BELANJAWAN 2021 NEGERI : BANTUAN KHAS RM1,000 KEPADA PENJAWAT AWAM PAHANG

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji berkata sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi bantuan yang pembayarannya akan dibuat sebelum 16 Januari tahun hadapan. “Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada kesemua kakitangan kerajaan tanpa pengecualian gred kerana setiap inci kejayaan yang kita rasai hari ini adalah hasil usaha padu kita semua. “Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini bertambah berbanding dengan tahun lepas yang berjumlah RM750,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Beliau dalam ucapan tersebut turut menjangkakan kutipan hasil negeri pada tahun hadapan adalah sebanyak RM800.798 juta iaitu peningkatan 7.6 peratus berbanding anggaran bagi tahun ini. “Kutipan hasil tahun 2021 dijangka diperolehi daripada hasil tanah sebanyak RM452.285 juta, hasil perhutanan sebanyak RM165.495 juta, dan hasil air sebanyak RM15.250 juta, Geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM94.2 juta, dan lain-lain hasil sebanyak RM73.568 juta ringgit. “Belanjawan 2021 menganggarkan kutipan hasil negeri sebanyak RM800.798 juta, manakala Perbelanjaan Mengurus pula dijangka sebanyak RM795.466 juta, dengan lebihan sebanyak RM5.332 juta,” katanya. Tambah beliau lagi, anggaran perbelanjaan mengurus negeri bagi tahun hadapan telah meningkat sebanyak 7.5 peratus manakala anggaran perbelanjaan bagi meningkat sebanyak 67 peratus berbanding tahun ini. “Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, Belanjawan 2021 akan menyediakan peruntukan berjumlah RM795.466 juta bagi Perbelanjaan Mengurus yang merangkumi perbelanjaan Emolumen, Perkhidmatan dan Bekalan, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, Perbelanjaan Lain dan Aset. Anggaran Perbelanjaan Mengurus untuk tahun 2021 telah meningkat sebanyak RM55.573 juta atau 7.5 peratus berbanding tahun 2020. “Manakala bagi Perbelanjaan Pembangunan, peruntukan adalah sebanyak RM201.915 juta. Ia akan melibatkan projek infrastruktur sejumlah RM109.415 juta dengan pembiayaan cara langsung, manakala RM92.5 juta adalah daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Projek Bekalan Air. “Secara keseluruhan, anggaran Perbelanjaan Pembangunan untuk tahun 2021 telah meningkat sebanyak 81.165 juta ringgit atau 67 peratus berbanding tahun 2020,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG AKAN WUJUDKAN MAJLIS PERINDUSTRIAN NEGERI TAHUN HADAPAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang akan mewujudkan Majlis Perindustrian Negeri Pahang pada tahun hadapan bagi membincangkan isu dan hala tuju perindustrian di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata penubuhan Majlis Perindustrian Negeri Pahang ini adalah bertujuan untuk menyeragam, menyelaras dan membantu semua pemain industri dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam Pelan Perindustrian dan Pembangunan Negeri Pahang 2020 hingga 2025.

“Ia akan melibatkan Pengerusi Jawatankuasa yang berkaitan dengan perladangan, pelancongan, pertanian, infrastruktur dan belia serta semua Pegawai Daerah, Ketua Jabatan yang berkaitan dan pemain-pemain industri.

“Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM200,000 untuk tujuan pelan ini. Pelan Perindustrian dan Pembangunan ini telah diwujudkan untuk mengenal pasti hala tuju pembangunan perindustrian bagi menjadikan Negeri Pahang sebagai sebuah negeri maju dan kompetitif menjelang tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus di negeri ini.

“Wilayah Pahang Barat Plus ini merangkumi Daerah , Lipis, , Raub, dan Bera. Plus ini adalah merujuk kepada Daerah Bera.

“Tujuan majlis ini ditubuhkan adalah untuk memantau pelaksanaan Pelan Pembangunan Ekonomi Pahang Barat yang akan menjadi hala tuju kepada perancangan pembangunan di Wilayah Pahang Barat Plus.

“Ini adalah kerana pembangunan di Wilayah Pahang Barat Plus jauh ketinggalan jika dibandingkan pembangunan di Wilayah Pahang Timur khususnya Daerah Kuantan,” katanya.

Beliau dalam ucapan tersebut turut menyatakan Kerajaan Pahang juga akan memberikan tumpuan kepada tiga kawasan Taman Perindustrian iaitu Tanjung Agas Maritime Park, Gambang Halal Park dan Pahang Technology Park.

“Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang bersama-sama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur sedang giat melakukan promosi melalui lawatan, forum dan trade missions untuk menarik pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur di kawasan perindustrian yang terlibat. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SASAR 95 PERATUS KUTIPAN HASIL TANAH TAHUN HADAPAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil tanah sebanyak 95 peratus pada tahun hadapan. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata sasaran kutipan ini termasuklah bayaran premium tanah, permit, denda, pampasan dan sebagainya. “Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan kutipan hasil tanah sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) pada tahun ini dengan sasaran hasil tanah ditetapkan sebanyak 95 peratus dan sasaran bagi kutipan tunggakan cukai tanah adalah sebanyak 80 peratus. “Sasaran kutipan hasil tanah bagi Negeri Pahang untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM452.285 juta. Kutipan ini termasuk bayaran premium tanah, permit, denda, rampasan dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Beliau berkata Kerajaan Pahang telah menubuhkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang yang memberikan tumpuan berterusan terhadap kes-kes yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan Negeri. “Sebagai contoh, operasi penguatkuasaan perundangan tanah di Kampung Pamah Lebar, Daerah Raub melibatkan kawasan seluas 198.53 ekar telah berjaya mengekang kerugian hasil Kerajaan Negeri yang dianggarkan berjumlah RM3.15 juta. “Manakala operasi penguatkuasaan di Kampung Kundang, Daerah Pekan yang melibatkan keluasan tanah seluas 500 ekar milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK) pula berjaya mengekang ketirisan kutipan hasil Kerajaan Negeri yang dianggarkan bernilai RM3 juta. “Sehingga ke hari ini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah berjaya menyita 20 buah jentera yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta di atas pelbagai kesalahan,” katanya. Beliau berkata Unit Pasukan Khas turut menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengutip RM31 juta tunggakan hasil tanah.

“Jumlah kompaun dan denda yang berjaya dikutip sepanjang tahun 2019 dan 2020 adalah bernilai RM627,000 dan 43 kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.

“Sebanyak RM231,000 tunggakan pinjaman ternakan dan sejumlah RM148,000 tunggakan sewa Taman Kekal Pengeluaran Makanan telah berjaya dikutip,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SEDIA DANA KHAS BANTU PENIAGA MUDA RM10 JUTA

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang akan menyediakan dana khas sebanyak RM10 juta sebagai bantuan awal perniagaan kepada golongan muda di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata dana khas ini boleh dijadikan sebagai bantuan awal dan pengembangan perniagaan khusus untuk golongan muda Negeri Pahang.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf orang-orang muda sebagai pelapis generasi masa hadapan. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan menyediakan satu Dana Khas sebanyak 10 juta ringgit kepada golongan muda yang melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

“Lima syarikat GLC dan pihak Majlis Daerah akan dilibatkan untuk pelaksanaan program ini,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan bagi pembangunan belia Negeri Pahang sebanyak RM470,000.

“Peruntukan ini adalah untuk diagihkan kepada Majlis Belia Negeri Pahang, 11 Majlis Belia Daerah dan 15 Badan Gabungan bagi memastikan pembangunan belia secara komprehensif dapat dilaksanakan.

“Kerajaan Negeri juga akan terus memperkasakan kursus-kursus kemahiran untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing pada masa hadapan.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan terus memperkasakan peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saling bekerjasama atas semangat sukarelawan seperti Squad Bencana Pahang yang membantu Kerajaan Negeri dalam menghadapi musibah,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG UMUM 13 BANTUAN PRIHATIN PAHANG

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang mengumumkan 13 Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat di negeri ini terjaga.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat dalam menghadapi cabaran masa kini.

“Bagi menjaga kebajikan golongan warga emas yang berumur 80 tahun ke atas, sumbangan secara one-off sebanyak RM250 seorang melibatkan seramai 2,054 orang dengan peruntukan berjumlah RM513,500 akan diberikan.

“Bagi membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM8,493,250 kepada 33,973 penerima secara one-off dengan kadar RM250 seorang,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau lagi seramai 3,014 penerima Bantuan Am Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima kadar bantuan sebanyak RM350 sebulan.

“Kerajaan Negeri akan menaikkan kadar bantuan am ini dari RM300 sebulan kepada RM350 sebulan yang menjadikan keseluruhan peruntukan tambahan adalah sebanyak RM1,808,400 setahun.

“Bagi menghargai bakti imam-imam kariah, Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan secara one-off sebanyak RM750 seorang kepada seramai 1,032 imam seluruh Negeri Pahang dengan jumlah peruntukan RM774,000.

“Selain itu, tidak dilupakan juga jasa bilal dan siak, Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan secara one-off sebanyak RM250 seorang yang melibatkan seramai 888 bilal dan 889 siak seluruh Negeri Pahang dengan jumlah peruntukan RM444,250,” katanya.

Tambah beliau lagi bagi tujuan memberi semangat kepada seramai 24,000 pelajar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang bakal memasuki alam persekolahan Darjah 1 pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2.4 juta melalui pemberian 100 ringgit kepada setiap murid.

“Tidak dilupakan juga kepada 543 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), 62 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKB) dan 70 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang telah banyak menyumbangkan bakti di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri dengan ini bersetuju memperuntukkan sejumlah RM250 secara one-off kepada setiap Pengerusi dengan jumlah peruntukan RM168,750.

