementara itu berapakah pula kes-kes pelanggaran undang-undang negara yang dilakukan oleh pelancong- pelancong asing dalam tempoh lima (5) tahun lepas. 14. PR-1233-L40715 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah pentadbiran Parlimen kita mempunyai satu Jabatan Undang-undang dan Perundangan; dan (b) jika perlu, nasihat undang-undang dari manakah Parlimen memperoleh nasihat itu. 15. PR-1233-L39373 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini tentang perbincangan antara badan- badan agama demi menyelesaikan masalah tukar agama. 16. PR-1233-L39979 Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah sudah wujud satu garis panduan yang jelas (termasuk iklan-iklan) berkaitan sambutan hari-hari perayaan agama seperti Aidilfitri bagi menjamin kesucian Islam dan tidak disalahertikan. 17. PR-1233-L39996 Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada semua guru termasuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan dibayar gaji mengikut kelayakan dan bukannya kekosongan dalam usaha Kementerian untuk mensiswazahkan guru. 4 AUM DR 26/10/2010 18. PR-1233-L39477 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah telah sampai masanya sejarah bermulanya perjuangan kemerdekaan disemak dan ditulis semula dan adakah benar dakwaan yang menyatakan terdapat banyak penyelewengan fakta khususnya dalam menulis sejarah sebenar kemerdekaan negara. 19. PR-1233-L41008 Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi menggalakkan pengusaha filem dan drama tempatan untuk menerbitkan filem dan drama yang mampu dijadikan landasan menyemai perpaduan kaum di negara ini dan mengangkat bahasa kebangsaan di samping menampilkan pelakon berbagai bangsa demi menjayakan gagasan 1Malaysia. 20. PR-1233-L39615 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Pelan Mitigasi (Mitigation Plan) sebagai satu elemen penting dalam pakej Pelan Rasionalisasi Subsidi Negara yang telah dilaksanakan. 21. PR-1233-L39307 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah beliau sedar perkauman semakin membara serta menjadi lebih buruk walaupun slogan 1Malaysia telah dilancarkan. Apakah tindakan yang diambil untuk memastikan ia tidak terus mengancam kestabilan dan keharmonian antara kaum. 22. PR-1233-L40491 Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan benar- benar serius dalam menggunakan teknologi hijau kerana negara masih ingin menggunakan arang batu dan bercadang untuk menggunakan nuklear sebagai kaedah penghasilan tenaga. 23. PR-1233-L40587 Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana atau apa kaedah yang akan diguna pakai untuk mengendalikan survey Tanah Adat (NCR Land) di Sarawak di mana Negeri Sarawak yang telah mendapat bantuan kewangan sebanyak RM20 Juta untuk tujuan tersebut dari Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. 5 AUM DR 26/10/2010 24. PR-1233-L41073 Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan akhbar tempatan kerap menyiarkan serbuan terhadap pendatang asing yang melibatkan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau RELA. Nyatakan perangkaan terperinci serbuan oleh RELA, SOP (Standing Procedures) yang diguna pakai dalam menjalankan serbuan serta mekanisma pemantauan supaya tiada penyalah gunaan kuasa. 25. PR-1233-L40821 Datuk Ir. Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan lawatan beliau ke seberang laut sejak menyandang jawatan ini. Berapakah jumlah perbelanjaan yang terbabit dan apa pula keberkesanan lawatan-lawatan yang dimaksudkan, baik dari segi kualitatifnya mahupun kuantitatifnya. 26. PR-1233-L39741 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab sehingga sekarang butiran penuh MBE masih belum diumumkan secara rasmi lagi sedangkan tempoh DEB telah tamat dan para pemimpin sering mewarwarkan MBE dan Agenda Transformasi Nasional sedikit demi sedikit menyebabkan rakyat keliru. Apakah kerangka dasar MBE itu. 27. PR-1233-L39500 Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk membina balai polis terutama di beberapa pusat utama di luar bandar seperti di Kampung Timbua dalam kawasan N. 29 Kundasang, Kampung Randagong kawasan N.30 Karanaan dan Kampung Paginatan kawasan N.31 Paginatan. 28. PR-1233-L39604 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapakah kerja memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan yang dijanjikan akan dimulakan pada Jun 2010 belum berlaku lagi. 29. PR-1233-L39111 Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah pemotongan air yang telah dilakukan oleh SYABAS daripada tahun 2005 hingga 2008 dan daripada tahun 2009 hingga September, 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor. 6 AUM DR 26/10/2010 30. PR-1233-L39035 Puan Fong Po Kuan [ Batu