Hubungan Program Pengimarahan Masjid Dengan Pembangunan Modal Insan Dalam Kalangan Masyarakat: Kajian Di Daerah Pekan, Pahang
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
HUBUNGAN PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI DAERAH PEKAN, PAHANG AZLAN BIN ABD RAHMAN DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PENGESAHAN PENYELIA Saya mengaku bahawa telah menyemak tesis ini dan pada pendapat saya tesis ini adalah memadai dari aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah. _______________________________________ Nama Penyelia : DR. RASHIDI BIN ABBAS Jawatan : PENSYARAH KANAN Tarikh : 15 JUN 2020 PENGESAHAN PELAJAR Saya dengan ini mengaku bahawa hasil kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah asli melainkan petikan yang telah dijelaskan sumbernya. Saya juga mengaku bahawa hasil kerja ini tidak pernah dikemukakan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Malaysia Pahang atau mana-mana institusi lain. _____________________________________ Nama Pelajar : AZLAN BIN ABD RAHMAN No. Matrik : PBS 16004 Tarikh :15 JUN 2020 HUBUNGAN PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI DAERAH PEKAN, PAHANG AZLAN BIN ABD RAHMAN Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi ijazah Doktor Falsafah Pusat Sains Kemanusiaan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG JUN 2020 PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, penyelidik merafakkan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana berjaya menyempurnakan penyelidikan tesis ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penyelidik ingin mengambil peluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis ini, Dr. Rashidi Bin Abbas yang sentiasa komitmen membantu, memberikan galakan dan peransang serta mencurahkan idea-idea bernas kepada penyelidik. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa baik beliau kepada penyelidik. Penghargaan yang sama turut dizahirkan kepada semua pengurusan atasan, para pensyarah dan staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terlibat membantu penyelidik. Penghargaan dan sanjungan khas buat isteri tercinta, Zamrah Binti Zakaria dan anakanda-anakanda tersayang, Uswah Munirah, Husnul Arif, Marwa, Ibtihaal, Ibtihaaj, Imtithal, Abrar dan Qatratun Naafilah yang menjadi sumber ilham dan pendorong kuat serta pencetus semangat kepada penyelidik untuk menyiapkan tesis ini. Iringan doa buat ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Allah SWT. Namun jasa bakti kedua mereka tetap dikenang sepanjang masa. Sekalung ucapan penghargaan kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang mempermudahkan urusan penyelidik menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), khasnya Timbalan Yang DiPertua, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hasan yang sudi menyalurkan bantuan kewangan kepada penyelidik. Jutaan terima kasih penyelidik kepada semua staf perpustakaan Universiti Malaysia Pahang, perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, perpustakaan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan perpustakan Awam Negeri Pahang Daerah Pekan dan Kuantan yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada penyelidik. Buat teman-teman dan individu yang turut sama membantu penyelidik, sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk pihak pengurusan masjid yang terlibat dalam kajian tesis ini, sekalung ucapan penghargaan dihadiahkan kepada mereka. Tanpa sumbangan dan bantuan semua pihak, sukar bagi penyelidik menyempurnakan kajian tesis ini. Segala kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan tetap abadi dalam kenangan dan ingatan penyelidik. Jazakumullah khairal jaza’. ii ABSTRAK Masjid menurut bahasa bermaksud tempat sujud untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut istilah pula masjid adalah suatu bangunan tempat umat Islam melaksanakan ibadah harian seperti solat berjemaah lima waktu, menunaikan ibadah mingguan seperti solat Jumaat, melaksanakan ibadah tahunan seperti solat Terawih, solat dua hari raya Idul Fitri, Idul Adha dan sebagainya. Masjid mempunyai fungsi dan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agama kepada ahli masyarakat. Masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ilmu, dakwah dan komuniti masyarakat Islam secara umumnya. Kecuaian dalam mengurus guru agama dan ketidakcekapan mengatur aktiviti pengimarahan masjid serta lemah dalam pengurusan fasiliti masjid telah mengakibatkan berlakunya kepincangan terhadap proses pembangunan masyarakat Islam dan pembangunan modal insan. Kelemahan mengurus dana masjid dengan baik memberi kesan negatif terhadap program dan kelas pengajian agama anjuran masjid. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di daerah Pekan, Pahang. Jumlah responden kajian ini seramai 270 orang. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 buah masjid dari tiga lokasi yang berbeza iaitu 3 buah masjid di lokasi bandar, 3 buah masjid di lokasi Felda dan 3 buah masjid di lokasi kampung berdasarkan kaedah rawak daripada populasi kajian. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.0 bagi memperolehi nilai min, sisihan piawai dan Kolerasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan kelas agama (.225). Begitu juga terdapat hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pengurusan masjid (.254) dan adanya hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan guru agama (.193). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (sangat lemah) antara modal insan dengan pertambahan maklumat (.284). Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pertambahan amalan (.386). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara kelas agama dengan pertambahan maklumat (.361). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara guru agama dengan pertambahan maklumat (.364). Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan adanya hubungan yang signifikan (lemah) antara hadirin dengan pertambahan maklumat (.351). Namun begitu, hasil kajian menunjukkan adanya hubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara pertambahan maklumat dengan pertambahan amalan (.624). Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya pertalian hubungan yang signifikan antara program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan sahsiah diri dan keunggulan peribadi serta akhlak murni masyarakat sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang disegani dan dihormati. Usaha ke arah penambahbaikan program pengimarahan masjid wajar diteruskan dan menjadi tanggungjawab kita bersama memakmurkannya. iii ABSTRACT A mosque by language means a place of worship to worship Allah Almighty. While the term mosque is a building where Muslims perform daily worship such as five- hour prayer, perform weekly worship such as Friday prayer, perform annual worship such as Terawih prayer, two day Hari Raya prayer Idul Fitri, Idul Adha and so on. The mosque has an important function and role in enhancing religious knowledge and understanding of the community. The mosque is not only a place of worship but also a center of knowledge, preaching and community of Muslim community in general. The neglect of managing religious teachers and the inability to organize mosque management activities as well as the poor management of mosque facilities have led to a decline in the process of Islamic community development and human capital development. Failure to properly manage mosque funds negatively affects mosque programs and religious studies classes. The purpose of this study is to study the relationship of mosque worship program with human capital development among the people in Pekan district, Pahang. The total number of respondents is 270. The study involved 9 mosques from three different locations, namely 3 mosques in urban locations, 3 mosques in Felda location and 3 mosques in kampong location based on random methods from the study population. After that, the data were analyzed using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 23.0 to obtain mean value, standard deviation and Spearman Correlation. The findings show that there is a very weak relationship, which is significant between human capital and religious class (.225). Similarly, there is a very weak relationship, significant between human capital and mosque management (.254) and the very weak relationship, which is significant between human capital and religious teachers (.193). The findings also show that there is a significant (very weak) relationship between human capital and the increase of information (.284). In addition, the findings showed that there was a weak relationship, which was significant among the human capital with the increase in practice (.386). The findings also showed that there was a significant (weak) relationship between the religious class and the increased information (.361). In addition, there was a significant (weak) relationship between religious teachers and the increased information (.364). Furthermore, the findings show a significant (weak) relationship between attendees