“Untuk meringankan kos sara hidup kumpulan B40, sumbangan secara one-off sebanyak RM250 diperuntukkan kepada setiap peserta e-Kasih miskin tegar seramai 1,594 orang. Ia akan melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM398,500,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM840,000 setahun untuk Elaun Tambahan Guru Al-Quran dan Fardhu Ain Asrama kepada 350 orang pada kadar RM200 seorang mulai tahun 2021.

“Elaun ini akan meningkat daripada RM800 kepada RM1,000 sebulan.

“Kerajaan Negeri juga prihatin kepada institusi Maahad Tahfiz yang ada di Negeri Pahang. Oleh itu, Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan menerima peruntukan berjumlah RM1 juta secara keseluruhan untuk diagihkan kepada 89 buah Maahad Tahfiz,” katanya.

Menurut beliau, seramai 301 orang Tok Batin akan turut menerima sumbangan secara one-off bernilai RM250 seorang yang berjumlah RM75,250 keseluruhannya.

“Kerajaan Negeri juga akan meneruskan pemberian sebanyak RM200 kepada pasangan yang berkahwin kali pertama pada tahun depan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan RM10,000 untuk setiap 52 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk memberikan latihan dan pemulihan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU). Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM520,000.

“Tidak dilupakan, kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sekolah dan asrama, Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan secara one-off berjumlah RM300 kepada 2,978 guru yang terlibat. Jumlah peruntukan Bantuan Khas Kewangan ini adalah sebanyak RM893,400,” katanya. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PAHANG PERUNTUK RM5 JUTA BAGI PROMOSI SEKTOR PELANCONGAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Tourism Pahang tahun hadapan sebagai usaha mempromosikan sektor pelancongan negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Tourism Pahang turut memainkan peranan melalui pelaksanaan pelbagai program pelancongan secara individu atau webinar.

“Antara strategi Tourism Pahang, Tourism dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada tahun 2021 ialah memperhebatkan promosi tanah tinggi, Taman Negara dan Tioman.

“Strategi lain adalah dengan meningkatkan penggunaan platform digital; dan mengambil bahagian dalam platform promosi terkini seperti Virtual Travel Fair bersama dengan penggiat-penggiat industri,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Pahang juga akan memberikan rebet sebanyak RM50,000 melalui aplikasi PahangGo bagi digunakan di hotel terpilih di negeri ini.

“Bagi membantu semula ekonomi sektor pelancongan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan bantuan rebat atau kupon dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM50,000 melalui aplikasi PahangGo. Kupon ini boleh digunakan di hotel-hotel terpilih yang dikenal pasti,” katanya.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Pahang juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada tahun ini bagi sektor pelancongan.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2020 bagi 16 projek di bawah Projek Penyediaan Infrastruktur dan Fasiliti Pelancongan 2020 meliputi setiap daerah di Negeri Pahang.

“Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan permohonan projek-projek pelancongan kepada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah 49.25 juta ringgit,” katanya. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PAHANG PERUNTUK RM5.5 JUTA BAGI SEKTOR PERTANIAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi memantapkan sektor pertanian di negeri ini bagi tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata peningkatan peruntukan ini meningkat sebanyak RM0.5 juta atau 10 peratus daripada tahun 2020.

“Peningkatan peruntukan ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai penglibatan anggota masyarakat dalam pembangunan pertanian dan membantu lebih ramai golongan muda dan B40 menerima insentif teknologi pertanian untuk menjana sumber pendapatan.

“Contohnya melalui Program Tanaman Keliling Rumah, insentif berupa benih dan bahan input pertanian akan disalurkan kepada individu dan juga komuniti setempat dan dijangkakan seramai 1,000 orang akan mendapat manfaat daripada program ini pada tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menjangkakan sebanyak 800 ladang akan memperoleh sijil myGAP dan myOrganic pada tahun hadapan.

“Sehingga akhir tahun 2019, terdapat 597 ladang dengan keluasan 5,910 hektar telah memperolehi sijil myGAP dan dijangkakan angka ini akan melonjak kepada 800 ladang menjelang akhir tahun 2021.

“Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada pengekalan amalan pertanian yang baik yang menjurus penglibatan lebih ramai petani memperolehi sijil myGAP dan myOrganic. Ketetapan ini untuk pengeluaran bahan makanan yang lebih berkualiti dan berorientasikan eksport,” katanya.

Beliau berkata bagi menambah pengetahuan dan peningkatan kemahiran para petani, Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan 414 latihan sepanjang tahun hadapan. “Sebanyak 414 latihan dirancang untuk diadakan sepanjang tahun 2021 dengan penglibatan seramai 8,280 orang petani di seluruh Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Pahang menjangkakan pengeluaran makanan dianggarkan meningkat sehingga 631,000 tan metrik dengan nilai RM2.52 bilion pada akhir 2021.

“Sehingga akhir 2019, sebanyak 619,000 tan metrik hasil pertanian dengan nilai RM2.29 bilion telah dikeluarkan oleh Negeri Pahang.

