Bil. 11 Rabu 2 Jun 2004

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL-USUL:

- Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. - Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) (Halaman 14)

- Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 74)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN 2004 DR.2.6.2004 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk (Kulai) - MCA Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (Sipitang) - UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA 4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC 5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN 6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) - UPKO 7. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO 8. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO 9. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) - UMNO 10. " Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, D.H.M.S., P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) – UMNO 11. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Wira Dr. , D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA 12. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO 13. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO 14. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) - UMNO 15. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) - UMNO 16. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) - UMNO 17. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO ii DR.2.6.2004

18. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Chan Kong Choy, S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S.,. (Selayang) – MCA. 19. “ Menteri Kewangan Kedua, Senator Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop 20. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd. Isa bin Abdul Samad, P.S.M., S.P.N.S., D.S.N.S., P.M.C. (Jempol) – UMNO 21. “ Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) - PBB 22. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP 23. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) - UMNO 24. " Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) – UMNO 25. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M.,D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO 26. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO 27. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mustapa bin Mohamed (Jeli) - UMNO 28. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) - UMNO 29. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Adenan bin Satem (Batang Sadong) – PBB 30. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS 31. “ Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA 32. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina binti Othman Said (Pengerang) - UMNO 33. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) – UMNO

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) – GERAKAN 2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) – PBB 3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) – MCA 4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) – MIC 5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) – MCA 6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) – UMNO 7. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) – UMNO 8. “ Mulia Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) – UMNO DR.2.6.2004 iii

9. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) – UMNO 10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) – SPDP 11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) – MCA 12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) – UMNO 13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) – MCA 14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) – PPP 15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) – MCA 16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Fu Ah Kiow (Kuantan) – MCA 17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin (Merbok) – UMNO 18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) – UMNO 19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) – UMNO 20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) – GERAKAN 21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) – MIC 22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) – MIC 23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) – MCA 24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) – UMNO 25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO 26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) – SUPP 28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) – PBDS 29. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) – MCA 30. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mah Siew Keong, (Telok Intan) – GERAKAN 31. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO

iv DR.2.6.2004

32. Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) – UMNO 33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Setiawangsa) – UMNO 34. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) – UMNO 35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) – UMNO 36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) – UMNO 37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) – PBDS 38. “ Mulia Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) – UMNO

SETIAUSAHA PARLIMEN

1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Johari bin Baharum (Kubang Pasu) – UMNO 2. “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) – UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) – UMNO 4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) – UMNO 5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) – MIC 6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Stampin) – SUPP 7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) – MCA 8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) – UMNO 9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) – PBB 10. " Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) – UMNO 11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) – UMNO 12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan Komala Devi (Kapar) – MIC 13. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) – MCA 14. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) – UMNO 15. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) – MCA 16. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA 17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tuan Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat (Batu) – GERAKAN DR.2.6.2004 v

18. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) – UMNO 19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) – UMNO 20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tuan Sazmi bin Miah (Machang) – UMNO 21. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) – GERAKAN 22. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Sa. Vigneswaran (Kota Raja) – MIC

AHLI-AHLI

1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) – PBDS 2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) – UMNO 3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) – PAS 4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) – UMNO 5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) – PAS 6. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) – UMNO 7. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) – UMNO 8. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) – PBB 9. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) – UMNO 10. “ Tuan Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) – UMNO 11. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) – PBB 12. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) – UMNO 13. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) – UMNO 14. “ Tuan Baharum bin Mohamed (Sekijang) – UMNO 15. “ Tuan Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) – PBRS 16. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) – PBDS 17. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) – UMNO 18. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) – UMNO 19. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) – DAP 20. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) – DAP 21. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) – BEBAS 22. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) – MCA 23. “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) – DAP 24. “ Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) – MCA 25. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) – UPKO 26. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) – PBS 27. “ Tuan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) – SAPP 28. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) – PBB 29. “ Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) – UMNO vi DR.2.6.2004

30. Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) – DAP 31. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) – DAP 32. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) – UMNO 33. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) – MCA 34. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) – UMNO 35. “ Datuk Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) – UMNO 36. “ Tuan Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) – UMNO 37. “ Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) – UMNO 38. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) – PBB 39. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) – MCA 40. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) – GERAKAN 41. “ Tuan Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) – UMNO 42. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) – UMNO 43. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) – UMNO 44. “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) – PAS 45. “ Tuan Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) – UMNO 46. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) – SPDP 47. “ Dr. James Dawos Mamit (Mambong) – PBB 48. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) – PBDS 49. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) – SPDP 50. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) – PBDS 51. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) – PBS 52. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) – UMNO 53. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) – UMNO 54. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) – MIC 55. “ Tan Sri Dato’ K.S. Nijhar (Subang) – MIC 56. “ Puan Kalthom binti Othman (Pasir Puteh) – PAS 57. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) – PAS 58. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) – DAP 59. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) – GERAKAN 60. “ Dato’ Seri Law Hieng Ding (Sarikei) – SUPP 61. “ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) – MCA 62. “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) – DAP 63. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor) – DAP 64. “ Tuan Liow Tiong Lai (Bentong) – MCA 65. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) – MCA 66. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) – MCA 67. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) – DAP 68. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) – UPKO 69. “ Tuan Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) – UMNO 70. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) – UMNO 71. “ Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) – UMNO DR.2.6.2004 vii

72. Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) – UMNO 73. “ Tuan Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) – UMNO 74. “ Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) – UMNO 75. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) – UMNO 76. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) – UMNO 77. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) – PAS 78. “ Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) – UMNO 79. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) – UMNO 80. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) – UMNO 81. “ Tuan Nasaruddin bin Hashim (Parit) – UMNO 82. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) – UMNO 83. “ Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) – UMNO 84. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO 85. ” Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) – UMNO 86. “ Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib (Pasir Salak) – UMNO 87. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) – UMNO 88. “ Tuan Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) – UMNO 89. “ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) – SUPP 90. “ Tuan (Beluran) – UMNO 91. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) – UMNO 92. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) – UMNO 93. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO 94. “ Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) – PAS 95. “ Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) – UMNO 96. “ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) – UMNO 97. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) – UMNO 98. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) – SAPP 99. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) – UMNO 100. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) – UMNO 101. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulung) – UMNO 102. “ Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) – UMNO 103. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) – MCA 104. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) – GERAKAN 105. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) – DAP 106. “ Cik Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) – GERAKAN 107. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) – DAP 108. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) – MCA 109. “ Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) – UMNO 110. “ Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) – UMNO viii DR.2.6.2004

111. Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) – DAP 112. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) – MCA 113. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) – SPDP 114. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) – SUPP 115. “ Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) – PBB 116. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) – UMNO 117. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) – KEADILAN 118. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) – UMNO 119. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) – UMNO 120. “ Datuk Haji bin Tuanku Jaafar (Santubong) – PBB 121. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) – MCA 122. “ Tuan Wilfred Madius Tangau (Tuaran) – UPKO 123. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) – MCA 124. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) – MCA 125. “ Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) – PBS

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

1. Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

DR.2.6.2004 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

Pegawai Undang-Undang Muzalni bin Soid

Penolong Setiausaha Muhd Sujairi bin Abdullah Lavinia a/p Vyveganathan Bazlinda binti Bahrin

PETUGAS-PETUGAS JURUBAHASA SERENTAK CAWANGAN DOKUMENTASI Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed Monarita binti Mohd. Hassan Cik Lee Jing Jing Hajah Samsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman BENTARA MESYUARAT Hajah Norishah binti Mat Thani Lt. Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Zaiton binti Yaacob Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Abd. Talip bin Hasim Mejar (B) Mohd Azimi bin Arifin Hadzirah binti Ibrahim Syed Azuddin bin Syed Othman PETUGAS-PETUGAS Hairan bin Mohtar CAWANGAN KOMPUTER Jamilah Intan binti Haji Bohari Mohd Shah bin Rahman Nurziana binti Ismail Sulaiman bin Sirad Taharah binti Mohamed

Nik Elyana binti Ahyat PETUGAS-PETUGAS Marzila binti Muslim CAWANGAN PERUNDANGAN Habibunisah binti Mohd. Azir Mohd. Izhar bin Hashim Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria PETUGAS-PETUGAS UNIT CETAK Hindun binti Wahari Kamaroddin bin Mohd. Yusof Rozaimah binti Mohamad Ariffin Mohamed Shahrizan bin Sarif Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Alias bin Mohd. Nor Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Suhairi bin Othman

DR.2.6.2004 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 2 Jun 2004

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan sama ada balai polis yang diketuai oleh Superitenden akan dibina di kawasan Petra Jaya, Kuching, Sarawak memandangkan peningkatan gejala sosial khususnya di kalangan remaja yang merangkumi gengsterisme, meminum arak, menghidu gam dan lumba haram. Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Wira Abu Seman Yusop]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kawasan Petra Jaya adalah terletak di bawah pengawasan Balai Polis Gita iaitu sebuah balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching. Buat masa ini, balai polis ini diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Chief Inspector dan dibantu oleh 27 orang anggota polis lain-lain pangkat. Berkaitan kejadian jenayah yang berlaku di kawasan Petra Jaya ini, rekod yang dibuat oleh Balai Polis Gita menunjukkan terdapat sebanyak 201 kes jenayah bagi tempoh Januari – April 2004. Di antaranya 4 kes adalah melibatkan remaja. Bagi mengatasi masalah ini pihak PDRM masih mampu mengambil tindakan melalui Balai Polis Gita dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching. Tindakan yang dilakukan oleh PDRM di antaranya adalah seperti berikut:- (i) operasi pencegahan jenayah PDRM diadakan dari masa ke semasa untuk memastikan pelajar-pelajar dan remaja yang lepak tanpa hala tuju berkurangan; (ii) program belia dan sekolah angkat anjuran PDRM bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak diadakan; dan (iii) mewujudkan pegawai-pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis untuk memantau aktiviti-aktiviti di sekolah-sekolah; Oleh yang demikian, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk membina balai polis baru di kawasan Petra Jaya yang bertaraf IPD ataupun yang dinaikkan kepada balai polis yang dianggotai oleh seorang Superitenden. Walau bagaimanapun, peringkat IPD Kuching pada masa ini sedang membuat cadangan kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia untuk membina dua buah balai polis baru iaitu di Muara Tebas dan Telaga Ayer. Balai Polis Santubong ada juga dibuat cadangan untuk dipindahkan ke Bandar Baru Semarang, iaitu dalam kawasan Petra Jaya yang mana Ketua Balainya dicadangkan diketuai oleh seorang Inspektor. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Selamat pagi, Tuan Yang di-Pertua. Banyak orang Gawai balik kampung ke Parlimen hari ini. Saya hendak bertanya kepada Setiausaha Parlimen berhubung dengan kehadiran polis ini. Walaupun police station tidak ada, tidak apalah tetapi kehadiran polis mesti ada. Rata- rata kalau kita lihat di kawasan Santubong juga di Petra Jaya di kawasan bandar Kuching, nampak tidak ada polis pun. Adakah masalah ini berbangkit oleh kerana polis tidak cukup anggota ataupun polis itu tidak cukup provision ataupun polis itu pegawainya leka dengan hal golf sahaja?

2 DR.2.6.2004

Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kalau ya, tolong ambil tindakan khusus supaya polis ini ada nampak di jalan raya. Terima kasih. Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, pertanyaan dari Yang Berhormat bagi Santubong. Sebenarnya polis memang sentiasa dipertanggungjawabkan untuk meronda ataupun berada di kawasan-kawasan untuk mengawasi kejadian masalah jenayah di sesuatu tempat yang ditugaskan itu. Jadi, dalam kawasan Petra Jaya ini, saya percaya ada anggota polis yang ditugaskan di tempat-tempat yang diperlukan untuk pengawasan bagi mengatasi jenayah. Mungkin Yang Berhormat bagi Santubong tidak perasanlah kerana mungkin dia sibuk di Parlimen ini. Terima kasih. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meminta penjelasan dari Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang penubuhan balai polis dan pondok polis. Dari perbincangan saya dengan Ketua Polis yang menjaga di kawasan saya di Sri Aman, nampaknya begitu susah untuk menubuhkan pondok polis dan balai polis. Oleh kerana kawasan saya begitu luas dan sebahagian besar tidak ada diawasi oleh polis, jadi banyaklah kejadian yang tidak diingini berlaku. Jadi, jawapan beliau, orang kampung mesti bagi tanah untuk balai polis ataupun pondok polis. Adakah ini betul? Kalau tidak betul bagaimana menentukan lebih banyak lagi balai polis diadakan di kawasan-kawasan Sarawak? Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Sri Aman bahawa pihak polis memang peka terhadap keselamatan dan juga terhadap mengatasi jenayah-jenayah di kawasan-kawasan, bagi memastikan keadaan itu aman di sesuatu kawasan. Bagi menubuhkan sesuatu balai polis ada asas-asasnya, bagi pihak polis melaksanakan pembinaan sesebuah balai atau pondok polis. Apa yang diguna pakai dalam asas penubuhan atau pembinaan balai polis ini ialah, pertamanya seperti kes-kes jenayah yang berlaku dari segi laporan polis yang diterima di balai-balai polis yang ada, dan juga daripada bilangan penduduk. Kalau dalam bandar atau pekan daripada banyaknya kes trafik dan juga kes-kes narkotik. Itulah asas-asas yang diguna pakai oleh polis sebelum sesuatu cadangan hendak dibuat untuk membangun atau membina balai polis ataupun pondok polis.

[Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) tidak hadir]

3. Tuan Raimi Unggi [Tenom] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam menentukan keperluan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sesebuah negeri dan adakah kerajaan bercadang membina sebuah lagi MRSM baru di kawasan pedalaman . Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman]: Assalamualaikum. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat bagi Tenom, kriteria- kriteria yang diguna pakai dalam menentukan keperluan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sesebuah negeri adalah seperti berikut: (i) keperluan pembangunan sektor pendidikan setiap negeri atau daerah; (ii) kemudahan-kemudahan pendidikan lain yang sedia ada atau yang akan diadakan oleh kerajaan di sesebuah negeri atau daerah; (iii) bilangan MRSM yang diperuntukkan untuk sebuah negeri adalah tidak melebihi empat buah, tetapi ini tidak termasuk MRSM usaha sama seperti MRSM-PDRM, MARA-ATM, MARA-Yayasan Terengganu dan Kolej MARA; (iv) ianya diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. DR.2.6.2004 3

Bagi menjawab soalan yang seterusnya iaitu dalam Rancangan Malaysia Kelapan kerajaan akan membina sebuah MRSM baru di Sabah iaitu di Tawau. Mengenai saranan untuk kawasan pedalaman, maka Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan seperti mengikut syarat-syarat kriteria seperti yang ditetapkan. Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, iaitu bagaimana rancangan kementerian untuk menaik taraf untuk membaik pulih bangunan-bangunan ataupun kompleks MRSM di seluruh negara yang semuanya uzur. Contohnya di Bakri, asrama tingkap tidak boleh tutup, meja tanggal, kawasan sekeliling landskap tidak lagi kondusif dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, ini memerlukan butiran lengkap (detail) dan kita memerlukan notis. Soalan lain, soalan khusus untuk ini. Saya minta Yang Berhormat menyediakan laporan dengan lengkap. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya tidak silap kerajaan telah membuat pengumuman untuk membina MRSM di Sandakan iaitu bagi Parlimen Libaran. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, bila agaknya MRSM di Sandakan ini untuk keperluan lebih kurang empat, lima daerah ini dibina. Adakah kerajaan telah bersedia untuk membina ataupun kalau tidak bila agaknya. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sebagai maklumat tambahan bahawa MARA dalam Rancangan Malaysia Kelapan telah pun menyenaraikan 13 buah lagi Maktab Rendah Sains MARA, dan untuk Rancangan Malaysia Kelapan ialah di Tawau. Mengenai Sandakan saya rasa Yang Berhormat masih belum terlambat sebab masih dalam kuota. Ertinya, setakat ini Maktab Rendah Sains MARA ada di Kota Kinabalu, satu cadangan ialah di Tawau. Bermakna ada dua lagilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dalam pertimbanganlah Yang Berhormat. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Dalam pertimbanganlah. [Ketawa]

4. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau bercadang untuk meningkatkan lagi mutu dan taraf perkhidmatan penerbangan domestik. Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat bagi Tumpat yang mengemukakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi perhatian dalam menentukan perkhidmatan penerbangan domestik diadakan pada satu tahap yang dapat memenuhi objektif kerajaan dari segi pertumbuhan ekonomi dan integrasi sosial. MAS menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik ke semua bandar utama Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Di samping itu, AirAsia juga mengadakan perkhidmatan penerbangan domestik berasaskan kepada corak low cost, low frills ke lapangan terbang-lapangan terbang domestik utama di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh kedua-dua syarikat berkenaan dapat memberi pilihan kepada semua lapisan penumpang domestik dari segi mutu perkhidmatan serta tambang dan telah menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan. Namun kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang positif dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi mutu dan taraf perkhidmatan penerbangan domestik. Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Mulia Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Sebagaimana kita maklum, kita dengar daripada beberapa pihak rakan-rakan kita daripada Sabah dan Sarawak merayu supaya perkhidmatan penerbangan ini diperbanyakkan dan harga dikawal supaya dapat membantu rakan-rakan kita dalam konteks kita mewujudkan integrasi nasional. Kita juga memerhatikan kalau mengikut pengalaman peribadi saya sendiri, kalau sepuluh tahun yang lalu misalnya, kalau saya hendak ke Kota Bharu saya boleh ambil flight

4 DR.2.6.2004 yang amat awal dari Kuala Lumpur dan saya boleh balik pada hari yang sama dengan penerbangan yang selewat-lewat pukul 11.00 ataupun tengah malam. Perkhidmatan- perkhidmatan yang berwaktu seperti itu sudah tidak wujud nampaknya. Kalau dahulu dari Kota Bharu kita boleh mengambil penerbangan ke Alor Setar, Alor Setar ke Pulau Pinang, Pulau Pinang ke Ipoh, Ipoh ke Kuala Lumpur dan mungkin mengambil masa dua jam ketika itu untuk kita sampai ke Kuala Lumpur. Bererti khidmatnya kepada pengguna-pengguna kapal terbang ada. Jadi, soalan saya adakah perkara-perkara ini dipertimbangkan dan bagaimana tentang harga memandangkan harga minyak mentah malam tadi telah mencecah USD42, adakah kerajaan sanggup memberi jaminan supaya harga tambang akan cuba dipertahankan supaya tidak menjejaskan kemudahan dan perkhidmatan yang akan kita rasa sebagai warganegara negara ini. Terima kasih. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi pandangan Kementerian Pengangkutan dan juga MAS iaitu memanglah kita mengambil perhatian yang begitu berat terhadap dari segi penerbangan di Sabah dan Sarawak ataupun Kuala Lumpur-Sarawak dan juga Kuala Lumpur-Sabah. Walaupun kita tahu dalam keadaan sekarang bahawasanya MAS mencapai satu kerugian yang orang kata amat besar juga, dalam lingkungan RM100 juta, RM150 juta, iaitu dalam segi penerbangan domestik untuk memenuhi kehendak masyarakat di Sabah dan Sarawak dan kita tahu juga bahawasanya negeri Sabah dan negeri Sarawak, kedua-dua negeri adalah negeri yang begitu luas yang mana begitu banyak kawasan-kawasan pedalaman, yang mana kemudahan-kemudahan asas dalam segi membuat persediaan untuk penerbangan itu mungkin diperlukan untuk kita meningkatkan lagi dari segi kemudahan untuk menyiapkan, menyediakan landasan- landasan penerbangan ini. Jadi, memang kerajaan atau Kementerian Pengangkutan ini sentiasa mengambil perhatian yang berat terhadap dari segi penerbangan domestik di dalam negeri Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini juga apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat tadi, dengan lonjakan harga minyak yang begitu meningkat, memang kita di peringkat kementerian memantau keadaan ini dengan secara serius tetapi kita tidak dapat memberi satu-satu pengakuan, ini terpulanglah pihak MAS macam mana mereka mengkaji atau meneliti dengan segi kos mereka untuk menjalankan sesuatu destinasi penerbangan itu. Kita juga menggalakkan AirAsia untuk membantu dan menolong MAS dalam mengadakan beberapa penerbangan ke destinasi-destinasi di sebelah Sabah dan Sarawak, ini akan kita sentiasa mengambil perhatian yang utama untuk menggalakkan lebih bayak lagi penerbangan ini bagi kedua-dua negeri yang berkenaan. Tuan Fong Kui Lun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, kita semua sedar bahawa kini wujud perang pasaran antara MAS dan AirAsia dalam mendapatkan penumpang. Saya ingin tahu dari Kementerian Pengangkutan, bagaimanakah perang mendapat penumpang boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan antara kedua-dua syarikat dan juga adakah Kementerian Pengangkutan boleh memantau bahawa dalam perang pasaran ini adakah kemanfaatan kepada penumpang- penumpang di negara kita. Terima kasih. Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, saya rasa tidak ada peperangan di antara MAS dan AirAsia , hanya kedua-dua ini yang sebenarnya boleh bekerjasama kerana dalam segi konsep AirAsia ini membawa satu idea atau konsep low cost no-frills ini adalah sesuatu yang kita galakkan. Bagi MAS, MAS tidak menjadi berhadapan dengan satu, dengan izin, satu competitiveness dalam segi penerbangan ini kerana MAS banyak menumpukan kepada penerbangan antarabangsa atau luar negara iaitu long haul punya flights , dan bagi pihak Air Asia, ia banyak menjalankan penerbangan iaitu short haul antara dua ke tiga jam, jadi memang tidak ada competition yang sebenarnya, macam sekarang AirAsia bayak menumpukan kepada penerbangan di sebelah rantau ini iaitu ke Jakarta, ke Bandung, ke Phuket dan ada dua tiga tempat lagi. DR.2.6.2004 5

Dan bagi MAS, perkhidmatan MAS ini tertumpu kepada long haul penerbangan dan dalam segi apa yang telah ditawarkan oleh AirAsia iaitu satu penerbangan yang murah iaitu no-frills , memanglah ini disambut baik oleh masyarakat kita kerana ini murah tetapi dalam segi kemudahan atau dari segi servisnya di dalam penerbangan memanglah ia tidak ada bandingan dengan MAS, kerana penerbangan no- frills ini “what you pay is what you get”, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, jadi pada saya tidak ada competitiveness dari segi mengambil passenger ini kerana hendak mendapatkan sesuatu tempat di dalam penerbangan Air sia ini, seseorang itu perlulah menunggu dengan sedikit lama kalau berbanding dengan MAS yang mana kita pergi ke airport , kita dapat tiket kita boleh naik terus, tetapi dalam penerbangan AirAsia kita kena membuat satu tempahan yang lebih awal, itu pun kalau kita bernasib baik kita lepas ataupun boleh menaiki penerbangan itu, jadi pada saya tidak ada peperangan yang sebenarnya di antara MAS dengan AirAsia .

5. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kementerian bercadang menetapkan had maksimum murid yang boleh ditempatkan di sebuah bilik darjah dan di sebuah sekolah rendah dengan tujuan membekalkan pendidikan yang bermutu dari segi rohani jasmani dan intelektual, sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran sememangnya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan menetapkan norma piawaian bagi pembinaan sekolah dan bilik darjah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pembinaan sebuah sekolah baru, norma piawaian yang ditetapkan ialah antara 12, 18, 24 hingga 30 bilik darjah. Bagi sebuah bilik darjah, norma piawaian ialah 30 orang murid. Kementerian yakin dengan norma piawaian yang ditetapkan ini akan wujudnya suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih conducive , ia adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran agar semua murid menerima pendidikan yang lebih berkualiti terutama dari segi P&P antara murid dengan guru. Terima kasih. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah Kementerian Pelajaran masih lagi mengekalkan dasar, walaupun pelajar sekolah tinggal satu orang, masih lagi dikekalkan. Terima kasih. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu masalah yang kita hadapi kerana kalau pindah sekolah Yang Berhormat bising, tidak pindah pun kita anggap ini bukan sangat conducive untuk mengadakan sekolah yang mempunyai kekurangan murid, tetapi kerajaan juga akan memberi pertimbangan kalau ada permohonan, sekolah itu dipindah ke satu tempat yang lebih, yang mempunyai penduduk yang lebih ramai, maka Kementerian Pelajaran akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan ini, memang beberapa buah sekolah sejak tahun 1999 telah diluluskan untuk dipindah ke satu tempat yang mempunyai penduduk yang lebih banyak. Sekian. Tuan Teng Boon Soon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah kementerian sedar bahawa masalah kesesakan murid di bilik darjah dan juga di sekolah sudah lama terwujud di SJKC khasnya di kawasan Johor Bahru dan kini berlaku pula di Sekolah Kebangsaan di pinggiran kawasan bandar, sebuah bilik darjah terdapat 47 hingga 50 orang jauh daripada piawaian 30 orang itu. Jadi, masalah kesesakan ini telah menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di SJKC khususnya dan seperti kita sedia maklum bahawa lebih ramai murid di sebuah bilik darjah masalah disiplin sukar dikawal, lebih ramai murid maka kurang personal attention, dengan izin, dari guru.

6 DR.2.6.2004

Soalan saya ialah, apakah rancangan ataupun langkah-langkah yang akan terus diambil untuk menangani dan seterusnya mengatasi masalah kesesakan di bilik darjah dan di sekolah SJK (C) demi meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Dato’ Hon Choon Kim: Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat bagi Teberau. Saya memang akui bahawa ia berlaku di beberapa tempat, khususnya di bandar-bandar besar seperti di Johor Bharu, Subang dan sebagainya, tetapi pada keseluruhannya, piawaian yang telah kita tetapkan memang tidak jauh dari apa yang sebenar. Pada 31 Januari 2004, bagi sekolah jenis kebangsaan, bilangan pelajar adalah 2,297,452; bagi bilangan kelas adalah 73,965. Ini bermakna 31 orang satu kelas, maknanya ia kurang daripada had maksimum yang kita tetapkan, iaitu 35 orang. Bagi SJK(C) pula, bilangan pelajar adalah 647,092 orang; bilangan kelas adalah 18,682. Bermakna purata adalah 34.6 murid satu kelas. Bagi SJK(T) pula, bilangan pelajar adalah 95,371 orang dan bilangan kelas adalah 4,182. Dengan kata lain, purata ialah 22.8 murid bagi sebuah kelas. Jadi, kalau kita lihat angka ini, ia memang masih di bawah had maksimum yang kita tetapkan. Walau bagaimanapun, kita sedar ada kawasan memang menghadapi bilangan murid yang begitu ramai pada sebuah kelas. Oleh kerana itu, seperti yang saya sebutkan tadi, kerajaan pun telah meluluskan beberapa sekolah yang boleh dipindahkan ke kawasan-kawasan yang memerlukan dan beberapa buah sekolah baru pun telah didirikan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 1999, tiga buah sekolah baru telah dibina dan tiga buah sekolah lagi tengah dibina oleh kerajaan dan sebuah lagi telah diluluskan dan ia akan dibina oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Bagi kawasan Johor pula, dua belas sekolah yang mempunyai bilangan kecil telah dibenarkan pindah ke kawasan yang telah diminta oleh pihak Lembaga Sekolah. Tuan Lim Kit Siang: Terima kasih. Tadi, apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut mengenai norma 30 murid untuk satu kelas dan angka, statistik tadi sangat mengelirukan, kerana tidak membayangkan kedudukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di semua bandar. Semua yang lebih dari norma itu, lebih daripada 50. Dalam Ipoh, ada setengah-setengah kelas ada 53/54….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tanya soalan, Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Ini luar daripada saiz. [Disampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tanya soalan, Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Kenapa kementerian yang dekat suku kurun dahulu….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Tahun 1981 apabila melancarkan, memperkenalkan 3M, sudah kata itu dasar. Satu kelas, 30 pelajar, tidak ditunaikan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, tanya soalan, jangan berucap. Jangan berucap, tanya soalan. Tuan Lim Kit Siang: Kenapa ini tidak ditunaikan dan dibayangkan dengan jumlah pelajar-pelajar di sekolah aliran China pada masa merdeka, 310 ribu pelajar- pelajar, sekarang dua kali double tetapi sekolah tidak dapat, tetapi kurang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur cukup. [Dewan gamat] Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, ada 6 sekolah baru dibina, ini laughable, ini outrage. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur, saya sudah beri peluang. Sila tanya soalan. DR.2.6.2004 7

Tuan Lim Kit Siang: Soalan saya ialah adakah kerajaan rela menunaikan janji-janji ini – 24 tahun supaya saiz kelas di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, ialah antara 30 ke 35 di semua tempat-tempat bandar.… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Tuan Lim Kit Siang: ….dengan membina 100 buah sekolah tahun ini dan sampai 2010, 500 buah sekolah baru….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur, cukup. Cukup, Ipoh Timur. [Dewan gamat] Tuan Lim Kit Siang: ….sampai dasar baru. Adakah rela? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Tuan Lim Kit Siang: Barulah bererti dan bukan mengelirukan Dewan yang mulia ini. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, siapa yang mengelirukan Dewan ini, saya tidak tahu, tetapi apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, yang mengelirukan Dewan ini ialah Ketua Pembangkang Ipoh Timur. [Tepuk] Kita tidak pernah mengelirukan, apa yang saya jawab tadi begitu jelas. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Hon Choon Kim: Duduklah, duduk. [Dewan gamat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila duduk. Dato’ Hon Choon Kim: Duduklah. Ini bukan contoh yang baik. Yang Berhormat sebagai Ketua Pembangkang, ini bukan satu contoh yang baik. Bila Yang Berhormat bercakap, saya duduk diam-diam, bila saya bercakap, Yang Berhormat duduk, dengar saya berucap, dengar saya jawab. Jadi, mana ada tipu? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Dia punya otak suka keliru. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat, teruskan jawapan. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya jawab tadi, had maksimum ialah 35, jadi angka yang saya berikan kepada sekolah jenis kebangsaan 34.6, jadi masih bawah sedikit sahajalah. Walau bagaimanapun, saya pun sudah jawab, usaha pun telah diambil oleh kerajaan untuk membina beberapa sekolah. Saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, bukan semua sekolah mempunyai 50 orang, ada sekolah, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, satu orang sahaja. Jadi, ini bukan satu gambaran yang menyeluruh. Seorang Ahli: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur kelirulah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila diam, Yang Berhormat. Dato’ Hon Choon Kim: Jadi, Yang Berhormat, janganlah untuk mengambil kesempatan ini untuk menjadi seolah-olah cuma Yang Berhormat yang prihatin terhadap pendidikan . [Disampuk] Siapa yang lebih prihatin ialah kami di sini, . [Tepuk] Jadi Yang Berhormat, bila sampai belanjawan, Yang Berhormat sokonglah apa yang kita minta, jangan bangkang apa-apa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup Yang Berhormat. Cukup, Yang Berhormat. [Dewan gamat] Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Datuk. Sila duduk, sila duduk Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, yang lain duduk, yang lain sila duduk.

8 DR.2.6.2004

6. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hasil cukai pendapatan yang dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2003. Apakah langkah-langkah baru yang akan diambil oleh LHDN untuk menggalakkan rakyat dan syarikat membayar cukai secara sukarela tanpa paksaan dan hukuman. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil cukai pendapatan yang dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 2003 adalah sebanyak RM43.016 bilion. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut untuk menggalakkan rakyat dan syarikat membayar cukai secara sukarela tanpa paksaan dan hukuman serta menggalakkan pematuhan bayaran cukai, iaitu mengadakan Program Bayaran Cukai termasuk menganjurkan seminar dan bengkel, bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai percukaian Penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pembayar cukai dari segi penghantaran Borang Cukai Pendapatan, cara melaporkan pendapatan yang betul dan membayar cukai yang sepatutnya serta memperkenalkan konsep Sistem Tafsiran Sendiri. LHDN juga mengadakan program perkhidmatan pembayar cukai dengan memberikan perkhidmatan yang mesra, yang membantu dan yang memuaskan kepada orang ramai dan mengadakan perkhidmatan kaunter di semua cawangan untuk memudahkan pembayar cukai berurusan dengan LHDN serta mengadakan Minggu Perkhidmatan Pembayar Cukai yang diadakan seminggu sebelum tarikh penghantaran Borang Cukai Pendapatan. Kaunter Minggu Perkhidmatan Pembayar Cukai dibuka di kompleks membeli- belah, pejabat-pejabat majikan atau kilang-kilang yang besar di mana terdapat ramai pekerja serta di perkarangan Pejabat LHDN dan mengadakan Program Sehari Bersama Pelanggan pada hari Sabtu, minggu kedua setiap bulan di mana pembayar cukai dapat berjumpa terus dengan Pegawai Kanan LHDN bagi mengemukakan cadangan ataupun aduan. Tuan Yang di-Pertua, dialog bersama Persatuan Akauntan Bertauliah juga diadakan supaya maklumat-maklumat terkini seperti maklumat arahan penerangan kepada pindaan akta dan lain-lain dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan tepat kepada pembayar cukai. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjelaskan, berapakah jumlah cukai tertunggak yang telah ditafsirkan tetapi belum dikutip oleh LHDN pada 31 Disember 2003? Dan apakah langkah-langkah berkesan yang telah diguna pakai oleh LHDN untuk mengutip cukai yang tertunggak ini? Terima kasih. Datuk Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, maklumat yang dipohon tadi adalah maklumat yang spesifik dan saya perlukan notis untuk menjawabnya. Langkah-langkah seperti yang saya sebutkan tadi ialah seperti tindakan-tindakan mahkamah akan diambil oleh pihak LHDN terhadap mereka yang terlibat. Suka juga saya menerangkan bahawa bagi mereka yang ekspatriat ini, yang bekerja di sini, kita ada skim yang dipanggil Withholding Tax di mana sebelum ekspatriat itu pulang, gajinya ditahan sebanyak tiga bulan dan setelah selesai pembayaran cukai, barulah gajinya dipulangkan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Terima kasih adik-adik di galeri itu…. [Memandang ke arah Galeri Awam] Tengoklah kelakuan pembangkang…. Beberapa Ahli: [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan cepat. Soalan! Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: .…yang tidak sopan seperti macam abang sekarang ini. Soalan …. [Ketawa] Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] Cik Fong Po Kuan: [Bercakap tanpa pembesar suara] DR.2.6.2004 9

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Soalan… [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus Jerai, teruskan…. Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa Cina] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Mertajam, tolong diam. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Soalan tambahan, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita dapat…. Puan Chong Eng: [Bangun] [Menyampuk] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Nantilah, bising…. [Bercakap dalam bahasa Cina]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila, sila duduk. Jerai, Jerai teruskan! Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Macam mana saya hendak tanya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan. Cik Fong Po Kuan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah, sila duduk. Cik Fong Po Kuan: Tidak ada soalan. Jangan bohong, tidak ada soalan tambahan di sini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk, Batu Gajah. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Macam mana saya hendak tanya kalau perangai dia orang macam kucing hendak beranak – cot cit, cok cit, cok cit. [Dewan gamat dengan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, kita sedia maklum bahawa berjuta-juta rakyat asing memasuki negara kita untuk bekerja dan mendapat gaji, ada yang lumayan, ada yang tidak lumayan. Jadi adakah kerajaan ataupun Jabatan Hasil Dalam Negeri ini mengenal pasti pekerja- pekerja yang datang daripada luar negara yang bekerja, yang mereka ini telah masuk ke tahap perlu membayar cukai, di cukai kerana kita sedia maklum bahawa berbilion ringgit pertukaran wang kita depa hantar balik ke negara mereka. Jadi sedangkan kita mengenakan cukai kepada rakyat kita, rakyat luar yang datang ini kerana kita tidak monitor pergerakan mereka, maka kita kehilangan berpuluh- puluh juta pendapatan yang patut kita dapat daripada cukai pendapatan mereka ini. Apakah kementerian akan mengambil tindakan secepat mungkin untuk mengenakan cukai ke atas mereka ini. Terima kasih. Datuk Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, jumlah rakyat asing yang bekerja di Malaysia dalam kategori buruh, pembantu rumah dan sebagainya, lebih kurang 1.2 juta orang sekarang ini. Rakyat asing yang berkategori ekspatriat yang dijangka boleh bayar cukai adalah lebih kurang 10,000 orang. Mereka ini bila masuk ke Malaysia, akan didaftar dan fail akan dibuka oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri dan sebenarnya gaji mereka ini dipotong setiap bulan.

10 DR.2.6.2004

Di akhir tugas mereka di Malaysia seperti yang saya sebutkan tadi, gaji tiga bulan yang akhir itu ditahan dan setelah selesai bayaran cukai, barulah diberi gaji yang lebih itu kepada mereka. Maknanya, dia tidak boleh kata dengan izin, escape daripada LHDN. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

7. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Kesihatan menyatakan, pusat-pusat merawat penyakit kanser dan buah pinggang di setiap negeri. Nyatakan rancangan kerajaan untuk memperbanyakkan pusat-pusat rawatan bagi kedua-dua jenis penyakit ini, khasnya di negeri Pulau Pinang. Apakah kesan pelancongan perubatan (Health/Medical Tourism) terhadap penduduk tempatan dari segi bayaran dan accessibility . Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi hasrat Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik untuk rakyat dan menjadi hasrat kita juga untuk menyediakan pusat hemodialisis di setiap hospital. Setakat ini 70 buah Pusat Hemodialisis di hospital-hospital milik Kementerian Kesihatan sudah dibina dan dijangka sehingga akhir tahun ini 45 buah Pusat Hemodialisis akan siap dengan menelan belanja sebanyak RM30 juta. Di Pulau Pinang terdapat tiga buah hospital dengan Pusat Hemodialisis dan dijangka pada pertengahan tahun ini dua buah hospital lagi akan memulakan perkhidmatan hemodialisis iaitu Hospital Balik Pulau dan Hospital Kepala Batas. Dengan ini semua hospital dijangka akan mempunyai Pusat Hemodialisis pada akhir tahun ini. Pusat-pusat untuk merawat penyakit kanser adalah di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Umum Sarawak di Kuching di mana perkhidmatan kemoterapi dan radioterapi disediakan. Di Hospital Pulau Pinang dan hospital negeri lain-lain yang mempunyai pakar, hanya perkhidmatan kemoterapi disediakan dan perkhidmatan ini diberi selepas perbincangan atau rujukan kepada Pakar Onkologi Klinikal di HKL atau Hospital Umum Sarawak. Perkhidmatan kemoterapi diberi berdasarkan satu garis panduan Standard Chemotherapy Regimen yang telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL untuk semua hospital negeri. Untuk perkhidmatan radioterapi pula, perolehan perkhidmatan radioterapi telah diuruskan oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak swasta untuk menampung permintaan yang sedang meningkat. Oleh yang demikian, kementerian telah merancang untuk memulakan perkhidmatan rawatan penyakit kanser di negeri Pulau Pinang, Kuantan dan juga Sabah. Untuk soalan yang terakhir, untuk membangun industri pelancongan kesihatan, telah dimulakan pada tahun 1998. Hospital yang terlibat dalam usaha mempromosi sektor itu adalah terdiri daripada 35 buah hospital yang kesemuanya terdiri daripada hospital swasta. Pihak kementerian berpendapat bahawa tidak ada masalah yang akan timbul dari sudut accessibility dengan izin, perkhidmatan kesihatan kerana hospital kerajaan yang disasarkan untuk orang ramai mampu memberi perkhidmatan. Puan Chong Eng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang diberitahu kepada Dewan ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah sangat kurang khasnya pusat rawatan untuk penyakit kanser tetapi kita dapati yang dilaporkan oleh Malaysia Kini semalam dengan izin; “The Health Ministry has ordered significant cutback in its expenditure after receiving a Treasury directive that there will be no increase in each financial allocation for 2004. As a result, the Health Ministry now finds that it will not be able to meet staff salaries across the country by as much as RM210 million, unless it undertakes cost-cutting measures”. Ini saya sangat risau. Adakah ini benar? Kalau ini benar, ini bermakna bahawa pihak kementerian sudah tidak mampu memberi perkhidmatan yang secukupnya kepada rakyat tetapi sekarang telah..… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada soalan Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: …sudah sampai satu tahap tidak mampu membayar gaji.Jadi, apakah yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, adakah apa yang dilaporkan DR.2.6.2004 11 di dalam Malaysia Kini ini adalah benar, kalau ianya benar apakah yang akan dibuat supaya perkhidmatan kepada rakyat biasa tidak terjejas. Terima kasih. Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Apa juga yang ada di dalam Malaysia Kini memang tidak benar. Itulah Yang Berhormat percaya sangat kepada surat khabar ini. Pergi tanyalah dengan jururawat, atendan itu adakah kita tidak membayar gaji mereka atau overtime mereka, tidak adapun. Jadi, kalau ramai lagi rakyat membaca Malaysia Kini dan percaya macam Yang Berhormat ini susahlah, tidak betullah itu. Jadi, isu ini hanya dimainkan oleh pihak-pihak yang ini iri hati. Malah kita sepatutnya bersyukur di bawah kepimpinan Menteri, bos saya lama, kita punya Rancangan Malaysia Kelapan sepatutnya kita dapat RM5.5 bilion dari sudut pembangunan, tetapi dalam Mid-Term Review tambah jadi RM9.5 bilion. Jadi, perkara ini tidak timbul, kalau kita boleh membina hospital sudah tentu dan sudah jelas kita boleh membayar juga gaji pekerja. Gaji saya pun, saya check okey. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adakah penyakit kanser dan buah pinggang ini termasuk di dalam kategori yang boleh menerima bantuan daripada tabung pesakit kronik dan mengapakah terlalu sukar sekali bagi mendapatkan bantuan daripada tabung penyakit kronik yang ditubuhkan. Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Saya berharap Yang Berhormat tidak mendapat maklumat itu daripada Malaysia Kini. Sebenarnya penyakit-penyakit kanser dan penyakit hemodialisis, hemodialisis ini dia tidak diiktiraf sebagai penyakit kronik kerana kita ada bantuan khusus untuk hemodialisis, di mana kerajaan memberi subsidi RM50.00 seorang setiap kali mereka mendapatkan rawatan, tetapi bagi penyakit kanser ia adalah di bawah kategori penyakit kronik dan ia perlu memenuhi keperluan- keperluan kriteria dan tabung ini dilancarkan awalnya RM200 juta dan kita memang ada duit, sekarang ini Yang Berhormat Menteri telah pun mengarahkan supaya jawatankuasa ini memudahkan penggunaan dengan mengambil kira kriteria-kriteria tertentu kerana dana ini adalah dana daripada awam dan perlu diurus secara berhemah, jika tidak kalau kita longgarkan, kita buka pula gate, dengan izin mungkin dua hari sahaja habis. Terima kasih.

8. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah rancangan pembinaan Poliklinik Taman Universiti, Skudai akan dilaksanakan memandangkan kemudahan kesihatan awam di kawasan Skudai tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat. Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, projek klinik kesihatan jenis III di Taman Universiti, Johor Bahru telah dirancang untuk dilaksanakan pada awal tahun 2002 dengan menggunakan perkhidmatan juru perunding pengurusan projek dengan izin, PMC di bawah Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2004, tetapi tawaran yang telah dikemukakan oleh kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan projek ini telah tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan tawaran tersebut dibatalkan. Dengan itu kementerian bercadang supaya ianya dilaksanakan mengikut tatacara biasa iaitu JKR akan melakukan secara tawaran tender terbuka. Terima kasih. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa memang kritikal sekali kita hendak menubuhkan satu pusat kesihatan ataupun poliklinik di Skudai, dan ianya memang berpotensi untuk dijadikan hospital sepenuhnya, memandangkan Universiti Teknologi Malaysia ini memang mengharapkan satu pusat perubatan ataupun hospital di sana supaya mereka boleh menubuhkan fakulti perubatan di situ. Adakah kementerian sedar dan boleh membuat perancangan lebih awal? Terima kasih. Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat bagi Ayer Hitam. Dia doktor juga tetapi dia doktor engineer , doktor tidak boleh cucuk. Tuan Yang di-Pertua, itu cadangan yang baik, tetapi klinik kesihatan adalah di bawah ruang perkhidmatan public, dengan izin dan hospital adalah satu disiplin yang berbeza. Saya difahamkan UTM memang berhajat untuk menubuhkan satu fakulti tambahan, iaitu

12 DR.2.6.2004 fakulti perubatan dan saya difahamkan juga sudah ada fokus yang bijak di antara UTM dengan Johor Specialist Hospital yang dipunyai oleh Perbadanan Johor. Jadi, perkongsian ini bijak dan kita terbuka kepada cadangan-cadangan daripada UTM. Kalau hendak menjadikan K.K sebagai satu pusat untuk mereka menghantar pelatih atau under graduan perubatan kita alu-alukan. Terima kasih. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: Saya ingin hendak bertanya adakah kementerian mengambil langkah-langkah untuk mengawal bayaran rawatan yang begitu tinggi oleh hospital swasta. Datuk Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Buat masa ini dia bergantung kepada dengan izin, supply and demand. Kalau mereka pergi ke hospital swasta sudah tentu mereka mampu untuk membayar, sedangkan perkhidmatan perubatan atau kesihatan mampu disediakan oleh kerajaan sejak 47 tahun yang lalu. Mereka ada persatuan dan mereka berbincang di antara mereka, tetapi kita tidak ada undang-undang khas bagi memastikan rawatan ini dikawal oleh kerajaan.

9. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan setakat manakah kejayaan Malaysia di dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan pengedaran antarabangsa produk makanan halal. Apakah langkah-langkah konkrit yang telah dibuat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa kemajuan telah dicapai dalam usaha kerajaan menggalakkan pengeluaran dan pengedaran produk halal. Sehingga akhir tahun 2003 sejumlah 2,062 sijil halal telah dikeluarkan. Jumlah pelaburan bagi subsektor pengeluaran makanan yang diluluskan pada tahun 2003 ialah RM1.1 bilion. Pengeluaran produk makanan terpilih pada tahun 2003 berjumlah RM9.6 bilion. Eksport makanan pada tahun 2003 berjumlah RM7.6 bilion termasuk makanan yang diproses sebanyak RM5.5 bilion. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pengeluaran dan pengedaran produk halal termasuk: (i) Mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu teknikal seperti penyelarasan dan penyeragaman, proses dan prosedur persijilan halal, mengintegrasikan hazard analysis and critical control point (HACCP) , dengan izin, ke dalam persijilan halal, pengenalan logo “halal” yang mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan dan pematuhan standard antarabangsa dan pembangunan standard ”Halal Malaysia” yang mengandungi garis panduan pengeluaran penyediaan, pengendalian dan penyimpanan produk halal; (ii) menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan persijilan tunggal; (iii) membangunkan keupayaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan kuasa yang kompeten bagi persijilan halal; dan (iv) mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat pengeluaran produk halal seperti Pulau Indah di Selangor, Gambang di Pahang dan Pedas di Negeri Sembilan. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya suka membuat soalan tambahan, apakah kerajaan sentiasa membuat pemantauan kepada pengeluaran makanan halal dan haram kerana apabila mereka mendapati sijil halal dan haram kemudian barangkali berlaku, kalau di setengah-setengah tempat, mereka gunakan sijil itu untuk kerja-kerja mereka sedangkan barang ini sudah pun barangkali tidak halal selepas daripada itu. Apakah kerajaan sentiasa membuat pemantauan pada tempat-tempat ataupun syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan tersebut? Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa membuat pemantauan ke atas premis-premis yang mengeluarkan makanan yang mendapat sijil “Halal”. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh DR.2.6.2004 13

Yang Berhormat bagi Kudat, sebenarnya menyentuh tentang rancangan Malaysia untuk menjadi pusat pengeluaran dan pengedaran antarabangsa produk makanan halal. Jadi, isu Yang Berhormat bangkitkan itu yang sebenarnya tidak berkaitan dengan soalan asal yang dibangkitkan. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan potensi yang begitu besar di dalam industri makanan halal dan kita sebagai negara Islam yang dihormati di seluruh dunia, adakah kementerian bercadang untuk menggembleng MIDA sebagai pusat untuk menjemput pelabur- pelabur asing di dalam industri makanan halal dan adakah kementerian bercadang dan mengarahkan MATRADE untuk memberikan bantuan dalam usaha untuk memasarkan barang-barang makanan halal untuk menjadi Malaysia benar-benar menjadi sebuah pusat pengeluaran dan pengedaran makanan halal ke seluruh dunia. Terima kasih. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, rancangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar produk halal serantau ini melibatkan usaha yang concerted, dengan izin, di antara kerajaan dan swasta. Di bawah MITI kita mempunyai MIDA dan juga MATRADE. MIDA tidak spesifik menumpu kepada produk halal tetapi secara menyeluruh dan tidak ada sebarang masalah sekiranya ada syarikat-syarikat luar yang ingin untuk melabur di negara Malaysia dalam produk tersebut, saya percaya pihak MIDA akan memproses serta memberi persijilan untuk membuka kilang sebagaimana biasa yang dilakukan kepada produk-produk lain. Dari segi MATRADE, kita tahu bahawa MATRADE merupakan satu agensi kerajaan dalam memasarkan produk ke peringkat antarabangsa, di mana saya nyatakan tadi, dari segi pengeksportan produk yang diproses sekarang ini adalah sebanyak 1.4 peratus daripada keseluruhan eksport negara kita. MATRADE akan terus memainkan peranan penting di mana ada dua program yang dilakukan oleh MATRADE. Satu, exporter development programme , ini akan terus dijalankan untuk latihan dan sebagainya, dan satu lagi, market development programme yang berteraskan kepada usaha untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabangsa. Dan MATRADE mempunyai geran – market development grant dan juga branding fund untuk kita mengusahakan pemasaran produk ini kerana kita lihat produk halal merupakan satu niche market untuk negara kita, dan saya bersetuju sebagaimana yang dikata oleh Yang Berhormat, oleh kerana branding negara kita sebagai sebuah negara Islam moderate yang diterima oleh negara Islam dan bukan Islam, kita boleh memasarkan produk halal ini di peringkat antarabangsa bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga untuk bukan Islam.

10. Tuan Razali bin Ibrahim [Muar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan penjelasan tentang bagaimana negara akan mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam RRJP3 ke arah melahirkan atlet bertaraf dunia ekoran keputusan kerajaan untuk tidak menawarkan diri selaku tuan rumah Sukan Asia 2010. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di- Pertua, kerajaan tidak menyokong cadangan penganjuran Sukan Asia Tahun 2010 kerana kos untuk mengelolakan Sukan Asia adalah terlalu tinggi. Buat masa ini kerajaan berpendapat peruntukan yang tinggi untuk tujuan tersebut lebih baik disalurkan kepada sektor-sektor ekonomi dan sosial yang lebih memerlukannya. Walau pun negara kita tidak berhasrat untuk menganjurkan Sukan Asia Tahun 2010 namun program melatih atlet bagi menghadapi sukan berkenaan telah pun dimulakan melalui Program Gemilang 2006 dan juga Program Cemerlang 2010. Program ini menjurus kepada 26 jenis sukan untuk diberi tumpuan supaya atlet-atletnya dapat bersaing di temasya sukan yang berkenaan. Di samping itu juga, program ini menyediakan atlet untuk Sukan Komanwel Tahun 2006 yang akan diadakan di Melbourne, Australia. Dalam erti kata lain, program menyediakan atlet untuk mampu bersaing sehingga ke peringkat dunia akan tetap diteruskan. Tuan Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan, dan kita faham bahawa untuk kita bersaing di peringkat yang tertinggi seperti yang digariskan di dalam

14 DR.2.6.2004

Rancangan Jangka Panjang Ketiga, kita perlu mendedahkan para atlet kepada sebanyak mungkin kejohanan. Soalan saya, atlet yang kita ada hari ini, usia atlet tidak boleh pergi jauh sangat, jadi tumpuan 2010 yang nyata jauh dari sekarang, perlulah penglibatan atlet dari peringkat sekolah. Soalan tambahan saya, apakah yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam mencari sumber talent, dengan izin, atlet di peringkat sekolah ini. Terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Muar atas soalan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, sesungguhnya pihak Kementerian Belia dan Sukan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama dengan Kementerian Pelajaran untuk menangani persoalan yang dibangkitkan tadi. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa pembentukan seseorang atlet itu biasanya memerlukan 10 hingga 12 tahun. Dalam hubungan ini terdapat program pengenalpastian bakat ataupun tunas-tugas baru dari kalangan atlet- atlet di peringkat sekolah. Ini merupakan satu-satunya yang telah pun dirancang dan akan berlangsung seterusnya. Di samping itu, terdapat juga usaha-usaha atau perancangan-perancangan untuk menubuhkan banyak lagi Sekolah Sukan untuk menampung keperluan yang semakin meningkat ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan selesai]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen yang Kesebelas.” [1 Jun 2004] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Minta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyambung menjawab.

