Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT TURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 10 NOVEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 67 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1233-L40302 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan. 2. PR-1233-L39044 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah kes tuntutan yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna di Ipoh bagi tahun 2009 dan 2010, jumlah kes dibatalkan, jumlah kes award tidak dapat diserahkan dan kes penalti ingkar patuh award . Nyatakan sebab dan jenis kes tuntutan tersebut. 3. PR-1233-L40653 Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat mengkaji sukatan mata pelajaran dan juga keberkesanan sistem pengajaran sedia ada berhubung aspek pendidikan reproduktif di sekolah menengah. 4. PR-1233-L40557 Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci jumlah kes tangkapan mengenai kesalahan pengedaran dadah yang melibatkan warganegara asing mengikut negara asal masing-masing pada tahun 2008, 2009 dan 2010 serta jumlah kes yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada tahun-tahun tersebut. 2 AUM DR 10/11/2010 5. PR-1233-L39833 Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) mengapakah pembinaan Jalan Meritam-Telahak Fasa 1 yang sedang dibina mengambil masa yang terlalu lambat (projek sakit) sehingga 60 peratus 'behind schedule' sedangkan projek ini adalah projek PRE (Projek Rangsangan Ekonomi); dan (b) mengapakah sesetengah projek elektrik luar bandar di kawasan Limbang terlalu lambat hendak bermula sedangkan ia sudah diluluskan di bawah projek NKRA. 6. PR-1233-L39416 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) adakah Kerajaan menyedari bahawa kebanyakan Government-Linked Companies dan Government-Linked Investment Companies berada dalam keadaan kemunduran; dan (b) senaraikan bilangan pengarah ke pekerja bawahan di setiap GLCs dan GLICs mengikut kaum. 7. PR-1233-L41015 Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah panggilan yang diterima melalui talian NUR 15999 dan nyatakan kes-kes yang dirujukkan termasuk kes buang bayi. 8. PR-1233-L40876 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan : (a) apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti pemalsuan kad kredit yang berleluasa; dan (b) berapakah jumlah tangkapan dan nilai pemalsuan untuk 2008 hingga kini. 9. PR-1233-L39526 Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bila peruntukan dapat diperoleh bagi pelaksanaan tebatan banjir Sungai Lohan bagi keselamatan penduduk yang terdapat di sepanjang sungai tersebut. 3 AUM DR 10/11/2010 10. PR-1233-L39727 Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam jawapan pertanyaan RT11 dalam sidang Parlimen lalu; Menteri menjelaskan masih banyak kekosongan untuk Jawatan Anggota Kumpulan Sokongan di sekolah-sekolah. Di negeri Kedah sahaja terdapat 426 kekosongan jawatan dalam berbagai kategori belum diisi. Adakah kekosongan ini telah diisi atau bilakah semua kekosongan ini akan diisi. 11. PR-1233-L40924 Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan : (a) sejauh manakah program "Homestay" telah berjaya mencapai matlamat menggalakkan sektor pelancongan negara terutama kepada masyarakat luar bandar; dan (b) berapakah jumlah "Homestay" yang telah didaftarkan dan apakah mekanisme pemantauan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memastikan kualiti "Homestay" yang ada dapat menjamin imej negara. 12. PR-1233-L40891 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) alasan perancangan projek lebuh raya [Central Spine Expressway] dari Seremban-Karak-Gua Musang-Kota Bharu dibatalkan pembinaannya; dan (b) apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf laluan yang sedia ada. 13. PR-1233-L39097 Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah golongan Bumiputera yang terbabit secara langsung dalam sektor korporat. Sejauh manakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan pencapaian Bumiputera dalam menambah ekuiti pemilikan dalam semua sektor ekonomi telah berjaya. 