“Pengeluaran bahan makanan sehingga Ogos 2020 telah mencapai 259,000 tan metrik dengan nilai RM1.66 bilion dan dijangka meningkat kepada 620,000 tan dengan nilai RM2.48 bilion sehingga akhir 2020,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi (LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PAHANG PERUNTUK RM7.9 JUTA BAGI PEMBANGUNAN ICT

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM7.9 juta bagi pembangunan teknologi maklumat kepada jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan awam secara berterusan di negeri ini. “Pada tahun 2021, sejumlah RM7.9 juta akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri iaitu peningkatan sebanyak RM3.48 juta berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak RM360,000 diperuntukkan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan. “Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM220,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di ruang pejabat Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang. “Sebanyak RM71,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan peralatan ICT serta sambungan rangkaian luaran (UNIFI) di Pejabat Pentadbiran Pulau Tioman,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM65 juta bagi bantuan pendidikan dan kebajikan,program pendidikan serta bantuan kemasyarakatan bagi tahun 2021. “Yayasan Pahang telah membangunkan Pelan Strategik Yayasan Pahang dan Kumpulan 2020 hingga 2028. “Anggaran peruntukan perbelanjaan tahun 2021 bagi bantuan pendidikan dan kebajikan, program pendidikan serta bantuan kemasyarakatan adalah sebanyak RM65 juta merangkumi pendidikan berjumlah RM51 juta, komuniti berjumlah RM13 juta dan ekonomi sebanyak RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata antara sasaran Yayasan Pahang pada tahun 2021 ialah mencapai kedudukan ketiga dan ke atas bagi peringkat kebangsaan dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan.

“Selain itu, Yayasan Pahang turut mensasarkan sebanyak 80 peratus anak yatim melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), dan 95 peratus murid boleh membaca seawal Tahun 1. “Antara lain adalah 10 peratus masyarakat Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, dan RM20 juta setahun kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PAHANG TAMBAH SEBUAH PEJABAT AGAMA ISLAM BAHARU DI KUANTAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan menambah sebuah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang baharu di Mukim Kuala Kuantan 2, tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Pahang juga dalam kajian penstrukturan semula struktur organisasi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Penstrukturan ini akan melibatkan dua daerah dan sebanyak empat buah Pejabat Agama Islam Daerah iaitu Kuantan, , Jengka dan . Bagi Daerah Kuantan, akan diwujudkan tambahan satu Pejabat Agama Islam Daerah baru di Mukim Kuala Kuantan 2 iaitu di Pahang Barat dan mengekalkan Pejabat Agama Islam Daerah sedia ada di Bandar Kuantan di Ibu Negeri.

“Manakala bagi Daerah Maran, akan kekal dua Pejabat Agama Islam Daerah iaitu Pejabat Agama Islam Daerah Maran dan Jengka,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan sebanyak RM129.26 juta bagi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan JAIP pada tahun hadapan.

“Peruntukan ini merangkumi pembelian kenderaan kepada sekolah-sekolah dan masjid sebanyak 16 buah yang melibatkan RM1.92 juta, pembinaan dewan serbaguna dan bangunan akademik di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku , menaik taraf bangunan di bawah pentadbiran JAIP termasuk PAID dan asrama sekolah-sekolah yang keseluruhannya berjumlah RM9.6 juta.

“Selain peruntukan Kerajaan Negeri, JAIP juga menerima peruntukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi peruntukan elaun guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM30.9 juta setahun dan peruntukan bagi bayaran elaun imam kariah sebanyak RM9.8 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata JAIP juga mensasarkan untuk melaksanakan penambahbaikan sistem perkhidmatan kepada rakyat.

“Antaranya adalah mewujudkan direktori Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam (wali hakim) Negeri Pahang dalam Sistem e-Munakahat sedia ada bagi membantu memudahkan masyarakat dalam membuat urusan terutamanya proses perkahwinan.

“Selain itu mewujudkan perkhidmatan runding cara atau khidmat nasihat atas talian dalam menyelesaikan sesuatu aduan yang diterima dengan mengambil masa yang seminimum mungkin. Kaedah ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan peratusan aduan yang berjaya diselesaikan dalam tempoh yang singkat,” katanya. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PENUBUHAN PMC DIJANGKA SUMBANG RM50 JUTA TAHUN HADAPAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Penubuhan Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) dijangka menyumbang sebanyak RM50 juta kepada Kerajaan Pahang pada tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata konsortium ini adalah bagi menguruskan aktiviti pengeluaran sumber mineral di Negeri Pahang.

“Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) yang akan menjadi Pusat Sehenti (One- Stop Centre) bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti perlombongan di Negeri Pahang.

“PMC turut menjadi pemegang lesen mineral tunggal bagi semua aktiviti mencari gali, penjelajahan dan perlombongan,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Selain itu, pengoperasian Pahang Corporation Sdn. Bhd. pada tahun ini dijangka dapat menyumbangkan hasil kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM4.4 juta pada tahun hadapan.

“Ia (Pahang Corporation) sesuai dengan matlamat penubuhannya yang bertanggungjawab mengkaji cadangan-cadangan pelaburan dari aspek pulangan serta risiko-risiko perniagaan dan memantau pelaksanaan aktiviti perniagaan yang diceburi oleh Syarikat- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tambah beliau lagi, penubuhan Pahang Water And Energy Resources Sdn. Bhd. juga dijangka bakal menyumbang sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri mulai tahun 2021.

“Selain memberikan pulangan hasil kepada Kerajaan Negeri, ia juga membantu pengurusan sumber air mentah sedia ada agar pembekalan air mentah sentiasa mencukupi daripada segi kuantiti dan kualiti.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Pahang turut mempertimbangkan untuk memberi lesen kepada pelombong kecil melalui Skim Pelombong Kecil. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: RM92.5 JUTA DIPERUNTUKAN BAGI BEKALAN AIR DI PAHANG

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM92.5 juta bagi tujuan perbekalan air di negeri ini pada tahun hadapan. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan ini meningkat sebanyak RM57.3 juta berbanding peruntukan yang diberikan untuk tujuan sama tahun ini. “Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri terus memberikan komitmen untuk melaksanakan program bekalan air yang telah dirancang. “Pada tahun 2020, sebanyak RM35.2 juta peruntukan telah disediakan bagi menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air baharu serta menaik taraf sistem sedia ada,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan sebuah loji rawatan air dan tangki air di Kuantan dijangka akan dimulakan tahun hadapan bagi memenuhi keperluan bekalan air di kawasan Perindustrian dengan anggaran kos projek keseluruhan RM619 juta. “Di antara projek yang sedang giat dilaksanakan adalah membina tangki imbangan di kawasan Perindustrian Gebeng berjumlah RM173 juta, membina dan menyiapkan loji air di Semambu berjumlah RM446 juta dan projek pembinaan paip agihan air dari Kemaman ke Kawasan Perindustrian Gebeng berjumlah RM115 juta. “Selain itu, terdapat juga projek untuk mengatasi kekeruhan di Loji Rawatan Air di Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau, Daerah Raub berjumlah RM18 juta,” katanya. Beliau berkata Kerajaan Negeri juga sedang dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Pahang dengan Kerajaan Persekutuan.

“... dijangkakan perjanjian berkenaan akan termeterai sebelum 31 Disember 2020. Melalui penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Pahang, pinjaman bekalan air luar bandar yang bernilai RM1 bilion Kerajaan Negeri akan dihapus kira dan baki pinjaman bekalan air akan diinovasikan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). “Kerajaan Negeri kini berpuas hati dengan prestasi PAIP yang telah boleh berdikari berdasarkan kedudukan kewangan syarikat yang stabil dan kukuh. Kerajaan Negeri kini tidak perlu lagi menyalurkan bantuan geran secara tahunan kepada pihak PAIP untuk tujuan pengoperasian mereka.

“Sehingga 31 Oktober 2020, PAIP telah memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM23.5 juta dan dijangka meningkat kepada RM32 juta pada tahun 2021,” katanya. Menurut beliau lagi secara keseluruhannya 98 peratus kawasan di negeri ini telah menerima bekalan air. “... di mana 100 peratus bagi kawasan bandar telah pun mendapat bekalan air bersih manakala kawasan luar bandar 98 peratus,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: SEKTOR HUTAN DIJANGKA SUMBANG RM165 JUTA SUMBER PENDAPATAN NEGERI TAHUN HADAPAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang menjangkakan sektor perhutanan akan menyumbang sebanyak RM165 juta kepada sumber pendapatan negeri pada tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata kutipan ini adalah daripada bayaran premium, royalti dan caj-caj lain daripada sektor ini.

“Kerajaan Negeri juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM3.7 juta untuk tujuan pembangunan, penguatkuasaan dan termasuklah memasukkan cip ke pokok- pokok bagi tujuan pemuliharaan hutan di Negeri Pahang.

“Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan untuk aktiviti memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, untuk memastikan pengekalan dan penggunaannya secara terus dan terancang,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan mewartakan beberapa kawasan sebagai Taman Negeri di Negeri Pahang antaranya Lubuk Yu di Maran.

Tambah beliau lagi, secara keseluruhannya sehingga kini, hasil lelongan kayu rampasan adalah bernilai RM3.14 juta manakala kompaun dan ganti rugi bernilai RM5.18 juta telah berjaya diperolehi setakat ini.

“Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga telah melaksanakan 11 Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.

“Seterusnya, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), pelbagai projek pembangunan dan aktiviti perhutanan juga telah dirancang dengan anggaran peruntukan sebanyak RM35.5 juta,” katanya.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri berbangga kerana berupaya mengekalkan kawasan hutan melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah Negeri.