11.08 pagi. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya menyambung ucapan penggulungan pada pagi ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Panjang lagikah Yang Berhormat? Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Semalam saya sudah menyentuh dengan terperinci tentang isu-isu yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai usaha-usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berhubung pembasmian kemiskinan, pembangunan masyarakat orang Asli dan pembangunan tanah pertanian serta peranan Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga Pembangunan Tanah. DR.2.6.2004 15

Pada pagi ini saya akan menyentuh hanya dua perkara lagi iaitu pembangunan prasarana utiliti dan ameniti sosial dan pendidikan serta latihan masyarakat luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, prasarana utiliti dan ameniti sosial. Yang Berhormat bagi Kota Belud, Kudat, Kuala Kedah, Baram, Putatan, Sepangar, Papar dan Kuala Krai menyentuh mengenai penyediaan prasarana serta ameniti sosial seperti bekalan air, elektrik dan jalan-jalan kampung yang lebih baik di kawasan luar bandar termasuk di sekolah-sekolah luar bandar yang perlu dipertingkatkan untuk kebaikan dan manfaat penduduk luar bandar. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah juga ingin mengetahui kedudukan bekalan asas untuk negeri Sabah secara khusus. Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai matlamat supaya kemudahan asas seperti jalan yang sempurna, khususnya jalan luar bandar dan jalan kampung, bekalan elektrik dan bekalan air yang bersih, dapat disediakan di Sabah, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM591.01 juta bagi melaksanakan projek pembangunan di negeri tersebut untuk Rancangan Malaysia Kelapan, yang melibatkan antaranya program-program berikut iaitu: • RM63.11 juta disediakan untuk projek-projek jalan luar bandar yang melibatkan 92 projek, di mana 21 projek telah siap dan tiga sedang dalam pelaksanaan. Dua projek lagi di peringkat tawaran dan 66 di peringkat reka bentuk. Dijangka liputan keseluruhan jalan kelak, sepanjang 520.65 kilometer. • Sebanyak RM150 juta disediakan bagi projek jalan kampung (PJK). Sehingga kini, sebanyak 1,237 projek yang bernilai RM90.253 juta, telah disiapkan di Sabah dengan liputan jalan sepanjang 1,202 kilometer. • Sebanyak RM194.9 juta pula disediakan bagi bekalan... Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kuala Krai bangun, Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kuala Krai. Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, bahagian utiliti ini, terutama sekali kawasan luar bandar, khususnya di Kuala Krai, terdapat kampung-kampung ataupun pekan-pekan kecil yang mana penduduknya tidak dapat menikmati bekalan air. Paipnya masa belum perang lagi, iaitu tahun 70-an, sudah berkarat, penduduknya ramai. Bila kita sebut air di bawah kerajaan negeri, maka terbayanglah kita sekali lagi, bila mana mandat rakyat begitu besar memberi sumbangan terhadap Barisan Nasional, tetapi malangnya, untuk mengatasi masalah ini adalah tipis. Soalan saya, adakah pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar, termasuk di bahagian utiliti, dapat memberi kerjasama dengan Kerajaan Kelantan, khususnya di bawah PAS ini, supaya dapat kita memberi nikmat kepada rakyat yang begitu lama tidak dapat air ini dan kadangkala, kalau adapun berkarat. Perkara ini sudah pun diberitahu kepada saya, bahkan sudah lama. Jadi, saya berharap kepada Timbalan Menteri, khususnya yang datang dari Kelantan ini…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat: ….dapat memberi.… [Disampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri sudah faham. Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat: Ya. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Krai. Sememangnya Kerajaan Pusat memang prihatin dengan seluruh rakyat luar bandar, termasuklah di Kelantan. Peruntukan-peruntukan untuk projek air luar bandar sememangnya disediakan untuk semua negeri, termasuklah Kelantan. Cuma,

16 DR.2.6.2004 kalau Kelantan mengalami sedikit masalah yang lebih besar daripada negeri-negeri lain ialah kerana, keadaan pembangunan air di Kelantan sudah merupakan satu masalah yang berlarutan begitu panjang dan mudah-mudahan masalah itu akan dapat kita selesaikan dalam jangka masa yang sederhana, insya-Allah. Saya sambung, Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak RM194.9 juta disediakan bagi bekalan elektrik di negeri Sabah… Tuan Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Bera. [Mengetuk mikrofon] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Bera, Yang Berhormat. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri, saya hendak tanya, apakah asas ataupun kriteria di dalam pihak kementerian memasukkan bekalan elektrik dan air di satu-satu kawasan? Adakah kriterianya daripada jumlah penduduk ataupun daripada segi jaraknya daripada kawasan bandar dan sebagainya. Saya tanya begini, sebab kalau kita lihat kawasan-kawasan yang terpencil, terutamanya kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli misalnya, kedudukannya terpencil, begitu jauh dan penduduknya kadang-kadang ada 50 buah rumah, 30 buah rumah dan sebagainya. Jadi, apakah kriterianya bagi membolehkan mereka dapat bekalan elektrik, sebab biasanya kawasan Orang Asli yang paling tinggi pun, ada elektrik 12 jam, ada ‘gen-set’ dan sebagainya. Jadi, sepatutnya semua kawasan memperoleh elektrik 24 jam. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sebenarnya, mengenai bekalan elektrik dan bekalan air kepada masyarakat Orang Asli, saya sudah perjelaskan dengan terperincinya semalam. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat bagi Bera ada di sini. Bahkan, saya ada menyebut secara khusus masalah bekalan elektrik yang ditimbulkan oleh beliau, di satu tempat perkampungan Orang Asli, di mana bekalan sekarang ini, diadakan melalui bekalan sementara yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad melalui ‘ gen-set’ yang membekalkan dari jam 7.00 malam sehingga 7.00 pagi. Usaha-usaha dibuat untuk mendapat bekalan yang seterusnya. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: Yang Berhormat Datuk, saya tanya dari segi kriteria. Tadi, contoh. Bagi saya, dari segi asas keseluruhan negara, bukan sahaja spesifik kepada kampung Orang Asli tadi. Dari segi kriteria dan asas ia. Dari segi rumah, berapa jumlah rumahkah, jarakkah, itu yang saya hendak tahu?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okey, Yang Berhormat. Saya bercadang untuk menjawab soalan tersebut sebelum Yang Berhormat menegur saya. Kriteria yang ditetapkan, salah satu daripada kelonggaran sebenarnya yang diberikan ialah, supaya cadangan untuk membekalkan air dan bekalan elektrik ini disampaikan oleh peringkat bawah iaitu peringkat SGO dan juga peringkat kampung, JKK dan sebagainya. Kita menerima cadangan-cadangan ini dan meneliti sekiranya dirasakan wajar dan kebanyakannya wajar. Cuma, soalannya ialah untuk mengenakan priority dengan izin, yang mana perlu dahulu didahulukan dan yang mana perlu menunggu sekejap, terpaksa menunggu kerana peruntukan juga adalah terhad untuk membekalkan semua secara sekali gus, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau diizinkan, saya boleh sambungkan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin : Jadi, bagi negeri Sabah, sebanyak 69 projek, iaitu 49 projek talian Gerik dilaksanakan dengan nilai RM70 juta yang memberi manfaat kepada 3,827 buah rumah. Sebanyak 20 projek solar bernilai RM9.19 juta telah dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 703 buah rumah di Sabah. Bagi tahun 2003, 2004 pula, 124 projek bernilai RM100 juta meliputi 6,774 buah rumah dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negeri Sabah. Sehingga kini, liputan DR.2.6.2004 17 keseluruhan bekalan elektrik luar bandar di Sabah ialah sebanyak 69.8%. Sejumlah RM183 juta pula adalah bagi Program Bekalan Air Luar Bandar. Sehingga kini, sebanyak 254 projek retikulasi bernilai RM171.8 juta telah dan akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 24,764 buah rumah. Bagi kaedah alternatif pula, sebanyak 115 projek telah dilaksanakan, bernilai RM4.8 juta dan sehingga kini, liputan keseluruhan bekalan air luar bandar bagi negeri Sabah ialah sebanyak 63%. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Kedah yang memohon diperbanyakkan pembangunan..… Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya? Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sila. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana kita nampak negeri Sabah mendapat peruntukan yang lumayan. Tetapi, saya ingin tahu, kerana kita dapati di Sabah, ejen pelaksana bukan Kementerian Luar Bandar. Ejen pelaksana ialah Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Jadi, kita nampak sungguhpun banyak peruntukan yang diberi, kadangkala ada banyak projek yang peruntukan tidak dapat digunakan untuk tiap-tiap tahun, kerana pelaksanaan begitu lembap sekali. Jadi, adakah kementerian bercadang untuk memastikan supaya projek-projek ini dijalankan dengan secara lancar, kementerian monitor pergerakan-pergerakan ini. Yang kedua, saya ingin tahu kerana Yang Berhormat kelmarin ada bercerita fasal ‘Top-Down , Bottom-Up’. Jadi, kita mungkin secara samar-samar tahu ‘Top-Down Bottom-Up’ ini. Kalau boleh, secara terperinci kita mahu tahu, supaya kalau kita dapat tahu secara terperinci, mungkin kita boleh monitor apa itu perkataan ‘Top-Down’ dan ‘Bottom-Up’ itu. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat memang pelaksanaan ini diamanahkan kepada agensi-agensi tertentu kerana kementerian tidak mempunyai cawangan di negeri-negeri dan tambah-tambah lagi di luar bandar. Begitu jugalah di negeri Kelantan pelaksanaannya dikendalikan oleh JPPK manakala di Sabah, JPPS. Dan sememangnya kementerian mengetahui bahawa terdapat masalah-masalah pelaksanaan dari segi kelambatan yang senantiasa mendapat rungutan baik daripada rakyat mahupun daripada pemimpin-pemimpin khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat. Kementerian sedang mengkaji sebenarnya, bagaimanakah pelaksanaan ini harus diperbaiki. Satu daripada masalah di Kelantan kerana saya lebih faham sedikit berbanding dengan di Sabah, JPP sebenarnya tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Mereka menjelaskan kepada kita bahawa sebenarnya mereka tidak mampu memandangkan projek yang begitu banyak dan semuanya perlu diluluskan oleh mereka sebelum pelaksanaan dikendalikan... Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pasir Mas bangun. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sekejap lagi Pasir Mas, boleh? Sabar Pasir Mas. [Bercakap dalam bahasa Arab]. Tuan Haji Ismail bin Noh: Baik Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Jadi kita di JPPK umpamanya usaha sedang dibuat untuk menambahkan kakitangan khusus untuk menjaga projek-projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Bahkan kita akan mengadakan beberapa pegawai yang akan dipinjamkan daripada RISDA dan mungkin ini satu kaedah yang kita boleh buat juga di JPPS kalau kita pertimbangkan nanti.… Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Bagi Pasir Mas dahululah, Yang Berhormat. [Bercakap kepada Yang Berhormat bagi Santubong]

18 DR.2.6.2004

Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih.... Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pasir Mas ini dahulu, Yang Berhormat. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: Soalan saya yang kedua belum dijawab. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap, sekejap ya. Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dalam kenyataan Timbalan Menteri tadi menyebut bahawa JPP tidak cukup kakitangan untuk meluluskan projek- projek kecil di kampung ataupun khususnya di negeri Kelantan. Dua, tiga hari lepas saya ada membaca kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kenyataan akhbar di mana Yang Berhormat ada menyebut bahawa pembangunan kemajuan luar bandar di negeri Kelantan khususnya hanya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional dan tidak di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS. Apakah kenyataan ini bersifat peribadi atau atas nama Timbalan Menteri? Dan apakah kerajaan kalau atas nama…, saya rasa kalau atas nama peribadi pun tidak betul, apa lagi atas nama Timbalan Menteri? Dan apakah Kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan dasar diskriminasi kepada rakyat Kelantan walaupun sebahagian daripada saya kira rakyat Kelantan sudah pun menunjuk tanda bersimpati sekali gus dan barangkali kalau Barisan Nasional tidak menunjukkan keadilan dia akan pusing kepada PAS semula dalam pilihan raya nanti? Apakah pandangan Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah itu. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Baiklah Yang Berhormat. Terima kasihlah di atas pengakuan Yang Berhormat bahawa rakyat Kelantan sudah menunjukkan simpati kepada Barisan Nasional. Saya mendoakan agar Yang Berhormat juga akan bertukar fikiran tidak lama nanti kerana itulah sebenarnya kebaikan untuk rakyat Kelantan. Saya sebenarnya telah menjawab soalan ini dengan jelas semalam semasa ditimbulkan soalan ini, malangnya saya kira Yang Berhormat tidak berada di sini. Beberapa Ahli: Dia balik Pasir Mas, dia balik! Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ha, dia balik? Yang Berhormat balik Pasir Maskah semalam? Jadi saya tidak hendak ulangi jawapan kerana Yang Berhormat perlulah membaca Hansard saya kira sebabnya untuk menjawab dua kali dalam jangka masa yang agak suntuk sekarang ini. Kalau boleh saya jawab soalan Yang Berhormat bagi Kalabakan mengenai perancangan top-down, bottom-up ini. Sebenarnya memang kita guna kedua-duanya sekali. Top-down dari segi perancangan makro, secara umum, secara negara, dari segi perkembangan ekonomi, kewangan seperti mana yang dilakukan oleh EPU dan juga Perbendaharaan. Kemudian berdasarkan kepada kemampuan negara dari segi kewangan dan sebagainya sebanyak manakah yang kita boleh tetapi dari segi projek-projek yang khusus kebanyakan kita bergantung kepada input dengan izin, yang datang dari bawah iaitu daripada pihak JKK, daripada pihak Pegawai Daerah, SDO dan sebagainya. Dan kita akan selaraskan supaya permintaan dan juga kemampuan kita tidak begitu jauh larinya supaya apa yang kita komited nanti, dapat kita laksanakan. Jadi inilah secara kasarnya dari segi perancangan top-down, bottom-up secara sebenarnya agak-agak detail dari segi peringkat-peringkat perbincangan di EPU seperti Technical Working Group dengan izin, Inter-Agency Planning Group dengan izin kemudian NDPC di peringkat EPU dan kementerian-kementerian lain, sehinggalah rancangan lima tahun ini diluluskan untuk dilaksanakan. Pelaksanaan juga dihantar kembali kepada peringkat bawah untuk dilaksanakan. Ada soalan yang berhubung-kait dengan perkara tersebut yang telah pun dijawab, bagaimana kementerian sekarang ini melihat pelaksanaan di peringkat bawah DR.2.6.2004 19 khususnya peranan Ahli-ahli Parlimen dalam jawatankuasa atau Majlis Tindakan Daerah yang sedang dipertimbangkan sekarang.… Tuan Yang di-Pertua: Ya, Santubong. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar : Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Salah satu daripada yang diterima hakikatnya oleh Timbalan Menteri tadi ialah masalah kekurangan anggota. Soalan yang kedua dibangkit oleh Yang Berhormat tadi daripada Sabah ialah soal bottom-up dan... Tuan Yang di-Pertua: Top-down. Beberapa Ahli: Top-down, top-down! Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Top-down, top-down! Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Bottom-up, top-down , apa benda pun. Masalahnya bolehkah tidak di antara vacuum atau lacuna yang berlaku dalam kerajaan ini, kita gunakan Ahli Parlimen? Gunakan Ahli Parlimen untuk menentukan. Kalau pengalaman saya tidak panjang, 14 tahun di Parlimen ini saya melihat di kawasan saya masalah bila sumber kewangan disampaikan kepada pihak ataupun agensi tertentu di negeri berlaku disparity of distribution of corrupt ’sumber’, dengan izin, daripada satu kawasan ke satu kawasan. Saya sudah berkhidmat dalam dua kawasan di Batang Lupar, saya nampak banyak perkara yang saya dapat tapi di Santubong saya berasa sedih sedikit kerana ada kawasan-kawasan tertentu sepatutnya mendapat bantuan dan sumbangan tetapi tidak dapat. Sebab-sebabnya mungkin berlaku kerana agensi pelaksana di peringkat negeri akan menekankan bagaimana lobinya, bagaimana connection nya, bagaimana hubungannya, siapa yang control sumber kewangan yang mendapat lebih. Kalau kita pergi ke tempat-tempat yang tertentu kita mendapatkan bahawa ini banyak penumpuan. Di satu tempat pula, tidak ada penumpuan walaupun the need is there, dengan izin. Jadi kenapa ini berlaku. Jadi kalau Ahli Parlimen itu dibawa bersama berbincang dan mendapat feedback dan feedback itu diguna sepenuhnya mungkin talk show dalam Dewan. Jadi saya cukup yakin bahawa perkara soal kelemahan, tidak cukup anggota, tidak cukup orang sepatutnya tidak berlaku. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat bagi Santubong, sememangnya itulah yang kita sedang pertimbangkan sekarang. Sudah beberapa kali saya nyatakan bahawa kita sedang mengkaji kaedah baru yang akan melibatkan Ahli- ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri, cuma di peringkat ini kita tidak memutuskan, apakah bentuk peranan sebenarnya? Insya-Allah apabila kita putuskan nanti diharapkan ia akan mewujudkan satu sistem yang lebih baik, bukan sahaja mendatangkan manfaat yang lebih besar kepada rakyat, tetapi juga lebih memuaskan hati kita sebagai wakil-wakil rakyat yang ingin melihat kebaikan yang lebih banyak dinikmati oleh rakyat semua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Keningau. Datuk Seri Panglima Joseph Pairan Kitingan: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini ada berkaitan dengan ketidakcukupan anggota kementerian dan JPPS untuk melaksanakan projek-projek. Oleh sebab itu banyak masalah timbul. Bolehkah pihak kementerian mempertimbangkan jentera-jentera kerajaan negeri itu, khususnya di negeri Sabah kerana kerajaan negeri mempunyai jentera-jentera tertentu sehingga ke peringkat bawah iaitu ke peringkat pejabat-pejabat daerah. Jika sekiranya peruntukan-peruntukan, seterusnya projek-projek itu boleh dilaksanakan melalui kerajaan negeri, khususnya kementerian yang berkenaan, tentu sekali pelaksanaan program-program dan projek-projek untuk kebaikan untuk rakyat itu akan dapat dilaksanakan dengan secepatnya dan licin. Justeru itu kita hendak tahulah sama ada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah boleh menggunakan jentera-jentera kerajaan negeri. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya ingin saya jelaskan, apabila saya menyatakan bahawa satu daripada masalah yang dialami oleh agensi pelaksana ialah kekurangan kakitangan. Itu khusus saya tumpukan kepada JPPK. Saya tidak begitu maklum dengan keadaan di JPPS.

20 DR.2.6.2004

Cuma saya kira kalau JPPK mengalami masalah tersebut, mungkin JPPS juga ada mempunyai masalah tersebut. Oleh kerana kaedah yang kita atasi di JPPK ialah dengan memberi kakitangan yang lebih khususnya daripada agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menumpukan kepada projek-projek kementerian, maka mungkin kaedah yang sama dapat dipertimbangkan di Sabah. Keduanya, walaupun projek-projek ini dilaksanakan oleh JPPK dan JPPS, ianya tidak bererti bahawa peranan tidak dimainkan di peringkat bawah oleh JKK, penghulu, penggawa dan sebagainya. Ia memainkan peranan masing-masing. Cuma masalahnya kalaulah di peringkat JPP, kesuntukan ataupun kekurangan kakitangan, maka ia akan mewujudkan satu bottle neck yang mana di bawah mungkin okey tetapi di negeri agak mempunyai kekangan, constrain , dengan izin, yang mana perlu diatasi. Namun begitu, saya mengambil… Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Tuaran bangun. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Namun begitu saya akan ambil ingatan atas semua cadangan mengenai pelaksanaan ini dan kita akan kaji apakah cara yang paling baik supaya ianya menjadi lebih licin. Silakan. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum Yang Berhormat berpindah kepada tajuk yang lain, disebut tadi tentang jalan luar bandar dan PJK di Sabah selain daripada soal pelaksanaan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa sebahagian besar daripada peruntukan yang diberi untuk jalan kampung ini sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah yang lebih besar iaitu menyelesaikan masalah-masalah jalan negeri di mana sekarang ini diberi peruntukan untuk jalan luar bandar. Tetapi apabila ia jalan luar bandar, soal untuk mengenal pasti jalan-jalan ini. Saya bagi contoh, Yang Berhormat, kawasan saya mempunyai lebih 20 batang jalan untuk jalan luar bandar dan setakat ini saya tidak tahu langsung satu pun jalan untuk jalan luar bandar ini. Dan jalan luar bandar ini, inilah sebenarnya jalan yang menghubungkan kampung di antara satu sama lain yang lebih baik tetapi ini adalah jalan di bawah kelolaan JKR negeri. Jadi, persoalan di sini ialah siapa yang mengenal pasti jalan ini untuk dihantar ke kementerian Yang Berhormat untuk mencari penyelesaian, itu satu.

Yang kedua, bagaimana pula peranan JPPS dalam hal ini sebab seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, pelaksana utama kementerian Yang Berhormat ialah JPPS. Di mana peranan JPPS dalam hal ini? Di mana pula peranan kami, Ahli- ahli Yang Berhormat dan juga pegawai daerah dalam soal ini? Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Memang jalan luar bandar dikendalikan oleh JKR walaupun peruntukan diberi oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Begitu juga selain daripada Sabah dan Kelantan, pelaksanaan jalan kampung juga sekarang ini sebagai keputusan baru kerajaan ialah untuk dikendalikan oleh JKR kerana terlalu banyak rungutan bahawa tanpa penglibatan JKR, mutu jalan tidaklah sebaik dan yang seharusnya. Mungkin kerana jalan-jalan yang terlalu banyak mungkin kerana pengawasan yang tidak secukupnya, maka timbul masalah jalan-jalan yang kualitinya diragui dan dikatakan tidak tahan lama. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Rantau Panjang.… DR.2.6.2004 21

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sekejap, kalau boleh saya… Yang Berhormat boleh duduk sekejap? Lepas itu saya panggil Yang Berhormat. Rantau Panjang ya, Yang Berhormat? Jadi, inilah kaedah yang dipilih buat masa ini iaitu memberi kepada JKR untuk mengendalikannya. Tentang peranan setiap pihak di peringkat bawah, khususnya peranan wakil rakyat dan pegawai daerah, memang inilah yang saya cuba katakan beberapa kali, kita sedang mengkaji kerana kita ingin memberi peluang dan peranan kepada semua pihak di peringkat bawah, baik kepada pegawai daerah mahupun kepada Ahli-ahli Parlimen, wakil rakyat dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kerana merekalah sebenarnya yang harus menentukan apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di tempat mereka kerana kita agak jauh daripada apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Cuma yang saya sebutkan, ini belum diputuskan lagi. Kalau Yang Berhormat boleh bersabar sedikit, mungkin dalam jangka masa yang terdekat ini, kita boleh membuat keputusan dan diharapkan bahawa semuanya akan dapat memainkan peranan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Rantau Panjang. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Berkaitan dengan peranan JPP khususnya di Kelantan. Barangkali Yang Berhormat masih boleh ingat lagi JPP di Kelantan ini ditubuhkan pada tahun 90-an apabila Kerajaan Barisan Nasional jatuh ke tangan PAS di Kelantan. Bermula dari itulah segala bantuan diberi melalui JPP dan projek-projek kecil, khususnya projek jalan kampung dibuat melalui JPP. Waktu itu kita telah pun menyebutkan beberapa kali kepada Kerajaan Persekutuan bahawasanya JPP tidak mempunyai kepakaran dan tidak cukup anggota untuk memantau projek-projek kecil yang dijalankan di seluruh negeri Kelantan ini. Tetapi waktu itu pihak JPP masih lagi merasai mereka mampu kerana tekanan politik terlalu kuat dan tidak mahu diserahkan kepada pihak lain, khususnya kepada technician yang tidak mempunyai kepakaran sehingga sebahagian besar jalan kampung itu tidak bermutu. Saya berterima kasih sekarang kerana pihak Timbalan Menteri mengakui bahawasanya sebahagian besar jalan-jalan sebelum daripada ini tidak bermutu kalau hendak dibandingkan dengan jalan-jalan yang dipantau oleh pihak technician JKR khususnya. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, adakah kerajaan merasai bahawasanya segala peruntukan di bawah JPP disalurkan keseluruhannya melalui pejabat daerah, majlis daerah dan JKR di jajahan supaya semua mutu jalan-jalan dan perkara-perkara lain yang diperuntukkan melalui JPP ini boleh kita sama-sama merasai perkara itu dengan lebih baik daripada mutu yang diselenggarakan oleh pihak pegawai- pegawai dan kakitangan JPP. Terima kasih. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat, perlu diingatkan bahawa JPP Kelantan tidaklah mengendalikan kerja mereka tanpa penglibatan JKR. Bahkan di Kelantan, JPP Kelantan sendiri ada terdapat unit JKR yang memastikan semua aspek teknikal ini dapat dipenuhi. Bukan saya mengatakan bahawa jalan kampung secara keseluruhannya mengalami masalah kualiti, cuma terdapat berdasarkan kepada feed-back , dengan izin yang diperolehi daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat bahawa di setengah- setengah kawasan memang ada masalah setelah dibina jalan ini cepat pecah. Tambah di negeri-negeri yang sering mengalami banjir. Air banyak, bila dua atau tiga bulan air berladung di atas jalan, lori besar, jentolak dan sebagainya maka jalan kampung sememangnya dari segi peruntukan, dari segi spec dia ini tidaklah sama dengan lebuh raya. Kita perlu akui hakikat tersebut. Namun begitu, kita.... Dr. Mohd. Hayati bin Othman: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Pendang bangun Yang Berhormat. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Pendang bangun.

22 DR.2.6.2004

Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya , silakan. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya masih lagi dengan jalan kampung ini sebab di dalam kampung saya rasa apa yang perlu kita beri perhatian ialah tentang kuasa untuk melaksanakan projek itu. Kadang-kadang DO sudah lulus, macam semalam saya terima satu telefon daripada kawasan, dia kata lori sudah datang hendak bubuh, tetapi nampaknya JKK itu lebih berkuasa daripada DO. Kelulusan sudah dapat tetapi JKK menghalang daripada jalan itu dibuat. Saya hendak tanya kepada kementerian siapa sebenarnya yang berkuasa dalam sesuatu daerah? Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang berkuasanya ialah jentera pelaksanaan Kerajaan Persekutuan kerana ini projek Persekutuan dan mengikut pelaksanaannya sebagaimana diputuskan oleh Kabinet ia mestilah dilaksanakan melalui jentera Persekutuan. Bagi negeri-negeri yang mempunyai jentera negerinya sendiri yang berbeza daripada jentera Persekutuan, maka sudah tentu jentera Persekutuan yang lebih menentukan. Umpamanya dalam konteks JPP tadi, ia telah melantik beribu-ribu penghulu-penghulu sebenarnya yang menjaga setiap kampung, setiap mukim, mereka ini ialah sebahagian daripada jentera. Kita akan lihat bagaimanakah peranan-peranan DO dan sebagainya yang kita boleh berikan. Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: [Bangun] Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Di negeri-negeri lain yang tidak ada JPP ialah melalui SDO dan saya rasa SDO juga ada mendapat maklumat dan juga kerjasama daripada pejabat daerah saya yakin, kerana SDO dia tidak boleh buat kerja secara in isolation, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Maran bangun. Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan Timbalan Menteri..... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, bagi dia, bagi jalan dahulu Yang Berhormat. Hendak benar atau tidak, ya. Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Maran sahabat saya, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Saya hendak beri pandangan kepada Timbalan Menteri. Sebenarnya kalau mengikut pengalaman lepas dan saya ada sedikit pengalaman tentang pelaksanaan projek-projek daerah ini. Dahulu, kita ada beberapa jawatankuasa yang menyelaraskan perancangan dan juga pelaksanaan projek-projek di peringkat daerah. Antaranya ialah Jawatankuasa Tindakan Daerah yang saya difahamkan telah hendak diaktifkan semula dan yang kedua ialah Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang bertujuan menyelaras dan monitor projek-projek pembangunan peringkat daerah. Satu lagi jawatankuasa ialah Jawatankuasa Perancangan Daerah. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri, Jawatankuasa Perancangan Daerah akhir-akhir ini tidak lagi aktif dan inilah yang menyebabkan sebahagian daripada ahli-ahli politik ataupun kita sebagai Ahli Parlimen tidak terlibat dengan perancangan projek-projek dan kadang-kadang ada projek-projek yang menggunakan konsultan terus turun ke daerah-daerah, yang mana kita sendiri tidak tahu. Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah usaha ataupun cadangan untuk mengaktifkan semula jawatankuasa ini bagi membolehkan semua ahli politik dan Ahli Parlimen terlibat dalam merancang projek-projek daerah supaya kita sama-sama dapat memberikan contribution ataupun sumbangan kita dalam menyelia dan melaksanakan projek-projek ini. Terima kasih. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu berapa kalikah harus saya nyatakan yang sama iaitu kita sedar, bahawa kita perlu DR.2.6.2004 23 melihat kaedah yang boleh memberi peranan yang lebih besar kepada ketua daerah, kepada wakil rakyat, kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan hanya yang saya minta kalau tidak keterlaluan Tuan Yang di-Pertua bagilah masa sedikit. Kalau dalam persidangan Dewan sekali lagi, insya-Allah kita sudah ada satu jawapan dan satu kaedah yang lebih baik. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat ada lagi seorang bangun, Bera. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya, saya bagi kepada Yang Berhormat bagi Bera. Tuan Yang di-Pertua: Bera. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Timbalan Menteri yang saya kira memberikan jawapan yang amat bernas dan jelas sekali. Soalan saya, kalau kita lihat jalan-jalan kampung, jalan-jalan luar bandar (PLB) yang dipanggil oleh orang kampung jalan-jalan PLB. Jalan itu masih terlalu kecil. Saya kira lebarnya lebih kurang enam kaki macam itu. Dahulu mungkin sesuai sebab dahulu pengguna jalan di kampung- kampung menggunakan motosikal, basikal dan sebagainya tetapi sekarang menggunakan motokar dan sebagainya. Adakah pihak kementerian bercadang dalam keadaan sekarang untuk membuat jalan-jalan yang lebih lebar dan sebagainya. Yang kedua soalan saya, kalau dahulu kita ada sistem payung, sekarang sistem payung dianggap gagal. Dengan jalan yang begitu kecil seperti yang saya sebutkan tadi, kita mewujudkan private consultant. Apakah asas pihak kementerian mewujudkan private consultant seperti ini sedangkan jalan yang begitu kecil, jalan kampung hendak dijaga. Bukankah ini akan meninggikan kos dan sebagainya kepada pihak kementerian. Apa fungsi sebenarnya konsultan kerana saya lihat yang banyak buat kerja akhirnya pemantauan ialah daripada pejabat daerah bukan daripada konsultan. Mohon jawapan, terima kasih. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bera. Dua soalan, pertama untuk melebarkan jalan-jalan kampung yang memang sempit kadangkala hendak berselisih kereta pun memang susah. Ini memang satu masalah. Malangnya kementerian tidak dapat berbuat apa-apa sangat kerana kebanyakan terlibat soal tanah. Soal tanah jalan kampung ini yang batu kapit itu memang sudah kecil tidak boleh diperbesarkan kadangkala juga jalan ini dibuat atas ihsan orang kampung yang dia bersetuju tanah di hadapan rumah dia sedikit digunakan. Kalau kita hendak luaskan lagi masalah orang kampung tidak sanggup. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: [Bangun] Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Kalau Yang Berhormat bagi Bera dapat kelulusan di kampung beliau, saya rasa kita boleh beri pertimbangan yang sewajarnya. Soal yang kedua sebelum Yang Berhormat bagi Ketereh diberi laluan, soalan yang kedua iaitu konsultan ini apalah wajarnya konsultan diguna. Memang pada suatu masa konsultan ini digunakan dan menimbulkan sedikit sebanyak rungutan dan masalah khususnya dari segi beban kewangan. Hendak bayar konsultan ini pun sudah banyak belanja, baik wang bayaran tersebut digunakan untuk buat jalan-jalan yang lain. Sebenarnya sistem konsultan ini pun sudah dihapuskan sebab itulah sekarang ini kaedah yang digunakan dari segi pelaksanaannya ialah melalui JKR, supaya JKR tidak mengenakan fee konsultan. Itu pun sekarang ini kita nampak ramai di antara Yang Berhormat di sini pun masih tidak begitu ceria dengan kaedah baru. Kita kena lihat dan kaji semula bagaimanakah untuk menimbulkan sesuatu yang lebih menceriakan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ketereh. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ketereh. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang pertamanya saya

24 DR.2.6.2004 hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana telah meluluskan banyak projek di kawasan saya selepas kita berbincang dengan menteri dan JPP, sebagaimana yang dibuat dalam taklimat di Kelantan pada minggu lepas. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menunaikan janji pilihan raya baru dua bulan, saya sudah dapat peruntukan RM2.4 juta untuk PJK dan saya minta maaf kepada bahagian Pasir Mas kerana tidak dapat peruntukan sedemikian. Rasullah pun dia mengajar begitu Yang Berhormat Menteri. Rasullah apabila ditanya oleh sahabat kalau ada satu dinar hendak bagi dekat siapa. Dia kata bagilah isteri kamu dahulu. Kalau ada satu dinar lagi, bagi anak kamu. Kalau ada satu dinar lagi, bagi jiran kamu. Kalau ada satu dinar lagi, itu bagilah siapa yang kamu suka. So, kita pakai sistem yang samalah yang diamalkan oleh Pasir Mas dan Barisan Nasional. Yang kedua, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, kalau Rasulullah dipanggil kroni itu kronilah. Saya ikut Rasulullah. Saya ingat Barisan Nasional ikut Rasulullah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Yang Berhormat. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Saya ingat yang keduanya, persoalannya ialah dalam bahagian saya terdapat empat projek bekalan air luar bandar. Masalah yang timbul ialah projek air luar bandar ini disambung kepada the existing project, dengan izin, projek yang sedia ada, bekalan air yang sedia ada. Kita tahu di Kelantan bekalan air yang dibekalkan oleh Kelantan Water adalah bukan air bersih tetapi air merah macam air kopi. Bekalan luar bandar untuk air bersih rakyat disambung kepada projek besar yang masih belum bersih. Jadi apakah Kementerian bercadang untuk berbuat sesuatu kepada Kelantan Water sebab kita hendak bagi air luar bandar ambil daripada source yang tidak bersih diberi kepada rakyat yang pertama. Yang keduanya dulu apabila projek air luar bandar dilaksanakan ada peruntukan untuk water reticulation, dengan izin, kepada pengguna. Maksudnya setiap pengguna boleh memohon untuk masuk air dari bekalan tepi jalan ke rumahnya dengan kadar RM480 satu rumah, satu households tetapi untuk tahun ini water reticulation untuk households ini tidak ada. Apakah kementerian bercadang untuk kemasukan kembali peruntukan RM480 per households ini untuk disambung kepada projek bekalan air luar bandar. Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat janganlah bising di dalam Dewan, ya. Sila Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soal air yang tidak bersih di Kelantan ini malangnya tidaklah terlalu banyak yang dapat kita lakukan di kementerian, saya hanya mengharapkan supaya masalah ini tidak berkekalan begitu lama. Barangkali kita harapkan bahawa kerajaan Barisan Nasional dapat menang Kelantan, insya-Allah dalam masa terdekat ataupun dengan simpati Pasir Mas yang semangkin meningkat moga-moga dapat membawa kepada situasi [Ketawa] yang lebih baik. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron : [Bangun] Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okeylah, Rantau Panjang. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih kerana beri peluang kepada Yang Berhormat bagi Rantau Panjang. Terutamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi pinjaman RM600 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk rawatan air dan memberi peluang kepada Kerajaan Kelantan juga membina loji-loji baru. Cuma barangkali sebahagian besar di kalangan kita khususnya Ahli Parlimen tidak tahu bagaimana kerana perkara ini diberitahu sebelum ada pilihan raya baru lagi pinjaman diberi. Baru-baru ini di Kelantan sekarang ini sebahagian besar di negeri Kelantan telah ada paip besar menggantikan paip-paip yang berkarat seperti mana yang disebutkan oleh Kuala Krai sebentar tadi. Barangkali Kuala Krai kurang nampak sikit kerana pakai spec , kalau kita tengok yang lain semuanya sama. Dan insya-Allah, hasil daripada RM600 juta yang diberikan dari Kerajaan Persekutuan itulah kita akan lihat sebelum pilihan raya akan datang ini seluruh negeri Kelantan ini akan dapat bekalan air bersih, insya-Allah. Harap-harap Menteri beritahu kepada sahabat-sahabat yang lain. DR.2.6.2004 25

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, saya memang sedar peruntukan dan pinjaman RM600 juta yang diberikan. Cuma saya tidak hendak sebut kerana hendak lihat sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kelantan daripada parti pembangkang berterima kasih dan bersyukur tidak dengan pemberian Kerajaan Pusat ini. Jadi kalau Rantau Panjang menunjukkan kesyukuran dan terima kasih dan mengharapkan keadaan di Kelantan menjadi lebih baik, maka ini sekurang-kurang satu perbezaanlah dan diharapkan rasa terima kasih ini akan terus berkekalan. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, panjang sangatlah perkara ini. Yang Berhormat memakan masa panjang sangatlah, kita kena habiskan pada hari ini, Yang Berhormat. Sila, sila teruskan. Saya tidak membenarkan pertanyaan. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak banyak sudah tinggal dua, tiga muka surat tetapi oleh sebab tuntutan yang begitu mendesak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan kepada Yang Berhormat bagi Kuala Kedah yang memohon di perbanyakkan pembangunan di kawasan Kuala Kedah. Untuk makluman Yang Berhormat sebanyak RM105.94 juta diperuntukkan untuk projek naik taraf dan senggara jalan kampung di Kedah di dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Bagi kawasan Kuala Kedah kementerian telah melaksanakan 22 projek Jalan Kampung yang bernilai RM2.3 juta dan meliputi jalan sepanjang 29 kilometer. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai jalan yang masih belum diturap, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM137.25 juta bagi projek Jalan Luar Bandar dan Jalan Kampung di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 bagi negeri Kelantan. Sehingga kini bagi kawasan Kuala Krai sebanyak 13 projek Jalan Kampung yang bernilai RM723,202 meliputi jalan sepanjang 11.4 kilometer telah dilaksanakan. Manakala bagi projek Jalan Luar Bandar kementerian telah melaksanakan tiga projek yang bernilai RM15.2 juta meliputi jalan sepanjang 28 kilometer. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Putatan telah membangkitkan mengenai masalah .penduduk di kampung atas air Tanjung Aru dan Pulau Gaya, Sabah. Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui JPPS bolehlah mencadangkan supaya kedua-dua tempat ini dimasukkan ke dalam program Pusat Pertumbuhan Desa dan Penyusunan Semula Kampung (PPDPSK) untuk membolehkan mereka dibekalkan kemudahan asas seperti api, air dan jalan ataupun jeti mengikut kesesuaian. Tuan Yang di-Pertua, Pendidikan dan Latihan - yang terakhir. Yang Berhormat bagi Ledang, Jerlun, Parit dan Bukit Mas turut membangkitkan mengenai keperluan program pendidikan dan latihan kemahiran serta aktiviti yang boleh mempertingkatkan peluang pendidikan anak-anak dan remaja di luar bandar dan seterusnya peluang pekerjaan mereka kelak. Dalam penambahbaikan pelajar-pelajar di kawan luar bandar, kementerian melalui Kemas telah melaksanakan beberapa aktiviti di bawah program Pendidikan Masyarakat dan Gerak Daya Wawasan. Program Pendidikan Masyarakat memberi kemahiran kepada masyarakat luar bandar dalam meningkat dan memperbaiki taraf kehidupan mereka, baik melalui pendidikan di peringkat Taska, Tadika dan latihan mahupun melalui INFRA dan Program Bina Insan. Kemas juga telah menyediakan 284 buah pusat sumber bagi menggalakkan masyarakat luar bandar membaca dengan menyediakan bahan bacaan dan rujukan membudayakan masyarakat dengan teknologi maklumat moden melalui program Info Desa dan menambahkan ilmu pengetahuan masyarakat secara amnya. Pusat sumber juga menjalankan kokurikulum bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM melalui kelas bimbingan ilmu kelas tambahan, seminar menjawab peperiksaan dan kursus motivasi. Peruntukan sebanyak RM5000 setahun disediakan bagi setiap pusat sumber. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan masyarakat luar bandar KKLW akan memperbanyakkan lagi program-program tuisyen khusus untuk pelajar- pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Agensi-agensi kementerian khususnya RISDA dan FELCRA juga menggalakkan mengadakan program tuisyen untuk anak-anak peserta. KKLW juga menyediakan program bagi golongan muda untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan dalam bidang- bidang elektrik, motor mekanik dan kimpalan KKLW…..

26 DR.2.6.2004

Beberapa Ahli: [Bangun] Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sik, sik. Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya telah bagi keputusan tidak membenarkan mana-mana. Teruskan, teruskan. Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Walaupun saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri….. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tidak beri jalan tadi. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tuan Yang di-Pertua, KKLW juga membantu anak-anak daripada golongan miskin di mana mereka juga diberi latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dalam bidang-bidang perusahaan makanan dengan kerjasama KFC, latihan kemahiran di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan pusat-pusat latihan agensi-agensi KKLW seperti RISDA dan agensi-agensi Lembaga Kemajuan Wilayah. Yang Berhormat dari Kuala Kedah, Tuaran, Kota Belud dan Gerik turut membangkitkan mengenai sistem penyampaian (delivery system) dalam program- program pembangunan luar bandar, peranan dan penglibatan JKK dalam pembangunan luar bandar dan penubuhan cawangan KKLW di Sabah. KKLW melalui Institut Latihan Pembangunan Desa (INFRA) memberi latihan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Fokus INFRA ialah melatih pemimpin pada peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan isu-isu luar bandar dalam usaha menambah baik kaedah dan pendekatan pengurusan desa. Gerakan Daya Wawasan (GDW) merupakan latihan teras INFRA kepada JKK yang bertujuan memberi pengetahuan kepada pemimpin mengenai pengurusan, perancangan, pentadbiran dan kemahiran agar berkeupayaan menjadikan kampung mereka maju, menarik dan menguntungkan. Di atas cadangan Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Kudat dan Tuaran bagi penubuhan cawangan setempat dan Regional Development Authority (RDA), kementerian belum lagi ada cadangan untuk melaksanakannya buat masa terdekat ini. Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan saya terhadap usul-usul yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh mengenai pembangunan luar bandar. Bagi perkara-perkara lain yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi tidak terjawab di sini atas sebab-sebab yang tentunya tidak disengajakan, kementerian saya akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya di masa akan datang, insya-Allah. Yang pasti kami amat menghargai segala cadangan dan pandangan yang telah dibuat oleh semua Yang Berhormat. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

12.00 tgh. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membangkitkan isu-isu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MECD semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja. Yang Berhormat bagi Temerloh telah membangkitkan mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam strategi untuk membasmi kemiskinan di bandar dan luar bandar dengan menyediakan dana kredit mikro bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan secara kecil- kecilan atau menyediakan bantuan dana sebagai modal untuk terlibat dalam keusahawanan iaitu misalnya melalui TEKUN.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sememangnya turut bertanggungjawab dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini. Ini dilakukan melalui pelaksanaan program-program pembangunan keusahawanan yang DR.2.6.2004 27 dilaksanakan oleh kementerian dan agensi termasuklah penyediaan dana-dana keusahawanan. Bagi dana kredit mikro, kementerian melalui Yayasan TEKUN Nasional menawarkan Skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga yakni TEKUN bagi menyediakan kemudahan modal tambahan yang cepat, mudah dan tidak membebankan serta menggalakkan budaya menabung dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan peniaga dan penjaja kecil. Skim pinjaman ini menawarkan pinjaman daripada RM1,000 hingga RM10,000 bagi pinjaman peringkat pertama. Bagi peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang cemerlang…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: …mereka layak memohon pinjaman kali kedua dan seterusnya sehingga RM20,000… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya hendak bertanya kepada kementerian Yang Berhormat, sehingga pada hari ini berapakah usahawan bumiputera yang telah benar- benar berjaya yang diberi pinjaman? Berjaya ini bermakna, kalau dahulu mereka usahawan kecil sekarang sudah menjadi usahawan besar, dan apakah kerajaan ataupun kementerian mempunyai hasrat untuk melihat bahawa usahawan bumiputera di setiap negeri dalam jangka lima tahun ini - berapakah usahawan yang mahu kita berjaya kah usaha mereka? Contohnya di Sabah, berapa usahawan sasaran kita? Di negeri-negeri lain berapa? Sebab kalau tidak ada, saya lihat pinjaman-pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat yang sebaik mungkin sebab kementerian seharusnya ada usaha untuk melihat usahawan kecil-kecilan ini berjaya membesarkan usaha mereka dari masa ke semasa. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih, rakan saya bagi Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini, tidak apalah, saya bacakan ini dahulu. Nanti saya akan bagi maklumat tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini pinjaman yang dikeluarkan di bawah pinjaman TEKUN ialah sebanyak RM396.8 juta yang diberikan kepada seramai 88,005 usahawan. Daripada jumlah tersebut, seramai 14,015 usahawan telah mendapat pinjaman ulangan yang berjumlah RM123.443 juta yang membuktikan bahawa usahawan yang mendapat pinjaman TEKUN mampu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan tahap ekonomi mereka. Untuk menjawab pertanyaan rakan saya bagi Kinabatangan, terdapat 10 dana yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu:

Bil Jenis Dana Bilangan Jumlah Kelulusan Usahawan (RM) juta 1. Bantuan Pembangunan Francais 22 1.16 2. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) 83,773 365.183 3. Skim Jaminan Usahawan Kecil 6,022 214.354 4. Skim Pembiayaan Francais 104 27.547 5. Skim Pembiayaan Perniagaan MARA 143,304 1,672.04 6. Tabung Usahawan Siswazah 195 15.735 7. Skim Modal Asas 402 197.957 8. Skim Pinjaman Biasa 338 214.116 9. Tabung Modal Teroka Berteknologi Tinggi 10 20.2 10. Skim Pembiayaan Bersama Pusat Negeri 32 10.212

JUMLAH 234,202 2,738.32 (2.7 billion)

28 DR.2.6.2004

Dari segi prestasi bayaran pinjaman perniagaan yang telah dikeluarkan, purata adalah baik iaitu pada peratusan pinjaman yang tidak berbayar…. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kinabatangan. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: ….adalah rendah di bawah 15.5 peratus. Datuk Bung Moktar bin Radin: Yang Berhormat, saya bertanya tadi, daripada 234,000 peminjam ini berapa peratus sudah berjaya? Itu persoalannya dan perancangan masa hadapan kementerian, adakah kementerian berhasrat untuk memperbesarkan lagi usahawan kecil di masa hadapan mengikut negeri ataupun seluruh negara? Itu soalan saya. Berapa yang sudah berjaya daripada jumlah yang telah dibantu ini dan kenapa mereka gagal? Itu yang saya tanya tadi. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman rakan saya Yang Berhormat bagi Kinabatangan, ini memerlukan maklumat yang detail dan saya perlukan notis, Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan ucapan. Tuan Salahuddin bin Ayub : [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin bertanya berkaitan dengan kementerian ini, berapakah jumlah pinjaman yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada bumiputera dalam penyertaan mereka dalam pembelian saham IPO iaitu Initial Public Offer yang saya difahamkan bahawa ini langkah-langkah kerajaan untuk membantu golongan usahawan di dalam syarikat yang akan disenaraikan di dalam BSKL dan berapakah –banyak kah, kalau tidak mampu untuk menjawab boleh bagi saya jawapan lisan ataupun jawapan bertulis, berapa banyak pinjaman yang diberikan kepada usahawan-usahawan daripada negeri Kelantan Darul Naim? Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, bagi Initial Public Offer yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kubang Kerian saya minta notislah dan kita akan beri jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan untuk melayakkan lebih ramai.… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Petra Jaya. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Sila. Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada mendengar berkaitan dengan kemudahan kewangan dari segi francais tadi, cuma saya hendak tanya setakat ini banyak mana program dan penglibatan bumiputera dan apakah pecahan-pecahan dari segi sektor yang ditawarkan kepada bumiputera dalam bidang francais. Keduanya, apakah kriteria yang membolehkan francais tersebut dikemukakan kepada kementerian untuk diambil bahagian dan diagihkan kepada pengusaha- pengusaha bumiputera dalam bidang untuk dikongsi bersama oleh pengusaha bumiputera. Kalau tidak ada pun saya tidak kesah, kalau dapat diberi dalam jawapan secara bertulis. [Ketawa] Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Perlukan notis juga Yang Berhormat. [Ketawa] Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Saya memerlukan notis dan kita akan bagi jawapanlah. Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] DR.2.6.2004 29

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dua lagi bangun. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ini, saya ingat tidak perlu notislah. [Ketawa] Yang Berhormat saya mendengar masalah-masalah pembangunan usahawan di negara kita. Kalau kita dengar dana-dana, tabung-tabung yang dibuat oleh kerajaan itu cukup banyak. Salah satu daripada tabung ini dikeluarkan terus daripada agensi kerajaan, daripada jabatan kerajaan kepada usahawan yang berkenaan. Sebahagian besar yang mengeluarkan dana yang lebih besar menerusi bank-bank, tetapi yang dikeluarkan menerusi bank ini ada halangan yang tertentu oleh kerana berkehendakkan sekuriti, jaminan, cagaran dan sebagainya. Ini adalah satu barrier ataupun tekanan kepada usahawan yang mendapat pinjaman. Yang kedua ialah dari segi latihan daripada bimbingan. Kita membimbing usahawan yang tidak boleh daripada satu peringkat sahaja. Kita mesti ada monitoring nya, kita mesti ada latihannya, kita mesti ada bimbingannya, kita mesti melihat semua sekali sampai dia maju. Tetapi masalahnya latihan yang diberi oleh agensi kerajaan banyaknya menumpu kepada perakaunan, tidak kepada keusahawanan. Usahawan ini is a different concept dan perakaunan. Jadi, kalau tidak dibuat sedemikian kita akan gagal, dana kerajaan tidak diguna, bank sahaja simpan deposit untuk industri lain, untuk kegunaan lain. Macam mana pandangan Yang Berhormat. Ini tidak payahlah guna notis. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang mewujudkan unit yang memantau pencapaian, memantau masalah. Kita juga berpotensi bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan-usahawan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Santubong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tuaran. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Silam. Pertama saya ucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Setiausaha Parlimen. Sebenarnya Yang Berhormat ini bukan orang baru, sebab dia pembantu menteri di negeri Sabah yang secara langsung terlibat dalam soal pembangunan keusahawanan, tetapi Yang Berhormat ini agak baru juga dalam kementerian. Walau bagaimanapun, saya tidak minta notis dalam jawapan. Cuma saya ada satu perkara yang saya rasa agak penting. Dalam Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan juga dalam Rancangan Malaysia Kelapan, satu perakuan yang begitu penting dinyatakan iaitu tentang peningkatan penyertaan bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak secara khusus. Dan saya juga pada pagi ini telah menerima jawapan daripada Unit Perancang Ekonomi tentang persoalan ini, dan secara umum diberi empat perkara atau langkah-langkah yang telah diambil untuk mempertingkatkan penyertaan bumiputera menduduki Sabah dan Sarawak dalam soal perniagaan perindustrian Yang Berhormat telah sebut tadi. Cuma satu yang saya minta daripada Yang Berhormat ialah sejauh manakah kementerian serius dalam perkara ini, sebab Rancangan Malaysia Kelapan ini ada dua tahun lagi, 2005 selesailah sudah. Jika sekiranya langkah-langkah dan juga perangkaan-perangkaan yang begitu terperinci seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan, kita tidak tahu perkara-perkara semua ini. Saya agak khuatirlah dalam Rancangan Malaysia Kelapan ini sama ada kita dapat mencapai ini. Saya mohon supaya kementerian ini mengambil beratlah. Sebab jika sekiranya tidak, ini rancangan jangka panjang, OPP3 tahun 2010 selesailah sudah. Kita ada sepuluh tahun lagi. Jika sekiranya semua program kerajaan ini khusus untuk bumiputera, khususnya dalam hal ini Sabah dan Sarawak, saya khuatirlah, saya agak bimbanglah sama ada kita dapat capai atau tidak. Cuba sedikit terangkan Yang Berhormat? Terima kasih.

30 DR.2.6.2004

Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya daripada Tuaran. Kita akan ambil perhatian terhadap cadangan-cadangan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan ini. Mengenai cadangan bagi melahirkan lebih ramai usahawan bagi bidang-bidang teknologi atau dengan izin, technopreneurs , suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah pun memulakan projek perintis, program pembangunan entrepreneur atau dikenali sebagai (PESA) pada bulan Januari 2003. Program ini adalah bertujuan memupuk dan menggalakkan pembangunan keusahawanan bumiputera di samping mempertingkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang-bidang perniagaan yang berkaitan dengan teknologi. Kumpulan pertama seramai 19 orang peserta telah tamat menjalani program ini selama 12 bulan dan kini sedang berusaha menjalankan perniagaan masing-masing. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2004 ini MECD mensasarkan atau kementerian ini mensasarkan seramai 110 orang peserta untuk dibimbing di bawah PESA ini. Bidang-bidang yang terlibat dan program ini juga ialah wellness food , ICT dan engineering . Manakala syarat-syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut: Pertama, mempunyai diploma atau ijazah atau kelulusan yang setaraf dengannya, berumur di antara 20 hingga 40 tahun. Bagi mereka yang mempunyai sijil SPM mestilah mempunyai pengalaman bekerja atau berniaga tidak kurang daripada lima tahun dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang keusahawanan dan sudah pun bersedia untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya dan seterusnya mempunyai disiplin daya tahan yang tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program PESA bertujuan membantu peserta membina kemahiran yang diperlukan untuk menjadi usahawan melalui aktiviti bengkel serta tunjuk ajar dan nasihat daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya yang akan bertindak selaku mentor kepada peserta yang terlibat. Program ini akan dijalankan selama 12 bulan dengan memberi fokus kepada aspek jualan dan pemasaran. Aktiviti pembelajaran akan dijalankan seiring dengan praktikal, manakala prestasi peserta akan dinilai secara berterusan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bera telah membangkitkan mengenai peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MARA dalam meningkatkan tahap kemahiran terutama di kalangan generasi kedua FELDA. Suka saya menjelaskan bahawa MARA sememangnya mempunyai perancangan untuk membina pusat-pusat GIAT di kawasan-kawasan FELDA yang terdapat di seluruh negara. Pewujudan pusat GIAT ini adalah dengan kerjasama pihak FELDA di mana tapak atau tanah bagi pelaksanaan pusat ini disediakan oleh pihak FELDA. Manakala aspek pengurusan seperti penyediaan infrastruktur, peralatan dan tenaga pengajar akan diuruskan oleh MARA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bera juga, pelbagai kursus ditawarkan oleh Pusat Giat ini kepada anak-anak FELDA mengikut permintaan di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuatu kursus itu sudah tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat, maka ia akan ditukar kepada kursus yang lain yang lebih memberi manfaat kepada para penduduk. Sehingga kini terdapat 16 buah Pusat Giat MARA yang telah beroperasi di kawasan FELDA bagi memenuhi keperluan mereka iaitu antaranya: Giat MARA FELDA Bukit Besar, Kulai, Johor; Giat MARA FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi, FELDA Batu 6 Segamat, Johor; FELDA Che Ah, Labis, Johor; FELDA Masai, Tebuan, Johor; FELDA Bukit Ibam, Pahang; FELDA Tasik Chini, Pahang; Jengka, Pahang; FELDA Bera, Temerloh, Pahang; FELDA Bersia, Perak; FELDA Trolak, Slim River, Perak; FELDA Sungai Tiang, Kedah; FELDA Kerteh, Terengganu; FELDA Chiku Lima, Gua Musang, Kelantan; FELDA Sungai Buaya, Selangor; FELDA Serting, Negeri Sembilan. Sementara itu, MARA juga sedang merancang.… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bagi Putatan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebagaimana yang kita perhatikan beberapa hari persidangan kita, Tuan Yang di- DR.2.6.2004 31

Pertua, Yang Berhormat dari Kalabakan telah berapi-api mengutarakan isu-isu Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Yang Berhormat bagi Tuaran tadi telah pun juga berucap yang lebih jelas tentang usaha-usaha kerajaan untuk membuat beberapa dasar yang bagus untuk golongan bumiputera. Untuk mencapai matlamat kerajaan untuk menjadi masyarakat perniagaan perindustrian bumiputera OPP3, DEB, DPB, ini kalau Yang Berhormat Setiausaha Parlimen hanya mampu bercakap akan diambil perhatian, di manakah komitmen kerajaan dalam soal-soal dasar ini, ini bererti talk only, no commitment , dengan izin. Kami masih menunggu jawapan komitmen kerajaan bahawa dasar ini dapat tercapai. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya sebentar tadi bercakap mengenai MARA dan Ahli Yang Berhormat bagi Putatan bercakap mengenai komitmen, tentang tugas kerajaan khususnya kementerian membantu usahawan. Kita jelaskan sekali lagi, komitmen kerajaan adalah tetap. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya. Sementara itu MARA juga sedang merancang untuk mewujudkan sebuah Pusat Giat MARA di FELDA Sahabat di Silam, Sabah. Satu lagi usaha yang disumbangkan oleh MARA di dalam pembangunan kemajuan FELDA ialah dengan mengadakan kerjasama untuk mewujudkan lebih banyak premis-premis perniagaan di kawasan FELDA yang dikendalikan oleh MARA. Mengikut perancangan MARA akan membina bangunan perniagaan tersebut dan menyewakannya kepada anak-anak FELDA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, MARA telah pun membina bangunan kedai di FELDA Palong 4 dan 5 dan menyewakan bangunan tersebut kepada anak-anak FELDA yang ingin memulakan perniagaan dengan bantuan MARA. Selain daripada itu, MARA juga telah pun membuat perancangan untuk membina bangunan kedai di FELDA Sungai Tiang, Kedah, bagi meneruskan usaha membentuk masyarakat FELDA menjadi masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berjaya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, MARA juga menganjurkan pelbagai program keusahawanan yang terdiri daripada kursus-kursus perniagaan, bengkel dan seminar yang terbuka kepada anak-anak peneroka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pelaksanaan kursus-kursus keusahawanan ini adalah di atas permintaan pihak FELDA sendiri, di mana mereka biasanya akan menyediakan tempat seperti dewan orang ramai dan pihak MARA pula akan menyediakan penceramah bagi setiap kursus yang dianjurkan. Tuan Yang di-Pertua, program pembiayaan perniagaan MARA juga adalah terbuka kepada anak-anak FELDA yang memohon bantuan pembiayaan perniagaan. MARA tidak membandingkan sama ada anak FELDA atau anak orang lain dalam mengutamakan pemberian pembiayaan atau dana tersebut. Bagi kelulusan pembiayaan perniagaan, pemohon-pemohon mestilah menepati kriteria-kriteria pemberian pembiayaan yang telah ditetapkan oleh MARA. Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat supaya dibuka Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di kawasan-kawasan FELDA, suka saya jelaskan di sini bahawa pembinaan sesebuah Maktab Rendah Sains MARA adalah menggunakan peruntukan kerajaan yang begitu besar iaitu dalam lingkungan RM40 juta. Oleh yang demikian, sesebuah Maktab Rendah Sains MARA hanya akan didirikan di kawasan luar bandar yang benar-benar memerlukan dan menurut kriteria yang ditetapkan. Anak-anak peneroka FELDA bolehlah masuk ke setiap Maktab Rendah Sains MARA yang sedia ada. Walau bagaimanapun, MARA bersedia mendirikan MRSM di kawasan yang berhampiran dengan sesebuah FELDA bagi kegunaan penduduk setempat. MARA juga akan mengutamakan pembangunan yang seimbang semasa pembinaan sesebuah MRSM di sesuatu kawasan supaya ia dapat membantu menaikkan taraf hidup penduduk setempat.