14. PR-1233-L39905 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan membina empangan (water dam) untuk pengairan (irrigation) bagi keperluan projek jelapang padi di Kg. Tambatuan, Kota Belud, Sabah. Berapakah kos projek tersebut dan mengapa bantahan orang ramai tidak diambil kira. 4 AUM DR 10/11/2010 15. PR-1233-L40415 Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :- (a) jumlah bantuan yang diberikan kepada Sekolah Bantuan Cina pada tahun 2009; dan (b) adakah Kementerian akan meneruskan bantuan menjelaskan bil elektrik dan air untuk semua sekolah bantuan pada tahun 2011. Jika tidak, kenapa. 16. PR-1233-L39879 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur jumlah kenderaan yang seharusnya berada di atas jalan raya bagi mengelakkan kesesakan, kemalangan dan malapetaka lain. 17. PR-1233-L40936 Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat tahun 2010 berapakah jumlah kawasan luar bandar di seluruh negara yang dibekalkan dengan Bekalan Elektrik Luar Bandar terutama di negeri Sabah. 18. PR-1233-L40203 Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang kini berada di dalam negara yang tidak mempunyai kewarganegaraan "nationality" dan/atau adalah "stateless" dan pecahannya mengikut golongan etnik mereka. 19. PR-1233-L40062 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghapuskan keperluan visa untuk rakyat dan terutamanya ahli perniagaan Taiwan untuk masuk ke dalam negara memandangkan jumlah pelaburan Taiwan yang besar di dalam ekonomi negara. 20. PR-1233-L39323 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) oleh 60 sekolah swasta Cina tajaan sendiri bagi membendung masalah pengaliran keluar tenaga kerja warga tempatan yang mendapat biasiswa dari luar negara. 21. PR-1233-L39317 Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Balai Polis di Pekan Lachau dan juga di Batu Lintang, Sri Aman akan dinaikkan taraf dalam RMK-10. 5 AUM DR 10/11/2010 22. PR-1233-L39168 Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelaburan FELDA di luar negara kini , di negara mana dan jumlah pelaburan serta kadar dan nilai keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut. 23. PR-1233-L39606 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) jumlah pelaburan asing yang telah melabur di Iskandar Malaysia pada tahun 2009 dan tahun 2010; dan (b) rancangan atau pembangunan yang lebih teratur untuk menstabilkan pembangunan di kawasan luar bandar . 24. PR-1233-L40432 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga bulan Jun tahun 2010: (a) jumlah pemastautin tetap mengikut setiap negeri; dan (b) di antara mereka berapa orang telah memohon menjadi warganegara Malaysia dan sila berikan kedudukan permohonan Encik Kng Kian Chiew, Kad Pengenalan Merah No. 811007-04-5615 dan apakah sebab kelewatan permohonan ini. 25. PR-1233-L39757 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status perundingan di antara Kerajaan Pusat dan negeri Sarawak terhadap pemilikan dan penyaluran tenaga elektrik Hidro Bakun. 26. PR-1233-L39243 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Menteri bersetuju dengan arahan PERKESO kepada Pn. Asukumari a/p Darmalingam KP 560130- 08-5432 untuk menjalani pembedahan membetulkan "spondylolysis L4 on L5" sebelum permohonan beliau untuk pencen ilat dapat dipertimbangkan. Adakah percanggahan antara paksaan seperti ini dengan etika perubatan. 6 AUM DR 10/11/2010 27. PR-1233-L39657 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :- (a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk memberi peruntukan berupa Geran Tahunan kepada Persatuan Sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan serta Jabatan Belia Sukan Daerah/Bahagian; dan (b) berapakah jumlah persatuan sukan ini yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan juga dengan Jabatan Belia dan Sukan di seluruh Malaysia. 28. PR-1233-L41070 Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk disalurkan pada pihak berkuasa tempatan bagi membaiki jalan di kawasan industri. Bagaimanakah peruntukan ini disalurkan dan mengapakah sehingga kini PBT di Selangor masih belum menerima peruntukan ini. 29. PR-1233-L40047 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan