[Dokumen ini belum disemak] DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 1 Isnin 28 April 2008 K A N D U N G A N PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT (Halaman 1) MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 2) TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 2) AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 3) MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA (Halaman 12) USUL: Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 14) DR. 28.4.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 28 April 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT Setiausaha Dewan Rakyat [Puan Roosme binti Hamzah]: [Membaca Proklamasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong] “PROKLAMASI OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA, BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH MALAYSIA.” BAHAWASANYA Parlimen telah dibubarkan pada tiga belas hari bulan Februari, dua ribu lapan; DAN BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (4), Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada seratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTHAFI BILLAH SHAH dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberi kepada BETA di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan dua puluh lapan hari bulan April, dua ribu lapan, dan pada pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan. DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada dua puluh lapan hari bulan Mac, dua ribu lapan. Dengan Titah Perintah Baginda, t.t. ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI Perdana Menteri” DR. 28.4.2008 2 MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut aturan yang dinyatakan di dalam Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan menjalankan urusan memilih Yang di-Pertua. Saya telah menerima hanya satu cadangan untuk pemilihan Yang di-Pertua. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh 10 April 2008. Oleh yang demikian saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan memilih Yang di-Pertua. Perdana Menteri [Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Setiausaha, saya mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak]: Tuan Setiausaha, saya menyokong usul itu. Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk] [Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia masuk ke dalam Dewan dan dipakaikan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, kemudian menuju ke Kerusi] Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, sila bangun. TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH Tuan Yang di-Pertua: Saya, Pandikar Amin Haji Mulia, setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah dengan ini berikrar dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindung serta mempertahankan Perlembagaannya. [Tuan Yang di-Pertua menurunkan tandatangan pada Buku Sumpah dan Ikrar] DR. 28.4.2008 3 [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. di atas limpah dan kurniaNya saya diberi pengiktirafan yang tinggi seperti pada hari ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana melantik saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas usul beliau yang mencadangkan saya dilantik menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini. Saya merasa begitu bertuah kerana diberi peluang bersama-sama dengan Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian untuk cuba merealisasikan demokrasi berparlimen di negara kita yang bermula sejak daripada tahun 1955 yang mana benih-benihnya mungkin telah disemai lama sebelum itu lagi. Saya berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberi kerjasama yang baik seperti mana yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum ini agar kita dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan yang mulia ini dengan adil dan saksama. Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas pelantikan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia. Saya berjanji akan cuba menunaikan tugas-tugas saya dengan saksama seperti mana ikrar yang telah saya lafazkan tadi. Sekian, terima kasih. AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sampailah kita kepada upacara Mengangkat Sumpah. Untuk menjimatkan masa saya meminta Ahli-ahli Yang Berhormat keluar dan mengangkat sumpah di rostrum seorang demi seorang mengikut senarai yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli akan dipanggil mengikut kawasan sekiranya perlu. Ahli-ahli akan mengangkat sumpah di rostrum yang ada pembesar suara. Sila sebutkan nama masing-masing selepas membaca perkataan ‘saya…’ dalam teks Sumpah disediakan di atas rostrum berkenaan. Semasa seorang ahli sedang mengangkat sumpah, ahli-ahli lain telah sedia bergerak meninggalkan tempat duduk masing-masing. Dalam tempoh yang sama tiga orang ahli telah sedia berdiri di belakang ahli yang sedang mengangkat sumpah. Sebaik sahaja ahli yang mengangkat sumpah selesai, ahli yang berkenaan akan terus menandatangani buku sumpah dan ikrar yang ada di atas meja yang disediakan dan kemudian balik ke tempatnya. Sementara itu, ahli yang menunggu di belakang terus mara mengangkat sumpah mengikut susunan gilirannya DR. 28.4.2008 4 dan kekosongan tempatnya pula digantikan oleh ahli lain yang sedang menunggu laluan hala menuju ke tempat mengangkat sumpah dan seterusnya. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengangkat sumpah, diikuti oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Silakan. [Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah] 1. Yang Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 2. Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak 3. Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok 4. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar 5. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin 6. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz 7. Yang Berhormat Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein 8. Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim 9. Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop 10. Yang Berhormat Datuk Peter Chin Fah Kui 11. Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal 12. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin 13. Yang Berhormat Dato' Mustapa bin Mohamed 14. Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili 15. Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said 16. Yang Berhormat Dato’ Sri Zulhasnan bin Rafique 17. Yang Berhormat Datuk Douglas Uggah Embas 18. Yang Berhormat Datuk Ong Tee Keat 19. Yang Berhormat Dato’ Dr. Ng Yen Yen 20. Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Haji Omar 21. Yang Berhormat Dato’ Ahmad Zahid bin Hamidi 22. Yang Berhormat Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed DR. 28.4.2008 5 23. Yang Berhormat Dato' Shaziman bin Abu Mansor 24. Yang Berhormat Dato' Liow Tiong Lai 25. Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery Cheek 26. Yang Berhormat Datuk Dr. S. Subramaniam 27. Yang Berhormat Dato' Shahrir Abdul Samad 28. Yang Berhormat Dato’ Seri Ong Ka Chuan 29. Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob 30. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup 31. Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong 32. Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan Point of Order ... Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Speaker, saya merujuk kepada Peraturan-peraturan Mesyuarat 1 khasnya (c) iaitu dibaca dengan perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan seseorang Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat haruslah mengambil sumpah dalam Dewan yang mulia ini untuk menguruskan dengan rasmi tugas- tugasnya. Saya dapat pemberitahu daripada Setiausaha Bagi Parlimen bertarikh 28 Mac 2008, khasnya lampiran A. Bolehkah saya bacakan Lampiran A itu? Tuan Yang di-Pertua: Sila. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]:
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages16 Page
-
File Size-