32 DR.2.6.2004

Tuan Yang di-Pertua,…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Jasin. Tuan Mohd. Said bin Haji Yusof: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen berkenaan dengan MRSM yang didirikan di tempat-tempat di luar bandar dan juga di dalam bandar, adakah kementerian Yang Berhormat hendak mengubah sedikit dasar untuk memberi kuota kemasukan kepada rakyat ataupun murid-murid setempat, kalau buka di FELDA katalah di FELDA Bera, tetapi orang Bera tidak diberi peluang untuk memasuki MRSM, apa maknanya? Di Jasin, terima kasihlah ada MRSM tetapi 99% daripada penuntutnya adalah orang di seluruh negara, orang Jasin tidak ada peluang. Jadi saya berharap untuk kita hendak meningkatkan mutu pelajaran di luar bandar, kalau misal MRSM itu berada di suatu tempat, berilah kementerian berilah sedikit kuota 20%, 10% kepada anak tempatan di kawasan itu. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Jasin. Pihak MARA tidak pernah mengenakan syarat-syarat sekatan hanya kepada orang luar ataupun orang di sekitar. Bagi kriteria untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA, kriteria yang telah ditentukan hendaklah dipenuhi, maka jika seseorang itu dapat memenuhi kriteria tersebut, maka ia akan dengan sendirinya layak masuk, tetapi jika tidak layak, maka walaupun ia di kawasan itu tidak dapat dipertimbangkan. Salah satu daripada kriteria ialah ia hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam PMR dan 2B dan seterusnya…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kota Bharu. Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi menjawab soalan tadi yang dibangkitkan oleh Jasin. Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim: Saya hendak sambung apa yang dibangkitkan oleh Jasin tadi. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Ya, silakan. Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim: Saya rasa persoalannya bukan sangat kuota ataupun diberi syarat-syarat yang baru untuk penerimaan pelajar-pelajar ke sekolah MRSM dan sekolah-sekolah ataupun kolej-kolej yang berasrama penuh. Yang penting di sini dan saya merasakan perkara yang perlu diambil kira walaupun sudah ada kriteria yang kita sedia maklum, tetapi hasil dan kesan yang kita dapati hari ini ialah kita sudah sediakan semua MRSM dan semua sekolah ini untuk orang-orang luar bandar, untuk keluarga miskin, 6A sahaja tidak sepatutnya menjadi kriteria yang utama, kerana orang-orang kaya pun, orang-orang bandar, orang-orang yang ada connection , dengan izin, selalunya mendapat tempat. Apa yang kita perkatakan ialah tujuan kerajaan menyediakan sekolah ini adalah untuk orang-orang miskin, orang-orang luar bandar. Jadi, saya harap kementerian, walaupun ada kriteria sekarang dan ada weightage tertentu, kajilah semula supaya kesannya iaitu matlamat asal tercapai. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, penempatan pelajar di MRSM tidak mengikut kuota tempat seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Jasin dan ianya berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, antaranya berdasarkan kepada status sosioekonomi dan keputusan mereka. Saranan Ahli Yang Berhormat bagi Kota Bharu, kita memang peka terhadap itu dan inilah tujuan MRSM ditubuhkan sebenarnya…. Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tuaran bangun. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Ya, silakan. DR.2.6.2004 33

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Ini soal kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA. Kita akui bahawa dia ada kriteria tertentu tetapi persoalannya di sini ialah bagaimana kita kenal pasti dia punya pelajar. Saya ada pengalaman tahun lepas, di kawasan saya, saya pastikan tiap-tiap tahun, kalau ada yang dapat 5’A’, saya akan ambil senarai dan berusaha untuk memasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA tetapi pada tahun lepas, di daerah di kawasan Kota Kinabalu, borangnya habis, borangnya habis. Saya telah diberitahu oleh Pegawai MARA di sana untuk meminta borang di tempat lain, di Tawau dan juga di Labuan. Di Labuan ada lagi 15 borang dan sebagainya dan saya nyatakan bahawa kenapakah borang sudah habis. Masih lagi ada banyak pelajar yang memang layak, mempunyai 5’A’. Malah saya telah diberitahu ketika itu oleh Menteri berkenaan, dia cakap, “Kalau dapat 4’A’ pun boleh dipertimbangkan jika dari luar bandar.” Jadi, adakah pihak MARA ataupun pihak kementerian bekerjasama dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang cemerlang ini, yang berpotensi ini ataupun apakah kita mengatakan di satu daerah kita bagi 10 borang atau 20 borang dan yang lain kalau tidak dapat borang biar begitu. Sebab tahun lepas, sehingga kita mahu fotostat borang yang ada, sebab tidak cukup. Bagaimana sebenarnya caranya, Yang Berhormat? Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih, rakan saya Yang Berhormat bagi Tuaran. Tuan Yang di-Pertua, bagi jumlah kemasukan bagi satu- satu MRSM tidak melebihi 800 kapasiti bagi sebuah MRSM, tidak melebihi 800 pelajar. Tentang ada yang mencapai kecemerlangan, mungkin 5’A’, lebih dari itu lagi, tidak dapat, saya ingin menjelaskan bahawa satu lagi kriteria yang perlu dipatuhi iaitu kelayakan bagi ujian kelayakan kemahiran MARA, yang perlu juga diduduki. Jadi, kemungkinan pelajar yang dari segi pencapaian mata pelajaran yang baik, gagal memasuki kerana dia gagal lulus ujian yang disyaratkan oleh MARA. Ini merupakan satu kriteria lain untuk diterima. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini bahawa Maktab Rendah Sains MARA, khususnya MARA tidaklah menutup terus pintu bagi para pelajar yang ingin masuk ke institusi ini sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tersebut…. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Cameron Highlands. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana MARA telah membukakan peluang untuk kaum bukan bumiputera untuk menyertai latihan dan juga program-program di dalam institusi berkenaan. Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat, adakah 10% itu akan dipertingkatkan lagi kerana permintaan daripada kaum bukan bumiputera begitu banyak sekali untuk latihan-latihan yang ditawarkan. Saya juga meminta penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah prestasi ataupun pengambilannya berdasarkan kepada kelayakan-kelayakan setara dengan pengambilan-pengambilan untuk kaum bumiputera dalam institusi MARA berkenaan. Terima kasih. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab itu ialah kuota 10% yang ada sekarang sebenarnya pun belum lagi diisi. Oleh sebab itu, maka kita tidak ada rancangan untuk menaikkan kuota tersebut, sebab yang ada sekarang pun tidak dipenuhi. Mengenai syarat tadi ialah, syarat adalah sama sahaja, selain daripada 6’A’ dan 2’B’, subjek Mathematics and Science hendaklah Gred ‘A’, di samping meluluskan diri di dalam ujian yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, banyak lagi kah? Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Habis sudah, mahu habis.

34 DR.2.6.2004

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hah! Baiklah. Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Lipis supaya dibina IKM baru di kawasan Lipis, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Untuk makluman, Dewan yang mulia ini, sesebuah IKM akan dibina sekiranya ada permohonan daripada suatu pihak dan mendapat kelulusan daripada agensi pusat atau EPU. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, sebanyak 13 buah IKM akan dibina, ini termasuklah IKM Gambang, di Kuantan, Pahang. Sementara itu projek-projek MARA di kawasan Lipis antaranya ialah: (i) Maktab Rendah Sains Kuala Lipis Pahang; (ii) Medan Niaga Padang Tengku; (iii) Medan Niaga Jalan Stesen; (iv) Medan Niaga Benta; (v) Kedai MRSM Kuala Lipis – dalam pembinaan; dan (vi) Pusat Giat MARA di Kuala Lipis. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan daripada saya berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh mengenai kementerian ini. Dengan itu saya ucapkan terima kasih. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

12.38 tgh. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan yang tinggi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi memberi perhatian kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa membahaskan Titah Ucapan Diraja merasmikan Persidangan Parlimen Sesi Kesebelas penggal Pertama. Yang Berhormat bagi Mambong telah memberi keyakinan kepada kementerian ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan alam sekitar secara bersepadu dan berkualiti. Saya berterima kasih di atas kepercayaan serta perhatian.… Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Hendak tanya, hendak tanya. Hendak tanya Timbalan Menteri dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baru hendak mula. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, sebab kementerian ini baru, kita tidak tahu apa sebenarnya ini, sama ada sumber asli termasuk apa benda yang dalam perut bumi ataupun atas langit, kita tidak tahu lagi. Jadi, kita minta penjelasan dahulu, skop bidang kementerian. Minta tolong beri, Yang Berhormat, sebelum menjawab. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat. Sebenarnya sumber asli ini merangkumi semua jenis bahan galian kecuali - di bawah kementerian ini, bidang kuasa kita merangkumi semua bahan galian kecuali petroleum dan gas, dan termasuk juga sumber-sumber lain seperti air, juga termasuk dalam bidang kita, di mana JPS adalah di bawah bidang kita, Jabatan Perhutanan, Jabatan PERHILITAN, Taman Laut dan juga Alam Sekitar, geo-sains dan mineral, semuanya termasuk dan juga tanah, termasuk di bawah kementerian baru ini. Jadi ini adalah satu kementerian di mana pada masa dahulunya kalau kita lihat beberapa jabatan berada di bawah kementerian-kementerian yang berlainan, maka ada masalah koordinasi di mana ada juga jabatan-jabatan yang mengatakan kita tidak mendapat kerjasama yang rapat, tidak ada koordinasi di antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Jadi dengan adanya kementerian yang baru ini kita dapat mengumpulkan semua jabatan yang relevan berkaitan dengan alam sekitar dan juga sumber-sumber asli, di mana kita dapat memastikan bahawa pembangunan negara kita DR.2.6.2004 35 adalah seimbang yang mana kita dapat mengambil kira elemen alam sekitar di mana preservation dan conservation itu dapat diambil kira dalam setiap pembangunan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kementerian ini ditubuhkan pada 27 Mac 2004 yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian sedang merangka pelan strategik yang merangkumi hala tuju kementerian secara bersepadu dan seterusnya melaksanakan program-program kementerian dan jabatan agar ianya dapat memenuhi fungsi dan matlamat penubuhannya. Adalah menjadi harapan kementerian ini agar pengurusan alam sekitar secara lestari dapat dijalankan oleh kementerian ini selaras dengan harapan dan wawasan negara. Yang Berhormat juga meminta agar penumpuan diberikan kepada pengurusan kualiti alam sekitar dalam pembangunan bandar yang mapan atau sustainable urban development dan juga indeks pencemaran udara hendaklah dilaporkan dengan menyatakan nombor-nombor indeks yang sebenar dan tidak hanya sebut sebagai baik, kurang baik, sederhana dan sebagainya. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: [Bangun] Tuan S. G. Sothinathan: Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan bandar yang mapan dan di dalam usaha itu kerajaan mengambil kira faktor alam sekitar sebagai tujuan pembangunan yang terancang dan lestari. Pemantauan kualiti udara dengan menggunakan indeks pencemaran udara adalah bertujuan untuk memaklumkan…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bera bangun. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat ada sebutkan tentang alam sekitar dan berkaitan dengan pembangunan. Jadi saya hendak tanya, adakah wujud kerjasama di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan misalnya apabila ia melibatkan soal-soal pelancongan yang melibatkan alam sekitar. Misalnya pembangunan di tasik-tasik – Tasik Bera, Tasik Kenyir, Tasik Pedu dan sebagainya. Sebab kalau kita lihat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan misalnya, apabila hendak mempromosi dan membangunkan kawasan pelancongan tersebut, ia mempunyai dilema kerana adanya kekangan ataupun limitation daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dari segi pembangunan. Jadi sekarang kita hendak promote atau hendak bangunkan kawasan pelancongan, tetapi dalam masa yang sama ada limitation ataupun had-had tertentu yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jadi adakah wujud satu dasar yang khusus mengenai alam sekitar yang melibatkan soal-soal pelancongan, yang melibatkan alam sekitar. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedar bahawa pelancongan itu adalah satu sumber pendapatan kepada negara kita, tetapi pada masa yang sama juga kita menentukan dasar-dasar supaya kita tidak ada over development. Jadi itulah sebabnya kita menentukan dasar-dasar pembangunan seperti pembangunan taman-taman laut, pembangunan pantai-pantai peranginan dan juga pulau-pulau serta kawasan pergunungan di mana kita menentukan dasar supaya tidak ada over development dan di mana kita hilang the pristine nature of the environment. Bila kita hilang masa depan, maka hilanglah pelancong kita. Jadi kita hendak pastikan bahawa sekatan-sekatan itu ditetapkan lebih awal lagi supaya kita dapat terus membangunkan negara kita agar pada masa hadapan mungkin 50 tahun ataupun 500 tahun akan datang, maka kita masih dapat lagi mengekalkan keindahan alam sekitar kita. Jadi bukan sebagai untuk mengehadkan pembangunan ataupun perkembangan pelancongan, tetapi kita hendak membangunkan pelancongan. Jadi itu tujuan dasar-dasar kita. Pemantauan kualiti udara dengan menggunakan indeks pencemaran udara adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai keadaan kualiti udara pada sesuatu masa supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan segera. Penentuan tahap kualiti yang diguna pakai sekarang ini wajarlah diteruskan.

36 DR.2.6.2004

Untuk pengetahuan Yang Berhormat bagi Beluran yang menyentuh mengenai sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan undang-undang mengenai alam sekitar dilaksanakan di negara ini. Tanggungjawab dan usaha-usaha untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa bersih, selamat, sihat dan produktif terletak bukan sahaja di atas bahu kerajaan, tetapi juga semua warganegara termasuklah sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Ketika ini banyak program dan aktiviti telah dilaksanakan bagi menyedarkan masyarakat umum akan betapa pentingnya alam sekitar yang bersih dan selamat kepada kesejahteraan hidup kita. Oleh sebab itu, kementerian sentiasa menganjurkan beberapa program yang melibatkan orang ramai, pihak swasta, murid-murid sekolah dan pelbagai pihak lagi tentang betapa pentingnya usaha yang bersepadu untuk menjaga alam sekitar. Di antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti Program Cintailah Sungai Kita, Program Minggu Air Negara dan Program PRIAS. Kerajaan juga sedar bahawa usaha-usaha murni ini perlu diperkukuhkan dengan penguatkuasaan undang-undang. Sektor swasta, sektor awam dan juga orang ramai perlu disedarkan tentang prinsip pencemar membayar ataupun dengan izin, polluted pay principle. Sekiranya mereka ini telah mencemarkan alam sekitar, maka mereka perlu bertanggungjawab dan dikenakan penalti di atas tindakan mereka itu. Oleh itu satu perundingan telah diwujudkan bagi maksud ini. Sehingga kini satu-satunya undang- undang bagi menangani masalah-masalah pencemaran yang dikuatkuasakan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: [Bangun] Tuan S. G. Sothinathan: Sepanjang tahun 2002, sebanyak 109 kes perlanggaran perundangan akta ini telah didakwa di mahkamah berbanding dengan 220 kes yang sama bagi tahun 2001. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Cameron Highlands. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, masalah pencemaran begitu serius di kawasan saya Cameron Highlands sehingga anak-anak Orang Asli telah terima kesannya. Sungainya begitu tercemar akibat kegiatan pertanian yang berleluasa dan ada aduan yang mengatakan bahawa suhu di Cameron Highlands semakin meningkat. Salah satu puncanya adalah penerokaan tanah untuk pertanian secara berleluasa dan hal ini atau masalah ini berleluasa di kawasan lebuh raya ataupun jalan raya dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands dan di Lojing. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun ada undang-undang tetapi penguatkuasaannya masih di peringkat yang boleh dipersoalkan. Apakah usaha selanjutnya yang boleh dibuat bagi pihak kementerian dan juga dengan kerjasama kementerian-kementerian lain supaya kita benar-benar mengamalkan apa yang telah dirangkakan. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bandingkan perkembangan atau kemajuan yang telah berlaku di Cameron Highlands sebelum ini di mana pembangunan yang dijalankan adalah mengikut sesuka hati, tidak ada sebarang dasar. Akan tetapi beberapa tahun yang lalu kalau kita lihat kita telah pun menetapkan had perkembangan. Itulah sebabnya harga-harga rumah di Cameron Highlands sekarang pun sudah begitu tinggi kerana mereka tidak boleh membina di mana-mana tempat dengan sesukanya. Tetapi masalah pertanian di mana tanah-tanah, hutan- hutan ditebang secara haram untuk memulakan kawasan pertanian itu masih lagi diteruskan. Tetapi ini adalah satu soal di mana pihak berkuasa negeri harus juga memberi perhatian. Kita telah pun menentukan bahawa perkembangan ataupun pembangunan yang sah bagi sesuatu kawasan pergunungan itu mestilah mengikut standard, rangka-rangka atau dasar-dasar yang telah pun ditentukan oleh kementerian. Datuk Abdul Ghafur bin Salleh: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kalabakan dan juga Santubong. Tuan S. G. Sothinathan: Bagi Santubong dahulu. DR.2.6.2004 37

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ini mesti menunjukkan sokongan kepada Menteri ini kerana kementerian ini satu kementerian baru dan saya cukup yakin bahawa Menteri dan Timbalan Menteri berupaya mengendalikan begitu juga pegawai-pegawai sekalian. Tetapi Yang Berhormat, kita kena menerima hakikat sebagai statement Yang Berhormat yang pertama tadi bahawa alam sekitar ini bukan sahaja boleh dibangunkan menjadi penyelamat cara hidup orang Malaysia tetapi juga boleh digunakan sebagai satu industri sendiri. Jadi, Yang Berhormat, adakah kita mempunyai kepakaran dalam kementerian kita mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengawal selia supaya di samping kita membawa ataupun menerima industri masuk ke negara kita ini supaya jangan negara kita ini menjadi satu dumping ground untuk industri dan membuat pollution yang tinggi dan adakah kita mempunyai cukup political will untuk menguatkuasakan kehendak kementerian dan kerajaan supaya kita jangan memandang dollar and cents sahaja, tidak memandang kesan masa panjangnya, kerana banyak telah kita lihat banyak pencemaran di bukit bukau, di sungai dan di pedalaman umpamanya air telah dicemari, nelayan mati tidak makan. Jadi, kita lihat rumah dibangunkan di tepian gunung, rumah runtuh, orang mati. Jadi, semua ini adalah masalah yang bakal kita hadapi semasa kita bergerak ke arah pembangunan. Adakah kementerian mempunyai kepakaran dan cukup political will untuk menguatkuasakan. Jangan pandang sangat dollar and cents terima kasih. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Santubong yang memberi keyakinan penuh kepada kementerian kami. Sebenarnya kalau kita lihat penubuhan kementerian ini pun dengan beberapa susunan kementerian ini menunjukkan bahawa kerajaan kita mempunyai political will, memang tidak boleh dinafikan dan juga kita memang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk memastikan bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada kita dapat dijalankan. Tetapi masalahnya ialah kita memerlukan masyarakat kita memahami betapa pentingnya alam sekitar di dalam era pembangunan ini. Jadi, tidak guna kita bimbang tentang alam sekitar selepas kita menjadi satu negara yang membangun seperti mana yang terjadi di negara-negara barat. Hutan- hutan semua telah ditebang baru mereka sedar bahawa hutan itu sangat penting. Jadi, kita tidak mahu keadaan itu wujud di negara kita ini. Jadi, saya rasa kita mempunyai tetapi kita dalam proses untuk menyedarkan masyarakat dan juga para pengusaha industri dalam negara kita ini bahawa alam sekitar memang sangat penting. Kita tidak boleh membangunkan negara tanpa memelihara alam sekitar kita. Jadi, itulah sebenarnya satu cabaran yang penting kepada kementerian kami. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung semula tentang pencemaran air. Kebanyakan kes-kes pencemaran ini adalah bagi kesalahan mencemar air daratan, seperti di sungai. Di samping itu dari penguatkuasaan undang-undang ini kita dapat lihat dengan jelas dan hasilnya di atas kualiti alam sekitar. Sebagai contoh bilangan lembangan sungai yang bersih yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar semakin bertambah. Daripada 120 buah lembangan sungai yang dipantau pada tahun 2002 sebanyak 63 lembangan sungai telah dikategorikan sebagai bersih, 43 sebagai sederhana tercemar dan hanya 14 tercemar berbanding dengan 117 buah sungai yang dipantau pada tahun 1997, di mana 24 buah lembangan sungai dikategorikan bersih, 68 sederhana tercemar dan 25 tercemar, Sebaliknya cuba bayangkan betapa buruknya keadaan dalam negara ini jika tiada undang-undang yang dinyatakan di atas dikuatkuasakan. Selain menangani masalah pencemaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menguatkuasakan akta- akta dan undang-undang yang ada berkaitan dengan flora dan fauna. Penguatkuasaan akta-akta ini telah berjaya melindungi kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta juga dapat menjadikan negara ini kekal dengan alam semula jadi nya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kota Bharu. Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai pemantauan tadi, saya lihat di Kelantan misalnya di ketahui umum bahawa pantai ataupun beaches telah pun mengalami hakisan yang begitu dahsyat dan saya

38 DR.2.6.2004 percaya kementerian juga sedar perkara ini. Ini telah berlaku beberapa tahun dan sehingga setengahnya perkampungan di tepi pantai telah pun tenggelam. Kita juga sedar kerana kita tahu ini perkara umum bahawa pembuangan sampah atau sisa di Kota Bharu misalnya begitu tinggi dan laporan akhbar beberapa tahun ini menunjukkan pada masa-masa tertentu khususnya di musim hujan ikan-ikan di tepi sungai mati. Saya percaya kalau pemantauan ini berkesan dan saya percaya jikalau pemantauan terhadap balak-balak yang telah pun diproses oleh kerajaan PAS beberapa tahun ini dengan begitu lebih daripada hadnya pada pandangan saya. Saya percaya jika pemantauan ini semua dibuat sudah tentunya ada jawapan, sama ada dari segi tindakannya ataupun dakwaannya dan sebagainya. Persoalan saya ialah apakah kementerian baru ini akan menjadi lebih proaktif, lebih mengetahui tentang keadaan sebenar untuk mencapai hasrat ataupun sentimen yang Timbalan Menteri sebutkan tadi. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedar tentang keadaan pantai khususnya di kawasan Kelantan dan Terengganu di mana kita mendapat laporan bahawa hakisan adalah agak teruk sekali. Jadi, kementerian sedang berusaha untuk mengambil tindakan-tindakan untuk memastikan bahawa kawasan- kawasan ini dapat dibaik pulih di masa akan datang. Jadi, kementerian memang committed untuk mempertingkatkan lagi pantai-pantai peranginan di kawasan tersebut. Begitu juga kalau dikatakan tidak ada sebarang manfaat tentang penguatkuasaan ataupun langkah-langkah yang diambil tidak betul kerana statistik yang saya beri tadi, kita dapat melihat yang lebih baik tetapi walaupun masih ada lagi sungai-sungai yang tercemar, tetapi bilangan sungai yang tercemar sudah berkurangan. Jadi ini memberi kesan dan kita tidak dapat menentukan sasaran sampai bila kita dapat memastikan semua sungai di negara kita ini dapat dibersihkan kerana kos untuk memulihkan satu sungai boleh jadi sampai RM1 bilion. Jadi, kosnya agak tinggi dan satu cara yang paling baik ialah untuk kita pergi kepada sumber ataupun punca pencemaran itu. Jadi, itulah yang kita sedang timbangkan supaya lama-kelamaan kita dapat meningkatkan kualiti sungai kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Tuan M. Kula Segaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan ini adakah kementerian sedar bahawa baru-baru ini sisa yang teruk telah di dumping di Kampung Acheh dikatakan red earth satu sisa yang sangat serius yang akan mengakibatkan pencemaran yang teruk kepada tempat-tempat yang dilindungi oleh orang ramai di sana. Apakah sebab ini terjadi dan apakah tindakan yang akan diambil bahawa ini tidak akan terjadi. Dalam hal ini saya hendak memberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu lebih kurang empat tahun dahulu di Pantai Remis beberapa tong-tong besar tiba- tiba didapati dan sisa-sisa itu sangat teruk dan orang yang membawanya dari luar negara telah dibawa ke mahkamah dan tindakan telah diambil . Apakah ini selalu terjadi di sana kerana semua tempat di sana adalah tempat nelayan. Jadi, macam mana kita dapat mengelakkan perkara ini dan berapa seriuskah perkara ini di negara ini terutama di tempat tersebut? Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang red earth di kawasan Lumut memang kita telah mengambil maklum dan tindakan telah diambil, pemilik telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengalihkan sisa-sisa buangan tersebut, tetapi kalau kita perhatikan bila disebut pasal alam sekitar bermakna merangkumi semua kawasan tanah di negara kita dan juga di kawasan laut. Jadi, tidak ada mana-mana tempat yang boleh dikatakan ini tidak penting, itu tidak penting. Jadi, wakil rakyat boleh atau sesiapa pun kalau dia hendak bertindak secara tidak betul, dia boleh buang di mana-mana. Jadi, itulah sebabnya kita menyeru kepada masyarakat setempat supaya memberi maklumat kepada kita supaya kita dapat mengambil tindakan. Katakan kebakaran kita ada satellite images kita boleh menentukan di mana kebakaran berlaku dan kita boleh segera menghantar pegawai penguat kuasa untuk mengambil tindakan dengan serta-merta. Tetapi macam pembuangan sisa ini kita memerlukan maklumat daripada masyarakat, barulah kita boleh bertindak. Kita minta orang ramai menjadi DR.2.6.2004 39 mata ataupun ejen untuk memberitahu kepada kita sekiranya ada sebarang pelanggaran ataupun pencerobohan terhadap alam sekitar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh menyambung ucapan pada sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob] mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Kita mesti habiskan jawapan oleh kementerian hari ini. Jikalau boleh, Menteri yang menjawab mestilah padat dan pendekkan. Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyambung jawapan.

2.32 ptg. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tuan S.G Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua… Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Tuan Yang di-Pertua, minta jalan. Tuan S. G. Sothinathan: Saya belum mula lagi, Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia baru bangun, Yang Berhormat. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Saya mengikuti sepanjang tadi, saya ingat takut terlepas nanti. Tuan S. G. Sothinathan: Okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila, sila. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Ini mengenai hakisan Pantai Sabak yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat saya sebelum ini. Pantai Sabak, Kelantan ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Bharu memang teruk dan sekarang ini sudah menular ke Pantai PCB. Bila dibuat penyelidikan, punca ia menjadi parah ialah kerana adanya breakwater , dengan izin, yang membuatkan pasir tidak dapat mengambus hakisan itu sendiri. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih Pantai Sabak ini. Peruntukan pertama pada tahun 1998, kalau tidak silap saya, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan. Apabila dibuat tambak untuk menghalang hakisan itu dengan pasir, dalam satu tahun sahaja habis, RM30 juta. Ini menunjukkan design untuk membuat tambak itu tidak begitu baik. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta pada tahun 2003 untuk membaik pulih. Saya tanya kepada Pengarah JPS yang memantau dan JPS pada masa itu berada di bawah Kementerian Pertanian tidak di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang memantau kedudukan Pantai Sabak ini. Semua pantai ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada soalan. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Saya hendak bertanya, design yang hendak dibuat ini sepatutnya betul-betul sebagaimana dibuat di Sabah dan Sarawak, dan kalaulah tidak dapat dimulakan pada bulan September ini, hakisan pantai itu akan menjadi lebih mudarat. Saya hendak tahu bila projek bernilai RM40 juta ini dapat

40 DR.2.6.2004 dimulakan supaya pantai itu tidak terhakis ataupun mengurangkan hakisannya. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak mempunyai maklumat terperinci tentang masalah spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tetapi saya akan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyiasat aduan Yang Berhormat tadi dan sekiranya apa yang dinyatakan itu benar, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya tetapi dari masa ke semasa kita cuba menggunakan teknik yang terkini …, tidak ada satu teknik yang dikatakan yang boleh digunakan. Jadi, ia mesti bersesuaian dengan keadaan sesuatu tempat, mengikut arus laut dan juga jumlah muatan sungai yang mengalir ke laut. Semua ini kena diambil kira. Ini adalah faktor-faktor yang variable yang mana adalah di luar kawalan manusia.

Itulah sebabnya kadang-kadang kita menghadapi masalah. Jadi, dari semasa ke semasa kita cuba memperbaiki sistem menjaga pantai kita tetapi memang kita tahu bahawa pantai-pantai di Kelantan dan Terengganu seperti yang saya katakan tadi, memang mendapat perhatian yang serius daripada Kerajaan Pusat. Jangan bimbang. Tuan Yang di-Pertua, selain dari menangani masalah pencemaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menguatkuasakan akta-akta dan undang-undang yang ada berkaitan dengan flora dan fauna. Penguatkuasaan akta ini telah berjaya melindungi kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta juga dapat menjadikan negara ini kekal dengan alam semula jadinya. Situasi sedemikian membolehkan warganegara menikmati warisan … Tuan Eric Enchin Majimbun : [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Sepanggar bangun. Tuan S. G. Sothinathan: ….semula jadi dan seterusnya meningkatkan nilai estetik kehidupan rakyat. Tuan Eric Enchin Majimbun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai bahan-bahan yang low-biodegradable , bahan-bahan plastik di mana kalau kita lihat di mana-mana sahaja bertaburan bahan-bahan plastik ini. Adakah kementerian merancang untuk mengurangkan penggunaan ataupun merancang untuk mengganti penggunaan plastik ini. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang perkara ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada kementerian saya tetapi juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan perhatian yang serius tentang bahan- bahan plastik ini. Itulah sebabnya mereka mengadakan program recycling dan sebagainya. Kalau boleh eloklah kita gunakan bahan-bahan yang biodegradable yang mana itu adalah lebih baik tetapi pada satu ketika kita gunakan kertas tetapi kita sudah biasa menggunakan plastik dengan berleluasa kerana keistimewaan dan juga kosnya. Perkara ini memang mendapat perhatian daripada kedua-dua kementerian…. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai tambahan, isu ini sudah lama kita bincang. “Untuk mengambil perhatian” rasanya tidak memadai tetapi tidakkah kementerian terus bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan bahawa penggunaan beg plastik ini tidak dibenarkan langsung kerana ia mencemar bukan sahaja alam sekitar bahkan sungai-sungai, lautan yang ada pun sudah tidak boleh digunakan oleh jet ski sebab beg plastik ini ia tidak mudah lupus. Jadi, negara Eropah menggunakan beg kertas, kenapa kita sebagai negara sedang membangun masih bertahan di tampuk yang menyusahkan ini? Adakah kementerian dan kerajaan berhasrat untuk memberhentikan penggunaan plastik ini serta-merta sebab ia mendatangkan mudarat kepada negara kita. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukanlah satu perkara yang diberi perhatian sahaja malah beberapa tindakan telah diambil iaitu salah satunya ialah apa yang dikatakan recycling program yang sudah sedia ada tetapi jika kita tidak begitu rela untuk menghantar bahan ini ke tempat-tempat recycling dan sebaliknya membuangnya ke dalam sungai, siapakah yang salah? Manusia yang salah, kita yang salah. Jadi, jangan salahkan dasar yang kita amalkan. Memang DR.2.6.2004 41 kesalahan itu terletak pada kita dan kita yang harus memperbetulkan diri kita. Janganlah mengatakan bahan plastik tidak boleh dipakai kita langsung tidak mahu menggunakan plastik tetapi kerana penyalahgunaan kaedah plastik itulah maka wujudnya masalah-masalah ini. Itulah yang harus kita perbetulkan… Beberapa Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tukar tajuk lain Yang Berhormat. Tuan S. G. Sothinathan: Kita pergi ke flora dan fauna sekarang. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ini masalah. Yang Berhormat, minta floor sedikit. Kita bukan menyalahkan dasar kerajaan, tetapi kita sudah tahu bahan ini mudah digunakan, bagaimana kita hendak mendidik masyarakat kita keseluruhannya? Tetapi, kalau benda ini ditegah, balik bikin kertas punya, saya ingat tidak ada masalah. Sebab kalau dibuang pun, ia mudah luntur. Kita sudah cakap dengan kementerian banyak kali. Mereka ambil perhatian, tetapi tindakan tidak ada. Kita tidak menyalahkan dasar kerajaan. Kita menyalahkan pelaksanaan itu tidak ada. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kita mesti ambil kira nilai-nilai barangan plastik dan juga kita mesti mengambil kepentingan industri. Bukan saya katakan, kita hendak ikut negara maju sahaja. Kenapa kita harus hendak ikut negara maju? Takkan kita tidak boleh fikir macam mana hendak mengatasi masalah ini? Kalau esok, mungkin negara maju bila dia tarik balik ke plastik, takkan kita hendak dari kertas, kita hendak balik ke plastik pula? Jadi, lebih eloklah kalau kita tahu, apakah keistimewaan sesuatu barangan itu, lebih baik kita cuba tumpukan perhatian kepada perkara itu dan…… Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Ada Ipoh Barat bangun, Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hanya untuk penjelasan. Mengenai penggunaan plastik, baru-baru ini undang-undang telah diluluskan di Bangladesh, di mana penggunaan beg dari bahan-bahan plastik, tidak lagi dibenarkan di negara itu. Saya harap kalau third world country boleh mengadakan undang-undang tersebut, saya ingat Malaysia pun boleh mengadakan undang-undang tersebut. Pada pagi hari ini, saya ada tanya beberapa soalan mengenai sisa toksik yang red earth yang berada di Kampung Acheh. Tuan Yang di-Pertua, saya baru terima melalui faks, aduan-aduan berkenaan saya dengan terperinci dengan…[Membaca dari keratan faks] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pendekkan Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran: Ya. Satu permohonan yang telah dibenarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 27 Februari 2000, membenarkan satu syarikat untuk mengeksport 20,000 tan toxic waste kepada China. Yang menjadi masalahnya adalah, bila mereka membawa toxic waste ke Kampung Acheh, lebih kurang 100 kilometer, tidak ada apa-apa kawalan. Saya difahamkan, kementerian berkenaan tidak ada, ‘didn’t impose any specific condition’ dengan izin, hanya membenarkan mereka mengeksport ke China. Ini telah mengakibatkan masalah, oleh kerana mereka berada di Lot PT 7056 di Kampung Acheh, industrial park . Ia telah mengakibatkan pencemaran, terutamanya bila musim hujan, ia telah mengalir ke Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan. Ini telah menyebabkan pencemaran dan ikan- ikan yang dihasilkan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran: …ari sana, dijual balik kepada masyarakat umum. Jadi, dalam perkara ini, apakah tindakan yang telah diambil, memandangkan perkara ini telah diberitahu kepada kementerian Yang Berhormat. Apakah tindakan yang tegas

42 DR.2.6.2004 akan diambil supaya ini tidak berlaku lagi, seperti yang saya katakan empat tahun dahulu, satu perkara yang sama telah berlaku di Pantai Remis. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang menyatakan tentang negara Bangladesh dan Malaysia, kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Bangladesh. Kalau kita hendak ikut Bangladesh, kita tidak boleh ada di dalam Dewan yang sebegini canggih pada hari ini, ya. Jadi, kita kena adakan dasar- dasar kita mengikut keupayaan kita dan kebolehan kita. Jadi, berkaitan dengan sisa toksik… Tuan Ronald Kiandee: [Bangun] Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua orang yang bangun, Yang Berhormat. Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan, penjelasan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Penghabisan. Last . Tuan S. G. Sothinathan: Mengenai dengan masalah sisa toksik itu, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi dia jawab habis dahulu, Yang Berhormat. Tuan S. G. Sothinathan: ……memang masalah ini telah diambil tindakan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom…… Tuan Ronald Kiandee: Penjelasan. Tuan S. G. Sothinathan: Iaitu, ianya diusulkan dan telah disebut… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi. Dia belum bagi. Sila duduk dahulu. Datuk Bung Moktar bin Radin: Tidak. Dia gulung. Tuan S. G. Sothinathan: Kita sebagai agensi yang boleh mengkoordinasikan perkara-perkara ini, kita boleh mengambil tindakan. Saya memberi jaminan, sekiranya kita tidak mampu, kita akan mengkoordinasikan dengan agensi yang berkaitan untuk memastikan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Ronald Kiandee: [Bangun] Datuk Bung Moktar bin Radin: Tuan Yang di-Pertua….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua orang yang bangun. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hairanlah, kenapa Yang Berhormat beria-ia sangat mempertahankan beg plastik yang digunakan di dalam negara kita. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kenapa? Datuk Bung Moktar bin Radin: Macam tidak masuk akal. Kenapa tidak perkara ini dibawa dalam perbincangan di Kabinet atau di kementerian, untuk dipertimbangkan, sebab ia membahayakan, sudah bertahun-tahun. Kenapa Yang Berhormat beria-ia mempertahankan keburukan ini. Saya hairan, apa tujuan dia? Tuan S. G. Sothinathan: Sebenarnya, tidak ada apa-apa untuk dipertahankan. Tetapi, yang saya hairan, kenapa Yang Berhormat suka-suka hendak ikut negara Barat ini? Sebelum kita buat peralihan, kita kena menimbang banyak faktor, saya sudah kata. Kita kena menimbang faktor industri itu, yang telah pun berkembang dengan begitu pesat di negara kita ini. Jadi, semata-mata gunakan alasan, bahawa ianya dibuang ke sungai, itu saya ingat tidak betul. Kalau katakan faktor saintifik satu cara yang dikatakan memudaratkan kesihatan, itu memang saya boleh terimalah. Tuan Ronald Kiandee: [Bangun] DR.2.6.2004 43

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Beluran bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Tuan S. G. Sothinathan: Ya. Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cadangan-cadangan untuk menimbang menggunakan beg kertas, harus diambil secara baik oleh Timbalan Menteri untuk dibawa berbincang, tidak payah turn out , tidak payah so defensive about this thing, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu, kita hairan apa kepentingan dia. Bila cakap kepentingan, sama ada dia mem protect industri plastik. Cuba, bawa satu cadangan dipertimbangkan, dibawa perbincangan. Saya rasa, contoh pasal Bangladesh, Timbalan Menteri miss the point . Kita bukan contoh kemajuan kita dengan Bangladesh. Kita bincangkan, bahawa Bangladesh juga praktikal dalam menilai isu environment untuk negara mereka. Itu sahaja point dia. What is so defensive about ? Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, bukan defence, tetapi yang saya hairan itu, alasan yang digunakan. Kita tidak katakan, memang kita hendak defence plastic industry , kita hendak defence semua industri yang ada di negara kita ini. Itu tanggungjawab kita. Bukan kita katakan, okey, tutup industri ini, pergi ke industri lain, bukan. Itu bukan dasar kita. Kita mesti mempertahankan segala industri yang ada di negara kita ini. Jadi, kalau kita hendak membangunkan industri kertas itu, kita boleh, kita memang menggalakkan. Kita tidak mengabaikan industri kertas, paper packaging . Kita memang menggalakkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Pindah ke tajuk lain. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya sambungkan jawapan saya iaitu berkaitan dengan flora dan fauna. Secara tidak langsung, segala tindakan kerajaan, dapat meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti pelancongan. Penguatkuasaan undang-undang bukan sahaja untuk mengenakan penalti ke atas pesalah, tetapi juga bertujuan untuk memastikan pembangunan yang lestari, iaitu pembangunan yang mengambil kira kepentingan ekonomi, sosial dan juga alam sekitar. Keperluan bagi mengadakan penilaian kesan alam sekeliling (EIA) untuk aktiviti-aktiviti pembangunan tertentu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah bagi maksud mencapai pembangunan lestari ini. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar percaya, peruntukan undang- undang ini telah dapat memastikan pembangunan di negara ini dijalankan dengan berjaya, tanpa mengorbankan alam sekitar dan kualiti hidup. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Putatan ada membangkitkan... Tuan Salahuddin bin Ayub: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ada yang bangun Yang Berhormat. Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyentuh tentang flora dan fauna ini dan juga berkaitan dengan pelancongan. Adakah Tuan Yang di-Pertua dan kementerian yang berkenaan ini, menyedari bahawa perairan Tanjung Piai merupakan satu kawasan tumpahan minyak dan pembuangan toksik yang terbesar, di antara yang terbesar di dunia ini, yang menyebabkan berlakunya pendapatan nelayan yang terjejas. Ini, saya harap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat memberikan satu perhatian yang sangat serius, sebab satu kajian yang dibuat oleh Profesor George Hamilton daripada Massachusetts University di Amerika Syarikat. Kajian tentang bagaimana musnahnya eko-sistem laut yang disebabkan oleh pencemaran di Kepulauan New Foundland yang menyebabkan mengikut kajian ini, sesuatu perairan itu kalau tercemar dengan sebab tumpahan minyak atau bahan sisa toksik akan memakan masa dua setengah tahun hingga lima tahun untuk dipulihkan. Ini, sudah tentu menjejaskan pendapatan nelayan yang terlalu teruk. Jadi, saya mengharapkan kementerian sedar perkara ini dan memang Tanjung Piai ini merupakan kawasan yang sangat masyhur, terkenal kerana tumpahan minyak dan pembuangan sisa-sisa toksik. Jadi, diharapkan dapat perhatian. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, pembuangan sisa-sisa toksik ini, mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau sistem

44 DR.2.6.2004 toksik itu adalah sistem toksik berjadual, schedule toxic waste , maka kita hanya membenarkan ianya di tempat-tempat yang berlesen sahaja yang dia boleh pergi buang. Jadi, sebarang aktiviti lain ini, memang adalah aktiviti yang haram. Jadi, kalau kita mengetahui maklumat daripada Yang Berhormat, kita boleh menyiasat perkara ini dan memastikan bahawa ianya tidak berulang lagi. Jadi, dikatakan tempat pembuangan toksik itu bukan satu pembuangan toksik yang diizinkan oleh kerajaan, tidak. Mungkin ini adalah satu aktiviti haram yang berlaku. Jadi, kita kena menyiasat perkara ini, kesahihannya dan barulah kita boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang membuat kesalahan itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Putatan ada membangkitkan masalah banjir yang berlaku di kawasannya serta masalah kekotoran air dan sungai yang mana menurut Yang Berhormat ini merupakan akibat pengecilan sungai itu iaitu menjadikannya sempit dan cetek. Pihak kementerian serta Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah memang sedar akan masalah banjir yang berlaku di kawasan Putatan akibat kekurangan sistem saliran yang boleh mengalirkan air ke laut dengan cepat dan berkesan pada musim hujan. Oleh sebab itu JPS..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kuala Terengganu bangun, Yang Berhormat. Tuan S.G. Sothinathan: Biar saya jawab bagi habiskan ini, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kuala Terengganu, bagi dia habis dulu, duduk Yang Berhormat. Tuan S.G. Sothinathan: Berikutan itu JPS Sabah telah melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Bandaran Sungai Putatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana ianya melibatkan kerja-kerja pengorekan Sungai Putatan yang bernilai lebih kurang RM2.3 juta. Pembinaan jambatan melintasi sungai yang telah diperbesarkan dengan kos bernilai RM3 juta. Pembinaan jambatan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sabah dijangka akan siap pada penghujung tahun 2004. Apabila pembinaan jambatan siap kelak kerja-kerja pengorekan sungai boleh diteruskan secara menyeluruh. Dengan siapnya projek ini adalah dijangkakan pengaliran air sungai ke laut akan menjadi lebih cepat dan lancar serta dapat mengatasi masalah banjir yang dibangkitkan itu. Tuan Razali bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi telah mendapat penjelasan berhubung dengan sustainable development juga tentang memelihara flora dan fauna . Yang saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kita ialah berhubung dengan Tasek Kenyir di Terengganu yang begitu cantik, indah dengan segala habitat dan flora dan fauna tetapi sedarkah Yang Berhormat bahawa di masa kerajaan dahulu memerintah Terengganu itu penebangan kawasan tadahan di situ telah menyebabkan kerosakan iklim, kerosakan suasana. Juga sekarang ini adakah satu pasukan untuk memantau sungai-sungai di muara Kuala Terengganu sekarang ini sudah tidak cantik dan indah lagi sebab yang disebutkan tadi ialah dari segi sustainable development . Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat di atas dua perkara itu? Terima kasih. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang kita menggalakkan sustainable development dan ini Kerajaan Pusat menentukan dasar tetapi yang penting ialah kerajaan negeri haruslah beri kerjasama dan pastikan bahawa segala dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat itu adalah demi kebaikan masa hadapan kita. Tetapi kalau mereka mengabaikannya jadi apa yang kita boleh buat kerana kebanyakan perkara-perkara ini adalah di bawah kuasa pihak negeri. Tetapi dengan adanya Kerajaan Barisan Nasional di negeri Terengganu, saya harap pembangunan yang lestari dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua Yang Berhormat, mana? Okey, Pontian. Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri pada pertengahan tahun 1970 Jabatan Parit dan Saliran telah melaksanakan sebuah projek yang mega dinamakan rancangan Johor Barat iaitu mengatasi masalah banjir kepada kawasan-kawasan di Johor Barat tetapi apabila Jabatan Parit dan Saliran meneruskan usaha-usaha pembangunan projek- DR.2.6.2004 45 projek yang selanjutnya seperti pembinaan empangan dan sebagainya, kawasan- kawasan yang telah dapat diatasi masalah banjir iaitu di Johor Barat hari ini dilanda banjir semula oleh kerana projek-projek yang dijalankan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat dikaji semula kawasan-kawasan yang telah satu ketika kerajaan membelanjakan lebih RM700 juta untuk tujuan rancangan ini dan akhirnya kawasan ini terdedah semula kepada ancaman banjir apabila setiap kali hujan yang lebih daripada biasa berlaku? Terima kasih. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, satu perkara dan hakikat yang kita harus terima ialah pada masa sekarang, hujan yang turun itu adalah bukan macam 30 tahun dahulu, sekarang rainfalls very high , dengan izin, pada sesuatu masa jadi itulah sebabnya kita dapat melihat fenomena banjir ini berlaku di kawasan-kawasan maju ini seperti di Kuala Lumpur dan juga di kawasan-kawasan tertentu di Johor. Jadi itulah sebabnya kerana kemajuan, kerana pencemaran alam dan sebagainya maka corak hujan pun telah banyak berubah. Ia bukan sepanjang tahun tetapi pada satu- satu ketika tertentu dalam masa singkat sahaja kita boleh ada flash flood dan sebagainya. Jadi itulah sebabnya. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tiga Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua .... Tuan S.G.Sothinathan: Ya, biar saya belum jawab yang ini, Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Tuan S.G.Sothinathan: Sekejap. Jadi memang setiap program yang.... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk, dia belum bagi jalan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Janganlah tidak bagi jalan, inilah masa kita hendak menyoal. Tuan S.G. Sothinathan: Okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum lagi... Okey sekarang dia bagi Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hah! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri, sudah naik pangkat daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tahniah. Antara bidang kuasa dan yang menjadi tanggungjawab kementerian ini ialah tanah- tanah atas nama PTG. Tanah-tanah atas nama PTG ini berselerak, betul bahasa itu? Berselerak, berselerak di seluruh negara. Tanah-tanah ini kebanyakannya digunakan, oleh sebab tidak digunakan oleh PTG dan tidak digunakan oleh kementerian, sesetengahnya berada di sebelah kampung digunakan oleh orang-orang kampung dengan berbagai-bagai cara, tanaman kontan, membela ternakan Satu kes berlaku di kawasan saya, seluas 50 ekar di bawah PTG sudah bertahun-tahun penduduk di kampung itu membela lembu. Tanah terbiar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: PTG itu apa Yang Berhormat? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: PTG itu apa? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Pesuruhjaya Tanah dan Galian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, teruskan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi orang kampung gunakan, bela lembu beratus-ratus ekor. Baru-baru ini dalam tiga, empat minggu ini tanah ini telah diserahkan oleh PTG kepada sebuah syarikat yang jauh daripada kampung halaman itu, orang luar ...Ooh!...

46 DR.2.6.2004

Beberapa ahli: [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi masalah dan orang-orang kampung ini tempat mengadunya sudah barang tentu Tuan Yang di-Pertua, ‘Lagi terang lagi bersuluh’ ialah Ahli Parlimen. Saya hendak warning PTG ini, saya hendak beri amaran... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada masalah ini, Yang Berhormat. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of order, Tuan Yang di- Pertua.... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak teruskan kepada persoalanlah ini! Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Seri Gading tidak boleh garang Tuan Yang di-Pertua, kena cakap baik-baik. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan, teruskan Sri Gading. [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Okey, lembutkan sedikit. .. [Ketawa], saya hendak beritahu PTG... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada masalah, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hendak masuklah ini, hendak masuklah ini, hendak sampaikan kepada PTG, lembut lagi? Kalau lembut lagi macam mana itu? ` Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat teruskan….. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sampaikan kepada PTG supaya bertimbang rasalah kepada orang kampung. Sudah bertahun-tahun mereka membela lembu di situ, apa sebab hendak bagi kepada sebuah syarikat yang lain, ini seperti penganiayaan. Mereka yang membela lembu ini pula dapat bantuan daripada veterinary, a gensi kerajaan juga... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi saya haraplah, saya harap supaya bercermatlah sedikit menggunakan kuasa dan jangan aniaya orang kampung. Kesiankanlah orang kampung yang dikatakan oleh kerajaan buatlah macam-macam kerja untuk menambah pendapatan. Mereka ikut saranan kerajaan tetapi agensi kerajaan pula yang sabotaj mereka. Saya akan bawa perkara ini ke tengah, kalau tidak sesal untuk menentukan orang-orang Melayu pengundi di kawasan ini di Kampung Parit Ismail, Bukit 4, Batu Pahat tidak teraniaya oleh sikap PTG yang tidak cermat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya sebenarnya memerlukan nombor lot yang sebenarnya Yang Berhormat nyatakan supaya kita dapat menyiasat perkara ini. Tetapi yang kedua, sebenarnya tanah-tanah yang di bawah kelolaan PTG, I mean Kementerian Tanah dan Galian ini, ia adalah milik kementerian beberapa agensi kerajaan tetapi kita sebagai penjaganya, tetapi tanah- tanah ini tidak diberi secara percuma. Kalau kita hendak menggunakan tanah-tanah tersebut kita mesti ada satu kontrak dengan PTG di mana ia boleh disewakan mungkin untuk dua tahun atau pun dipajak untuk tiga tahun atau lebih dengan syarat..... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak sewa, orang kampung pun mampu hendak sewa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak, tidak, teruskan Yang Berhormat. DR.2.6.2004 47

Tuan S.G. Sothinathan: Sebenarnya kita ada prosedur, jadi mungkin saya tidak tahu prosedur sama ada prosedur itu telah pun diikuti atau tidak. Kalau sekiranya ia tidak digunakan tanpa sebarang kelulusan, mungkin PTG tidak tahu dan mereka akan terus menawarkan kos ataupun sewa yang terbaik, mereka akan tawarkan mengikut keadaan sekitar. Jadi, perkara ini saya harap Yang Berhormat dapat memberikan nombor lot tersebut supaya PTG boleh semak perkara ini dan mengambil tindakan. Sekiranya ada sebarang penganiayaan, kita akan membetulkannya. Kalau tidak ada sebarang penganiayaan, kita akan mengekalkan keadilan yang telah dibuat oleh PTG... Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun] Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tangga Batu bangun Yang Berhormat. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan, Jerai. Tuan S. G. Sothinathan: Ini saya masih belum habis dengan JPS lagi. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya cakap baik-baik… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila… Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: …lembut-lembut, tidak ada kasar-kasar. Tuan S. G. Sothinathan: JPS pun belum habis lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila duduk, ikut peraturan. Tuan S. G. Sothinathan: Saya habiskan JPS dulu… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi, sila duduk. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya mahu cakap pasal bah tadi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Jerai, sila duduk. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia bagi Yang Berhormat bagi Jerai. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jerai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila, sila. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Vanakam !… [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tahniah Timbalan Menteri. Saya dulu semasa Timbalan Menteri bertanding, saya ingatkan mereka calonkan Sultan Brunei jadi Ahli Parlimen. Muka lebih kurang macam Sultan Brunei… [Ketawa] Tadi Yang Berhormat cakap pasal banjir di Kuala Lumpur. Saya duduk di Yan pun banjir juga. Masalah banjir ini kerana apabila…, dalam Islam apabila Tuhan menjadikan bukit dan bukau adalah paku kepada dunia ini supaya dia tidak menjadi erosion dan sebagainya tetapi manusia telah merosakkan alam. Bukit elok-elok dipotong. Jadi, apabila bukit dipotong, sudah tentu ini akan menjadi hakisan dan apabila hakisan, sudah tentu ia akan menjadi banjir. Jadi, apakah kementerian Yang Berhormat atau pegawai-pegawainya supaya apabila hendak meluluskan sesuatu projek terutama sekali projek perumahan, supaya mengkaji. Banyak lagi tanah daratan yang boleh dibuat bangunan. Ini saya tengok kondominium duduk di lereng bukit, takut Yang Berhormat, takut ia turun. Jadi, kementerian kena arif tentang perkara ini kerana bukit-bukit ini adalah bukit yang Tuhan buat, natural , kita pergi usik buat apa….

