[Dokumen ini belum disemak]

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KEDUABELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Bil. 1 Isnin 28 April 2008

K A N D U N G A N

PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT (Halaman 1)

MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 2)

TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 2)

AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 3)

MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA (Halaman 12)

USUL:

Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 14)

DR. 28.4.2008 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 28 April 2008

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT

Setiausaha Dewan Rakyat [Puan Roosme binti Hamzah]: [Membaca Proklamasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong]

“PROKLAMASI OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA, BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH .” BAHAWASANYA Parlimen telah dibubarkan pada tiga belas hari bulan Februari, dua ribu lapan; DAN BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (4), Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada seratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTHAFI BILLAH SHAH dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberi kepada BETA di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan dua puluh lapan hari bulan April, dua ribu lapan, dan pada pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan. DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada dua puluh lapan hari bulan Mac, dua ribu lapan. Dengan Titah Perintah Baginda,

t.t.

ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Menteri”

DR. 28.4.2008 2

MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA

Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut aturan yang dinyatakan di dalam Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan menjalankan urusan memilih Yang di-Pertua.

Saya telah menerima hanya satu cadangan untuk pemilihan Yang di-Pertua. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh 10 April 2008. Oleh yang demikian saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan memilih Yang di-Pertua.

Perdana Menteri [Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Setiausaha, saya mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.

Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak]: Tuan Setiausaha, saya menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk]

[Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia masuk ke dalam Dewan dan dipakaikan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, kemudian menuju ke Kerusi]

Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, sila bangun.

TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH

Tuan Yang di-Pertua: Saya, Pandikar Amin Haji Mulia, setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah dengan ini berikrar dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindung serta mempertahankan Perlembagaannya.

[Tuan Yang di-Pertua menurunkan tandatangan pada Buku Sumpah dan Ikrar]

DR. 28.4.2008 3

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. di atas limpah dan kurniaNya saya diberi pengiktirafan yang tinggi seperti pada hari ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana melantik saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas usul beliau yang mencadangkan saya dilantik menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini. Saya merasa begitu bertuah kerana diberi peluang bersama-sama dengan Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian untuk cuba merealisasikan demokrasi berparlimen di negara kita yang bermula sejak daripada tahun 1955 yang mana benih-benihnya mungkin telah disemai lama sebelum itu lagi. Saya berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberi kerjasama yang baik seperti mana yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum ini agar kita dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan yang mulia ini dengan adil dan saksama.

Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas pelantikan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia. Saya berjanji akan cuba menunaikan tugas-tugas saya dengan saksama seperti mana ikrar yang telah saya lafazkan tadi. Sekian, terima kasih.

AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sampailah kita kepada upacara Mengangkat Sumpah. Untuk menjimatkan masa saya meminta Ahli-ahli Yang Berhormat keluar dan mengangkat sumpah di rostrum seorang demi seorang mengikut senarai yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli akan dipanggil mengikut kawasan sekiranya perlu. Ahli-ahli akan mengangkat sumpah di rostrum yang ada pembesar suara. Sila sebutkan nama masing-masing selepas membaca perkataan ‘saya…’ dalam teks Sumpah disediakan di atas rostrum berkenaan.

Semasa seorang ahli sedang mengangkat sumpah, ahli-ahli lain telah sedia bergerak meninggalkan tempat duduk masing-masing. Dalam tempoh yang sama tiga orang ahli telah sedia berdiri di belakang ahli yang sedang mengangkat sumpah. Sebaik sahaja ahli yang mengangkat sumpah selesai, ahli yang berkenaan akan terus menandatangani buku sumpah dan ikrar yang ada di atas meja yang disediakan dan kemudian balik ke tempatnya. Sementara itu, ahli yang menunggu di belakang terus mara mengangkat sumpah mengikut susunan gilirannya DR. 28.4.2008 4

dan kekosongan tempatnya pula digantikan oleh ahli lain yang sedang menunggu laluan hala menuju ke tempat mengangkat sumpah dan seterusnya.

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengangkat sumpah, diikuti oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Silakan.

[Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah]

1. Yang Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

2. Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

3. Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok

4. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

5. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

6. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

7. Yang Berhormat Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein

8. Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr.

9. Yang Berhormat Tan Sri

10. Yang Berhormat Datuk

11. Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

12. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

13. Yang Berhormat Dato' Mustapa bin Mohamed

14. Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

15. Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said

16. Yang Berhormat Dato’ Sri Zulhasnan bin Rafique

17. Yang Berhormat Datuk

18. Yang Berhormat Datuk

19. Yang Berhormat Dato’ Dr.

20. Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Haji Omar

21. Yang Berhormat Dato’ Ahmad Zahid bin Hamidi

22. Yang Berhormat Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed DR. 28.4.2008 5

23. Yang Berhormat Dato' Shaziman bin Abu Mansor

24. Yang Berhormat Dato'

25. Yang Berhormat Dato'

26. Yang Berhormat Datuk Dr. S. Subramaniam

27. Yang Berhormat Dato'

28. Yang Berhormat Dato’ Seri

29. Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

30. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima

31. Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong

32. Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan Point of Order ...

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Speaker, saya merujuk kepada Peraturan-peraturan Mesyuarat 1 khasnya (c) iaitu dibaca dengan perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan seseorang Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat haruslah mengambil sumpah dalam Dewan yang mulia ini untuk menguruskan dengan rasmi tugas- tugasnya. Saya dapat pemberitahu daripada Setiausaha Bagi Parlimen bertarikh 28 Mac 2008, khasnya lampiran A. Bolehkah saya bacakan Lampiran A itu?

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Perkara 59(1) dalam Perlembagaan Persekutuan berkehendakkan Ahli-ahli sebelum mengambil tempat mereka dalam Dewan supaya mengangkat dan menandatangani di hadapan orang yang mengetuai majlis Parlimen itu suatu sumpah mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Saya bacakan para 2 dalam maksud itu: Peraturan yang hendak diikuti adalah seperti berikut:

“Pada masa yang sesuai Setiausaha akan memanggil nama Ahli-ahli Yang Berhormat satu selepas satu. Apabila seseorang ahli itu dipanggil maka beliau hendaklah pergi ke meja Setiausaha, tunduk hormat kepada Yang di-Pertua, mengangkat sumpah, berikrar dengan membaca ayat-ayat sumpah ikrar daripada Buku Sumpah...”

Ha, ini yang penting, “...seraya mengangkatkan tangan kanannya.” DR. 28.4.2008 6

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Adakah itu diikuti...

Tuan Yang di-Pertua: Saya telah pun hayati folder itu. Ini sebagai makluman. Saya rasa ia telah pun dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian. Sewaktu mengangkat sumpah ataupun berikrar kalau boleh tolong angkat tangan. Jadi, Yang Berhormat yang ditegur itu tadi kerana dia tidak mengangkat tangan. [Tepuk]

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Wajibkan bukan ia diboleh...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Kita faham.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bukan dia dibolehkan...

Tuan Yang di-Pertua: Manalah tahu dia tidak boleh angkat tangan - dia sakit tangan. Itulah maka saya katakan, kalau boleh. [Tepuk]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Takkanlah dia sakit tangan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada juga, Yang Berhormat. Sila. [Dewan riuh]

[Acara angkat sumpah diteruskan]

33. Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah

34. Yang Berhormat Datuk Robert Lau Hoi Chew

35. Yang Berhormat Dato' Joseph Salang Gandum

36. Yang Berhormat Dato'

37. Yang Berhormat Tuan Joseph Entulu anak Belaun

38. Yang Berhormat Dato' Mohd. Johari bin Baharum

39. Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman Yusop

40. Yang Berhormat Dato' Yong Khoon Seng

41. Yang Berhormat Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

42. Yang Berhormat Puan Noriah binti Kasnon

43. Yang Berhormat Dato’

44. Yang Berhormat Dato' Jacob Dungau Sagan

45. Yang Berhormat Tuan Teng Boon Soon

46. Yang Berhormat Ir. Dr. Wee Ka Siong

47. Yang Berhormat Tuan Jelaing anak Mersat DR. 28.4.2008 7

48. Yang Berhormat Tuan Haji Fadillah bin Yusof

49. Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Haron

50. Yang Berhormat Dato' Razali bin Ismail

51. Yang Berhormat Dato' Tan Lian Hoe

52. Yang Berhormat Tuan S.K. Devamany

53. Yang Berhormat Datuk Saravanan a/l Murugan

54. Yang Berhormat Datuk Noraini binti Ahmad

55. Yang Berhormat Tuan Wee Jeck Seng

56. Yang Berhormat Datuk Dr. Hou Kok Chung

57. Yang Berhormat Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

58. Yang Berhormat Dato’ Hamzah bin Zainudin

59. Yang Berhormat Dato’ Saifuddin bin Abdullah

60. Yang Berhormat Dato' Haji Hasan bin Malek

61. Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim bin Bakri

62. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

63. Yang Berhormat Puan Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

64. Yang Berhormat Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah

65. Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman

66. Yang Berhormat Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri

67. Yang Berhormat Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

68. Yang Berhormat Dato’ Abdul Manan bin Ismail

69. Yang Berhormat Tuan Razali bin Haji Ibrahim

70. Yang Berhormat Datuk Juslie Ajirol

71. Yang Berhormat Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar 71. Yang Berhormat Dato’ Abu Bakar bin Taib 72. Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Shukri 74. Yang Berhormat Tuan Chua Soon Bui 75. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Kalbi 76. Yang Berhormat Dato’ Abd. Rahman bin Dahlan DR. 28.4.2008 8

77. Yang Berhormat Tuan Henry Sum Agong 78. Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi 79. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago anak Dagang 80. Yang Berhormat Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir 81. Yang Berhormat Datuk Md. Sirat Abu 82. Yang Berhormat Datuk Abdul Wahab bin Dolah 83. Yang Berhormat Dato’ Haji Lilah bin Yasin 84. Yang Berhormat Tuan Raime bin Unggi 85. Yang Berhormat Datuk Dr. Tiki anak Lafe 86. Yang Berhormat Tuan Ding Kuong Hiing 87. Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang 88. Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah 89. Yang Berhormat Datuk 90. Yang Berhormat Dato’ Haji Yusoff bin Haji Mahal 91. Yang Berhormat Tuan Abd. Rahman bin Bakri 92. Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 93. Yang Berhormat Dato 94. Yang Berhormat Tuan Liang Teck Meng 95. Yang Berhormat Tuan Chua Tee Yong 96. Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng 97. Yang Berhormat Tuan Masir Kujat 98. Yang Berhormat Datuk Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad 99. Yang Berhormat Datuk Wilfred Mojilip Bumburing 100. Yang Berhormat Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria 101. Yang Berhormat Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah 102. Yang Berhormat Dato’ Seri 103. Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz 104. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. 105. Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid 106. Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis 107. Yang Berhormat Datuk Bung Moktar bin Radin 108. Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz 109. Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing 110. Yang Berhormat Datuk Anifah bin Haji Aman 111. Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin 112. Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Muhd. Leo Toyad 113. Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad DR. 28.4.2008 9

114. Yang Berhormat Datu Seri Joseph Pairin Kitingan 115. Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor 116. Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Abd. Muttalib 117. Yang Berhormat Ir. Haji Hamim bin Samuri 118. Yang Berhormat Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed 119. Yang Berhormat Datuk Richard Riot anak Jaem 120. Yang Berhormat Dato Dr. James Dawos Mamit 121. Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee 122. Yang Berhormat Datuk Dr. bin Tuanku Jaafar 123. Yang Berhormat Datuk Abdul Ghapur bin Salleh 124. Yang Berhormat Dato’ Ismail bin Kasim 125. Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi 126. Yang Berhormat Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said 127. Yang Berhormat Datuk Tiong Thai King 128. Yang Berhormat Tuan Billy Abit Joo 129. Yang Berhormat Tuan William Nyallau 130. Yang Berhormat Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman 131. Yang Berhormat Datuk Eric Enchin Majimbun 132. Yang Berhormat Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh 133. Yang Berhormat Tuan Ahmad Maslan 134. Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohd. Sadique 135. Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed 136. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee 137. Yang Berhormat Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah 138. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman 139. Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Hamzah 140. Yang Berhormat Tuan Matulidi bin Jusoh 141. Yang Berhormat Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail 142. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim 143. Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali 144. Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye 145. Yang Berhormat Tuan R. Sivarasa 146. Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen 147. Yang Berhormat Tuan Chua Tian Chang 148. Yang Berhormat Puan Zuraida binti Kamaruddin 149. Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail 150. Yang Berhormat Tuan Johari bin Abdul DR. 28.4.2008 10

151. Yang Berhormat Tuan N. Gobalakrishnan 152. Yang Berhormat Puan Hajah Fuziah binti Salleh 153. Yang Berhormat Tuan S. Manikavasagam 154. Yang Berhormat Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad 155. Yang Berhormat Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim 156. Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin Abbas 157. Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen 158. Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo 159. Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching 160. Yang Berhormat Puan Fong Po Kuan Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, untuk mengelakkan apa- apa bantahan [Ketawa] saya akan mengangkat tangan kiri saya, [Ketawa] kerana tangan kanan saya tidak berapa baik untuk diangkat. Tuan Yang di-Pertua: Sila. 161. Yang Berhormat Tuan R. Karpal Singh 162. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang 163. Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng 164. Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw 165. Yang Berhormat Puan Chong Eng 166. Yang Berhormat Tuan M. Kula Segaran 167. Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun 168. Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai 169. Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow 170. Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim 171. Yang Berhormat Prof. Dr. P. Ramasamy 172. Yang Berhormat Tuan Ngeh Koo Ham 173. Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming 174. Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar 175. Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid 176. Yang Berhormat Tuan Gwo-Burne Loh 177. Yang Berhormat Tuan Wee Choo Keong 178. Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Noordin 179. Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir 180. Yang Berhormat Tuan Amran bin Ab. Ghani 181. Yang Berhormat Tuan Muhsin Fadzli bin Samsuri 182. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang 183. Yang Berhormat Tuan Nasharudin bin Mat Isa DR. 28.4.2008 11

184. Yang Berhormat Dato’ Kamarudin bin Jaffar 185. Yang Berhormat Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman 186. Yang Berhormat Tuan Salahuddin bin Ayub 187. Yang Berhormat Tuan Haji Mahfuz bin Omar 188. Yang Berhormat Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli 189. Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah 190. Yang Berhormat Dr. Dzulkefly bin Ahmad 191. Yang Berhormat Dr. Lo’ Lo’ binti Haji Mohamad Ghazali 192. Yang Berhormat Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud 193. Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff 194. Yang Berhormat Puan Hee Loy Sian 195. Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad bin Kasim 196. Yang Berhormat Tuan Azan bin Ismail 197. Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman 198. Yang Berhormat Dr. M. Jayakumar Devaraj 199. Yang Berhormat Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd Yusoff 200. Yang Berhormat Tuan Tan Tee Beng 201. Yang Berhormat Dato’ Rashid bin Din 202. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook 203. Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad 204. Yang Berhormat Tony Pua Kiam Yee 205. Yang Berhormat Tuan Jeff Ooi Chuan Aun 206. Yang Berhormat Tuan Charles Santiago 207. Yang Berhormat Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib 208. Yang Berhormat Tuan M. Manogaran 209. Yang Berhormat Tuan Sim Tong Him 210. Yang Berhormat Tuan John Fernandez 211. Yang Berhormat Dr. Che Rosli bin Che Mat 212. Yang Berhormat Dr. Mujahid bin Yusof Rawa 213. Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong 214. Yang Berhormat Dr. Hiew King Cheu 215. Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng 216. Yang Berhormat Tuan Er Teck Hwa 217. Yang Berhormat Tuan Muhammad bin Haji Husain 218. Yang Berhormat Tuan Haji Roslan bin Shaharum 219. Yang Berhormat Tuan Mohd Nasir bin Zakaria 220. Yang Berhormat Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar DR. 28.4.2008 12

