KEPUTUSAN GUNA STADIUM DARUL MAKMUR UNTUK PIALA DALAM MASA TERDEKAT

KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Kerajaan akan memberi keputusan mengenai permohonan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mahu mengadakan kejohanan Piala Malaysia 2020 di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji berkata, Kerajaan Pahang telah menerima permohonan untuk mengadakan kejohanan tersebut di Stadium Darul Makmur di sini bagi tujuan tersebut.

“Memang kita ada terima (permohonan) daripada MFL tapi setakat hari ni kita belum buat apa-apa keputusan.

“Kita akan merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, pihak stadium sendiri untuk kita perhalusi dan membincangkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Yee Hong, Indera Mahkota 2.

Permohonan menggunakan Stadium Darul Makmur, ini adalah sebagai salah satu kaedah alternatif oleh pihak MFL selepas Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan .

Selain Stadium Darul Makmur, MFL juga mengemukakan permohonan untuk menggunakan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan final. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #UKOMP

Oleh: Ain Nadhirah Basha

Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)