48 DR.2.6.2004

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat bagi Jerai. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Barangkali Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat bagi Baling lebih faham perkara ini, dia boleh hurai. Saya tidak habis baca, sekerat sahaja… [Ketawa] Yang Berhormat baca habis. Itu satu. Yang kedua Yang Berhormat, hakisan pantai. Seluruh pantai dari kawasan Jerlun sampai Yan, kalau Yang Berhormat ada masa, saya hendak bawa Yang Berhormat berjalan tengok orang-orang kampung hari-hari teriak, Tuan Yang di-Pertua, air mata meleleh. Ombak, datang habis rumah-rumah. Saya menziarahi, saya melihat mereka, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apakah kementerian boleh tolong kawasan saya dan kawasan Jerlun supaya tolonglah pergi buat sesuatu supaya rumah-rumah yang ada di tepi-tepi pantai ini tidak terhakis kerana anak dan keluarga mereka hendak pergi mana, Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat tolonglah saya… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Jerai, cukuplah. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: …di kawasan. Terima kasih Yang Berhormat. Nandre ! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila padatkan jawapan dan habiskan. Tuan S. G. Sothinathan: Kita akan bantulah Yang Berhormat. Saya pun mengalami nasib yang sama juga di Telok Kemang. Kawasan pantainya memang terhakis. Memang ini satu fenomena di seluruh negara, kebanyakan tempat yang ada pantai di negara kita ini. Jadi, kita memberi perhatian yang serius kepada perkara ini. Memang beberapa tindakan telah pun dirancang. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan JPS Sabah yang telah pun menyiapkan Pelan Induk Saliran Petagas yang merupakan sebahagian daripada Putatan. Kajian ini telah dilaksanakan oleh pihak juru perunding dan kini reka bentuk projek telah disiapkan untuk pelaksanaan. Projek ini akan dibawa untuk pertimbangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat menyatakan tentang usaha kerajaan menubuhkan task force bagi menyelesaikan tunggakan urusan tanah di seluruh negara. Ianya meliputi urusan: (i) pendaftaran urus niaga tanah; (ii) strata title ; (iii) penukaran hak milik iaitu daripada qualified title ke final title ; dan (iv) permohonan pemberian hak milik tanah. Memanglah diakui terdapat masalah tunggakan di beberapa Pejabat Tanah di negara ini. Antara tunggakan yang terbesar dalam bentuk urusan pendaftaran urus niaga tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, pasukan task force ini telah pun menyelesaikan tunggakan urusan pendaftaran urus niaga tanah sebanyak 58% iaitu sebanyak 188,450 kes daripada 325,744 kes yang tertunggak pada 31 Disember 2003. Pada masa yang sama, kerajaan sedang mengambil tindakan bagi menubuhkan task force untuk menangani tunggakan kerja dalam urusan strata title, penukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal dan urusan pemberian hak milik tanah. Bagi masalah strata title seperti yang telah dibangkitkan, kerajaan dalam usaha untuk mempercepatkan kelulusan permohonan hak milik strata telah menubuhkan one-stop agency di beberapa buah negeri di mana pemprosesan hak milik strata telah dilaksanakan secara berpusat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Namun demikian, bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan penubuhan one-stop agency ini. Ini adalah kerana terdapatnya beberapa faktor yang lain seperti kegagalan pemaju membuat permohonan hak milik strata, pemaju yang DR.2.6.2004 49 telah memohon tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan juga pemaju yang telah muflis. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi perhatian kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: [Bangun] Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Jasin bangun, Yang Berhormat dan Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berdiri daripada tadi, sudah 10 kali berdiri. Tuan S. G. Sothinathan: Minta maaf. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Mana satu hendak bagi, Yang Berhormat? Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Yang Berhormat Timbalan Menteri… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jasin? Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Tangga Batu ya? Tuan S. G. Sothinathan: Tangga Batu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Tangga Batu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tangga Batu, sila. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan kementerian Yang Berhormat ini bertanggungjawab tentang alam sekitar dan telah menyebut beberapa kali tentang pembangunan yang mapan, sustainable development dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Sedar atau tidak kementerian Yang Berhormat bahawa negara kita hari ini ada 2,012,616 ekor babi? Dan negeri yang tertinggi yang mempunyai babi ini ialah negeri Sarawak – 540,000 ekor, diikuti dengan Perak – 441,000 ekor dan kemudian diikuti dengan Selangor – 232,000 ekor. Hasil yang dikeluarkan, sisa buangan babi-babi ini telah pun merendahkan taraf hidup ataupun kualiti hidup rakyat dengan baunya, sungainya yang semakin cetek, airnya yang hitam dan sebagainya. Apakah tindakan kementerian Yang Berhormat ataupun pihak kerajaan di dalam mengambil kira bahawa babi ini juga merupakan makanan kepada sebahagian daripada masyarakat kita, masyarakat majmuk, dalam usaha untuk membina sebuah pusat pembelaan dan penyembelihan berpusat di mana jika terbina pusat ini, apa juga aktiviti dalaman itu tidak disedari oleh jiran. Air yang keluar pun air yang putih seperti NeWater di Singapore itu. Kalau boleh pihak kementerian atau pihak kerajaan berikan sedikit penjelasan, apakah tindakan kerajaan di dalam menangani isu 2,012,616 ekor babi ini. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sebenarnya, saya tidak dapat menentukan sama ada angka yang diberikan oleh Yang Berhormat itu betul atau tidak kerana saya tidak ada maklumat mengenai perkara itu. Memang kita sedar – perkara ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Pertanian tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun menggalakkan pewujudan pig farming area kerana sedar wujudnya masalah pencemaran di mana dalam integrated pig farming area itu ada semua sistem saliran yang baik, sistem treatment of the waste yang baik. Begitu juga dengan tempat-tempat ternakan yang sedia ada pun memang kerajaan menggalakkan mereka wujudkan dengan izin, proper services waste nya. Ini adalah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan. Namun demikian, secara terus-menerus memang kementerian kami tidak terlibat dalam pengurusan penternakan khinzir di negara kita. Memang ada kementerian khas untuk perkara ini. Jadi, saya sekali lagi ucapkan berbanyak-banyak…

50 DR.2.6.2004

Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ada yang bangun, yang akhir. Tuan S. G. Sothinathan: Yang akhir. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang akhir, Ipoh Barat. Tuan M. Kula Segaran: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berterima kasih kerana telah menyediakan one-stop agency untuk mengatasi masalah strata title tetapi saya dengan khusus ada beritahu… Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: [Masih berdiri] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran: …dalam ucapan saya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Yang Berhormat bagi Jasin sila duduk. Tuan M. Kula Segaran: Dengan khusus saya ada beritahu bahawa masalah strata title di Bercam, Ipoh. Masalahnya saya hendak tanya, adakah satu one-stop agency telah disediakan untuk mengatasi masalah strata title untuk low cost flat tersebut kerana lebih daripada 500 orang yang telah membeli rumah dengan harga RM25,000 ke bawah sudah menunggu lebih daripada 13 tahun untuk mendapatkan strata title . Jadi, adakah one-stop agency telah di form dan apakah tindakan susulan yang akan diambil? Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang saya tidak tahu dan pasti tentang keadaan Low Cost Flat di Bercham tetapi memang kita sedar bahawa projek-projek yang lama di mana pemaju telah muflis dan sebagainya di mana tidak ada CF dan sebagainya memang kita harus juga membuat beberapa pindaan kepada Akta Hak Milik Strata yang sedia ada dan kita sedang merangka akta-akta tersebut, saya tidak tahu sama ada Bercham termasuk dalam kategori tersebut atau tidak. Tetapi kalau sekiranya ia tidak termasuk maka saya akan ambil tindakan sewajarnya. Jika tidak, kita harus bersabar sehingga akta tersebut dipinda supaya memberi ruang sedikit bagi membolehkan perkara-perkara seperti ini dapat dirangkumi dalam akta yang baru akan datang. Ir. Shaari bin Hassan: [Bangun] Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Yang akhir Yang Berhormat Tanah Merah. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Jasin. Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Tanah Merah. Tuan S.G. Sothinathan: Saya tidak nampak. Okey. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Tanah Merah. Tanah Merah. Sila. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya dengar bahawa kementerian Yang Berhormat sekarang ini bertanggungjawab berkenaan dengan Jabatan Hutan dan juga agensi-agensi di bawahnya. Saya kebetulan Yang Berhormat dahulu pun buat kerja kayu ini dan saya tidak akan mengganggu Yang Berhormat lagi kerana enforcement yang dibuat oleh MTIB memang kuat. Ramin habis kena sapu tangkap dan saya juga difahamkan bahawa kementerian Yang Berhormat tidak akan keluarkan AP-AP import balak daripada Indonesia lagi. Yang saya hendak tanya Yang Berhormat, oleh kerana kementerian ini baru, adakah cadangan daripada kementerian untuk meng revamp balik agensi-agensi di bawah kementerian Yang Berhormat yang melibatkan perusahaan DR.2.6.2004 51 kayu kerana saya lihat pada hari ini banyak yang tidak kena. Contohnya MTIB – Malaysian Timber Industry Board dia menguatkuasakan segala pelesenan untuk eksport, import dan sebagainya. Dia juga mengutip ses kayu-kayu untuk dieksport tetapi malangnya Yang Berhormat ses itu tidak sampai kepada perbendaharaan kerajaan, diberikan kepada satu badan yang ditubuhkan di bawah Companies Act, Malaysian Timber Council (MTC) dan Malayisan Timber Council ini mendapat duit ses ini dia belanja ikut suka dia. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Yang Berhormat sila pendekkan Yang Berhormat. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Jadi, masalah dia sekarang, ini panjang sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Tak boleh. Tak boleh panjang-panjang – pendek. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Round about besar sangat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Pendekkan. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Jadi, kita hendak tahu sekarang, macam MTIB badan berkanun. Cara perbelanjaan dia mengikut daripada arahan Perbendaharaan. MTC ini didaftar bawah Companies Act dan pegawai-pegawai dia belanja ikut suka macam syarikat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Ini cerita fasal pegawai. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Yusof Yacob]: Ya. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof: Adakah kementerian Yang Berhormat Menteri akan revamp balik masalah ini kerana masalah sekarang ini kalau pergi luar negeri, pegawai-pegawai MTC first class kapal terbangnya. Pegawai-pegawai MTIB ikut daripada arahan Perbendaharaan, business class atau economy class . Di mana moral pegawai kerajaan ini? Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, mana-mana keistimewaan yang diberikan kepada pegawai-pegawai jabatan ataupun agensi ataupun badan-badan itu tertakluk kepada struktur penubuhannya. Sekiranya ada sebarang penyalahgunaan maka kita ada agensi-agensi tertentu yang boleh siasat. Tetapi kementerian juga dari semasa ke semasa kita akan terus ...... ini adalah satu daripada proses pembaharuan dan kemajuan. Kita akan terus mengkaji semula sebarang cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tentang sama ada relevan atau tidak sesuatu agensi atau sama ada ianya perlu distruktur semula atau tidak. Seperti sekarang juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pun adalah satu daripada hasil kajian semula oleh kerajaan. Itulah sebabnya kementerian ini telah distruktur semula. Ini adalah satu proses yang on- going . Jadi, kita terimalah. Tetapi kita harus terima hakikat bahawa tiap-tiap organisasi ada sekatan-sekatan ke atas pegawai dan juga ada keistimewaan. Kita harus terima. Kita jangan kata cemburu tentang apa yang didapati oleh mereka kerana memang bila kita bersetuju untuk berkhidmat dengan mereka, kita bersetuju tertakluk kepada syarat- syarat yang dikenakan. Bukan syarat-syarat yang dikenakan kepada agensi-agensi ataupun jabatan lain. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Barat tadi tentang one-stop agency untuk masalah strata title di Kampung Bercham, Perak memang ada one-stop agency . Saya harap one-stop agency ini dapat membantu dalam penyelesaian masalah ini. Itu sahajalah saya hendak ucapkan di sini. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat sedar bahawa ini adalah satu kementerian yang baru diwujudkan dengan beberapa agensi, dengan mengambil kira alam sekitar adalah satu perkara yang sangat penting di kementerian ini.

52 DR.2.6.2004

Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberikan pandangan dan teguran. Sebarang pandangan dan teguran yang diberikan, kita ambil dengan hati yang terbuka. Dalam isu plastik tadi, jangan ingat kita hendak defend . Kita tidak ada apa-apa kena-mengena dengan isu plastik. Cuma kita hendak mengimbangkan pembangunan dengan alam sekitar dan pada masa yang sama kita juga harus menjaga nasib semua industri yang ada di sini. Kita terima sebarang pandangan dan teguran dari Ahli-ahli Yang Berhormat dengan hati yang terbuka dan kita akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat supaya negara kita menjadi satu negara yang maju dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan alam sekitar kita yang indah pada masa kini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dijemput Kementerian Kesihatan menjawab, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

3.15 ptg. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan Lee Kah Choon]: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja yang menyentuh pelbagai isu dan perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Gombak yang meminta penerangan berhubung status semasa bagi penyelidikan dan pembangunan oleh Institusi Kebangsaan Produk-produk Asli , ‘Vaccinology’ and Biological atau IKPABB. Untuk maklumat Yang Berhormat, satu taklimat telah diberikan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Yang Berhormat Menteri Kewangan II berhubung perkara ini. Cadangan mengkorporatkan IKPABB ini telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan ini dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan ia akan ditempatkan di Bio Valley. Pihak kementerian telah mengenal pasti beberapa rakan kongsi untuk bekerjasama dengan IKPABB bagi memajukan produk-produk asli dan vaksin yang berkenaan dan cadangan alternatif untuk mempercepatkan penubuhan IKPABB telah dibincangkan dengan pihak Perbendaharaan melalui program perkongsian pintar secara kerjasama dengan pihak swasta dan syarikat rangkaian kerajaan atau government link companies. Yang Berhormat bagi Gombak juga ada menyentuh tentang Skim Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti tatacara pelaksanaan serta isu-isu atau masalah yang dijangka berbangkit dalam melaksanakan tabung tersebut. Walaupun skim ini belum lagi ditubuhkan dan masih di peringkat penelitian, namun pada masa ini kerajaan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dengan subsidi yang amat tinggi. Caj yang dikenakan kepada pesakit adalah sangat rendah malah bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah, perkhidmatan kesihatan diberikan secara percuma. Menyentuh tentang pertanyaan Yang Berhormat bagi Bera mengenai kekurangan kakitangan di Klinik Desa Pos Iskandar, dimaklumkan di sini bahawa terdapat satu jawatan yang diwujudkan di Klinik Desa Pos Iskandar iaitu Jururawat Masyarakat Gred U24 iaitu Gred Tingkatan Kanan. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua..... Pendang bangun Yang Berhormat. Tuan Lee Kah Choon: Biar saya habiskan isu ini, lepas itu saya akan bagi jalan. Walaupun terdapat hanya seorang Jururawat Masyarakat sahaja yang memberikan perkhidmatan di Klinik Desa Pos Iskandar, namun perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut adalah berkualiti kerana gred perjawatan anggota tersebut merupakan Gred Tingkatan Kanan dan memiliki pengalaman luas. DR.2.6.2004 53

Dr. Mohd. Hayati bin Othman: [Bangun] Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: [Bangun] Tuan Lee Kah Choon: Walau bagaimanapun kementerian akan memantau perkembangan klinik tersebut dan akan menambah bilangan perjawatan sekiranya terdapat peningkatan beban tugas dan tanggungjawab yang menyebabkan anggota yang sedia ada tidak lagi mampu menanggung pertambahan beban tugas berkenaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua yang bangun Yang Berhormat. Ada dua yang bangun. Tuan Lee Kah Choon: Sila, sila. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pendang. Seorang Ahli Pembangkang: Pendang ya. Pendang. Pendang. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan juga Setiausaha Parlimen. Saya hendak meminta penjelasan berhubung insurans kesihatan tadi ini, di sini ada satu Intergrated Health Management (IHM) telah diberi oleh Kementerian Kesihatan untuk melibatkan diri di dalam Health Insurance Scheme ini. Kita tahu IHM ini bukanlah sebuah syarikat insurans tetapi dia re-insurans terhadap insurans kesihatan rakyat di Malaysia ini. Yang melakukan insurans kesihatan ini secara multi-level dan juga ia telah mengubah-ubah insurans yang diambil oleh syarikat ini sebanyak empat kali iaitu dalam tahun 2001, dia ambil MBf sebagai syarikat insurans. Tahun 2002 dia ambil Pacific sebagai syarikat insurans dia kemudian tahun 2003 EON Insurance dan tahun 2004 Great Eastern Insurance sebagai syarikat insuransnya maknanya dia menginsuranskan syarikat insurans lain terhadap insurans yang diberikan kepada syarikat IHM ini. Masalahnya sekarang adakah kementerian sedar bahawasanya ini merupakan satu amalan insurans kesihatan yang mult-level yang tidak sihat dilakukan oleh syarikat ini. Minta penjelasan daripada kementerian berkenaan. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, apabila kementerian hendak menjalankan atau mempromosikan satu skim ini, yang pentingnya adalah kepentingan rakyat dan dari segi ini kita sedang meneliti semua skim yang telah dicadangkan oleh semua pihak supaya kita dapat mencari satu jalan yang baik sekali untuk kepentingan rakyat kita. Pertanyaan tadi berkaitan dengan syarikat-syarikat insurans itu, Kementerian Kesihatan tidak mengambil berat sangatlah berkaitan dengan siapa yang mendapat projek ini tetapi yang pentingnya adalah perkhidmatan kesihatan itu dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dr. Mohd. Hayati bin Othman: Sudah empat tahun, tolong ambil perhatianlah. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang mana hendak bagi, Yang Berhormat? Dr. Mohd. Hayati bin Othman: Empat tahun, ini masalah rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya belum panggil bercakap lagi. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, hendak bagi jalan? Bera. Tuan Lee Kah Choon: Bera. Tuan Ismail Sabri bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi adalah tentang isu yang dibangkitkan oleh saya. Saya kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut sebab bagaimana wujudnya kualiti yang baik kalau satu jururawat terpaksa menjaga 2,000 penduduk, terpaksa menjaga daripada baby sampailah kepada orang tua. Soal

54 DR.2.6.2004 kelulusan yang baik dan sebagainya tidak menjamin kualiti kerana bagaimana service kualiti yang begitu baik boleh diberikan kalau satu orang menjaga sebanyak itu. Sebab itu saya minta cadangan dulu supaya ditambahkan jururawat dan sebagainya. Dari segi polisi dasar kementerian dari segi ratio, berapa ratio, berapa nisbah dia, satu jururawat untuk berapa ribu orang. Tuan Lee Kah Choon: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan skim ini kita memang mengambil masa yang panjang untuk meneliti semua cadangan yang kita jalankan sebab kita tidak hendak mengadakan satu skim di mana dua, tiga bulan kemudian kita dapati bahawa kita ada masalah yang banyak, itulah mengapa kita kena mengambil masa yang panjang untuk meneliti apakah skim atau program yang baik yang dapat diterima oleh semua pihak kerana kita kena tengok juga bahawa ada banyak aspek terutamanya dari segi siapa yang kena bayar, siapa yang boleh bayar terutamanya macam nelayan, buruh bagaimana mereka hendak bayar. Yang kedua, apakah quantum dia berapa yang kena bayar. Lepas itu siapa yang akan mengendalikan skim ini. Ini adalah aspek-aspek yang kementerian sangat-sangat ambil berat dan memang kita tidak akan membuat suatu keputusan kerana tekanan- tekanan dari mana pihak pun. Berkaitan dengan jururawat, seperti kita tahu kita memang mempunyai banyak masalah berkaitan sumber manusia dan kita hendak hasilkan doktor atau jururawat itu selalunya dia akan ambil masa yang panjang bukan dua tiga bulan malah ia akan mengambil masa beberapa tahun dan dari segi itu kementerian memang sudah ada ambil banyak langkah untuk mengatasi cabaran ini supaya masalah sumber manusia ini, tenaga kerja ini dapat di atasi dalam masa yang akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada yang bangun Yang Berhormat. Kuala Krai. Hendak bagi? Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen. Sedarkah pihak kementerian mengenai dengan doktor-doktor pakar tadi disebut jururawat. Masalahnya di tempat saya di Hospital Kuala Krai, yang kedua besarnya dari negeri Kelantan mempunyai doktor pakar tujuh orang, kalau tidak salah, tetapi fungsinya tidak berjalan kerana OT ataupun bilik bedah di situ tidak ada tetapi bila mana untuk menjalankan operation di sana terpaksa dihantar ke Kota Baharu yang jaraknya ada lebih kurang 100 kilometer. Jadi ini bererti kalau kuantitinya ada tetapi tidak berfungsi, saya hendak tanya kepada kementerian adakah pihak kementerian sedar akan perkara ini? Terima kasih. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan memang sedar berkaitan dengan kekurangan tenaga kerja yang diperlukan untuk semua pusat kesihatan yang kita ada di Malaysia ini dan kita memang sentiasa mengambil berat berkaitan dengan perkara ini dan kita akan cuba untuk menggunakan apa saja skim yang kita ada supaya kita dapat seperti saya katakan tadi untuk mengatasi cabaran kekurangan tenaga kerja inilah. Tuan Mohamed Razali bin Che Mamat: Masalahnya bukan kekurangan, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kelebihan di situ, tujuh pakar sudah ada tetapi tidak berfungsi, tidak boleh berjalan. Itu maksud saya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, jangan bangun terus, kena minta mengikut peraturan. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa, isu yang lainlah. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ada tiga yang bangun lagi. Tuan Lee Kah Choon: Last sekali, last sekali. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. saya menerima aduan kepada jururawat pelatih di Hospital Kubang Kerian, Kelantan kawasan saya, bahawa jururawat pelatih ini tidak diizinkan memakai scarf (tudung) semasa mereka bertugas. Saya harap ini mendapat perhatian daripada kementerian apalah salahnya diizinkan mereka yang beragama Islam ini memakai tudung semasa mereka bertugas. DR.2.6.2004 55

Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah suatu perkara yang khusus, saya tidak tahu. Adakah itu berlaku di semua hospital yang kita ada tetapi cadangan itu akan kita ambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Baram berkaitan dengan pegawai perubatan di Hospital Marudi, ingin saya maklumkan terdapat satu jawatan Pegawai Perubatan Gred U47/48 iaitu Perubatan Am yang belum diisi. Enam jawatan Pegawai Perubatan Gred U41 di mana telah diisi oleh empat Pegawai Perubatan Gred U41. Bagi perjawatan Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah Marudi pula, daripada lima jawatan Pegawai Perubatan dan Gred U41 telah diisi oleh seorang Pegawai Perubatan (Kontrak) Gred U41 iaitu meliputi 20% pengisian. Menyentuh tentang isu kualiti kesihatan yang tidak seimbang di negara ini sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Libaran, Kementerian Kesihatan menyedari antara sebab-sebab masalah kualiti kesihatan di negara ini yang tidak seimbang antara negeri adalah berpunca dari masalah kekurangan Pegawai Perubatan. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak kementerian telah mengambil langkah-langkah tertentu dengan melantik Pegawai-Pegawai Perubatan secara kontrak dari dalam dan luar negara serta mengadakan beberapa siri perbincangan dengan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan bilangan Pegawai Perubatan di negara ini. Di samping itu bilangan jawatan Pegawai Perubatan yang diperlukan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua orang bangun, Yang Berhormat. Tuan Lee Kah Choon: Biar saya habis isu ini. Lepas itu saya akan bagi jalan. Saya beri kepada Batu Pahat. Dr. Junaidy bin Abd. Wahab: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya bercerita berkenaan dengan kekurangan doktor- doktor di negara kita. Saya tidak nafikan bahawa untuk menjadi seorang doktor memakan masa yang panjang, paling kurang 5 tahun. Itu kalau tidak kena repeat, tidak kena apalah ya. Kalau tidak terlajak sampai 7 tahun. Jadi, dasar kerajaan untuk mengambil pakar-pakar daripada luar, saya hendak mendapat penjelasan sama ada pakar-pakar yang diambil daripada luar ini mereka sanggup atau tidak sanggup bekerja di luar bandar? Sebab kekurangan doktor-doktor ialah melibatkan doktor-doktor di kawasan luar bandar. Di kawasan bandar, saya tidak menafikan bahawa di Lembah Klang ini sendiri ratio di antara seorang doktor dengan pesakit 1 dalam 500, tetapi di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak sampai ratio nya 1 dalam 2,000 lebih. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan doktor-doktor kontrak ini, selalunya apabila mereka datang ke Malaysia mereka terpaksa menjalani beberapa bulan pupilage dengan pakar-pakar tempatan. Selepas mereka disahkan boleh bekerja di negara kita barulah kita akan melanjutkan kontrak mereka di Malaysia ini. Kerajaan juga ada mengambil langkah untuk memperbanyakkan lagi pakar-pakar atau doktor-doktor ini seperti biasiswa yang kita berikan kepada doktor-doktor untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas berkhidmat dengan hospital-hospital kerajaan. Kementerian sentiasa mengambil langkah untuk mengkaji semula elaun-elaun yang diberikan kepada doktor-doktor dan juga kakitangan-kakitangan yang bekerja di hospital supaya pendapatan mereka adalah sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Saya ingin menyentuh mengenai pertanyaan yang……. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Bukit Mertajam. Ini Bukit Mertajam.

56 DR.2.6.2004

Tuan Lee Kah Choon: Sila. Satu lagi. Satu sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Puan Chong Eng: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi yang apabila ditanya sama ada laporan di dalam Malaysia Kini mengenai bajet yang tidak cukup di Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa apa yang dilaporkan adalah tidak benar, tetapi apa yang saya difahamkan memang apa yang dilaporkan itu adalah mengikut surat yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Menteri Kesihatan pun telah membuat respons di dalam surat khabar hari ini iaitu surat khabar Cina. Jadi, yang saya hendak tahu daripada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri ini seolah-olahnya tidak tahu apa yang telah berlaku di dalam Kementerian beliau. Beliau telah memberi satu maklumat yang tidak betul kepada Dewan ini. Apa yang kita boleh buat kepada dia? Beberapa Ahli: [Ketawa] Puan Chong Eng: Itu yang pertama, yang kedua ialah dengan keadaan sekarang iaitu sudah kekurangan doktor dan juga jururawat, kerana kekurangan bajet ini, dia mengatakan ada satu surat lagi dari pengarah sebuah hospital kepada semua all section’s head yang mengatakan di antara lain “ using cheaper alternative drug and consumables”. Kalau ini berlaku, tidakkah ini akan menjejaskan perkhidmatan kementerian ini yang pada masa sekarang pun tidak memuaskan? Lagi satu, dia mengatakan dalam surat daripada Ketua Setiausaha, dia mengatakan antara satu untuk prudent , berhemat iaitu menjimatkan perbelanjaan ialah dengan mengkaji semula keperluan bayaran kerja lebih masa. Sekarang ini doktor di hospital kerajaan, bayaran mereka adalah jauh berbeza daripada mereka yang di pihak swasta. Pihak kementerian membenarkan mereka mendapat gaji yang lebih dengan bekerja lebih masa. Sekarang ini, lebih masa pun hendak dipotong? Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Jadi, bagaimana? Bagaimana kementerian akan mengatasi masalah ini? Saya cadangkan bahawa kementerian merayu kepada kerajaan supaya mendapatkan peruntukan yang mencukupi. Janganlah menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan duit ini it’s a scarce commodity , memang tidak cukup. Berapa banyak yang kita adapun memang tidak mencukupi. Apa yang dilaporkan, kalaulah tidak salah saya adalah berkaitan dengan peruntukan yang akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk bajet yang akan datang. Ini adalah kerana, kita hendak balance kan bajet supaya don’t have a runaway deficit. Kita tidak akan berkompromi as far as gaji. Kita akan menentukan gaji itu tidak akan terjejas, yang kita hendak ialah kita kena mengkaji semula, semua perbelanjaan di dalam kementerian supaya apa yang tidak perlu dibelanjakan kita akan jimatkan itu, bukan untuk menjimatkan ubat ataupun menjimatkan gaji. Bagi ubat-ubat yang diberikan oleh hospital-hospital kerajaan, kita tidak semestinya memberi ubat yang diminta oleh pesakit. Kita memang ada banyak variant atau substitute yang kita ada, yang mana hasilnya adalah setanding seperti ubat asal. Mengenai doktor pula, selalunya kita mengatakan doktor itu tengok duit sahaja tetapi tidak semestinya kerana ramai doktor yang bekerja untuk…. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, elok menjawab kepada Bukit Mertajam. Biarlah habis jawapan dia dahulu, ya. Tuan Lee Kah Choon: ..kerana ada ramai doktor, mereka bekerja, walaupun duit itu memang adalah satu aspek yang penting juga tetapi bukan semua doktor itu, matlamat dalam kehidupan mereka semata-mata hendak cari duit sahaja. Mereka rela untuk bekerja kerana mereka merasakan itu adalah satu sumbangan kepada masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh…. Dr. Raman bin Ismail: [Bangun] Tuan Lee Kah Choon : Biar habis isu ini dahulu. Saya ingin menyentuh mengenai pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong tentang wabak cirit-birit yang telah bermula pada 3 April 2004 dan berakhir pada 10 Mei 2004 yang telah menyebabkan sejumlah lima kematian di kalangan kanak-kanak Orang Asli di DR.2.6.2004 57

Cameron Highlands. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kajian epidemiologi dan ujian makmal yang telah dijalankan, penyebab wabak cirit-birit ini ialah disebabkan oleh rota virus . Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan kepada semua penduduk di Pos Orang Asli ini. Penekanan telah diberikan kepada sanitation , persekitaran dan kebersihan diri dan pihak JKN Pahang juga telah menambah baik sistem tandas di kawasan ini. Kerjasama dengan agensi-agensi lain, terutamanya dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk memantau kebajikan dan kesihatan Orang Asli juga telah dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penampang yang menyarankan pembinaan sebuah hospital baru di Penampang. Pada masa ini Kerajaan Persekutuan masih meneliti keperluan untuk membina sebuah hospital baru di daerah Penampang. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, ada yang bangun Yang Berhormat. Tuan Lee Kah Choon: Saya habiskan isu ini selepas itu saya bagi jalan. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Lee Kah Choon: Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini kerajaan belum bercadang untuk membina sebuah hospital baru di Penampang kerana masalah kesesakan pesakit di Hospital Queen Elizabeth dijangka akan dapat diatasi dengan pembelian Sabah Medical Center yang kini dinamakan sebagai Hospital Pakar, Likas. Dengan pembelian SMC ini Kota Kinabalu sebenarnya telah mempunyai dua buah hospital kerajaan kerana Hospital Pakar Likas ini beroperasi sama seperti lain-lain hospital kerajaan… Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ramai yang minta… Tuan Lee Kah Choon: Sila Yang Berhormat. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang beri laluan kepada saya. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat mengenai dengan hospital yang memang dalam jiwa dan sanubari saya mengenai dengan soal ini. Yang sebenarnya saya hendak kemukakan kepada Kementerian Kesihatan di mana Hospital Nabawan telah pun mendapat kelulusan untuk membina sebuah hospital di daerah tersebut. Kelulusan dari segi peruntukan sudah pun diperolehi tetapi malangnya peruntukan tersebut telah dipindahkan kepada kawasan yang lain. Justeru itu adakah Kementerian Kesihatan akan meneruskan pembinaannya. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, soal kesihatan itu memang adalah satu soal yang diambil berat oleh kerajaan. Apabila kita hendak membina sesuatu hospital, kita bukan hanya tengok hardware hospital ini sahaja. Kita kena tengok sumber tenaga manusia atau semua doktor untuk menjalankan kerja mereka di dalam hospital. Dari segi itu, semua hospital yang baru yang akan dibina oleh kerajaan mesti mengalami atau melalui satu assessment yang agak ketat supaya hospital-hospital yang dibina oleh kita ini tidak jadi white elephant. Bagi pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Segamat berkaitan kelulusan bagi ubat-ubatan yang berkaitan dengan produk herba dan produk tradisional, ingin saya nyatakan di sini bahawa iklan berkaitan... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua orang bangun Yang Berhormat. Tuan Donald Peter Mojuntin: [Bangun] Dr. Rahman bin Ismail: [Bangun] Tuan Lee Kah Choon: Biar saya habis ini dahulu. Biar saya nyatakan di sini bahawa iklan berkaitan ubat-ubatan termasuk produk herba dan produk tradisional perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat atau LIU sebelum ianya disiarkan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Sebelum sesuatu produk tradisional diberi kebenaran untuk diiklankan ianya perlu memenuhi beberapa kriteria

58 DR.2.6.2004 yang telah ditetapkan dan salah satu daripada kriteria tersebut adalah produk-produk ini telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah iaitu PBKD. Ya, sila. Dr. Rahman bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang telah memberikan jalan kepada saya. Sebenarnya apa yang hendak saya bangkitkan ini sudah terlepas sebab tadi saya bangun tetapi tidak dapat peluang bercakap. Kerana yang membangkitkan tentang pengkajian dan penyelidikan berkenaan dengan herbal medicine dan juga vaksin adalah saya dan juga berkenaan dengan National Healthcare Financing Scheme. Yang pertama saya hendak tanyakan dan mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang Institute of Natural Products and Vaccine. Saya lihat walaupun dalam perancangan akan diwujudkan institut ini dan telah diwujudkan, bagaimana tentang pembangunan human resource nya dari segi training of expert , dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana saya dapati bahawa mereka yang pakar dalam bidang ini di Kementerian Kesihatan adalah amat kurang sekali, dan bagaimana bentuk latihan ataupun mereka yang akan digunakan untuk mengendalikan institut yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Ini juga pada saya harus dilihat. Yang kedua, berkenaan dengan National Healthcare Financing Scheme, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini juga telah dibincangkan awal tahun 1980-an dan sekarang sudah tahun 2004, sudah hampir 20 tahun masih lagi di peringkat perbincangan. Kita tahu banyak seminar, banyak presentation , conference dan sebagainya telah membincangkan begitu baiknya skim ini yang mana kalau kita takut dikorporatkan atau diberi kepada pihak swasta harus dikendalikan oleh pihak kerajaan sendiri yang mana autoriti itu harus dikendalikan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya rasa dalam kita mengalami masalah kekurangan doktor, dalam kita menghadapi masalah kualiti perubatan, saya rasa National Healthcare Financing Scheme ini harus dilihat. Pada saya kalau cadangan itu telah siap, harus di bawa kepada Kabinet untuk kita mempercepatkan lagi implementasi skim ini. Yang ketiga,... Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah. Dr. Rahman bin Ismail: Terima kasih. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Institute of Herbal Medicine and Vaccine ini... Tuan Donald Peter Mojuntin: Penampang minta laluan. Tuan Yang di-Pertua: Penampang duduklah, bagi dia jawab dahulu ya. Tuan Lee Kah Choon: Biar saya jawab ini dahulu, kalau tidak, tidak jadi pula ini. Berkaitan dengan institut ini, saya hendak mengatakan bahawa ada beberapa kementerian yang terlibat dalam kewujudan institut ini, memang ia akan mengambil masa sedikit. Semua kakitangan dan staf yang perlu untuk institut ini saya rasa akan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan supaya kita dapat mewujudkan satu institut yang saya rasa memang bermakna sekali. Berkaitan dengan national healthcare service ini seperti yang saya terangkan tadi, kerajaan memang ambil berat berkaitan dengan skim ini tetapi seperti yang saya terangkan tadi juga bahawa kita mesti mengambil masa untuk meneliti supaya program ini atau skim ini boleh diterima oleh semua lapisan rakyat dan juga akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat di Malaysia ini. Seperti yang saya katakan, siapa yang akan bayar, sebab ada ramai terutamanya golongan nelayan atau petani, bagaimana mereka akan bayar. Itu yang pertama. Yang kedua, siapa yang akan kendalikan skim ini. Yang ketiga, apakah kuantumnya. Ini semua adalah isu-isu atau faktor-faktor yang kita mesti teliti sebelum ianya diimplementasikan. Kita tidak mahu satu skim seperti Annuity. Annuity kepada saya adalah satu skim yang baik tetapi apa terjadi dengannya. Selepas beberapa bulan dijalankan kita terpaksa tarik balik kerana ada bantahan-bantahan dari segolongan masyarakat kita. Begitu juga dengan skim ini bahawa kita mesti mengambil masa untuk meneliti untuk mendapatkan satu skim yang boleh diterima oleh orang ramai dan juga pada masa yang sama walaupun kita tidak ada skim ini pada masa ini seperti yang saya terangkan tadi bahawa kepentingan rakyat sentiasa dijaga kerana kalau kita tengok sistem perubatan di Malaysia ini adalah disubsidi oleh kerajaan dengan DR.2.6.2004 59 banyaknya dan rakyat yang miskin seperti yang saya katakan jikalau mereka tidak berupaya untuk bayar, kita akan memberi perkhidmatan itu dengan percuma… Tuan Donald Peter Mojuntin: [Bangun] Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua yang bangun. Tuan Lee Kah Choon: Last sekali ya, berkaitan. Tuan Donald Peter Mojuntin: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin kembali tentang kawasan daerah Penampang tadi. Persoalan ini adalah, adakah kajian terperinci dilaksanakan oleh kementerian menunjukkan pengambilalihan SMC itu dapat mengelakkan kesesakan di Queen Elizabeth Hospital. Keduanya, saya dimaklumkan bahawa SMC ini hanya dijadikan sebagai pusat pediatrik dan materniti. Jikalau itu betul ada juga masalah di daerah Penampang, sebab jarak dari Penampang ke Likas ini, di mana SMC ditapakkan adalah agak jauh. Untuk makluman Yang Berhormat, ada seramai 66,948 bilangan kedatangan ibu dan anak di satu pusat kesihatan di Penampang ini, jadi itu akan menyusahkan penduduk di Penampang, saya rasa, Yang Berhormat. Jadi, saya ingin bertanya sedarkah kementerian bahawa di Penampang ini jumlah penduduknya adalah lebih dari 150,000 dan referral nya kepada Queen Elizabeth Hospital pada tahun yang lalu adalah seramai 169 orang. Jadi, kita mohonlah kepada kementerian supaya membuat satu kajian yang terperinci. Untuk makluman Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Jabatan Kesihatan di daerah Penampang telah mencadangkan satu hospital dibina dengan sebanyak 200 bilik. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan Donald Peter Mojuntin: Sekian, terima kasih. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Sabah Medical Centre ini, atau dikenali sebagai Hospital Pakar Likas, ia sedang dinaik taraf kepada 504 buah katil pesakit dalam dan akan menyediakan beberapa perkhidmatan yang sesuai seperti pusat rawatan wanita dan kanak-kanak, pusat radioterapi dan onkologi, dan pusat hemodialisis serta beberapa khidmat sokongan hospital yang lain. Selain daripada hospital ini, Kementerian Kesihatan juga ada menyediakan banyak klinik kesihatan dan juga klinik desa di seluruh negara dan tidak semestinya selalunya kita kena pergi ke hospital, bukan sentiasa kita kena rawat di hospital, kadang-kadang kita boleh pergi ke klinik kesihatan dan juga di klinik desa supaya kita boleh dapat perkhidmatan seperti mana yang kita boleh dapat kadang-kadangnya seperti apa yang kita boleh dapat dari hospital. Saya rasa itu cukuplah, nanti kita akan alihkan kepada perkara yang lain. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Minta jalan. Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu pelancongan …. Datuk Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Boleh minta jalan. Tuan Lee Kah Choon: Biar kita habis, lepas itu kita akan bincang ya. Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu pelancongan kesihatan sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Ampang, sukacita saya menyatakan di sini bahawa Jawatankuasa Kebangsaan Mempromosi Pelancongan Kesihatan di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1997. Jawatankuasa kebangsaan ini turut dibahagikan kepada lima jawatankuasa kecil dengan bidang tugas masing-masing dan keanggotaan jawatankuasa kebangsaan pelancongan kesihatan ini turut melibatkan wakil daripada organisasi kerajaan dan swasta yang mempunyai kaitan dengan usaha mempromosikan pelancongan kesihatan. Satu lagi usaha Tourism Malaysia ke arah mempromosikan pelancongan kesihatan di luar negara adalah melalui program MEGA FAM. Program MEGA FAM ini

60 DR.2.6.2004 melibatkan kedatangan individu yang terlibat dalam sektor pelancongan dari luar negara seperti pengusaha hotel, syarikat pelancongan, wakil syarikat penerbangan, penulis, pengarang, pelancongan dan juga pakar perubatan luar ke Malaysia. Semasa di negara ini mereka akan dibawa melawat serta membiasakan diri dengan tempat-tempat serta prasarana pelancongan yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, beberapa misi dagang ke luar negara bagi mempromosikan pelancongan kesihatan juga telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan, MATRADE dan Tourism Malaysia. Pihak hospital swasta juga digalakkan mengadakan misi yang serupa ke luar negara, di samping itu pada masa ini laman web hospital swasta dibenarkan mempamerkan gambar, nama dan kelulusan pakar yang berkhidmat di hospital mereka. Adalah diharapkan supaya usaha-usaha ini akan dapat menarik bakal pesakit yang lebih ramai ke negara ini selaras dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri ucapan penggulungan saya ini, sekali lagi…. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Bolehkah saya minta jalan sedikit. Tuan Lee Kah Choon: Satu sahaja, last sekali. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat, dia kata last sekali. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Saya ada dua masalah untuk mendapat penjelasan tentang regulation, peraturan ataupun prosedur. Pertamanya iaitulah dalam masa negara kita diancam oleh penyakit SARS dahulu, kementerian telah mengarahkan semua doktor yang bertugas di Jabatan Pesakit Luar, diletak dalam on call , sekarang ini SARS telah tidak ada dan negara aman daripada penyakit tersebut, bolehkah kementerian timbang balik supaya doktor- doktor yang berada di Jabatan Pesakit Luar ini tidak diletak di dalam on call, satu. Yang kedua, doktor-doktor kita ataupun siswazah yang berada yang belajar doktor di Ireland, Scotland, England misalnya di Royal Surgeon College di Dublin, apabila mereka berada di tahun akhir, Kerajaan Ireland telah menawar kepada mereka terus untuk berkhidmat sama ada secara kontrak dengan gaji 1,500 pound satu bulan iaitu kira-kira RM10,000 kita, tetapi apabila mereka balik prosedur yang berjalan sekarang ini sehingga enam bulan belum lagi dapat ditempatkan mereka. Kenapa boleh berlaku dan bolehkah kementerian timbang perkara ini supaya sebelum pelajar-pelajar itu tamat tahun akhir, dia sudah ada tempat, diperuntukkan tempat itu, kenapa menanti lebih dari enam bulan baru dapat, sebab itulah yang menyebabkan mereka pun buat kontrak setahun dua tahun di sana, bolehkah kerajaan menimbang perkara ini supaya proses pengambilan itu lebih licin sebagaimana yang dilakukan di England, di Scotland dan juga di Ireland. Terima kasih. Tuan Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan tersebut adalah baik dan saya akan bawa ke kementerian untuk dipertimbangkan. Sebelum saya akhiri ucapan penggulungan saya ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih ke atas Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan yang menyentuh tentang Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala teguran, cadangan serta saranan terhadap kementerian ini akan sentiasa diberikan perhatian dan diambil berat oleh pihak kementerian bagi memastikan kementerian ini dapat menjalankan fungsinya dengan cekap dan berkesan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Belia dan Sukan.

DR.2.6.2004 61

3.57 ptg. Menteri Belia dan Sukan [Datuk Azalina binti Othman Said]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membincangkan isu-isu yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat bagi Sabak Bernam, Kementerian Belia dan Sukan memang sentiasa prihatin dan konsisten dalam membantu belia-belia khususnya belia lepasan sekolah untuk mendapat kemudahan dan latihan dalam pelbagai bidang. Dalam bidang kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan telah menambahkan kemudahan dan peluang latihan dari enam buah Institut Kemahiran Belia Negara kepada 14 di seluruh negara. Dengan penambahan ini lebih ramai belia yang berminat dalam bidang kemahiran dapat mengikuti latihan dalam bidang yang diceburi. Selain daripada itu, untuk memberi peluang kepada belia yang masih tidak mempunyai peluang latihan, kementerian telah menyediakan program latihan kemahiran tidak formal iaitu dalam bentuk perantisan di mana peserta akan ditempatkan di bengkel atau syarikat yang akan memberi latihan mengikut bidang perkhidmatan yang disediakan oleh mereka seperti perhotelan, meliputi kursus-kursus, amalan penginapan, teknik menyambut tetamu, perkhidmatan food and beverage , amalan penyediaan makanan. Kursus tidak formal juga akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan negeri- negeri bagi kursus-kursus membaiki komputer, masakan kek, pastri, fotografi, jahitan, mekanik dan lain-lain kursus yang difikirkan sesuai. Dalam bidang keusahawanan pula, belia-belia yang berminat dan ingin menceburi bidang perniagaan akan diberikan kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan keusahawanan dan asas-asas perniagaan seperti Kursus Perancangan Perniagaan, Penyediaan Kertas Kerja, Pengurusan Kewangan, Komunikasi Dalam Perniagaan, dan seminar-seminar keusahawanan yang mengambil masa sehari hingga tujuh hari. Kursus-kursus ini dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Belia Negara di Ipoh dan kerajaan sedang dalam pembinaan tiga buah lagi INSKEB di Pahang, Melaka dan Kedah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kinabatangan turut membangkitkan tentang prestasi sukan bola sepak dan badminton, yang dikatakan mengecewakan. Memang benar, pada kebelakangan ini mutu sukan bola sepak negara telah merosot dengan prestasi yang kurang menggalakkan. Kali terakhir pasukan bola sepak kebangsaan memenangi pingat emas ialah di Sukan SEA pada tahun 1989, kali terakhir pasukan bola sepak layak ke pertandingan Sukan Olimpik ialah pada tahun 1980. Walau bagaimanapun, usaha-usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk memulihkan prestasi pasukan bola sepak negara. Adalah tidak benar kalau kita mengatakan bahawa persatuan dan pemimpin- pemimpin persatuan tidak berusaha memulihkan prestasi pasukan berkenaan ….. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Yang Berhormat. Isu kelesuan sukan bola sepak kita dan badminton bukan lagi isu baru, bahkan ia sudah macam sinonim dengan negara kita, asal sukan bola sepak, kita kalah. Saya tidak tahu, dahulu Malaysia pernah layak ke sukan Olimpik, sekarang ini di pusingan awal pun sudah amat menyedihkan. Jadi, apakah kementerian tidak berhasrat campur tangan dalam menentukan kaedah ataupun pendekatan untuk memastikan industri sukan bola sepak di negara kita ini mendapat tempat. Sebab kita tengok ini ditukar daripada Liga Perdana kepada Liga Super , penontonnya di stadium boleh dikira dengan jari, kalau dalam peringkat preliminary pada ketika itu, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini rasa saya bukan lagi satu perkara yang perlu kita bela kelemahan-kelemahan. Mungkin juga pemimpin sukan

62 DR.2.6.2004 dalam negara kita ini perlu diberi penjelasan bahawa kementerian memerlukan hasil yang lebih, sebab kita lihat peruntukan ada juga. Jadi, tidakkah kementerian berhasrat untuk membuka akademik sukan di setiap negeri ataupun daerah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam memastikan industri bola sepak ini mendapat tempat di hati rakyat, sebab kita malulah dengan pasukan bola sepak kita ini, masa bertanding kalah. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Baik, baik. Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menjawab soalan tadi. Sebenarnya masalah yang berlaku dalam isu bola sepak ataupun badminton seperti yang dipersoalkan ini ialah masalah di segi kemahiran negara-negara lain itu boleh dilihat lebih maju dan lebih mahir daripada atlet-atlet kita. Apa yang berlaku, Tuan Yang di-Pertua, ialah ketidakgunaan sistem sains dan teknologi dalam research and development dari segi bidang sukan. Saya juga bersetuju, kementerian juga bersetuju di mana kita sedang mengkaji. Pada tahap ini bantuan Kementerian Belia dan Sukan kepada bola sepak terutama sekali dari segi tunas-tunas muda, persetujuan telah diberi sebanyak RM6 juta bantuan kepada FAM, RM1.5 juta setahun untuk membantu mewujudkan pemain-pemain muda. Walau bagaimanapun, ini tidak mencukupi dan bagi pihak kementerian kita menyedari kemungkinan perlunya satu bantuan yang lebih mendalam, sama ada bantuan ini melalui akademi sukan ataupun tidak, bukan jawapannya, tetapi yang lebih penting menentukan bahawa sukan seperti bola sepak, badminton dan juga hoki, dipanggil sebagai sukan kebangsaan, iaitu sukan negara, supaya Majlis Sukan Negara sebagai contoh, mengambil sukan ini sebagai satu sukan yang diberikan penumpuan.

Sementara yang berlaku sekarang, Majlis Sukan Negara melalui Akta Majlis sukan Negara hanya mempunyai pengkhususan kepada 27 jenis sukan berprestasi tinggi sahaja, tetapi bola sepak tidak termasuk. Pada bantuan-bantuan tertentu dalam pertandingan tertentu, walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jerai, ya. Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun lagi. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Persatuan Bola Sepak Malaysia khususnya adalah merupakan independent body, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apakah kementerian melihat ada sukan-sukan tertentu di peringkat kebangsaan yang mungkin boleh diambil alih terus oleh pihak kementerian, bagi adanya supaya masa depan permainan tersebut dapat dijadikan satu pendekatan supaya tidak lagi sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sedikit penjelasan. Datuk Azalina binti Othman Said: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Larut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa tadi telah saya jawab, bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan mahu meneliti semua jenis sukan tertentu, dan saya sebut tadi, sukan badminton, hoki dan juga sukan bola sepak, dilihat sebagai sukan kebangsaan dan diberikan penumpuan khas selain daripada 27 jenis sukan berprestasi tinggi oleh Majlis Sukan Negara. Apa yang berlaku pada kali ini, pada beberapa tahun yang lepas, pihak Kementerian Belia dan Sukan memberikan bantuan hanya kepada NGO-NGO, persatuan-persatuan sukan yang mahu mengendalikan sukan, penglibatan kerajaan hanya melalui kewangan, maka pentadbiran sukan dari segi pentadbiran dan juga dari segi latihan, couching, skill management oleh persatuan sukan, kerajaan tidak campur tangan. Kewujudan pencampuran kerajaan selain daripada kewangan sahaja ialah melalui Akta Pembangunan Sukan, menentukan bahawa persatuan-persatuan dilaksanakan, ditadbir dengan betul, tetapi bukan di segi mentadbir jenis dan cara latihan sukan. Itu sebabnya Majlis Sukan Negara pada kali ini bersetuju supaya DR.2.6.2004 63 mereka diubah semula, re-restructuring all the national sport council, Malis Sukan Negara, melihat bahawa peranan sukan perlu menjadi satu penumpuan kepada agensi- agensi kerajaan dan juga semua pihak yang terlibat, pihak sekolah, pihak universiti dan pendekatan sukan sebagai satu karier, bukan sebagai satu masa depan bagi generasi muda, tetapi sebaliknya yang berlaku, sukan hanya dilihat sebagai satu rekreasi. Jadi, terdapatnya konflik di antara masyarakat, ibu bapa dan pasukan tersebut, di manakah menjadi keutamaan mereka. Kemasukan universiti sekalipun pada hari ini, walaupun mengambil kira atlet-atlet yang baik, tetapi kelulusan mengirakan kelulusan akademik. Jadi, sesiapa yang mahu menjadi ahli sukan yang maju, tiba-tiba sekerat jalan melihat bahawa mereka mungkin tidak akan mendapat pekerjaan di bidang sukan, kecuali kalau mereka menjadi pakar dalam bidang-bidang tertentu. Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk menyambung. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Sila. Hendak beri Yang Berhormat bagi Jerai atau tidak? Datuk Azalina binti Othman Said: Silakan. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, walaupun baru dan muda, Tuan Yang di-Pertua, tetapi cara jawapan cukup baik dan bernas, terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Hah! Sila. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya ternampak subang, Yang Berhormat pakai itu nampak cantik. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingat lagi Yang Berhormat, sebagai Menteri, kita dapat lihat banyak syarikat yang berjaya dalam bidang perniagaan di negara kita ini. Walaupun ada sudah syarikat-syarikat yang terlibat dalam membantu sukan-sukan tertentu di negara kita ini, apa kata kalau boleh pihak kementerian di bawah kepimpinan Yang Berhormat sekarang ini, kita panggil semua syarikat ini, yang mana yang berada dan beruntung dan sebagainya, kadang-kadang beruntung beratus-ratus juta, untuk mereka ini mengambil satu-satu jenis sukan dan sponsor sukan-sukan tersebut. Kalau kita boleh buat macam ini, bermakna kita kena ambil daripada akar umbi, Tuan Yang di-Pertua. Di Kedah ini, yang dok main bola atas bendang masa padi tidak ada itu pun, bukan main bagus main bola, dia tendang bola masuk gol dengan jaring-jaring itu pecah, Tuan Yang di-Pertua. Biasa, punya kuat dia punya sepakan. Orang kampung, betis kuat, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau boleh pihak kementerian kena ambil daripada akar umbi ini, jadi pelapis dalam sukan ini. Kita tengok macam China dan negara-negara lain – tahun ini depa bawa mai muka baru, tahun depan muka baru, hak kita dok suruh orang itulah, tengok pun penat. Jadi, kita kena buat yang ini semua. Saya hairan macam Proton ini, yang dia pergi sponsor buat apa, Norway city Football Club ini, awat dia tidak boleh sponsor pasukan daripada Larut yang menjadi Naib Presiden Bola. [Ketawa] Kan? Kena sponsor lah dalam negeri, yang pergi sponsor luar negara buat apa. Berjuta kita habis untuk sponsor bagi habis negara yang lain. Kita kena bina sukan negara kita. Jadi, apakah Yang Berhormat boleh bawa cadangan ini, panggil semua korporat-korporat ini, duduk mai, hampa sudah untung banyak ini, tolong ini, persatuan di kampung-kampung Tuan Yang di-Pertua, depa pun bukan ada modal, kadang-kadang main bola kasut pun tidak pakai, dok harap kitalah wakil rakyat beri bola. Beri bola, wakil rakyat kena beri – wakil rakyat ini, Tuan Yang di- Pertua. Bola sepa ara pun kita kena beri. Jadi, mana pergi syarikat-syarikat yang berjaya ini. Social contribution mereka kepada negara di mana. [Tepuk] Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai. Saya ingin maklumkan bahawa pada saat ini kita mempunyai konsep tax deduction kepada semua sponsorship dan bantuan kewangan oleh mana-mana pihak kepada Majlis Sukan Negara dan Olympic Council of Malaysia atau OCM. Memang perkara itu berlaku dan sponsorship memang sedang berlaku. Akan tetapi masalah sekarang Yang Berhormat ialah banyak yang berminat sponsorship pada masa, saat permainan sahaja. Yang kami tengah tekankan ialah minat kanak-kanak ataupun generasi muda

64 DR.2.6.2004 dalam bidang sukan, muka-muka baru yang kita hendak ini, patut dibawa sepanjang jalan. Bak kata orang seperti mempunyai isterilah, takkan bila isteri itu sudah menopaus kita lepas, ganti yang baru… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat mungkin faham! [Dewan gamat dengan ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Jerai, Jerai, Jerai. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, kadang- kadang yang menopaus itu lebih sedap daripada yang tidak menopaus… [Ketawa] [Dewan gamat dengan ketawa] [Tepuk] Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak begitu dapat memberikan jawapan yang pasti tetapi yang saya pasti dari segi sukan dan dari segi menopaus, isu di sini ialah seperti saya katakan tentang perlunya agensi kerajaan dan juga mana-mana syarikat mengambil kira, atlet-atlet selepas mereka memasuki satu pertandingan. Apa berlaku kepada mereka? Kadang-kadang ada yang sakit belakang, lutut tidak boleh jalan, kadang-kadang yang cacat. Yang ini menjadi masalah di mana generasi muda tidak berminat untuk menabur bakti untuk negara. Sekarang ini kita mempunyai isu seperti pembayaran kepada pertandingan SUKMA, di mana setiap negeri hendak membayar harga yang paling tinggi kepada setiap atlet yang boleh memang. Berebut-rebutkan atlet. Tidak mengenali bahawa SUKMA itu untuk mencari atlet muda, untuk dibimbing oleh Majlis Sukan Negara, untuk membawa nama negara ke pertandingan antarabangsa. Akan tetapi perebutan kepada atlet seolah-olah hak kepada negeri dan bukan kepada negara. Inilah sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, penekanan Kementerian Belia dan Sukan kali ini ialah meletakkan nilai yang sebenarnya kepada generasi muda kita bahawa semangat patriotik dan sayang kepada negara adalah lebih penting daripada isu kewangan… Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Hm. Datuk Azalina binti Othman Said: Saya ingin sambung, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Boleh minta sedikit penjelasan. Sikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, ya. Datuk Azalina binti Othman Said: Sudah berapa kali Tuan Yang di-Pertua. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Ini bab korporat. Tuan Yang di-Pertua: Larut. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kalau boleh saya hendak bagi cadangan di sini. Masalahnya sekarang ialah syarikat-syarikat yang ingin menaja mana-mana badan sukan hanya mendapat tax deduction dengan izin, melalui Majlis Olimpik Malaysia. Di situ akan terlibat pula cukai yang lain, pemotongan yang lain. Jadi seperti di Korea, setiap badan-badan korporat yang begitu berminat untuk menaja mana-mana badan sukan, mereka diberikan pengecualian cukai dengan insentif. Maka sebab itu akan dapat menarik lebih banyak badan-badan korporat untuk tampil ke hadapan, tidak sebagaimana yang kita ada pada hari ini yang telah diperjelaskan oleh Setiausaha Parlimen semalam, cuma 12 buah syarikat sahaja sedangkan kita ada banyak syarikat, badan korporat yang boleh, yang mampu untuk menaja mana-mana badan sukan dalam negara kita ini. Semalam saya bagi contoh, seperti MK Holding dengan izin, sanggup turun ke bawah mengambil pemain-pemain muda kita, remaja kita dalam bidang sukan golf dengan menyediakan jurulatih sepenuh masa. Satu yang diadakan di daerah Larut, DR.2.6.2004 65

Matang dan Selama, kawasan saya sebagai contohnya dan di Langkawi yang mana bekas Perdana Menteri kita sendiri yang datang untuk menyampaikan sijil-sijil kepada mereka yang telah tamat menjalani latihan tersebut. Jadi apakah kerajaan boleh menimbang cadangan, contoh di Korea dan mungkin juga negara-negara yang lain di mana badan-badan korporat ini diberikan insentif supaya dengan apa sumbangan mereka, contohlah saya katakan di sini ada badan-badan korporat yang terpaksa membayar cukai beratus-ratus juta setahun. Mungkin daripada situ diambil, dibiayai, ditaja dengan badan-badan sukan yang lain dan diberikan pengecualian cukai. Ini salah satu cadangan yang saya rasa boleh kita lakukan demi untuk masa depan bagi mengurangkan bebanan kerajaan dalam membangunkan sukan negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyatakan memang bagi pihak kementerian, kita menerima dengan tangan terbuka kalau adanya mana-mana badan korporat yang mahu memberikan bantuan tetapi kita harus menerima hakikat, sebagai sebuah negara demokrasi kita tidak boleh memaksa kecuali dalam skim tax deduction di mana secara sukarela daripada membayar cukai, mereka mendapat deduction melalui bantuan untuk sukan. Walau bagaimanapun, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, wang bukan segala-galanya. Kalaulah setiap daripada kewangan perlu diukur untuk kejayaan atlet, bagaimana kita perlu menjawab pada tahun 50-an dan 60-an di mana kita memenangi pertandingan-pertandingan tertentu tanpa wang ringgit. Itu sebabnya Tuan Yang di- Pertua, kita perlu menekan kembali kepada nilai generasi muda kita. Dari segi kerajaan, Majlis Sukan Negara memang banyak membantu pembangunan sukan tetapi saya setuju dari segi sukan badminton, bola sepak dan hoki mungkin terdapat sedikit kekurangan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan mengkaji semula dengan kerjasama Majlis Sukan Negara… Datuk Rosli bin Mat Hassan: [Bangun] Datuk Azalina binti Othman Said: Izinkan saya sambung, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datuk Azalina binti Othman Said: Kementerian Belia dan Sukan melalui … Tuan Yang di-Pertua: Ada seorang lagi yang bangun. Hendak bagi jalan atau tidak? Datuk Rosli bin Mat Hassan: Sedikit sahaja, Yang Berhormat adinda saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada Yang Berhormat Menteri menyebut tentang keadaan remaja kita di universiti-universiti dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian dan memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang sekarang ini kita ada kursus-kursus ijazah ataupun diploma dalam kesukanan tetapi banyak berorientasikan kepada akademik. Yang keduanya, kalau kita nampak remaja kita yang dilihat agak berjaya contohnya seperti ‘raja pecut’ baru-baru ini Nazmizan, kebetulan anak buah saya di Parlimen saya, apabila dia menjadi raja pecut untuk 100 meter dan 200 meter, saya terpaksa mengorbankan lebih daripada 10 ekor lembu di kampung kerana meraikan kejayaan Nazmizan sebagai atlet kebanggaan negara. Jadi Nazmizan ini belajar di Universiti Putra Malaysia dalam bidang mungkin biotech atau biochemistry . Jadi saya hendak mengambil pandangan Yang Berhormat Menteri, apakah ke arah menuju profesionalisme dari segi kesukanan ini kerana bukan nilai-nilai kewangan seperti kata Yang Berhormat Menteri tadi, supaya apakah kita bersedia untuk mengadakan sebuah Universiti Sukan Negara umpamanya, dengan pakej ataupun dengan menyediakan mungkin pra-universiti juga bersama di dalam universiti tersebut kerana latihan remaja kita mesti bermula daripada sekolah menengah lagi… Datuk Bung Moktar bin Radin: [Menyampuk] Datuk Rosli bin Mat Hassan: Itu soalanlah. Yang keduanya Tuan Yang di- Pertua ialah berkenaan dengan kerjasama. Kalau dalam tahun 50-an, 60-an, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut dengan izin, supporting daripada agensi kerajaan dan

66 DR.2.6.2004 sebagainya, kalau ada remaja kita ataupun di kalangan ahli-ahli sukan, boleh cuti 10, 15 hari. Ini dipanggil kesediaan jabatan-jabatan kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta memberi izin cuti kerana kita tidak boleh lari daripada membina ahli-ahli sukan kita ini melalui latihan. Jadi dengan keadaan ini, apakah persediaan kita sebenarnya. Jadi sesuai dengan nilai rakyat kita, apakah persediaan kementerian dan kerajaan, kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat jelaskan kepada kita supaya masa depan, mutu dan keadaan sukan kita tidak akan dilihat malap dari hari ke hari. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Dungun. Berkenaan dengan isu perlunya ada satu universiti sukan, saya ingin maklumkan di dalam universiti-universiti, kita mempunyai Fakulti Sains Sukan dan kita mempunyai aktivitis sukan di Universiti Putra Malaysia yang membantu Majlis Sukan Negara untuk membuat beberapa kajian saintifik tentang atlet-atlet sukan. Memang kita setuju pada masa akan datang mungkin itulah yang menjadi penekanan bagi kerajaan. Walau bagaimanapun, ingin saya maklumkan, mempunyai atlet adalah satu perkara yang penting tetapi mempunyai sokongan kepada atlet juga penting. Sebagai contohnya, mempunyai sistem pentadbiran sukan, infrastruktur sukan, mempunyai tema dari segi juru latihan. Ini adalah isu-isu sukan. Sebagai contohnya di negara Barat, seorang atlet profesional memerlukan lapan orang pegawai yang akan membantunya untuk mencapai kemenangan. Begitu saintifik dari segi pembangunan seorang atlet itu bukan dari segi amatur tetapi dari segi profesional. Yang berlaku dalam negara kita, mereka banyak bergantung kepada persatuan sukan dan persatuan sukan itu sendiri banyak yang menjadi Pegawai Persatuan Sukan memberikan masa selepas pukul 5.00 petang sebab mereka bukan profesional pegawai sukan. Mereka adalah mungkin seorang wakil rakyat, mungkin seorang general manager syarikat yang menjadi jawatankuasa dalam persatuan sukan. Jadi bila perkara ini berlaku, apa yang terjadi masa untuk sukan hanya selepas pukul 5.00 petang. Dan selepas pukul 5.00 petang dengan kepentingan, dengan perniagaan, mereka tidak ada tumpuan dari segi membantu atlet untuk mendapat kejayaan. Seorang atlet tidak boleh hanya diperlukan berlari. Dia perlu bantuan selepas dia berlari, sebelum dia berlari, semasa dia berlari. Itu sebagai contohnya. Berkenaan dengan isu kedua mengenai penjelasan daripada agensi kerajaan. Kerajaan kalau dilihat baru-baru ini saya sebagai Menteri baru di Kementerian Belia dan Sukan cuba mengambil kemasukan kementerian-kementerian lain untuk membantu dalam pembangunan sukan. Pertama, mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menentukan di setiap kawasan perumahan adanya kelab-kelab sukan perumahan. Apa yang berlaku ialah untuk mencari atlet bergantung kepada persatuan sukan. Kalau persatuan sukan itu tidak mampu mengeluarkan atlet, kita tidak mempunyai potensi yang baru seperti kata Yang Berhormat bagi Jerlun. Kita mengharapkan muka yang sama sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jerai tadi. Datuk Azalina binti Othman Said: Ya, Jerai minta maaf, [Ketawa] tidak nampak, sudah tua. Jadi, kita akan hanya mempunyai atlet dari mana yang ada, tetapi kalau kita mewujudkan sukan untuk semua iaitu mempunyai keupayaan di mana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mengeluarkan pertandingan di kawasan perumahan, Kementerian Pelajaran mempunyai atlet daripada sekolah, Kementerian Pendidikan Tinggi, atlet daripada universiti-universiti, kemungkinan kita akan dapat mencari potensi-potensi atlet yang lebih baru dan lebih muda serta lebih berkemampuan. Walau bagaimanapun bagi saya, saya mengucapkan terima kasih kerana soalan-soalan tadi menunjukkan sayangnya kita kepada atlet-atlet dalam bidang sukan di negara kita. Izinkan saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. DR.2.6.2004 67

Datuk Azalina binti Othman Said: Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara sedang melaksanakan program-program pembangunan sukan yang dipanggil Taja Gemilang dan Tunas Gemilang untuk mencungkil bakat-bakat baru di pelbagai peringkat umur khususnya 27 jenis sukan prestasi tinggi. Di samping itu Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan Kementerian Pelajaran juga Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan aktiviti sukan berjalan licin dan juga berkesan. Antara program-program yang diatur ialah kejurulatihan, pembinaan infrastruktur dan juga bantuan kewangan, begitu juga dengan pertubuhan sukan termasuk Persatuan Bola Sepak turut mengadakan program-program mereka termasuk mengadakan Liga Bola Sepak Profesional bagi memantapkan sukan-sukan bola sepak. Tuan Ahmad Shabery bin Cheek: [Bangun] Tuan Razali bin Ismail: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada dua orang yang bangun di sebelah sana, Kuala Terengganu dan Kemaman. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Tuan Razali bin Ismail: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut tentang sport for all dan satu lagi ialah sport for excellent. Makna kedua- duanya itu harus diberikan penekanan yang sewajarnya. Tetapi bila kita membuat analisis tentang sport for excellent ini rata-rata kita dapati bahawa anak kepada keluarga itu yang menunjukkan satu pencapaian yang cukup cemerlang dan gemilang. Misal kata keluarga Sidek menonjolkan beberapa orang anaknya itu kemudian demikian juga dengan Nurulhuda dahulu parent nya sendiri, faktor family nya sendiri, demikian juga dengan Nichole demikian juga dengan Shalin. Ini menunjukkan ada satu potensi yang hebat yang boleh membawa kepada excellent kepada tokoh-tokoh ini. Saya kira ini adalah merupakan satu perkara yang harus kita capitalize dan memberikan motivasi dengan membina sikap, dengan membina penumpuan, dengan memberi bermacam-macam kemudahan. Apakah tidak ada dalam pemikiran Yang Berhormat Menteri berhubung dengan strategi-strategi itu. Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Kita tidak menafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting kepada remaja muda terutama sekali atlet remaja, kerana kita melihat peranan ibu bapa di rumah memberikan mereka sokongan. Tetapi masalah sekarang ialah apabila mereka sampai kepada tahap ketinggian selalunya pilihan terletak kepada anak tersebut melalui pilihan ibu bapa mereka. Jikalau ibu bapa itu seperti Nichole David dan Sidek Brothers ayah dan ibu yakin dengan kejayaan anak-anak untuk berkecimpung dalam tahap profesionalisme, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan akan mempunyai manfaat, tetapi kalau ibu bapanya tidak membenarkan, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa. Sebab kita bukan sebuah negara komunis, negara komunis anak kecil berumur empat tahun dibela untuk menjadi seorang gimnastik dunia. Dalam negara kita ibu bapa mempunyai banyak hak walaupun dari segi latihan anak-anak semasa di Sekolah Sukan Bukit Jalil sekalipun ibu bapa mempunyai hak untuk mempersoalkan cara latihan yang dikenakan kepada anak-anak mereka. Inilah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, nilai bagi rakyat Malaysia terutama sekali ibu bapa dalam mendidik anak- anak untuk aspek sukan sebagai satu karier mereka yang perlu memberikan jawapan kepada kerajaan. Bagi kerajaan kita menyediakan tempat tetapi kalaulah kerajaan tidak boleh menganggap bahawa kanak-kanak tersebut, atlet muda itu hak kerajaan. Sekarang ini demokrasi, haknya untuk mengatakan mereka tidak mahu langsung memberikan bantuan tenaga dan sokongan kepada kerajaan dan kita tidak boleh memaksa Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kemaman. Tuan Ahmad Shabery bin Cheek: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa saya hendak menyambung sedikit lagi apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Apa yang dimaksudkan ialah kalau dilihat bahawa excellent ataupun kecemerlangan yang negara dapat lihat

68 DR.2.6.2004 lebih banyak dilihat dan dihasilkan oleh keluarga daripada institusi, sama ada sekolah ataupun sama ada majlis sukan, sama ada persatuan-persatuan sukan dan sebagainya. Yang kemudian itu hanya timbul untuk menganjurkan pertandingan dan sebagainya tetapi semua ini kalau kita lihat misalnya Shalin untuk menjadi seorang jaguh bowling dia memerlukan perbelanjaan yang banyak, untuk menjadi seorang jaguh golf memerlukan perbelanjaan yang banyak. Untuk melahirkan berapa jaguh dalam beberapa bidang yang tertentu memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ertinya, keluarga juga, mungkin ada semangat daripada ibu bapa mereka tetapi ada hadnya. Dalam negara-negara lain misalnya dilahirkan scholarship ataupun biasiswa. Kalau Yang Berhormat bagi Dungun ada menyebutkan Universiti Sukan tetapi biasiswa adalah satu perkara yang lebih mudah, misalnya biasiswa tenis, biasiswa golf, biasiswa mungkin badminton, misalnya yang diberikan bagi melahirkan tokoh-tokoh ataupun jaguh-jaguh secara spesifik, mereka sudah ada bakat, tetapi mereka sudah mahu masuk ke universiti, mereka mungkin tidak cemerlang dalam akademiknya terlalu tinggi untuk diberikan biasiswa lain misalnya. Ini saya rasakan adalah lebih mudah. Apakah kementerian ada bercadang untuk melahirkan biasiswa-biasiswa seperti ini. Datuk Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kemaman. Sebenarnya biasiswa Yang Berhormat timbulkan memang dan sedang berlaku, apa yang berlaku sebagai contoh pelajar-pelajar daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil ataupun Sekolah Sukan Penawar iaitu dua sekolah sukan. Bila dia berjaya ke pra universiti mereka diterima masuk ke universiti. Apa yang kadang- kadang berlaku ialah semasa di universiti pengkhususan mereka di bidang sukan. Dalam perjalanan pengkhususan tersebut tiba-tiba mereka tidak ada minat untuk ke dalam bidang pengkhususan sukan. Bukan kerana tidak adanya bakat, bukan kerana kerajaan tidak membantu tetapi mereka sendiri tekanan mungkin daripada luar, mungkin tekanan keluarga. Itu sebabnya Kementerian Belia dan Sukan melihat nilai dan sikap semua masyarakat perlu untuk kejayaan atlet dalam negara kita. Menerima atlet tersebut walaupun dari segi akademik itu tidak begitu baik tetapi menerima dalam syarikat. Apa yang berlaku bola sepak sebagai contoh mempunyai banyak kelab bola sepak yang ada hubungan dengan kerajaan-kerajaan tempatan di mana mereka membela para pemain bola sepak itu dan diberikan gaji dan peranannya ialah untuk bermain bola bagi kelab-kelab bola sepak tersebut.. Tetapi dalam sukan yang lain tidak adanya pembentukan kelab-kelab di syarikat-syarikat swasta sebagai contoh untuk memberikan mereka pekerjaan. Yang Berhormat bagi Kemaman mesti menerima hakikat kalau seorang atlet itu boleh berjaya mendapat gold katakan, emas di sukan Thomas Cup sekali pun selepas dia menang tidak semestinya dua tahun akan datang dia boleh menang lagi. Kalau Majlis Sukan Negara memberinya kerja menjadi seorang jurulatih dia boleh bekerja sebagai jurulatih, tetapi kalau katakan dia tidak dapat diberikan kerja sebagai jurulatih, katakan sukan tersebut tidak lagi dilihat sukan yang penting bagi negara Malaysia atlet tersebut bekas juara tidak akan mempunyai kemampuan untuk mencari wang ringgit. Kita mempunyai seorang bekas pemain badminton sekarang ini yang menjadi jurujual kepada kereta. Sebenarnya ini satu hakikat yang begitu menyedihkan kerana kepakarannya mungkin boleh digunakan. Tetapi disebabkan pembentukan persatuan-persatuan sukan yang ada pada hari ini pemilihan jurulatih-jurulatih banyak bergantung kepada persatuan sukan. Mungkin persatuan sukan berkata jurulatih ini tidak mahu digunakan ataupun pemain ini tidak boleh digunakan lagi. Maksud saya Yang Berhormat Kemaman, kalau kita hendak bercakap tentang bantuan kerajaan untuk membantu mereka untuk mendapat juara itu mungkin, tetapi selepas itu apa yang berlaku. Itu sebabnya penekanan Kementerian Belia dan Sukan kali ini untuk mewujudkan budaya sukan di antara masyarakat melalui melihat sukan sebagai satu kerjaya, sport as a career dengan izin. Kalaulah sukan sebagai satu kerjaya, mungkin insya-Allah kita akan mempunyai generasi-generasi muda yang berminat bukan sahaja memberikan kepakaran dan bakat kepada sukan tetapi terjamin keluarga bahawa mereka akan mempunyai kemampuan untuk membawa rezeki dalam bidang sukan kepada keluarga selepas mereka menjadi juara. DR.2.6.2004 69

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan cadangan Menteri tentang kebudayaan sukan yang sihat. Tetapi saya agak bimbang bila beliau berkata duit itu tidaklah segala-galanya, kerana dari segi praktikal, dari segi pengalaman saya dan kawan-kawan yang terlibat dalam sukan perkara yang paling ketara negara kita ialah kekurangan wang, memang ada masalah lain, masalah sikap yang disebutkan, masalah pengurusan, masalah persatuan yang tidak begitu baik dan sebagainya. Tetapi hakikatnya di negara kita, kita tidak mendapat bantuan kewangan yang secukupnya. Sebab itu di negara-negara lain mereka mengadakan loteri. Di England, di negara-negara lain seperti Singapura, Jepun dan sebagainya, untuk membantu tetapi loteri adalah satu perkara yang taboo dalam negara kita kerana ia melibatkan perjudian tetapi kita juga benarkan syarikat-syarikat tertentu dan memberi lesen hinggakan kita timbulkan oligopoly – hanya tiga empat orang sahaja yang ada lesen, yang memegang industri bernilai beribu-ribu juga. Jadi, cadangan saya kepada pihak kerajaan, biarlah kita realistik dalam perkara ini. Kalau kita ingin terus kekalkan lesen kepada Lim Goh Tong, kepada Ananda Krishnan dan kepada Vincent Tan, biarlah sekurang-kurangnya kita dapat pertolongan, seperti yang disebut tadi – RM200 hingga RM300 juta untuk sukan. Saya rasa inilah pendekatan yang praktikal dan saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kota Bharu. Saya boleh membawa cadangan Yang Berhormat kepada Kabinet tetapi saya tidak berkuasa untuk memberikan komen kerana isu loteri agak sensitif dan kita tidak mahu pihak PAS menang pilihan raya akan datang kerana isu loteri untuk sukan. Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kepong bangun. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Menteri, memang ada merit pada setengah-setengah hujahnya, termasuk insentif yang diberi kepada bakat-bakat sukan kita. Memang saya dapati di Bukit Jalil dan sebagainya, pihak kementerian ada menyediakan insentif-insentif tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa ini bukan sahaja insentif tetapi imej – image much league Olympic , imej persatuan, atlet dan sebagainya yang kadangkala ada pergaduhan, pertikaian bertahun-tahun, termasuklah dengan Persatuan Badminton juga. Ini memberi satu imej yang tidak baik, termasuklah …, walaupun saya setuju bahawa kalau kita tidak ada wang, Sukan Asia tidak akan anjurkan, malahan kita tidak mohon untuk menganjurkan. Itu memang betul. Tetapi imej kita mengenai SUKOM 1998 dahsyat sekali. Enam tahun kemudian pun masih tidak ada akaun, itu dahsyat sekali, satu imej yang tidak baik. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat mewujudkan satu imej - ini tidak kena-mengena dengan Yang Berhormat kerana baru mengambil alih. Sebab itulah saya berharap Yang Berhormat dapat mengemukakan satu akaun di dalam Dewan ini, sama ada wang yang terlibat sama ada RM500 juta atau RM1 bilion, berilah satu angka jumlah sebenar yang terlibat dan apakah yang terjadi dengan Pengerusi SUKOM, Tan Sri Hashim bin Mohd.Ali, kalau tidak silap saya. Apakah peranan dia, apakah peranan Majlis Olimpik, mengapakah kontrak-kontrak diberi… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw: Ini mengenai imej. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah.

70 DR.2.6.2004

Dr. Tan Seng Giaw: Kita sebut mengenai imej yang begitu buruk berkaitan SUKOM 1998, enam tahun tidak ada akaun. Berkali-kali saya bangun di sini untuk meminta akaun tetapi enam tahun kemudian pun masih tidak dapat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri akan jawab, Yang Berhormat Menteri akan jawab. Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kepong mengenai dengan isu SUKOM. Bagi pihak kementerian kita mengakui SUKOM menjadi satu isu yang pernah pada sidang Dewan yang lepas juga dibawa ke tengah berkenaan dengan isu akaun SUKOM itu tidak dapat ditutup. Ingin saya maklumkan bahawa apabila kita bincang tentang isu SUKOM, perlulah kita melihat bahawa memang benar bantuan kewangan berbentuk pinjaman telah diberi kepada SUKOM 1998 berjumlah RM10 juta melalui perjanjian yang dimateraikan pada 17 Januari 1994. Mengikut perjanjian tersebut, kerajaan mensyaratkan bahawa tempoh pinjaman adalah enam tahun ataupun enam bulan selepas tamat Sukan Komanwel yang mana lebih awal, dan meliputi perbelanjaan lain seperti menyewa pejabat, membayar gaji pegawai, bayaran hak penganjuran dan lain- lain urusan pentadbiran. Kementerian telah dimaklumkan bahawa draf akaun kewangan SUKOM 1998 bagi tahun 2000 hingga 2002 sedang disediakan. Bagi pihak kementerian, ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, isu berkenaan kenapa akaun SUKOM itu masih tidak boleh diselesaikan ialah kerana wujud sejumlah kes - 20 kes yang masih berada di mahkamah yang belum lagi diselesaikan. Itulah alasan utama kenapa akaun tersebut tidak dapat ditutup. Walau bagaimana pun, bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan kita memang memandang berat berkenaan akaun SUKOM kerana imej yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu memang betul kerana sehinggalah akaun ini ditutup, mungkin persepsi yang lebih negatif yang akan dilontarkan kepada kementerian tetapi lebih kepada SUKOM 1998, dan diambil maklum bahawa pihak kementerian memang mengkaji dengan mendalam bahawa perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Tidak ada niat untuk melindungi sesiapa ataupun menyembunyikan apa-apa fakta berkenaan dengan SUKOM 1998. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Banyak lagikah Yang Berhormat? Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Minta jalan. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat, saya tidak habis lagi. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman Boleh beri laluan? Kalau boleh minta jalan sedikit. Datuk Azalina Othman Said: Izinkan saya, kemudian mungkin saya jawab soalan selepas itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kinabatangan juga menyentuh tentang penggubalan semula Akta Belia. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya sedang dalam proses menggubal Akta Belia. Tujuan utama akta ini adalah untuk mengupayakan pertubuhan belia dari segi kepimpinan mahupun pengurusan organisasi. Sungguhpun akta ini turut menyentuh tentang had umur pemimpin belia kepada 40 tahun ke bawah namun perkara ini masih lagi diperbincangkan dengan pertubuhan-pertubuhan belia di beberapa peringkat memandangkan ada pertubuhan belia yang tidak bersetuju bahawa umur 40 tahun ke bawah dikenakan kepada persatuan-persatuan tersebut. Turut disentuh ialah tentang Akta Pembangunan Sukan. Akta Pembangunan Sukan 1997 memang memberi kuasa kepada Menteri Belia dan Sukan serta Pesuruhjaya Sukan untuk mendaftar dan mengawal aktiviti persatuan pertubuhan sukan yang disenaraikan di dalam akta adalah sebanyak 46 jenis sukan. Dalam masa yang sama, kementerian melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan sedang berusaha untuk menambahkan bilangan jenis sukan termasuk sukan rekreasi, air, udara dan darat dalam Jadual Akta ini. Yang Berhormat… Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun] DR.2.6.2004 71

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tangga Batu bangun. Datuk Azalina Othman Said: Boleh saya habiskan? Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Tentang pertubuhan belia tadi, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, jiwa dan sanubari saya memang untuk Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan… bukan [Ketawa] pertubuhan belia. Saya pun memang amat tertarik sekali dengan hujah-hujah [Sorak] Maaf, maaf, Tuan Yang di-Pertua. jiwa dan sanubari saya memang untuk pertubuhan belia bukan Menteri Belia dan Sukan, saya perbetulkan semula… [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, sebenarnya yang membangkitkan isu Akta Pertubuhan Belia ini adalah Tangga Batu bukan Yang Berhormat bagi Kinabatangan . [Disampuk oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan] Sama? Sama-sama ya? Tangga Batu pun membangkitkannya dengan panjang lebar. Yang Berhormat Menteri mungkin telah pun melahirkan kerisauan, kebimbangan tentang pertubuhan-pertubuhan belia yang tidak berpertubuhan. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan di dalam beberapa upacara di mana Yang Berhormat Menteri ingin menarik belia-belia yang tidak berpertubuhan ini supaya menyertai pertubuhan-pertubuhan belia. Jadi saya merasakan Yang Berhormat Menteri bahawa antara sebab-sebab utama mengapa belia-belia ini tidak menyertai pertubuhan belia adalah kerana pemimpin-pemimpin mereka yang mungkin tidak sejiwa, tidak sehati dan se sanubari dengan ahli-ahli yang tidak berpertubuhan ini, yang hendak masuk ataupun menyertai pertubuhan belia tersebut. Mungkin dengan penggubalan akta dengan kadar yang segera akan menyebabkan satu ombak yang besar berlaku, perubahan yang besar berlaku, di mana sejumlah lebih empat juta remaja, belia yang tidak menyertai pertubuhan ini… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya minta janganlah berucap. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: ….sikit lagi, saya tutup ini, akan menyertai pertubuhan. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri berikan saya tarikh ataupun sasaran, lebih kurang bilakah Akta Pertubuhan Belia ini akan digubal. Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat bagi Tangga Batu, memang kementerian melihat perlunya Akta Belia ini digubal secepat yang mungkin dan pihak kementerian juga mengakui bahawa salah satu daripada sebab akta ini diutarakan kerana ada beberapa persatuan belia yang tidak bersetuju bahawa kepimpinan belia lebih daripada 40 tahun. Walau bagaimanapun, ada juga persatuan belia yang mahukan kepimpinan lebih daripada 40 tahun. Jadi, disebabkan wujudnya dalam proses Kementerian Belia dan Sukan, kita mempunyai hubungan musyawarah dengan Majlis Perundingan Belia. Oleh sebab itu, perlulah apa-apa tindakan yang perlu dibuat oleh kementerian, perlu diadakan perbincangan dengan Majlis Perundingan Belia. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, perlu diketahui, bahawa jumlah belia di bawah umur 40 tahun dalam negara kita, 9.8 juta orang dan di antara jumlah ini, 5.5 juta adalah di bawah umur 25 tahun. Tambahan juga ingin dinyatakan bahawa terdapat hanya 2.8 juta ahli belia yang berpersatuan. Tujuh juta ahli belia di dalam negara kita, tidak mahu dan tidak minat berpersatuan. Jadi, diterima hakikat bahawa ramai belia kita tidak berpersatuan, sama ada kerana isu kepimpinan. Bagi pihak kementerian, kami hanya mendengar kenyataan- kenyataan yang dibuat tetapi bukan alasan yang sahih ataupun melalui satu survey yang dibuat kepada semua tujuh juta orang belia dalam negara kita, sebab, ada belia yang tidak mahu berpersatuan, sama ada pemimpinnya di bawah 40 tahun ataupun di atas 40 tahun. Kesimpulannya Yang Berhormat, memang pihak kementerian melihat perlunya ada Akta Belia, sama ada umur pemimpin belia di dalam Akta Belia ataupun umur semua ahli belia dalam persatuan belia di bawah umur 40 tahun, tertakluk kepada keputusan Majlis Rundingan Belia dan kemudian akan dibawa ke Parlimen... Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]

72 DR.2.6.2004

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri. Cuma pembetulan, mungkin saya waktu bercakap, pasal Akta Belia ini semasa Yang Berhormat bagi Tangga Batu tidak ada… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Adakah? Datuk Bung Moktar bin Radin: Saya bercakap lebih awallah soal isu ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sahaja, Yang Berhormat ya? Datuk Bung Moktar bin Radin: Yang Berhormat Menteri, saya amat senang hatilah apabila kerajaan berhasrat untuk mewujudkan Akta Belia ini, sebab kita harus menyedari bahawa, kekuatan sebuah negara itu bergantung, sejauh mana kekuatan belia masa hadapan dia. Jadi, saya melihat, adalah tidak masuk akal pemimpin yang sudah umur 60 tahun, masih memimpin organisasi belia. Belia ini bererti dia muda. Muda ini dia gagah, ceria dan bertenaga. Jadi, kalau 60 tahun pun pemimpin belia, saya nampak tidak ada logiknya. Jadi, saya masih dalam pendirian saya, menegaskan agar akta ini dimuatkan, bahawa pemimpin belia itu tidak melebihi 40 tahun ke atas. Ia mesti ke bawah. Barulah kita mempunyai organisasi belia yang ceria, yang cemerlang dan gemilang, dan boleh membawa arus perdana masa hadapan. Saya tidak bermaksud dengan persatuan-persatuan belia yang ada tetapi kita nampak ada presiden dia pun sudah 60 tahun, apa punya belia? Ini bukan belia. Itu, kalau di Sabah, dipanggil ‘beliau’…. Beberapa Ahli: [Senyum] Datuk Bung Moktar bin Radin: Jadi, saya masih dengan pendirian saya, supaya akta ini dimasukkan, had umur tersebut. Jadi, untuk memastikan ruang lingkup yang luas untuk pemimpin-pemimpin pelapis kita dan saya percaya dengan akta ini, ramai pemimpin pelapis yang boleh tampil ke hadapan dan mereka akan berketerampilan untuk memimpin persatuan belia tersebut. Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Saya bersetuju Yang Berhormat. Memang dalam pihak kementerian, itulah yang diharap-harapkan tetapi proses kementerian ialah melalui proses perundangan dan kemudian, apabila akta tersebut dibawa ke Parlimen ini, pihak kementerian berharaplah, Yang Berhormat bagi Kinabatangan akan menjadi suara yang paling kuat untuk memajukan bahawa isu umur belia di bawah 40 tahun. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sambung. Yang Berhormat bagi Beluran, pula menyentuh tentang arah tuju Program Rakan Muda selepas Program Latihan Khidmat Negara. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Rakan Muda akan diperluaskan liputannya untuk melibatkan bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara. Mereka ini yang akan diambil, ditawarkan menyertai Program Rakan Muda dalam gelaran “sebagai penggerak Rakan Muda”. Tugas dan tanggungjawab mereka, semuanya di bawah umur 25 tahun, adalah untuk meneruskan kesinambungan usaha kerajaan membentuk sahsiah dan peribadi golongan muda secara sistematik. Kementerian Belia dan Sukan akan mempersiapkan peserta-peserta tersebut melalui program-program latihan tertentu dan program-program sukarelawan Rakan Muda. Pendedahan yang akan diberi kepada bekas-bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara, ialah untuk mewujudkan kemahiran sebagai pier educator dengan izin, dan kemahiran bekerja dengan generasi muda… Tuan Devamany a/l Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian mengenai Program Rakan Muda ini. Sebelum kita melancarkan, menghidupkan kembali Program Rakan Muda, saya rasa mind-set pemuda-pemudi perlu diubah, kerana rata-rata bila kita tanya mengenai Rakan Muda, mereka mempunyai satu persepsi yang cukup negatif bahawa sebarang usaha kerajaan akan gagal. Kalau ada mereka masuk pun, mungkin tidak akan berjaya. Maka, apakah usaha kementerian untuk secara besar-besaran menggunakan media, menggunakan apa juga saluran yang ada untuk mengubah persepsi belia dan DR.2.6.2004 73 juga remaja mengenai projek yang bakal kita buat, iaitu khususnya Program Rakan Muda. Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat bagi Cameron Highlands terima kasih di atas soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini, Rakan Muda di Kementerian Belia dan Sukan, hanyalah satu cawangan sahaja. It just a branch dengan izin. Satu cawangan sahaja di bawah Jabatan Belia. Apa yang berlaku ialah tidak cukup pegawai dan tidak ada pegawai yang memang boleh bertanggungjawab untuk mengendalikan Program Rakan Muda. Apa yang berlaku ialah kerjasama dengan persatuan-persatuan belia dan persatuan sukan sebagai sahabat Rakan Muda. Ini tidak membawa kejayaan kerana tidak adanya kepimpinan untuk memajukan Rakan Muda. Jadi, inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sekarang ialah mewujudkan satu bahagian yang baru di bawah Jabatan Belia dan Sukan, yang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Di sini, harapan Kementerian Belia dan Sukan ialah mewujudkan ramai Pegawai Rakan Muda di setiap daerah dan diikuti dengan penggerak-penggerak yang diambil daripada lepasan Program Latihan Khidmat Negara, disambung di bawah itu dengan sukarelawan-sukarelawan. Harapan Kementerian Belia dan Sukan ialah supaya, wakil-wakil Rakan Muda ini, dipanggil penggerak, wujud di semua kawasan-kawasan Parlimen, diikuti juga di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri. Barulah bagi pihak kementerian kita melihat, mungkin boleh mewujudkan satu budaya yang lebih aktif dan lebih agresif bagi generasi muda melalui wakil-wakil Kementerian Belia dan Sukan, di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri melalui sistem Penggerak dan Sukarelawan Rakan Muda… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh teruskanlah. Saya fikir masa lah, ya. Datuk Azalina binti Othman Said: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan. Baik. Datuk Azalina binti Othman Said: Mengenai bantuan kewangan untuk Program Sukan dan Rekreasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bentong, Kementerian Belia dan Sukan sememangnya boleh menyalurkan bantuan kewangan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti sukan rekreasi atau kecergasan kepada semua persatuan sukan rekreasi atau kecergasan yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan ataupun mana-mana badan kerajaan, yang diberi kuasa di segi undang-undang. Dalam konteks ini, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) bolehlah bekerjasama dengan persatuan belia dan juga persatuan sukan di kawasannya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat akar umbi. Kementerian Belia dan Sukan memang bersependapat dengan Yang Berhormat bagi Tangga Batu, berhubung dengan penerapan nilai murni dan rasa hormat dalam program-program latihan belia. Semua program belia memang menerapkan composition melalui penerapan nilai murni dari aspek mental, fizikal dan kerohanian. Matlamat penerapan nilai-nilai ini adalah untuk membentuk perilaku yang baik bagi menyedarkan satu golongan belia yang mempunyai sahsiah diri dan moral yang tinggi, bagi menghadapi cabaran globalisasi. Pegawai Belia dan Sukan akan bertindak sebagai fasilitator, pembimbing serta penasihat dalam program-program yang dianjurkan. Cadangan Yang Berhormat bagi Pulai pula untuk mengadakan logo dan warga Malaysia untuk atlet negara, akan diberikan pertimbangan dan perhatian oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan juga akan berusaha menawarkan aktiviti-aktiviti yang diminati dan berfaedah kepada belia sebagai langkah menghindarkan mereka daripada suka berkunjung ke tempat-tempat hiburan dan kelab- kelab malam sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Indera Mahkota. Kementerian saya, tidak mempunyai kuasa dan keupayaan untuk menghalang mereka daripada berkunjung ke tempat-tempat ini. Walau bagaimanapun, kementerian berharap akan diwujudkan kompleks sukan masyarakat ataupun community sports complex di bandar-bandar, di mana ukurannya kurang daripada satu ekar, untuk

74 DR.2.6.2004 dijadikan tempat bagi generasi-generasi remaja belia untuk menghadiri, berkunjung dan menjalankan aktiviti-aktiviti belia dan aktiviti sukan. Kesimpulannya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang turut membangkitkan perkara- perkara berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. Mudah-mudahan, dengan sikap prihatin semua pihak, Kementerian Belia dan Sukan dapat mengetengahkan lagi usaha-usaha untuk membudayakan sukan di dalam negara kita dan mewujudkan keupayaan belia dan persatuan belia yang akan ke arah cemerlang, gemilang dan juga terbilang. Wassalam. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu berapa lama masa perlu digunakan untuk jawapan? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bagi Jabatan Perdana Menteri, tiga orang akan menjawab. Kalau tidak silap saya, ada 60 muka surat. Jadi, saya ada Usul sekarang. Boleh saya baca Usul Tuan Yang di-Pertua? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Sila.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

4.50 ptg Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai kesemua giliran kementerian menjawab dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi esok hari”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili]: Mohon menyokong. Usul dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan. Usul disetujukan. [Perbahasan disambung semula] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Maka dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

4.51 ptg Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja dan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan integrasi nasional. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan-cadangan ahli-ahli Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan integrasi nasional semasa berucap membahaskan Titah Diraja. Antaranya Ahli Yang Berhormat Beluran, Kota Baharu, Parit, Kota Belud dan beberapa ahli yang lain. Yang Berhormat Beluran ingin tahu apakah halangan terbesar untuk mewujudkan integrasi nasional di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini integrasi nasional ialah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat DR.2.6.2004 75 negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri Semenanjung, negeri Sabah dan Sarawak bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Integrasi nasional merupakan prasyarat utama bagi merealisasikan matlamat untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang merupakan cabaran pertama yang perlu ditangani untuk mencapai Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, integrasi nasional sukar dicapai dalam masa yang singkat, sebaliknya ia mengambil masa yang panjang, kemungkinan satu atau dua generasi kerana wujudnya halangan-halangan tertentu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Sri Aman bangun. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya, Yang Berhormat, sila. Tuan Jimmy Donald: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya suka sangat mendengar Yang Berhormat Menteri bercakap tentang integrasi nasional dan pada 31Mei kita mengadakan Pesta Keamatan kalau tidak salah saya dan 1 Jun kita mengadakan Hari Gawai di seluruh Sarawak, dua tanah besar di Borneo, di sini hanya Semenanjung sahaja. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri akan mencadangkan kita lebih menghormati Hari Gawai dan Pesta Keamatan dengan tidak mengadakan persidangan parlimen pada 2 hari ini, oleh kerana itu saya rasa menunjukkan kita mengabaikan semangat integrasi nasional oleh sebab kita tidak menghormati dua pesta yang terbesar di tanah besar kita di Sabah. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, bagi Yang Berhormat dari Sri Aman bagi saya rasa pendapat dan pandangan itu barangkali ada juga isinya, mintalah kemukakan kepada Pengerusi BBC untuk membincangkan. Namun demikian di peringkat negeri cadangan-cadangan pada masa lampau ialah mengadakan hari-hari terbuka ataupun perayaan-perayaan ini pada masa ini weekend atau hujung minggu supaya sambutan daripada pihak rakyat bukan sahaja di negeri Sabah dan Sarawak tapi di seluruh negara supaya mereka dapat mengambil bahagian sepenuhnya. Negeri Sabah baru-baru ini 30 dan 31 adalah dalam hujung minggu dan secara warta memang cuti negeri dua hari. Di peringkat negeri Sarawak saya difahamkan pada hari Isnin pun cuti juga pada 1hb. Jadi biarlah Yang Berhormat barang kali kita boleh bincangkan cadangan itu kepada pihak BBC untuk memberi pertimbangan dan perbincangan. So, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Cabaran utama dalam proses untuk mengintegrasikan penduduk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah kedudukan fizikal yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan. Kedudukan yang jauh dan terpisah ini telah mewujudkan beberapa halangan kepada proses komunikasi dan interaksi sosial di antara penduduk di kedua-dua wilayah. Salah satu faktor penghalang kepada pencapaian integrasi nasional ialah kadar tambang perjalanan yang tinggi dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Kalau tambang yang tinggi membebankan rakyat terutama sekali golongan yang berpendapatan yang rendah dan sederhana. Keadaan ini telah mengehadkan peluang dan keinginan penduduk di Semenanjung untuk berkunjung ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya. Dan keadaan ini juga telah menjejaskan proses merapatkan hubungan penduduk di kedua-dua buah wilayah kerana mereka mempunyai peluang yang terhad untuk mengenali satu sama yang lain dengan lebih dekat lagi. Sama ada dari segi budaya atau cara hidup. Dengan ini juga menyumbangkan kepada timbulnya salah tanggapan di kalangan mereka berhubung soal pembangunan, sosial ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Namun Tuan Yang di-Pertua, perlulah pihak kita menekankan di sini bahawa pihak Penerbangan Malaysia, MAS sebenarnya menawarakan diskaun yang cukup tinggi sehingga ke tahap 50% jika lawatan-lawatan tersebut diatur melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan sekurang-kurangnya setengah daripada jadual lawatan tersebut adalah berkaitan dengan soal perpaduan dan lawatan integrasi dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Beluran. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya, Yang Berhormat Beluran.