“Melalui usaha ini, ianya dapat memberikan manfaat jangka panjang seperti pengekalan kawasan tadahan air yang turut dirasai oleh negeri-negeri yang bersempadan dengan Negeri Pahang seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Jumlah hutan di Negeri Pahang sehingga Jun 2020 adalah seluas 2.05 juta hektar atau 57 peratus daripada keluasan tanah negeri seluas 3.59 juta hektar. Daripada jumlah ini, seluas 1.55 juta hektar atau 43 peratus merupakan Hutan Simpan Kekal (HSK), manakala 399,700 hektar atau 11 peratus adalah Taman Negara atau Suaka Hidupan Liar dan Burung serta selebihnya iaitu 86,900 hektar atau dua peratus adalah Tanah Kerajaan Berhutan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh : Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 120 HEKTAR TANAMAN MUSANG KING DI JERANTUT

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kawasan seluas 120 hektar di Mukim Tembeling dan Mukim , Jerantut telah diluluskan bagi projek tanaman durian Musang King. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, rekod berkenaan dicatat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang sehingga 20 Oktober 2020. “Terdapat juga syarikat yang mengemukakan permohonan untuk menanam durian Musang King daripada tanaman asal kelapa sawit bagi kawasan seluas 1567 hektar di Mukim Ulu Cheka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud (PAS) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini. Menjawab soalan kedua berkenaan langkah yang diambil bagi mengelak kawasan tadahan hujan terjejas, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi berkata, semua projek yang diluluskan kerajaan negeri tertakluk kepada syarat dan peraturan sebelum, semasa dan selepas mendapat kelulusan. “Syarikat terlibat perlu menyediakan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) yang disyaratkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pemantauan berkala ke atas projek turut dilakukan bagi memastikan pelaksanaannya mematuhi syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa,” katanya.-PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI SERIUS ATASI GEJALA DADAH DI SEKOLAH

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan program secara berkala bagi mengekang gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sasaran yang diletakkan adalah sifar dadah dalam kalangan pelajar dan ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk membantu pelajar yang terlibat.

“Program pencegahan yang dijalankan oleh AADK ialah Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) di peringkat sekolah menengah dan pelaksanaan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) bagi murid-murid sekolah rendah.

"Program lain seperti ceramah dan pameran antidadah terus dilaksanakan selain program Family On Alert, Skuad, Community Empowerment dan TEKAD sebagai medium yang menyumbang keberkesanan program pencegahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang (PKR) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan seramai 50 orang pelajar sekolah menengah di Pahang terlibat gejala dadah di mana 37 orang daripadanya dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, jumlah itu dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan pelajar di sekolah menengah seluruh negeri sehingga 30 September lalu.

Menjawab pertanyaan tambahan YB. Encik Sim mengenai penglibatan guru dalam gejala tidak sihat itu, beliau berkata pihaknya masih belum memperoleh data itu. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG PERTIMBANG BANTU ANAK WARGA ASING BERSTATUS WARGANEGARA

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Ibu atau bapa tunggal bukan warganegara dan mempunyai anak-anak di bawah tanggungan berstatus warganegara boleh dipertimbangkan bantuan mengikut keperluan semasa. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, hanya warganegara layak menerima bantuan bulanan mengikut garis panduan sistem pengurusan kewangan bantuan bulanan persekutuan yang dikendalikan JKM.

“Namun begitu, kita di pihak kerajaan negeri masih boleh mempertimbangkan bantuan bersesuaian berdasarkan keperluan dan mengikut situasi permasalahan yang dihadapi mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik Leong Yu Man (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. YB. Cik Leong bertanyakan mengenai kesediaan kerajaan negeri untuk membantu golongan ibu tunggal warga asing yang mempunyai anak warganegara dipinggirkan daripada menerima bantuan kewangan kerajaan. Ketika menjawab soalan tambahan berkenaan bantuan one-off atau ad-hoc kepada golongan berkenaan, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza dalam jawapannya turut menambah bahawa kerajaan negeri kini sedang mengemaskini data kemiskinan di Pahang dan jika layak, ia akan dipertimbangkan. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KLINIK KESIHATAN CAMERON HIGHLANDS DALAM STATUS PELAN REKA BANGUNAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Projek pembinaan Klinik Kesihatan jenis 4 dengan Kuarters Kampung Raja, Cameron Highlands kini dalam tindakan penyediaan pelan reka bentuk bangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, mesyuarat penyelarasan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diadakan bagi membentangkan analisa dan feasibility awalan terhadap keadaan dan kesesuaian tapak.

“Mesyuarat berkenaan juga mengambil kira tentang cadangan susun atur bangunan serta cadangan skop bersesuaian untuk projek bernilai kira-kira RM47.2 juta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri , YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini.

YB. Encik Chiong bertanyakan mengenai status perkembangan projek membina Klinik Kesihatan baharu di Cameron Highlands yang diumumkan dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan Malaysia tahun 2020. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LEBIH RM500 JUTA ATASI MASALAH BANJIR DI PAHANG

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Peruntukan sebanyak RM11.1 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM499 juta daripada Kerajaan Pusat telah disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir sejak tahun 2017. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan berkenaan digunakan termasuk untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai dan hakisan pantai selain program amaran banjir, pengukuhan integriti struktur serta meningkatkan keselamatan empangan.