221. Yang Berhormat Tuan Haji Che Uda bin Che Nik 222. Yang Berhormat Dato’ Ibrahim bin Ali

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Tuan Speaker, Tuan Speaker, Point of Order. Point of Order, Tuan Speaker. Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Order 41(f) di mana “Ahli-ahli dikehendaki sama ada memakai pakaian kebangsaan atau lounge suit. Jadi ahli dari Pasir Mas bukan lounge suit ini, Tuan Speaker. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Jadi kita minta ruling kerana kalau tidak nanti... Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila duduk, sila duduk. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Tuan Speaker, kalau tidak ada ruling, lain kali dalam Parlimen orang pakai cawat pun boleh. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua: Saya akan buat ruling, Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan. Saya dapat tahu bahawa Ahli Yang Berhormat ini adalah ahli bebas. [Ketawa] [Tepuk] Beliau ini dalam pilihan raya bertanding tetapi meminjam logo parti lain. Jadi dia tidak mempunyai chief whip untuk memberitahu kepada beliau bahawa kena pakai lounge suit. Jadi untuk kali ini, tidak apa, saya longgarkan [Tepuk] Peruntukan Mesyuarat oleh sebab beliau ini adalah wakil bebas. Sila Yang Berhormat. Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua memang orang yang bijak. Tahniah! Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah kita mengangkat sumpah. Sekarang mesyuarat diteruskan dengan urusan berikutnya.

MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA

Perdana Menteri [Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli dari Santubong dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee ahli dari Beluran dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan iaitu Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen kawasan Kepong dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua. [Tepuk] DR. 28.4.2008 13

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Sudah, sudah, saya dengar sudah. Bukit Gelugor yang sokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab ada tiga orang Ahli Yang Berhormat telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua dan oleh kerana Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dipilih di kalangan Ahli Dewan Rakyat, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat akan membuat pemilihan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan undi bersurat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, tidak jelas tadi, Ipoh Timur mencadangkan, dia kata wakil rakyat Ipoh. Kalau Yang Berhormat Tan Seng Giaw, dia dari Kepong, bukan dari Ipoh. Tuan Yang di-Pertua: Tidak, yang menyokong. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa kata Ipoh? Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila duduk. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap sekejap. Saya belum habis bercakap. Bagi maksud pemilihan dengan undi bersurat, pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan kertas-kertas undi kepada Yang Berhormat Ahli-ahli. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisikan kertas itu dengan sempurna dengan menulis hanya dua nama sahaja nama calon yang dipilih dan menandatangani kertas undi itu. Selepas itu lipatkan kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira dan saya akan mengumumkan keputusan undi itu sebaik sahaja ianya dikira. Pegawai-pegawai Dewan yang berkenaan sila datang ke meja Setiausaha dan ambil kertas-kertas undi dan diedarkan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli di blok masing-masing. Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Speaker, kita ingin tahu kalau undi kita hanya satu sahaja valid atau tidak. Tuan Yang di-Pertua: Yang itu boleh. [Undian dijalankan] Tuan Yang di-Pertua: Keputusan undi. Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mendapat 157 undi, [Tepuk] Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee mendapat 140 undi, [Tepuk] Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw mendapat 81 undi. [Tepuk] Dengan itu saya mengisytiharkan iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Yang Berhormat Beluran dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan DR. 28.4.2008 14

Rakyat. [Tepuk] Dengan itu juga saya mempersilakan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua mengambil tempat yang telah disediakan. Sila. [Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengambil tempat duduk yang disediakan] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4(7), sekarang ini saya meminta Setiausaha menyimpan kertas-kertas undi yang telah dijalankan dalam pengundian tadi dalam peti undi dan dilakrikan. Peti undi yang telah dilakrikan itu akan disimpan di bawah jagaan Setiausaha selama satu bulan dan selepas itu tertakluk kepada apa- apa perintah yang diterima daripada Majlis Mesyuarat ini, Setiausaha hendaklah membakar kertas-kertas undi itu dan seterusnya mengesahkan kepada Majlis Mesyuarat ini bahawa kertas- kertas undi telah dibakar. [Kertas-kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi]

USUL

JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

12.58 tgh. Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong- lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Bernard Giluk Dompok]: Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Usul disetujukan. [Tepuk] DR. 28.4.2008 15

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, maka selesailah urusan kita pada hari ini. Saya dengan ini menangguhkan Majlis Mesyuarat ke hari esok, Selasa, 29 April 2008, jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.