Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 35 23 Jun 2010 Rabu K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 26) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M 16(3) (Halaman 150) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ MBMMBI – Pelaksanaan Dasar Yang Tidak Seimbang – Y.B. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) (Halaman 151) ■ Projek Jambatan Menghubung Telok Gong di Melaka Dengan Dumai di Sumatera – Y.B. Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka) (Halaman 155) DR.23.6.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 23 Jun 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Pelancongan menyatakan, berapa jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dalam enam bulan terakhir ini. Apakah trend kedatangan jika dibandingkan dengan setahun sebelum itu dan apakah sebab-sebabnya. Justeru itu apakah langkah seterusnya yang dicadang oleh pihak kementerian. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Rajang atas pertanyaan ini. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2010 adalah seramai 7.62 juta orang berbanding dengan 7.34 juta orang untuk tempoh yang sama pada tahun 2009 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.9%. Trend peningkatan ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (i) cuti musim perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari yang telah mendorong pelancong dari negara-negara serantau berkunjung ke Malaysia; (ii) tawaran tambang murah. Pertambahan kekerapan dan pertambahan penerbangan terus oleh syarikat-syarikat penerbangan serta 44 penerbangan khas diterima dari Hong Kong, Taiwan, Beijing, Kunming, Guangzhao dan Shanghai sempena musim perayaan tersebut; (iii) pelancong asing mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah di kebanyakan negara ASEAN dalam bulan Mac hingga April untuk melancong ke Malaysia; dan (iv) kempen-kempen taktikal yang dijalankan oleh pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara bagi menarik peminat-peminat sukan Formula One pada bulan April serta acara jualan Grand Prix . Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancong melalui agensinya Tourism Malaysia telah menggariskan strategi-strategi dan program promosi sebagai langkah untuk menambah bilangan pelancong ke Malaysia seperti berikut: DR.23.6.2010 2 (i) melebarkan syer pasaran serantau, pasaran berpotensi dan Asean dengan melaksanakan kempen pengiklanan taktikal yang lebih agresif dan fokus serta mempergiatkan kempen Malaysia Truly Asia di seluruh dunia; (ii) memupuk pakatan strategik dan perkongsian pintar antara kerajaan dan bukan kerajaan serta mempergiatkan kolaborasi dengan melibatkan secara aktif pihak swasta dalam melaksanakan sesuatu acara atau aktiviti dalam mempromosikan Malaysia; (iii) memantapkan dan mengukuhkan sumber dari segi kos operasi, keberkesanan dan mengikut trend pasaran termasuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat ICT termasuklah menerusi kempen pengiklanan secara on-line , melaksanakan latihan secara on-line kepada warga kerja pelancongan asing menerusi Malaysia Travel Specialist serta menggunakan aplikasi eBrochure dan eNewsletter; (iv) menyertai pameran-pameran pelancongan antarabangsa seperti Arab Travel Mart di Dubai dan World Expo 2010 di Shanghai, China bagi meningkatkan kesedaran pelancong asing mengenai Malaysia; (v) menganjurkan Media Familiarization Trip iaitu program-program lawatan suai kenal kepada kumpulan media tempatan sebagai usaha mempromosikan destinasi-destinasi dan produk-produk pelancongan yang terdapat dalam negara; dan (vi) menganjurkan program-program baru seperti Fabulous Food 1Malaysia, International Shoes Festival dan Malaysia Contemporary Art Tourism . Sekian. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan penjelasan tadi. Sebenarnya soalan tambahan saya sudah terjawab melalui penjelasan yang panjang tadi. ■1010 Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kementerian ini sebab despite of the economic situation , kita berjaya menambah kedatangan tourist ataupun pelancong ke Malaysia. Tidak berapa lama dahulu, Yang Berhormat Menteri Pelancongan Malaysia telah mengumumkan jumlah income ataupun dari tourism di Malaysia tahun lepas ialah RM54 bilion. Ini yang kedua tertinggi income kita di Malaysia. Jadi soalan saya, sektor manakah yang menghasilkan paling ramai tourist , sama ada leisure , heritage , eco-tourism dan sebagainya. Apakah sama ada trend ini sama di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung? Soalan