“Peruntukan yang merangkumi sejumlah RM61.1 juta bagi tahun ini juga digunakan untuk penyelenggaraan kolam takungan banjir, kerja-kerja kecemasan sebelum dan selepas banjir serta membina tebatan banjir seperti RTB Bandar Pekan, RTB Lembah Bertam, Cameron Highlands dan RTB Sungai Belat di Sungai Kuantan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang (PKR) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. YB. Encik Sim ingin tahu berapa kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri sejak 2017 untuk mengatasi banjir di negeri Pahang.

Bagi soalan kedua berkenaan stok barangan bantuan yang tidak habis digunakan pula, Dato’ Sri Wan Rosdy berkata, sebelum tahun 2019 semua stok barangan bantuan akan diagihkan kepada komuniti setempat dan golongan sasar jabatan secara sumbangan yang diuruskan melalui Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah. “Bagaimanapun, bermula tahun ini stok yang tidak digunakan akan dibeli semula (buy back) oleh pembekal dengan kadar 30 peratus daripada harga asal.

“Hasil daripada buy back itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Kumpulan Wang Amanah Malapetaka Negeri Pahang,” katanya. Menjawab soalan tambahan berkenaan projek mendalamkan Sungai Pahang bagi mengelak bencana banjir, beliau berkata ia di bawah badan yang dipertanggungjawabkan iaitu Pengurusan Pasir Pahang Berhad. “Ia telah ditubuhkan untuk mengatasi isu ketirisan penjualan pasir dan secara tidak langsung mendalamkan Sungai Pahang.

“Hasil tindakan itu juga kita tidak mengalami bencana banjir yang besar seperti kali terakhir pada tahun 2014 dan berdoalah agar tidak berlaku lagi banjir besar pada tahun ini dan seterusnya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: NASIHAT DALAM TALIAN BANTU NAIKKAN SEMANGAT PENGUSAHA PELANCONGAN

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Khidmat Nasihat Secara Dalam Talian / Maya atau ‘Toursim Virtual Advisory Clinic (T-VAC)’ membuka peluang kepada pengusaha pelancongan merancakkan kembali usaha mereka ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia menyediakan khidmat nasihat kepakaran serta pengurusan kewangan.

“Kita turut mengaktifkan kerjasama negeri-negeri jiran yang bersempadanan seperti Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan serta negeri-negeri wilayah timur dalam memasarkan pakej-pakej menarik intra-negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan mengenai Siri Lawatan Familiarisasi Promosi Pasca COVID-19 yang sedang giat dilakukan ke seluruh daerah di negeri Pahang bersama pengamal media, bloggers, influencer dan pengusaha pelancongan bagi mempromosikan destinasi pelancongan baru dan sedia ada.

“Bertemakan ‘Dream Today, Visit Pahang Tomorrow’, pakej-pakej pelancongan setiap destinasi menarik itu akan dipaparkan melalui media cetak, media elektronik serta media sosial.

“Secara tidak langsung usaha tersebut akan membawa lebih ramai pelancong ke negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PELBAGAI INSENTIF BANTU PENGUSAHA IKS ‘HARUNGI’ KRISIS EKONOMI

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan pelbagai insentif berkaitan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan, dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, antaranya kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) melalui program PENJANA (LAKSANA) dalam memastikan usahawan kecil mendapat bantuan.

“Setakat pertengahan September lalu, usahawan Pahang yang mendapat bantuan PENJANA hanya sekitar lima hingga enam peratus daripada RM35 bilion yang diperuntukkan dan perkara ini diberi perhatian.

“Pihak Berkuasa Tempatan juga membenarkan peniaga kecil dan penjaja menjalankan perniagaan dari kawasan rumah berikutan pergerakan terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri , YB. Puan Young Syefura Othman (DAP) berkenaan usaha kerajaan negeri untuk terus membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam menghadapi krisis ekonomi COVID-19 pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

YB. Dato’ Haji Nazri menambah, pelbagai usaha dilakukan bagi ‘menyelamatkan’ usahawan kecil termasuk memberi kelonggaran tempoh bayaran premis PKNP, pengurangan sebanyak 50 peratus kadar sewaan bagi usahawan bumiputera bengkel PPD Sungai Soi, PKPP dan TKPM.

“Kita juga melaksanakan penangguhan kutipan hutang peserta di semua rancangan sosial PKPP, pelanjutan tempoh masa bayaran cukai tanah hak milik perniagaan, industri dan pertanian serta pengecualian bayaran duti hiburan,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana dapat mengharungi krisis ekonomi COVID-19 dan tidak memberhentikan pekerja, MARA telah menyediakan kemudahan latihan dan bimbingan, pembiayaan, geran dan ruang premis perniagaan. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBANGUNAN BELIA TUMPU TIGA ENTITI UTAMA

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Program pembangunan belia di negeri ini ditumpukan kepada tiga bahagian utama iaitu ekonomi, kepimpinan dan pembangunan sahsiah serta pembangunan sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, dalam setiap bahagian ada pecahan program mengikut kecenderungan dan kebolehan belia.

