Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 35 23 Jun 2010 Rabu K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 26) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M 16(3) (Halaman 150) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ MBMMBI – Pelaksanaan Dasar Yang Tidak Seimbang – Y.B. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) (Halaman 151) ■ Projek Jambatan Menghubung Telok Gong di Melaka Dengan Dumai di Sumatera – Y.B. Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka) (Halaman 155) DR.23.6.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 23 Jun 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Pelancongan menyatakan, berapa jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dalam enam bulan terakhir ini. Apakah trend kedatangan jika dibandingkan dengan setahun sebelum itu dan apakah sebab-sebabnya. Justeru itu apakah langkah seterusnya yang dicadang oleh pihak kementerian. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Rajang atas pertanyaan ini. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2010 adalah seramai 7.62 juta orang berbanding dengan 7.34 juta orang untuk tempoh yang sama pada tahun 2009 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.9%. Trend peningkatan ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (i) cuti musim perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari yang telah mendorong pelancong dari negara-negara serantau berkunjung ke Malaysia; (ii) tawaran tambang murah. Pertambahan kekerapan dan pertambahan penerbangan terus oleh syarikat-syarikat penerbangan serta 44 penerbangan khas diterima dari Hong Kong, Taiwan, Beijing, Kunming, Guangzhao dan Shanghai sempena musim perayaan tersebut; (iii) pelancong asing mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah di kebanyakan negara ASEAN dalam bulan Mac hingga April untuk melancong ke Malaysia; dan (iv) kempen-kempen taktikal yang dijalankan oleh pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara bagi menarik peminat-peminat sukan Formula One pada bulan April serta acara jualan Grand Prix . Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancong melalui agensinya Tourism Malaysia telah menggariskan strategi-strategi dan program promosi sebagai langkah untuk menambah bilangan pelancong ke Malaysia seperti berikut: DR.23.6.2010 2 (i) melebarkan syer pasaran serantau, pasaran berpotensi dan Asean dengan melaksanakan kempen pengiklanan taktikal yang lebih agresif dan fokus serta mempergiatkan kempen Malaysia Truly Asia di seluruh dunia; (ii) memupuk pakatan strategik dan perkongsian pintar antara kerajaan dan bukan kerajaan serta mempergiatkan kolaborasi dengan melibatkan secara aktif pihak swasta dalam melaksanakan sesuatu acara atau aktiviti dalam mempromosikan Malaysia; (iii) memantapkan dan mengukuhkan sumber dari segi kos operasi, keberkesanan dan mengikut trend pasaran termasuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat ICT termasuklah menerusi kempen pengiklanan secara on-line , melaksanakan latihan secara on-line kepada warga kerja pelancongan asing menerusi Malaysia Travel Specialist serta menggunakan aplikasi eBrochure dan eNewsletter; (iv) menyertai pameran-pameran pelancongan antarabangsa seperti Arab Travel Mart di Dubai dan World Expo 2010 di Shanghai, China bagi meningkatkan kesedaran pelancong asing mengenai Malaysia; (v) menganjurkan Media Familiarization Trip iaitu program-program lawatan suai kenal kepada kumpulan media tempatan sebagai usaha mempromosikan destinasi-destinasi dan produk-produk pelancongan yang terdapat dalam negara; dan (vi) menganjurkan program-program baru seperti Fabulous Food 1Malaysia, International Shoes Festival dan Malaysia Contemporary Art Tourism . Sekian. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan penjelasan tadi. Sebenarnya soalan tambahan saya sudah terjawab melalui penjelasan yang panjang tadi. ■1010 Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kementerian ini sebab despite of the economic situation , kita berjaya menambah kedatangan tourist ataupun pelancong ke Malaysia. Tidak berapa lama dahulu, Yang Berhormat Menteri Pelancongan Malaysia telah mengumumkan jumlah income ataupun dari tourism di Malaysia tahun lepas ialah RM54 bilion. Ini yang kedua tertinggi income kita di Malaysia. Jadi soalan saya, sektor manakah yang menghasilkan paling ramai tourist , sama ada leisure , heritage , eco-tourism dan sebagainya. Apakah sama ada trend ini sama di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung? Soalan saya, apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan DR.23.6.2010 3 lagi prestasi sektor-sektor tersebut dan adakah kementerian bercadang untuk menambahkan atau to develop sektor yang lain. Kalau saya tengok di internet , there’s so many type of tourism. Have we explore all this type? Ini kerana negara kita ini besar and I think every division in Sarawak we have something to offer dan sebagainya. Kedua apakah masalah dengan implementasi rancangan kementerian ini. Misalnya di Sarawak, kekurangan direct flight ke Kuching. Ini satu halangan yang besar untuk development the tourism di Sarawak, yang ada sekarang hanya ke Singapura dan Brunei sahaja. Sekian terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya nampak ada tiga soalan dalam satu, three in one . Pertamanya tentang sektor-sektor yang sememangnya boleh menarik pelancong-pelancong asing datang ke negara kita. Sektor-sektor ini yang pertama adalah nature based tourism ataupun pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ini adalah tarikan yang besar, 38% pelancong-pelancong asing dari negara luar datang disebabkan nature based tourism . Keduanya ialah beli-belah ataupun shopping . Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita is a value for money destination, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana harga barangan di negara kita adalah murah, termasuk juga makanan- makanan. Untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian. Kementerian sebenarnya sekarang sedang mewujudkan produk-produk yang lain, seperti mewujudkan tempat spesifik di Bandaraya Kuala Lumpur supaya pelancong-pelancong asing senang pergi membeli belah, dan tahu di mana, daripada menaiki teksi dan pergi ke tempat yang jauh. Ini sedang dilakukan. Kedua, niche product yang lain-lain seperti park and garden akan dipasarkan juga. Kita akan memastikan bahawa park and garden di negeri-negeri akan diwujudkan. Bagi masalah di Sarawak, memang benar dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat sebab tidak banyak direct flight dari negara-negara lain yang terus masuk ke Sarawak. Oleh yang demikian, pelancong asing masuk ke Sarawak hanya melalui Kuala Lumpur dan melalui Kota Kinabalu. Maka dengan masalah flight seperti ini, pelancong-pelancong asing agak susah datang ke Sarawak, walaupun produk-produk di Sarawak sememangnya banyak yang berkaitan dengan nature based tourism . Sekian. DR.23.6.2010 4 2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor yang tidak dibayar selama tiga bulan; dan (b) sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakkan Ali-Baba. Menteri Kerja Raya [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan dari Ahli Yang Berhormat Shah Alam yang dijadualkan esok 24 Jun 2010 memandangkan ia menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai status projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor. Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor telah ditawarkan oleh Kementerian Kewangan secara rundingan terus kepada syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd. dengan harga kontrak RM482.6 juta. Skop projek ini melibatkan pembinaan sebuah kompleks hospital dengan kemudahan 300 unit katil, dilengkapi kemudahan khidmat sokongan, klinikal yang lain. Projek ini telah dianugerahkan pada 15 November 2007 dengan tempoh siap asal adalah selama 36 bulan iaitu sehingga 14 November 2010. Walau bagaimanapun, projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 Jun 2011 berikutan terdapat kelulusan tempoh lanjutan masa ataupun EOT selama 233 hari disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan, seperti kenaikan harga bahan binaan di pasaran dan masalah pengalihan utiliti. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 15 Jun 2010 kemajuan kerja di tapak projek berjalan dengan lancar, dan hampir mengikut jadual asal iaitu 25.3% berbanding 25.4%, di mana tempoh kelewatan dicatatkan hanyalah tiga hari sahaja. Dari segi bayaran kemajuan pula, sehingga kini JKR telah menjelaskan 29 kali bayaran kemajuan interim kepada kontraktor terbabit dengan jumlah keseluruhan bayaran RM122.5 juta iaitu merujuk kepada nilai-nilai kerja semasa yang telah dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya setakat ini tidak mendapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap obligasi dan terma-terma kontrak oleh kontraktor utama. Sehubungan itu tidak timbul isu tentang kelewatan projek atau pembatalan kontrak, memandangkan projek sedang berjalan mengikut