76 DR.2.6.2004

Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. MAS memang mengadakan tambang-tambang dan pakej-pakej tambang murah untuk integrasi daripada Sabah ke Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Bolehkah tidak MAS memberikan tambang-tambang murah ini tanpa syarat-syaratnya. Tidak perlu daripada Jabatan Perpaduan Negara, tidak perlu diatur daripada agensi-agensi kerajaan, tidak perlu jam 4.50 pagi umpamanya ataupun tidak perlu mengenakan syarat tinggal tiga hari dua malam, tidak perlu mengadakan syarat untuk travel dalam kumpulan 3,5, 10 dan sebagainya. Integrasi yang tidak ada syarat dan tambang murah yang tidak ada syarat, barulah integrasi Sabah, Sarawak itu dapat dilakukan tanpa melalui pihak ketiga dan sebagainya tetapi lebih kepada direct integration antara masyarakat Sabah, Sarawak ke Semenanjung. Kalau kita lihat integrasi di sebelah pihak daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, isu yang selalu dibawa dan diselitkan dan dikaitkan dengan Semenanjung Sabah dan Sarawak adalah isu penggunaan pasport dan sebagainya. Immigration, satu isu yang besar, adakah kerajaan melihat ini sebagai satu penghalang besar yang perlu diperbaiki diselaraskan dalam bentuk yang paling baik untuk integrasi yang paling rapat antara Semenanjung. Saya ingin pandangan. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Beluran, soal tambang itu memanglah telah pun lama dibincangkan dan di bawa ke dalam Dewan yang mulia ini dan seperti mana yang saya sentuhkan tadi pihak MAS telah pun sebenarnya cuba sedaya upaya menunaikan permintaan-permintaan tersebut berasaskan kepentingan integrasi dan perpaduan. Misalnya tambang-tambang yang diberi pada saat ini available dengan izin, immediately ialah RM499 pulang balik di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Bagi Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur RM310 dan memang ada syarat-syarat tertentu khususnya bahawa saya katakan tadi ini hendaklah diatur melalui Jabatan Perpaduan Negara dan semua pihak boleh memohon ini mahupun persatuan, pelajar-pelajar di universiti dan kumpulannya tidak kurang daripada 5 peserta dan setengah daripada program itu jikalau ada 4 hari berada di Sabah atau di Sarawak, setengah daripada program itu hendaklah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan program interaksi dengan rakyat kita di situ. Bagi program-program yang boleh digunakan ialah gotong-royong, anak keluarga angkat, program pertukaran pelajar, bengkel yang diadakan di peringkat di negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung oleh pelajar kita ataupun duduk di Sabah dan Sarawak sukan dan kebudayaan pun termasuk dalam kumpulan tersebut. Bagi program-program ataupun yang terus tambang yang sekali gus tidak berkaitan dengan program-program integrasi, saya berpendapat bahawa ini telah pun disentuh dalam Dewan yang mulia ini dan pihak MAS ini di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan untuk terus menyusuli perkara tersebut. Berkaitan dengan soal kepentingan negeri seperti imigresen dan penggunaan pasport, ini pun adalah satu perkara yang telah lama dibincangkan. Saya hanya ingin tekankan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa berkaitan dengan kepentingan imigresen ini adalah termaktub dalam jawatankuasa antara kerajaan dengan IJC yang telah akhirnya menjadi sebahagian daripada perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 1963. Pendekatan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dalam perkara ini ialah ini adalah satu perlindungan dan keistimewaan dan bahawa untuk memperkukuhkan negara kita, tiang-tiang seperti perlindungan dan keistimewaan itu hendaklah sentiasa dipelihara. Namun pihak kerajaan negeri dan Sarawak sentiasa terbuka dalam soal- soal perbincangan mengenai perkara ini dan sebenarnya beberapa perubahan telah pun dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Misalnya, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak tidak semestinya menggunakan pasport, rakyat Malaysia hanya boleh menggunakan kad pengenalan dan mengisi Borang Imigresen 114. Selain daripada soal kepentingan negeri adalah juga ditekankan bahawa menerusi borang tersebut sebagai rekod adalah penting demi melindungi dari segi keselamatan juga supaya para penjenayah, pelacur dan pendatang asing dapat ditapis jika mereka melawat negeri-negeri Malaysia di sebelah Sabah dan Sarawak. Pada pendapat kita di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri, ini bukanlah satu penghalang yang utama. Penghalang-penghalang yang lain adalah lebih kepada yang saya telah sentuh tadi. Tuan Yang di-Pertua… Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] DR.2.6.2004 77

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tuaran bangun. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya, sila. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa di antara lain sebab dalam soal keperluan pasport ini semasa menandatangani IJC di tahun 1963 ialah jurang perbezaan tahap pembangunan di wilayah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sehingga pada hari ini dari segi tahap pembangunan, Sabah dan Sarawak masih lagi berjauhan dari segi jurang perbezaan. Jika Yang Berhormat bersetuju, apakah langkah-langkah kementerian Yang Berhormat akan ambil untuk memastikan bahawa jurang perbezaan ini dapat dirapatkan supaya apabila jurang perbezaan dapat dirapatkan, maka usaha-usaha untuk perpaduan integrasi dapat terus dipertingkatkan dengan lebih baik lagi. Terima kasih. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab Yang Berhormat bagi Tuaran, sememangnyalah daripada spirit, dengan izin, semangat pembentukan tersebut dan apabila keistimewaan dan kepentingan seperti yang dianugerahkan melalui kepentingan imigrasi diberi dalam perjanjian Malaysia itu. Itulah antaranya perkara-perkara yang ingin dilindungi iaitu the free floor of labour , dengan izin. Memandangkan kedudukan pembangunan yang masih lagi seimbang yang saya akan bincang seterusnya, maka ada kaitan juga dengan kadar pembangunan di kedua-dua negeri di mana kedua-dua negeri ini masih memegang kepada keistimewaan tersebut sebagai satu perlindungan yang dipersetujui dan mereka percaya bahawa ini bukan penghalang kepada integrasi dan sekali gus dengan memelihara tiang-tiang Malaysia itu, Malaysia akan terus kukuh dan kuat. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ipoh Timur. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, last one , Ipoh Timur. Tuan Lim Kit Siang: Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, untuk memupuk perpaduan negara, oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, bolehkah Yang Berhormat Menteri dan jabatan beliau menimbang dengan seriusnya untuk menubuhkan Inter Religious Council supaya semua agama yang ada dalam Malaysia – Islam, Buddhism, Christianity, Sikhsm dan... [Disampuk] Bukan Confusion – semua boleh sentiasa berbincang dan bekerjasama untuk memupuk nilai perpaduan, trans-religious dan bolehkah ini menjadi satu aspek yang penting dalam usaha masa depan untuk memupuk perpaduan negara. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pandangan dan saranan Yang Berhormat bagi Ipoh Timur, memang ini telah pun pernah dicadangkan. Saya ingin menekankan di sini bahawa pihak kerajaan sedang mengaktifkan kembali Panel Penasihat Perpaduan Negara dan kita berpendapat bahawa dalam beberapa minggu lagi, pelantikan-pelantikan tersebut akan dapat disempurnakan. Dalam soal pelantikan tersebut, ahli-ahli yang dijemput untuk menyertainya adalah hampir sama dari segi latar belakang yang dicadangkan oleh Yang Berhormat iaitu berbagai-bagai latar belakang kebudayaan, dari segi agama, pengalaman, kepintaran, jantina dan seterusnya. Saya dan pihak Jabatan Perdana Menteri cukup yakin dengan pendekatan yang baru itu, dia akan sekali gus mengambil kira pandangan-pandangan yang telah pun dikemukakan seperti perkara-perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Pada masa yang sama, misalnya kali ini kita masukkan pelajar-pelajar muda. Dahulu pada mulanya, kebanyakan orang veteran yang memang penting tetapi belia penting juga. Jadi, kita telah mengambil perhatian kepada pihak tersebut. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

78 DR.2.6.2004

Tuan Lim Kit Siang: Itu lain daripada Panel Penasihat Perpaduan Negara kerana untuk menekankan betapa penting peranan agama dalam negara kita, satu negara yang ada pelbagai agama, agama yang besar di dunia ini dan oleh kerana dalam satu-satu masa dan ketika, khasnya dalam tahun 50-an dan 60-an, Inter Religious Council ada ditubuhkan masa Tunku Abdul Rahman di mana ada memainkan satu peranan yang baik. Selain daripada Panel Penasihat Perpaduan Negara, bolehkah ada satu Inter Religious Council supaya kita boleh membenarkan semua agama mempromosikan nilai-nilai toleransi dan persefahaman? Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Panel Penasihat Perpaduan Negara itu adalah pada mulanya Inter Religious Council yang telah pun di” modified ”, it really progressed from there , dengan izin. Saya akan mengambil perhatian kepada perkara ini dalam mesyuarat pertama pihak Panel Penasihat Perpaduan Negara. Nanti kita akan bentangkan cadangan penubuhan ini dan mengambil buah fikiran dan input daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Sri Gading sudah bangun lama. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sri Gading. Panjang lagi ini. Okey, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak apalah, kita sudah lanjutkan masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal integrasi nasional, perpaduan ini, kita memang memberikan penekanan dan sokongan semua program yang diatur dan kita harap akan ditambah. Tetapi bukan soal orang Sarawak dan Sabah ke Semenanjung, kami di Semenanjung pun ingin sangat hendak ke Sarawak dan Sabah. Orang di Semenanjung pun ingin tahu apa makna “negeri di bawah bayu”, Sabah dan apa maknanya “negeri burung kenyalang”, Sarawak? [Disampuk] Jadinya, saya berharap segala kegiatan untuk perpaduan ini harus agaknya ditingkatkan seperti membuka pintu yang lebih luas kepada anak-anak kita di Semenanjung untuk masuk UNIMAS umpamanya, Universiti Malaysia Sarawak. Begitu juga anak-anak kita yang di Sabah dan Sarawak untuk ke universiti di sini. Mungkin agaknya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran boleh membuat asrama-asrama yang tertentu di Sabah dan di Sarawak untuk anak-anak di Semenanjung dan buat di Semenanjung untuk anak-anak dari Sabah dan Sarawak. Daripada muda kita telah rencanakan supaya mereka benar-benar dan berbagai-bagailah. Mudahkan perkahwinan agaknya antara orang Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak umpamanya, misalan. Ya lah, itu salah satulah, macam- macam caralah dan kita semua memberikan sokongan dan dalam soal ini kemudahan- kemudahan yang telah pun dinyatakan oleh beberapa orang kawan tadi, harus agaknya diberikan..... [Disampuk] Ini soal query … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, mukadimah panjang. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Semua soalan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Manakah soalannya? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Semua soalan. Mukadimah saya itu semua mengandungi soalan. Dalam hendak membantu, hendak menyokong integrasi nasional menjadi tanggungjawab kita dan juga Yang Berhormat untuk kita sama- samalah membantu. Setakat ini, alhamdulillahlah semua rancangan itu telah pun berjaya tetapi tolonglah berikan keutamaan supaya benar-benar wujud perpaduan dalam negara kita ini yang akan dapat memperteguh ketahanan nasional untuk kepentingan nasional. Saya ucapkan tahniah atas rancangan yang telah disediakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sahaja dua minit sudah habis Yang Berhormat. Cukuplah. DR.2.6.2004 79

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Sri Gading… Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Dr. Mohd. Hayati bin Othman: [Bangun] Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pandangan-pandangan tersebut memanglah padat dan baik. Pihak kita mengambil kira sebenarnya hal-hal seperti begitu dan itulah di peringkat akar umbi melalui Jabatan Perpaduan Negara mengenai integrasi nasional yang bertanggungjawab atas program-program Rukun Tetangga di mana kita mempunyai pada setakat ini 2,739 Rukun Tetangga di seluruh negara dan di bawah jagaan Rukun-rukun Tetangga bersama sebanyak 1,346 Tabika Perpaduan di mana kanak-kanak dari kecil lagi kita pupuk bersama, menanam benih-benih perpaduan di kalangan mereka dan ibu-ibu bapa mereka dan di peringkat pelajar pun kita sedang menggalakkan penubuhan kelab-kelab .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Yang Berhormat, Santubong dan Pendang. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: ...kelab-kelab perpaduan yang melintasi latar belakang negeri dan latar belakang agama dan seterusnya. Ini kita sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran. Saya ingin teruskan dahulu nanti Yang Berhormat bagi Santubong yang bertukar dari Batang Lupar boleh masuk baliklah… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, tadi berbincang dengan masalah fizikal yang jauh.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat, tidak..... perpaduan. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya ingin teruskan dahulu. Saya ingin teruskan dahulu. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tidak.... perpaduan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Perpaduan ini semua perpaduan ini Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya Yang Berhormat. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Bekas Speaker daripada negeri Kedah, ya Yang Berhormat? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Hem. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, pihak media khususnya media elektronik boleh memainkan peranan penting bagi membetulkan salah tanggapan tersebut kerana media mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat. Penyampaian dan penyebaran maklumat atau berita tentang apa yang berlaku di kedua-dua wilayah dan wilayah Semenanjung akan mengurangkan masalah tanggapan seperti tersebut. Pembangunan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak juga menjadi penghalang proses integrasi… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Oleh itu penekanan perlu diberi agar tahap pembangunan infrastruktur bertambah bagi penduduk di Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain yang masih mundur di Semenanjung. Kesimpulannya isu yang dikenal pasti berpotensi menjejaskan proses integrasi di negara ini perlu ditangani segera dan sewajarnya... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

80 DR.2.6.2004

Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: [Bangun] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Pensiangan, Santubong. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sekiranya isu-isu ini dapat diselesaikan maka ia akan mempercepatkan lagi proses pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan maju. Okey Yang Berhormat bagi Santubong, sila. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat ikut giliran. Terima kasih… [Ketawa] [Menghalakan pandangan kepada Yang Berhormat bagi Jerai] . Saya tertarik hati betul, benda yang hendak saya bangkitkan, menteri sendiri sudah bangkitkan… Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tak payah lagilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini tak payah. Soalan Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Soalannya Yang Berhormat, persoalannya, persoalannya Tuan Yang di-Pertua. Persoalannya ialah elektronik dia kata, adalah satu pengaruh yang besar tetapi semalam Perayaan Hari Keamatan, Perayaan Hari Gawai, satu pun tidak keluar dalam RTM. Apa hal? Saya hendak tanya ini?… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kita tidak tahu, itu macam.... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kalau kita hendak buat, Yang Berhormat, kalau kita hendak buat secara menyeluruh bukan sahaja yang dikata tadi saya setuju 100% macam Sri Gading kata tadi. Kita buatkan asrama-asrama untuk anak-anak kita tetapi yang ini yang tidak payah buat asrama ini, press button sahaja sudah boleh, Hari Keamatan, Hari Gawai boleh ditunjukkan menyeluruh kalau tidak orang Sarawak, Iban saya sudah sebut terlampau lama ini, kaum-kaum yang celebrate Perayaan Hari Gawai dan Keamatan di Sabah dan di Sarawak tidak melihat pun satu benda berhubung dengan celebration mereka dalam RTM. Jadi, saya mintalah menteri mempengaruhi Menteri Penerangan supaya memberikan slot-slot yang tertentu. Kalau perlu kementerian ini belikan time itu dalam RTM untuk menunjukkan bahawa ada perkara yang dikatakan Hari Gawai dan Keamatan. Tak payah pergi pun. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey Yang Berhormat. Terima kasih atas pandangan dan teguran tersebut. Sebenarnya pihak Kementerian Penerangan telah pun memainkan peranan yang penting. Misalnya Perayaan Pesta Keamatan Peringkat Negeri Sabah, perayaan nasional pada 28 Mei itu disiarkan secara langsung kepada seluruh negara kita. Kita berterima kasih kepada pihak RTM dalam perkara tersebut. Saya pagi tadi sebelum menjalankan tugas pada jam 8.00 pagi, berita Sabah dan Sarawak yang kira-kira 10 minit itu ada juga dimasukkanlah Perayaan Pesta Keamatan di Kota Kinabalu pada 30 dan 31 Mei. Namun kita perakuilah bahawa masih luas peranan yang boleh dimainkan oleh pihak Kementerian Penerangan dalam perkara ini dan bukan sahaja pihak RTM mahupun televisyen atau radio dan juga media-media yang lain tetapi media terbitan, saya melihat juga sebenarnya pada selepas 30 dan 31 Mei bahawa begitu kecil dan sedikit sekali liputan di surat-surat khabar nasional mengenai perayaan tersebut pada 30 dan 31 Mei serta saya cukup yakin bahawa ini soal koordinasi sahaja dan pihak Jabatan Perdana Menteri dalam usaha menjalankan program-program.... Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: Pensiangan Dato’ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: ....mungkin kita ambil perhatian dalam perkara tersebut. Okey Jerai, Jerai dahulu Yan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat masih ingat saya. DR.2.6.2004 81

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya lihat Malaysia ini, tuan sekalian pun lihat adalah sebuah negara yang cukup unik. Kita boleh duduk semeja, berkawan untuk mengeratkan perpaduan. Saya ingat generasi kita ini mungkin masih rapat mengadakan hubungan silaturahim antara kita bersama walaupun kita bertengkar dengan Yang Berhormat bagi Ipoh Timur dan juga dengan Yang Berhormat bagi Bayan Lepas... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu tak payah sebut Yang Berhormat. Tak payah sebutlah. Teruskan soalanlah. Jimatkan masa. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya puji pun kena marah, saya ini pun, kena marah. Kepong baguslah. Kepong ini cukup bagus. Dia ....., ini integrasi nasional yang baik. Dia boleh baca jawi, cuma penyakit dia, penyakit terkejut. Itu sahaja… [Ketawa] Cuma saya minta kepada Yang Berhormat...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: .....Sekolah Wawasan ini haruslah diperjelaskan. Walaupun ada hari ini kerana di sekolah kalau kita pupuk anak- anak kita ini di peringkat persekolahan, sekolah berasingan tetapi bergaul sekali, main bola sekali dan sebagainya, jadi dia akan mengeratkan kerana kita lihat hari ini macam orang-orang bukan Melayu, dia boleh bercakap macam Melayu itu fasih. Dalam TV, Harjit Singh, adik-beradik dengan Bayan Baru, dia pun boleh bercakap Bahasa Melayu begitu baik… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana ada Bayan Baru Yang Berhormat? Bayan Baru mana ada? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Gelugor, Gelugor, Gelugor. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit. Bukit Gelugor. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukit Gelugor cuma Bukit Gelugor dia ....., “Apa itu, apa itu …!” Dia lupa, dia kurang sedikit… [Ketawa] “Jikalau, jikalau…” Itu dia ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Nanti dia bangun atas Peraturan Mesyuarat, buang masa lagi. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan buang masa Yang Berhormat. Saya hendak perjelaskan. Ini masalah sekarang untuk diselesaikan untuk kebaikan di masa akan datang. Bolehkah kerajaan mempertingkatkan lagi kerana saya nampak Sekolah Wawasan banyak orang menentang tetapi bagi saya ini paling baik. Orang yang menentang Sekolah Wawasan adalah orang yang menentang perpaduan generasi bangsa Malaysia yang akan datang dan kita tidak boleh lari lagi. Ini adalah negara kita. Kita kena hidup dan kita kena bangga menjadi bangsa Malaysia… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Yang Berhormat, apakah cadangan? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ….Cadangan saya Yang Berhormat kepada Jabatan Perdana Menteri, pertingkatkan lagi, pastikan sekolah wawasan ini berjaya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik cukup. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: …Jadikan seberapa banyak yang boleh sekolah wawasan untuk kebaikan kita bersama… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik-baik, cukup… Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ….Macam Tuan Yang di- Pertua, cakap bahasa Melayu yang paling baik… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah libatkan saya. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Ketawa] Hendak hidup Yang Berhormat, hendak hidup… Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cadangan-cadangan tersebut adalah baik tetapi ini di luar daripada Jabatan Perdana Menteri, ia di bawah Kementerian Pelajaran. Namun pihak kita akan bincang untuk

82 DR.2.6.2004 mengkoordinasi tujuan dan matlamat sekolah wawasan. Dalam soal ini pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan keseluruhan ialah dari segi sekolah wawasan, pihak kerajaan mengatakan bahawa kita jadikan sekolah-sekolah yang sedia ada menjadi sekolah wawasan seperti juga konsep sekolah bestari, kita bestari sekolah-sekolah yang sedia ada daripada membina artificial dengan izin, sekolah-sekolah baru tetapi cadangan itu memang baik. Dahulu waktu Persidangan Speaker-speaker Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di Negeri Sabah, dia dapat accident dan hampir meninggal Tuan Yang di-Pertua tapi hidup balik. Tahniah dan syabas. Ini empat tahun yang lalu dan panjang umur, sudah ada di sini…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia suka Parlimen Malaysia. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Oh, dia suka Parlimen. Itulah dia hidup balik daripada accident. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu penghayatan integrasi nasional seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Baharu sesungguhnya kerajaan menyedari bahawa negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan perpaduan negara serta integrasi nasional merupakan tunggak kepentingan dan terpenting bagi mengujudkan kestabilan dari segi politik sosial dan ekonomi. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah meletakkan perpaduan negara dan integrasi nasional sebagai matlamat utama dalam setiap rancangan pembangunan negara. Di samping itu dalam konteks untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, perpaduan dan integrasi nasional sekali lagi menjadi faktor utama yang akan menentukan sama ada negara kita mampu untuk merealisasi hasrat tersebut. Justeru, aspek perpaduan integrasi nasional tidak boleh dipinggirkan dalam apa jua agenda negara kerana tanpa perpaduan integrasi nasional, usaha untuk mengangkat martabat ke tahap negara yang unggul akan terbantut. Latar belakang masyarakat Malaysia yang berbeza antara satu sama lain telah menjadikan usaha untuk memupuk perpaduan…. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: [Bangun] [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: …serta integrasi kaum menjadi rumit dan memerlukan masa yang panjang. Saya habiskan perenggan ini dulu Yang Berhormat Pensiangan. Oleh itu dari masa ke semasa, kerajaan mengambil langkah dan melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan perpaduan dan integrasi nasional di negara ini terus kukuh dan berkekalan. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan ikatan perpaduan yang telah dicapai setakat ini dengan hanya melihatnya dari sudut lahiriah semata-mata. Sebaliknya ikatan tersebut perlu supaya tidak mudah gayang dengan apa juga ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Yang Berhormat Pensiangan, sila. Tuan Bernard S. Maraaat @ Ben: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Datuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Memang tertarik sangat kita bila kita bercakap mengenai dengan perpaduan dan integrasi. Tadi Yang Berhormat bagi Santubong telah mengatakan bahawa untuk mempercepatkan mekanisme integrasi dan juga perpaduan ini, kita mintalah kalau ada cadangan daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa kita perlu Jabatan Penyiaran menambahkan lagi masa-masa siaran di TV dan juga di radio iaitu yang pada masa sekarang ini kita hanya mempunyai siaran-siaran berita 10 minit sahaja tetapi saya rasa, warisan ataupun khazanah warisan Sabah dan Sarawak ini yang begitu kaya tetapi banyak lagi perkara-perkara yang perlu untuk ditampilkan atau disiarkan supaya saudara-saudara kita di Semenanjung Malaysia ini akan dapat mengetahui Sabah dan Sarawak dengan lebih dekat lagi. Itu di antara proses-proses saya rasa yang dapat mempercepatkan kefahaman integrasi dan perpaduan. Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri, kita juga minta supaya jikalau ada rancangan-rancangan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk melibatkan print DR.2.6.2004 83 media , surat khabar-surat khabar dan majalah ini untuk memberi ruang untuk menulis mengenai Sabah dan Sarawak ini secara makro dan mikro. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada, ada atau tidak cadangan-cadangan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk mengajukan supaya Jabatan Penerangan ini, khususnya di semua kementerian atau semua jabatan-jabatan di bawah Kementerian Penerangan iaitu FINAS, Filem Negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, ini adalah… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat . Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: One moment , di antara agensi-agensi yang dapat mempercepatkan mekanisme… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ringkaskan. Cukuplah, cukup. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben: Jadi soalannya adakah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua cadangan-cadangan tersebut adalah baik dan Ahli Yang Berhormat bagi Pensiangan, bekas pegawai kanan RTM dan Penerangan bolehlah bentuk proposal tersebut dan beri kepada kita dan kita boleh bincang di peringkat kementerian untuk cadangan seterusnya. Saya cukup yakin Menteri Penerangan akan turut terbuka untuk memberi ruang kita menggunakan jentera kementerian… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, berkaitan dengan perpaduan sudah banyak kita bangkitkan, saya cadangkan supaya alih ke tajuk yang lainlah. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, saya teruskan saja Tuan Yang di-Pertua. Pengukuhan dan perpaduan integrasi nasional perlu berteraskan… tanggungjawab saya di sini Tuan Yang di-Pertua ialah menjawab perihal-perihal perpaduan dan integrasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ada dua orang Menteri dari JPM selepas saya. Pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional perlu diteraskan kepada nilai- nilai murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi asas kepada setiap tindakan kita. Nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, ketaatan kepada negara dan pemerintah, hormat-menghormati, kerjasama, kesopanan dan sebagainya, perlu dihayati dan diamalkan bagai mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. Jika semangat Perlembagaan dan Rukun Negara ini benar-benar diterjemahkan dalam setiap tindakan, tidak mustahil kita dapat bersatu ke arah negara gemilang. Selain itu Jawatankuasa Pemekaan Perpaduan akan ditubuhkan di mana di antara tugas dan tanggungjawabnya ialah menilai dan memastikan setiap program yang dilaksanakan oleh sektor awam atau swasta adalah berdasar nilai-nilai yang telah dikenal pasti. Dalam konteks untuk melahirkan sebuah negara yang bersatu padu, kita sebenarnya telah menerima hakikat bahawa perpaduan mestilah dipupuk semula dari unit asas dalam masyarakat iaitu keluarga. Institusi keluarga adalah tunggak untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bentong bangun. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sabar dulu, saya habiskan perenggan ini. Institusi keluarga adalah tunggak untuk mengujudkan masyarakat yang sejahtera kerana ia adalah tempat paling asas bagi memupuk perasaan kasih sayang di kalangan individu dalam masyarakat. Perasaan kasih sayang dan semangat untuk senantiasa bersatu padu dipupuk dari dalam keluarga. Jika elemen-elemen ini telah kukuh dalam diri mereka, barulah mereka mempunyai perasaan kasih kepada masyarakat dan negara. Bagi memantapkan lagi peranan keluarga sebagai agen sosialisasi, setiap anggota dalam sebuah keluarga perlu dididik untuk memahami fungsi kehidupan bermasyarakat yang amat memerlukan kepada kesejahteraan dari segi sosial dan

84 DR.2.6.2004 moral. Jika peranan ini dapat direalisasikan maka matlamat untuk melahirkan masyarakat dan negara yang bersatu padu akan tercapai. Sila Yang Berhormat. Tuan Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Datuk Menteri. Saya menyambut baiklah usaha Jabatan Perdana Menteri yang telah mengambil minat dan juga menjalankan aktiviti yang banyak untuk meningkatkan perpaduan dalam negara kita. Salah satu sektor yang penting ialah sektor perkhidmatan awam iaitu kerajaan telah pun berkali-kali menyatakan, kita cuba hendak meningkat bilangan kakitangan awam daripada kaum bukan bumiputera. Memang kita lihat banyak kenyataan berhubung dengan dasar ini dan apakah langkah-langkah yang lebih drastik yang boleh diambil untuk memastikan keseimbangan yang ada dalam kakitangan awam ini dapat membantu mempercepat dan memperhebatkan lagi aktiviti perpaduan di kalangan kaum dalam negara kita. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini biasanya di bawah perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam dan saya difahamkan pandangan seperti ini dibangkitkan dalam mana-mana seminar integrasi dan perpaduan, sentiasa juga diambil kira oleh pihak PSD, JPA dengan izin, dan di peringkat jabatan yang bertanggung jawab atas perpaduan, apa yang kita lakukan ialah pertukaran pegawai di peringkat negeri seperti Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan ini sedang berterusan hanya barangkali skim tersebut perlu dikemaskinikan kerana sering kali apa yang terlibat ialah di peringkat pegawai-pegawai tertinggi yang sering kali tidak ingin berpindah tempat untuk bertugas apabila mereka ini sudah tinggal tiga, empat tahun lagi sebelum pencen. Jadi dicadangkan bahawa kita mencadangkan dan sedang dipertimbangkan supaya pegawai-pegawai yang masih muda yang dengan izin, still mobile terlibat dalam program tersebut. Jadi namun demikian pihak Jabatan Perdana Menteri, bahagian kita yang bertanggungjawab perihal integrasi dan perpaduan, kita akan ambil perhatian kepada perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Parit telah mencadangkan beberapa langkah… Puan Chong Eng: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Mertajam bangun, Yang Berhormat. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: …meningkatkan perpaduan. Saya teruskan dahululah. Yang Berhormat bagi Parit telah mencadangkan beberapa langkah meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Sesungguhnya Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional sentiasa melaksanakan program-program menggalakkan perpaduan kaum yang meliputi segenap lapisan masyarakat. Jabatan ini menubuhkan kelas-kelas tabika perpaduan bagi menyemai semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak yang berusia seawal lima tahun. Di antara program-program yang dilaksanakan di bawah tabika perpaduan ialah Tabika Amal Perpaduan yang diharap dapat membiasakan pergaulan kanak-kanak yang berlainan agama dan kaum. Untuk makluman Dewan yang mulia ini saya sebutkan tadi tabika perpaduan di seluruh negara kita ialah 1,346 buah dan daripada situ jumlah kanak-kanak yang berdaftar dengan tabika kita ialah 36,811, maka golongan ini yang kita percaya adalah tempat yang sesuai untuk menanam benih-benih perpaduan. Setakat ini impaknya kepada ibu bapa mereka begitu merangsangkan sehinggalah pada saat ini kita masih memperluaskan program ini. Bukit Mertajam. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya ada pandangan lain mengadakan tabika perpaduan. Semua bahasa penghantarannya ialah Bahasa Melayu. Jadi, bangsa seperti orang China tidak begitu berminat hendak hantar anaknya ke situ kerana nanti tidak dapat mempelajari Bahasa Mandarin. Jadi, saya rasa walau bagaimanapun kita berusaha untuk memupuk perasaan perpaduan tetapi kalau dasar pendidikan, dasar mengenai budaya, dasar mengenai bahasa kalau tidak dirasakan adil bagi semua bangsa di situlah ia menjadi satu sebab tidak wujudnya perpaduan. DR.2.6.2004 85

Saya hendak bertanya Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat ada di dalam jawatankuasa MAPEN. Dalam MAPEN ada mengatakan bahawa satu faktor yang mengekang perhubungan di antara kaum ialah kerana kerajaan tidak membina SRJK(C) mengikut keperluan tetapi sekarang kerajaan bukan hendak mengimplementasikan proposal yang dibuat oleh MAPEN… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pendek. Pendekkan Yang Berhormat. Puan Chong Eng: ....supaya membina sekolah yang mencukupi tetapi pihak kerajaan hendak membina sekolah wawasan untuk menggantikannya. Jadi, saya rasa kita perlu memandang jauh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tanya teruslah Yang Berhormat. Jangan panjang sangat. Puan Chong Eng: .. iaitu adakah... Seorang ahli: Soalan, soalan. Puan Chong Eng: …adakah kementerian akan melaksanakan apa yang dinyatakan dalam MAPEN itu dan bukan hanya mengikut…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya sudah bagi tahu, pendekkan. Sila pendekkan. Puan Chong Eng: …satu kaum sahaja. Terima kasih. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menyentuh apa yang ada kaitan dengan integrasi dalam perpaduan kerana laporan MAPEN itu memang menyeluruh. Untuk makluman, tidaklah betul bahawa sambutan suku kaum Tionghua kepada tabika perpaduan itu mengatakan tidak ada. Untuk makluman di sini sebanyak 2,661 pelajar dari suku kaum China berbanding dengan suku kaum India 4,466, suku kaum Kadazandusun iaitu suku kaum saya 479, kaum Iban 1,205. Ini adalah sebahagian daripada 36,811 yang saya sebutkan tadi. Jadi, sambutan itu sebenarnya ada barangkali pada tahap yang memuaskan – masih banyak ruang yang perlu dipertingkatkan. Memanglah Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar kerana ia adalah bahasa perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan ini juga menganjurkan program Kem Perpaduan Jaya Diri, dan Kem Perpaduan Anak Malaysia setiap tahun bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan dan memperkukuhkan nilai-nilai agama dan kejiranan di kalangan para remaja. Pendedahan kepada remaja mengenai pentingya perpaduan diterapkan melalui program-program seperti Kuiz Bina Bangsa, Sayembara, Cerpen Remaja dan Pertandingan Fotografi Perpaduan. Program-program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para remaja tentang peranan mereka dalam memupuk semangat perpaduan dan dalam masa yang sama diterapkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional akan mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya memperkenalkan kursus-kursus berkaitan integrasi nasional dan perpaduan kaum di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Jabatan ini sedang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia untuk melaksanakan kajian mengukuh tahap perpaduan. Pada masa yang sama Jabatan ini sedang berusaha menubuhkan Jawatankuasa Pemekaan Perpaduan yang ahli-ahlinya terdiri daripada ahli-ahli akademik dan institusi-institusi pengajian awam. Ini memberi ruang untuk diskusi dengan pihak universiti bagi melaksanakan cadangan-cadangan Yang Berhormat bagi Parit. Program-program berbentuk integrasi nasional di sekolah bolehlah dilaksanakan oleh kelab perpaduan. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh kelab tersebut ialah pertandingan drama peringkat sekolah yang bertemakan perpaduan, mengadakan sukaneka perpaduan, sambutan hari-hari perayaan kaum-kaum di Malaysia, lawatan integrasi, ceramah, program anak angkat dan sebagainya. Yang Berhormat bagi Kota Belud juga memberi cadangan meningkatkan integrasi nasional. Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional sentiasa berusaha melaksanakan program-program yang menggalakkan interaksi di antara penduduk Seman anjung Sabah dan Sarawak. Lawatan integrasi merupakan salah satu daripada program integrasi yang telah dilaksanakan sejak tahun 1984. Program-program

86 DR.2.6.2004 tahunan ini melibatkan pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua masyarakat suku kaum negeri Sabah dan Sarawak serta pemimpin-pemimpin Rukun Tetangga yang aktif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Peserta- peserta dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dibawa melawat ke negeri-negeri di Semenanjung dan sebaliknya. Mereka akan mengikuti program yang telah disusun sempena sambutan majlis-majlis tertentu seperti majlis Pembukaan Penggal Parlimen, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong, sambutan Pesta Keamatan di Sabah, sambutan Hari Gawai di Sarawak, sambutan Hari Kebangsaan dan majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Program-program interaksi lain yang dilaksanakan ialah program orientasi pegawai-pegawai dari Semenanjung yang bertukar ke negeri Sabah dan Sarawak. Ia dilaksanakan setiap tahun bahkan kita cadangkan dilakukan lebih kerap lagi supaya mereka mengambil bahagian dalam program ini sebaik mereka tiba di negeri Sabah dan Sarawak. Ia dilaksanakan setiap masa-masa yang ditentukan bagi menyediakan mereka dengan kefahaman mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan. Program Titian Integrasi dilaksanakan pada tahun 2004. Ia bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dari Sabah dan Sarawak yang belajar dan sebaliknya untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman tentang pelbagai adat resam dan cara hidup serta pantang larang kaum di Malaysia melalui program tinggal bersama keluarga angkat. Program pertukaran tersebut adalah penting dalam memupuk integrasi nasional. Justeru itu kajian semula ke atas program ini akan dibuat dan seterusnya dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengemaskinikan program pertukaran pegawai berkenaan supaya ia memberi impak yang mendalam ke atas proses integrasi di negara kita. Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam mengesyorkan dimansuhkan dasar Bumiputera dan bukan Bumiputera ataupun penggunaan perkataan tersebut bagi mewujudkan integrasi nasional. Untuk makluman Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada yang bangun Yang Berhormat. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya ingin siapkan di sini dahulu, perenggan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sesungguhnya untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu sememangnya menjadi fokus paling utama kerajaan. Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan itu bukan bertujuan menghapuskan pengenalan kaum dan etnik di negara ini. Pembentukan Bangsa Malaysia lebih menumpukan kepada pengamalan nilai-nilai sejagat yang boleh diterima dan dikongsikan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada masa yang sama ciri-ciri, nilai, kepercayaan dan budaya yang dipegang dan diamalkan oleh setiap suku kaum di Malaysia tetap dikekalkan dan dihormati. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk mencadang menghapuskan status atau penggunaan perkataan ‘bumiputera’ dan ‘bukan bumiputera’. Selain daripada itu, status bumiputera, bukan bumiputera wajar dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan kerana ia terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menceritakan dengan jelas mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Isu-isu perkauman yang sempit haruslah tidak dijadikan model untuk menghangatkan suasana kerana ia boleh membakar jiwa dan mencetuskan huru-hara. Rakyat yang perlu lebih peka menghadap sejarah utama tentang bagaimana kita saling bekerjasama dan bertolak ansur untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tuan Haji Fadillah bin Yusof: [Bangun] Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat, last one... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Petra Jaya. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: ....sebelum saya habis. Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dari program-program yang saya dengar tadi saya ingin bertanya DR.2.6.2004 87 sama ada pihak kementerian ingin mencadangkan untuk mengadakan bukan sahaja dari peringkat persekolahan, peringkat sekolah menengah yakni tingkatan satu, apa yang dijalankan oleh Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak misalnya di mana saya sendiri telah mengikuti program dihantar ke sekolah di Perak daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas amat baik untuk meningkatkan integrasi dan mengeratkan integrasi perhubungan ini tadi, sehinggakan bila balik pun saya bawa orang dari Selangor, bawa balik ke Sarawak sebagai isteri. Jadi, itulah integrasi yang sebaik-baiknya. Saya ingin cadangkan sama ada kementerian dapat misal kata di setiap negeri sekarang ini ada MARA, MRSM di mana pertukaran pelajar diaturkan setiap negeri kita integrasikan pelajar-pelajar daripada tingkatan satu lagi supaya penghayatan kepada budaya lebih berkesan. Terima kasih. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Yang Berhormat bagi Petra Jaya. Tuan Yang di-Pertua, cadangan tersebut amat baik sekali. Saya perhatikan bahawa daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini saya tengok dari Sabah dan Sarawak hampir barangkali 30% 40% adalah bekas pelajar-pelajar Yayasan Sabah ataupun pelajar Yayasan Sarawak yang pernah belajar di Semenanjung. Ada yang balik dengan ikatan yang erat, akhirnya membawa isteri balik ke Sarawak dan Sabah. Ini satu yang baik. Malangnya, memandangkan belanja budget bagi kedua-dua yayasan ini dari Sabah dan Sarawak berkurangan, maka jumlah pelajar yang dihantar ke Semenanjung itu telah pun berkurangan pada masa yang sama. Cadangan itu baik, barangkali bagi pihak jabatan-jabatan ataupun institusi yang terlibat untuk memberi geran ataupun biasiswa itu mengambil kira perihal integrasi. Pihak Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional dan Jabatan Perdana Menteri akan menyusuli perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kalabakan mencadangkan perkahwinan campur antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan integrasi nasional. Kerajaan memang menggalakkan perkahwinan campur kerana ini ia adalah salah satu cara untuk menggalakkan interaksi dan komunikasi di antara rakyat berbilang kaum. Di samping itu, perkahwinan campur juga akan menghasilkan budaya positif yang dapat membantu ahli keluarga berkahwin campur memahami, menghormati dan bertoleransi dengan etnik lain serta menyemai nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan interaksi kaum. Sejarah kahwin campur telah wujud semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po yang saya harap sebahagian Ahli Yang Berhormat telah menonton pentas tersebut, dengan izin , I must complement dan banyak benih-benih perpaduan di situ yang boleh membantu kita untuk terus mengambil bahagian dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan integrasi. Saya difahamkan drama pementasan tersebut sedang diatur untuk dijalankan di peringkat negeri-negeri yang berkenaan . I invite semua Ahli Yang Berhormat pergi menonton kerana begitu baik sekali. Sebenarnya kita telah minta itu dibawa ke Sabah dan Sarawak, tetapi kosnya yang tinggi oleh kerana lebih kurang 100 orang yang terlibat. Di situ baik sekali kerana apabila Puteri Hang Li Po itu mengatakan dia suka makanan dan budaya, saya rasa satu mesej yang begitu kuat, powerful , dengan izin, dari segi perpaduan integrasi. Walau bagaimanapun, perkahwinan campur memang boleh menggalakkan perpaduan integrasi tetapi perkahwinan campur lebih juga dikenali menghadapi cabaran dan masalah yang lebih padat berbanding dengan perkahwinan sesama etnik. Malahan cabarannya lebih hebat. Namun demikian, ini harus bukan satu halangan utama untuk menggalakkan perkahwinan campur. Apa juga cabaran yang dihadapi dalam perkahwinan campur namun ia hendaklah dilihat sebagai pemangkin kepada perpaduan di antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang sekarang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan susulan dengan sewajarnya oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.

88 DR.2.6.2004

Dari Perlis sampai ke Sabah, Singgah di Sarawak buah kenyalang, Perpaduan dipupuk dengan semangat tabah, Rakyat bersatu negara gemilang. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terima kasih. Dijemput Setiausaha Parlimen.

5.47 ptg. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja menyentuh perkara-perkara berkaitan isu agama Islam. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor dan Bukit Gelugor mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam. Sebaliknya Yang Berhormat mengatakan Malaysia adalah negara sekular. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati takrifan yang telah diberikan oleh ulama yang muktabar seperti Mohamad Abu Zuhrah dan Mohamad Hassan Al-Shaibani di mana Malaysia telah memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam yang di antaranya diperintah oleh orang Islam, kekuatan dan pertahanan berada di tangan orang Islam dan rakyatnya menikmati keamanan dan keselesaan. Kenyataan Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga telah diiktiraf oleh pelbagai pihak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Ipoh Timor bangun. Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan. Apabila Yang Berhormat kata antara ciri-ciri ialah diperintah oleh orang-orang Islam ialah seorang ketua negara dan ketua kerajaan. Adakah ini bererti pokok Perlembagaan bahawa sesiapa boleh menjadi Perdana Menteri tidak kira apa-apa agama sudah dipinda. Adakah ini satu pindaan kepada Perlembagaan tanpa proses datang ke Dewan yang mulia ini. Bukankah ini satu distortion kepada apa yang sebenarnya. Sungguhpun kita yang ada sekarang semenjak kemerdekaan seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, tetapi mengikut Perlembagaan sesiapa rakyat Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri, atau adakah ini sudah ditukar oleh Barisan Nasional tanpa satu pindaan kepada Perlembagaan dalam Dewan yang mulia ini. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Saya rasa ada silap faham ada berlaku di sini. Kita tidak mempertikaikan persoalan Perlembagaan, tetapi yang ingin saya nyatakan di sini Malaysia boleh diiktiraf sebagai negara Islam berdasarkan kepada takrifan-takrifan yang telah diberikan dan bukan mempertikaikan persoalan Perlembagaan. Saya ingin menyambung Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, terus. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Kenyataan Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Gelugor bangun Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Saya habiskan dahulu kenyataan saya ini, Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Bukit Gelugor. DR.2.6.2004 89

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: …termasuk Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang telah dianggotai Malaysia sejak ianya ditubuhkan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3 dan 4 Februari 1986 telah merumuskan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan pembangunan yang seimbang antara rohani dan jasmani. Silakan Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Gelugor. Tuan R. Karpal Singh: Apa yang penting mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam oleh ulama, adakah ulama ini lebih tinggi daripada Perlembagaan di mana ada peruntukan bahawa Malaysia adalah satu secular state , lebih daripada itu apa yang saya menyatakan di sini, dua, tiga hari itu lima hakim Mahkamah Agung, terdiri lima hakim yang kanan dengan sebulat suara ada mengisytiharkan Malaysia sebagai secular state bukan Islamic state dan lima itu ada dianggotai oleh hakim-hakim kanan termasuk Saleh Abas. Apa tertinggi daripada itu, Perlembagaan atau apa yang diisytiharkan oleh mahkamah atau apa yang dikatakan oleh ulama, apa jadi undang-undang yang utama dalam negara ini. Perlembagaan atau apa yang dinyatakan oleh ulama, khasnya ‘ulama’ Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan Malaysia sebagai Islamic state . Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan R. Karpal Singh: Bukan juga Islamic state but beyond that . Apa yang tertinggi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan R. Karpal Singh: Apa yang dinyatakan oleh Mahathir Mohamad, apa yang disytiharkan oleh mahkamah atau apa yang dikatakan oleh ulama-ulama ini. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor. Saya rasa baik Yang Berhormat dengar perkataan saya betul-betul, saya tidak mengatakan Malaysia mengisytiharkan tetapi kita diiktiraf di mana Malaysia telah menepati ciri-ciri yang ada, lalu negara luar telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam… [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua orang yang bangun Yang Berhormat. Ya, sila Ipoh Timur, saya beri. Tuan Lim Kit Siang: Berikut daripada kenyataan itu, adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen …. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of Order . Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila Tuan Lim Kit Siang: Apa itu? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of order. Tuan Lim Kit Siang: Bukan tunjuk buku sahaja, apa point of order? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nombor berapa? Tuan Lim Kit Siang: Tunjuk, siapa pun boleh tunjuk. Apa point of order ? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Jerai, teruskan. Tuan Lim Kit Siang: Bukan, apa point of order ? Lain barang, apa lain barang? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat fahamlah.

90 DR.2.6.2004

Tuan Lim Kit Siang: Ada apa lain barang? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tak tau, saya tunjuk ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukan soal jawab Yang Berhormat, sila. Tuan Lim Kit Siang: Jangan main-main sini. Tuan Yang di-Pertua, apa lain barang? Tarik balik, tarik balik itu. Apa lain barang? Jangan main-main. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Ipoh Timur. Ya, minta jelaskan. Tuan Lim Kit Siang: Main-main, tarik balik. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Nanti sekejap, 36(10)(c), Yang Berhormat Tuan Speaker…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, 36(10)(c),. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: 36(10)(c), “Perkataan- perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati dan bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948.” Ini kasi sakit-sakit hatilah YB…. Tuan Lim Kit Siang: Itu hal terpulang kepada Kerusi. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Minta kepada Tuan Speaker. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat sila duduk. Tuan Lim Kit Siang: Hati tak baik itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Ipoh Timur, sila pendekkan. Tuan Lim Kit Siang: Itu hati tak baik, tidak dilindungi oleh Peraturan Mesyuarat, itu hati tak guna itu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila teruskan Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Soalan berikut ialah, berikut dengan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa apa yang disebutkan ialah satu pengisytiharan yang dibuat oleh ulama-ulama dan Barisan Nasional, adakah ini satu pengakuan bahawa pengisytiharan itu tidak selaras dengan Perlembagaan Malaysia, dengan kontrak sosial di mana Malaysia ditubuhkan pada tahun 1957 yang dimeterai oleh semua kaum-kaum, termasuk pemimpin-pemimpin negara ini, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, adakah mengakui. Kita boleh kata, inilah menepati definisi-definisi negara Islam yang ada dikatakan oleh ulama-ulama tetapi adakah mengakui ini tidak selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan social contract Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat ya. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Telah saya katakan pada peringkat awal, soal selaras atau tidak dengan Perlembagaan, bukan itu yang hendak dipertikaikan tetapi kerana ada pihak yang hendak mempertikaikan negara Malaysia ini sebagai sekular ataupun tidak, jadi kita membawa pendapat-pendapat yang mana kita diiktiraf, di recognized , dengan izin, oleh pihak-pihak luar sebagai sebuah negara Islam terutamanya oleh OIC. Jadi, saya rasa di sini, Tuan Yang di-Pertua, soal nama tidak penting, tetapi ciri-ciri itu telah menepati apa yang ada. Saya ingin menyambung Tuan Yang di-Pertua…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kinabatangan bangun Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Silakan. DR.2.6.2004 91

Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sebagai tambahan, dalam Perlembagaan kita jelas menyatakan bahawa ketua negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bukan Perdana Menteri. Jadi Yang Berhormat jelaskan kepada pembangkang, jelas menyatakan Perlembagaan kita Malaysia, ketua negara adalah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong… Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan Islam yang dibawa oleh Barisan Nasional ialah melalui Islam Hadhari . Ianya sesuai dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia di mana pendekatan ini tidak membezakan antara yang Islam dan bukan Islam… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pasir Mas bangun Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Sebentar ya Pasir Mas, saya akan habiskan sedikit lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Pasir Mas. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Oleh itu dalam program pembangunan Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan dengan melaksanakan dua sistem berbeza untuk umat Islam dan bukan Islam. Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, program pembangunan Malaysia adalah untuk semua rakyat, tanpa mengambil kira kaum dan agama. Oleh itu, kerajaan akan terus mengamalkan dasar pentadbiran dan pembangunan yang holistic . Silakan Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya tertarik dengan pandangan Setiausaha Parlimen yang menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Saya rasa siapa sahaja boleh menyebut perkara-perkara tersebut, tetapi kalau kita melihat kepada waqi’ , kepada kenyataan yang berlaku sekarang ini, saya rasa terlalu jauh. Barangkali kita boleh ambil satu, dua takrif ataupun takrif kepada negara Islam tetapi dua ataupun tiga pandangan orang tertentu, barangkali belum cukup. Kita perlu mengambil takrif-takrif lain, sehingga kita tidak dikritik ataupun kita tidak direndahkan. Saya bukan tidak bersetuju, PAS adalah parti yang paling ulung untuk menegak negara Islam ini…. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Memang begitu. Apa yang saya hendak tekankan di sini bahawa negara Islam ini mesti dilihat kepada pelbagai takrif, bukan satu, dua takrif. Contohnya Sheikh Abdul Karim Zaidan. Apa pandangan Yang Berhormat dengan takrif yang diucapkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab Ahkam Zimmiyiin , mengatakan bahawa negara Islam iaitu…[Bercakap dalam bahasa Arab] Negara yang semestinya melaksanakan hukum-hukum Islam, baru negara Islam. Jadi, jangan kita mengambil takrif yang secocok dengan kita…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Kita mesti mengambil takrif, pelbagai takrif yang jami’ dan mani’ tetapi takrif yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi, bukan takrif jami’ , mani’ , dua, tiga takrif tadi. Saya tekankan di sini negara Islam iaitu…[Bercakap dalam bahasa Arab] Yang Berhormat, yang mempunyai dasar latar belakang pengajian Islam yang begitu tinggi memberi takrif ini dan melaksanakan di negara kita Malaysia ini iaitu negara di mana terlaksananya segala hukum Islam. Bukan satu, dua.

92 DR.2.6.2004

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Cukup. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Saya cukup tertarik apabila kita mengatakan bahawa kita harus merujuk kepada takrif-takrif lain daripada takrif yang telah saya sebut dua ulama tadi. Lupakan sahaja tentang Abdul Karim Zaidan tetapi saya ingin memetik takrif yang telah diberi oleh bekas Presiden PAS Dato’ Fadzil Nor sendiri. Yang Berhormat Pasir Mas boleh merujuk kepada keratan akhbar, 1 Jun 2002 di dalam sebuah ucapan dasar yang bertajuk Memantapkan Iltizam, Menyemarakkan Kebangkitan dalam perasmian Muktamar PAS ke-48 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan Pengkalan Chepa, Allahyarham Dato’ Fadzil Nor telah menyatakan tujuh perkara cukup untuk menjadi sebuah negara Islam. Dan dia berkata, masyarakat madani dan negara hadhari adalah sifat utama yang mencirikan pemerintahan Islam. Sila Yang Berhormat rujuk kepada kenyataan bekas Presiden PAS sendiri. Saya mohon izin untuk menjelaskan isu Islam hadhari kerana telah beberapa kali disentuh di dalam Dewan yang mulia ini, ….. Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun] Tuan Salahuddin bin Ayub: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang mana satu Yang Berhormat. Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jangan baca satulah, tolong baca tujuh-tujuh itu, jangan baca satu sahaja. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Yang Berhormat Kubang Kerian, sebab masa tidak cukup, saya ingat mesti ada dekat orang PAS. Sebab ini orang PAS punya … Tuan Salahuddin bin Ayub: Baca tujuh-tujuh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, teruskan. Kubang Kerian, Pasir Mas sila duduk. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Salah satu daripadanya masyarakat madani , al-musawah , kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang berteraskan dan bermatlamatkan al-adalah atau keadilan, pemerintahan yang mendukung prinsip as- salahiyah , negara berkebajikan dan sistem pemerintahan yang dinamik dan inovatif dan kesemua tujuh-tujuh ciri menepati Islam Hadhari …. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Istilah Islam Hadhari. Sebutan.... Tuan Haji Ismail bin Noh: Bagi, bagi…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Tidak. Bagi. Ini floor , bagi …. Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Saya hendak habiskan dahululah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk, dia hendak habiskan. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat bagi Kepong hendak masuk Islamkah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Pasir Mas, teruskan. Tuan Haji Ismail bin Noh: Ya, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Di sebut Al-Fadhil Ustaz Fadzil Nor menyebut bahawa masyarakat madani. Masyarakat madani dalam takrif Islam, iaitu masyarakat yang berdasarkan madani, asalnya din . Madani berasal daripada din, daripada din inilah kami terus kepada pembangunan, DR.2.6.2004 93 pembangunan yang berdasarkan kepada agama. Berdasarkan kepada agama, ertinya konsep negara Islam berdasarkan kepada asas negara adalah Al-Quran Al-Karim dan Sunah Nabi s.a.w., jadi situ perginya. Bukanlah kata madani, ertinya maju dengan tidak ada asasnya. Asas di sini agama dan tertegaknya negara Islam Madinah berdasarkan kepada agama, bukan sebagaimana Malaysia sana, bukan berdasarkan kepada agama. Jadi, di mana kebenaran daripada pihak kerajaan yang mengatakan bahawa hendak mengambil contoh apa yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor, betul. Betul apa yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor, tetapi berdasarkan kepada Islam, bukan berdasarkan kepada sekularisme, sebagaimana sekarang ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Yang Berhormat bagi Pasir Mas, biar kita jelaskan makna agama, terlalu ramai orang yang memberi persepsi agama terbatas kepada sudut-sudut tertentu. Ada yang melihat agama itu hanya kepada ibadah-ibadah khusus ataupun ritual, adakah itu yang dikatakan sebagai agama? Ada juga yang mentafsirkan agama hanya dari segi sudut undang-undang semata-mata, menyebabkan mereka menjadi terlalu terpengaruh dengan keperluan untuk membentuk masyarakat hanya dari segi sudut perundangan, Yang Berhormat. Jadi, agama sebenarnya, persepsinya begitu luas, bukan tertakluk kepada soal perundangan semata-mata. Membuat kebajikan juga adalah agama, jadi apa yang didasarkan pembangunan, yang membawa kepada kebajikan ramai adalah dianggap sebagai satu agama. Jadi, saya minta Yang Berhormat melihat konsep agama itu dalam persepsi yang lebih luas. Yang Berhormat, kita jangan lihat agama Islam ini pada sudut yang tertentu, supaya kita tidak menjadi seperti orang buta melihat gajah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Ada orang buta yang melihat telinga gajah, dia pegang, dia kata, telinga ini macam kipas, gajah ini macam kipas; Ada yang pegang badan gajah, maka orang buta ini, dia kata, gajah ini macam dinding; Ada yang pegang ekor, dia kata, gajah ini macam tali; Ada yang pegang gading, dia kata, gajah ini macam lembing; Ada yang pegang belalai, dia kata gajah ini macam ulat... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat, sudah. [Ketawa] Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Jadi, saya hendak minta supaya, Yang Berhormat tengok itu jangan macam orang buta. Silakan, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Setiausaha Parlimen. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Fasih, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ini menjawab. Tidak ada salahnya pentafsiran Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang takrif negara Islam mengikut kaca mata ulama Islam, tetapi kerana kita berbeza kepentingan. DAP dengan kepentingannya, kalau dia tidak hendak iktiraf negara ini negara Islam, terserah pada DAP. PAS ada kepentingan, kerana dia takut sangat negara ini diiktiraf sebagai negara Islam kerana mematikan perjuangan dia , [Tepuk] maknanya, menjayakan perjuangan UMNO. Jelas! Syarat-syarat yang dikatakan oleh ulama, “Oh! Negara ini negara Islam.” Mengikut pandangan Islam, kita tidak usah pertikaikan perlembagaan, perlembagaan dengan perlembagaanlah, DAP hendak pegang perlembagaan, silalah, sampai bila-bila, sila, tidak ada masalahnya. Sehingga Sheikhul Azhar Sheikh

94 DR.2.6.2004

Muhammad Tantawi, mengatakan, negara ini cukup syarat untuk dipanggil negara Islam, dan salah satu sebab kita menjadi anggota OIC kerana kita diiktiraf negara Islam. Singapura bukan negara OIC, kerana dia bukan negara Islam. Filipina bukan negara Islam, maka itu ia tidak menjadi anggota OIC. Jadi, kalau 56 negara lain mengiktiraf kita negara Islam, Islamlah kita, ini yang sangat ditakuti oleh PAS. PAS kerana kepentingan politik. Apabila semua orang mengiktiraf perjuangan UMNO, Barisan Nasional itu telah pun berjaya, bahawa ini negara Islam, matilah perjuangan dia. Tidak lama lagi matilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Begitu juga DAP. DAP takut, kerana kepentingan politik, jadi takrif DAP biarlah dengan DAP, takrif PAS biarlah dengan PAS. Biarlah Si Luncai terjunlah dengan labu-labunya. [Tepuk] Apa yang Yang Berhormat nyatakan tadi, kita pegang pendirian ini, kerana pendirian kita ini di sokong oleh seluruh dunia Islam di dunia ini. [Tepuk] Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Ya, kita lihat, betapa sedihlah kalau orang luar mahu mengiktiraf dan menilai kita, tetapi rakyat sendiri tidak sedar akan nikmat yang ada. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjelaskan isu Islam Hadhari kerana telah beberapa kali disentuh dalam Dewan yang mulia ini. Istilah Islam Hadhari, sebutannya ‘Hadhari’ dan bukannya ‘had hari’, seperti yang tersalah sebutan pada setengah orang. Membawa makna civilizations Islam dan boleh diguna pakai Al-Islam Al-Hadhari atau Islam Hadhari, tidak salah dalam istilah tersebut. Hadhari, membawa makna kemajuan atau pembangunan yang dikaitkan pula dengan peradaban tamadun dan kebudayaan. Ia bukan Islam baru tetapi satu pendekatan dan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi setengah umat Islam terhadap agama. Ia adalah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada keluasan ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan akhlak, spiritual, intellectual dan material. Mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa, secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai tanpa keganasan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas terhadap Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat bagi Rantau Panjang yang mempertikaikan pelaburan wang simpanan Tabung Haji, yang dikatakan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perjudian lumba kuda. Dengan tegas saya maklumkan. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Kepong bangun, Yang Berhormat. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat bagi Kepong – Abdullah ini. [Ketawa] Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Silakan, Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila, Yang Berhormat bagi Kepong teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, apa sibuk.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payah peduli, Yang Berhormat. Tidak payah peduli, teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Sibuk sangat itu, seolah-olah istilah hadhari ini dia faham. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan, teruskan, Yang Berhormat. DR.2.6.2004 95

Dr. Tan Seng Giaw: Bolehkah Yang Berhormat terangkan asal-usul hadhari ini, adakah ini bermakna satu puak di Timur Tengah dan sejarah mengenainya, adakah puak ini di Timur Tengah ini, dengan ciri-ciri spiritual dan ciri-ciri jasmani dan sebagainya sesuai untuk negara ini. Adakah ini lebih seribu tahun di Timur Tengah sana? Seterusnya, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi sebagai diiktiraf oleh OIC dan sebagainya, negara Islam, adakah ini bermakna Islamic State ataupun negara yang mempunyai ramai penduduk Islam sahaja. Apakah istilah negara Islam yang digunakan oleh Yang Berhormat? Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kepong. Kita telah membincangkan, saya respons kepada soalan yang kedua terlebih dahulu, persoalan pengiktirafan daripada masyarakat ialah kerana ada pihak yang mempertikaikan dan mengatakan kita ini negara sekular, sebab itu kita membawa beberapa pengiktirafan daripada negara luar yang mengiktiraf kita sebagai negara Islam, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan sebentar tadi. Persoalan Perlembagaan dan sebagainya tidak timbul, kita cuma ingin menyatakan bahawa kita menepati ciri-ciri yang ada. Dan berkenaan dengan Hadhari tidak ada sejarah ataupun puak. Saya telah tegaskan tadi, Hadhari bermakna pembangunan, kemajuan atau contemporary . Hal ini kita bawa sebab salah satu daripada dasar-dasar kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 1985 ialah dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran (DPNI) dan Islam Hadhari ini penambahbaikan kepada dasar Penerapan Nilai-nilai Islam yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Sebab itu kita memperkenalkan Islam Hadhari. Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun] Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Silakan Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih di atas baik hati Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya sungguh tertarik dengan huraian tentang Islam Hadhari. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya minta yang sana duduk diam. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat, tidak payah peduli. Tuan Haji Ismail bin Noh: Kalau hendak debat bagi pada dia. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of Order , itu kerja Tuan Yang di-Pertua, bukan kerja Yang Berhormat. Seorang Ahli: Salah point. Tuan Haji Ismail bin Noh: Pasal dia ganggu, pasal dia ganggu. Sebelah sana ganggu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Seorang Ahli: Tunjuk, tunjuk sahaja. Tuan Haji Ismail bin Noh: Yang Berhormat, saya rasa dan saya yakin bahawa istilah Islam Hadhari ini ialah istilah ‘musthannak’. Istilah yang baru dicipta oleh kalangan ahli-ahli UMNO ataupun…. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hah! Tuan Haji Ismail bin Noh: …ulama-ulama UMNO. Sila, sila bagi dia, bagi dia. Sila bagi dia dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, teruskan. Tuan Haji Ismail bin Noh: Tidak dok diam. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Istilah ini adalah istilah yang direka cipta oleh UMNO bagi mengaburi mata rakyat. Kerana sebenarnya tidak ada istilah ini dalam