“Bahagian ekonomi contohnya, kita ada Youth Career, Belia Bestari, B-Best, Youth Business Expo, Pengurusan Kewangan, Kursus Kemahiran Komersial, Komunikasi Perniagaan dan lain-lain.

“Penglibatan belia dalam program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan ialah seramai 337 orang bagi tahun 2019 hingga tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri , YB. Tuan Haji Andasura Rabu (PAS) berkenaan program-program pembangunan belia, jumlah belia yang menyertai serta kaedah pemantauan yang dilaksanakan untuk mengukur keberkesanan setiap program pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini.

Berkenaan pemantauan keberkesanan program yang telah dilaksanakan, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari berkata ia dilakukan secara berkala bagi meneliti kelemahan dan potensi setiap program melalui kaedah penyelidikan yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

“Selain itu, kita juga adakan pemantauan dan post-mortem sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program dibuat bagi mendapat maklumbalas mengenai keberkesanan setiap program tersebut.

“Borang soal selidik turut dibekalkan secara langsung bagi menerima maklumbalas terus peserta selepas pelaksanaan program selesai,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERSEMPADANAN SEMULA ELAK PERTINDIHAN KUASA JKKK

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan persempadanan pentadbiran baru bagi Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dalam masa terdekat bagi melerai kekeliruan dalam pentadbiran sedia ada. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pihaknya memahami masalah berkaitan dengan persempadanan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya lalu menyebabkan ada JKK yang mentadbir kawasan sehingga meliputi dua ke tiga buah Dewan Negeri / Parlimen.

“Kerajaan negeri telah ambil tindakan dengan meminta SPR, Pegawai Daerah serta Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kaji, menilai dan telah pun membuat keputusan. “Kita memahami apa yang diperkatakan dan dalam masa terdekat akan keluarkan secara bertulis persempadanan pentadbiran baru yang telah ditetapkan kerajaan negeri melibatkan daerah Pekan, Rompin, , Bera, Kuantan, Jerantut dan Bentong,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Khairudin Mahmud (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

YB. Dato’ Khairudin bertanyakan mengenai adakah pihak kerajaan negeri memberi peluang untuk pelantikan JKK baru di setiap DN supaya ia diatur semula dan mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas lebih cekap dan teratur di DN masing-masing. Dalam pada itu, soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN) adalah berkenaan pendirian kerajaan negeri mengenai usaha Kerajaan Pusat memperkenalkan Jawatankuasa Kemajuan dan Pembangunan Kampung (JKPK) bagi menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi cadangan pelaksanaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi menggantikan MPKK dan JKKK. “Pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju untuk penjenaman semula JPKK dan akan dilaksanakan pada awal tahun depan (1 Januari 2021).

“Berkenaan soalan tambahan tentang kenaikan elaun, elaun asas sebanyak RM500 akan dibayar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri akan pertimbangkan pertambahan elaun mengikut kedudukan kewangan semasa negeri,” katanya.

Katanya lagi, perancangan latihan akan dilakukan bagi menyediakan barisan jawatankuasa yang dapat menangani masalah atau isu-isu kepimpinan semasa dengan cekap dan berkesan. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PROJEK PR1MA BAKAL DIMULAKAN SEMULA

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan negeri bersedia menerima permohonan daripada mana-mana pihak pemaju untuk memohon kawasan-kawasan (PR1MA) yang telah dibatalkan atau kawasan lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, projek tersebut akan dimulakan semula dan lawatan ke tapak- tapak projek telah dilaksanakan dan pelantikan pemaju akan diputuskan semula.

“Kegagalan sebelum ini berlaku atas beberapa sebab antaranya tidak membayar wang pendahuluan (earnest money) tanda setuju terima oleh pemaju yang telah diluluskan.

“Selain itu ialah kegagalan mendapatkan kebenaran merancang dari PBT, kita bagi tempoh 12 bulan untuk pihak pemaju yang diluluskan untuk mendapat kebenaran merancang dan ada juga kegagalan akibat tidak membayar yuran juru ukur kepada Lembaga Juruukur menyebabkan tanah yang diperuntukkan untuk PR1MA tidak dapat diserahkan kepada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri , YB. Dato’ Mohd Fadil Osman (BN) berkenaan usaha memulakan semula projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Dewan Negeri , YB. Dato’ Md. Sohaimi Mohamed Shah (BN) berkenaan bayaran deposit rumah sebanyak sepuluh peratus terutamanya dalam kalangan generasi muda yang masih belum mampu memiliki rumah.

YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap mereka yang berpendapatan rendah untuk dibantu (memiliki rumah). “Contohnya, Rumah Rakyat Pahang di mana YAB. Menteri Besar Pahang sendiri amat prihatin dan kita telah bagi 98 buah unit seluruh Pahang.

“Ini adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membantu mereka yang ada tanah tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, itu kita bantu dengan memberi rumah secara percuma kepada yang layak,” katanya. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Oleh: Fairus Mohd Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)