18 Julai 2019 Soalan No : 1
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2019 HARI KHAMIS : 18 JULAI 2019 SOALAN NO : 1 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KE DUA, PARLIMEN KE EMPAT BELAS _________________________________________________________ PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : YB TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] TARIKH : 18 JULAI 2019 SOALAN Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan daripada jumlah permohonan diterima sepanjang tempoh 2013-2018, berapakah permohonan kewarganegaraan yang telah ditolak dan tertunda di bawah Artikel 14 (1) (b) Artikel 15 (1), Artikel 15 (2), Artikel 15A dan Artikel 19. Apakah inisiatif diambil bagi menyelesaikan permohonan yang tertangguh. JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima 111,142 permohonan kewarganegaraan Malaysia di antara tahun 2013 sehingga tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26,222 permohonan telah pun ditolak, 54,222 permohonan masih di dalam proses, 24,327 diluluskan dan 6,371 dibatalkan. Perincian mengikut kategori pemerolehan kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut: (i) kuat kuasa undang-undang, Perkara 14(1)(b), status tolak 1,140 dan di dalam proses 2,558; SOALAN NO : 1 (ii) pendaftaran 15(1), status tolak 730 dan di dalam proses 5,265; (iii) 15(2), ditolak 3,715 dan di dalam proses 4,959; (iv) 15A, 10,149 ditolak dan 27,835 di dalam proses; (v) Perkara 16, 429 ditolak dan 1,147 di dalam proses; dan (vi) peneutralisasian, Perkara 19, ditolak 10,059 dan di dalam proses 12,458. Ini bermakna jumlah ditolak 26,222 dan di dalam proses 54,222 permohonan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap permohonan kewarganegaraan Malaysia diproses berdasarkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang diperincikan mengikut peruntukan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964, dengan izin, serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen, pengangkatan dan lain-lain.
[Show full text]