96 DR.2.6.2004 fikah Islam, dalam Hadarah Islamiah tidak ada. Yang adanya Hadarah Islamiah bukan Islam Hadhari. Akan tetapi kerana ulama-ulama UMNO, ustaz-ustaz UMNO takut kepada pemimpin mereka sebenarnya [Diganggu] Jangan suka, kalau hendak bagi masa dia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila pendekkan. Tidak payah layan. Sila pendekkan. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat, cukup. Tuan Haji Ismail bin Noh: Apa yang penting di sini bahawa istilah ini adalah istilah ‘musthannak’, istilah yang dicipta, yang direka oleh UMNO bagi mengaburi mata rakyat. Yang ada sebenarnya Hadarah Islamiah iaitu tamadun Islam, bukan Islam tamadun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Nanti dahulu Tuan Yang di-Pertua, minta sekejap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini bukan soal jawab Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh: Inilah masanya. Kalau tidak tak ada peluang. Orang hendak dengar bagaimana pandangan kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi peluang Menteri menjawab. Tuan Haji Ismail bin Noh: Yang adanya iaitu Hadarah Islamiah – tamadun Islam bukan Islam tamadun. Yang adanya mata manusia bukan manusia mata. Kaki manusia bukan manusia kaki. Kepala manusia, bukan manusia kepala, makna lain. Kalau manusia kepala, maknanya lain. Kaki manusia lain makna, manusia kaki, lain makna dari segi istilah. Saya hendak bincang masalah istilah itu dahulu. Kerana itulah saya yakin bahawa dan saya minta pandangan daripada Yang Berhormat supaya rujuk istilah ini kepada Dewan, kepada Kamus Al-Arabil Islami, jangan hanya rujuk ‘Kamus Secularism’ bagi mengaburi mata rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Cukup! Cukup Yang Berhormat! Tuan Haji Ismail bin Noh : Soalannya, … Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Tidak payah soalan, sudah faham. Tuan Haji Ismail bin Noh: Adakah benda ini sesuai dan benar dari segi istilah Islami. Jangan istilah UMNO tetapi istilah Islami yang saya mahu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Sebenarnya sebelum memperkenalkan istilah Hadhari, kita telah mengambil kira semua apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kalau dikatakan istilah itu sebagai istilah musthanna atau dengan izin, bermakna yang dicipta oleh manusia, tidak salah kerana memang UMNO mencipta dan diperakui pula oleh PAS seperti kenyataan yang telah saya bacakan tadi. Dan untuk makluman Yang Berhormat, kita ini sebenarnya orang Melayu, bukan orang Arab. Kita gunakan istilah Arab dan kami telah pun ada kata-kata penghargaan daripada Darul Fatwa Lebanon daripada Dr. Yahya Ahmad Al-Khakhi, Penasihat Darul Fatwa di Lebanon yang dengan senang hati menulis dengan tulisan tangannya mengatakan di sini [Membaca petikan surat dalam bahasa Arab]. Jelas dia menggunakan istilah. Saya rasa Yang Berhormat faham bahasa Arab jadi saya tidak perlu untuk menterjemahkannya. [Tepuk] Izinkan saya meneruskan… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat … DR.2.6.2004 97

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Silakan Yang Berhormat bagi Jerai. Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jerai, teruskan Jerai. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya bukan hendak menterjemah Yang Berhormat. Cuma tadi Yang Berhormat cakap pasal gajah, saya takut Yang Berhormat. Beberapa Ahli: [Ketawa] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okey, Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat daripada PAS mengatakan kita Islam Hadhari yang telah kita perkenalkan untuk membangun tamadun, membina budaya Islam, hormat- menghormati, kita lemah-lembut dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cara Parti PAS? Yang Berhormat sendiri sebagai ulama contohnya misalnya dalam PAS melihat cara PAS menjatuhkan maruah seagama dan sebangsa di depan khalayak ramai, pulau-memulau masyarakat Islam dalam kampung, memaki hamun, memfitnah. Jadi apakah Yang Berhormat mahu cara yang sedemikian dibawa di dalam sebuah negara yang majmuk ini menjatuhkan maruah menggelar pemimpin-pemimpin yang diletak oleh Allah S.W.T. sebagai pemimpin negara, sebagai macam-macam. [Memandang ke arah Yang Berhormat bagi Pasir Mas] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payah tengok Pasir Mas Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sebagai Fira'un dan sebagainya. Adakah ini ajaran Islam? [Tepuk] Yang Berhormat pakai serban lilit. Orang Yang Berhormat maki kata macam-macam. Adakah Islam suruh sedemikian? Ingat Yang Berhormat, meletakkan kita di tempat yang ada ini adalah kerana Allah S.W.T. meletakkan kita, bukan kehendak kita – qada dan qadar. Kalau Tuhan telah memberi qada dan qadar kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, ini kerana Allah S.W.T.. Begitu juga Yang Berhormat Ahli Parlimen bagi Pasir Mas kerana kehendak Allah S.W.T.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Apakah kita perlu harus menghina? Apakah ini Islam kita? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, terjemahkan. Kalau dia tidak faham lagi cerita gajah, saya hendak cerita lagi. [Dewan gamat dengan ketawa] Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai. Telah kita katakan tadi bahawa soal istilah tidak penting. Kalau adapun istilah namanya Islam, tetapi tidak mengamalkan Islam bagi saya tidak ada gunanya. Jadi dalam kita di Barisan Nasional, biarpun istilah itu merupakan istilah ciptaan tetapi asalkan ianya berfaedah dan memberi keadilan kepada rakyat, maka kita menyokong. [Tepuk]

[[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

Saya ingin memberi maklum balas persoalan yang dikaitkan dengan Tabung Haji yang dikatakan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perjudian lumba kuda. Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

98 DR.2.6.2004

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun lagi. Hendak bagi jalan tak? Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Tak apa, saya layan Pasir Mas. Silakan. Tuan Yang di-Pertua: Hmm. Yang Berhormat saya tidak beri…. Tuan Haji Ismail bin Noh: Oleh sebab… Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak bagi layan dah lepas ini. Ahli Dewan: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: …kerana … Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Sila, sila. Tuan Yang di-Pertua: …kita di sini berbahas berkenaan dengan satu perkara agama. Kalau hendak berbahas… Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Itu istilah, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Biarlah istilah, istilah ya. Biarlah. Teruskan. Tuan Haji Ismail bin Noh: Oleh sebab banyak pihak Tuan Yang di-Pertua, yang menyerang PAS, yang menyerang saya secara peribadi, saya terpaksa bangun untuk mempertahankan peribadi pada hari ini selain daripada mempertahankan parti saya. Saya mendengar selain daripada Yang Berhormat, ada suara-suara yang mengatakan bahawa kita diberi oleh Allah maka kita terima. Kita semua diberi oleh Allah dunia, diberi oleh Allah, kita terima apa yang berlaku. Baik. Ia ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua yang saya mesti terangkan di sini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bukan minta penjelasan tu, hendak bagi syarahan tu. Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya akan minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Saya akan minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, minta penjelasan. Tuan Haji Ismail bin Noh: Tetapi saya terpaksa memberi sedikit penerangan untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tuan Yang di-Pertua: Hmm. Tuan Haji Ismail bin Noh: Kalaulah berdasarkan kepada yang Tuhan bagi, yang Tuhan izin kepada Israel memerintah misalnya. Tuhan izin orang itu memerintah, adakah Tuhan reda? Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apa yang disebut oleh Yang Berhormat kita daripada Jerai. Yahudi, Allah S.W.T. bagi kepada dia, apakah Allah S.W.T. tetap reda kepada dia? Allah S.W.T. izin dia memerintah Palestin, apakah Allah reda. Saya minta Yang Berhormat terangkan di antara reda dengan izin pada petang ini. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Hmm, cukuplah. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Saya hendak jawab ini tidak ada kena mengena dengan penggulungan tentang izin dan reda ini Yang Berhormat tapi apa yang saya faham tadi disebut bahawa apabila manusia itu dia berusaha, dia dapat apa yang dia berusaha. Kalau kita berusaha mengadakan Islam, kita dapatlah apa yang kita usaha. Kalau di Palestin dan Yahudi seperti Yang Berhormat sebut, dia usahakan apa dapat, jadi setiap daripada kita ini mendapat apa yang kita usahakan. Jadi soal izin dan reda ini tidak perlu diperbincangkan secara panjang di sini. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, Yang Berhormat. Kita tak ada masa. Baiklah. Cukuplah Yang Berhormat. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Silakan Yang Berhormat bagi Dungun. Tuan Yang di-Pertua: Cukup, Yang Berhormat. Yang ini sekali last. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua [Disampuk]. Pertamanya, berkenaan dengan Islam ini, saya ada bangkitkan dalam ucapan saya semasa perbahasan Titah Diraja tahun lepas, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menitahkan di dalam Dewan yang mulia ini - saya ketika itu Ahli DR.2.6.2004 99

Dewan Negara, tidak ada di sini tetapi semasa itu Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, ketika itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebagai endorsement kepada pentadbiran kerajaan yang mengumumkan sebelum itu. Tetapi dalam sebulan selepas itu Menteri Besar Terengganu ketika itu mengatakan bahawa ini bukan sebuah negara Islam. Saya hendak penjelasan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah bentuk apabila ada Titah Diraja sekiranya bertentangan yang dikemukakan oleh ahli politik seperti Haji Hadi ini apakah sikap sebenarnya kerajaan, umpamanya kalau berkaitan dengan agama apakah kedudukan pandangan Majlis Fatwa tentang pandangan ahli-ahli politik, tentang Titah Diraja seperti bertentangan sangat. Yang keduanya berkenaan dengan masalah definisi tentang Islam Hadhari sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen saya ingat kita sudah faham semuanya, tetapi bolehkah Yang Berhormat jelaskan kepada kita bahawa masalah yang difahami sebagaimana Yang Berhormat bagi Sri Gading katakan tadi, iaitu pendekatan kefahaman antara dua kefahaman di antara PAS dan UMNO ini, sedangkan hadhari, saya pun tidak faham bahasa Arab banyak sangat, tetapi kalau kita melihat macam kata kawan kita tadi Yang Berhormat tentang Islam Hadhari, Islam yang membina tamadun, Islam yang dilihat secara pendekatan dan kecemerlangan, ada keseimbangan dalam pembangunan masyarakat yang mesra, yang melihat ilmu, yang mempunyai unsur-unsur pembinaan akhlak umpamanya. Saya ada bercakap semasa itu dan saya hendak endorsement kerajaan sedangkan kefahaman tentang yang dibawa oleh PAS adalah suatu kefahaman tentang Islam yang langsung tidak mempamerkan tentang suatu pembinaan tamadun. Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Sebab itu kalau boleh kerajaan menjelaskan kepada kita.. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cukup, Yang Berhormat panjang sangat tu! Yang Berhormat cukuplah. Minta Setiausaha Parlimen menjawab. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Berkenaan dengan persoalan yang pertama Titah Diraja tersebut dan juga bagaimanakah sikap Majlis Fatwa ingin saya nyatakan bahawa Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat satu rumusan bahawa mereka boleh menggunakan nama Islam, tetapi jika didapati boleh menjejaskan akidah dan syariah tindakan boleh diambil. Jadi, inilah yang berlaku di mana tindakan boleh diambil tetapi bagi JAKIM dia tidak boleh mengambil tindakan yang ini, terpaksa berbalik kepada pihak berkuasa negeri-negeri yang mengambil tindakan. Respons kepada soalan yang kedua, tentang dua kefahaman yang berbeza Islam PAS dan Islam UMNO ini ia senang saya katakan begini. Dalam Islam Hadhari kita membina Islam daripada bawah ke atas, bottom up. Maknanya kita membina masyarakat Islam kemudian terhasillah negara Islam, berbeza dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS mereka hendak membina negara Islam terlebih dahulu, daulah Islam atau Islam Siasi yang mana belum tentu rakyatnya benar-benar menghayati Islam itu sendiri. Jadi, di dalam Islam pendekatan yang dibuat oleh Barisan Nasional ia sangat mengutamakan persoalan keutamaan atau aulawiyat, yang mana kita hendak berdakwah itu lebih utama daripada hendak mendakwa. Berdakwah lebih utama daripada berdakwa, jangan kita asyik hendak menghukum orang semata-mata dan kita hendak menjadikan orang-orang yang tidak baik ini menjadi baik dan yang baik itu lebih baik, bukan sekadar agama yang imejnya itu adalah imej hukum semata-mata. Di situlah kita nampak perbezaan kerana kita cukup yakin bahawa Islam yang sebenar tidak diterapkan melalui kekasaran, menghina, maki hamun dan sebagainya, sebaliknya Islam adalah agama yang mendekati masyarakat dan memberi kemajuan dan pembangunan. Silakan Yang Berhormat. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya hendak membacakan satu firman Allah, [Membaca ayat berbahasa Arab] saya rasa Islam ini milik manusia bukan milik PAS, bukan milik UMNO. Setiap orang saya rasa berhak, sebagai seorang Muslim saya rasa berhak

100 DR.2.6.2004 memperjuangkan Islam. Sekiranya UMNO yang memiliki 9/10 yang ada pada hari ini ingin dan bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam, saya rasa PAS akan sokong. Ini Islam adalah satu agama Allah S.W.T bukan masalah PAS ataupun UMNO. Jadi, kalau UMNO bersungguh untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam laksanakan dan tunjukkan bukti. Dalam penggal ini insya-Allah laksanakan hukum Allah. Saya sudah mencadangkan dalam ucapan sulung saya laksanakan apa yang menjadi tuntutan kepada Islam berdasarkan kepada al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w. Ingat baik-baik [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] kalau semua kembali kepada Allah dan Rasul faddal, tidak kira PAS atau UMNO. Islam milik kita semua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cukup. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Saya setuju itu. Islam adalah milik kita semua bukan milik kepada parti-parti tertentu, tetapi masalahnya ada orang yang mengislamkan berdasarkan kepada politik kepartian. [Tepuk] Sebenarnya kita telah melaksanakan cuma masalah ini pembangkang ini dia sudah meletakkan dekat depan dia warna hijau, kita letak warna merah pun dia nampak hijau juga. Kita telah melaksanakan dan setiap apa yang hendak kita laksanakan mereka mengambil sikap untuk tidak bersetuju dan membangkang kerana berada di pihak pembangkang, walaupun benar apa yang telah kita lakukan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan menyambung perbicaraan saya dalam persoalan Tabung Haji…… Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim: Saya tidak berikan laluan kerana saya hendak menyambung tentang Tabung Haji. Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim: Dengan tegas saya maklumkan pada waktu Tabung Haji mula melabur.. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim: Saya tidak beri laluan. Dengan tegas saya maklumkan pada waktu Tabung Haji mula melabur dalam Country Heights Holdings Berhad aktiviti yang dilakukannya adalah halal dan tidak sama sekali secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam perjudian. Sebaik sahaja mengetahui aktiviti tersebut beberapa tindakan telah diambil, pertamanya menghubungi Country Heights Holdings Berhad dan susulannya Country Heights Holdings Berhad telah menandatangani perjanjian jual beli pada 5 Mac 2004 bagi melupuskan pegangan Country Heights Holdings Berhad dalam aktiviti perjudian lumba kuda. Maknanya Country Heights Holdings Berhad sudah tidak ada lagi perjudian lumba kuda yang cuba diketengahkan. Sungguhpun demikian Tabung Haji tetap mengambil keputusan tegas akan tetap menjual keseluruhan pegangan dalam Country Heights Holdings Berhad . Keputusan menjual saham Country Heights Holdings Berhad akan menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti. Pada masa kini harga pasaran semasa adalah lebih rendah daripada harga kos pegangan. Ini akan mengakibatkan Tabung Haji akan mengalami kerugian sekiranya Tabung Haji mengambil tindakan menjual saham Country Heights Holdings Berhad sekarang. Oleh itu Tabung Haji akan menjual saham tersebut bila tiba masanya. Semoga dengan penjelasan ini semua pelabur Tabung Haji yang semakin hari semakin bertambah dan sekarang mencecah jumlah 4.7 juta akan merasa tenang dengan ketelusan, dan keikhlasan kepimpinan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin soal amanah Tabung Haji ini dan tidak terkeliru dengan cubaan pihak tertentu memburukkan nama Tabung Haji dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional. DR.2.6.2004 101

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan bahawa Tabung Haji telah berusaha membuat perundingan dan MAS untuk memastikan bahawa tambang pada tahun ini tidak akan dinaikkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Titiwangsa menyarankan supaya dikaji semula kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada semua pasangan Islam yang hendak berkahwin. Untuk makluman Yang Berhormat kursus ini memang wajib kepada semua pasangan sebelum dia berkahwin, kecuali kepada mereka yang terlajak awal, itu memang tidak wajib berkursus. Yang baru ini wajib dan ianya merangkumi semua aspek kehidupan berkeluarga. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam yang sempat saya jawab, mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab perkara tersebut akan dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, Yang Berhormat. Saya ada masalah yang saya bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading sudahlah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sebab ada tiga menteri yang hendak menjawab. Saya punya soalan …. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah cukuplah. Ya sila seorang lagi hendak menjawab. Saya tidak benarkan Yang Berhormat berucap. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, masa sudah lambat sangat, sila-sila Yang Berhormat.

6.28 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kerajaan amat menghargai kesefahaman Yang Berhormat Temerloh dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain mengenai tanggungjawab dan kewibawaan SPR. Walau bagaimanapun isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor dan Tumpat mengenai perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-11 tidak dapat dijelaskan di sini kerana Tuan Yang di-Pertua telah memutuskan supaya perkara- perkara sedemikian tidak dibincangkan di Dewan ini, memandangkan ia dalam pertimbangan mahkamah. Berhubung dengan cadangan untuk membentuk Suruhanjaya Persempadanan yang berasingan dengan SPR kerajaan berpendapat ianya juga tidak perlu buat masa ini kerana SPR di bawah peruntukan yang ada sekarang boleh menjalankan kedua-dua tugas tersebut dengan baik tanpa sebarang masalah. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk mendaftarkan pemilih secara automatik, sukacita dimaklumkan bahawa SPR pada masa ini sedang mengkaji undang-undang pendaftaran berkenaan dan jika didapati sesuai perkara tersebut akan diperakukan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kerajaan amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan memberi sokongan padu bagi membanteras amalan rasuah di negara ini. Yang Berhormat bagi Ipoh Timur mempersoalkan pendirian kerajaan yang berubah-ubah mengenai keadaan rasuah di negara ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, iklan dalam bahasa Cina yang bermaksud, “Korup dan rosak sehingga ke akar umbinya” semasa kempen pilihan raya yang lalu sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur adalah dari sumber yang tidak diketahui dan bukan merupakan pendirian kerajaan…

102 DR.2.6.2004

Tuan Lim Kit Siang: Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh kata, “sumber tidak diketahui”? Oleh kerana ia adalah satu iklan yang diterbitkan oleh Barisan Nasional? Tercetak di sana perkataan “Barisan Nasional” dan diterbitkan dalam semua surat khabar Cina dan diterbitkan dalam satu siri. Adakah Yang Berhormat Menteri serius mengatakan bahawa semua iklan dalam surat khabar bahasa Cina bukan dengan blessing rasmi Barisan Nasional? Bahawa apa yang ada dalam surat khabar bahasa Tionghoa itu telah menipu pengundi-pengundi. Bukankah benar bahawa sebelum itu, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah telah mengatakan dalam satu interview dengan Nanyang Siang Pau , yang ditunjukkan di muka hadapan, ada menyebut apabila ditanya mengenai, adakah masalah rasuah bermaharajalela dan adakah lebih ramai orang akan ditangkap? Dia ada kata, “Laut di Malaysia begitu besar, mana tidak ada ikan…” Mana tidak ada ikan sungguhpun sampai sekarang ikan yu belum dilihat! Dan 18 orang high-profile yang disebut itu, siapakah mereka? Bolehkah beri satu penjelasan diberi, di manakah 18 orang high-profile yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu yang sekarang menjadi Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan? 18 orang high-profile ! Mana mereka? VIP, VVIP? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita mengamalkan kebebasan akhbar. Jadi sesiapa yang hendak mengiklankan di dalam surat khabar yang mungkin dikatakan dikuasai oleh sesebuah parti politik, apa yang diterbitkan itu tidak bermakna ia adalah di atas arahan parti yang berkenaan. Ini soal perniagaan. Waktu pilihan raya orang buat duit, banyak. Jadi siapa yang hendak mengiklankan, iklanlah. Kita tidak boleh menyatakan kerana ia telah diterbitkan di dalam surat khabar yang dikatakan dikuasai oleh Barisan Nasional, maka itu atas arahan Barisan Nasional. Kita kena lihat dari segi urusan komersial yang berlaku. Dengan sebab itu saya tetap menyatakan bahawa dalam hal ini kita tidak ketahui dan kita tidak tahu dari mana sumbernya kerana ini adalah urusan perniagaan yang dilakukan oleh akhbar itu. Tuan Lim Kit Siang: Adakah Yang Berhormat check dengan pemimpin- pemimpin MCA, Gerakan oleh kerana jelas ditunjukkan di dalam iklan itu bahawa ia diterbitkan, di publish oleh Barisan Nasional. Adakah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu ada dirujuk kepada pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN oleh sebab kalau tidak ….. ha, ada di sini, Tuan Yang di-Pertua, …… [Yang Berhormat bagi Batu Gajah menyerahkan keratan akhbar yang menerbitkan iklan berkenaan dan menunjukkannya kepada Dewan][Disampuk] Barisan Nasional, logonya pun ada ditunjukkan di sini.. [Membaca beberapa patah perkataan pada tajuk akhbar dalam bahasa Cina] Kita mempertahankan rakyat. Ini, ini … oleh Barisan Nasional. Adakah hendak kata apa yang diterbitkan ini tidak benar? [Disampuk] Kalau tidak benar, MCA, GERAKAN, SUPP semua perlu meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Malaysia oleh kerana mereka sudah menipu rakyat…. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menghukum hanya berdasarkan kepada circumstantial evidence sahaja. Orang boleh guna logo kita, masukkan di dalam akhbar…. [Ketawa] Macam-macam boleh berlaku. Kalau sekiranya kita sudah pun didapati bersalah kerana circumstantial evidence , susahlah pendakwaan kita di sini. Sebab itu saya berada dalam Dewan yang mulia ini, tidak mungkin saya hendak membuat satu penipuan besar di sini kerana apa yang saya perkatakan adalah perkara yang benar, yang kita nyatakan, iaitu bahawa perkara ini kita tidak ketahui dan bukan merupakan pendirian kerajaan kita. Kalau ada orang lain buat, itu saya tidak tahu. Sebab itu saya harap jangan dipersalahkan kepada Barisan Nasional tentang perkara yang dia sendiri tidak membuat keputusan untuk berbuat demikian. Pendirian kerajaan tidak pernah berubah. Tuan Lim Kit Siang: Adakah ini bererti bahawa pemimpin-pemimpin kanan MCA, GERAKAN semua menafikan bahawa ini rasmi, Barisan Nasional? Adakah ini kedudukan, pendirian kerajaan yang mereka menafikan bahawa ia diterbitkan adalah dengan official blessing ? Kalau begitu, apa yang mereka kata tidak boleh dipercayai lagi. Bukan sahaja iklan mereka tetapi niat mereka, jaminan mereka, ucapan mereka DR.2.6.2004 103 semuanya tidak boleh dipercayai langsung kalau boleh dinafikan begitu arbitrary... [Disampuk] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya bercakap sebagai Menteri dalam Kerajaan Barisan Nasional… Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Yang Berhormat, boleh saya campur sedikit? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi sudah tentulah ini merupakan pendirian kerajaan dan Barisan Nasional. Jadi soal sama ada perkara lain yang hendak dibangkitkan, itu terserahkan kepada rakyat untuk mereka menilai sendiri, sama ada kita betul ataupun tidak. Jadi saya berkata ini atas nama Barisan Nasional… Tuan Yang di-Pertua: Ya. Yang Berhormat bagi Sri Gading. Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam pilihan raya, Yang Berhormat Menteri, macam-macam boleh berlaku – tipu muslihat bermacam-macam. Kadang-kadang ada orang lain buat menyamar, entah- entah DAP buat, mana kita tahu… [Ketawa] Tiada siapa yang tahu. Pasal semasa pilihan raya ini tiada siapa hendak check . Masing-masing jaga kawasan masing- masing. Jadi apa Yang Berhormat kata tadi ada kemungkinannya. Ini pilihan raya. Jadi persoalan siapa yang buat kena carilah. Tidak tahulah. Ipoh malikah, siapa malikah…. [Ketawa] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Pendirian kerajaan tidak pernah berubah di dalam ketegasan membanteras jenayah rasuah. Malahan dengan pelbagai usaha, strategi dan pendekatan, pelaksanaan ke arah menangani gejala rasuah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 April 2004 lalu telah melancarkan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia. Kerajaan akan memantapkan lagi organisasi Badan Pencegah Rasuah sebagai agensi utama pencegahan jenayah rasuah dengan keanggotaan dan keperluan logistiknya… Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mengenai siasatan ke atas 18 orang kenamaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat … [Disampuk] boleh saya habiskan dulu isu 18 orang ini, Pelan Integriti Nasional. Tuan Lim Kit Siang: Integriti Nasional – kalau benar Pelan Integriti Nasional itu begitu mustahak dan dilihat begitu serius, kenapakah tidak dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk diluluskan sebagai satu pelan, bukan sahaja satu jabatan, dalam satu Parlimen pelan negara – satu Pelan Integriti Nasional yang diluluskan selepas perbahasan oleh Dewan yang mulia ini? Dan kedua, kalau Badan Pencegah Rasuah akan diberi mandat untuk memainkan satu peranan yang penting dalam kempen anti-rasuah, adakah kerajaan rela memberi kuasa autonomi supaya Badan Pencegah Rasuah menjadi satu badan yang bebas, keluar dari kuasa Jabatan Perdana Menteri, ada kuasa tersendiri, bertanggungjawab kepada Parlimen sahaja, semacam boleh bergerak tanpa terlebih dahulu mendapat blessing, green light daripada Jabatan Perdana Menteri? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Pelan Integriti Nasional ini adalah satu program kerajaan. Ia bukan satu rang undang-undang yang perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat. Oleh sebab kita telah dipilih oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan dan dalam janji manifesto pilihan raya, kita ada menyatakan iaitu kita akan membanteras rasuah, sebab itu kita mengadakan Pelan Integriti Nasional yang mana adalah kepunyaan kita kerana kita kerajaan. Sebab itu … Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur… Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab itu ia tidak merupakan satu perkara yang kita fikirkan perlu, sebab kalau hendak dibahaskan lagi banyak perkara akan berbangkit. Oleh itu lebih baik kita buat terus kerana kita hendak membanteras rasuah. Kalau sekiranya Yang Berhormat ada cadangan-cadangan yang baik, Yang Berhormat diberikan lima jam untuk berucap, bagilah pandangan, tidak ada

104 DR.2.6.2004 masalah. Mengapa pula kita tidak mahu terima kalau pandangan itu baik untuk memperkukuhkan Pelan Integriti Nasional kita? Saya rasa tidak perlu untuk kita bahas dan apa-apa juga pandangan, sumbangan boleh diberikan pada bila-bila masa. Mengenai siasatan ke atas 18 orang kenamaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu, beberapa orang telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara. Penyiasatan dilakukan oleh Jabatan Pencegah Rasuah secara terperinci, bagi mendapatkan keterangan dan bukti- bukti yang berkaitan. Kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian lanjut, sama ada sesuatu kes itu akan dibawa ke mahkamah atau sebaliknya. Jika, cukup bukti, pendakwaan akan dijalankan. Bukan semua kes yang disiasat akan berakhir dengan pendakwaan. Berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat... Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, saya tidak habis lagi. Ini, autonomi untuk diberikan kepada satu katalah, badan autonomi untuk menyiasat. Jadi, ahlinya datang dari mana, saya hendak tanya. Adakah ahli-ahlinya itu malaikatkah, apakah? Kalau dia manusia, pelantikan kena buat juga. Siapa buat? Mesti ada satu badan yang akan membuat pelantikan. Ini bermakna bahawa, orang yang dilantik itu, akan sekali lagi berada di bawah pengaruh orang yang dilantik. Jadi you cannot run away from the fact , that the members of the panel must be appointed by somebody, dengan izin. Jadi, tidak boleh lari. Autonomi yang macam mana, saya hendak tanya. Ini kerana, pengaruh itu tetap ada, kerana ia bergantung kepada orang yang melantik dia. Bagi dia pula, apakah dia malaikat? Siapa pula hendak jaga dia? Kita lantik satu lagi badan pula, autonomi atas dia pula. Satu lagi. Jadi, benda ini tidak habis. Sebab itu, ia mesti ada kehabisan dan kita merasakan, amalan yang telah kita lakukan selama ini adalah mencukupi. Yang penting ialah kita berusaha bersungguh- sungguh untuk hendak membanteras rasuah ini. Tuan Lim Kit Siang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Respons Yang Berhormat mengingatkan saya mengenai satu exchange Yang Berhormat dengan Badan Pencegah Rasuah, bahawa siapa political master , siapa servant ? Bukankah benar bahawa kita boleh adakan satu badan yang membuat pelantikan yang bebas, bukan sebagai badan kerajaan, yang bebas ditubuhkan oleh Parlimen, dianggotai oleh rakyat Malaysia yang berkaliber dan dihormati oleh semua lapisan rakyat. Itu yang pertama. Yang kedua, minggu lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apabila datang ke sini untuk jawab soalan mengenai korupsi, berkata bahawa mereka yang ada selepas siasatan dan didapati bersih, bahawa satu pengumuman akan dibuat. Oleh kerana sampai sekarang, belum seorang pun ada diumumkan bersih, adakah ini bererti, semua orang yang masih dalam siasatan, semua dalam sufficient , termasuk Ahli-ahli Parlimen di sesi yang dahulu, 14 orang, dua orang ada didakwa di mahkamah, 14 orang ada disiasat, mereka semua belum dibersihkan. Kemungkinan mereka akan ditangkap dan didakwa atas korupsi. Semua Menteri-menteri ada disiasat, mereka belum dibersihkan, Semua di bawah doubt . Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi keterangan? Terima kasih. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ada jawapan. Bagi saya habis dahulu BPR, selepas itu boleh tanya. Lagi senanglah, sebab saya tidak habis lagi BPR, ya. Mengenai siasatan ke atas 18 orang kenamaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, beberapa orang telah pun ditangkap oleh BPR dan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara. Ini termasuklah yang dua bekas Exco dan seorang Menteri. Penyiasatan dilakukan oleh BPR secara terperinci bagi mendapatkan keterangan dan bukti-bukti yang berkaitan. Kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian lanjut, sama ada sesuatu kes itu akan dibawa ke mahkamah atau sebaliknya. Jika cukup bukti, pendakwaan akan dijalankan. Bukan semua kes yang disiasat akan berakhir dengan pendakwaan. Berhubung dengan siasatan terhadap Ahli-ahi Parlimen kerana menuntut elaun perjalanan yang tidak mengikuti peraturan, dimaklumkan bahawa siasatan DR.2.6.2004 105 terhadap 16 orang Ahli Parlimen telah dijalankan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 11(c), Akta Pencegahan Rasuah 1997, berkaitan tuntutan elaun perjalanan yang mengandungi butir-butir palsu yang mengelirukan principal , iaitu Parlimen. Semua siasatan telah selesai dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Daripada 16 siasatan tersebut, pihak Jabatan Peguam Negara mendapati 10 kes… [Disampuk] Tuan Chong Chieng Jen: Minta penjelasan. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nantilah, saya habis dahulu. Nanti. Faham bahasa Malaysia? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Daripada 16 siasatan tersebut, pihak Jabatan Peguam Negara mendapati 10 kes tidak cukup bukti untuk didakwa di mahkamah, manakala 6 kes mempunyai cukup bukti untuk didakwa. Pihak Jabatan Peguam Negara telah mendakwa dua kes dan empat kes lagi masih dalam pertimbangan. Jadi, saya harap supaya kita bersabar. Mengenai… Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, saya tidak habis lagi. Nanti, nanti. Biar saya habis BPR dan tanya, senang. Mengenai laporan yang dibuat oleh Encik Ezam terhadap seorang Menteri yang didakwa terlibat amalan rasuah, dimaklumkan bahawa BPR telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Siasatan BPR terhadap kes berkenaan telah ditutup setelah pendakwa raya mendapati tiada keterangan yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan. Pendakwaan sesuatu kes akan dibuat, hanya apabila Peguam Negara berpuas hati. Terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian dan kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak sesuatu kes, termaktub di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi: “ Peguam Negara adalah mempunyai kuasa dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan lain daripada perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera ataupun Mahkamah Tentera ”. Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor merayu kepada Peguam Negara, supaya membuka semula kertas penyiasatan kes rasuah Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dimaklumkan bahawa kes terhadap Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sudah dianggap selesai. Peguam Negara yang terdahulu, selaku pendakwa raya telah berpuas hati, selepas meneliti semua hasil siasatan yang dikemukakan kepadanya oleh badan penguat kuasa, bahawa tiada asas untuk mendakwa Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Peguam Negara yang ada sekarang, juga bersetuju dengan keputusan itu. Oleh yang demikian, perkara ini tidak wajar lagi dibangkitkan. Berkenaan dengan saya sendiri, Yang Berhormat daripada… Tuan R. Karpal Singh: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat… Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, saya habis sekejap. Saya punya hal. Berkenaan dengan saya sendiri, Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor telah membangkitkan, Peguam Negara telah membuat kenyataan, bahawa penyiasatan menunjukkan tiada asas untuk pendakwaan. Ini telah keluar dalam surat khabar di negara kita. Penyiasatan bukan bermakna salah. Malah, saya percaya Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor adalah seorang peguam. Dia akan terus mempertahankan seseorang sebagai tidak bersalah, walaupun didakwa dan dibicarakan di mahkamah. Jadi, saya juga ingin memaklumkan di sini, bagi kami calon-calon Barisan Nasional, sebelum kita diluluskan untuk diberikan watikah untuk bertanding, kita mesti bebas daripada empat perkara. Pertamanya, kita kena bayar cukai. Keduanya kita jangan menjadi seorang bankrap. Ketiga, tidak terlibat dengan kes jenayah dan keempat, kita tidak ada kes BPR. Jadi, kerana kalau ini semua ada berlaku, bermakna akan menjadi masalah kalau sekiranya perkara ini berbangkit dan disqualified setelah pilihan raya diadakan.

106 DR.2.6.2004

Sebab itu saya harap Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, sebagai seorang peguam akan faham, iaitu penyiasatan bukan bermakna sudah bersalah. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan R. Karpal Singh: Saya hendak minta penjelasan. Adakah benar bagi Menteri International Trade dan Industry, dengan izin, bagi dia, rekomendasi ada dibuat untuk dia di dakwa dalam mahkamah. Selepas itu, kertas siasatan itu telah ditutup. Atas sebab apa kertas itu ditutup? Adakah Peguam Negara mengumumkan sebab- sebab kenapa kertas itu ditutup. Dalam kes Rahim Tamby Chik, ada didakwa di mahkamah. Selepas itu, siasatan menunjukkan dia tidak bersalah dan Peguam Negara ada mengumumkan sebab-sebab, kenapa kertas siasatan itu ditutup? Bolehkah saya mendapat penjelasan? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat hendak memberitahu, sebab segala keputusan yang dibuat, di bawah Artikel 145, itu adalah dijalankan menurut budi bicara dia. Dia tidak disyaratkan mesti mengeluarkan alasan mengapa sesuatu perkara itu hendak didakwa ataupun tidak. Ini merupakan Perlembagaan dan ia tidak menyalahi Perlembagaan, kalau sekiranya asas kepada mengapa perkara itu tidak diteruskan, tidak dinyatakan. Jadi, sebab itu dalam jawapan saya, saya hanya boleh menyatakan bahawa, mengikut Pejabat Peguam Negara, kes ini dia telah berpuas hati setelah meneliti semua dan dikemukakan kepada badan penguat kuasa dan tiada asas untuk mendakwa. Jadi inilah jawapan rasmi yang boleh saya beri dan tidak lebih daripada itu kerana segala maklumat dan butiran di luar daripada makluman saya. Tuan Yang di-Pertua… Tuan Lim Kit Siang: Nanti, saya ingin bertanya di mana Yang Berhormat Menteri berkata bahawa penyiasatan bukan bererti salah, saya setuju. Sebab itu saya sangat terkejut apabila Yang Berhormat Menteri kata bahawa daripada 16 orang Ahli Parlimen, session dahulu dua orang sudah didakwa, 10 orang tidak cukup bukti. Apa ertinya tidak cukup bukti, adakah bahawa mereka ada asas syak wasangka bahawa mereka corrupt, tapi tidak cukup bukti untuk didakwa atau mereka tidak terlibat dalam apa-apa penyelewengan, mereka bersih, itu dua aspek yang berlainan, kenapa kata bahawa tidak cukup bukti, adakah mereka semua 10 orang itu pun di suspect bahawa ada corrupt? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pada waktu perkara ini berlaku Yang Berhormat masih bercutilah ya. Jadi saya hendak bercerita di sini, iaitu pada ketika itu Yang Berhormat ada beberapa Ahli Parlimen yang membuat claim lebih daripada RM10,000. Jadi claim daripada RM10,000 itu dengan izin merupakan assumption, something is wrong. Sebab kalau dilihat oleh claims daripada orang lain mungkin RM2, RM3, RM4 ribu, tapi ini RM10,000. Jadi bila RM10,000 there is an assumption, betulkah ini? Betulkah ini? Jadi sebab itu kita sudah buat penyiasatan yang mana yang claim dalam satu dua bulan ada RM10,000 dia punya claim semua ditaburkan net itu - ditangkap semua. The assumption of guilt ada di situ kerana RM10,000 dia punya claim . Bila disiasat maka dilihat iaitu claim RM10,000 itu bukan salah. Kalau salah, kalau false claim. Jadi dilihat di situ bahawa apabila disiasat daripada 16, 10 menunjukkan iaitu bahawa ada claims yang boleh diterima, walaupun RM10,000 tapi ada claim yang betul menunjukkan memang ada RM10,000, is nothing wrong. Only assumption sahaja, RM10,000 itu something is wrong , jadi yang RM10,000 itu ada claim.. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Boleh, nantilah saya bagi tanya! Jadi RM10,000 itu cukup claim , jadi lepas ya. Tinggal 6, 2 didakwa dan yang 4 ini kita hendak siasat lagi kerana ada sedikit daripada segi prosedur kerana kalau mengikut prosedur claim ini kita buat kalau kita hendak claim, kita kena claim sendiri, bermakna kalau sebagai Ahli Parlimen, we claim it. Tetapi ada sesetengah hotel yang ada perjanjian di mana claim itu dibuat oleh hotel sendiri dan sign oleh hotel dan hotel claim sebab kalau wakil rakyat, kalau dia hendak tunggu claim dia duduk katakanlah bulan 3, punyalah lama. Kalau dia guna kredit kad dia, dia punya kredit worthiness mungkin dalam RM20,000 sahaja dia sudah guna dalam masa 2 minggu, dia sudah guna. Jadi sebab itu ada arrangement dengan hotel supaya claim itu dibuat oleh hotel setelah diakui oleh Ahli Parlimen, tapi dari segi prosedur BPR kata ini tidak boleh, walaupun DR.2.6.2004 107 tidak salah sebenarnya. Sebab itu masih lagi ada pertikaian tentang hal ini sebab itulah yang 4 lagi ini masih ditangguh sehingga mereka mendapat satu keputusan sama ada benda ini genuine ataupun tidak, itu sahaja. Tuan Lim Kit Siang: Bagaimana pula dengan bercuti? Bercuti tiada di sini. Tetapi bukankah ini mengatakan bahawa bukti tidak cukup sangat tidak adil kepada 10 orang ini, saya tidak tahu siapa mereka? Barisan Nasional, PAS atau sesiapa tidak tahu tapi sangat tidak adil. Patutlah kata bahawa mereka tidak ada apa-apa kesalahan atau salah langsung, bukan kata tidak cukup bukti. Oleh kerana dengan izin, hang over the head bahawa mungkin mereka salah, corrupted tapi tidak cukup bukti. Saya rasa bentuk keadilan kepada mereka Yang Berhormat Menteri perlulah membuat satu kenyataan atau AC membuat satu kenyataan bahawa mereka semua tidak ada salah. Itu yang pertama.. Yang kedua, bukankah saya tidak ada di sini, bukankah bahawa ada sedikit tidak wajar dan betul mengenai cara menangani kes ini, kenapa lebih daripada RM10,000 ada syak wasangka, ada assumption bahawa corruption. Seorang yang claim di bawah RM10,000 pun boleh melanggar peraturan, pun ada corruption , kenapa tidak ada siasatan, bukankah ini menunjukkan bahawa ACA atau Badan Pencegah Rasuah tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik? Dan ketiga bukankah ini satu perkara yang bersabit dengan hak-hak keistimewaan privileges Parlimen ini, bukankah ini satu perkara yang sepatutnya dirujuk kepada Committee of Privileges dan bukan terus serta-merta kepada ACA, ini undermine kedudukan, martabat, privilleges committee ini, Ahli-ahli Parlimen. Sepatutnya perkara semacam ini patut disiasat, dirujuk kepada Committee of Privilleges selepas itu kalau ada prima facie kes barulah minta ACA masuk dan bukan terus kepada badan di luar. Kalau begitu, mana itu hak keistimewaan Ahli-ahli Parlimen? Apa guna Jawatankuasa Hak Keistimewaan (Committee of Privileges)? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasihlah iaitu tentang concern dan prihatin Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkenaan dengan orang yang disiasat, tapi telah pun dihukum dalam surat khabar, saya pun kena. Malah Yang Berhormat dan rakan Bukit Gelugor kata saya corrupt dalam dia punya ucapan dahulu, saya berterima kasihlah maknanya ada perbezaan pendapat di antara Bukit Gelugor dengan Ketua Pembangkang ini. Tapi Yang Berhormat, Malaysia penekanan untuk transparency terlalu kuat, mereka mahu tahu, walaupun disiasat mahu tahu saya pun kena, saya tidak bersalah apa, tapi ada satu orang buat tuduhan atau aduan kata 6,000 permit diberi kepada 9 buah kompeni menerusi satu orang. Saya tidak bersalah, tapi saya telah dihukum, saya faham, terima kasih banyak Yang Berhormat atas keprihatinan, tapi ini Malaysia negara buat macam mana kerana kita berpegang kepada pepatah Malaysia kita iaitu ‘Berani kerana benar, takut kerana salah’. Walau bagaimanapun saya kira adalah lebih baik iaitu bahawa kalau sekiranya memang betul Yang Berhormat sebut, mesti dimaklumkan kalau iaitu bahawa kes itu sudah tidak ada mesti beritahu tidak ada dan ini adalah dalam keputusan, telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dia mahu perkara ini dilakukan supaya tidak berlaku victimization terhadap mana-mana pihak. Kemudian Yang Berhormat kata itu bahawa kalau RM3,000 pun mesti cek, Yang Berhormat mesti tahu iaitu bahawa tidak mungkin Badan Pencegah Rasuah terpaksa meletakkan satu pegawai dia khusus di Parlimen untuk menyiasat semua claims. Kalau dia letak di Parlimen dia juga kena letak di banyak pejabat kerajaan yang lain juga. Jadi ini is beyond kita punya kebolehan kita. Kita ambil tindakan apabila ada laporan itu cara kita mengambil tindakan kes rasuah, ada laporan, ada aduan baru ambil tindakan. Betul tidak betul tidak mengapa, siasat. Jadi sebab itu tidak mungkin Yang Berhormat iaitu bahawa BPR hendak buat siasatan ke atas semua claims - no way, yang RM1,000kah, RM100kah, saya setuju, RM1,000kah, RM2,000kah mungkin boleh berlaku tapi tidak boleh untuk kita hendak siasat kerana kaedah kita ialah kita hanya siasat setelah ada laporan kalau tidak ada laporan then kita boleh assume that nothing is wrong. Tuan Lim Kit Siang: Tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan bahawa akan mengumumkan mereka selepas siasatan mereka tidak terlibat dalam rasuah dan sampai sekarang belum ada satu nama diisytiharkan dan bukankah ini satu presumption , satu presumption bahawa menteri-menteri ada disiasat

108 DR.2.6.2004 dan mengikut laporan, satu dozen ahli kabinet ada dalam siasatan, mereka semua boleh dianggap berasas suspicious bahawa tidak boleh dibersihkan dan bukan ini tidak bertentangan dengan satu imej bersih, tidak corrupt yang di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang baru. Kedua, Yang Berhormat ada sebut mengenai kes beliau sendiri, tetapi beliau berkata bahawa dia akan tell all . Kenapa sampai sekarang tidak berani tell all, Dewan ini sekarang beri satu peluang, Yang Berhormat Menteri tell all apa yang berlaku? Kalau tidak salah mengenai itu permit teksi, sekarang tell all ? Relakah? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak ada masalah tell all . Cuma apabila kita berunding untuk hendak print , saya rasa print tidak free . Hendak print semua kalau muka surat tengah, ia bukan dua muka surat, lebih. Jadi, kosnya tinggi. Saya berhajat sebenarnya untuk print sebab there is nothing to hide dan tuduhan itu pun tuduhan yang gila sebenarnya. Mana boleh, kalau teksi dalam Klang Valley ada 13,000, 6,000 dapat kepada satu orang menerusi sembilan syarikat, itu memang penipulah. Sebab saya berani. Cuma kalau Yang Berhormat berminat, boleh tanggung saya. Kita bayar kos mengeluarkan surat khabar. Jangan keluarkan satu surat khabar, kena keluar semua sebab bukan semua baca Nanyang Siang Pau , Nanyang “Melampau ” kah, jadi the cost is big … Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti sekejap. Jadi, dalam waktu tengah hangat kita bercakap tentang itu, saya sudah pilih hendak buat satu, tidak kiralah surat khabar lain hendak marah, marahlah, kemudian pilihan raya. Mana saya sangka saya hendak jadi Menteri Parlimen. Hendak buat pilihan raya itu keputusan Perdana Menteri. Sebab itu saya tidak boleh buat. Dan pada hari ini saya jaga Parlimen. Jadi, kalau hendak, saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang minta kepada Menteri yang baru di Jabatan Perdana Menteri yang baru tolong print lah, carilah duit di mana-mana, sponsor lah ya. Saya tidak ada masalah. Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara] …Itu ialah soalan, bukan kos dan itu bukan hal Menteri yang baru tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri sendiri ada buat satu jaminan, rela buat begitu dengan umum, tidak payah beli iklan. Beli iklan nanti boleh dinafikan semacam ini…[Menunjukkan keratan akbar Nanyang Siang Pau] Mengenai sumber. Adakan satu media conference . Saya rela bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri, jemput semua pemberita dan beritahu ketelusan, kalau itu cukup, tidak payah tanggung kos. Mengapa mahu surat khabar untung dengan iklan-iklan. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab saya janji keluarkan dalam surat khabar. Jadi, pada hari ini saya tidak boleh masuk dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebab ia sudah ada menteri lain. Jadi, ini cara kita mentadbir kerajaan kita. Sebab itu saya tidak ada masalah, tidak ada masalah. Masalah duit sahaja. Kalau Yang Berhormat boleh tolong dan kita berjumpa dengan Menteri yang ada sekarang, kita keluarkan semua, tidak ada masalah. Tolong saya macam mana dahulu tolong Lim Guan Eng, support money to help him to clear himself … [Ketawa] No problem! Tolong saya because ini adalah kepentingan orang ramai. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat Menteri beritahu sekarang bahawa ini diumumkan oleh kerana Yang Berhormat Menteri sendiri tidak kisah. Berbalik kepada tadi apa yang Yang Berhormat Menteri kata bahawa semua Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat atau calon Barisan Nasional ada di cleared oleh ACA. Saya mahu tanya, adakah sekarang bekas Setiausaha Agung, bekas Menteri Besar Pahang, bekas Menteri Penerangan di cleared oleh ACA sebelum pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka oleh kerana ada kes-kes dibuat terhadap ACA bersabit beliau semasa Menteri Besar Pahang mengenai logging …. [Disampuk] Dan oleh kerana beliau akan memulakan tugas pada hari Jumaat ini, ini boleh dijelaskan. Ini penting. Kita tidak boleh lari daripada itu. Kalau kita lari daripada isu ini, rakyat akan tanya mana, “cakap tidak serupa bikin”…. [Disampuk] DR.2.6.2004 109

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau jadi calon negeri, jawatan bukan besar sangat. Yang itu sudah kena clear semua kes, apa lagi jadi Gabenor, mesti clear lah. Sebab kalau tidak, jatuhnya itu tinggi. Jadi, sebab itu Yang Berhormat jangan bimbang. Belum lagi kita melantik mana-mana orang jadi Gabenor walaupun bekas ahli politik yang terlibat dalam empat perkara yang telah saya sebut sebentar tadi. Kita clear semua sebab kalau embarrassment itu, kalau Yang Berhormat rasa embarrassed , kita dari Barisan Nasional lagi embarrassed kalau perkara seperti itu berlaku. Tuan Yang di-Pertua… Tuan Lim Kit Siang: Yang terakhir, on the corruption, last word . Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila, sila. Tuan Lim Kit Siang: Last one , terakhir. Bila satu laporan boleh dibuat kepada Dewan ini mengenai outcome siasatan terhadap 18 kes high profile atau ini akan menjadi satu perkara tanpa no end dan bolehkah satu senarai dibuat – cleared , not cleared . Mengikut apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata kalau cleared akan dinamakan, kita boleh buat satu senarai 18 VVIP sama ada mereka VVIP cleared atau sama ada mereka ’ikan yu’. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, 18 kes ini, pertama VIP kes PERWAJA sudah seorang, kemudian Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi seorang, sudah dua, kes bekas Exco Selangor seorang… Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini 18 ini! Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak, tidak . Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, ya, betul. Saya tahu dia buat kenyataan tetapi ini maklumat yang saya terima daripada BPR, VVIP case . Maksudnya 18 itulah. PERWAJA sudah seorang, okey, kes Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi seorang, dua, EXCO Selangor seorang, tiga. Kemudian di PNB ada dua orang, Pengurus Besar Telekom seorang, Pengurus Besar Amanah Ikhtiar Malaysia seorang, yang lain MTDC, kes Majlis Perbandaran Kangar belum lagi, TNB ada dua orang. Jadi, ini part of the 18 . Jadi belum lagi yang berlaku di mana…, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan umum tetapi pengumumannya itu saya percaya, kalau orang itu didakwa, maka confirm lah kes itu kerana one of the 18, four of the 18 or five of the 18 itu sudah pun didakwa. Jadi, yang balance itu kita kena tunggulah, habis siasat besok, kalau clear, kita beritahu. There is nothing wrong to clear somebody, it is okay . Sebab itu kalau ada permintaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun telah membuat pengakuan akan memberi maklum, saya rasa ini akan dilakukan, jadi tunggulah sahaja. Saya percaya Perdana Menteri apa yang dia kata, dia akan kota, insya-Allah dan saya tahu memang itu yang dia katakan. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan bersabarlah sebab kita ada lima tahun lagi. Saya rasa saya masih di sini lagilah, Yang Berhormat pun ada lagi kan. Jadi, jangan bimbang. Susah hendak lari…. [Ketawa] Okey. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Segambut dan Dungun telah memberi beberapa cadangan bagi mengurangkan gejala amalan rasuah. Sesungguhnya kerajaan sentiasa mengambil berat tentang perkara ini sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun, kerajaan telah menggariskan beberapa pendekatan melalui Pelan Integrasi Nasional untuk meningkatkan integriti individu melalui pembinaan keluarga bahagia. Antara yang diberi penekanan ialah untuk mendidik ibu bapa mengenai peranan mereka dalam merealisasikan konsep “Rumahku Syurgaku”. Di samping itu melalui institusi agama yang objektif utamanya ialah untuk meningkatkan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama serta penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni, ajaran sebagai kawalan dalam diri individu daripada terjerumus ke dalam perbuatan jenayah dan pelbagai gejala sosial