Recommended publications
  • BN Dapat Mandat Besar (HL) (Berita Harian 22/03/2004)
    22/03/2004 BN dapat mandat besar (HL) KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), yang mendapat mandat besar dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-11 awal pagi ini, berjaya merampas semula Terengganu dan memerlukan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menguasai Kelantan. Gabungan 14 parti komponen pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada jam 12.50 pagi apabila ia menguasai 110 daripada 219 kerusi Parlimen, sebelum memperoleh majoriti dua pertiga dengan 146 kerusi pada jam 1.46 pagi. Sehingga jam 3.30 pagi, BN menang 187 kerusi Parlimen, 10 DAP, empat Pas dan satu Bebas. BN juga menubuhkan kerajaan di semua negeri, kecuali di Kelantan di mana ia mendapat 20 kerusi dan 18 dimenangi Pas, manakala keputusan di tujuh kerusi dikira semula hari ini. Terengganu yang menguasai 28 daripada 32 kerusi DUN, manakala kerusi DUN Batu Buruk akan dikira semula hari ini. BN menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di negeri itu. Pilihan raya kali ini bagaimanapun menyaksikan kemenangan semula DAP di beberapa kawasan tradisinya. Setakat ini, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang mengadakan pakatan dengan Pas dan Parti Rakyat Malaysia gagal memenangi sebarang kerusi setakat ini. Abdullah, yang pertama kali mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas untuk kali ketujuh dengan mencatat majoriti 18,122 undi, menewaskan Abdul Khalid Rashid (Pas). Perdana Menteri memperoleh 25,403 undi manakala pencabarnya mendapat 7,281 undi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 10,339 undi, menewaskan calon Pas, Brig Jen (B) Datuk Zakaria Dahlan.
    [Show full text]
  • Download Oral 20101101.Pdf
    L ARLIME MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIG.A PARLIMEN KEDUABELAS ?fnn 1 a fsTdfsli (MIM* 7 'O ^ v! — ^ O IKANBUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN IBAGI PEETANYAAIPPERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TiiDAK BAPAT MJAWAIB BIDALAM DEWAN (SOALAN NO. 8 MINGGA 41 ) NOTA. JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 7 [RUJUK PENYATA RASMI MAMIAN (HANSARD)] SIDEK CAW. PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA SOALAW MO " 8 PEHBERITAKUAW PERTAEWAAM IOEWAM RAKYAT JAWAPAW OLEH YM. DAT©5 SRI LiOW T80M LAI MEIMUERi KESIHATAW MALAYSIA PERTAE^YA^R : LI! SAM DARI PAD A : DR. ftlSCRAEL JEYARUilAR DEVARAJ | 8UMGAS SIPUT 3 TARflKH : 1 NOVEMBER 2010 SOALAN : Dr, Michael Jeyakumar DevaraJ [ Syngas Siput | rninta MENTERS KE SI (HI AT AN menyatakan mengapa Kementerian Kesihatan telah bercadang pada Disember 2009 untuk membawa skim "Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh" ke 4 buah hospital a warn lagi walaupun Jawatankuasa Kecil PPBP yang dianggotai o!eh Pengarah Hospital dan pakar-pakar di Hospital Selayang telahpun mengeluarkan laporan yang mengesyorkan skim PPBP dihentikan. Tuan Yang di-Pertua, Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (Full Paying Patient Scheme) dipantau dari semasa ke semasa semenjak ia diperkenalkan pada Ogos 1997 di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Berdasarkan pengamatan tersebut, KKM tidak ada keputusan lagi untuk memperluaskan skim ini ke hospital-hospital berpakar yang lain. 1 Soalan No : 9 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARI PAD A Y.B. TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN (HULU TERENGGANU) T ARIKH 01.11.2010 SOALAN: Y.B. TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN [ HULU TERENGGANU ] minta Menteri Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang telah diambil sebagai persediaan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Kebangsaan.
