Siaran Media Radiozayan (BM) FINAL 2OCT
SIARAN MEDIA RADIO ‘ZAYAN’ SAJI SEGMEN GAYA HIDUP MUSLIM MODEN KONTEMPORARI Dengarkan Mawi, Raqib, Lin Ariffin, Anas dan Falyq sebagai pengemudi utama Zayan menerusi strim di zayan.my dan gelombang radio bermula 2 Oktober! KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Masih lagi mengekalkan prestasi sebagai rangkaian radio nombor satu Malaysia, Astro Radio terus memperkukuhkan jenama-jenama radio di bawah naungannya dengan menyediakan pelbagai kandungan menarik yang menepati citarasa para pendengar di Malaysia. Terus utuh menjadi pilihan hati rakyat Malaysia, Astro Radio menubuhkan sebuah lagi jenama baharu radio yang diberi nama Zayan. Diumumkan pada 21 September 2017 lalu bersempena Majlis Kesyukuran anjuran Astro Radio, Zayan bakal beroperasi pada 2 Oktober 2017 bersama lima (5) orang penyampai radio yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air seperti bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-3 Mawi , bekas penyanyi kumpulan nasyid, Anas , penyanyi lagu ketuhanan Raqib, Falyq dan pengacara rancangan Bismillahdduha (Astro Oasis), Lin Ariffin. Menurut Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry bin Wan Mansor, “Zayan menyediakan pelbagai kandungan yang merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandaskan gaya hidup Muslim moden kontemporari. Gelombang baharu ini tertumpu kepada golongan pelajar-pelajar dan dewasa bekerjaya serta pendengar muda alaf baru yang sentiasa aktif menerokai dunia dan berkongsi pengalaman mereka. Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan stesen berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang dilancarkan pada 2 Oktober.” Tambah Wan Syahrul Amry, “Stesen ini turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim moden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka. Kami menampilkan barisan personaliti radio yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi.
[Show full text]