110 DR.2.6.2004 yang lain. Aspirasi kerajaan ialah ia akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan penghayatan semua lapisan masyarakat. Berhubung dengan cadangan supaya diwujudkan banyak program kesedaran, dimaklumkan bahawa pendekatan yang diambil oleh kerajaan ialah untuk memantapkan pengurusan sumber manusia. Antara langkah yang digariskan dalam Pelan Integrasi Nasional ialah supaya semua majikan memberi pertimbangan mengenai saraan dan kemudahan kewangan bersifat fleksibel dan selaras dengan kos sara hidup serta mengkaji pembekalan kemudahan dan suasana kerja yang lebih selesa dan conducive . Kerajaan akan membantu menyelaraskan program melalui Institut Integriti Malaysia yang baru ditubuhkan dan berharap semua pihak memberi kerjasama padu agar program ini dapat dijayakan. Melalui program ini, kesedaran akan pentingnya integriti dan penghayatan nilai murni akan diterapkan dan dijadikan budaya masyarakat. Pelan Integriti Nasional yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan pendekatan holistic atau menyeluruh bagi memastikan integriti dibudayakan. Kerajaan telah mengambil beberapa strategi dan pendekatan khususnya dari aspek perundangan, pemeriksaan dan perundingan, pendidikan masyarakat dan pentadbiran untuk membanteras jenayah rasuah sama ada di sektor awam, swasta dan masyarakat umum. Kerajaan berharap semua pihak memberi kerjasama dan sokongan padu agar pelan ini dapat dilaksanakan. Mengenai saranan Yang Berhormat bagi Segambut supaya disiasat individu yang hidup mewah, dimaklumkan bahawa tindakan siasatan ke atas individu yang hidup mewah melebihi pendapatan akan terus dijalankan. Peruntukan di bawah Seksyen 32 Akta Pencegah Rasuah 1997 memberi kuasa kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan penjelasan daripada seseorang pegawai awam terhadap hartanya yang berlebihan dari emolumennya dan boleh dianggap melakukan kesalahan jika gagal memberi penjelasan yang memuaskan. Tuan Salahuddin bin Ayub: [Bangun] Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mengenai gesaan Yang Berhormat bagi Dungun supaya ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kubang Kerian bangun Yang Berhormat. Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita untuk memerangi rasuah ini, in terms of effectiveness nya untuk kita mendapat satu bentuk penyelesaian yang terbaik, saya mencadangkan supaya kuasa untuk mendakwa ini diberikan kepada BPR kerana selama hari ini kita lihat bila BPR menyelesaikan penyiasatan dengan begitu baik, timbul masalah kerenah birokrasi, hendak refer balik kepada AG. Adakah kerajaan bercadang supaya kuasa mendakwa itu kita serahkan kepada BPR sepenuhnya. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jawapannya tidak kerana kita punya kaedah perbicaraan, penyiasatan, pendakwaan dan hukuman mesti berbeza – separate. Tidak boleh yang siasat, dia mendakwa dan dia juga menghukum. It must be separate. This is basic law. Sebab untuk hendak memberikan kuasa pendakwaan kepada penyiasat, itu tidak diizinkan oleh prinsip undang-undang kita. Tuan Ahmad Shabery Cheek: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat. Tuan Ahmad Shabery Cheek [Kemaman]: Tuan Yang di-Pertua, banyak sekali kita dengar cadangan-cadangan yang diperuntukkan tentang bagaimana untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah kita berkesan. Di Terengganu, di bawah kepimpinan parti PAS semasa mereka memerintah negeri itu selepas menang dalam pilihan raya 1999, mereka telah menubuhkan satu badan yang kononnya juga untuk mencegah rasuah yang dinamakan Badan Hisbah. Tetapi itu pun bukan satu badan yang bebas. Ia diletakkan di bawah salah seorang daripada Exco sahaja, bukannya di Jabatan Perdana Menteri, bukan di Jabatan Menteri Besarnya, hanya di bawah satu Exco sahaja dan semua orang tahu DR.2.6.2004 111 banyak bagaimana balak ditebang diberikan kepada kroni-kroni tertentu tetapi tidak ada satu kesan pun yang diambil oleh Badan Hisbah ini. Apakah Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kalau PAS memerintah pun mereka gagal untuk membentuk satu model yang jelas yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Terima kasih. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya setuju dengan Yang Berhormat bagi Kemaman. Itu samalah seperti gesaan daripada Yang Berhormat bagi Ipoh Timur yang mengatakan mencari satu badan yang autonomi tetapi dilantik oleh Parlimen. Parlimen itu Ahli Parlimen. Ahli Parlimen juga kontrol dia. Jadi, tidak ada sebenarnya satu cara yang paling boleh dikatakan bersih daripada apa-apa pengaruh, melainkan apa yang kita buat pada hari ini adalah yang tepat kerana kalau kita letak di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri ini telah pun diberikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri, orang yang diberi mandat untuk menjaga amanah negara. Dialah yang terbaik sekali sebenarnya untuk menjaga BPR. Kalau sekiranya berlaku penyelewengan dan ini menyebabkan bahawa seluruh Malaysia tahu dan percaya tentang perkara itu betul, benchmark yang paling baik sekali, ukuran yang paling baik sekali, kita hadapi pilihan raya dan pada pilihan raya itu percayalah kalau kerajaan itu korup, dengan sengaja melindungi orang yang korup, saya percaya rakyat akan hukum dia. Datuk Rosli bin Mat Hassan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Dungun bangun Yang Berhormat. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak ada kuasa yang lebih baik daripada rakyat untuk menghukum perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dungun. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja, saya hendak tumpang tanya fasal saya tidak jelas erti bebas ini, Dato’ Menteri. Ayah saya ada pesan kepada saya hidup dalam dunia ini tidak ada erti bebas mutlak. Kalau hendak bebas betul, jadi harimau, jadi gajah duduk dalam hutan. Saya hendak tanya Dato’ lah. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya rasa kalau kita amalkan kebebasan yang sebenarnya, Yang Berhormat datang hari ini tak payah pakai baju pun tak apa. Hendak bebaslah itu. Sebab itu kita tengok Nudist Camp kerana hendak bebaslah itu. Tak kisah dah. Sebab itu memang betul Yang Berhormat sebut. Tidak ada sebenarnya apa yang dikatakan kebebasan mutlak. Setiap kita beragama, agama apa sekali pun, ada undang-undang dia. Agama Budda, bolehkah dia bunuh orang? Tak boleh, semut pun tak boleh. Maknanya tak bebaslah tu. Kalau bebas buat apa sahaja. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun Yang Berhormat. Kepong. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kepong mana dia bebas, dia kena kepong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila. Sila teruskan Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan sebenarnya Yang Berhormat sekarang Menteri Parlimen sekarang itu dia memang bersuara lantang. Tetapi sebelum dia jadi Menteri Parlimen, saya pernah berkali-kali hendak jumpa dia di dalam pejabat tak boleh. Dia sentiasa ada urusan yang lain. Pergi sana sini. Ini masalah. Ini masalah dialah itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Apa salahnya kita letakkan BPR sebagai satu badan yang benar-benar bebas. Apa takut dengan Yang Amat Berhormat yang menekankan

112 DR.2.6.2004 bahawa dia hendak telus, dia hendak accountable bertanggungjawab. Kalau begitulah kita letakkan badan ini semata-mata sebagai badan yang bebas yang boleh menentukan siapa akan dihadapkan ke mahkamah. Hah, itulah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Apa masalah? Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Masalahnya yang bebas ini Tuhan sahaja. Manusia tak bebas. Macam mana kalau kita buat satu badan bebas. Siapa kita hendak letak? Saya pergi datang kata saya bebas, saya hendak jadi BPR. Gilakah ini? Mesti ada satu badan yang ditubuhkan dan yang ditubuhkan itu daripada sesuatu. Daripada siapa? Daripada kerajaan. Di England pun, badan BPR dia pun, ketua dia dilantik atas nasihat daripada Perdana Menteri. Tak ada benda yang bebas macam yang dibayangkan oleh Kepong ini. Seorang Ahli: [Menyampuk] Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti sekejap. Nanti sekejap. Nanti sekejap. Kepong ini saya pun hairan, dalam Parlimen yang lepas, saya sudah tiga penggal ini, saya naik sepenggal - empat penggal, saya datang Parlimen dia ini kuat tidur. Patut dia tak nampak saya selalu. Kalau saya jadi Menteri Pembangunan Usahawan.... Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, sila duduk Kepong. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ....Saya jadi Menteri Pembangunan Usahawan ya..... Saya menjadi Menteri Pembangunan Usahawan, apabila saya mari tiap-tiap hari ke Parlimen hendak act macam whip . Dr. Tan Seng Giaw: [Masih berdiri] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong sila duduk. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab kita dah ada whip kita. Sebab itu dahulu dia tak berapa nampak saya walaupun saya datang sebab saya hendak kena jaga teksi, bas, TEKUN, pengusaha, kalau saya hari-hari ada di sini, saya tidak buat kerja saya sebagai Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya minta Kepong biarlah berucap itu kalau dah duduk di Parlimen bagilah pandangan yang bernas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Kepong, dia tak bagi. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kerana duduk Parlimen lama ini bukan bermakna cerdik, fasal unta duduk di Mekah pun tak masuk agama Islam pun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Kalau Yang Berhormat mahu, kita panggillah Setiausaha dia, berapa kali saya telefon di pejabat itu, hendak jumpa dia di pejabat dia pun susah sekali. Dia lebih sibuk daripada Yang Amat Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat berunding begitu, runding dekat kantinlah. Dr. Tan Seng Giaw: Itulah masalah kita hari ini. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak adalah. Kalau hendak jumpa di pejabat Setiausaha saya, waktu Parlimen saya ada. Bila-bila masa, dia jumpa saya dia lambai macam itu. Dia kan lembut dengan surat khabar dia. Tak pernah hendak DR.2.6.2004 113 bercakap dengan saya. Bagilah tahu kata Nazri I want to see you. Ini tak ada, lambai sahaja, saya pun risau juga. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mengenai.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Penjelasan, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat risau fasal lembutkah atau risau fasal apa Yang Berhormat? [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat Menteri memberi hujah-hujah beliau kenapa menolak cadangan bahawa patut mengadakan satu BPR yang benar-benar bebas yang dilantik oleh satu badan yang bebas, yang dikata tidak ada. Bukankah ini satu hujah yang temberang. Satu hujah yang verbose illogic . Kita boleh bersetuju. Kita semua bukan malaikat tetapi apa yang kita mahu ialah satu mekanisme yang lebih baik apabila dibandingkan dengan yang ada. Satu mekanisme kalau ada satu badan yang dilantik oleh Parlimen tentulah ada pengaruh, tetapi bila dipengaruhi oleh Jabatan Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri ....lebih kurang. Itulah apa yang kita bandingkan. Tidak boleh dikatakan bahawa oleh kerana ada influence sebab itu ditolak, tetapi comparative . Kalau tidak ini illogic. Oleh kerana kita perlu satu badan BPR lebih bebas termasuk ada kuasa untuk menyiasat dan sekiranya ada penyalahgunaan kuasa, korupsi di Jabatan Perdana Menteri walhal Perdana Menteri sendiri. Saya bukan membuat apa-apa tuduhan. Sesiapa Perdana Menteri, tetapi perlu ada kuasa itu dan kalau BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, mana ada kuasa untuk menyiasat, bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi orang kanan dan crony. Semua boleh diberhentikan dan kita ketepikan kalau kita ada satu badan ACA yang bebas. Bebas ertinya bukan 100 peratus bebas, tetapi bebas daripada pengaruh Jabatan Perdana Menteri – satu badan pelantikan yang lebih bebas. Bukankah ini patut diberi pertimbangan? Sebenarnya saya diberitahu bahawa ianya adalah di antara cadangan di dalam rancangan National Integrity Plan ? Adakah penolakan cadangan ini secara total bererti bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri tidak percaya National Integrity Plan ? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Ya. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, saya sudah jawab soalan ini. Tidak ada satu kaedah yang lebih kita katakan boleh dipercayai dengan menjaga amanah daripada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat sebab apa juga yang dibuatnya dia tahu, dia akan dihukum sebab itu dia akan berhati-hati. Kita kena serahlah kepada rakyat. Suara rakyat ini keramat. Saya sudah bagi tahu kalau kita korup, memang kerajaan akan mengambil tindakan dan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan, rakyat yang akan mengambil tindakan. Ini sudah berlaku dalam negara kita. Berapa pemimpin yang sudah kena charge? Tetapi tidaklah boleh kita ada presumption. Kalau Menteri sahaja ada tuduhan dia salah. Itu sudah tidak betul. Menteri ini kalau disiasat mesti salah. Tidak boleh dia terlepas. Presumption of innocence sebelum found guilty itu adalah merupakan amalan kita. Jadi, jangan kita dipengaruhi daripada disabitkan oleh kerana ada kes yang dibawa terhadap menteri dan tidak didakwa, maka sudah tentu bersalah. Sebab itulah kita hendak BPR bebas. Tidak ada BPR yang bebas sebab dia menyiasat dan selepas dia menyiasat dia pula kena minta daripada Peguam Negara untuk mengambil keputusan mendakwa. Jadi, dia tidak bebas Yang Berhormat. Jadi saya pergi tempat lain pula…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah panjang Yang Berhormat. Tukar tajuk Yang Berhormat. Dato' Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tukar tajuk. Yang Berhormat bagi Dungun meminta supaya tindakan diambil terhadap pemberi rasuah. Dimaklumkan bahawa dalam Akta Pencegah Rasuah 1997 pemberi dan penerima rasuah boleh dikenakan hukuman yang sama jika disabitkan kesalahan. Kesalahan meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima rasuah ditetapkan di bawah Seksyen 10(a) Akta Pencegah Rasuah 1997, sementara kesalahan memberi, menjanji atau menawar

114 DR.2.6.2004 rasuah ditetapkan di bawah Seksyen 10(b) akta yang sama. Kesalahan-kesalahan ini apabila disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997, iaitu: “Mana-mana orang yang didapati bersalah boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal kerana kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi”. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Temerloh mencadangkan supaya diwujudkan dasar yang membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki harta dengan melaksanakan prinsip property earning democracy. Sukacita dimaklumkan bahawa dasar kerajaan pada masa ini ialah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa oleh semua rakyat di Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Sehubungan dengan ini kedua- dua sektor sama ada awam atau swasta bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut, program perumahan dilaksanakan oleh sektor awam secara berterusan. Program Perumahan Rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai Program Perumahan Awam Kos Rendah memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah di bandar dan di pinggir bandar untuk memiliki dan menyewa rumah berkenaan mengikut keupayaan mereka. Dengan pelaksanaan projek ini mereka yang tinggal di kawasan setinggan telah dapat ditempatkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan yang selesa ke arah meningkatkan kualiti hidup mereka. Yang Berhormat bagi Dungun pula mencadangkan supaya pembangunan petrokimia digiatkan lagi di Terengganu terutamanya oleh Petronas. Sukacita dimaklumkan bahawa industri Petrokimia di koridor Pantai Timur Semenanjung telah dibangunkan oleh Petronas dengan mewujudkan kompleks Petrokimia bersepadu di Kerteh dan di Gebeng. Sehingga kini terdapat lebih 11 loji petrokimia yang berasaskan gas asli di Kerteh, Terengganu dengan jumlah pegangan saham tempatan termasuk Petronas dan asing. Untuk menarik lebih ramai pelabur asing Petronas telah membangunkan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti kemudahan utiliti berpusat, kemudahan tangki berpusat, kemudahan pengangkutan kereta api daripada Kerteh dan Pelabuhan Kuantan, kemudahan pembekalan air Dungun dan sebagainya. Petronas dan agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia sentiasa mempromosikan pelaburan dalam petrokimia khususnya di sektor hiliran di Kerteh. Ini bersesuaian dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hak pelaburan petrokimia serantau. Berhubung peruntukan pembangunan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor dimaklumkan bahawa hak untuk memberi peruntukan bagi sesuatu projek yang dibiayai oleh kerajaan adalah ditentukan oleh kerajaan sendiri. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sedikit peruntukan untuk supplement and co mplement mana-mana projek pembangunan yang tercicir daripada perancangan pembangunan lima tahun di setiap kawasan Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kawasan Parlimen yang diwakili oleh parti kerajaan cadangan projek ditentukan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan berkenaan. Manakala kawasan Parlimen yang diwakili oleh parti pembangkang cadangan projek adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada pelbagai pihak. Semua permohonan projek disalurkan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengarah Pembangunan Negeri masing-masing untuk dipertimbangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bera telah….. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Didapati bahawa Kerajaan Barisan Nasional ada melakukan diskriminasi dalam dengan izin, political victimization pengundi-pengundi oleh kerana mereka memilih wakil rakyat daripada pihak pembangkang. Kalau kita mahu satu perubahan mindset yang adil kepada semua oleh kerana semua pengundi pun membayar cukai, tidaklah boleh dikata bahawa oleh kerana mereka memilih wakil rakyat daripada pembangkang mereka dikecualikan daripada membayar cukai. Kita DR.2.6.2004 115 patut ada satu bab yang baharu di mana development fund untuk semua wakil rakyat tidak kira mana-mana parti di peringkat nasional atau negeri supaya kita mengiktiraf hak pembangunan setiap warganegara Malaysia, plain, politik yang bersih dan adil. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya development fund ini ialah di bawah Perdana Menteri, semua di bawah Perdana Menteri tetapi dengan wang yang begitu berjuta banyak untuk development fund , kalau sekiranya dilakukan dengan kaedah permohonan yang datang daripada mana-mana sekali pun, sudah tentu ia akan menyebabkan kerja yang banyak dan menyulitkan. Mungkin permohonan yang diminta pada hari ini, tiga tahun lagi baru boleh dilaksanakan kerana hendak menyiasat tentang kebenaran projek yang diminta. Jadi oleh kerana itu, Perdana Menteri merasakan menjadi amalan daripada dahulu iaitu supaya perkara development ini diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membantu dia… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sekejap ya Yang Berhormat.... untuk membantu dia. Jadi, sebab itu diamalkan sehingga pada hari ini, bukan diskriminasi tetapi untuk membantu Perdana Menteri membelanjakan wang maka ditetapkan satu kawasan Parlimen RM500,000 untuk dibelanjakan. Jadi, dalam soal untuk membelanjakan wang, diagihkan tiap-tiap bahagian Parlimen RM500,00 supaya senang kita disperse . Maka di sini bangkitlah masalahnya parti politik. Kita boleh memastikan wang yang kita belanjakan itu dibelanjakan mengikut kehendak kita kalau sekiranya Ahli Parlimen itu ialah datang daripada parti kita. Kita ada Whip kita. Kalau kita bagi kepada kawasan Ahli Parlimen, bukan kita tidak bagi, kita bagi tetapi Ahli Parlimen pembangkang kita tidak beri kerana kita tidak boleh kontrol dia. Dia bukan parti kita. Katalah macam Ketua Pembangkang, dalam Dewan ini pun kita tengok hendak kontrol dia pun susah. Bagaimana pula kalau kita hendak harapkan dia untuk belanja wang di Ipoh. Mungkin kita kata you belanja untuk ini, dia tidak setuju. Jadi, itu sebabnya soal perbelanjaan ini kita beri kepada Ahli Parlimen kita kerana kita boleh guna Whip yang memastikan supaya mereka belanja betul-betul, jangan belanja perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat di situ. Namun kalau di kawasan pembangkang masih dibelanjakan tetapi tidak guna - Ahli Parlimen sahaja, orang boleh direct minta kepada menteri – mengenai kuil kah, tokong Cina kah, no problem, jalan kah, boleh minta tetapi terus kepada Perdana Menteri, tidak menerusi Ahli Parlimen kerana kebimbangan kita tidak boleh mengawal Ahli Parlimen yang tidak duduk bersama kita dalam Barisan Nasional… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading, Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berbahas dengan pembangkang ini tidak ada apa yang kita betul, salah sahaja. Soal pembangunan dan apa yang diterima oleh rakyat, semua rakyat terima macam-macam pembangunan. Yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional ini, ini rakyat yang berkenaan tidak hendak pilih, bermakna dia tidak hendak peruntukan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Dia hendak pilih Ipoh Timur, nasib engkaulah. Maknanya tidak adalah peruntukan. Ini rakyat sudah faham. Jadi, tidak ada masalah maknanya. Kerajaan kita adil, semua rakyat dapat dengan bermacam pembangunan macam Yang Berhormat Menteri kata tadi. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Memang betul, sebenarnya saya hendak cerita kepada Yang Berhormat, nanti ya. Rakyat, kalau kita buat katalah di kawasan saya, Padang Rengas. Daripada mula saya bertanding sampai sekarang 7,000 sokong pembangkang tidak lari tetapi jalan yang saya buat dalam kawasan saya itu bermakna dia untung juga, dia guna juga jalan itu. Elektrik yang saya masukkan ke kampung dia guna juga, apa salahnya. Jadi, sebenarnya memberi pembangunan menerusi Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak akan mengubahkan sikap. Kalau mereka menyokong pembangkang dia tetap sokong pembangkang. Tak usah bimbanglah. Sebab itu saya rasa, tidak bersalah dalam hal ini kerana kita kena ingat, Barisan Nasional menang dalam kawasan itu, katalah macam di Kelantan, menang majoriti 300 sahaja, Ahli Parlimen yang keluar, 300 sahaja majoriti menang. Bermakna

116 DR.2.6.2004 setengah daripada pengundi itu adalah pembangkang, dapat juga. Jadi, apa yang problem . Yang penting duit pembangunan itu dibelanjakan… Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, argument belakalah dan tidak rela untuk lihat satu isu yang sangat penting. Satu prinsip yang sangat kukuh. Perbezaan antara wang rakyat, wang kerajaan dan wang parti atau sendiri. Tidak rela membezakan antara kerajaan dan parti. Menganggap wang rakyat sebagai wang parti politik Barisan Nasional. Itulah benih corruption , salah guna kuasa. Kalau mahu membanteras rasuah, sikap semacam ini perlu ubah. Kalau tidak ubah, inilah the seeds of corruption akan ada di sana. Bukan benar bahawa sebenarnya adalah penyalahgunaan wang pembangunan di semua kawasan Barisan Nasional. Adakah ACA rela mengadakan satu siasatan yang mendalam, yang menyeluruh mengenai bagaimana wang pembangunan disalahgunakan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, Wakil Rakyat Barisan Nasional. Adakah ACA akan buka fail siasatan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur menghina rakyat Malaysia. You are assuming every Malaysian are corruptible. Dia menghina. Dia fikir semua rakyat Malaysia ini boleh disuap. Jadi, kalau kita membelanjakan wang... Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, no this is what you are saying... Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... you are assuming. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...bahawa rakyat adalah corruptible . Jadi, bila kita membelanjakan wang rakyat untuk rakyat we can corrupt, just because BN bagi duit. I think you menghina rakyat, Yang Berhormat Ipoh Timur. Menghina rakyat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... don’t assume! Jangan assume ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...rakyat mudah disuap. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: DAP menghina rakyat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: BN langsung tidak memikir perkara ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua yang bangun, Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ....sebab itu tidak bangkit langsung dalam kepala kita, iaitu bila kita bagi wang pembangunan kepada rakyat, itu boleh mengkorupsikan rakyat. Rakyat bukan semudah itu untuk dikorup, saya hendak bagi tahu. You menghina rakyat Malaysia. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan satu cerita yang mungkin boleh membuka mata Ketua Pembangkang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jangan panjang sangat Yang Berhormat. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Ya ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua, iaitu Kota Melaka, 35 tahun di bawah pembangkang. Puluhan juta telah kerajaan negeri belanjakan di bawah Barisan Nasional. Kita bina Hang Tuah Mall, kita perbaiki sungai, kita perbaiki jalan, kita perbaiki tandas, 50%, bahkan 70% daripada pengundi Kota Melaka sebelum ini mengundi parti pembangkang. Jadi, kita lakukan ini, kita tidak ada lakukan victimization kepada pengundi-pengundi. Kita lakukan kesemuanya di kawasan DR.2.6.2004 117

Kota Melaka yang diduduki oleh pembangkang dahulu. Jadi, apa yang Ketua Pembangkang katakan tadi sebenarnya tidak tepat dan tidak berasas. Kerajaan Barisan Nasional tidak ada memilih kasih dan tidak melakukan diskriminasi. Kita tetap dengan prinsip kita membela rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih. Memang betul. Kita tengok pembangkang banyak dalam bandar tidak ada pun kita tutup lampu. Pukul 2.00 kena tutup lampu dah, malah kita curahkan lagi pembangunan, kita tidak kira. Development is for all . Kita hormatilah, ya. Jadi, sebab itu saya hendak beritahu kita tidak pernah untuk menggunakan wang ini dan menceritakan bahawa ini wang you dapat ini kerana Barisan Nasional, tidak pernah. Ini kerana kerajaan. Suka tidak suka, kita kerajaan. Tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan salah kita kalau kita menjalankan tanggungjawab kita. Oleh sebab itu, saya harap supaya Yang Berhormat... Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak mahu bagi jalanlah, kasihan. Nanti lagi banyak tali nanti gantunglah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Kemaman bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okay. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timur dahulu, Kemaman duduk. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat bagi Tangga Batu ada timbulkan mengenai Kota Melaka. Betul! kita hilang Kerusi Kota Melaka setelah 35 tahun dalam tangan DAP, itu as a fact tetapi ini tidak bererti bahawa apa yang kita kata di sini tidak betul. Apa yang berlaku sudah berlaku. Itu kesilapan kita akan siasat tetapi ini tidak bererti bahawa tuduhan yang kita ada buat di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional perlu lebih telus, lebih bersih, lebih adil dan berhenti politik diskriminasi dan victimization terhadap kawasan-kawasan pembangkang, tidak benar. Saya harap perlulah satu kajian semula. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kita tidak pernah menyalah guna kuasa. Kita mengguna kuasa. Memang ada kuasa, kita gunalah. Sebab saya masih ingat Arwah Azman Attar kata, “When you are in-power make sure you are powerful, otherwise you are bloody fool.” So guna kuasa, bukan salah guna kuasa, bezanya itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat. Tuan Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bercakap tentang kerajaan yang baik, dengan izin, good governance ialah kita bercakap tentang kerajaan itu bersih, kerajaan itu telus atau transparent tetapi semuanya, matlamatnya ialah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, untuk memberi kestabilan kepada negara, untuk memberikan kemakmuran kepada orang. Dan kita dapati kemakmuran, kestabilan, kesejahteraan ini telah dicapai melalui Kerajaan Barisan Nasional. Sekarang ini kita ada dua jenis pembangkang yang hendakkan wang itu supaya mereka boleh gunakan. Satu jenis seperti DAP, yang kita tahu bahawa di tempat merekalah yang paling membangun. Tahap hidup di Wilayah Persekutuan seperti di Kepong, seperti di Bukit Bintang, seperti di Ipoh Timur. Ini tempat yang terbaik, mendapat kemudahan yang terbaik, terbukti terbaik kerana ianya tidak diuruskan oleh mereka tetapi diuruskan oleh Barisan Nasional, dan saya yakin kalau diberikan urusan wang itu kepada mereka, keadaannya mungkin berubah. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan yang kedua ialah PAS. PAS awal-awal kempen berdasarkan ideologinya, pembangunan tidak penting, nilai lain

118 DR.2.6.2004 yang lebih penting. Bahaya kalau diberikan wang ini kepada mereka. Saya percaya bahawa bila kita lihat pula apabila mereka memerintah negeri Terengganu dan Kelantan, kerajaan negeri ada wang, wang itu wang rakyat tetapi peruntukan yang sama mereka berikan kepada wakil rakyat mereka juga. Kenapa perkara ini tidak ditimbulkan. Hanya kalau Barisan Nasional buat begitu, salah tetapi PAS gunakan semua betul. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri dalam soal ini. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, memang saya bersetuju dengan apa yang Kemaman sebut, itulah asasnya mengapa kita tidak membenarkan kerajaan negeri pada ketika itu membelanjakan wang, sebab mereka tidak memahami budaya bagaimana kaedah hendak belanja wang. Dan kita menyelamat mereka sebenarnya, kalau diteruskan izinkan kepada mereka, they have to be accountable for the money , dan dibelanjakan tidak mengikut kaedah dan mereka boleh didakwa di mahkamah di bawah kes BPR. Jadi, sebab itu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalabakan bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti sekejap ya. Jadi, sebab itu seperti mana saya sebut sebentar tadi, kita belanja wang, kita kena belanja betul, kita belanja wang jangan kita fikir, nanti aku belanja nanti orang kata ini hendak corrupt orang, hendak suap, kalau kita banyak fikir, akhirnya golongan sasaran itu tidak dapat duit itu, sebab hendak bayar sahaja, ohh, nanti karang orang kata corruption pula, mana ada corruption , kita mengguna kuasa membelanja, bukan menyalahguna. Jadi, sebab itu saya sudah sebut sebentar tadi, saya pun sudah lama tidak mendengar kenyataan pervert logic daripada Yang Berhormat, dahulu dia ada bangkit selalu, dia kata pervert logic, pervert logic itu fasal dia pervert . Jadi, kepada saya tak pervert I don’t think it is a pervert logic. Jadi, sebab itu saya hendak katakan saya cerita benda betul…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalabakan bangun Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …..kalau saya tidak bersetuju dengan cara dia belanja, macam mana saya hendak disiplin dia, tidak boleh. Tetapi orang parti saya, saya boleh beritahu, sebab itu duit mesti dibelanjakan oleh Ahli Parlimeen Barisan. Ya, Kalabakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, sila duduk. Kalabakan. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya saya ingin tahu apa itu kerajaan. Ahli-ahli pembangkang tidak tahu apa itu kerajaan, kita mahu tahu apa itu kerajaan, kerajaan itu ialah satu badan yang dipilih oleh rakyat yang memerintah, jadi kalau sekiranya apa juga kita mahu belanja, kita takut kerana takut, takut, macam kita takut kepada Allah S.W.T. - masalah kita. Ipoh Timur ada membangkitkan fasal Putrajaya membelanjakan begitu banyak wang. Tetapi saya baru balik daripada Beijing dan Shanghai, kita nampak banyak- banyak perubahan yang dibuat. Dari mana datang kewangan, dari kerajaan. Kita mahu supaya orang asing datang ke negara kita, kita bawa pergi ke Putrajaya, kita tunjukkan kebolehan kita, kita bawa ke Twin Tower, jadi kita bawa ini semua kerana kita mahu menunjukkan supaya orang luar appreciate apa yang kita buat, kemudian mereka datang beramai-ramai mereka tahu bahawa ini pembangunan yang dibuat oleh kerajaan, begitu hebat sekali. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: Ini dia, jadi bererti ini Ipoh Timur pembangkang ini dia mahu kita pungut wang rakyat, kita simpan, kita tidak buat apa- apa, dia mahu rakyat ini menderita, dia mahu rakyat ini papa kedana seperti mana negara-negara yang kita nampak di Timur Tengah, di mana-mana tempat yang miskin begitu. Ini dia.

DR.2.6.2004 119

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya bersetuju dengan Kalabakan, rakyat pilih kita to govern and we govern, we better govern ya. Jangan rakyat pilih kita, kita takut untuk memerintah kerana kalau rakyat pilih kita, kita tidak memerintah, lain kali rakyat tidak akan pilih kita. Saya faham benarlah fasal pembangkang, dia tidak akan faham, sebab dia tidak pernah jadi kerajaan. Sebab itu kita tidak boleh hendak percaya kepada dia juga untuk hendak mengetuai mana-mana kita punya committee kerana dia tidak ada pengalaman. Bukan salah kita, terpulang kepada rakyat sebab rakyat tidak percaya, hendak buat macam mana. Malah kita tambahkan kerusi lagi 219, kot-kot tengok dia boleh banyak sedikitlah pembangkang, bukan sahaja banyak, bertambah kurang. [Ketawa] Hah ini hendak buat macam mana. Ini rakyat punya kehendak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli yang bangun. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, Jerai. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, saya lama dok diam, dok perhati, dok perhati kelaku, kemudian saya terpaksalah masuk campur sedikit Yang Berhormat hendak bertanya penjelasan. Sejak tertubuhnya DAP, tertubuhnya parti PAS, rakyat tidak pernah memberi kepercayaan kepada mereka. Rakyat tidak langsung harap kepada mereka. Bila rakyat tidak mengundi mereka, jadi mereka dapat satu jenis penyakit. Penyakit inilah yang ada kepada mereka iaitu penyakit yang dikatakan tekanan jiwa. [Ketawa] Jadi, dak, dak, sakit jiwa, sakit …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat apakah soalan? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Dak ini, saya hendak beri cara-cara supaya Kepong sebagai doktor dia boleh beri ubat …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini tidak kena dengan doktor punyalah. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya. Jadi, kita dapat lihat walaupun kerajaan dia kata kerajaan itu, kerajaan ini, tambah daripada pembangkang PAS, mana Pasir Mas balik dah, tengoklah Pasir Mas, dia itu ghoyak Kelantan …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tidak ada soalan, boleh duduklah. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Dak, ini adalah soalan Tuan Yang di-Pertua, jadi rakyat memberi kepercayaan, 90% daripada pengundi telah pun membuat keputusan yang muktamad iaitu Barisan Nasional memerintah nah lagi lima tahun hangpa memerintah negara kita, yang pembangkang ini dok kelupok lagi fasal apa? Apa masalah lagi? Okey PAC dah bubuh Timbalan Pengerusi, yang bubuh Kepong duduk dalam itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa hendak tanya sekarang? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan, saya hendakkan penjelasan fasal DAP kata kerajaan tidak telus, kerajaan tidak adil. Sekarang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara kita bubuh dah Kepong. Kepong dok jangak apa lagi? Kita beri kepada Kepong untuk duduk dalam itu bersama dengan kerajaan, kalau tidak betul perbetulkanlah, yang hendak bising apa lagi? Kemudian Ketua Pembangkang pula ….

120 DR.2.6.2004

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tidak payah berucap. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan berucap, pandangan, hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, tetapi saya kena bercakap macam itulah Yang Berhormat, jadi saya minta penjelasan ini, Yang Berhormat bersetuju sat lagi, hendak bersetuju tidak bersetuju dengan pandangan saya. Jadi, bukan saya buat silap apa Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tengok jam sekarang pukul berapa? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya pun hendak balik awal Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya tidak mahu sakit jiwa macam depa itu, Tuan Yang di- pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah, cukuplah. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa pihak pembangkang kena terima hakikatnya bahawa rakyat telah memberi kepercayaan, terimalah, jangan jadi macam orang gila talak. [Ketawa] Orang gila talak ini teruk hak ini, tengok yang itu tidak boleh, tengok yang ini tidak boleh, duduk kelupok, yang boleh hajat orang gila talak ini belalai gajah sahaja. [Ketawa] Yang itu sahaja. Jadi, Yang Berhormat bersetujukah? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu adalah pandangan yang cukup baiklah. Saya bersetuju, saya pun tidak fikir boleh mengeluarkan ayat yang lebih baik daripada itu, saya bersetuju sangat dengan pandangan Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong bangun. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM ya, tahun 2003 telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 21(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 menyatakan Suruhanjaya hendaklah tidak terkemudian daripada Mesyuarat Pertama Parlimen bagi tahun yang berikutnya mengemukakan suatu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai segala aktivitinya di sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2003 telah dihantar ke Parlimen pada 27 Mei 2004, oleh kerana sesi Parlimen tahun ini bermula pada bulan Mei 2004, maka Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2003 telah dihantar ke Parlimen untuk dibentangkan pada bulan yang sama. Yang Berhormat bagi Ipoh Timur juga membangkitkan mengenai pelantikan hakim-hakim di negara ini tidak setelus United Kingdom. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Timur. Tuan Lim Kit Siang: Laporan Tahunan SUHAKAM satu perenggan sahaja, Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa apabila Dewan yang mulia ini, menubuhkan SUHAKAM, kita mahu sampai satu mesej kita serius mengenai hak asasi di Malaysia dan kalau kita serius untuk mempertahankan, untuk memajukan hak asasi, bukan sahaja itu tanggungjawab SUHAKAM, Parlimen pun ada tanggungjawab khasnya dengan tanggungjawab oversight mengenai prestasi SUHAKAM. Bukankah mustahak bahawa kita perlu ada satu perbahasan, ini laporan yang keempat, tidak pernah ada apa perbahasan dan saya pernah buat teguran kerajaan, oleh kerana langsung tidak hirau Laporan SUHAKAM, patut adalah satu addendum semacam Laporan Ketua Audit Negara untuk mengenai ulasan-ulasan kerajaan, mengenai Laporan SUHAKAM dan saya tengok dalam laporan ini, ini adalah cadangan DR.2.6.2004 121 ini ada diterima, kita ada tengok sungguh pun lambat, tetapi lebih baik lambat tetapi ada, bahawa adalah teguran dan, komen kerajaan mengenai Laporan SUHAKAM tahun 2000, 2001 dan 2002. Tetapi ini kita perlu bincang, kita perlu bukan sahaja laporan SUHAKAM, ulasan kerajaan, Parlimen pun perlu untuk mengkaji, dibahas kedua-dua aspek ini demi kepentingan hak asasi di negara ini. Semacam Laporan 2003 ini di mana the government response, dengan izin, to SUHAKAM report in 2002 dan kita tengok di sini bahawa laporan SUHAKAM mengenai Lebuh Raya KESAS (KESAS Highway) maklum balas kepada laporan SUHAKAM mengenai insiden Lebuh Raya KESAS telah dimajukan kepada SUHAKAM melalui maklum balas kerajaan berhubung pemerhatian dan syor-syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 18 Mei 2003. Mana itu? Di dalam ini ada perkara yang penting semacam syor SUHAKAM, peruntukan mengenai kebebasan pihak media: (i) peruntukan-peruntukan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dikaji semula. Pertama sekali yang berkaitan dengan judicial review dan keputusan Menteri untuk membenarkan atau tidak pengeluaran permit bagi percetakan; (ii) seksyen-seksyen PPPA yang dicadangkan untuk dikaji semula; (iii) peruntukan-peruntukan OSA mengenai Rahsia Rasmi; (iv) majlis media yang bebas ditubuhkan; (v) mahkamah mengambil kira hak kebebasan bersuara apabila menentukan pampasan di bawah Defamation Act; (vi) diwujudkan Akta Kebebasan Informasi; Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Tuan Lim Kit Siang: [Disampuk] Dan ini semua pun mustahak. Pendirian. Apa pendirian over sight Parlimen? Kita ada tanggungjawab. Saya percaya ramai Ahli Parlimen pun tidak buka laporan SUHAKAM ini. Kita perlu serius. Kita mahu first world Parliament. Mahu Ahli-ahli Parlimen first world – bertanggungjawab. Saya harap kita boleh bincang dalam perkara ini. Peruntukkan sekurang-kurangnya satu hari untuk berbincang laporan SUHAKAM kalau kita mahu tunjuk Parlimen serius mengenai hak- hak asasi khasnya. Tahun ini negara kita baru dipilih lagi sebagai Anggota United Nation Commission on Human Rights. Kita tidak mahu semacam negara-negara lain, Sudan dan lain-lain, sungguhpun Libya anggota dalam UN Commision on Human Rights tetapi dunia tahu berita yang terbesar hak asasi. Bolehkah kita adakan satu…. bukan perbahasan untuk Dewan ini, tetapi kita ada satu Select Commitee mengenai SUHAKAM, terhad mengenai SUHAKAM. Kalau hak Select Commitee menjadi hak asasi terlalu luas, …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kita boleh benarkan Menteri menjawablah. Tuan Lim Kit Siang: …adakah satu Select Commitee mengenai SUHAKAM. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, tidak perlulah Select Commitee sebab SUHAKAM itu pun sudah commitee. Jadi to have another Select Commitee is not necessary. Tanggungjawab kita kepada laporan SUHAKAM ini adalah hanya untuk dikemukakan di Dewan, mesti pada Penggal Pertama. Soal kita hendak bahas, ianya bebas dibahaskan dalam banyak kaedah. Pertamanya, kita boleh bahas dalam waktu Perbekalan Tambahan. Keduanya, kita boleh bahas ketika kita membuat persoalan dalam mesyuarat akan datang. Ketiganya kita juga boleh bahas dalam Perbekalan (Budget) bulan sembilan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bajet.

122 DR.2.6.2004

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, Bajet. Jadi Yang Berhormat, saya sudah sebut kita baru terima pada 26 Mei. Saya tidak percaya kalau kita hendak buat satu sesi kita bahas, kita dah baca semua. Saya dok tengok buku itu dekat 500 muka surat. Saya tidak percaya kita boleh baca dengan waktu yang ketat kita bermesyuarat. Kalau kita ada, kalau you baca, you bahas seoranglah. Kalau hendak bahas seorang pasal orang lain tidak bersedia lagi. Jadi sebab itu saya rasa buku yang tebal, anything that is rush , kerja yang kita rush tidak akan dapat manfaat yang baik. Sebab itu dalam hal ini saya rasa, bentang dahulu dan kemudian dalam sesi bulan tujuh, kita ada sebulan, bangkitlah dalam ucapan, tidak ada masalah, ataupun bentukan sebagai soalan bertanya tentang perkara khusus. Saya tidak mahu ada satu sesi bahas, memusing tetapi oleh sebab perbahasan itu dilakukan pada ketika itu, maka jawapan yang kita beri tidak semestinya jawapan yang betul sebab ia off the curve. Lebih baik dibentuk baca dan bentuk dalam soalan dan tanya waktu sesi yang akan datang. Then insya-Allah, you’ll get the right answer. Buat kerja biar betul. Jangan buat kerja hanya hendak menampakkan kita ini first world Parliament. Kita buat kerja kerana kita hendak maklumat betul. Sebab itu saya hendak cadangkan perkara ini SUHAKAM report memang betul. Study tetapi tidak mungkin dalam seminggu kita boleh baca semua. Jadi bagi masa, buat soalan dalam mesyuarat akan datang dan kemudian you’ll get the right answer daripada kita bahas dan jawapannya tidak semestinya betul. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor juga ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Gading. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …membangkitkan mengenai pelantikan … Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya lihat dua jam ini begitu hebat Yang Berhormat Menteri menjawab dengan cara telus, terus terang. Saya harap kami 8.30 ini ada mesyuarat lagi, jangan layanlah semua ini. Sudah tidak payah layan pasal semua apa Yang Berhormat jawab walaupun betul, mereka tidak akan terima. Tolonglah Yang Berhormat, sudah 8.30, majlis ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Permintaan, bukan minta penjelasan Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya setuju tetapi saya kena tertakluk juga dengan prosedur kita. Kalau dia hendak tanya betul, kita boleh jawab. Ini berbangkit mengenai dengan pelantikan hakim-hakim di negara ini tidak setelus di United Kingdom. Ahli Yang Berhormat, pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah termaktub di bawah Perkara 122(B)(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan; “The Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and …….. the other judges of Federal Court, of the Court of Appeal and of the High Courts shall be appointed by Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Conference of Rulers. Perkara 10 dan 13, Prinsip Asas Kebebasan Kehakiman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu the basic principle, the independent of judiciary berhubung pelantikan hakim-hakim juga digunakan sebagai teras amalan pelantikan serta kenaikan pangkat hakim-hakim. Kod Etika Hakim 94 yang sedia ada adalah mencukupi untuk menilai prestasi seorang hakim dari segi tingkah laku, tugas harian dan aktiviti harian. Selain dari itu Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil terhadap seorang hakim yang didapati melanggar Kod Etika seperti mana yang diperuntukkan di bawah Etika 125(3A) Perlembagaan Persekutuan. DR.2.6.2004 123

Kesimpulannya, kenaikan pangkat hakim-hakim adalah dibuat berdasarkan keupayaan, integriti, pengalaman dan latar belakang seseorang hakim. Di samping itu, kehidupan peribadi di luar mahkamah turut juga diambil kira. Faktor kekananan hakim – seniority bukan merupakan kriteria utama yang dijadikan kayu pengukur dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim. Mengenai isu kes tertunggak di mahkamah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Sebenarnya badan kehakiman telah mengenal pasti masalah ini dan sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengisi kekosongan hakim-hakim yang wujud. Walau bagaimanapun, proses ini memerlukan sedikit masa bagi memastikan kekosongan hakim dilantik dari mereka yang mempunyai keupayaan, integriti, pengalaman dan latar belakang yang sesuai untuk menjadi seorang hakim. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh menyatakan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Barat. Tuan M. Kula Segaran: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai kekosongan hakim-hakim terutamanya di Ipoh, baru-baru ini satu mahkamah baru, yang mana dalam ucapan saya, saya telah memberitahu bahawa satu mahkamah baru telah didirikan. Tetapi selepas mendirikan satu mahkamah yang baru, masa itu kita ada tiga hakim, ruangannya telah dibesarkan untuk tujuh kamar, tujuh hakim tetapi sekarang kita hanya ada dua hakim dan ini telah berlarutan sudah lebih dari dua setengah tahun. Ada kes-kes bunuh yang separuh jalan dan part heart telah ditunda lebih dari satu tahun, satu setengah tahun. Saya difahamkan semalam ada satu kes bunuh, tarikh bicara adalah tahun 2007. It doesn’t make sense. Apakah sebab perkara ini dilambatkan? Apakah sebab kerajaan tidak aktif dan prihatin bahawa satu penentuan, satu perkara yang mustahak macam ini kekurangan hakim dan the confidence of people have eroded that is not only delayed justice but delayed in the appointment of judges, dengan izin. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita menghadapi masalah iaitu bahawa kalau kita ingat, jumlah penduduk kita telah bertambah begitu pesat sekali. Saya masih ingat waktu Malaysia dahulu cuma ada 7 juta sahaja, sekarang sudah 23 juta. Ini bermakna bahawa rakyat bertambah dan kita tidak dapat hendak keep abreast dengan penyediaan mahkamah yang sesuai dengan jumlah penduduknya yang bertambah. Kita tidak dapat kejar macam kita kejar pelangi. Kita kejar pelangi, Nampak kita pergi buat, kita berjalan, dia pergi jauh lagi. This is a practical problem . Kemudian pula dari segi minat orang untuk masuk dalam servis ini tidak banyak kerana negara kita ini dalam keadaan membangun, lebih lumayan kerja di luar daripada kerja susah daripada jadi seorang hakim, itu tak boleh, ini tak boleh. Ini semua practical problem . Niat di hati kita hendak selesai memanglah. Buat mahkamah pun kita hendak ada tujuh kamar untuk tujuh hakim. Itu niat kita tetapi kalau calonnya tidak ada, di mana hendak cari calonnya. Kalau kita buat satu kenaikan pangkat segera, dia tidak ada pengalaman. So you don’t get a first class judge . Ini juga mungkin menjadi punca- punca kemarahan pihak orang ramai terhadap apa yang berlaku pada hari ini kerana orang yang dipilih itu dirasakan tidak sesuai dengan jawatan yang dia pegang. Sebab itu saya hendak cerita iaitu bahawa masalah kita ialah masalah yang benar yang berlaku di bawah yang mana kita menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan yang ada, yang calonnya sesuai dengan jawatan itu dan tidak dinaikkan pangkat dengan sebegitu sahaja tanpa mengira kelayakan dia. This is a practical problem yang kita face. Saya harap supaya…, I understand maknanya justice delayed is justice denied tetapi apa, apa yang kita hendak buat. Kita akan kerjalah, usahakanlah. Saya harap some understanding daripada pihak rakyat tentang perkara ini bukan kerana kita cuai, abai tanggungjawab kita dalam soal keadilan tetapi ialah masalah yang benar-benar berlaku on the ground yang menyebabkan kita menghadapi masalah yang ada pada hari ini…

124 DR.2.6.2004

Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ipoh Barat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat bagi Permatang Pauh menyatakan bahawa kenyataan Peguam Negara bahawa beliau akan berusaha ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ..... mendapatkan hukuman maksimum terhadap majikan Nirmala Bonat yang dituduh dengan empat penuduhan di bawah Seksyen 325 dan 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius. Hukuman maksimum bagi keempat-empat kesalahan yang dituduhkan itu ialah 67 tahun. Kenyataan itu adalah merupakan hak Peguam Negara selaku Pendakwa Raya. Di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, beliau diberi budi bicara untuk memulakan pendakwaan. Sebagai Pendakwa Raya, beliau akan berusaha menurut lunas undang- undang agar kes itu berjaya dibuktikan di mahkamah dan orang tertuduh disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Dalam kes ini jelas jika sabit kesalahan maka Pendakwa Raya berpendapat hukuman yang setimpal ialah hukuman yang maksimum. Soal sama ada orang tertuduh akan disabitkan atas keempat-empat pertuduhan atau sama ada hukuman maksimum akan dijatuhkan, merupakan perkara lain. Sabitan hukuman merupakan hak mahkamah. Mahkamah berhak memutuskan mengikut undang-undang. Yang Berhormat bagi Kota Baru mencadangkan supaya Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberi kuasa keadilan kepada sistem kehakiman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1988, pindaan telah dibuat pada Perkara 121 Perlembagaan dengan memasukkan Fasal (1A) yang memaktubkan dalam Perlembagaan kedudukan Mahkamah Syariah. Dengan kemasukan Fasal (1A) itu, Mahkamah Tinggi dan mahkamah- mahkamah bawahan yang disebut dalam Perkara 121 tidak lagi mempunyai kuasa dalam perkara yang di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Pindaan juga dibuat kepada Fasal 1 supaya jelas bahawa kuasa kehakiman tidak terletak semata-mata kepada Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahannya yang diwujudkan melalui undang- undang. Selain perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahannya serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak terjejas dengan pindaan pada tahun 1988. Kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 masih kekal seperti dahulu termasuk kuasa tentang Semakan Kehakiman atau Judicial Review. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan masih lagi mempunyai kuasa untuk menjadi tempat mengadu bagi pihak-pihak yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh pihak eksekutif. Begitu juga Mahkamah Rayuan yang diwujudkan pada tahun 1994. Ini jelas terbukti dengan banyak kes semakan kehakiman yang telah dan sedang didengar di Mahkamah-mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan selepas pindaan yang dibuat pada tahun 1988… Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, saya lagi ingat pada tahun 1999, semasa Yang Berhormat Menteri ini sebagai Timbalan Menteri, saya telah memberi teguran bahawa di kawasan saya semasa itu Telok Intan, satu Mahkamah Tinggi telah diubah suai. Masa itu satu jawapan telah diberi oleh menteri ini bahawa satu hakim akan dilantik. Satu Hakim Mahkamah Tinggi akan dilantik di Telok Intan. Hingga hari ini sudah lima tahun, bukan sahaja tidak ada hakim dilantik di Telok Intan tetapi bangunan itu yang telah diubah suai sebagaimana saya difahamkan memakan belanja lebih kurang RM200,000 hanya ada di sana sahaja. Masa itu saya telah memberitahu bahawa bangunan tersebut akan menjadi white elephant. Masa itu menteri berkenaan telah kata.... no, you don’t know. Opposition don’t know. We know better. We are in the service, we know tetapi apa DR.2.6.2004 125 sudah jadi. Apakah sebab kelambatan melantik hakim? Saya difahamkan ada banyak orang yang layak untuk dilantik sebagai hakim tetapi ada sebab tertentu, alignment of political process and that kind of thing dengan izin. Itulah sebab yang melambatkan perkara ini. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu speculation. Saya rasa tidaklah kerana sampai alignment politik, sampai lima tahun tak lantik. It’s near speculation tidak berasas dan is just rumors . Saya akan bertanya kepada pihak Perundangan tentang perkara ini kerana saya telah lama tinggalkan Jabatan Perdana Menteri. Saya sendiri juga hendak tahu mengapa begitu lama tidak dilantik seorang hakim yang setempat di Telok Intan itu. Tuan Yang di-Pertua, ..... Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng ]: Ipoh Timur. Tuan Lim Kit Siang: Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Baru sangat penting dan saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana dialah Ahli Parlimen yang tunggal dalam pengalaman saya selama 30 tahun yang rela berani cakap dalam perkara yang penting ini bahawa betapa penting untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kehakiman. Cadangan beliau bahawa perlulah memulihkan fasal Perlembagaan yang asal, Perkara 121 di mana kuasa judicial power, inherent dalam kehakiman sangat penting yang ada dilucutkan selepas krisis kehakiman tahun 1988, adakah kerajaan rela menimbang dengan serius cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Kota Baru. Kita di sini sudah berkali-kali mengutarakan supaya bukan sahaja Malaysia tetapi dunia boleh ada keyakinan terhadap sistem keadilan dan sistem kehakiman. Oleh kerana ini satu faktor yang penting kalau kita mahu bersaing dengan dunia dalam era globalisasi. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, dia kadang kala ada benda-benda yang kita boleh buat secara orang kata, idealistiknya. Hendak menampakkan iaitu separation of powers between justice, legislative dan juga executive tetapi dalam mentadbir negara, kepentingan negara dan rakyat, jauh mengatasi kepentingan-kepentingan lain. Ini kita kena ingat. Bukan sahaja di Malaysia, di mana negara sekali pun, pemisahan ini agak very blur . Macam saya, I am a lawmaker seperti yang lain sebab sistem pentadbiran pemerintahan negara kita juga memastikan supaya the lawmakers also form the government dan saya juga eksekutif. Jadi, dia blur . Ini bukan perkara ciptaan Malaysia. Ini satu perkara yang dihadapi oleh semua negara yang hendak mengamalkan separation of powers . Kemudian dalam sistem kita, saya pun tengok juga di UK, saya tengok juga di Amerika, hakim dia itu, dia dilantik oleh Presiden. Presiden baru nanti masuk, dia boleh tukar hakim-hakim dia itu. Ini bermakna bahawa dalam soal justice ini juga, eksekutif itu yang berkuasa. Saya pun tidak erti dan tidak faham, bagaimanakah lagi yang hendak kita lakukan dan soal justice , soal justice kadang-kala kalau dianya dikeluarkan daripada mahkamah, belum tentu justice lagi. Pilihan raya, rakyat sudah pilih kita. Itu rakyat hendak tetapi kerana technicality, pilih semula, menafikan hak rakyat. Banyak argument sebenarnya. Is not that easy . Kita dalam kerajaan kita tahu. Saya faham apa yang dimaksudkan tetapi apabila kita memerintah, kita tahulah. Kalau saya sebagai backbencher pun saya boleh cakap juga. Tidak ada masalah apatah lagi sekarang ini. Sebenarnya Ahli-ahli Parlimen lain pun faham juga tetapi mereka tahu tentang the inherent power kepada mahkamah. Mereka pun faham tetapi mereka juga faham bahawa mereka kerajaan, is not possible in certain cases . Kalau kita hendak bercakap tentang justice, betul-betul justice boleh menyebabkan berlaku kekacauan, mana kita hendak? Tetap dengan justice juga walau pun bergaduh di bawah. Cuma kita tidak cukup lagi hendak kumpul bukti, kita tahu orang ini bersalah. Dia sudah bercakap dan sudah melakukan kesalahan. Cakap berapi-api, menghasut, “Oh, you cannot arrest him, cannot! Because..” Belum ada bukti. Nak bagi orang mati dulu, hendak banyak sudah mati, baru kita hendak hukum hendak dakwa dia dan cari bukti. Jadi orang akan cakap the impotent government, tidak boleh govern . Barisan Nasional bukan sebuah kerajaan yang dayus atau impotent itu dayuslah. Kita ada umph! Kita memerintah dan kita serahkan, kita ambil tindakan, kita memerintah dan kita

126 DR.2.6.2004 serahkan kepada rakyat untuk memutus sama apa kita lakukan itu adalah baik ataupun tidak. Sebab itu saya setuju dengan apa yang telah disebut iaitu pada ketika ini, kepentingan, kebajikan rakyat jelata Malaysia yang kita kasihi itu jauh lebih penting lagi dari semata-mata kerana hendak menegakkan justice tapi mereka yang suffer. l do thing kita hendak perkara ini berlaku. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habis. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat, banyak lagi ini. Jadi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya rasa kalau saya serahkan jawapan saya kepada setiap Ahlil Parlimen, saya rasa itu cukuplah memadai. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Boleh-boleh. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Dalam ucapan saya, saya… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habislah Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sikit, sikitlah setengah minit. Demi kepentingan Tuan Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri kata sudah habis! Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak, saya harap dapat perhatian Yang Berhormat Menterilah, tidak payah jawablah, asal ambil perhatian. Saya telah pun membawa rayuan pelajar-pelajar jurusan perubatan di Moscow, Rusia supaya biasiswa mereka ini yang diberi oleh JPA sebanyak USD200 itu dinaikkan kepada USD400 kerana sara hidup mereka telah pun meningkat kerana penurunan Dolar Amerika… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa itu Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya hendak minta tindakan daripada JPA lah atas rayuan ini. Terima kasih, Datuk. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, semua kementerian telah memberi jawapan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat bagi Temerloh itu dipersetujui. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh. Ahli-ahli Yang Berhormat oleh kerana tadi kita sudah membuat keputusan bila Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diselesaikan, Dewan ditangguhkan. Dengan ini Yang Berhormat Dewan akan bersidang semula pada jam 10.00 pagi hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 8.13 malam.