BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pendahuluan Dunia Dakwah Dalam
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pendahuluan Dunia dakwah dalam era abad ke 21 ini merupakan satu cabaran baru kepada segenap lapisan pendakwah. Fenomena kecelaruan masyarakat dalam mendekati Islam dan menghayatinya berlaku di semua peringkat kehidupan manusia. Ini memerlukan satu dimensi dan anjakan paradigma baru yang bersesuaian bagi menangani isu global dan nasional dalam membentuk dan memperkasakan umat Islam dalam menjadi teras pembangunan tamadun manusia selaras dengan kehendak Islam ke arah mengembalikan semula kegemilangan tamadun umat Islam suatu ketika dahulu. Paradigma baru yang dimaksudkan adalah uslub atau cara baru penyebaran dakwah Islamiah yang selari dengan zaman serba canggih ini dan dengan menggunakan segala peluang yang terbentang yang wujud dalam bidang apa sekalipun terutamanya bidang teknologi maklumat yang berkaitan dengan media televisyen yang mendominasi saluran maklumat masa kini. 1.2. Latar Belakang Masalah Kajian Kepesatan pembangunan dunia dengan teknologi maklumat hari ini telah menjadikan bumi seperti sebuah perkampungan global di mana kemampuan untuk mengawal kemasukan unsur-unsur negatif dari barat terhadap rantau ini menjadi begitu sukar. Lihat sahaja kepada masyarakat pada hari ini hidup berlandaskan budaya barat, malah „lebih barat dari orang barat‟ itu sendiri. Oleh itu, apa yang yang mampu dilakukan ialah dengan memberi panduan dan ilmu bagi meningkatkan jati diri sebagai 1 umat Islam dan menanam nilai integriti yang mantap dalam diri setiap masyarakat serta menyemai dan membajai penghayatan terhadap „Islam Is The Way Of Life‟. Ia haruslah menghala ke arah pembentukan suatu identiti masyarakat Islam yang mempunyai satu hala tuju bersama disamping memupuk nilai-nilai ihsan bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, berdisiplin dan disegani. Media elektronik kini menjadi salah satu medium terbesar dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk masyarakat yang berintegriti tinggi daripada segenap lapisan. Ia perlu digunakan sebaiknya dan semaksimum mungkin dalam menjalankan tugasnya sebagai penyampai mesej-mesej baik kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak harus mempunyai kesedaran bahawa mereka semua bertanggungjawab besar dalam menyampaikan unsur-unsur Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang menimpa umat Islam di Malaysia hari ini, terutamanya kepada pihak yang terlibat dengan industri televisyen kerana mereka ini mempunyai peluang yang sangat besar dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan mengggunakan saluran rancangan di televisyen sebagai medan berdakwah semaksimum mungkin. Televisyen menjadi sasaran utama dalam menyampaikan sesuatu mesej pada masa kini kerana televisyen merupakan media massa yang paling memberi peranan besar dalam komunikasi. Ia mampu mengajak penonton kepada pelbagai subjek dan memikirkannya.1 Pada masa kini, dapat dilihat kesedaran sudah mula timbul dalam kalangan masyarakat di Malaysia apabila terdapat banyak rancangan-rancangan berunsur Islam yang ditayangkan setiap hari. Terutamanya rancangan berbentuk perbincangan ilmiah. Namun apa yang ingin dibincangkan di dalam penyelidikan ini bukan tentang 1 Rohani Hashim (2003), “Filem Bukan Fiksyen: Kedudukan dan Masalah”, dalam Ramli Mohamed (ed.), Sinema dan Penontonan di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 82. 2 rancangan-rancangan tersebut, tetapi penggunaan drama bersiri Melayu sebagai medan khas menyampaikan unsur-unsur Islam kepada masyarakat keseluruhan. Mengapa drama bersiri Melayu yang dipilih sebagai subjek kajian? Ini kerana untuk membentuk sebuah masyarakat yang sempurna kehidupannya di dunia ini serta terjamin kebahagiaannya di akhirat kelak bukanlah suatu perkara mudah untuk dicapai. Namun ia juga bukanlah perkara yang mustahil untuk berlaku jika tepat dengan caranya. Naluri seorang manusia secara fitrahnya sangat menyukai dan menyenangi keindahan, kebaikan dan hiburan. Maka, untuk memenuhi fitrah semula jadi manusia ini, keindahan, kebaikan dan hiburan digabungkan lantas terhasillah sesuatu yang diistilahkan sebagai seni. Seni merupakan keindahan dan kenikmatan yang sentiasa mendapat tempat di dalam jiwa manusia. Buktinya kehidupan manusia sentiasa diwarnai dengan pelbagai jenis cabang kesenian yang sebenarnya merupakan balikan daripada kehidupan manusia sendiri. Kita boleh melihat betapa manusia sangat mencintai seni apabila hampir keseluruhan aspek kehidupan diterjemahkan kepada pelbagai bentuk kesenian. Contohnya, hasil seni lukis merupakan manifestasi daripada suatu emosi, pengalaman, dan idea yang digarap daripada persekitaran kehidupan. Begitu juga dengan seni muzik dan lagu. Irama dan lirik yang terhasil adalah kerahan idea yang melibatkan perasaan sang pencipta lagu ketika itu dengan gabungan pengalaman yang