saya, apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan DR.23.6.2010 3 lagi prestasi sektor-sektor tersebut dan adakah kementerian bercadang untuk menambahkan atau to develop sektor yang lain. Kalau saya tengok di internet , there’s so many type of tourism. Have we explore all this type? Ini kerana negara kita ini besar and I think every division in Sarawak we have something to offer dan sebagainya. Kedua apakah masalah dengan implementasi rancangan kementerian ini. Misalnya di Sarawak, kekurangan direct flight ke Kuching. Ini satu halangan yang besar untuk development the tourism di Sarawak, yang ada sekarang hanya ke Singapura dan Brunei sahaja. Sekian terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya nampak ada tiga soalan dalam satu, three in one . Pertamanya tentang sektor-sektor yang sememangnya boleh menarik pelancong-pelancong asing datang ke negara kita. Sektor-sektor ini yang pertama adalah nature based tourism ataupun pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ini adalah tarikan yang besar, 38% pelancong-pelancong asing dari negara luar datang disebabkan nature based tourism . Keduanya ialah beli-belah ataupun shopping . Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita is a value for money destination, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana harga barangan di negara kita adalah murah, termasuk juga makanan- makanan. Untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian. Kementerian sebenarnya sekarang sedang mewujudkan produk-produk yang lain, seperti mewujudkan tempat spesifik di Bandaraya Kuala Lumpur supaya pelancong-pelancong asing senang pergi membeli belah, dan tahu di mana, daripada menaiki teksi dan pergi ke tempat yang jauh. Ini sedang dilakukan. Kedua, niche product yang lain-lain seperti park and garden akan dipasarkan juga. Kita akan memastikan bahawa park and garden di negeri-negeri akan diwujudkan. Bagi masalah di Sarawak, memang benar dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat sebab tidak banyak direct flight dari negara-negara lain yang terus masuk ke Sarawak. Oleh yang demikian, pelancong asing masuk ke Sarawak hanya melalui Kuala Lumpur dan melalui Kota Kinabalu. Maka dengan masalah flight seperti ini, pelancong-pelancong asing agak susah datang ke Sarawak, walaupun produk-produk di Sarawak sememangnya banyak yang berkaitan dengan nature based tourism . Sekian. DR.23.6.2010 4 2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor yang tidak dibayar selama tiga bulan; dan (b) sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakkan Ali-Baba. Menteri Kerja Raya [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan dari Ahli Yang Berhormat Shah Alam yang dijadualkan esok 24 Jun 2010 memandangkan ia menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai status projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor. Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor telah ditawarkan oleh Kementerian Kewangan secara rundingan terus kepada syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd. dengan harga kontrak RM482.6 juta. Skop projek ini melibatkan pembinaan sebuah kompleks hospital dengan kemudahan 300 unit katil, dilengkapi kemudahan khidmat sokongan, klinikal yang lain. Projek ini telah dianugerahkan pada 15 November 2007 dengan tempoh siap asal adalah selama 36 bulan iaitu sehingga 14 November 2010. Walau bagaimanapun, projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 Jun 2011 berikutan terdapat kelulusan tempoh lanjutan masa ataupun EOT selama 233 hari disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan, seperti kenaikan harga bahan binaan di pasaran dan masalah pengalihan utiliti. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 15 Jun 2010 kemajuan kerja di tapak projek berjalan dengan lancar, dan hampir mengikut jadual asal iaitu 25.3% berbanding 25.4%, di mana tempoh kelewatan dicatatkan hanyalah tiga hari sahaja. Dari segi bayaran kemajuan pula, sehingga kini JKR telah menjelaskan 29 kali bayaran kemajuan interim kepada kontraktor terbabit dengan jumlah keseluruhan bayaran RM122.5 juta iaitu merujuk kepada nilai-nilai kerja semasa yang telah dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya setakat ini tidak mendapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap obligasi dan terma-terma kontrak oleh kontraktor utama. Sehubungan itu tidak timbul isu tentang kelewatan projek atau pembatalan kontrak, memandangkan projek sedang berjalan mengikut
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages158 Page
-
File Size-