    [Show full text]
  • Corporate Social Responsibility
    86 AMMB Holdings Berhad • Annual Report 2007 Corporate Social Responsibility Corporate Social Responsibility (CSR) today is part and parcel of the organisational way of succeeding in business, and is, in essence, a set of transparent and ethical actions to ‘give back’, nurture and aid in the progress of the various environments in which the corporation operates. This is to contribute to the very partners, customers and sources without which the organisation would not be able to succeed and prosper. The AmBank Group takes prides in giving and interacting with its various communities and the AmBank Group continues to be a highly active citizen in the socially responsible corporate world. Responsibility to the Marketplace The AmBank Group’s business transactions, deals and Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Chairman, AmBank Group (right), receiving the Corporate Governance Award certifying AmBank Group’s status as relationships with all its groups of customers, suppliers top five among 100 listed companies on Bursa Malaysia in the Corporate and partners are executed with the highest concern Governance Survey 2004 (Announced August 2006) from Encik Abdul for transparency and ethical conduct, guided by high Wahab Jaafar Sidek, CEO of Minority Shareholder Watchdog Group corporate governance standards. Providing opportunity for market access to Syariah- compliant products also came about with exciting “firsts”: The Group was named in the top five among 100 listed companies on Bursa Malaysia in the Corporate • the launch of the Al-`Aqar KPJ REIT – the world’s first Governance Survey Report 2004 (announced August Islamic healthcare REIT (July 2006); and 2006), spearheaded by the Minority Shareholder Watchdog Group.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 18 Selasa 13 April 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.60 (Halaman 22) Maksud B.62 (Halaman 38) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Halaman 66) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.62 (Halaman 38) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2010 (Halaman 72) Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.13.4.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Thesis Final
    STATE POWER AND THE REGULATION OF NON-CITIZENS: IMMIGRATION LAWS, POLICIES, AND PRACTICES IN PENINSULAR MALAYSIA ALICE MARIA NAH HAN YUONG NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2011 STATE POWER AND THE REGULATION OF NON-CITIZENS: IMMIGRATION LAWS, POLICIES, AND PRACTICES IN PENINSULAR MALAYSIA ALICE MARIA NAH HAN YUONG B.A. (Hons), University of Leeds M.Soc.Sci., National University of Singapore A THESIS SUBMITTED FOR THE DEGREE OF DOCTOR OF PHILOSOPHY DEPARTMENT OF SOCIOLOGY NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2011 DECLARATION I hereby declare that this thesis is my original work and it has been written by me in its entirety. I have duly acknowledged all the sources of information that have been used in this thesis. This thesis has not been submitted for any degree in any university previously. Alice M. Nah 14 July 2012 ACKNOWLEDGEMENTS I am greatly indebted to my supervisor, A/P Roxana Waterson, for her moral and intellectual support during the completion of this research. I am particularly thankful for her constant encouragement and her sensitivity in understanding how personal life sometimes ‘takes over’ during research projects. I would not have completed this work if not for her. I am grateful to the Asia Research Institute for the Research Scholarship that made this dissertation possible. At the Department of Sociology, I enjoyed learning from Professor Bryan Turner, A/P Tong Chee Kiong, and A/P Maribeth Erb, as well as tutoring for A/P Syed Farid Alatas and A/P Vineeta Sinha. I am also thankful to Dr. Nirmala PuruShotam who started me on the path of sociological research exactly a decade ago.