dilalui dalam kehidupannya. Begitu juga dengan seni yang lain, kesemuanya merupakan terjemahan daripada arus perjalanan manusia sejagat di bumi ini. Kesenian ditampilkan dalam pelbagai rupa antaranya ialah seni ukir, seni bina, seni tulis, seni lukis, seni suara, seni bunyi, seni lakon, seni tari, seni pidato seni muzik dan lain-lain. Dalam Islam, berasaskan kesyumulannya, seni mempunyai kedudukan 3 tersendiri yang istimewa. Ini kerana Allah S.W.T. Maha Mengetahui fitrah manusia, maka Dia menjadikan seni sebahagian daripada intipati penting dalam Islam. Islam telah menyatakan dengan jelas tentang konsep seni yang dapat memenuhi tuntutan fitrah manusia tanpa wujud sebarang pengabaian ajaran Islam walau sedikitpun. Melihat kepada sifat-sifat kesenian yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan dapat mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku manusia. Maka sifat ini menjadi daya penarik utama untuk dijadikan seni sebagai salah satu medium dalam membentuk masyarakat. Antara cabang seni yang mendapat tumpuan utama masyarakat pada hari ini ialah drama.2 Seni drama merupakan hasil gabungan daripada beberapa bentuk seni. Bermula dengan seni sastera dalam penulisan skrip bergabung dengan seni lakon, seni suara, seni muzik, seni lukis,3 dan seni visual sehingga membawa kepada hampir kesemua seni bersatu di dalam seni drama ini. Oleh kerana seni drama terhasil dengan pelbagai gabungan seni yang lain, maka terhimpun pelbagai nilai estetika di dalamnya menjadikan kesannya juga mendalam dalam jiwa masyarakat. Ia menjadi lebih mantap apabila seni ini dapat menarik lebih banyak penggemar daripada pelbagai lapisan masyarakat berbanding dengan kesenian yang lain.4 Apatah lagi dengan dunia kini yang serba canggih dan moden, drama dapat ditayang melalui saluran media elektronik yang kini akrab dengan manusia iaitu televisyen menjadikan seni drama sebagai satu medium utama dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan cepat, berkesan dan menyeluruh. 2 Siti Rugayah Tibek (1999), “Peranan Drama Dalam Dakwah: Kajian Drama Dakwah TV1 dan TV3” (Tesis PhD, Jabatan Dakwah dan Pembangun Insan, Bahagian Pengajian Ususluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), hlm. 2. 3 Ibid. 4 Ibid. 4 Penyampaian unsur-unsur Islam ataupun teladan baik melalui drama bersiri kini sudah menjadi salah satu daripada mekanisme penyampaian terpenting dan berkesan kepada masyarakat. Ia memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat kerana setiap saluran menyediakan rancangan berbentuk drama bersiri tanpa henti. Segala jenis drama ditayangkan dari masa ke semasa. Masyarakat sekarang dilihat sudah kembali menyedari hakikat kesejahteraan Islam yang sebenar lantaran masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekarang. Oleh itu, drama bersiri seharusnya mampu menyampaikan unsur-unsur Islam serta memberi kesedaran dan penghayatan kepada masyarakat yang semakin celik ilmu dengan mengisi ruang kosong dalam jiwa manusia yang mudah terleka dan dapat mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar mereka yang telah dijanjikan oleh manusia di alam roh. Para penggiat industri drama tanah air boleh dikatakan sangat bijak jika mengambil peluang terbaik ini untuk menyebarkan unsur-unsur Islam melalui drama arahan mereka yang berkonsepkan kepada Islam. Menyedari hakikat ini, disertasi ini penulis hasilkan bagi membuat penyelidikan terhadap unsur-unsur Islam yang dimuatkan di dalam drama bersiri Nur Kasih yang mempunyai 26 episod, yang ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 melalui Slot Zehra pada tahun 2009. Justeru itu, dalam konteks ini penulis melihat gabungan, perkongsian dan garapan pendapat yang ada dalam drama tersebut atau dengan erti kata yang lain himpunan unsur-unsur Islam yang dipaparkan dalam mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar iaitu fitrah yang menginginkan kepada kebaikan dan kesejahteraan juga dengan mengambil kira usaha untuk meningkatkan tahap integriti dan keimanan masyarakat supaya menjadi masyarakat yang bertaqwa dan beramal dengan ajaran Islam 5 yang mana secara tidak langsung boleh menjamin kesejahteraan dan kedamaian negara Malaysia itu sendiri perlu didedahkan. Lantaran itu, diharapkan kajian ini dapat membuka kotak pemikiran masyarakat khususnya para penggiat industri ini terhadap drama yang boleh menjadi medium dakwah terbaik dan memberi rangsangan kepada mereka agar memperbanyakkan lagi drama bersiri seperti ini di Malaysia. Disamping dapat menjelaskan sifat dinamik Islam yang sebenar dan seterusnya mencetuskan kepentingan media televisyen sebagai penyampai unsur-unsur Islam yang luas skopnya. 1.3. Permasalahan Kajian Drama sudah menjadi sebati dalam kehidupan seharian kita kerana lambakan di dalam setiap stesen televisyen menayangkan drama daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Mexico, Korea, China dan sebagainya. Pengaruh dan kesan drama