    [Show full text]
  • Profil Muka-Muka Baru Dalam Kerajaan Bn Yang Baru Dibentuk
    27 MAR 2004 Profil-Bukan Menteri (Muka baru) PROFIL MUKA-MUKA BARU DALAM KERAJAAN BN YANG BARU DIBENTUK KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Berikut ialah profil muka-muka baru dalam kerajaan BN yang baru dibentuk diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. JABATAN PERDANA MENTERI: ----------------------- 1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri JOSEPH ENTULU BELAUN ialah bekas Menteri Muda Sarawak di Pejabat Ketua Menteri. Joseph, 49, Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), berkhidmat sebagai menteri muda di Sarawak sejak 1998. Pada pilihan raya umum baru lalu, bekas pensyarah perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang bertanding kerusi Parlimen Selangau, menewaskan calon SNAP Liman Sujang dengan majoriti 3,616 undi. Pemegang ijazah sarjana dalam kewangan, pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum negeri Sarawak pada 1991 dan menang kerusi negeri Tamin, serta mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya negeri 1996. Dilahirkan di Tamin pada 8 Jun 1954, Joseph kini berumah tangga dengan dikurnia dua orang anak. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri DATUK DR MASHITAH IBRAHIM, 39, adalah seorang pendakwah dan penceramah agama terkenal, yang telah menewaskan bekas imam besar Masjid Negara Datuk Taib Azamudden Md Taib dalam pilihan raya umum Ahad lepas. Mashitah menumpaskan penyandang kerusi Parlimen Baling itu dengan majoriti 4,100 undi. Bekas Pensyarah dan juga Penolong Profesor Jabatan Al-Quran dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Syariah daripada Universiti Cairo dan ijazah sarjana muda pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar. Anak kelahiran Alor Star ini, kini bergiat dalam bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah butik busana muslim di Gombak, Selangor.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 33 Rabu 27 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 24) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 (Halaman 47) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 49) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 (Halaman 129) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) - Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 141) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Undang-undang Menganiaya Pekerja Migran – Y.B. Dr. M. Jeyakumar Deveraj (Sungai Siput) (Halaman 141) ■ Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan Di Malaysia – Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) (Halaman 143) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.27.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • A Bleon Chiefs.PDF
    30 APR 2001 Umno-Roundup A BLEND OF OLD AND NEW FACES AMONG UMNO DIVISION CHIEFS KUALA LUMPUR, April 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad and Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi were among the Umno division chiefs who were returned unopposed in the divisional elections held throughout this month. In KEDAH, Dr Mahathir, who has been leading the Kubang Pasu division since 1974, was among 11 of the 15 division heads who retained their posts, six of them without contest. Others who won the post uncontested include the Prime Minister's Religious Adviser Datuk Paduka Abdul Hamid Othman (Sik), Tun Daim Zainuddin's political secretary Datuk Arzmi Abd Hamid (Merbok) and Culture, Arts and Tourism Minister Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Kulim/Bandar Baharu). Apart from Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain who was returned unopposed in Kuala Kedah, there were three other new faces, all former deputy chiefs who managed to beat their "bosses". They are state executive councillor Datuk Zainol Md Isa who beat former Minister in the Prime Minister's Department Datuk Raja Ariffin Raja Sulaiman in Baling, former executive councillor Abdul Rahman Ariffin who beat Datuk Hanafi Ramli in Jerlun, and another former executive councillor Datuk Ghazali Ibrahim who beat former Deputy Human Resources Minister Datuk Dr Afiffuddin Omar in Padang Terap. However, the election results in Padang Terap have yet to be confirmed after a complaint was lodged with the Kedah Umno Elections Committee that there were more ballot papers than the number of delegates present during voting.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Keduabelas Penggal
    [Dokumen ini belum disemak] DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 1 Isnin 28 April 2008 K A N D U N G A N PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT (Halaman 1) MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 2) TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 2) AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 3) MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA (Halaman 12) USUL: Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 14) DR. 28.4.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 28 April 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT Setiausaha Dewan Rakyat [Puan Roosme binti Hamzah]: [Membaca Proklamasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong] “PROKLAMASI OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA, BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH MALAYSIA.” BAHAWASANYA Parlimen telah dibubarkan pada tiga belas hari bulan Februari, dua ribu lapan; DAN BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (4), Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada seratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTHAFI BILLAH SHAH dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberi kepada BETA di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan dua puluh lapan hari bulan April, dua ribu lapan, dan pada pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 87) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung PATI Di Sabah – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 87) ■ Polis Gerakan Marin dan Polis Gerakan Am – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 88) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.18.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • 2 Oktober 2012
    Bil. 41 Selasa 2 Oktober 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 (Halaman 20) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Usul Anggaran Pembangunan 2013 (Halaman 20) Diterbitkan Oleh CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.02.10.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr.
    [Show full text]